The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Tanpa Nama, 2021-06-10 11:15:13

Seminar R&D 2017 KMTJ

Seminar R&D 2017 KMTJ

1.0 PENDAHULUAN

Dalam tahun 50-an, ilmu falak telah masyhur diajar di beberapa negeri di sebelah utara dan
pantai timur. Barisan ulama’ falak tempatan yang tersohor seperti Syeikh Abdullah Fahim (1869-
1961M), Sheikh Tahir Jalaluddin Al Falaki (1869-1956M), Tuan Guru Hj Abdul Rahman Hussin
(1954-2006M), Tuan Guru Hj Abd Rahman Salleh (1930-2010M) dan lain-lain lagi banyak memberi
sumbangan ke arah menyebar, menerap dan membudaya ilmu falak dalam kalangan pelajar dan
masyarakat. Sementara itu, negeri Johor yang mempunyai tokoh ulama’ falak seperti Kiyai Hj Fadhil
Al Banteni (1870-1950M ), Hj. Abu Bakar Hussain Al-Muari (1877- 1938M), Dato’ Sayid Alwee bin
Tahir Al Hadad (1884-1962M) dan lain-lain juga terlibat dalam usaha mengembang ilmu falak
melalui kuliah pengajian agama di surau, masjid dan madrasah. Namun demikian, bermula tahun 80-
an ilmu falak kian dipinggirkan bahkan di mansuhkan dalam system pendidikan moden. Manakala
kurikulum ini tidak dimasukkan dalam silibus (kurikulum) atau sukatan pelajaran di sekolah aliran
agama. Kelestarian ilmu falak juga bergantung kepada kemahiran penggunaan peralatan falak
tradisional seperti Rubu’Mujayyab, Tongkat Istiwa, Asturlab, Al Mizwalah dan lainlain. Alat-alat ini
banyak membantu ahli falak dalam aktiviti cerapan jasad-jasad langit serta menerbitkan data-data
ephemeris dan almanak yang berkaitan. Tumpuan pembentangan memfokus kepada aplikasi Rubu’
Mujayyab sebagai alat bantu dalam menyelesaikan masalah pengiraan asas trigonometri Matematik-
Sains, Falak Astronomi dan dalam memperoleh data cerapan (matahari, bintang dan buruj).

2.0 PERNYATAAN MASALAH & FOKUS KAJIAN

Amalan menggunakan Rubu’Mujayyab dalam pendidikan bertujuan :

2. 1 Menghargai kepentingan ilmu falak dalam kalangan guru dan pelajar dan memahami penggunaan
alat ini sebagai karya warisan ilmu-ilmu Islam yang memberi sumbangan besar kepada tamadun
manusia .
2.2 Mewujudkan suasana pembelajaran luar bilik darjah yang lebih bermakna kepada warga kolej dan
kemampuan alat ini memberi data yang relevan kepada pengguna dan pengamal ilmu falak-astronomi.

2.3 Merangsang minat warga kolej untuk memahami, meneroka dan mengkaji secara lebih terperinci
ilmu yang berkaitan falak–astronomi (mengenai jasad-jasad langit dan hubungkait dengan kehidupan

150

manusia) serta keupayaannya merentasi dan berkolaborasi dengan ilmu-ilmu lain seperti Matematik,
Sains, Geografi, Sejarah dan sebagainya.

3.0 ISU DAN MASALAH
Kewujudan peralatan cerapan moden (seperti Theodolite, Kompas Prismatik, Teleskop ) dan

gajet-gajet berteknologi (GPS) yang lebih mudah manual operasinya yang memberikan data serta
maklumat tepat dan segera menyebabkan peralatan tradisional falak semakin diabaikan. Kurangnya
tenaga pakar dan yang berpengetahuan tinggi dalam ilmu falak dalam kalangan ulama’ dan guru-guru
agama, menyebabkan kadar penyebaran ilmu sangat perlahan dan terbatas. Keberadaan ilmu ini di
pondok-pondok tradisional juga semakin ’menipis’ dan faktor umur, kesihatan dan keuzuran guru
pondok juga mengehadkan lagi peluasan ilmu falak. (Hanapiah, 2010).

Tiada kesinambungan ilmu falak yang diwarisi dari generasi awal ke generasi baru secara
kemas menyebabkan berlakunya ketirisan ilmu yang serius termasuk ketiadaan pembuat peralatan
tradisional. Penulisan dan buku-buku berorientasikan ilmu falak tempatan juga agak sukar di perolehi
dan usaha menterjemah buku luar negara (kitab Turath berbahasa Arab) hampir tiada. Peralatan falak
tradisional tidak lagi menjadi pilihan masyarakat masakini dan tidak bersifat komersial, malah tiada
di pasaran terbuka dan sukar diperolehi, hanya sekadar bahan pamer dan koleksi di kalangan peminat
dan pengamal ilmu falak. (Azizan, 2011).

Silibus yang di amalkan di sekolah agama waktu ini tiada langsung menyentuh bab berkaitan
ilmu falak bahkan sejak semakan silibus baru (10 tahun) tiada inisiatif atau perancangan
menghidupkan semula ilmu falak. Kurikulum Sepadu Kolej Rendah (KSSR) bagi matapelajaran Sains
dan Matematik di sekolah aliran perdana KPM juga tidak menerapkan unsur dan aplikasi falak
tradisional.

4.0 KEPENTINGAN RUBU’MUJAYYAB DALAM PENDIDIKAN
Diantara kepentingan Rubu’ Mujayyab terhadap pengajaran dan pembelajaran adalah:

4.1 Melestari, mengekal, dan mengembali semula kehebatan peralatan yang menjadi khazanah
ulama’ Islam zaman silam serta kaedah asal pengiraan yang berkaitan dengan bidang dan sub bidang
Sains-Matematik.
4.2 Berkemampuan mengambil data dari kesan sinar dan bayang matahari serta berkebolehan
memanipulasi/memproses data bagi memperoleh maklumat baru, isyarat, alamat dan irsyad.
4.3 Keunikan alat kira-ukur pelbagai dimensi ini masih relevan dan mampu digunakan secara
berterusan disepanjang zaman dan dimana-mana bahagian benua di seluruh dunia.

151

4.4 Menghargai sumbangan dan memperakui kehebatan ilmu ulama’ silam yang mencipta,
merekebentuk alat ini untuk kemudahan serta kegunaan manusia sejagat.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai dua objektif utama iaitu :

1) Mengenal pasti tahap pengetahuan warga KMTJ sesi 2016/2017 terhadap alatan falak
tradisional.

2) Mengenal pasti tahap amalan warga KMTJ sesi 2016/2017 terhadap alatan falak tradisional.

6.0 KUMPULAN SASARAN & INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini akan memberi fokus kepada kumpulan sasaran iaitu pelajar, pensyarah dan staf
sokongan kolej. Dapatan kajian akan memberi petunjuk baharu untuk program akan datang yang bakal
dirancang. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah enam soalan yang merujuk
kepada gambar alatan falak tradisional (Rubu’ Mujayyab) :

i. Ujian tahap pengetahuan dan amalan terbahagi kepada :
(a) pernah lihat alat
(b) menamakan alat
(c) bidang kegunaan alat
(d) fungsi alat
(e) pernah menggunakan alat
(f) ingin menguasai atau tidak

ii. Latar belakang :

(a) jantina
(b) kategori (pelajar/pensyarah/staf)
(c) kelulusan akademik
(d) pengalaman mengajar/kerja
(e) penguasaan Bahasa
(f) jurusan dan bidang

152

7.0 PERSOALAN KAJIAN

7.1 Apakah tahap pengetahuan warga Kolej terhadap alatan falak tradisional iaitu Rubu’
Mujayyab?

7.2 Apakah tahap amalan warga Kolej terhadap alatan falak tradisional iaitu Rubu’ Mujayyab?

8.0 RUMUSAN DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Kaedah persampelan responden dalam kajian ini adalah menggunakan kaedah pilihan rawak
biasa (Mohd.Najib 2009). Borang soal selidik diedarkan kepada 230 orang responden tetapi hanya
58% iaitu sebanyak 145 set yang dikembalikan semula. Ini cukup memadai menurut Kreijie dan
Morgan (1970) dalam Jadual 2 iaitu penentuan sampel daripada populasi 230 orang iaitu sekurang-
kurangnya 144.

Jadual 2 Penentuan Saiz Sampel daripada Populasi

Nota - N ialah saiz populasi Sumber: Krejeie dan Morgan (1970)
S ialah saiz sampel

Demografi responden meliputi beberapa latarbelakang utama iaitu jantina, kategori responden,
akademik, pengalaman dan jurusan. Berikut merupakan data demografi secara terperinci :

153

Jadual 1 : Jantina

Frequenc Percent Valid Cumulative
y Percent Percent
50.3
lelaki 73 50.3 50.3 100.0

Valid perempuan 72 49.7 49.7

Total 145 100.0 100.0

SPM Jadual 2 : Akademik Cumulative
Frequenc Percent Valid Percent
Dip/matri 61.4
y Percent
Valid k 89 61.4 61.4 77.9
BA
24 16.6 16.6 95.9
MA/PHD 100.0
26 17.9 17.9
Total 6 4.1 4.1
145 100.0 100.0

Valid 1-10 Jadual 3 : Pengalaman Cumulative
11-20 Frequenc Percent Valid Percent
Lebih 20 20.7
tidak y Percent 35.2
berkaitan 30 20.7 20.7 39.3
Total 21 14.5 14.5
6 4.1 4.1 100.0

88 60.7 60.7

145 100.0 100.0

154

Jadual 4 : JurusanBidang

Frequenc Percent Valid Cumulative
y Percent Percent
26.9
awam 39 26.9 26.9 53.1
mekanikal 75.9
38 26.2 26.2 84.1
elektrik 87.6
sains 33 22.8 22.8
sastera 100.0
Valid staf 12 8.3 8.3

sokongan 5 3.4 3.4
Total
18 12.4 12.4

145 100.0 100.0

i) Tahap pengetahuan dan amalan alat falak tradisi (Rubu’ Mujayyab)

Dapatan kajian menunjukkan bahawa apabila ditunjukkan alat ini, seramai 113 atau 78% tidak pernah
melihatnya. Sebanyaknya 96% tidak tahu untuk menamakan alat ini. Manakala sebanyak 74%
menjawab tidak tahu fungsi alat ini. Berikut merupakan dapatan secara lanjut mengenai tahap
pengetahuan responden.

Jadual 5 : Pernah lihat alat ini?

Frequenc Percent Valid Cumulative
y Percent Percent

pernah 32 22.1 22.1 22.1
tidak
Valid 113 77.9 77.9 100.0
pernah
Total 145 100.0 100.0

Jadual 6 : Sila namakan alat ini?

Frequenc Percent Valid Cumulative
Percent
y Percent 4.1

Tahu 6 4.1 4.1
Valid tidak
139 95.9 95.9 100.0
tahu
Total 145 100.0 100.0

155

Jadual 7 : Bidang apa kegunaan alat ini?

Frequenc Percent Valid Cumulative
y Percent Percent

tahu 38 26.2 26.2 26.2

Valid tidak 107 73.8 73.8 100.0
tahu

Total 145 100.0 100.0

Jadual 8 : Apakah fungsi alat ini?

Frequenc Percent Valid Cumulative
Percent
y Percent 17.9

tahu 26 17.9 17.9
Valid tidak
119 82.1 82.1 100.0
tahu
Total 145 100.0 100.0

ii) Tahap amalan responden terhadap alatan ini adalah sebanyak 100% menjawab tidak
pernah menggunakannya.

Jadual 9 : Adakah anda pernah guna alat ini?

Frequenc Percent Valid Cumulative

y Percent Percent

Valid tidak 145 100.0 100.0 100.0
pernah

iii) Dapatan daripada tinjauan secara kualitatif dimana responden dikehendaki memberi
jawapan secara bertulis. Data ini menguatkan lagi data soal selidik di atas.

156

Jadual 10 :

Bil Soalan Jawapan/Analisa

1. Lihat dimana? Tv,media,kompleks falak khawarizmi,kolej

lama,majalah,buku,internet,muzium, pameran artifak msjid

Melaka,

2. Namakan alat Tak ingat,selstan,RUBU,falak klasik,

3. Bidang apa? Pergerakan matahari/bulan,astrologi/geografi,ilmu

falak,kehadiran anak bulan,matematik,art,fizik,kejuruteraan

awam,

4. Fungsi alat? Lukisan kejuruteraan,menentukan koordinat,tentukan arah

kiblat,kira haribulan,ukur pergerakan matahari,ukur jarak,utk

buat graf,kira tinggi byg2,ukur diameter,

5. Pernah guna? 100% tidak pernah guna

6. Ingin kuasai? Untuk tambah ilmu, alat ini Nampak menarik,alat yang

kenapa unik,nak tahu,mahu mendalami alat ini,nk cuba alat ni,minat

astronomi,nak tahu cara guna,mcm best,sbb ia npk hebat & bole

guna utk ssuatu bidang,nk tahu bentuk dan cara guna,nk cuba

benda baru,pgtahuan am,nk ambik tau je,nk blajar ttg cara nk

guna alat ini,utk kepuasan diri sendiri,

9.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Memberi pendedahan dan pengetahuan asas mengenai peralatan falak tradisional melalui
latihan atau kursus dan bengkel kepada semua guru / tenaga pengajar di kolej-kolej Kementerian
Pendidikan Malaysia dan Kolej kerajaan negeri.

silibus atau modul aktiviti yang standard kepada semua Persatuan Ko-Kurikulum dan Ko-
Akademik yang berkaitan dengan AstroSains-Falak-syarie (seperti Persatuan Sains-Matematik,
Geografi, Fizik, Pengakap, Pandu Puteri, Puteri Islam, Persatuan Agama dan sebagainya).

Menjadikan Rubu’ Mujayyab serta peralatan falak-astronomi tradisional yang lain (Tongkat
Istiwa’, Sundial, Asturlab, Sekstan) sebagai sebahagian alat pembelajaran ilmu Astrosains-falak-
syarie di kolej-kolej yang menawarkan subjek dan persatuan yang berkaitan.

157

Mewujudkan komuniti falak dan memuatnaik laman pembelajaran maya (Frog VLE) yang
berkaitan dengan pembelajaran ilmu falak-astronomi sebagai sokongan kepada dasar ICT negara bagi
Kementerian Pendidikan Malaysia dan sebagai laman rujukan guru,pelajar dan ibubapa yang berminat
dan prihatin.

Menaiktaraf lanskap kolej kepada laman pembelajaran luar bilik darjah dengan mendirikan
replika peralatan falak tradisional (Rubu’ Mujayyab, Tongkat Istiwa’ dan Jam Matahari/ sundial) atau
sekurang-kurang wujud alatalat falak ini di musolla/ surau kolej atau di galeri sejarah kolej.

Institusi agama (surau, masjid, madrasah dan lain-lain) memberi ruang pengajian agama
berasaskan ilmu falak kepada masyarakat setempat supaya penyebaran ilmu fardu kifayah ini semakin
meluas.

10. RUMUSAN & REFLEKSI

Pembelajaran dan pengajaran ilmu falak-astronomi akan menjadi lebih seronok dan memberi
impak kepada warga kolej apabila penggunaan peralatan falak tradisional di beri penekanan dan
keutamaan. Pemahaman terhadap asas ilmu pengetahuan (pengiraan dan cerapan) membolehkan
warga kolej memperoleh kecekapan dan kemahiran seterusnya menjana idea kreatif dan inovatif.
Keunggulan Rubu’ Mujayyab sebagai alat cerapan dan pengiraan memberi makna kepada warga kolej
apabila di aplikasi secara bersungguh dan istiqamah oleh pengguna dan pengamal.

Latihan atau kursus dan bengkel perlu diperluaskan di pelbagai peringkat agar pengetahuan,
pemahaman dan penggunaannya di pertingkatkan serta disebarluaskan ke semua warga kolej dan
masyarakat melalui program yang diatururus oleh pihak bertanggungjawab dan NGO yang prihatin.

RUJUKAN
1. Nota Falak Ustaz Hj Hanafiah Abd. Razak (2010), Muqaddimah fi makrifati An Naasir li Rubu’il
Mujjayab Wa qaidatu istiqmalah (Pendahuluan Pada Mengenali unsur-unsur bagi Rubu’ Mujayyab
dan Kaedah Penggunaannya), 2010, Jabatan Mufti Johor.
2. Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, Risalah fi al- A’ amali bil Rubu al-Mujayyab,
1880- an,
3. Hj Abdul Rahman bin Salleh, Qawaidul Miqat bil Rubu’ il Mujayyab, 1959, (kaedah hitungan
waktu dan arah qiblat menggunakan Rubu’ mujayyab – 3 jilid, 1959-1963), Adat Istiadat Melayu
Kelantan.
4. Abd Latif Juffri, Masorindah Mohd Masry, 40 Tokoh Ulama’ Johor (siri pertama), 2012, Majlis
Agama Islam Johor

5. Yadi Setiadi Al Dal-Duly, Rubu Al Mujjayab Praktis dan Teoritis.

6. Penyelidikan Ilmu Falak di IPTA, (2009). USM.

7. Zainol Abidin A. R., 2006, Konsep Penentuan Waktu Solat dan Arah Qiblat di Angkasa, Seminar
Islam dan Kehidupan di Angkasa.

158

8. Azizan Razak. (2011). Kertas kajian tentang Rubu’ Mujayyab dalam kalangan pelajar dan guru
Sekolah Agama Negeri Johor.
9. Mohd. Najib Ghafar (2009). “Reka Bentuk Soal Selidik Pendidikan”. Johor : Universiti Teknologi
Malaysia
10. Kreijie & Morgan (1970). EDUCATIONAL AND PSYCHOLOGICAL MEASUREMENT.
DETERMINING SAMPLE SIZE FOR RESEARCH ACTIVITIES

159


Click to View FlipBook Version