b. menjadikan objek sebagai sebab berbuat
memperdebatkan = menjadikan (objek) sebagai sebab berdebat
memperebutkan = menjadikan (objek) sebagai sebab berebut
c. • Masri dan Mazlan bergaduh kerana memperebutkan tanah pusaka itu.
d. menyebabkan objek dapat di-atau ter-
memperkenalkan = menyebabkan dapat dikenal
memperlihatkan = menyebabkan dapat dilihat
e. • Irfan telah memperkenalkan abangnya kepada kami.
Apitan memper...i
Bentuk Apitan memper...i
1. Kata yang berapitan memper...i dapat dibentuk dengan mengimbuhkan awalan rangkap
memper- dan akhiran -i pada kata dasarnya.
Contohnya
memper.baik.i dan memper.senjata.i.
2. Awalan memper- dapat berubah menjadi mempel-, misalnya pada kata mempel.ajar.i yang
ada hubungannya dengan kata bel.ajar.
Tugas Apitan memper...i
1. Apitan memper...i bertugas untuk membentuk kata kerja transitif daripada kata kerja tak
transitif berawalan ber-.
Contohnya
Kata Kerja Tak Transitif Kata Kerja Transitif
belajar mempelajari
berbaik memperbaiki
bersenjata mempersenjatai
2. Awalan memper- pada kata yang berapitan memper...i bertugas sebagai penanda kata kerja
untuk ayat aktif.
3. Akhiran -i pada kata yang berapitan memper...i bertugas untuk menggantikan kata sendi
akan, kepada, dan tentang yang menyertai kata kerja tak transitif.
Contohnya
berhamba kepada → memperhambai
belajar tentang → mempelajari
beringat akan → memperingati
Makna Apitan memper...kan
Apitan memper...i mempunyai beberapa makna, iaitu:
a. menjadikan sesuatu atau seseorang beroleh sesuatu
memperongkosi = menjadikan seseorang beroleh ongkos
mempersenjatai = menjadikan seseorang beroleh senjata
• Syarikat kawalan keselamatan itu akan mempersenjatai lima orang pekerjanya.
b. menjadi... bagi atau kepada...
memperhambai = menjadi hamba kepada
mempertuani = menjadi tuan kepada
c. • Dalam zaman penjajahan dulu, Inggeris mempertuani bangsa kita.
d. berbuat akan/kepada/tentang
mempelajari = belajar tentang
memperingati = beringat akan
e. • Syakir mempelajari ilmu agama daripada Ustaz Munif di surau berhampiran dengan
rumahnya.
f. menjadikan sesuatu memperoleh semula
memperbaiki = menjadikan baik semula
memperbarui = menjadikan baru semula
g. • Encik Nasir akan memperbarui lesen memandunya esok.
Apitan Pasif ke...an
Bentuk Apitan Pasif ke...an
Kata yang berapitan ke...an dengan makna pasif dapat dibentuk dengan mengimbuhkan awalan ke-
dan akhiran -an pada kata dasar.
Tugas Apitan Pasif ke...an
Apitan ke...an bertugas untuk membentuk kata kerja pasif daripada kata lain dalam pelbagai kelas.
Contohnya
Kata Dasar dan Kelasnya Kata Kerja Pasif
banjir (kata nama) kebanjiran
dingin (kata adjektif) kedinginan
gugur (kata kerja asal) keguguran
Makna Apitan Pasif ke...an
Apitan pasif ke...an menyatakan beberapa makna, iaitu:
a. dalam keadaan dikenai atau ditimpa sebagai akibat...
kebanjiran = dikenai atau ditimpa sebagai akibat banjir
keracunan = dikenai atau ditimpa sebagai akibat racun
b. • Emelda keracunan makanan.
c. dikenai atau ditimpa rasa atau keadaan...
keberatan = dikenai atau ditimpa rasa berat
kesejukan = dikenai atau ditimpa rasa sejuk
d. • Anak kucing itu kesejukan.
e. ditimpa sebagai akibat berlakunya kejadian...
kecurian = dikenai atau ditimpa sebagai akibat dicuri
ketinggalan = dikenai atau ditimpa sebagai akibat tertinggal
f. • Najmi terlewat ke sekolah kerana ketinggalan bas.
Awalan Rangkap memper-
Bentuk Awalan Rangkap memper-
1. Bentuk awalan rangkap memper- sekeluarga dengan awalan rangkap mempe- dan mempel-.
2. Awalan rangkap memper-, mempe-, dan mempel- ada hubungannya dengan kata kerja yang
berawalan ber-, be-, dan bel-.
Contohnya
ber.oleh → memper.oleh
be.cermin → mempe.cermin
bel.ajar → mempel.ajar.i
Tugas Awalan Rangkap memper-
Tugas awalan rangkap memper- adalah untuk membentuk kata kerja transitif daripada kata-kata lain
dalam pelbagai kelas.
Contohnya
Kata Dasar dan Kelasnya Kata Kerja Transitif
alat (kata nama) memperalat
besar (kata adjektif) memperbesar
dua (kata bilangan) memperdua
Makna Awalan Rangkap memper-
Awalan rangkap memper- mempunyai beberapa makna, iaitu:
a. menggunakan sebagai... atau memperlakukan sebagai...
memperalat = menggunakan sebagai alat
memperisteri = memperlakukan sebagai isteri
b. • Naqib ingin memperisteri Haliza.
c. menjadikan lebih...
memperbesar = menjadikan lebih besar
memperindah = menjadikan lebih indah
d. • Pak Hashim berhasrat untuk memperbesar rumahnya.
e. membahagi...
memperdua = membahagi dua
mempertiga = membahagi tiga
f. • Haji Leman memperdua hasil sawahnya dengan orang yang menuai.
Komen Munsyi Bahasa
1. Kata adjektif sebagai kata dasar bagi kata terbitan yang berawalan rangkap memper- tidak
boleh disertai akhiran-kan.
Contohnya
Mereka sedang memperbesarkan dapur rumah Pak Hassan. (✘)
Mereka sedang memperbesar dapur rumah Pak Hassan. (✓)
2. Kata kerja transitif memperoleh tidak memerlukan akhiran -i.
Contohnya
Kami memperolehi tempat pertama dalam pertandingan itu. (✘)
Kami memperoleh tempat pertama dalam pertandingan itu. (✓)
Awalan Pasif di-, kau-, & ku-
Bentuk Awalan Pasif di-, kau-, & ku
Kata berawalan di-, kau-, dan ku- dapat dibentuk dengan menukarkan awalan men- pada kata kerja
transitif dengan awalan di-, atau kau-, atau ku-.
Contohnya
merancang → dirancang
kaurancang
kurancang
membasuh → dibasuh
kaubasuh
kubasuh
mendaki → didaki
kaudaki
kudaki
mengambil → diambil
kauambil
kuambil
Tugas Awalan Pasif di-, kau-, & ku-
1. Awalan di-, kau-, dan ku- digunakan dalam ayat-ayat pasif.
2. Imbuhan di- bertugas sebagai penanda pasif diri ketiga, manakala imbuhan kau- dan ku-
bertugas sebagai penanda pasif diri kedua dan penanda pasif diri pertama.
3. Bentuk ku- dan kau- bertugas sebagai pelaku dalam frasa kerja pasif, bukan sebagai subjek
ayat.
Makna Awalan Pasif di-, kau-, & ku-
a. Awalan di- menyatakan makna perbuatan pasif yang dilakukan oleh orang ketiga.
• Gambar itu dilukis oleh Farhan.
b. Awalan kau- menyatakan makna perbuatan pasif yang dilakukan oleh orang kedua.
• Lilin itu harus kautiup sebentar lagi.
c. Awalan ku- menyatakan makna perbuatan pasif yang dilakukan oleh orang pertama.
• Makanan itu kuletakkan di atas meja.
Komen Munsyi Bahasa
Kata kerja yang berawalan di- digunakan untuk diri orang ketiga, tidak boleh digunakan untuk diri
orang pertama atau diri orang kedua.
Contohnya
Baju itu dijahit oleh saya. (✘)
Baju itu dijahit oleh kamu. (✘)
Baju itu dijahit oleh ibu. (✓)
Awalan Pasif ber- & ter-
Bentuk Awalan Pasif ber- & ter-
Bentuk awalan ber- dan ter- telah dibincangkan dalam tajuk Awalan ber- dan Awalan ter- sebelum ini.
Makna Awalan Pasif ber- & ter-
1. Awalan ber- yang membentuk kata kerja pasif menyebabkan makna pasif di...
belum berasah = belum diasah
tidak berjahit = tidak dijahit
2. • Parang itu tumpul kerana belum berasah.
3. Awalan ter- yang membentuk kata kerja pasif menyatakan makna:
a. sudah di...kan...
terbukti = sudah dibuktikan
terhunus = sudah dihunuskan
b. • Dengan keris terhunus, pahlawan itu terus menyerang.
c. keupayaan atau dapat di-...
terangkat = dapat diangkat
terpikul = dapat dipikul
d. • Tanggungjawab yang berat itu tidak terpikul olehnya.
e. tidak sengaja di-...
terpijak = tidak sengaja dipijak
tertelan = tidak sengaja ditelan
f. • Adik tertelan biji rambutan.
Komen Munsyi Bahasa
Kata-kata yang berawalan ter- dengan makna "tidak sengaja" terdapat dalam ayat pasif dan juga
dalam ayat aktif.
Contohnya
Ekor kucing terpijak oleh saya. (pasif)
Saya terpijak akan ekor kucing. (aktif)
Awalan
Awalan ke-
Bentuk Awalan ke-
Awalan ke- tidak berubah apabila diimbuhkan pada kata asal yang menjadi dasarnya. Contohnya:
ke.hendak dan ke.tiga-tiga.
Tugas Awalan ke-
Tugas awalan ke- adalah untuk membentuk kata nama, kata bilangan tingkat, dan kata bilangan
himpunan. Contohnya:
hendak → kehendak (kata nama)
dua → kedua (kata bilangan tingkat)
empat → keempat-empat (kata bilangan himpunan)
Makna Awalan ke-
Awalan ke- mempunyai beberapa makna, iaitu:
a. yang di...i atau di...kan
kehendak = sesuatu yang dikehendaki
ketua = seseorang yang dituakan (dianggap tua atau berpengalaman)
b. • Segala kehendaknya dituruti.
c. urutan satu per satu, misalnya: kedua, ketiga, keempat, kelima, dan seterusnya
• Adik mendapat tempat kedua dalam acara itu.
d. himpunan
kedua-dua = dua-dua sekali
• Kedua-duanya anak Encik Ali.
Komen Munsyi Bahasa
1. Kata dasar bagi kata bilangan himpunan yang berawalan ke- mestilah kata ganda.
Contohnya:kedua-dua dan keempat-empat.
2. Kata dasar bagi kata bilangan tingkat yang berawalan ke- tidak perlu digandakan.
Contohnya:kedua dan keempat.
3. Untuk kata bilangan tingkat yang mula-mula, kata pertama digunakan.
Awalan se-
Bentuk Awalan se-
Kata yang berawalan se- dapat dibentuk dengan mengimbuhkan awalan se- pada kata lain yang
menjadi dasarnya.
Contohnya
se.besar, se.dari, se.lama, se.telah, dan se.waktu.
Tugas Awalan se-
a. untuk membentuk kata sendi apabila diimbuhkan pada kata-kata lain daripada pelbagai
kelas.
Contohnya
Kata Sendi Kata Sendi
bagai sebagai
dari sedari
hingga sehingga
Kata Adjektif Kata Sendi
besar sebesar
lain selain
lama selama
pandai sepandai
Kata Keterangan Kata Sendi
belum sebelum
sudah sesudah
telah setelah
d. untuk membentuk kata hubung apabila diimbuhkan pada kata-kata lain daripada pelbagai
kelas.
Contohnya
Kata Sendi Kata Hubung
dari sedari
hingga sehingga
Kata Adjektif Kata Hubung
lama selama
Kata Keterangan Kata Hubung
belum sebelum
lagi selagi
telah setelah
g.
h. untuk membentuk kata bilangan dan penjodoh bilangan.
Makna Awalan se-
Awalan se- mempunyai beberapa makna, iaitu:
a. satu...
sebuah = satu buah
seekor = satu ekor
b. • Seekor burung hinggap di dahan itu.
c. sama...
sebangsa = sama bangsa
sepadan = sama padan
d. • Pasangan pengantin itu sepadan.
e. sama-sama di...
sebilik = sama-sama di bilik
sekampung = sama-sama di kampung
f. • Hanim dan Nadia tinggal sekampung.
g. seluruh...
sedunia = seluruh dunia
sekeluarga = seluruh keluarga
h. • Ravi sekeluarga bercuti di Pulau Redang.
i. sama dengan...
seberat = sama berat dengan
sepandai = sama pandai dengan
j. • Kotak ini seberat kotak itu.
Komen Munsyi Bahasa
Kata sendi yang berawalan se- tidak boleh disertai kata sendi yang lain. Contohnya:
a. Kasih sayangnya seluas dengan lautan. (✘)
Kasih sayangnya seluas lautan. (✓)
b. Selain daripada itu, dia menjadi penulis juga. (✘)
Selain itu, dia menjadi penulis juga. (✓)
Awalan ber-
Bentuk Awalan ber-
1. Awalan ber- sekeluarga dengan awalan be- dan bel-.
2. Awalan ber- dapat berubah menjadi be-, atau bel-, atau tetap ber- seperti berikut:
Awalan Keterangan Contoh
be- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula be.rumah, be.racun, be.rasa,
dengan huruf r be.renang, be.roda, dan be.rehat
bel- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula bel.ajar dan bel.unjur
dengan kata ajar dan unjur
ber- apabila bertemu dengan kata-kata yang bentuknya ber.kaki, ber.hutang, ber.senam,
lain daripada yang tersebut di atas tadi ber.fikir, dan ber.kawan
Tugas Awalan ber-
a. untuk membentuk kata kerja tak transitif daripada kata-kata lain dalam pelbagai kelas.
Contohnya
Kata Dasar dan Kelasnya Kata Kerja Tak Transitif
tali (kata nama) bertali
lima (kata bilangan) berlima
engkau (kata ganti diri) berengkau
diam (kata kerja asal) berdiam
balah (kata kerja terikat) berbalah
b. untuk membentuk kata bilangan himpunan. Kata Bilangan Himpunan
Contohnya
berbulan-bulan
Kata Dasar (Kata Ganda) berjam-jam
bulan-bulan beribu-ribu
jam-jam
ribu-ribu
c. untuk menggantikan awalan menpada kata kerja transitif supaya dapat dijadikan kata kerja
pasif.
Contohnya
Kata Kerja Transitif Kata Kerja Pasif
membasuh
memburu berbasuh
mengasah berburu
berasah
d.
Makna Awalan ber-
Awalan ber- mempunyai beberapa makna, iaitu:
a. mempunyai...
berkepak = mempunyai kepak
beribu = mempunyai ibu
b. • Haiwan yang berkepak saja yang dapat terbang.
c. ada sesuatunya...
berbahaya = ada bahayanya
berdinding = ada dindingnya
d. • Jangan bermain di tempat yang berbahaya itu.
e. memakai...
berbaju = memakai baju
berkasut = memakai kasut
f. • Alif berkasut apabila bermain bola.
g. menaiki atau menunggang...
berbasikal = menunggang basikal
berkuda = menunggang kuda
h. • Najlah berbasikal ke sekolah.
i. menggunakan...
berpayung = menggunakan payung
bertongkat = menggunakan tongkat
j. • Siew Mui berpayung kerana cuaca sangat panas.
k. mengeluarkan atau menghasilkan...
berbuah = mengeluarkan buah
berhasil = mengeluarkan hasil
l. • Pokok mangga itu berbuah lebat.
m. mengusahakan...
berkedai = mengusahakan kedai
bersawah = mengusahakan sawah
n. • Kebanyakan penduduk kampung itu bersawah padi.
o. mengucapkan...
berdoa = mengucapkan doa
berikrar = mengucapkan ikrar
p. • Puan Khalida berdoa semoga suaminya cepat sembuh.
q. berlaku atau bekerja sebagai...
berdukun = berlaku sebagai dukun
bertukang = bekerja sebagai tukang
r. • Pak Halim bertukang kayu sejak usianya belasan tahun.
s. beberapa banyak...
berbulan-bulan = beberapa banyak bulan
berguni-guni = beberapa banyak guni
t. • Berguni-guni beras dimasukkan ke dalam lori itu.
u. dalam keadaan...
berbangga = dalam keadaan bangga
berlapar = dalam keadaan lapar
v. • Puan Aini berbangga kerana dipilih sebagai tokoh ibu misali.
w. menunjukkan sikap...
berkasar = menunjukkan sikap kasar
berkeras = menunjukkan sikap keras
x. • Jangan berkasar terhadap ibu bapa.
y. melakukan perbuatan pada diri sendiri...
bercukur = mencukur diri sendiri
berhias = menghias diri sendiri
z. • Munirah pandai berhias.
Awalan ter-
Bentuk Awalan ter-
1. Awalan ter- sekeluarga dengan awalan te- dan tel-.
2. Awalan ter- dapat berubah menjadi awalan te- atau tel-, atau tetap ter- seperti berikut:
Awalan Keterangan Contoh
te.rasa, te.rakam, te.rendam, te.rentak, te.rendah,
te- apabila bertemu dengan kata-kata te.resap, dan te.ringkas
yang bermula dengan huruf r tel.anjur
tel- apabila bertemu dengan kata yang ter.ambil, ter.biar, ter.cengang, ter.dampar,
bermula dengan kata anjur ter.kandas, ter.lekat, ter.minum, ter.ikat,
ter- apabila bertemu dengan kata-kata
yang bentuknya lain daripada yang
tersebut di atas tadi ter.nganga, ter.paku, ter.sepak, dan ter.telan
Tugas Awalan ter-
a. membentuk kata kerja tak transitif.
Contohnya
terduduk, terlena, dan termenung
b. membentuk kata adjektif.
Contohnya
terbaik, terbesar, dan tertua
c. membentuk kata sendi.
Contohnya
terhadap
Makna Awalan ter-
Awalan ter- mempunyai beberapa makna, iaitu:
a. tidak sengaja atau secara tiba-tiba...
terdengar = tidak sengaja mendengar
teringat = tiba-tiba ingat
b. • Tuck Wah teringat akan peristiwa lama itu.
c. keupayaan... (dapat di-)
terbayar = dapat dibayar
terangkat = dapat diangkat
d. • Kotak yang berat itu tidak terangkat olehnya.
e. paling...
terbesar = paling besar
tercantik = paling cantik
f. • Negeri Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia.
Komen Munsyi Bahasa
Kata adjektif yang berawalan ter- tidak dapat bertugas sebagai predikat tetapi dapat dijadikan frasa
nama yang bertugas sebagai subjek dengan menyertakan kata sandangyang padanya. Contohnya:
a. Baju ini tercantik di sini. (✘)
Baju inilah yang tercantik di sini. (✓)
b. Azam terpandai di kelasnya. (✘)
Azamlah yang terpandai di kelasnya. (✓)
Awalan men-
Bentuk Awalan men-
1. Awalan men- sekeluarga dengan awalan me-, mem-, meng-, dan menge-.
2. Awalan men- dapat berubah menjadi me-, mem-, meng-, dan menge- atau tetap sebagai
men- seperti berikut:
Awalan Keterangan Contoh
me-
a. apabila bertemu dengan katakata yang bermula me.lukis, me.masak, me.nanti,
me.nganga, me. nyala,
dengan huruf l,m, n, ng, ny, r, dan w me.rancang, dan me.wangi
b. apabila bertemu dengan katakata yang bermula men + kenal = me.ngenal
men + sukat = me.nyukat
dengan huruf k,s, p, dan t, tetapi huruf k akan men + pukul = me.mukul
bertukar menjadi ng, s menjadi ny,p menjadi m, men + tampal = me.nampal
dan t menjadi n
mem- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan mem.basuh, mem.fitnah,dan
huruf b, f, dan v mem.varnis
men- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan men.cipta, men.dapat, dan
huruf c, d, dan j men.jadi
meng- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan meng.alih, meng.elak, meng.isi,
huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, atau g dan h meng.olah, meng.ukir,
meng.goreng, dan meng.hilang
menge- apabila bertemu dengan kata-kata yang terdiri daripada menge.bom, menge.cat,
satu suku kata menge.lap, menge.pam, dan
menge.tut
Tugas Awalan men-
a. sebagai pembentuk kata kerja tak transitif daripada kata-kata lain dalam pelbagai kelas.
Contohnya
Kata Dasar dan Kelasnya Kata Kerja Tak Transitif
batu (kata nama) membatu
besar (kata adjektif) membesar
rangkak (kata kerja terikat) merangkak
b.
c. sebagai pembentuk kata kerja transitif daripada kata-kata lain dalam pelbagai kelas.
Contohnya
Kata Dasar dan Kelasnya Kata Kerja Transitif
cangkul (kata nama) mencangkul
pukul (kata kerja terikat) memukul
d.
e. sebagai penanda ayat aktif.
Contohnya
i. Saya telah menyimpan kasut itu. (Aktif)
Kasut itu telah saya simpan. (Pasif)
ii. Kakak melipat baju itu. (Aktif)
Baju itu dilipat oleh kakak. (Pasif)
Makna Awalan men-
Awalan men- mempunyai beberapa makna, iaitu:
a. melakukan perbuatan...
melompat = melakukan perbuatan lompat
mengambil = melakukan perbuatan ambil
b. • Katak itu melompat ke dalam kolam.
c. berlaku seperti atau menyerupai...
melaut = menyerupai laut
menikus = berlaku seperti tikus
d. • Sawah padi itu melaut luasnya.
e. pergi ke...
menyeberang = pergi ke seberang
menyimpang = pergi ke simpang
f. • Berhati-hati ketika menyeberang jalan.
g. mengenakan atau memasang... di/pada
mengatap = memasang atap pada...
melapik = mengenakan lapik pada...
h. • Kerja-kerja mengatap rumah itu selesai pada pukul 6.00 petang.
i. melakukan kerja dengan menggunakan...
= melakukan kerja
mencangkul = dengan menggunakan cangkul
menangguk = melakukan kerja dengan menggunakan tangguk
j. • Badrul menangguk ikan di sungai itu.
k. membuat...
membenteng = membuat benteng
menumis = membuat tumis
l. • Kakak sedang menumis sayur sawi.
m. menjadi...
membesar = menjadi besar
menguning = menjadi kuning
n. • Padi di sawah kepunyaan datuk itu sudah menguning.
o. mengeluarkan bunyi...
mengaduh = mengeluarkan bunyi "aduh"
mengiau = mengeluarkan bunyi "iau"
p. • Anak kucing yang kelaparan itu mengiau dengan kuatnya sambil mencari ibunya.
Awalan per-
Bentuk Awalan per-
1. Bentuk awalan per- sekeluarga dengan awalan pe- dan pel-. Ini menunjukkan bahawa
awalan per- ada hubungannya dengan awalanber- yang sekeluarga pula dengan awalan be-
dan bel-.
2. Awalan per- tetap per- atau dapat berubah menjadi pel- atau pe- seperti berikut:
Awalan Keterangan Contoh
per- apabila bertemu dengan kata-kata buru, tandang, dan tapa per. buru, per.tandang,
dan per.tapa
pel- apabila bertemu dengan kata ajar pel.ajar
pe- apabila bertemu dengan kata-kata lain yang ada pe.dagang, pe.kedai, dan
hubungannya dengan kata-kata yang berawalan ber- pe.tinju
Tugas Awalan per-
Awalan per- yang pada umumnya berlaku dalam bentuk pe- bertugas untuk membentuk kata nama.
Makna Awalan per-
Awalan per-, pe-, atau pel- menyatakan makna, iaitu:
a. orang yang berbuat sesuatu dengan kata kerja berawalan ber -...
pelajar = orang yang belajar
perburu = orang yang berburu
b. • Orang yang belajar disebut pelajar.
c. orang yang di -...
pesuruh = orang yang disuruh
petuduh = orang yang dituduh
d. • Petuduh itu dihadapkan ke mahkamah.
Awalan pen-
Bentuk Awalan pen-
1. Awalan pen- sekeluarga dengan awalan pe-, pem-, peng-, dan penge-. Ini menunjukkan
bahawa awalan pen- ada hubungannya dengan awalan me-, mem-, meng-, dan menge-.
2. Awalan pen- dapat berubah menjadi pe-, pem-, peng-, dan penge- atau tetap pen- seperti
berikut:
Awalan Keterangan Contoh
pe-
apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan pe.lancong,
huruf l, m, n, ng, ny, r, dan w pe.menang,
pe.naung,
pem- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan pe.ngayau,
huruf b dan f pe.nyanyi,
pe.renang, dan
peng- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan
huruf a, e, i, o, u, g, h, dankh pe.wangi
pem.baca,
pem.buru, dan
pem.fitnah
peng.arah,
peng.edar,
peng.ikut,
peng.olah,
penge- apabila bertemu dengan kata-kata yang terdiri daripada peng.ulas,
satu suku kata peng.gali,
peng.hasut, dan
pen- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan peng.khianat
huruf c, d, j, sy, dan z
penge.bom,
penge.cat, dan
penge.lap
pen.culik,
pen.daki,
pen.jajah,
pen.syarah, dan
pen.ziarah
Tugas Awalan pen-
Awalan pen- bertugas untuk membentuk kata nama daripada kata kerja ataupun daripada kata
adjektif.
Contohnya
Kata Kerja Kata Nama
membeli pembeli
mengebom pengebom
mencuri pencuri
mengunjungi pengunjung
Kata Adjektif Kata Nama
baru pembaru
dingin pendingin
halus penghalus
malas pemalas
Makna Awalan pen-
Awalan pen- mempunyai beberapa makna, iaitu:
a. orang yang men-...
pemburu = orang yang memburu
pengecat = orang yang mengecat
b. • Pemburu itu menembak seekor rusa.
c. orang yang suka atau selalu...
pendiam = orang yang suka/selalu mendiamkan diri
penangis = orang yang suka/selalu menangis
d. • Zaim pendiam tetapi tidak sombong.
e. orang yang bersifat...
pembengis = orang yang bersifat bengis
pengotor = orang yang bersifat kotor
f. • Pengotor betul lelaki itu.
g. alat atau sesuatu yang digunakan untuk men-...
pembakar = alat untuk membakar
pencegah = alat untuk mencegah
h. • Ibu membeli sebuah pembakar roti.
i. sesuatu yang menyebabkan jadi...
pendingin = sesuatu yang menyebabkan jadi dingin
penyakit = sesuatu yang menyebabkan jadi sakit
j. • Penyakit datuk semakin serius.
Pengimbuhan
1. Imbuhan ialah bentuk terikat yang ditambahkan pada sesuatu kata.
2. Imbuhan terbahagi kepada beberapa bentuk, iaitu:
a. awalan (imbuhan yang letaknya di awal kata);
b. awalan rangkap (imbuhan yang letaknya di awal kata juga tetapi terjadi daripada dua
awalan yang dirangkapkan menjadi satu);
c. akhiran (imbuhan yang letaknya di akhir kata);
d. apitan (awalan dan akhiran yang mengapit kata dasar).
3. Imbuhan dapat bertugas untuk mengubah atau menetapkan kelas pelbagai kata seperti
kata nama, kata bilangan, kata sendi, kata adjektif, kata kerja, kata hubung, dan kata
keterangan.
4. Imbuhan bukan saja dapat mengubah bentuk dan tugas sesuatu kata yang disertainya, tetapi
dapat juga mengubah makna kata-kata itu.
5. Imbuhan yang membentuk kata nama ialah -an, ke -, ke...an, per-, pen-,per...an, dan
pen...an.
6. Imbuhan yang membentuk kata kerja pula ialah seperti yang berikut:
a. imbuhan yang membentuk kata kerja tak transitif, iaitu ber-, men-,ter-, ber...an, dan
ber...kan;
b. imbuhan yang membentuk kata kerja transitif, iaitu men-, men...kan,men...i,
memper-, memper...kan, dan memper...i;
c. imbuhan yang membentuk kata kerja pasif, iaitu ber-, ter-, di-, kau-,ku-, dan ke...an.
Kata Ganda Berimbuhan
Bentuk Kata Ganda Berimbuhan
1. Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang diberi imbuhan seperti berikut:
a. awalan ber-, men-, se-, dan ter-.
Contohnya
berjalan-jalan, menari-nari, sehari-hari, dan teringat-teringat.
b. akhiran -an dan -nya. Contohnya: kecil-kecilan dan rupa-rupanya.
c. apitan ke...an, ber...an, se...nya, se...an, men...kan, dan men...i.
Contohnya
keanak-anakan, berlari-larian, sebaik-baiknya, sehari-harian, melengah-lengahkan,
dan hormat-menghormati.
2. Kata ganda berimbuhan boleh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan
kata keterangan.
Contohnya
buah-buahan, besar-besaran, terkebil-kebil, sebaik-baiknya, dan sebagainya.
3. Kata ganda berimbuhan mesti disertai tanda sempang (-) juga.
Tugas Kata Ganda Berimbuhan
1. Kata ganda berimbuhan dapat mengubah kelas kata dasarnya seperti yang berikut:
a. daripada kelas kata nama menjadi kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.
Contohnya:
Kata Dasar dan Kelasnya Kata Ganda Berimbuhan dan Kelasnya
anak (kata nama) keanak-anakan (kata adjektif)
hati (kata nama) berhati-hati (kata kerja)
malam (kata nama)
semalam-malaman (kata keterangan)
b.
c. daripada kelas kata adjektif menjadi kata nama, kata kerja, dan kata keterangan.
Contohnya:
Kata Dasar dan Kelasnya Kata Ganda Berimbuhan dan Kelasnya
harum (kata adjektif) harum-haruman (kata nama)
dengki (kata adjektif) dengki-mendengki (kata kerja)
seelok-eloknya (kata keterangan)
elok (kata nama)
d.
e. daripada kelas kata sendi menjadi kata kerja.
Contohnya
bagai (kata sendi) → berbagai-bagai (kata kerja)
2. Kata ganda berimbuhan dapat juga mengubah makna kata dasar tanpa mengubah kelasnya.
Contohnya
anak → anak-anakan
orang → orang-orangan
rumah → rumah-rumahan
Makna Kata Ganda Berimbuhan
1. Kata ganda berimbuhan mempunyai beberapa makna.
2. Kata ganda yang berakhiran -an bermakna:
a. bermacam-macam
bunga-bungaan = bermacam-macam bunga
sayur-sayuran = bermacam-macam sayur
b. • Sayur-sayuran yang dijual di pasar tani murah harganya.
c. menyerupai sesuatu
orang-orangan = sesuatu yang menyerupai orang
rumah-rumahan = sesuatu yang menyerupai rumah
d. • Orang-orangan itu diletakkan di tengah sawah.
3. Kata ganda bersisipan -em- bermakna berbagai-bagai.
tali-temali = berbagai-bagai tali
tulang-temulang = berbagai-bagai tulang
4. • Ahli sejarah menemukan tulang-temulang di tempat itu.
5. Kata ganda berawalan ber- bermakna:
a. jamak atau beberapa banyak
berguni-guni = beberapa banyak guni
berpeti-peti = beberapa banyak peti
b. • Berguni-guni beras disimpan di gudang itu.
c. melakukan perbuatan dengan seenaknya atau untuk bersantai
berehat-rehat = berehat dengan seenaknya
bersiar-siar = bersiar dengan seenaknya
d. • Kami gemar bersiar-siar di taman itu pada waktu petang.
e. dalam himpunan
bertiga-tiga = dalam himpunan tiga
berlima-lima = dalam himpunan lima
f. • Kami menyertai acara larian bertiga-tiga.
g. beberapa
berpuluh-puluh = beberapa puluh
beratus-ratus = beberapa ratus
h. • Berpuluh-puluh remaja ditahan dalam serbuan polis itu.
6. Kata ganda berapitan ke...an bermakna:
a. memiliki sifat seperti
keanak-anakan = seperti anak
kewanita-wanitaan = seperti wanita
b. • Kami kurang suka akan perangainya yang keanak-anakan itu.
c. seakan-akan atau agak
kebiru-biruan = seakan-akan biru
kegila-gilaan = seakan-akan gila
d. • Langit yang kebiru-biruan itu sungguh mendamaikan.
e. sangat
kemalu-maluan = sangat malu
f. • Liza kemalu-maluan apabila diusik oleh lelaki itu.
7. Kata ganda berawalan se- bermakna bagaimana... sekalipun.
sejinak-jinak = bagaimana jinak sekalipun
sepandai-pandai = bagaimana pandai sekalipun
8. • Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah juga.
9. Kata ganda berapitan se...nya bermakna paling.
sekuat-kuatnya = paling kuat
selama-lamanya = paling lama
10. • Budimu akan kukenang untuk selama-lamanya.
11. Kata ganda berawalan men- atau ter- bermakna melakukan perbuatan berulang-ulang.
menarik-narik = menarik berulang-ulang
terbongkok-bongkok = membongkok berulang-ulang
12. • Adik menarik-narik baju kakak semasa di kedai tadi.
13. Ada juga kata ganda berimbuhan yang bermakna perbuatan menyaling.
bertolak-tolakan = saling menolak
14. • Murid-murid itu bertolak-tolakan semasa berbaris di kantin.
15. Kata ganda berimbuhan men- ada juga yang menyatakan makna pekerjaan atau perihal.
jahit-menjahit = perihal menjahit
ukur-mengukur = perihal mengukur
16. • Kakak belajar jahit-menjahit pada hujung minggu.
Komen Munsyi Bahasa
1. Kata ganda berimbuhan yang menyatakan makna berulang-ulang tidak perlu disertai
dengan kata berulang-ulang atau berkali-kali.
Contohnya
Ah Keong menggaru-garu kepalanya berkali-kali apabila disoal oleh Cikgu Ruhani. (✘)
Ah Keong menggaru-garu kepalanya apabila disoal oleh Cikgu Ruhani. (✓)
2. Kata ganda berimbuhan yang menyatakan makna bilangan yang tidak tentu tidak boleh
disingkatkan apabila digunakan dalam ayat.
Contohnya
Beribu orang menyambut kedatangan Perdana Menteri. (✘)
Beribu-ribu orang menyambut kedatangan Perdana Menteri. (✓)
Senarai Kata Ganda Berimbuhan
A. Yang berikut ialah senarai kata ganda berimbuhan daripada jenis kata nama.
Kata Ganda Ayat Contoh
Berimbuhan (Kata
Abang mengenakan bau-bauan pada badannya.
Nama) Buah-buahan di tempat ini tidak semahal di tempat lain.
bau-bauan Bunga-bungaan di taman itu sedang berkembang.
buah-buahan Kawasan itu dipenuhi daun-daunan kering.
bunga-bungaan Hidup-hidupan liar di negara kita kian pupus.
daun-daunan Cerita harimau jadi-jadian menarik minat banyak orang walaupun sekadar
hidup-hidupan cerita khayalan saja.
jadi-jadian Kayu-kayuan Malaysia bermutu tinggi.
Ayah membeli main-mainan untuk adik.
kayu-kayuan Para petani meletakkan orang-orangan di tengah sawah untuk menghalau
main-mainan burung-burung.
orang-orangan Semasa mengikut perarakan itu mereka mengucapkan puji-pujian kepada
Nabi Muhammad SAW.
puji-pujian Kanak-kanak itu sedang bermain rumah-rumahan.
Sayur-sayuran yang dijual di pasar itu masih segar.
rumah-rumahan Ubat-ubatan tradisional dibuat daripada pelbagai ramuan akar kayu dan
sayur-sayuran herba.
ubat-ubatan Kakak saya rajin mengikuti kelas jahit-menjahit.
Penulis itu sangat mahir dalam karang-mengarang.
jahit-menjahit Sejak di bangku sekolah dia sudah berminat terhadap tulis-menulis.
karang-mengarang
tulis-menulis
B.
C. Yang berikut ialah senarai kata ganda berimbuhan daripada jenis kata adjektif.
Kata Ganda Ayat Contoh
Berimbuhan (Kata
Majlis perkahwinan itu diadakan secara besar-besaran.
Adjektif) Walaupun dia sudah dewasa, perangainya masih keanak-anakan.
besar-besaran Mata gadis itu kebiru-biruan.
keanak-anakan Abang memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan.
kebiru-biruan Kelakuannya yang kegila-gilaan itu menyebabkan dia kehilangan kawan.
kecil-kecilan Mereka kehairan-hairanan melihat kejadian itu.
kegila-gilaan Warna air laut di Pantai Cendering kehijau-hijauan.
kehairan-hairanan Baju yang dipakainya berwarna biru kehitam-hitaman.
kehijau-hijauan Tanah liat di kawasan itu kekuning-kuningan.
kehitam-hitaman Mukanya kemerah-merahan kerana berjemur.
kekuning-kuningan
kemerah-merahan
kemalu-maluan Gadis itu tunduk kemalu-maluan apabila diusik.
D.
E. Yang berikut ialah senarai kata ganda berimbuhan daripada jenis kata keterangan.
Kata Ganda Ayat Contoh
Berimbuhan (Kata
Dia bukan betul-betul sakit; sakit buat-buatan saja.
Keterangan) Dia memarahi orang itu habis-habisan tanpa usul periksa.
buat-buatan Lama-kelamaan mereka pun bertemu dengan orang yang dicari.
habis-habisan Kedua-dua pasukan itu bermain mati-matian untuk menjuarai
lama-kelamaan pertandingan.
mati-matian Marilah kita berdoa mudah-mudahan dia selamat kembali ke tanah air.
"Rasa-rasanya kita pernah bersua," kata Ali kepada lelaki itu.
mudah-mudahan Saya menyangka bahawa dia jahat, rupa-rupanya dia orang baik-baik.
rasa-rasanya Penyelesaian perlu dilakukan untuk mengatasi masalah itu dengan
rupa-rupanya sebaik-baiknya.
sebaik-baiknya Seelok-eloknya baki wang itu kamu simpan di dalam tabung.
Kulitnya hitam legam kerana dia bekerja di tengah panas sehari-harian.
seelok-eloknya Tidak ada sesiapa yang akan hidup selama-lamanya di dunia ini.
sehari-harian Rombongan itu akan tiba selambat-lambatnya sejam lagi.
selama-lamanya Bacalah akhbar Utusan Pengguna, setidak-tidaknya kamu dapat
selambat-lambatnya memahami masalah yang dihadapi oleh pengguna.
setidak-tidaknya
F.
G. Yang berikut ialah senarai kata ganda berimbuhan daripada jenis kata kerja.
Kata Ganda Berimbuhan Ayat Contoh
(Kata Kerja)
berangan-angan Sejak kecil dia berangan-angan hendak menjadi doktor.
berbagai-bagai Setiap manusia mempunyai sikap yang berbagai-bagai.
berbaik-baik Kita mestilah berbaik-baik sesama insan.
berbeza-beza Mereka berdua mempunyai pendapat yang berbeza-beza.
berbisik-bisik Apabila melihat saya, mereka berbisik-bisik.
berbual-bual Sambil berjalan, kami berbual-bual.
berdekah-dekah Apabila mendengar cerita saya, mereka tertawa berdekah-dekah.
berderai-derai Air matanya berderai-derai.
berderet-deret Kereta yang terkandas dalam banjir itu berderet-deret.
berdikit-dikit Lebih baik menyimpan berdikit-dikit daripada tidak menyimpan sama
sekali.
berduyun-duyun Orang berduyun-duyun pergi ke pesta itu.
berebut-rebut Orang ramai berebut-rebut menaiki bas.
bergerak-gerak Dia belum juga bergerak-gerak dari tempat itu.
bergilir-gilir Mereka bergilir-gilir memasuki bilik itu.
berguling-guling Kucing itu berguling-guling di atas tanah.
berhati-hati Berhati-hatilah ketika memandu kenderaan di jalan raya.
berhimpit-himpit Kami duduk berhimpit-himpit di dalam bas.
berkelip-kelip Bintang berkelip-kelip di angkasa.
berliku-liku Jalan ke rumah Saida berliku-liku.
bermati-mati Kedua-dua pasukan bermain bermati-mati untuk memenangi perlawanan
itu.
berapat-rapat Kami duduk berapat-rapat di dalam bas itu.
bersiar-siar Mereka bersiar-siar di tepi pantai.
berura-ura Abang berura-ura hendak membeli kereta baru.
berasak-asakan Mereka berasak-asakan untuk membeli tiket.
berbedil-bedilan Kedua-dua pihak tentera serta musuh itu berbedil-bedilan selama dua
jam.
berbunuh-bunuhan Mereka sanggup berbunuh-bunuhan kerana memperebutkan harta.
bercakar-cakaran Sejak berkawan, kami tidak pernah bercakar-cakaran.
berdakap-dakapan Puan Lina dan anaknya itu berdakap-dakapan sambil menangis sebelum
berpisah.
berhambat-hambatan Pelari itu berhambat-hambatan untuk memenangi perlumbaan itu.
beriring-iringan Beberapa ekor itik beriring-iringan menuju ke sungai.
berkejar-kejaran Budak-budak itu berkejar-kejaran di pantai.
berkenal-kenalan Kami berdua sudah lama berkenal-kenalan.
berlari-larian Kedua-dua anak kecil itu berlari-larian mendapatkan ayah mereka.
bermaaf-maafan Dia menangis selepas bermaaf-maafan dengan saya.
berpandang-pandangan Sejak tadi mereka berpandang-pandangan saja.
berebut-rebutan Anak-anak ayam itu berebut-rebutan padi.
bersahut-sahutan Suara katak bersahut-sahutan pada musim hujan.
bersalam-salaman Kami bersalam-salaman sebelum berpisah.
bertarik-tarikan Para peserta itu bertarik-tarikan tali.
bertawar-tawaran Peraih dan nelayan itu sedang bertawar-tawaran di pantai.
bertolong-tolongan Penduduk kampung di sini senantiasa bertolong-tolongan.
bertikam-tikaman Banyak lanun yang terbunuh sewaktu bertikam-tikaman dengan
hulubalang-hulubalang Melaka.
mengangguk-angguk Mereka mengangguk-angguk sebagai tanda setuju.
menggaru-garu Adik menggaru-garu kakinya yang gatal.
melaung-laung Dia melaung-laung nama kami dari atas pokok.
melihat-lihat Aini melihat-lihat pakaian yang hendak dibelinya.
memicit-micit Dukun Mamat memicit-micit kaki pesakit itu.
merata-rata Berita itu tersebar merata-rata.
meraung-raung Adik meraung-raung sambil menghentakkan kakinya.
merayau-rayau Pelajar yang baik tidak suka merayau-rayau di pusat beli-belah.
menyebut-nyebut Ibu selalu menyebut-nyebut nama abang.
menarik-narik Budak itu menangis sambil menarik-narik baju ibunya.
menunjuk-nunjuk Sikapnya yang suka menunjuk-nunjuk itu dibenci oleh kawan-kawannya.
asak-mengasak Mereka asak-mengasak untuk mendapat tempat duduk di dalam bas itu.
balas-membalas Penyokong kedua-dua pasukan itu balas-membalas kata sesama
mereka.
bantu-membantu Hidup berjiran mesti bantu-membantu.
buru-memburu Adegan buru-memburu dalam filem itu begitu mencemaskan.
caci-mencaci Janganlah caci-mencaci sesama sendiri sebagai jiran sekampung.
dengki-mendengki Tidak ada faedahnya kita dengki-mendengki.
kejar-mengejar Pelumba-pelumba basikal itu kejar-mengejar untuk memenangi
perlumbaan itu.
kenal-mengenal Kami sudah lama kenal-mengenal antara satu dengan yang lain.
sabung-menyabung Kilat sabung-menyabung dan hujan turun dengan lebatnya.
tawar-menawar Setelah tawar-menawar barulah dia membeli baju itu.
tendang-menendang Tendang-menendang dibenarkan dalam acara silat itu.
tikam-menikam Beberapa orang cedera parah apabila mereka tikam-menikam dalam
perkelahian itu.
tolak-menolak Sewaktu keluar dari stadium itu mereka tolak-menolak.
tolong-menolong Kita hendaklah senantiasa tolong-menolong antara satu dengan yang
lain.
tuduh-menuduh Mereka bertengkar dan tuduh-menuduh sesama sendiri.
cerita-menceritakan Mereka sedang cerita-menceritakan pengalaman masing-masing.
ingat-mengingatkan Kita perlu ingat-mengingatkan antara satu dengan yang lain tentang
bahaya dadah.
kalah-mengalahkan Kedua-dua pasukan itu mencuba kalah-mengalahkan dalam
pertandingan itu.
maaf-memaafkan Mereka maaf-memaafkan kesalahan masing-masing untuk mengelakkan
perselisihan faham yang berpanjangan.
perlu-memerlukan Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang.
tanya-menanyakan Ketika bertemu, mereka tanya-menanyakan khabar masing-masing.
atas-mengatasi Pelari-pelari itu atas-mengatasi antara satu dengan yang lain.
cinta-mencintai Pasangan itu cinta-mencintai dan akan berkahwin tidak lama lagi.
hormat-menghormati Perasaan hormat-menghormati dapat mewujudkan perpaduan kaum.
kasih-mengasihi Ibu bapa dan anak-anak itu kasih-mengasihi.
percaya-mempercayai Sebagai sahabat, kami senantiasa percaya-mempercayai.
sayang-menyayangi Perasaan sayang-menyayangi dapat membentuk kebahagiaan
sesebuah keluarga.
ziarah-menziarahi Semasa cuti sekolah, kami ziarah-menziarahi sanak saudara di
kampung.
teragak-agak Kerajaan tidak teragak-agak menjatuhkan hukuman yang berat terhadap
pengedar dadah.
terbahak-bahak Mereka ketawa terbahak-bahak kerana geli hati.
terbongkok-bongkok Nenek terbongkok-bongkok mencabut rumput.
terburu-buru Dia terburu-buru ke tempat kerja kerana kesiangan.
teresak-esak Kanak-kanak itu teresak-esak kerana ditinggalkan ibunya.
tergagap-gagap Dia bercakap tergagap-gagap kerana ketakutan.
tergesa-gesa Oleh sebab tergesa-gesa ke pejabat, Ali terlupa membawa dompetnya.
terhendap-hendap Kami terpandang akan dua orang lelaki yang terhendap-hendap
berhampiran dengan bangsal itu.
terikut-ikut Dia terikut-ikut akan gaya percakapan yang keinggerisan.
terjerit-jerit Budak itu terjerit-jerit seperti kucing biang.
terkebil-kebil Matanya terkebil-kebil kerana mengantuk.
terkelip-kelip Lampu itu terkelip-kelip lalu padam.
terkial-kial Pak Tua terkial-kial mengayuh beca.
terlayang-layang Wau bulan terlayang-layang di udara.
tersenyum-senyum Kedua-dua orang pelajar itu tersenyum-senyum.
tertunggu-tunggu Saya tertunggu-tunggu akan balasan suratnya.
Kata Ganda Bersajak
Bentuk Kata Ganda Bersajak
1. Kata ganda bersajak ialah kata ganda yang mengalami persamaan bunyi sama ada di
pangkal, di tengah, atau di hujung kata.
a. Contoh kata ganda bersajak yang mengalami persamaan bunyi di pangkal:
sampah-sarap
suku-sakat
porak-peranda
b. Contoh kata ganda bersajak yang mengalami persamaan bunyi di tengah:
kucar-kacir
mundar-mandir
ulang-alik
c. Contoh kata ganda bersajak yang mengalami persamaan bunyi dihujung:
hingar-bingar
kuih-muih
tunggang-langgang
2. Semua kata ganda bersajak mesti diberi tanda sempang (-).
3. Kata ganda bersajak boleh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan
kata keterangan.
Contohnya
lauk-pauk, gilang-gemilang, lalu-lalang, serta-merta, dan sebagainya.
Tugas Kata Ganda Bersajak Kata Ganda Bersajak dan Kelasnya
Kata ganda bersajak mempunyai tugas yang berikut:
tunggang-langgang (kata keterangan)
a. mengubah kelas kata dasar. lambat-laun (kata keterangan)
Contohnya serta-merta (kata keterangan)
Kata Dasar dan Kelasnya
tunggang (kata kerja terikat)
lambat (kata adjektif)
serta (kata hubung)
b. menetapkan kelas kata dasar.
Contohnya
Kata Dasar dan Kelasnya Kata Ganda Bersajak dan Kelasnya
batu (kata nama)
batu-batan (kata nama)
kusut (kata adjektif) kusut-masai (kata adjektif)
mandi (kata kerja asal) mandi-manda (kata kerja asal)
Makna Kata Ganda Bersajak
1. Menyatakan bermacam-macam atau pelbagai jenis.
kuih-muih = bermacam-macam jenis kuih
rempah-ratus = bermacam-macam jenis rempah
2. • Ayah membeli kuih-muih untuk hidangan berbuka puasa.
3. Menyatakan makna paling atau sangat.
licin-licau = sangat licin
segar-bugar = sangat segar
4. • Sayur-sayur yang dijual di pasar tani segar-bugar.
5. Membawa makna sering atau berkalikali.
lalu-lalang = sering atau berkalikali lalu
mandi-manda = sering atau berkalikali mandi
6. • Banyak orang yang lalu-lalang di jalan pintas itu.
Komen Munsyi Bahasa
Jangan sertakan kata penguat bersama-sama dengan kata ganda bersajak yang membawa makna
sangat atau paling. Contohnya:
Rambutnya sangat kusut-masai kerana dia baru bangun tidur. (✗)
Rambutnya kusut-masai kerana dia baru bangun tidur.(✓)
Senarai Kata Ganda Bersajak
A. Yang berikut ialah senarai kata ganda bersajak daripada jenis kata nama.
Kata Ganda Bersajak Ayat Contoh
(Kata Nama)
Awan-gemawan berarak di langit.
awan-gemawan Tapak projek itu dipenuhi batu-batan.
batu-batan Terdapat calar-balar pada lengan dan betis adik yang baru pulang
calar-balar bermain.
Beberapa orang pelajar mengalami cirit-birit setelah makan nasi lemak di
cirit-birit kantin.
Jangan mudah terpengaruh oleh desas-desus.
desas-desus Polis sedang memperhatikan gerak-geri lelaki itu.
gerak-geri Kayu-kayan di Malaysia bermutu tinggi.
kayu-kayan Lauk-pauk yang dihidangkan itu sungguh enak.
lauk-pauk Rempah-ratus digunakan untuk melazatkan makanan.
rempah-ratus Saki-baki makanan dibuang oleh ibu ke dalam tong sampah.
saki-baki Sayur-mayur di pasar itu amat segar.
sayur-mayur Sedu-sedan Mak Limah memilukan hati.
sedu-sedan Sorak-sorai jelas kedengaran dari arah padang bola itu.
sorak-sorai Tanah-tanih di kebun itu sangat subur.
tanah-tanih Tindak-tanduknya mencurigakan kami.
tindak-tanduk
B.
C. Yang berikut ialah senarai kata ganda bersajak daripada jenis kata adjektif.
Kata Ganda Bersajak Ayat Contoh
(Kata Adjektif)
Jalan ke rumah Mak Cik Sanah bengkang-bengkok.
bengkang-bengkok Pakaian pengemis itu compang-camping.
compang-camping Dengan gopoh-gapah dia berlalu dari situ.
gopoh-gapah Perasaannya gundah-gulana setelah melihat rumahnya dijilat api.
gundah-gulana Kampung yang aman itu telah menjadi haru-biru.
haru-biru Sorakan penonton menjadikan suasana di situ hingar-bingar.
hingar-bingar
kacau-bilau Tiba-tiba saja keadaan di situ menjadi kacau-bilau.
karut-marut Jangan percaya akan cerita yang karut-marut itu.
lekak-lekuk Jalan yang lekak-lekuk itu menyukarkan perjalanan.
licin-licau Jalan raya itu licin-licau kerana ketumpahan minyak pelincir.
ramah-tamah Adik-beradik Mazni ramah-tamah belaka.
segar-bugar Sayur-sayuran yang dipetiknya segar-bugar.
serbah-serbih Pakaiannya kelihatan serbah-serbih saja.
terang-benderang Sekeliling istana itu terang-benderang disinari lampu-lampu yang
gemerlapan.
D.
E. Yang berikut ialah senarai kata ganda bersajak yang tergolong dalam kelas kata kerja.
Kata Ganda Bersajak Ayat Contoh
(Kata Kerja)
Rumah tangganya bongkar-bangkir kerana fitnah orang.
bongkar-bangkir Feri Malaysia bolak-balik dari Kuantan ke Kota Kinabalu.
bolak-balik "Marilah kita bersatu padu dan janganlah kita bercerai-berai," kata menteri
cerai-berai itu.
Mulut bomoh itu kumat-kamit membaca jampi.
kumat-kamit Setiap hari kami lalu-lalang di jambatan itu.
lalu-lalang Beberapa orang pelancong sedang mandi-manda di pantai itu.
mandi-manda Ayah mundar-mandir di ruang tamu.
mundar-mandir Masyarakat Badwi suka pindah-randah.
pindah-randah Ayah ulang-alik ke pejabat dengan motosikal.
ulang-alik
F.
G. Yang berikut ialah senarai kata ganda bersajak daripada jenis kata keterangan.
Kata Ganda Bersajak Ayat Contoh
(Kata Kerja)
Lambat-laun kejahatannya itu diketahui orang juga.
lambat-laun Dia berlari lintang-kedak dikejar anjing.
lintang-kedak Adik lari lintang-pukang kerana ketakutan.
lintang-pukang Orang gila itu lari pontang-panting apabila dikejar oleh sekumpulan kanak-
pontang-panting kanak nakal.
Lelaki itu mati serta-merta di tempat kejadian.
serta-merta Habis barang-barang di situ tunggang-langgang dilanggarnya.
tunggang-langgang
Kata Ganda Seluruh
Bentuk Kata Ganda Seluruh
1. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang diulang atau digandakan seluruhnya.
2. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang (-).
3. Kata ganda seluruh boleh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata
keterangan.
Contohnya
guru-guru, besar-besar, hidup-hidup, bukan-bukan, dan sebagainya.
Tugas Kata Ganda Seluruh Kata Ganda Seluruh dan Kelasnya
Kata ganda seluruh mempunyai beberapa tugas, iaitu: hari-hari (kata keterangan)
a. mengubah kelas kata dasar. mana-mana (kata ganti tak tentu)
Contohnya awal-awal (kata keterangan)
jemput-jemput (kata nama)
Kata Dasar dan Kelasnya
hari (kata nama) Kata Ganda Seluruh dan Kelasnya
buku-buku (kata nama)
mana (kata ganti tanya)
awal (kata adjektif) tajam-tajam (kata adjektif)
bukan-bukan (kata keterangan)
jemput (kata kerja terikat)
muntah-muntah (kata kerja)
b.
c. menetapkan kelas kata dasar.
Contohnya
Kata Dasar dan Kelasnya
buku (kata nama)
tajam (kata adjektif)
bukan (kata keterangan)
muntah (kata kerja)
d. mengubah makna kata dasar tanpa mengubah kelasnya (kata nama).
Contohnya
api → api-api
kura → kura-kura
langit → langit-langit
mata → mata-mata
sumpah → sumpah-sumpah
Makna Kata Ganda Seluruh
Kata ganda seluruh menyatakan beberapa makna, iaitu:
a. jamak atau banyak
baju-baju = baju yang banyak
kertas-kertas = kertas yang banyak
pokok-pokok = pokok yang banyak
b. • Pokok-pokok ditanam di tepi jalan.
c. tunggal atau satu
kanak-kanak = seorang kanak-kanak
gula-gula = sebiji gula-gula
labah-labah = seekor labah-labah
d. • Kanak-kanak itu menangis.
e. menyerupai atau berlaku sebagai
mata-mata = berlaku sebagai mata
kuda-kuda = menyerupai kuda
siku-siku = menyerupai siku
f. • Encik Murad ialah seorang mata-mata.
g. melakukan perbuatan dengan seenaknya atau untuk bersantai
duduk-duduk = duduk untuk bersantai
tidur-tidur = tidur untuk bersantai
h. • Abang tidur-tidur di atas sofa.
i. untuk menguatkan keterangan
baik-baik = dengan baiknya
halus-halus = dengan halusnya
kuat-kuat = dengan kuatnya
j. • Emak menghiris bawang merah itu halus-halus.
k. banyak yang bersifat seperti yang tersebut pada kata dasar
cantik-cantik = banyak yang cantik
manis-manis = banyak yang manis
tinggi-tinggi = banyak yang tinggi
l. • Kuih yang dijual di pasar Ramadan itu manis-manis.
Komen Munsyi Bahasa
1. Jika sesuatu kata ganda itu sudah bermakna jamak, maka kata bilangan tidak diperlukan
lagi.
Contohnya
Tiga ekor burung-burung gagak hinggap di pagar. (✘)
Tiga ekor burung gagak hinggap di pagar. (✓)
Burung-burung gagak hinggap di pagar. (✓)
2. Jika kata ganda seluruh terdiri daripada kata adjektif yang sudah menyatakan makna jamak,
maka kata nama yang diterangkan oleh kata adjektif itu tidak perlu digandakan.
Contohnya
Anak-anak Pak Samad baik-baik belaka. (✘)
Anak Pak Samad baik-baik belaka. (✓)
3. Kata ganda yang menyatakan makna tunggal seperti anai-anai dan kanak-kanak disebut
kata ganda semu. Penggandaannya kekal walaupun disertai kata bilangan untuk
menyatakan jamak.
Contohnya
(a) Beribu-ribu ekor anai-anai bersarang di bawah tangga.
(b) Tiga orang kanak-kanak itu berkejar-kejaran.
Senarai Kata Ganda Seluruh
A. Yang berikut ialah senarai kata ganda seluruh daripada jenis kata nama yang bermakna
tunggal.
Kata Ganda Seluruh Maksudnya dan Ayat Contoh
(Kata Nama)
Serangga yang bersarang dalam tanah: Kayu itu reput dimakan anai-anai.
anai-anai
angan-angan Cita-cita: Angan-angannya untuk menjadi guru tercapai.kampung
biri-biri
dekak-dekak Sejenis binatang: Biri-biri banyak diternak di New Zealand.
epok-epok Alat untuk menghitung; sempoa: Dekak-dekak tidak digunakan lagi
jentik-jentik sekarang.
kelip-kelip Kuih yang berintikan sayur: Emak menghidangkan epok-epok untuk kami.
kupu-kupu Anak nyamuk: Di dalam kolam yang terbiar itu banyak terdapat jentik-
jentik.
kura-kura
Serangga yang mengeluarkan cahaya yang berkelip-kelip; kunang-
labah-labah kunang: Pada waktu malam, banyak kelip-kelip yang berterbangan di
halaman rumah saya.
labu-labu
Serangga seperti rama-rama tetapi lebih kecil: Seekor kupu-kupu hinggap
mata-mata di pohon itu.
oleh-oleh
pijat-pijat Binatang yang kulit belakangnya keras dan dapat hidup di air dan di darat:
sumpah-sumpah Dia berjalan lambat seperti kura-kura.
ubun-ubun Serangga berkaki lapan yang menggunakan sarangnya untuk
memerangkap mangsanya: Pondok usang itu dipenuhi sarang labah-
ura-ura labah.
Bekas air, biasanya daripada tembikar: Air di dalam labu-labu itu amat
sejuk.
Polis: Mata-mata bertugas menjaga keamanan.
Buah tangan: Kami membawa oleh-oleh untuk nenek.
Kutu yang busuk baunya: Pijat-pijat menghisap darah.
Binatang seperti mengkarung: Sumpah-sumpah kelihatan hijau di daun
dan merah di tanah.
Bahagian kepala yang hampir dengan dahi; bahagian tengah kepala:
Emak mengusapkan air ubat pada ubun-ubun adik.
Sesuatu yang dianjurkan untuk pertimbangan; cadangan; usul: Ada ura-
ura bahawa gaji pekerja akan dinaikkan.
B. Yang berikut ialah senarai kata ganda seluruh daripada jenis kata adjektif.
Kata Ganda Seluruh Ayat Contoh
(Kata Adjektif)
Kawan abang saya baik-baik.
baik-baik Rumah di kawasan itu besar-besar.
besar-besar Lukisannya cantik-cantik belaka.
cantik-cantik Anak kucing itu comel-comel.
comel-comel Makanan di restoran itu enak-enak.
enak-enak Peserta pertandingan angkat berat itu gagah-gagah.
gagah-gagah Ternakan Ramu gemuk-gemuk.
gemuk-gemuk Para pendebat itu hebat-hebat belaka.
hebat-hebat Anak Pak Kasim hitam-hitam.
hitam-hitam Tempat peranginan di negara kita indah-indah.
indah-indah Merpati peliharaannya jinak-jinak betul.
jinak-jinak Menantu Haji Musa kaya-kaya.
kaya-kaya Rumah di kampung itu kecil-kecil.
kecil-kecil Jalan raya di Paris lebar-lebar.
lebar-lebar Saya tidak gemar akan makanan yang manis-manis.
manis-manis
mudah-mudah Soalan Matematik itu mudah-mudah saja.
nakal-nakal Anak Mak Limah nakal-nakal.
panjang-panjang Sungai di negara China panjang-panjang.
pedas-pedas Masakan ibu pedas-pedas.
pintar-pintar Pelajar di sekolah itu pintar-pintar.
rajin-rajin Anak Puan Rohana rajin-rajin.
rapat-rapat Rumah di kampung nelayan itu rapat-rapat.
ringan-ringan Barang yang ringan-ringan saja yang terangkat olehnya.
sedikit-sedikit Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.
sihat-sihat Kami sekeluarga sihat-sihat belaka.
tebal-tebal Buku yang dipinjam oleh kakak itu tebal-tebal.
tinggi-tinggi Pohon kelapa di kebun datuk tinggi-tinggi.
tua-tua Orang tua-tua mestilah kita hormati.
wangi-wangi Bunga di taman itu wangi-wangi.
C.
D. Yang berikut ialah senarai kata ganda seluruh daripada jenis kata kerja.
Kata Ganda Seluruh Ayat Contoh
(Kata Kerja)
Ada-ada saja yang diceritakannya.
ada-ada Azhar baring-baring di bawah pohon ketapang itu.
baring-baring Mereka duduk-duduk di atas tembok itu.
duduk-duduk Orang ramai makan-makan di tepi pantai itu.
makan-makan Selepas minum susu, adik muntah-muntah.
muntah-muntah Ayah belum pulang-pulang dari tempat kerja.
pulang-pulang Saya hanya tidur-tidur ayam.
tidur-tidur
E.
F. Yang berikut ialah senarai kata ganda seluruh daripada jenis kata keterangan.
Kata Ganda Seluruh Ayat Contoh
(Kata Keterangan)
alang-alang Alang-alang mandi biar basah.
awal-awal Awal-awal lagi adik sudah bangun.
baik-baik Belajarlah baik-baik; semoga kamu berjaya.
benar-benar Dia benar-benar insaf akan kesalahannya.
bukan-bukan Jangan ceritakan perkara yang bukan-bukan.
bulat-bulat Mereka bulat-bulat menolak usulnya.
cepat-cepat Adik makan cepat-cepat kerana terlewat ke sekolah.
dekat-dekat Mereka berdua duduk dekat-dekat sambil berbual.
diam-diam Dia masuk ke bilik itu secara diam-diam.
entah-entah "Entah-entah Ali sudah pergi," kata Abu.
erat-erat Dia memeluk pinggang ayahnya erat-erat.
hampir-hampir Budak itu hampir-hampir dilanggar kereta.
hidup-hidup Ular itu ditangkapnya hidup-hidup.
jarang-jarang Dia jarang-jarang menonton perlawanan bola sepak.
kadang-kadang Kadang-kadang saya berbasikal ke sekolah.
ketat-ketat Bekas gula itu ditutupnya ketat-ketat.
kira-kira Kami tiba di situ kira-kira pukul 10 pagi.
kuat-kuat Jangan bercakap kuat-kuat di perpustakaan.
laju-laju Abang tidak suka memandu laju-laju.
lama-lama Sebelum berpisah, dia merenung wajah ibunya lama-lama.
masak-masak Perkara itu telah difikirkannya masak-masak.
mentah-mentah Ulam-ulaman elok dimakan mentah-mentah.
moga-moga Moga-moga kita beroleh kejayaan.
mula-mula Dialah yang mula-mula sampai di situ.
pagi-pagi Pagi-pagi lagi ayah ke sawah.
panas-panas Pisang goreng sedap dimakan panas-panas.
perlahan-lahan Mereka bercakap perlahan-lahan saja.
pura-pura Ahmad pura-pura tidur apabila melihat kami datang.
putus-putus Dia tidak putus-putus menerima ucapan tahniah.
renyai-renyai Hujan turun renyai-renyai.
samar-samar Kapal itu kelihatan samar-samar saja.
sayup-sayup Suara tangisan itu sayup-sayup kedengaran.
sedikit-sedikit Wang simpanannya digunakan sedikit-sedikit.
sekali-sekali Sekali-sekali ada juga saya menerima surat daripadanya.
senyap-senyap Senyap-senyap saja dia mendirikan rumah tangga.
sia-sia Sia-sia saja saya menasihatinya.
subuh-subuh Para penoreh bangun subuh-subuh lagi untuk menoreh getah.
terang-terang Terang-terang dia menipu kawannya.
tiba-tiba Pengamuk itu tiba-tiba meluru ke arah kami.
Kata Ganda Separa
Bentuk Kata Ganda Separa
1. Kata ganda separa ialah kata yang dibentuk dengan cara menyingkatkan bahagian
pertama daripada kata ganda seluruh.
Contohnya
jari → jajari → jejari
kuda → kukuda → kekuda
laki → lalaki → lelaki
2. Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.
Tugas Kata Ganda Separa
Kata ganda separa bertugas untuk mengubah makna kata dasar tanpa mengubah kelasnya.
Contohnya:
Kata Dasar dan Kelasnya Kata Ganda Separa dan Kelasnya
gendang (kata nama) gegendang (kata nama)
jari (kata nama) jejari (kata nama)
kuda (kata nama)
kekuda (kata nama)
Makna Kata Ganda Separa
Kata ganda separa menyatakan beberapa makna, iaitu:
a. jamak atau banyak
dedaun = beberapa banyak daun
pepohon = beberapa banyak pohon
b. • Dedaun kering di halaman rumah itu berterbangan ditiup angin.
c. tunggal atau satu
lelabu = sebiji lelabu
pepijat = seekor pepijat
d. • Emak menyimpan air di dalam lelabu supaya menjadi lebih sejuk.
e. menyerupai sesuatu
kekuda = menyerupai kuda
bebola = menyerupai bola
f. • Emak sedang menggoreng bebola ikan di dapur untuk dihidangkan semasa minum petang
nanti.
Senarai Kata Ganda Separa
Yang berikut ialah senarai kata ganda separa yang tergolong dalam kelas kata nama.
Kata Ganda Separa Ayat Contoh
(Kata Nama)
Mereka sedang berehat di atas bebalai itu.
bebalai Pohon bebawang tumbuh meliar di kawasan itu.
bebawang Bebenang skru itu sudah haus.
bebenang Bebuli itu berisi air mawar.
bebuli Dedaun kering berguguran ditiup angin.
dedaun Gegendang telinga bergetar apabila terkena gelombang bunyi.
gegendang (i) Ayah sedang memasang jejari pada tingkap.
jejari (ii) Jejari roda basikalnya kelihatan berkarat.
Banyak sungguh jejentik di dalam longkang itu.
jejentik Emak mengisi sarung bantal dengan kekabu.
kekabu Kita digalakkan makan kekacang untuk kesihatan.
kekacang Tukang rumah itu sedang memasang kekisi pada tingkap rumah tersebut.
kekisi Kekuda yang reput itu sudah diganti dengan yang baru.
kekuda Bangsal yang buruk itu dipenuhi sarang lelabah.
lelabah Lelabi menyerupai kura-kura.
lelabi Lelabu itu halus buatannya.
lelabu Murid lelaki dilarang berambut panjang.
lelaki Ayah memasang lelangit di dalam bilik saya.
lelangit Belakang adik merah digigit pepijat.
pepijat Tukang kayu itu menggunakan sesiku untuk mengukur sudut tepat.
sesiku Encik Lim sedang sibuk melayani para tetamu yang hadir.
tetamu Mak Teh menjemput jiran tetangganya ke kenduri kesyukuran di
tetangga rumahnya.
Tetupai pada tiang rumah itu masih kukuh.
tetupai
Komen Munsyi Bahasa
1. Kata ganda separa yang membawa maksud jamak, tidak perlu disertai kata bilangan.
Contohnya
a. Beberapa dedaun kering bertaburan di halaman rumah. (✘)
Dedaun kering bertaburan di halaman rumah. (✓)
b. Pepohon-pepohon yang rendang terdapat di sepanjang jalan itu. (✘)
Pepohon yang rendang terdapat di sepanjang jalan itu. (✓)
2. Kata ganda separa yang menyatakan makna tunggal seperti kekura dan tetangga boleh
disertai kata bilangan untuk menyatakan jamak.
Contohnya
a. Ada beberapa ekor kekura di parit itu.
b. Tiga orang tetangga kami warganegara asing.
Pengandaan
1. Kata ganda ialah kata yang diulang atau digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.
2. Penggandaan boleh dilakukan terhadap kata nama, kata kerja, dan kata adjektif.
3. Terdapat empat bentuk kata ganda, iaitu:
a. kata ganda seluruh;
b. kata ganda separa;
c. kata ganda bersajak;
d. kata ganda berimbuhan.
Tahun 5 Pemajmukan
Pemajmukan
1. Kata majmuk merupakan dua patah kata dasar yang digabungkan untuk membentuk satu
kata baru yang padu serta sebati maknanya.
2. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri. Misalnya,
air dan mata yang menjadi komponen kata majmuk air mata ialah air yang meleleh dari mata
ketika menangis.
3. Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi
maknanya sama atau hampir-hampir sama.
Contohnya
cantik jelita dan hancur lebur.
4. Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan
makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik dan hancur lebur bererti
hancur sama sekali.
Bentuk Kata Majmuk
1. Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada
yang bersempang.
2. Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja
bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, dedaun, jejari, kekuda, dan
sebagainya.
3. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bagaimana, bumiputera,
daripada, demikian, jurumudi, kadangkala, manakala, dan walaupun.
4. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur
tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.
5. Dari segi bentuknya, kata majmuk terbahagi kepada beberapa kelas seperti berikut:
a. kata nama majmuk;
b. kata adjektif majmuk;
c. kata kerja majmuk;
d. kata bilangan majmuk;
e. kata sendi majmuk;
f. kata keterangan majmuk;
g. kata hubung majmuk.
Kata Nama Majmuk
1. Sebahagian besar kata majmuk dalam bahasa Malaysia tergolong dalam kelas kata nama.
2. Kata nama majmuk terbentuk daripada gabungan beberapa kelas kata, iaitu:
a. kata nama + kata nama;
b. kata nama + kata adjektif;
c. kata nama + kata kerja;
d. kata adjektif + kata adjektif;
e. kata adjektif + kata nama;
f. kata kerja + kata kerja;
g. kata kerja + kata nama;
h. kata kerja + kata adjektif.
Kelas Kata Contoh Kata Majmuk
kata nama + kata nama anak kunci
cucu cicit
daun pintu
kata nama + kata adjektif besi berani
cakera padat
daya tahan
kata nama + kata kerja adik angkat
bilik tidur
duit pecah
kata adjektif + kata adjektif belas kasihan
suka ria
kata adjektif + kata nama rukun tetangga
setia kawan
kata kerja + kata kerja lalu lintas
tanggung jawab
tunjuk ajar
kata kerja + kata nama korek api
reka bentuk
tarik tali
kata kerja + kata adjektif kencing manis
temu ramah
urus setia
Kata Adjektif Majmuk
1. Kata adjektif majmuk merupakan satu lagi kata majmuk yang banyak terdapat dalam bahasa
Malaysia.
2. Walaupun adakalanya kata majmuk itu daripada kelas kata adjektif, tetapi kata majmuk
tersebut tergolong dalam kelas kata nama majmuk.
Contohnya
kasih sayang, penat lelah, dan suka duka.
3. Kata adjektif majmuk terbentuk daripada gabungan kelas kata seperti yang berikut:
a. kata adjektif + kata nama;
b. kata adjektif + kata adjektif.
Kelas Kata Contoh Kata Majmuk
kata adjektif + kata nama berat lidah
buruk siku
busuk hati
kata adjektif + kata adjektif cerdik pandai
lemah lembut
sunyi sepi
Kata Kerja Majmuk
1. Kata kerja majmuk terdiri daripada dua patah kata atau lebih daripada kelas kata kerja atau
daripada kelas-kelas yang lain.
2. Kata kerja majmuk terbahagi kepada dua, iaitu:
a. kata kerja majmuk yang bebas,
yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan.
Contohnya
angkat kaki, buang air, campur tangan, dan gulung tikar.
b. kata kerja majmuk yang terikat.
Contohnya
mengadu domba, mengambil berat, membanting tulang, bercerai susu, berdiam diri,
menyalahgunakan, dan menembak mati.
3. Kata kerja majmuk dapat dibentuk daripada gabungan beberapa kelas kata seperti yang
berikut:
Kelas Kata Contoh Kata Majmuk
kata kerja + kata nama geleng kepala
pilih bulu
tutup mulut
kata kerja + kata adjektif mengambil berat
membuta tuli
menganggap mudah
kata kerja + kata kerja membawa masuk
membaik pulih
mengambil alih
Kata Bilangan Majmuk
Kata bilangan majmuk terbentuk daripada gabungan dua kata bilangan.
Contohnya
dua puluh, tiga perempat, empat ratus,lima ribu, dan enam juta.
Kata Sendi Majmuk
Kata sendi majmuk tidak banyak jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan sedari.
Kata Keterangan Majmuk
Kata keterangan majmuk ada yang dieja tercantum dan ada pula yang dieja terpisah.
Contohnya
acap kali, boleh jadi, demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala.
Kata Hubung Majmuk
Kata hubung majmuk biasanya dieja tercantum.
Contohnya
apabila, manakala, dan meskipun.
Tugas Kata Majmuk
Kata majmuk mempunyai dua tugas, iaitu:
a. menetapkan kelas kata dasar.
Contohnya
air + mata → air mata
(kata nama) (kata nama) (kata nama)
lemah + lembut → lemah lembut
(kata adjektif)
(kata adjektif) (kata adjektif)
mogok duduk
mogok + duduk → (kata kerja)
(kata kerja)
(kata kerja) daripada
(kata sendi)
dari + pada →
(kata sendi) (kata sendi)
b.
c. mengubah kelas kata dasar.
Contohnya
apa + bila → apabila
(kata ganti tanya) (kata keterangan (kata hubung)
tanya) alim ulama
(kata nama)
alim + ulama →
(kata adjektif) (kata nama) gulung tikar
(kata kerja)
gulung + tikar →
(kata kerja) (kata nama) tumbuk rusuk
(kata kerja)
tumbuk + rusuk →
(kata kerja) (kata nama) cerdik pandai
(kata nama)
cerdik + pandai →
(kata adjektif) (kata adjektif) lalu lintas
(kata nama)
lalu + lintas →
(kata kerja) (kata kerja) banyak mulut
(kata adjektif)
banyak + mulut →
(kata adjektif) (kata nama) lambat laun
(kata keterangan)
lambat + laun →
(kata adjektif) (kata adjektif)
d.
Makna Kata Majmuk
1. Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis, iaitu:
a. kata majmuk wajar;
b. kata majmuk kiasan.
2. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya. Maknanya dapat diketahui
daripada makna kata-kata yang menjadi komponennya. Misalnya, buah anggur ialah kata
majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur.
3. Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang
ada pada kata-kata yang menjadi komponennya. Misalnya, buah hati ialah kata majmuk
kiasan kerana maknanya tidak ada kena-mengena dengan buah ataupun hati. Makna buah
hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati.
Contoh Kata Majmuk Wajar
abuk gergaji minyak masak
adat istiadat naik takhta
alih bahasa nenek moyang
bahasa pasar nombor genap
bakul sampah orang gaji
batang hidung orkes ghazal
cacar air otak depan
cakera padat pagar duri
cantik jelita peluru kendali
daya cipta pindah tangan
dengki hati rabun jauh
emas putih resah gelisah
gagah berani ruang angkasa
gunung api sabun mandi
hancur lebur sihat akal
harga borong sumpah seranah
hijau laut tahan lasak
ikan parang tuan rumah
isi perut turun tangga
juling air udang galah
kaca mata uji kaji
kongsi gelap usus buntu
lipat ganda wali hakim
lubang hidung wang saku
mabuk laut warta berita
merah jambu zat air
Contoh Kata Majmuk Kiasan
akal kancil banyak mulut
anak angkat buah mulut
anak emas bulan madu
anak kunci cahaya mata
batu loncatan cakap angin
campur tangan lancang mulut
cekak musang lebar mulut
darah daging lemah semangat
daun meja lepas tangan
daun pintu mabuk kepayang
emas kahwin main angin
embun betina makan angin
embun jantan malam buta
filem bisu mandi keringat
gajah guling matahari
gaji buta naik darah
gambar hidup nikah gantung
gantung kemudi nyawa ikan
gatal mulut otak udang
gunung payung pacat kenyang
habis akal panas hati
hajat besar panjang tangan
halwa telinga pasar gelap
harga diri patah hati
ibu ayam rapat raksasa
intan baiduri rendah hati
isi hati sagu hati
jalan bahasa sakit hati
jauh hati sampai hati
kacang miang sempit akal
kakitangan tali barut
karat hati tampuk kuasa
kata dua tanah air
kecil hati tangan besi
kereta api timbang rasa
lalat hijau tumbuk rusuk
Komen Munsyi Bahasa
Kata majmuk tidak boleh digandakan sewenang-wenangnya. Hanya katapertama dalam kata majmuk
yang boleh digandakan.
Contohnya
a. alat tulis-alat tulis (✘)
alat-alat tulis (✓)
b. ahli jawatankuasa-ahli jawatankuasa (✘)
ahli-ahli jawatankuasa (✓)
Tahun 5 Pembinaan Ayat
Ayat Aktif Dan Ayat Pasif
1. Ayat aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek sebagai pelaku dan objek sebagai penderita.
2. Dalam ayat aktif, kata kerjanya berawalan men-. Contohnya:
a. Ayah memandu kereta.
b. Adik menendang bola itu.
c. Kucing hitam itu melarikan ikan.
3. Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan mengutamakan objek sebagai unsur yang
diterangkan.
4. Ayat pasif tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti
diri kedua. Contohnya:
a. Semak samun itu saya tebas.
b. Buku-buku itu perlu kamu kemas.
5. Ayat pasif berawalan di- dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga.
Contohnya:
a. Baju ini dijahit oleh kakaknya.
b. Kebun itu dibersihkan oleh Pak Mat.
6. Ayat pasif terbahagi kepada tiga, iaitu:
a. ayat pasif diri pertama;
b. ayat pasif diri kedua;
c. ayat pasif diri ketiga.
Ayat Pasif Diri Pertama
1. Ayat pasif diri pertama ialah ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men- dan didahului
kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.
2. Kata ganti diri pertama aku boleh disingkatkan menjadi ku- dan hendaklah dicantumkan pada
kata kerja pasif. Contohnya:
a. Buku itu kuambil.
b. Bunga itu kupetik.
3. Kedua-dua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya
berbeza. Contohnya:
Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Pertama
a. Saya membaca buku itu. f. Buku itu saya baca.
b. Kami menduduki peperiksaan itu. g. Peperiksaan itu kami duduki.
c. Aku akan pergi ke sana. h. Ke sana akan aku pergi.
d. Kita perlu menyiapkan tugasan itu. i. Tugasan itu perlu kita siapkan.
e. Saya membeli sebatang pen. j. Sebatang pen saya beli.
Ayat Pasif Diri Kedua
1. Ayat pasif diri kedua ialah ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men- dan didahului
kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya.
2. Kata ganti diri kedua engkau boleh disingkatkan menjadi kau- dan hendaklah dicantumkan
pada kata kerja pasif. Contohnya:
a. Buku itu kauambil.
b. Bunga itu kaupetik.
3. Kedua-dua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya
berbeza. Contohnya:
Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Kedua
a. Anda perlu mengisi borang itu. f. Borang itu perlu anda isi.
b. Kamu mesti menyiapkan kerja itu. g. Kerja itu mesti kamu siapkan.
c. Engkau harus menyampaikan pesanan itu. h. Pesanan itu harus engkau sampaikan.
d. Awak perlu menaip surat itu. i. Surat itu perlu awak taip.
e. Kalian perlu membersihkan tempat ini. j. Tempat ini perlu kalian bersihkan.
Ayat Pasif Diri Ketiga
1. Ayat pasif diri ketiga ialah ayat yang kata kerjanya berawalan di- dan diikuti kata sendi
oleh serta ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya.
2. Kata sendi oleh boleh ada dan boleh tiada sesudah kata kerja pasif diri ketiga. Contohnya:
a. Pokok itu ditebang oleh Pak Ali.
b. Pokok itu ditebang Pak Ali.
3. Kedua-dua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza.
Contohnya:
Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Ketiga
a. Adira sudah menyapu daun-daun kering di f. Borang itu perlu anda isi.
halaman rumah. g. Kerja itu mesti kamu siapkan.
h. Pesanan itu harus engkau
b. Dia sedang membetulkan motosikal yang rosak
itu. sampaikan.
i. Surat itu perlu awak taip.
c. Beliau akan merasmikan acara sukan tahunan j. Tempat ini perlu kalian bersihkan.
itu.
d. Baginda meminta rakyat supaya bersatu padu.
e. Mereka sedang membersihkan kawasan masjid.
Cakap Ajuk dan Cakap Pindah
1. Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dalam bentuk ayat tanpa
mengubah maksud asalnya.
2. Dalam penulisan, cakap ajuk harus disertai tanda petik ("..."). Contohnya:
a. "Saya sakit perut," kata Risha kepada emaknya.
b. Pesan emak kepada abang, "Berhati-hati memandu kereta."
3. Cakap ajuk terbahagi kepada empat jenis, iaitu:
a. cakap ajuk jenis ayat penyata, contohnya:
i. "Saya belum bersarapan," kata Lim kepada Gurmit.
ii. "Inilah basikal baru saya," kata Balkis kepada Zinta.
b. cakap ajuk jenis ayat perintah, contohnya:
i. "Silalah menjamu selera," kata ayah kepada para tetamu.
ii. "Tolong ambilkan penyapu itu," kata emak kepada kakak.
c. cakap ajuk jenis ayat seruan, contohnya:
i. "Amboi, cantiknya awak hari ini!" kata Li Xin kepada Amy.
ii. "Pergi engkau dari sini!" tengking lelaki kaya kepada pengemis tua itu.
d. cakap ajuk jenis ayat tanya, contohnya:
i. "Mengapakah kamu balik lambat hari ini?" tanya emak kepada abang.
ii. "Ibu bapa kamu di kampung bagaimana?" tanya Shah kepada Reza.
4. Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan
ayat lain tanpa mengubah maksud asalnya.
5. Cakap pindah tidak menggunakan tanda petik ("..."). Contohnya:
a. Risha memberitahu emaknya bahawa perutnya sakit.
b. Emak berpesan kepada abang supaya berhati-hati ketika memandu kereta.
6. Perhatikan perbezaan antara bentukbentuk cakap ajuk dengan cakap pindah dalam jadual di
bawah ini.
Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Ketiga
a. "Yang berwarna biru itu rumah kakak d. Fairus memberitahu kepada Devi bahawa
saya," kata Fairus kepada Devi. rumah yang berwarna biru itu adalah
rumah kakaknya.
b. "Simpan peralatan sukan ini di bilik
sukan," kata Cikgu Imad kepada Yusri e. Cikgu Imad menyuruh Yusri dan Bernard
dan Bernard. menyimpan peralatan sukan itu di bilik
sukan.
c. Fiza bertanya, "Kakak awak sudah
datang, Nora?" f. Fiza bertanya kepada Nora sama ada
kakaknya sudah datang.
7. Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, ada beberapa perkara yang
perlu diubah atau diberi perhatian.
Kelas Kata Cakap Ajuk Cakap Pindah
Kata ganti diri o aku, saya, hamba, patik o dia, ia, nya, beliau
o kami, kita o mereka
Kata ganti tempat o beta o baginda
Kata ganti tunjuk o anda, awak, kamu, o saya, dia, nya
Kata keterangan cara
Kata keterangan engkau o situ, sana, tempat itu
o itu
masa o sini o demikian itu
o ini o begitu
o demikian ini o masa itu, ketika itu
o begini o malam semalamnya
o sekarang
o malam tadi
o semalam o semalamnya
o hari ini o hari itu
o tadi o ketika itu
o esok o esoknya, keesokan harinya, hari
itu
Komen Munsyi Bahasa
Cakap ajuk jenis ayat perintah dan cakap ajuk jenis ayat seruan tidak boleh dipindahkan bentuknya
mengikut bentuk yang asal. Contoh:
Cakap Pindah
Cakap Ajuk
Salah Betul
o "Tolong bawakan saya o Ayah berkata kepada o Ayah meminta emak
segelas air," kata ayah emak tolong supaya membawakannya
kepada emak. bawakannya segelas segelas air.
air.
o "Ah, aku tidak peduli o Dengan marahnya Arjuna
akan katakatamu itu!" o Arjuna berkata dengan berkata bahawa dia tidak
kata Arjuna dengan marahnya, ah, dia peduli akan katakatanya
marahnya. tidak peduli akan kata- itu.
katanya itu.
o "Jangan ganggu kakak o Ayah berkata kepada o Ayah melarang adik
kamu yang sedang adik jangan ganggu supaya tidak
belajar," kata ayah kakak yang sedang mengganggu kakak yang
kepada adik. belajar. sedang belajar
Ragam Ayat
1. Terdapat empat jenis ragam ayat yang utama dalam bahasa Malaysia, iaitu:
a. ayat penyata;
b. ayat tanya;
c. ayat perintah;
d. ayat seruan.
Ayat Penyata
1. Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerangkan sesuatu cerita, benda,
kejadian, dan sebagainya.
2. Ayat penyata dikenal juga sebagai ayat berita atau ayat keterangan, dan biasanya diakhiri
dengan tanda noktah (.).
3. Contoh-contoh ayat penyata:
i. Itu kasut sekolah saya.
ii. Emak sedang memasak.
iii. Rumah kamu cantik sekali.
Ayat Tanya
1. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda,
manusia, binatang, dan sebagainya.
2. Ayat tanya akan diakhiri dengan tanda tanya (?).
3. Ada dua bentuk ayat tanya, iaitu:
a. yang disertai kata tanya seperti apa, bagaimana, berapa, bila, mana, mengapa, dan
siapa. Contohnya:
i. Binatang itu apa?
ii. Keluargamu bagaimana?
iii. Harganya berapa?
iv. Pameran itu bila?
v. Begmu mana?
vi. Kakimu luka mengapa?
vii. Lelaki itu siapa?
b. yang tidak disertai kata tanya tetapi disertai tanda tanya (?) pada akhir ayat itu.
Contohnya:
i. Binatang itu seladang?
ii. Keluargamu sihat?
iii. Harganya lima ringgit?
iv. Pameran itu minggu depan?
v. Begmu di dalam kelas?
vi. Kakimu luka?
vii. Lelaki itu abangmu?
Ayat Perintah
1. Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, dan meminta
seseorang melakukan sesuatu.
2. Ada dua bentuk ayat perintah, iaitu:
a. ayat perintah aktif, contohnya:
i. Berdirilah.
ii. Pergilah.
b. ayat perintah pasif, contohnya:
i. Simpanlah wang itu.
ii. Bacalah buku itu.
3. Contoh-contoh lain ayat perintah:
i. Basuh pinggan di dalam sinki itu. (suruhan)
ii. Janganlah usik adik kamu itu. (larangan)
iii. Makanlah kuih itu. (silaan)
iv. Tolong kemaskan bilik kamu. (permintaan)
Ayat Seruan
1. Ayat seruan ialah ayat yang disertai kata seru seperti aduh, cih, eh, wah, dan sebagainya
dan diakhiri tanda seru (!).
2. Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, hairan, marah, benci,
dan sebagainya. Contohnya:
i. Wah, besar betul rumah itu!
ii. Aduh, sakitnya perutku!
3. Adakalanya ayat seruan tidak disertai kata seru tetapi diakhiri tanda seru (!). Contohnya:
i. Tahniah!
ii. Syabas!
Tahun 5 Kesalahan Umum Tatabahasa
Ayat Tergantung
1. Ayat terdiri daripada subjek dan predikat.
2. Bentuk ujaran yang tidak ada subjeknya atau tidak ada predikatnya bukan ayat.
3. Contoh kesalahan umum tentang ujaran yang tidak ada subjeknya ialah seperti yang
berikut.
Di seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi. (tidak ada subjeknya)
Negara-negara di seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi. (subjeknya:
Negara-negara)
4. Contoh kesalahan umum tentang ujaran yang tidak ada predikatnya ialah seperti yang
berikut.
(a) * Dia yang datang semalam? (tidak ada predikatnya)
Diakah yang datang semalam? (predikatnya: Diakah)
(b) * Kamu yang mesti keluar dari sini. (tidak ada predikatnya)
Kamu mesti keluar dari sini. (predikatnya: mesti keluar dari sini)
atau
Kamulah yang mesti keluar dari sini. (predikatnya: Kamulah)
5.
6. Beberapa contoh "ayat tergantung" yang lain serta pembetulannya ialah seperti yang berikut.
(a) * Tentang keterangan ini menjelaskan salah faham yang timbul. (tidak ada subjeknya)
Keterangan ini menjelaskan salah faham yang timbul. (subjeknya: Keterangan ini)
(b) * Di seluruh kawasan sudah dinaiki air. (tidak ada subjeknya)
Seluruh kawasan sudah dinaiki air. (subjeknya: Seluruh kawasan)
(c) * Banyak pelajar mendengar ceramah itu. (tidak ada subjeknya)
Banyak pelajar yang mendengar ceramah itu. (subjeknya: Banyak pelajar)
Bentuk Jamak
1. Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui:
a. pengulangan kata nama seperti ayam-ayam, buku-buku, kereta-kereta, lampu-lampu,
pelajar-pelajar, roda-roda, sendi-sendi, dan sebagainya;
b. pengulangan kata bilangan yang membawa maksud jamak seperti dua buah basikal,
semua guru, para pemuda, dan sebagainya;
c. pengulangan kata adjektif seperti besar-besar, cantik-cantik, gagah-gagah, halus-
halus, mahal-mahal, tebal-tebal, wangi-wangi, dan sebagainya;
d. pengulangan kata yang mendukung makna jamak seperti rakyat.
2. Kata nama yang menyertai kata bilangan tidak perlu diulang.
3. Sesuatu kata yang sudah membawa makna jamak tidak perlu diulang.
4. Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata nama tidak
perlu diulang.
Salah Betul
o dua buah basikal-basikal o dua buah basikal
o para pemuda-pemuda o para pemuda
o Rakyat-rakyat Malaysia harus bersatu padu. o Rakyat Malaysia harus bersatu padu.
o Baju-baju kakak cantik-cantik belaka. o Baju kakak cantik-cantik belaka.
Frasa Adjektif
1. Kata adjektif dapat menjadi frasa adjektif apabila bertugas sebagai predikat dalam ayat.
2. Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat.
Contohnya
sangat tinggi atau tinggi sekali.
3. Kata penguat paling dan sekali tidak boleh diletakkan di depan dan di belakang kata adjektif
sekali gus.
4. Apabila kata adjektif yang berawalan ter- digunakan sebagai penerang, kata penguat tidak
diperlukan.
5. Frasa adjektif perlu diikuti oleh frasa sendi apabila diperluas.
6. Lihat jadual di bawah ini.
Salah Betul
o Soalan inilah yang paling sukar sekali. o Soalan inilah yang paling sukar.
o Soalan inilah yang sukar sekali.
o Yuzi mendapat markah yang paling terbaik. o Yuzi mendapat markah yang terbaik.
o Kami benci sikapnya itu. o Kami benci akan sikapnya itu.
o Ayah gemar lagu-lagu Melayu asli. o Ayah gemar akan lagu-lagu Melayu asli.
Frasa Kerja Tak Transitif
1. Frasa kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat ayat tanpa
objek atau sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja tak transitif sebagai kata kerja
utamanya.
2. Kata kerja tak transitif yang berapitan ber...kan tidak boleh disertai kata sendi kerana akhiran
-kan pada apitanber...kan berasal daripada kata sendiakan yang dapat mewakili kata
sendidengan, pada, atau tentang.
3. Frasa kerja tak transitif perlu diikuti frasa sendi apabila diperluas.
4. Lihat jadual di bawah ini.
Salah Betul
o berdasarkan pada keterangan ini o berdasarkan keterangan ini
o bertanyakan tentang khabar o bertanyakan khabar
o Ingatkah kamu janji-janjimu? o Ingatkah kamu akan janji-janjimu?
o Kami ingin bertemu Pengetua esok. o Kami ingin bertemu dengan Pengetua esok.
Frasa Kerja Pasif
1. Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua disebut bentuk terikat.
Oleh sebab itu, kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri dengan kata
kerja pasif itu.
2. Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua tidak boleh disamakan
dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.
3. Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja
pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua.
4. Lihat jadual yang berikut.
Salah Betul
o Surat itu saya akan balas. o Surat itu akan saya balas.
o Orang itu kita patut bantu. o Orang itu patut kita bantu.
o Kerja itu kamu mesti siapkan. o Kerja itu mesti kamu siapkan.
o Buku itu dibaca oleh saya. o Buku itu saya baca.
o Nota itu ditulis oleh kamu? o Nota itu kamu tulis?
o Dinding itu dia conteng. o Dinding itu diconteng olehnya.
o Drama itu mereka persembahkan. o Drama itu dipersembahkan oleh mereka.
Frasa Kerja Transitif
1. Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama
sebagai objek kepada kata kerja transitif itu.
2. Di antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek itu, katakata lain tidak boleh
disisipkan.
3. Lihat jadual di bawah ini.
Salah Betul
o Kami membincangkan tentang masalah itu. o Kami membincangkan masalah itu.
o Halim tidak mengetahui akan hal itu. o Halim tidak mengetahui hal itu.
o Ayah membeli banyak buah. o Ayah banyak membeli buah.
o Saya hendak menjelaskan lagi perkara itu. o Saya hendak menjelaskan perkara itu.
Hukum DM
1. Hukum DM ialah hukum tentang penyusunan kata-kata untuk membentuk frasa nama dalam
ayat.
2. D bererti unsur yang diterangkan manakala M bererti unsur yang menerangkan.
3. Kesalahan timbul apabila Hukum DM dilanggar sewenang-wenang. Lihat jadual di bawah ini.
Salah Betul
o lain-lain hal o hal-hal lain
o Ah Seng Kedai Runcit o Kedai Runcit Ah Seng
o goreng pisang o pisang goreng
o cili sos o sos cili
o mini bas o bas mini
Kata Bilangan
1. Kata bilangan ialah kata yang pada umumnya digunakan untuk menghitung benda, misalnya
satu, dua, dan seterusnya, atau beberapa, semua, dan sebagainya.
2. Kata bilangan tak tentu setengah-setengah, kata bilangan pisahan tiap-tiap, dan kata
bilangan himpunan kedua-dua, dan sebagainya tidak boleh disingkatkan sewenang-
wenangnya.
3. Kata bilangan tak tentu para pula tidak boleh diulang menjadi *para-para.
4. Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga, dan seterusnya tidak boleh didekatkan sekali
gus dengan kata bilangan pecahan.
5. Lihat jadual yang berikut.
Salah Betul
o Setengah orang tidak suka akan o Setengah-setengah/Sesetengah orang tidak
durian. suka akan durian.
o Tiap pelajar harus mematuhi o Tiap-tiap pelajar harus mematuhi peraturan
peraturan sekolah. sekolah.
o Kedua anaknya menuntut di o Kedua-dua anaknya menuntut di universiti.
universiti. o Berbagai-bagai barang kraf tangan turut dijual.
o Para guru sedang bermesyuarat.
o Berbagai barangan kraf tangan turut o Sudah dua jam suku dia menunggu di situ.
dijual. o Harga buku ini lima ringgit setengah.
o Para-para guru sedang
bermesyuarat.
o Sudah dua suku jam dia menunggu
di situ.
o Harga buku ini lima setengah ringgit.
Kata Ganti Diri
1. Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.
2. Kata ganti diri terbahagi kepada kata ganti diri pertama, kata ganti diri kedua, dan kata ganti
diri ketiga.
3. Setiap kata ganti diri mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan.
4. Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang.
5. Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang-orang yang dihormati seperti ibu bapa,
guru, menteri, atau orang tua-tua, dan bukan untuk kanak-kanak.
6. Semua kata ganti diri tidak boleh digandakan atau diulang menjadi *kamu-kamu, *anda-
anda, *mereka-mereka, dan sebagainya.
7. Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi *ianya.
8. Kata ganti diri seperti beta, baginda, dan patik digunakan hanya dalam hubungan dengan
kerabat diraja saja.
9. Lihat jadual di bawah ini.