diambil dalam merancang PdPc. Sekiranya beberapa SK dipilih dalam subjek berkenaan,
tidak perlulah mengambil kesemua SP yang tersenarai.
Semasa merungkai kurikulum, guru yang terlibat perlu berbincang untuk menghasilkan
The Big Idea. The Big Idea (TBI) ini boleh diperolehi daripada perbincangan yang
dilakukan dengan beberapa guru yang mengajar subjek yang berlainan. Seperti
contohnya Guru Sains dengan Guru Matematik, mungkin boleh ditambah lagi guru
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, atau gabungan guru dari keempat-empat subjek
“A Big Idea is a way of usefully seeing connections, not just another piece
of knowledge. It is more like a lens for better looking than something
additionally seen; more like a theme than the facts of the story.”
(Grant Wiggin, 2010)
TBI seharusnya dapat menjawab persoalan kenapa? Atau kenapa ia releven dengan
saya? Dan TBI yang baik adalah;
10. Suatu topik yang menjadi keperihatinan orang ramai
11. Merupakan nadi kepada sesuatu disiplin atau disiplin
12. Dapat menjana lebih banyak pemikiran, penerokaan dan penemuan
13. Sesuatu yang penting dan bermanafaat menjangkau bilik darjah pada masa kini
14. Sesuatu yang bermakna, bermanfaat dan kekal penting untuk 20 tahun akan
datang
15. Membuka hubungkait dengan pengalaman murid sama ada di dalam atau di luar
bilik darjah
16. Menyebabkan seseorang teruja untuk memikirkannya
17. Berupaya menarik minat, imaginasi, dan penglibatan murid
18. Mencabar salah faham dan salah konsep murid.
Langkah seterusnya ialah merangkai kurikulum. Merangkai Kurikulum (unpacking
Curriculum) melibatkan proses menggabungkan semula Standard Kandungan, Standard
Pembelajaran dan Standard Prestasi ke dalam RPT dan RPH mengikut keupayaan murid
semasa pelaksanaan PdPc dengan menggunakan pedagogi yang bersesuaian bagi
mencapai objektif pembelajaran. Proses merangkai perlu menggunakan Backward
Design, iaitu menggabungkan beberapa disiplin ataupun subjek. Sila rujuk rajah 12
Perbandingan antara Traditional dan Backward Design
Rajah 12 : Perbandingan antara Traditional dan Backward Design
Sumber: Daripada Slaid Kursus PBD
Backward Design mencabar kaedah "tradisional" perancangan kurikulum. Dalam
perancangan kurikulum tradisional, senarai kandungan yang akan diajar dibuat dan atau
dipilih. Dalam Backward Design, pendidik bermula dengan matlamat, mencipta atau
merancang penilaian dan akhirnya membuat rancangan pengajaran.
Rajah 13 menunjukkan Contoh Merangkai Kurikulum dan membina The Big Idea
daripada empat mata pelajaran teras yang diajarkan di sekolah rendah. TBI yang dipilih
ialah Pemeliharaan Alam Sekitar, Strategi yang dipilih ialah Small Project Big Impact
adalah Model Taman Mini, mata pelajaran utama ialah Sains, mata pelajaran sampingan
ialah Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
KURIKULUM TAHUN 1 DAN TAHAP 1
PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR – TBI
MODEL TAMAN MINI – SPBI
SUBJEK UTAMA – SAINS
SUBJEK SAMPINGAN MATEMATIK,
BAHASA INGGERIS DAN BAHASA MELAYU
SAINS 1.1.2 Pengelasan benda hidup dan bukan
hidup
MATEMATIK 6.1 Ukuran panjang
BAHASA MELAYU 3.2 Kemahiran menulis perkataan, frasa dan
ayat bermakna
BAHASA INGGERIS 3.3 Read independantly for Information and
enjoyment
Rajah 13 : Contoh Merangkai Kurikulum dan membina The Big Idea
Setiap SP yang dipilih dari setiap mata pelajaran diajarkan secara berasingan mengikut
jadual waktu masing-masing. Jadual Timeline perlu disediakan untuk menentukan aktiviti
yang perlu dilaksanakan bagi setiap minggu. Jadual 4 menunjukkan Timeline -
Perancangan Minggu 1 hingga Minggu 4 dan Lampiran 4.
Jadual 4
Timeline - Perancangan Minggu 1 hingga Minggu 4
SUBJEK MINGGU1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4
SAINS Perbincangan Menyenaraikan Menyediakan Menjawab
guru dan murid bahan-bahan tanam mini Essential
METEMAT tentang taman yang perlu ada mengikut kriteria Questions dan
IK mini dalam taman kumpulan masing- membuat show
mini masing case
Murid meneroka 4. Menggunakan
jenis-jenis Mendapatkan
taman mini yang ukuran yang bahan terbuang
ada sesuai untuk 5. Membuat
menyediakan
Mengenalpasti taman mini sendiri dengan
taman mini yang melukis
sesuai Memberikan 6. Membeli
disediakan ukuran yang barang-barang
Mengajar topik ideal untuk murah
lain mengikut taman mini
perancangan Mengajar topik Mengukur
lain mengikut semua objek
BAHASA Mengajar topik Mengajar topik perancangan yang terdapat
MELAYU lain mengikut lain mengikut dalam taman
perancangan perancangan Menyenaraikan mini dan menulis
kata nama yang dalam jadual
BAHASA Mengajar topik Mengajar topik terdapat dalam Menulis frasa
lain mengikut taman mini dan ayat yang
INGGERIS lain mengikut perancangan Menulis panduan bermakna
perancangan penggunaan
taman mini Membaca
secara sendiri
Guru yang mengajar mata pelajaran utama akan beraktiviti dengan murid dari minggu
pertama hingga minggu terakhir berkaitan projek yang dirancangkan bersama. Namun
begitu, bagi subjek lain mereka akan beraktiviti dengan murid mengikut kesesuaian,
mungkin tidan melibatkan setiap minggu. Sebagai contoh, Guru matematik hanya akan
masuk berbincang berkaitan projek pada minggu 2 dan minggu 4 sahaja. Begitu jugalah
bagi minggu-minggu yang lain.
Dalam Mengenal pasti matlamat juga melibatkan proses pembinaan Essential Questions
(EQ).
“Questions that probe for deeper meaning and set the stage for further
questioning foster the development of critical thinking skills and higher order
capabilities such as; problem solving, and the understanding of complex
systems…. the ability to ask great questions often separates great teachers
from good ones.”
(David Jakes, 2002)
EQ ialah soalan-soalan yang menuntut satu daripada proses pemikiran berikut
3. Soalan yang memerlukan pelajar membina perancangan atau tindakan
4. Soalan yang memerlukan pelajar membuat keputusan, memerlukan pelajar
melaksanakan penyelidikan.
Ciri-ciri EQ yang baik perlulah;
h. Soalan terbuka yang biasanya tidak memiliki satu jawapan dan semua jawapan
adalah betul
i. Soalan yang memberikan provokasi yang biasanya memberikan perbincangan
yang hebat
j. Soalan yang memberikan pemikiran aras tinggi seperti analisis, inferen, penilaian
dan menjangkakan
k. Soalan yang sangat penting yang boleh merentasi disiplin
l. Menghasilkan soalan-soalan lanjutan dan menggalakkan inkuiri
m. Memerlukan sokongan terhadap justifikasi yang dibuat
n. Soalan boleh digunakan semula (McTighe & Wiggins, 2013)
Rajah 14 menunjukkan Contoh Essential Questions yang dibina dalam KmR yang
dirancangkan.
KURIKULUM TAHUN 1 DAN TAHAP 1
PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR – TBI
MODEL TAMAN MINI – SPBI
SUBJEK UTAMA – SAINS
ESSENTIAL QUESTIONS (EQ)
4. KENAPA KITA PERLU MENJAGA ALAM SEKITAR?
5. JIKA ALAM SEKITAR TERCEMAR APA YANG AKAN BERLAKU?
6. BAGAIMANA CARA MEMELIHARA ALAM SEKITAR?
Rajah 14 : Contoh Essential Questions
Sumber: Daripada Slaid Kursus PBD
Adalah dicadangkan EQ digubal perlulah mewakili setiap subjek yang terlibat dalam
projek KmR tersebut. EQ juga perlu mengandungi soalan tentang pengetahuan dan
kemahiran. Rajah 15 menunjukkan Contoh TBI da EQ Dalam Perniagaan
Rajah 15 : Contoh TBI da EQ Dalam Perniagaan
Sumber: Daripada Slaid Kursus PBD
Dalam perniagaan, TBI dan EQ sangat penting dalam proses mempromosi dan
memajukan perniagaan. Ini adalah kerana derdasarkan TBI dan EQ strategi selanjutnya
akan digubal dan dirungkaikan. TBI bagi Syarikat Penerbangan Air Asia ialah “Now
Everyone Can Fly” dan EQ hanya dua iaitu;
3. Apa yang membolehkan penumpang membuat pilihan?
4. Bagaimanakah penumpang boleh memberi keuntungan?
Dalam merungkai kurikulum Essential Questions, The Big Idea dan Backward Design
perlu difahami dan digunakan. Rajah 16 menunjukkan Tiga Alat Proses Merungkai
Kurikulum
Rajah 16 : Tiga Alat Proses Merungkai Kurikulum Sumber: PPK, KPM (2018)
6.3 Kenal Pasti Strategi Pengajaran
Strategi yang dicadangkan ialah projek kecil dengan impak besar (Small Project Big
Impact), bercerita (Story Telling), main peranan (Role Play), kuiz (Quiz), dan permainan
(Game). Namun begitu, strategi lain juga digalakkan untuk digunakan dalam bilik darjah.
Berdasarkan TBI dan EQ perlu menentukan strategi pengajaran yang dipilih. Templet
perancangan PdPcc KmR terdapat di Lampiran 4 digunakan.
7.0 Peringkat Belajar
Peringkat ini juga dikenali sebagai persediaan PdPc bermakna, tujuannya adalah untuk
belajar melalui proses pemodelan dan menyediakan senarai semak untuk membuat
pentaksiran yang berkesan. Rajah 17 menunjukkan Bimbingan Instruksional Peringkat
Kedua.
Rajah 17 : Bimbingan Instruksional Peringkat Kedua
Sumber: Daripada Slaid Kursus PBD
Dalam peringkat ini, 2 perkara perlu dipelajari pemodelan dan senarai semak. Proses
pemodelan penting bagi memastikan kejayaan proses PdPc yang dirancangkan.
7.1 Belajar Pemodelan
Rajah 18 menunjukkan Pelbagai Teknik Modeling semasa bimbingan instruksional.
Rajah 18 : Pelbagai Teknik Modeling
Sumber: Daripada Slaid Kursus PBD
Terdapat lima teknik permodelan;
6. Pembimbing modelkan strategi dalam bilik darjah bersama-sama murid.
7. Pembimbing modelkan strategi dalam bilik darjah tanpa murid.
8. Pembimbing dan guru co teaching strategi dalam bilik darjah bersama murid.
9. Pembimbing dan guru melihat guru (pakar) lain modelkan strategi.
10. Pembimbing dan guru menonton video strategi.
Setiap teknik yang disenaraikan mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
Pembimbing boleh memilih mana yang sesuai bagi menjamin PdPc yang berkesan dalam
bilik darjah.
Apabila penguatkuasaan sepenuhnya pada tahun 2019 berkait dengan tiada lagi amalan
pengasingan kelas mengikut tahap penguasaan murid, pengajaran terbeza amat
dititikberatkan. Pengajaran terbeza bermaksud murid belajar secara optimum mengikut
aras atau situasi murid. Pembelajaran terbeza mengambil kira tahap pembelajaran murid,
kecenderungan serta kemampuan pembelajaran. Dalam sesuatu PdPc adalah perlu
untuk pembelajaran terbeza ini berlaku supaya murid dapat mencapai objektif
pembelajaran. Pembelajaran Terbeza mengambil kira 3 aspek iaitu melalui kandungan,
proses dan hasil. Rajah 19 menunjukkan Model For Effective Differentiation untuk
pengajaran mengikut keperluan murid.
Rajah 19 : Model For Effective Differentiation
Sumber : Souza & Tomilson (2018)
Berdasarkan Rajah 19 berpandukan komponen asas tentang persekitaran pembelajaran
positif, kualiti kurikulum, pentaksiran belajar yang konsisten, pengajaran responsif dan
pengurusan bilik darjah/rutin fleksibel, guru boleh melaksanakan pengajaran terbeza.
Pelaksanaan boleh dilaksanakan berdasarkan kesediaan, minat dan profil pelajar
menggunakan pelbagai strategi. Strategi yang dirancangkan adalah seperti pengurusan
grafik, perancah, kerja berkumpulan, rakan pembelajaran, pembelajaran inkuiri, kontrak
pembelajaran dan sebagainya.
Semasa proses belajar guru perlu menyediakan strategi yang biasanya melibatkan 4
minggu. 4 minggu dianggapkan paling ideal, walau bagaimanapun guru boleh merancang
aktiviti kurang dari 4 minggu dan lebih dari 4 minggu sekiranya dirasakan sesuai.
Perancangan aktiviti boleh dilaksanakan secara perbincangan yang melibatkan beberapa
orang guru dari subjek yang berbeza. Namun begitu proses pengajaran mengikut jadual
waktu biasa yang diuruskan oleh guru yang mengajar bagi setiap subjek.
Adalah diharapkan dengan terlaksananya aktiviti KmR selama 4 minggu ini akan dapat
meningkatkan Tahap Penguasaan Murid (TP) daripada TP yang lebih rendah kepada
TP yang lebih tinggi, dan lebih ramai yang dapat mencapai TP 6 yang merupakan TP
tertinggi. Pelajar yang telah menguasai TP yang tinggi digalakkan untuk membimbing
rakan-rakan supaya memperolehi TP yang lebih tinggi.
7.2 Belajar Senarai Semak
Perancangan PdPc yang teliti ini, memerlukan guru-guru menyediakan instrumen
pentaksiran bilik darjah yang sesuai dengan aktiviti yang dilaksanakan setiap kali PdPc
dilaksanakan. Instrumen ini mungkin dalam bentuk kertas soalan ujian, rekod anekdot,
soal selidik, lembaran kerja, rekod berterusan, skala kadar, dan senarai semak (Bahagian
Pembangunan Kurikulum, 2018). Instrumen yang dicadangkan ini untuk digunakan bagi
3 kaedah pentaksiran iaitu;
4. Pemerhatian
5. Penulisan dan
6. Lisan
Kaedah pemerhatian mungkin melibatkan instrumen seperti rekod anekdot, soal selidik,
rekod berterusan, skala kadar dan senarai semak. Kaedah penulisan pula mungkin
melibatkan kertas soalan kajian, lembaran kerja, skala kadar dan senarai semak,
manakala untuk lisan melibatkan rekod anekdot, soal selidik, rekod berterusan, skala
kadar dan senarai semak. Jika diperhatikan senarai semak sesuai digunakan untuk
membuat taksiran terhadap ketiga-tiga kaedah yang disenaraikan. Rajah 20
menunjukkan jenis instrumen yang digunakan bagi setiap mata pelajaran dan minggu
yang dirancangkan.
Rajah 20: Jenis Instrumen mengikut Mata Pelajaran dan Minggu
Sumber: Daripada Slaid Kursus PBD
Rajah 20 menunjukkan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu minggu pertama
menggunakan instrumen latihan, minggu kedua menggunakan lembaran kerja, minggu
ketiga menggunakan senarai semak.
Semasa membina instrumen yang sesuai, Strategi Plus, Minus, Interesting (PMI)
digunakan. PMI merupakan alat untuk membuat brainstorming, membuat keputusan dan
pemikiran kritikal. PMI digunakan untuk menggalakkan penilaian terhadap idea, konsep
dan pengalaman daripada beberapa perspektif. PMI boleh dilaksanakan dengan
menyediakan 3 lajur, iaitu plus, minus dan interesting. Pada lajur plus, perlu memasukkan
seberapa banyak benda yang positif yang boleh difikirkan. Pada lajur minus pula,
senaraikan seberapa banyak benda negatif yang diperolehi, dan pada lajur interesting
senaraikan yang menarik selain yang baik dan yang buruk yang disenaraikan berkait
terus dengan permasalahan yang difikirkan. Akhir sekali membuat analisis dan keputusan
berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Rajah 21 menunjukkan carta PMI bagi menilai
senarai semak sebagai satu instrumen yang digunakan.
Jadual 5
Carta PMI Menilai Senarai Semak
CARTA PMI
PLUS MINUS INTERESTING
Senang digunakan Perlu rancang lebih Meningkatkan fokus
awal
Item telah dirancang Banyak perkara perlu Boleh meningkatkan
ikut keperluan diambilkira semasa outcome
pembinaan
Item telah ditetapkan Memastikan
konsistensi
Mudah untuk disimpan Membantu mengukur
complexity
Mudah untuk
ditafsirkan
Sumber: Daripada Slaid Kursus PBD
Senarai semak juga mempunyai kelebihan yang tersendiri seperti yang terdapat dalam
Checklist Manifesto (Gawande, 2011).
Menurut Gawande (2011) terdapat 6 kelebihan menggunakan senarai semak, iaitu;
7. Cara mudah untuk komunikasi elemen penting dalam strategi pengajaran,
8. Senarai semak boleh meningkat ‘outcome’,
9. Dapat memastikan konsistensi dalam melaksanakan satu tugasan,
10. Dapat meningkat fokus,
11. Mudah ingat elemen strategi PdPc dalam satu helaian sahaja, dan
12. Membantu mengurus complexity dalam satu-satu proses/ tugas (simplex).
Senarai semak yang baik dan berkesan perlu memenuhi kriteria di bawah;
7. Ringkas antara 5 hingga 9 item,
8. Berfokus dan menerangkan langkah yang paling kritikal dan penting,
9. Jelas dengan menggunakan perkataan yang mudah dan tepat,
10. Praktikal iaitu mudah digunakan dan menepati sasaran,
11. Ringkas dalam satu mukasurat, dan
12. Mudah dibaca dan tiada gangguan seperti warna dan sebagainya.
Instrumen penilaian ini perlu pelbagai yang boleh digunakan oleh guru, murid untuk
membuat penilaian kendiri dan rakan sebaya, penilaian ibubapa dan semua yang
mempunyai berkepentingan. Rajah 21 menunjukkan contoh senarai semak refleksi
kendiri yang guru-guru boleh sediakan untuk murid.
Rajah 21 : Contoh Senarai Semak Refleksi Kendiri
Sumber: Daripada Slaid Kursus PBD
Refleksi kendiri murid tahap satu yang paling ringkas dapat disediakan adalah seperti di
atas. Walau bagaimanapun pada peringkat awal, perlulah mendapat bimbingan dari
pihak guru. Rajah 22 menunjukkan senarai semak maklum balas rakan sebaya yang
guru-guru boleh sediakan.
Rajah 22: Senarai Semak Maklum Balas Rakan Sebaya
Sumber: Daripada Slaid Kursus PBD
Senarai semak maklum balas rakan sebaya seperti diatas sesuai digunakan apabila
murid telah lancar membaca, dan penggunaan emoji sangat digalakkan. Rajah 23
menunjukkan senarai semak pentaksiran guru pada murid.
Rajah 23 : Senarai Semak Pentaksiran Guru pada Murid
Sumber: Daripada Slaid Kursus PBD
Sebelum guru memindahkan Tahap Penguasaan (TP) murid kepada templet pelaporan
yang disediakan, guru-guru perlu menyediakan senarai semak seperti Rajah 23 untuk
memberikan TP yang sesuai dengan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
Rajah 24 Menunjukkan senarai semak maklum balas ibu bapa.
Rajah 24 : Senarai Semak Maklum Balas Ibu Bapa
Sumber: Daripada Slaid Kursus PBD
Adalah digalakkan ibu bapa juga menyumbangkan petaksiran kepada anak-anak
mereka. Kelebihannya ialah mereka menyedari perkembangan anak-anak mereka dan
boleh menyumbang kepada hubungan yang baik dengan pihak sekolah di sekolah.
8.0 Peringkat Meningkatkan
Rajah 25 menunjukkan Bimbingan Instruksional Peringkat Ketiga
Rajah 25 : Bimbingan Instruksional Peringkat Ketiga
Sumber: Daripada Slaid Kursus PBD
Peringkat meningkatkan juga dikenali sebagai Pelaksanaan PdPc ataupun pelaporan.
Peringkat ini melibatkan empat elemen, iaitu hala tuju, kemajuan, peningkatan dan
tindakan. Pelaksanaan PdPc dari sudut bilangan projek adalah dirancangkan sesuai
dengan bilangan pelajar yang ada dalam sesebuah bilik darjah.
8.1 Meningkatkan Hala Tuju
Pada peringkat meningkatkan, bagi elemen hala tuju, guru perlu memikirkan semula dan
mengesahkan hala tuju yang telah dikenalpasti pada peringkat pertama. Soalan-soalan
yang boleh difikirkan ialah apakah perkara penting yang ingin kita bincangkan? dan apa
yang ada dalam fikiran anda?
8.2 Meningkatkan Kemajuan
Peringkat meningkatkan, bagi elemen kemajuan, guru perlu menyemak kemajuan.
Soalan-soalan yang boleh difikirkan bagi meningkatkan kemajuan ialah;
7. Apa perkara yang telah berjalan lancar?
8. Apakah yang anda saksikan menunjukkan strategi ini berjaya?
9. Apakah kemajuan yang telah dilakukan ke arah mencapai matlamat?
10. Apakah yang telah anda pelajari?
11. Apakah yang mengejutkan anda?
12. Apakah halangan/ cabaran yang dihadapi?
8.3 Meningkatkan Peningkatan
Rajah 26 menunjukkan Langkah-langkah Bimbingan pada peningkat meningkatkan
peningkatan.
Rajah 26 : Langkah-langkah Bimbingan (Meningkatkan)
Sumber: BPK KPM (2018)
Langkah-langkah Bimbingan dalam meningkatkan melibatkan
4. Sebelum PdPc-PBD
5. Semasa PdPc-PBDd
6. Selepas PdPc-PBD
Pelaksanaan peningkatan sebelum PdPc-PBD berlaku sepanjang proses Hala tuju,
semasa PdPc-PBD berlaku sepanjang proses kemajuan, Selepas PdPc-PBD berlaku
sepanjang proses peningkatan dan tindakan.
Peringkat peningkatan adalah melaksanakan peningkatan. Soalan-soalan yang perlu
dijawab;
6. Adakah anda ingin mengekalkan strategi sedia ada?
7. Adakah anda ingat menyemak semula strategi yang telah digunakan?
8. Adakah anda berhasrat memilih strategi yang baharu?
9. Adakah anda ingin menggunakan cara lain untuk mengukur kemajuan pencapaian
matlamat anda?
10. Adakah anda ingin meminda matlamat?
8.4 Meningkatkan Tindakan
Peringkat ini melibatkan tindakan selanjutnya. Soalan-soalan yang perlu dijawab;
5. Bilakah kita boleh berjumpa semula?
6. Apakah tugasan yang perlu diambil sebelum kita berjumpa semula?
7. Siapa yang hendak menguruskannya?
8. Pada skala 1-5, sejauh manakah komitmen anda untuk mencapai matlamat ini?
Pada peringkat ini juga pelaporan perlu dilakukan sebanyak 2 kali setahun.
9.0 Pelaporan
Pelaporan perlu disediakan dua kali setahun, iaitu pertama kali pada bulan Jun dan kali
kedua pada bulan Oktober. Data pelaporan perlu disediakankan dalam excel worksheet,
secara offline. Templat Pelaporan PBD Tahap 1 bagi Guru Kelas mengandungi beberapa
Worksheet/Tab:
i. Panduan
j. Rekod Prestasi Murid
k. Laporan Murid
l. Laporan Mata Pelajaran
m. Templat Perekodan Semua Mata Pelajaran (17) di Tahap 1
n. Tafsiran TP Tengah Tahun
o. Tafsiran TP Akhir Tahun
p. Graf Pelaporan
Tuan/ puan yang ingin membuka excel worksheet seperti Rajah 28 boleh melayari pautan
di bawah;
tiny.cc/DrHaslina_tahun1,
tiny.cc/DrHaslina_tahun2,
tiny.cc/DrHaslina_tahun3
Rajah 27 : Templet Pelaporan PBD Tahun 1
Sumber: BPK KPM (2018)
Rajah 27 menunjukkan Templet pelaporan PBD Tahun 1. Templet pelaporan ini
disediakan dalam perisian Excel dan di dalamnya terdapat semua subjek yang pelajar
belajar dari tahun 1, tahun 2 dan tahun 3. Guru-guru perlu mengisinya dua kali setahun
berdasarkan maklumat daripada instrumen pentaksiran yang disediakan guru semasa
proses PdPc.
Contoh pelaksanaan KmR di sekolah boleh dilihat di Lampiran 5. Senarai semak semasa
melaksanakan KmR di sekolah dilampirkan dalam Lampiran 6.
10.0 Rumusan
Buku ini dihasilkan rentetan daripada beberapa sesi bengkel yang dihadiri oleh penulis.
Dalam beberapa siri bengkel tersebut terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab
oleh para fasilitator. Soalan-soalan juga dikumpulkan dari beberapa sesi perbincangan
SISC+ yang melaksanakan bengkel PBD terhadap Guru Besar dan dan pemimpin
pertengahan di sekolah.
Perbincangan dalam buku ini diharapkan dapat menjawab beberapa persoalan yang
dikemukakan dan menjadi panduan kepada SISC+, Guru Besar dan pemimpin
pertengahan dalam membimbing guru-guru tentang pelaksanaan PBD amnya dan KMR
khususnya.
Lampiran 1
Borang Pelan Bimbingan Instruksional
AKTIVITI TARIKH TEMPAT MASA
Rakaman Video di Bilik Darjah
Mengenalpasti Matlamat
Menerangkan Amalan BPD
Pemodelan
Pencerapan/ Rakaman Video di Bilik
Darjah
Penerokaan
Lampiran 2
“THE BIG FOUR”
Tingkah Laku
Adakah Pengurusan Bilik Darjah Terkawal?
Sekiranya murid menjalankan tugasan dan pembelajaran, pembimbing instruksional (IC)
dan guru yang berkolaborasi boleh beralih kepada pelbagai isu lain yang berkaitan
dengan pembelajaran murid. Jika guru bergelut dengan tingkah laku, mereka bergelut
dengan segala-galanya. Oleh sebab itu, kebanyakan IC bermula dengan pengurusan
kelas.
Kesan emosi terhadap guru sangat tinggi ketika tidak terkawal. Ramai guru baharu belum
dapat menguasai seni pengurusan kelas. Sekiranya pembimbing membantu seorang
guru mengawal bilik darjahnya, pembimbing tersebut telah membuat sumbangan yang
besar.
Terdapat beberapa soalan yang mungkin membantu mengenalpasti sama atingkah laku
adalah isu kebimbangan utama:
BIL SOALAN CATATAN
1. Adakah murid melaksanakan tugasan dalam kelas?
2. Adakah guru memberi komen yang lebih positif melebihi
komen negatif (sekurang-kurangnya nisbah tiga ke satu)?
3. Adakah guru telah menetapkan jangkaan yang jelas untuk
semua aktiviti dan peralihan (aktiviti) semasa pengajaran?
4. Adakah guru telah menyampaikan jangkaannya dengan jelas,
sehingga murid memahaminya?
5. Adakah murid mempunyai peluang mencukupi untuk terlibat
aktif semasa kelas?
SOALAN MENDALAM
6. Adakah guru mengambil berat tentangkebajikan murid?
7. Adakahgur menghormati/ menghargai murid?
8. Adakah guru berkomunikasi dengan jangkaan yang tinggi?
9. Adakah guru itu percaya bahawa muridnya dapat mencapai
harapan mereka?
“THE BIG FOUR”
Kandungan
Adakah guru memahami kandungannya, mempunyai rancangan, dan memahami
maklumat mana yang paling penting?
Sekiranya kelas guru diurus dengan baik, persoalan kedua ialah sama ada guru
mempunyai pengetahuan mendalam tentang kandungan tersebut. Guru perlu tahu
kandungan mana yang paling penting dan mereka juga perlu tahu bagaimana
menerangkan kandungan itu dengan jelas.
Terdapat banyak soalan yang boleh membantu seorang guru menentukan sama ada atau
tidak guru mempunyai penguasaan kandungannya. Mereka termasuk yang berikut;
BIL SOALAN CATATAN
1. Adakah guru mempunyai rancangan lengkap dan terperinci
untuk mengajar?
2. Adakah guru membina soalan penting (essential question)
untuk semua unit?
3. Adakah soalan-soalan tersebut sejajar dengan standard
(DSKP)?
4. Bolehkah guru mengenal pasti konsep utama (The Big Ideas
– TBI) dalam subjek ini?
5. Bolehkah guru menerangkan dengan jelas dan menerangkan
maksud setiap konsep utama (TBI)?
“THE BIG FOUR”
Pengajaran
Adakah guru menggunakan amalan pengajaran yang memastikan semua murid
menguasai kandungan?
Jika guru memegang pemahaman tentang kandungan mereka, dan jika mereka dapat
mengurus bilik darjah mereka, soalan besar seterusnya ialah sama ada mereka boleh
mengajar pengetahuan mereka kepada murid mereka. Arahan yang berkesan melibatkan
banyak pengajaran – amalan.
Keperluan yang mungkin timbul dengan soalan berikut;
BIL SOALAN CATATAN
1. Adakah guru menyediakan murid dengan betul pada
permulaan kelas?
2. Adakah memodelkan cara berfikir dan proses lain untuk
murid?
3. Adakah guru bertanya soalan pada pelbagai tahap yang
sesuai
4. Adakah guru menggunakan strategi dan aktiviti yang sesuai
untuk memastikan murid terlibat secara aktif?
5. Adakah guru memberikan maklum balas yang membina yang
membolehkan murid memperbaiki pembelajaran?
6. Adakah guru menggunakan bahasa, analogi, contoh dan cerita
yang memudahkan murid mempelajari dan menguasai
kandungan?
7. Adakah guru menyusun PdP dengan berkesan pada akhir
kelas?
“THE BIG FOUR”
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Adakah guru dan murid tahu jika murid menguasai kandungan?
Sekiranya murid melaksanakan tugasan pembelajaran, dan jika guru mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentang kandungan itu, tahu apa yang paling penting, dan
dapat menyampaikan pengetahuan itu dengan menggunakan amalan pengajaran yang
berkesan, persoalan pengetahuan itu dengan menggunakan amalan pengajaran yang
berkesan, persoalan terakhir adalah sama ada guru dan murid tahu betapa baiknya
pembelajaran telah berlaku.
Beberapa soalan akan membantu IC menerokai pemahaman guru mengenai pentaksiran
bilik darjah;
BIL SOALAN CATATAN
1. Adakah guru tahu sasaran untuk murid capai di kelas?
2. Adakah murid tahu/maklum sasaran pembelajaran mereka
dalam kelas?
3. Adakah guru menggunakan penilaian formatif secara
berkesan untuk mengukur sejauhmana murid belajar?
4. Adakah murid terlibat dalam perancangan, penyediaan dan
pelaksanaan pentaksiran bilik darjah?
5. Bolehkah seorang guru mengenal pasti tahap keberhasilan
setiap murid berdasarkan pembelajaran mereka di bilik
darjah?
Lampiran 3
PEERS
MATLAMAT PEERS ADALAH √
CATATAN
BERDASARKAN
VIDEO
POWERFUL :
Memberikan impak terhadap pembelajaran
(kehidupan) murid
EASY :
Mudah, jelas dan senang untuk difahami
EMOTIONALLY COMPELLING:
Sesuatu yang sangat bermakna kepada guru
REACHEBLE :
Mengenal pasti strategi dan keberhasilan yang
boleh diukur
STUDENT-FOCUSED:
Memberi fokus kepada keberhasilan
terhadappencapaian, tingkah laku dan sikap
Lampiran 4
TEMPLATE PERANCANGAN PdPc KmR
Peringkat 1: Hasil yang diharapkan
Hasil Pembelajaran (G)
Kefahaman (U): The Big Idea: EQ (Q):
Pengetahuan (K): Kemahiran (S):
Tahap Penguasaan:
Peringkat 2: Bukti/Hasil Pentaksiran Hasil Lain (OE):
Tugasan Pembelajaran (T):
Peringkat 3: Pelan Pembelajaran:
Aktiviti Pembelajaran (L):
● W = ke mana arah tujuan
● H = menarik minat pelajar
● E = membantu pelajar meneroka dan mengalami idea utama
● R = menyediakan ruang dan peluang untuk pelajar berfikir semula dan
menyemak
● E = pelajar diberi peluang menilai kerja mereka dan implikasinya
● T = sesuai dengan kepelbagaian kebolehan atau latar belakang pelajar
● O = melibatkan pelajar secara maksimum dan berkesan
Lampiran 5
Perancangan PdP KmR
NAMA TINGKATAN 1 COMEL
SEKOLAH
TAJUK/ TEMA SMK CIK SITI WAN KEMBANG
RINGKASAN “BUMIKU HIJAU”
PROJEK
Matlamat utama KmR ini, adalah mengkaji percabahan biji benih dan
TINGKATAN
MASA pertumbuhan anak benih dengan mengambil kira pelbagai faktor (jenis tanah,
MATA
PELAJARAN sumber air, suhu, kecerunan, etc. Pelaksanaan eksperimen adalah selama 4
STANDARD
KANDUNGAN minggu; yang mana data-data tumbesaran akan direkod, dianalisis, dibentang
semasa showcase. Bagi menjayakan projek ini, kami perlu berbincang dalam
kumpulan yang melibatkan guru-guru subjek (inter disciplinary) kerana ia
melibatkan empat mata pelajaran, Sains, Geografi, Matematik dan Bahasa
Melayu, sebelum diskusi pelaksanaan dilanjutkan bersama dengan pelajar.
Dapatan hasil kajian kami lebih menjurus kepada kesedaran terhadap pelbagai
faktor yang boleh mempengaruhi tumbesaran anak benih. Rumusan hasil kajian
akan dipersembahkan dalam bentuk sajak, puisi, debat, lakonan, etc. kepada
semua murid, guru dan akan dikongsikan nanti dengan pihak-pihak yang
berkepentingan. Penilaian terhadap setiap peringkat kajian (proses dan produk)
kami adalah berdasarkan rubrik-rubrik tertentu yang telah digariskan.
1C
4 MINGGU
SAINS (INDUK) GEOGRAFI MATEMATIK BAHASA
MELAYU
4.7 Pembiakan 2.2 Bentuk muka 12.1 Proses 3.6 Menulis untuk
tumbuhan bumi di Malaysia pengumpulan, mengolah
pengorganisasian maklumat bagi
Kepelbagaian dan perwakilan menghasilkan
lokasi dan data, serta pelbagai bentuk
kepentingan
bentuk muka pentafsiran penulisan dan
grafik.
bumi di Malaysia. perwakilan data
4.4
Mempersembahka
n karya prosa,
puisi dan pelbagai
persembahan lain.
STANDARD 4.7.4 2.2.2 12.1.3 Membina 3.6.2 Menulis
PEMBELAJARAN memerihalkan Menentukan perwakilan data untuk mengolah
proses lokasi pelbagai bagi data tak maklumat
percambahan biji bentuk muka terkumpul dan daripada bahan
benih bumi di Malaysia. menjustifikasikan grafik kepada
kesesuaian suatu perenggan dan
4.7.5 2.2.3 perwakilan data. bahan prosa atau
menyelesaikan Membandingkan puisi kepada
masalah apabila kepentingan 12.1.4 Menukar bahan ilustrasi
percambahan pelbagai bentuk satu perwakilan menggunakan
tidak berlaku. muka bumi di data kepada ayat yang
Malaysia. perwakilan lain gramatis.
yang sesuai serta
memberi 4.4.1
justifikasi. Mempersembahka
n pengacaraan
12.1.5 Mentafsir menggunakan
pelbagai sebutan, intonasi,
perwakilan data nada,
termasuk gaya dan bahasa
membuat inferens badan yang
atau ramalan. sesuai melalui
teknik yang
menarik dan
berkesan.
STANDARD TP6 TP6 Menjana TP6 TP6 Menulis untuk
PRESTASI Merekabentuk idea tentang Mengaplikasikan menyatakan
persembahan potensi pelbagai pengetahuan dan makna kata
pelbagai bentuk kemahiran yang dan sesuatu
media/visual/folio muka bumi di sesuai situasi yang
/poste persekitaran tentang dibaca, didengar
r/main atau mana-mana perwakilan dan dan
peranan/drama kawasan pentafsiran data ditonton serta
secara kreatif di Malaysia dalam melengkapkan
dan dengan konteks maklumat
inovatif dengan menggunakan penyelesaian dalam pelbagai
menggunakan pelbagai masalah bukan bahan,
pengetahuan dan media. rutin. menghasilkan
kemahiran sains pelbagai
mengenai sel penulisan, dan
sebagai mengedit
unit teks dengan betul,
asas tepat
kehidupan/koordi dan gramatis pada
nasi/ tahap
gerakbalas/pembi sangat tekal,
akan terperinci
dalam konteks dan menjadi
penyelesaian teladan.
masalah TP6 Murid
dan membuat berupaya
keputusan mempamerkan
dengan tahap
mengambil kira pengetahuan
nilai bahasa dan
sosial/ekonomi/b kecekapan
udaya berbahasa
masyarakat. yang cemerlang
dan
konsisten,
berupaya
mengungkapkan
idea
dengan jelas,
terperinci
dan tersusun,
menguasai
kemahiran berfikir
yang
kritis, kreatif dan
inovatif,
berkomunikasi
secara
efektif dan penuh
keyakinan,
mengamalkan
pembelajaran
secara
kendiri serta
menjadi
model teladan
kepada
murid yang lain
dalam
HASIL Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
PEMBELAJARAN secara umumnya : sila lihat kembali TP6 Standard Prestasi bagi subjek Sains,
Geografi, Matematik dan Bahasa Melayu.
secara khususnya:
2. mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi percambahan biji
6. benih & tumbesaran anak benih.
7. merekod, menganalisis dan mempersembahkan data dalam bentuk graf
8. tumbesaran.
9. menghasilkan laporan reflektif tentang pelaksanaan kajian.
10. membuat rumusan hasil kajian dalam bentuk sajak, puisi, lakonan, etc.
THE BIG IDEA PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
SOALAN SAINS GEOGRAFI MATEMATIK BAHASA MELAYU
PENCETUS IDEA
Bagaiman Bentuk & Bagaimana Kenapakah alam
a hidup keadaan pengukuran dan sekitar penting?
tanpa muka bumi perekodan data
tumbuhan mempengaruhi boleh dilaksana? Bagaimana hidup
? pertumbuhan? tanpa tumbuhan?
Bagaimana
“Dunia Faktor-faktor datadata Mengapakah alam
Tanpa persekitaran yang telah sekitar perlu
Kertas?” memberikan direkodkan dapat dipulihara?
kesan dipersembahkan?
Mengapak terhadap
ah tumbesaran anak Bagaimana
kemandiri benih? datadata
an spesis, ini dapat
penting? ditafsirkan?
RANCANGAN PENTAKSIRAN
TUGASAN JENIS/ALAT PENTAKSIRAN
6. Melaksanakan 6. Senarai semak pelaksanaan eksperimen.
eksperimen
percambahan biji 7. Senarai semak jadual data, kaedah analisis dan
persembahan data.
benih
8. Rubrik laporan eksperimen
dan tumbesaran anak
9. Rubrik pengadilan puisi, sajak, lakonan etc
benih.
10. Rubrik 6C (juga merangkumi Tugasan 1, 2, 3 & 4)
7. Merekodkan,
menganalisis dan RUJUK TIMELINE
mempersembahkan 6. Radas dan bahan-bahan eksperimen.
data. 7. Bahan-bahan rujukan (buku, jurnal, online resources).
8. Pakar dan pihak berkepentingan (Jabatan Pertanian &
8. Menyediakan laporan orang kampung, ibu bapa, etc).
hasil eksperimen (dan 9. Perakam video (hari pelaksanaan eksperimen dan semasa
analisis data). tumbesaran anak benih)
9. Menghasilkan puisi,
sajak, lakonan bagi
mempersembahkan
hasil kajian.
10. Showcase
LANGKAH PENGAJARAN
SUMBER
10. Bahan-bahan kitar semula (botol air mineral, kotak, dsb.)
Senarai Semak Bimbingan KmR Lampiran 6
BIL KEPERLUAN TANDAKAN (/)
1. The Big Four
2. PEERS
3. Merungkai Kurikulum
4. The Big Idea
5. Essential Questions
6. Strategi Pengajaran
6. projek kecil dengan impak
besar (Small Project Big
Impact),
7. bercerita (Story Telling),
8. main peranan (Role Play),
9. kuiz (Quiz), dan
10. permainan (Game).
7. Perancangan Pengajangan
mengikut masa
8. Senarai Semak
9. Laporan
Bibliografi
Dinstersmith, T. (2018). What School Could Be: Insights and Inspiration from Teachers
Across America.Princeton University Press.
DeBevoise, W. (1984) Synthesis of Research On The Principal As Instructional Leader.
Education Leadership.
Knight, J. (2009). The big four: A framework for instructional excellent. Manuscript in
preparation
Knight, J. (2017). The Impact Cycle: What Instructional Coaches Should Do to Foster
Powerful Improvements in Teaching. Corwin Press.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik
Darjah. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Putrajaya.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Panduan Pengurusan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah. Lembaga Peperiksaan. Putrajaya.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Buku Informasi Pentaksiran Berasaskan
Sekolah. Lembaga Peperiksaan. Putrajaya.
Mohd Idris Jauzi. (1991). Reformasi Pendidikan di Malaysia. Nurin Enterprise. Kuala
Lumpur.
Murphy, J. (1999). Reconnecting teaching and school administration: A call for a unified
profession. UCEA Review, 40(2), 1–3, 6–7
Wiggin G. Dan Mctigre J. (2005). Understanding by Design. Association for Supervision
and Curriculum Development 1703 N. Beauregard St. Alexandria, USA
Gawande, A. (2016) How to Get Things Right in a Complex World. Linkage Inc.
Sousa, D. A., & Tomlinson, C. A. (2011). Differentiation and the brain: How neuroscience
supports the learner-friendly classroom. Bloomington, IN: Solution Tree.
Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin. (1988). Ke arah pelaksanaan nilai-nilai murni di dalam
KBSM: Falsafah Pendidikan Negara. Kertas kerja yang dibentangkan dalam
Seminar Nilai-nilai Murni Merentas Kurikulum Dalam KBSM di Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia.
Wiggins, G., & McTighe, J. (2011). The Understanding by Design guide to creating high-
quality units. Alexandria, VA: ASCD.