The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Warkah Buat Pengantin - Maktabah Al Bakri

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Aiman Mohamad Rafee, 2023-03-01 22:53:23

Warkah Buat Pengantin - Maktabah Al Bakri

Warkah Buat Pengantin - Maktabah Al Bakri

100 101 “Anak-anak yang dikenalkan kepada Allah SWT sejak kecil, akan tahu kepada siapa hendak bengantung dan bagaimana untuk meminta pertolongan daripada Allah SWT ketika menghadapi kesulitan hidup.” 101 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


Kisah Teladan: Kasih Kakak Berkorban untuk Adik Leukemia P uan Salmah Yaakob adalah seorang kakak yang sanggup melakukan apa sahaja untuk adiknya, Muhamad Fauzi yang telah disahkan menghidap leukemia semenjak April 2017. Kasih sayang yang kuat dalam jiwanya membuatkan dirinya sanggup untuk ‘menyalurkan’ sel stemnya kepada adiknya. Suami kepada Puan Salmah, Zaiham Mohd Kahar menceritakan pada 20 November 2017, dia membawa isterinya untuk ke ‘Blood Bank’ PPUM untuk meneruskan prosedur ‘derma organ’ iaitu sel stem yang telah di ‘harvest’ dalam darahnya. Proses untuk ‘harvest stemcell’ tersebut mengambil masa empat hari. Setiap hari dua kali 9.30 pagi dan 9.30 malam perlu disuntik ubat khas yang dibekalkan oleh PPUM. Ada kalanya suntikan di bahagian tangan dan ada masanya di bahagian perut. Suntikan khas ini memberi sedikit kesan sampingan kepada Salmah seperti demam, pening kepala, sudah nak tidur, sakit di bahagian belakang seperti orang mengandung. Menurut doktor pakar itu adalah perkara biasa yang berlaku. 102 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


Proses yang dilakukan juga agak rumit kerana Salmah mempunyai sedikit masalah ketika mahu memastikan bahagian uratnya. Proses mengambil darah tersebut menjadikan tangan kiri dan kanan dipenuhi jarum. Kesemua perkara tersebut bukanlah mudah untuk dilakukan. Namun mengenangkan adik yang menghidap penyakit leukemia, seorang kakak sanggup melakukan apa sahaja buat darah dagingnya. Inilah kisah pengorbanan yang wajar dicontohi. Hatta nyawa menjadi galang gantinya, apa sahaja sanggup dilakukan. Itulah kasih sayang Salmah Yaakob buat adiknya tersayang, Muhamad Fauzi.47 47. Kisah ini diolah dari artikel bertajuk Pengorbanan seorang kakak buat adik hidap leukemia yang telah diterbitkan di portal Sinar Online pada 20 November 2017. Diakses pada 1 Februari 2018 dari www.sinarharian.com.my 103103 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


MUTIARAKATA Kami kemukakan di sini beberapa mutiara kata berkaitan hubungan dua orang saudara: Dua orang bersaudara itu adalah seperti bunga yang berbeza dari taman yang sama. Saudaramu adalah satu-satunya orang yang tahu bagaimana rasanya dibesarkan seperti dirimu. Berbuat baiklah pada saudaramu. Mereka adalah hubungan terbaikmu di masa lalu dan akan selalu bersamamu di masa depan. Semua orang dilahirkan tidak sempurna. Tetapi menurutku kau sudah terlahir sempurna sebagai seorang abang. Segalanya dalam dirimu sudah memberikan rasa damai kepadaku dengan perbuatan mahupun perkataan yang memberi rasa percaya diri dan membangun. Jangan menyerah untuk tetap berada disampingku. 104 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


7 PERKARA BA GI MERAIH RAHMAT ALLAH � Melakukan ibadah kepada-Nya dengan penuh ihsan dan sempurna � Bertakwa kepada Allah dengan melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya � Mengasihi makluk-Nya baik manusia, binatang mahupun tumbuhan. � Mendirikan solat, menunaikan zakat dan melaksanakan segala kewajipannya � Berdoa dan bermohon kepada-Nya dengan penuh kesungguhan � Membaca, merenung dan mentadabbur isi al-Quran � Memperbanyakkan istighfar dan memohon keampunan daripada-Nya. 105 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


106 107 P ada hari ini, 17 Februari 2018, saya dan isteri serta rakan-rakan daripada Pustaka Cahaya Kasturi (PCK) dan Sumber Hukamak (SOHO) telah datang bertandang ke rumah murid kami, Maisarah binti Ibrahim yang melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya di Kelantan. Dengan rasa penuh kesyukuran dan kegembiraan kami menapak kaki dari nun jauh KLIA menuju ke Kota Bharu seterusnya ke rumah pengantin. Sudah menjadi kelaziman setiap kali murid-muridku menuju ke gerbang perkahwinan, maka saya catatkan sedikit nota ringkas sebagai satu pesanan kepada bakal pengantin untuk menjadi sedikit tips dan petua ketika melayari bahtera perkahwinan. Makanya pada kali ini saya tajukkan dengan: Semoga Allah Berkati Perkahwinanmu. Semoga pasangan pengantin dapat melayari bahtera perkahwinan dengan penuh kebahagiaan. Ameen. Semoga Allah Berkati Perkahwinanmu WARKAHKEENAM Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


106 107 Memaknakan Keberkatan Sudah barang tentu setiap pasangan mendambakan keberkatan dalam perkahwinan. Justeru, kami nyatakan di sini berkenaan dengan makna berkat. Walaupun sudah kami bincangkan dalam warkah sebelum ini tetapi kami tertarik pada ayat 1 Surah al-Isra’ yang membincangkan berkenaan keberkatan. Tafsiran Ayat 1 Surah al-Isra’ (هُل َ َار ْكنَ َ ا حْوَ ِي ب (َالذ Ayat perihal Isra’ Rasulullah SAW dirakamkan dalam nas Ilahi pada ayat pertama. Kami merujuk kepada banyak tafsir untuk menekuni maksud dan syarahan ayat di atas. Antaranya: � Ibnu Jarir al-Tabari berkata: “Yang kami jadikan sekelilingnya keberkatan bagi penduduknya dalam kehidupan, makan, minum dan hasil mahsul tanaman dengan kebun-kebun mereka.” (Lihat Jami’ al-Bayan, 8/12) Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


108 109 � Mujahid berkata dinamakannya dengan mubarak atau yang diberkati kerana ia merupakan tempat kediaman para nabi dan padanya malaikat turun dan juga wahyu dan padanya satu batu (sakhrah). Dan daripadanya manusia dikumpulkan pada hari kiamat.” (Lihat Tafsir al-Tha’labi, 1/1315) � Ibnu Kathir berkata: “Kami jadikan sekelilingnya dengan keberkatan pada tanam-tanaman dan buah-buahan.” (Lihat Tafsir al-Quran al-Azhim, 3/5) � Al-Qurtubi berkata: “Terdapat banyak maksud dan tafsiran berkenaan ayat di atas antaranya: • Dengan buah-buahan dan pengairan sungai. • Dengan siapa yang dikebumikan di sekelilingnya daripada para nabi dan orang soleh. Justeru, dijadikan di sini sebagai tempat yang disucikan. (Lihat al-Jami’ li Ahkam alQuran, 10/212) WARKAHKEENAM : SEMOGA ALLAH BERKATI PERKAHWINANMU 108 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


108 109 � Abu Hayyan berkata: “Yang kami berkati sekelilingnya merupakan sifat pujian bagi menghilangkan sebarang bentuk syarat yang mendatang dan keberkatannya dikhususkan daripada sebarang bentuk kebaikan agama seperti kenabian, syariat dan rasul yang mana mereka berada di kawasan tersebut atau sekitarnya. Begitu juga berkat dunia pula kerana banyaknya tumbuhan pohon kayu, sungai-sungai dan tanahnya yang subur.” (Lihat Tafsir al-Bahr al-Muhit, 7/322) � Ibnu Juzai berkata; “Berkat di sekelilingnya mempunyai dua maksud iaitu: � Keberkatan padanya dan sekitarnya dengan para nabi � Banyaknya buah-buahan dan tanamtanaman yang Allah khususkan di bumi Syam. (Lihat al-Tashil li ‘Ulum al-Tanzil, 1/877) 109 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


110 111 � Syeikh al-Maraghi berkata: “Yang kami berkati penghidupan penduduk di sekelilingnya termasuk makanan, tanaman dan ladang mereka.” (Lihat Tafsir al-Maraghi, 8/3883) � Syeikh al-Khatib al-Syarbini berkata: “Allah sifatkannya kerana mengandungi kebesarannya dan itulah menjadi tumpuan kerana Kami kurniakan padanya kebesaran dan keagungan dengan air dan juga tanam-tanaman.” (Lihat alSiraj al-Munir, 1/2022) � Syeikh Tahir ibn Asyur berkata: “Ayat ini sebagai sifat bagi Masjidil Aqsa dan didatangkan pada sifat dengan mausul sebagai qasad bagi kemasyhuran yang disifatkan yang mengandungi hubungan atau silah sehingga seolah-olah apa yang disifatkan menjadi masyhur dengan silah di sisi pendengar.” Maksudnya supaya mendapat keberkatan di sekelilingnya. Sighah ini didatangkan atas wazan mufa’alah yang memberi makna mubalaghah (amat banyak pada memberi maksud satu-satu perbuatan). WARKAHKEENAM : SEMOGA ALLAH BERKATI PERKAHWINANMU 110 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


110 111 Beliau juga berkata: “Manusia lupa berkenaan kelebihan Masjidil Aqsa. Sebagai contoh orang Arab tiada ilmu dan pengetahuan tentang hal ini sedangkan orang Nasara menyembunyikan kesannya kerana bimbang kebencian orang yahudi. Sedangkan orang Yahudi menjauhkan daripadanya dan putus asa untuk kembali. Justeru, dijelaskan pemberitaan ini dengan keberkatannya.” (Lihat al-Tahrir wa al-Tanwir, 8/252) � Syeikh Syanqiti berkata: “Yang paling zahir di kalangan tafsir pada ayat ini dengan maksud kami jadikan sekelilingnya yakni kami perbanyakkannya kebaikan, keberkatan dengan pohon kayu, buahbuahan dan sungai. Banyak ayat-ayat yang menunjukkan demikian itu. Inilah pendapat jumhur ulama’. (Lihat Adhwa’ al-Bayan, 3/103) 111 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


112 113 Perkahwinan Yang Berjaya Muridku, dalam melayari bahtera kehidupan ini, terkadang-kadang kita dapati ada rumahtangga yang runtuh dek kerana kesilapan dan kelemahan untuk mengurus atur sebuah perkahwinan dengan sebaiknya. Begitu juga ada yang tidak mengecapi keseronokan bahkan terpaksa bertahan semata-mata kerana anak atau asbab yang lain sedangkan tiada tampak perasaan kegembiraan sebaliknya keterpaksaan sahaja. Inilah bala yang mendatang dan kehidupan yang mencengkam sehingga sinar dan cahaya yang disangkakan kunjung tiba masih lagi penuh dengan kabus dan kelam. Justeru, kami titipkan di sini prasyarat untuk menjadikan sebuah perkahwinan menuju ke gerbang jaya. Antaranya: Pertama: Hiduplah Dengan Saling Hormat Menghormat Isteri perlu hormati suami sebagai pemegang tanggungjawab besar ketua keluarga dan begitu juga suami perlu hormati isteri sebagai ibu kepada anak-anak yang dikurniakan oleh Allah SWT. Berbicaralah dengan lembut dan kasih sayang sekiranya ada perkara WARKAHKEENAM : SEMOGA ALLAH BERKATI PERKAHWINANMU Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


112 113 yang tidak menyenangkan dan sentiasa mengambil masa dengan berfkir terlebih dahulu sebelum berkata-kata. Kedua: Elakkan Dari Mengkritk Kelemahan Pasangan Elakkan suka memperkatakan kelemahan pasangan kamu. Ini kerana ia amat sensitif di mana, kelak boleh menyumbang kepada berlakunya pergaduhan konfik dalam rumahtangga. Bincang secara baik bersama pasangan anda jika anda mengalaminya. Ketga: Sentasa Memelihara Penampilan Sebagai isteri, ini merupakan salah satu tanggung-jawab anda. Sentiasa tampil dengan kemas dan menawan di mata suami anda. Ini boleh memberi mood yang baik kepada suami anda seterusnya dia akan lebih sayang anda. Suami juga harus jaga penampilan diri mereka. Cukur ‘bulu-bulu’ yang ada di muka anda. Saya teringat nasihat Ibn Abbas kepada kita semua supaya menjaga penampilan. Keempat: Pasangan Hidup Bersifat Lengkap-Melengkapi Melalui sebuah perkahwinan berbeza semasa bujang. Ia memerlukan komitmen dan perkongsian hidup dalam pelbagai aspek. Yakin dan percaya bahawa perkahwinan Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


114 115 yang bahagia boleh dicapai dengan anda saling melengkapi hidup pasangan anda. Hendaklah sentiasa membantu pasangan masing-masing untuk menuju ke gerbang jaya. Kelima: Hiduplah dengan saling Menghargai Hadiahkan pasangan anda sesuatu sekali sekala sekiranya berkemampuan. ini sebagai tanda kita menghargainya. Ringankan mulut ucapkan terima kasih atas apa yang dilakukannya. Sekiranya datang fkiran negatif, cepatcepat positifkannya. Sentiasalah bersangka baik sesama suami isteri. Keenam: Saling Bertolak Ansur Ketika berlaku perbezaan pendapat, amalkan sikap berlapang dada. Elakkan pertengkaran sebaliknya ambil masa untuk berfkir sedalamnya dan fahami pasangan. Jangan terlalu pentingkan diri sendiri sebaliknya sentiasalah bertolak ansur. WARKAHKEENAM : SEMOGA ALLAH BERKATI PERKAHWINANMU Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


114 115 Ketujuh: Pelihara Kebersihan Kamar Tidur Bilik tidur anda merupakan tempat terpenting dalam hubungan suami-isteri. Inilah di mana kemuncak cinta anda berdua akan direalisasikan. Pastikan bilik tidur anda sentiasa bersih dan kemas. Jangan biarkan kain baju kotor bersepah. Adalah juga dinasihatkan anda cuci cadar, selimut dan sarung bantal anda sebulan sekali sekurang-kurangnya. Lebih kerap dicuci adalah lebih baik. Semburkan wangi-wangian yang boleh ‘membangkitkan’ ghairah anda berdua. Hiasi kamar dengan terbaik supaya sedap mata memandang. Kelapan: Jangan Suka Mengungkit-Ungkit Kesilapan yang sering kali dilakukan oleh pasangan suami isteri ialah mengungkit pekara-perkara yang silam. Jika sebelum ini anda pernah memberi pasangan anda sesuatu atau membantu dia, jangan ungkit-ungkit perkara tersebut termasuk juga kesilapan yang dilakukan oleh pasangan masing-masing selepas dimaafkan. Ini menunjukkan anda tidak ikhlas dalam memberi bantuan. Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


116 117 Kesembilan: Suami Membantu Urusan Rumahtangga Suami tidak boleh abaikan 100% urusan kerja rumahtangga dan hanya mengharap isteri. Sebaliknya sifat ringan tulang untuk membantu isteri di dapur atau mengemas rumah dan menyidai pakaian boleh membawa keharmonian rumah tangga. Justeru, gunakanlah sedikit masa cuti hujung minggu anda membantu isteri. Kesepuluh: Pujilah Pasangan Kamu Sifat sentiasa memuji pasangan masing-masing adalah amat baik terutamanya bagi suami isteri. Memberi pujian merupakan cara anda menunjukkan anda menghargai kehadiran pasangan anda dalam hidup anda serta ia boleh menggembirakan hati dia. WARKAHKEENAM : SEMOGA ALLAH BERKATI PERKAHWINANMU 116 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


116 117 Mafhum Sebenar Perkahwinan Membawa Kekayaan Muridku, Inilah janji Allah. Akan tetapi, dalil yang mengisyaratkan kepada hal ini adalah frman Allah S.W.T yang menyatakan: ُك ْم ِ َاد ب ِ ْن ع ِ ِ َي م َ الصال ْ ُك ْم َو ن ِ ى م ٰ َ َام ي َ ح ْ وا ال ُ ِ ْنك َ َوأ ۗ َوالَُ ِ ه ِ ْن َ ف ْضل ِ م الَُ م ُ ِ ه ِ ُ ْغن َ ي َ اء وا فَقر ُ ون َ ُك ُ ِ ْن ي ِ ُك ْمۚ إ َائ ِم َوإ يم ٌ ِ عل ع َ ٌ ِ َواس Maksudnya: Dan berkahwinlah dengan wanita-wanita dari kalangan kamu, serta mereka yang soleh dari kalangan hamba-hamba sahaya kamu lelaki dan perempuan. Sekiranya mereka itu (golongan hamba) merupakan para fuqara (orang faqir), Allah akan memberikan kecukupan kepada mereka dari kelebihan-Nya. Dan Allah itu Maha Luas lagi Maha Mengetahui. Surah An-Nur (32) 117 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


118 119 Daripada ayat di atas, dapatlah kita tahu bahawa kemungkinan kenyataan yang disebutkan tersebut, memaksudkan kepada frman Allah SWT ini. Kami kongsikan syarahan dari Imam al-Hafz Ibn Kathir Rahimahullah apabila beliau menafsirkan ayat ini dengan katanya: Ibn Abbas R.Anhuma berkata: ‘’Allah memberikan targhib (anjuran) kepada mereka terhadap pernikahan. Dan dia memerintahkan agar berkahwin kepada lelaki-lelaki yang merdeka ataupun lelaki-lelaki dari kalangan hamba. Serta Dia menjanjikan al-Ghina (kecukupan) ke atas perkara tersebut’’. Manakala Ibn Mas’ud R.A juga berdalilkan ayat di atas setelah beliau berkata: ‘’Carilah kecukupan melalui perkahwinan’’. Saidina Abu Bakr al-Siddiq R.A turut mengucapkan perkataan yang hampir sama dengan katanya: ‘’Taatilah Allah ke atas apa yang dia telah perintahkan kamu semua berkenaan pernikahan, nescaya Dia akan melaksanakan apa yang telah dijanjikan untuk kamu daripada kecukupan’’. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azhim, 6/51-52). WARKAHKEENAM : SEMOGA ALLAH BERKATI PERKAHWINANMU 118 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


118 119 Demikian juga Rasulullah S.A.W dalam menguatkan hal ini baginda bersabda berkaitan tiga golongan yang menjadi hak Allah S.W.T untuk membantu mereka (حق ّثلثةٌ ُم :adalah Antaranya(. عل الِ عون العَف َ اف ي يريد َ ُ ِ ُ الناكح الذ َو Maksudnya: “Seorang yang bernikah dengan tujuan untuk ‘afaf (menjaga kehormatan dan kemuliaan dirinya).” Riwayat al-Nasaie (3218) Al-Mubarakfuri berkata: Yakni untuk menjaga kehormatan dirinya daripada perbuatan zina. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 5/242) 119 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


120 121 Daripada beberapa sudut, tidak dinafkan bahawa pernikahan boleh mendatangkan harta benda yang lebih. Ini mengambil kira beberapa faktor yang kami nyatakan seperti berikut: � Perkahwinan membawa ert pertambahan individu. Sebelum ini, iaitu ketka bujang seseorang itu mungkin mempunyai pendapatan secara bersendirian. Sebaliknya, selepas perkahwinan pendapatan isi rumah akan menjadi lebih besar sekiranya isteri turut berkerja dan mempunyai pendapatan sendiri. � Melalui perkahwinan, ketua rumah iaitu suami sudah past menyedari hakikat bahawa tanggungjawab yang dipikulnya kian bertambah. Justeru, ini akan membawa kepada kesungguhannya dalam berusaha menambahkan pendapatan dirinya bagi menampung tanggungjawab yang berbeza sepert zaman bujangnya dahulu. � Faktor anak-anak turut menjadi peranan untuk seorang bapa berusaha lebih gigih mencari harta yang lebih. Dan kesemuanya ini tdak lain tdak bukan adalah kesan-kesan sampingan yang bermanfaat hasil dari sesebuah pernikahan. WARKAHKEENAM : SEMOGA ALLAH BERKATI PERKAHWINANMU Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


120 121 Memelihara Akhlak dari Kebejatan dan Kerosakan Muridku, Di antara hikmah disyariatkan perkahwinan adalah supaya permasalahan dan kerosakan akhlak dapat dibendung. Ini memandangkan, sekiranya seseorang itu tidak berkahwin, terdapat kemungkinan yang tinggi untuk berlakunya hubungan-hubungan haram yang bercanggah dengan akhlak dan norma masyarakat seperti zina, liwat, dan seumpamanya. Implikasi dari itu, berlakulah kerosakan dan keburukan yang besar dalam kalangan masyarakat. Dalam menjelaskan hakikat ini Rasulullah SAW bersabda: َ ِل ه إ ُ جو ُ و ِ ه َ فَز ينَُ ِ ه َ ود لَقُ ُ خ ُ ْ َضْو َن َ ْن َ تر ُ اك ْم م َت َ َِذا أ إ يض ٌ عِر اد َ ْر ِض َ وَفَس ٌ َ ةِ ف ال ْتنٌَ ِ ُك ْن ف ل َ وا ت ُ َتْفَع Maksudnya: Apabila datang kepada kamu seseorang yang kamu redha akan akhlak dan juga agamanya, maka kahwinkanlah dia (dengan anak-anak perempuan kamu). Sekiranya kamu tidak melakukannya, akan terjadilah ftnah di atas muka bumi dan juga kerosakan yang teruk. Riwayat Ibn Majah (1967) Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


122 123 Syeikh Abu al-Hasan al-Sindi dalam syarahan beliau ke atas hadis ini berkata: ‘’Iaitu apabila ada seorang lelaki yang datang meminang anak perempuan kamu adalah seorang yang kamu redha dengan akhlaknya, kerana akhlak adalah madar (ruang lingkup) bagi eloknya kehidupan seseorang sama seperti agama adalah madar bagi perlaksanaan hakhak.” (Lihat Hasyiah al-Sindi ‘ala Ibn Majah, 1/606) Muridku, Cukuplah sekadar itu pesanan dan wasiatku kepadamu. Semoga bahtera kehidupanmu sentiasa dilimpahi dengan keberkatan dan rahmat Ilahi. Kami ucapkan: ٍ َ ِ ف َ خْي ْنَ ُكم َي ْ َك َ وََجَع ب عَلي َ َارَك َ َ َارَك الَ َ ُ ل َك َ وب ب دَة َ ادَة َو َْالَو َ َ السَع َ ْ ُكم َ َ م عَلي ي ِ ُد َن ي َ يم أ ِ ل ال َ َ العظ َُ ْسأ َ َوأ ََة َ َْح َة وال َحب َوالر Maksudnya: “Semoga Allah memberi keberkatan kepadamu dan keatas kamu (dalam masa senang dan susah), serta semoga kamu berdua disatukan dalam kebaikan. Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung agar mengekalkan kebahagiaan, kasih sayang, rahmat dan mahabbah (cinta) kepada kamu berdua.” WARKAHKEENAM : SEMOGA ALLAH BERKATI PERKAHWINANMU Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


122 123 Gurumu yang ikhlas, SS Ustaz Datuk Dr. Zulkifi bin Mohamad al-Bakri Mufi Wilayah Persekutuan | 17 Februari 2018 123 Akhir sekali, kami menutup dengan doa, ٍ َ و ْ اجَعْلنَا ُي َ ْع َ َة أ قر ُ نَا ِ َات ري ذِ ُ َ ْزَو ِ اجنَا َو ْن أ ِ نَ َ ا ه ْب َ لنَا م َ َرب ً ا َام ِم ِ َي إ تق َ م ْلُ ِ ل Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah al-Furqan: 74) Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


Kisah Teladan: Kecekalan Abang Membesarkan Enam Adik Yatim Piatu Muhammad Izwan Hamzah merupakan anak sulung dari tujuh beradik. Tanggungjawab menjaga dan menyara adik-adiknya digalas oleh Izwan setelah keduadua ibubapanya meninggal dunia. Ibunya meninggal dunia setelah mengidap kanser payudara pada tahun 2010. Lima tahun kemudian, bapanya pula meninggal dunia kerana sakit jantung, stroke dan kencing manis. Walaupun hanya bergaji hanya RM 1,400.00 sebulan, namun ia bukanlah satu penghalang untuk dirinya menyara enam adiknya termasuk seorang adiknya, Muhammad Nizam Hamzah yang merupakan seorang yang kurang upaya. Untuk mendapatkan pendapatan lebih, Izwan sanggup berkorban masa rehatnya melakukan kerja sampingan dengan menjual sate di Pasar Borong Batu Berendam. Salah seorang adiknya masih belajar di kolej kemahiran, Muhammad Amirul Hamzah manakala tiga lagi adiknya masih bersekolah iaitu Norhasliza Hamzah dan Nordiana Hamzah yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal dan Norazlina Hamzah, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal. 124 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


Muhammad Izwan sebelum itu menyewa bersama rakanrakannya mengambil keputusan untuk membawa adikberadiknya tinggal bersama dengannya. Keputusan tersebut dilakukan atas dasar sikapnya yang tidak mahu menyusahkan sesiapa termasuk saudara sendiri. Sebelumnya, adik beradiknya menumpang tinggal di rumah bapa saudara mereka. Walaupun tidak menghadapi sebarang, namun Izwan lebih bahagia jika adik beradiknya bersamanya. Beliau masih teringat impian ketika ibu dan ayahnya masih ada, beliau mahu mereka semua tinggal bersama-sama. Namun ketika itu dia masih belajar. Setelah memperoleh kerja tetap, akhirnya dia berjaya merealisasikan impiannya tersebut. Begitulah kisah perjuangan dan pengorbanan seorang abang yang mempunyai kasih sayang yang tinggi terhadap adik-adiknya. Semoga Allah memberkati kehidupan mereka sekeluarga.48 48. Kisah ini diolah dari artikel bertajuk Abang berkorban jaga enam adik yatim piatu yang telah diterbitkan di portal Sinar Online pada 30 April 2017. Diakses pada 1 Februari 2018 dari www.sinarharian.com.my 125 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


126 127 MUTIARAKATA Kami kemukakan di sini beberapa mutiara kata berkaitan nilai pertalian sesama saudara: Saudaramu mengetahui segalanya tentangmu. Saudaramu tahu saat kamu sedang sedih atau senang. Saat ayah dan ibumu tidak mengerti, saudaramu pasti mengerti. Tidak ada kasih sayang seperti kasih sayang untuk saudara dan tidak ada kasih sayang seperti kasih sayang dari saudara. Ketika aku salah kau menegurku, ketika aku memerlukanmu kau selalu ada untukku, namun itu pada waktu usia anak-anak, sekarang kita berbeza usia dan sama-sama dewasa maka setiap masalah harus mampu diselesaikan secara masing-masing. Kita tertawa dan sedih bersama. Yang tidak akan dilupakan olehku adalah kau selalu memberikan semangat padaku mengenai menjalani hidup dengan sepenuh hati. 126 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


126 127 7 PERKARA BA GI MERAIH KESIHATAN YANG BAIK � Makan dengan seimbang dan tidak makan secara berlebihan � Menjalankan pemeriksaan badan secara berjadual � Minum air sesuai dengan keperluan tubuh badan � Mengamalkan bersenam secara berkala � Mengambil rehat dan tidur dengan mencukupi � Tingkatkan sistem penghadaman agar khasiat makanan dapat diserap untuk dimanfaatkan oleh sistem badan. � Sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan � Bangun awal seeloknya sebelum Subuh 127 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


128 129 Berma’ruflah dalam Rumah Tangga Mukadimah Firman Allah SWT: ن ْف ٍس َ ن ِ ُكم م ِ َي خَلَق الذ َ م َ ُكُ قوا َرب ُ َُا النَ ُ اس َات َي َا أ ي يا ً ِ ال َ كث ً ِ َج َ ر هم ُْ ن ِ ث م َ َ َْه َ ا زْو َجَها َوب ن ِ ٍ َ و َخَلَق م َدة ِ َواح ن َِ َ ۚ إ ْرَحام َ َ و ْال ِ ل َون بِه ُ َ ِ َي تَساء الذ َ الل َـه َ قوا ُ ات َ ً ۚ َو َساء ِ َون ًا ِيب ْ ُك ْم َ رق عَلي الل َـه َ ك َان َ َ Maksudnya: “Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanitawanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu.” (Surah al-Nisa’: 1) WARKAHKETUJUH 128 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


128 129 Syeikh Dr. Wahbah Zuhaili di dalam tafsirnya menyatakan tujuan penciptaan manusia berpasang-pasangan sehingga melahirkan zuriat dan membentuk keluarga. Oleh kerana itu dapat mendirikan hubungan kasih sayang serta menjalinkan kerjasama dan silaturrahim dan ini merupakan dalil di atas kekuasaan Ilahi. (Lihat al-Tafsir al-Munir, 4/223) Mendapat perkhabaran yang mengejut berkenaan perkahwinan muridku yang juga staff di Pustaka Cahaya Kasturi (PCK) iaitu Puan Siti Aisyah binti Md. Tahir dan pasangannya, Haji Ibrahim Liu Jing Wei. Ia berlaku secara pantas, tidak seperti yang lain- penuh dengan perancangan yang rapi dan lama. Tetapi kali ini begitu pantas. Inilah yang dinamakan jodoh. 129129 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


130 131 Bermula Kisahnya Seorang lelaki (saudara kita) bertemu saya di salah sebuah masjid di Kuala Lumpur selepas Solat Isya’. Beliau bertanya tentang jodohnya yang hendak dicari. Spontan saya menjawab: “Datanglah ke pejabat saya esok hari.” Itulah bermulanya titik pertemuan yang membawa ke jinjang pelamin. Benarlah bak kata pepatah ‘jika sudah jodoh, tak akan ke mana”. Alhamdulillah, pada hari ini setepatnya selepas Asar, Jumaat, 20 April 2018 bersamaan 5 Sya’ban 1439 Hijrah, maka telah berlangsung akad nikah dan perkahwinan kedua pasangan mempelai tersebut. Justeru, kami kemukakan di sini nasihat kepada bakal pengantin agar menjadi bekalan dalam melayari bahtera kehidupan dengan sejahteranya. WARKAHKETUJUH : BERMA’RUFLAH DALAM RUMAH TANGGA 130 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


130 131 Pesananku Muridku, perkahwinan itu amat indah di kaca mata yang belum berkahwin. Tetapi selepas berkahwin, ia bertukar kepada tanggungjawab yang mesti dipikul. Satu namanya suami dan keduanya isteri. Kedua-duanya mestilah: ' Utamakan agama. Apa jua keputusan yang diambil berkaitan keluarga, utamakan kehendak agama. Pastikan apa sahaja yang diputuskan, memperoleh berkat daripada-Nya. Jika tidak arif atau kurang berpengalaman, dapatkanlah saranan dan pandangan daripada orang yang lebih arif. Hidupkanlah suasana agama di dalam rumahtangga supaya kemanisannya lebih terasa dan berpanjangan, bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat. ' Memahamitugas masing-masing. ' Saling melaksanakan tugasan. ' Saling bantu-membantu. Nabi SAW sentiasa membantu isteri Baginda dalam kehidupan rumah tangganya. Bahkan, 131 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


132 133 jika kasut Baginda putus atau bajunya terkoyak, maka Baginda menjahit dan memperbaikinya sendiri. Hal ini Baginda lakukan meskipun dalam kesibukan Baginda dalam berdakwah dan menguruskan umat. Perkara ini dapat dilihat melalui hadis, di mana Urwah pernah bertanya kepada Aisyah R.Anha, “Wahai Umm al-Mukminin, apakah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW tatkala bersamamu (di rumah)?” Maka Aisyah R.Anha menjawab: ط ُ ْ ي ِ ُي ه َ و فَ ن ْعَلُ ُ ِ ِ َ ْ يص ه ِ ْهل َ ِ أ ْهنَة ِ ُك ْمِ ف م د ُ َ َح ل أ ُ َ ْفَع َا ي م ه ُ دْلَو ع َ ْ َفُ َر ه َ وي َُ ث ْوب َ Maksudnya: “Baginda melakukan seperti apa yang dilakukan oleh salah seorang daripada kamu jika sedang membantu isterinya. Baginda membaiki kasutnya dan menjahit bajunya, serta mengangkat air dalam baldi.” Riwayat Ahmad (6/167) dan Ibn Hibban (5676). Syeikh Syu’aib al-Arna’ut menyatakan sanad hadis ini sahih. WARKAHKETUJUH : BERMA’RUFLAH DALAM RUMAH TANGGA 132 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


132 133 Rasulullah SAW juga membantu pekerjaan isterinya. ‘Aisyah pernah ditanya tentang apa yang dikerjakan oleh Nabi SAW ketika berada di rumah, lalu ‘Aisyah menjawab: َِذا ِ َ - فإ ه ِ ْهل َ ََة أ ِ ْدم ِي خ ِ َ - ت ْعن ه ِ ْهل َ ِ أ ْهنَة ِ ونِ ف م َ ُك ُ َك َان ي . ِ َِل َ الص َلة َ َج إ ة َ خر ِ َ الص َلُ َ ت َحَض Maksudnya: “Baginda selalunya sibuk berkhidmat pada keluarga, namun apabila tiba waktu solat, Baginda keluar ke masjid untuk mengerjakan solat.” Riwayat al-Bukhari (676) “Nabi SAW sentiasa membantu isteri Baginda dalam kehidupan rumah tangganya. Bahkan, jika kasut Baginda putus atau bajunya terkoyak, maka Baginda menjahit dan memperbaikinya sendiri.” 133 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


134 135 Al-Hafz Ibn Hajar berkata: Lafaz ‘ِ ه ِ ْهل َ ِ أ ْهنَة ِ ِف م ’ (mengerjakan pekerjaan keluarganya), di mana perkataan ‘mihnah pekerjaan’ telah ditafsirkan dengan ‘khidmat’ (membantu). Pentafsiran ini sendiri berasal daripada Adam bin Abi Iyas (guru Imam al-Bukhari). Dalam kitab al-Sihhah, disebut bahawa makna ‘mihnah’ adalah ‘khidmat’ (membantu), dan ini sesuai dengan apa yang dikatakannya. Antara faedah daripada hadith ini adalah anjuran untuk bersikap tawadhu’, meninggalkan sikap angkuh, serta anjuran membantu pekerjaan isterinya bagi para suami. Justeru, Imam al-Bukhari memberikan tajuk pada bab ini pada pembahasan tentang Adab, “Bagaimana seharusnya sikap seseorang ketika berada bersama dengan keluarganya.” (Lihat Fath al-Bari, 4/230) ' Hormat pasangan. Pasangan anda ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Usah mengeluh, marah atau menghamburkan katakata yang kurang manis. Sebaliknya, tarik nafas dan berbicaralah dengan nada yang lembut, tenang dan bertolak ansur. Hormati suami sebagai ketua keluarga, hormati isteri sebagai peneman suami serta ibu kepada anak-anak anda. WARKAHKETUJUH : BERMA’RUFLAH DALAM RUMAH TANGGA Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


134 135 Buatlah yang makruf Muridku, Sepotong nas Ilahi cukup bermakna dalam hidup ini dalam melayari bahtera kehidupan. Allah SWT berfrman: ِ ُ وف ن بِ َْال ْعر َ وه ُ ُ َو َع ِاش Maksudnya: “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.” (Surah al-Nisa’: 19) Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


136 137 Ibn Kathir berkata: Firman Allah SWT ) ِ ُ وف ُ ُوه َن بِ َْال ْعر َ)وَع ِاش -“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”- maksudnya ialah perhaluskanlah kata-katamu dan perindahkanlah perilaku dan sikapmu sesuai kemampuan sebagaimana engkau menyukai hal itu daripadanya, maka lakukanlah yang serupa kepadanya. Ini sebagaimana frman Allah SWT: ِ ُ وف ن بِ َْال ْعر َ ِ ْه ِ َي عَلي الذ َ ل ُ ْث ِ ن م ل َ َُ َو Maksudnya: “Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak);” (Surah al-Baqarah: 228) Antara akhlak-akhlak Rasulullah SAW ialah baik dalam pergaulan, selalu berseri, bersenda gurau dengan keluarganya, lemah-lembut kepada mereka, memberikan keluasan nafkah, bersenda gurau dengan isteri-isteri beliau sehinggakan beliau pernah berlumba lari dengan Aisyah Ummul Mukminin dengan penuh kecintaan. (Rujuk Tafsir al-Quran al-Azim, 1/576) WARKAHKETUJUH : BERMA’RUFLAH DALAM RUMAH TANGGA Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


136 137 Dalam satu hadis yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah R.Anha, tatkala dia bersama Nabi SAW dalam satu perjalanan, dia berkata: ل ْحَم َ ت ال حْل ُ ََ َ ، َفَلم َ ِ ْجَل عَل ر ه َ ُ ت ُ َ ْق ه َفَسب ُ ت ُ َ ْق َفَساب . ِ َْقة ْل َك الَسب ِ ِ بِت ه ِ ِ َي فَق َال َ : هذ ََقن ه َ فَسب ُ ت ُ َ ْق َساب Maksudnya: “Aku berlumba lari dengan beliau dan aku memenanginya. Tatkala aku gemuk, aku berlumba (lagi) dengan beliau dan beliau memenanginya. Beliau berkata: “Kemenangan ini sebagai balasan atas kemenanganmu yang lalu.” Riwayat Abu Daud (2578) dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (19759) “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteriisteri kamu itu) dengan cara yang baik.” (Surah al-Nisa’: 19) Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


138 139 Syeikh al-Maraghi dalam Tafsir al-Maraghi (2/1128) berkata: Para suami diwajibkan bergaul dengan isteriisterinya dengan baik. Oleh itu, bergaullah dengan mereka dengan cara yang dapat menyenangkan tabiat mereka, tetapi tidak bertentangan dengan syariat dan adat. Janganlah kamu bersikap bakhil dalam menafkahi mereka, dan jangan pula kamu sakiti mereka dengan ucapan dan perbuatan, atau kamu menghadapi mereka dengan wajah muram dan kening berkerut. Kalimah mu’asyarah di sini menunjukkan pengertian kebersamaan dan perkongsian, iaitu layanilah mereka dengan cara yang baik, dan para isteri perlu melayani kamu seperti itu juga. Jadi, suami dan isteri diseru agar saling memberikan kebahagiaan serta menjadi sumber ketenangan dan kebahagiaan dalam melayari rumah tangga. Firman Allah SWT: ُوا ت ْس ُكن ا لَ ِ ً اج َ ْزَو ِ ُك ْم أ نفس ُ َ ِ ْن أ َ ْن َ خَلَقَ ل ُكم م ِ أ ه ِ َات ْن آي ِ َوم ة ً ة َ وَرَْح ً د َ َ َو ْنَ ُكم م َي َْه َ ا و َجَعَل ب لي َِ إ Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan WARKAHKETUJUH : BERMA’RUFLAH DALAM RUMAH TANGGA Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


138 139 hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah al-Rum: 21) Sayyid Qutbberkata: “Islam memandang rumah tangga sebagai tempat kediaman, keamanan dan kedamaian dan memandang kepada hubungan suami isteri sebagai hubungan kasih mesra dan menegakkan hubungan ini di atas pilihan yang bebas supaya ia dapat berlangsung di atas asas saling mengerti, saling bersimpati dan saling berkasih sayang. Maka Islam inilah juga yang berkata kepada para suami: ـه الل ُ َ ْ َعَل ئ َ ا وَي ًْ ه َ وا شي ُ َ َ َن ت ْكر ى أ ن َ فَعَس ٰ َ وه ُ م تُ ُ ِن َكِرْه َفإ يا ً ِ ي َ ا كث ِ َ خًْ ِيه ف Maksudnya: “Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” (Surah al-Nisa’: 19) Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


140 141 Ini adalah supaya mereka mengekalkan hubungan suami isteri mereka dan tidak terus memutuskannya dengan sekali fkir sahaja atau dengan desakan keinginan yang pertama sahaja, malah ia harus memelihara kepentingan yayasan insaniyyah yang agung ini agar tidak terdedah kepada ledakan keinginan sentimen yang berubah-ubah dan kepada ketololan nafsu yang terbang di sana-sini. (Lihat Tafsir f Zilal al-Quran, 3/234) WARKAHKETUJUH : BERMA’RUFLAH DALAM RUMAH TANGGA Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


140 141 Perkahwinan Merentasi Bangsa Muridku, Amat banyak cabaran dalam hidup tatkala perkahwinan yang merentasi bangsa, namun itu bukan bermakna tiada bahagia. Akan tetapi perlulah memahami beberapa perkara, antaranya: Cuba fahami budaya masing-masing. Ambil budaya dan sifat yang baik. Hormat budaya yang baik sekalipun tada kaitan dengan kita. Jangan lihat saya atau aku, tetapi lihat ‘kami’ atau ‘kita berdua’. Ini lebih terang dan jelas. Hormatlah ibu/bapa mertua sepert ibu/bapa sendiri. Jadilah perkahwinan merentasi bangsa ini sebagai model kejayaan dalam membina rumah tangga yang terbaik, ampuh sehingga menjadi Bait Jannat. Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


142 143 Menjadi yang Terbaik Muridku, Dalam membina rumah tangga, kehidupan yang harmoni amat perlu. Justeru, kepada si suami, perlulah menjadi suami yang terbaik dalam melayan isteri. Ia hendaklah dalam serba serbi perkara. Benarlah sabda Nabi SAW: ْهل ِ َِ ُك ْم ل ي َن َ ا خُْ َ َ وأ ِ ه ِ ْهل َِ ُك ْم ل ي ُك ْم َ خُْ ي َخُْ Maksudnya: “Sebaik-baik kamu ialah yang bersikap baik dengan ahli keluarganya, dan aku ialah orang yang terbaik daripada kalangan kamu terhadap keluargaku.” Riwayat al-Tirmizi (3895), Ibnu Majah (1977), al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (16117), Syu’ab al-Iman (10502) dan Ibn Hibban (4177). Kata Imam al-Tirmizi: Hadis hasan sahih. Syeikh Muhammad bin Abd al-Rahman alMubarakfuri  Rahimahullah  apabila mensyarahkan hadis ini beliau berkata: (Iaitu berbuat baik) kepada kaum WARKAHKETUJUH : BERMA’RUFLAH DALAM RUMAH TANGGA Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


142 143 keluarganya dan juga mereka yang mempunyai hubungan silaturahim dengannya. Menurut pendapat lain: (Iaitu) kepada isterinya dan juga kaum kerabatnya. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 10/269) Tips Tautan Hati Muridku, Kami kemukakan di sini beberapa tips dalam mempertautkan hati keluarga: Hidupkan Rumah Tangga yang Islamik Perbanyakkanlah memberi salam setiap kali bertemu walaupun dalam masa yang singkat. Daripada Anas berkata, Rasulullah SAW bersabda kepadaku: ة ً َ َك َر َ ُك ْن ب ل ْم ي ِ َك َ فَسِ َ ْهل عَل أ ا د َخْل َت َ َِذ َ ي إ بنَ َ َا ُ ي ِ َك ْت َي َ ْه ِل ب ْ َك َ و َعَل أ َعَلي Maksudnya: “Wahai anakku, jika kamu masuk menemui ahli keluargamu di rumah, maka berilah salam kepada Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


144 145 mereka, nescaya akan dilimpahi keberkatan ke atasmu serta ahli rumahmu.” Riwayat al-Tirmizi (2698) dan beliau berkata Hadis Hasan Sahih Gharib. Kualiti Masa Ibu bapa hendaklah meluangkan masa bersama anak-anak dan ahli keluarga yang lain dengan mengadakan aktiviti keluarga seperti rehlah, lawatan, riadah di luar rumah dan sebagainya. Kualiti masa lebih penting daripada kuantiti. Sekiranya kena caranya, si anak akan mengingati saat indah bersama. Konsep wa al-‘Asr perlu menjadi agenda utama dalam keluarga. WARKAHKETUJUH : BERMA’RUFLAH DALAM RUMAH TANGGA Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


144 145 Beri Ganjaran Dan Pujian Berilah ganjaran atau pujian setiap kali anak mencapai sesuatu kejayaan atau berbuat kebaikan. Rasulullah SAW kerapkali memuji isteri dan para sahabatnya kerana ia menjadi motivasi yang terbaik dalam menempah dan meraih kejayaan yang cemerlang. Bina Body Contact Ahli psikologi membuat penemuan bahawa anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih tinggi daripada anak yang terbiar. Selalu Membimbing Janganlah terlalu mengharapkan anak-anak yang belum matang melakukan semua tugasan dengan baik secara berterusan. Mereka hanya kanak-kanak yang sedang membesar dan belajar. Tenangkan Anak Tenangkan anak apabila mereka menghadapi waktu sukar. Selitkan kata-kata nasihat dan Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


146 147 iktibar yang sewajarnya. Nescaya mereka akan menirunya! Ulangi Arahan Ulangilah arahan tersebut dengan baik dan jelas, mudah-mudahan ia memudahkan anak-anak untuk menurutinya. Hargai Pasangan Mungkin setelah sekian lama bersama, 1001 sikap pasangan anda telah anda ketahui. Jika dahulu, mungkin hanya terzahir yang indahindah belaka. Namun ketahuilah sesungguhnya tiada insan sempurna di dalam dunia. Ambil sedikit masa untuk menatap diri anda di cermin dan tanyalah, “Layakkah diri ini untuk memperbaiki kekurangannya?” Mungkin diri kita juga ada kekurangan dalam hal lain. Justeru, terimalah pasangan anda seadanya dan sama-samalah memperbaiki diri masing-masing. Hargai kehadiran mereka dan ucap terima kasih dengan setiap apa yang dilakukan. Itulah yang sebaiknya. WARKAHKETUJUH : BERMA’RUFLAH DALAM RUMAH TANGGA Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


146 147 Nasihatku Muridku, Sebelum kami mengakhirinya, inilah tiga pesanan nasihat dariku yang terakhir: Pertama: Bangunlah solat malam berdua walaupun dalam keletihan. Banyak fadilat dan kelebihan solat malam, antaranya: هَو ُ َْل ُك ْم َ ، و ِ َي َ قب َ الصال ب ُ ْ دأ ه َ نُ َ ِ ْ ِل َ ، فإ اللي َ َ ِام ي ِ عليكم بِق َْه ِ اة للْث ِم َن ِ َ، وم ئات َِ ِ َلسي ة ل ٌَ َ ْكَفر ِ ُك ْم َ ، وم َِل َ رب ةَ ل ُك ْم إ ٌَ ْ ب قر ُ Maksudnya: “Hendaklah kamu melakukan solat malam kerana ia adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia mendekatkan kamu kepada Allah, menghapuskan dosa dan menjauhkan dari maksiat.” Riwayat al-Tirmizi (3549) Menurut alTirmizi di sana terdapat riwayat yang lebih sahih iaitu riwayat Abi Idris daripada Abi Umamah berbanding riwayat Abi Idris daripada Bilal. Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


148 149 Syeikh al-Mubarakfuri berkata: Sabda Nabi SAW hendaklah kamu berqiyam pada waktu malam iaitu solat tahajjud. Dan sabda Nabi SAW ia adalah hidangan buat orang yang soleh bermaksud solat malam itu telah menjadi kebiasaan atau adat buat mereka. Adapun sabda Nabi SAW ia menghapuskan dosa bermakna menghapuskan dosa serta menutupnya.” (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 9/375) Kedua: Pergilah belajar ilmu setiap minggu sekurangkurangnya sekali. Ketiga: Jangan lupa untuk ‘bersyukur’ dengan rezeki dan nikmat yang Allah SWT kurniakan. WARKAHKETUJUH : BERMA’RUFLAH DALAM RUMAH TANGGA 148 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


148 149 Harapan dan Doaku Muridku, Akhir kalam, kami mendoakan Haji Ibrahim Liu Jing Wei & Puan Siti Aisyah Binti Md. Tahir berbahagia dengan rumahtangga yang baru dibina ini. Tanamkan impian dan berusahalah untuk membina rumahtangga yang diredhaiNya serta melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Sesungguhnya rumahtangga yang paling bahagia adalah rumahtangga yang meletakkan cinta-Nya sebagai yang terutama. 149 Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


150 151 Kami katakan kepadamu dengan doa ini: ٍ َ ِ ف َخْي ْنَ ُكم َي ْ َك وََجَع ب عَلي َ َارَك َ َ َارَك الَ َ ُ ل َك وب ب دَة َ ادَة َو َْالَو َ َ السَع َ ْ ُكم َ َ م عَلي ي ِ ُد َن ي َ يم أ ِ ل ال َ َ العظ َُ ْسأ َ َوأ ََة َ َْح َة وال َحب َوالر Maksudnya: “Semoga Allah memberi keberkatan kepadamu dan keatas kamu (dalam masa senang dan susah), serta semoga kamu berdua disatukan dalam kebaikan. Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung agar mengekalkan kebahagiaan, kasih sayang, rahmat dan mahabbah (cinta) kepada kamu berdua.” Titipkanlah doa ini setiap kali lepas solat: ٍ َ و ْ اجَعْلنَا ُي َ ْع َ َة أ قر ُ نَا ِ َات ري ذِ ُ َ ْزَو ِ اجنَا َو ْن أ ِ نَ َ ا ه ْب َ لنَا م َ َرب ً ا َام ِم ِ َي إ تق َ م ْلُ ِ ل Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah al-Furqan: 74) WARKAHKETUJUH : BERMA’RUFLAH DALAM RUMAH TANGGA Dibeli MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE of MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD RAFEE LOT 2980 LORONG SATU KAMPUNG SUNGAI LANG BARU Banting Selangor 42700. Email address: [email protected]


Click to View FlipBook Version