The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haslindamohdfarip, 2021-02-27 21:44:51

Reflections Bahasa Malaysia 2

Reflections Bahasa Malaysia 2

REFLECTIONS

Juz' 17 | Al-Anbiyā

 ٨‫ِت‬٨٨‫ﺎ‬٧﴾‫ﻠُ﴾َﻤ‬٨‫ﻈﱡ‬٨٨‫اﻟ‬٧﴿‫﴿ﻲ‬ ِ‫َﻦﻓ‬ ‫أَإَِﻧوِّنَﻲﻛﻟﱠَٰﺬﻦﻟُِﻛﻨﻧﱠَْﻘﻚُﺖِﺪﻧَُﻨرِﻣِﺠََﻦﻋﻠَﻲْاﻴﻟِﻪاﻟْﻈﱠﻓَُﺎﻤﻨَﻟِْﺎﺆِﻤَِدﻣﻴﻨِﻴَٰﻦى‬ ۚ ‫َو َذاﻓَﺎاﻟأَﻨْﱡﺳﺘنَﻮ ِﱠَنﺠﻻْﺒﻨَإِﺎإِذﻟَـٰﻟَﻪَذﻪﱠُإَِﻫﱠَوﻻﻧََﺐأَﱠﻧﺠْﻴُﻣﻨََﺎﻐَﺖﺎﻩُ ُِِﺿﻣﺳﺒًْﺒَﺎﻦَﺤاﻓَﺎﻟْﻧَﻈﻐََِّﻢﱠَﻦۚﻚ‬

(87) Dan [ingatlah kisah] Dzun Nun [Yunus], ketika dia pergi dalam
keadaan marah, lalu dia menyangka bahawa Kami tidak akan

mempersempitnya [menyulitkannya], maka dia menyeru dalam keadaan
yang sangat gelap: “Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci
Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
(88) Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya
daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang

beriman. 

- 50 -

Juz' 17 | Al-Anbiyā

Ketika orang yang dalam kesusahan dengan ikhlas merayu kepada Allāh, pintu-
pintu syurga terbuka untuk doanya dan doanya tidak dipalingkan. 

Rasulullāh ‫ ﷺ‬bersabda, “Doa Dhun-Nūn (Nabi Yūnus ) ketika dia berdoa,
semasa berada di dalam perut ikan paus adalah:

‫ﻻَ إِﻟَﻪَ إِﻻﱠ أَﻧْ َﺖ ُﺳْﺒ َﺤﺎﻧَ َﻚ إِﻧِّﻲ ُﻛْﻨ ُﺖ ِﻣ َﻦ اﻟﻈﱠﺎﻟِِﻤﻴ َﻦ‬

‘Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya, aku termasuk
dalam orang-orang yang zalim.’

Maka sesungguhnya, tiada seorang pun Muslim yang meminta pada-Nya, kecuali
Allāh menjawabnya.” [al-Tirmidhī]

DOA-DOA LAIN DI SAAT KESUSAHAN: 

Asma' bint Umays meriwayatkan, “Rasulullāh ‫ ﷺ‬berkata kepadaku, ‘Tidakkah
aku akan mengajarkan kamu doa yang boleh kamu lafazkan ketika di dalam
kesusahan? Ia adalah:

‫اﻟﻠﱠﻪُ اﻟﻠﱠﻪُ َرﺑِّﻲ ﻻَ أُ ْﺷِﺮ ُك ﺑِِﻪ َﺷْﻴﺌًﺎ‬ 

Allāh, Allāh adalah Tuhanku, aku tidak mempersekutukan-Nya dengan segala
sesuatu.’” [Abu Dawūd]

Ibn 'Abbas  meriwayatkan bahawa Rasulullāh ‫ ﷺ‬selalu berdoa ketika

kesusahan (dengan kata-kata ini):

ُ‫اﻟﻠﱠﻪ‬ ‫إِﻻﱠ‬ َ‫إِﻟَﻪ‬ َ‫ََروَرﱡبﱡباﻟْاَﻌﻟْْﺮَﻌْﺮِشِشاﻟْاَﻌﻟْ ِﻈَﻜﻴِﺮِﻢﻳِﻢﻻ‬ ُ‫إِﻻﱠ اﻟﻠﱠﻪ‬ َ‫ﻻَ إِﻟَﻪ‬ ‫اﻟﻠﱠﻪَُراﻟْﱡَﻌب اِﻈﻟﻴ ُﻢﱠﺴ اَﻤﻟَْﻮاَﺤﻠِﻴِتُﻢ‬ ‫إِﻻﱠ‬ َ‫إِﻟَﻪ‬ َ‫ﻻ‬ 
‫اﻷَْر ِض‬ ‫َوَر ﱡب‬
“Tidak ada Tuhan melainkan Allāh, Yang Maha Besar, Maha Sabar, tidak ada

tuhan melainkan Allāh, Tuhan Arasy yang Agung, Tidak ada Tuhan melainkan

Allāh, Tuhan Langit dan Bumi, Tuhan Arasy yang Mulia.” [Muslim]

- 51 -

REFLECTIONS

Juz' 18 | Al-Mu'minūn

‫﴾َاﻳِْﻟَﺬُﱠﻢوﻳََاﻤِوﺬﻟﱠﺎاﻳَﻦﻧﻟﱠُِﺬَُﻳﻦﻬِﺬُﻳﻫْﻢَﻦْﻢَﻦ‬ ‫ﻫأ‬ ‫ﺖو﴾ا﴾ﻟُﱠ‬٢َْ‫َﻚ‬٤ ١١﴿﴾‫ِ﴿َﻜ‬٠‫ﺌ‬١ٰ‫َـ‬ ‫ﻟ‬٨َ‫ﻓَﻮﻮﺄ﴿َََُﻣ﴾نن﴿وﻠ‬ ١‫نﻣﻠﻌُُﺎ‬ ََ‫ِﻋﻚ‬١‫ِةَٰذﻋَُِﺧرأﻟَِﺛﻓﺎَ﴿ُﻮْﺎوِﻮََﺷن‬ ‫ﻢﻬأُِﺬِْﻓﻢِﻦﻳَﻋﻓِوﻴﻟﻠََـٰاَََﻦﻬﺌِوﺑﻲْٰﺎﺘَﻰَﻋُﻐََﻫأْﻚَﻬََْٰﺻْﻢﺧزﻰِﺎَﺪَُﻟﻫﻟِِوﻼَِاﻠﻫﺗوُﻢُِﺪﱠْﺰَِﻢِرﻬﺟاواﻟَْْﻢﻛَِﻬءََرَنﺎﻮاْﻢا‬ ِْ‫َإَِﺎُوﻓﻫَﱠُاﺗﻫِ﴾ْﻟَﻻﱠﻢﻤ‬ ‫ﻧ‬ ٩ ‫ﻷَﻳ﴿ََﻣ﴾س﴾َﻦ﴾ﺎ‬٦‫ﺬ‬٥ِ٣ِ‫ْو‬ ‫َْﻢا﴿نَد﴿ﻟ﴿ﱠ‬ ‫ْﻫﺮ‬ ُ﴾‫ﻮ‬  ‫ﻟَْنَﻈنَُﻦِﻔ‬١‫ﻓﱠِﻠُﻮَﺤُِﺬﺿﻮﻈَُنﺎ﴿ﻳِﻣﻮﻓِﻮﻴاَﻦ‬ ‫ﻢْﻌَِﺮَﺣوَنﺛِﺎﻳَﺮُاﻣُﻟ‬ ‫ِﻮﺗِِﻣَْﻏﻢﻨِْﻴُﻬ﴾ُﻣُﻳَﺮْﻮ‬٧‫ﻧﱠااوﻟَْﺻﻟُﻬِﻠﻠَﱠ﴿ُﻤْﺟﻢَْﻐﻮِْﺆاﻬ‬ ‫ﻗاَﻟُْْﺪﻫَُﻫﻌْﺎﻢْأَﻢﻋَُدﻓﻠَْﻠﻟََِﻋوُٰﻰﻔﻓََﺢَُِﻦنﺮِﺈ‬

(1) Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (2) [iaitu]
orang-orang yang khusyu’ dalam solatnya, (3) Dan orang-orang yang
menjauhkan diri dari [perbuatan dan perkataan] yang tiada berguna, (4)
Dan orang-orang yang menunaikan zakat, (5) Dan orang-orang yang
menjaga kehormatannya, (6) Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau
hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini
tiada tercela. (7) Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah

orang-orang yang melampaui batas. 
(8) Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat [yang dipikulnya]
dan janjinya. (9) Dan orang-orang yang memelihara solatnya. (10) Mereka
itulah orang-orang yang akan mewarisi, (11) [yakni] yang akan mewarisi

syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

- 52 -

Juz' 18 | Al-Mu'minūn

Dalam ayat-ayat tersebut, Allāh secara jelas telah memberitahu perkara-perkara
yang membawa kepada kejayaan. Sesiapa yang melaksanakan perkara berikut
akan memperoleh kejayaan dan kebahagiaan abadi, yang tidak akan
berkurangan. Perkara yang perlu dilakukan untuk mencapai kejayaan ini:

Tingkatkan khusyuk
di dalam solat

Menjaga lidah dengan
mengelakkan pertuturan yang

tidak baik

Memberi Zakat

Menjaga kesopanan dan
kesucian

Sentiasa amanah dan jujur
dengan menunaikan

amanah yang diberikan dan
menunaikan janji

Peliharalah solat dengan
menjaga prasyarat, syarat

dan rukunnya

- 53 -

Rasulullāh ‫ ﷺ‬bersabda,

“Syurga memiliki seratus tingkat dan di antara dua

tingkat itu jaraknya adalah seperti antara langit dan
bumi. Al-Firdaus adalah tingkat tertinggi, yang mana

darinya mengalir empat sungai syurga dan di

atasnya adalah Arasy. Ketika kamu meminta dari
Allāh, mintalah Al-Firdaus.”

‫[َس أَ ْﻋﻠَﻰ اﻟْ َﺠﻨﱠﺔ‬M‫و‬uْ‫د‬sَn‫ﺮ‬aْ‫ﻔ‬dِْ‫ﻟ‬A‫ا‬h‫ﻚ‬mَadُ‫اﻟﻠﱠُﻬ ﱠﻢ إﻧِّﻲ أَ ْﺳﺄَ]ﻟ‬

REFLECTIONS

Juz' 19 | Al-Shu'arā'

٨٣٨﴾٤٨﴾ ٨٣٨٥﴿٤﴾ ﴿‫َﻦ‬٨‫ﻴ‬ ‫ﺤ‬٥‫ﱠﺼِﺮﺎﻳﻟِ﴿ َِﻦ‬ ‫َر َِوّاب َْﺟوَﻫاَﻌ ْْﺟﻞﺐَﻌﻟْﻠِّﻟِﻨِﻲﻲﻲﻟِِﻣُﺣَﺴﺎﻦْﻜَنًَﻤوﺎَرِﺛَﺻَوِﺔأَْﺪﻟٍَِْقﺟﺤﻨﱠْﻘﻓِِﺔﻨِ اﻲﻲﻟﻨﱠاﺑِْﻌِﺎﻴﻵﻟِﻢِﺧ‬

(83) [Ibrahim berdoa], “Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku
hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-
orang yang soleh. (84) Dan jadikanlah aku buah tutur yang

baik bagi orang-orang [yang datang] kemudian, 
(85) Dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang

mempusakai syurga yang penuh kenikmatan. 

- 55 -

Juz' 19 | Al-Shu'arā'

MEMOHON KEPADA ALLAH UNTUK:

1. Kebijaksanaan, pertimbangan yang bernas, pemahaman
tentang agama

Rasulullāh ‫ ﷺ‬bersabda, “Jika Allāh menginginkan kebaikan
untuk seseorang, Dia akan memberinya pemahaman tentang

agama.” [Muslim]

2. Teman yang soleh
Sesiapa yang disayangi seseorang, dia akan bersama mereka: 

Anas  meriwayatkan, “Seorang lelaki bertanya kepada

Rasulullāh ‫ ﷺ‬tentang Hari itu (Hari Kiamat) dengan berkata,
‘Bilakah Hari itu akan tiba?’ Rasulullāh ‫ ﷺ‬bersabda, ‘Apa yang
telah kamu siapkan untuknya?’ Lelaki itu berkata, ‘Tidak ada apa-
apa, kecuali bahawasanya aku mengasihi Allāh dan Rasul-Nya.’
Rasulullāh ‫ ﷺ‬bersabda, ‘Kamu akan bersama orang-orang yang

kamu cintai.’” Anas  berkata, “Kami tidak pernah begitu

gembira seperti kami mendengar ucapan Nabi (yaitu, ‘Kamu akan
bersama siapa yang kamu cintai.’) Oleh itu, aku mencintai

Rasulullāh, Abu Bakar dan `Umar, dan aku berharap bahawa aku
akan bersama mereka kerana cintaku kepada mereka walaupun

perbuatanku tidak seperti perbuatan mereka.” [al-Bukhārī]

SubhanAllāh! Walaupun perbuatan kita tidak sehebat mereka, kita
mencintai orang-orang soleh, kita mencintai para Nabi, para

sahabat dan berharap serta berdoa agar kita akan bersama mereka
di akhirat.

3. Lisāna Sidqin: reputasi yang disanjung, menjadi sebutan
dengan sebutan yang baik, dengan meninggalkan legasi yang baik

supaya kita menjadi contoh yang akan diikuti.

4. Syurga: Kediaman penuh dengan kebahagiaan dan kesenangan
abadi!

- 56 -

REFLECTIONS

Juz' 20 | Al-Qasas

٢٤﴾٢٤﴿ ‫اﻟَﺧْﻴِﻈٍّﺮِّﻞﻓَِﻘﻴٌﺮ‬ ‫إِﻟَﻰ‬ ‫َر ِّبﻓَ إَِﺴﻧَِّﻘﻲٰﻰﻟِﻟََﻤﺎُﻬ َأﻤَﻧﺎَﺰﺛﻟُْﱠﻢَﺖﺗََﻮإِﻟﻟﱠَ ٰﱠﻰﻲ‬ ‫ﻓََﻘﺎ َل‬
‫ِﻣ ْﻦ‬

(24) Maka Mūsa memberi minum ternak itu untuk [menolong]
keduanya, kemudian dia kembali ke tempat yang teduh lalu berdoa: “Ya
Tuhanku sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang

Engkau turunkan kepadaku.” 

- 57 -

Juz' 20 | Al-Qasas

Mūsa  menyatakan seluruh kebergantungan mutlaknya kepada Allāh
semasa beliau berdoa pada saat masa depannya kelihatan begitu tidak
pasti. Serta merta doanya dijawab. Bagaimana ini boleh terjadi di mana
doanya segera dijawab dan kesukarannya dapat diselesaikan?
Mūsa  menyelesaikan kesukaran orang lain terlebih dahulu! Seperti
yang dinyatakan di permulaan ayat tersebut, beliau tanpa syarat
menolong orang lain tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Oleh itu,
ketika beliau berdoa kepada Allāh untuk keperluannya sendiri,
pertolongan Allāh datang dengan segera.

Abu Hurairah  meriwayatkan Rasulullāh ‫ ﷺ‬bersabda, “Barang siapa

yang menghapuskan satu kesedihan duniawi orang yang beriman, Allāh
akan menghapuskan darinya satu kesedihan pada Hari Kebangkitan.
Dan barangsiapa meringankan keperluan orang yang memerlukan,
Allāh akan meringankan keperluannya di dunia dan akhirat.
Barangsiapa yang melindungi [atau menyembunyikan aib] seorang
Muslim, Allāh akan melindunginya di dunia dan akhirat. Dan Allāh
akan menolong hamba-Nya selama dia menolong
saudaranya.” [Muslim]

Rasulullāh ‫ ﷺ‬bersabda, “Antara perbuatan yang paling mulia adalah
membuat seorang mukmin tersenyum, melunaskan hutangnya,
memenuhi beberapa keperluannya, atau menghapus beberapa
kesulitannya.” [al-Silsilah al-Sahīhah] 

Oleh itu, jika kita mahu masalah kita diselesaikan, kesulitan
diringankan, kesukaran dihapuskan, maka kita harus melakukan
perkara yang sama untuk orang lain. Berbuat baik dibalas baik;
maafkan orang lain, kita akan dimaafkan; kasihanilah orang lain, kita
akan diberi belas kasihan!

Ini adalah janji Allāh:

‫إِ ﱠن اﻟﻠّﻪَ ﻻَ ﻳُ ِﻀﻴ ُﻊ أَ ْﺟَﺮ اﻟْ ُﻤ ْﺤ ِﺴﻨِﻴ َﻦ‬

Sesungguhnya Allāh tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang
berbuat baik [al-Tawbah:120]

- 58 -

Buat baik dibalas baik.
Itu adalah janji Allāh!

REFLECTIONS

Juz' 21 | Al-'Ankabūt

‫ﻟَِﻬ َﻲ‬ ‫َوإِ ﱠن اﻟ ﱠﺪاَر اْﻵ ِﺧَﺮَة‬  ۚ ۚ ‫َوﻟَﻌِ ٌﺐ‬ ‫ﻟَإِْﻮﱠﻻ َﻟﻛَﺎْﻬﻧٌُﻮﻮا‬ ‫ﺎ‬ َۚۚ‫اﻟْ اَﺤﻟْﻴَﺎَﺤةُﻴَاَﻮﻟاﱡﺪُنﻧْﻴ‬ ‫َﻫـٰ ِﺬِﻩ‬ ‫َوَﻣﺎ‬
٦٤﴾٦٤﴿ ‫ﻳَْﻌﻠَ ُﻤﻮ َن‬

(64) Dan kehidupan dunia ini hanyalah gurau senda dan permainan.
Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya

jika mereka mengetahui.

- 60 -

Juz' 21 | Al-'Ankabūt Kehidupan di akhirat adalah sempurna di
setiap aspek!
Setiap nikmat di dunia ini datang selepas
keperitan kerana tiada yang sempurna di Rasulullāh ‫ ﷺ‬ditanya, ‘Ya Rasulullāh, adakah
dunia ini dan ia bersifat sementara. Manakala penghuni Syurga tidur?' Rasulullāh ‫ﷺ‬
nikmat di akhirat adalah nikmat sebenar bersabda, ‘Tidur itu saudara kepada kematian
kerana akhirat itu sempurna dan kekal abadi. dan itu tidak akan berlaku di dalam syurga.’”
Ia tidak ada kecacatan, kekurangan, kesedihan [al-Mu’jam al-Awsat]
mahupun kemerosotan.
Di dunia yang sementara ini, apabila kita
Rasulullāh ‫ ﷺ‬bersabda: "Terdapat penyeru di menghadapi masalah, kita pasti akan memilih
dalam syurga menyeru: Sesungguhnya kalian untuk tidur supaya kita lupa akan masalah
hidup dan tidak mati selamanya, kalian sihat tersebut. Tetapi di akhirat, para penghuninya
dan tidak sakit selamanya, kalian muda dan akan menikmati kebahagiaan yang berkekalan.
tidak tua selamanya, kalian bersenang-senang Tiada keletihan, kesakitan mahupun
dan tidak akan bersedih selamanya. Itulah kebosanan di Syurga. Itulah kehidupan yang
firman-Nya 'azza wajalla: kekal abadi! Jadi kita mestilah menyibukkan
diri kita dengan amal ibadah di dunia yang
‫َوﻧُﻮ ُدوا أَ ْن ﺗِْﻠ ُُﻛﻜْﻨُﻢﺘُْﻢاﻟْﺗََْﻌﺠﻨﱠَﻤﺔُﻠُ أﻮُوَنِرﺛْﺘُُﻤﻮ َﻫﺎ ﺑَِﻤﺎ‬ sementara ini supaya kita dapat menikmati
kebahagian yang kekal di sana; kita mesti
‘Dan mereka diseru: "Itulah Syurga yang bekerja keras di sini untuk kesenangan di sana.
diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa
Semoga Allāh mengizinkan kita menggunakan
yang kamu telah kerjakan."' (al-A'rāf:43)” nikmat dan kemampuan kita untuk
[Muslim]. memperoleh rahmat-Nya.

- 61 -

REFLECTIONS

Juz' 22 | Saba

‫أَﻧَﻔْﻘﺘُﻢ‬٣‫ﺎ‬٩‫﴾َوَﻣ‬ ۚ ۚ ٣ُ‫ﻟَﻪ‬٩‫ََﺸوﺎُﻫءَُﻮِﻣ َْﻦﺧْﻴُﺮِﻋﺒَاﺎﻟِﱠدﺮاِﻩِزَﻗِوﻴﻳَْﻘَﻦِﺪ﴿ُر‬ َ‫ۖﻳ‬ ۖ ُ‫ﻗُ ْﻞ إِ ﱠن َرﺑِّ ِّﻣﻲﻦﻳَْﺒ َُﺷﺴ ْﻲُﻂٍءاﻟﻓَِّﺮُﻬْزَﻮَقﻳُ ﻟِْﺨَﻤﻠُِﻔﻦﻪ‬

(39) Katakanlah, “Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan
menyekatnya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-
hamba-Nya.” Dan apa sahaja yang kamu berikan, Allāh akan
menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik.”

- 62 -

Juz' 22 | Saba

SubhanAllāh! Apa jua yang kita belanjakan di jalan Allāh
tidaklah sia-sia. Sebaliknya, setiap daripadanya akan diberi
ganjaran. Allāh akan membalas dengan ganjaran yang terbaik
sama ada di dunia ini atau pun di Akhirat kelak.

Rasulullāh ‫ ﷺ‬bersabda, “firman Allāh: ‘Wahai anak Adam,
berinfaklah, nescaya kamu akan mendapat gantiannya.’”
[al-Bukhārī]

ALLĀH MEMBERI DAN MAHA MEMBERI

Rasulullāh ‫ ﷺ‬bersabda, “Tangan Allāh itu penuh, tidak
berkurang dengan pemberian-Nya kepada hamba-Nya. Dia
mencurahkan pemberian-Nya siang dan malam. Tidakkah
kalian memperhatikan pemberian yang Allāh curahkan sejak
Dia menciptakan langit dan bumi? Semua itu tidak
mengurangi kekayaan Allāh.” [Muslim]

BERINFAKLAH DARIPADA REZEKI YANG ALLĀH
KURNIAKAN WALAUPUN SEKECIL BUAH KURMA!

Rasulullāh ‫ ﷺ‬bersabda, “Tidaklah salah seorang di antara
kalian bersedekah dengan satu biji kurma dari sumber
penghasilan yang baik kecuali Allāh SWT akan mengambilnya
dengan tangan kanan-Nya kemudian Allāh memeliharanya
sebagaimana salah seorang di antara kalian memelihara anak
kudanya atau anak untanya sampai (sedekah kurma itu)
sebesar gunung atau lebih besar lagi.” [Muslim]

SEDEKAH ADALAH CARA UNTUK MEMPEROLEH
KEBERKATAN

Rasulullāh ‫ ﷺ‬bersabda, “Allāh memberikan keberkatan
khusus kepada beberapa hamba-Nya agar dapat mereka
memanfaatkan ciptaan-Nya melalui mereka. Sekiranya dia
membelanjakannya, maka keberkatannya tetap terpelihara,
dan jika dia menahannya maka Allāh mengambilnya dari dia
dan memberikan kepada orang lain.” [as-Silsilah as-Sahīhah]

- 63 -

Juz' 22 | Saba

BERSEDEKAH DAN JANGAN TAKUT AKAN
KEMISKINAN

Rasulullāh ‫ ﷺ‬bersabda kepada Bilal ,

“Berbelanjalah Bilal, dan jangan takut akan kemiskinan
dari Pemilik Arasy.”
[as-Silsilah as-Sahīhah]
BERSEDEKAH, TERUTAMA DI BULAN RAMADAN

Ibn Abbas berkata, “Rasulullāh ‫ ﷺ‬adalah orang

yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi
di bulan Ramadān saat Baginda bertemu Jibril. Jibril
menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al-
Qur'an. Dan kedermawanan Rasulullah ‫ ﷺ‬melebihi
angin yang berhembus.” [al-Bukhārī]
Semoga Allāh membolehkan kita untuk memberi
manfaat kepada orang lain melalui keberkatan-Nya.

- 64 -

REFLECTIONS

Juz' 23 | Al-Sāffāt

‫َﻤﺎَوا ِت‬٢‫﴾ﱠﺴ‬٥‫اﻟ‬٢﴾‫ﱡ﴿ب‬٥ ﴿‫اﱠر‬ ‫ًﺮ‬ ﴾‫ِقْﺟ‬٤‫َِﺸتﺎ﴿ِرَز‬ ‫َوْﻓﻢََﺎرﻟﻟَﱠﺰَﻮﱡاباِِاﺟﺣﻟَْﺮٌاَﺪﻤ‬ ‫َﻤَﻬﺎ﴾ُﻜ‬١ٰ‫ﺑَﱠْﻴنﻨَ﴿إُِﻬﻟَـ‬ ِ‫ﺎإ‬ ‫َوَﺻَﻣ﴾ﻔﺎ‬٣‫ﻓَﺎﻟﺘﱠﺎﻟِﻴَﺎ َِتواﻟَِذواْﱠْﺼﻛﺎًﻷَﺮﻓﱠْارﺎ ِِ﴿تض‬

(1) Demi [rombongan malaikat] yang berbaris bersaf-saf. (2) Demi
[rombongan] yang mencegah dengan bersungguh-sungguh (3) Demi
[rombongan] yang membacakan peringatan. (4) Sesungguhnya, Tuhanmu
benar-benar Maha Esa. (5) Tuhan langit dan bumi, dan apa yang berada di

antara keduanya, dan Tuhan tempat-tempat terbitnya matahari.

- 65 -

Juz' 23 | Al-Sāffāt

Para Malaikat membuktikan ketaatan dan kepatuhan yang tiada
bandingan kepada Allāh. Mereka sentiasa bersedia untuk melaksanakan
suruhan Allāh. Mereka sangat berdisiplin dan teratur. Para malaikat
beratur di dalam saf-saf yang sempurna lurusnya dan taat kepada Yang
Esa dan bersedia untuk menerima arahan Allāh. Beginilah cara para
Malaikat menerima perintah-perintah Allāh.

SAF PARA MALAIKAT:
Rasulullāh ‫ ﷺ‬bersabda, “Mengapa kamu semua tidak berbaris seperti
kalangan malaikat berbaris di hadapan Tuhan (Allāh) mereka?” Maka
kami (sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullāh, bagaimana kalangan
malaikat berbaris di hadapan Tuhan mereka?” Baginda ‫ ﷺ‬menjawab:
“Mereka menyempurnakan barisan yang di hadapan dan saling
merapatkan barisan.” [Muslim]

UMAT YANG ISTIMEWA:
Rasulullāh ‫ ﷺ‬bersabda, “Umat ini diberi kelebihan atas seluruh umat
dalam tiga hal: saf kami dibuat seperti saf malaikat (baris lurus
sepenuhnya); seluruh bumi telah dijadikan Masjid untuk kami; dan
tanahnya telah dijadikan alat penyucian bagi kami jika tidak dapat
menemui air.” [Muslim]

SAF YANG LURUS ADALAH SEBAHAGIAN DARI MENDIRIKAN
SOLAT:
Rasulullāh ‫ ﷺ‬bersabda, “Luruskanlah saf-saf kalian kerana
sesungguhnya meluruskan saf itu adalah sebahagian daripada
kesempurnaan solat (berjemaah)” [al-Bukhārī]

- 66 -

Juz' 23 | Al-Sāffāt

SAF YANG LURUS PENYEBAB TURUNNYA RAHMAT ALLAH:
Rasulullāh ‫ ﷺ‬bersabda, “Luruskanlah oleh kamu saf-saf dan
sejajarkanlah di antara bahu-bahu kamu, tutupi celah-celah dan berlaku
lembutlah ketika memegang tangan saudaramu (waktu merapatkan saf),
dan janganlah kamu biarkan celah-celah (yang kosong) itu untuk
syaitan. Barangsiapa menghubungkan saf, maka Allāh
menghubungkannya (dengan rahmat-Nya) dan barangsiapa
memutuskan saf, maka Allāh memutuskannya (daripada rahmat dan
pertolongan-Nya).” [Musnad Ahmad]

SAF YANG LURUS MENUNJUKKAN KEKUATAN DAN PERPADUAN,
UNTUK MENDAPATKAN REDHA ALLAH:

Al-Bara’ bin Azib  meriwayatkan, “Rasulullah ‫ ﷺ‬masuk ke dalam saf

daripada hujung saf ke hujung yang lain. Baginda menyentuh dada dan
bahu kami. Baginda bersabda: ‘Jangan kamu berselisih sehingga hati
kamu juga turut berselisih.’ Dan beliau bersabda, ‘Sesungguhnya Allāh
dan para malaikat-Nya memberkati mereka yang berada di barisan
pertama.’” [Abu Dawūd]

- 67 -

REFLECTIONS

Juz' 24 | Al-Zumar

‫إِ ﱠن‬ ٥ ۚۚ ‫ِﻪ‬٣‫ِﺔ﴾اﻟﻠﱠـ‬٥‫ﺣ َﻤ‬٣ْ ‫ ﱠ﴿ر‬ ‫ﻗُ ْﻞ ﻳَﺎ اﻟِﻋﻠﱠـﺒَﻪَﺎِدﻳَْﻐَيِﻔُاﺮﻟﱠاِﺬﻟﻳﱡﺬَﻧﻦُﻮأَ َْﺳبَﺮﻓَُﺟﻮاِﻤﻴَﻋًﻌﻠَﺎ ٰۚﻰإِأﻧَﱠﻧﻪُُﻔ ُِﻫﺴَﻮِﻬ ْاﻢﻟْﻐََﻻُﻔﻮﺗَُْرﻘﻨَاﻟﻄُﱠﺮﻮاِﺣﻴِﻣُﻢﻦ‬

(53) Katakanlah, “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas
terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa daripada
rahmat Allāh. Sesungguhnya Allāh mengampuni dosa-dosa semuanya.

Dialah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.”

- 68 -

Juz' 24 | Al-Zumar

Allāh melihat semua makhluk dengan penuh kasih dan sayang khususnya mereka
yang telah melampaui batas dengan melakukan dosa. Ini menunjukkan bahawa kita

tidak sepatutnya berputus asa dengan kasih Allāh sebaliknya kembalilah kepada
Allāh dan mohonlah keampunan daripada-Nya. Jangan sesekali kita berfikir bahawa
dosa-dosa dan kesilapan lampau kita terlalu banyak dan teruk sehingga tidak akan
diampuni Allāh. Sesungguhnya, Allāh Maha Pengampun! Yang penting, tinggalkan
perbuatan berdosa tersebut, tadahkan kedua tangan kita dan mohonlah keampunan-

Nya.
Rasulullāh ‫ ﷺ‬bersabda, “Telah berfirman Allāh SWT, ‘Wahai anak Adam! Selagi
engkau memohon dan meminta kepada-Ku, Aku akan mengampunimu atas segala
dosa yang engkau lakukan, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Andai kata
dosa-dosamu sampai setinggi langit, kemudian engkau memohon ampun kepada-
Ku, nescaya Aku akan mengampuni. Wahai anak Adam! Andai kata engkau datang
kepada-Ku dengan dosa sepenuh bumi, kemudian engkau menemui-Ku, sedang
engkau tiada menyekutukan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang

kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.’”
[al-Tirmidhī]

Allāh sangat suka memberi keampunan (tuhibbul-‘Afw). Salah satu nama Allāh ialah
al-Ghaffār (Yang Memaafkan) dan al-Ghafūr (Yang Memberi Kemaafan); Maghfirah
(keampunan) daripada Allāh adalah tanda kasih dan sayang-Nya terhadap ciptaan-
Nya. Walaupun dosa yang dilakukan adalah sebesar gunung dan sebanyak buih di
lautan, Allāh memberi keampunan kepada hamba-Nya yang memohon keampunan

daripada-Nya.

Semoga Allah mengampunkan dan mengasihi kita.

- 69 -

REFLECTIONS

Juz' 25 | Al-Shūrā

‫ﺎَﻘﺋَِٰﺮﻰ‬٣َْ‫وَأﻛَﺑﺒ‬٧َ ﴾‫ﻮْﻴٌﺮَن‬٣‫ﻨِﺒَُﺧ‬٧َ‫ﻳﻟَﻠﱠـ﴿ِْﺠﻪﺘ‬ ‫ﻳََﻣَْﻐوﺎاِﻔﻟﱠُﺮِﻋِﺬﻨﻳوَﺪََﻦنا‬ ‫ْﻢ﴾َو‬ ‫ﻫ‬ ُۖۖ٣‫ﻴَﺎ‬٦ْ‫ِاﻀﻟﺒُ﴿ﱡﺪﻮﻧا‬ ‫ﻟﻓَِﻠﱠَﻤِﺎﺬﻳأَُﻦوﺗِاآﻴْﺘَُِﻣﻹﻨُﻢﺛِْﻮﻢاِّﻣََوﻦواﻟَْﻋَﻔﻠََﺷَﻮٰاْﻰﻲٍِءﺣَرﺑِّﻓََِﻬَﺶﻤْﺘَﻢﺎَوﻳَإِﺘَعَُذَاﻮاﻟْﱠﻛَﻣﻠُﺎَﺤﻮﻴَﺎَﻏَنِة‬

(36) Apa pun (kenikmatan) yang diberikan kepadamu, maka itu adalah
kesenangan hidup di dunia. Sedangkan (kenikmatan) yang ada di sisi
Allāh lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan
hanya kepada Tuhan mereka bertawakal.  (37) Dan bagi mereka yang
menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan-perbuatan keji, apabila mereka

marah segera memberikan kemaafan.

- 70 -

Juz' 25 | Al-Shūrā

Setiap manusia pernah merasa marah, samada
sedikit atau pun banyak dan ia adalah sesuatu yang
biasa. Tetapi, apa yang penting ialah bagaimana kita
menguruskan perasaan marah tersebut dan
mengekang diri daripada terus marah dan bertindak
melulu kerana perasaan marah tersebut.

Apabila kita menunjukkan perasaan marah kita
secara terbuka, kita tidak hanya menyakiti orang di
sekeliling kita, malahan kita turut menyakiti diri kita
sendiri. Marah hanya mengundang bahaya dan
kemusnahan. Oleh itu, sangat penting bagi kita
untuk mengawal dan mengurus perasaan marah itu
supaya kita tidak dipengaruhi oleh perasaan marah
yang membinasakan.

MENGAWAL MARAH MEMBAWA KE SYURGA:

Rasulullāh ‫ ﷺ‬bersabda, “Jangan marah, pasti Syurga
akan menjadi milikmu.”
[Sahīh al-Jāmi al-Saghīr]

JANGANLAH JADI PEMARAH, NESCAYA ALLAH
TIDAK AKAN MARAH KEPADAMU:

Abdullāh bin Amr bertanya kepada

Rasulullāh ‫ﷺ‬, “Apakah yang menjauhkan aku
daripada kemurkaan Allāh 'azza wa jalla?”
Rasulullāh ‫ ﷺ‬bersabda: “Jangan marah!”
[Musnad Ahmad]

SubhanAllāh, apabila kita memaafkan seseorang,
Allāh akan memaafkan kita! Kerana itu kita perlu
belajar untuk memaafkan dan melupakan kesalahan
orang lain kepada kita. Sikap kita bukanlah dengan
memutuskan perhubungan tetapi berdoalah kepada
Allāh supaya diberi pertolongan dan kekuatan untuk
memaafkan orang lain.

- 71 -

REFLECTIONS

Juz' 26 | Al-Hujurāt

‫ﺋِ َ﴾ﻞ‬١‫َﺒَﺎ‬٣‫ًﺎ﴿َوﻗ‬ ‫إِٰﻰﱠنَواﻟﻠﱠَـﺟﻪََﻌْﻠﻨََﻋﺎﻠِﻴُﻛٌﻢْﻢ َﺧُﺷﺒِﻴﻌٌُﺮﻮﺑ‬ َ‫ۚۚﺜ‬ ‫ﺎإِ ﱠنُس أَإِﻧْﱠﻛﺎَﺮَﻣَﺧﻠَُﻜْﻘْﻢﻨَﺎ ِﻋُﻛﻨﻢَﺪ ِاّﻣﻟﻠﱠـﻦِﻪذَأَﺗَْﻛَﻘٍﺎﺮ ُﻛَوْأﻢُﻧ‬ ‫ۚﻨﱠ‬ ۚ‫ﻟﻳَِﺘَﺎَﻌأﺎَﻳﱡَرَﻬﻓُﺎﻮااﻟ‬
١٣(13) Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu

daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami
jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling
kenal mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu disisi
Allah ialah orang yang paling bertakwa. Allāh Maha Mengetahui, lagi

Maha Teliti.

- 72 -

Juz' 26 | Al-Hujurāt

Ayat ini menekankan tentang persamaan kaum.
Semua manusia mempunyai pertalian di antara satu sama lain, di mana
semuanya berasal daripada ibu dan ayah yang sama. Kita semua adalah
anak cucu Adam, oleh itu tidaklah seseorang itu melebihi seseorang yang
lain dari segi keturunan. Maka mengapakah terdapat perbezaan kaum dan
keturunan? Tujuannya adalah agar manusia saling kenal-mengenal dan

saling belajar daripada satu sama lain. Perbezaan etnik merupakan
pengayaan. Sekiranya semua orang sama maka tidak akan ada

kepelbagaian dari segi bahasa, tradisi bahkan makanan! Terdapat
keindahan dan tujuan dalam kepelbagaian ini, maka seseorang itu tidak

patut merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain berdasarkan
bangsa dan keturunannya.

Kedudukan dan kemuliaan pada pandangan Allāh bukanlah berdasarkan
apa yang kita miliki tetapi apa yang kita lakukan. Bukanlah pada paras
rupa tetapi bagaimana kita melihat orang lain. Bukanlah dinisbahkan
kepada ciri-ciri keluarga, kaum, keturunan, warna, ketinggian atau rupa

fizikal tetapi pada ketakwaan dan keimanan. Penghormatan dan
kelebihan adalah melalui keimanan dan akhlak bukanlah melalui

kelahiran, bangsa atau kerakyatan.

Rasulullāh ‫ ﷺ‬bersabda ketika hajjatul wada’, “Wahai manusia, Tuhan
kamu hanyalah Satu dan bapamu Adam juga satu. Tidak ada kelebihan

untuk orang Arab ke atas orang bukan Arab, begitu juga tidak ada
kelebihan bagi orang bukan Arab ke atas orang Arab. Begitu juga orang
berkulit putih dengan orang berkulit hitam dan sebaliknya orang berkulit

hitam dengan orang berkulit putih, melainkan kerana takwanya.
Tidakkah aku sudah menyampaikannya?” [Musnad Ahmad]

Oleh yang demikian, kita perlu mendapatkan keistimewaan di sisi Allāh
dengan meningkatkan takwa dan amalan-amalan yang baik. Takwa
adalah di dalam hati dan ia dizahirkan melalui perbuatan.

- 73 -

‫َﺧْﻴُﺮ‬ ‫أَﺗﻧَْْﻘََﻮﺖا َﻫَوﺎﻟِﻴﱡََوﻬَﺎز َّﻛِوََﻣﻬﺎْﻮَأَﻧﻻَْﻫَﺎﺖ‬ ‫آ ِت ﻧَْﻔ ِﺴﻲ‬ ‫اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ‬
‫َﻣ ْﻦ َز ﱠﻛﺎ َﻫﺎ‬
“Ya Allāh! Berilah ketakwaan kepada jiwaku dan sucikanlah

ia, kerana Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya,

Engkaulah Penolong dan Engkaulah Tuhannya.”

(Sahīh Muslim)

REFLECTIONS

Juz' 27 | Al-Hadīd

‫َواْﻷَْر ِض‬ ‫ﺗﺎِﻴِءِﻪ‬٢‫ﺴﻳَُْﺆﻤ‬١‫ﻟﻠﱠـاﻟ﴾ِﻪ ﱠ‬٢‫ُﻞِاض‬١‫َﻛَﻌْْ﴿ﻀﺮ‬ ‫ﻟَْٰذُﺿَﻌﻟَِﻬِﻈﺎَﻴﻚِﻢَﻓ‬ ‫ۚﺮا‬ ْۚ‫ﻣﻦﻨَُواﻮﻟﱠارﻠﱠـﺑِّﺑِﻪُﺎُﻜﻟﻠْﱠـذﻢُِﻪوَواَوﻟَْﺟَُرﻔﻨﱠٍﺔُﺳْﻀﻠِِِﻪَﻋﻞ‬ َ ۚ‫َﻟﻣِﻠﱠْﻐﻳَِِﺬﻔﻳََﺮﺸٍَةﺎﻦءُِّآۚﻣ‬ ‫َﺳﺎﺑُِﻘأُﻮاِﻋ إﱠِﺪﻟَ ْٰﻰت‬
‫َﻣﻦ‬

(21) Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan keampunan
daripada Tuhanmu, dan syurga yang seluas langit dan bumi, yang
disediakan buat orang-orang yang beriman kepada Allāh dan rasul-
rasul-Nya. Itu lah kurniaan Allāh, yang diberikan kepada sesiapa sahaja

yang Dia kehendaki.

- 75 -

Juz' 27 | Al-Hadīd

Di permulaan Juz' ini, kita digalakkan u‫ﻲ‬nِّ‫ﻧ‬tِ‫إ‬uۖۖk‫ﻠﱠـِﻪ‬b‫ﻟ‬e‫ ا‬r‫ﻰ‬laَ‫إِﻟ‬ri‫(وا‬b‫ﱡﺮ‬e‫ﻓَِﻔ‬r segera) kepada Allāh:

‫ﱡﻣﺒِﻴ ٌﻦ‬ ‫ﻟَ ُﻜﻢ ِّﻣْﻨﻪُ ﻧَ ِﺬﻳٌﺮ‬
Maka segeralah kembali kepada (mentaati Allāh). Sesungguhnya, aku seorang pemberi

peringatan yang jelas daripada Allāh untukmu. [al-Dhariyāt:50]

Kemudian, di dalam Sūrah al-Wāqi'ah, mereka yang terdahulu (as-sābiqūn) dipuji:

‫﴾ أُوﻟَـٰﺌِ َﻚ اﻟْ ُﻤَﻘﱠﺮﺑُﻮ َن‬١٠﴿ ‫َواﻟ ﱠﺴﺎﺑُِﻘﻮ َن اﻟ ﱠﺴﺎﺑُِﻘﻮ َن‬ 

Dan orang-orang yang paling dahulu (beriman), merekalah yang paling dahulu
(masuk syurga) - Mereka itulah orang yang dekat (kepada Allāh) .
[al-Wāqi'ah:10-11]

Dan pada penghujung Juz', kita diarahkan untuk menjadi mereka yang terdahulu...

‫َﺳﺎﺑُِﻘﻮا إِﻟَ ٰﻰ َﻣ ْﻐِﻔَﺮٍة ِّﻣﻦ ﱠرﺑِّ ُﻜ ْﻢ َو َﺟﻨﱠٍﺔ َﻋْﺮ ُﺿَﻬﺎ َﻛَﻌْﺮ ِض اﻟ ﱠﺴ َﻤﺎِء َواْﻷَْر ِض‬

Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan keampunan daripada Tuhanmu, dan
syurga yang seluas langit dan bumi...[al-Hadīd: 21]

Kita perlulah bersegera melakukan amalan-amalan yang menyebabkan terampunnya
dosa kita dan dimasukkan ke dalam syurga. Salah satu daripada amalan tersebut
adalah menuntut ilmu.

‫اﻟْ َﺠﻨﱠِﺔ‬ ‫إﻟَﻰ‬ ‫ﻃَِﺮﻳًﻘﺎ‬ ‫ﺑِِﻪ‬ Rasulullāh ‫ِﻋْﻠ ًﻤﺎﷺ‬be‫ِﻪ‬r‫ﻴ‬sِ‫ﻓ‬a‫ﺲ‬bُ d‫ﻤ‬aِ ,َ‫ﻳَْﻠﺘ‬ ‫ﻃَِﺮﻳًﻘﺎ‬ ‫َﺳﻠَ َﻚ‬ ‫َوَﻣ ْﻦ‬

ُ‫َﺳﱠﻬ َﻞ اﻟﻠﱠﻪُ ﻟَﻪ‬
“Barangsiapa yang meniti jalan untuk menuntut ilmu maka Allāh SWT akan

mempermudahkan baginya jalan untuk ke syurga.” [Muslim]

Semoga Allāh mengurniakan kita ilmu yang bermanfaat.

- 76 -

REFLECTIONS

Juz' 28 | Al-Tahrīm

٨‫ﺎِّﻻﻔﻧَِﺮِ﴾ﻬ ْﻢ‬٨َ‫ْﺑِﻮﺄَﻳَمُﻳْ﴿ََﻤﻜ‬ ‫ﺑإِﻮَﻧْﱠﺔﺠًُرِﺮُﻧَﻫﱠﻚْﻢيُﺼَﻋﻳَِﻮﻠَﻣْﺴًٰﻦﺣﻰَﻌﺎﺗَٰﻰُﻛَﻋْﺤِﺑَﺘّﻞِْﻴَﺴَﻬَٰﻦﺎﻰَﺷاأَْْﻳَْﻲرﻷﺑٍَﱡِءﺪﻧْﻳَُﻜﻬﻗَِﻬﺎْﻢِْﺪﻢُرﻳأٌَﺮَﻳَون‬ ‫ۖۖﻧْﺗَُﻮ‬  َ‫ۖۖتﺎﺗ‬ َ‫ﻳَﻳُُﻘﻳَْﻮﺨﺎﻟُِﺰَﻋﻮأَﻨﻳﱡَينَُﻬﻜﺎاْﻢَﻟرﻠاﱠﺑـﱠﻟﱠﻨَﻪَُﺎﺳِﺬﻴِّاﻳﺌأَﻟَﺗﺎْﻨﱠَﻦﺗﺒِِِﻤآﱠُْﻜﻲﻢَﻣْﻢﻨﻟََُوﻨَاﻮَﺎاوﻟﱠﻳُﻧِﺬُﺗُْﺪﻳﻮﻮََِﺑرﻦُﺧﻧَﻠَﻮﺎاآُﻜَﻣإَِﻨوُْﻟَﻢاﻮاْﻏﻰَِﻔﺟاَْﻨﻣﱠﻟﺮﺎﻠﱠَﻌـﻟَِﻪﻪٍُﻨ‬

(8) Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allāh dengan
‘Taubat Nasuha’, mudah-mudahan Tuhanmu akan menghapuskan kesalahan-

kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai, pada hari Allāh tidak akan menghinakan Nabi dan
orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya, cahaya [iman dan amal
soleh] mereka, bergerak cepat di hadapan dan di sebelah kanan mereka, mereka

berkata : “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan
limpahkanlah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas

tiap-tiap sesuatu.” 

- 77 -

Juz' 28 | Al-Tahrīm

Kita diseru untuk bertaubat kepada Allāh dengan taubat yang ikhlas.
Taubat yang ikhlas merupakan penyebab terhapusnya dosa, dimasukkan ke

dalam syurga dan menjadi cahaya pada Hari Pengadilan. Cahaya ini akan
membimbing orang-orang mukmin ke Jannah. 

Pada Hari Kebangkitan, sebelum Sirāt, setiap orang akan berada di dalam
kegelapan. Kemudian setiap orang akan diberi cahaya berdasarkan amalan

soleh mereka. Terangnya cahaya tersebut bergantung kepada tingkatan
amalannya.

Rasulullāh ‫ ﷺ‬bersabda, “[Di Hari Pembalasan], Allah akan memberikan
cahaya kepada setiap orang berdasarkan amalannya: ada di antara mereka

yang diberikan cahaya seperti gunung, yang mendahului mereka: ada di
antara mereka yang diberikan kurang daripada itu. Ada di antara mereka
yang diberikan cahaya seperti pokok kurma, yang akan dipegang dengan
tangan mereka dan ada yang diberikan kurang daripada itu. Orang yang
terakhir akan diberikan cahaya sebesar ibu jari kaki, yang akan bercahaya
secara selang-seli. Apabila ia bercahaya, orang itu akan maju ke hadapan
dan apabila cahaya itu hilang dia akan berdiri tegak...” [Sahīh al-Targhīb

wal-Tarhīb]

Rasulullāh ‫ ﷺ‬bersabda, “Setiap orang samada munafiq ataupun mukmin,
akan diberikan cahaya yang akan digunakan untuk melihat jalannya (sirāt).

Terdapat cangkuk dan duri di atas Jambatan Neraka yang akan menarik

sesiapa yang Allāh kehendaki. Cahaya orang-orang munafik akan terpadam
dan orang-orang beriman akan diselamatkan.” [Muslim]

Apabila orang-orang beriman menyaksikan cahaya orang-orang munafiq

dilenyapkan, mereka menjadi risau akan cahaya mereka sendiri. Ketika

‫ﻗَ ِﺪﻳٌﺮ‬ inilah ‫ﻰ‬mٰ َ‫ﻠ‬e‫َﻋ‬re‫ﻚ‬kَa‫ﻧﱠ‬bِ‫إ‬eۖۖr‫ﺎ‬dَ‫ﻨ‬oَ‫ﻟ‬a‫ْﺮ‬k‫ِﻔ‬e‫ْﻏ‬p‫وا‬aَd‫ﺎ‬aَ‫رﻧ‬Aَ‫ﻮ‬llُ‫ﻧ‬āh‫ﻨَﺎ‬,َ‫ﻟ‬  ‫أَﺗِْﻤ ْﻢ‬ ‫َرﺑﱠﻨَﺎ‬

‫ُﻛِّﻞ َﺷ ْﻲٍء‬
“Wahai Tuhan Kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan

limpahkanlah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa

atas tiap-tiap sesuatu.” [Al-Tahrīm: 8]

Marilah kita menghafal doa ini sepenuh hati dan mohon kepada Allāh agar
cahaya kita disempurnakan di akhirat kelak.

- 78 -

REFLECTIONS

Juz' 29 | Al-Muzzammil

‫َُﻚ‬٦‫َﻋﻠَِْﻴﻣ﴾ْﻨﻪ‬٦‫ﻗَْإﻔَِﻧﱠﻮﻪُﺎُمأَِﻗوَِﺳﻴﻨُاًْﻠﻧﻼِﻘُﻘﻲ﴿ ْﺺ‬ َ‫ﻧَِّو﴾ْأﺼ‬٤‫ﺎ‬ ً‫ﻃْ﴿﴾ﺌ‬٢‫و‬ َ‫ِﺷﻴﱡًﺪ﴿ﻼ‬ َ‫ِﻪﺎﻗُِِﻢَﺷوﺌََارﺔَﻟﺗِّﻠﱠاِْﻴﻞﻟﻠﱠَﻞْاﻴﻟِْإُِﻞﻘﱠْﺮﻻِآﻫﻗََنﻠَِﻲﻴﺗًَأَْﻼﺮﺗ‬ َ‫َﻋﱠنﻠَ﴾ْﻴﻧ‬١ِ‫إ‬ ‫ِز﴾﴿ْد‬ ٥‫ِّﻣأَ﴿ْوُﻞ‬ ‫ﱠ﴾ﺰ‬ ‫ًُﻼﻤ‬٣ْ‫َﻬﺛَﺎِ﴿ﻘﻴاﻟ‬ ‫ﻗَﻳﻗﻠََِﺎﻴْﻮًًأَﻼﻳﻻﱡ‬

(1) Wahai orang berselimut [Muhammad]! (2) Bangunlah [untuk solat] pada
malam hari, kecuali pada sebahagian malam. (3) Iaitu separuh daripadanya

atau kurang sedikit daripada itu (4) Atau lebih daripada [seperdua] dan
bacalah Al-Qur'an itu dengan perlahan-lahan. (5) Sesungguhnya Kami akan

menurunkan perkataan yang berat kepadamu. (6) Sesungguhnya bangun
malam itu lebih kuat [mengisi jiwa], dan [bacaan pada waktu itu] lebih
memberi kesan.

- 79 -

Juz' 29 | Al-Muzzammil

Allāh telah memilih malam sebagai waktu untuk ibadah tambahan
berbanding dengan siang hari. Kenyataan bahawa Al-Qur'an
diturunkan di waktu malam menyedarkan kita tentang
keistimewaan ibadah di waktu malam. Waktu malam lebih khusus
untuk membina hubungan yang kuat dengan Allāh SWT dan
mendekatkan diri seorang hamba kepada Rabbnya. Kesunyian dan
ketenangan malam membuatkan kita lebih fokus, memberikan kita
peluang yang baik untuk muhasabah diri.

IBADAH MALAM - CARA ORANG-ORANG SOLEH DAHULU

Rasulullāh ‫ ﷺ‬bersabda, “Hendaklah kamu melazimkan solat malam.
Sebab itu adalah amalan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia
menghampirkan kamu kepada Tuhan, penebusan dosa (kamu) dan
mencegah daripada melakukan dosa.” [al-Tirmidhī]

IBADAH YANG TERBAIK

Rasulullāh ‫ ﷺ‬bersabda, “Sebaik-baik solat selepas solat fardhu
adalah solat malam.” [Muslim]

ALLĀH SENYUM KEPADA MEREKA YANG SOLAT MALAM

Ibn Mas’ūd  berkata, “Tuhan kami senyum kepada dua lelaki:

salah seorang daripada mereka meninggalkan tempat tidur dan
selimutnya, dan menjauhi isteri dan nafsunya untuk mendirikan
solat. Allāh berkata, ‘Wahai malaikat-Ku, lihatlah hamba-Ku ini. Dia
telah meninggalkan tempat tidurnya dan selimutnya dan
meninggalkan nafsu dan isterinya untuk solat kerana mengharapkan
apa yang ada pada-Ku dan kerana takutkan apa yang ada pada-Ku.’”
[Sahīh al-Targhīb]

- 80 -

Juz' 29 | Al-Muzzammil

DOA YANG MAKBUL
Rasulullāh ‫ ﷺ‬bersabda, “Tuhan kami yang Maha Berkat dan Maha
Tinggi turun setiap malam ke langit dunia sewaktu masa berbaki
sepertiga malam terakhir dan berfirman: ‘Barangsiapa yang berdoa
kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan baginya. Barangsiapa yang
meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikan (apa yang dipinta)
kepadanya. Barangsiapa yang meminta pengampunan daripada-Ku,
nescaya Aku akan mengampuninya.’” [al-Bukhārī]

GANJARAN UNTUK NIAT! 
Rasulullāh ‫ ﷺ‬bersabda, “Barangsiapa mendatangi tempat tidurnya, lalu
dia berniat ingin solat malam. Akan tetapi, tidur telah mengatasinya
sehingga dia bangun ketika waktu subuh, maka akan dicatat sebagai
kebaikan apa yang dia niatkan. Adapun tidurnya merupakan sedekah
daripada Tuhannya.”
[Ibn Mājah]
Maka marilah kita memasang niat! InshaAllāh.

Ya Allāh, bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu
dan beribadah kepada-Mu dengan cara yang terbaik.

- 81 -

REFLECTIONS

Juz' 30 | Al-Infitār

١١﴾١١﴿ ‫ﻛَِﺮاًﻣﺎ َﻛﺎﺗِﺒِﻴ َﻦ‬ ﴾١٠﴿ ‫َوإِ ﱠن َﻋﻠَْﻴ ُﻜ ْﻢ ﻟَ َﺤﺎﻓِ ِﻈﻴ َﻦ‬
 ١٢﴾١٢﴿ ‫ﻳَْﻌﻠَ ُﻤﻮ َن َﻣﺎ ﺗَْﻔَﻌﻠُﻮ َن‬

(10) Dan sesungguhnya bagi kamu ada malaikat-malaikat yang
mengawasi [pekerjaanmu], (11) Yang mulia [disisi Allāh] dan yang
mencatat [perbuatanmu]; (12) Mereka mengetahui apa yang kamu

lakukan.

- 82 -

Juz' 30 | Al-Infitār

Para malaikat mencatat segala perkataan dan perbuatan kita
sepertimana yang diperkatakan dan diperlakukan.

Rasulullāh ‫ ﷺ‬bersabda, “Seorang lelaki berkata,
‘‫ اﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ ﻛﺜﻴﺮا‬Limpahan pujian bagi Allāh!’ Malaikat
merasakan sangat berat untuk mencatatnya maka malaikat
kembali kepada Allāh untuk bertanyakan hal ini. Maka Allāh
berkata, ‘Tulislah sebagaimana hamba-Ku mengatakannya:
‘‫’ﻛﺜﻴﺮا‬.” [Sahīh]

Hadīth Qudsi: Allāh, yang Maha Tinggi berkata, “Apabila
Aku menguji hamba-Ku yang beriman, dia memuji-Ku dan
dia bersabar dengan ujian yang Aku berikan kepadanya,
kemudian dia akan bangkit daripada tidurnya bersih dari
dosa sepertimana hari dia dilahirkan.” Dan Allāh berkata
kepada malaikat penjaga, “Sesungguhnya, Aku telah
menyempitkan hamba-Ku ini dan Aku telah mengujinya,
maka catatlah baginya apa yang kamu biasa catat sebelum
dia menghadapi ujian ini.”
[al-Silsilah al-Sahīhah]

Jadi, apabila seorang hamba yang sentiasa membuat
kebaikan tetapi kadangkala terhalang daripada membuat
amalan kebaikan tersebut, dia masih mendapat ganjaran di
atas amalan yang menjadi kebiasaannya. Maka dengan sebab
inilah amalan yang terbaik adalah amalan yang berterusan
walaupun sedikit.

Rasulullāh ‫ ﷺ‬bersabda, “Amalan yang paling dicintai Allāh
adalah amalan yang dilakukan berterusan walaupun
sedikit.” [Muslim]

- 83 -

‫َرﺑﱠﻨَﺎ ﺗََﻘﺒﱠ ْﻞ ِﻣﻨﱠﺎ ۖۖ إِﻧﱠ َﻚ أَﻧ َﺖ اﻟ ﱠﺴ ِﻤﻴ ُﻊ اﻟَْﻌﻠِﻴ ُﻢ‬

“Ya Tuhan kami, terimalah [amalan] daripada kami.
Sesungguhnya Engkau yang Maha Mendengar, Maha

Mengetahui.” (al-Baqarah:127)


Click to View FlipBook Version