BIMBINGAN INSTRUKSIONAL
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
KEFAHAMAN MELALUI REKA BENTUK
(KmR)
DISEDIAKAN OLEH
Dr Hjh Haslina bt. Hj Hanapi
Hj Salime b. Hj Ab. Rahman
SEMAKAN
Dr Hj Abdul Razak b. Othman
Pembina Modul PBD
PRAKATA
Pada penghujung tahun 2016, Pentaksiran Sekolah (PS) telah ditukarkan kepada
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Semua konsep PS dikekalkan dalam PBD yang
melibatkan penentuan tahap penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran. Dalam
usaha menyokong Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan
Malaysia, buku ini diterbitkan. Hasrat buku ini juga adalah untuk membantu guru-guru
Tahap Satu melaksanakan PBD melalui pelaksanaan Kefahaman Melalui Rekabentuk
(KmR). Pelaksanaan KmR diharapkan dapat membantu guru-guru melaksanakan PBD
dengan lebih berkesan. Kajian Purkey & Smith (1983) mendapati bahawa Kepimpinan
Instruksional merupakan faktor terpenting yang menjadikan sekolah berkesan. Dalam
konteks ini, kepemimpinan instruksional perlu difahami dan diamalkan oleh setiap pihak
terutamanya peringkat kepemimpinan di sekolah (Haron, 2002). Buku ini juga
menghuraikan tentang Kepimpinan Instruksional Pengetua/Guru Besar, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum
dan semua Ketua Bidang Mata Pelajaran dalam membimbing KmR dalam PBD.
Diharapkan buku ini dapat membantu semua guru sekolah rendah dan menengah di
seluruh Malaysia dalam melaksanakan PBD dan KmR.
Sekian
………………………….
Dr. Hjh. Haslina bt Hj. Hanapi
Ketua Sektor
Sektor Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
IPG Kampus Sultan Mizan
22200 Besut
Terengganu
Penerbit
IPG Kampus Sultan Mizan
22200 Besut
Terengganu
Terbitan Januari 2020
Hak Cipta Terpelihara © IPG Kampus Sultan Mizan
SEMUA HAK CIPTA TERPELIHARA
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada penerbit buku ini.
Perpustakaan Negara Malaysian Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Bimbingan Instruksional Pentaksiran Bilik Barjah (PBD):
Kefahaman Melalui Reka Bentuk (KmR)
Disediakan oleh: Dr Hjh Haslina bt. Hj. Hanapi, Hj Salime b. Ab. Rahman
ISBN 978-967-2432-00-5
1. Educational tests and measurements
2. Educational evaluation
3. Teaching--Malaysia
4. Government publications—Malaysia
5. 371.26
TAJUK
1.0 PENGENALAN
2.0 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
3.0 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
4.0 KEFAHAMAN MELALUI REKABENTUK (KmR)
5.0 BIMBINGAN INSTRUKTIONAL PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
5.1 KITARAN BIMBINGAN INSTRUKSIONAL
5.2 KITARAN BIMBINGAN INSTRUKSIONAL
PELAKSANAAN PBD TAHAP 1
6.0 PERINGKAT KENAL PASTI
6.1 KENALPASTI REALITI SEMASA
6.2 KENALPASTI MATLAMAT
6.3 KENALPASTI STRATEGI PENGAJARAN
7.0 PERINGKAT BELAJAR
7.1 BELAJAR PEMODELAN
7.2 BELAJAR SENARAI SEMAK
8.0 PERINGKAT PENINGKATAN
8.1 MENINGKATKAN HALA TUJU
8.2 MENINGKATKAN KEMAJUAN
8.3 MENINGKATKAN PENINGKATAN
8.4 MENINGKATKAN TINDAKAN
9.0 PELAPORAN
10.0 RUMUSAN
MS
1
1
3
7
11
14
15
17
17
18
30
30
31
34
41
41
42
42
44
44
45
SENARAI RAJAH
Rajah 1 : Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Rajah 2 : Pentaksiran Formatif dan Sumatif
Rajah 3 : Ciri Utama PBD
Rajah 4 : Model KmR
Rajah 5 : Kerangka KmR
Rajah 6 : Prinsip Bimbingan Instruksional
Rajah 7 : Amalan Dialog Berkesan
Rajah 8 : Model Bimbingan Instruksional (Knight, 2017)
Rajah 9 : Kitaran Bimbingan Instruksional
Rajah 10: Kerangka Bimbingan Instruktional Pelaksanaan PBD Tahap 1
Rajah 11: Bimbingan Instruksional Peringkat Pertama
Rajah 12: Perbandingan antara Traditional dan Backward Design
Rajah 13: Contoh Meraikai Kurikulum dan The Big Idea
Rajah 14: Contoh Essential Questions
Rajah 15: Contoh TBI dan EQ Dalam Perniagaan
Rajah 16: Tiga Alat Proses Merungkai Kurikulum
Rajah 17: Bimbingan Instruktional Peringkat Kedua
Rajah 18: Pelbagai Teknik Modeling
Rajah 19: Model For Effective Differentiation (Souza & Tomilson, 2018)
Rajah 20: Jenis Instrumen mengikut Mata Pelajaran dan Minggu
Rajah 21: Contoh Senarai Semak Refleksi Kendiri
Rajah 22: Contoh Senarai Semak Maklum Balas Rakan Sebaya
Rajah 23: Contoh Senarai Semak Pentaksiran Guru
Rajah 24: Contoh Senarai Semak Maklum Balas Ibu Bapa
Rajah 25: Bimbingan Instruksional Peringkat Ketiga
Rajah 26: Langkah-langkah Bimbingan (Meningkatkan)
Rajah 27: Templet Pelaporan PBD
M/S
3
5
6
8
10
12
13
14
15
16
17
24
25
28
28
29
30
31
33
35
37
38
39
40
41
43
45
SENARAI JADUAL
Jadual 1: Perbandingan Jenis Pendekatan Bimbingan
Jadual 2: Merungkai Kurikulum KSSR Sains Tahun 3
Jadual 3: Tafsiran Tahap Penguasaan Secara Umum
Jadual 4: Timeline Perancangan Minggu 1 hingga Minggu 4
Jadual 5: Carta PMI Menilai Senarai Semak
M/S
13
20
21
26
36
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN 1: Borang Pelan Bimbingan
LAMPIRAN 2: THE BIG FOUR
LAMPIRAN 3: PEERS
LAMPIRAN 4: Template Perancangan PdPc KmR
LAMPIRAN 5: Perancangan PdP KmR
LAMPIRAN 6: Senarai Semak Bimbingan KmR
BIBLIOGRAFI
M/S
47
48
52
53
55
60
61
1.0 Pengenalan
Pendidikan merupakan satu proses pembinaan insan secara menyeluruh, seimbang dan
sepadu untuk melahirkan insan berguna, bertanggungjawab dan berakhlak mulia.
Matlamat ini jelas dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Wan Mohd Zahid, 1988).
Oleh itu, Dintersmith (2018) melihat sekolah bukan sahaja tempat untuk meneroka bakat
dan minat murid, membina potensi dan menyediakan pendidikan yang diperlukan untuk
kehidupan mereka. Sekolah adalah salah satu institusi yang memainkan peranan penting
dalam menentukan perkembangan dan pembangunan potensi murid. Sekolah juga
sebagai tempat murid mengembangkan kreativiti dan inovasi mereka.
Namun begitu, sistem pendidikan negara kita yang masih berorientasikan kepada
peperiksaan telah mendorong murid-murid menghafal setiap topik mata pelajaran untuk
lulus peperiksaan. Pengetahuan yang diterima melalui pengajaran guru dalam kelas
adalah tidak akan kekal. Ini bermakna kejayaan dalam peperiksaan tidak memberi
gambaran sebenar tentang kejayaan penguasaan sesuatu kurikulum (Mohd Idris, 1991).
Justeru itu, Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.
2.0 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
PBS merupakan pentaksiran yang bersifat holistik yang menilai aspek kognitif (intelek),
afektif (emosi dan rohani) dan aspek-aspek psikomotor (fizikal) selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. PBS akan mentaksir proses dan produk secara formatif dan
sumatif melalui konsep pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning),
pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) dan pentaksiran tentang
pembelajaran (assessment of learning) (Lembaga Peperiksaan, 2012).
Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori
akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala
kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) seperti dinyatakan dalam Surat Siaran Lembaga
Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011: Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di
Sekolah Rendah dan Menengah Rendah (KP.LP.003.07.14.05(1)) bertarikh 29 Julai 2011
(Lembaga Peperiksaan, 2012). Oleh kerana cabaran peperiksaan yang berbentuk autentik untuk
menjamin kecekapan pelajar, pembinaan karakter, dan meningkatkan motivasi intrinsik, maka
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah dikuatkuasakan pada 29 Julai 2011 di sekolah
rendah dan sekolah menengah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018).
Lembaga Peperiksaan (2012) juga menetapkan objektif utama pelaksanaan PBS adalah
untuk:
i. mendapatkan gambaran keseluruhan potensi individu.
ii. memantau pembangunan individu dan membantu untuk meningkatkan potensi
individu.
iii. membuat laporan yang bermakna kepada pembelajaran individu.
Rajah 1 di bawah, menunjukkan pentaksiran sekolah berada di bawah pentaksiran
akademik dan telah dikenali sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mulai hujung tahun
2016. Pemansuhan amalan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun bagi Tahap
1 telah dikuatkuasakan pada tahun 2019 dan telah digantikan dengan Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) sepenuhnya.
Rajah 1 : Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Sumber : PPK, KPM (2018)
3.0 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
PBD mengekalkan semua konsep Pentaksiran Sekolah dan melibatkan penentuan tahap
penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran. Tahap penguasaan ini dinyatakan dalam
Standard Prestasi seperti yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) semua mata pelajaran di bawah Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Standard
Kelas Peralihan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
Selain daripada Standard Prestasi, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
juga dirujuk dalam pelaksanaan PBD (Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2018). Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses yang
berterusan dalam sesi PdPc bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan,
kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang
dihasratkan. PBD melibatkan proses mengumpul dan menganalisis maklumat serta
membuat refleksi yang berterusan terhadap PdPc dalam membuat pertimbangan secara
konsisten ke arah menambah baik PdPc yang telah dilaksanakan. Pelaksanaan PBD
yang betul akan memberi gambaran yang jelas tentang penguasaan murid terhadap
Standard Pembelajaran yang ditetapkan dalam kurikulum.
Maklumat yang diperoleh dari pentaksiran bukanlah bertujuan untuk perbandingan atau
persaingan antara murid, sebaliknya maklumat tersebut hendaklah digunakan untuk
membantu pihak sekolah dan ibu bapa untuk merancang tindakan susulan ke arah
menambah baik penguasaan dan pencapaian murid dalam pembelajaran.
PBD bertujuan menambah baik pembelajaran murid melalui pentaksiran formatif, iaitu:
i. Pentaksiran Untuk Pembelajaran (Assessment for learning).
ii. Pentaksiran Sebagai Pembelajaran (Assessment as learning)
Walau bagaimanapun PBD pentaksiran formatif yang melibatkan pentaksiran untuk
pembelajaran dan pentaksiran sebagai pembelajaran dan pentaksiran sumatif yang
melibatkan melibatkan Pentaksiran Tentang Pembelajaran seperti dalam Rajah 2.
Rajah 2 : Pentaksiran Formatif dan Sumatif
Sumber: PPK, KPM (2018)
PBD juga boleh berlaku untuk melihat pencapaian atau penguasaan murid selepas
sesuatu tempoh yang bersesuaian, melalui pentaksiran sumatif. PBD membolehkan
murid, guru, ibu bapa, dan pihak sekolah mengetahui kualiti pembelajaran murid.
Pentaksiran ini dilihat sebagai Pentaksiran Tentang Pembelajaran (Assessment of
learning).
Terdapat 9 ciri utama yang dapat membantu guru dalam PBD seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 3.
Rajah 3 : Ciri Utama PBD
Sumber: PPK, KPM (2018)
Guru memainkan peranan penting dalam melaksanakan PBD dengan menentukan
objektif pembelajaran berdasarkan Standard Pembelajaran yang hendak ditaksir,
merancang dan membina instrumen pentaksiran, melaksanakan pentaksiran, merekod
hasil pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran, melapor dan membuat tindakan
susulan. Pelaksanaan PBD dalam KSSR dan KSSM melibatkan penentuan Tahap
Penguasaan bagi setiap murid dengan merujuk kepada Standard Prestasi. Tahap
Penguasaan dinyatakan secara eksplisit di dalam DSKP setiap mata pelajaran.
Tahap Penguasaan ditafsir secara generik dalam mata pelajaran sebagai aras tertentu
untuk memberi gambaran holistik tentang pencapaian murid. Tahap penguasaan
minimum bagi semua mata pelajaran ditetapkan pada Tahap Penguasaan 3. Pada tahap
ini murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran
atau tugasan pada sesuatu situasi. Setiap murid dibimbing dan diberi peluang untuk
mencapai sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3. Walau bagaimanapun, tidak
semua murid berupaya mencapai tahap ini pada kadar yang sama kerana potensi
individu adalah berbeza. Oleh itu, guru perlu mengambil tindakan susulan dan sentiasa
berusaha untuk membantu murid meningkatkan tahap penguasaan masing-masing.
Rujuk jadual Tahap Penguasaan pada topik KmR.
Pelaksanaan PBD adalah berterusan semasa proses PdPc sepanjang tahun. PBD
dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti pemerhatian, penulisan, lisan,
kerja projek mudah, kuiz, pembentangan dan lain-lain aktiviti pembelajaran berdasarkan
Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru. Antara kaedah pentaksiran yang
dicadangkan adalah melalui pelaksanaan aktiviti Kefahaman Melalui Reka Bentuk
(KmR).
4.0 Kefahaman Melalui Reka Bentuk (KmR)
Wiggins dan McTigre (2005) dalam bukunya yang bertajuk The Understanding by Design
to Refining Units and Reviewing Results telah mempelopori Kefahaman Melalui Reka
Bentuk (KmR) ataupun Understanding by Design (UBD).
KmR telah didatangkan bersekali (embedded) dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
tahap 1. Ini bermakna guru-guru yang mengajar tahap 1 iaitu tahun 1, tahun 2 dan tahun
3 perlu melaksanakan KmR dengan tujuan untuk meningkatkan Tahap Penguasaan (TP)
murid.
Terdapat tiga komponen KmR, iaitu merungkai dan merangkai standard, pengajaran
inovatif dan showcasing. Ini bermakna KmR melibatkan proses merungkai dan
merangkai standard (DSKP), merancangkan pengajaran yang inovatif dan hasil akhir
akan dipamerkan untuk tujuan pembelajaran dan rekod.
Rajah 4 : Model KmR
Sumber: Daripada Slaid Kursus PBD
Rajah 4 menunjukkan Model KmR yang melibatkan empat elemen iaitu DSKP, Merungkai
Standard, merangkai dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Keempat elemen ini dirancang
dan dilaksanakan berasaskan tujuh perkara penting berikut;
1. Soalan Pencetus Idea
Soalan pencetus idea perlu bagi memberikan pengajaran yang bermakna kepada
murid.
2. Kemahuan Ingin Tahu
Kemahuan ingin tahu murid perlu dicungkil supaya supaya murid seronok belajar
dan belajar untuk memperolehi ilmu.
3. Inkuiri dan Inovasi
Inkuiri dan inovasi perlu diterapkan supaya murid menjadi kritis dan kreatif
4. Kompetensi Pembelajaran Bermakna (6C)
Kompetensi pembelajaran bermakna (6C) merangkumi sahsiah,
kewarganegaraan, kolaboratif, komunikasi, kreativiti, dan pemikiran kritis.
5. Suara dan Pilihan Murid
Dalam melaksanakan KmR, suara dan pilihan murid perlu diutamakan, supaya
setiap perancangan mengikut keperluan mereka.
6. Maklum Balas dan Semakan
Maklum balas dan semakan juga diperlukan bagi memastikan kejayaan setiap apa
yang dirancangkan dan memastikan masalah yang sama tidak berulang.
7. Perkongsian
Akhir sekali perkongsian melalui showcase.
Kesemua perkara di atas perlu dikenal pasti dan dilaksanakan bagi menjamin murid
mendapat pengetahuan (apa yang murid perlu tahu) dan kemahiran (apa yang murid
perlu buat). Rajah 5 menunjukkan Kerangka KmR yang perlu diikuti oleh guru dan murid
di sekolah.
Rajah 5 : Kerangka KmR
Sumber: Daripada Slaid Kursus PBD
Kerangka KmR terdiri dari lima elemen, iaitu;
a. Mengenalpasti keperluan pembelajaran murid berdasarkan DSKP –
mengenalpasti pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan murid,
b. Menentukan pembelajaran guru dengan merungkai standard atau pun merungkai
standard – guru memahami standard secara mendalam menggunakan The Big
Idea (TBI) dan Essential Question (EQ),
c. Mendalami pengetahuan dan kemahiran ataupun merancang pembelajaran
inovatif – Guru merancang pengajaran yang menggabungjalinkan 4 subjek
menggunakan pendekatan Backward Design (BD)
d. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran iaitu melaksanakan 5 strategi yang
dicadangkan seperti projek kecil dengan impak besar (Small Project Big Impact),
bercerita (Story Telling), main peranan (Role Play), kuiz (Quiz), dan permainan
(Game) – murid terlibat secara aktif dalam proses PdPc menjalankan projek yang
mereka sendiri pilih dengan bimbingan guru,
e. Menentukan impak perubahan pengajaran terhadap murid dengan melaksanakan
showcasing oleh murid – murid berkongsi pengalaman pembelajaran masing-
masing berdasarkan projek yang dilaksanakan.
5.0 Bimbingan Instruksional Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Definisi kepimpinan instruksional adalah tindakan-tindakan yang diambil oleh seseorang
pengetua atau yang diturunkuasakan untuk meningkatkan perkembangan pembelajaran
pelajar (Debevoise, 1984). Menurut Murphy (1999) terdapat empat ciri-ciri kepimpinan
instruksional yang efektif ialah
a. Membina visi, misi dan matlamat dan menterjemahkan kepada amalan
profesional,
b. Menguruskan fungsi pengeluaran pendidikan,
c. Mempromosikan iklim pembelajaran akademik, dan
d. Membangunkan persekitaran kerja yang menyokong.
Ini bermakna seorang pembimbing instruksional perlu memikirkan, merancang dan
melaksanakan keempat ciri yang disenaraikan di atas. Rajah 6 menunjukkan Prinsip
Bimbingan Instruksional yang perlu diikuti.
Rajah 6 : Prinsip Bimbingan Instruksional
Sumber : Knight (2017)
Semasa pelaksanaan, terdapat 7 prinsip Bimbingan Instruksional yang perlu dipatuhi
oleh seorang Pembimbing Instruksional;
a. kesaksamaan – pembimbing instruksional dan guru merupakan rakan kongsi
b. pilihan – guru buat pilihan tentang apa dan bagaimana mereka belajar
c. suara – beri peluang dan hormat suara guru
d. dialog – utamakan dialog
e. timbal balik – menuai apa yang disemai
f. praktikal – terap pembelajaran dalam amalan kehidupan seharian
g. refleksi – sentiasa refleksi diri
Terdapat 3 ciri atau pendekatan bimbingan instruksional yang boleh dilaksanakan oleh
pembimbing instruksional kepada guru-guru. 3 Pendekatan tersebut ialah facilitative, dialogical
dan directive. Pendekatan dialog adalah dipilih kerana melibatkan rakan kongsi, mempunyai
pengalaman berharga namun memerlukan pengetahuan lain untuk meningkatkan, pembuat
keputusan guru, berkongsi kepakaran berasaskan dialog, fokus murid dan untuk mengimbangi
saranan dengan inkuiri. Jadual 1 menunjukkan perbandingan Jenis Pendekatan Bimbingan.
Jadual 1
Perbandingan Jenis Pendekatan Bimbingan
Ciri-ciri Facilitative Dialogical Directive
Metafora
Pengetahuan guru Sounding Board Rakan kongsi Pengalaman Pakar
Tahu pengetahuan Mesti melaksanakan
untuk penambahbaikan Mempunyai pengetahuan pengetahuan baharu
yang berharga namun untuk meningkat
Pembuatan Keputusan Guru masih memerlukan
Pendekatan Tidak berkongsi pengetahuan lain untuk Pembimbing
kepakaran meningkat Berkongsi
Fokus Guru pengetahuan secara
Mod Wacana Guru Berkongsi kepakaran langsung
Inkuiri berasaskan dialog Amalan pengajaran
Mengemukakan
Murid saranan (advocacy)
Mengimbangi saranan
(advocacy) dengan inkuiri
Amalan dialog berkesan dipilih kerana pembimbing dan guru yang dibimbing berfikir
bersama-sama, berkolaboratif dengan guru dibimbing, berpegang kepada inkuiri, sedia
berkongsi dan guru pembuat keputusan. Rajah 7 menunjukkan Amalan Dialog Berkesan.
Rajah 7 : Amalan Dialog Berkesan
Sumber: Daripada Slaid Kursus PBD
Amalan dialog yang berkesan ialah;
a. Mendengar dan berfikir bersama-sama
b. Berkolaboratif dengan guru dibimbing
c. Berpegang kepada inkuiri
d. Menyoal dengan soalan yang powerful (hebat)
e. Mempunyai pemahaman mendalam – strategi pengajaran dan sedia berkongsi
f. Guru juga pembuat keputusan
5.1 Kitaran Bimbingan Instruksional
Menurut Knight (2017), bimbingan instruksional yang perlu dilakukan bagi menjamin
peningkatan dalam pengajaran. Bimbingan instruksional boleh bermula pada mana-
mana bahagian sama ada kenal pasti, belajar atau meningkat. Proses ini sentiasa
berterusan sehingga berjaya. Rajah 8 menunjukkan Model Bimbingan Instruksional
(Knight, 2017)
Rajah 8 : Model Bimbingan Instruksional
Sumber: Knight (2017)
Teori Bimbingan Instruksional oleh Knight (2017) telah diubahsuai sesuai dengan
keperluan pembimbing di sekolah, dengan membentuk kitaran instruksional. Bezanya
kitaran bimbingan instruksional ini bergerak dalam satu arah dan biasanya bermula
dengan kenal pasti. Rajah 9 menunjukkan Kitaran Bimbingan Instruksional
Rajah 9 : Kitaran Bimbingan Instruksional
Sumber: Daripada Slaid Kursus PBD
5.2 Kitaran Bimbingan Instruksional Pelaksanaan PBD Tahap 1
Kitaran Bimbingan Instruksional Pelaksanaan PBD Tahap 1 telah diadaptasi dari Kitaran
Bimbingan Instruksional yang masih melibatkan tiga perkara iaitu kenalpasti, belajar dan
meningkatkan. Rajah 10 menunjukkan Kerangka Bimbingan Instruksional Pelaksanaan
PBD Tahap 1
Rajah 10 : Kerangka Bimbingan Instruksional Pelaksanaan PBD Tahap 1
Sumber: Daripada Slaid Kursus PBD
Kerangka Bimbingan Instruksional Pelaksanaan PBD Tahap 1 terdiri dari tiga peringkat;
a. Kenal pasti (Perancangan PdPc berdasarkan DSKP)
b. Belajar (Persediaan PdPc)
c. Meningkatkan (Pelaksanaan PdPc dan pelaporan PBD)
Bimbingan Instruksional dimulai dengan kenal pasti realiti semasa, kenalpasti matlamat
dan kenal pasti strategi pengajaran berdasarkan DSKP. Seterusnya peringkat belajar
tentang pemodelan dan senarai semak untuk persediaan PdPc. Akhirnya meningkatkan
halatuju, kemajuan, peningkatan dan tindakan pelaksanaan PdPc dan pelaporan PBD.
Semasa bimbingan instruksional dilakukan Borang Pelan Bimbingan perlu digunakan
(Rujuk Lampiran 1).
6.0 PERINGKAT KENAL PASTI
Peringkat ini juga dikenali sebagai peringkat perancangan PdPc bermakna.
Rajah 11 : Bimbingan Instruksional Peringkat Pertama
Sumber: Daripada Slaid Kursus PBD
Peringkat Kenal Pasti juga dikenali sebagai peringkat perancangan PdPc Bermakna.
Dalam peringkat ini, tiga perkara perlu dikenal pasti, iaitu Realiti Semasa, Matlamat dan
Strategi pengajaran.
6.1 Kenal Pasti Realiti Semasa
Dalam Mengenal pasti Realiti Semasa, Kerangka The Big Four perlu digunapakai iaitu
a. tingkah laku,
b. kandungan,
c. pentaksiran dan
d. pengajaran (Knight, 2009).
Tingkah laku yang perlu dikenal pasti dalam bilik darjah ialah dari sudut kawalan kelas
yang meliputi banyak aspek pengurusan bilik darjah. Kandungan pula berkait dengan
kefahaman guru tentang kandungan, menyediakan rancangan pengajaran dan
keupayaan memahami maklumat mengikut kepentingan. Pentaksiran pula melihat
penguasaan guru dan murid dengan mengenal pasti murid yang telah menguasai
kandungan dan lebih berfokuskan pentaksiran untuk pembelajaran. Paling akhir ialah
pengajaran dengan mengenalpasti keupayaan guru menggunakan amalan pengajaran
yang menjamin setiap murid menguasai kandungan.
Semasa mengenal pasti realiti semasa menggunakan Kerangka The Big Four
dicadangkan untuk menggunakan borang yang tertera pada Lampiran 2.
6.2 Kenal Pasti Matlamat
Dalam mengenal pasti matlamat, guru dan murid perlu tahu matlamat PdPc atau apa
yang dirancangkan untuk diajar dan apa yang ingin dipelajari. Penetapan matlamat
dicadangkan menggunakan PEERS, iaitu
a. Berkuasa (Powerful),
b. Mudah (Easy),
c. Emosi yang menarik (Emotionally Compelling),
d. boleh dicapai (Reachable), dan
e. berfokuskan pelajar (Student-Focused).
Ini bermaksud semua matlamat yang dipersetujui bersama perlulah sangat hebat, mudah
ditadbirkan, menarik minat pelajar, senang diperolehi dan melibatkan murid secara aktif
dalam bilik darjah.
Semasa mengenal pasti matlamat adalah dicadangkan menggunakan konsep PEERS,
borang yang boleh digunakan terdapat pada Lampiran 3.
Aktiviti yang terlibat semasa mengenalpasti matlamat perlu mengambilkira Dokumen
Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP). Proses merungkai dan merangkai Kurikulum
DSKP perlu dilaksanakan pada peringkat ini. DSKP mengandungi Standard Kandungan
(SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SPi). Maklumat berkaitan SK,
SP, dan Spi adalah seperti berikut;
a. Standard Kandungan mengandungi penyataan spesifik perkara yang murid patut
ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai.
b. Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
c. Standard Prestasi pula merupakan satu set umum yang menunjukkan tahap-tahap
penguasaan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai
(indicator of succes)
Merungkai Kurikulum (unpacking Curriculum) melibatkan proses memaham dan
menyusun semula Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi
ke dalam RPT dan RPH mengikut keupayaan murid semasa pelaksanaan PdPc dengan
menggunakan pedagogi yang bersesuaian bagi mencapai objektif pembelajaran. Dalam
Merungkai kurikulum, dokumen utama yang perlu dirujuk ialah Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang hendak diajar.
Jadual 2 menunjukkan Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan
Standard Prestasi (SP) bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi
matapelajaran Sains Tahun 3.
Jadual 2
Merungkai Kurikulum KSSR Sains Tahun 3
STANDARD STANDARD STANDARD PRESTASI CATATAN
KANDUNGAN PEMBELAJARA
TAHAP TAFSIRAN
3.2 Kelas N
Makanan PENGUASAAN
Murid boleh:
3.2.1Memberi 1 Menyatakan contoh Cadangan aktiviti;
contoh makanan makanan Penyediaan hidangan
bagi setiap kelas makanan
makanan. 2 Menyenaraikan menggunakan gambar,
3.2.2 Mengitlak model atau makanan
kepentingan contoh makanan bagi sebenar.
maknan
mengikut setiap kelas makanan
kelasnya kepada 3 Menjelaskan dengan
tubuh manusia.
contoh kepentingan
setiap kelas Nota:
makanan. Kelas makanan iaitu
4 Merancang satu karbohidrat, protien,
hidangan makanan lemak, vitamin,
3.2.3 Menjelas berdasarkan piramid mineral, pelawas dan
dengan contoh makanan air.
makanan 5 Merancang satu Contoh kepentingan
seimbang hidangan makanan kelas makanan seperti;
berdasarkan berdasarkan piramid a. Karbohir\drat
piramid makanan dan memberi tenaga
makanan. membuat penaalukan b. Protien untuk
3.2.4 Menaakul tentang cadangan tumbesaran
kesan tersebut c. Lemak
pengambilan 6 Berkomunikasi secara memanaskan
makanan yang kreatif dan inovatif badan
tidak seimbang. jenis makanan yang d. Vitamin dan mineral
3.2.5 perlu dielakkan oleh untuk menjaga
Menjelaskan seseorang yang kesihatan
pemerhatian mempunyai masalah e. Pelawas mencegah
tentangkelas kesihatan serta sembelit
makanan mempersembahkann f. Air untuk mengawal
menerusi ya suhu badan
lakaran, TMK, g. Piramid makanan
penulisan atau yang digunakan
lisan secara mesti merujuk
kreatif. kepada piramid
makanan Malaysia
(Sumber: Bahagian pembangunan Kurikulum KPM, 2018)
Dalam merungkai kurikulum guru perlu faham setiap Standard Pembelajaran yang diberi
bagi memenuhi keperluan Standard Prestasi daripada Tahap Penguasaan 1 hingga
Tahap Penguasaan 6. Pemilihan Standard Pembelajaran yang tepat dengan strategi
yang dipilih menjamin murid mencapai tahap penguasaan yang ditetapkan, seperti
dinyatakan dalam ruangan catatan. Dalam merungkai kurikulum juga, setiap Standard
Pembelajaran perlu dikenal pasti kemahiran dan pengetahuan yang akan dikuasai oleh
murid.
Adalah dicadangkan semasa penetapan matlamat Tahap Penguasaan (TP) yang dipilih
adalah dari TP 6 (merupakan tahap penguasaan tertinggi). TP merupakan kriteria
pencapaian yang berasaskan setiap kelompok standard kandungan dan standard
pembelajaran yang ditetapkan. TP adalah berbeza mengikut subjek dan topik yang diajar.
Walaubagaimanapun, TP secara umum adalah seperti dalam Jadual 3 di bawah. TP1
adalah TP paling rendah dan memberikan tafsiran bahawa murid tahu perkara asas atau
boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara asas.
Sehinggalah TP6 yang paling tinggi memberikan tafsiran murid berupaya menggunakan
pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara
sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.
Jadual 3
Tafsiran Tahap Penguasaan Secara Umum
TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN
1 Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran
asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas
2 Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk
komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang
telah dipelajari
3 Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan
sesuatu kemahiran pada suatu situasi
4 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab
iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik
5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi
baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik
serta tekal dan bersikap positif
6 Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran
sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara
sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh
dicontohi.
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM (2018)
Dalam merungkai kurikulum DSKP juga perlu menggunakan PEERS. Proses merungkai
kurikulum dalam KmR melibatkan paling kurang 2 mata pelajaran dan paling banyak
boleh menggabungkan semua mata pelajaran yang diajar. Kebiasaannya di sekolah guru
menggabungkan 4 subjek utama iaitu Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris (sekiranya menggunakan 4 subjek).
Walau bagaimanapun merungkai kurikulum juga boleh dilakukan menggunakan satu
mata pelajaran. Sekiranya menggunakan satu mata pelajaran perlu menggunakan satu
SK secara keseluruhan, ini bermakna semua SP yang terdapat dalam SK berkenaan
diambil dalam merancang PdPc. Sekiranya beberapa SK dipilih dalam subjek berkenaan,
tidak perlulah mengambil kesemua SP yang tersenarai.
Semasa merungkai kurikulum, guru yang terlibat perlu berbincang untuk menghasilkan
The Big Idea. The Big Idea (TBI) ini boleh diperolehi daripada perbincangan yang
dilakukan dengan beberapa guru yang mengajar subjek yang berlainan. Seperti
contohnya Guru Sains dengan Guru Matematik, mungkin boleh ditambah lagi guru
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, atau gabungan guru dari keempat-empat subjek
“A Big Idea is a way of usefully seeing connections, not just another piece
of knowledge. It is more like a lens for better looking than something
additionally seen; more like a theme than the facts of the story.”
(Grant Wiggin, 2010)
TBI seharusnya dapat menjawab persoalan kenapa? Atau kenapa ia releven dengan
saya? Dan TBI yang baik adalah;
1. Suatu topik yang menjadi keperihatinan orang ramai
2. Merupakan nadi kepada sesuatu disiplin atau disiplin
3. Dapat menjana lebih banyak pemikiran, penerokaan dan penemuan
4. Sesuatu yang penting dan bermanafaat menjangkau bilik darjah pada masa kini
5. Sesuatu yang bermakna, bermanfaat dan kekal penting untuk 20 tahun akan
datang
6. Membuka hubungkait dengan pengalaman murid sama ada di dalam atau di luar
bilik darjah
7. Menyebabkan seseorang teruja untuk memikirkannya
8. Berupaya menarik minat, imaginasi, dan penglibatan murid
9. Mencabar salah faham dan salah konsep murid.
Langkah seterusnya ialah merangkai kurikulum. Merangkai Kurikulum (unpacking
Curriculum) melibatkan proses menggabungkan semula Standard Kandungan, Standard
Pembelajaran dan Standard Prestasi ke dalam RPT dan RPH mengikut keupayaan murid
semasa pelaksanaan PdPc dengan menggunakan pedagogi yang bersesuaian bagi
mencapai objektif pembelajaran. Proses merangkai perlu menggunakan Backward
Design, iaitu menggabungkan beberapa disiplin ataupun subjek. Sila rujuk rajah 12
Perbandingan antara Traditional dan Backward Design
Rajah 12 : Perbandingan antara Traditional dan Backward Design
Sumber: Daripada Slaid Kursus PBD
Backward Design mencabar kaedah "tradisional" perancangan kurikulum. Dalam
perancangan kurikulum tradisional, senarai kandungan yang akan diajar dibuat dan atau
dipilih. Dalam Backward Design, pendidik bermula dengan matlamat, mencipta atau
merancang penilaian dan akhirnya membuat rancangan pengajaran.
Rajah 13 menunjukkan Contoh Merangkai Kurikulum dan membina The Big Idea
daripada empat mata pelajaran teras yang diajarkan di sekolah rendah. TBI yang dipilih
ialah Pemeliharaan Alam Sekitar, Strategi yang dipilih ialah Small Project Big Impact
adalah Model Taman Mini, mata pelajaran utama ialah Sains, mata pelajaran sampingan
ialah Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
KURIKULUM TAHUN 1 DAN TAHAP 1
PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR – TBI
MODEL TAMAN MINI – SPBI
SUBJEK UTAMA – SAINS
SUBJEK SAMPINGAN MATEMATIK,
BAHASA INGGERIS DAN BAHASA MELAYU
SAINS 1.1.2 Pengelasan benda hidup dan bukan
hidup
MATEMATIK 6.1 Ukuran panjang
BAHASA MELAYU 3.2 Kemahiran menulis perkataan, frasa dan
ayat bermakna
BAHASA INGGERIS 3.3 Read independantly for Information and
enjoyment
Rajah 13 : Contoh Merangkai Kurikulum dan membina The Big Idea
Setiap SP yang dipilih dari setiap mata pelajaran diajarkan secara berasingan mengikut
jadual waktu masing-masing. Jadual Timeline perlu disediakan untuk menentukan aktiviti
yang perlu dilaksanakan bagi setiap minggu. Jadual 4 menunjukkan Timeline -
Perancangan Minggu 1 hingga Minggu 4 dan Lampiran 4.
Jadual 4
Timeline - Perancangan Minggu 1 hingga Minggu 4
SUBJEK MINGGU1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4
SAINS Perbincangan Menyenaraikan Menyediakan Menjawab
guru dan murid bahan-bahan tanam mini Essential
METEMAT tentang taman yang perlu ada mengikut kriteria Questions dan
IK mini dalam taman kumpulan masing- membuat show
mini masing case
Murid meneroka 1. Menggunakan
jenis-jenis Mendapatkan
taman mini yang ukuran yang bahan terbuang
ada sesuai untuk 2. Membuat
menyediakan
Mengenalpasti taman mini sendiri dengan
taman mini yang melukis
sesuai Memberikan 3. Membeli
disediakan ukuran yang barang-barang
Mengajar topik ideal untuk murah
lain mengikut taman mini
perancangan Mengajar topik Mengukur
lain mengikut semua objek
BAHASA Mengajar topik Mengajar topik perancangan yang terdapat
MELAYU lain mengikut lain mengikut dalam taman
perancangan perancangan Menyenaraikan mini dan menulis
kata nama yang dalam jadual
BAHASA Mengajar topik Mengajar topik terdapat dalam Menulis frasa
lain mengikut taman mini dan ayat yang
INGGERIS lain mengikut perancangan Menulis panduan bermakna
perancangan penggunaan
taman mini Membaca
secara sendiri
Guru yang mengajar mata pelajaran utama akan beraktiviti dengan murid dari minggu
pertama hingga minggu terakhir berkaitan projek yang dirancangkan bersama. Namun
begitu, bagi subjek lain mereka akan beraktiviti dengan murid mengikut kesesuaian,
mungkin tidan melibatkan setiap minggu. Sebagai contoh, Guru matematik hanya akan
masuk berbincang berkaitan projek pada minggu 2 dan minggu 4 sahaja. Begitu jugalah
bagi minggu-minggu yang lain.
Dalam Mengenal pasti matlamat juga melibatkan proses pembinaan Essential Questions
(EQ).
“Questions that probe for deeper meaning and set the stage for further
questioning foster the development of critical thinking skills and higher order
capabilities such as; problem solving, and the understanding of complex
systems…. the ability to ask great questions often separates great teachers
from good ones.”
(David Jakes, 2002)
EQ ialah soalan-soalan yang menuntut satu daripada proses pemikiran berikut
1. Soalan yang memerlukan pelajar membina perancangan atau tindakan
2. Soalan yang memerlukan pelajar membuat keputusan, memerlukan pelajar
melaksanakan penyelidikan.
Ciri-ciri EQ yang baik perlulah;
a. Soalan terbuka yang biasanya tidak memiliki satu jawapan dan semua jawapan
adalah betul
b. Soalan yang memberikan provokasi yang biasanya memberikan perbincangan
yang hebat
c. Soalan yang memberikan pemikiran aras tinggi seperti analisis, inferen, penilaian
dan menjangkakan
d. Soalan yang sangat penting yang boleh merentasi disiplin
e. Menghasilkan soalan-soalan lanjutan dan menggalakkan inkuiri
f. Memerlukan sokongan terhadap justifikasi yang dibuat
g. Soalan boleh digunakan semula (McTighe & Wiggins, 2013)
Rajah 14 menunjukkan Contoh Essential Questions yang dibina dalam KmR yang
dirancangkan.
KURIKULUM TAHUN 1 DAN TAHAP 1
PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR – TBI
MODEL TAMAN MINI – SPBI
SUBJEK UTAMA – SAINS
ESSENTIAL QUESTIONS (EQ)
1. KENAPA KITA PERLU MENJAGA ALAM SEKITAR?
2. JIKA ALAM SEKITAR TERCEMAR APA YANG AKAN BERLAKU?
3. BAGAIMANA CARA MEMELIHARA ALAM SEKITAR?
Rajah 14 : Contoh Essential Questions
Sumber: Daripada Slaid Kursus PBD
Adalah dicadangkan EQ digubal perlulah mewakili setiap subjek yang terlibat dalam
projek KmR tersebut. EQ juga perlu mengandungi soalan tentang pengetahuan dan
kemahiran. Rajah 15 menunjukkan Contoh TBI da EQ Dalam Perniagaan
Rajah 15 : Contoh TBI da EQ Dalam Perniagaan
Sumber: Daripada Slaid Kursus PBD
Dalam perniagaan, TBI dan EQ sangat penting dalam proses mempromosi dan
memajukan perniagaan. Ini adalah kerana derdasarkan TBI dan EQ strategi selanjutnya
akan digubal dan dirungkaikan. TBI bagi Syarikat Penerbangan Air Asia ialah “Now
Everyone Can Fly” dan EQ hanya dua iaitu;
1. Apa yang membolehkan penumpang membuat pilihan?
2. Bagaimanakah penumpang boleh memberi keuntungan?
Dalam merungkai kurikulum Essential Questions, The Big Idea dan Backward Design
perlu difahami dan digunakan. Rajah 16 menunjukkan Tiga Alat Proses Merungkai
Kurikulum
Rajah 16 : Tiga Alat Proses Merungkai Kurikulum Sumber: PPK, KPM (2018)
6.3 Kenal Pasti Strategi Pengajaran
Strategi yang dicadangkan ialah projek kecil dengan impak besar (Small Project Big
Impact), bercerita (Story Telling), main peranan (Role Play), kuiz (Quiz), dan permainan
(Game). Namun begitu, strategi lain juga digalakkan untuk digunakan dalam bilik darjah.
Berdasarkan TBI dan EQ perlu menentukan strategi pengajaran yang dipilih. Templet
perancangan PdPcc KmR terdapat di Lampiran 4 digunakan.
7.0 Peringkat Belajar
Peringkat ini juga dikenali sebagai persediaan PdPc bermakna, tujuannya adalah untuk
belajar melalui proses pemodelan dan menyediakan senarai semak untuk membuat
pentaksiran yang berkesan. Rajah 17 menunjukkan Bimbingan Instruksional Peringkat
Kedua.
Rajah 17 : Bimbingan Instruksional Peringkat Kedua
Sumber: Daripada Slaid Kursus PBD
Dalam peringkat ini, 2 perkara perlu dipelajari pemodelan dan senarai semak. Proses
pemodelan penting bagi memastikan kejayaan proses PdPc yang dirancangkan.
7.1 Belajar Pemodelan
Rajah 18 menunjukkan Pelbagai Teknik Modeling semasa bimbingan instruksional.
Rajah 18 : Pelbagai Teknik Modeling
Sumber: Daripada Slaid Kursus PBD
Terdapat lima teknik permodelan;
1. Pembimbing modelkan strategi dalam bilik darjah bersama-sama murid.
2. Pembimbing modelkan strategi dalam bilik darjah tanpa murid.
3. Pembimbing dan guru co teaching strategi dalam bilik darjah bersama murid.
4. Pembimbing dan guru melihat guru (pakar) lain modelkan strategi.
5. Pembimbing dan guru menonton video strategi.
Setiap teknik yang disenaraikan mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
Pembimbing boleh memilih mana yang sesuai bagi menjamin PdPc yang berkesan dalam
bilik darjah.
Apabila penguatkuasaan sepenuhnya pada tahun 2019 berkait dengan tiada lagi amalan
pengasingan kelas mengikut tahap penguasaan murid, pengajaran terbeza amat
dititikberatkan. Pengajaran terbeza bermaksud murid belajar secara optimum mengikut
aras atau situasi murid. Pembelajaran terbeza mengambil kira tahap pembelajaran murid,
kecenderungan serta kemampuan pembelajaran. Dalam sesuatu PdPc adalah perlu
untuk pembelajaran terbeza ini berlaku supaya murid dapat mencapai objektif
pembelajaran. Pembelajaran Terbeza mengambil kira 3 aspek iaitu melalui kandungan,
proses dan hasil. Rajah 19 menunjukkan Model For Effective Differentiation untuk
pengajaran mengikut keperluan murid.
Rajah 19 : Model For Effective Differentiation
Sumber : Souza & Tomilson (2018)
Berdasarkan Rajah 19 berpandukan komponen asas tentang persekitaran pembelajaran
positif, kualiti kurikulum, pentaksiran belajar yang konsisten, pengajaran responsif dan
pengurusan bilik darjah/rutin fleksibel, guru boleh melaksanakan pengajaran terbeza.
Pelaksanaan boleh dilaksanakan berdasarkan kesediaan, minat dan profil pelajar
menggunakan pelbagai strategi. Strategi yang dirancangkan adalah seperti pengurusan
grafik, perancah, kerja berkumpulan, rakan pembelajaran, pembelajaran inkuiri, kontrak
pembelajaran dan sebagainya.
Semasa proses belajar guru perlu menyediakan strategi yang biasanya melibatkan 4
minggu. 4 minggu dianggapkan paling ideal, walau bagaimanapun guru boleh merancang
aktiviti kurang dari 4 minggu dan lebih dari 4 minggu sekiranya dirasakan sesuai.
Perancangan aktiviti boleh dilaksanakan secara perbincangan yang melibatkan beberapa
orang guru dari subjek yang berbeza. Namun begitu proses pengajaran mengikut jadual
waktu biasa yang diuruskan oleh guru yang mengajar bagi setiap subjek.
Adalah diharapkan dengan terlaksananya aktiviti KmR selama 4 minggu ini akan dapat
meningkatkan Tahap Penguasaan Murid (TP) daripada TP yang lebih rendah kepada
TP yang lebih tinggi, dan lebih ramai yang dapat mencapai TP 6 yang merupakan TP
tertinggi. Pelajar yang telah menguasai TP yang tinggi digalakkan untuk membimbing
rakan-rakan supaya memperolehi TP yang lebih tinggi.
7.2 Belajar Senarai Semak
Perancangan PdPc yang teliti ini, memerlukan guru-guru menyediakan instrumen
pentaksiran bilik darjah yang sesuai dengan aktiviti yang dilaksanakan setiap kali PdPc
dilaksanakan. Instrumen ini mungkin dalam bentuk kertas soalan ujian, rekod anekdot,
soal selidik, lembaran kerja, rekod berterusan, skala kadar, dan senarai semak (Bahagian
Pembangunan Kurikulum, 2018). Instrumen yang dicadangkan ini untuk digunakan bagi
3 kaedah pentaksiran iaitu;
1. Pemerhatian
2. Penulisan dan
3. Lisan
Kaedah pemerhatian mungkin melibatkan instrumen seperti rekod anekdot, soal selidik,
rekod berterusan, skala kadar dan senarai semak. Kaedah penulisan pula mungkin
melibatkan kertas soalan kajian, lembaran kerja, skala kadar dan senarai semak,
manakala untuk lisan melibatkan rekod anekdot, soal selidik, rekod berterusan, skala
kadar dan senarai semak. Jika diperhatikan senarai semak sesuai digunakan untuk
membuat taksiran terhadap ketiga-tiga kaedah yang disenaraikan. Rajah 20
menunjukkan jenis instrumen yang digunakan bagi setiap mata pelajaran dan minggu
yang dirancangkan.
Rajah 20: Jenis Instrumen mengikut Mata Pelajaran dan Minggu
Sumber: Daripada Slaid Kursus PBD
Rajah 20 menunjukkan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu minggu pertama
menggunakan instrumen latihan, minggu kedua menggunakan lembaran kerja, minggu
ketiga menggunakan senarai semak.
Semasa membina instrumen yang sesuai, Strategi Plus, Minus, Interesting (PMI)
digunakan. PMI merupakan alat untuk membuat brainstorming, membuat keputusan dan
pemikiran kritikal. PMI digunakan untuk menggalakkan penilaian terhadap idea, konsep
dan pengalaman daripada beberapa perspektif. PMI boleh dilaksanakan dengan
menyediakan 3 lajur, iaitu plus, minus dan interesting. Pada lajur plus, perlu memasukkan
seberapa banyak benda yang positif yang boleh difikirkan. Pada lajur minus pula,
senaraikan seberapa banyak benda negatif yang diperolehi, dan pada lajur interesting
senaraikan yang menarik selain yang baik dan yang buruk yang disenaraikan berkait
terus dengan permasalahan yang difikirkan. Akhir sekali membuat analisis dan keputusan
berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Rajah 21 menunjukkan carta PMI bagi menilai
senarai semak sebagai satu instrumen yang digunakan.
Jadual 5
Carta PMI Menilai Senarai Semak
CARTA PMI
PLUS MINUS INTERESTING
Senang digunakan Perlu rancang lebih Meningkatkan fokus
awal
Item telah dirancang Banyak perkara perlu Boleh meningkatkan
ikut keperluan diambilkira semasa outcome
pembinaan
Item telah ditetapkan Memastikan
konsistensi
Mudah untuk disimpan Membantu mengukur
complexity
Mudah untuk
ditafsirkan
Sumber: Daripada Slaid Kursus PBD
Senarai semak juga mempunyai kelebihan yang tersendiri seperti yang terdapat dalam
Checklist Manifesto (Gawande, 2011).
Menurut Gawande (2011) terdapat 6 kelebihan menggunakan senarai semak, iaitu;
1. Cara mudah untuk komunikasi elemen penting dalam strategi pengajaran,
2. Senarai semak boleh meningkat ‘outcome’,
3. Dapat memastikan konsistensi dalam melaksanakan satu tugasan,
4. Dapat meningkat fokus,
5. Mudah ingat elemen strategi PdPc dalam satu helaian sahaja, dan
6. Membantu mengurus complexity dalam satu-satu proses/ tugas (simplex).
Senarai semak yang baik dan berkesan perlu memenuhi kriteria di bawah;
1. Ringkas antara 5 hingga 9 item,
2. Berfokus dan menerangkan langkah yang paling kritikal dan penting,
3. Jelas dengan menggunakan perkataan yang mudah dan tepat,
4. Praktikal iaitu mudah digunakan dan menepati sasaran,
5. Ringkas dalam satu mukasurat, dan
6. Mudah dibaca dan tiada gangguan seperti warna dan sebagainya.
Instrumen penilaian ini perlu pelbagai yang boleh digunakan oleh guru, murid untuk
membuat penilaian kendiri dan rakan sebaya, penilaian ibubapa dan semua yang
mempunyai berkepentingan. Rajah 21 menunjukkan contoh senarai semak refleksi
kendiri yang guru-guru boleh sediakan untuk murid.
Rajah 21 : Contoh Senarai Semak Refleksi Kendiri
Sumber: Daripada Slaid Kursus PBD
Refleksi kendiri murid tahap satu yang paling ringkas dapat disediakan adalah seperti di
atas. Walau bagaimanapun pada peringkat awal, perlulah mendapat bimbingan dari
pihak guru. Rajah 22 menunjukkan senarai semak maklum balas rakan sebaya yang
guru-guru boleh sediakan.
Rajah 22: Senarai Semak Maklum Balas Rakan Sebaya
Sumber: Daripada Slaid Kursus PBD
Senarai semak maklum balas rakan sebaya seperti diatas sesuai digunakan apabila
murid telah lancar membaca, dan penggunaan emoji sangat digalakkan. Rajah 23
menunjukkan senarai semak pentaksiran guru pada murid.
Rajah 23 : Senarai Semak Pentaksiran Guru pada Murid
Sumber: Daripada Slaid Kursus PBD
Sebelum guru memindahkan Tahap Penguasaan (TP) murid kepada templet pelaporan
yang disediakan, guru-guru perlu menyediakan senarai semak seperti Rajah 23 untuk
memberikan TP yang sesuai dengan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
Rajah 24 Menunjukkan senarai semak maklum balas ibu bapa.
Rajah 24 : Senarai Semak Maklum Balas Ibu Bapa
Sumber: Daripada Slaid Kursus PBD
Adalah digalakkan ibu bapa juga menyumbangkan petaksiran kepada anak-anak
mereka. Kelebihannya ialah mereka menyedari perkembangan anak-anak mereka dan
boleh menyumbang kepada hubungan yang baik dengan pihak sekolah di sekolah.
8.0 Peringkat Meningkatkan
Rajah 25 menunjukkan Bimbingan Instruksional Peringkat Ketiga
Rajah 25 : Bimbingan Instruksional Peringkat Ketiga
Sumber: Daripada Slaid Kursus PBD
Peringkat meningkatkan juga dikenali sebagai Pelaksanaan PdPc ataupun pelaporan.
Peringkat ini melibatkan empat elemen, iaitu hala tuju, kemajuan, peningkatan dan
tindakan. Pelaksanaan PdPc dari sudut bilangan projek adalah dirancangkan sesuai
dengan bilangan pelajar yang ada dalam sesebuah bilik darjah.
8.1 Meningkatkan Hala Tuju
Pada peringkat meningkatkan, bagi elemen hala tuju, guru perlu memikirkan semula dan
mengesahkan hala tuju yang telah dikenalpasti pada peringkat pertama. Soalan-soalan
yang boleh difikirkan ialah apakah perkara penting yang ingin kita bincangkan? dan apa
yang ada dalam fikiran anda?