The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Tanpa Nama, 2021-06-10 11:15:13

Seminar R&D 2017 KMTJ

Seminar R&D 2017 KMTJ

8 Menulis laporan kajian September 2016-Januari 2017
9 Pembentangan dapatan kajian Mac 2017

Perancangan bermula dengan mesyuarat bersama-sama ahli kumpulan kami untuk

membincangkan objektif, kaedah kajian yang meliputi sebelum dan selepas selidikan dijalankan.

Kelas tutoran yang dipilih daripada pensyarah yang sama akan mengambil dua jenis ujian iaitu Ujian
Pra iaitu ujian yang dijalankan sebelum kaedah ‘SIS’ diajar dan Ujian Pos iaitu selepas kaedah ‘SIS’

diaplikasikan kepada ketiga-tiga kelas tutoran ini. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab ujian

ini adalah selama 15 minit. Pensyarah akan mengutip semula kertas-kertas ujian dan menandanya.

Dapatan data direkodkan ke dalam jadual. Setiap soalan akan diselidiki satu persatu, pelajar demi
pelajar untuk memastikan bahawa kebolehan pelajar menguasai kaedah ‘SIS’ sebelum dan selepas

kaedah ini diperkenalkan kepada pelajar.

Kaedah yang kami cipta ini terdapat dalam salah satu teknik menghafal iaitu dengan

mencipta akronim yang sesuai dan mudah diingat. Akronim yang kami cipta ialah

S = SIGN I = INITIAL S = SHIFT

S: SIGN

Menentukan
kuadran

berdasarkan
fungsi soalan

50

Contoh : y  x  4 1

I: INITIAL y  ax  b  c
Jadikan ax  b  0
Mencari titik Maka titik permulaan adalah di x   b
permulaan graf
a
Contoh:
y  x  4 1

51

y f(x)=(x+4)^(1/2)

5

-8 -6 -4 -2 x

24 68

-5

x40
 x  4

y  ax  b  c

S: SHIFT Nilai C Positif Negatif
Gerakan atas bawah
Menentukan
gerakan graf Contoh:
y  x  4 1
(ke atas atau ke
bawah)

C=1

52

y f(x)=(x+4)^(1/2)+1

5

-8 -6 -4 -2 x

24 68

-5

3.0 Dapatan KajianMarkah
3.1 Taburan Markah
Rajah di bawah menunjukkan taburan markah ujian pra berbanding ujian pos bagi 29 orang
pelajar.

12 TABURAN MARKAH UJIAN PRA-POS

10
8
6
4 pra
2 pos
0
1 3 5 7 9 11 13 15 17 19 21 23 25 27 29
Pelajar

Rajah 2 : Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos

Berdasarkan Rajah 2, markah pelajar sewaktu ujian pra menunjukkan kepelbagaian markah yang
begitu ketara. Tiada seorang pelajar pun yang mendapat markah penuh iaitu 10 markah dan terdapat
lapan orang pelajar yang mendapat 0 markah. Peningkatan markah yang begitu ketara pula dapat
dilihat bagi keputusan ujian pos. Seramai 12 orang pelajar berjaya mendapat 10 markah dan markah
terendah pelajar ialah 6 markah.

53

Descriptive Statistics

N Minimum Maximum Mean Std. Deviation

PRA 29 .00 6.00 1.6897 1.53770
POST 29 6.00 10.00 8.6552 1.42116
Valid N (listwise) 29

Rajah 3 : Taburan statistik ujian pra dan ujian pos

Rajah 3 menunjukkan perbezaan purata markah bagi ujian pra dan pos. Bagi ujian pra, purata
markah pelajar ialah sebanyak 1.69 / 10 manakala peningkatan yang tinggi dicatatkan untuk purata
markah bagi ujian pos iaitu sebanyak 8.66 / 10. Peningkatan markah ini menunjukkan bahawa
kebanyakan pelajar dapat menjawab soalan yang diberikan dengan baik walaupun soalan bagi ujian
pra dan ujian pos berada di dalam tahap kesukaran yang sama. Markah ujian pos juga menunjukkan
peningkatan yang memberangsangkan dengan kepelbagaian markah pelajar hanya tertumpu dalam
lingkungan 6 hingga 10 berbanding markah 0 hingga 6 seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

4.2 Ujian t
Ujian t bagi satu sampel berpasangan (Paired samples t-test) telah dilaksanakan untuk menilai kesan
terhadap hasil intervensi ke atas markah pelajar dalam Ujian Pra dan Ujian Pos seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 4.

54

Paired Samples Test

Paired Differences t df Sig. (2-

Mea Std. Std. 95% Confidence tailed)
n Deviati Error Interval of the
on Mean Difference

Lower Upper

Pa - .38597 - - - 28 .000
PRA - 6.96 2.07851 7.75614 6.17489 18.0
552
ir 47
POST

1

Rajah 4 : Statistik Ujian t
Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan markah yang signifikan secara statistik kerana
nilai p  0.05 . Berdasarkan nilai p  0.000 yang diberikan, dengan ini H0 adalah ditolak yang
membawa maksud bahawa terdapat perbezaan markah pelajar sewaktu ujian pos dan ujian pra
dijalankan. Ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam pencapaian pelajar selepas
menjalani proses intervensi. Dapatan ini diperkukuhkan lagi dengan perbezaan nilai sisihan piawai
kedua-dua ujian. Bagi ujian pra, nilai sisihan piawai ialah 1.538 manakala nilai sisihan piawai bagi
ujian pos adalah lebih rendah sedikit iaitu 1.421. Penurunan nilai sisihan piawai sewaktu ujian pos
berbanding ujian pra menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar yang lebih konsisten pada
markah 8.66/10 selepas menjalani proses intervensi.

4.0 Kesimpulan
4.1 Refleksi Kajian
Hasil dari kajian yang telah dibuat kami mendapati tahap kefahaman pelajar dalam subtopik ini
semakin meningkat apabila menggunakan kaedah ini. Majoriti pelajar yang menggunakan kaedah

55

“SIS” menunjukkan peningkatan. Dari segi pemerhatian pula, para pelajar semakin yakin untuk
menjawab soalan dan tidak lagi merasa keliru dengan langkah-langkah yang mereka berikan.
Ternyata kaedah “SIS” ini berkesan untuk meningkatkan lagi pencapaian pelajar di masa akan
datang. Jawapan yang diberikan lebih sistematik, lengkap beserta jalan pengiraan yang
dikehendaki. Pelajar-pelajar yang menggunakan ”SIS” turut berkongsi dan mengajar kaedah ini
kepada pelajar kelas yang lain. Pelajar juga lebih yakin untuk menjawab soalan latihan, kuiz dan
juga peperiksaan. Walaubagaimanapun terdapat pelajar yang masih berada di tahap sederhana
walaupun terdapat peningkatan kerana beberapa faktor lain seperti sikap pelajar dan masalah asas
matematik yang sangat lemah.

4.2 Kesimpulan Kajian
Dengan menggunakan kaedah akronim “SIS”, para pelajar menunjukkan hasil yang
memberangsangkan terhadap proses P&P. Secara kesimpulannya, teknik ini dapat

i. Meningkatkan pencapaian pelajar dalam melakar graf bagi fungsi ‘surd’ menggunakan
teknik ‘SIS’.

ii. Meningkatkan penguasaan pelajar dalam mengenal pasti bentuk graf bagi fungsi ‘surd’.
iii. Meningkatkan kemahiran pelajar melakar graf bagi fungsi ‘surd’.

Rujukan
Higbee (1996)Your memory: How it works and how to improve it. (2nd edition: Cambridge, NA:
Da Capo Press)
Brown H. D (2007) principle of language learning and teaching (5th edition) White Planes
NY:Longman

Anandhi S. (2014), Acronym- A Retrieval Strategy for Science Learning,Indian Journal of
Applied Research,Vol 4, Issue 1, page 2

Muslizaira Mustapha (2011). Laporan Kajian Tindakan dalam Pendidikan : Penggunaan Akronim
untuk Meningkatkan Pengingatan Fakta. Malaysia.
Dipetik daripada: http://www.slideshare.net/ZUZANMICHAEL/kajian-tindakan-penggunaan-
akronimuntuk-meningkatkan-pengingatan-fakta-sejarah-bagi-pelajar-tingkatan-dua pada 20 Mac
2017.

56

KETIADAAN SLIP KEPUTUSAN TEQ (TOWARDS EXCELLENCE QUIZ )

1Abdul Manaf Haji Mohd Elias, 2 Rafisah Selamat,
Unit Jawatankuasa Kecemerlangan Pelajar.
[email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini adalah berkaitan isu tiada dan lewat mengeluarkan slip keputusan TEQ. Justeru
itu, pengkaji cuba memperkenalkan kaedah “mm” untuk membantu menyelesaikan isu tersebut.
“mm” adalah singkatan perkataan Manaf Method. Pensyarah diperkenalkan dengan kaedah “mm”
supaya membantu mengadakan dan mencetak pantas slip peperiksaan TEQ. Keberkesanan kaedah
“mm” diuji dengan ujian pra, pasca 1 dan pasca 2 terhadap 5 orang pensyarah mentor yang dipilih
secara rawak. Catatan ujian masa terhadap mengisi markah dan mencetak slip keputusan dianalisa
menggunakan excell. Graf scatter akan digunakan untuk menganalisa ujian catatan masa mengisi
markah dan mencetak slip keputusan TEQ. Adakah menggunakan kaedah “mm” adalah lebih cepat
berbanding kaedah lama. Harapan pengkaji ialah hasil dapatan kajian ini adalah positif. Semoga
kaedah ‘mm’ untuk mengisi dan mencetak slip TEQ adalah ianya ternyata lebih cepat dan berkesan.
Pengkaji juga ingin mencadangkan agar kaedah ‘mm’ ini diaplikasikan pada bidang atau disiplin-
disiplin lain akademik. 4 sebab mengapa guna CQI mnf excel? Pertama cepat, kedua ringkas, ketiga
puashati dan keempat boleh diaplikasi dalam gajet terkini.

1. REFLEKSI CARA TERDAHULU
Pengkaji melihat slip keputusan pelajar lalu dari UniKL. Slip keputusan tersebut lengkap dan

berfaedah untuk pelajar dan ibu bapa malah pensyarah. Apabila ada di kalangan pelajar yang
bertanyakan hal keputusan TEQ pensyarah tiada alasan untuk menjawab. Pengkaji mula rasa tidak
puas hati dan timbul tanda tanya apakah kaedah yang boleh membantu semua mereka ini?. Sebelum
satu kaedah dipilih, pengkaji cuba bertanya soalan-soalan spontan kepada pensyarah dan pelajar.
Berikut adalah beberapa soalan yang diajukan kepada mereka:-

a. Apa itu slip keputusan peperiksaan?
b. Berapa banyak data nak urus?
c. Bagaimana nak cetak cepat?
d. Adakah slip lengkap?

Pengkaji mendapati jawapan lisan yang diberikan amatlah menyedihkan. Justeru itu pengkaji
cuba mencari apakah tindakan yang mesti diambil untuk mengatasi masalah ini.

57

2. REFLEKSI MASALAH
Alhamdulillah dengan izin Allah, pengkaji mendapat satu idea yang dicuba-cuba jaya. Pengkaji

cuba memperkenalkan kaedah mm untuk membantu pensyarah dan pelajar menyelesaikan masalah
ini. Aplikasi ’mm’ dibangunkan dalam masa 2 minggu sahaja.
3. ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Hasil dari ketidakpuasan hati dan rasa bersalah aplikasi ’mm’ dibangunkan. Falsafah
merangkabina aplikasi ini ianya mestilah mudah dan senang disediakan.
4. OBJEKTIF KAJIAN
Berikut adalah objektif kajian;

1. Pensyarah dapat mengisi markah dengan cepat.
2. Pensyarah dapat mencetak slip dengan pantas.
5. KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran kajian tindakan ialah 10 orang pensyarah mentor.
6. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN
Rajah kitaran pelaksanaan kajian

58

TINJAUAN MASALAH:-
PEMERHATIAN
SOALSELIDIK

UJIAN PRA

PERLAKSANAAN TINDAKAN
DENGAN

MENJALANKAN
uji-cuba

TIDAK

UJIAN PASCA YA
TEQ- Excell

BERJAYA

59

Analisa
Rekabentuk
Pembangunan
Pelaksanaan

Penilaian
Rajah 2: Model ADDIE
Kaedah Rakabentuk Sistem Pengajaran oleh Rossert (1987)

60

Buka Koswer Pilih

Simpan Fail Masuk Data
sebagai Masuk Markah
Cetak Transkrip

Cetak Statistik
Cetak KPI Guru
Cetak ‘Ranking’ Pelajar

Pelajar
Keluar

Tamat

Rajah 3: Model ANAMARKHAN
Kaedah Operasi Aplikasi Koswer oleh Manaf (2010)

61

TINJAUAN MASALAH
• Pemerhatian

MEMBINA
KOSWER

UJIAN
PRA

APLIKASI KOSWER

ANALISA PEMARKAHAN (CQI
mnf excell)

TIDAK UJIAN YA
PASCA

KOSWER

Rajah 1:; Carta Alir Kajian Penyelidikan

6.1 Pra pelaksanaan
Sebelum kajian tindakan ini dilaksanakan, beberapa prosedur dan perancangan perlu diatur
sebagaimana langkah berikut :

i) Mengenal pasti masalah kajian tindakan
ii) Mengenapensyarah mentor terlibat
iii) Menentukan tarikh, masa dan tempat kajian diadakan.
iv) Mengumpulkan jawapan lisan atau tuduhan spontan oleh pensyarah terhadap masalah

seperti;-
i. Jangan peningkan pensyarah
ii. Guna aplikasi untuk bilangan pelajar yang sedikit

iii. Cepat dicetak.

62

6.2 Semasa pelaksanaan
i) Pengkaji macam orang gila pergi meja ke meja pensyarah.
ii) Pengkaji macam peminta sedekah.
iii) Pengkaji terhegeh-hegeh memperkenalkan aplikasi mm.

6.3 Pasca pelaksanaan
i) Mengutip maklumat
ii) Mengisi jadual markah dalam software excell
iii) Menghasilkan diagram scatter
iv) Membaca diagram scatter
v) Membuat rumusan keseluruhan pencapaian

PENCAPAIAN (10) UJIAN
PRA
PENCAPAIAN (10) UJIAN
POS 1
PENCAPAIAN (10) UJIAN
POS 2

7. KESAN PENYELIDIKAN

Berikut adalah kesan-kesan luaran yang nampak yang dizahirkan oleh pelajar, antaranya adalah
seperti berikut:-

1. Pelajar dan pensyarah seronok
2. Pelajar dapat slip.
3. Kerja pensyarah nampak professional.

63

Cara menggunakannya:-
1. Isikan class, nama, no. K/P dan markah. (copy & paste pun boleh).
2. Cetak transkrip.

Tukar no. dan print

8. REFLEKSI DAN KESIMPULAN KAJIAN
Pengkaji berpuashati dengan kajian tindakan yang telah dibuat. Respon daripada pelajar-pelajar

dan raka-rakan pensyarah yang lain sangat memberangsangkan. Timbul minat dihati pengkaji untuk
mencari kaedah-kaedah baru yang lebih baik untuk diperkenalkan. Semoga usaha ini diizinkan Allah.

64

Harapan pengkaji ialah jika sudah bermula satu kejayaan insyallah akan menyusul lebih banyak
kejayaan-kejayaan lain.

9. RUMUSAN

Latarbelakang Masalah
Pada masa ini tiada koswer yang menepati cirri-ciri yang dikehendaki.

Pernyataan Masalah dan Objektif Kajian
Pengkaji bercadang untuk membina dan menilai keberkesanan koswer

analis pemarkahan. Objektif kajian ialah membantu menyelesaikan
permasalahan yang timbul sejak sekian lama.

Kepentingan dan Fokus Kajian
Kajian ini penting kerana tanpa koswer analisa pemarkahan yang baru dan

berkesan masih boleh dianggap belum seimbang dan sempurna. Agak jauh
lagi matlamat untuk memperkasakan pendidikan.

Kajian pembacaan
o Tinjauan terhadap relevan penyelidikan dan rasionalnya.

Pada hemat pengkaji, kajian ini amat relevan kerana jika tiada kajian dan daya
usaha membangunakan koswer analisa pemarkahan ini, masalah
ketidakseimbangan memajukan sekolah pendidikan agama ini akan
berlarutan. Ini kerana kaedah yang digunapakai oleh-kaum guru pada masa
kini masih ketinggalan zaman dan tidak relevan pada masa sekarang.

o Masalah kajian, justifikasi masalah, kaedah kajian, teori sokongan, hipotesis
dan mempelajari pengetahuan baru.

1. Kenapa mesti masih tulis tangan lagi untuk menyediakan penyata
peperiksaan.?

2. Berapa lama masa yang diambil untuk proses menanda hinggalah
membuat analisa keseluruhan peperiksaan?

3. Bagaimana pihak setiausaha peperiksaan membuat analisa secara
manual lagi sedangkan computer ada disekeliling.

65

4. Pihak manakah yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap
permasalahan ini?

5. Adakah pensyarah berbangga dengan beban kerja cara lama ini?
6. Apakah pandangan tuan terhadap sekolah agama yang masih

menggunakan tulisan tangan untuk beratus-ratus pelajarnya?

o Findings of others you are challenging or extending

Secara keseluruhannya, pengkaji berpendapat memang ada banyak cabaran
untuk membina koswer yang dikehendaki demi memenuhi cirri-ciri yang
tepat dan berkesan.
Walau bagaimanapun cabaran ini akan pengkaji lalui dengan tabah demi niat
yang murni untuk membantu dan berkhidmat untuk masyarakat.

Kaedah Penyelidikan

1. Prosedur dan bentuk kajian
1. Pengkaji akan mengumpul maklumat.
2. Mencari perisian yang relevan dan sesuai
3. Proses membina dengan mengambilkira cirri-ciri yang dikehendaki.
4. Membuat ujian penilaian keberkesanan.
5. Menyebarkan koswer untuk diuji dan mengumpuklan maklumbalas
terhadap responden.
6. Membuat penambahbaikan
7. Digunapakai dan dipantu. (Penyeragaman)

2. Kerangka operasi penyelidikan
2.1 Pemerhatian
2.2 Soal Selidik
2.3 Membina Koswer
2.4 Koswer Siap Untuk Diaplikasi
2.5 Penyelidikan Diiktiraf

3. Subjek dan Sumber Data

Sumber data akan diperoleh melalui kajian pemerhatian, kajian soal selidik
dan kajian pembacaan.

4. Rancangan Langkah-langkah Penyelidikan

66

10. RUJUKAN / BIBLIOGRAFI
Bil. Judul Buku
1. R.C.Hibbeler (2004), ‘Engineering Mechanics Statics’, Pearson Educational

International. Prentice Hall, Tenth Edition, New Jersy USA.
2. Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional (2009) ‘Buku Manual Kajian

Tindakan’, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
3. Bahagian Matrikulasi (2009), `Kertas Konsep Format Penulisan Kajian

Tindakan’, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

67

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR MENJAWAB SOALAN

PENERANGAN OPERASI BAGI TOPIK ELEKTROMAGNET

BERBANTUKAN PETA PEMIKIRAN (PETA ALIR)

Muszalinda Binti Mustapha

Unit Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menangani masalah yang dialami oleh para pelajar dalam memberikan
jawapan penerangan bagi proses atau operasi khusus bagi topik Elektromagnet. Kumpulan sasaran
bagi mengaplikasi kaedah ini terdiri daripada 11 orang pelajar dari tutoran E1T4 Kolej Matrikulasi
Teknikal Johor sesi 2016/2017 yang memperoleh markah rendah dalam kuiz iaitu 35 dan ke bawah.
Tindakan dalam kajian ini ialah pelajar perlu menerangkan operasi asas dalam topik Elektromagnet
seperti operasi asas transformer dan operasi asas motor arus terus menggunakan peta alir supaya
pelajar nampak dengan lebih jelas proses tersebut. Tahap kefahaman dan kemahiran pelajar terhadap
tajuk dinilai berdasarkan skor Ujian Pra dan Ujian Pos. Didapati terdapat perbezaan min skor antara
Ujian Pra dan Ujian Pos iaitu sebanyak 71.36. Keberkesanan kaedah ini kemudiannya dianalisis
menggunakan ujian-t berpasangan. Hasil analisis mendapati nilai sig. (2-tailed) adalah sebanyak
0.000. Oleh itu, hipotesis nul untuk analisis ujian-t berpasangan berjaya ditolak. Maka kesimpulan
daripada kajian tindakan ini, penggunakan peta pemikiran iaitu peta alir adalah signifikan bagi
meningkatkan kemahiran pelajar dalam menerangkan operasi asas dalam topik Elektromagnet.
Kata Kunci : Peta Alir, soalan penerangan operasi, Elektromagnet, operasi asas transformer, operasi
motor arus terus.

1.0 Pendahuluan
Topik Elektromagnet merupakan antara topik ketiga yang terkandung dalam subjek Pengajian
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik bagi semester 2 peringkat Matrikulasi Teknikal. Dalam topik ini
pelajar mempelajari beberapa konsep dan aplikasi elektromagnet seperti transformer dan motor arus
terus.

Peta pemikiran adalah pola visual yang konsisten dikaitkan secara langsung kepada lapan
proses pemikiran tertentu. Dengan menggambarkan pemikiran, seseorang boleh membina imej
konkrit bagi pemikiran abstrak. Penggunaan Peta Pemikiran merupakan satu alternatif dalam
pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran (PdP) Sains dan Kejuruteraan. Amalan PdP yang sebegini
dapat menyediakan peluang pembelajaran yang bermakna kepada pelajar. Dengan cara ini, pelajar
akan menerima sesuatu pembaharuan yang akan mewujudkan persekitaran interaktif.

Mengikut Hyerle dan Yeager (2007), peta pemikiran memudahkan pelajar memahami konsep,
menganalisis masalah dan mencari penyelesaian. Pelajar dapat menjalankan aktiviti secara kolaboratif
dan berkongsi maklumat. Di samping itu, pelajar dapat membina pengetahuan sendiri berdasarkan
pengalaman yang dilalui dan perbincangan dalam kumpulan. Pelajar juga dapat belajar dalam suasana
yang menyeronokkan dan mendapat peluang kesamarataan untuk mencapai kejayaan.

Terdapat lapan jenis peta pemikiran yang dicadangkan. Iaitu peta bulatan, peta buih, peta buih
berganda, peta pokok, peta dakap, peta titi, peta alir dan peta pelbagai alir. Peta alir merupakan peta
pemikiran yang digunakan untuk menerangkan proses urutan langkah-langkah, peringkat atau
peristiwa.

68

2.0 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran
Pengkaji merupakan seorang pensyarah subjek Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
(PKEE) di Kolej Matrikulasi Teknikal Johor (KMTJ). Pengkaji berpengalaman selama 6 tahun
mengajar subjek PKEE.

Berdasarkan pengalaman lepas, pengkaji mendapati kebanyakan pelajar dapat menjawab
soalan penerangan proses secara lisan apabila disoal dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (pdp).
Tetapi apabila membuat soalan ujian bertulis untuk menerangkan sesuatu proses kebanyakan pelajar
sukar untuk menulis jawapan yang baik. Pengkaji berasa amat bingung dan kecewa. Pengkaji telah
memberikan penerangan yang lebih teliti semasa membuat pembetulan tetapi kesilapan yang sama
tetap dilakukan oleh pelajar-pelajar semasa ujian.

Pengkaji percaya bahawa kebanyakan pelajar tidak dapat ingat semula sepenuhnya konsep
yang pernah diajar semasa membuat soalan ujian. Ini menunjukkan pelajar-pelajar masih tidak faham
akan konsep yang diajar dan menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan ujian dengan baik.
Perkara ini dikukuhkan oleh Khalid (2005), menurutnya daya ingatan mempunyai kesan penting ke
atas prestasi pelajaran.

Pengkaji menghadapi masalah pada setiap sesi pengajaran khususnya untuk topik
Elektromagnet dan telah membuat refleksi terhadap setiap sesi pengajaran. Pengkaji telah
mengemukakan beberapa soalan terhadap pengajaran pengkaji. Antara soalan yang dikemukan
termasuk : Perlukah pengkaji menukar gaya pengajaran pengkaji selama ini untuk meningkatkan
kefahaman murid dalam konsep-konsep Elektromagnet sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
(pdp) berlangsung? Adakah cara pengajaran pengkaji kurang sesuai dengan sesetengah pelajar?
Apakah langkah atau cara yang boleh pengkaji lakukan untuk meningkatkan kefahaman pelajar?

Melalui temubual bersama rakan-rakan pensyarah unit PKEE di KMTJ, mereka juga mengakui
masalah tersebut sebagai sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh kerana perlu mengulang ajar
sehingga berkali-kali supaya pelajar paham. Rentetan dari masalah ini pengkaji telah mendapat idea
untuk memanfaatkan penggunaan peta pemikiran dengan membuat peta alir yang pelbagai dan
menarik. Pengkaji berpendapat dengan cara ini pelajar dapat melihat dengan lebih jelas berbanding
dengan penerangan biasa sahaja. Sehubungan itu, pengkaji telah membuat keputusan untuk
melaksanakan kajian berkaitan penggunaan peta pemikiran dalam membantu meningkatkan
kefahaman pelajar tentang konsep-konsep dan aplikasi Elektromagnet.

3.0 Fokus Kajian
Kajian ini difokuskan kepada topik Elektromagnet dalam subjek Pengajian Kejuruteraan Elektrik &
Elektronik Semester 2 bagi program Matrikulasi Teknikal Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar
yang dipilih bagi kumpulan sasaran dalam kajian ini pula adalah pelajar Program Matrikulasi aliran
teknikal sesi 2016/2017 di Kolej Matrikulasi Teknikal Johor. Seramai 11 orang pelajar telah dipilih
sebagai kumpulan sasaran yang terdiri daripada pelbagai lapisan latar belakang. Peta pemikiran yang
digunakan ialah peta alir. Kajian ini difokuskan kepada penggunaan peta alir dalam membantu
meningkatkan kemahiran pelajar dalam menerangkan operasi asas transformer dan motor arus terus.

Pelajar-pelajar dalam kelas pengkaji terdiri daripada pelajar aliran teknikal dan bukan teknikal
daripada sekolah menengah dahulu. Dari pemerhatian, setelah diberi penerangan dalam kuliah dan
diajar dalam kelas tutoran, pengkaji mendapati terdapat pelajar yang masih lemah dalam menjawab
soalan berbentuk penerangan. Justeru itu, diharapkan kajian yang dijalankan dapat membantu
meningkatkan kemahiran pelajar dalam menerangkan operasi asas transformer dengan baik
berbantukan peta alir.

69

4.0 Objektif Kajian / Soalan Kajian
4.1 Objektif Kajian

Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran pelajar E1T4 menjawab soalan penerangan operasi asas bagi topik
elektromagnet berbantukan peta pemikiran (peta alir)

Objektif Khusus
1. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran pelajar E1T4 dalam menjawab soalan

penerangan operasi asas bagi topik Elektromagnet.
2. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam menerangkan soalan operasi asas bagi topik

Elektromagnet berbantukan peta pemikiran (peta alir).
3. Mengenal pasti keberkesanan penggunaan peta pemikiran (peta alir) dalam membantu

meningkatkan kemahiran pelajar menerangkan soalan operasi asas bagi topik Elektromagnet.

4.2 Soalan Kajian
1. Apakah tahap penguasaan kemahiran pelajar E1T4 dalam menjawab soalan penerangan

operasi asas bagi topik Elektromagnet.
2. Bagaimana penggunaan peta pemikiran (peta alir) dapat meningkatkan kemahiran pelajar

dalam menerangkan soalan operasi asas bagi topik Elektromagnet.
3. Sejauh manakah keberkesanan penggunaan peta pemikiran (peta alir) dalam membantu

meningkatkan kemahiran pelajar menerangkan soalan operasi asas bagi topik Elektromagnet.

5.0 Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 11 orang pelajar E1T4 bagi sesi 2016/2017. Peserta kajian merupakan pelajar-
pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik di KMTJ yang terdiri daripada 5 orang pelajar
perempuan dan 6 orang pelajar lelaki.

6.0 Tinjauan Literatur
Peta Pemikiran merupakan salah satu cabang alat berfikir yang dipersembahkan dalam lapan bentuk
peta secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentas kurikulum. Setiap peta pemikiran
mempunyai proses pemikiran tersendiri. Sehubungan itu, peta pemikiran adalah sesuai digunakan bagi
penerimaan maklumat dengan sewajarnya. Berdasarkan kajian kecerdasan, peta pemikiran telah
menggabungkan proses pembelajaran secara kognitif dan persembahan maklumat secara visual dalam
bentuk grafik.

Berdasarkan kajian yang dijalan oleh Laura (2011), peta pemikiran telah berjaya
meningkatkan keupayaan pelajar untuk membanding beza sebanyak 69%. Beliau juga menyatakan
bahawa peta pemikiran telah dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan
pelajar. Hal ini disokong melalui kajian yang dijalankan oleh Angus dan Janes (2009) mendapati
bahawa peta pemikiran merupakan alat yang sangat berguna untuk meningkatkan pencapaian pelajar.

Menurut Hyerle (2000), peta pemikiran dapat mengubah persepsi dan harapan guru. Beliau
mendapati bahawa peta pemikiran menjadi alat yang dapat menghubungkan jurang budaya antara guru
dan murid. Setiap peta pemikiran dapat meningkatkan kemahiran kognitif pelajar, iaitu
mendefinisikan konsep, menerangkan, mengenal pasti, mengkategori dan menyusun maklumat,
menyusun, banding beza, sebab dan akibat, menganalisa dan membuat keputusan. Melalui peta

70

pemikiran, guru dan pelajar dapat berkomunikasi secara berkesan. Akhirnya, pelajar akan
memperoleh keyakinan untuk berkomunikasi.

Hasil daripada pemerhatian yang telah dijalankan oleh Zohar (2004), penggunaan peta
pemikiran telah berjaya meningkatkan pelaksanaan aktiviti bagi KBAT. Zohar (2004) menyatakan
bahawa pelajar mempunyai akses yang konsisten terhadap kemahiran berfikir aras tinggi. Dengan cara
ini, pelajar akan dapat berkongsi pemikiran dalam bentuk visual.

Justeru, sesi pengajaran membina peta pemikiran (peta alir) dijadikan sebagai rawatan
dalam permasalahan ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui keberkesanan penggunaan
peta pemikiran (peta alir) dalam membantu meningkatkan kemahiran pelajar menerangkan bebrapa
proses asas dalam.

7.0 Perancangan Dan Perlaksanaan Tindakan
7.1 Rekabentuk Kajian
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian tindakan dan amalan bagi membaiki pengajaran
penyelidik dan seterusnya pembelajaran pelajar dalam soalan penerangan proses. Alat kajian yang
digunakan iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan tahap
keupayaan menentukan arah daya kilas. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan
SPSS (Statistical Package For Social Sciences).

7.2 Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, ujian pra, ujian pos serta dua set soal selidik digunakan. Soal selidik diedarkan
kepada kumpulan sasaran sebelum dan selepas intervensi.

7.3 Prosedur Kajian
Dalam gelung kajian tindakan ini, terdapat empat langkah yang perlu dilakukan untuk mencapai
objektif kajian yang disenaraikan iaitu refleksi, perancangan tindakan, pelaksanaan tindakan dan
penilaian serta pemerhatian.

(i) Refleksi
Sebahagian langkah refleksi telah dilakukan dengan menganalisis keputusan kuiz bagi tajuk
Elektromagnet yang dijalankan selepas selesai kuliah bagi tajuk tersebut. Langkah refleksi seterusnya
dijalankan dengan membuat tinjauan awal masalah melalui soal selidik dan Ujian Pra untuk
mengetahui masalah sebenar yang dihadapi oleh pelajar dalam menjawab soalan berbentuk
penerangan proses. Latihan menjawab soalan penerangan diberikan selepas tamatnya sesi pengajaran
dan pembelajaran topik Elektromagnet. Latihan tersebut disemak dan seterusnya para pelajar
diberikan ujian sebelum intervensi pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya dalam
minggu yang sama.

Justeru, kesemua aktiviti tinjauan awal masalah yang dijalankan dianalisis untuk mengetahui
masalah sebenar pelajar. Borang soal selidik diberikan untuk mengetahui bagaimana tanggapan
pelajar terhadap topik Elektromagnetism. Ujian Pra pula dianalisis untuk mengetahui tahap kemahiran
pelajar dalam menjawab soalan berbentuk penerangan.

ii) Perancangan Tindakan
Langkah yang kedua dalam kajian tindakan ini ialah langkah merancang tindakan. Perancangan
tindakan yang ditetapkan haruslah bertujuan membaiki pengajaran pengkaji dalam tajuk
Elektromagnetik disamping meningkatkan keupayaan pelajar dalam menjawab soalan berbentuk

71

penerangan proses. Tindakan yang dijalankan ialah dengan mengadakan sesi pengajaran
memperkenalkan salah satu jenis peta pemikiran iaitu peta alir dalam menerangkan operasi asas motor
arus terus kepada pelajar. Pengajaran kaedah ini dijalankan selang seminggu selepas Ujian Pra.
Pengajaran menggunakan peta alir ini juga mengambil masa sebanyak dua jam pembelajaran dan
pengajaran (PdP) di mana satu jam pertama PdP akan diajar menerangkan operasi asas motor arus
terus dengan menggunakan peta alir, satu jam PdP seterusnya pula sebagai latihan pengukuhan dengan
pelajar diberikan soalan operasi asas transformer.

iii) Pelaksanaan Tindakan

Jadual 1 : Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan

BIL PELAKSANAAN TARIKH / TEMPOH

PELAKSANAAN

1 Ujian Pra 2.2.2017 / 20 minit

2 Refleksi pelajar (Sebelum intervensi) 6.2.2017

- Soal selidik

3 Rawatan Intervensi 1 9.2.2017 / 1 Jam

4 Rawatan Intervensi 2 15.2.2017 / 1 Jam

5 Ujian Pos 23.2.2017 / 20 minit

6 Refleksi pelajar (Selepas intervensi) 26.2.2017 / 20 minit

- Soal selidik

Setelah perancangan tindakan telah dibuat, langkah pelaksanaan tindakan pula dijalankan. Proses

pengajaran mendedahkan penggunaan peta alir yang dirancang dan dilaksanakan seperti dalam Jadual

1. Dua sesi rawatan intervensi iaitu dua jam pdp telah digunakan untuk mengajar pelajar menjawab

soalan berbentuk penerangan proses menggunakan peta alir.

Pelaksanaan Sesi Rawatan Intervensi Penggunaan Peta Alir yang Pertama
Sesi rawatan intervensi yang pertama telah dijalankan pada hari Khamis, 9 Februari 2017 di Bilik
Tutoran E1.2. Pdp ini bermula pada pukul 9.00 pagi. Selepas ucapan Selamat dan bacaan doa, pelajar
dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan satu set soalan tentang subtopik operasi
asas motor arus terus, sehelai kertas mahjung dan beberapa batang pen pelbagai warna.

Pengkaji memulakan pengajaran dengan menerangkan secara perbincangan bersama pelajar
tentang proses terhasilnya elektromagnet. Kemudian, pengkaji menerangkan bahawa pelajar akan
mempelajari operasi asas litar magnet dan transformer dan memberitahu objektif pembelajaran yang
perlu dicapai dalam subtopik tersebut.

Seterusnya pelajar diminta untuk menyelesaikan soalan berkaitan motor arus terus melalui set
soalan yang telah diedarkan. Set soalan yang pertama ini mengandungi 2 soalan dan pelajar diberikan
masa selama 15 minit untuk menjawab semua soalan tersebut. Pengkaji memungut kertas jawapan
pelajar bagi set yg pertama ini untuk mengetahui skor yang diperolehi sebelum rawatan intervensi
pertama dijalankan.

Setelah itu, pengkaji memulakan rawatan intervensi dengan memperkenalkan peta alir seperti
dalam Rajah 1. Secara berkumpulan pelajar diminta untuk membina peta alir bagi operasi asas
transformer. Dalam usaha untuk memastikan bahawa pelajar menggunakan peta alir dengan cara yang
betul, semua pelajar telah diarahkan menggunakan kaedah tiga langkah yang sama:

1) Arahan langsung bagi peta alir.
2) Pengajar dan pelajar membuat peta pemikiran bersama-sama.
3) Pelajar membuat peta mereka sendiri dengan menggunakan topik yang diberikan.
Kaedah tiga langkah ini memberi pelajar pemilikan lengkap peta mereka dan
membenarkan mereka untuk berlatih kemahiran baru ini.

72

Rajah 1 : Peta Alir
Kemudian, para pelajar diminta untuk menyelesaikan sendiri soalan berkaitan motor arus terus
daripada set soalan kedua yang telah diedarkan. Set soalan yang kedua ini juga mengandungi bentuk
soalanan yang berbeza dari set soalan yang pertama tetapi aras kesukaran masih kekal seperti set
soalan pertama. Pelajar diberikan masa selama 15 minit untuk menjawab semua soalan tersebut.
Pengkaji memungut kertas jawapan pelajar bagi set yg kedua ini untuk mengetahui skor yang
diperolehi selepas rawatan intervensi pertama dijalankan. Sebelum menamatkan PdP, pelajar ditanya
tentang langkah-langkah bagi Kaedah Lukis Bulatan secara lisan. PdP yang pertama ini tamat pada
pukul 10.00 pagi.

Rajah 2 : Contoh Peta Alir Bagi Operasi Asas Motor Arus Terus

Pelaksanaan Sesi Rawatan Intervensi Penggunaan Peta Alir yang Kedua

Sebagai tindakan pengukuhan, sesi rawatan intervensi kedua telah dijalankan pada 15

Februari 2017 di Bilik Tutoran E2.4. PdP ini bermula pada pukul 9.00 pagi. Bagi sesi PdP kedua ini

pengkaji telah menyediakan 2 set soalan tentang operasi asas transformer.

Semula memulakan intervensi pelajar telah diberikan set soalan pertama untuk dijawab secara

individu. Set soalan tersebut mengandungi 2 soalan untuk dijawab dalam masa 10 minit. Setelah

selesai, pengkaji memungut kertas jawapan pelajar.

Seterusnya pengkaji meminta pelajar membina peta alir bagi menerangkan operasi asas

transformer secara berkumpulan. Kemudian pelajar dikehendaki membentangkan hasil peta alir

kumpulan masing-masing. Selepas habis rawatan intervensi kedua, pelajar diberi masa 10 minit untuk

menjawab soalan dalam set soalan kedua. Setelah selesai, pengkaji memungut kertas jawapan pelajar

untuk membanding skor yang diperolehi sebelum dan selepas rawatan intervensi kedua dijalankan.

73

Rajah 3 : Contoh Peta Alir Bagi Operasi Asas Transformer

iv) Penilaian serta pemerhatian
Setelah tamat sesi rawatan intervensi pertama dan kedua, para pelajar diberikan Ujian Pos iaitu pada
23 Februari 2017. Ujian ini dijalankan selang 3 minggu selepas Ujian Pra. Ujian Pos mengandungi 2
soalan dan pelajar diberi masa menjawab selama 20 minit.

Data yang dikumpul dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 16.0
program statistik. Sampel Berpasangan ujian-t dijalankan untuk menentukan sama ada terdapat
perbezaan yang signifikan di antara ujian pra dan ujian pos kesan daripada kaedah pengajaran yang
digunakan dalam kajian ini. Tahap signifikan telah diputuskan dengan mengambil nilai-nilai P dalam
pertimbangan P> 0.05, bermakna tidak ada perubahan yang bermakna manakala P <0.05 bermakna
terdapat perbezaan yang bermakna.

8.0 Dapatan Kajian
Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran pelajar E1T4 menjawab soalan
penerangan proses bagi topik Elektromagnet berbantukan peta alir. Justeru, data-data yang telah
dikumpul sepanjang tempoh pelaksanaan kajian telah dianalisis untuk mengenal pasti sama ada
instrumen yang digunakan berjaya menjawab persoalan serta objektif kajian yang telah ditetapkan.

8.1 Apakah tahap penguasaan kemahiran pelajar E1T4 dalam menjawab soalan penerangan
operasi asas bagi topik Elektromagnet ?

Pengkaji telah menjalankan Ujian Pra untuk mengukur tahap kemahiran para peserta kajian dalam
menjawab soalan penerangan operasi asas bagi topik Elektromagnet sebelum menerima rawatan
intervensi. Markah Ujian Pra telah dikira berdasarkan Formula Penentuan Markah seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2 : Formula Penentuan Markah

Jenis Ujian Intervensi Formula Penentuan Markah

Ujian Pra markah yang diperolehi 100
markah penuh

Ujian Pos markah yang diperolehi 100
markah penuh

Selepas peratusan markah Ujian Pra dikira, Jadual 3 yang merupakan Jadual Penskoran akan
dirujuk dalam menentukan hala tuju peserta kajian. Jadual 4 merupakan analisis keputusan Ujian Pra

74

para peserta kajian. Setelah merujuk Jadual 3, didapati semua peserta kajian perlu mengikuti program
intervensi kerana mendapat skor di bawah 80.

SKOR Jadual 3 : Jadual Penskoran
0-79 Keterangan

80-100 Pelajar yang mendapat skor ini perlu diambil
perhatian
Pelajar yang mendapat skor ini telah
melepasi ujian yang dijalankan

Jadual 4 : Analisis Keputusan Ujian Pra para peserta kajian

Peserta Kajian Skor Catatan

1 10 Pelajar ini perlu mengikuti program intervensi.

2 20 Pelajar ini perlu mengikuti program intervensi.

3 25 Pelajar ini perlu mengikuti program intervensi.

4 30 Pelajar ini perlu mengikuti program intervensi.

5 35 Pelajar ini perlu mengikuti program intervensi.

6 15 Pelajar ini perlu mengikuti program intervensi.

7 30 Pelajar ini perlu mengikuti program intervensi.

8 30 Pelajar ini perlu mengikuti program intervensi.

9 25 Pelajar ini perlu mengikuti program intervensi.

10 30 Pelajar ini perlu mengikuti program intervensi.

11 15 Pelajar ini perlu mengikuti program intervensi.

Analisis daripada soal selidik yang dijalankan sebelum intervensi ditunjukkan dalam Jadual

5. Secara keseluruhannya, pelajar tidak meminati topik Elektromagnet. Hanya 18 % pelajar

mempunyai kaedah untuk menghafal Operasi Asas Transformer dan hanya seorang daripada

kumpulan sasaran menyatakan dapat menerangkan Operasi Asas Transformer dengan betul.

Jadual 5 : Analisis Soal Selidik Sebelum Intervensi

Bil Item Soalan YA TIDAK

1 Adakah anda suka dengan topik 3 : Elektromagnet ? 36 % 64 %

2 Adakah anda mempunyai kaedah untuk menghafal operasi-operasi 18 % 82 %

asas dalam topik Elektromagnet?

3 Adakah anda dapat menerangkan operasi-operasi asas dalam topik 9 % 91 %

Elektromagnet dengan betul ?

Berdasarkan Jadual 4, semua pelajar kelas E1T4 mempunyai tahap penguasaan kemahiran
menjawab soalan penerangan operasi yang lemah. Oleh itu, kesemua pelajar tersebut perlu dilibatkan
dalam kajian ini.

8.2 Bagaimana penggunaan peta pemikiran (peta alir) dapat meningkatkan kemahiran pelajar
dalam menerangkan soalan operasi asas bagi topik Elektromagnet ?

Pengkaji telah melaksanakan dua kali rawatan intervensi yang mangambil masa sejam bagi setiap
rawatan intervensi. Sepanjang rawatan intervensi, satu borang pemerhatian berbentuk senarai semak
telah digunakan untuk merekodkan peningkatan kemahiran peserta kajian dalam menerangkan soalan
operasi asas bagi topik Elektromagnet. Pengkaji akan mencatatkan jumlah markah yang berjaya
dijawab dengan betul oleh peserta kajian. Berikut merupakan analisis pemerhatian yang dijalankan.

75

Jadual 6 : Jadual Perbandingan Skor Oleh Peserta Kajian Sebelum Dan Selepas Rawatan

Intervensi Melalui Pemerhatian Jenis Senarai Semak.

Peserta Rawatan Intervensi 1 Rawatan Intervensi 2

Kajian Skor Skor Peratus Skor Skor Peratus

Sebelum Selepas Peningkatan Sebelum Selepas Peningkatan

Intervensi Intervensi (%) Intervensi Intervensi (%)

11 22

1 2/10 8/10 60 5/10 9/10 50

2 2/10 7/10 50 4/10 9/10 50

3 3/10 8/10 50 4/10 8/10 40

4 1/10 8/10 70 6/10 9/10 30

5 5/10 8/10 30 5/10 10/10 50

6 1/10 7/10 60 6/10 9/10 30

7 2/10 8/10 60 5/10 9/10 40

8 4/10 7/10 30 6/10 9/10 30

9 6/10 9/10 30 7/10 10/10 30

10 3/10 8/10 50 6/10 9/10 30

11 4/10 8/10 40 6/10 9/10 30

Berdasarkan Jadual 6, pengkaji mendapati bahawa semua peserta kajian berjaya menjawab
soalan penerangan dengan mendapat sekurang-kurangnya 7 markah setelah menjalani rawatan
intervensi yang pertama berbanding sebelum intervensi pertama. Peserta kajian 4 berjaya
menunjukkan peningkatan tertinggi sebanyak 70 %.

Pada jam kedua (rawatan intervensi 2), peserta kajian 9 berjaya mendapat skor tertinggi iaitu
7 sebelum intervensi kedua. Selepas Rawatan Intervensi 2 dijalankan, 3 peserta kajian berjaya
mendapat skor penuh. Penggunaan peta alir memberi kesan positif terhadap penguasaan kemahiran
menerangkan soalan berbentuk penerangan proses.

Secara keseluruhannya, para peserta kajian telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam
kemahiran menerangkan soalan berbentuk penerangan proses setelah menjalani intervensi. Dengan
mengaplikasikan peta alir dapat membantu meningkatkan kemahiran pelajar menerangkan soalan
operasi contohnya proses operasi asas motor arus terus dan operasi asas transformer dengan lebih
baik.

8.3 Sejauh manakah keberkesanan penggunaan peta pemikiran (peta alir) dalam membantu
meningkatkan kemahiran pelajar menerangkan soalan operasi asas bagi topik Elektromagnet
?

Ujian Pra dan Ujian Pos telah dijalankan untuk meninjau keberkesanan penggunaan peta pemikiran
(peta alir) dalam membantu meningkatkan kemahiran pelajar menerangkan operasi asas transformer.

8.3.1 Taburan Markah
Taburan markah Ujian Pra berbanding Ujian Pos bagi 11 orang pelajar kumpulan sasaran adalah
ditunjukkan seperti di dalam Rajah 4. Secara keseluruhannya, markah pelajar daripada kumpulan
sasaran sewaktu Ujian Pra menunjukkan kepelbagaian markah dalam kalangan pelajar, di mana
markah terendah dan tertinggi dapat dilihat dengan jelas pada graf tersebut.

76

TABURAN MARKAH UJIAN PRA DAN UJIAN POS BAGI
KUMPULAN SASARAN

Markah 120 Ujian Pra
100 Ujian Pos

80
60
40
20

0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

Peserta kajian

Rajah 4 : Taburan Markah Ujian Sebelum dan Selepas Intervensi Bagi Kumpulan Sasaran
Di dalam Ujian Pra, kepelbagaian markah adalah di antara markah terendah iaitu 10 dan

markah tertinggi iaitu 35 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5 . Ujian Pos pula menunjukkan
kepelbagaian markah bermula dari markah terendah iaitu 90 hingga markah penuh iaitu 100. Markah
Ujian Pos juga menunjukkan kekerapan pelajar yang mendapat markah penuh telah melonjak daripada
tiada kepada 4 orang.

Jadual 7 : Taburan Statistik Ujian Pra Dan Ujian Pos Bagi Kumpulan Sasaran.

N Minimum Maximum Mean Std.

Deviation

Ujian Pra 11 10 35 24.09 8.006

Ujian Pos 11 90 100 95.45 4.156

Valid N (listwise) 11

Jadual 7 juga menunjukkan markah purata pelajar kumpulan sasaran bagi Ujian Pra adalah

sebanyak 24.09/100 manakala markah purata bagi Ujian Pos adalah sebanyak 95.45/100. Peningkatan

markah purata menunjukkan kebanyakan pelajar dapat menjawab soalan yang diberikan dengan baik

walaupun tahap kesukaran soalan yang diberikan adalah lebih tinggi. Markah Ujian Pos juga

menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dengan kepelbagaian markah pelajar hanya

tertumpu dalam lingkungan 10 hingga 35 berbanding markah 90 hingga 100 bagi kumpulan sasaran.

Didapati terdapat perbezaan skor min antara Ujian Pra dan Ujian Pos. Perbezaan min skor sebanyak

71.36 di mana skor min Ujian Pos lebih tinggi berbanding dengan skor min Ujian Pra. Secara

perbandingan skor min menunjukkan peningkatan prestasi setelah menjalani pengajaran dan

pembelajaran menggunakan peta pemikiran (peta alir).

8.3.2 Ujian t
Ujian t bagi satu sampel berpasangan (Paired samples t-test) telah dilaksanakan untuk menilai kesan
terhadap hasil intervensi ke atas markah pelajar dalam Ujian Pra dan Ujian Pos seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 8.

77

Jadual 8 : Statistik Ujian T Bagi Kumpulan Sasaran

Paired Differences

Mean Std. Std. 95% Confidence

Deviation Error Interval of the t df Sig. (2-

Mean Difference tailed)

Lower Upper

PRA - POS -71.36 5.954 1.795 -75.364 -67.363 -39.750 10 .000

Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan markah yang signifikan secara statistik berdasarkan
nilai p < 0.05 seperti di dalam Jadual 8. Berdasarkan nilai p ≈ 0.000 yang diberikan, Ho adalah ditolak
yang membawa maksud, terdapat perbezaan antara markah pelajar sewaktu Ujian Pra dengan markah
sewaktu Ujian Pos. Ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam pencapaian pelajar selepas
menjalani proses intervensi. Dapatan ini diperkukuhkan lagi dengan analisis skor markah pelajar dari
Ujian Pra (purata : 24.09, sisihan piawai : 8.006) kepada Ujian Pos (purata : 95.45, sisihan piawai :
4.156) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6. Penurunan nilai sisihan piawai sewaktu Ujian Pos
berbanding Ujian Pos menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar yang lebih konsisten pada
markah 96/100 selepas menjalani proses intervensi. Berdasarkan dapatan-dapatan ini menunjukkan
penggunaan peta pemikiran (peta alir) berkesan dalam membantu meningkatkan kemahiran pelajar
menerangkan soalan operasi asas bagi topik Elektromagnet

9.0 Kesimpulan

9.1 Kesan Penyelidikan / Refleksi Kajian

Pengkaji berharap hasil dapatan kajian ini dapat memberikan manfaat kepada pensyarah, individu,

serta diri sendiri pada masa hadapan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam menjawab soalan

penerangan proses. Kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan kepada pengkaji untuk membuktikan

bahawa penggunaan peta pemikiran (peta alir) dapat membantu meningkatkan kemahiran pelajar

menerangkan operasi sesuatu proses bagi topik Elektromagnet khususnya.

Sebelum intervensi dilaksanakan, pengkaji memerhatikan pelajar tidak kreatif dalam

menggunakan sebarang kaedah untuk mengingati maklumat sesuatu proses seperti Operasi Asas

Transformer. Didapati para pelajar tidak dapat memahami dan mengingati operasi atau proses sesuatu

system dengan mudah. Namun, selepas menerapkan penggunaan peta pemikiran iaitu peta alir dalam

menerangkan operasi asas transformer, para pelajar lebih memahami dan mengingati dengan ilmu

yang mereka pelajari. Para pelajar sangat aktif semasa berada dalam kitaran kedua atau rawatan

intervensi 2. Mereka juga dapat memberi respon positif terhadap soalan-soalan yang telah diberi.

Melalui peta pemikiran yang didedahkan, para pelajar dapat menyesuaikan diri dan menimba input

daripada pengajaran penyelidik. Malahan, mereka mampu untuk memberi jawapan melalui

penerangan yang lebih tepat walaupun aras kesukaran soalan adalah tinggi.

Analisis soal selidik selepas intervensi ditunjukkan dalam Jadual 9. Berdasarkan analisis

tersebut didapati pelajar amat berpuashati dengan penggunaan peta alir ini kerana ianya dapat

membantu pelajar mendapat gambaran yang lebih jelas dan faham dalam menerangkan sesuatu

operasi asas seperti transformer.

Jadual 9 : Analisis Soal Selidik Selepas Intervensi

Bil Item soalan YA TIDAK

11. Adakah anda menyukai penggunaan Peta Pemikiran (Peta Alir) bagi topik 100 % 0 %
Elektromagnet?
2 Adakah penggunaan Peta Alir tersebut memudahkan anda untuk menghafal ? 91 % 9 %

3 Adakah anda menghadapi masalah semasa membina Peta Alir ? 0 % 100 %

4 Adakah anda akan sentiasa menggunakan Peta Pemikiran untuk topik Elektromagnet? 100 % 0 %

78

9.2 Kesimpulan Kajian
Secara keseluruhannya, proses intervensi bagi mengatasi masalah pelajar dalam menjawab soalan
penerangan operasi menunjukkan hasil yang memberangsangkan terhadap proses PdP. Penggunaan
peta alir dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam menjawab soalan penerangan proses. Kekuatan
peta alir dalam kajian ini adalah memudahkan pelajar mengingati langkah-langkah sesuatu proses
dengan lebih baik dan memudahkan pelajar untuk memahami konsep sesuatu proses.

Salah satu usaha membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar adalah aspek
kesediaan dan kebolehan pelajar. Pelajar akan bersedia untuk berfikir dan memberikan idea apabila
diberikan rangsangan untuk berfikir. Menurut Angus dan Janes (2009), penggunaan alat berfikir seperti
peta pemikiran dalam PdP dapat menggalakan murid untuk berfikir dan membuat penaakluan. Pelajar
yang menggunakan peta pemikiran dapat menghasilkan nota yang ringkas, padat dan menarik, senang
diingat, mudah dibaca dan dirujuk. Sekiranya peta pemikiran i-Think sering digunakan secara tidak
langsung akan membantu membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar.

10.0 Cadangan Kajian Lanjutan
Kajian tindakan yang telah pengkaji jalankan menunjukkan peningkatan yang baik dari segi
pencapaian dan kemahiran pelajar dalam menjawab soalan penerangan proses. Kajian tindakan yang
telah pengkaji jalankan menunjukkan peningkatan yang baik dari segi pencapaian dan kemahiran
pelajar dalam menjawab soalan penerangan proses. Penggunaan peta alir yang diaplikasikan telah
menunjukkan keberkesanannya menerusi pencapaian yang ditunjukkan oleh peserta kajian dalam
ujian pos. Walau bagaimanapun, intervensi yang telah dilaksanakan masih boleh dimurnikan lagi
dengan mengaplikasikan pada kitaran seterusnya. Sebagai contoh, untuk mengatasi beberapa
kelemahan dalam intervensi peringkat pertama dan kedua, pengkaji bercadang menggunakan
pendekatan soal jawab dalam kumpulan. Pendekatan ini bertujuan menambah daya ingatan dan
pemahaman pelajar tentang perkara yang mereka pelajari.

Pengkaji mencadangkan penggunaan peta pemikiran dalam pengajaran kepada rakan
pensyarah yang lain sebagai salah satu cara yang berkesan untuk pelajar. Pengkaji juga bercadang
untuk mengkaji aplikasi peta pemikiran yang lain bagi subjek kejuruteraan.

Rujukan
Angus, C., Janes, M. (2009). An examination of thinking maps in the context of. In Costa & Kallick,B.

(Eds.), Activating and engaging habits of mind (pp. 46-58).

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2008). Buku Manual KajianTindakan
Edisi Ketiga. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hyerle. D. (2000). Thinking maps: visual tools for activating habits of mind. In A. L. Inquiry-Based
Science Education for Fifth-Grade Students. Franklin Pierce.

Hyerle, D. & Yeager, C. (2007). Thinking maps: A Language for learning. North Carolina, USA:
Thinking Maps, Incorporated.

Khalid Mohamad Nor. (2005). Belajar Teknik Belajar di Sekolah dan Di Universiti. Pahang Darul
Makmur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd

Kemmis, S. dan McTaggart, R. (1988).The Action Research Planner. Geelong,
Victoria,Australia: Deakin University Press.

79

Laura A. W. (2011). The effect of thinking maps on students’ higher order thinking skills. US:
California State University & Northridge University.

Zohar, A. (2004). Elements of teachers’ pedagogical knowledge regarding instruction of
higher order thinking. Journal of Science Teacher Education, 15(4), 293-312.

80

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR DALAM MENENTUKAN

JUMLAH RINTANGAN DALAM LITAR ARUS TERUS (DC)

BAGI SUBJEK FIZIK KEJURUTERAAN MENGGUNAKAN KAEDAH

‘HTC’

1Farzana Hussin, 2Zahidi bin Hashim

1,2Unit Fizik, Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
[email protected], [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan kefahaman pelajar menyelesaikan soalan
litar arus terus secara siri, selari dan gabungan siri selari di Kolej Matrikulasi Teknikal Johor. Kajian ini
dilakukan keatas pelajar kejuruteraan awam semester I Sesi 2016/2017 yang sangat lemah penguasaan mereka
terhadap tajuk elektrik. Teknik Horizontal Transformation Circuit (HTC) diperkenalkan dalam topik Electric
Current and Direct Current. Bagi mendapatkan jumlah perintang dalam litar arus terus yang diberikan, pelajar
perlulah terlebih dahulu melakar sambungan litar yang tepat dan mengenal pasti titik pertembungan di dalam litar
tersebut. Setiap pelajar diberikan 10 soalan litar arus terus pada ujian pra dan ujian pos. Ujian pra dan ujian pos
ini dianalisis menggunakan ujian t SPSS bagi mendapatkan data yang tepat. Secara keseluruhannya hasil analisa
ujian t menunjukkan nilai min yang signifikan (M = 4.429, SP = 2.638, t (21) = -7.694, p =0.000 (p<0.05)). Teknik
ini dilihat sebagai satu medium yang jelas dan sesuai digunakan oleh pelajar dengan bimbingan daripada
pensyarah secara beterusan.

1.0 PENDAHULUAN

Mata pelajaran Fizik Kejuruteraan merupakan salah satu subjek teras yang diambil oleh pelajar
jurusan Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik bagi
Program Satu Tahun (PST) aliran sains teknikal program matrikulasi. Subjek fizik telah dipelajari
semenjak mereka di tingkatan 4 dan tingkatan 5. Ini bermakna fizik bukanlah subjek yang asing bagi
semua pelajar.

Berdasarkan spesifikasi silibus yang dibekalkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada semua
pensyarah fizik kejuruteraan Matrikulasi, bab 18.5 menggariskan agar pelajar mestilah tahu
mengira jumlah efektif perintang dalam keadaan siri dan selari mahupun kombinasi. Walaupun
sub-topik ini nampak mudah, tapi masih ramai lagi pelajar yang kurang memahami dan tidak
menguasai sub-topik ini.

Teknik menjawab soalan elektrik yang lemah akan menyukarkan pelajar untuk mendapat
markah yang maksima dalam peperiksaan akhir semester 2.

81

1.1 TINJAUAN LITERATUR

Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan,
penilaian dan maklum balas. Ianya bertujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran
tertentu (Shahabuddin,2007). Pendekatan pengajaran yang diperkenalkan khusus untuk pendidikan
kejuruteraan dan digunakan sebagai asas kepada kajian penilaian berkaitan dengan
keberkesanannya dalam mempertingkatkan kemahiran visualisasi pelajar-pelajar (Safarin et al,
2007).

Kemahiran proses sains adalah antara komponen penting dalam program pendidikan sains
dan merujuk kepada kemahiran yang digunakan oleh para saintis semasa mengkaji dan menyiasat
sesuatu (Funk et al, 1979). Kajian menunjukkan bahawa mata pelajaran sains bukanlah mata
pelajaran yang mudah dipelajari, diajar serta dihayati oleh guru dan pelajar. Penjelasan konsep
yang membentuk isi kandungan sains dikatakan merumitkan lagi pembelajaran sains (Ahmad,
2007).

Dalam era globalisasi ini, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) haruslah diterapkan
dikalangan pelajar. Kaedah yang berkaitan dengan KBAT dapat membantu meningkatkan lagi
instrumen KBAT dan membantu pelajar dalam menyelesaikan soalan berasaskan KBAT (Rohana,
2015). Pengajaran sains di era globaslisasi ini memerlukan tenaga pengajar mencipta instrumen
yang dapat membantu pelajar meningkatkan lagi kefahaman dalam mata pelajaran Fizik melalui
lakaran yang berkesan.

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada kemahiran mengenalpasti jenis litar arus terus
(siri dan selari). Kajian ini penting bagi pelajar matrikulasi Semester II untuk menyelesaikan soalan
litar arus terus bagi topik 3 (Electric Current and Direct Current Circuit) menggunakan kaedah HTC:
Horizontal Transformation Circuit. Jumlah perintang di dalam litar perlulah dinilai berdasarkan
kedudukan perintang tersebut sama ada siri mahupun selari. Jika pelajar tidak dapat mengenal pasti
jenis litar tersebut, jumlah perintang yang diperoleh adalah tidak tepat dan menyebabkan pelajar tidak
memperoleh markah yang maksima pada soalan topik ini. Topik 3 ini adalah antara topik pilihan
pelajar untuk dijawab semester Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Semester II.
Sehubungan dengan itu kaedah ini diperkenalkan agar pelajar dapat menguasai konsep perintang
dalam litar dan seterusnya memperoleh markah yang maksima dalam kertas 2.

82

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar meyelesaikan soalan-soalan
berkaitan litar arus terus (DC) yang mengandungi perintang-perintang yang disusun dalam
kombinasi sesiri dan selari.

3.2 Objektif Khusus

i. Membantu pelajar melukis dan memahami litar arus terus dengan lebih mudah.
ii. Membantu pelajar mengenal pasti jenis sambungan perintang sama ada sesiri atau selari

dalam satu litar yang sama.
iii. Meningkatkan kemahiran pelajar mencari jumlah perintang dengan tepat.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran ialah seramai 21 orang pelajar (8 lelaki dan 13 perempuan) daripada 2 tutoran
kuliah Kejuruteraan Awam, Program Satu Tahun (PST) Semester 2 sesi 2016/2017 di Kolej
Matrikulasi Teknikal Johor.

5.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Pelaksanaan Intervensi

Ujian Pra: Pelajar dari kumpulan kawalan dan kumpulan sasaran dikumpulkan untuk menjawab soalan
ujian pra berkaitan topik Electric Current & Direct Current bagi mendapatkan gambaran awal
masalah yang dihadapi oleh pelajar.

Jadual 1: Tarikh pelaksanaan ujian pra dan ujian pos.

BIL PELAKSANAAN TEMPOH PELAKSANAAN
HARI 1 (10 JANUARI 2017)

1 Ujian Pra 40 minit

HARI 2 (17 JANUARI 2017)

1 Penerapan kaedah horizontal-trasnformation- 40 minit
circuit (HTC) bagi kumpulan sasaran.

83

HARI 3 (24 JANUARI 2017)

1 Ujian Pos 40 minit

2 Refleksi pelajar (selepas intervensi) 5 minit

5.2 Kaedah pelaksanaan HTC
5.2.1 Peringkat 1 (Lakaran litar sebenar) :
i. Lukis litar DC berdasarkan maklumat yang diberikan (jika tidak dibekalkan).
ii. Labelkan semua perintang yang digunakan (jika tidak dilabelkan).
iii. Tandakan point pada setiap simpang litar sebagai A, B, C dan seterusnya.
Labelkan arus in-out pada setiap point.
Contoh :

R1

R2
C
A

R6 R3 R4

B
R5

Rajah 1: Litar Elektrik

5.2.2 Peringkat 2 (Transformasi litar mendatar) :

i. Pisahkan terminal bateri dengan melukiskan terminal positif di sebelah dan
terminal negatif di sebelah kanan (atau sebaliknya).
Contoh (rujuk rajah 1) :

Terminal Terminal
positif negatif

Rajah 2: Terminal positif dan terminal negatif

84

ii. Tandakan semua point di antara kedua-dua terminal positif dan negatif tersebut

dan lukiskan bilangan cabang in-out pada setiap point. Catatan : jika di antara
dua point tidak mengandungi sebarang perintang, maka kedua-dua point itu

boleh digabungkan sebagai satu point yang sama.
Contoh (rujuk rajah 2) :

out out in in

in out in out in out

A BC

Rajah 3: Cabang in-out pada setiap point

iii. Lukiskan semua perintang berlabel tersebut di antara point-point dengan betul.
Pastikan semua perintang telah dilukiskan.
Contoh (rujuk rajah 3) :

R1

A R6 B R3 C R2
R5 R4

Rajah 4: Sambungan semua perintang secara HTC

5.2.3 Peringkat 3 (Analisis sambungan perintang) :
i. Berdasarkan rajah 4 sambungan semua perintang dapat ditentukan dengan
mudah.

6.0 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS DATA

Kajian ini telah melibatkan 21 orang pelajar di dalam 2 kelas tutoran sesi 2016/2017. Pelajar-pelajar
dalam kelas ini merupakan pelajar yang terdiri daripada pelbagai tahap pemikiran dan pemahaman.
Kumpulan sasaran dan kumpulan kawalan adalah merupakan pelajar yang sama.
Taburan markah kumpulan sasaran dan kawalan adalah seperti rajah 1.

85

12

10

8

6 PRA
POS

4

2

0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21

Rajah 5: Taburan markah ujian pra dan ujian pos

Berdasarkan rajah 5, beberapa pelajar telah menunjukkan peningkatan yang ketara

dalam menjawab soalan litar arus terus selepas menggunakan teknik HTC. Terdapat 2 pelajar yang

mendapat markah 0 pada ujian pra tetapi berjaya meningkatkan markah mereka dalam ujian pos

kepada 3 dan 7. Terdapat juga pelajar yang tidak berganjak markahnya pada ujian pra dan ujian pos.

Data yang diperoleh daripada hasil analisis menggunakan SPSS adalah seperti berikut:

Jadual 2: Taburan statistik Ujian Pra dan Ujian Pos

Std. Error

Mean N Std. Deviation Mean

Ujian Pra 2.14 21 2.128 .464
Ujian Pos 6.57
21 1.832 .399

Jadual 2 menunjukkan purata markah ujian pra dan ujian pos ialah 2.14 dan 6.57. Perbezaan purata
adalah sebanyak 4.43. Ini menunjukkan meningkatkan yang sangat ketara pada ujian pos dengan
menggunakan kaedah HTC.
Ujian-t

Ujian t bagi satu sampel berpasangan bagi pelajar kumpulan sasaran telah dilakukan untuk menilai
peningkatan markah pelajar melalui Ujian Pra dan Ujian Pos. Penilaian sampel tersebut adalah seperti
yang ditunjukkan dalam jadual 4.

86

Jadual 4: Statistik Ujian t

Paired Differences

95% Confidence

Std. Interval of The

Std. Error Difference Sig.

Mean Deviation Mean Bawah Atas t df (2-tailed)

Pra - -4.429 2.638 0.576 -5.629 -3.228 -7.694 20 .000
Pos

Hasil daripada jadual 4 menunjukkan terdapat perbezaan peningkatan yang singnifikan secara
statistik skor markah pelajar dari Ujian Pra (purata: 2.143/10, sisihan piawai:2.128) kepada Ujian Pos
(purata: 6.571/10, sisihan piawai: 1.832) berdasarkan nilai p<0.05. Ini menunjukkan terdapat
peningkatan yang ketara dalam pencapaian pelajar setelah menggunakan teknik HTC dalam
menyelesaikan soalan litar arus.

7.0 REFLEKSI DAN KESIMPULAN KAJIAN

7.1 Refleksi Keseluruhan Kajian

Berdasarkan kepada keputusan markah yang diperolehi, didapati bahawa terdapat peningkatan kepada
pelajar untuk menguasai konsep litar arus terus secara siri dan selari. Pelajar menunjukkan minat dan
kefahaman yang mendalam dengan menggunakan HTC dalam menjawab soalan yang berkaitan.
Secara tidak langsung, pelajar meningkatkan kemahiran mereka mentafsir soalan melalui lakaran yang
tepat.

Melalui pemerhatian yang dijalankan, pelajar kumpulan sasaran menunjukkan peningkatan
yang ketara dengan menggunakan kaedah ini. Teknik lakaran yang berkesan dapat membantu pelajar
ini menyelesaikan soalan litar arus terus.

Sehubungan dengan itu, teknik ini hendaklah diterapkan kepada pelajar sejak awal lagi topik
ini diajar semasa kuliah.Teknik ini bukan sahaja ditujukan untuk pelajar kejuruteraan awam, malah
boleh digunakan semaksima oleh pelajar kejuruteraan mekanikal dan elektrik. Pensyarah dan pelajar
memainkan peranan bagi memastikan sesi pembelajaran lebih berkesan dan dapat memotivasikan
pelajar untuk menjawab soalan ini dalam peperiksaaan akhir.

87

7.2 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya
Kumpulan sasaran dan kumpulan kawalan adalah dua kumpulan berbeza yang lebih besar skopnya.
Teknik ini juga diharapkan dapat digunakan bukan sahaja pada litar arus terus malah dapat digunakan
juga pada litar kapasitor. Teknik ini juga boleh diaplikasikan kepada semua kolej matrikulasi mahupun
di peringkat sekolah.

8.0 RUJUKAN
Ahmad Nurulazam,M.Z.,Zurida,I. & Mohd Ali,S. 2007 Pengajaran Kontekstual untuk

Pembelajaran Sains Bermakna. Pendidikan Sains DP Jilid 7,Bil.1/2007. Atas talian
http://education.usm.my/images/docs/DigesPendidik/DP2007-1/4.pdf
Bahagian Matrikulasi, 2015. Prosiding Seminar Penyelidikan, Pendidikan Program
Matrikulasi Peringkat Kebangsaan Kali Ke-8 Tahun 2014. Wilayah
Persekutuan Putrajaya. Bahagian Matrikulasi.
Funk, H.J., Okey, lR., Fiel, R.L., Jaus, H.H. & Sprague, C.S, (1979). Learning science
process skills. Dubuque,IA: Kendall/Hunt Publishing Company.
Rohana Amin, 2015 Pembangunan Dan Pengesahan Instrumen Ujian Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi Fizik Bagi Tajuk Daya Dan Gerakan. Masters thesis,
Universiti Pendidikan Sultan Idris. Atas talian
http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/1744/
Mohd Safarin,N. & Muhammad Sukri, S. 2007 Kajian Awal Terhadap Kebolehan Ruang
Pelajar-pelajar Pengajian Kejuruteraan di Sekolah-sekolah Menegah Teknik. Universiti
Teknologi Malaysia. Atas talian https://core.ac.uk/download/pdf/11782119.pdf
Shahabuddin Hashim et al, 2007. Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar
Dengan Berkesan. Kuala Lumpur. PTS. : 23-45

88

ANAK MANCIS SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DALAM
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR
MELUKIS STRUCTURAL FORMULA

1Haryati Binti Hj Harun, 2Nurain Binti Jamhari, 3Nur Hamizah Binti Ab Rahim

Unit Kimia Kejuruteraan, Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
[email protected] , [email protected], [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam melukis Structural Formula dengan menggunakan
anak mancis sebagai alat bantu mengajar. Anak mancis perlu disusun mengikut formula molekul yang diberikan dimana
setiap hujung anak mancis mewakili karbon Kajian ini melibatkan 13 orang pelajar Kimia Kejuruteraan dari dua
kelas tutorial iaitu E2T6 dan M1T4, sesi 2016/2017. Kajian ini tercetus hasil daripada pemerhatian pengkaji terhadap
sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) dan analisis laporan kerja calon Bengkel Kerja Pemantapan Penyampaian Isi
Kandungan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Kimia. Sembilan soalan telah diberikan dan didapati 4 orang pelajar
memperolehi markah penuh serta telah mencapai ketiga-tiga objektif yang dinyatakan. Bagi objektif 1, hanya 4 orang
pelajar yang memperolehi markah penuh iaitu 9, manakala untuk objektif 2 dan 3, masing-masing menunjukkan 11
orang dan 12 orang telah mencapai objektif. Hampir keseluruhan pelajar memperoleh markah pada tahap sangat baik.
Ini menunjukkan anak mancis dapat membantu pelajar dalam melukis structural formula ini dengan berkesan.
Kata kunci: meningkatkan kemahiran pelajar, pengajaran dan pembelajaran (PnP), structural formula, anak mancis,
pelajar matrikulasi

89

1.0 PENDAHULUAN

Subjek Kimia Kejuruteraan diperingkat matrikulasi adalah subjek wajib bagi semua pelajar yang
mengkhusus dalam bidang berasaskan sains teknikal terutamanya. Dalam kurikulum Kimia
Kejuruteraan di peringkat matrikulasi, 30-40% terdiri daripada komponen kimia organik. Kurikulum
ini direka bentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan kimia sebagai persediaan untuk
kursus-kursus yang berkaitan sains, teknologi serta kejuruteraan di peringkat ijazah sama ada di
IPTA dalam dan luar negara (MOE, 2012a). Kimia organik dipelajari di semester kedua Program
Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Topik-topik yang akan dibincangkan bagi pelajar
sains teknikal adalah pengenalan kepada kimia organik (Topik 11), hidrokarbon (Topik 12) dan
polimer (Topik 13) (MOE, 2012a) . Tajuk ini merangkumi hampir kesemua aspek dalam kimia
organik asas. Kurikulum kimia organik Matrikulasi juga direka bentuk untuk mengukuhkan dan
menambahkan lagi ilmu kimia yang sedia ada pelajar diperingkat sekolah menengah.

Structural Formula merupakan satu subtopik Introduction To Organic Chemistry iaitu topik yang ke
sebelas. Topik ini dipelajar oleh pelajar Kimia Kejuruteraan pada semester II. Structural Formula
terdiri daripada expanded structure, skeletal structure dan condensed structure.

Dalam pembelajaran kimia, kelancaran pembelajaran sesuatu topik bergantung kepada pengetahuan
yang disampaikan dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang diguna dalam menyampaikan
pengetahuan tersebut. Oleh yang demikian, pembelajaran Kimia Organik khususnya melibatkan
pemahaman terhadap struktur molekul, pemindahan elektron dan tindak balas kimia. Pelajar
seharusnya mempunyai kebolehan visualisasi kerana kebanyakan konsep dalam kimia organik
adalah abstrak (Talanquer, 2011; Wu & Shah, 2004). Bagi mencapai tujuan ini, bahan bantu
mengajar yang dapat mengvisualisasikan sesuatu konsep penting dalam pembelajaran kimia.

Pada topik 11, pengenalan kepada Kimia Organik, terdapat subtopik Structural Formula dimana
pelajar diperkenalkan bagaimana ikatan kovalen yang sebenar terbentuk bagi sebatian organik
melalui lukisan expanded, condensed dan skeletal structure. Melukis sesuatu sebatian organik
dengan betul dan tepat adalah pendahuluan yang penting dalam pembelajaran kimia terutamanya
dalam membincangan kelakuan kimianya. Pelajar dilihat sukar untuk membayangkan dan
memahami bagaimana ikatan kovalen terbentuk seterusnya tidak dapat melukis formula struktur
sebatian dengan tepat. Keadaan ini menyebabkan pelajar akan menghadapi kesukaran
mengaplikasikan konsep tersebut pada topik kimia organik yang lain dan akhirnya pembelajaran
kimia organik menjadi semakin sukar dan kompleks (Mayer, 2002 dan Grove & Bretz, 2012).

Tujuan kajian ini adalah untuk membantu pelajar untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam
memahami konsep ikatan kovalen yang sebenar serta menvisualisasikan struktur sebatian organik
dan kemudian dapat melukis sebatian organik mengikut ikatan kovalen dengan betul dan tepat.

2.0 KAJIAN LITERATUR

Anak mancis sebagai alai bantu mengajar adalah satu inisiatif pengkaji untuk membantu pelajar
mempelajari subtopik structural formula iaitu pelajar boleh menggunakan kreativiti dan imaginasi
untuk menyusun anak mancis berpandukan formula molekul yang diberikan. Menurut kajian oleh
De Corte, et al (1985), gambaran imej visual yang wujud dalam bentuk gambar atau gambarajah,
lakaran dan jadual boleh membantu pelajar memahami konsep Kimia Organik.

90

Menurut Aziz dan Lin (2011), sikap adalah penting bagi menentukan keberkesanan dan kejayaan
seseorang pelajar mempelajari Sains. Pelajar yang bersikap negatif terhadap Sains, misalnya tidak
berminat atau takut mungkin akan menyebabkan mereka gagal dalam Sains (Abu Hassan, 2003).
Kajian tentang sikap pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan penguasaan konsep asas Sains
pelajar memang perlu dengan harapan dapat mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi
peningkatan kefahaman, penguasaan dan pencapaian Sains pelajar.Berdasarkan kajian yang berjudul
Punca prestasi pembelajaran yang lemah di kalangan pelajar Fakulti Pengurusan dan Pembangunan
Sumber Manusia, pelajar perlu dipantau dan dibimbing dengan sebaiknya supaya dapat
memperbaiki prestasi pembelajaran dengan mengubah sikap, teknik belajar dan keyakinan diri
supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran di universiti (Norhani et
al., 2007). Oleh itu, pendekatan dan strategi seseorang pendidik haruslah lebih kreatif dan
pendekatan yang digunakan juga perlulah mengambilkira akan kebolehan dan keupayaan pelajar.
Menurut Bunce (2005), kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah amat penting
dalam membantu pelajar memahami isi pelajaran.

Dengan menggunakan alat bantu mengajar, proses PnP berlangsung secara dua hala dan pelajar
membina kefahaman dan kognitif masing-masing berpandukan alat bantu mengajar tersebut.
Pembelajaran yang berpusatkan pelajar ini mengikuti prinsip pembelajaran kontruktivis, yang mana
dalam suasana pembelajaran interaktif, pelajar perlu mengawal pembelajaran mereka dalam usaha
untuk membina pembelajaran bermakna (Sessoms, 2008).

3.0 REFLEKSI

Berdasarkan pemerhatian sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) dan semasa Program
Kecemerlangan Kimia pada sesi yang lepas, didapati pelajar menghadapi kesukaran dalam melukis
structural formula dengan lengkap dan tepat. Antara puncanya adalah kerana tidak memahami cara
melukis yang betul mengikut bilangan karbon mengikut formula molekul yang diberikan. Kesukaran
melukis dan memahami subtopik structural formula ini akan menyebabkan pelajar gagal
mengenalpasti struktur organik dengan tepat sekaligus sukar menyatakan ikatan kovalen pada
karbon samada pada rantai utama atau pada kumpulan penukarganti. Selain itu, pelajar akan
mengalami masalah dalam mengaplikasi konsep structural formula di dalam topik Kimia Organik
yang seterusnya.

Merujuk kepada analisis laporan kerja calon Bengkel Kerja Pemantapan Penyampaian Isi
Kandungan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Kimia, Bahagian Matrikulasi Kementerian
Pendidikan Malaysia (BMKPM) pada 25- 27 Mac 2015 di Hotel Eastin, Petaling Jaya, antara
kelemahan pelajar dalam mempelajari Kimia Organik adalah seperti berikut:

a) Pelajar gagal mengenalpasti bilangan unsur karbon semasa melukis skeletal structure

dengan betul.

b) Pelajar gagal menamakan struktur organik dengan tepat.

c) Pelajar gagal mengenalpasti struktur organik yang sama.

d) Pelajar gagal menghubungkaitkan struktur organik dengan jenis isomer.

91

Berdasarkan kepada dapatan-dapatan inilah, maka tercetuslah kajian ini di mana alat bantu mengajar
anak mancis digunakan kepada pelajar untuk mempelajari subtopik ini. Proses PnP ini berlangsung
dalam kelas tutorial pengkaji di mana perbincangan dua hala (pensyarah dengan pelajar dan pelajar
dengan pelajar) dilaksanakan secara langung.

4.0 FOKUS KAJIAN
Merujuk kepada refleksi tersebut, beberapa soalan kajian telah timbul dan dinyatakan seperti
berikut:

a) Adakah pelajar dapat melukis structural formula dengan tepat berdasarkan formula
molekul yang diberikan?

b) Adakah pelajar melukis kumpulan penukarganti pada formula molekul dengan lengkap
dan tepat?

c) Adakah pelajar menyatakan ikatan kovalen yang lengkap pada karbon samada pada rantai
utama atau pada kumpulan penukarganti?

Subjek kajian yang terlibat sepanjang kajian ini adalah pelajar Kimia Kejuruteraan Semester II, Sesi
2016/2017 yang melibatkan 2 kumpulan tutorial iaitu E2T6 dan M1T4 yang keseluruhannya
melibatkan 13 orang pelajar. Tujuan pelajar ini dipilih adalah untuk memudahkan pengkaji sebagai
pensyarah kelas berkenaan melakukan pemantauan dan mengikuti perkembangan potensi pelajar
sepanjang PnP. Mereka dipilih berdasarkan refleksi semasa PnP dan program kecemerlangan Kimia
bagi topik Kimia Organik, iaitu disebabkan:

➢ Terdapat banyak kesilapan semasa pelajar melukis structural formula (expanded structure,
skeletal structure dan condensed strusture) pada awal perbincangan subtopik sewaktu PnP

➢ Tidak mendapat markah penuh bagi jawapan yang diberikan dalam soalan structural formula
(expanded structure, skeletal structure dan condensed strusture) semasa program
kecemerlangan Kimia.

Oleh yang demikian, fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam melukis
structural formula (expanded structure, skeletal structure dan condensed strusture) dengan
menggunakan anak mancis. Pelajar perlu menyusun anak mancis mengikut formula molekul yang
diberikan. Setiap hujung anak mancis mewakili bilangan karbon.

92

Gambar 1: Setiap hujung mancis (bulatan merah) mewakili karbon

Tujuan anak mancis digunakan sebagai alat bantu mengajar adalah bagi membantu pelajar untuk
meningkatkan keupayaan mereka dalam memahami konsep ikatan kovalen yang sebenar serta
menvisualisasikan struktur sebatian organik dan kemudian dapat melukis sebatian organik mengikut
ikatan kovalen dengan betul dan tepat.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum kajian ini adalah untuk:

➢ Meningkatkan kemahiran pelajar dalam melukis structural formula dengan tepat dan lengkap
dengan menggunakan anak mancis.

Objektif khusus kajian ini adalah untuk:
1) Pelajar dapat melukis structural formula (expanded, condensed dan skeletal sturucture) dengan

bilangan karbon yang tepat berdasarkan formula molekul yang diberikan.
2) Pelajar dapat melukis kumpulan penukarganti pada formula molekul dengan lengkap dan

tepat.
3) Pelajar dapat menyatakan ikatan kovalen yang lengkap pada karbon samada pada rantai utama

atau pada kumpulan penukarganti.

6.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN
6.1 Merancang tindakan
Aktiviti 1: Mendapatkan maklumbalas pelajar terhadap cara melukis structural formula;
expanded, skeletal dan condensed structure. Pelajar diberikan salah satu lukisan structural formula
dan diminta untuk melengkapkan lukisan yang lain. Sebanyak lima soalan diberikan.

93

Langkah 1: Mengenal pasti dan menganalisis kesilapan yang dilakukan oleh pelajar semasa melukis
structural formula. Semasa menanda jawapan pelajar, dipastikan agar pelajar dapat melukis
structural formula dengan bilangan karbon yang tepat dan cukup ikatan kovalen sama ada pada
rantaian utama atau kumpulan penukar ganti.

Gambar 2: Menunjukkan salah satu kesalahan pelajar semasa melukis expanded structure
iaitu pelajar tidak menyusun karbon pada rantai utama dengan betul.

Gambar 3: Menunjukkan pelajar tidak dapat melukis dengan ikatan kovalen pada karbon
dengan tepat.

6.2 Melaksanakan tindakan
Tindakan yang dijalankan adalah seperti berikut:
Aktiviti 1: Menyelesaikan soalan structural formula dengan menggunakan batang mancis. Pelajar
diberikan sepuluh batang anak mancis seorang. Setiap hujung batang mancis mewakili satu karbon.
Sembilan soalan pos yang berbeza daripada soalan pra diberikan kepada pelajar. Pelajar perlulah
melengkapkan kesemua lukisan structural formula.

94

Langkah 1: Pelajar melukis skeletal structure dengan merujuk kepada batang mancis yang pelajar
susun mengikut expanded structure seperti dalam soalan. Pada awal penggunaan batang mancis,
pensyarah akan memeriksa dan memperbetulkan susunan batang mancis pelajar supaya sama seperti
dalam soalan. Setelah itu, pelajar berjaya menyusun batang mancis dengan betul sendiri. Selepas
batang mancis disusun berdasarkan expanded structure, pelajar akan melukis semula kepada lukisan
skeletal structure.
Langkah 2: Pelajar seterusnya dapat melukis condensed structure daripada lukisan skeletal structure
dan expanded structure. Pelajar masih boleh merujuk kepada batang mancis untuk melukis
condensed structure.

Gambar 4

Gambar 5

95

Gambar 6
Gambar 4, 5 dan 6 menunjukkan susunan batang anak mancis yang dilakukan oleh pelajar

semasa aktiviti dijalankan untuk menjawab soalan.

Rajah 1: Susunan penyelesian masalah structural formula dengan menggunakan batang
mancis.

Batang mancis boleh disusun merujuk kepada mana-mana lukisan structural formula. Bagi
permulaan adalah lebih mudah dan lebih faham jika pelajar menyelesaikan masalah mengikut
susunan seperti rajah 1 di atas. Pelajar menyusun batang mancis dengan merujuk kepada lukisan
expanded structure dan seterusnya. Jika pelajar sudah boleh melukis structural formula dengan
jumlah karbon dan ikatan kovalen yang betul serta faham, pelajar boleh menyusun batang mancis
dengan merujuk kepada lukisan skeletal atau condensed structure untuk menjawab soalan.

96

7.0 DAPATAN
Jadual 1: Markah pelajar mengikut objektif yang mereka berjaya kuasai

Pelajar Objektif khusus 1 Objektif khusus 2 Objektif khusus 3

P1 6 9 9
P2 6 9 9
P3 7 9 9
P4 7 9 9
P5 6 9 9
P6 7 9 9
P7 9 9 9
P8 9 9 9
P9 6 9 9
P 10 9 9 9
P 11 9 7 9
P 12 6 7 7
P 13 9 9 9

Jumlah soalan yang diberi adalah sembilan. Markah yang diperoleh pelajar pertama ialah 6/9 iaitu
67%. Bagi pelajar ini, untuk kesemua sembilan soalan, pelajar ini telah menguasai objektif khusus
yang kedua dan ketiga iaitu melukis kumpulan penukarganti pada formula molekul dengan lengkap
dan tepat dan menyatakan ikatan kovalen yang lengkap pada karbon samada pada rantai utama atau
pada kumpulan penukarganti. Walaubagaimana pun, tiga soalan yang salah adalah kerana pelajar ini
tidak melukis structural formula mengikut bilangan karbon dengan betul. Ini adalah objektif khusus
yang pertama.

Berdasarkan Jadual 1, kebanyakan pelajar berjaya melukis structural formula dengan jumlah karbon
yang tepat berdasarkan objektif khusus pertama. 46% pelajar berjaya menguasai objektif khusus
yang pertama dengan mendapat semua jawapan betul. Daripada tiga belas orang pelajar, hanya enam
orang yang salah satu atau dua soalan melukis mengikut jumlah karbon yang tepat.
Walaubagaimana pun, objektif khusus dua dan tiga berjaya dikuasai oleh kesemua pelajar. Secara
respektif, 85% dan 92% pelajar berjaya menguasai objektif khusus dua dan tida . Ini menunjukkan,
tiada masalah bagi para pelajar untuk melukis kumpulan penukar ganti dengan betul dan cukup
ikatan kovalen.

8.0 REFLEKSI DAN IMPLIKASI KAJIAN

Berdasarkan dapatan selepas menggunakan anak mancis, pelajar lebih jelas untuk menyatakan
jumlah ikatan kovalen pada setiap karbon. Para pelajar juga sudah tidak keliru untuk melukis

97

terutamanya skeletal formula kerana mereka sudah tahu bahawa setiap hujung anak mancis
mewakili satu karbon.

Hasil daripada penggunaan anak mancis, para pelajar telah memberi ulasan terhadap alat bantu
mengajar kepada aktiviti yang dijalankan:

a) Membantu untuk memahami skeletal structure (Pelajar 1)

b) Mudah untuk saya fahami dan dapat jawan soalan (Pelajar 2)
c) Sangat membantu (Pelajar 3)

d) Membantu sangat-sangat kalua ada skeletal (Pelajar 4)
e) Sangat membantu (Pelajar 5)

f) Very helpful (Pelajar 6)

g) Sangat membantu (Pelajar 7)

h) Mancis adalah bahan bantu mengajar yang sangat membantu (Pelajar 8)
i) Sangat membantu untuk pelajar berimaginasi (Pelajar 9)

j) Lebih jelas di mana kedudukan karbon (Pelajar 10)
k) Membantu (Pelajar 11)

l) Tahu kenapa saya salah sebelum ini (Pelajar 12)
m) Bantu untuk kira bond pada karbon (Pelajar 13)

Daripada ulasan pelajar menunjukkan penggunaan alat bantu mengajar anak mancis sangat
membantu pelajar semasa melukis structural formula.

Berdasarkan kepada komen-komen pelajar, didapati alat bantu mengajar ini berjaya
digunakan untuk melukis skeletal structure. Oleh itu, pengkaji masih perlu melakukan
penambahbaikan terhadap alat bantu mengajar yang telah digunakan untuk mempelajari subtopik
structural formula. Cadangan untuk menambah baik alat bantu mengajar anak mancis ini adalah
penggunaan plastisin berwarna warni sebagai mewakili atom yang berbeza selain karbon yang
diwakili oleh setiap hujung anak mancis. Plastisin dibulatkan dan dicucuk pada hujung anak mancis.
Plastisin yang berwarna warni bukan sahaja dapat menarik perhatian pelajar malah pelajar dapat
menyusun pelbagai molekul untuk dilukis structural formula.

Kaedah dan pendekatan yang sesuai boleh digunakan sebagai sokongan terhadap alat bantu
mengajar; anak mancis ini untuk meningkatkan kemahiran pelajar melukis expanded structure dan
condensed structure pada masa yang seterusnya contohnya menyediakan carta alir (flow chart)
tentang tatacara penggunaan alat bantu mengajar ini bagi mengelakkan kekeliruan dan
misconception terhadap subtopik ini. Kaedah dan pendekatan ini akan digunakan oleh pengkaji
dalam kitaran yang seterusnya.

9.0 KESIMPULAN
Melalui kajian yang dijalankan membuktikan Penggunaan Anak Mancis dapat meningkatkan
kemahiran pelajar dalam subtopik Structral Formula. Hampir kesemua pelajar dapat menguasai

98

ketiga-tiga objektif khusus kajian dengan memperoleh markah pada tahap yang baik. Ini
menandakan bahawa penggunaan anak mancis sebagai alat bantu mengajar dapat membantu pelajar
dalam melukis struktur sebatian kimia organik dengan betul dan tepat sekaligus membantu
mengenalpasti kumpulan penukarganti pada formula molekul serta dapat menyatakan ikatan kovalen
dengan lengkap. Diharapkan kajian tindakan ini dapat memberi sumbangan serta meningkatan
proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

RUJUKAN
Abu Hassan Kassim (2003). Kurikulum Sains Sekolah Malaysia. Modul Pengajaran.

Universiti Teknologi Malaysia: Skudai, Johor

Aziz Nordin & Lin Hui Ling (2011). Hubungan Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains Dengan
Penguasaan Konsep Asas Sains Pelajar Tingkatan Dua. Journal of Science &
Mathematics Educational, Vol. 2. 89-101

Bunce, D.M (2005). Exploring The Impact Of Teaching Styles On Students Learning In Both
Traditional And Innovative Classes. In N. J. Pienta, M. M. Cooper

De Corte, E., Verschaffel, L., & De Win, L. (1985). Influence of Rewording Verbal Problems On
Children’s Problem Representations And Solutions. Journal Of Educational
Psychology. 77. 460-470

Grove, N. P., & Lowery Bretz, S. (2012). A Continuum of Learning: From Rote Memorization to
Meaningful Learning in Organic Chemistry. Chemistry Education Research and
Practice, 13(3), 201. http://doi.org/10.1039/c1rp90069b

Mayer, R. E. (2002). Rote versus meaningful learning. Theory into Practice, 41(4).

MOE. (2012). Engineering Chemistry TK015 and TK025 syllabus specification. Syllabus
SK015/SK025. Matriculation Division, Ministry of Education Malaysia

Norhani Bakri, Noor Zainab Abd. Razak, Hamidah Ab. Rahman dan Aminah Hj. Ahmad Khalid
(2007). Punca Prestasi Pembelajaran Yang Lemah Di Kalangan Pelajar Fakulti
Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia. Universiti Teknologi Malaysia.
Johor. http://www. penerbit.utm.my/onlinejournal/43/E/JTDIS43E3.pdf.

Sessoms, D. (2008). Interactive Instruction: Creating Interactive Learning Enviroments
Through Tomorrow’s Teachers. International Journal Of Technology in Teaching

And Learning, 4(2). pp 86-96

Talanquer, V. (2011). Macro, Submicro, and Symbolic: The many faces of the chemistry

99


Click to View FlipBook Version