BAB 3
Berikutan dengan tawaran Aqram yang ingin mencari jururunding untuk satu projek, Farisha dan
Rosman telah menghubungi Aqram. Aqram bersetuju membincangkan perkara itu di Puchong,
berjumpa dengan Karl. Karl seorang yang pernah menerima anugerah inovasi peringkat
kebangsaan tiga tahun dahulu. Tetapi sebelum berjumpa dengan Karl, Aqram telah
memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr.Maxi dan beliau telah menawarkan RM1.5 juta
kepada mereka berdua untuk tugas menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh
empat minggu. Farisha meminta sedikit waktu untuk membuat keputusan. Sebelum pulang Farisha
dan Rosman diberi peluang untuk melihat Karl yang terlantar sakit barah. Projek Dinara yang
diteraju oleh Karl terhenti kerana dia sakit.
BAB 4
Pada hari Isnin berikutnya, Farisha bersetuju berjumpa dengan Aqram di Soft Lab di Cyberjaya.
Farisha menumpang kereta Shida yang kebetulan ada temu janji dengan Khairul Anwar di Soft
Lab juga. Bangunan Soft Lab dilengkapi oleh sistem keselamatan yang canggih termasuklah
penggunaan imbasan tangan dan retina mata. Aqram juga menunjukkan beberapa bilik dan ruang
di situ yang canggih dan lengkap. Farisha amat teruja, terutamanya apabila dia memasuki pusat
data. Itulah Dinara yang memuatkan hampir semua aplikasi dan data. Di sinilah Farisha mendapat
kepastian bahawa tugasnya ialah menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Pada petangnya
barulah tugasan Farisha dan Shida selesai dan mereka pulang bersama-sama. Namun dalam masa
yang sama Dr.Maxi, Aqram, dan Khairul Anwar mengadakan perbincangan. Rancangan mereka
hampir berjaya mendapatkan Farisha dan Shida untuk berada di Soft Lab untuk menjayakan
rancangan mereka. Mereka amat perlukan Shida juga sebagai physical backup kepada Farisha.
Mereka akan mengusahakan untuk memasukkan mikrocip ke dalam tubuh Shida, sebagaimana
yang ada dalam tubuh Farisha. Pada malam itu juga Dr.Maxi akan memadamkan beberapa ingatan
dan perasaan Alia sebuah cyborg canggih supaya ia tidak akan mengganggu rancangan yang diatur
untuk Farisha dan Shida.
BAB 5
Keesokan harinya Farisha dan Shida mula bekerja di Soft Lab.Shida dibawa oleh Khairul Anwar
ke Arkib manakala Farisha diberikan taklimat oleh Alia tentang semua kod program yang ada
dalam Soft Lab. Pada sebelah petang Aqram pula memberi taklimat kepada Farisha. Aqram
menjelaskan bahawa Karl yang telah membangunkan teknologi hypervisor di dalam Dinara, tetapi
Dinara sekarang sudah diceroboh dan penceroboh telah berjaya menyusupkan satu virus bom
jangka yang akan memusnahkan Dinara pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Sebenarnya inilah
tugas Farisha dengan bayaran RM1.5 dia perlu membersihkan virus bom jangka itu dan mengatasi
semua kelemahan Dinara. Pada petang itu juga Farisha mendapat tahu bahawa Rosman tidak dapat
bersama-sama dengannya bertugas di Soft Lab kerana dia terpaksa meneruskan projek di
Senawang yang telah menawarkan bayaran dua kali ganda daripada perjanjian awal.Farisha
bersetuju. Farisha pulang dengan kepala yang berat memikirkan tentang Dinara yang sudah
diceroboh itu. Ini bererti tugasnya amat berat. Di Soft Lab, Alia pula bertengkar dengan Dr.Maxi
kerana banyak data pengetahuan dan perasaannaya telah dipadamkan dan tindakan Alia itu juga
menggambarkan dia mempunyai perasaan cemburu dan tidak gemar jika ada perempuan lain ada
sebarang hubungan dengan Karl. Pada masa yang sama Khairul Anwar menjelaskan bahawa
Rosman tidak akan mengganggu mereka di Soft Lab lagi kerana dia telah mempengaruhi syarikat
di Senawang itu untuk membesarkan lagi skop kerjanya. Pada malam itu Farisha mengalami
mimpi ngeri sehingga dia terlambat bangun.
BAB 6
Pagi itu Farisha datang lewat sepuluh minit ke Soft Lab. Alia sudah sedia menunggu. Farisha
berasa kepalanya berat dan dalam keadaan tidak sedar, Alia telah memasukkan mikrocip ke dalam
tubuhnya dan dia dapat berkomunikasi dengan Karl.Dalam komunikasi itu Karl meminta
pertolongan daripada Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Oleh kerana tidak dapat mengesan
butiran perbualan Farisha dan Karl, Alia menjadi cemburu dan marah. Selepas beberapa ketika
Farisha sedar semula dan menjadi lebih segar apabila dia makan pil yang diberikan oleh Aqram.
Kerja pada hari itu berakhir dengan perbincangan dan persoalan tentang seorang penyelidik yang
bernama Medina yang telah hilang di Soft Lab tanpa dapat dikesan. Hal ini diterangkan oleh Shida
melalui kajiannya di Arkib.
BAB 7
Pada sebelah malam Farisha, Shida dan Rosman berjumpa di pejabat Secured Shell. Ketiga-
ketiganya meneliti kontrak yang diajukan oleh Soft Lab. Sementara mereka berbincang tiba-tiba
Farisha mengalami sakit kepala setelah terlihat suatu cahaya putih memancar ke arahnya. Hasrat
meneliti kontrak dibatalkan dan ketiga-tiga mereka bergegas pulang. Sementara itu mereka
diberitahu oleh Uncle Seng yang berada di situ bahawa dia bergegas keluar dari kedai runcitnya
kerana terlihat beberapa orang turun tangga pejabat Secured Shell dengan membawa beberapa
perkakas besi termasuk suatu barang yang serupa dengan piring tv satelit. Tiada laporan polis
dibuat. Dua malam selepas kejadian itu, Farisha telah diundang oleh Abang Azraai utk makan
malam di rumahnya. Di sana Farisha bertemu, abang Azraai, kak Mariah dan kedua-dua anak
mereka Aina dan Dina. Alangkah terharu bercampur sedih apabila dia mendapat tahu abangnya
mengalami sakit jantung dan perkara kedua yang amat mengejutkannya ialah, dirinya adalah anak
angkat kepada ibu dan ayahnya. Malam itu Farisha tidak dapat melelapkan mata.
BAB 8
Pada pagi itu sebelum sempat Alia membawa Farisha ke alam bawah sedar, tiba-tiba Farisha
pengsan. Doktor dipanggil dan Farisha dibawa ke hospital. Aqram, Khairul Anwar dan Dr.Maxi
hairan dan menurut Aqram dia sudah menyiasat latar belakang Farisha sekian lama tiada pula
maklumat tentang sebarang penyakit yang membimbangkan. Sebaik saja Farisha dibawa ke
hospital, Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar bergegas ke Arkib untk berjumpa Shida. Beberapa
soalan diajukan kepadanya tentang latar belakang penyakit Farisha. Dr.Maxi ingin tahu sama ada
Farisha mengandung.
BAB 9
Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar berbincang tentang Plan B, iaitu menggantikan Farisha
dengan Shida. Namun kedua-duanya amat berbeza. Lagipun tubuh Farisha telahpun ditanam
dengan mikrocip yang membolehkannya berkomunikasi dengan Karl. Karl menggunakan
teknologi ini sebagai satu kaedah telepati untuk berhubung dengan Farisha. Pada jam 5.30 petang
mereka akan melawat Farisha di hospital. Shida pula pulang ke rumah dan cuba mencari sebarang
bukti tentang penyakit Farisha tetapi gagal. Namun Shida terjumpa satu bukti yang menyatakan
bahawa Farisha ialah anak angkat.Apabila Shida dan Rosman melawat Farisha, dia sangat lemah
dan terdapat satu benjolan kecil di belakang tengkuknya.Tetapi Farisha menyatakan itu tidak apa-
apa. Farisha terlena lagi. Beberapa minit kemudian, Farid dan Amin datang ke katil Farisha
menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat yang sebelum ini gagal kerana ruang fikiran
Farisha dilindungi oleh WALL. Tetapi kali ini meraka berjaya kerana WALL lemah apabila
Farisha lemah. Selepasitu Aqram pula mencari maklumat pada badan Farisha menggunakan satu
alat sepanjang enam sentimeter. Aqram mendapati alat itu bertukar menjadi warna merah yang
menunjukkan tahap kesihatan Farisha tidak memuaskan. Farisha terus lena kerana abangnya
Azraai meminta doktor memberi ubat tidur. Azraai juga membohongi doktor bahawa mikrocip di
dalam badan Farisha yang kelihatan di CT-scand itu adalah dalam pengetahuan Farisha yang dia
sendiri sukarela menjalani satu uji kaji untuk sebuah universiti. Perkara itu juga adalah amanah
ibu bapanya supaya semua mikrocip itu mesti kekal dalam tubuh Farisha dan dia mesti berkhidmat
di Soft Lab apabila diperlukan. Tengah malam itu Dr.Maxi menyarankan bahawa Shida akan
menggantikan tempat Farisha.
BAB 10
Pada pagi itu sedang Shida membaca satu laporan tentang seorang penyelidik bernama Medina di
Arkib, dia diminta oleh Alia pergi ke Makmal B. Satu pembedahan untuk menanam mikrocip telah
dilakukan ke atasnya. Dia tidak diberitahu. Pada petang itu selepas sedar, apa yang dilakukan ke
atas Farisha dilakukan pula ke atas Shida. Kali ini tindak balasnya lebih teruk lagi. Tetapi Dr.Maxi
berdegil dan hanya memberhentikan ujikaji ini selepas lima minit. Ini akan merosakkan otak
seseorang. Dalam masa yang sama, Farisha dalam tidak sedar dapat berkomunikasi dengan
seseorang yang menyebut dirinya sebagai mummy. Di suatu tempat yang lain pula, Farid dan Amin
berasa amat hairan dan dapat melihat keajaiban teknologi kerana perempuan tua yang menyuruh
mereka mengekori dan berbuat sesuatu ke atas Farisha menjerit gembira dan mengatakan dia
berjaya menghubungi anaknya Farisha dan dia mengaku dirinya lebih hebat daripada lelaki itu.
Farid menyanggah perbuatan perempuan tua itu kerana sanggup melakukan ujikaji ke atas
anaknya sendiri. Dia tidak peduli. Apa yang dia mahu adalah inginmembuktikan siapa yang benar
dan yang lebih hebat daripada ‘lelaki’ itu. Manakala Shida tetap murung, berada di bilik Farisha,
dan tidak pulang ke rumah malam tadi. Aqram gagal menerobos mindanya dan mungkin dia juga
telah menerima mikrocip WALL atau kesilapan Dr.Maxi yang tetap meneruskan ujikajinya ke atas
Shida. Shida tidak mahu bercakap, makan, atau minum malah menjadi garang seperti kucing liar
yang ketakutan.
BAB 11
Apabila sudah boleh bangun dan berjalan Farisha ingin mendapatkan penjelasan daripada
abangnya Azraai tentang ibu kandungnya. Azraai menceritakan semua yang dia tahu tentang
Farisha. Farisha menjadi adik angkatnya kerana hendak menyelamatkannya daripada dijadikan
bahan ujikaji ibunya sendiri. Azraai menerangkan bahawa dia dan beberapa orang lagi telah
diamanahkan menjaga keselamatan Farisha. Apabila Farisha mendedahkan bahawa dia dapat
berkomunikasi dengan ibunya, Azraai kelihatan sangat cemas dan menyatakan bahawa Farisha
dalam bahaya dan terus membawa Farisha keluar dari hospital menuju ke arah selatan. Azraai
bercakap dengan seseorang dan bersetuju mendapatkan kunci rumah daripada orang tersebut di
Perhentian Ayer Keroh. Dalam pada itu Alia ditugaskan oleh Dr.Maxi untuk mempengaruhi otak
Shida. Akhirnya Dr.Maxi dapat berkomunikasi dengan Karl melalui Shida. Karl mengarahkan
supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan yang
akan bukan sahaja memusnahkan Dinara tetapi ribuan manusia. Dia perlukan Farisha. Tetapi
Farisha sudah meninggalkan Kuala Lumpur. Azraai ingin membawa Farisha ke Kulai, tetapi dalam
perjalanan Farisha diculik pula oleh dua orang suruhan ibu Farisha. Dalam masa yang sama di Soft
Lab sesuatu berlaku kepada Shida. Karl bercakap melalui Shida. Karl menyatakan bahawa Khairul
Anwar ialah seorang budak pengemis yang bernama Muhammad Irfan yang telah diganti
ingatannya. Khairul Anwar sangat berang. Karl juga menyebut bahawa dia memukul seorang
wanita sehingga menjadi cacat.
BAB 12
Penculik Farisha, iaitu Amin dan Farid dalam perjalanan ke Seremban membawa Farisha bertemu
dengan ibunya Marilyn. Dalam tidur Farisha dapat dihubungi oleh ibunya tetapi terhenti apabila
brek kereta ditekan mengejut lalu Farisha terjaga. Dalam pada itu di SoftLab, Alia berkomunikasi
dengan Shida dan memberitahu bahawa wanita cacat itu ialah dirinya yang dipukul oleh Karl
kerana dia enggan meninggalkan agamanya dan nama asalnya ialah Rusmina. Perbualan antara
Alia dan Shida dapat disaksikan oleh Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar. Ketiga-tiga mereka
berasa sedih memikirkan akibat yang akan ditanggung oleh Shida akibat pemindahan maklumat
pahit dan ngeri selama 20 tahun oleh Karl ke dalam otak Shida. Berdasarkan laporan yang
tersimpan di dalam Dinara Dr.Maxi juga menerangkan kepada Khairul Anwar dan Aqram bahawa
ujikaji seperti itu juga pernah dilakukan tetapi gagal dan mangsanya ialah Medina. Dalam pada itu
alat pengesan pintar Rosman dapat mengesan arah Farisha dilarikan. Mereka menuju Soft Lab
Cyberjaya. Azraai juga menuju ke sana. Apabila tersedar Farisha menjerit-jerit dalam kenderaan
yang dipandu oleh Farid dan Amin. Mereka mengherdik Farisha mengatakan dia akan bertemu
emaknya yang sudah sangat lama ingin bertemu anaknya itu. Namun Farisha marah dan ketakutan
tidak mahu berjumpa perempuan itu sebaliknya dalam keadaan kaki dan tangan terikat mahu dia
dihantar kepada abangnya Azraai. Farid dan Amin tidak ambil peduli. Manakala di Soft Lab, Shida
menyanyi dalam suara yang agak perlahan lagukegemaran Karl. Alia mendengar. Alia
berkomunikasi dengan Karl melalui Shida lagi. Alia mendapat tahu bahawa Karl gagal
mendapatkan cinta Medina. Aqram dan Dr.Maxi sependapat mengetahui bahawa Alia tetap berasa
cemburu terhadap Karl bekas suaminya walaupun sudah beberapa program dalam mindanya
diubah. Mereka juga yakin bahawa Karl telah memindahkan kenangan dan pengalamannya selama
20 tahun ke dalam otak Shida. Dalam pada itu, di sebuah stesen minyak Marilyn menaiki
kenderaan yang dipandu oleh Amin. Dia mendekati Farisha, menyatakan bahawa dia amat
merindui anaknya itu. Namun Farisha bertegas dan marah lalu menempelak Marilyn yang dia
pernah ingin membunuhnya dulu. Suis alat pemintas untuk melemahkan WALL di otak Farisha
dihidupkan.
BAB 13
Dr.Haris ialah doktor yang sedang merawat Karl di Puchong. Beliau menyatakan bahawa
kesihatan Karl teruk. Namun Dr.Maxi mahu terus menghubungkan fikiran Karl melalui Shida.
Dr.Maxi dapat berbual dengan Karl melalui Shida. Melalui Shida Karl bangun dan bertindak
melalui komputer berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara. Kebijaksanaan ini diterima
oleh Karl melalui Farisha yang Karl telah gandakan IQnya 26 tahun dahulu. Dalam masa yang
sama Farisha telah berada di situ bersama-sama Marilyn/Medina, dan dua orang pengikutnya. Di
sini rahsia terbongkar. Marilyn/Medina ialah ibu Farisha dan Karl ialah bapanya yang telah
sanggup mengeksploitasi anaknya sendiri untuk kepentingan kajiannya di SoftLab iaitu
mengaktifkan sistem Dinara. Marilyn menjadi musuh kerana Karl telah mensabotaj fikirannya
menggunakan fikiran seorang bekas banduan dan akibatnya Marilyn/Medina menjadi separuh gila
dan cuba mencekik Farisha. Dr.Maxi dan Aqramlah yang menyelamatkan Farisha dan dibawa
kepada keluarga angkatnya iaitu keluarga Azraai. Farisha juga mendapat tahu bahawa Aqram juga
adalah cyborg seperti Alia.
BAB 14
Hari ini merupakan hari paling hiba bagi Farisha kerana menghadap seorang insan yang sepatutnya
dipanggil ayah. Karl terbaring tidak berkata-kata. Dr.Haris menyatakan bahawa aktiviti otaknya
semakin menurun. Semua yang ada di situ masuk bergilir-gilir mendekati Karl. Bermula dengan
Aqram, Dr.Maxi, Khairul Anwar, Medina, Alia, dan akhirnya Farisha. Farisha mengucapkan
selamat tinggal kepada ayahnya namun tiada jawapan. Tepat pukul tujuh malam Dr.Haris
mengumumkan Karl meninggal dunia. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya
di tabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson. Selepas upacara itu semua orang
bercakap-cakap tentang kenangan masing-masing semasa Karl masih hidup.Tetapi terdapat
keanehan dalam diri Shida. Dia pandai berfalsafah seperti Karl. Dalam percakapannya Shida
mengajak mereka pulang ke Sort Lab untuk menyelamatkan Dinara. Aqram dapat rasakan bahawa
yang berfalsafah dan berkata-kata itu bukan Shida tetapi Karl. Aqram sangat yakin itu ialah Karl.
LIMA KEKUATAN NOVEL -
Novel ini mempunyai tema yang amat menarik iaitu penggunaan teknologi maklumat begitu
canggih sehingga boleh menguasai pemikiran manusia yang amat menarik minat pembaca generasi
kini. Selain itu, novel tersebut menceritakan tentang masyarakat yang maju dan celik dalam bidang
sains dan teknologi yang dapat membentuk imaginasi pembaca dan berfikir secara mendalam
untuk masa hadapan masyarakat. Seterusnya, cerita ini menerangkan tentang nilai ketabahan
seseorang apabila menghadapi dugaan terhadap pembaca. Sebagai contoh, Farisha bertabah
apabila diculik oleh ibu dan bapa kandungnya. Kemudian, novel ini mengajari yang kita haruslah
menggunakan kemajuan sains dan teknologi untuk manfaat bersama dan tidak melanggar etika
kemanusiaan supaya pembaca juga tidak mengikuti jejak langkah buruk. Akhir sekali, cerita ini
mempunyai binaan plot klimaks yang hebat apabila rahsia pengekploitasi anak untuk tujian kajian
oleh Medina dan Karl telah terbongkar kepada pembaca.
LIMA KEKURANGAN NOVEL -
Novel ini kadang-kala menceritakan konsep teknologi yang memutuskan kegantungan
pemikiran pembaca kerana cerita yang tidak logik. Di samping itu, pembaca boleh mendapati
perumitan binaan plot iaitu Farisha mengetahui yang dirinya merupakan anak angkat merupakan
binaan plot yang telah banyak digunakan kerana menyebabkan pembaca untuk menjangka klimaks
dan hilang minat dalam aliran ceritanya dengan mudah. Seterusnya, perwatakan kesemua watak
amat memeningkan pembaca kerana motif watak yang diperjelaskan terlalu rumit. Selain itu,
pengakhiran cerita terasa terlalu dipercepatkan oleh penulis kerana peleraian terasa tidak
mencukupi untuk pembaca. Akhir sekali, pembaca juga kadang kala tidak memahami permulaan
novel kerana terlalu banyak konsep yang ingin diceritakan menyebabkan pembaca tidak dapat
mengikuti aliran cerita.
LIMA PENAMBAHBAIKAN NOVEL -
Novel ini hendaklah diceritakan oleh penulis dalam lingkaran kefahaman logik pembaca
supaya fokus pembaca tidak terputus daripada cerita tersebut apabila konsep teknologi
diceritakan. Selain itu, novel ini perlu kurangkan penggunaan perumitan dalam binaan plot
supaya pembaca dapat mengekalkan minat sepanjang cerita tersebut. Seterusnya, motif kesemua
watak perlu dijelaskan secara rumit agar pembaca tidak pening dengan perlakuan seseorang
watak. Kemudian, perakhiran cerita tersebut hendaklah diperjelaskan supaya pembaca dapat
merasai kepuasan setelah selesai membaca. Akhir sekali, penulis perlulah menceritakan konsep
secara satu demi satu agar pembaca tidak merasai kesusahan untuk, mengikuti aliran cerita.
PENGENALAN
Pantai Kasih
Novel ini menceritakan tentang Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai
bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah.Selepas menghadapi kegagalan
dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
BIOGRAFI PENULIS NOVEL PANTAI KASIH
Azmah Nordin merupakan seorang pengarang buku di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 10 Januari
1958 di Kulim, Kedah. Azmah Nordin kemudiannya mendapat pendidikan rendah dan menengah
dalam aliran Melayu dan Inggeris. Pada 1973 beliau berpindak ke Sabah dan menetap di sana.
Beliau mula berjinak dengan dunia penulisan pada awal 1980-an, iaitu dalam penulisan rencana.
Kecenderungannya menulis dalam bidang sastera bermula pada awal tahun 1986. Beliau meminati
penulisan sajak, cerpen dan novel.
SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL PANTAI
KASIH
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar menyertainya
di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang bagi
mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu. Anehnya, yang
kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha,
apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang
aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu.
Ini membuatkan Raiha tambah tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan
mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati.
Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang
perubatan.
Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata
mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru demonstrator
dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun pembedahan.
Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi
tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya di
sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam bilik
pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya.
Malah, hatinya pernah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak
menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor,
Doktor Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.
Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan untuk
mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi berulang-
kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya.
Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan
yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.
Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang menjalankan
operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu
sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana.
SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL PANTAI KASIH
Bab 1
Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK)
menghadapai masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang mengiringi perjalanan
hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor Uwang untuk membuat
pembedahan kali keenam ke atas pesakit yang bernama Unong Siron. Raiha berasa curiga tentang
pembedahan yang sama dilakukan sebanyak lima kali ke atas pesakit pada tempat pembedahan
yang sama. Walaupun selesai menjalankan tugasan dengan jayanya, namun Raiha berpendapat
bahawa pembedahan tersebut tidak harus berulang kali terutama kepada pesakit daripada kalangan
golongan menengah dan ke bawah. Prinsip hidup Raiha iaitu memuaskan semua pihak. Raiha juga
dibayangi dengan kenangan silam iaitu rasa pendam cintanya terhadap Doktor Uwang tetapi telah
terpadam selepas dia memilih Doktor Sadiz sebagai suami. Namun, kenangan itu sukar dilupakan
terutama sewaktu dia memberikan bantuan kepada Doktor Uwang dalam pembentangan seminar.
Raiha juga teringat akan ayahnya yang membentak apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk
berkahwin dengan Doktor Sadiz. Ayahnya yang berjaya membesarkan dua orang adik lelaki tirinya
menjadi golongan professional berpendapat bahawa pemilihan Doktor Sadiz sebagai suaminya
adalah kurang tepat dan akan menyebabkan kesengsaraan pada masa depan. Ingatan terhadap
larangan ayahnya supaya bidang pakar pembedahan tidak menjadi pilihan kerana berpendapat
bidang tersebut tidak sesuai dan tidak berfaedah kepadanya dalam jangka masa panjang. Sister
Felicia Landosi, jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak menyenangi Raiha apabila
dia telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan di PRPK. Sister Felicia
ditawarkan dengan gaji yang lumayan supaya bertugas di PRPK setelah bertugas di hospital
kerajaan sebelum ini. Felicia berpendapat teguran Raiha dan amaran Doktor Uwang terhadap
dirinya tidak adil. Dia berhasrat untuk melupakan peristiwa hitam pada malam yang
menggemparkan itu. Doktor Alex pula mengesyaki bahawa beliau bergaduh dengan Doktor Razak.
Ingatannya juga kembali kepada kenangan lalu sewaktu anak Raiha disambar api di hadapan
matanya. Ingatan itu sukar dilupakan dan menghantuinya selama ini. Dia juga sentiasa dibayangi
keresahan khuatir tingkah lakunya diperhatikan terutama di ruang farmasi. Dalam keadaan rakan
sejawat yang sedang leka melaksanakan tugas Felicia dibayangi dengan prasangka. Sehingga
jururawat Ariana yang sedang bercakap di gagang telefon dengan Doktor Razak turut diteguri
kerana asyik bergayut di telefon sahaja. Atas permintaanya sendiri dia tidak bertugas pada sebelah
pagi sebaliknya pada sebelah malam dan tugas rutin harian tidak perlu dilaksanakannya memberi
peluang kepadanya untuk mengelakkan diri daripada bertembung dengan Rahia.
Bab 2
Doktor Uwang perpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju sekiranya ada orang
gaji di rumahnya. Malahan, anak tunggal hasil keterlanjurannya dahulupun dihantar belajar di
sekolah swasta berasrama seawal usia tujuh tahun lagi sehingga anaknya itu kekok untuk bersama-
samanya apabila ada peluang pulang bercuti semesternya. Doktor Uwang berpendapat anaknya itu
tidak harus pulang langsung kerana memalukannya sahaja. Ketegasan Doktor Uwang terhadap
perniagaan kesihatan menjadikannya sebagai salah seorang doktor berwibawa yang banyak
membawa keuntungan kepada PRPK. Ayah mentuanya yang menyerahkan PRPK kepadanya turut
berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada halangan asalkan berusaha. Walaupun agak kesal
menyerahkan PRPK kepada Doktor Uwang, namun akur dengan kehebatan menantunya menerajui
PRPK. Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya sama seperti Raiha yang adakalanya seperti
memperkecil-kecilkannya kewibawaannya tetapi dia berpendapat bahawa untuk mendapat
kesihatan yang baik mestilah menggunakan kecanggihan alat perubatan. Doktor Uwang juga
sering mengeluh kesakitan pada pergelangan tangannya dan kepala lututnya namun belum sempat
membuat diagnosis tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab, dia kurang sihat untuk melakukan
pembedahan terhadap Unong Siron pada kali ini, tugas itu diserahkan kepada Raiha. Raiha
mempersoalkan kejadian infeksi yang berlaku kepada Unong Siron. Peribadi Raiha yang dikenali
sewaktu menjadi siswi dengan yang ada sekarang amat berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati
terhadapnya tetapi sekarang sudah lenyap dan menganggap Raiha sudah angkuh dan beranggapan
Raiha tidak bersyukur dengan tawaran berkhidmat di PRPK miliknya. Doktor Uwang juga teringat
kembali terhadap kanak-kanak perempuan yang sudah meninggal dunia dan sentiasa membayang
hidupnya. Lamunannya tersentak apabila ingatanya juga turut dibayangi oleh peristiwa
pencerobohan doktor palsu yang menyamar di PRPK miliknya.
Bab 3
Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai ketika itu. Dia
menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel bertaraf lima bintang. Dia
mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan berhati-hati serta
bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas menengah atas ini perlukan kesabaran dan
layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan akan perubahan diri Sister Felicia yang kelihatan pucat
lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan bahawa keadaannya seperti biasa sahaja, barangkali cuaca
musim kemarau panjang ini menyebabkan keadaannya begitu. Dia terbayang kembali peristiwa
ketika dia bersama Doktor Sadiz yang berkesudahan dengan gambaran kematian anak
perempuannya yang rentung akibat disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah
doktor itu. Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur dan
menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi pelajar bidang
kejururawatan dahulu. Walaupun dia mempelajari bidang perubatan tetapi dia masih tidak
berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia mengambil ubat batuk sebagai penawar
kelukaan hatinya. Felicia juga sering mendengar keluhan ibu Unong Sairon yang mengeluh tentang
pembedahan anaknya yang keenam sama ada Berjaya ataupun tidak kerana kemampuannya hanya
setakat itu sahaja disebabkan semua wang insurans anaknya sudah dihabiskan untuk belanja
perubatan tersebut. Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa
benaknya tentang punca kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz
yang akhirnya berpihak kepada bekas suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang
menyalahkan dirinya atas kematian anak perempuan mereka. Raiha pula memberitahu bahawa
semuanya berpunca daripada Doktor Sadiz menyebabkan sanak saudara yang selama ini
menyokongnya semakin berundur dari hidupnya. Raiha juga teringat akan layanan kasar Felicia
terhadap ibu pesakitnya Unong Siron, masyarakat kelas menengah bawah. Sergahan Raiha
terhadap Felicia menyebabkan Felicia kecil hati dan berasa amarah dengan tindakan Raiha
walaupun sebenarnya tindakannya mengasari ibu pesakit adalah salah. Raiha berasa bersalah akan
tindakannya menegur sikap Felicia. Dia teringat kisah lama antaranya dengan Felicia. Mereka
bersekolah di sekolah yang sama, tetapi Felicia menghilang selepas kematian ibunya. Mereka
bertemu di Hospital Kinabalu selepas sekian lama menghilang. Pada ketika itu Felicia seorang
jururawat manakala Raiha sudah menjadi doktor. Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz
terhadapnya. Doktor Sadiz menyatakan bahawa Raiha sengaja melarikan kereta mewahnya. Bukan
itu sahaja Doktor Sadiz juga meyatakan bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut
dibawa lari oleh Raiha. Namun Raiha cuba menyangkal dengan mengatakan bahawa barang kemas
yang dibawa adalah barang kemas miliknya hasil titik peuhnya sendiri. Doktor Sadiz menyatakan
bahawa sampai mati sekalipun dia tidak akan melepaskan Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha
merana, gantung tidak bertali sebagai balasan tergamak memalukannya di mata golongan
masyarakat elit.
Bab 4
Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam miliknya yang terletak tidak jauh dari
Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa hitam misteri
kematian anaknya dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya. Setibanya dia di
apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi dan teringat pula kisah neneknya yang membesarkannya
selama ini. Arwah neneknya yang berketurunan Idaan menyatakan bahawa nenek moyangnya
dahulu berasal dari Nunuk Ragang. Daerah itu terletak di Tampias suatu kawasan di hulu lubuk
dalam daerah Ranau. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik sebelum
peristiwa hitam muncul. Dia juga teringat akan permintaan Doktor Sadiz supaya menggugurkan
bayi yang sedang dikandungnnya itu kerana kehadiranya bayi tersebut tidak direstui apatah lagi
sudah diketahui fizikal bayi tersebut yang kelebihan kromosom akan menyebabkan dia malu
dengan masyarakat. Anak-anak dengan bekas isterinya tidak ada yang cacat. Raiha tidak tergamak
hendak membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi tersebut sah hukum dan mempunyai hak untuk
hidup. Akhirnya bayi tersebut lahir dan diberi nama Rohayu atau panggilannya ‘Ayu’. Kegelisahan
Datu Untong terhadap panggilan palsu dan pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih miliknya
sebelum diserahkan kepada anaknya Doktor Uwang amat jelas. Dia berharap selepas daripada
insiden tersebut perkara sebegitu tidak berulang. Kegelisahan turut dirasai oleh isteri Doktor
Uwang, namun tidak diendahkan oleh Doktor Uwang akan rungutan dan kegusaran isterinya itu.
Doktor Uwang berpendapat isterinya yang sah dan yang tidak rasmi serta bapanya juga tidak harus
ambil peduli tentang pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Baginya, mereka tidak tahu
akan perniagaan kesihatan kini. Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh
emak Unong Siron yang mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan
penggantian tulang pinggul hingga keenam kalinya itu. Namun, dia sudah menetapkan
pendiriannya bahawa dia akan berbuat apa-apa sahaja untuk memberikan hasil baik berpihak
kepadanya. Asalkan keuntungan berlipat kali ganda masuk ke ke poketnya sudah memadai, tidak
perlu memikirkan bagaimana mereka mendapatkan wang membayar kos perubatan di situ. ‘Doktor
Uwang mengelamun sambil menonton rancangan ‘Money Matters’ di televisyen. Lamunannya
hingga ke peristiwa anak pak ciknya rentung dan disaksikan di hadapan matanya sendiri. Felicia
memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yang pernah mendapatkan
rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan garangnya pesakit itu membincangkan tentang
infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas ingin memanggil Doktor Mohammad namun
dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia mencadangkan Doktor Uwang. Cadangannya itu tidak
dipersetujui oleh pesakit tersebut sebaliknya dia mahukan Doktor Raiha. Feilcia memberitahu
bahawa Doktor Raiha tiada dan tidak dipercayai oleh pesakit itu sebaliknya menganggap Felicia
berbohong dan sengaja mahu menipu. Felicia juga dituduh sengaja menceritakan yang baik-baik
tanpa memberitahu risiko yang terpaksa dihadapi oleh pesakit. Felicia cuba menjelaskan hal yang
sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu digambarkan melemparkan simen dan splinnya ke
arahnya menyebabkan Felicia terjelopok, namun itu, merupakan hayalan Felicia semata-mata.
Apabila Felicia mengangkat muka suasana menjadi berubah apabila didapati dia berada di stor
Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Bab 5
Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya yang mati
secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia mencari ketenangan
namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik diperhatikan oleh seorang wanita
sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah Raiha muncul dalam fikiran Doktor Uwang, begitu juga
dengan Unong Siron yang baharu selesai menjalani pembedahan penggantian sendi pinggul yang
keenam. Dia tidak mahu bayangan mereka menggangu hasratnya untuk mengaut keuntungan di
Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan
kelab malam sememangnya seorang yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri
tidak rasminya haruslah dipastikan akan kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu. Doktor
Uwang melihat gelagat pengunjung kelab malam mewah itu. Tiba-tiba wanitawanita yang
dilihatnya dalam kelab malam itu berubah menjadi gadis mirim Unong Siron dan seorang lagi
berubah menjadi anak perempuan pak ciknya. Kehadiran mereka dalam fikirannya amat tidak
disenangi. Tiba-tiba kepala lutut dan kedua-dua pergelangan tangannya ngilu yang amat sangat.
Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba menganggu kredibilitinya selama ini. Hal
ini seolah-oleh menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari kelegaan. Felicia juga
berasa terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia mendapat panggilan palsu.
Sister Felicia mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan berehat di rumah
sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di bilik rehat Pusat
Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu. Dalam keadaan separa khayal dan didatangi dengan
beberapa peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia didapati terjelepok di lantai bilik air oleh
Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa dia tergelincir di situ.
Bab 6
Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya bermula
apabila ayah, Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang menghantar pak usunya
Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di rumahnya. Dalam perjalanan
sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang, Doktor Sadiz mendapati pindu
kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor Sadiz juga berasa aneh kerana kereta
Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari
kereta itu bingkas menuju ke kondminiumnya. Tidak sampai lima minit kemudian, Doktor Sadiz
muncul lagi dengan wajah muncung dan merungut-rungut. Doktor Sadiz marah kerana Raiha
membawa lari keretanya dan mengapa tidak menggunakan keretanya sendiri sekalipun minyak
keretanya habis diisi. Doktor Uwang menawarkan diri untuk membantu pak ciknya itu. Doktor
Sadiz meminta Doktor Uwang menghantarnya ke lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia yang
ada dalam kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi dihalang oleh Doktor
Uwang yang akan menghantarnya pulang selepas selesai membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang
juga menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana didapati Felicia komited
dengan tugasnya selama ini. Mereka memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan gelen
minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila ada panggilan kecemasan dari
Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin membincangkan
hal pesakit Unong Siro dan panggilan tersebut amat penting. Di ruang tamu apartment tempat
tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak tenteram. Raiha teringat bagaimana dia
mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga terpaksa menjalankan pembedahan kali
kelima terhadap pesakit yang sama di tempat yang sama membuatkan Doktor Uwang marah dan
tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila Pusat Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa
hitam yang sering datang dalam ingatannya. Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister Felicia
yang melayan kasar emak Unong Siron. Felicia yang memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’
menjelaskan perkara sebenarnya yang berlaku antaranya dengan emak Unong ketika itu. Felicia
menganggap ‘sapi tua’ itu keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur membuat cadangan
pembedahan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang
dinyatakan oleh Felicia, dia tidak sepatutnya melayan emak Unong Siron dengan kasar begitu.
Bagi Raiha yang penting adalah kebajikan para pesakit dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam
perawatan itu. Mengasari orang yang memang sedia menderita sakit pada badan dan mental, adalah
kejam dan meminta Felicia supaya tidak mengulanginya lagi. Deringan telefon menyentak
lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya datang segera ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Dia tidak terus bingkas ke sana sebaliknya wajah arwah ayahnya menerjah dalam ingatannya.
Arwah ayahnya memang tidak merestui hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Walaupun arwah
bapanya seorang pakar bedah tetapi dia berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai digalas oleh Raiha.
Hati Raiha geram dengan telahan bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan tergopoh gapah
melangkah keluar dari apartmentnya menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Bab 7
Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih begitu
tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai mempertikaikan
kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan besar. Doktor Uwang
sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia ketika mengikuti Kursus
Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu ibu Unong Siron tentang
musibah anaknya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia berasa bahawa dirinya diperendahkan
hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih dalam alam kanak-kanak hingga alam
remaja menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya menyebabkan dia berjinak-jinak
dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan kisah silamnya. Felicia juga jengkel dengan sikap
Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan karib sekelas yang berjaya menangkapnya ketika
melakukan kesalahan. Dia juga begitu tertekan dengan peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah
hidupnya. Dia sering teringat akan masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan
golongan masyarakat kelas menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya yang tiada
diketahui bapa kandungnya. Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap
liar itu menjadikan dia sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah. Keadaannya semakin parah
apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu. Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang
lelaki kacak yang siap berpakaian seperti seorang doktor. Keadaan mamai menyebabkan Felicia
tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu bersimpati dengan keadaan
Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya dengan doktor muda itu. Raiha
yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat panggilan kecemasan tadi
mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga
mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha
bergegas ke wad yang dihuni oleh Unong Siron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra dan
bertanya sebab dia kembali semula sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat. Raiha menyatakan
bahawa dia menerima panggilan kecemasan tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan
bahawa mereka tidak membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang
membuat panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan menurut Doktor Alex, Doktor Uwang
sudah pulang siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex turut menjelaskan bahawa
doktor-doktor lain turut juga menerima panggilan palsu seperti itu. Terlanjur sudah berada di Pusat
Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah senja tadi.
Dalam benak fikirannya, Raiha berharap Unong akan berjaya pada kali ini.
Bab 8
Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan
kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti. Lamunannya
terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian keadaan anaknya selepas
menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia berjanji supaya tidak berulang
lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi kesukaran terutama apabila semua
wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada derita lagi pada Unong yang terpaksa
menghabiskan masa lama di hospital. Setelah memastikan bahawa semuanya berada dalam
keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya teradap
anak gadisnya yang rentung datang kembali. Apatah lagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang
memintanya menghantar ayu agar dipelihara oleh orang lain. Lamunannya tersentak apabila
Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia Landosi ditahan oleh penceroboh yang
menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah. Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini.
Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh
yang tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang
menyamar sebagai doktor itu membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu
tersentuh dan membuka pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam bilik
tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan
dibawa ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu ke hospital
tersebut. Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan sebenarnya penceroboh itu
adalah bekas penuntut bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam peperiksaan
akhir semester.
Bab 9
Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia
ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di
dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex Ng
memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada kengiluan
pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga terimbas
kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam dilakukan ke
atas Unong Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut sekalipun bukanlah salahnya. Dia
juga terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu berinteraksi
dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan yang seluruh
badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya belakangan ini. Doktor
Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang selepas
menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang marah apabila
mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama anak perempuannya. Dia juga
teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak petrol dan berhenti di sebuah
rumah tumpangan pada tengah malam dan teringat saat kereta Porsche itu dijilat api tidak lama
kemudian sehingga menyambar kanak-kanak perempuan yang secara kebetulan berada di situ.
Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati sebagaimana wajah-
wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain. Perempuan tua itu bertanya
tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun anaknya sudah dibedah sebanyak
enam kali. Doktor Uwang masih mengatakan bahawa urusan wang bukanlah urusannya.
Kemarahan perempuan tua itu menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop sebagai
doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya kembali kepada penceroboh
yang masuk dan menyamar sebagai doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang sepatutnya
sesuai menangani kes anak peremuan tua itu. Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan
memaafkannya walaupun sampai dia meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup
Raiha tergantunggantung. Raiha turut melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari
mahkamah keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan tidak dijangka-jangka
kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang mengekori lori minyak petrol merempuh
belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba di persimpangan lampu trafik. Doktor Uwang telah
merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat seluruh tubuhnya tidak dapat berfungsi
dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan lututnya kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan
mewah yang dipandunya dengan bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah
yang mengambil alih menyelamatkan nyawanya dan melakukan pembedahan apabila didapati
kecederaan teruk di bahagian pergelengan tangan dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan
penggantian sendi pada anggota tersebut. Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf adaripada
Raiha atas penglibatan dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz
yang akhirnya berjaya menjejaki Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram
dengan membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha
muncul di situ dan langsung disambar api dan dia turut menyatakan bahawa sewaktu di
mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka
adalah mangsa keadaan.
LIMA KEKUATAN NOVEL -
Novel ini mendedahkan persoalan tentang keruntuhan rumah tangga yang meninggalkan
kesan trauma kepada salah seorang yang memberikan kesedaran kepada pembaca untuk rasa
prihatin terhadap orang sekeliling kita. Selain itu, novel ini bertemakan ketabahan seorang
wanita menghadapi pelbagai dugaan dalam hidup yang merangsang perasaan pembaca kerana
memberikan kebenaran tentang kehidupan wanita. Seterusnya, perwatakan watak utama Raiha
boleh dijadikan contoh kepada pembaca iaitu seorang yang tegas dan mempunyai pendirian yang
teguh kerana dapat memberikan motivasi kepada wantia untuk menghadapi dugaan hidupan
seharian. Di samping itu, novel ini menceritakan berdasarkan latar tempat sebuah hospital yang
dapat memberikan pendedahan kepada pembaca tentang pendalaman dan pengerjaan dalaman
kerana memberikan rasa realistik. Akhir sekali, novel ini mengajarkan supaya kita perlulah jujur
dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan di atas
perkhidmatan kita.
LIMA KEKURANGAN NOVEL -
Novel ini mempunyai aliran cerita yang kadang kala membosankan kepada sesetengah
pembaca kerana mempunyai tema yang tidak menarik minat kesemua pembaca. Di samping itu,
novel ini mempunyai perwatakan beberapa watak sampingan yang terlalu ringkas kerana
menyebabkan pembaca hilang minat pada watak-watak tersebut. Kemudian, binaan plot novel ini
mempunyai perkembangan yang lambat kerana pembaca merasai perkembangan tidak
memberikan kepentingan kepada aliran cerita. Selain itu, cerita tersebut terasa mempunyai kurang
pendalaman dan ringkas agar memberikan pemahaman kepada pembaca tetapi malahnya juga
mengurangkan analisis yang menyebabkan orang hilang minat. Akhir sekali, cerita ini mempunyai
unsur terlalu realistik yang kadang kala menyebabkan orang menjauhinya kerana terdapat
sesetengah pembaca tidak meminati unsur yang terlampau realistik.
LIMA PENAMBAHBAIKAN NOVEL -
Alir cerita novel ini haruslah mempunyai lebih tema yang ingin diceritakan oleh penulis
supaya boleh memenuhi kehendak pembaca. Kemudian, novel ini hendaklah menceritakan
perwatakan watak yang secara lebih mendalam supaya pembaca dapat memahami watak
sampingan dan perlakuan mereka. Seterusnya, penulis perlulah tidak melambatkan perkembangan
aliran cerita dengan menambah unsur yang menarik minat orang supaya pembaca tidak merasai
bosan. Selain itu, cerita tersebut wajarlah mendalami unsur supaya dapat mengekalkan minat
pembaca untuk sentiasa mengalisis sepanjang aliran cerita. Akhir sekali, penulis tidak perlu
menambah unsur tidak realistik tetapi haruslah mengurangkannya supaya dapat seimbangkan
minat pembaca.
PENGENALAN
Songket Berbenang Emas
Songket Berbenang Emas mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan
disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga hingga
mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan yang bakal didudukinya.Sebagai anak sulung,
Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya.Apabila ibunya dirawat di hospital
Permai, dia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya.Tekanan bertambah kerana
hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya.Tindakan berani Dahlia terjun ke
sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal
menyelamatkannya.Walaubagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan.Hadiah atas
kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaannya yang dapat melanjutkan
pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.
BIOGRAFI PENULIS NOVEL SONGKET
BERBENANG EMAS
Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat,
Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya pekerja JPT
sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada tahun 1969, beliau mendapat pendidikan awal di
SK Pintas Raya dan pada tahun 1975, beliau meneruskan persekolahan di SM Tun Ismail sehingga
lulus SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di SM Dato'
Bentara Luar. Setelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984 beliau mengikuti kursus dalam
bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan Pengajian Melayu di Maktab
Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Mulai tahun 1985, Khairuddin bertugas sebagai
guru di SRK Sri Petaling, Petaling Jaya. Setelah sepuluh tahun di sekolah tersebut, beliau bertugas
di SR Seksyen 18, Shah Alam sebagai Penyelia Petang. Bermula Disember 1995, bertugas sebagai
Guru Penolong Kanan I di SK Seksyen 20, Shah Alam. Mulai bulan Julai 1996, beliau melanjutkan
pelajaran dalam bidang Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dm
Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Setelah tamat, pada tahun 1999 beliau bertugas di SM
Teknik, Shah Alam, Selangor. Kini beliau bertugas sebagai Pegawai School Improvement
Specialist Coaches (SISC) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.
SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL SONGKET
BERBENANG EMAS
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan disenangi oleh teman-temannya
seperti Kavita dan Siti Wangi. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga hingga mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Ibunya iaitu Saleha
dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana kemurungan dan hilang ingatan. Ayahnya
pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital Batu Pahat kerana pahanya dipatuk ular tedung.
Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar kata / bersikap degil setelah tersilap memilih rakan.
Dia tergamak menjual kambing peliharaan ayahnya demi mendapatkan wang kerana dia tidak
bekerja setelah mendapat pangkat 3 dalam SPM. Dia juga pada mulanya tidak menghiraukan
masalah yang melanda keluarganya walaupun dia anak lelaki tunggal dalam keluarga Dahlia.
Nenek Kiah pula beranggapan bahawa keluarga Dahlia ditimpa nasib malang kerana beranggapan
rumah yang didiami oleh mereka berhantu. Nenek Kiah juga sering mencemuh mereka berbanding
anak cucunya yang lain. Dengan hasutan Seman iaitu bapa saudara Dahlia, Nenek Kiah mengambil
keputusan untuk menjual tanahnya yang diduduki / ditumpangi oleh keluarga Dahlia. Namun
begitu, Tauke Lim menawarkan pertolongannya tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran.
Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya.
Sementelahan, adik-adiknya iaitu Mawar (pelajar sekolah berasrama penuh), Kiambang (pelajar
tingkat 1 / berusia 13 tahun), Melati (11 tahun) dan Anggerik (1 1/2 tahun) masih belum mampu
berdikari. Apabila ibunya dirawat di Hospital Permai, dia terpaksa memilih untuk keluar dari
asrama untuk menjaga adik-adiknya. Apabila masalah kelurganya makin meruncing, Dahlia
bertekad untuk berhenti sekolah, dan bekerja di kilang bagi menyara adik-adiknya yang masih
bersekolah. Dahlia tetap dengan keputusannya walaupun dinasihati oleh cikgu Hisyam. Setelah
ibunya dibenarkan keluar dari wad, kampung mereka dilanda banjir besar. Rumah mereka
dihanyutkan manakala mereka sekeluarga pula dipindahkan ke pusat pemindahan banjir (balai raya
bersaiz 50m X 20m) yang terputus bekalan air dan elektrik. Namun begitu, Dahlia tetap tabah
mengulang kaji pelajarannya sehingga mendapat pujian daripada Encik Daim (wakil perbadi Ahli
Parlimen Sri Gading).
Tekanan kian bertambah kerana hubungan akrabnya dengan Azhari dipandang serong oleh
jiran-jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai
malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun Dahlia tetap tabah
menghadapi dugaan demi dugaan yang menimpanya. Setelah keadaan dan masalah keluarganya
reda, Dahlia mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya semula. Memandangkan
peperiksaan STPM cuma tinggal seminggu lagi (Hari Isnin- 29 November), Dahlia menemui cikgu
Salwani bagi meminta kebenaran untuk tinggal di asrama. Majlis pertunangannya dengan Azhari
pula akan diadakan pada 30 Disember setelah tamat peperiksaan STPM.
Berkat kesabarannya menghadapi pelbagai dugan hidup, dia terpilih untuk melanjutkan
pelajaran ke Jepun dalam kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah pertama selama 4 tahun.
Oleh itu, Dahlia akan mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama 6 bulan yang
bermula 2 Januari. Dahlia dipilih berdasarkan keputusan SPM dan peperiksaan semesternya yang
cemerlang. Dia perlu mendaftarkan dirinya pada 31 Disember, dan pada hari tersebut juga akan
berlangsung minggu suai kenal. Dengan itu, Dahlia perlu bertolak ke Kuala Lumpur pada 30
Disember iaitu pada hari pertunangannya.
Dahlia tidak menghadiri majlis pertunangannya kerana keluarga Azhari terlambat sampai
ke rumah keluarga Dahlia ekoran pak cik Azhari yang menjadi jurucakap majlis pertunangan
lambat tiba. Haji Sulaiman iaitu ketua kampung telah menghantar Dahlia ke stesen bas Bandar
Penggaram untuk ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman juga menyerahkan sumbangan penduduk
kampung sebanyak RM500.00 kepada Dahlia. Daripada jumlah tersebut Tauke Lim telah
menyumbang sebanyak RM300.00. walau bagaimanapun Azhari sempat bertemu dengan Dahlia
sebelum bas bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam pertemua tersebut, beliau telah menghadiahi
Dahlia sehelai kain songket merah berbenang emas bagi mengingatkan Dahlia agar dia sentiasa
menjaga tatasusila dan budaya masyarakat Timur walau di mana-mana dia berada.
SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL SONGKET
BERBENANG EMAS
Bab 1: Kalaulah Engkau Mengerti
Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah, Dahlia
berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh oleh Cikgu
Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih tidak
lengkap.Kemudian,Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki
mahu bertemunya di kantin.Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari. Lelaki
itu memberitahu Dahlia ,dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah pada bulan
Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk tujuan
merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin membantu
keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.
Bab 2: Detik-detik Hati Tersentuh
Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke jambatan
sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari kereta Azhari. Aton
juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak suka tinggal di
asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang tuanya masih ada.
Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak betul”. Sewaktu sampai di
rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis kelaparan. Melati memberitahu emak
mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi. Dahlia terus mendapatkan Anggerik dan
memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu cair. Sebenarnya, susu telah habis.. Dahlia
telah menyiapkan makan malam manakala Melati disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk
membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang. Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di
kebun getah. Dahlia terdengar emaknya bercakap sendirian dan tidak mempedulikan
panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga
tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia menangis.Tiba-tiba, abahnya Embong muncul dan
bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah
emaknya. Embong cuba memujuk Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan rumahnya di
tengah kebun getah itu dan dia tidak mahu diganggu. Dahlia mencadangkan abahnya supaya
mendapatkan bantuan orang kampung sebelum emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.
Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami
Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-tanya sama
ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang berhasad dengki
dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua yang berlaku itu
adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya, memberi ketabahan dan
kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa agar emaknya pulih seperti
sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar suara Nek Kiah, ibu kepada emaknya. Nek Kiah
memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Abah Dahlia memberitahu, beliau terpaksa berbuat
sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka akan keluarga Dahlia kerana
mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah membandingkan keluarga Dahlia dengan anak-
anaknya yang lain yang semuanya hidup senang-lenang. Haji Sulaiman selaku Ketua Kampung
Parit Haji Rais datang membawa orang dari Hospital Batu Pahat. Tujuan kedatangan mereka
adalah untuk membawa Saleha mendapatkan rawatan. Walaupun anak-anak dan Nek Kiah
melarang Saleha untuk dibawa ke hospital namun Embong serba salah menghadapi situasi itu.
Bab 4: Dibuai Kenangan Indah
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan latihan
Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas kembali pantun
yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis yang lalu. Dahlia
tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari mengerti keadaan
keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk membaiki diri sendiri
dan keluarganya.Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi
Dahlia meminta Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk mengelakkan salah faham
orang kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh abahnya yang menyuruhnya pergi
ke sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa beliau akan menguruskan hal berkaitan adik-
adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah
tersebut kerana beliau terpaksa bekerja mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang menjadi
punca beliau tidak mahu menghantar isterinya ke hospital. Embong pasrah memikirkan masalah
tersebut, beliau menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.Embong mengimbas kembali
perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya, Nek Kiah yang tidak suka akan keluarga
mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga mereka disebabkan mereka hidup miskin tidak seperti anak-
anaknya yang lain. Anak-anak Saleha dan Embong tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek
Kiah. Embong juga teringat semula peristiwa isterinya pernah memberitahu bahawa sejak
kebelakangan ini beliau terasa ada bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga sering terdengar
suara yang pelik-pelik. Badannya juga terasa lemah.Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang
disangkakan isterinya. Embong memberitahu Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya
rungsing, Embong tidak menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik
kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap
pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa beliau akan memetik buah kelapa sawit Haji
Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang sudah tiga hari
tidak balik ke rumah dan rela menjadi gelandangan setelah mendapat gred tiga dalam SPM.
Bab 5: Kata Setajam Pedang
Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang pada hari
Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis. Dahlia tidak
rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada hari Ahad itu dari
rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim iaitu
lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia ternampak Cikgu Salwani, warden
asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani punca kelewatannya
dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada petang itu.Dahlia tidak dapat menumpukan
perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat emak, Anggerik dan abahnya. Siti Wangi
mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada pukul 2:00 petang untuk membincangkan kertas
kerja yang akan dibentangkan pada hari Khamis. Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada
petang itu dia hendak melawat emaknya di hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan
Cikgu Salwani kerana dia risau akan ditanya macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa
kebenaran wardennya dan terus pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak
dengan Haji Sulaiman ketika di hospital. Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa ke
Hospital Permai, Johor Bahru.
Bab 6: Ditelan Arus Deras
Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu abahnya
tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah menyalahkan nasibnya
yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya bertanyakan emaknya yang
dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat terpukul dengan perkataan “orang gila”
yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang melahirkan emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau
geram apabila semua orang bercakap mengenai emak Dahlia di balai raya. Beliau memberitahu
punca emak Dahlia gila kerana rumah itu dilanggar hantu dan penuh syaitan dan selepas ini
mungkin ahli keluarga yang lain pula akan terkena. Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan
menggores pintu rumah dan pintu tengah dengan tanda campur supaya hantu tidak masuk ke
rumah. Dahlia mengucap dua kalimah syahadah beberapa kali kerana tidak percaya dengan
tindakan neneknya itu. Segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.Tiba-tiba Dahlia dikejutkan
dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said telah hilang dibawa arus sungai. Dahlia
terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Said. Akhirnya, Dahlia telah menemui Said setelah
dibantu oleh seorang pemuda yang bukan daripada penduduk kampung itu. Malangnya, denyutan
jantung Said sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh pemuda itu membawa Said keliling rumah
tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh kembali tetapi malangnya Said telah tiada.
Bab 7: Berbudi Berbalas Nista
Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan kerana
selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan. Selepas itu,
Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak tunggal Aton. Aton
mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang menyebabkan
Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam mendengar kata-kata Aton.
Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di halaman di bawah pokok-
pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya dan Dahlia, beliau yakin
kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-suara yang mempersoalkan kematian Said
dan percakapan mereka yang semakin menyakitkan hatinya. Namun, Embong tetap bersabar dan
beliau tidak mahu mencari musuh.Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu
dengan Tauke Lim. Tauke Lim memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said.
Embong sudah tahu punca Dahlia menangis setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa
baru pukul 10.25 pagi, Embong pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong
mengimbas kembali peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur
dalam keadaan yang lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana
sepatutnya masa remaja Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja
dapur. Embong bertekad untuk bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun
kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar paha melingkari
pokok kelapa sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah hilang. Tanpa
diduga, ular itu menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan Embong panik.
Bab 8: Bayang-bayang Kecelakaan
Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar apabila
terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk membawa
Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok ke rumah Aton.
Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat menyelamatkan Said. Dahlia
melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan kata-kata untuk
berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya. Melati bertindak
sedemikian kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak mereka gila. Dahlia menasihati
Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana orang itu tidak akan menyenangkan
kehidupan mereka.Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan.
Embong kehairanan apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang
ular itu. Embong membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang dengan maut untuk
menyelamatkan dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca dia
ketakutan. Dahlia memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan pergi
memerhatikan aliran sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan kesanggupan
Dahlia berjuang menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup mengetepikan nyawa sendiri.
Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda Melayu bersama-sama gadis
India yang merupakan kawan Dahlia.
Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa
Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat kedaifan
hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya untuk datang
pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya ke klinik. Pada
ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah. Seman memberitahu
Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang telah dibawa ke hospital
di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga Leha sanggup berkahwin
dengannya yang tidak diketahui asal-usulnya. Seman mencadangkan agar tanah yang diduduki
oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan emaknya untuk mencari pembeli. Nek Kiah
bersetuju dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah itu yang dapat dijual dengan
harga RM15,000.
Bab 10: Selamat Tinggal,Asrama Puteri !
Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama.
Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu bahawa
dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu Salwani
meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat bulan sahaja.
Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan. Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang
memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik
Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah Dahlia daripada Kavita yang pernah berkunjung
ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus dengan
cemerlang dalam STPM.
Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak
Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka berseronok
sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin membara apabila
Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal. Embong teringat
kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba Embong berasa kesal dan
takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang bersekolah di Sekolah Menengah
Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu bahawa dia balik kerana rindu akan
emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi Embong mengatakan nanti Mawar akan tahu
sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi emaknya di Hospital Permai. Embong tidak pergi
kerana masalah kewangan. Beliau tidak sanggup lagi untuk meminjam daripada Haji Sulaiman
dan Tauke Lim lagi walaupun mereka berdua sangat baik dan suka membantunya.
Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai
Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia
membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia dikejutkan
oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya. Wanita itu
mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya. Doktor Ridhuan
memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan ingin mengetahui hal-
hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga menjelaskan kemungkinan
penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan. Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk
membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16. Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ.
Azhari memberitahu bahawa dia bekerja sementara di situ baru dua minggu. Azhari ingin
mengetahui punca Dahlia berada di situ. Dahlia dan Azhari pergi melawat emaknya, tetapi Saleha
tidak mengenali anaknya itu dan dikatakan Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut
sangat menyedihkan Dahlia. Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.
Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan
Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang lelaki.
Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia memberitahu
keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat. Apabila Dahlia melihat
abahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara sebenar. Dahlia tidak mahu
adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula, Mawar akan menghadapi
peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya bahawa dia telah keluar dari
asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang kambingnya. Embong terkejut apabila
melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.
Bab 14: Hilang dari Kandang
Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila mendapat
tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing itu menjadi
harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong meminta Tauke
Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing kepada Tauke Lim
kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau milik orang lain.Dahlia teringat
akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah mengetahui keadaan emaknya. Azhari
masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan Dahlia kerana ibu bapanya mendesaknya
berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan dengan kedatangan tetamu. Rupa-rupanya yang
datang itu ialah rombongan keluarga Azhari yang ingin merisiknya.
Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman
Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima lamaran
tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga. Embong sangat
berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga. Walau
bagaimanapun,ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala Lumpur.
Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari dan Dahlia.
Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya, Embong menyerahkan
keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja. Selepas itu, Embong bersiap-
siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong telah dipatuk oleh seekor ular di
pahanya.
Bab 16: Bisa Ular Tedung
Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan abahnya,
Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar menyuarakan
hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia melarang hasrat Mawar
kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk memperoleh keputusan yang cemerlang
dalam SRP.Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan
Cikgu Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa menjalani
latihan bola jaring. Kemudian,Cikgu Hisyam dan Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu Hisyam
meminta Kavita untuk membuat salinan nota-nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya
dia tidak ketinggalan dalam pelajaran.Pada petang itu, Nek Kiah dan Seman datang melawat
Embong. Nek Kiah memberitahu Dahlia sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar
kerana seorang demi seorang keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu
tanah itu akan dijual dan menyuruh keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia
tidak bersetuju dengan cadangan neneknya.
Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera
Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya yang
banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih dirawat di
hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya, Abu Bakar tidak
boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin melamarnya. Semasa Abu
Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa dompet milik adiknya, dia
terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut sedangkan adiknya tidak bekerja.Azhari
datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari terkejut apabila
dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana dipatuk ular.
Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya tentang rancangannya untuk menjual tanah
tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka perlu
membayar sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat sebarang keputusan.
Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia menunggu bas
di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut Seman,
Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya. Tauke Lim
berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang sedangkan Nek Kiah tidak mengalami
masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang perkara itu dengan abah Dahlia.
Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam penulisan karangan
Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan peperiksaan SRP akan
menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran Tauke Lim itu. Dahlia
terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu Hisyam berhenti di depan
pondok bas tersebut.
Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu
Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus
bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan. Namun
begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya yang
memerlukan penjagaannya.Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang
sedang mengukur tanah di kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib bersedia
untuk membayar harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib. Kemudian, Azhari
pula datang ke rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati Azhari mengenai hubungan
Najib dan Dahlia. Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah
memandang serong akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah ada
pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk berpindah.
Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual. Nek
Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada Dahlia
sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan kesempatan
itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang dipegangnya dengan
mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas itu,Nek Kiah pulang ke
rumah. Dahlia memberitahu abahnya dia ingin bekerja bagi membantu meringankan beban
abahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga ke
universiti.Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk
membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat
terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.
Bab 21: Hijrah Remaja Harapan
Pada pagi itu, Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai raya
untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan malam nanti.
Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut menyumbangkan barang-barang
untuk sambutan tersebut.Haji Sulaiman selaku ketua kampung amat risau akan hal ini kerana
kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar
mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut.
Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji Sulaiman
bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton telah menyebabkan
Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu telah hilang sabar dan hampir-
hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman. Dahlia terus pulang ke rumah selepas
peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia memberitahu telah banyak dugaan yang
ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk abahnya dan memberitahu dialah yang telah
mencuri kambing milik abahnya.
Bab 22: Kain Merah yang Reput
Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang datang
daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah. Abu
Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya.Sewaktu mengemas barang-
barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah yang hampir reput membalut dua
biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir, dan dua batang paku.
Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang berhasad dengki terhadap keluarga
mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu kepada Embong tetapi dilarang oleh
Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke sungai. Dahlia melarang adiknya
menyimpan perasaan dendam.Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di
rumahnya atau di mana-mana di kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi
ke rumah Nek Kiah dan didapati neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah
menghalaunya.
Bab 23: Sinar Kebahagiaan
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-
kawannya.Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat menerima
cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja, tidak lebih
daripada itu.Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya telah
pulang dari hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya.Azhari juga ada bersama-sama ketika
itu. Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam keadaan mata
yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.
Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah berasa
bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-anak dan
cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau sakit. Pada hari
itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar memaklumkan
jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-barang untuk berpindah
ke balai raya. Embong dan ahli keluarganya turut berkemas untuk berpindah ke balai raya.Dahlia
dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar rungutan penduduk
tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir yang berlaku itu ada hikmah yang
tersendiri.
Bab 25: Inilah Kampungku !
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong sekeluarga
tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga tidak lagi
menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah
masing-masing, Haji Sulaiman telah menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji
Rais. Beliau menyeru agar penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain dan prihatin
akan masalah jiran tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk kampung bersatu dan
bersama-sama menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat.
Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka telah
bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan wang sumbangan parti. Haji Sulaiman
bangga akan perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu juga dengan Tauke Lim. Dahlia amat
terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia, rumah baharu nanti
bolehlah dia naik pelamin.
Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan
Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam
kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan
mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya Dahlia
hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya.Selepas tamat peperiksaan,
Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawannya. Dahlia juga memberitahu
Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia juga bercadang untuk bekerja di kilang
untuk mencari pengalaman.
Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih untuk
mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun. Pemilihan Dahlia
dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan pencapaiannya dalam
peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa Jepun di Universiti Malaya
selama enam bulan.Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan
mereka.Dia mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar
di Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.
Bab 28 : Koi-bito
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan tetapi,
Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas pertunangannya. Nek Kiah
telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu
pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan-kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu
majlis pertunangannya. Bas ke Kuala Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi rombongan
keluarga Azhari belum juga sampai. Dahlia semakin risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas
untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan orang kampung kepada
Dahlia sebanyak RM500 termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300. Akhirnya,
Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17 kilometer dari kampungnya.
Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu punca kelewatannya kerana jurucakap
majlis yang merupakan pak ciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari telah
menghadiahkan sehelai songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga
menyebut “Koi-bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati
diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana pun.
LIMA KEKUATAN NOVEL -
Pada pendapat saya, novel ini mempunyai teknis imbas Kembali yang menarik. Pengarang
novel ini telah menggambarkan cerita novel ini melalui ingatan, kenangan, lintasan atau sesuatu
watak dengan amat cantik. Selain itu, novel ini mempunyai dialog yang amat menarik.
Pertuturan antara dua watak atau lebih dari dua watak dalam novel ini jelas dan unik. Seterusnya,
novel ini mempunyai Teknik pemerian yang mantap. Pengarang menerangkan sesuatu perkara
atau peristiwa secara langsung dengan jelas. Disamping itu, novel ini mempunyai klimaks yang
begitu menarik . Peralihan dan perubahan watak dari baik dan buruk menyebabkan novel ini
menarik. Akhir sekali, novel ini mempunyai Teknik imbas muka yang menarik. Ini disebabkan
oleh bayangan yang ditunjukkan dalam novel ini begitu mudah difahami.
LIMA KEKURANGAN NOVEL -
Pada pendapat saya, novel ini mempunyai Teknik saspens yang kurang menarik dan
tegang buat para pembaca. Selain itu, novel ini mempunyai seni grafik kulit novel yang kurang
menarik. Seterusnya, novel ini penceritaan yang rumit dan memeningkan. Hal ini menyebabkan
para pembaca sukar untuk memahami jalan cerita novel ini. Disamping itu, novel ini kekurangan
ayat yang menarik. Hal ini membuatkan novel ini tidak setanding novel-novel yang lain. Akhri
sekali, novel ini tidak mempunyai imaginasi yang rendah. Hal ini menyebabkan novel ini sukar
untuk difahami.
LIMA PENAMBAHBAIKAN NOVEL -
Antara cadangan penambahbaikan yang boleh diterapkan dalam novel ini ialah
penggunaan Teknik saspens yang lebih menarik agar pembaca lebih tertarik dengan jalan cerita.
Selain itu, novel ini memerlukan seni reka kulit novel yang lebih menarik dan menonjolkan agar
dapat menarik perhatian pembaca. Seterusnya, novel ini memerlukan penceritaan yang lebih
jelas dan mudah untuk difahami. Disamping itu, novel ini memerlukan penambahan ayat tersurat
agar novel ini lebih jelas untuk dibaca. Akhir sekali, novel ini memerlukan penambahan nilai-
nilai murni yang lebih mantap agar pembaca dapat mencontohi nilai-nilai murni yang baik.
PENGENALAN
Tirani
Novel Tirani hasil karya Beb Sabariah bukan sekadar novel yang sarat dengan
penceritaannya tetapi turut menyelitkan warna budaya dan resam masyarakat setempat khususnya
etnik sarawak.Keunikan etnik Sarawak diketengahkan oleh pengarang menerusi usaha gigih watak
utamanya, Waheeda untuk mempromosikan industri pelancongan di Sarawak.
BIOGRAFI PENULIS NOVEL TIRANI
Beb Sabariah atau nama penuhnya puan Hajah Bibi Sabariah binti Haji Abang Awet.Beliau lahir
di Kampung Hulu, Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak pada 7 November 1949. Beliau
bersekolah dasar di Sekolah Melayu Pusa dan Sekolah Rendah Enche BuyongKuching. Beliau ke
sekolah menengah di Madrasah Melayu Kuching sebelum ke SekolahMenengah Kerajaan Green
Road Kuching. Beliau meneruskan pendidikan ikhtisas di MaktabPerguruan Rajang Bintangor,
Sarikei, Sarawak dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim,Johor Bahru, Johor.Beliau mula
aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen, puisi dan rencana.
SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL TIRANI
Novel ini mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang mahu menjadi cantik dan berhidung
mancung kerana hidungnya pesek. Gadis yang bernama Waheeda juga ingin mengecapi kemajuan
atas anma dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa
Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Waheeda telah membuat
kebetulan hidungnya yang kebetulan digigit monyet dengan melakukan pembedahan rekonstruksi
wajah untuk menjadi lebih cantik. Dengan kecantikan yang dibentuk, maka datanglah kejayaan
dalam kerjayanya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukan suaminya
dengan anak rakan niaganya di Sarawak Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan yang dicapai oleh
Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga malah merosakkan kehidupannya.
Kecantikannya menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan prang terhadapnya
melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Cinta Waheeda terhadap suaminya
begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian berpunca
daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikannya dan ditambah rasa cemburu oleh
Zahid. Akhirnya, Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan
dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. kemajuan chalet yang diusahakan oleh
Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid.
Akhirnya mereka dipertemukan di chalet tersebut. Namun, disudut hati Waheeda dan Zahid
terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu Tirani.
SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL TIRANI
BAB 1: MELONTAR PUING DUKA
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan diri
seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obsess dengan kecantikan.
Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan kepada kawan-kawannya
seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Atas
nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan benci dan
bergelora terhadap kawan-kawannya dapat diredakan.
BAB 2: DAYANG MUDA
Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan institusi
pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun
Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi
menggambarkan indentiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan yang hadir.Kehadiran
para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun disebalik kehadiran
pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang tidak cantik dan
Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah dinyatakan kepada
ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkankan kerana bercanggah dengan hukum
agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak melakukan apa yang
dihajatinya.Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut.
Seekor monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa
Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke
hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan
antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan pembedahan
plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.
BAB 3: KATARSIS
Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado). Ghazi
ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke
pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan mereka
agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob, keadaannya
tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada malam tadi.
Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput kata-kata ibunya
sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah banyak bercerita
tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh mereka yang semuanya
mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak. Raidah juga sangat kagum tentang
bandaraya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut
perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia.Mereka sempat sampai ke lapangan terbang
Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa
kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan katarsis.Sesampainya di lapangan Terbang
Changi, Singapura, Waheeda menuju kerumah Bazilah iaitu kawan satu university dengannya.
Waheeda akan tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di Silicon Medical Centre,
Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.
BAB 4: SEMARAK API SEMARAK HATI
Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan bandaraya
Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya bukannya untuk
membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang berbunga.
Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta sejarah yang telah
dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah dinantikan oleh
sahabatnya itu di rumah. Wheeda akan tinggal di salah sebuah bilik dirumah kepunyaan pakcik
Bazilah.Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-peristiwa semasa mereka
sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia. Keesokkan harinya,
Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr Zahari. Kebetulannya Dr Zahari
merupakan doctor pakar pembedahan plastik di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam
sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastic yang akan dilalui
oleh Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk
melakukan pembetulan di kelopak matanya.
BAB 5: DOA SELAMAT
Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mail yang menceritakan rawatan yang akan dilaluinya.
Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10 jam kepada ibunya,
Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis makanan yang bernama ketupat
lepas. Penyediaaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak
bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan
memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu kononnya untuk menolak bala.Di rumah Bazilah,
Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah sampai di Singapura. Waheeda
terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada
didepan pintu rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka
ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga memakannya. Waheeda
amat gembira dengan kehadiran ibunya.
BAB 6: METAMORFOSIS
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini diketuai
oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes (Dr.Rushdi). Di
dalam bidik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela menjalani pembedahan itu
demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12 jam.Waheeda berasa
sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang menunggu diluar bilik
pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama ibunya selepas membayar bil
pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk
merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah,
dia telah membaca satu tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical
dan SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan
kepada pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.