The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NAMA PELAJAR : MOHAMAD ASYRAAF BIN MOHAMAD AMIR
KELAS : 4 MAWARDI
HOMEROOM : PUAN SHARIDA BINTI SUHAIMI
NAMA GURU : PUAN SITI NOR HARYANI BINTI CHE NORDIN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asyraaf.amir06, 2022-06-11 08:19:43

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5, 4 ZON DI MALAYSIA

NAMA PELAJAR : MOHAMAD ASYRAAF BIN MOHAMAD AMIR
KELAS : 4 MAWARDI
HOMEROOM : PUAN SHARIDA BINTI SUHAIMI
NAMA GURU : PUAN SITI NOR HARYANI BINTI CHE NORDIN

BAB 7: KE PULAU SENTOSA

Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda bersama
rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakkan masa dihabiskan dengan membaca
buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah alam disitu. Jenis tumbuh-
tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon ketapang yang mengingatkan
Waheeda kepada kampong halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber inspirasi kepada
Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya.Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr
Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr
Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-
sama berkongsi pengalaman dan pandangan.

BAB 8: HADIAH ALAM

Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah tirani
yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek. Persoalan
ini menjadi topik berbualan yang panjang antara mereka berdua.Pada malamnya, sebelum tidur,
Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya
dan kehebatan orang-orang Sepanyo. Cerita Dr Rushdi juga mengingatkan Waheeda kepada
kehebatan bangsanya dan kampong halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah telah menelefonnya
tentang ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat
mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya bersama-sama
rombongan tersebut.

BAB 9: WAJAH PESONO

Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort telah
mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat menyenangkan
hati beberapa orang staff di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu, Waheeda bersyukur
diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau Emas. Waheeda makan

bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan Waheeda di café, Waheeda
sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah dibisikkan oleh Alex kepadanya.Di
rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda sedar sejak
kebelakangan ini, Dr Zahari selalu dating ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan
seakan-akan tidak memperdulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa
Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang mugkin menyebabkan
Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu memang benar.
Dengan alas an ini, Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo Resort.Dalam
pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan mengajak
berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway telah menawarkan Waheeda sebagai
wakil Flamingo Resort dalam pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada
pertengahan hadapan. Waheeda terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan
apabila Halloway memuji kecantikan Waheeda.Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan
dengan Zahid. Melalui perbualan tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus
berbunga.

BAB 10: SENYUM SEPULUH ELA

Datuk Yasser berkinjung ke Sngapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk
menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam, rasuah,
cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang kepulangan
Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka tinggal di sana
kerana beberap isu negative terhadap Malaysia dan islam. Datuk Yasser berasa bersyukur atas
keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada pengembangan
perniagaan di Kuching, SSeri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam kerancakan perbincangan,
rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan Zahid.Selepas menikmati
makanan tengahari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh Zahid. S eterusnya Zahid
memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan Waheeda dengan Datuk
Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas.

Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan mencadangkan mereka
makan bersama-sama pada malam itu.

BAB 11: ORANG RUMAH SEBELAH
Fatimah menerima E=Mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan
bahawa Zahid yang yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri
Gading holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut.Di Flamingo, berita
kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan kepada semua. Detik-detik
kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda
diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi.
Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira
dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti.

BAB 12: BIDADARI DARI LANGIT
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibut. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelar digelar Ratu
Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang perlu
dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamango. Waheeda tetap menjalankan tugas yang
diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang sibut mengurus hal
pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan
daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan
dengan Waheeda. Zahid terus menelefon Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra.
Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda
memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir.

BAB 13: MATI HIDUP SEMULA
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaaah statistic pelancongan yang

semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana rezeki
semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannuya bernilai RM60juta. Datuk

Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat bijak
mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin Hazirah,
isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang nampaknya gelisah,
berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga bimbang
kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Keresahan Zahid
menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan baiknya iaitu Aiman. Zahid
berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara Kong dan Halloway melayan Waheeda.
Dia berasakan Waheeda berubah hati.

Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri doa
selamat di rumah Dtuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan majlis
pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya
kerana dia sedang berada di SMCuntuk menerima rawatan.Kerunsingan yang dialami oleh Zahid
menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa
Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan telah menembahkan kerungsingan kepada
Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi
yang mengetahu hal sebenarnya bahawa Waheeda di masukkan semula di SMC kerana proses
rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah mengalami satu komplikasi.
Walaubagaimanapun, proses tersebut Berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi.Sesampainya Zahid di
Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada di SMC. Zahid bergegas ke sana.
Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa meninggalkan SMC, Zahid melihat
kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan
apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji
deria bau dengan menyembur minyak wangi selepas mengalami selsema yang agak teruk. Zahid
kembali tenang.

BAB 14: BAGAIKAN PUTERI

Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan daripada
Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas sangat meriah.

Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan
Tajau emas juga menjadi tetamu undangna majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, inggeris,
Jepun dan lain-lain lagi. Adat-istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan penuh
meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama muzik
tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50 orang ahli
hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan
jayanya. Lafas nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafas sahaja. Selepas acara akad nikah
dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada saudara mara
kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut
melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser a.kan mengadakan majlis sambutan yang
serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu sungguh
gembira

BAB 15: HIDUP RANGGI

Permandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang yang
menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan mengapung awan.
Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan gambar. Ini
telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di kampungnya. Malahan pelancong asing juga
memuji permandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa
kawasan yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua
bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga terkenang
kehidupannya semasa berada di luar Negara bersama beberapa wanita. Malahan gaya afsunnya
boleh mencairkan hati wanita.Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid
tentang cinta dan kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi
tidak sampai ke mana sedangkan usia semakin meningkat.Dalam dua minggu bergelar pengantin
baru, keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana
berjaya membina kerjaya serta keterampilan sentiasa meniti dibibirnya.

BAB 16: MIMPI LAIN-LAIN

Zahid membaca akhbar dibilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak member
gambaran negative kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba dan
menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada tahun depan.
Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang datang ke
Sarawak nanti.Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia
jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sector pelancongan.
Kemudian dia pula mengambilsekeping wadahberkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR,
singkatan daripada nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang sudah terputus hubungan
dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di sekolah
dahulu.Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid
menanti isterinya, waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersama-sama.
Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka banyak
membuat aluan masing-masing.Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa
Waheeda telah dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu
berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda
beredar cepat dari situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid.Zahid perasan
apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya. Kecantikan serta
keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi Datuk Yasser pula,
Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya mengendalikan perniagaan dengan
baik. Datul Yasser akur dengan kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung
antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin berdikari.Waheeda cuba
membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Dimana ayahnya suka berkebun
manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum dengan semangat
dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.

BAB 17: KONFLIK

Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya seolah-
olah manusia individulistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri Gading-Tajau
Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun begitu, Waheeda
sentiasa bersedia datang ke Seri Gadinguntuk membantu.Waheeda banyak terkenangkan masa-

masa lalunya. Dimana masa santainya biasanya diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini
juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini
mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup
terhibur mendengar luahan rasa anaknya.Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan
360 darjah yang berlaku dalam dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula dihina.Awal tengahari,
Waheeda ke farmali di Mall Matang Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak
dibelinya tiada stok di farmasi tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk
meredakan sakit kepalanya. Mungkin Stress, tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam
lagi.Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan
seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda begitu
tergores apabila Zahid mengungkitlan insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa semasa di
SMC dahulupun masih dalam ingatan Waheeda.Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah
sehari suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda sudahpun tidur apabila Zahid pulang dari Seri
Gading. Awal malam itu, Waheeda baring di atas katil mengingatkan kenengan dalam kenangan
yang melingkari hidupnya.Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda
supaya menjaga pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan
dan sensitivity hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.

BAB 18: DILANDA NOSTALGIA

Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup kehidupan
Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang pendatang tanpa izin
yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah disambut oleh Halloway.
Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading tanpa pengetahuan Waheeda.
Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort. Kemesraan yang terjalin mereka
menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung jogging. Pada waktu inilah, Halloway dan
Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu
seperti halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi.Zahid melenting dihujung talian telefon
sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati
Waheeda tergores lagi. Malam itu zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan
untuk menonton bola.Nostalgia pada peringkat awal begitu romantic bagi pasangan Waheeda dan

Zahid terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati
Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda
rimas melihat suaminya yang terlalu cemburu.Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini
menantunya semakin menjauhkan diri. Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan
suaminya lalai akan tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda
pasrah dengan laluan yang dihadapinya.Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi.
Selepas bersenam kecil, waheeda ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu
yang dating iaitu Nasuha dan kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka dating bersama team
BRP bagi menyisat kes seorang menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan
Nasuha tentang zaman hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar
cerita yang disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin.
Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran
Zahid.

BAB 19: BAGAIKAN BONGKAH BATU

Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad ekslusif Hospital Normah,
raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa Zahid tidak
dating. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya dengan membawa
jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuannya menyatakan Zahid sibuk kerana di hotelnya
berlangsung konvensyen antarabangsa.Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran
Waheeda teringat akan nada kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan
banyak lagi. Zahid suka mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati
Waheeda apabila Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda
supaya banyak bersabar bagi meredakan perasaan tersebut.Waheeda telah pergi berjumpa dengan
Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak
Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang
tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah membawa sampel rambutnya, rambut
Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah
disampaikan oleh Nurjihan.Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai
ujian DNA yang diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang

kali demi untuk member kefahaman tentang ujian DNA. Dibilik tidurnya, Zahid memerhati wajah
bayi kecil yang banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala rambut lebat seperti dengan .
Hidungnya peset tidak sama dengan hidung Waheeda danZahid. Pada masa inilah, Zahid
melemparkan tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah
dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah
meninggalkan bilik tidurnya.Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-
olah terburai oleh sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah
menenangkkan Waheeda.Sekiranya Zahid dating, datangnya untuk menambahkan luka dihati
Waheeda.Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang
dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak
tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar
Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.

BAB 20: KE PUSAT RAWATAN ISLAM

Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di
PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada Waheeda
bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak CikAziz ke pusat rawatan tersebut. Lais
juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan mereka ke situ
bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas bekerja di Flamingo
Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun strawberi di Cameron Highlands.
Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin menjualkan perusahannya. Selepas keluar dari
bilik rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum
beredar Lais sempat meninggalkan alamat mereka di Cameron Hihglands dan nombor telefon
kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama
Dr.Qamariah. Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang
kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga
melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada
Dr.Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima
kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung lagi.Waheeda
ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba

teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik
Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka pada
keesokan harinya.

BAB 21: SINAR DI HUJUNG TEROWONG

Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya Izzati.
Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani sedang
berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana penyelewengan
yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat berminat untuk membantu Pak
Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highlands setejah pergi melihat
sendiri esok.Urusan mengambil alih berlaku dan urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar.
Dalam pada itu Waheeda menyuarakan hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada
Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading.
Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani
diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak langkahnya
menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.

BAB 22: BAGAIKAN AIR GUNUNG

Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun
dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya.
Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia
menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan
melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya mancung.
Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan rupa paras tidak
semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus mengharapkan
Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan kebijaksanaan dan
kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru kepada Chalet Iwana-
Iwani) telah berkembangmaju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar negeri.
Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari gunung.

Ketrampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi Lais melihat
Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula mendaftar di chalet itu.

BAB 23: SEJUK-SEJUK TROPIKA
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil menghirup
kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah hidupnya kepada
Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran
anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya
menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula
sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah tirani. Lais sentiasa berada di
kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara Zahid dan Aiman.Lais cuba mengajak
Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para pelancong yang menjadi tetamu
chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan masa dengan bersiar-siar di luar chalet.
Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar perbualan antara dua orang tetamu
mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan mereka banyak bercerita
tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati bersetuju untuk menemani Lais selepas
waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan Aiman masuk ke cafe. Zahid sempat
bertembungan mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman Izzati amat
meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di situ anggun.

BAB 24: KAMA HATI
Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya terpaku
kepada gadis di cafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya.Senyuman, wajah, bulu
matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah entiti dirinya.dan
gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah disayanginya. Zahid amat
menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu sekurang-kurangnya dia akan pasti anak

itu anaknya atau bukan.Zahid memohon agar Allah memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi
esoknya Zahid muncul awal di Restoran Iwana.Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati
dengan lebih dekat lagi. Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu,
kesal dan bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama
20 tahun. Pertemua Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan
sayu seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat bertuah
kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan meminta ibunya
memaafkan ayahnya.

LIMA KEKUATAN NOVEL -

Pada pendapat saya, novel ini mempunyai Teknik imbas muka yang menarik. Hal ini
kerana bayangan yang ditunjukkan dalam novel ini amat jelas dan mudah untuk difahami. Selain
itu, novel ini mempunyai dialog yang menarik antara watak. Pertuturan dan perbualan antara dua
atau lebih watak amat menarik dan dramatis. Seterusnya, novel ini menerapkan Teknik imbas
Kembali dengan begitu mantap. Hal ini kerana pengarang menggambarkannya melalui ingatan,
kenangan, lintasan terhadap sesuatu perkara yang telah berlaku dengan begitu jelas. Disamping
itu, novel ini mempunyai monolog dalaman yang menarik. Hal ini kerana pengarang membuat
pengucapan atau pertuturan kata oleh sesuatu watak secara bersendirian dengan dramatis. Akhir
sekali, novel ini mempunyai Teknik pemerian yang hebat. Hal ini kerana pengarang
menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung dengan sangat bagus.

LIMA KEKURANGAN NOVEL -

Pada pendapat saya, novel ini kekurangan ayat gramatis yang mampu membuat pembaca kurang
tertarik. Hal ini menyebabkan novel ini kurang menarik untuk dibaca. Selain itu, novel ini
mempunyai binaan plot yang kurang menarik. Plot novel ini sukar untuk difahami dan
menyukarkan para pembaca untuk membaca. Seterusnya, novel ini mempunyai pengakhiran
cerita yang tergantung atau tidak menyeluruh. Disamping itu, novel ini mempunyai saspens yang
kurang menarik untuk para pembaca. Melainkan novel lain, novel ini tidak mempunyai cerita
yang begitu menarik. Akhir sekali, novel ini kurang menyampai ayat-ayat tersirat yang
menyebabkan novel ini tidak sehebat novel-novel yang lain.

LIMA PENAMBAHBAIKAN NOVEL -

Antara cadangan penambahbaikan yang boleh diterapkan dalam novel ini ialah
penambahan ayat gramatis yang lebih menarik. Selain itu, novel ini memerlukan binaan plot
yang lebih baik dan mantap. Seterusnya, novel ini memerlukan pengakhiran cerita yang lengkap
dan tidak tergantung. Disamping itu, novel ini memerlukan penggunaan Teknik saspens yang

lebih baik agar dapat memuaskan pembaca. Akhir sekali, novel ini memerlukan penambahan
ayat tersirat agar novel ini lebih menarik untuk dibaca.

PENGENALAN

Bimasakti Menari
Ia bukannya tentang mahu menggerakkan bintang-bintang di langit.Bintang-bintang

memang sedia ada di sana.Hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat.Pelik bukan?
Sedikit cahaya pula menutup deria mata.Begitu tuhan mencipta deria manusia dengan penuh
keterbatasan agar manusia tidak leka dengan apa-apa yang dilihat oleh deria.

Dapatkah Nurul Hafsa membawa bintang-bintang itu kembali ke kuala Selangor?

BIOGRAFI PENULIS NOVEL BIMASAKTI
MENARI

Nama penulis: SRI RAHAYU MOHD YUSOP
Nama penuh: Sri Rahayu binti Mohd Yusop
Tempat lahir: Tanjong Karang, Selangor
Tarikh lahir: 18 Jun 1976
Pendidikan awal: Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988).
Pendidikan Menengah: Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993).
Pendidikan Lanjut: Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New Zealand dan
Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999)
Karier: Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK Pandan
Jaya, Ampang (2004-2020).

SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL BIMASAKTI

MENARI

Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang
bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-
pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa
sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada
mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi
menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan
pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam
tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala
Selangor.

Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan. Beliau
kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar untuk
menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-
kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut.
Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa
membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli akademik,
ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh
Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi
menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat
melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa.
Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu,
Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul.
Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk
berjumpa di stesen minyak Petronas.

Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba menyelamatkan
Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor. Balai Polis Bestari Jaya
menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti bukan perladangan dan
pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan berjaya menembak tiga
lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua
Inspektor Lim.

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin
dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa
syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh
perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis
tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik
menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul
Hafsa.

SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL BIMASAKTI

MENARI

BAB 1: JANJI SRIKANDI

Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya
bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan
pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah
Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj
Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah
menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang sepatutnya
telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi
tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan
mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani
telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif
akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa
telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan
memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham
mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan
pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang
sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit
cahaya akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia
memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak
leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.

BAB 2: WICHAM

Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring
kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap
Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal dengan
janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal

dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut
untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya,
Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui rangkaian
sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua muka. Mereka
mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik menjemput
ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini
bagi membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan rumah
mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad
Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya akan
pergi kembali meneruskan tugas beliau.

BAB 3: SUNGAI RAHSIA

Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-kata
kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-kelip di
Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa
telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayahnya,
Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul Hafsa
menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir tinggal di
Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi
Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan dengan jumlah berjuta-juta
ekor dan melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah
khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka
menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan
bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-
ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati kerana
bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk
melalui suatu kawasan cabang sungai milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan
kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa
kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan
pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan

dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar
pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.

BAB 4: BUDIMAN
Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang diimpikan oleh
Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka, Haji Yassir. Seusai
solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang hari pertama dia
bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya, Budiman
yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak
tiga tahun yang lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip
adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji
falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat pencerapan dengan tempat
pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas
1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau oren disebabkan
cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun
ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor belum menyedari
bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang dengan teliti akan
membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut namun gembira apabila
menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk menyelamatkan Kuala Selangor
daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak terancang.

BAB 5: JIWA AYAHANDA
Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan beliau
di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek rumah Ikhtiar
TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang pemanduannya, beliau
mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan isterinya Maryam Wickham
Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan ringkas tentang kehadiran bekas

isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat membuktikan kepada bekas isterinya
bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak mereka. Sesampai beliau di rumah
Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila dimaklumkan anaknya bahawa Puan
Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika
mereka bersama dengan pemandunya Sobirin menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam
sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya
kerana perbezaan pendapat dan membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah
bermusuh dan zuriat menjadi penyambung silaturahim mereka berdua.

BAB 6: CITA-CITA

Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan Pejabat
Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan langit Kuala
Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak
mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada undang-undang
alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah tetap
mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat
bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah untuk menjadikan
Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan peminat-
peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah bertanyakan
abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang remeh-temeh.
Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta mendengar kata hati.
Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor daripada
terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman
bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut
merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang melihat kelip-kelip dan dialah
juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa
tidak senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu-buru
bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut dengan
folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.

BAB 7: LELAKI KELIP-KELIP

Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia
beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan berpengaruh
seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai di kawasan rumah
lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang membuat kerja-kerja
pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan. Apabila Nurul
Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-wajah yang pernah
dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman
memanggil lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada
masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan
sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan bahawa selepas
tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsa menyindir perbuatan
Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada sungai Selangor. Muhammad Taufik
menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi anak
sungai di Kampung Kuantan, terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini
dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin
berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu
di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan
manusia dan cahaya rodaferris yang semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip.
Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk
bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih kembali.
Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon maaf daripada En. Taufik kerana telah
tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.

BAB 8: BEBAS GRID

Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang dilaksanakannya
kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman dan adiknya meneliti
rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah
mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa
membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu model tempat tinggal di luar grid.

Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan
ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid
utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran
bahawa apabila manusia kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan
menyedari betapa pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang
pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik
menyebabkan abangnya, Budiman tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun
begitu, dia sedar bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai
misi penting yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik
mengingatkan Nurul Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya
membawa kembali kegelapan ke Kuala Selangor.

BAB 9: ZURIAT

Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin untuk
menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan langit gelap
secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk menghalang kepupusan
kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah membuka
ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir perbualan, Tan
Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama ini merupakan
gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan Maryam.

BAB 10: SIDANG SEJUTA KELIP-KELIP

MuhamMad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan ayahnya.
Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh perempuan-
perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun begitu, mereka akan
meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya. Kini, dia berhadapan
dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-keistimewaan yang ada
pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam bilik tutorial di Perpustakaan
Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang tentang pembentangan tentang

projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah bagi memantapkan pembentangan
yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan mereka berdua tetapi tidak mengganggu
perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun akan kesetiaan Budiman sebagai saudara tua
yang hadir untuk menjaga tatatertib perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram.
Nurul Hafsa mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk mengembalikan
populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan mengembalikan
kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di peringkat antarabangsa.
Selesai perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke rumahnya malam
tersebut untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti
Kampung Kuantan tempoh hari.

BAB 11: LEWAT SATU MELINIUM

Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung, bukannnya
dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan Budiman ke
kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung. Berdasarkan pandangan
Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil menantikan kelip-kelip yang
mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua beradik itu tentang jenis kelip-kelip atau
dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener. Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin
banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan
lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul Hafsa terkejut apabila dimaklumkan Muhammad
Taufik bahawa Puan Wickham ialah ibunya. Nurul Hafsa bersetuju dengan permintaan
Muhammad Taufik bahawa dia akan meneruskan pencerapan data populasi kelip-kelip andai
sesuatu terjadi kepada Muhammad Taufik.

BAB 12: STRATEGI

Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya menggunakan
pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel
penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa memulakan pembentangan
dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56. Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai membuat

pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai daerah Kuala
Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan Kuala Selangor
sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama di negara ini.

BAB 13: DENDAM KEMBALI MEKAR
Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington- Majid.
Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan Simpan
Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak dapat
meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya. Johann
merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan musuh lama
Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan Sri Muhaimin
sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik akan membuat
pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli akademik, ahli
perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta Johann untuk belajar
dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi mendapatkan tender projek tersebut
jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan pendiriannya, dan rasa tamaknya.

BAB 14: GELAP DALAM TERANG

Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang diusahakan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan malah
untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani Muhammad
Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang hadir. Segala sanggahan
daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong pandangan dan
hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis penggunaan lampu
dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur sikap buruk Johann dalam majlis
tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri
akan mengiklankan tender dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa bergelumang dengan
dendam kesumat dalam diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi

menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat
melaksanakan projek tersebut.

BAB 15: KHIANAT

Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya
sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam. Lorong
ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat tiga orang
lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun tiga orang
pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan kenderaannya
di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi
mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah di
bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital Besar
Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu walaupun penyerang mengambil
barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai
suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa. Pihak hospital memaklumkan bahawa
Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.

BAB 16: DUA KELIP-KELIP TERAKHIR DI DUNIA

Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat Muhammad
Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad Taufik sedang
berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka. Nurul Hafsa meminta
izain untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman Muhammad Taufik.
Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian, mereka mendapat khabar
tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun belum sedar. Nurul Hafsa
melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani abangnya, Budiman. Dia
memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia bersedia jika
Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu, temannya itu masih berkobar-kobar
untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam pertemuan tersebut, Muhammad Taufik

sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia tidak memakai selendang hitam bermanik
Kristal.

BAB 17: JALAN YANG DITINGGALKAN
Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada di
hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar
memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian jenayah
biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad Taufik
tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa serangan tersebut
bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut adalah untuk membuktikan
kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek kawasan Simpanan Langit Gelap
akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri Muhaimin melalui perbualan
telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan
Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.

BAB 18: KERASUKAN
Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap
populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik,
Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan pencerapan
yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika meranduk semak
samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan, tiba-tiba Nurul Hafsa
terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia dicapai
oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki sebelum mulutnya dibalut dengan
pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan kain gelap.

BAB 19: SELENDANG HITAM MANIK KRISTAL
Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke Otago
apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik kristal. Dia

menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di stesen petronas
pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat kerongsang yang
yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin menghentikan
kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan alasan ingin ke
tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih seperti yang tercatat
dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam van tersebut sebelum
disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam but kereta. Kepanya disarung
dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad Taufik dibawa ke lokasi yang sama dengan
tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia cuba menenagkan Nurul Hafsa
walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia dipukul di rusuknya sehingga tidak sedarkan
diri.

BAB 20: NYAWA UNTUK NYAWA
Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad Taufik
yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana tidak
dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang
boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh
melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh mangsa. Dengan
bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah membuat
laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa selamat. Haji Yassir
menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan menyerahkan
segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam berita setiap jam di semua
stesen televisyen tempatan.

BAB 21: LEGASI BAJU BIRU
Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan bantuan
CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut. Malangnya,

nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur. Tan Sri Muhaimin telah
memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang dihantar ke telefon
bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika tidak mahu menerima
padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan sensasi etrsebut secara besar-
besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan telah membuat aduan tentang
aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak jauh di pedalaman Bestari
Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut untuk mengadakan serbuan dan
tangkapan. Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik berjaya diselamatkan.

BAB 22: CINTA PEJUANG

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin
dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas menyatakan rasa syukur
beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh
perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik
meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang hitam manik
kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad
Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tau
Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu mengemaskan kenduri yang
baru selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua
kelip-kelip terakhir di dunia.

LIMA KEKUATAN NOVEL -

Pada pendapat saya, novel ini mempunyai Teknik imbas muka yang menarik. Hal ini
kerana bayangan yang ditunjukkan dalam novel ini mudah untuk difahami. Selain itu, novel ini
mempunyai dialog yang menarik. Hal ini kerana pertuturan antara dua watak atau lebih amat
dramatis dan mudah untuk difahami. Seterusnya, novel ini mempunyai Teknik imbas Kembali
yang menarik. Hal ini kerana pengarang menggambarkan situasi melalui ingatan, lintasan atau
imbasan seseorang dengan kemas dan jelas. Disamping itu, novel ini mempunyai monolog
dalaman yang menarik. Hal ini kerana pengarang telah membuat pengucapan atau tutur kata
dengan sangat gramatis. Akhir sekali, novel ini mempunyai Teknik pemerian yang hebat. Hal ini
kerana pengarang menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa dengan sangat bagus.

LIMA KEKURANGAN NOVEL -

Pada pendapat saya, novel ini kekurangan latar masa yang sesuai dikaitkan untuk menulis
sebuah novel yang cantik. Selain itu, novel ini mempunyai perwatakan seseorang watak yang
kurang menarik. Hal ini boleh menjejaskan keseronokan dan kefahaman pembaca. Seterusnya,
novel ini mempunyai jalan cerita yang kurang menarik melainkan novel yang lain. Jalan cerita
dalam novel ini amat ringkas dan tidak mencapai trend kebanyakan pembaca. Disamping itu,
novel ini menggunakan Bahasa yang sukar difahami kebanyakan pembaca. Dialog dalam novel
ini tidak mencapai tahap kefahaman untuk seorang pelajar. Akhir sekali, novel ini kekurangan
nilai-nilai murni yang menarik bagi para pembaca. Hal ini membuatkan novel ini kurang menarik
seperti novel-novel yang lain.

LIMA PENAMBAHBAIKAN NOVEL -

Antara cadangan penambahbaikan yang boleh diterapkan dalam novel ini ialah
penambahan latar masa yang lebih sesuai dan relevan. Selain itu, novel ini juga memerlukan
perubahan perwatakan seorang watak yang lebih menarik agar novel ini lebih menarik untuk
dibaca. Seterusnya, novel ini pengubahan jalan cerita yang lebih jelas dan mudah untuk difahami
agar pembaca mendapat gambaran yang lebih jelas. Disamping itu, novel ini memerlukan

penggunaan Bahasa yang lebih sesuai agar pembaca lebih faham dialog cerita novel ini. Akhir
sekali, novel ini memerlukan penambahan nilai-nilai murni yang menarik agar pembaca lebih
suka untuk baca novel ini.

PENGENALAN

Silir Daksina

Lelaki bernama Abdullah bin Kayan begitu misteri dalam hidupnya.Sesungguhnya Haiqal
tidak pernah bertemu, apatah lagi mengenali lelaki itu.Konflik keluarga telah membawa kepada
penceraian, lalu memisahkan Haiqal dengan ayah kandungnya itu.

Sebuah manuskrip lama yang terbengkalai menyingkap rahsia yang sekian lama terpendam.Haiqal
membulatkan tekad walau sedar uminya pasti membantah.Dia perlu ke kampung halaman arwah
ayahnya.Misteri Abdullah bin Kayan perlu dirungkai.

BIOGRAFI PENULIS NOVEL SILIR DAKSINA

Nizar Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman dilahirkan pada 31 Ogos 1973 di Ayer
Hitam, Batu Pahat, Johor. Dari tahun 1994 hingga 1996, beliau meneruskan pengajian di Maktab
Perguruan Kinta (MPKI), Jalan Dairy, Ipoh, Perak. Pada tahun 2015, beliau berjaya memperoleh
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah daripada Open University of
Malaysia.

Nizar Parman mula menulis pada tahun 1995 semasa menuntut di MPKI. Beliau terdorong untuk
menulis setelah membaca dan mengkaji karya yang ditulis oleh Sasterawan Negara dan penulis
tersohor tanah air semasa menuntut di sana.

SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL JENDELA

MENGHADAP JALAN

Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama ibu
dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang didalmnya terdapat
hasil penulisan ayah kandungnya.

Teruja dengan kandungan nmanuskrip iyu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan arwah
ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke kampung
arwahayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebab-
sebab tertentu.

Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah. Umi
membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan
tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap
anaknya.

Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya melarang keras
keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah
kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana.

Novel Silir Daksina - Komsas Tingkatan 5Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut
mesra oleh penduduk kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal seorang
yang sangat disegani di sana. Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah
ayahnya melalui peceritaan penduduk-penduduk kampung di situ.

Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang yang amat
mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya. Semenjak
ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting untuk
memperkenalkan tarian zapin ini.

Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan zapin. Haiqal
dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan adik tirinya turut

memberikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah melebur apabila dia
datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.

SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL SILIR DAKSINA

BAB 1: TERSINGKAP RAHSIA

Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat. Hatinya
tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang pernah disebut
uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah Kayan l Fikiran Haiqal
menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika. Uminya membuka rahsia tentang
dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid Haiqal bertanya tentang ayahnya. Uminya memberitahu
ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka. Haiqal menyimpan tekad untuk menncari
ayahnya Abdullah Kayan.

BAB 2: KISAH SEORANG TEMAN

Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk. Kawan
sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya
membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal meneruskan pengajian
STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan baik. Haikal memberitahu
Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. lSambil mereka bersiar-siar di pantai,
Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya.. Ratna tiba-tiba ingin tahu punca
perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba bertanya umi tetapi
dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah. Uminya juga belum tahu
tentang manuskrip yang diterimanya. Haiqal menerimanya daripada Ong Swee Hwa beralamat
Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.

BAB 3: SENASKAH MANUSKRIP LAMA

Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut rentak tari
penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan menyertai
kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku menawarkan perkidmatannya untuk
membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya teringat akan anaknya Aiman

yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman yang seusiadengan Ai Ling. Aku
menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya
digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun berbual-bual dengan Tauke Lim. Tauke Lim
tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah menoreh dan menjaga kebun getah ayah
aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke Lim datang dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke
Lim tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah dari kampung halamannya kerana semua harta
peninggalan mendiang bapanya dijual oleh abangnya yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim
seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah sementara petang digunakan untuk
meraih hasil tani penduduk kampung untuk dijual di bandar. Akhirnya, Tauke Lim berjaya
membeli setengah ekar tanah ayah aku dan membina sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya
Tauke Lim rumahnya diubah suai menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim
tinggal di kampung aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti Malaya
dalam bidang undang-undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan mengambil peperiksaan
SPM. Tauke Lim hidup cara orang Melayu. Ayah aku menganggap Ai Ching dan Ai Ling seperti
cucunya sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar. Aku kembali teringat
kepada Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim muncul dan meminta tolong
aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana keretanya tidak dapat dihidupkan
kerana kehabisan bateri… Ai Ching diturunkan di tepi jalan besar untuk mengambil bas sekolah
ke Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.Tauke Lim
menganggap belajar di sekolah aliran Melayu dan Cina tidak penting. Yang penting anak-
nanaknya belajar dengan rajin. Aku mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah dengan kereta aku. Ai
Ling akan memberitahu ayah dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali terbayang-
bayang Aiman di dalam pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu
Latifah di dalam bilik guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang gelagat pelajar Tahun Enamnya.
Aku tersentak apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang Ai Ling yang diberitahu oleh
Ustazah Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam. Aku
menganggap itu peluang yang baik untuk dia mendekati Ai Ling. Walaupun aku sebenarnya
mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai Ling rapat dengan arwah ayahnya. Aku tidak
mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak selesa.

BAB 4: DESAKAN HATI

Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan. Haikal
bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal melonjak-lonjak
untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan sesiapapun
di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu uminya sendiri.,
Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali dia meninggikan
suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar buntu. Dalam
kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal memberitahu
Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang dikarang ayahnya
itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan apabila Aksara yang
digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu makna Aksara yang menjadi
impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa ayahnya. Akan tetapi dia berasa
ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal memberitahu Ratna, berdasarkan manuskrip itu ,
ayahnya seorang penulis yang mengalami kekecewaan. Seperti ada persamaan antara Haikal dan
ayahnya. Haikal juga seorang punulis yang menjadi johan peringkat daerah dan negeri. Namun
hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang memahami minat dan kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak
pernah berasa bangga akan pencapaiannya. Haikal mula menyedari kebencian umi kepada ayahnya
ada kaitan dengan dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk berhadapan dengan
umi,walid dan Nurul Aisyah bagi meluahkan perasaannya tentang ayahnya.

BAB 5: RINDU

Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada bersama-
sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula terfikir sama ada
Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal tentang Seri Purnama.
Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya menari zapin. Haikal terasa
rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal tentang dunia perniagaan batik umi
dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu Haikal mewarisi perniagaan itu kelak.
Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya akan
dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa yang terbuku
di hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali tentang kekecewaannya untuk menatap wajah

jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya
dengan alasan Haikal sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih
sayang walid ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal
terus tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap
biadap jika bertanya hal itu kepada umi.

BAB 6: SATU KETETAPAN
Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong keputusan
Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan ibunya setelah dia
menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun pelbagai perasaan dan
alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak membenarkannya pergi.
Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman ayahnya walaupun tidak
dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan menyokong keputusannya secara
diam-diam.

BAB 7: PERJALANAN YANG JAUH
Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan ditemani
oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa tirinya untuk
menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan ibunya.

BAB 8: TIBA DI KAMPUNG
Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri Purnama.
Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung kampung tersebut.
Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal diminta menunggu Tauke Ong
yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah ayahnya. Setelah Tauke Ong datang, dia
diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min. Kemudian, Tauke Ong terus membawa Haiqal ke
rumah arwah ayahnya.

BAB 9: PERTEMUAN

Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman
rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang gelisah
kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong memaklumkan kepada
Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.

BAB 10: PUSARA

Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk memudahkan
pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke kubur ayahnya. Setelah
berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak mengenangkan arwah ayahnya.

BAB 11: SUASANA BAHARU

Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu. Dalam
tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya kepada Tauke
Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan tinggalan ayahnya
iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai
pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong tetap mahukan Haiqal
mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal banyak mempelajari mengenai
kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil upah memotong buah kelapa sawit
iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh seminggu di Kampung Seri Purnama
diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah
mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut. Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji
Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal
telah pergi memancing ikan puyu bersama-sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing,
Haiqal dapat melihat suasana kampung yang menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-
kanaknya. Lazim telah menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.

BAB 12: RAHSIA BALAI RAYA
Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan balai
raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang kelihatan terurus
dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih terurus dan mempunyai
banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal seakan tidak percaya bahawa
buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan arwah ayahnya.
Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal tertarik dengan sebuah album
besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-gambar tersebut, Haiqal
dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari zapin. Hakikatnya, ayahnya
ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.

BAB 13: SINAR HARAPAN
Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung Seri
Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar. Haiqal
juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.

BAB 14: MENCARI KESERASIAN
Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-sama
dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.

BAB 15: TETAMU ISTIMEWA
Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama masing-
masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.

BAB 16: BERMULALAH EPISOD

Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi Kenyalang.
Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi bersama dengan walid
serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal
mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai Ratna yang selama ini sepi
tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan muda yang
menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.

LIMA KEKUATAN NOVEL -

Pada pendapat saya, novel ini mempunyai Teknik imbas muka yang menarik. Hal ini
kerana bayangan yang ditunjukkan dalam novel ini amat jelas dan mudah untuk difahami. Selain
itu, novel ini mempunyai dialog yang menarik antara watak. Pertuturan dan perbualan antara dua
atau lebih watak amat menarik dan dramatis. Seterusnya, novel ini menerapkan Teknik imbas
Kembali dengan begitu mantap. Hal ini kerana pengarang menggambarkannya melalui ingatan,
kenangan, lintasan terhadap sesuatu perkara yang telah berlaku dengan begitu jelas. Disamping
itu, novel ini mempunyai monolog dalaman yang menarik. Hal ini kerana pengarang membuat
pengucapan atau pertuturan kata oleh sesuatu watak secara bersendirian dengan dramatis. Akhir
sekali, novel ini mempunyai Teknik pemerian yang hebat. Hal ini kerana pengarang
menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung dengan sangat bagus.

LIMA KEKURANGAN NOVEL -

Pada pendapat saya, novel ini kekurangan contoh peristiwa yang menarik. Hal ini boleh
menyusahkan para pembaca untuk memahami situasi yang terkandung dalam novel ini. Selain
itu, novel ini mempunyai isi dan bilangan bab yang amat sikit. Hal ini menyebabkan novel ini
kurang sesuai untuk dikaji oleh para pelajar. Seterusnya, novel ini mempunyai Teknik monolog
yang kurang menarik. Hal ini membuatkan para pembaca bosan untuk membaca. Disamping itu,
novel ini mempunyai gaya Bahasa yang kurang relevan dan sesuai. Akhir sekali, novel ini
kekurangan Teknik imbas muka yang membuatkan para pembaca sukar memahami jalan cerita
novel.

LIMA PENAMBAHBAIKAN NOVEL -

Antara cadangan penambahbaikan yang boleh diterapkan dalam novel ini ialah
penambahan contoh peristiwa yang lebih menarik agar pembaca mendapat gambaran yang lebih
jelas tentang jalan cerita novel ini. Selain itu, novel ini memerlukan penambahan bilangan bab
dalam novel kerana novel ini mempunyai isi kandungan yang sikit. Seterusnya, novel ini
memerlukan pengubahan Teknik monolog yang lebih menarik agar novel ini lebih mudah untuk

difahami. Disamping itu, novel ini memerlukan pengubahan gaya Bahasa supaya novel ini dapat
menarik perhatian pembaca dan mencapai tahap kefahaman seorang pelajar. Akhir sekali, novel
ini memerlukan penggunaan Teknik imbas muka agar novel ini lebih menarik untuk dibaca.

SENARAI RUJUKAN

Rujukan Novel

 Novel Komponen Sastera (Komsas) – mata Pelajaran Bahasa Melayu-novel Leftenan
Adnan Wira Bangsa Karya Abdul Latif Talib

 Novel Komponen Sastera (Komsas) – mata Pelajaran Bahasa Melayu-novel Di Sebalik
Dinara Karya Dayang Noor

 Novel Komponen Sastera (Komsas) - mata Pelajaran Bahasa Melayu-novel Jendela
Menghadap Jalan Karya Ruhaini Mat Darin

 Novel Komponen Sastera (Komsas) – mata Pelajaran Bahasa Melayu-novel Pantai Kasih
Karya Azmah Nordin

 Novel Komponen Sastera (Komsas) – mata Pelajaran Bahasa Melayu-novel Songket
Berbenang Emas Karya Khairuddin Ayip

 Novel Komponen Sastera (Komsas) – mata Pelajaran Bahasa Melayu-novel Tirani Karya
Ben Sabariah

 Novel Komponen Sastera (Komsas) – mata Pelajaran Bahasa Melayu-novel Bimasakti
Menari Karya Sri Rahayu Binti Mohd Yusop

 Novel Komponen Sastera (Komsas) – mata Pelajaran Bahasa Melayu-novel Silir Daksina
Karya Nizar Parman

Rujukan Internet
1) https://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Latip_bin_Talib
2) https://cikgukumuzz.blogspot.com/2020/12/sinopsis-novel-leftenan-adnan-wira.html?m=1
3) http://komsas4.blogspot.com/2018/01/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa.html?m=1
4) http://cikguchom.blogspot.com/2015/07/biodata-pengarang-novel-di-sebalik.html
5) http://mieadham86.blogspot.com/2015/02/sinopsis-novel-di-sebalik-dinara-komsas.html
6) https://www.goodreads.com/author/show/6570621.Ruhaini_Matdarin
7) http://arifbahasamelayu1.blogspot.com/2015/12/novel-jendela-menghadap-jalan.html
8) https://www.sistemguruonline.my/2019/08/novel-jendela-menghadap-jalan.html
9) https://ms.wikipedia.org/wiki/Azmah_Nordin
10) https://mesradidik.blogspot.com/2017/04/novel-pantai-kasih-sinopsis-keseluruhan.html
11)https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/07/Komsas-Bahasa-Melayu-
Tingkatan-4-Kajian-Novel-Pantai-Kasih-Azmah-Nordin.pdf
12) http://muinmohsein.blogspot.com/2015/12/novel-songket-berbenang-emas.html
13) http://mrasyain2.blogspot.com/2016/01/novel-songket-berbenang-emas.html
14)http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2018/01/sinopsis-novel-songket-berbenang-emas.html
15) https://www.scribd.com/document/456054520/Biodata-Penulis-Tirani
16) https://www.ipendidikan.my/novel-tirani.html
17) https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-tirani-komsas-tingkatan-5.html
18) https://www.goodreads.com/author/show/1005163.Sri_Rahayu_Mohd_Yusop
19) https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-bimasakti-menari.html
20) http://klikweb.dbp.my/?p=11109
21) https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-silir-daksina-komsas-tingkatan-5.html


Click to View FlipBook Version