The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Warkah Buat Pengantin - Maktabah Al Bakri

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Aiman Mohamad Rafee, 2023-03-01 22:53:23

Warkah Buat Pengantin - Maktabah Al Bakri

Warkah Buat Pengantin - Maktabah Al Bakri

“Aku telah melihatmu selama beberapa hari terakhir ini, dan aku lihat kamu begitu sengsara. Maka aku ingin meringankan penderitaanmu,” Putera khalifah itu menawarkan bantuan kepadanya. “Dengan cara apakah tuan akan melakukannya?” si miskin kembali bertanya. “Kamu dan keluargamu boleh tinggal dalam istana bersamaku. Kamu akan hidup senang, mempunyai tempat tinggal, makan dan minum tanpa ada sebarang kesusahan dan kesulitan, serta tanpa ada penderitaan dan kesedihan,” jawab putera khalifah tersebut. Si miskin menjawab, “Wahai putera khalifah, tidak ada kesusahan bagi orang yang tidak berdosa, tidak ada penderitaan bagi orang yang tidak derhaka, dan tidak ada kesedihan bagi orang yang tidak melakukan kejahatan. Adapun orang yang berpetang hari dalam kemurkaan Allah dan berpagi hari dalam keadaan derhaka terhadap Allah, maka dia adalah orang yang selalu ditimpa kesusahan, kesedihan dan penderitaan. 201 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


Putera khalifah kemudian bertanya tentang keluarganya, lalu si miskin menjawab, “Aku hanya memiliki ibuku yang sudah tua renta dan saudara perempuanku yang buta lagi papa. Aku datang dengan membawa roti untuk memberi makan berbuka puasa kepada keduanya sebelum matahari tenggelam, kerana keduanya selalu berpuasa setiap hari. Kami makan bersama, kemudian tidur.” Putera khalifah bertanya, “Waktu mana engkau bangun?” Dia menjawab, “Apabila rahmat yang Maha Hidup Kekal lagi terus-menerus mengurus makhluk-Nya turun ke langit yang terdekat (waktu sahur).” Putera khalifah bertanya lagi, “Apakah kamu mempunyai hutang?” Dia menjawab, “Dosadosa yang aku lakukan antara aku dan Allah yang Maha Hidup Kekal lagi terusmenerus mengurus makhlukNya.” Putera khalifah bertanya, “Adakah kamu ingin hidup seperti kami?” “Tidak, demi Allah,” jawab tegas si miskin. “Mengapa?” Putera khalifah bertanya kehairanan. “Aku takut hatiku akan menjadi keras, dan agamaku menjadi rosak,” jawab si miskin. WARKAHKESEMBILAN : KISAH RENUNGAN 202 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


“Apakah kamu lebih memilih menjadi kuli tukang pikul di pasar dalam keadaan lapar di bawah terik matahari, tidak berpakaian, susah, sedih lagi sengsara, dan tidak mahu hidup bersamaku di dalam istana kerajaan?” tanya putera khalifah. “Benar, demi Allah.” Jawab si miskin. Kemudian dia pun turun, dan pergi meninggalkan putera khalifah. Putera khalifah merenung dan berfkir dengan perasaan yang syahdu sesudah mendengar ucapan si miskin yang penuh keimanan dari hatinya. Pada suatu malam, putera khalifah terbangun dari tidurnya yang begitu lena lagi lama. Beliau disedarkan oleh seruan daripada Allah yang membangunkannya: Bangunlah wahai orang yang banyak tdur, Sampai bilakah keadaan sepert ini, Dunia ini adalah negeri yang fana (binasa), Semuanya yang ada pastlah lenyap, Kebaikannya pula sangat sedikit, Sedang keburukannya amat banyak, Usia di dunia makin berkurang dan keburukan makin bertambah, Oleh kerana itu, perbanyaklah membuat bekal, Kerana perjalanan yang akan ditempuh sangatlah jauh. 203 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


Putera khalifah terjaga di tengah malam, lalu berkata kepada pengawal peribadinya, “Aku akan bermusafr ke suatu tempat. Setelah tiga hari dari musafrku, sampaikanlah kepada ayahku, al-Makmun, bahawa aku bermusafr dan akan bersua lagi dengannya pada hari Akhirat kelak di padang Mahsyar.” Mereka bertanya, “Mengapa engkau mahu bermusafr?” Putera khalifah menjawab, “Aku telah muhasabah diriku, dan ternyata aku berada dalam kealpaan, tidur yang nyenyak, terdampat dan sesat, maka aku ingin berhijrah kepada Allah dengan membawa ruhku.” Dia pun berangkat pergi di tengah malam, dalam keadaan meninggalkan baju kebesarannya dan memakai pakaian orang miskin, lalu pergi bermusafr menempuh perjalanannya hingga lenyap dari pandangan mata. Adapun khalifah tidak mengetahui ke mana arah yang dituju oleh puteranya. Begitu juga penduduk kota Baghdad. Saat terakhir pembantu istana melihat putera khalifah ialah pada hari dia meninggalkan istana menaiki kenderaannya menuju ke Wasith64 64. Wasith adalah sebuah kota lama yang berada di antara Baghdad dan Basrah di Iraq. Kini tempat ini berada di wilayah Wasith, di bahagian timur Iraq. Wilayah ini telah dimasukkan ke dalam senarai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tanggal 7 September 2000 di bawah kategori Budaya. (Lihat https://id.wikipedia.org/wiki/Wasith,_Irak) WARKAHKESEMBILAN : KISAH RENUNGAN 204 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


sebagaimana yang dikatakan oleh ahli sejarah. Putera khalifah telah mengubah penampilan dirinya dan menjadi seperti orang miskin serta bekerja dengan seorang saudagar untuk menghasilkan batu bata. Beliau mempunyai wirid yang selalu dilaziminya dan setiap pagi dia menghafal al-Qur’an, berpuasa setiap Isnin dan Khamis serta di malam harinya berqiamullail dan bermunajat kepada Allah yang Maha Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya. Dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk keperluan hidup sehari-harinya. Seketika kemudian, lenyaplah kesusahan dan kesulitan serta kesedihannya. Begitu juga lenyaplah rasa besar diri, sombong dan angkuh dari dalam hatinya. Firman Allah SWT: ِ ِ ف ِش بِه َ ْم ن ًورا ي ُ ه اه َ و َجَعْلنَ َ ا لُ ْنَ ُ َي َ ْحي ت َ ا فأ ًْ َي َ َ ن ك َان م َوم َ أ َْها ِن ِ ٍج م ْ َس بِ َخار ِ َ لي َ ت لم ُ الظ ُ هِ ف لُ ُ ث ََ النَ ِ اس َ كَمن م Maksudnya: Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia 205 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Surah al-An’am (122) Ketika ajal sudah mendekatinya, dia memberikan cincin yang selalu dipakainya kepada majikannya – saudagar tersebut – dan berpesan, “Aku sebenarnya adalah anak khalifah al-Ma’mun. Apabila aku mati, maka mandikanlah, kafankanlah, dan kuburkanlah aku. Kemudian serahkanlah cincin ini kepada ayahku.” Saudagar itu pun memandikan, mengafankan, dan mensolatkan jenazahnya, kemudian menguburkannya. Setelah itu, lalu dia membawa cincin itu kepada Khalifah al-Ma’mun. Pada awal mulanya, khalifah menyangka bahawa puteranya telah terbunuh di suatu tempat atau hilang atau pergi ke suatu tempat tanpa ada khabar beritanya. Setelah dia melihat cincin itu, dia pun sangat terkejut WARKAHKESEMBILAN : KISAH RENUNGAN 206 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


dan menangis dengan suara yang sangat kuat. Kemudian khalifah bertanya kepada saudagar itu berita tentang anaknya. Saudagar pun menceritakan kepada khalifah perihal puteranya. Setelah mereka mendengar kisahnya, khalifah dan para menterinya menangis kesemuanya. Mereka mengetahui bahawa puteranya telah mengetahui jalannya, tetapi mereka tidak mahu berjalan bersamanya. Firman Allah SWT: ِْل ْسَلِم ِ ه ل ُ َ ْح َ صْدَر َ ْش ه ي َُ ي ِ َ ْد َن ي ـه أ الل ُ َ ِ ِرد ُ َفَمن ي Maksudnya: Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam. Surah al-An’am (125) 207 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


208 209 Rumusan tentang Kebahagiaan Tajuk seperti ini sentiasa menjadi dambaan seluruh manusia untuk meraih kebahagiaan hakiki sama ada dunia dan akhirat. Sesungguhnya sistem hidup yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah satu sistem yang dapat membahagiakan seluruh umat manusia dan dapat membawa mereka kepada taraf kesempurnaan yang ditetapkan untuk mereka dalam hidup ini. Risalah ini telah datang kepada umat manusia ketika mencapai usia kedewasaan dan kematangan akal. Ia datang selaku sebuah kitab yang terbuka kepada akal generasi manusia yang akan datang, iaitu sebuah kitab yang mengandungi dasar-dasar hidup manusia yang tidak berubah dan bersedia untuk memenuhi keperluankeperluan mereka. Pernah ditanya kepada ahli hikmah: “Siapakah manusia yang paling bahagia?” Jawabnya: “Orang yang membahagiakan orang lain.” Dengan sebab itu tidak pelik apabila Rasulullah SAW menyebut tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Hakim bin Hizam R.A, Nabi SAW bersabda: WARKAHKESEMBILAN : PENYELESAIAN KONFLIK RUMAH TANGGA Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


208 209 ِ ُ السْفَل َد ْن ْ الي ِ ي م َ َ ا خٌْ عْلي د ْ الُ َُ ْالي Maksudnya: Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Riwayat al-Bukhari (1427) Al-Mubarakfuri berkata: “Tangan yang di atas adalah tangan yang memberi atau berinfaq. Sedangkan tangan yang dibawah ialah yang meminta.” (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 3/289) Kami nyatakan erti sa’adah berdasarkan sebuah hadis daripada Sa’ad bin Abi Waqqas R.A, Rasulullah SAW bersabda: ن ة َ ، و َْال ْس َك ُ ُ َ ِ ة َ الصال ُ َ ْ أ ِ َْ : الر ادة َ السَع َ َن ِ ع م ٌَ ْرب َ أ ع ٌَ ْرب َ ُ َ ، وأ ِيء ْ َك َْب الن ح َ ، و َْالر ُ ِ ع َ ، وا َْل ُار َ الصال ُ ِ ْالَواس ن ُ َ ، و َْال ْس َك ُ ة ُ السوء ُ َ ْ أ ُ َ ، و َْالر ِ : ا َْل ُار ُ السوء الشَق َاوة َ َن ِ م ُ ُ السوء ب ْ َك ُ يق َ ، و َْالر ِ الض ُ Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


210 211 Maksudnya: Empat tanda kebahagiaan; Isteri yang solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang soleh dan kenderaan yang elok. Manakala empat tanda kedukaan adalah jiran yang buruk, isteri yang teruk, tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk.” Riwayat Imam Ahmad (1448) dan Ibnu Hibban (4032) Dalam Islam, terlalu banyak kalimah yang mengertikan dengan kebahagiaan seperti lafaz al-Falah, al-Fauz, alNajah, al-Sa’adah dan lain-lain. Ini menandakan gesaan Islam agar kita hidup bertujuan meraih kebahagiaan bukan sekadar di dunia tetapi juga merentasi di akhirat. Firman Allah SWT: ْم ِِ ه ْم ِ ف َصَلت ُ ِ َ ين الذ ُ َون ﴿١َ ﴾ ن ِ الْؤم ُْ َْفَل َح َقْد أ ض َون ُ ُ ْعِر الل ْغِو م َ ع ِن ه ْم َ ُ ِ َ ين الذ َ ع َون ﴿٢َ ﴾و ُ ِ َخاش ه ْم ُ ِ َ ين الذ َ ل َون ﴿٤َ ﴾و ُ ِ ِ َ فاع ِ َلزَكاة ه ْم ل ُ ِ َ ين الذ َ ﴿٣َ ﴾و َا ْو م َ ِ ْم أ َ ْزَو ِ اجه ٰ أ عَل ل َ َِ ظ َون ﴿٥ ﴾إ ُ ِ ِ ْم َ حاف ُ ِوجه فر ُ ِ ل WARKAHKESEMBILAN : PENYELESAIAN KONFLIK RUMAH TANGGA Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


210 211 ى تَغ ٰ َْ ِ َي َ ﴿٦ ﴾فَم ِن اب لوم َُ ي م ُ ْم َ غُْ ن َ ِ ُ ْم َ فإ ن ُ َ ْم َي ََل َك ْت أ م ه ْم ُ ِ َ ين الذ َ اد َون ﴿٧َ ﴾و ُ م ْ الَع ُ ه ِ َك ُ ُ َولـٰئ ِ َك َ فأ ذل َٰ َ َوَراء ٰ عَل ه ْم َ ُ ِ َ ين الذ َ اع َون ﴿٨َ ﴾و ُ ْم َ ر ِ ِ ه ْم َ و َعْهد ِِ َ َانات َِم ل ث َون ُِ م ْ الَوار ُ ه ِ َك ُ ُ َولـٰئ ظ َون ﴿٩ ﴾أ ُ ِ َُ ياف ْم ِِ َصَلَوات د َون ُ ِ َيه َ ا خال ِ ه ْم ف ُ ْ َدْو َس ِر ث َون ْ الف ُ ِر َ ِ َ ين ي َ ﴿٠١ ﴾الذ Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka yang menjaga kehormatannya, - Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: - Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi - Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. Surah al-Mukminun (1-11) Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


212 213 Syeikh al-Maraghi berkata: Surah Makkiyyah ini diturunkan selepas Surah al-Anbiya’, dan terdiri daripada 118 ayat. Menurut sebuah riwayat, sebahagian sahabat bertanya kepada Aisyah R.Anha: “Bagaimanakah akhlak Rasulullah? Aisyah R.Anha menjawab: “Akhlak baginda adalah al-Quran.” Kemudian Aisyah R.Anha membaca ayat: نُ َون” ِ َْفَل َح ُْ الْؤم ِ ُظ َون” ayat ke hinggalahَ” قْد أ ْم َُ ياف ِِ ٰ َ صَلَوات عَل ِ َ ين ُ ه ْم َ .“َو َالذ Aisyah menambah, “Demikianlah akhlak Rasulullah SAW.” (Lihat Tafsir al-Maraghi, 9/4613) Dengan sebab itulah, doa yang kita dambakan keduadua kebahagiaan dunia dan akhirat menjadi kehendak dan tuntutan kita. Benarlah frman Allah SWT: ِ َ ة ِ ر ِف ْ الخ ة َ و َ َ ا حَسنًَ نَ ِا ف ُ الدْني ِ نَا آت َ ول َرب ُ ق َُ ن ي َ هم م ُْ ن ِ َوم ِ ا عَذ َ اب النَار نَ َ ِ ة َ وق َحَسنًَ Maksudnya: Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”. Surah al-Baqarah (201) WARKAHKESEMBILAN : PENYELESAIAN KONFLIK RUMAH TANGGA 212 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


212 213 Semoga Allah SWT menaungi kita dengan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat serta disisihkan daripada kecelakaan dalam hidup. Amin. Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


214 215 PENUTUP Alhamdulillah, selepas hampir tiga tahun kami kumpulkan koleksi warkah kepada bakal pengantin dari kalangan kenalan dan murid-murid, maka pada hari ini 21 April 2018, selesailah sudah tambahan dan semakan serta pembetulan semua koleksi yang kami jadikan satu buku dengan tajuk Warkah Buat Pengantin. Alhamdulillah, pada 5 Julai 2022, sekali lagi kami melakukan semakan dan penambahbaikan dengan melihat pelbagai aspek dan sudut. Semoga dengannya, buku Warkah buat Pengantin ini lebih bertepatan dengan realiti semasa bagi pengantin baru melayari bahtera perkahwinan dan menghadapi ombak badai dengan penuh ketenangan. Buku ini bersifat nasihat dan wasiat secara khusus ditujukan kepada bakal pengantin dengan mengambil kira latar belakang, faktor dan suasana. Justeru, buku ini amat sesuai dimiliki oleh pasangan, bakal pengantin dalam melayari bahtera kehidupan agar ianya benar-benar melahirkan satu suasana keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga sehingga tercapai apa yang dimaksudkan dengan Baiti Jannati. PENUTUP 214 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


214 215 Kerap kali ketika menghadiri walimah urus terutamanya kaum keluarga dan sahabat handai, makanya saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan tazkirah khas untuk para pengantin dan tetamu di samping mendoakan kepada pengantin. Itulah yang menjadi kelaziman bagi kami. Semoga ia bermanfaat sebagai bekalan hidup. Kami merasakan dengan terbitnya buku ini dapat menjadi panduan dan bimbingan kepada bakal pengantin sama ada ketika tenang atau dipukul badai ombak yang besar. Semoga selamat daripada runtuhnya institusi kekeluargaan dan adanya pautan jalan keluar serta penyelesaian yang terbaik mengikut neraca syariah berdasarkan panduan wayhu Ilahi dan Hadyun Nabawi. Justeru, marilah sama-sama kita miliki buku ini untuk menambahkan khazanah ilmiah dalam perpustakaan peribadi kita dan sedikit sebanyak ia merupakan sejuzuk penyelesaian dan solusi kehidupan. 215 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


216 217 Akhir kalam, marilah sama-sama kita menginsaf diri untuk menjadikan rumah tangga kita dengan penuh harmoni dan bahagia. Marilah kita ulangi doa yang diajar kepada kita: ٍ َ و ْ اجَعْلنَا ُي َ ْع َ َة أ قر ُ نَا ِ َات ري ذِ ُ َ ْزَو ِ اجنَا َو ْن أ ِ نَ َ ا ه ْب َ لنَا م َ َرب ً ا َام ِم ِ َي إ تق َ م ْلُ ِ ل Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah al-Furqan: 74) PENUTUP Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


216 217 ا عَذ َ اب نَ َ ِ ةَ وق َ حَسنًَ ِ َ ة ِ ر ِف ْ الخ ةَ و َ َ ا حَسنًَ دْني نَ ِا ف الُ ِ نَا آت َ َرب ِ النَار Maksudnya: “Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami di dunia dengan kebaikan dan di akhirat dengan kebaikan. Dan selamatkanlah kami dari azab Neraka.” (Surah al-Baqarah: 201) Gurumu yang ikhlas, Dr Zulkifi bin Mohamad al-Bakri 21 April 2018 bersamaan 6 Sya’ban 1439 Hijrah. Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


218 219 BIBLIOGRAFI � Ibnu Jarir al-Tabari. 2000. Jami’ al-Bayan f Ta’wil al-Qur’an. Muassasah al-Risalah. � Ibnu Kathir. 1994. Tafsir al-Quran al-‘Azhim. Beirut: Dar-alFikr. � Al-Qurtubi. 2003. al-Jami’ li Ahkam al-Quran. Riyadh: Dar Alam al-Kutub. � Imam al-Baghawi. 1992. Tafsir al-Baghawi atau dikenali dengan Ma’alim al-Tanzil. Beirut: Dar al-Ma’rifah. � Syeikh al-Maraghi. 2001. Tafsir al-Maraghi (terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. � Sayyid Qutb. 2000. Tafsir f Zilal al-Quran (terj.). Kelantan: Pustaka Aman Press. � Imam al-Bukhari. tt. Sahih al-Bukhari. Masurah: Dar Tuq alNajat. � Imam Muslim. tt. Sahih Muslim. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al- ‘Arabi. 218 BIBLIOGRAFI Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


218 219 � Al-Hafz Ibnu Hajar al-Asqalani. 1987. Fath al-Bari. Tahqiq Muhibbuddin al-Khatib dan Muhammad Fuad Abd al-Baqi. Arab Saudi: Maktabah al-Salafyyah. � Imam al-Nawawi. 1987. Syarah Sahih Muslim. Beirut: Dar alKitab al-‘Arabiy. � Abdullah bin Abdul Rahman al-Bassam. 2003. Taudih alAhkam min Bulugh al-Maram. Makkah al-Mukarramah: Makatabah al-Asadi. � Abdullah Nasih Ulwan. 1998. Tarbiyah al-Aulad (terj.). Kuala Lumpur: JAKIM. � Basri Ibrahim. Pemantapan Sistem Kekeluargaan. Kuala Lumpur: Dar al-Nu’man. � Dr. Muhammad Uqlah. Nizam al-Usrah f al-Islam. Amman: Maktabah al-Risalah al-Hadithah. � Mohd Salleh Haji Ahmad. 2009. Perkahwinan dan Perceraian dalam Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid. � Mohd Fadzilah Kamsah, Muhammad Zakaria dan Zarina Sarudin. 2005. Menempuh Gerbang Perkahwinan. Kuala Lumpur: Telaga Biru. � Zulkifi Mohamad al-Bakri. 2007. Himpunan Modal Insan. Kuala Lumpur: Telaga Biru. 219 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


220 PB � Muhammad Ali Qutb. 2003. Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid. � Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah. tth. Zad al-Ma’ad. Kaherah: Matba’ah Mustafa al-Halabi. � Syeikh Ali Jad al-Haq. 2004. Buhuth wa Fatawa al-Islamiyyah. Kaherah: Dar al-Hadith. � Dr. Muhammad al-Zuhaili. 2007. al-Mu’tamad f al-Fiqh alSyafe. Damsyiq: Dar al-Qalam. � Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha dan Dr. Ali alSyarbaji. 2009. Al-Fiqh al-Manhaji (terj.). Bangi: Darul Syakir. � Dr. Wahbah al-Zuhaili. 2006. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Damsyiq: Dar al-Fikr. � Dr. Yusuf al-Qaradhawi. 2010. Halal dan Haram dalam Islam (terj.). Bangi: Darul Syakir. � Zahazan Mohamed. 2007. Doa Daripada Hadis-Hadis Sahih. Kuala Lumpur: Telaga Biru. � Zahazan Mohamed. 2007. 101 Doa Para Nabi dan Rasul dalam al-Quran: Khasiat dan Kaifat Beramal. Kuala Lumpur: Telaga Biru. BIBLIOGRAFI 220 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


Click to View FlipBook Version