The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NAMA PELAJAR : MOHAMAD ASYRAAF BIN MOHAMAD AMIR
KELAS : 4 MAWARDI
HOMEROOM : PUAN SHARIDA BINTI SUHAIMI
NAMA GURU : PUAN SITI NOR HARYANI BINTI CHE NORDIN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asyraaf.amir06, 2022-06-11 08:19:43

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5, 4 ZON DI MALAYSIA

NAMA PELAJAR : MOHAMAD ASYRAAF BIN MOHAMAD AMIR
KELAS : 4 MAWARDI
HOMEROOM : PUAN SHARIDA BINTI SUHAIMI
NAMA GURU : PUAN SITI NOR HARYANI BINTI CHE NORDIN

KAJIAN 8 BUAH NOVEL
TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON

DI MALAYSIA

NAMA: MOHAMAD ASYRAAF BIN MOHAMAD
AMIR
NO. MAKTAB: PB190222
HOMEROOM: PUAN SHARIDA BINTI SUHAIMI
NAMA GURU: PUAN SITI NOR HARYANI BINTI CHE
NORDIN

ISI KANDUNGAN

1. Penghargaan
2. Pengenalan novel Jendela Menghadap Jalan

i) Sinopsis keseluruhan dan sinopsis setiap bab
ii) 5 Kekuatan, kekurangan dan penambahbaikan
3. Pengenalan novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
i) Sinopsis keseluruhan dan sinopsis setiap bab
ii) 5 Kekuatan, kekurangan dan penambahbaikan
4. Pengenalan novel Di Sebalik Dinara
i) Sinopsis keseluruhan dan sinopsis setiap bab
ii) 5 Kekuatan, kekurangan dan penambahbaikan
5. Pengenalan novel Pantai Kasih
i) Sinopsis keseluruhan dan sinopsis setiap bab
ii) 5 Kekuatan, kekurangan dan penambahbaikan
6. Pengenalan novel Songket Berbenang Emas
i) Sinopsis keseluruhan dan sinopsis setiap bab
ii) 5 Kekuatan, kekurangan dan penambahbaikan
7. Pengenalan novel Tirani
i) Sinopsis keseluruhan dan sinopsis setiap bab
ii) 5 Kekuatan, kekurangan dan penambahbaikan
8. Pengenalan novel Bimasakti Menari
i) Sinopsis keseluruhan dan sinopsis setiap bab
ii) 5 Kekuatan, kekurangan dan penambahbaikan
9. Pengenalan novel Silir Daksina
i) Sinopsis keseluruhan dan sinopsis setiap bab
ii) 5 Kekuatan, kekurangan dan penambahbaikan
10. Senarai rujukan

PENGHARGAAN

Melalui peluang keemasan ini, saya Mohamad Asyraaf bin
Mohamad Amir ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-
tinggi perhargaan kepada guru bimbingan saya jugak merangkap
guru Bahasa Melayu iaitu Puan Siti Nor Haryani binti Che Nordin dan
Encik Shurdi bin Shuib kerana telah banyak memberikan saya tunjuk
ajar sehingga siapnya folio ini.

Selain itu, penghargaan dan terima kasih juga kepada ahli keluarga
saya yang banyak membantu saya dalam hal kewangan dan tenaga
untuk memberi kemudahan kepada saya untuk menyiapkan folio ini.
Tidak dilupakan juga teman-teman sekelas yang banyak membantu
dan tidak jemu memberi tunjuk ajar.

Folio ini juga telah menjadi salah satu proses untuk mengulangkaji bagi saya, dan saya berharap
pencapaian saya dalam mata pelajaran ini akan bertambah lebih baik lagi. Semoga kerja khusus
seperti ini akan terus dijalankan untuk masa akan datang untuk memantapkan dan meningkatkan
lagi pengetahuan dalam penulisan.

Akhir kata, sekali lagi ingin saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan folio ini. Saya juga menyusun sepuluh jari
memohon kemaafan seandainya terdapat sebarang kesalahan yang tidak disengajakan di dalam
folio ini. Sekian, terima kasih.

PENGENALAN

Jendela Menghadap Jalan

Dari jendela terkuak yang menghadap jalan, Lili mengaut beribu pengalaman yang
menerjah dari luar.Lili juga menghadam makna hidup dari isi rumah yang penuh sejarah.Cerita
datuk yang teguh memaut tradisi dan kisah nenek yang mengembara mengutip kematangan usia.
Semuanya mencatumkan keinginan Lili untuk mengetahui falsafah di sebalik jendela itu.

BIOGRAFI PENULIS NOVEL JENDELA
MENGHADAP JALAN

Ruhaini Matdarin dilahirkan di Hospital Queen Elizabeth dan dibesarkan di Kota Kinabalu, Sabah.
Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik, suka melancong dan membaca. Pada tahun 2006
menang tempat pertama peraduan mengarang cerpen sempena kempen Budi Bahasa Budaya Kita
anjuran Kekwa, pada tahun 2008 menang Hadiah Sastera Sabah 2006/2007, kategori novel remaja
menerusi novel Gadis Adikara dan pada tahun 2009 menang tempat kedua Hadiah Sastera
Kumpulan Utusan 2008 menerusi novel Jendela Menghadap Jalan. Manakala Waris Pejuang
menang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011 juga di tempat kedua.

SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL JENDELA

MENGHADAP JALAN

Lili seorang anak remaja yang menetap di bandar. Dia pulang ke kampung sebelah ibunya pada
musim cuti persekolahan atas desakan ibunya. Demi tidak melukakan hati seorang ibu, Lili
menurut walau pun batinnya melawan. Di sana beliau diserkap tanda tanya tentang hampir semua
rumah di kampung itu dibina dengan jendelanya menghadap jalan. Hal inilah yang menjadi
persoalan yang bermain di minda Lili. Persoalan yang sering diajukan kepada datuk dan deneknya,
tetapi jawapan mereka sering ditangguhkan dan ini menambahkan perasaan ingin tahu Lili. Di
kampung, ada remaja yang menjadi rakan Lili seperti, Danel dan Geetha yang pernah ditemui
sewaktu di dalam bas ke Dungun. Di Kampung Sentosa ini ada juga remaja yang menjadi watak
antagonis seperti Rafik dan Haziq.Watak remaja nakal (pada awalnya dan berubah menjadi baik
pada akhirnya) yang sengaja diwujudkan sebagai memberitahu kepada para pembaca remaja
sekalian yang sekali jahat bukan selama-lamanya akan jahat. Watak mereka juga sebagai motivasi
bagi para remaja bahawa masih belum terlambat untuk berbuat baik dan bertaubat.Lili menetap di
kampung bersama dengan datuk dan neneknya di sebuah rumah kampung yang jendelanya
menghadap jalan.Duduk di kampung, Lili dapat berasakan bahawa penduduknya agak pelik.Datuk
sangat berpegang kepada adat tradisional di samping watak remaja iaitu Danel yang dihadirkan
sama sebagai 'penentang' kepada perubatan tradisional datuk.Mereka saling mengemukakan
hujah-hujah untuk memenangkan diri masing-masing.Si datuk tetap menolak kehidupan moden
dengan berpendapat bahawa kehidupan moden bakal memusnahkan perkara yang diwarisi turun-
temurun.Danel pula dengan tidak menghukum adat tradisional kesemuanya, berpendapat segala
yang diciptakan pada zaman moden ini adalah untuk memudahkan kehidupan manusia dan
menjadikannya lebih senang untuk dikendalikan. Akan tetapi apabila berlakunya kes penculikan
terhadap Lili perwatakannya berubah.Penceritaan lebih tertumpu kepada keluarga Che Jah, ibu
kepada watak Rafik dan Haziq yang telah menculik Lili tanpa disengajakan. Lili cuba menyelami
permasalahan yang berlaku dalam keluarga Che Jah. Rafik dan Haziq terlibat dalam gejala sosial
disebabkan oleh bapanya, Seman yang bersikap panas baran, pemabuk ,kaki judi dan tidak
bertanggungjawab. Lili meminta pendapat Kak Mimah seorang daripada pesakit datuk mengenai
kes keganasan rumah tangga. Hal ini kerana Kak Mimah bekerja sebagai penolong pegawai di

Jabatan Kebajikan Masyarakat,Bahagian Warga Tua dan Keluarga.Kak Mimah berjanji akan cuba
membantu menyelesaikan kes keluarga Che Jah. Akhirnya,kes keluarga Che Jah berjaya
diselesaikan dengan kerjasama Kak Mimah.Penduduk kampung menyalahkan datuk yang dituduh
cuba melindungi Che Jah kerana datuk pernah memberikan pekerjaan kepada suami Che Jah.
Datuk juga dipersalahkan kerana tidak melaporkan kes penculikan Lili.Selain itu,datuk juga
dituduh pengkhianat bangsa kerana datuk dikatakan bersubahat dengan Pak Cik William dan
abang Danel ,Sugi yang ingin membeli tanah milik penduduk kampung untuk dimajukan menjadi
kawasan perumahan.Ibu berasa pelik kerana Lili tidak merungut tentang hari-hari yang telah
dilalui di kampung datuk dan nenek.Lili berasa pengalaman yang diperoleh sepanjang dia berada
di kampung amat bermakna.Lili,Geetha dan Danel menyaksikan matahari terbit di jeti nelayan.
Mereka berjanji akan terus berhubung melalui surat ,telefon dan e-mel. Datuk,Haji Abdul Rahman
bercerita mengenai sejarah jendela yang menghadap jalan tetapi cerita tersebut tidak terperinci dan
beliau berjanji untuk bercerita lagi Lili apabila Lili pulang ke kampung nanti . Datuk memulakan
ceritanya sewaktu zaman penjajahan tentera Inggeris. Kisah hidup datuk dan nenek Lili penuh
dengan penderitaan namun sejarah hidup mereka belum habis diceritakan kepada Lili begitu juga
tentang jendela menghadap jalan.Pada pengakhiran cerita ini, Danel dan Lili saling berhubungan
antara satu sama lain dan bercerita tentang diri masing-masing. Mereka juga turut bercerita tentang
Che Jah yang telah mendapat pembelaan yang sewajarnya manakala Rafik dan Haziq telah berubah
menjadi baik. Mereka akan menduduki peperiksaan PMR sebagai calon persendirian. Lili tidak
sabar untuk kembali ke Kampung Sentosa kerana mahu mengutip cerita datuk tentang jendela
menghadap jalan dan cerita nenek tentang sejarah hidupnya bersama-sama datuk hingga ke saat
ini.

SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL JENDELA
MENGHADAP JALAN

Bab 1.
Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk menghabiskan cuti di kampung
datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun, Terengganu. Sebenarnya perasaan Lili tidak gembira
untuk pulang bercuti ke kampung, namun terpaksa berpura-pura demi menjaga hati ibunya.

Bab 2.
Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres dengan menyandang
dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu kerana musim tengkujuh. Dari Kuala
Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil masa selama lapan jam perjalanan. Di dalam bas
Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-sayuran dan Buah-buahan.
Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuruteraan Awam, Universiti Malaya
yang bernama Geetha juga ingin menuju ke daerah yang sama. Mereka bersembang tentang masa
depan. Lili menyedari bahawa dia sedang diperhatikan oleh seorang pemuda Cina atau kacukan.

Bab 3.
Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa. Lili sedang
menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang. Dalam kesibukan Lili disapa semula oleh
pemuda tersebut kerana tertinggal buku penjagaan kesihatannya. Pemuda itu mempelawanya
untuk tumpang sama, tetapi Lili menolak pelawaan itu kerana dia sedang menunggu Abang Rashid
untuk pulang.

Bab 4.
Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan sawah bendang luas
terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu bersalaman dan bertanya khabar. Menurut

nenek, datuk sibuk dengan urusan gotong-royong menaikkan kubah masjid kampung bersama-
sama dengan masyarakat kampung.

Bab 5.

Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu. Sepanjang malam pula datuk begitu
pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat menyembuhkan penyakit secara
tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-tumbuhan lain juga menjadi amalan penduduk-
penduduk kampung dalam pemakanan dan pengubatan tradisional, malah pihak hospital juga
menggunakan herba sebagai bahan untuk mengubat penyakit. Tetapi nenek menegur datuk supaya
tidak mempengaruhi segala pendapatnya berkaitan dengan pengubatan tradisional yang belum
tentu kepastiannya.

Bab 6.

Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua cermin yang
terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata kilat. Kemudian
nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa India, Letchumi, supaya isi
rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala Bali, yang dipenuhi reka bentuk dan
tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan, tahan lasak dan menghalau nyamuk.
Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan herba pembuka selera makan. Masyarakat kampung
lebih gemar berurusan dengan datuk apabila berdepan dengan masalah kesihatan dan menjadi
kepercayaan serta sumber rujukan.

Bab 7.

Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan Geetha. Lili tidak
menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akrab dengan ibu Geetha. Menurut Geetha,
ibunya merupakan pelanggan setia mengamalkan minuman herba buatan datuknya yang telah
berjaya menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini sakit teruk. Walaupun ketika ini saiz
badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat. Geetha menasihati Lili supaya
mempelajari ilmu penyediaan herba dan rawatan tradisional dari datuknya yang begitu terkenal di

Pekan Sentosa ini. Lili berasa bangga kerana mendapat penghargaan atas kepakaran datuknya
dalam ilmu pengubatan tradisional, apatah lagi yang memujinya bukanlah sebangsa dengannya.

Bab 8.

Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan, malah datuk selalu menguji Lili
tentang ilmu-ilmu keagamaan yang selama ini Lili tidak mengetahuinya. Datuk mengakui bahawa
ibu Lili tidak kisah dengan ilmu-ilmu keagamaan adalah berpunca daripada kesilapannya. Semasa
zaman kanak-kanak ibu Lili lebih berminat belajar silat di gelanggang Tuk Wali berbanding ilmu
agama. Tambahan pula setelah berjaya melanjutkan pelajaran keluar negara, menjawat jawatan
penting dan berumah tangga sehingga terlupa segala-galanya. Sepanjang berada di kampung, Lili
merasa keenakan buah-buahan tempatan yang terdapat di dusun yang dikutip oleh Abang Rashid.
Pak Sahak datang ke rumah datuk memaklumkan bahawa berlaku kekecohan di surau kerana
William cuba mempengaruhi penduduk-penduduk kampung supaya tidak mempercayai
pengubatan tradisional di samping memujuk supaya menjualkan tanah bagi tujuan membina rumah
sewa.

Bab 9.

Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk menjelaskan isu yang hangat
dibincangkan oleh masyarakat kampung berkaitan pembinaan kubah surau. Wakil Rakyat telah
memberi pilihan sama ada ingin membina sebuah dewan masyarakat atau mendirikan sebuah
masjid. Kebanyakan penduduk kampung memilih untuk membina kubah surau berbanding
membina sebuah masjid kerana masalah kekurangan tanah. Di samping itu juga, Danel telah
menjelaskan kebaikan mendapatkan rawatan moden berbanding dengan rawatan tradisional.
Hujah-hujah telah dikemukakan oleh Danel dari segi sains perubatan untuk meyakinkan
penduduk-penduduk kampung termasuk datuk, walaupun datuk sukar untuk menerima hakikatnya.
Memang kaedah perubatan tradisional baik jika digabungkan dengan kaedah perubatan moden,
kerana semua bahan ramuan tradisional diawet dalam bentuk moden supaya penggunaannya lebih
selamat dan terjamin mengikut kaedah saintifik. Danel terpaksa berhujah secara berhemah demi
menjaga hati datuk agar tidak terguris.

Bab 10.

Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional, kerana masih ramai penduduk
yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu Geetha. Hati datuk tersentuh dengan
penerangan yang diberikan oleh Danel, walaupun hujah-hujah yang diberikan itu belum tentu
dapat meyakinkannya. Jangkaan Datuk juga kuat mengatakan William juga tidak dapat menerima
penerangan yang diberikan oleh Danel. Jika dahulu semua kata datuk boleh diterima pakai oleh
penduduk-penduduk kampung termasuk William, malah berjaya mengislamkannya, tetapi kini
tidak lagi. Nenek pula sekarang sudah mula menyindir dan menidakkan kata-kata datuk. Sugi anak
sulung William pula telah menggalakkan pemaju datang untuk membangunkan tanah penduduk-
penduduk kampung, yang akhirnya berlaku pertelagahan antara penduduk sama ada mahu menjual
tanah atau sebaliknya.

Bab 11.

Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke mana, namun sebaik sahaja masuk
waktu datuk bersolat dan berzikir tanpa menggunakan tasbih. Selepas itu datuk membaca kitab
dua halaman dan berhenti. Dengan linangan air mata yang tidak bertakung, tanda menahan
kesedihan dalam mengharung segala dugaan kehidupan. Usia datuk kini sudah mencapai lebih
tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh Lili ke dapur supaya nenek membuatkan secawan kopi
untuknya. Tanpa berlengah Lili akur dengan arahan datuk dan terus ke dapur. Nenek membawa
secawan kopi untuk datuk. Apabila melihatkan ada sesuatu yang ingin dibincangkan antara datuk
dan nenek, Lili mohon izin keluar, tetapi datuk terus memanggilnya. Lili duduk semula dan datuk
meminta Lili menceritakan tentang ibunya. Lili terus bercerita, namun berdasarkan soalan-soalan
yang datuk kemukakan, jelaslah bahawa terlalu banyak rahsia hidup ibu yang Lili tidak ketahui.

Bab 12.

Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk kampung. Sama ada ingin mendirikan
masjid atau membina kubah surau lama telah menyebabkan penduduk-penduduk kampung hidup

berpuak-puak. Bekas ketua kampung, iaitu arwah Haji Salihin merupakan orang alim di kampung
ini, juga berasal dari tanah Jawa Barat bersama-sama membangunkan surau lama ini, telah
berpesan bahawa surau lama ini tidak boleh dibangunkan kerana bimbang kesannya akan
mengganggu ketenteraman kampung. Mengikut pendapat nenek itu hanyalah kepercayaan yang
tiada penghujungnya dan ada alasannya yang tersendiri. Ketika Lili meniti bendang untuk
menemui nenek, dia ternampak seorang lelaki mengepit seekor ayam jantan dan seorang lagi
mengepit seekor ayam betina. Abang Rashid telah menasihatinya supaya balik ke rumah kerana
keadaan kampung begitu tegang. Tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki tua melaung-laung dan
bertakbir serta menghalang mereka melakukan perkara-perkara haram dan pengkhianat.
Berlakulah kejar-mengejar antara kumpulan tersebut. Abang Rashid terus menghantar Lili pulang
ke rumah kerana bimbangkan keselamatannya. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Lili
ternampak ada tetamu datang yang terdiri daripada empat orang lelaki dan seorang perempuan.

Bab 13.

Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah berasal dari Kuala Lumpur.
Mereka datang hanya ingin memberitahu bahawa sakitnya lebih awal sembuh daripada
menggunakan herba yang datuk berikan. Lili ke anjung bertemu dengan datuk. Datuk memberitahu
Lili mulai sekarang datuk hanya akan menumpukan tugas-tugasnya berkebun dan berperahu, tidak
boleh bergantung hidup dengan herba-herba lagi. Pada sebelah malamnya, datuk menyusun kayu-
kayu api di bangsal belakang rumah untuk menenangkan fikirannya. Keesokan harinya datuk
menyusun barang-barang lama yang bertaburan di lantai dan bekerja tanpa henti-henti. Pada
sebelah petangnya Lili memohon kebenaran nenek untuk ke rumah Geetha, dengan ditemani
Abang Rashid, tetapi memandangkan sudah senja, Lili membatalkan niatnya, tetapi terus bersama-
sama Abang Rashid ke pekan. Semasa berjalan-jalan Lili sempat bertanyakan Abang Rashid
tentang zaman bujangnya dan bilakah Abang Rashid akan berkahwin? Soalan itu tidak berjawab.

Bab 14.

Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa bosannya kerana tiada
kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah neneknya, Geetha setuju. Setelah

mendapat kebenaran daripada ibu Geetha, mereka bertolak menuju ke perhentian bas. Lili berharap
mereka akan sampai ke rumah neneknya sebelum waktu zohor, tetapi mereka merancang untuk
pergi bersiar-siar di perkampungan pada sebelah petang. Mereka tertarik dengan keindahan
kampung tersebut dengan mendaki bukit, tempat melihat matahari terbit dan terbenam, suatu
keunikan. Geetha bercerita tentang budaya masyarakat India yang tinggal berjiran dengannya,
terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.

Bab 15.

Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang kosong. Geetha memberitahu
nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula dalam badan ibunya stabil kerana memakan
herba dan rebusan akar-akar kayu. Nenek gembira dengan khabar tersebut. Datuk masih lagi belum
pulang ke rumah menyebabkan nenek berasa risau. Abang Rashid telah pergi mencari datuk
dengan menolak basikalnya dalam kegelapan malam. Keesokan paginya datuk pulang ke rumah
dengan dileteri nenek, dan di tepi dinding terdapat dua buah bakul berisi akar-akar kayu dan daun-
daun hutan.

Bab 16.

Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk dijadikan herba di
hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tiba-tiba sahaja Danel muncul dengan membawa buah-
buahan dan makanan lalu diberikan kepada nenek. Datuk menyambut kedatangan Danel seperti
biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Manakala, Geetha dan Lili menyiapkan
minuman kepada tetamu yang datang. Mereka bercerita tentang Danel yang kali pertama bertemu
di dalam bas yang sama dinaiki oleh Lili dan Geetha sewaktu pulang ke kampung. Geetha
memohon untuk balik kerana telah berjanji kepada ibunya bahawa dia hanya dibenarkan bermalam
semalam sahaja di rumah nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar pulang, nenek berpesan kepada Lili
supaya pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli barang-barang keperluan dapur. Dalam perjalanan
pulang, Lili terserempak dengan adegan kejar-mengejar beberapa orang pemuda yang
bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemuda-pemuda tersebut dan mereka pernah datang ke
rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di rumah, Lili terkejut apabila melihat Danel dalam keadaan

meniarap sedang diurut oleh Datuk. Sebenarnya menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini
hubungan datuk dengan Danel begitu baik. Danel kini lebih gemar menulis artikel berkaitan buah-
buahan terutamanya pisang.

Bab 17.
Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah menghuraikan secara panjang
lebar berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah. Penanaman pisang secara besar-besaran di Sabah
telah berjaya di eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan ini juga dibantu dengan tanaman
sampingan lain seperti buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Hasil pertanian ini telah berjaya
memberi pulangan tinggi kepada peladang dan hidup mewah. Mengikut kajian perubatan, pisang
bukan sahaja dapat mendatangkan pulangan yang tinggi, malah boleh menghasilkan tenaga segera
kepada tubuh badan di samping boleh menyembuhkan pelbagai penyakit jika pengambilannya
seimbang. Kulit pisang pula boleh menyembuhkan bintat dan rasa gatal akibat gigitan nyamuk.

Bab 18.
Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan seorang
pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang buntu ini dapat
diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat diperlukan. Tiba-tiba, Lili yang ternampak
julur ranting di jendela mendapati Danel memberi isyarat mengajak Lili menemaninya ke pekan
untuk membeli minyak gamat, setelah mendapat kebenaran nenek. Mereka ke pekan menaiki bas
kerana kereta Danel digunakan oleh abangnya. Semasa di dalam bas, Danel memberi alasan
kenapa dia menulis artikel mengenai pisang.

Bab 19.
Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran makanan segera untuk makan dua biji burger,
kentang goreng dan minuman berkarbohidrat, ini boleh mengundang penyakit darah tinggi. Danel
juga memberitahu, bahawa nenek Lili memang pandai memasak dan masakannya sungguh sedap.
Dia juga selalu ke rumah nenek membantu nenek masak tanpa pengetahuan Lili. Menu masakan

semuanya menggunakan pisang sebagai bahan campuran. Mereka singgah di pasar raya untuk
membeli beberapa barang keperluan, seterusnya Lili merancang untuk singgah ke rumah Geetha.
Setelah selesai mereka pulang menaiki bas seperti biasa, sehinggalah sampai menyusuri jalan ke
kampung dan Danel mengekori sahaja Lili dari belakang. Sebaik sahaja sampai ke jalan besar yang
berturap, kelihatan seorang budak lelaki dikejar oleh beberapa orang lelaki dengan suara yang
memekik. Lili mengenali itulah anak-anak Che Jah yang sering menimbulkan masalah. Tiba-tiba
tangan Lili dipulas, Danel tergamam kerana senjata tajam yang dipegang oleh Rafiq telah diacukan
ke leher Lili. Sebaik sedar, Lili telah berada di tempat penculikan yang dilakukan oleh kedua-dua
anak lelaki Che Jah.

Bab 20.

Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel telah datang menyelamatkan
Lili pada waktu kegelapan malam, kerana Danel memang tahu tempat persembunyian Rafiq dan
Haziq. Danel tidak memaklumkan kejadian itu kepada penduduk-penduduk kampung atas alasan
tertentu. Menurut Danel, Haziq satu sekolah dengannya dan merupakan seorang pelajar pintar.
Namun, pergaulan bebas kutu-kutu rayau menyebabkan dirinya terperangkap dengan jenayah
seperti mencuri, hisap dadah dan pecah rumah. Sehinggakan mereka sanggup melakukan
kekerasan dan mengugut ibunya sendiri, juga orang-orang kampung menyumpah-nyumpah supaya
anaknya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah, nenek
menyambut kepulangan Lili dengan tangisan kerana bimbang akan keselamatan cucunya.
Sebenarnya nenek tahu tentang kejadian yang menimpa Lili.

Bab 21.

Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana berpunca dari masalah keluarga
yang dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel, Lili terus bertanyakan khabar berita nasib mereka
dua beradik. Ketua kampung pula telah mengarahkan penduduk-penduduk kampung merobohkan
pondok tempat persembunyian mereka. Namun Lili tetap berasa simpati dengan keadaan hidup
malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan Haziq. Menerusi maklumat yang diperoleh dari
neneknya, sudah tentu banyak yang bersifat negatif dan menyedihkan. Oleh itu, Lili bercadang

untuk berjumpa dengan Geetha untuk mendapatkan maklumat yang lebih telus dan bersifat
terbuka. Bagi Lili, Rafiq dan Haziq adalah manusia biasa yang memerlukan pertolongan dan
perhatian semua pihak, bukan mengutuk dan menghina secara berterusan. Lili memohon
kebenaran untuk ke rumah Geetha, tetapi neneknya tidak membenarkannya atas faktor
keselamatan.

Bab 22.

Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap oleh penduduk-
penduduk kampung dan salah seorang daripadanya teruk dibelasah oleh ayah mereka. Lili
bercadang ke rumah Che Jah untuk mengetahui keadaan yang sebenar dan kemudiannya
merancang ke pekan bersama-sama dengan Abang Rashid. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah
Che Jah, Lili disambut dan dipersilakan masuk ke dalam rumah. Che Jah menjelaskan Haziq teruk
dibelasah dengan tali pinggang oleh ayahnya. Menurut cerita Che Jah lagi, Haziq semasa alam
persekolahan dulu merupakan seorang pelajar yang pandai, tetapi telah dibuang sekolah kerana
selalu ponteng dan melawan guru. Haziq menjadi nakal kerana bergaul bebas dengan budak-budak
nakal sehingga perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah memohon maaf kepada Lili tentang apa
yang dilakukan oleh anaknya terhadap Lili, tetapi Lili secara ikhlas telah memaafkannya. Che Jah
memuji-muji kebaikan hati Lili yang sanggup datang menjenguk dan bertanya khabar. Che Jah
mempelawa Lili untuk makan tengah hari di rumahnya, dia tidak menolak pelawaan itu.

Bab 23.

Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain. Nenek juga
memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka bermuka-muka. Kadang-kadang boleh
mengumpat hanya melalui jendela sahaja. Lili menghampiri datuk yang masih belum selesai
dengan isu kubah surau dan herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman suami Che Jah merupakan
seorang bapa yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang terhadap anak-anaknya, tetapi juga
terhadap orang-orang lain yang berurusan dengannya. Kelakuan buruk Seman ialah suka berjudi,
berhutang, menipu, minum arak dan anak-anak serta isterinya akan menjadi mangsa

kekejamannya. Lili melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap segala tindakan dan perbuatan
Seman yang tersalah mendidik anak-anak dalam membina keluarga bahagia.

Bab 24.
Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa kubah di puncaknya
terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili mendapat berita dari datuk bahawa
kubah surau akan dipasang dalam masa terdekat. Kini isu kubah surau telah menjadi perbualan
hangat dalam kalangan penduduk-penduduk kampung. Abang Rashid lebih suka sebuah masjid
didirikan di kampung tersebut sebagai tanda pembangunan, begitu juga dengan Lili. Bagi datuk
pula tidak kisah, sama ada kubah surau atau sebuah masjid, yang penting ilmu-ilmu agama
ditegakkan.

Bab 25.
Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama ada melihat kubah surau atau
bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar dalam keadaan sebegini lebih selamat tidak
berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada hari ini Lili perlu berkomunikasi dengan
seseorang. Danel datang membawa gulai kari pisang ikan masin yang dimasak sendiri dan
menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya kepada datuk. Berita kenaikan harga minyak petrol
dan diesel telah menenggelami isu kubah surau ketika ini. Di mana-mana sahaja semua penduduk
akan membincangkan kenaikan harga bahan api tersebut dan mengeluh tentangnya. Begitu juga
kenaikan harga barangan yang lain termasuk perubatan. Datuk sempat memperli Danel, bahawa
kos perubatan tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke rumah Che Jah menziarahinya dan sempat
melihat keuzuran Haziq yang belum sembuh akibat kesan dibelasah oleh ayahnya. Che Jah begitu
mesra melayan Lili, jangkaan dan gambaran buruk perwatakan Che Jah oleh nenek, jauh berbeza.
Lili memberitahu Che Jah, bahawa dia akan kembali ke Kuala Lumpur seminggu lagi.

Bab 26.

Lili berpendapat, dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu perlunya dibina sebuah masjid dan
melaporkan kepada biro pengaduan jenayah yang dilakukan oleh Seman terhadap ahli-ahli
keluarganya. Datuk menasihati Lili agar tidak memikirkan hal-hal yang berat dan lebih memberi
tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan. Danel pula telah banyak membantu, seperti
menyelamatkan nyawa, membawanya ke pekan dan dalam segala hal juga mereka bersependapat.
Lili juga berpandangan bahawa tugas membangunkan kampung terletak di bawah tanggungjawab
Danel sebagai penduduk tetap dan perlu memperjuangkannya.

Bab 27.

Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid. Abang Rashid pula
tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke rumah Che Jah. Ada sesuatu
perkara yang berlaku di sana sehingga menyebabkan nenek bergegas ke rumah Che Jah. Lili dan
Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi masih belum pasti apa yang berlaku. Sebaik-baik sahaja
sampai kedengaran tempikan seorang lelaki, pastinya Seman sedang berang. Terdapat beberapa
orang di dalam rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba seorang pemuda jatuh terhumban dari atas
rumah, iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya berdarah. Seman yang naik angin dan dalam keadaan
yang tidak siuman telah menerajang Haziq sehingga menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada
seorang pun yang berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya berani melihat tentang apa yang
berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta cerai kerana tidak sabar lagi dengan karenah
suaminya yang bertindak melulu.

Bab 28.

Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman masih dengan
perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan sering memukul anak-anak dan
isterinya. Seorang pesakit baru yang datang berubat dengan datuk kerana penyakit gout. Datuk
meminta Lili mengambilkan sebotol herba untuk pesakit wanita tersebut dan menerangkan pantang
larang tentang sakit tersebut. Pesakit wanita tersebut bernama Puan Hamimah dalam usia tiga
puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak Mimah sanggup bermalam di rumah datuk kerana
untuk habiskan berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai penolong

pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga. Tugasnya berkaitan
dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak dan pengabaian warga tua. Lili telah
mengambil kesempatan dan peluang ini untuk membuat aduan terus kepada Kak Mimah untuk
memanjangkan kes keluarga Che Jah untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Bab 29.
Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga yang dihadapi oleh
Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak Mimah akan
balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan berkaitan dengan kes tersebut dan Lili akan
menjadi saksi. Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di rumah. Lili bersembang
dengan Danel hanya di pangkin sambil membincangkan pembinaan masjid dan merancang untuk
mengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung.

Bab 30.
Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan pertemuan dengan
penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak Pak Busu pada hari Jumaat nanti.
Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha untuk memintanya menyelesaikan masalah keluarga
Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin bertemu dengan Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke rumah
Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah tiada di rumah.

Bab 31.
Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan masalah
pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga berbincang tentang bioteknologi berkaitan
dengan madu lebah, kambing dan pokok vanila mampu memberi pulangan yang cukup lumayan.
Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain membincangkan berkaitan rawatan mereka juga

menyentuh isu keganasan rumah tangga Che Jah. Lili tercengang dengan keputusan datuk untuk
mengambil tindakan terhadap suami Che Jah dan mengheretnya ke penjara. Mereka berbincang
cara untuk menangkap suami Che Jah dan menghukumnya mengikut lunas undang-undang.

Bab 32.
Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita mengesyaki
angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan
lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu
yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan Haziq ke halaman rumah, penduduk-
penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk meminta semua penduduk kampung
berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam keadaan lesu dan badannya lebam-lebam akibat
dibelasah. Datuk mencarikan herba untuk memulihkan mereka tetapi badan mereka langsung tidak
bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidung Rafiq berdarah dan rebah di lantai rumah. Geetha
memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah masjid dan surau. Dia hanya ingin
membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.

Bab 33.
Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di balai raya.
Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan untuk dipanjangkan kepada pihak
berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq dan Haziq.
Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar supaya suaminya dihantar ke
pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat laporan polis, tindakan
mahkamah boleh diambil, dan kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
dan mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi membiayai kos
rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh penduduk-penduduk
kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai penawar, manakala Rafiq dihantar
ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Bab 34.

Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang datang
memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah mereka. Datuk pula dituduh cuba
melindungi Che Jah yang terlibat melindungi anak-anaknya dari kes culik cucunya, Lili. Berpuluh-
puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah, menuduh datuk terlibat dengan
pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu bukan urusannya. Sugi pula menjelaskan
bahawa dia bukan bertujuan untuk membangunkan kampung dengan projek rumah kos rendah,
tetapi ingin memajukan tanah-tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan, penanaman
Jatropha Cuncas dan selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq semakin pulih dari keletihan dan
mampu tersenyum, manakala Rafiq disahkan mengambil terlalu banyak dadah jenis syabu
sehingga sistem tubuh badannya banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji akan membantunya
sehingga pulih.

Bab 35.

Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili balik ke Kuala
Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah masjid diterima oleh semua
penduduk dan ketua kampung.

Bab 36.

Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke kampung dan
akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri majlis perpisahan
pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang tersembunyi tentang
jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah silam, sejak zaman penjajahan hinggalah ke
zaman komunis yang mereka tidak memasukkan sejarah jendela menghadap jalan. Neneknya pula,
Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan kisah zaman silam berasal dari Tanah Besar China
sehinggalah pertemuannya dengan datuk di Tanah Melayu ke hari ini. Lili kerap berjumpa dengan
Geetha di Kuala Lumpur dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan menduduki

PMR pada tahun hadapan dan hidupnya telah banyak berubah. Danel berharap Lili akan kembali
semula ke Kampung Sentosa dan berharap Lili telah mengetahui tentang jendela menghadap jalan,
manakala Danel telah banyak menulis artikel tentang pisang.

LIMA KEKUATAN NOVEL -

Novel ini mengajar nilai kasih sayang kepada pembaca dengan menceritakan tentang
kesayangan seorang anak terhadap ibunya dan mengaplikasikannya ke dalam kehidupan
seharian. Selain itu, novel ini mempunyai Teknik plot yang baik kerana dapat menarik perhatian
pembaca dengan konflik yang berlaku dalam aliran cerita tersebut. Disamping itu, novel ini
memberi pengajaran tentang sikap keprihatinan terhadap masalah yang berlaku di persekitaran
kita supaya dapat memperbaiki dan mengatasi situasi pembaca dalam hidup. Novel ini juga
menceritakan tentang persoalan keganasan rumah tangga yang mampu membuka minda pembaca
tentang pendedahan tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang. Akhir sekali, novel ini
memberikan saspens kepada semua pembaca seperti isu orang melarikan kubah surau.

LIMA KEKURANGAN NOVEL -

Novel ini mempunyai banyak isu diceritakan yang memutuskan aliran cerita, hal ini dapat
dikaitkan dengan tidak keseeimbangan dalam membahagikan bab aliran cerita. Selain itu, novel
ini tidak mempunyai watak yang paling diutamakan kerana Lili tidak mempunyai peranan yang
penting dalam perawalan novel ini. Seterusnya, penutup novel ini tidak menceritakan tentang
perkembangan watak dengan menyeluruh dan tidak lengkap. Akhir sekali, Teknik plot novel ini
amat memeningkan pembaca apabila mempunyai klimaks berbeza.

LIMA PENAMBAHBAIKAN NOVEL -

Novel ini perlu menyeimbangkan lagi bilangan bab dan menapis bab dengan lebih
konsisten agar aliran cerita tidak terjejas dan memeningkan. Selain itu, isu yang diceritakan
dalam novel ini perlu dikurangkan atau lebih jelas kerana ia boleh mempengaruhi jalan cerita.
Lili pula perlu mempunyai peranan penting pada awal cerita supaya pembaca memahami
perwatakan utama secara menyeluruh. Disamping itu, penutup novel harus diceritakan dengan
lebih lengkap dan tidak tergantung kerana pembaca tidak dapat memahami perakhiran novel
secara menyeluruh. Akhir sekali, plot klimaks perlu diringkaskan agar dapat difahami oleh
pembaca.

PENGENALAN

Leftenan Adnan Wira Bangsa

Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan
semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7
pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu
terkorban.Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi.Dia
bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.Novel Leftenan
Adnan Wira Bangsa, karya penulis novel sejarah profilik Abdul Latip Talib, memaparkan kisah
serangan terakhir askar Jepun di Singapura serta keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang
sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.

BIOGRAFI PENULIS NOVEL LEFTENAN ADNAN
WIRA BANGSA

Abdul Latip bin Talib ialah seorang penulis yang aktif dan terkenal di Malaysia. Beliau mula
menceburkan diri di dalam bidang penulisan sastera bermula pada tahun 1999. Beliau terkenal
sebagai penulis prolifik melalui novel-novel sejarah Islam yang ditulis beliau yang dikenali
sebagai siri Novel Sejarah Islam.
Abdul Latip Talib yang juga sinonim dengan panggilan Pak Latip dilahirkan di Kampung Ulu
Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Jun 1954.

SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL LEFTENAN

ADNAN WIRA BANGSA

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa berlegar-legar sekitar watak utama, iaitu Adnan. Pada
peringkat awal penceritaan, novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil. Beliau
dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal, Selangor. Rata-rata penduduk kampung itu masih
berada dalam kemiskinan. Kehidupan mereka bergantung pada sawah dan kebun getah yang
luasnya sekadar cukup makan sahaja. Keadaan ini turut dirasai oleh Pak Saidi dan Mak Milah,
iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan tiga orang anak, iaitu Adnan, Ahmad, dan
Amarullah. Adnan merupakan anak sulung keluarga Pak Saidi. Sewaktu masih kecil, Adnan
merupakan anak yang rajin membantu keluarganya dan taat akan perintah orang tuanya. Walaupun
usianya baru mencecah sepuluh tahun, setiap pagi Adnan akan pergi ke kebun getah untuk
membantu orang tuanya menoreh getah. Selain itu, dia mengerjakan sawah bendang.

Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan. Beliau sengaja merahsiakan keturunannya kerana
khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya menjadi orang buruan Inggeris. Darah
kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa Adnan. Semangat patriotik yang dimiliki oleh Pak
Saidi amat tebal. Pak Saidi amat mengambil berat tentang sejarah tanah air. Beliau senantiasa
menekankan peri pentingnya orang-orang Melayu mengubah kehidupan di negara sendiri. Para
penjajah telah mengambil kekayaan negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam
kemiskinan. Nasib orang-orang Melayu terpinggir dan tidak terbela. Pak Saidi tidak mahu anak-
anaknya mewarisi pekerjaannya. Pak Saidi memiliki keazamanan yang tinggi terhadap masa depan
anak-anaknya. Pengetahuan Pak Saidi tentang sejarah tanah air dikagumi oleh penduduk
kampungnya.

Sejak kecil, Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawab memberikan didikan terbaik untuk anak-
anaknya. Pak Saidi mahukan anak-anaknya berbakti kepada agama, bangsa, dan tanah air. Pak
Saidi sedar bahawa dengan ilmu pengetahuan sahajalah negara akan dapat dibangunkan. Pihak
penjajah sememangnya tidak suka orang-orang Melayu menjadi pandai. Atas dasar itu, Pak Saidi

berhasrat mahu menghantar anak-anaknya mendapatkan ilmu pengetahuan di sekolah aliran
Inggeris. Tindakan Pak Saidi itu mendapat tentangan daripada masyarakat kampung yang khuatir
anak-anak Pak Saidi akan diresapi pengaruh agama Kristian, dan seterusnya menjadi murtad.

Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran Inggeris. Di sekolah, Adnan terkenal sebagai pelajar
yang rajin dan pintar. Sikap ringan tulangnya amat disenangi oleh temanteman dan juga guru-guru
sekolah. Adnan menyatakan cita-citanya untuk menjadi askar. Setelah tamat persekolahan, dia
diterima menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal. Namun begitu, bidang perguruan
bukanlah minatnya. Cita-citanya hanyalah satu, iaitu untuk menjadi askar. Adnan terpilih menjadi
askar dalam temu duga yang diadakan di Port Dickson. Adnan berkahwin dengan Sophia. Adnan
membawa isteri dan anak-anaknya ke Singapura. Namun, Adnan terpaksa menghantar anak-anak
dan isterinya pulang ke kampung apabila mendengar berita Jepun akan menyerang Singapura.

Pada Sabtu 6 Disember 1941, suatu persidangan telah berlangsung di Manila yang dihadiri
pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British. Laporan perisikan menyatakan
bahawa angkatan laut Jepun telah belayar menuju ke Asia. Risikan mendapati sekurang-kurangnya
25 buah kapal pengangkut yang diiringi oleh kapal tempur, kapal penjajap, dan kapal pembinasa
sedang menuju ke Laut China Selatan. Hal ini merupakan isyarat yang jelas bahawa Jepun akan
terlibat dalam Perang Dunia Kedua.

Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang pendaratan askar Jepun
dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya Bulan pada 8 Disember 1941. Pada hari
pertama askar Jepun mendarat, mereka telah ditentang hebat oleh askar Melayu yang dibantu oleh
tentera India British yang berkubu di sepanjang pantai. Pada hari kedua, kapal-kapal perang Jepun
telah melepaskan tembakan di sepanjang pantai menyebabkan banyak askar terkorban. Askar
Melayu terus bertahan dan berjaya menggagalkan pendaratan askar Jepun. Namun begitu, pada
hari yang ketiga, Askar Melayu yang sedang bertempur diarahkan supaya berundur. Askar Jepun
akhirnya berjaya mendarat di Kelantan setelah tiga hari bertempur.

Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk menangkis serangan askar
Jepun. Sebaik-baik sahaja mendapat laporan bahawa tentera Jepun akan mendarat di Kota Bharu,
Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di sepanjang pantai. British juga menghantar dua
buah kapal perang, iaitu Prince of Wales dan Repulse untuk mempertahankan Tanah Melayu.
Malangnya, kedua-dua buah kapal perang kebanggaan British itu berjaya ditenggelamkan oleh
kapal terbang Jepun yang melakukan serangan kamikaze. Berita tenggelamnya dua buah kapal
perang itu telah mengejutkan British sekali gus melemahkan moral dan semangat askarnya.

Pihak Inggeris percaya bahawa kubu pertahanannya di Singapura kebal. Malah Inggeris yakin
bahawa kubunya di Singapura itu tidak akan dapat ditembusi oleh askar Jepun. Dalam pertempuran
di Kelantan dan di Singapura, askar Melayu telah menunjukkan keberanian dan semangat
keperwiraan yang hebat. Sebanyak 152 orang askar Melayu, termasuk 7 orang pegawai Melayu
yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai askar Melayu yang
terkorban itu termasuklah Leftenan Adnan bin Saidi. Beliau bersama-sama 42 orang anggotanya
telah berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Pada 15 Februari 1942, askar Jepun berjaya
menakluki Singapura setelah berlaku pertempuran yang hebat. Akhirnya, British terpaksa
menyerah kalah kepada Jepun.

SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL LEFTENAN
ADNAN WIRA BANGSA

Bab 1-Darah Pahlawan

Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil) bersama
keluarganya.Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki. Yang
sulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang bongsu dinamakan Amarullah.
Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga
memiliki darah pahlawan, moyangnya pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning.
Namun begitu Pak Saidi tidak suka menghebah-hebahkan cerita itu kerana sentimen ‘siapa yang
menentang Inggeris adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu. Penjajah ( British) tidak suka
kepada sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu menyedut keluar sebanyak banyaknya hasil
bumi daripada Tanah Melayu.

Bab 2-Kampung Sungai Ramal

Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat menyelamatkan Kampung Sungai
Ramal bersama-sama empat orang sahabatnya. Dia bermimpi suasana di kampung menjadi kelam-
kabut, api menjulang tinggi ke angkasa dan beratus-ratus penyamun sedang menyerang penduduk
kampung. Banyak penduduk kampung yang terbunuh manakala rumah pula banyak yang terbakar.
Adnan sering bermimpi perkara yang aneh sejak kecil dan sering membayangkan dirinya sebagai
Hang Tuah.Pagi-pagi Adnan ke kebun getah membantu ayahnya, setelah solat Zohor dia akan
turun ke sawah pula untuk membantu ayahnya.

Bab 3-Harapan Seorang Ayah

Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar deringan bunyi loceng
basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana kepulangannya disambut oleh anak-anaknya yang
sedang belatih silat di halaman rumah. Adnan melayan ayahnya dengan membawakan minuman.
Selepas itu dia kembali berlatih silat bersama-sama adiknya. Mereka gemar bermain perang olok-

olok dan biasanya Adnan yang selalu menang kerana sikapnya tidak mahu mengalah. Adnan juga
memperlihatkan sikap kepahlawanan dan tanggungjawab walaupun ketika membantu keluarganya
mahupun ketika bermain. Permintaan anak-anak Pak Saidi tidak

pernah dikecewakan olehnya. Walaupun sudah dibuatkan keris daripada kayu, Adnan meminta
ayahnya membuat senapang kayu pula.

Bab 4-Dusun Durian Di Tanah Perkuburan

Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran Tanah Perkuburan. Pak Saidi
yang mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi Tanah Perkuburan sebab itulah dusun
itu bersebelahan dengan Tanah Perkuburan. Sikap Pak Saidi yang dermawan menyebabkan orang
kampung menyenanginya. Apabila tiba musim buah-buahan, dia selalu bersedekah buah-buahan
kepada penduduk kampung. Pak Saidi menceritakan kepada anak-anaknya bahawa asal usul dia
dan ibu Adnan dari Minangkabau, Indonesia. Dia juga menceritakan bahawa dia pernah membantu
Dol Said Pahlawan Naning menentang British. Hal ini dirahsiakan supaya penduduk kampung
tidak memandang serong. Pak Saidi menceritakan bagaimana Dol Said dilayan oleh British dengan
baik sedangkan pengikutnya dibuang ke India. Pak Saidi juga menceritakan bagaimana British
boleh masuk dan menjajah Tanah Melayu. Sejak itulah orang Melayu menentang penjajahan
British bukan melalui senjata tetapi melalui politik.

Bab 5-Harapan Seorang Ibu

Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada waktu malam pula Adnan
diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya dengan ibunya. Adnan menyatakan hasrat untuk
bersekolah supaya menjadi pandai kelak. Ibunya Milah tidak bersetuju kalau Adnan bersekolah di
sekolah Inggeris tetapi berbeza dengan pandangan Pak Saidi. Pak Saidi berpendapat belajar di
sekolah Inggeris dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding sekolah agama ataupun sekolah
Melayu. Milah menyatakan kebimbangan tentang pandangan orang kampung tetapi Pak Saidi
menyatakan bahawa penentangan zaman sekarang bukan lagi menggunakan senjata tetapi
berdasarkan pengetahuan yang setanding dengan orang Inggeris. Pak Saidi menyatakan hasrat

menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris kepada ketiga-tiga orang anaknya dan mereka
menerimanya dengan senang hati. Milah juga akhirnya akur dengan kehendak Pak Saidi.

Bab 6-Guru Besar Steward
Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk kampung yang tidak
mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi murtad namun Pak Saidi
berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran. Setiap pagi,
sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di
pekan Sungai Ramal. Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah. Syarat memakai baju
baharu, seluar baharu dituruti oleh Pak Saidi.Walaupun sudah bersekolah di sekolah Inggeris,
namun Pak Saidi tetapi mengajar anak-anaknya mengaji pada waktu malam agar anak-anaknya
mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak lupa asal usul dan berharap anak-anaknya tidak menjadi
sepertinya yang miskin. Pak Saidi menasihati anak-anaknya supaya tidak mempedulikan apa yang
dikatakan oleh orang lain.

Bab 7-Mereka Tidak Mengerti
Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi menyekolahkan anaknya di
sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung tidak bersetuju dan membantah tindakan Pak Saidi.
Abu mencadangkan kepada Tuk Ketua supaya meminta Pak Saidi tidak menghantar anaknya
bersekolah di sekolah Inggeris dan menghalau mereka sekiranya mereka masih berdegil. Namun,
Tuk Ketua menyatakan bahawa Pak Saidi dan anaknya orang baik sebaliknya anak Abu yang
tidak elok perangai dengan mencuri buah-buahan penduduk kampung. Abu berasa marah dengan
kelakuan anaknya dan anaknya Nordin menganggap Pak Saidi yang memberitahu Tuk Ketua akan
hal ini. Mereka bercadang hendak mengenakan Pak Saidi.

Bab 8-Seteguh Karang
Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah Chong hasil jualan getah,
Karim menyatakan bahawa Abu telah menghasut Tuk Ketua supaya mengambil tindakan terhadap

Pak Saidi kerana menghantar anak belajar di sekolah Inggeris. Pak Saidi tidak mengambil endah
tindakan yang akan diambil oleh Abu kerana dia yakin dia tidak melanggar undang-undang. Karim
juga ingin tahu apa sebabnya Pak Saidi menghantar anak bersekolah di sekolah Inggeris. Pak Saidi
menyatakan bahawa kita harus belajar dari bangsa yang berjaya supaya anak-anak kita dapat ilmu
pengetahuan yang tinggi. Walaupun dia marah dengan British tetapi dia suka dengan ilmu yang
mereka ada. Pak Saidi menyangkal anak-anak Karim yang perempuan semuanya tidak mampu
untuk Berjaya sebaliknya di tangan merekalah nanti Negara akan lebih maju. Petang itu rumah
Pak Saidi dikunjungi oleh Tuk Ketua kampung, Lebai Pian dan Pak Karim serta Isa. Pak Saidi
menerangkan tujuan dia menyekolahkan Adnan di sekolah Inggeris. Guru Melayu yang mengajar
di sekolah itu juga akan membantu memantau anak-anak mereka. Setelah bertukar-tukar
pandangan akhirnya mereka setuju dengan pendapat Pak Saidi walaupun tidak disenangi oleh
Lebai Pian.

Bab 9-Anak-Anak Kampung

Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di sekolah Inggeris. Adnan
menyatakan keseronokannya belajar di situ dan mengajar Mamat beberapa perkataan bahasa
Inggeris yang dipelajari. Mamat menyatakan ayahnya melarang dia belajar di sekolah Inggeris
kerana khuatir dia lupa agama. Adnan menafikan bahawa dia tidak akan lupa agama dan tidak
akan berubah walaupun sudah belajar di sekolah Inggeris apatah lagi di waktu malam dia tetap
belajar mengaji dengan ayahnya. Mereka berbual-bual dengan Ahmad dan bercerita tentang cita-
cita apabila besar nanti. Adnan mahu menjadi askar supaya dapat mempertahankan Negara dari
serangan musuh. Malamnya, rumah mereka didatangi oleh dua lembaga yang tidak dikenali.
Dengan keberanian Pak Saidi dan Adnan, lembaga itu lari lintang pukang, walaupun ada seorang
yang mengena belatinya. Rupa-rupanya mereka mengerat tayar basikal milik Pak Saidi. Pak Saidi
mendengar tentang Nordin yang sakit kaki. Dia membertahu isterinya mungkin Nordin salah
seorang lembaga yang datang pada malam tempoh hari dan dibaling belati oleh Adnan. Di sekolah
Adnan mendapat pujian atas sikap hormat dan kerajinan serta pendirian yang tetap untuk menjadi
askar yang dinyatakan kepada Cikgu Anderson.

Bab 10-Masuk Jawi Basikal Baharu

Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai. Walaupun Tuk Mudim
berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan mengintai dari luar. Adnan
menjadi bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk membelikan basikal baharu apabila dia
selesai berkhatan. Adnan bersemangat dan tidak gentar apabila dikhatankan. Dia tersenyum
selepas dikhatankan. Kira-kira dua minggu kemudian, luka Adnan sembuh. Pada hari yang
dijanjikan ayahnya membawa pulang sebuah basikal baharu.

Bab 11-Yakin Boleh

Pak Saidi bertanya kepada Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan bahawa dia
seronok belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri memulakan perhimpunan pagi
dengan pengumuman tentang Pertandingan Syarahan dalam bahasa Inggeris. Hanya Adnan yang
bersetuju untuk mengambil bahagian sedangkan rakan-rakannya yang lain tidak berminat kerana
syarahan tersebut dalam bahasa Inggeris. Akhirnya Nizam, Ah Chong dan Ramasamy serta
beberapa orang lain terangsang dengan semangat yang ditunjukkan oleh Adnan dan turut sama
dalam pertandingan tersebut. Mak Milah bangga dengan semangat Adnan walaupun ditertawakan
oleh rakan-rakannya. Pak Saidi dan Mak Milah memberikan semangat kepada Adnan dan semakin
bertambahlah semangat berkobar-kobar Adnan kerana mereka berjanji akan hadir pada hari
pertandingan tersebut. Akhirnya Adnan menjadi juara, Ah Chong mendapat tempat kedua
manakala Nizam mendapat tempat ketiga.

Bab 12-Jaguh Kampung

Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya mengalahkan
pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu menyebabkan mereka tidak berpuas hati.
Mereka mencadangan perlawanan tinju antara jaguh Kampung Sungai Ramal dan jaguh Kampung
Sungai Merab. Cabaran itu disambut oleh Adnan yang dicadangkan oleh anak-anak muda
kampungnya. Manakala Budin mewakili Kampung Sungai Merab. Perlawanan yang dirancang
akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan berdamai kerana beranggapan

pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan mengikut peraturan. Penyokong mereka
tidak berpuas hati dan menyebarkan fitnah bahawa Budin dan Adnan bertinju dan mencuri
rambutan Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin pulang ke rumah setelah mendengar berita
tersebut. Setelah ditanya oleh Pak Saidi, Adnan menyatakan bahawa mereka tidak bertinju dan
tidak mencuri rambutan kerana masih mendengar pesan ayahnya.

Bab 13-Darah Muda
Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar di sekolah
Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita menjadi seorang
askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu.Semenjak kecil Adnan gemar
mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya semangat untuk menjadi
askar Melayu bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada masa itu telah mula bertiup
semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama dalam kalangan guru-guru.

Bab 14-Askar Melayu Diraja
Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil anak-anak
muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi tentera.
Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera British yang
bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam
pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi ingin memohon
tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus menjadi guru mendidik anak
bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita
anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.

Bab 15-Buku Bertemu Ruas
Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem latihan
ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan menumpang lori barang dari

Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima menjadi tentera
selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke rumahnya.

Bab 16-Perwira
Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan mental
bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan kesungguhan yang
mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan seterusnya beliau
diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling mengembirakan hati Adnan.
Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah
pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke Singapura manakala Mamat pula ditukar ke
Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu amat menggembirakan
mereka kerana masing-masing terlalu rindukan pada keluarga yang telah lama ditinggalkan.

Bab 17-Kehidupan Baharu
Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan
pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai
upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat
sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi dari London, dia
berkahwin dengan seorang guru dikampungnya bernama Sophia Pakih Muda

Bab 18-Berhari Raya Di Kampung
Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan kehadiran tiga orang
anak iaitu dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Tetapi bayi perempuan
itu meninggal dunia.Pada akhir tahun 1941, Leftenan Adnan Saidi ditempatkan di Pasir Panjang
dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam
kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu. Mereka hidup bahagia.

Bab 19-Perang Dunia Kedua

Apabila berlaku Perang Dunia Pertama dan Jepun bersedia untuk menjajah Tanah Melayu maka
Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini merupakan
masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak
mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama. Dengan hati yang amat berat
Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di Kajang. Sekembalinya ke
Singapura, Adnan mula mengatur persiapan. Askar Melayu dan tentera British bekerjasama
membantu penduduk berpindah. Keadaan di Pasir Panjang sangat sunyi. Sebagai ketua yang
menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia dan berjaga-jaga.

Bab 20-Bukit Candu

Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang sama Pasir Panjang juga
di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan agar mereka mempertahankan satu
tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa British mahu mempertahankan
Bukit Candu juga kerana di sebalik bukit tersebut ada kilang Candu kepunyaan Inggeris. Mereka
pun berkemas ke Bukit Candu kerana kawasan tersebut merupakan kawasan yang penting. Di situ
ada penduduk kampung yang tidak mahu berpindah. Adnan memerintahkan supaya dibina kubu.
Setelah itu kubu-kubu siap dibina melalui gotong-royong. Keesokan harinya bertemankan Sarjan
Hassan, Adnan berjumpa Penghulu Sidek bagi membincangkan masalah penduduk yang enggan
berpindah. Mereka tidak Berjaya mengajak penduduk kampung berpindah. Apa yang boleh dibuat
ialah memperketatkan kawalan dan mencadangkan pasukan pengawal kampung. Adnan gembira
apabila mendapat surat daripada isterinya yang mengatakan bahawa semua ahli keluarganya dalam
keadaan selamat. Sebenaranya askar British, Nepal dan India juga tidak berminat untuk
meneruskan perjuangan. Adnan berpendapat bangsa Melayulah yang harus mempertahankan tanah
air.

Bab 21-Di Ambang Perang

Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut Sir Thomas
Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun dijangkakan serangan itu
dapat dipatahkan namun mereka akan mengalami pertempuran yang sengit. Mereka menjangkakan
askar Jepun akan mendarat di Kelantan dan Singapura.Cadangan Laksamana Thomas C. Hart
mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau, dapatlah pihak British mengetahui
tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi mereka. Akhirnya penduduk kampung mula
mempercayai bahawa Bukit Candu akan diserang dan mereka bersetuju untuk berpindah. Dalam
keadaan yang genting itu, dua lembaga cuba menceroboh rumah penduduk kampung yang
ditinggalkan. Dengan bantuan pengawal kampung dan askar, kedua-dua lembaga tersebut berjaya
ditangkap. Rupa-rupanya mereka hendak mencuri dan salah seorang daripada mereka ialah Samad.

Bab 22-Hati-Hati Yang Resah
Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat pengkalan tentera
di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu yang akan datang melaporkan diri pada
sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit Candu. Akhirnya Kapten Rix
datang pada sebelah tengah hari. Setelah sejam meninjau di udara akhiranya Pegawai Penerbangan
Ramshaw melaporkan ternampak tiga buah kapal di lautan dan dipantai. Mereka berpendapat
Jepun telah membuat persiapan untuk berperang. Apabila cuaca kembali reda, malam itu juga
pesawat peninjau melaporkan konvoi Angkatan Tentera Jepun hilang dari lautan yang sepatutnya.
Mereka berpendapat pihak musuh mengalih laluan. Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan
berjaga-jaga. Adnan memberikan taklimat di Bukit Candu dan Pasir Panjang supaya
mempertingkatkan kawalan. Dalam waktu yang sama, Tijah memerhatikan Sophia yang semakin
berubah. Sophia kelihatan termenung dan gelisah. Sophia begitu bimbang dengan nasib Adnan.
Dia takut kehilangan Adnan.

Bab 23-Bermulanya Sengketa

Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan menyerang.
Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau penjajah dan
memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai perang.
Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir kerana tiga
orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera Laut
dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu. Pak Saidi bangga kerana
ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap risau sekiranya berlaku
peperangan.Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-adiknya sambil memberi kata-kata
perangsang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.

Bab 24-Perangkap Tidak Mengena

Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh
pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil sepanjang
kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan
pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula
menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan
dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi tentangan yang sengit.
Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula
mendarat dipantai dan membunuh banyak askar Jepunm termasuk komander batalionnya iaitu
Mejar Nakamura yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel
Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu: "Kubu-kubu kecil
musuh yang disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan
orang-orang kami terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat
kepala mereka". Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah
kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka
menguasai tempat mendarat. Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya
menumpaskan tentera India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini
berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam
British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil
telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan mebolosi kedudukan Dogra.

Walaupun membuat serang balas, kedudukan supai India tidak dapat dipertahankan lagi dan
pasukan pertahanan mula berundur.

Bab 25-Gagalnya Operasi Matador

Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pengkalan Tentera British di
Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath memaklumkan bahawa tinjauan udara di Teluk Siam
mendapati adanya pergerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkhla dan Pattani. Ops Matador
dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh sebab Jeneral A.E. Percival yang dipertanggungjawabkan
mendapat berita tersebut lewat akhirnya tentera Jepun sudahpun mendarat di Kota Bharu. Namun
tersekat di Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera British di situ. Pertempuran sengit berlaku
dan akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki Kelantan. Pegawai dan askar yang menjaga
Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen Kereta Api Kuala Krai. Mereka akhirnya
membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar pihak musuh tidak dapat menggunakannya.
Jerangkap samar yang dipasang di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai
askar Jepun terbunuh. Akhirnya tentera Jepun Berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941,
tentera Jepun menempatkan askarnya di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Tentera British
menggugurkan bom seberat 250 paun dan tepat mengenai sasaran kapal pengangkut IJN Awajisan
Maru yang perupakan kapal Jepun pertama yang ditenggelamkan dalam Perang Dunia Kedua.
Tentera membalas serangan tentera British di Butterworth dan juga di Kuantan, Alor Star dan
Sungai Petani.

Bab 26-Serangan Bertali Arus

Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun dalam masa
yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut. Kapal perang kebangaan British HMS
Prince of Wales dan HMS Repulse meninggalkan Singapura menuju ke Kelantan. Walau
bagaimanapun pergerakan kapal perang itu Berjaya dikesan oleh pihak Jepun. Sepuluh buah
pesawat Jepun diarahkan melakukan serangan kamikaze terhadap dua buah kapal perang British
itu. Akhirnya dua buah kapal perang British Berjaya ditenggelamkan oleh tentera Jepun. Pada 11
Disember 1941, Jeneral A.E. Percival memerintahkan Regimen Punjab menyekat kemaraan

tentera Jepun di Changlun. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal bagi menyerang tentera
Punjab. Pada 12 Disember 1941, Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat pengebom
Jepun menyerang pertahanan Brtish di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun mereka tersalah sasar
dengan membuat serangan terhadap kawasan awam. Pada hari yang sama tentera Jepun bergerak
ke Jitra. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal dan bedilan artileri untuk memberikan lalukan
kepada tentera infantry menyerang garisan pertahanan yang dijaga Batalion Punjab dan Gurkha.
Walau bagaimapaun tentera ini dapat ditewaskan. Tangisan Mak Milah mengejutkan Sophia di
dapur. Ahmad anak mereka telah terkorban di medan perang dan turut tersemadi di dasar laut. Hati
Sophia dirundung kebimbangan memikirkan nasib suaminya.

Bab 27-Perancangan Dua Jeneral

31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai tentera Jepun. Mereka
yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan berkeliaran di mana-mana. Akibat
tiada pertahanan yang kukuh di Johor, tentera Jepun Berjaya menawan satu persatu negeri di Tanah
Melayu. Hal ini memberikan tamparan kepada tentera British yang selama ini dianggap paling
kuat di dunia. Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di Timur Jauh, Sir Robert Brooke-
Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Leftenan Jeneral Sir Henry Pownall. Pada petang
31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun. Pasukan tentera
British yang terakhir meninggalkan Tanah Melayu telah meletupkan Tambak Johor sebagai usaha
menyekat kemaraan Jepun. Samad dijadikan sebagai pengintip tentera Jepun memerhati gerak
tentera British. Hasil dari maklumat Samad, pengintip Jepun telah melaporkan kepada markas di
Kluang. Kapten Rix dan Leftenan Adnan mengatur persiapan menentang tentera Jepun. Leftenan
Adnan kecewa kerana tentera asing tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu.

Bab 28-Pertempuran Demi Pertempuran

3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan. Jeneral Yamashita
menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di bahagian utara Singapura
berhampiran Sarimbun. Jeneral Yamashita mengarahkan supaya tenteranya memusnahkan tangki-
tangki minyak di Pelabuhan Tentera Laut Singapura. Pasukan atileri Jepun pula menyerang

Pengkalan Udara Tengah di Seletar dan di Sembawang. Markas tentera Jepun dipindahkan ke
Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Pertempuran di ruang udara Singapura berlangsung sepanjang
hari dari pagi hingga ke petang. British terpaksa memindahkan kapal terbang Hurricanes dan
Buffaloes yang selamat ke Palembang. Masalah pentadbiran dan kawalan menyebabkan
pertahanan tentera Berikat semakin lemah. Rejimen Askar Melayu bersungguh-sungguh
mempertahankan kedudukan. Satu-satunya pasukan yang masih bersemangat untuk bertempur
dengan tentera Jepun ialah askar Melayu. Adnan dan anggotanya tetap akan berjuang hingga ke
titisan darah yang terakhir walaupun anggota pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya
dengan semangat juang yang tinggi mampu memberikan tentangan sengit kepada musuh.

Bab 29-Terus Berjuang

Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pengkalan. Petang itu Penghulu
Deraman daripada pengawal kampong datang bertemu Leftenan Adnan untuk menyatakan
persediaan mereka bertempur membantu pasukan askar Melayu menentang tentera Jepun. Dalam
perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan dua orang adalah pengintip Jepun dan
menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan. Malam itu Penghulu Deraman Berjaya
mengesahkan bahawa Samad adalah tali barut Jepun. Malam keesokannya mereka berjaya
dikalahkan. Jeneral Yamashita berang apabila tiga orang pengintipnya mati ditembak askar
Melayu. Berita pertahanan Pasir Panjang diserang tentera Jepun menambahkan kebimbangan
Jenaral A.E. Percival. Tentera Jepun mengubah taktik serangan dengan menggunakan kereta
kebal. Kemaraan mereka ditentang hebat pasukan askar Melayu. Setelah beberapa buah kereta
kebal Jepun dapat dimusnahkan, akhirnya tentera Jepun berundur semula ke Jurong. Askar Melayu
diserang oleh tentera Jepun yang marah. Berita itu menggusarkan Leftenan Adnan. Apatah lagi
Kapten Rix bagai membiarkan sahaja askar Melayu mempertahankan Pasir Panjang.

Bab 30-Serangan Balas

Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas solat Subuh,
mereka kembali menjalankan tugas masing-masing. Suasana hening menjadi gempar apabila
dikejutkan dengan berita tentera Jepun sudah datang. Adnan mengarahkan anggotanya bersiap

sedia. Tentera Jepun menghantar utusan untuk berunding. Adnan tetap tidak mahu berundur diikuti
dengan pengeboman tentera Jepun dari udara. Pertempuran berlaku antara kedua-dua pihak.
Banyak nyawa yang terkorban. Kompeni C begitu mempertahankan Bukit Candu. Pertempuran ini
memperlihatkan semangat juang askar Melayu lebih komited dan berani. Namun tidak berupaya
mengalahkan askar Melayu. Hal ini menimbulkan kemarahan tentera Jepun. Pertempuran berlaku
di Pasir Panjang menyebabkan anggota Leftenan Adnan hendak membantu tetapi dihalang oleh
Adnan. Adnan bimbang Bukit Candu akan diserang. Tentera Jepun menyamar dengan memakai
pakaian tentera Sikh telah ditawan. Adnan tidak sedap hati kerana dia tidak dimaklumkan tentang
hal itu. Akhirnya Adnan menyerang tentera Jepun yang menyamar dan menyebabkan tentera Jepun
banyak kehilangan nyawa.

Bab 31-Biar Putih Tulang

Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu petang tersebut hingga
musnah.Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat melihat dengan jelas tentera Jepun sedang
mara. Tentera Jepun yang menyangka pertahanan di Bukit Candu telah musnah tiba-tiba dihujani
dengan tembakan mesingan dari arah bukit. Tidak lama kemudian kapal terbang Jepun menyerang
semula kedudukan mereka. Ternyata pertahanan askar Melayu di Bukit Candu masih kukuh.
Koperal Senin, Lans Koperal Yusof turut terkorban. Keadaan semakin genting kerana musuh
menyerang dari pelbagai arah. Kapten Rix cedera parah dan akhirnya meninggal dunia. Tembakan
yang dilepaskan oleh askar Melayu sudah tidak serancak mula-mula tadi Adnan memerintahkan
supaya jangan berundur dan mengalah. Penghulu Deraman, Deris dan Haji Burhan berasa sedih
kerana tidak dapat membantu Adnan sebagaimana janjinya.

Bab 32-Tumpah Darah Perwira

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom
tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis Gun.
Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet
tetapi mereka kekal bertahan menyebabkan pihak musuh kecewa. Dalam pertempuran yang
berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya

menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannya telah
menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh. Tentera Jepun
marah kerana keberaniannya menentang musuh sehingga ramai yang terkorban telah berjaya
menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah
menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri. Kerana meradang
akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah berbaris panjang kemudian
mereka berjalan di bawah pokok ceri itu. Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah
menikam tubuh Leftenan Adnan yang tergantung pada pokok tersebut dengan bayonet. Kejadian
itu dilihat oleh Koperal Yaakob.

Bab 33-Jatuhnya Kota Singa

Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menyerah kalah, Haji
Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Bukit Candu
telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya. Di sana
terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan ada pula yang
terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka juga terjumpa seorang yang
masih hidup lalu merawatnya. Kemudian Kopral Yaakob pun menceritakan kehebatan askar
Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk kampung
mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu mengebumikannya.

Bab 34-Darah Mengalir di Sungai Ramal

Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang. Mereka
mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak akan
bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan.
Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi menentang tentera
Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi menentang pendudukan Jepun di
tanah Melayu

Bab 35-Perjuangan Belum Berakhir

Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah pemerintahan
Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan Jepun. Penduduk
kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba kekurangan. Rakyat terpaksa makan ubi,
pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh ayahnya
iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah akibat demam
panas. Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu diperintah semula
oleh British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan mengerjakan ladang dan
sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan menoreh getah untuk menyara anak-
anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula, Sophia telah ditawarkan
semula mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama memulakan tugas di sekolah, Sophia telah
berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya mereka berdua telah berkahwin menjadi pasangan
suami isteri yang bahagia. Selepas empat tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka.
Sophia disahkan menghidap penyakit leukimia dan meninggal dunia.

LIMA KEKUATAN NOVEL -

Pada pendapat saya, novel ini mempunyai tema yang menarik iaitu keberanian seorang
anggota tentera dalam mempertahankan tanah air kerana dapat mengajar nilai patriotik kepada
pembaca. Di samping itu, persoalan tentang semangat cinta akan negara dapat memberikan
perspektif baharu kerana dapat menyuntik kesedaran tentang pengorbanan seorang askar terhadap
negara. Selain itu, novel ini menceritakan tentang perwatakan watak utama iaitu keberanian
seorang askar. Sebagai contoh, Leftenan Adnan berjuang sehingga titisan akhir walaupun tiada
senjata. Seterusnya, pemulaan cerita tersebut amat difahami oleh pembaca walaupun ringkas
kerana penulis dapat meringkaskan secara mudah dengan kefahaman penulis terhadap minda
pembaca. Akhir sekali, novel ini mengajari kita supaya berjuang untuk tanah air kesayangan kita
agar generasi masa hadapan dapat hidup secara aman dan selamat daripada ancaman luar.

LIMA KEKURANGAN NOVEL -

Novel ini menceritakan sejarah yang kadang kala membosankan kerana kandungan yang
terlalu banyak untuk pembaca mengikutinya. Selain itu, novel ini mempunyai watak sampingan
yang pada luaran tidak mendalam kerana merupakan perwatakan daripada sebuah persepektif
orang lain dan merupakan pandangan orang lain terhadap watak tersebut. Seterusnya, watak utama
Leftenan Adnan bin Saidi merupakan manusia dan orang sebenar yang menyebabkan penulis tidak
boleh mencipta unsur tidak benar kerana perwatakkannya mungkin membosankan sesetengah
pembaca. Kemudian, perkembangan novel ini terlampau lama sehingga dapat menyebabkan
pembaca berhenti membaca kerana kehilangan minat. Akhir sekali, pembaca juga kemungkinan
akan kehilangan minat pada unsur sejarah dan kehidupan seseorang askar yang sebenar kerana
amat realistik kepada pembaca yang tidak meminati sejarah dan menyebabkan mereka tidak
memahami alir cerita jika kehilangan fokus.

LIMA PENAMBAHBAIKAN NOVEL -

Penulis novel haruslah mengurangkan kandungan yang tidak diperlukan supaya unsur
tidak merasai terlebih dan dapat diikuti oleh kesemua pembaca. Kemudian, perwatakan watak
sampingan haruslah diperdalamkan walaupun merupakan persektif orang lain supaya dapat
menambah nilai pada watak tersebut mengikuti pandangan sendiri. Di samping itu, watak utama
juga perlulah dianalisis oleh penulis dan maklumat menarik yang difahami oleh penulis haruslah
diletakkan dalam novel tersebut. Selain itu, perkembangan binaan plot novel ini hendaklah
mempunyai unsur menarik secara selangan supaya pembaca tidak kehilangan minat.Akhir sekali,
penulis haruslah mencari cara menarik untuk menjadikan sejarah seseorang menarik kepada
pembaca supaya pembaca dapat mengekalkan fokus sepanjang alir cerita.

PENGENALAN

Di Sebalik Dinar

Mikrocip itu berupaya menjadi penerima isyarat dan mentafsirkannya kepada arahan, dan
seterusnya menggerakkan anggota tubuh Farisha untuk bertindak balas.Ia adalah hasil daripada
kajian yang mengambil masa lebih 20 tahun.Mungkin kerana teknologi itu, ada pihak yang ingin
memilikinya, lantas menceroboh masuk sistem Dinara dan menanam virus di situ.Dan mungkin
kerana teknologi itu juga, Dinara bakal lumpuh

BIOGRAFI PENULIS NOVEL DI SEBALIK DINAR

Nama Kormesil : Dayang Noor
Nama Sebenar : Nor Aziza binti Sulaiman
Akademik : Ijazah Kejuruteraan (Elektronik dan Komputer) UPM
Kerjaya : 15 tahun pengalaman bekerja dalam bidang IT
Sejarah Pendidikan :
-Sekolah Kebangsaan Kerayong, Triang, Pahang
-Sekolah Menengah Tun Fatimah, Johor Bahru (Aliran Sains)

SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL DI SEBALIK

DINAR

Novel ini berkisar tentang seorang gadis genius bernama Farisha. Farisha mula mengenali Aqram
dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Senai ke Kuala Lumpur. Selepas itu, Aqram
menawarkan sebuah projek mini kepada Farisha dan Rosman ketika mereka bertemu dengan
Aqram dalam The 3rd Malaysia Computer Security Symposium. Setelah bersetuju, Aqram
memperkenalkan Farisha dan Rosman dengan Dr. Maxi yang dibantu oleh Aqram, Khairul Anwar,
dan Alia. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga
kelompok computer Soft Lab dalam tempoh sebulan. Shida pula diminta oleh Soft Lab untuk
menulis rencana manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara.Shida
merupakan pelan sandaran yang terakhir.Projek Dinara di Soft Lab terpaksa dihentikan kerana
Karl terlantar akibat barah usus. Dr. Maxi mengetuai Projek Dinara. Dalam badan Farisha telah
dimasukkan cip telepati yang dapat berhubung terus dengan Karl. Semua perbualan Farisha dengan
Karl dapat dilihat oleh Dr. Maxi, Aqram, dan Khairul Anwar. Sejak itu, kesihatan Farisha kurang
stabil. Shida pula dapat mengesan misteri dalam Projek Dinara apabila nama Medina dipadamkan
dari sejarah syarikat Soft Lab.Farisha melawat Azraai dan terkejut kerana Azraai terkena serangan
jantung serta mengetahui hakikat bahawa dia anak angkat dalam keluarga Azraai.Keesokannya,
Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Dr. Maxi merancang Plan B untuk
menjadikan Shida sebagai pengganti Farisha. Shida menjalani sesi bawah sedar untuk
berkomunikasi dengan Karl. Farisha mengalami mimpi bertemu dengan ibunya, Medina
(Marilyn). Farisha memberitahu Azraai bahawa Marilyn menghubunginya menyebabkan Azraai
membawa Farisha keluar dari hospital menuju ke selatan. Farisha telah diculik oleh
pembantupembantu Medina di Hentian Pagoh.Kedatangan Marilyn ke Soft Lab telah membongkar
rahsia bahawa dia ialah ibu kandung Farisha hasil hubungannya dengan Karl. Karl
menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 7.00 malam.

SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL DI SEBALIK

DINAR

BAB 1

Farisha seorang gadis yang bertugas sebagai jurutera keselamatan sistem baru sahaja selesai
bermesyuarat di NusaJaya. Semasa berada di Lapangan Terbang Senai, Farisha berkenalan dengan
Aqram dan secara kebetulan mereka duduk bersebelahan di dalam kapalterbang ke KLIA. Farisha
agak teruja melihat jam tangan yang dipakai oleh Aqram yang merupakan pusat kawalan
elektronik peribadinya. Sesampainya di pintu apartmentnya, Farisha terperanjat sekali lagi apabila
melihat pintunya juga telah terpasang “retinal scanner”. Farisha terpaksa menunggu Shida kawan
serumahnya yang sedang bermain skuasy dengan JUJU sebuah android untuk masuk ke apartment
mereka. Farisha ingin tidur awal kerana besok dia akan menghadiri satu simposium di Hotel
Renaissance. Dalam masa yang sama rupa-rupanya Aqram sudah dapat mencuri cawan minuman
Farisha semasa di dalam kapal terbang tadi dan dapat bekerjasama dengan Dr.Maxi untuk
mengkaji DNA Farisha.

BAB 2

Pada keesokan harinya Farisha dan Rosman pembantunya menghadiri sebuah simposium yang
akan dirasmikan oleh Phillips Young, Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa. Bermula
daripada pendaftaran, pencetakan bahan, sehingga mengatur kedudukan dalam simposium tersebut
semua diuruskan oleh robot. Sehinggakan Farisha berasa kecewa kerana Phillips Young
menyampaikan ucaptama beliau hanya melalui hologram sahaja. Tanpa diduga Farisha bertemu
lagi dengan Aqram. Dalam pertemuan ini Aqram menyatakan keinginannya mencari jururunding
untuk sebuah projek mini di makmalnya. Dalam pada itu Aqram telah berjaya menerobos fikiran
Farisha menggunakan penetrator berupa sebatang pen berwarna perak. Tetapi pendinding WALL
yang dimiliki oleh Farisha dapat menangkis segala maklumat yang dikumpul dalam ingatan
Aqram. Sebenarnya Aqram sudah sebulan cuba menjejaki Farisha untuk dibawa ke Soft Lab untuk
menyelamatkan Dinara.


Click to View FlipBook Version