BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH
NOTA TATABAHASA
KATA GANDA
PENUH
SEPARA
BERIMBUHAN
BERIMA/BERENTAK
DISEDIAKAN OLEH :
CIKGU MOHAMMAD JOL
SK PULO, KUCHING, SARAWAK
0138071950
21 JUN 2020
KATA
GANDA
Kata ganda ialah proses
mengulang sesuatu
perkataan sama ada
secara seluruh atau
sebahagian
tertentu,dengan
imbuhan atau tanpa
imbuhan
PENUH SEPARA
BERIMBUHAN BERIMA
BERENTAK
KATA GANDA PENUH/SELURUH
• Kata ganda penuh bermaksud
seluruh perkataan diulang
tanpa mengalami perubahan
bunyi atau bentuk,sama ada
berimbuhan atau tidak.
Contoh:
A. Seluruh kata dasar(meja-meja,anak-anak,obor-
obor)
B. Seluruh kata terbitan(bungkusan-bungkusan,
soalan-soalan)
C. Kata berimbuhan (biji-bijian, bayang-bayangan)
D. Kata majmuk(rumah-rumah teres, guru-guru
besar)
Contoh ayat:
1. Anak Puan Ainah bijak-bijak belaka.
2. Fikirlah masak-masak sebelum
membuat keputusan.
KATA GANDA SEPARA
• Kata ganda separa bermaksud
menggandakan sebahagian
daripada kata dasar.
• Penggandaan melibatkan suku kata
pertama kata pada dasar.
• Kata nama separa terbentuk
daripada kelas kata nama sahaja
Contoh: bebola bebiri
• bebenang
• dedalu lelabi jejenti
• Kekisi
gegendang pepohon
Contoh ayat:
1. Lelangit Alia terluka akibat tertusuk
tulang ikan.
2. Terdapat banyak jejentik di dalam
tayar buruk yang menakung air
itu.
KATA GANDA BERIMBUHAN
• Kata ganda berimbuhan ialah kata
ganda yang menerima imbuhan,sama
ada awalan,akhiran,apitan atau sisipan.
• Kata ganda berimbuhan boleh berlaku
pada kata nama,kata kerja,kata adjektif
dan kata keterangan
Contoh:
berayun-ayun berbuai-buai
bertalu-talu menderu-deru
mengais-ngais meronta-ronta
teresak-esak tersipu-sipu
terkapai-kapai
Contoh ayat:
1. Bendera pada bumbung kereta Encik
Hamid berkibar-kibar ditiup angin.
2. Helikopter itu berlegar-legar di udara
selama lima minit sebelum
mendarat.
KATA GANDA BERIMA/BERENTAK
Dalam kata ganda berima atau
berentak,perkataan yang digandakan
mengalami perubahan bunyi.
Kata ganda berima terbahagi kepada tiga
kategori:
(a) Persamaan bunyi pada suku kata awal
perkataan.Contoh: sayur-mayur,lauk-
pauk, kuih-muih
(b) Persamaan bunyi pada suku akhir kata
perkataan. Contoh: segar-bugar,haru-
biru, lintang-pukang
(c) Bebas.Contoh: riuh-rendah,ulang-
alik, rempah-ratus
Contoh ayat:
1. Ramli pening kepala melihat jalan yang
bersimpang-siur di bandar besar itu.
2. Ajil dan Nabil berlari lintang-pukang
apabila dikejar anjing gila.
3. Kata ganti diri singkat mempunyai makna yang sama dengan kata ganti diri penuh.
Kata Ganti Penggunaannya Ayat Contoh
Diri Singkat
diletakkan di awal kata saja sebagai o Bunga yang kaugubah itu
kau awalan sungguh cantik.
o Baju yang kaupakai itu agak
besar.
ku diletakkan di awal kata sebagai awalan o Buku di atas meja itu telah
dan di akhir kata sebagai akhiran
kuambil.
o Rumahku tidak jauh dari
sekolah.
mu diletakkan di akhir kata saja sebagai o Yang itukah rumahmu?
akhiran
o Aku maafkan kesilapanmu itu.
nya diletakkan di akhir kata saja sebagai o Bajunya kotor kerana tertumpah
akhiran
kuah.
o Pesanannya telah kusampaikan
kepada abang.
Komen Munsyi Bahasa
9. Kata ganti diri singkat tidak boleh bertugas sebagai subjek ayat kecuali dijadikan kata ganti
diri penuh.
Contohnya
a. Kau hendak ke mana?(✘)
Engkau hendak ke mana? (✓)
b. Ku akan pergi ke sana esok. (✘)
Aku akan pergi ke sana esok. (✓)
10. Kata mu dan nya yang digunakan untuk mengganti nama Tuhan mesti ditulis dengan huruf
besar di pangkal kata itu serta diberi tanda sempang.
Contohnya
a. Berikanlah hidayatmu kepadaku, ya Tuhan. (✘)
Berikanlah hidayat-Mu kepadaku, ya Tuhan.(✓)
b. Daripadanya kita datang, kepadanya kita kembali.(✘)
Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali. (✓)
Tahun 5 Kata Ganti Tanya, Kata Ganti Tempat, Kata
Ganti Tunjuk, Kata Ganti Tak Tentu
Kata Ganti Tak Tentu
1. Kata ganti tak tentu ialah kata ganti yang menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak
tentu.
2. Contoh kata ganti tak tentu seperti dalam jadual yang berikut:
Kata Ganti Penggunaannya Ayat Contoh
Tak Tentu
digunakan untuk benda atau hal o Tidak ada apa-apa di bawah tudung saji
apa-apa yang tidak tentu ini.
o Saya tidak mahu berkata apa-apa
dalam hal ini.
mana-mana digunakan untuk benda atau o Saya tidak ke mana-mana pada cuti
tempat yang tidak tentu sekolah ini.
o Mana-manapun berguna bagiku.
o Kita tidak dapat pergi ke mana-mana
selagi hujan tidak berhenti.
o Mana-mana yang baik, jadikanlah
teladan.
siapa-siapa digunakan untuk menggantikan o Saya tidak memberitahu siapa-siapa
atau orang yang tidak tentu pun tentang hal ini.
sesiapa
o Sesiapa yang melanggar peraturan
akan dikenakan tindakan.
Komen Munsyi Bahasa
Kata ganti tak tentu apa-apa, mana-mana, dan siapa-siapa tidak boleh disamakan dengan kata ganti
tanya apa, mana, dan siapa.
Contohnya
i. Apa yang kamu dengar itu tidak benar. (✘)
Apa-apa yang kamu dengar itu tidak benar. (✓)
j. Siapa pun tidak dibenarkan memancing di sini. (✘)
Siapa-siapa (Sesiapa) pun tidak dibenarkan memancing di sini. (✓)
k. Mana pakaian kamu yang kotor, masukkan ke dalam bakul itu. (✘)
Mana-mana pakaian kamu yang kotor, masukkan ke dalam bakul itu. (✓)
Kata Ganti Tanya
1. Kata ganti tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
2. Kata ganti tanya digunakan untuk menanyakan manusia, binatang, benda, tempat, dan
bilangan. Lihat jadual yang berikut:
Kata Ganti Penggunaannya Ayat Contoh
Tanya
untuk menanyakan nama benda atau o Apakah yang ada di dalam
apa binatang kotak itu?
o Nama anak kucing kamu apa?
mana untuk menanyakan manusia, binatang, o Kamu dari mana?
benda, dan tempat o Manakah bukuku yang
kaupinjam tadi?
siapa untuk menanyakan orang atau nama o Nama pelajar baru itu siapa?
orang o Siapakah lelaki yang datang
tadi?
Komen Munsyi Bahasa
7. Kata apa tidak boleh digunakan untuk menanyakan nama manusia.
Contohnya
Nama adik kamu apa? (✘)
Nama adik kamu siapa? (✓)
8. Kata siapa tidak boleh digunakan untuk menanyakan nama binatang.
Contohnya
Nama kucing kamu siapa? (✘)
Nama kucing kamu apa? (✓)
9. Jika kata apa, mana, dan siapa dikedepankan dalam ayat, kata-kata itu mestilah disertai
partikel -kah.
Contohnya
a. Apakah nama benda itu?
b. Manakah kereta baru kamu?
c. Siapakah guru Bahasa Malaysia awak?
Kata Ganti Tempat
1. Kata ganti tempat ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama tempat.
2. Contoh kata ganti tempat seperti dalam jadual yang berikut:
Kata Ganti Penggunaannya Ayat Contoh
Tempat
bagi tempat yang dianggap jauh dan o Rumah Tuk Penghulu letaknya di
sana tidak kelihatan hujung jalan sana.
sini bagi tempat yang dekat dengan orang o Jika tiada aral, kami akan pergi ke
yang bercakap sana esok.
situ bagi tempat yang agak jauh, tetapi tidak o Dia pasti akan datang ke sini lagi.
sejauh sana dan masih kelihatan o Letakkan kotak-kotak itu di sini.
o Semua peserta dikehendaki
berkumpul di situ.
o "Saya telah letakkan buku itu di situ
sebentar tadi," kata Rama.
Kata Ganti Tunjuk
1. Kata ganti tunjuk ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu atau seseorang.
2. Kata ganti tunjuk ada dua saja, iaitu itu dan ini.
3. Fungsi kata ganti tunjuk ialah sebagai:
a. subjek dan letaknya di depan kata nama.
Contohnya
i. Ini rumah saya.
ii. Itu kereta ayah saya.
b. penentu dan letaknya di belakang kata nama.
Contohnya
i. Sing Ying tinggal di rumah itu.
ii. Yang berbaju biru itu kakak sulung saya.
Komen Munsyi Bahasa
Kata ganti tunjuk itu dan ini sebagai penentu tidak boleh diletakkan di depan kata nama.
Contohnya
c. Itu pekan tidak jauh dari sini. (✘)
Pekan itu tidak jauh dari sini. (✓)
d. Ini buku sangat tebal. (✘)
Buku ini sangat tebal. (✓)
Tahun 5 Kata Bilangan
Kata Bilangan
1. Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu.
2. Kata bilangan boleh terdiri daripada kata asal dan kata terbitan.
3. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:
a. kata bilangan tentu;
b. kata bilangan tak tentu;
c. kata bilangan pecahan;
d. kata bilangan pisahan;
e. kata bilangan himpunan;
f. kata bilangan tingkat; dan
g. kata bilangan tanya.
4. Yang berikut ialah jenis kata bilangan, contoh kata bilangan, dan ayat contohnya.
Jenis Kata Contohnya Ayat Contoh
Bilangan
satu, dua, tiga, sepuluh, dua ratus, tiga o Dua ekor kambing Pak Mat telah
kata ratus lima puluh, lima ribu, tiga puluh juta, dibaham harimau semalam.
bilangan dan seterusnya
tentu o Dua ratus orang peserta
mengikuti Program Latihan
Khidmat Negara itu.
kata beberapa, beberapa banyak, para, segala, o Intan berpuas hati dengan
segala persiapan untuk
bilangan tak sekalian, seluruh, semua, sesuatu, perkahwinannya.
tentu setengah-setengah, dan sebagainya o Setengah-setengah ibu bapa
tidak mengambil berat akan
pelajaran anak-anak mereka.
kata setengah, suku, dua pertiga, tiga perempat, o Adik makan suku daripada kek
bilangan separuh, dan seterusnya itu.
pecahan
o Dua pertiga daripada wang
simpanan ayah digunakan untuk
memperbesar perniagaannya.
kata masing-masing, setiap, dan tiap-tiap o Masing-masing pekerja sedang
bilangan sibuk membuat kerja sendiri.
pisahan
o Tiap-tiap hari saya membawa
bekal dari rumah.
kata berabad-abad, berbagaibagai, berbulan- o Kedua-dua orang pelajar nakal
bilangan bulan, berjenis-jenis, berpuluhpuluh, kedua- itu didenda oleh guru disiplin.
himpunan dua, ketigatiga, pelbagai, puluhan, ribuan,
dan sebagainya o Pelbagai jenis binatang terdapat
di Zoo Negara.
kata pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya o Kes rompakan itu adalah yang
bilangan pertama berlaku di kawasan ini.
tingkat
o Aina hanya berjaya menduduki
kata berapa tempat kedua dalam acara larian
bilangan itu.
tanya
o Adik-beradik awak ada berapa
orang?
o Sesikat pisang ini harganya
berapa ?
Komen Munsyi Bahasa
15. Ada beberapa kata bilangan yang tidak boleh disingkatkan sewenangwenangnya.
Contohnya
a. Berbagai jenis barang kraf tangan dijual dalam pameran itu. (✘)
Berbagai-bagai (atau Pelbagai) jenis barang kraf tangan dijual dalam pameran itu.
(✓)
b. Setengah orang gemar melancong di luar negara. (✘)
Setengah-setengah (atau Sesetengah) orang gemar melancong di luar negara. (✓)
c. Tiap anak harus menghormati ibu bapanya. (✘)
Tiap-tiap (atau Setiap) anak harus menghormati ibu bapanya. (✓)
d. Kedua orang perompak itu telah ditangkap polis. (✘)
Kedua-dua orang perompak itu telah ditangkap polis. (✓)
e. Sudah bertahun datuk menderita sakit kencing manis. (✘)
Sudah bertahun-tahun datuk menderita sakit kencing manis. (✓)
16. Kata bilangan para tidak boleh diulang atau digandakan menjadi para-para. Hal ini demikian
kerana maksudnya berlainan, iaitu para bererti semua manakala para-para bererti rak.
Contohnya
Para-para pelajar harus mematuhi peraturan sekolah. (✘)
Para pelajar harus mematuhi peraturan sekolah. (✓)
17. Kata nama am yang diletakkan sesudah kata bilangan yang membawa maksud jamak tidak
18. boleh diulang atau digandakan.
Contohnya
a. semua pelajar-pelajar (✘)
semua pelajar (✓)
b. para guru-guru (✘)
para guru (✓)
Tahun 5 Penjodoh Bilangan
Penjodoh Bilangan
1. Penjodoh bilangan digunakan bersamasama dengan kata bilangan.
2. Adakalanya penjodoh bilangan tidak digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
Contohnya
setiap murid, seluruh kampung.
3. Penjodoh bilangan juga tidak digunakan untuk menghitung kata nama abstrak.
Contohnya
beberapa cara, segala pendapat.
4. Yang berikut ialah senarai penjodoh bilangan, penggunaannya, serta ayat contoh.
Penjodoh Contohnya Ayat Contoh
Bilangan
untuk membilang sekumpulan o Seangkatan tentera sedang menjalani
angkatan manusia atau benda latihan kawad.
Contohnya
polis, tentera, sasterawan, o Seangkatan jet TUDM sedang melakukan
penulis, belia, kapal terbang, jet latihan penerbangan di udara.
batang untuk benda-benda yang o Di belakang rumah datuk ada sebatang
bentuk panjang sungai.
bidang Contohnya
jalan, galah, lilin, pena, pohon, o Beberapa batang jalan ditutup kerana
sungai, tiang, tongkat dinaiki air.
untuk benda-benda yang o Jehan membeli sebentuk cincin untuk
berkeluk tunangnya.
Contohnya
cincin, subang, mata kail o Abang mengikat sebentuk mata kail pada
tali jorannya.
untuk benda-benda yang luas
Contohnya o Haji Muluk mempunyai lima bidang sawah
sawah, ladang, tikar, padi.
permaidani, layar, gebar, kain
o Sebidang tikar mengkuang terbentang di
beranda rumah.
biji untuk benda-benda yang kecil o Emak membeli lima biji mangga di pasar
Contohnya
telur, bola, guli, cawan, ketupat, tani.
terung, cili o Adik telah memecahkan sebiji cawan.
bilah untuk benda-benda yang tajam o Guru silat itu sedang mengasapkan
dan runcing sebilah keris.
Contohnya
parang, pisau, kapak, keris, o Emak memasukkan benang ke dalam
tombak, jarum sebilah jarum.
buah untuk benda-benda besar dan o Ayah membelikan sebuah jam loceng
padu, tidak tentu bentuk dan untuk adik.
jenisnya
Contohnya
bandar, desa, jam, rumah, radio, o Sahabat pena saya tinggal di sebuah
lampu bandar besar di Jepun.
butir untuk benda-benda yang bulat o Polis menemukan sebutir peluru di tempat
atau kecil
Contohnya itu.
batu, beras, manik, permata, o Emak mengutip sepuluh butir telur ayam
peluru, telur dari reban.
carik/cebis untuk benda-benda yang o Andika membalut luka di betisnya dengan
dikoyakkan secarik kain.
Contohnya
kain, kertas o Joseph menulis alamat itu di atas secebis
kertas.
cubit untuk benda-benda yang o Emak menambahkan secubit garam ke
diambil sedikit dengan jari dalam masakan.
Contohnya
garam, gula, kunyit, kuih o Adik merasa secubit kuih yang baru masak
itu.
cucuk untuk benda-benda yang o Adik kekenyangan setelah makan sepuluh
dicucuk dengan lidi cucuk sate.
Contohnya
bebola ikan, sate, buah-buahan, o Azman membeli dua cucuk daging bakar di
hirisan daging pasar malam.
das untuk bunyi letupan atau o Sedas tembakan dilepaskan ke arah
tembakan pistol, senapang, dan
meriam penjahat itu.
o Tujuh das tembakan meriam dilepaskan
sempena istiadat pertabalan raja itu.
ekor untuk semua jenis binatang o Adik memelihara dua ekor arnab.
Contohnya
o Emak membeli lima ekor ikan kembung di
arnab, buaya, gajah, kucing,
ikan, cengkerik, nyamuk pasar.
gerombolan untuk kumpulan orang (orang o Pihak polis telah menahan segerombolan
jahat) perusuh dalam perhimpunan itu.
Contohnya
pengganas, penjahat, o Segerombolan pengganas ditembak oleh
perompak, perusuh, samseng pasukan tentera.
gugus untuk buah yang bertangkai dan o Zali menemukan segugus kunci semasa
benda-benda yang berkelompok bermain di padang itu.
Contohnya
anggur, langsat, kelapa sawit, o Segugus pulau mengelilingi Pulau
pulau, kunci Langkawi.
gulung untuk benda-benda yang o Jurukamera itu memasukkan segulung
bergulung filem ke dalam kameranya.
Contohnya
dawai, filem, kertas, tikar, o Emak menyandarkan dua gulung tikar di
permaidani, tali
belakang pintu bilik.
helai untuk benda-benda yang nipis o Emak mengambil sehelai tuala dari dalam
ikat dan lebar almari.
iris Contohnya
jambak kain, tuala, baju, kertas, rambut, o Beberapa helai kertas melayang ditiup
kaki rumput, daun angin.
kerat
ketul untuk benda-benda yang diikat o Nenek membeli seikat daun sirih daripada
laras Contohnya Pak Jais.
lembar kayu, papan, lidi, sayur, daun
sirih o Ayah mengambil dua ikat kayu api dari
bangsal.
untuk benda-benda yang o Aina makan tiga iris tembikai sebagai
dipotong nipis-nipis dan kecil- pencuci mulut.
kecil
Contohnya o Puan Jamilah meletakkan beberapa iris
bawang, daging, tomato, buah- tomato di atas masakannya.
buahan
o Kakak menerima sejambak bunga
untuk benda-benda yang daripada tunangnya.
bertangkai atau berangkai
Contohnya o Ayah meletakkan sejambak kunci di atas
bunga, kunci meja.
untuk benda-benda yang o Ayah membeli sekaki payung di kedai itu.
bertangkai o Puan Mariam memasukkan beberapa kaki
Contohnya
bunga, cendawan, payung cendawan ke dalam sup sayur itu.
untuk bahagian daripada benda- o Helmi makan empat kerat tebu.
benda yang dipotong o Datuk sedang membakar beberapa kerat
Contohnya
kayu, rotan, tebu ranting kayu yang patah semalam.
untuk benda-benda yang o Amira memasukkan beberapa ketul ais ke
berketul dan padu dalam gelas.
Contohnya
ais, daging, roti, kuih, sabun, o Beberapa ketul daging dimasukkan ke
tulang, arang, batu dalam sup itu.
untuk senjata api o Terdapat dua laras meriam di Bukit
Contohnya Melawati.
senapang, pistol, meriam
o Polis menemukan selaras pistol di rumah
tinggal itu.
untuk benda-benda yang o Sehari selembar benang, lama-lama
panjang dan luas bidangnya menjadi kain.
Contohnya
benang, dawai, kertas, tali, o Kakak memerlukan selembar kertas untuk
rambut membalut hadiah yang besar itu.
naskhah untuk menghitung bahan o Pelancong itu mengambil senaskhah
papan bacaan risalah dari pusat pelancongan itu.
patah Contohnya
persalinan buku, majalah, risalah, surat o Mei Hua membeli dua naskhah buku
petak khabar resipi.
pintu
potong untuk benda-benda yang o Puan Aminah membeli tiga papan petai di
pucuk berkeping pasar tani.
puntung Contohnya
coklat, mercun, petai o Kwan Meng membakar tiga papan mercun
semasa perayaan Tahun Baru Cina.
untuk kata
o Adik kecil saya sudah pandai menyebut
untuk pakaian yang lengkap beberapa patah perkataan.
untuk ruang yang o "Dipersilakan Datuk Arif untuk
bersekatsekat, luas, dan rata menyampaikan sepatah dua kata," kata
Contohnya pengerusi majlis.
tanah, sawah
o Sultan menganugerahkan sepersalinan
untuk rumah dan kedai pakaian baru kepada panglima itu.
Contohnya
rumah, kedai, berek o Pasangan pengantin itu menggayakan
beberapa persalinan pakaian tradisional.
untuk benda-benda yang
dipotong o Haji Sameon mengupah orang untuk
Contohnya mengerjakan kelima-lima petak sawahnya
daging, kuih, roti itu.
untuk senjata api dan benda- o Beberapa buah rumah dibina di atas
benda yang halus dan nipis beberapa petak tanah itu.
Contohnya
pistol, senapang, meriam, surat, o Haji Zaini mempunyai enam pintu rumah
jarum, rebung sewa.
untuk benda-benda yang o Ayah saya ada menyewakan dua pintu
berlebih daripada yang dibakar rumah kedainya kepada orang lain.
Contohnya
kayu, rokok, colok, mancis o Saya makan dua potong kuih lapis di
rumah Salina tadi.
o Sufian mengambil beberapa potong daging
masak merah sebagai lauknya.
o Emak gembira apabila menerima sepucuk
surat dari kakak.
o Nenek membeli dua pucuk rebung di pasar
tani.
o Beberapa puntung mancis bertaburan di
atas lantai.
o Nenek menjirus air ke atas beberapa
rangkap untuk puisi puntung kayu yang masih berasap.
rawan Contohnya
ruas pantun, sajak, syair o Nenek melagukan serangkap syair kepada
sikat/sisir kami.
tandan untuk benda-benda yang labuh
tongkol dan bersirat o Beliau memulakan ucapan dengan
ulas Contohnya serangkap pantun.
urat jala, jaring, pukat
utas o Datuk menjahit serawan pukat yang koyak
untuk benda-benda yangberuas di bangsal.
Contohnya
buluh, tebu, rotan o Pak Long membawa serawan jala ke
sungai.
untuk pisang
o Abang makan dua ruas tebu.
untuk buah-buahan yang o Ayah memotong seruas buluh untuk
bertandan
Contohnya membuat tabung adik.
kelapa, kelapa sawit, pinang,
pisang o Berapakah harga sesikat pisang emas ini?
o Laili membeli dua sisir pisang.
untuk tumbuhan yang buahnya
bertongkol o Setandan kelapa tua luruh setelah ditiup
Contohnya angin kuat.
jagung
o Beberapa tandan pisang telah masak di
untuk isi buah-buahan kebun.
Contohnya
cempedak, durian, limau, o Abang makan dua tongkol jagung rebus.
nangka, langsat o Ayah memetik beberapa tongkol jagung
untuk benda-benda yang halus dari kebun.
dan panjang
Contohnya o Mak Jah memberi jirannya sepuluh ulas
benang, rotan, rambut, dawai nangka.
untuk benda-benda yang o Alin makan tiga ulas durian.
panjang dan berangkaian
Contohnya o Corak itu ditekat dengan beberapa urat
dawai, rantai, tali benang emas.
o Ravind menemukan seurat rambut dalam
mi goreng itu.
o Encik Gopal mengikat pancang kayu itu
dengan seutas tali.
o Anuar terjumpa seutas rantai emas di
padang sekolah.
Komen Munsyi Bahasa
87. Penjodoh bilangan tidak boleh digunakan bersama-sama dengan kata bilangan tak tentu
kecuali beberapa.
Contohnya
a. Semua orang penduduk terlibat dalam gotong-royong itu. (✘)
Semua penduduk terlibat dalam gotong-royong itu. (✓)
b. Ada beberapa kuih lagi yang tinggal di bawah tudung saji. (✘)
Ada beberapa keping kuih lagi yang tinggal di bawah tudung saji. (✓)
88. Penjodoh bilangan tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.
Contohnya
Dia tiba-tiba
89. teringat akan sebuah kenangan lama. (✘)
Dia tiba-tiba teringat akan suatu kenangan lam
90. a. (✓)
91.
Tahun 5 Kata Sendi
Kata Sendi
1. Kata sendi ialah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau
frasa yang lain.
2. Kata sendi letaknya di hadapan kata nama atau frasa nama.
3. Kata sendi yang berbeza mempunyai tugas yang berbeza.
4. Yang berikut ialah panduan tentang penggunaan kata sendi dalam ayat.
Kata Sendi Contohnya Ayat Contoh
akan/ selepas kata adjektif yang menyatakan o Saya cinta akan negara.
kepada/ perasaan dan sikap o Kita harus hormat kepada ibu
terhadap
bapa.
o Kita perlu mengambil berat
terhadap pelajaran.
bagi/untuk untuk menentukan sesuatu yang o Hadiah itu dibelikan untuk
dari dibezakan daripada yang lain anaknya.
untuk menunjukkan tempat dan masa o Kutipan derma itu diadakan bagi
membantu mangsamangsa
kebakaran.
o Kami baru pulang dari bercuti di
Pulau Pangkor.
o Persembahan tarian itu akan
bermula dari pukul sepuluh pagi.
daripada untuk orang, perbandingan, asal o Hadiah ini pemberian daripada
kejadian, dan menunjukkan kawan baik saya.
keanggotaan
o Baju biru ini lebih cantik daripada
baju merah itu.
o Kuih bingka ini dibuat daripada ubi
kayu.
o Pasukan bola jaring itu terdiri
daripada tujuh orang pemain.
di untuk tempat o Di depan rumah saya ada sebaris
dengan kedai.
o Zakir bekerja di sebuah syarikat
penerbitan.
untuk menyatakan makna bersama- o Ramesh ke pekan dengan
sama, bandingan setara, keterangan abangnya.
cara, dan penggunaan sesuatu sebagai
alat o Maria tidak sependapat dengan
kakaknya.
hingga/sampai untuk menunjukkan peringkat masa, o Adik menerima hadiah itu dengan
tempat, dan had tertentu gembiranya.
ke untuk tempat, masa, dan benda konkrit o Ewe Meng menulis surat itu
yang tidak bernyawa dengan komputer.
kepada untuk menunjukkan orang atau kata o Program membaca bermula hari
ganti diri ini dan akan berterusan hingga
akhir bulan nanti.
oleh untuk menunjukkan perlakuan pasif
yang berawalan di- dan ter o Saya akan menemani awak
sampai di selekoh itu saja.
pada untuk menunjukkan masa, manusia,
binatang, benda abstrak, dan benda o Dia bersekolah sampai darjah
konkrit tertentu enam saja.
sebagai untuk menyatakan makna menjadi atau o Emak ke pasar dengan ayah.
selaku, seakan-akan atau seumpama o Songket masih kekal ke hari ini.
o Gelas itu terjatuh ke lantai.
o Emak memberikan sepinggan kuih
kepada jiran di sebelah rumah.
o Kalai menyerahkan surat
peletakan jawatannya kepada
majikannya.
o Dia berabang kepada saya.
o Baju kurung saya ini dijahit oleh
kakak.
o Kotak yang berat itu tidak
terangkat oleh abang.
o Bas itu akan tiba pada pukul
empat petang.
o Abang berpaut pada dahan
semasa memetik buah manggis
itu.
o Kamus itu ada pada Mastura.
o Pada pendapat saya, tindakan itu
memang wajar.
o Adik melukis gambar kapal pada
kertas itu.
o Budriz dilantik sebagai ketua
kelas.
o Sebagai seorang anak, kita
haruslah menghormati ibu bapa
kita.
o Pendiriannya tidak tetap sebagai
lalang ditiup angin.
sejak untuk menyatakan makna bermula dari o Sejak tadi lagi lelaki itu asyik
suatu jangka masa memandang ke arah saya.
seperti/
umpama/ o Nenek tidak lalu makan sejak
bak jatuh sakit.
tentang untuk menunjukkan persamaan dengan o "Buatlah kerja itu seperti yang
yang lain disuruh emak," kata Suzy kepada
adiknya.
o Suasana dalam kelas itu bising
umpama keadaan di pasar ikan.
o Puteri raja itu cantik bak bidadari.
untuk menyatakan makna mengenai o Novel itu berkisar tentang
sesuatu kehidupan remaja.
o Ucapan wakil rakyat itu tentang
perpaduan rakyat.
Komen Munsyi Bahasa
44. Kata sendi mesti diletakkan selepas kata adjektif dan kata kerja tak transitif.
Contohny
45.
a. Saya sangat sayang ibu bapa saya. (✘)
b. Saya sangat sayang akan ibu bapa saya. (✓)
c. Tisya bertemu Ariana di pasar raya tadi. (✘)
d. Tisya bertemu dengan Ariana di pasar raya tadi. (✓)
46. Kata oleh tidak boleh diikuti dengan kata kerana. Hal ini demikian kerana kata oleh mestilah diikuti
dengan kata nama atau frasa nama, sedangkan kata kerana ialah kata hubung. Bentuk yang betul ialah oleh
sebab.
Contohnya
Oleh kerana hari hujan, kami tidak dapat bermain bola di padang. (✘)
Oleh sebab hari hujan, kami tidak dapat bermain bola di padang. (✓)
47. Elakkan penggunaan kata sendi seperti dalam ruangan "Salah".
Salah Betul
Pelancong-pelancong itu daripada Korea. Pelancong-pelancong itu dari Korea.
Hadiah itu dari kakak. Hadiah itu daripada kakak.
Terendak itu dibuat dari daun mengkuang. Terendak itu dibuat daripada daun
mengkuang.
Di waktu petang, saya suka berjoging. Pada waktu petang, saya suka berjoging.
Pen kamu ada dengan Fuzi. Pen kamu ada pada Fuzi.
Gelas kaca itu jatuh terhempas di lantai. Gelas kaca itu jatuh terhempas ke lantai.
Buku itu sudah saya pulangkan ke Buku itu sudah saya pulangkan kepada
pustakawan. pustakawan.
Puan Maria tertarik dengan kehalusan songket Puan Maria tertarik oleh kehalusan songket
itu. itu.
Terima kasih di atas bantuan kamu. Terima kasih atas bantuan kamu.
Kejadian itu meninggalkan kenangan pahit ke Kejadian itu meninggalkan kenangan pahit
atas dirinya. kepada dirinya.
48.
Tahun 5 Kata Adjektif
Kata Adjektif
1. Kata adjektif dikenal juga sebagai kata sifat.
2. Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu benda, orang,tempat, binatang,
dan sebagainya.
3. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan darjah amat, paling, sangat, dan sebagainya
yang bertugas sebagaipenguat.
4. Ada kata penguat yang boleh diletakkan di belakang dan ada yang boleh diletakkan di depan
kata adjektif.
Contohnya
a. cantik sekali
b. paling besar
5. Ada juga kata penguat yang boleh diletakkan di depan atau di belakang kata adjektif.
Contohnya
a. sangat elok
b. elok sangat
6. Yang berikut ialah jenis-jenis kata adjektif dan contoh-contohnya.
Jenis yang Contoh Kata Adjektif Ayat Contoh
menerangkan… bijak
sifat keadaan kaya o Dialah pelajar paling bijak dalam kelas
saya.
sifat warna hijau
merah o Haji Isa bukan saja kaya, tetapi baik hati
sifat ukuran juga.
panjang
sifat bentuk tinggi o Kakak memakai baju berwarna hijau.
o Kereta Encik Azril berwarna merah
sifat jarak bengkok
sifat waktu leper metalik.
sifat perasaan
dekat o Siew Lai mengikat rambutnya yang
jauh panjang.
awal o Pokok kelapa itu sangat tinggi.
lama
o Tiang lampu itu bengkok dilanggar
sayang kereta.
o Tin-tin itu diketuk supaya menjadi leper.
o Rumahnya dekat dengan rumah saya.
o Kedai itu tidak jauh dari sini.
o Dila sampai awal ke tempat kerja.
o Sudah lama dia menunggu kamu di sini.
o Adik sangat sayang akan kucingnya.
sifat cara rindu o Kami rindu akan nenek di kampung.
sifat cermat o Rajini seorang yang cermat berbelanja.
pancaindera sopan o Puan Lia tertarik oleh sikap Nisa yang
wangi sopan.
pahit
o Wangi sungguh bau nasi minyak ini.
o Ubat ini pahit rasanya.
Komen Munsyi Bahasa
Kata penguat ter-, paling, dan sekali tidak boleh diletakkan di depan dan di belakang kata adjektif
sekali gus. Perhatikan contoh-contoh dalam jadual di bawah ini.
Salah Betul
o terbesar sekali o terbesar
o besar sekali
o terdahsyat sekali o terdahsyat
o dahsyat sekali
o paling sayang sekali o paling sayang
o sayang sekali
o paling nyaring sekali o paling nyaring
o nyaring sekali
Tahun 5 Kata Kerja
Kata Kerja
1. Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perbuatan atau perlakuan.
2. Kata kerja biasanya ditandai oleh imbuhan-imbuhan seperti ber-, men-,ter-, dan sebagainya.
3. Kata kerja terbahagi kepada:
a. kata kerja tak transitif;
b. kata kerja transitif; dan
c. kata kerja pasif.
Kata Kerja Tak Transitif
1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dengan maknanya yang
lengkap.
2. Kata kerja tak transitif tidak memerlukan objek atau penyambut.
3. Kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu:
a. asal
Contohnya
Rakesh belum balik lagi.
Adik sedang tidur.
Tayar kereta itu kempis.
b. berimbuhan
Contohnya
Daun-daun berguguran.
Gadis itu tersenyum.
Kapal terbang itu akan mendarat.
4. Contoh-contoh lain bagi kata kerja tak transitif:
ada datang gugur koyak
bangun demam habis lari
hilang luruh
batal diam ikut maju
buntu duduk jaga
carik faham kalah masuk
cicir gagal roboh
5.
Kata Kerja Transitif
1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk membentuk ayat yang
lengkap.
2. Objek yang menyertai kata kerja transitif itu mestilah frasa nama.
Contohnya
Emak menggoreng ikan.
a. menggoreng – kata kerja transitif
b. ikan – objek
3. Kata kerja transitif menerima imbuhanimbuhan yang berikut:
a. awalan men-
Ali menendang bola itu.
b. apitan men...i
Kamu dilarang mendekati kawasan lombong itu.
c. apitan men...kan
Zaki akan meneruskan pengajiannya di luar negara.
d. awalan rangkap memper-
Encik Bahar bercadang untuk memperbesar rumahnya.
e. apitan memper...i
Ashwin ingin mempelajari seni pertahanan diri.
f. apitan memper...kan
Adik tekun memperhatikan nenek menganyam ketupat.
4. Contoh-contoh lain bagi kata kerja transitif:
makan memerahkan
minum mendekatkan
melukis mengesahkan
mencuci membasahi
mengecat
membaca menjauhi
menggosok menghinggapi
mengajarkan mempersenjatai
mempersatukan
Kata Kerja Pasif
1. Kata kerja pasif terjadi daripada kata kerja transitif yang awalan men-nya ditiadakan.
Contohnya: ambil, atasi, berikan, percepat, peringati, perhatikan, dan sebagainya.
2. Ada tiga jenis kata kerja pasif, iaitu:
a. kata kerja pasif diri pertama;
b. kata kerja pasif diri kedua; dan
c. kata kerja pasif diri ketiga.
3. Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja yang berimbuhan ku-.
Contohnya
kuambil kuberikan
kududuki kuperoleh
kupelajari kupersilakan
4.
5. Kata kerja pasif diri kedua ialah kata kerja yang berimbuhan kau-.
Contohnya
kauambil kauberikan
kaududuki kauperoleh
kaupelajari kaupersilakan
6.
7. Kata kerja pasif diri ketiga ialah kata kerja yang berimbuhan di-.
Contohnya
diambil diberikan
diduduki diperoleh
dipelajari dipersilakan
8.
Komen Munsyi Bahasa
1. Kata kerja tak transitif yang berawalan ber-, atau men-, atau ter- tidak boleh ditiadakan
awalannya.
Contohnya
a. Malik tanya kepada Kamal. (✘)
Malik bertanya kepada Kamal. (✓)
b. Kakak senyum kepada emak. (✘)
Kakak tersenyum kepada emak. (✓)
2. Kecuali kata makan dan minum, semua kata kerja transitif dalam ayat aktif tidak boleh tidak
berawalan men-.
Contohnya
a. Farish gemar pancing ikan. (✘)
Farish gemar memancing ikan. (✓)
b. Emak goreng ikan itu. (✘)
Emak menggoreng ikan itu. (✓)
3. Kata-kata lain tidak boleh diletakkan di antara kata ganti diri pertama dan kedua dengan kata
kerja pasif.
Contohnya
a. Baju itu saya akan basuh. (✘)
Baju itu akan saya basuh. (✓)
b. Kerja rumah saya sudah siapkan. (✘)
Kerja rumah sudah saya siapkan. (✓)
4. Kata kerja pasif yang tidak berawalan di- tidak boleh digunakan untuk diri ketiga.
Contohnya
a. Surat khabar itu ayah beli. (✘)
Surat khabar itu dibeli oleh ayah. (✓)
b. Buah tembikai itu Pak Mat yang tanam. (✘)
Buah tembikai itu ditanam oleh Pak Mat. (✓)
Tahun 5 Kata Keterangan
Kata Keterangan
1. Kata keterangan ialah kata yang menerangkan kata adjektif, kata kerja, dan kata
keterangan yang lain.
2. Tugas kata keterangan ialah sebagai keterangan yang ditambahkan pada predikat ayat.
Contohnya
a. Air milo ini sangat manis.
(Kata keterangan sangat menerangkan kata adjektif manis.)
b. Laili sedang menjemur pakaian di ampaian.
(Kata keterangan sedang menerangkan kata kerja menjemur.)
3. Kata keterangan terdiri daripada beberapa jenis. Lihat jadual di bawah ini.
Jenis Kata Penggunaan dan Contohnya Ayat Contoh
Keterangan
untuk menerangkan cara o "Tidak elok bercakap begitu
Kata Contohnya kepada orang tua-tua," kata
Keterangan begitu, begini, betapa, demikian, dan emak.
Cara sebagainya
o Dia berkata demikian untuk
mengelakkan dirinya daripada
dituduh.
Kata untuk menerangkan masa o Kami akan bercuti ke Pulau
Keterangan Contohnya Langkawi esok.
Masa akan, belum, kadang-kadang, kelak, lagi,
masih, pernah, sebentar, sedang, sejurus, o Murugan selalu ponteng
sekarang, seketika, selalu, senantiasa, sekolah.
sudah, telah, dan sebagainya
o Dia masih berada di situ sejak
tadi.
o Nenek sedang berkebun di
belakang rumah.
o Saya hendak ke kedai
sekejap.
Kata untuk menanyakan cara, keadaan, masa, o Bagaimanakah awak
Keterangan dan sebab mendapat luka ini?
Tanya Contohnya
bagaimana, bila, dan mengapa o Bilakah datuk sampai dari
kampung?
o Mengapakah kakak
menangis?
Kata untuk menerangkan darjah kata adjektif o Sedap betul masakan emak
Keterangan Contohnya awak.
Darjah agak, amat, betul, nian, paling, sangat,
sekali, dan sebagainya o Suasana di atas Bukit Fraser
itu sejuk nian.
o Anuarlah murid yang paling
tinggi dalam kelas kami.
Kata untuk menerangkan sesuatu yang belum o Emak gembira sekali
Keterangan pasti mendengar berita itu.
Tak Tentu Contohnya
agaknya, barangkali, entah-entah, mungkin, o Barangkali Rajan tiada di
dan sebagainya rumahnya.
Kata untuk menafikan atau untuk menyangkal o Bas itu mungkin sudah
Keterangan Contohnya bertolak sekarang.
Nafi bukan, tak, dan tidak
o Entah-entah dia yang
mengambil buku kamu itu.
o Saya tidak mengenali mereka.
o Dia bukan sepupu saya.
o "Adik tak suka makan ubat
yang pahit itu," kata adik.
Komen Munsyi Bahasa
21. Kata keterangan masa seperti akan, belum, kelak, masih, sedang, dan sebagainya dikenal
juga sebagai kata bantu bagi frasa kerja dan frasa adjektif.
22. Kata keterangan darjah seperti agak, amat, paling, sangat, dan sebagainya dikenal juga
sebagai kata penguat yang menjadi penanda kata adjektif.
23. Perhatikan penggunaan kata keterangan darjah berdasarkan contoh-contoh dalam jadual di
bawah ini.
Salah Betul
Suasana dalam kelas itu paling bising Suasana dalam kelas itu bising sekali.
sekali. Bau bunga mawar itu wangi nian.
Bau bunga mawar itu nian wangi.
Rumah Tuk Penghululah paling terbesar Rumah Tuk Penghululah paling besar di
di kampung ini. kampung ini.
Baju merah inilah yang tercantik sekali. Baju merah inilah yang tercantik.
24.
Tahun 5 Kata Perintah
Kata Perintah
1. Kata perintah ialah kata yang digunakan supaya seseorang mematuhi sesuatu, iaitu:
a. perintah;
b. arahan;
c. larangan;
d. silaan; dan
e. permintaan.
2. Contoh-contoh kata perintah ialah:
a. harap;
b. jangan;
c. jemput;
d. minta;
e. sila;
f. tolong; dan
g. usah.
3. Perhatikan contoh kata perintah serta penggunaannya dalam ayat seperti dalam jadual di
bawah ini.
Kata Perintah Penggunaan Ayat Contoh
harap permintaan Harap anda semua dapat bersabar.
jangan Jangan pijak rumput.
jemput larangan Jemput makan.
minta silaan Minta perhatian semua.
sila Sila duduk.
tolong permintaan Tolong ambilkan penyapu itu.
usah silaan Usah bertengkar lagi.
perintah
larangan
Tahun 5 Kata Hubung dan Penanda Wacana
Kata Hubung
1. Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa
dengan frasa, dan ayat dengan ayat.
2. Kata hubung terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
a. kata hubung gabungan;
b. kata hubung pancangan;
c. kata hubung berpasangan.
3. Contohnya
a. Ayah membeli papan dan paku. (penggabungan kata)
b. Salina kurus tetapi kuat makan. (penggabungan frasa)
c. Kami tidak dapat bermain bola kerana hari hujan. (penggabungan klausa dengan
klausa)
Kata Hubung Gabungan
1. Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan sepatah
kata dengan sepatah kata, atau satu frasa dengan satu frasa, atau satu klausa dengan satu
klausa.
2. Yang berikut ialah contoh-contoh kata hubung gabungan berserta ayat contohnya.
Contoh Ayat Contoh
atau, dan, lalu, lantas, maka,
sambil, serta, tetapi 1. Kami akan pulang ke kampung esok atau lusa.
2. Emak membeli ikan dan sayur di pasar.
Kata Hubung Pancangan 3. Kakak bangun lalu membuka tingkap.
4. Nenek ke dapur lantas memasak.
5. Kaki adik luka maka dia pun menangis.
6. Ayah membaca surat khabar sambil minum kopi.
7. Lim serta abangnya memancing ikan.
8. Gunalan rajin tetapi adiknya pemalas.
1. Kata hubung pancangan ialah kata hubung yang digunakan untuk memancangkan satu
klausa dengan satu klausa yang lain.
2. Yang berikut ialah contoh-contoh kata hubung pancangan berserta ayat contohnya.
Contoh Ayat Contoh
agar, andaikata, apabila, 1. Saya berharap agar kakak selamat sampai di sana.
bahawa, biarpun, hingga, jika, 2. Pak Ngah sampai ketika kami sedang bersarapan.
kerana, ketika, lantaran, 3. Andaikata kamu ke sana, singgahlah ke rumah dia.
meskipun, sebelum, sejak, 4. Pegawai itu dipecat kerana pecah amanah.
sehingga, sekiranya, selagi, 5. Sejak tadi lagi dia menunggu kamu di situ.
selama, sementara, setelah, 6. Selagi kerja rumah tidak siap, kamu tidak dibenarkan keluar
sewaktu, sungguhpun, supaya,
tatkala, walaupun, dan untuk bermain.
sebagainya 7. Abang sudah memaklumkan bahawa dia akan balik esok.
8. Ayah membaca majalah sementara menunggu emak
bersiap.
9. Sungguhpun nenek sudah tua, dia masih rajin berkebun.
10. Kamil tetap akan mengusahakan tanah itu biarpun pelbagai
rintangan terpaksa dihadapi.
Kata Hubung Berpasangan
1. Kata hubung berpasangan ialah kata hubung yang digunakan secara berpasang-pasangan
dalam ayat.
2. Yang berikut ialah contoh-contoh kata hubung berpasangan berserta ayat contohnya.
Contoh Ayat Contoh
baik...ataupun, baik...baik, 1. Baik Laili mahupun Laila tidak suka akan durian.
baik...mahupun, bukan 2. Kamelia bukan saja cantik bahkan juga berbudi bahasa
saja...bahkan juga, bukan
saja...tetapi juga, orangnya.
daripada...lebih baik, 3. Ramu entah datang entah tidak ke sekolah hari ini.
entah...entah, jangankan...pun, 4. Jangankan makan, minum pun adik tidak mahu.
kian...kian, makin...makin, 5. Baik dia baik kamu sama saja degilnya.
sama ada...ataupun, 6. Pak Muin kian hari kian kurus sejak jatuh sakit.
sedangkan...apatah lagi, 7. Mereka bukan saja mengutip derma, tetapi juga memberikan
semakin...semakin, dan
sebagainya bantuan kepada mangsa tsunami itu.
8. Daripada kamu termenung, lebih baik kamu menolong ibu di
dapur.
9. Sungguhpun badan Ali kecil, tetapi dia seorang yang berani.
10. Sedangkan ayah tidak terangkat kotak itu, apatah lagi emak.
Komen Munsyi Bahasa
11. Kata hubung gabungan apabila tidak boleh dipendekkan menjadi kata bila. Kata apabila
menunjukkan waktu, sedangkan kata bila merupakan kata tanya.
Contohnya
Bila bertemu, mereka pasti bertengkar. (✘)
Apabila bertemu, mereka pasti bertengkar. (✓)
12. Kata hubung bahawa tidak boleh digantikan dengan kata yang.
Contohnya
Cikgu Azam menerangkan yang murid tadi telah dibawa ke hospital. (✘)
Cikgu Azam menerangkan bahawa murid tadi telah dibawa ke hospital. (✓)
Penanda Wacana
1. Penanda wacana ialah kata atau rangkai kata yang menghubungkan ayat.
2. Penanda wacana digunakan dalam perenggan yang sama atau perenggan yang baru supaya
ayat-ayat menjadi lebih teratur dan mempunyaikesinambungan antara satu perenggan
dengan perenggan yang seterusnya.
3. Yang berikut ialah contoh-contoh penanda wacana berserta ayat contohnya.
Contoh Ayat Contoh
biarpun demikian, di samping 1. Kehidupan Pak Yob sungguh miskin. Biarpun demikian, dia
itu, justeru, lebih-lebih lagi, tidak pernah meminta sedekah daripada orang ramai.
meskipun demikian, namun
begitu, oleh itu, oleh sebab itu, 2. Encik Chu mengusahakan ladang sayur-sayuran. Di
sehubungan dengan itu, selain samping itu, dia juga menternak ikan air tawar.
itu, tambahan pula, walau
bagaimanapun, walaupun 3. Fauzi seorang pelajar yang cemerlang. Oleh sebab itu, dia
begitu, dan sebagainya dipilih sebagai Tokoh Murid.
4. Joseph terlibat dalam kemalangan jalan raya. Walau
bagaimanapun, dia bernasib baik kerana mengalami cedera
ringan saja.
5. Yasin terpaksa berhenti sekolah untuk membantu emaknya.
Lebih-lebih lagi, ayahnya juga telah meninggal dunia.
Tahun 5 Kata Seru
Kata Seru
1. Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang seperti geram,
hairan, marah,sakit, sedih, takut, terperanjat, dan sebagainya.
2. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan, iaitu dengan nada
meninggi atau nadamenurun.
3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
4. Yang berikut ialah contoh-contoh kata seru berserta penggunaannya dan ayat contoh.
Kata Seru Penggunaannya Ayat Contoh
aduh
untuk menyatakan perasaan hairan atau o Aduh, cantiknya cincin berlian
sakit itu!
o Aduh, sakitnya perutku ini!
aduhai untuk menyatakan perasaan sedih o Aduhai, malangnya nasibku
hari ini!
o Aduhai, pilunya hatiku!
ah untuk menyatakan tidak setuju atau o Ah, kata-katamu itu dusta
menolak sesuatu
belaka!
o Ah, aku tidak percaya!
amboi/wah untuk menyatakan perasaan hairan atau o Wah, tingginya pokok itu!
kagum o Amboi, comelnya anak
kanggaru itu!
cis/cih untuk menyatakan perasaan marah atau o Cis, berani engkau mencabar
benci aku!
o Cih, kurang ajar betul budak
itu!
eh untuk menyatakan perasaan hairan atau o Eh, cepatnya kamu sampai
terkejut
ke sini!
o Eh, kamu rupanya!
hai untuk menyapa seseorang atau menarik o Hai, lama kita tidak bertemu!
perhatian
o Hai, lihatlah telatah adikmu
itu!
nah untuk menarik perhatian atau o Nah, inilah masanya!
memberikan sesuatu o Nah, ambillah buku kamu ini
semula!
oh untuk menyatakan perasaan kecewa, o Oh, saya tidak tahu akan hal
wahai hairan, terkejut, dan sebagainya itu!
o Oh, pandainya adik awak!
untuk menyatakan perasaan sedih atau
untuk menarik perhatian o Wahai kawan-kawanku,
segeralah bertaubat!
o Wahai anakku, usahlah
bersedih!
Tahun 5 Kata Pemeri dan Kata Penegas
Kata Pemeri
1. Kata pemeri ialah kata yang menceritakan atau memerikan subjek dalam sesuatu ayat.
2. Kata pemeri terdiri daripada ada, adalah, dan ialah.
3. Kata pemeri ada diletakkan sebelum frasa kerja, kata adalah diletakkan sebelum frasa
adjektif dan frasa sendi nama, manakala kata ialah diletakkan sebelum frasa nama.
4. Ayat contoh:
a. Adi ada menyatakan perkara itu kepada saya.
b. Majlis itu adalah untuk meraikan hari jadi adik.
c. Kami ialah anak saudara Pak Cik Man.
Kata Penegas
1. Kata penegas digunakan untuk menguatkan atau menegaskan ayat.
2. Contoh kata penegas ialah hanya, pun, juga, lagi, memang, saja, -kah, -lah, dan -tah.
3. Ayat contoh:
a. Hanya Arif yang tidak hadir pada hari ini.
b. Kereta baru itu memang mahal.
c. Sesiapa pun boleh menyertai peraduan itu.
d. Tuhan, apatah dayaku!
e. Siapakah yang datang tadi?
f. Inilah rumah saya.
Tahun 5 Pengimbuhan
Akhiran
Akhiran -an
Bentuk Akhiran -an
Kata yang berakhiran -an dapat dibentuk dengan mengimbuhkan akhiran -an pada kata dasar.
Contohnya
baca → baca.an
senyum → senyum.an
kotor → kotor.an
Tugas Akhiran -an
a. untuk membentuk kata nama daripada kata-kata lain dalam pelbagai kelas.
Contohnya
Kata Nama Kata Nama
duri durian
laut lautan
rambut rambutan
b.
Kata Adjektif Kata Nama
bulat bulatan
kotor kotoran
manis manisan
c.
Kata Kerja Kata Nama
bangun bangunan
makan makanan
pecah pecahan
d.
e. untuk membentuk kata bilangan himpunan.
Contohnya
Kata Dasar Kata Bilangan Himpunan
belas belasan
ratus ratusan
f.
Makna Akhiran -an
Akhiran -an menyatakan beberapa makna, iaitu:
a. sesuatu yang bersifat seperti yang tersebut pada kata dasar
lapangan = sesuatu yang lapang
manisan = sesuatu yang manis
b. • Puan Jeya menghidangkan manisan kepada tetamunya.
c. hasil perbuatan dengan kata kerja tak transitif
fikiran = hasil daripada berfikir
tangisan = hasil daripada menangis
d. • Tangisan kanak-kanak itu sungguh menyayat hati kami.
e. hasil perbuatan dengan kata kerja transitif
pukulan = hasil perbuatan memukul
tulisan = hasil perbuatan menulis
f. • Tulisan Raju seperti cakar ayam.
g. sesuatu atau seseorang yang diperlakukan
jemuran = sesuatu yang dijemur
utusan = seseorang yang diutus
h. • Lelaki itu ialah utusan Raja Parsi.
i. tempat mengerjakan
ampaian = tempat mengampaikan
buaian = tempat membuai
j. • Adik tidak tidur di dalam buaian.
k. alat untuk mengerjakan
mainan = alat untuk bermain
timbangan = alat untuk menimbang
l. • Timbangan Pak Daud sudah rosak.
m. beberapa
belasan = beberapa belas
ribuan = beberapa ribu
n. • Ribuan kelip-kelip berterbangan.
Akhiran -man, -wan, -wati, & -ita
Bentuk Akhiran -man, -wan, -wati, & -ita
Kata yang berakhiran -man, -wan, -wati, dan -ita dapat dibentuk dengan mengimbuhkan akhiran itu
pada kata lain yang menjadi dasarnya.
Kata Dasar Akhiran Kata Terbitan
budi -man budiman
biduan -ita biduanita
cendekia -wan cendekiawan
seni -wati seniwati
Tugas Akhiran -man, -wan, -wati, & -ita
Tugas akhiran -man, -wan, -wati, dan -ita adalah untuk membentuk kata nama daripada kata nama
atau kata adjektif, atau membentuk kata adjektif daripada kata nama.
Contohnya
Kata Dasar dan Kelasnya Kata Terbitan dan Kelasnya
bangsa (kata nama) bangsawan (kata nama)
biduan (kata nama) biduanita (kata nama)
cendekia (kata adjektif)
cendekiawan (kata nama)
Makna Akhiran -man, -wan, -wati, & -ita
1. Akhiran -man atau -wan menyatakan beberapa makna, iaitu:
a. orang yang ahli dalam sesuatu hal
bahasawan = orang yang ahli dalam hal-hal bahasa
budayawan = orang yang ahli dalam hal-hal budaya
• Azah Aziz merupakan budayawan yang terkenal.
b. orang yang ber-...
budiman = orang yang berbudi
hartawan = orang yang berharta
• Beliaulah hartawan di sini.
c. orang yang bekerja atau bergiat dalam bidang tertentu
wartawan = orang yang bekerja dalam bidang warta berita
usahawan = orang yang bergiat dalam bidang perusahaan
• Wartawan itu sedang menemu ramah menteri itu.
2. Akhiran -wati digunakan untuk membentuk kata nama orang perempuan.
Contohnya
seniwati dan peragawati.
Apitan
Apitan ke…an
Bentuk Apitan ke...an
Kata yang berapitan ke...an dapat dibentuk dengan mengimbuhkan awalan ke- dan akhiran -an pada
kata dasar.
Contohnya
ke.ahli.an, ke.baik.an, dan ke.laku.an.
Tugas Apitan ke...an
1. Apitan ke...an bertugas untuk membentuk kata nama daripada katakata lain dalam pelbagai
kelas.
Contohnya
Kata Dasar dan Kelasnya Kata Nama
agama (kata nama) keagamaan
aku (kata ganti) keakuan
duduk (kata kerja asal) kedudukan
gemar (kata adjektif) kegemaran
2.
3. Apitan ke...an dapat juga bertugas untuk membentuk kata kerja pasif. Contohnya:
kebanjiran, keguguran, kedinginan, dan sebagainya.
Makna Apitan ke...an
Apitan ke...an mempunyai beberapa makna, iaitu:
a. tempat... bertugas atau daerah...
kedutaan = tempat duta bertugas
kerajaan = daerah raja
• Kedutaan Amerika di Indonesia telah diserang minggu lalu.
b. hal tentang sesuatu
kebudayaan = hal tentang budaya
kemanusiaan = hal tentang manusia
• Pameran kebudayaan itu akan diadakan di Melaka.
c. keadaan atau sifat...
kecinaan = bersifat cina
kewanitaan = bersifat wanita
• Wajah pelakon itu agak kecinaan.
d. tempat yang di...i...
kediaman = tempat yang didiami
ketiduran = tempat yang ditiduri
• Kediaman Datuk Fuad telah dicerobohi semalam.
e. sesuatu atau seseorang yang di...kan...
kesayangan = sesuatu atau seseorang yang disayangi
kewajipan = sesuatu yang diwajibkan
• Awatif merupakan anak kesayangan ibu bapanya.
f. perihal...
kedatangan = perihal datang
kejatuhan = perihal jatuh
• Pak Ngah sekeluarga menyambut kedatangan kami dengan gembira.
Apitan ber...an
Bentuk Apitan ber...an
Kata yang berapitan ber...an dapat dibentuk dengan mengimbuhkan awalan ber- dan akhiran -an
pada kata dasarnya.
Contohnya
cicir → ber.cicir.an
damping → ber.damping.an
gugur → ber.gugur.an
salam → ber.salam.an
Tugas Apitan ber...an
Apitan ber...an bertugas sebagai pembentuk kata kerja tak transitif.
Contohnya
a. Daun-daun berguguran.
b. Bintang-bintang bertaburan di angkasa.
Makna Apitan ber...an
Apitan ber...an mempunyai beberapa makna, iaitu:
a. banyak yang berbuat atau yang berlaku
bergayutan = banyak yang bergayut
berguguran = banyak yang gugur
• Dedaun kering berguguran di halaman rumah.
b. berlaku merata-rata atau ke mana-mana
berlarian = berlari ke mana-mana
bertaburan = bertabur merata-rata
• Nasi itu bertaburan di lantai.
c. dalam keadaan...
berhampiran = dalam keadaan hampir
berjauhan = dalam keadaan jauh
• Rumah Syuhaiba terletak berhampiran dengan sekolah.
d. saling melakukan...
berasak-asakan = saling mengasak
berdakap-dakapan = saling mendakap
• Mereka berasak-asakan ketika membeli tiket perlawanan bola sepak itu.
Apitan ber...kan
Bentuk Apitan ber...kan
1. Kata yang berapitan ber...kan dapat dibentuk dengan mengimbuhkan awalan ber- dan
akhiran -kan pada kata dasarnya.
Contohnya
ber.asas.kan, ber.bantal.kan, ber.dasar.kan, dan ber.suami.kan.
2. Akhiran -kan pada kata yang berapitan ber...kan ialah kependekan kata sendi akan yang
dapat mewakili kata sendi yang lain seperti dengan, kepada, pada, dan tentang.
Tugas Apitan ber...kan
Apitan ber...kan bertugas untuk membentuk kata kerja tak transitif.
Makna Apitan ber...kan
Kata kerja tak transitif yang berapitan ber...kan sama maknanya dengan kata kerja tak transitif
berawalan ber- yang disertai kata sendi dengan, pada, dan tentang.
Contohnya
berdasarkan laporan = berdasar pada laporan
• Lelaki itu ditangkap berdasarkan laporan tersebut.
bersenjatakan parang = bersenjata dengan parang
• Orang yang mengamuk itu bersenjatakan parang.
bertanyakan khabar = bertanya tentang khabar
• Anis menelefon ibunya untuk bertanyakan khabar.
Komen Munsyi Bahasa
Kata yang berapitan ber...kan yang mewakili kata sendi akan, dengan, pada, dan tentang tidak perlu
diikuti dengan kata sendi.
Contohnya
a. bertanyakan tentang khabar (✘)
bertanyakan khabar (✓)
b. berdasarkan pada keterangan (✘)
berdasarkan keterangan (✓)
Apitan ter...kan & ter...i
Bentuk Apitan ter...kan & ter...i
Apitan ter...kan dan ter...i dapat dibentuk dengan mengimbuhkan awalan ter- dan akhiran -kan atau -
i pada kata dasarnya.
Contohnya
ter.kata.kan dan ter.penuh.i.
Tugas Apitan ter...kan & ter...i
Tugas apitan ter...kan dan ter...i adalah untuk membentuk kata kerja pasif.
Makna Apitan ter...kan & ter...i
1. Apitan ter...kan dan ter...i menyatakan keupayaan dengan makna dapat di...kan dan dapat
di...i.
2. Pada umumnya, apitan ter...kan dan ter...i digunakan dengan penyertaan kata nafi tidak atau
tak.
Contohnya
tak terbayangkan = tak dapat dibayangkan
tak terpenuhi = tak dapat dipenuhi
• Kejadian ngeri itu tak terbayangkan.
Apitan men...kan
Bentuk Apitan men...kan
Kata yang berapitan men...kan dapat dibentuk dengan mengimbuhkan awalan men- dan akhiran -kan
pada kata dasarnya.
Contohnya
mem.betul.kan, men.cari.kan, me.lupa.kan, dan sebagainya.
Tugas Apitan men...kan
1. Apitan men...kan bertugas untuk membentuk kata kerja transitif daripada kata-kata atau
frasa-frasa lain dalam pelbagai kelas.
Contohnya
Kata Dasar dan Kelasnya Kata Kerja Transitif
buku (kata nama) membukukan
dua (kata bilangan) menduakan
jatuh (kata kerja asal) menjatuhkan
ke tepi (frasa sendi) mengetepikan
2.
3. Awalan men- pada apitan men...kan bertugas sebagai penanda ayat aktif.
Makna Apitan men...kan
Apitan men...kan menyatakan beberapa makna, iaitu:
a. menjadikan…
menyatukan = menjadikan satu
menduakan = menjadikan dua
• Majlis itu berjaya menyatukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
b. menjadikan... sebagai…
mencalonkan = menjadikan seseorang sebagai calon
menghadiahkan = menjadikan sesuatu sebagai hadiah
• Gunalan mencalonkan Chong Beng sebagai pengerusi persatuan.
c. memasukkan ke dalam...
memenjarakan = memasukkan ke dalam penjara
menabungkan = memasukkan ke dalam tabung
• Pihak polis telah memenjarakan pesalah itu.
d. membawa...
melarikan = membawa lari
menurunkan = membawa turun
• Kucing itu melarikan seekor ikan.
e. membawa ke...
mendaratkan = membawa ke darat
meningkatkan = membawa ke tingkat
• Jepun telah mendaratkan tenteranya di Kota Bharu.
f. menyebabkan...
mendatangkan = menyebabkan datang
menaikkan = menyebabkan naik
• Alif sedang menaikkan bendera.
g. menyebabkan berlaku
mendirikan = menyebabkan berdiri
menghentikan = menyebabkan berhenti
• Penduduk kampung itu bekerjasama mendirikan balai raya.
h. menyebabkan jadi...
membesarkan = menyebabkan jadi besar
mencurigakan = menyebabkan jadi curiga
• Gerak-geri pemuda itu amat mencurigakan.
i. melakukan perbuatan untuk seseorang
membawakan = membawa untuk seseorang
menjahitkan = menjahit untuk seseorang
• Nathan membawakan Kit Keong buah tangan.
j. menganggap...
membenarkan = menganggap benar
menyalahkan = menganggap salah
• Rosina menyalahkan Farah dalam pertengkaran itu.
k. menggunakan sesuatu sebagai alat untuk melakukan perbuatan
memukulkan (tongkat) = menggunakan tongkat sebagai alat untuk memukul
menindihkan (buku) = menggunakan buku sebagai alat untuk menindih
• Orang tua itu memukulkan tongkat pada anjing yang menyerangnya.
Apitan men...i
Bentuk Apitan men...i
Kata yang berapitan men...i dapat dibentuk dengan mengimbuhkan awalan men- dan akhiran -i pada
kata dasarnya.
Contohnya
me.lalu.i, mem.batu.i, dan meng.hindar.i.
Tugas Apitan men...i
1. Apitan men...i bertugas untuk membentuk kata kerja transitif daripada kata-kata lain dalam
pelbagai kelas.
Contohnya
Kata Dasar dan Kelasnya Kata Kerja Transitif
batu (kata nama) membatui
duduk (kata kerja tak transitif) menduduki
memenuhi
penuh (kata adjektif)
2.
3. Awalan men- pada kata yang berapitan men...i bertugas sebagai penanda ayat aktif.
4. Akhiran -i pada kata yang berapitan men...i bertugas untuk menggantikan kata sendi seperti
akan, dengan, di, ke, kepada, tentang, dan terhadap.
Contohnya
mengakui = mengaku akan/ tentang
menempati = bertempat di
mendekati = berdekatan dengan
Makna Apitan men...i
Apitan men...i menyatakan beberapa makna, iaitu:
a. memberikan... kepada
menganugerahi = memberikan anugerah kepada
membebani = memberikan beban kepada
• Masalah itu membebani fikirannya.
b. menjadi... di/pada
membanjiri = menjadi banjir di
memagari = menjadi pagar pada
• Pohon-pohon buluh memagari kawasan rumahnya.
c. mengalami sifat... akan atau terhadap
mencurigai = mengalami sifat curiga terhadap
menyayangi = mengalami sifat sayang akan
• Pak Salim amat menyayangi anak-anaknya.
d. memberikan sifat... kepada
mengotori = memberikan sifat kotor kepada
memenuhi = memberikan sifat penuh kepada
• Murid-murid memenuhi dewan sekolah.
e. melakukan perbuatan... di
melalui = melakukan perbuatan lalu di
menuruni = melakukan perbuatan turun di
• Nasrul menuruni bukit itu.
f. melakukan berkali-kali
menghalangi = menghalang berkalikali
menikami = menikam berkali-kali
• Penjahat itu menikami lawannya.
g. memperlakukan dengan sifat...
mengasari = memperlakukan dengan sifat kasar
mengerasi = memperlakukan dengan sifat keras
• Ayah tidak pernah mengasari saya.
Apitan per...an
Bentuk Apitan per...an
Bentuk apitan per...an sekeluarga dengan bentuk apitan pe...an dan pel...an. Ini bererti bahawa kata-
kata yang berapitan per...an ada hubungannya dengan kata-kata yang berawalan ber-, be-, dan bel-.
Contohnya
ber.damai → per.damai.an
ber.langgar → per.langgar.an
be.kerja → pe.kerja.an
bel.ajar → pel.ajar.an
Tugas Apitan per...an
Apitan per...an bertugas untuk membentuk kata nama daripada kata kerja yang berawalan ber- atau
daripada kata lain yang ada hubungannya dengan kata dasar. Contohnya:
Kata Kerja Kata Nama
berdamai
bekerja perdamaian
pekerjaan
belajar pelajaran
Makna Apitan per...an
Apitan per...an menyatakan beberapa makna, iaitu:
a. hal ber-...
perbuatan = hal berbuat
persahabatan = hal bersahabat
b. •Persahabatan mereka berdua sungguh akrab.
c. hasil perbuatan ber- atau memper-
pelajaran = hasil belajar atau mempelajari
pertunjukan = hasil mempertunjukkan
d. • Pertunjukan haiwan itu bermula pada pukul 10.30 pagi.
e. sesuatu yang di-...
percubaan = sesuatu yang dicuba
permintaan = sesuatu yang diminta
f. • Sook Wah akan memenuhi permintaan ibunya itu.
g. tempat berbuat sesuatu
perhentian = tempat berhenti
perkampungan = tempat berkampung
h. • Perhentian bas itu disediakan untuk kemudahan orang ramai.
i. tempat sesuatu
pergelangan = tempat gelang
perpustakaan = tempat pustaka
j. • Radha pergi ke perpustakaan dengan rakannya.
k. hal tentang sesuatu
pergigian = hal pemeliharaan gigi
perubatan = hal tentang ubat-ubat
l. • Klinik pergigian itu dibuka sehingga pukul 10.00 malam.
Apitan pen...an
Bentuk Apitan pen...an
Apitan pen...an sekeluarga dengan apitan pe...an, pem...an, peng...an, dan penge...an. Ini bererti
bahawa kata-kata yang berapitan pen...an ada hubungannya dengan kata-kata yang berawalan men-
, me-, mem-, meng-, dan menge-.
Contohnya
me.laksana.kan → pe.laksana.an
mem.bunuh → pem.bunuh.an
men.jaga → pen.jaga.an
meng.awas.i → peng.awas.an
menge.bom → penge.bom.an
Tugas Apitan pen...an
Apitan pen...an bertugas untuk membentuk kata nama daripada kata kerja yang berawalan men-.
Contohnya
Kata Kerja Kata Nama
meletakkan peletakan
menyerahkan penyerahan
pembinaan
membina penswastaan
menswastakan penginapan
menginap
Makna Apitan pen...an
Apitan pen...an menyatakan beberapa makna, iaitu:
a. hal atau perbuatan men-...
pembunuhan = hal atau perbuatan membunuh
penceraian = hal atau perbuatan menceraikan
b. • Kes pembunuhan itu masih disiasat oleh pihak polis.
c. hasil men-...
pendapatan = hasil mendapat
pengetahuan = hasil mengetahui
d. • Pendapatan Iskandar melebihi RM2 000 sebulan.
e. tempat melakukan sesuatu
penginapan = tempat menginap
pelabuhan = tempat melabuhkan
f. • Banyak kapal yang berlabuh di pelabuhan itu.
Apitan di...kan & di...i
Bentuk Apitan di...kan & di...i
Kata yang berapitan di...kan dan di...i dapat dibentuk dengan mengimbuhkan awalan di- dan akhiran
-kan atau -i pada kata dasarnya.
Contohnya
di.beri.kan dan di.lalu.i.
Tugas Apitan di...kan & di...i
1. Tugas apitan di...kan dan di...i adalah untuk membentuk kata kerja pasif.
2. Awalan di- pada kata yang berapitan di...kan dan di...i merupakan penanda pasif diri
ketiga.
3. Penukaran bentuk aktif transitif kepada bentuk pasif itu dapat dilakukan dengan mengganti
awalan me- pada apitan men...kan dan men...i dengan awalan di-.
Contohnya
Aktif Transitif Pasif
melakukan dilakukan
melalui dilalui
menemukan ditemukan
menemui ditemui
Makna Apitan di...kan & di...i
1. Awalan di- sebagai penanda pasif diri ketiga pada kata yang berapitan di...kan dan di...i
dengan sendirinya menyatakan makna perbuatan pasif yang dilakukan oleh diri orang
ketiga.
• Pesakit itu telah menemui beberapaorang doktor. (Aktif)
• Beberapa orang doktor telah ditemui oleh pesakit itu. (Pasif)
2. Untuk menyatakan makna perbuatan pasif yang dilakukan oleh diri orang pertama, maka
awalan men- pada kata yang berapitan men...kan atau men...i hendaklah ditiadakan lalu
diganti dengan kata ganti singkat ku-.
• Aku mengambilkan ibu segelas air. (Aktif)
• Ibu kuambilkan segelas air. (Pasif)
3. Untuk menyatakan makna perbuatan pasif yang dilakukan oleh diri orang kedua, maka
awalan men- pada kata yang berapitan men...kan atau men...i hendaklah ditiadakan lalu
diganti dengan kata ganti singkat kau-.
• Engkau tidak boleh memusuhi abangmu. (Aktif)
• Abangmu tidak boleh kaumusuhi. (Pasif)
Apitan memper...kan
Bentuk Apitan memper...kan
1. Kata yang berapitan memper...kan dapat dibentuk dengan mengimbuhkan awalan rangkap
memper- dan akhiran -kan pada kata dasarnya.
Contohnya
mempe.rumah.kan, mempel.bagai.kan, memper.laku.kan, dan sebagainya.
2. Apitan memper...kan sekeluarga dengan apitan mempe...kan dan mempel...kan.
Tugas Apitan memper...kan
Apitan memper...kan bertugas untuk membentuk kata kerja transitif daripada kata kerja tak transitif
yang berawalan ber-.
Contohnya
Kata Kerja Tak Transitif Kata Kerja Transitif
berjuang memperjuangkan
berniaga memperniagakan
bersalah mempersalahkan
Makna Apitan memper...kan
Apitan memper...kan mempunyai beberapa makna, iaitu:
a. menjadikan sesuatu atau seseorang ber-...
mempergunakan = menjadikan (sesuatu) berguna
memperisterikan = menjadikan (seseorang) beristeri
• Encik Abu ingin memperisterikan anaknya Ali dengan Halimah.