The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Warkah Buat Pengantin - Maktabah Al Bakri

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Aiman Mohamad Rafee, 2023-03-01 22:53:23

Warkah Buat Pengantin - Maktabah Al Bakri

Warkah Buat Pengantin - Maktabah Al Bakri

150 151 151 Gurumu yang ikhlas, SS Datuk Dr Zulkifi Bin Mohamad al-Bakri Mufi Wilayah Persekutuan | 19 April 2018 ا عَذ َ اب نَ َ ِ ةَ وق َ حَسنًَ ِ َ ة ِ ر ِف ْ الخ ةَ و َ َ ا حَسنًَ دْني نَ ِا ف الُ ِ نَا آت َ َرب ِ النَار Maksudnya: “Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami di dunia dengan kebaikan dan di akhirat dengan kebaikan. Dan selamatkanlah kami dari azab Neraka.” (Surah al-Baqarah: 201) Sëlåmåt Pëñgåñtïñ Bårü. Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


Kisah Teladan: Keluarga Bahagia Encik Razali dan Puan Esah E ncik Razali Awang, 64, dan isterinya Puan Esah Abdulah, 63, merupakan pasangan yang telah dianugerahkan dengan Tokoh Keluarga Mithali pada 2008 sempena Sambutan Ma’al Hijrah 1430 peringkat Negeri Terengganu. Encik Razali dan isterinya memiliki 13 orang anak yang telah berjaya dalam kerjaya mereka masing-masing. Anak-anaknya, empat lelaki dan sembilan perempuan berusia antara 15 dan 44 tahun mempunyai kerjaya yang membanggakan antaranya sebagai doktor, jurutera, pensyarah, pengurus KLCC dan guru. Anak sulungnya, Nor Haiza ialah lulusan Universiti Malaya, manakala enam yang lain merupakan lepasan Universiti di Iowa, Amerika Syarikat, Ireland, Australia dan Jerman. Seorang lagi lulusan Universiti Putra Malaysia, sementara lima yang lain lulusan Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Maktab Perguruan dan Universiti Tenaga Nasional. Anak bongsunya, Nur Najhah, 15, kini berada di tingkatan tiga di Sekolah Menengah Sains Sultan Omar, Kuala Terengganu. 152 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


Berikut merupakan perkara yang menarik yang dapat diambil iktibar daripada prinsip dan pegangan kedua-dua pasangan ini dalam mendidik anak-anak mereka. � Beliau mempunyai prinsip yang kukuh dengan menjadikan asas agama sebagai pegangan hidup. � Beliau sangat sedar bahawa dengan saluran pendidikan sahaja beliau dapat mengeluarkan anak-anaknya daripada belenggu kemiskinan. Oleh itu, beliau berusaha menyekolahkan anakanaknya sehinggalah ke peringkat universit walau dihimpit dengan seribu satu kepayahan. � Beliau sangat berusaha keras dalam hidupnya dalam membesarkan anak-anak beliau. Beliau sanggup membuat kerja tambahan dengan menjual kuih-muih di samping kerjanya sebagai Bahagian Pertukangan Jabatan Kerja Raya. � Beliau sangat berdisiplin dan tegas dalam memastkan 13 orang anak-anaknya mencapai kejayaan. Beliau sentasa 153 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


menekankan amalan solat dan membaca alQuran kepada anak-anaknya. � Dalam memastkan anak-anaknya berdisiplin dan patuh kepada tugasan masing-masing, beliau turut membuat jadual kepada anak-anaknya. � Beliau adalah seorang yang sangat mengamalkan konsep bermusyawarah (bermesyuarat) sesama anggota keluarganya. Semasa anak-anaknya kecil, sebulan sekali beliau akan mengumpulkan anak-anaknya dan meluahkan apa yang tdak puas hat di samping memberikan nasihat dan motvasi. 154 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


� Beliau juga turut menekankan sikap adil terhadap kesemua anak-anaknya tanpa memilih kasih. � Beliau juga sentasa mempamerkan akhlak yang baik sebagai teladan kepada anak-anaknya kerana menurutnya ia adalah bentuk pendidikan yang paling berkesan. Atas kejayaan anak-anaknya tersebut, beliau sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana anak-anaknya bukan sahaja mempunyai pegangan agama yang kukuh, malah berjaya dalam kerjaya yang diceburi masing-masing. 155155 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


156 157 MUTIARAKATA Kami kemukakan di sini beberapa mutiara kata berkenaan kebahagiaan: Langkah pertama untuk bahagia ialah, berhenti membandingkan dirimu dengan orang lain dan belajar melafazkan syukur. Kebahagiaan adalah milik mereka yang mempunyai impian, dan punya keberanian untuk berusaha mewujudkannya jadi kenyataan. Jangan menunggu bahagia hadir baru tersenyum tetapi senyumlah untuk hadirkan kebahagiaan. Bahagia bukan hanya sekadar kebendaan (material). Bahagia itu ialah ketika kita dapat membuat orang lain merasa bahagia kerana kita. Jadilah kamu manusia yang ketika kelahiranmu semua orang tertawa bahagia, tetapi hanya kamu seorang yang menangis. Dan ketika kematianmu semua orang menangis sedih, tetapi hanya kamu yang tersenyum bahagia. 156 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


156 157 7 PERKARA BA GI MEMBERSIHKAN JIWA � Menjaga solat fardu lima waktu. � Rajin menuntut dan menambah ilmu. � Bertaubat atas segala dosa-dosa. � Banyakkan berzikir mengingati Allah SWT. � Sentiasa berdoa kepada Allah SWT. � Rajin membaca al-Quran. � Sentiasa melakukan kebaikan. 157 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


158 159 P ada beberapa tahun ini, saya seringkali dijemput untuk menyampaikan khutbah nikah dalam walimatul urus. Hal ini menjadikan saya terpanggil untuk menyusun kandungan khutbah yang ingin disampaikan sesuai dengan majlis perkahwinan. Biasanya isu Baiti Jannati atau Rumahku Syurgaku menjadi topik utama dalam menyampaikan khutbah. Begitu juga isu berkaitan menunaikan amanah dan hak pasangan suami isteri serta tanggungjawab sebagai ibu bapa apabila dikurniakan zuriat. Saya juga membincangkan isu berkaitan kelebihan dan fadilat nikah kahwin serta hikmah di sebalik pensyariatan perkahwinan tersebut. Penyelesaian Konflik Rumah Tangga WARKAHKELAPAN 158 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


158 159 Pada kali ini, sebagai penutup buku yang kami namakan sebagai: Warkah Buat Pengantn, makanya sengaja kami tutup perbahasan berkaitan warkah ini dengan warkah yang terakhir secara umumnya untuk kita semua bagaimana solusi dan penyelesaian apabila dilanda konfik rumahtangga yang tdak berkesudahan bahkan menjadi racun dalam kehidupan. Justeru, kami kemukakan warkah ini sebagai alternatf dan juga solusi penyelesaian walaupun tdak keseluruhannya tetapi sejuzuk daripadanya boleh menjadi penawar dan penyelesai yang baik jika diamalkannya. 159 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


160 161 Punca Konfik Pengantin baru yang dihormati, Sejujurnya konfik rumahtangga boleh berlaku dengan pelbagai sebab, punca dan faktor. Antara perkara yang menjadi punca kepada timbulnya konfik dalam rumah tangga ialah: � Kefahaman agama yang rendah Antara faktor yang menyumbang kepada konfik ialah disebabkan kefahaman agama yang rendah. Sesetengah pasangan kerap meringankan hal ini sedangkan inilah kunci kebahagiaan yang sebenar. Apabila masing-masing tidak mempunyai kefahaman agama yang sempurna serta keimanan yang mantap, maka tahap kesabaran akan menjadi rapuh dalam menjalani kehidupan yang semakin mencabar. WARKAHKELAPAN : PENYELESAIAN KONFLIK RUMAH TANGGA 160 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


160 161161 � Tidak jelas tentang tanggungjawab Masing-masing pihak baik dari suami atau isteri tidak mempunyai kefahaman yang jelas tentang tugas dan tanggungjawab yang harus dijalankan. Terdapat juga sesetengah yang mengetahui namun tidak mempraktikkannya. Malah yang lebih parah ialah ada yang tidak mahu peduli langsung tentang tanggungjawab tersebut. � Pengurusan masa yang tidak seimbang Pengurusan masa adalah satu elemen penting dalam menjamin kemesraan dan kasih sayang sesama ahli keluarga terus bertahan untuk jangka masa yang panjang. Tambahan pula, tekanan dan juga kos hidup semakin meningkat menyebabkan pengurusan masa harus diberi perhatian yang teliti. Malangnya, sesetengah pasangan tidak memberikan perhatian terhadap hal ini lalu menyebabkan tiada peruntukan masa untuk keluarga. Ini membawa kepada renggangnya hubungan serta timbulnya pelbagai prasangka dan sikap saling curiga-mencurigai. 161 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


162 163 � Tidak merancang kewangan dengan baik Antara faktor lain juga adalah disebabkan tiada perancangan kewangan yang baik dan teratur. Hal ini menjadi bertambah parah apabila pendapatan isi rumah pasangan tersebut berada di paras yang rendah. Ia menjadikan masalah yang pada mulanya kecil semakin lama semakin membesar akhirnya menimbulkan konfik yang membawa perpecahan. Solusi dan Penyelesaiannya Pengantin baru yang dihormati, Saya kemukakan di sini beberapa solusi dan penyelesaiannya apabilaz telah berlaku konfik seperti yang dinyatakan di atas. Antaranya: � Ambillah teladan daripada kes-kes perceraian yang telah berlaku pada keluarga lain. Renung dan ambil iktibar apakah yang menyebabkan berlakunya perceraian tersebut. Ini akan WARKAHKELAPAN : PENYELESAIAN KONFLIK RUMAH TANGGA Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


162 163 membantu pasangan suami isteri lebih arif dalam selok belok perkahwinan. � Sentiasalah membudayakan ilmu serta menambahkan ilmu agama dalam diri masingmasing. Ini akan memberi kefahaman dan meningkatkan keimanan sehingga membawa ketenteraman di dalam jiwa. Selain itu, ia akan membawa kepada kelapangan hidup dan meningkatkan kesabaran dalam menjalani kehidupan seharian. � Apabila timbulnya sesuatu masalah, maka fokus sepenuhnya pada isu dan penyelesaian masalah tersebut. Jangan fokus pada pasangan atau babitkan urusanurusan peribadi yang lain yang tidak mempunyai kaitan dengan masalah tersebut. Hal ini hanya akan menambahkan dan mengusutkan lagi masalah sedia ada. Jangan lari sebaliknya terima dan hadapi konfik dan masalah tersebut bersama-sama. Akhirnya kedua-dua pasangan akan mempelajari perkara baru dan lebih mematangkan perhubungan. Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


164 165 � Suami hendaklah sentiasa menundukkan pandangan dan menjauhkan daripada pandangan yang haram. Hal ini kerana ia boleh membawa kepada perbandingan berlebihlebihan terhadap isterinya dan merendahkan si isteri. � Suami hendaklah juga berakhlak mulia, menjaga penampilan dan sebagainya jika mahu isteri bersikap seperti itu. � Jangan terlalu cemburu buta dan jangan pula terlalu lalai dalam memberikan perhatian pada pasangan. Sebaliknya bersikaplah di tengahtengah antara dua hal tersebut. � Syariat membenarkan suami untuk menggunakan kuasanya jika sekiranya seorang isteri tidak mahu taat, membangkang dan melakukan perkara keji. Ia adalah sebagaimana berikut: Langkah pertama, memberi nasihat dengan baik. Langkah kedua, jika tidak mahu menerima nasihat maka suami boleh melantik orang tengah untuk tujuan mendamaikan sebagaimana frman Allah: WARKAHKELAPAN : PENYELESAIAN KONFLIK RUMAH TANGGA Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


164 165 نِ ف َ وه ُ ُ جر ن َو ْ اه ُ َ وه ظ ُ ُ ِ ن َفع َ ه ش َوزُ ُ ن ُ اف َون ِت ََ ت ُ ل َ َ ...وال ن َ ِ ْه عَلي غوا َ ُْ َ َط ْعنَ ُك ْم َ فَل َ تب ِ ْن أ نۖ َفإ َ وه ُ ب َْال َض ِ اج ِع َو ْ اضُِ ِ َق َاق ت ْم ش ِ ْفُ ِ ْن خ ي َ ا ﴿٤٣ ﴾وإ ً ِ ّ َ ا كب ي ِ عل ل َـه َ ك َان َ َ ن ال َِ لۗإ ً ِي َسب ِر َيدا ُ ِن ي َها إ ِ ْهل َ ِ ْن أ م ً َ و َح َكم ِ ه ِ ْهل َ ِ ْن أ م ً ث َ وا ح َكم ُ ْ َع َ َ فاب ِم ه ِ ْن َي ب يا ً ِ ً َ خب ِيم عل ل َـه َ ك َان َ َ ن ال َِ َۗ إ هم ْنَُ َي ـه ب ل ُ َ فِق ال ِ َُو حا ي ِ ْصَل ً إ Maksudnya: “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencaricari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah “orang tengah” (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua “orang tengah” itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuanNya.” (Surah al-Nisa: 34-35) Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


166 167 Ibn Kathir menyatakan dalam tafsirnya: “Ali bin Abi Talhah mengatakan daripada Ibnu Abbas R.Anhuma: Allah SWT memerintahkan mereka untuk mengutus seorang lelaki yang soleh (dipercayai) daripada pihak keluarga lelaki dan seorang yang sama daripada pihak keluarga wanita. Hal ini untuk meneliti siapa di antara keduanya yang melakukan perkara buruk. Jika suami yang melakukan keburukan, maka mereka dapat melindungi isteri dan membataskan kewajipannya dalam memberi nafkah. Jika isteri yang melakukan keburukan, mereka dapat mengurangkan haknya dari suami dan menahan nafkah yang diberikan kepadanya.” (Lihat  Tafsir al-Quran al-‘Azim, 2/302) � Meskipun Islam memberi kekuasaan bagi lelaki untuk menjatuhkan hukuman kepada isteri, namun Islam juga memberi peringatan keras kepada kaum lelaki agar tidak menyalahgunakan kekuasaan tersebut, dan menghindari seboleh mungkin pukulan. Nabi pernah ditanya,”Apakah hak isteri atas suami?” Maka Baginda SAW bersabda: WARKAHKELAPAN : PENYELESAIAN KONFLIK RUMAH TANGGA 166 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


166 167 ِ َو ْ َت - أ تَسي َِذ ْ ا اكَ ْم َت َ وَت ْكُسَوَها إ ِ َِذ َ ا طع َمَها إ ِ ت ْطع ُ َ ْن أ َ ِل ْ إ جر ُ ْ َ َ ت ِ ْح َ ول تَقب َُ ََ ت ْضِ ِب اْلَو ْجَه َ ول ْ َت - َ ول تَسب ْ اكَ ِ ْت َي ِف ْ الب Maksudnya:“Engkau memberinya makan sebagaimana engkau makan. Engkau memberinya pakaian sebagaimana engkau berpakaian. Jangan memukul bahagian wajah, jangan memburuk-burukkannya dan janganlah kamu memulaukannya (dalam rangka nasihat) kecuali di dalam rumah.” Riwayat Abu Daud (2142), Ibn Majah (1850) dan Ahmad (20013) Itulah tingginya nilai adab dan akhlak yang dikemukakan oleh Baginda SAW. Justeru, marilah samasama kita mengamalkannya jika berlaku konfik ini. 167 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


168 169 Pengantin baru yang dihormati, Cukuplah nasihat saya sekadar itu. Cumanya, saya ingin tekankan, peranan ibu bapa terhadap anak-anak adalah tetap berkekalan sehingga di hujung usia. Mendidik, mengasuh dan mengadabkan anak-anak dengan nilai keluhuran serta akhlak yang mulia menjadi tanggungjawab ibubapa bersama. Seperti kata Pak Hamka: “Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil karena ketka kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirusakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditnggalkan.” Semoga dengan kami noktahkan pesanan di atas menjadi obor pemangkin untuk sama-sama kita mempertahankan institusi rumahtangga dan membinanya sehingga menjadi Baiti Jannati pada realiti yang sebenar. Ameen. WARKAHKELAPAN : PENYELESAIAN KONFLIK RUMAH TANGGA 168 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


168 169 Pengantin baru yang dihormati, Saya berdoa kepada Allah SWT semoga anda diberi keberkatan dalam hidup bersama pasangan yang dikasihi dan dicintai. Makanya, kami ucapkan: ٍ َ ِ ف َ خْي ْنَ ُكم َي ْ َك َ وََجَع ب عَلي َ َارَك َ َ َارَك الَ َ ُ ل َك َ وب ب دَة َ ادَة َو َْالَو َ َ السَع َ ْ ُكم َ َ م عَلي ي ِ ُد َن ي َ يم أ ِ ل ال َ َ العظ َُ ْسأ َ َوأ ََة َ َْح َة وال َحب َوالر Maksudnya: “Semoga Allah memberi keberkatan kepadamu dan keatas kamu (dalam masa senang dan susah), serta semoga kamu berdua disatukan dalam kebaikan. Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung agar mengekalkan kebahagiaan, kasih sayang, rahmat dan mahabbah (cinta) kepada kamu berdua.” 169 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


170 Akhir sekali, kami menutup dengan doa, ٍ َ و ْ اجَعْلنَا ُي َ ْع َ َة أ قر ُ نَا ِ َات ري ذِ ُ َ ْزَو ِ اجنَا َو ْن أ ِ نَ َ ا ه ْب َ لنَا م َ َرب ً ا َام ِم ِ َي إ تق َ م ْلُ ِ ل Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah al-Furqan: 74) Gurumu yang ikhlas, SS Datuk Dr Zulkifi Bin Mohamad al-Bakri Mufi Wilayah Persekutuan | 19 Februari 2018 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


Kisah Teladan: Kebahagiaan dalam Keluarga Hasan al-Banna Keluarga Hasan al-Banna telah dibina atas dasar keimanan yang teguh kepada Allah SWT. Beliau juga menerapkan prinsip tarbiyah dalam pendidikannya terhadap ahli keluarganya. Sebagaimana kejayaan beliau menjalankan misi dakwah dari kampung-kampung sehinggalah ke bandar besar, begitulah juga kejayaan al-Banna dalam membangunkan sebuah keluarga yang istimewa. Tahap pembinaan keluarga oleh Hasan alBanna dimulakan sejak dari pemilihan calon isteri lagi, yang akan menjadi ibu kepada anak-anaknya dan melahirkan penerus keturunannya. Hasan al-Banna 171171 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


172 173 Suatu ketika Ibu Hasan al-Banna telah mengunjungi sebuah keluarga yang dikenali sebagai keluarga al-Sauli. Mereka adalah dari keluarga yang terhormat dan mempunyai kefahaman agama yang baik. Ini menjadikan anak-anak mereka membesar dalam lingkungan agama yang baik akhirnya membentuk keperibadian yang mulia. Walaupun keluarga tersebut adalah sederhana namun mereka berdikari dalam menyelesaikan keperluan malah mereka turut memasak untuk para pekerja yang ada. Lalu ibu al-Banna merasakan bahawa rumah keluarga tersebut adalah rumah orang yang dermawan dan baik hati. Ketika itu, ibunya mendengar suara wanita mengalunkan bacaan al-Quran yang sangat baik. Lalu ibunya bertanya perihal wanita tersebut. Apabila pulang ke rumah, ibunya lalu menceritakan kepada al-Banna tentang keluarga dan wanita tersebut. Dipendekkan cerita, akhirnya al-Banna menikahi wanita dari keluarga itu. Wanita itulah yang mendampingi al-Banna di saat 172 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


172 173 susah dan senang, sempit dan lapang. Dia juga penolong yang sangat baik dalam dakwahnya sehinggalah al-Banna dipanggil menemui Rabb-nya. Isteri al-Banna sangat membantu dalam dakwah yang digerakkan oleh Hasan al-Banna. Anak perempuan al-Banna yang bernama Tsana menceritakan bahawa ketika mereka berpindah ke kota Kaherah, ayahnya menyewa di sebuah pejabat untuk digunakan sebagai pejabat pusat untuk gerakan dakwah. Ketika itu, ibunya meminta ayahnya membawa semua perabot rumah untuk digunakan di pejabat pusat. Beliau malah meminta ayah agar membawa sebahagian besar perabot rumah agar pejabat tersebut menjadi lebih hidup. 173 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


174 175 Di dalam pendidikan terhadap anak-anak, Hasan alBanna sangat menjaga dan memerhati perkembangan anak-anaknya. Beliau menyediakan satu fail khas bagi setiap anaknya. Di dalamnya terkandung maklumat seperti maklumat-maklumat perubatan anak-anaknya, sijil-sijil pelajaran dengan catatan-catatan berkenaan kemajuan pelajaran mereka. Di dalam mendidik dan menimbulkan perasaan minat terhadap ilmu dan budaya membaca, beliau telah menyediakan satu perpustakaan khas untuk anaknya, Saiful Islam. Al-Banna tidak menetapkan larangan kepada anaknya itu dalam membaca apa-apa jenis bahan bacaan sebaliknya mendorong kepada bahan yang lebih baik dan berkualiti untuk dibaca. Hasan al-Banna juga adalah seorang yang sangat pemurah kepada anak-anaknya. Beliau memberikan wang saku kepada mereka sebanyak 3 Qurusy berbanding ibubapa lain yang kebanyakannya memberikan suku atau setengah Qurusy kepada anakanak mereka. Di dalam menghukum anak-anak mereka sekiranya melakukan kesalahan, 174 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


174 175 hukuman terberat yang pernah diberi hanyalah dengan mencubit telinga. Al-Banna juga berusaha mengenali setiap kaum keluarga isterinya. Beliau pernah mengejutkan isterinya apabila menziarahi seorang yang telah terputus hubungan dengan isterinya disebabkan hubungan yang jauh. Ringkasan Kaedah Pendidikan Anak-Anak oleh Hasan al-Banna � Beliau amat teiliti terhadap perkembangan anak-anaknya. Beliau mencatit setiap perkara berkaitan anak-anaknya seperti tarikh lahir, jadual pemberian ubat dan makanan, surat keterangan doktor, keterangan tentang sakit anak secara terperinci, prestasi sekolah anakanak dan sebagainya. � Beliau menekankan budaya ilmu terhadap anakanaknya. Oleh itu, dibuat perpustakaan khusus dan wang bulanan untuk membeli buku turut diberikan. � Beliau melatih anak-anaknya berinfaq di jalan 175 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


176 177 Allah SWT dengan cara sentiasa memberikan wang khusus pada hari Jumaat untuk diinfaqkan. Untuk memastikan anaknya benar-benar melakukan, beliau mengirim orang untuk memperhatikan adakah anaknya tersebut menginfaqkan wang itu. � Beliau sentiasa berusaha meluangkan masa untuk makan bersama anak-anaknya di rumah. � Beliau sentiasa mencari masa-masa kosong agar dapat menemani anak-anaknya bercuti. Sekiranya terlalu sibuk, beliau akan berusaha mencari gantian masa lain khas untuk membawa keluarganya bercuti. � Beliau tidak pernah meninggikan suara terhadap anak-anaknya. 176 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


176 177 � Beliau tidak membawa pulang beban kerja yang dilakukannya di luar ke dalam rumah. � Beliau memperuntukkan sejumlah wang kepada anak-anaknya secara harian, mingguan dan bulanan. � Beliau mempunyai catatan sendiri tentang keperluan bulanan rumah mereka. 177 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


178 179 MUTIARAKATA Kami kemukakan di sini beberapa mutiara kata berkaitan pendidikan keluarga dalam mencapai kebahagiaan: Ajarkanlah al-Quran kepada anak-anakmu, maka al-Quran akan mengajarkan segalanya kepada mereka. Jangan membesarkan anak-anak supaya mereka menghasilkan rezeki untukmu. Akan tetapi besarkan mereka untuk beribadah kepada Allah, maka rezeki pun akan datang mengikuti.  Bukan apa yang kamu tinggalkan untuk anakanakmu, melainkan apa yang kamu tinggalkan dalam diri anak-anakmu. Jangan mendidik anak untuk menjadi kaya, namun didiklah ia agar menjadi seseorang yang bahagia. Jadi, ketika anak tumbuh dewasa, ia akan menghargai nilai suatu benda berbanding harganya. Seorang anak akan mengikuti contoh darimu, bukan nasihatmu. 178 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


178 179 7 PERKARA BA GI MERAIH HUBUNGAN KELUARGA YANG ERAT � Melakukan solat jemaah bersama � Amalkan makan bersama dengan ahli keluarga � Menyambut dan meraikan kejayaan ahli keluarga yang lain � Sentiasa berkomunikasi dan bertanya khabar � Lakukan aktiviti riadah atau rehlah bersama � Berkongsi masalah dan cerita sesama ahli keluarga � Mengadakan aktiviti seperti gotong royong membersihkan rumah 179 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


180 181 K ami tutup buku Warkah Buat Pengantin ini dengan isu yang telah kami angkat dalam Bayan Linnas berkaitan Bahagia: Hakikat dan Cara Kita Meraihnya. Kami merasa terpanggil untuk membincangkan dengan lebih khusus berkaitan kebahagiaan yang sering dinyatakan dan diwar-warkan oleh pelbagai pihak. Tetapi hakikatnya, ia seolah-olah hilang dan tidak muncul dalam kehidupan seseorang. Ada pula yang menyangkakan sebuah kerjaya, amalan, tingkahlaku yang dilakukan itu boleh membawa kebahagiaan sedangkan ia bercanggah dengan agama. Justeru, kami nyatakan, bukanlah bahagia kalau kita berada dan bergelumang dalam maksiat, tetapi bahagia yang hakiki tatkala kita dapat menempatkan diri kita dalam ketaatan kepada Allah SWT. Semoga kebahagiaan benar-benar singgah dan bertapak dalam diari kehidupan kita. Amin. Penyelesaian Konflik Rumah Tangga WARKAHKESEMBILAN Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


180 181 Takrif Kebahagiaan Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud bahagia ialah suasana senang dan aman, aman damai serta gembira. Teringat saya kepada kisah seorang perempuan yang dikurniakan pelbagai kelebihan, tetapi akhirnya merasakan takwa dan mengabdikan kepada Allah adalah puncak kebahagiaan seperti katanya: ٍ ادَة َ ْ جَع مال َ ى السَع َ َر َ ت أ َول ْس ُ يد ُ ِ َ السع هَو ُ ي َ ِ التق َ ن َ ِ لك َوَ “Dan aku tidak melihat kebahagiaan hakiki dengan himpunan harta Tetapi orang yang bertakwa itulah sebenarnya orang bahagia”49 49. Syair ini dinisbahkan kepada al-Hati’ah iaitu Jarwal bin Aus bin Malik al-’Absi Abu Mulaikah, penyair Mukhadram yang hidup pada zaman Jahiliyyah dan Islam. Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


182 183 Pendapat Tokoh tentang Kebahagiaan Kami kemukakan di sini beberapa pandangan tokoh berkaitan maksud bahagia, antaranya: k Imam al-Ghazali berkata: Bahagia ialah ketika mana manusia berada dalam satu puncak ketakwaan. Ia merupakan kenikmatan daripada Allah SWT. (Lihat Ihya’ Ulum al-Din, 3/8) k Aristotles: Bahagia itu ialah suatu kesenangan yang dicapai oleh setiap orang menurut kehendaknya masing-masing. (Lihat al-Insan al-Kamil dalam Da’irah al-Ma’arif al-Islami, hlm.69) k Plato menyebut: Hidup seseorang manusia itu akan menjadi bahagia sekiranya dia mampu menyeimbangkan antara nafsu, kehendak dan akal. k Epicurus menyebut: Kebahagiaan hidup tidak bererti memiliki harta kekayaan yang banyak, melainkan wujud keseimbangan antara kebahagiaan fzikal dengan spiritual. WARKAHKESEMBILAN : PENYELESAIAN KONFLIK RUMAH TANGGA Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


182 183 k Al-Farabi: Kebahagiaan yang sebenar adalah apabila manusia sampai pada tahap kesempurnaan yang ada di akhirat. Menurut al-beliau juga, kebahagiaan merupakan suatu yang dirindui oleh setiap orang kerana ia merupakan kebaikan paling besar di antara segala kebaikan yang ada. (Lihat Kitab Tanbih ‘ala Sabil al-Sa‘adah, hlm. 2) k Ibn Miskawayh turut mengakui bahawa kebahagiaan adalah matlamat tertinggi bagi setiap insan. (Lihat Kitab al-Fawz al-Asghar, hlm. 68) k Ibn Sina: Kebahagiaan yang hakiki akan diperoleh pada hari akhirat kelak. k Ibn Tufail menyebut kebahagiaan yang hakiki ialah kebahagiaan di akhirat saat bertemu dengan Allah dan melihat wajah-Nya. (Lihat Dirasah al-Nafsiyyah ‘inda al-’Ulama’ al-Muslimin oleh Dr. Muhammad ‘Uthman al-Najati) k Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attasmenyebut alsa‘adah pada manusia adalah kemuncak kebahagiaan terakhir iaitu dengan cara menyerahkan diri secara sukarela kepada Islam dengan beriman kepada Allah SWT dan mentaati segala perintah dan laranganNya. Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


184 185 Kebahagiaan mempunyai pertalian dengan dua dimensi kewujuduan iaitu kewujudan di dunia (duniawiyyah) dan di akhirat (ukhrawiyyah). (Lihat Haqiqat al-Sa‘adah wa Ma‘naha f al-Islam, hlm. 19) k Prof. Dr. Hamka dalam bukunya “Tasawuf Moden” menyebut, kebahagiaan itu mempunyai sejumlah kaedah dan pengalaman seseorang. Begitu juga ramai lagi tokoh yang mengungkapkan kalimah sa’adah atau kebahagiaan mengikut neraca hati dan makrifah mereka. WARKAHKESEMBILAN : PENYELESAIAN KONFLIK RUMAH TANGGA 184 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


184 185 Hakikat Kebahagiaan dari Kitab La Tahzan Kami nukilkan di sini, tulisan yang cukup menarik oleh Dr. Aidh al-Qarani melalui bukunya La Tahzan. Abdullah bin Umar R.Anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: ِ ٍ يل ُ َ سب عابِر ْو َ َ يب، أ ٌ ن َك َ غِر َ َ َ َ ا كأ ُك ْنِ ف ُ الدْني Maksudnya: “Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau musafr.”50 Riwayat al-Bukhari (6416), Ibn Majah (4114) dan al-Tirmizi (2333) 50. Insan yang mengetahui hakikat kehidupan akan menjadikan dunia ini sebagai tempat persinggahan sementara sebelum tiba di destinasi abadi. Mereka menjadikan dunia ini hanya sebagai wasilah (penghubung) dan bukannya ghayah (tujuan utama). Dengan menjadikan dunia ini sebagai wasilah, maka dunia ini akan berada di dalam genggamannya dan bukan di dalam hatinya. Kehidupan ini juga umpama orang yang asing, jauh dari tempat asalnya. Dia akan sentiasa merindui tempat asalnya iaitu di sisi Allah SWT. Maka, dia tidak akan selesa dan tenteram dalam kehidupan yang sedia ada ini meskipun dikurniakan dengan usia yang panjang, harta kekayaan dan anak-pinak kerana dia tahu bahawa dunia ini tidak akan kekal selama-lamanya. (Lihat kitab kami, al-Ka! Syarah Hadis 40, hlm. 378-379) Al-Imam Hasan al-Basri Rahimahullah pernah berkata: “Seorang mukmin ibarat orang asing. Tidak merasa sedih dengan sedikitnya kekayaan di dunia, dan tidak berebut untuk mendapatkannya. Dia sibuk dengan urusannya, ketika orang lain sibuk dengan urusan masing-masing.” Al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimuhallah juga pernah berkata: “Ketika mana Allah SWT menciptakan Adam AS dan isterinya, mereka tinggal di syurga kemudian Allah keluarkan mereka dan berjanji akan pulang semula (ke syurga) bersama keturunannya yang soleh. Maka seorang mukmin itu pasti merindui tempat asalnya (iaitu syurga) dan perasaan cintakan tempat asal adalah sebahagian daripada iman.” (Lihat Jami’ al-Ulum wa al-Hikam, 2/379) 185 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


186 187 Kebahagiaan itu bukan pada istana Abdul Malik bin Marwan51, bukan pula pada pasukan Harun al-Rasyid52, bukan pada rumah mewah al-Jassas, bukan pula pada harta simpanan Qarun53. Kebahagiaan juga bukan pada kitab al-Syifa’ karya Ibnu Sina, bukan pula pada diwan (himpunan syair-syair) al-Mutanabbi, dan bukan pula pada taman-taman Cordova54 atau kebun-kebun lainnya. Kebahagiaan itu menurut para sahabat adalah sesuatu yang tidak banyak menyibukkan, kehidupan yang sangat sederhana dan rendah daya belinya. 51. Khalifah Abdul Malik bin Marwan dilahirkan pada tahun 26 Hijrah (646 Masihi). Beliau merupakan khalifah Bani Umayyah yang kelima yang memerintah dari tahun 685 - 705 Masihi (65 – 86 H). 52. Khalifah Harun al-Rasyid lahir di Rayy pada tahun 766 dan wafat pada tanggal 23 Mac 809, di Tus, Khurasan. Harun al-Rasyid ialah khalifah kelima daripada Bani Abbasiyyah dan memerintah antara tahun 786 hingga 803 Masihi. 53. Qarun hidup pada zaman Nabi Musa AS. Dia telah dibukakan oleh Allah SWT pintu-pintu kekayaan yang luar biasa seperti emas, perak dan pelbagai harta lain. Namun, dia bersikap tamak dan angkuh sehingga akhirnya dia ditimpa azab dan ditelan bumi beserta seluruh harta kekayaannya. 54. Cordoba, juga dikenali sebagai Cordova (Bahasa Arab : قرطبة ,(ialah ibu kota serta bandar raya wilayah Cordoba, Andalusia, selatan Sepanyol. Pada hari ini, bandar raya moden yang mempunyai saiz yang sederhana ini mengandungi banyak peringatan seni bina yang menarik tentang zaman ketika Cordoba merupakan sebuah ibu kota yang berkembang maju di bawah Khilafah Cordoba yang memerintah hampir seluruh Semenanjung Iberia. Dianggarkan bahawa Cordoba didiami sehingga 500,000 orang ketika itu, dan merupakan bandar raya yang kedua terbesar di dunia pada abad ke-10, selepas Byzantium. WARKAHKESEMBILAN : PENYELESAIAN KONFLIK RUMAH TANGGA Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


186 187 Kebahagiaan ada pada Ibn al-Musayyib55 dengan ilahiyat (ketauhidan)nya, Imam al-Bukhari dengan kitab Sahihnya, Hasan al-Basri56 dengan sifat kejujurannya, Imam al-Syaf’e dengan kesimpulan hukumnya, Imam Malik dengan sikap muraqabah (merasa sentiasa dalam pengawasan Allah), Imam Ahmad dengan sikap wara’nya dan Thabit al-Bunaniy57 dengan ibadahnya. Firman Allah SWT: ةِ ف ٌ ب َ وَل َْ مَم َص ٌ ٌ َ وَل َ ن َص ه ْم َ ظَمأ ُ يب ُ ِ ص ُ ُ ْم َ ل ي ن َ َ ِ َك بِأ ذل َٰ ال َون َنَ ُ ف َار َ وَل ي َ يظ ْال ُك ُ ِ َغ ئا ي ً ِ َ ْوط ئ َون م َ َطُ َ وَل ي ِ اللـه َ ِ ِ يل َسب ح ٌ ِ ل َ صال ٌ عَم َ ِ لم بِه َُ َب ِ ل ُ كت َِ ل إ ً ْ ني َ و دّ ُ ع ْن َ ِ م 55. Said bin al-Musayyib merupakan salah seorang dari tokoh Tabi’in yang agung. Beliau ialah seorang yang mempunyai sifat keperibadian yang sangat baik, berpuasa pada waktu siang, berqiamullail pada waktu malam. Beliau disebut telah mengerjakan ibadat Haji lebih daripada empat puluh kali, tidak pernah ketinggalan daripada takbir pertama (takbirat al-ihram) di dalam sembahyang selama empat puluh tahun, dan sentiasa berada di saf pertama. 56. Hasan al-Basri dilahirkan di Madinah semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab pada tahun 21 Hijrah (642 Masihi). Beliau pernah berguru dengan beberapa orang sahabat Rasulullah SAW sehingga muncul sebagai ulama’ terkemuka dalam peradaban Islam. 57. $abit al-Bunani merupakan seorang tabi’in dan muhaddith yang thiqah. Beliau menetap di Basrah. Beliau cintakan al-Quran dan sentiasa membacanya pada waktu siang dan malam. $abit melazimi amalan berpuasa serta berguru dengan Anas bin Malik R.A hampir empat puluh tahun. Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


188 189 Maksudnya: Yang demikian kerana sesungguhnya (tiaptiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafr; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh - melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang soleh. Surah al-Taubah (120) Kebahagiaan itu bukan berupa cek yang dapat ditunaikan, bukan berupa kenderaan yang dapat diperjualbelikan, bukan berupa bunga yang dapat dicium bau yang semerbak harumnya, bukan berupa gandum yang dapat ditumbuk dan bukan pula berupa kain yang dapat dibentangkan. Kebahagiaan itu adalah keriangan hati kerana kebenaran yang dijalaninya, adalah kelapangan dada kerana prinsip yang diyakininya dan adalah ketenangan hati kerana kebaikan yang dimilikinya. WARKAHKESEMBILAN : PENYELESAIAN KONFLIK RUMAH TANGGA Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


188 189 Anggapan kita, apabila kita memiliki banyak harta kemewahan dalam rumah, berlimpah segala sesuatunya serta dipenuhi semua bentuk kemudahan dan hal-hal yang disukai dan yang diminati, kita akan bahagia, senang, gembira dan hidup kaya. Akan tetapi, semua itu justeru menjadi sebab jiwa resah, tertekan dan hanya menambah masalah sahaja. Kerana bagaimanapun segala sesuatu itu pasti membawa keresahan, kesusahan dan kos yang mesti dibayar untuk mendapatkannya. Firman Allah SWT: َ َة ه ْم َ زْهر ُْ ِن ً اجا م َ ْزَو ِ أ ت ْعنَا بِه ََ َا م م ٰ َِل ْ َك إ ْنَي عي ن َ َ د َُ َوَل َ ت ِ ِيه ه ْم ف نَُ ِ نَْفت ِ َا ل ِ ُ الدْني َاة ا َْلي Maksudnya: Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafr itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal. Surah Taha (131) Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


190 191 Seorang tokoh pembaharuan yang agung, Rasulullah SAW ternyata hidup dalam kefakiran, sering membolakbalikkan tubuhnya di tempat tidur kerana kelaparan disebabkan tidak ada sebiji kurma pun yang Baginda SAW dapati untuk menahan kelaparannya. Sekalipun demikian, Baginda hidup bahagia, tidak mempunyai banyak tekanan dan jiwanya damai dan tiada yang mengetahuinya selain Allah SWT. Firman-Nya: َ َك َ َنق َض َ ظْهر ِي أ َ ﴿٢ ﴾الذ ِ ْزَرَك ا ع َ نك و َوَو َض ْعنَ َ Maksudnya: Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) - (2) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?58 Surah al-Syarh (2-3) 58. Al-Maraghi berkata: Kami telah lepaskan bebanan beratmu dalam mengembangkan risalah sehingga engkau dapat menyampaikannya dengan baik dan mudah serta engkau menjadi redha dan diliputi ketenangan, sekalipun engkau diterima dengan penghinaan oleh orang yang engkau dakwahkan. Ibaratnya seorang ayah yang berasa puas terhadap usaha dan perhatian yang diberikannya kepada anak-anaknya. Segala derita yang bagaimana pun beratnya dirasakan ringan kerana dorongan cinta kasih dan harapan untuk menyerikan kehidupan mereka yang lapang. Dia sanggup memikul segala kesulitan dengan rasa penuh redha untuk memelihara dan membebaskan mereka. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 15/7630) WARKAHKESEMBILAN : PENYELESAIAN KONFLIK RUMAH TANGGA Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


190 191 Firman-Nya: ً ِيم عظ ْ َك َ عَلي َ ِ اللـه َ ل ُ َو َك َان َ ف ْض Maksudnya: Dan adalah kurnia Allah yang dilimpahkanNya kepada mu amatlah besar.59 Surah al-Nisa’ (113) Firman-Nya: ه ُ ت َس َالَ ِ ل ر ُ ْ َع ث َ ي ُ ْ م َ حي َ ْعَلُ ـه أ الل ُ َ Maksudnya: Allah lebih mengetahui di mana (dan kepada siapakah yang sepatutnya) Ia berikan jawatan Rasul (dan wahyu) yang diberikanNya itu.60 Surah al-An’am (124) 59. Sayyid Qutb berkata: Itulah nikmat yang dibangkitkan oleh Allah SWT kepada manusia di muka bumi ini. Itulah nikmat yang menjadikan manusia lahir bersamanya dengan satu kelahiran yang baru dan wujud dengannya sebagaimana ia wujud bagi pertama kalinya dengan tiupan roh yang pertama dari Allah. Itulah nikmat yang telah memungut umat manusia dari kaki bukit Jahiliyyah untuk membawa mereka naik ke kemuncaknya melalui sistem hidup Rabbani yang unik dan mengkagumkan. Itulah nikmat yang tidak diketahui nilainya melainkan oleh orang-orang yang telah mengenal hakikat Islam dan hakikat Jahiliyyah – sama ada jahiliyyah masa silam atau jahiliyyah masa kini – dan mengecap Islam dan mengecapi Jahiliyyah. (Lihat Fi Zilal al-Quran, 3/580) 60. Al-Sobuni berkata: Allah Maha Mengetahui siapakah yang paling layak untuk diberi risalah kerasulan dan melaksanakannya mengikut pilihan-Nya dan dia adalah Muhammad SAW, bukan pemimpin atau pembesar Mekah seperti Abu Jahal, alWalid bin al-Mughirah. (Lihat Sofwah al-Tafasir, 1/385) Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


192 193 Dalam sebuah hadis daripada Nawwas bin Sam’an R.A, Nabi SAW bersabda: َا م م لِق َ وا ِلْثُ ُ ال ُْ ن ح ْسُ ُ ُ ْالِب َ ْن ِ َك َ و َكِرْه َت أ َح َ اك ِ ف َ صْدر ِ النَ ُ اس ْه عَلي َع َ ِ طل َ َ ي Maksudnya: “Kebaikan adalah dengan berakhlak yang mulia. Sedangkan dosa adalah sesuatu yang menggelisahkan hatimu. (Ketika dosa tersebut dilakukan), tentu engkau tidak suka hal itu nampak di tengah-tengah manusia.”61 Riwayat Muslim (2553) 61. Yang dimaksudkan dengan berakhlak baik iaitu jujur dalam bermuamalah, santun dalam berusaha, adil dalam menghukum, bersungguh-sungguh dalam melakukan kebajikan. Kadang-kadang dikhususkan berbuat kebajikan itu kepada kedua ibu bapa, tetapi seringkali kebajikan disebut sebagai berbuat kebajikan kepada seluruh makhluk. Di dalam hadis Bahz dan Hakim daripada ayahnya daripada datuknya bahawa beliau berkata, yang bermaksud: “Wahai Rasulullah! Kepada siapakah sepatutnya aku berbuat kebajikan?” Jawab Baginda SAW: “Ibumu.” Kemudian beliau bertanya lagi: “Kemudian kepada siapa lagi”, jawab Baginda: “Bapamu”, Beliau bertanya lagi: “Kemudian kepada siapa lagi”, jawab Baginda: “Kemudian kepada yang paling dekat dan seterusnya.” (Lihat kitab kami, al-Ka! Syarah Hadis 40, hlm. 254) WARKAHKESEMBILAN : PENYELESAIAN KONFLIK RUMAH TANGGA Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


192 193 Dalam sebuah hadis lain, Nabi SAW bersabda: َ َ ا ح َ اكِ ف النَْف ِس م م س َ و ِْ الْثُ ِ النَْف ُ ْه لي َِ ن ْت إ َ َ َ ْ ا اطَمأ م ُ ْالِب ِ دَدِ ف َ الصْدر َ َ َوَتر Maksudnya: Kebaikan ialah apa yang membuatkan jiwa tenang. Manakala dosa adalah yang membuat jiwamu gelisah dan ragu-ragu di hatimu. Riwayat Ahmad (18006) Jelasnya, orang yang berbuat baik akan selalu tenang; sedangkan orang yang berdosa selalu dirundung oleh rasa curiga terhadap semua peristiwa, semua aktiviti dan sikap yang terjadi. Firman-Nya: ِ ْم ْه عَلي َ ٍ ْ َحة ل َ صي َ ُ ك ب َون ْ َسُ َي Maksudnya: Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Surah al-Muna!qun (4) Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


194 195 Penyebabnya tiada lain kerana mereka melakukan kesalahan. Sesungguhnya orang yang melakukan kesalahan pasti merasa khuatir, curiga, goyah dan selalu dirundung oleh rasa takut. Jalan keluar bagi orang yang ingin bahagia ialah hendaklah dia selalu melakukan kebaikan dan menjauhi segala keburukan agar dirinya diliputi oleh rasa aman. Firman-Nya: ن ُ ْ َم م ْ ال لُ َُ ِ َك ُ َولـٰئ ظْل ٍم أ م بِ ُ ُ َ َن ِيم ُسوا إ ِ َ ْلب ْ ي ُ َ وا وَل َن ِ َ ين آم الذ َ د َون ُ ت ُ ْهَ هم م ُ َو Maksudnya: Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.62 Surah al-An’am (82) 62. Syeikh al-Maraghi berkata: Dimaksudkan dengan al-zulmu di sini adalah sesuatu yang mencampurkan keimanan seseorang kepada Allah SWT sehingga keimanan itu berkurangan, iaitu syirik di dalam aqidah atau ibadah. Umpamanya menjadikan penolong selain Allah SWT, yang bersama-sama dengan-Nya – atau tanpa Dia – ia dimohon pertolongan. Maka, ia diagungkan seperti Dia diagungkan dan dicintai seperti Dia dicintai kerana berkeyakinan bahawa ia berkuasa untuk mendatangkan manfaat atau kemudaratan dengan sendirinya, atau dengan pengaruh terhadap kehendak dan kekuasaan Allah SWT. Jadi, yang dimaksudkan di sini bukan kezalimanmanusia terhadap dirinya sendiri kerana melakukan sebahagian kemudaratan, atau meninggalkan sebahagian manfaat, lantaran tidak tahu atau WARKAHKESEMBILAN : PENYELESAIAN KONFLIK RUMAH TANGGA Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


194 195 Seorang penunggang kuda memacu kudanya dengan kencang sehingga debu berterbangan di atas kepalanya mencari Sa’ad bin Abi Waqqas. Ketika itu Sa’ad sedang mendirikan khemahnya di tengah-tengah padang pasir, jauh dari hingar-bingar dan jauh dari perhatian orang ramai. Di dalam khemah itu, dia sendiri jauh dari keluarganya, hanya ditemani beberapa ekor kambing. Si penunggang kuda itu pun mendekati khemah tersebut dan ternyata ia adalah anaknya yang bernama Umar. Lalu si anak itu pun berkata kepada bapanya: “Wahai ayah! orang ramai merebut kekuasaaan, sedangkan ayahanda menggembala ternakan kambing.” Sa’ad menjawab: “Aku berlindung kepada Allah dari keburukan yang kamu bawa. Sesungguhnya aku lebih berhak memegang jawatan khalifah daripada aku hidup dengan selendang yang tergantung di tubuh ini. Namun aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ى َ ِ ى َْ الف َ ِ ى ْ الَغن َ ِ التق َ َْد ب ْ الَعب ُ ِ ن الَ ُ َ ي َِ إ Maksudnya: Sesungguhnya Allah mencintai seorang hamba yang kaya lagi bertaqwa, yang tidak menonjolkan diri.63 Riwayat Muslim (7621) meremehkan. Bukan pula kezaliman terhadap orang lain dengan sebahagian tindakan dan hukumnya. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 4/1912-1913) 63. Imam Nawawi berkata: Dikehendaki dengan kaya di sini adalah kaya jiwa dan inilah kaya yang dicintai oleh Allah. Walaupun begitu, mengikut pandangan al-Qadhi, dikehendaki dengan kaya adalah kaya harta. Dan perkataan al-Kha!y dimaksudkan Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


196 197 Sesungguhnya keselamatan seorang Muslim dengan agamanya lebih penting daripada kerajaan Qaisar Rom mahupun Kisra Parsi. Demikian kerana hanya agamalah yang tetap menyertai kita hinggalah kita menempati syurga yang penuh dengan kenikmatan berbeza dengan kekuasaan dan kedudukan, maka sesungguhnya hal tersebut pasti akan lenyap. Firman Allah SWT: ع َون ُ ْ َج ر ُ ْنَا ي لي َِ َْه َ ا وإ عَلي َ ْن َ ْر َض َ وم َ ث ْ ال ُ نَ نِر ُ ن َا ن ْح َ ِ إ Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang mewarisi bumi dan segala makhluk yang ada di atasnya; dan kepada Kamilah mereka akan dikembalikan. Surah Maryam (40) orang yang memutuskan diri daripada kehidupan semata-mata untuk beribadat dan sentiasa menghitungkan diri. Ada juga berpendapat, bacaan sebenarnya ialah alha!y dengan makna yang sentiasa menyambung hubungan silaturrahim dan amat kasih serta berlembut dengan mereka termasuk terhadap golongan yang dha’if. Tetapi pendapat yang sahih adalah dengan kha!y. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 18/100) WARKAHKESEMBILAN : PENYELESAIAN KONFLIK RUMAH TANGGA Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


196 197 • Sebuah Kisah Renungan Kisah ini diambil dari tulisan Dr. Aidh al-Qarni dalam bukunya bertajuk Siyat al-Qulub. Berikut kisah yang beliau nukilkan dalam buku tersebut: Pada suatu hari, Putera ‘Ali – salah seorang daripada putera Khalifah al-Ma’mun – berdiri sambil melontarkan pandangannya ke luar istana memerhatikan pasar kota Baghdad. Dia sedang berada di puncak istana yang megah; makanannya lazat, kenderaannya empuk dan hidupnya menyenangkan. Dia memakai pakaian yang cantik lagi indah dan menikmati makanan yang paling lazat. Sepanjang hidupnya dia tidak pernah merasa apa yang dinamakan lapar dan tidak pernah merasa haus. Dahinya juga tidak pernah terkena pancaran sinar matahari. Dia memandang ke arah orang-orang yang lalu lalang di pasar. Pandangan putera mahkota terhala kepada seorang lelaki daripada sekian banyak manusia yang dilihatnya. Lelaki itu bekerja sebagai kuli yang bekerja mengangkat barang-barang orang lain dengan diberi upah. Pada diri lelaki tersebut terpancar tanda kesolehan dan ahli ibadah. Barang yang dipikulnya diletakkan di atas belakangnya. Dia memikul barang-barang tersebut dari satu kedai ke kedai yang lain, dari satu tempat ke tempat yang lain. 197 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


Putera mahkota tersebut, dari atas istana memperhatikan tingkahlaku dan aktiviti yang dilakukannya di pasar itu. Apabila waktu Dhuha telah mencapai pertengahannya, tukang pikul ini lalu meninggalkan pasar dan pergi menuju ke tepi sungai Tigris, lalu mengambil air wudhuk dan menunaikan solat dua rakaat. Kemudian dia mengangkat kedua tangannya berdoa kepada Allah SWT. “Maha Suci Allah yang dapat dihubungi oleh orangorang fakir miskin. Maha Suci Allah yang berlindung kepada-Nya orang-orang yang teraniaya dan orangorang yang tertindas. Maha Suci Allah yang dikenal oleh orang-orang yang sederhana dan terhalang dari kebanyakan orangorang kaya dan orangorang yang terpandang.” Apabila tukang pikul ini selesai solat Dhuha, dia kembali bekerja sehingga menjelang waktu Solat Zohor. Kemudian dia membeli roti berharga satu dirham, lalu roti itu dibawanya ke tepi sungai Tigris. Roti itu kemudian dibasahkan dengan air terlebih dahulu, barulah dia makan dan minum. Setelah selesai makan, dia mengambil air wudhuk untuk solat Zohor dan kemudian berdoa, menangis dan mengadu kepada Allah SWT. Kemudian dia tidur sejenak. WARKAHKESEMBILAN : KISAH RENUNGAN 198 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


Setelah itu, dia bangun, lalu turun ke pasar dan bekerja lagi dengan b e r s u n g g u h - s u n g g u h . Selesai semuanya itu, dia membeli roti lalu pulang ke rumahnya. Pada hari yang kedua, dia kembali melakukan kegiatan rutinnya seperti biasa tanpa ada perubahan. Hal yang sama dia lakukan pula pada hari yang ketiga, hari yang keempat sehingga beberapa hari berikutnya. Akhirnya, putera mahkota itu pun menyuruh salah seorang pengawalnya untuk memanggil tukang pikul itu, kerana dia ingin bercakap dengannya di istana. Pengawal itu lalu pergi untuk memanggil tukang pikul tersebut. Apabila melihat kedatangan pengawal kerajaan itu, tukang pikul berkata kepada dirinya sendiri, “Ada urusan apakah tentang Bani Abbas ini datang kepadaku? Aku rasa aku tiada urusan dengan khalifah.” Mereka berkata, “Putera khalifah memerintahkan kepadamu untuk datang menghadap beliau sekarang juga.” Seketika terlintaslah dalam fkiran si miskin ini bahawa putera khalifah pasti akan bertanya dan menghukum dirinya. Disebabkan itu, dia ِ ُيل”,berkata ْعَم ْ الَوك ِ بنَا الَ َ ُ ون “َح ْسُ (Cukuplah Allah menjadi pelindung kami, dan Dia adalah sebaik-baik penolong). Kalimat ini adalah senjata orang-orang miskin, orang-orang yang 199 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


tertindas, dan orangorang yang teraniaya serta orang-orang yang lemah, namun dapat meruntuhkan keangkuhan orang-orang yang melampaui batas, dapat merobekkan jerejak besi, dan dapat meruntuhkan benteng yang kukuh. Nabi Ibrahim AS ketika ditangkap, sedangkan api telah menyala dengan hebatnya, lalu mereka melemparkannya ke dalam kemarakan api itu, dia mengeluarkan senjatanya ْعَم, ,berdoa dan ِ ُنَا الُّ َون ” َح ْسب يُل ِ Allah Cukuplahْ “ (الَوك menjadi pelindung kami, dan Dia adalah sebaik-baik penolong). Maka ketika itu juga Ibrahim AS sdengan nikmat daripada Allah dan kurniaan-Nya selamat daripada api tanpa terbakar walaupun sedikit pada badannya. Orang miskin ini masuk menemui putera khalifah yang bernama Ali bin alMa’mun dan mengucapkan salam kepadanya. Beliau bertanya kepadanya, “Adakah kamu kenal diriku?” Dia menjawab, “Aku belum pernah melihat tuan, tetapi aku mengenal tuan.” “Aku adalah anak khalifah,” jawab Ali. “Orang ramai menyebut demikian,” jawab si miskin bersahaja. “Apa pekerjaanmu?” tanya Ali. “Aku bekerja bersama hamba-hamba Allah di negeri Allah,” jawab si miskin. WARKAHKESEMBILAN : KISAH RENUNGAN 200 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


Click to View FlipBook Version