Pengerusi SIDANG REDAKSI CSL BAHASA MELAYU SPM
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH
: Dr.Mistirine Radin
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah
Timbalan Pengerusi : Abidin bin Marjan
Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah
Penyelaras : Aljanah Mohamed
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Editor : Juilis Mokujal
Guru Cemerlang Bahasa Melayu
SMK. Narinang, Kota Belud
Panel Penulis : Juilis Mokujal
Pereka Grafik Guru Cemerlang Bahasa Melayu
SMK. Narinang, Kota Belud
Sulaiman bin Hj. Suhaili
SMK. Pengiran Omar II, Sipitang
Halina Jumaring
SMK. Taman Tun Fuad, Kota Kinabalu
: Sulaiman bin Hj. Suhaili
SMK. Pengiran Omar II, Sipitang
i
SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG
Yang Berbahagia Dr. Mistirine Radin
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah
Salam sejahtera kepada semua pendidik dan calon SPM di
negeri Sabah.
Sabah Hebat!
Katakan Tidak Kepada Nombor 16.
Kita bersyukur kepada Tuhan kerana dengan keizinan dan
limpah-Nya, Modul CSL Bahasa Melayu dapat dihasilkan.
Oleh itu, saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Unit Bahasa, Sektor
Pembelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan panel penulis Modul CSL atas
komitmen dalam menghasilkan modul yang sangat bermanfaat ini.
Prakarsa penghasilan modul ini merupakan Projek Peningkatan Prestasi Bahasa
Melayu SPM Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang bertujuan untuk memenuhi hasrat
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) supaya setiap murid memperoleh keputusan
yang terbaik dalam peperiksaan. Atas keperluan tersebut, Jabatan Pendidikan Negeri
Sabah telah melaksanakan program bersama dengan semua Ketua Panitia Bahasa
Melayu Menengah Sabah pada 9 Jun 2020 yang lalu untuk menghasilkan modul
pengajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam PdP dan mampu memugar
kecemerlangan murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Impak daripada program tersebut, tiga modul yang dihasilkan iaitu Modul
Mandiri (calon cemerlang), Modul JUS (calon sederhana) dan Modul Motamim (calon
lemah) oleh panel penulis yang terdiri daripada Guru Cemerlang, Pegawai SISC+,
Ketua Bidang Bahasa, Ketua Panitia Bahasa Melayu dan Pemeriksa Kertas Bahasa
Melayu SPM akan digunakan secara maksimum untuk memastikan mata pelajaran
Bahasa Melayu mencatat keputusan cemelang dalam SPM pada tahun ini.
Oleh itu, saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada panel
penulis modul kerana berusaha gigih sehingga dapat menghasilkan Modul CSL Bahasa
Melayu SPM. Saya berharap setiap guru di Sabah dapat memanfaatkan modul ini
dalam PdPc masing-masing. Melalui kesungguhan dan komitmen semua guru Bahasa
Melayu, saya pasti prestasi Bahasa Melayu terus dipacu ke arah kecemerlangan.
Sekian dan selamat maju jaya.
ii
SETINTA KATA
Tuan Haji Abidin bin Marjan
Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam Sabah Hebat!
Katakan Tidak Kepada Nombor 16.
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
kurnia dan izin-Nya, kita diberikan kekuatan dan kesihatan
untuk menggalas tanggungjawab hakiki dengan penuh
dedikasi. Program Peningkatan Akademik Pengarah bersama Ketua Panitia Bahasa
Melayu Sekolah Menengah pada bulan Jun lepas telah dapat dizahirkan melalui Modul
CSL Bahasa Melayu dapat dihasilkan. Oleh itu, saya merakamkan setinggi-tinggi
tahniah kepada Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan
panel penulis Modul CSL atas inisiatif menghasilkan modul ini.
Dalam peperiksaaan SPM tahun lepas, KPM telah mengetengahkan isu
pencapaian murid yang gagal dalam peperiksaan SPM walaupun 11 tahun berada dalam
alam persekolahan. Salah satu punca kegagalan murid yang dikenal pasti ialah murid
tidak dapat menjawab dengan baik soalan peperiksaan Bahasa Melayu sama ada Kertas
1 dan Kertas 2. Murid juga dikenal pasti tidak menguasai cara memahami teks serta
teknik menjawab soalan dengan betul. Oleh yang demikian, untuk membantu murid
lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM maka Modul Mandiri (Calon
Cemerlang), Modul JUS (Calon Sederhana) dan Modul Motamim (Calon Lemah)
dihasilkan untuk memenuhi keperluan pembelajaran murid di negeri Sabah.
Modul Mandiri ini sangat relevan digunakan oleh guru dan murid sebagai bahan
latih tubi berfokus menjelang peperiksaan SPM pada tahun ini. Saya berharap agar
pihak yang berkenaan baik guru mahupun murid dapat memanfaatkan modul ini
dengan sebaik mungkin demi meningkatkan prestasi subjek Bahasa Melayu dalam
peperiksaan SPM bagi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
Oleh itu, saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih dan tahniah
kepada panel penulis modul kerana berusaha gigih sehingga dapat menghasilkan Modul
CSL Bahasa Melayu SPM. Modul ini diharapkan dapat membantu guru dalam proses
pembelajaran dan pemudahcaraan seterusnya dapat melonjakkan prestasi murid dalam
peperiksaan awam khasnya SPM.
Sekian dan selamat maju jaya.
iii
DARI MEJA EDITOR
Pencapaian murid dalam peperiksaan SPM khususnya
bagi mata pelajaran Bahasa Melayu perlu dipertingkat
melalui pelbagai pendekatan yang kreatif dan inovatif
untuk memastikan setiap murid mencapai keputusan yang
cemerlang. Malangnya, apabila keputusan diumumkan
bilangan murid yang mendapat A+ kurang memuaskan.
Oleh itu, cetusan idea Dr. Mistirine Radin (Pengarah
Pendidikan Negeri Sabah) untuk menghasilkan modul
pengajaran untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti
pencapaian murid bagi subjek Bahasa Melayu amat perlu
dihasilkan.
Modul MANDIRI yang dihasilkan oleh panel penulis merupakan modul latih
tubi berfokus yang dihasilkan khusus untuk membantu calon cemerlang meraih Bahasa
Melayu A+ dalam peperiksaan SPM 2020. Modul ini merangkumi soalan Rumusan
dan Pemahaman, KOMSAS, Tatabahasa dan Novel sebagai bahan latih tubi berfokus.
Bahan latih tubi yang disediakan oleh panel penulis pastinya membantu murid
cemerlang untuk membuat ulang kaji kendiri dan menggunakan bahan tersebut dalam
sesi perbincangan bersama rakan yang lain.
Dari aspek teknikalnya, modul Motamim menepati standard peperiksaan SPM
sebenar kerana modul ini dihasilkan oleh guru berpengalaman sebagai pemeriksa,
penggubal soalan dan jurulatih utama Bahasa Melayu di peringkat negeri dan
kebangsaan. Semoga Modul Mandiri memudahkan PdP rakan guru dan seterusnya KPI
Bahasa Melayu JPN Sabah mencapai prestasi cemerlang pada tahun ini. Melalui usaha
yang bersungguh-sungguh, komitmen dan kerjasama semua guru Bahasa Melayu, ibu
bapa dan calon SPM sudah pasti kecemerlangan mampu diraih pada tahun ini.
Salam hormat.
Sabah Hebat! Katakan Tidak Pada Nombor 16.
JUILIS MOKUJAL
GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU
SMK. NARINANG, KOTA BELUD SABAH.
iv
BIL KANDUNGAN MUKA
SURAT
1 Sidang Redaksi CSL Bahasa Melayu SPM
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah i
2 Sekapur Sirih Seulas Pinang ii
3 Setinta Kata iii
4 Dari Meja Editor iv
5 Bahagian A: 1 – 20
Rumusan dan Pemahaman Petikan Umum
6 Bahagian B: 21 – 61
Pemahaman Petikan Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu
(KOMSAS)
7 Bahagian C: 62 – 112
Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
8 Bahagian D : Novel 113 – 116
9 Penghargaan
10 Biodata Panel Penulis 117
118
v
BAHAGIAN A
RUMUSAN & PEMAHAMAN PETIKAN UMUM
vi
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
SOALAN 1 : RUMUSAN & PEMAHAMAN PETIKAN UMUM
Praktis 1
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan
menyertai aktiviti kesukarelawan dan langkah-langkah mempergiat penyertaan dalam
kalangan masyarakat. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Kesukarelawan biasanya difahami sebagai aktiviti yang tidak dibayar iaitu seseorang
meluangkan masa mereka secara bebas untuk membantu organisasi atau individu yang
bukan saudara mereka. Sukarelawan perlu mempunyai minat dan komitmen yang
tinggi terhadap kerja-kerja sukarela. Namun, tahap kesedaran masyarakat Malaysia
terhadap program sukarelawan perlu diberi perhatian sewajarnya kerana tanpa
pengetahuan, pendedahan dan sokongan masyarakat setempat pastinya tidak memenuhi
matlamat serta objektif utama, iaitu melahirkan masyarakat yang berempati.
Antara faktor pendorong bagi masyarakat Malaysia untuk membabitkan diri
dengan aktiviti kesukarelawanan adalah mendapat pengalaman baharu. Aktiviti ini
dapat menambah kecenderungan peserta dalam usaha memperkayakan ilmu pengetahuan
berdasarkan pengalaman yang diperoleh. Selain itu, mereka juga dapat memupuk
budaya bekerjasama, semangat berkumpulan dan mengikis sikap pentingkan diri.
Ketika terlibat dengan aktiviti-aktiviti kesukarelawanan, mereka sebenarnya berhadapan
atau bergaul dengan pelbagai orang hebat yang baru dikenali justeru mereka dapat
meluaskan jaringan kenalan dari pelbagai latar belakang. Sukarelawan boleh bergaul
secara baik melalui aktiviti-aktiviti ini kerana semua yang terlibat adalah insan-insan
hebat yang sanggup menyumbang tenaga dan bakti tanpa mengharap balasan.
Keikhlasan dalam aktiviti kesukarelawan memberikan kepuasan menerusi amalan
kebajikan, Kepuasan inilah yang akan membantu individu menperoleh perasaan bahagia
dan dalam tak sedar dapat melupakan tekanan untuk sementara waktu dan rasa bosan
yang dialami.
Sungguhpun tahap pembabitan masyarakat Malaysia memuaskan terhadap
semangat kesukarelawanan, tidak semua berpeluang untuk terbabit. Malah ramai yang
tidak mengetahui wujudnya aktiviti kesukarelawan di sekeliling mereka. Masyarakat
tidak menyedari bahawa aktiviti ini sebenarnya dapat membina keyakinan diri dalam
menyelesaikan masalah. Hal ini demikian kerana para sukarelawan perlu menampilkan
keyakinan dan sikap yang sentiasa berusaha menjalankan sesuatu dengan cara yang
terbaik. Malah untuk menjadi seorang sukarelawan yang berkualiti, mereka mestilah
mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap sesuatu tugas yang diberikan Secara tidak
langsung, sukarelawan ini mampu meningkatkan kebolehpasaran kerjaya mereka selepas
tamat pengajian sekiranya sukarelawan ini terdiri daripada mahasiswa-mahasiswa yang
masih menuntut di menara gading.
1
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Tuntasnya, pihak penganjur sama ada kerajaan atau swasta perlu memainkan
peranan dalam usaha mempergiatkan lagi komitmen mereka dalam memupuk semangat
kesukarelawanan masyarakat. Melalui aktiviti seumpama ini maka lahirlah individu
yang bertanggungjawab terhadap isu-isu sosial yang melanda masyarakat. Oleh itu,
Hari Kesukarelawanan Malaysia diharap dapat diteruskan pada setiap tahun kerana kita
perlu meningkatkan lagi kesedaran tentang kepentingan khidmat kesukarelawanan demi
pembangunan masyarakat setempat.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Program Kesukarelawan Wajar Diperhebat’
oleh Vellapandian Ponnusamy Berita Harian, Jun 2020)
Berdasarkan petikan Prakis 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata menambah kecenderungan. [2 markah]
(ii) Ciri-ciri seorang sukarelawan berkualiti ada dinyatakan oleh pengarang dalam
petikan.
Nyatakan ciri-ciri tersebut? [3 markah]
(iii) Aktiviti kesukarelawanan masih belum mendapat sambutan yang menggalakkan
kerana kurangnya kesedaran dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang proaktif untuk meningkatkan
kesedaran masyarakat terhadap aktiviti-aktiviti tersebut? [4 markah]
Praktis 2
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang peranan guru
dalam membantu murid miskin dan akibat pengabaian murid miskin di sekolah.
Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Saban tahun, setiap sekolah menyaksikan enrolmen murid daripada latar belakang status
sosioekonomi yang berbeza. Dalam hal ini, seseorang murid mungkin berasal daripada
keluarga kelas bawahan, kelas menengah mahupun kelas atasan. Perbezaan kelas sudah
pasti membawa perbezaan dalam pola asuhan dan didikan oleh ibu bapa dalam
persekitaran keluarga. Walaupun pendidikan adalah saksama bagi setiap murid dan
setiap murid harus dilayan secara adil dan seimbang, namun murid yang berasal
daripada latar belakang keluarga yang miskin perlu diberi perhatian yang lebih oleh guru
akibat kurangnya perolehan sumber dalam kalangan keluarga tersebut.
Murid daripada latar belakang keluarga miskin hadir ke sekolah dengan nilai
harga diri yang rendah, sikap terserah kepada takdir, berasa rendah diri, putus asa dan
2
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
tahap keyakinan yang tidak menentu. Sehubungan dengan itu, guru perlu mengambil
inisiatif yang lebih untuk mendekati murid yang miskin. Sentuhan magis guru mampu
menjadi perangsang kepada murid untuk menyerlahkan potensi diri mereka. Guru juga
perlu membuang sikap terserah kepada takdir akibat kemiskinan yang kuat bertapak
dalam diri murid berkenaan. Selain itu, guru hendaklah mengubah corak pemikiran
murid untuk menukar kemiskinan menjadi satu senjata yang berupaya membangunkan
potensi diri dan memperoleh kejayaan.
Interaksi yang positif dan konsisten antara guru dan murid amat penting bagi
membina keyakinan yang tinggi dalam diri murid miskin. Idea yang disampaikan oleh
guru mampu membuka mata murid untuk melihat jauh ke hadapan tentang perjalanan
hidup berpaksikan ilmu. Bukan itu sahaja, guru juga perlu mengajak murid untuk
melihat pendidikan sebagai satu elemen penting bagi membebaskan diri daripada
kepompong kemiskinan yang diwarisi oleh keluarga. Keprihatinan para guru dalam
menyemarakkan kasih sayang terhadap anak didik mampu membolehkan sekolah
dilihat sebagai ‘syurga ilmu’. Oleh itu, guru perlu memahami keperluan murid miskin
dari segi kewangan dan keperluan persekolahan agar tiada kekurangan bagi golongan ini
dalam soal menuntut ilmu.
Seterusnya, guru juga perlu menjadi tempat untuk murid berkongsi masalah dan
mempelajari kemahiran penyelesaian masalah. Sikap empati guru amat perl untuk
membolehkan mereka melihat setiap perkongsian murid dari sudut pandangan murid
dan persekitaran budaya yang mendukung pemikiran murid tersebut. Kemiskinan tidak
seharusnya menjadi satu faktor penghalang kepada murid untuk membuktikan
kecemerlangan mahupun kemenjadian murid di sekolah justeru nilai kepercayaan yang
rendah terhadap pendidikan dalam kalangan murid perlu dikikis dari peringkat akar
umbi. Murid yang dibelenggu kemiskinan perlu dikenal pasti dan dipimpin dengan baik
agar mereka sedar akan potensi diri masing-masing untuk berdiri sama tinggi dan duduk
sama rendah dengan murid lain.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Dekati Murid daripada Keluarga Miskin’,
oleh Suresh Kumar N.Vellymalay Pendidik, Mei 2019)
Berdasarkan petikan Praktis 2 jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata mengambil inisiatif. [2 markah]
(ii) Pengarang berpendapat bahawa murid yang berasal dari keluarga yang miskin
menampilkan sikap-sikap yang negatif.
Nyatakan sikap-sikap tersebut. [3 markah]
3
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
(iii) Kepelbagaian latar belakang murid di sekolah menjadi cabaran yang besar kepada
para guru untuk mengambil tahu tentang permasalahan yang dihadapi oleh anak
didik mereka.
Pada pendapat anda, apakah kesan baik sikap kepedulian guru terhadap murid-
murid yang bermasalah di sekolah?
[4 markah]
Praktis 3
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha
membentuk peribadi remaja yang unggul dan punca-punca kebejatan sosial dalam
kalangan remaja. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Zaman remaja merupakan zaman yang paling mencabar yang perlu ditempuh oleh
setiap insan, sebelum bergelar insan dewasa. Perubahan demi perubahan ini
menyebabkan sesetengah remaja itu keliru dan tertekan, sehingga mengakibatkan
mereka mengalami kecelaruan dalam segenap aspek kehidupan. Hal ini mengakibatkan
sesetengah remaja cenderung untuk melakukan perkara di luar jangkaan, termasuklah
memberontak, mengingkari arahan ibu bapa, dan menghadapi masalah. Oleh itu,
remaja haruslah sentiasa berpandangan jauh dan berfikiran positif dalam melakar titik
permulaan untuk menjadi seorang yang berkepemimpinan.
Zaman remaja merupakan zaman yang paling kritikal dan juga berharga. Hal ini
dikatakan demikian kerana zaman ini penuh dengan cabaran dan juga kegemilangan.
Oleh hal yang demikian, remaja seharusnya tidak mensia-siakan usia remaja mereka
dengan perkara yang negatif, bahkan perlu diisi sebaik-baiknya dengan perkara yang
dapat membentuk pemikiran yang kritis dan keperibadian yang mulia. Remaja wajar
menguruskan masa dengan bijak supaya setiap saat yang berlalu ada manfaatnya kepada
diri. Sesungguhnya masa yang berlalu tidak akan kembali, begitu juga dengan usia
remaja yang hadir hanya sekali dalam seumur hidup. Dalam hasrat untuk membentuk
pemikiran dan keperibadian yang terpuji, remaja perlu berusaha mempelajari ilmu
agama dengan bersungguh-sungguh agar hasrat tersebut tercapai. Golongan remaja yang
berpendidikan agama sering mendekatkan diri kepada Tuhan dengan mentaati segala
arahan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Melalui pembelajaran ilmu agama yang
lebih mendalam, sudah tentunya remaja mendapat input yang berguna untuk
dipraktikkan dalam kehidupan.
Ajaran agama juga menuntut remaja mentaati kedua-dua ibu bapa selagi
ketaatan tersebut tidak menyalahi hukum-hakam agama bagi membentuk pemikiran dan
perwatakan yang mulia. Hargailah segala pengorbanan dan penat lelah ibu bapa yang
berusaha untuk membesarkan anda bagai menatang minyak yang penuh. Di samping
itu, dalam usaha menuntut ilmu di sekolah, para remaja hendaklah menghormati guru
pada setiap masa. Penat lelah guru-guru dalam mendidik tidak patut dilupakan. Malah
4
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
ilmu yang diterima akan menjadi lebih berkat dengan memuliakan mereka. Kebijaksaan
dalam memilih rakan pergaulan juga penting dalam melahirkan remaja yang baik.
Tidak dapat dinafikan bahawa sikap dan perlakuan rakan dapat mempengaruhi
rakannya yang lain justeru pengaruh yang baik pasti mencetuskan emosi dan rohani
yang seimbang dalam diri remaja.
Secara tuntasnya, usaha pembentukan akal dan sahsiah yang terpuji dalam
kalangan remaja memerlukan komitmen yang tinggi oleh remaja itu sendiri. Remaja
sewajarnya konsisten dalam usaha mencapai cita-cita tanpa mengenal erti putus asa.
Hal ini amat penting bagi melahirkan remaja yang mampu berdepan dengan dunia hari
ini yang penuh dengan pancaroba. Remaja merupakan pewaris negara, dan negara
memerlukan pewaris yang mempunyai pemikiran dan perwatakan yang terpuji untuk
mencorak pentadbiran negara pada masa hadapan.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sahsiah Remaja Cerminan Masa Depan Negara’
oleh Muhammad Lutfi Zahid Dewan Siswa, Jun 2018)
Berdasarkan petikan Praktis 3, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata mengalami kecelaruan. [2 markah]
(ii) Pengarang mengungkapkan beberapa implikasi pendidikan agama dalam
kehidupan seseorang remaja.
Apakah implikasi-implikasi tersebut? [3 markah]
(iii) Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk peribadi remaja
yang mulia.
Jelaskan pendapat anda tentang tanggungjawab-tanggunjawab ibu bapa dalam
melahirkan remaja yang berguna kepada agama, bangsa dan negara?
[4 markah]
Praktis 4
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang khasiat biji
guarana dan cara-cara mempopularkannya dalam kalangan masyarakat. Panjangnya
rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pokok guarana atau Paullina Cupana bukanlah pokok yang sangat popular dalam
kalangan masyarakat. Pokok herba ini berasal dari tempat asal pokok getah, iaitu Brazil.
Secara biasanya, pokok guarana tumbuh hingga 12 meter tinggi. Buahnya berwarna
merah terang seperti biji saga. Bijinya kelihatan timbul keluar apabila masak dan
kelihatan seakan-akan mata apabila dilihat daripada jarak yang jauh. Biji guarana yang
5
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
dipetik dijemur sebelum dibakar dan ditumbuk menjadi serbuk. Serbuk ini sering
dijadikan sebagai sumber makanan bagi orang asli yang memasuki hutan belantara
untuk mengekalkan tenaga dan merencatkan nafsu makan.
Serbuk biji guarana dikatakan dapat mengubati cirit-birit dan ketidakselesaan
perut. Selain itu, biji guarana juga mengandungi selenium, iaitu bahan penting yang
bertindak sebagai antioksidan yang penting untuk mencegah punca kanser. Banyak
kajian saintifik dilakukan untuk mengkaji keberkesanan biji guarana sebelum
dikomersialkan dengan meluasnya. Berdasarkan kajian saintifik, pokok guarana
mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Estrak pokok guarana menunjukkan tindak
balas positif untuk mencegah dan mengawal jangkitan penyakit. Oleh itu, sebelum
dijadikan sebagai produk, pelbagai ujian dilakukan termasuklah uji kaji kesan guarana
terhadap haiwan di makmal. Uji kaji toksikologi mendapati bahawa ekstrak guarana
tidak mengandungi toksik walaupun pada dos yang tinggi justeru guarana digunakan
dalam program pengurangan berat badan kerana membantu meningkatkan kadar
metabolisme di dalam badan.
Kopi guarana popular dalam kalangan atlet kerana membantu membentuk tubuh
badan yang ideal di samping meningkatkan stamina bagi setiap acara sukan yang
disertai. Kandungan kafein yang tinggi dalam kopi guarana dikatakan berkesan untuk
melegakan sakit kepala jenis hipnik. Walau bagaimanapun, kadar pengambilan kafein
yang terlalu tinggi bagi tempoh yang lama menyebabkan pengambilnya diserang sakit
kepala jika tidak mengambil kafein secara tiba-tiba. Jika kopi yang terlalu banyak kafein
diambil, pengambilnya akan sukar tidur dan kekal aktif pada sepanjang malam. Selain
itu, biji guarana yang mengandungi antioksidan dan antibakteria yang tinggi berupaya
membantu badan melawan radikal bebas di dalam badan. Kajian Basile pula mendapati
bahawa ekstrak etanol biji guarana dapat merencatkan bakteria yang sering menjangkiti
kornea mata dan paru-paru. Hasil penemuan ini secara tidak langsung menambahkan
lagi agen antibakteria semula jadi yang banyak dalam pasaran.
Tuntasnya, banyak lagi rahsia guarana yang masih belun ditemukan dan
memerlukan kajian lanjut. Pihak kerajaan dan swasta seharusnya membantu para
pengusaha kopi guarana agar mereka berdaya saing dengan jenama-jenama kopi yang
lain. Usaha yang bersepadu ini bukan sahaja meningkatkan produktiviti pengusaha kopi
guarana malah pendapatan negara juga akan bertambah sekali gus meningkatkan
ekonomi negara. Pengkomersialan kopi guarana sangat perlu supaya rakyat terus
menikmati keenakan dan khasiat semula jadi kopi tersebut.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Biji Guarana Berkhasiat’
oleh Mohd. Nasir Mat Nor Dewan Kosmik, Disember 2017)
6
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Berdasarkan petikan Praktis 4, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata meningkatkan produktiviti. [2 markah]
(ii) Pengarang turut menyebutkan kesan pengambilan kopi berkafein secara berlebih-
lebihan.
Nyatakan kesan-kesan tersebut. [3 markah]
(iii) Khasiat tumbuh-tumbuhan herba tidak diketahui oleh generasi muda kini
menyebabkan mereka terlalu bergantung kepada perubatan moden apabila terkena
penyakit.
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk memperkenalkan khasiat
tumbuhan herba kepada masyarakat kini?
[4 markah]
Praktis 5
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha
menangani perumahan terbengkalai dan kesan kegagalan pemaju menyiapkan projek
perumahan. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Setiap tahun masalah projek perumahan terbengkalai sentiasa menjadi isu yang hangat
diperkatakan. Isu ini memang sudah dibahaskan, seolah-olah tiada jalan penyelesaian
untuk merungkaikan permasalahan ini. Berdasarkan laporan terbaru daripada
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KKBPKT),
kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM219.5 juta untuk
memulihkan 32 projek rumah terbengkalai demi manfaat 5079 orang pembeli yang
terlibat ekoran kegagalan pihak pemaju menyiapkannya.
Kerajaan sememangnya prihatin dengan masalah dan bebanan yang terpaksa
ditanggung oleh pembeli rumah yang terbabit dengan projek terbengkalai. KKBPKT
telah mengambil pelbagai inisiatif, termasuklah memperkenalkan konsep bina kemudian
jual. Selain itu, KKBPKT juga mengambil peranan sebagai pemudah cara untuk
menjalankan rundingan dengan semua pihak yang berkepentingan seperti pembeli
rumah, pembiaya, tuan tanah dan pemaju. Langkah ini diambil dengan tujuan untuk
mencari kaedah yang terbaik bagi memulihkan projek perumahan terbengkalai.
KKBPKT juga memperketat prosedur pengeluaran lessen pemaju perumahan dengan
mengutamakan aspek keupayaan kewangan pemaju. Di samping itu, penguatkuasaan
Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 dan Peraturan-peraturan
yang berkaitan, terutamanya dari aspek prestasi pemaju perumahan berlesen turut
ditekankan oleh KKBPKT. Berkaitan dengan hal ini, pemaju yang terbukti melanggar
akta dan peraturan akan dikenakan tindakan tegas melalui pendakwaan, kompaun, di
7
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
samping menyenaraihitamkan pemaju perumahan dan pengarah syarikat serta menahan
permit iklan dan jualan serta membekukan pengeluaran Akaun Pemajuan Perumahan
(HAD).
Pada masa yang sama, pengawasan projek perlu dipantau secara berterusan oleh
pihak berwajib. Setiap pemaju dikehendaki mengemukakan laporan kemajuan fizikal
projek setiap enam bulan sekali. Selain lawatan ke tapak kerja diadakan dari semasa ke
semasa, kawalan terhadap HAD dan penyata kewangan beraudit syarikat
dipertingkatkan. Sekiranya pemaju gagal mengemukakan laporan penyata kewangan
beraudit, mereka akan didakwa di mahkamah. Sementara itu, jika kedudukan
kewangan pemaju didapati tidak kukuh untuk meneruskan projek, pemaju akan
dipanggil untuk berbincang dan mengambil langkah sesuai bagi menyelesaikannya.
Terdapat juga kes yang memperlihatkan ada pihak bank seolah-olah turut bersubahat
dengan pihak pemaju untuk menipu pelanggan mereka. Dalam hal ini, ada pihak
mencadangkan supaya kerajaan mengenakan tindakan terhadap mana-mana bank yang
membantu pemaju memperdayakan pembeli rumah.
Sehubungan dengan itu, pihak bank seharusnya memainkan peranan yang
proaktif dalam pemilihan panel pemaju perumahan mereka. Sekiranya hendak menjadi
bank yang baik, berwibawa, berkredibiliti tinggi, maka pastikan panel pemaju
perumahan bank ialah pemaju yang bertauliah. Pembeli rumah pula harus memastikan
pemaju yang dipilih mempunyai rekod yang baik. Langkah yang lebih berwaspada
ketika mahu membeli rumah dapat mengelakkan pembeli terjebak dengan projek
perumahan terbengkalai yang mengundang bahana.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Tangani Isu Rumah Terbengkalai’
oleh Ahmad Muaz Izuddin Dewan Ekonomi, Oktober 2017)
Berdasarkan petikan Praktis 5, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata mengundang bahana. [2 markah]
(ii) Pengarang ada mengungkapkan cara pihak berwajib membuat pemantauan
terhadap pemaju perumahan agar projek mereka tidak tergendala.
Apakah cara-cara tersebut? [3 markah]
(iii) Pembangunan perumahan yang tidak dirancang secara sistematik akan
mengundang pelbagai kesan yang boleh mengancam kesejahteraan hidup manusia.
Jelaskan pendapat anda tentang kesan-kesan negatif akibat pembangunan yang
tidak terancang?
[4 markah]
8
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 6
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis satu rumusan tentang faktor-faktor
rakan sebaya menjadi agen kawalan sosial remaja dan ciri-ciri rakan sebaya yang
baik. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Rakan sebaya dalam kalangan remaja ialah kumpulan remaja yang sama dari segi
umur, pendidikan, kelas sosial, dan minat. Oleh sebab kelompok ini suka menghabiskan
masa bersama-sama, maka rakan sebaya dilihat mampu menjadi agen kawalan sosial
remaja dalam keadaan negara pada hari ini yang berhadapan dengan pelbagai masalah
sosial remaja. Selain keluarga, rakan sebaya juga ialah pihak yang paling dekat dengan
remaja. Mereka dapat bertindak sebagai pengganti apabila hubungan remaja dengan ibu
bapa tidak berada dalam keadaan baik. Oleh sebab mempunyai julat umur yang sama,
rakan sebaya menjadi tempat untuk remaja meluahkan perasaan kerana dianggap dapat
memahami emosi mereka, selain menjadi tempat untuk remaja mengadu nasib serta
berkongsi susah senang dalam kehidupan.
Selain itu, rakan sebaya juga berperanan sebagai model sosial apabila rakan
mereka dijadikan panduan untuk menilai diri sendiri. Lantaran itu, rakan sebaya harus
mempamerkan teladan yang baik kepada rakan-rakan untuk menarik perhatian mereka
ke arah kelakuan yang bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana golongan remaja
cenderung untuk meniru tingkah laku rakan sebaya yang popular. Contohnya, rakan
sebaya yang sentiasa berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum secara tidak
langsung akan mendorong rakan-rakan lain untuk berusaha dengan lebih gigihnya
supaya mereka juga berpeluang untuk berjaya seperti dirinya. Rakan sebaya juga
dijadikan suri teladan sosial apabila remaja gemar meniru tingkah laku rakan sebaya
kerana mereka berasakan bahawa peniruan itu membuktikan kebersamaan mereka
sebagai satu kumpulan.
Peranan rakan sebaya sebagai agen peneguhan juga tidak dapat disangkal apabila
mereka dapat memberikan sokongan kepada rakan lain untuk bangun semula selepas
berhadapan dengan sesuatu masalah atau kegagalan dengan mengambil langkah yang
positif untuk menyelesaikan masalah tersebut. Walaupun rakan sebaya tidak dapat
menyelesaikan masalah tersebut, memadai bagi remaja apabila mendapat sokongan
yang positif dalam bentuk senyuman, bantuan, pujian, dan sebagainya. Sahabat atau
rakan sebaya dalam kehidupan juga dapat mencorakkan dimensi remaja seterusnya
dengan peranannya sebagai sumber motivasi yang baik. Walau bagaimanapun, dengan
mengambil kira rambut sama hitam, hati lain-lain, remaja perlu membuat pilihan yang
bijak sewaktu memilih rakan sebaya. Hal ini kerana kesilapan semasa memilih rakan
sebaya pasti akan mengakibatkan remaja terjebak dalam masalah keruntuhan akhlak.
Natijah buruk seperti gejala sosial pula akan terus berleluasa manakala masalah
kemerosotan disiplin tiada kesudahannya.
Sekiranya remaja bergaul dengan kumpulan rakan yang positif terhadap ilmu
pengetahuan, tidak mustahil rakan sebaya dapat mempengaruhi pencapaian akademik
9
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
yang baik melalui pergaulan yang sihat. Pengaruh negatif dalam kehidupan remaja
terhindar dengan adanya rakan sebaya sebagai pembimbing yang positif dan berkesan
untuk mempengaruhi rakan yang lain melakukan perkara-perkara yang berfaedah
dalam kehidupan remaja. Contohnya, rakan sebaya mendedahkan keburukan melepak
sambil merokok kepada golongan remaja. Rakan sebaya mencadangkan aktiviti yang
lebih bermanfaat seperti beriadah, yang baik untuk kesihatan dan kekuatan tubuh badan.
Pilihan yang tepat amat perlu kerana rakan sebaya bukan sahaja mampu memberikan
madu dan racun kepada remaja malahan rakan sebaya juga menjadi pengaruh dominan
kepada remaja yang rata-ratanya mencari identiti yang diingini untuk memenuhi
keperluan jiwa dan rohani mereka.
(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Rakan Sebaya Sebagai Agen Kawalan Sosial Remaja’
oleh Ahmad Muaz Izuddin Dewan Ekonomi, Oktober 2017)
Berdasarkan petikan Praktis 6, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata mencari identiti. [2 markah]
(ii) Dalam petikan, pengarang menjelaskan bahawa terdapat beberapa kesan jika
seseorang remaja itu melakukan kesilapan semasa memilih rakan sebaya.
Berikan kesan-kesan tersebut. [3 markah]
(iii) Setiap remaja memerlukan rakan sebaya yang baik untuk menjadikan kehidupan
mereka lebih bermakna.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya
anda berhadapan dengan rakan sebaya yang mempunyai sahsiah yang tidak baik?
[4 markah]
10
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 7
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis satu rumusan tentang kepentingan
pembelajaran menggunakan media elektronik dan kekangan yang dihadapi untuk
menggalakkan penggunaan media elektronik dalam pembelajaran. Panjang rumusan
anda mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Sudah menjadi trend kini bahawa mahasiswa sering menggunakan media massa
sebagai sumber dan kaedah pembelajaran mereka. Usaha ini jug seiring dengan
kewujudan tenaga pengajar yang memiliki sikap keterbukaan yang tinggi dengan
mendalami kemahiran-kemahiran baharu bagi mengaplikasikan pengajaran
berasaskan multimedia kepada pelajar mereka. Pada hakikatnya, pembelajaran yang
efektif merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang bukan sahaja hanya
memfokuskan hasil tujuan, namun proses pembelajaran yang efektif mampu
memberikan pemahaman yang baik, kecergasan, ketekunan serta mutu yang dapat
memberikan perubahan sikap, malah mampu mengaplikasikannya dalam kehidupan
mereka. Bagi mencapai matlamat wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat yang
bermaklumat dan berilmu, inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan teknologi dan
multimedia termasuk penggunaan melalui media elektronik perlu diperluas dalam
pembelajaran dan pengajaran mahasiswa.
Media elektronik mampu menjadikan pembelajaran seseorang mahasiswa itu
lebih efektif. Persaingan hebat masyarakat dunia dalam dunia abad ke-21 dan
perubahan ke arah masyarakat yang bermaklumat menimbulkan cabaran baharu kepada
institusi pendidikan. Oleh itu, pembelajaran melalui media elektronik dapat menjadi
inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan teknologi dan multimedia. Tambahan
pula, media elektronik berupaya menjadi alternatif yang dapat digunakan sebagai
pembelajaran efektif terhadap mahasiswa. Malaysia juga tidak mahu ketinggalan
dalam arus pembangunan ini, walaupun agak terlewat jika dibandingkan dengan negara
maju yang lain. Perkembangan alat teknologi melalui media elektronik ini juga dapat
mengubah corak pengajaran serta pembelajaran daripada tradisional kepada kaedah
yang lebih canggih. Antaranya, penggunaan alat tayangan projektor, paparan hablur
cecair, audio, video, televisyen, radio, komputer, buku elektronik, kamus elektronik,
perpustakaan digital dan Internet.
Dalam kehidupan seseorang mahasiswa, pembelajaran melalui media elektronik
amat penting bagi membantu mereka menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
pensyarah. Umum mengetahui bahawa komputer merupakan medium yang popular
pada era ini. Mereka memerlukan komputer untuk membuat tugasan dengan
menggunakan pelbagai perisian seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft
Powerpoint. Selain itu, pembelajaran sedemikan akan menjadikan mereka sebagai orang
yang kreatif dan mahir menggunakan persisian menarik yang terdapat dalam
komputer. Oleh itu, hasil tugasan mereka akan menjadi efektif dan lebih kemas.
Bukan itu sahaja, media elektronik juga mampu membantu mahasiswa membentuk
konsep dengan lebih mudah dan jelas. Kepelbagaian alat yang lahir daripada media ini
11
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
mampu menjadikan seseorang mahasiswa itu lebih fokus dalam pembelajaran di
samping mudah memahami sesuatu pengajaran. Sebagai contoh, tenaga pengajar yang
bersikap terbuka mampu bertindak sebagai penarik minat mahasiswa ketika sesi
pembelajaran berlangsung. Tambahan pula, pendekatan ini dapat mengatasi sifat
mahasiswa yang pasif menjadi mahasiswa yang proaktif dan progresif.
Konklusinya, jelaslah bahawa media elektronik turut mampu mewujudkan
pembelajaran efektif terhadap mahasiswa. Namun demikian, keberkesanan
penggunaan medium ini bergantung pada sikap keterbukaan warga pendidik.
Kekerapan penggunaan teknologi dalam elemen pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang oleh para pendidik adalah sangat penting untuk menjayakan aspirasi ini.
Warga pendidik menjadi nadi dan tulang belakang yang menjanakan keberkesanan
pendidikan secara keseluruhannya yang didapati kian banyak yang celik teknologi
maklumat. Perkembangan pesat dalam penggunaan media elektronik dalam
pembelajaran merupakan jalan yang cerah untuk pembelajaran berkesan ke arah
menjayakan misi mencapai tahap pendidikan bertaraf dunia.
(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Pembelajaran Efektif melalui Media Elektronik,’
oleh Nadilah Abdul Rahim, Dewan Siswa, Disember 2014)
Berdasarkan petikan Praktis 7, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata proaktif dan progresif. [2 markah]
(ii) Pengarang ada menekankan aspek keterbukaan warga pendidik dalam
menjayakan pembelajaran menggunakan media elektronik.
Tuliskan aspek-aspek tersebut. [3 markah]
(iii) Pembelajaran secara dalam talian menjadikan pembelajaran lebih efektif.
Huraikan pendapat anda tentang kelebihan pembelajaran secara dalam talian
kepada guru dan murid di sekolah.
[4 markah]
12
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 8
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-
langkah untuk merealisasikan konsep Sekolah Penyayang dan faktor-faktor
kejayaannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Wawasan 2020 merupakan wawasan kerajaan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.
Mahathir Mohamed untuk menjadikan Malaysia sebagai negara perindustrian dan
negara maju menjelang tahun 2020. Di samping standing dengan negara-negara industri
utama dari segi ekonomi, sosial, sains, teknologi, dan politik, nilai sayang-menyayangi
tidak dikesampingkan juga dalam Sembilan matlamat utama Wawasan 2020 lanjutan
daripada gagasan “Masyarakat dan Budaya Penyayang’ yang dicetuskan oleh Perdana
Menteri itu, maka wujudlah konsep Sekolah Penyayang pada hari ini.
Konsep Sekolah Penyayang mampu menjanakan generasi murid yang seimbang
dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani, dan mempunyai disiplin diri yang tinggi.
Menerusi konsep ini, sekolah akan bertindak sebagai rumah kedua murid. Bagi
merealisasikan keberkesanan konsep ini, pelbagai langkah dan program telah dan
sedang dijalankan. Misalnya, konsep Sekolah Penyayang melalui mata pelajaran
Pendidikan Moral bagi murid yang bukan beragama Islam. Nilai-nilai masyarakat
penyayang turut diterapkan dalam mata pelajaran lain seperti Kemahiran Hidup,
Geografi, Sains, dan Pendidikan Seni Visual. Selain pembelajaran di dalam bilik
darjah, program luar bilik darjah turut didijalankan bagi memastikan keberkesanan ilmu
pengetahuan yang disampaikan oleh guru. Antaranya, termasuklah mengadakan
lawatan sambil belajar ke rumah-rumah kebajikan masyarakat seperti rumah orang tua-
tua, rumah anak yatim, dan rumah orang kelainan upaya (OKU). Lawatan seumpama
ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran dan keinsafan kepada murid supaya
menyayangi golongan yang kurang bernasib baik. Dalam pada itu, badan-badan
kebajikan murid dan kakitangan sekolah ditubuhkan bagi memastikan konsep ini
menepati sasarannya. PIBG juga tidak ketinggalan menghulurkan bantuan kewangan
bagi meringankan beban yang ditanggung oleh warga sekolah. Unit Bimbingan dan
Kaunseling pula diamanahkan untuk memberikan nasihat dan bimbingan kepada
murid yang mempunyai masalah disiplin mahupun yang menghadapi masalah emosi.
Program-program sedemikian akan menyuburkan perasaan sayang akan sekolah dalam
kalangan murid-murid.
Suasana pembelajaran yang kondusif, menyeronokkan, dan selesa seperti
mewujudkan taman-taman mini, dan menyediakan sudut pembelajaran kreatif abad ke-
21 yang dilakukan oleh murid mengikut kelas mahupun mengikut kegiatan kokurikulum
masing-masing dapat menyemaikan perasaan sayang akan sekolah dalam diri para
murid. Pertandingan kebersihan kelas juga wajar diadakan pada setiap bulan.
Persekitaran yang bersih, ceria, dan cantik mampu merangsang minda murid ke arah
pembelajaran yang berkesan. Dalam pada itu, mentor-mentee dalam kalangan murid
dijalankan bagi membantu kecemerlangan mereka secara optimum. Ini memberikan
peluang kepada para murid yang mempunyai kelebihan dalam akademik membantu
13
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
murid lain yang masih belum mencapai tahap cemerlang. Langkah bijak ini bukan
sahaja meningkatkan motivasi dalam kalangan murid tetapi memupuk perasaan sayang
dalam kalangan murid.
Sesungguhnya, konsep Sekolah Penyayang wajar direalisasikan dan diteruskan
kerana melalui sekolah, kita dapat melahirkan masyarakat yang saling menyayangi,
dan saling menghormati. Situasi ini bukan sahaja dapat merencatkan gejala sosial
dalam kalangan murid, malah akan mencorakkan generasi yang berminda kelas
pertama. Generasi yang berperibadi unggul amat penting untuk mengemudikan negera
ke arah kegemilangan kerana pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa.
(Dipetik dan diubahsuai daripada ‘Merealisasikan Konsep Sekolah Penyayang’
oleh Azizul Rahman Abdul Rahman, Dewan Siswa, Ogos 2016)
Berdasarkan petikan Praktis 8, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata lanjutan daripada gagasan [2 markah]
(ii) Dalam petikan, pengarang mengemukakan beberapa rasional agar Konsep Sekolah
Penyayang direalisasikan dan diteruskan.
Apakah alasan-alasan tersebut? [3 markah]
(iii) Konsep Sekolah Penyayang perlu dibudayakan oleh setiap sekolah meskipun
pelaksanaannya bakal berhadapan dengan pelbagai rintangan dan kekangan.
Pada pendapat anda, apakah masalah-masalah yang dihadapi untuk menjayakan
Konsep Sekolah Penyayang ini?
[4 markah]
Praktis 9
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara memupuk
semangat patriotisme dalam kalangan remaja dan kepentingan memupuk semangat
patriotisme. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Patriotisme pada umunnya dikaitkan dengan semangat kecintaan dan
pengorbanan yang kuat untuk negara. Semangat cinta akan negara ini perlu disemai dan
dipupuk dalam kalangan remaja kerana semangat ini tidak hadir sendiri tanpa
memahami sejarah negara secara jelas. Sejak akhir-akhir ini, semangat patriotisme
dikatakan semakin menipis dalam diri remaja kerana generasi pascamerdeka itu tidak
pernah merasai jerih perih seperti yang dialami pejuang kemerdekaan tanah air suatu
ketika dahulu. Mereka juga berasa selesa dengan kehidupan hari ini. Sehubungan
14
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
dengan itu, semangat patriotisme mesti disemai melalui sistem pendidikan khususnya
dalam mata pelajaran Sejarah, bermula dari peringkat sekolah rendah lagi. Pada masa
yang sama, penerapan elemen sejarah melalui mata pelajaran lain seperti Bahasa
Melayu, Kajian Tempatan dan Kesusasteraan Melayu turut dapat menyemai semangat
patriotisme.
Untuk membina semangat patriotisme dan rasa cinta remaja terhadap negara,
pelbagai aktiviti menarik boleh dilaksanakan melalui aktiviti kokurikulum di sekolah
seperti Persatuan Sejarah, Kelab Rukun Negara dan Kelab Setia. Di samping itu,
kempen sayangi negara hendaklah diadakan secara berterusan. Media elektronik seperti
televisyen dan radio perlu menyiarkan dokumentari tentang pejuang kemerdekaan dan
menayangkan filem-filem yang berkaitan dengan peristiwa bersejarah negara kita.
Penyebaran maklumat tentang peristiwa bersejarah melalui laman sosial perlu
dilaksanakan dengan harapan remaja dapat menggunakan kreativiti mereka dengan
memuat naik peristiwa-peristiwa sejarah secara interaktif supaya semangat patriotisme
dapat diterapkan. Selain itu, program sambutan bulan kemerdekaan perlu dijalankan
untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja. Program-program
seperti pertandingan nyanyian lagu patriotik, pementasan teater dan drama yang
bercorak kenegaraan boleh dianjurkan oleh badan bukan kerajaan, pihak sekolah dan
agensi-agensi kerajaan supaya mesej semangat cinta akan negara sampai kepada golongan
sasaran. Namun, program tersebut kurang berjaya dalam mencapai matlamatnya kerana
kurangnya penghayatan para remaja dalam aktiviti bercorak kenegaraan tersebut.
Dalam memupuk semangat patriotisme, ibu bapa turut memainkan peranan
penting dengan menunjukkan teladan kepada anak-anak. Misalnya, ibu bapa bersama
anak-anak mengibarkan Jalur Gemilang atau melawat tempat-tempat bersejarah tanah
air. Akan tetapi, terdapat segelintir ibu bapa yang kurang berperanan dalam
menerapkan semangat patriotisme dalam jiwa anak-anak mereka menyebabkan hasrat
untuk memupuk semangat terjejas. Para remaja juga perlu dididik dan diterapkan
konsep berpegang pada prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara yang terdapat dalam
Rukun Negara. Penerapan terhadap prinsip ini diharap dapat melahirkan remaja yang
bersemangat patriotisme dalam meniti arus globalisasi. Oleh itu, setiap rakyat negara ini
perlu mempunyai semangat patriotisme dalam mempertahankan maruah bangsa, agama
dan negara tercinta.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Memupuk Semangat Patriotisme melalui Sejarah’
oleh Azam Rahman Dewan Siswa, Ogos 2014)
Berdasarkan petikan Praktis 9, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata golongan sasaran? [2 markah]
15
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
(ii) Pengarang menyatakan beberapa faktor yang menyebabkan semangat
patriotisme semakin menipis dalam kalangan remaja.
Apakah faktor-faktor tersebut. [3 markah]
(iii) Pejuang-pejuang kemerdekaan telah berjaya menanamkan semangat patriotisme
dalam jiwa rakyat Malaysia sehingga kini.
Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara yang dapat dilakukan agar jasa-
jasa mereka kekal subur dalam jiwa generasi akan datang. [4 markah]
Praktis 10
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor
pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan dan faedah-faedah
industri pelancongan kesihatan kepada negara kita. Panjangnya rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.
Bersesuaian dengan langkah transformasi ekonomi negara yang memerlukan
pendekatan dan strategi menyeluruh, kerajaan melaksanakan usaha sama dalam
pelbagai bidang yang menjadi teras ekonomi negara. Kerjasama yang terjalin antara
sektor kesihatan dengan sektor pelancongan telah merancakkan industri pelancongan
kesihatan. iaitu lebih banyak pelancong dari serata dunia berkunjung ke Malaysia bagi
mencari penawar untuk pelbagai masalah kesihatan selain memenuhi agenda
pelancongan mereka. Hal ini dipengaruhi oleh faktor kebanyakan hospital di negara ini
mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Sebagai sebuah negara yang mempunyai tahap kualiti perubatan yang tinggi.
Malaysia mempunyai potensi yang sangat besar untuk menarik lebih banyak pelancong
kesihatan. Hal ini demikian kerana negara kita sememangnya mampu menyediakan
perkhidmatan pelancongan kesihatan yang terbaik dan seterusnya menjadi peneraju
industri ini di rantau Asia Tenggara. Kemajuan dalam perkhidmatan perubatan swasta
merupakan elemen bernilai tambah yang mempunyai potensi untuk menjadi sumber
penjanaan perkhidmatan tersebut. Selain itu, negara kita mempunyai pakar perubatan
antara yang terbaik di dunia. Tambahan pula, caj rawatan di sini lebih murah
berbanding dengan negara maju.
Keyakinan pelancong kesihatan terhadap mutu rawatan di negara kita didorong
oleh pengiktirafan Kualiti Kesihatan Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH) serta
standard MS ISO9002. Pengiktirafan tersebut dimiliki oleh pengamal perubatan
tempatan yang memenuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sehubungan dengan itu. Malaysia amat sesuai sebagai destinasi pelancongan kesihatan
kerana terdapat banyak pusat perubatan persendirian yang lengkap dengan peralatan
canggih dan doktor pakar yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi. Lebih
16
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
istimewa, pusat perubatan swasta di Malaysia menawarkan pelbagai pilihan penginapan
kerana kos penginapan hospital bergantung pada pilihan pesakit sama ada mahu
memilih penginapan yang mewah atau penginapan yang selesa dengan bayaran yang
berpatutan. Para pelancong kesihatan turut mendapat Jayanan bertaraf dunia daripada
pusat perubatan swasta tempatan.
Bagi memperkasakan industri ini agar lebih berdaya saing dan menawarkan
perkhidmatan yang relevan dengan keperluan semasa, KKM telah memperuntukkan
undang-undang baharu untuk mentadbir penjagaan kesihatan. Usaha penambahbaikan
sektor pelancongan kesihatan melibatkan pemberian kuasa tambahan kepada Majlis
Kesihatan Malaysia sekali gus akan mempertingkatkan fungsinya. Bagi memastikan
jumlah pelancong kesihatan meningkat dalam kadar yang lebih tinggi dari tahun ke
tahun, kerajaan mengkaji kemungkinan untuk meminda undang-undang agar dapat
membantu pengamal perubatan mempromosikan perkhidmatan mereka di luar negara.
(Dipetik dan diubah suai daripada 'Sinergi Sektor Kesihatan dengan Pelancongan'
oleh Hanafi Timan, Dewan Ekonomi, Oktober 2010)
Berdasarkan petikan Praktis 10, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Apakah maksud rangkai kata mendapat pengiktirafan? [2 markah]
(ii) Pengarang menyatakan beberapa usaha kerajaan untuk memajukan sektor
pelancongan kesihatan.
Nyatakan usaha-usaha tersebut. [3 markah]
(iii) Media turut berperanan dalam meningkatkan kedatangan pelancong kesihatan.
Jelaskan pendapat anda tentang peranan-peranan pihak media untuk memajukan
industri pelancongan kesihatan di negara ini.
[4 markah]
Praktis 11
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan bahasa
kebangsaan dan masalah-masalah yang dihadapi untuk memperkasakan bahasa
kebangsaan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pada kelazimannya, istilah bahasa kebangsaan merujuk kepada satu bahasa
yang dikaitkan dengan sesebuah negara. Bahasa yang dipilih untuk menjadi bahasa
kebangsaan biasanya ialah bahasa setempat atau bahasa peribumi. Bahasa kebangsaan
sering dijadikan simbol jati diri nasional yang sama untuk seluruh rakyat sesebuah
negara.
17
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Dalam hal ini, seperti kebanyakan negara, Malaysia memiliki hanya satu
bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu. Dengan menggunakan satu bahasa
kebangsaan sahaja, negara kita telah berjaya membentuk satu identiti nasional yang
sama dalam kalangan rakyat. Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan
negara kita kerana bahasa Melayu ialah bahasa kumpulan etnik yang paling besar dan
atas kemampuannya sebagai lingua franca, iaitu bahasa perhubungan antara masyarakat
selama beberapa abad di rantau ini. Di samping itu, bahasa Melayu menjadi bahasa
pentadbiran kerajaan Melayu sebelum negara ini dijajah oleh kuasa Barat. Walau
bagaimanapun, akibat penjajahan Barat, perpaduan rakyat di negara kita mulai tergugat.
Tindakan onar penjajah itu meninggalkan kesan yang mendalam sehingga menyulitkan
kita untuk menyuburkan jati diri serta citra bangsa yang utuh sifatnya.
Setelah mencapai kemerdekaan, para pemimpin kita telah mengambil
langkah segera untuk mengukuhkan perpaduan rakyat yang menjadi teras pembangunan
negara. Atas kesedaran itulah, bahasa Melayu dikembalikan peranannya sebagai alat
perpaduan dan seterusnya membangkitkan semangat kebangsaan rakyat negara ini. Di
samping itu, bahasa kebangsaan juga dapat memupuk semangat kekitaan dalam jiwa
rakyat Malaysia, yang bersifat padu dan abadi. Hal tersebut hanya dapat dilakukan
melalui perkongsian satu bahasa kebangsaan yang antaranya digunakan sebagai bahasa
pengantar tunggal dalam sistem pendidikan nasional. Melalui sistem pendidikan
tersebut bahasa kebangsaan juga berperanan sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat
dalam negara kita. Sehubungan dengan itu, banyak negara yang memanfaatkan fungsi
bahasa kebangsaan untuk menyatupadukan rakyat.
Melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan sesama rakyat, komunikasi
yang berkesan dapat dizahirkan. Hal ini demikian kerana melalui pertuturan satu
bahasa yang sama rakyat mudah memahami antara satu sama lain dan rasa saling
menghormati akan dapat diwujudkan. Sesungguhnya bahasa kebangsaan bukan sahaja
merupakan jiwa rakyat, tetapi sebenarnya ialah maruah negara dan maruah rakyat
negara kita. Dalam konteks ini martabat dan nama baik bahasa Melayu perlu dijaga.
Bahasa Melayu wajar diletakkan pada kedudukan teratas, yakni di atas mana-mana
bahasa lain di negara kita selaras dengan cogan kata bahasa jiwa bangsa.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kepentingan Satu Bahasa Kebangsaan’
oleh Teo Kok Seong, Pelita Bahasa, Oktober 2009)
Berdasarkan petikan Praktis 11, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata padu dan abadi. [2 markah]
(ii) Pengarang mengemukakan beberapa faktor pemilihan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan.
Nyatakan faktor-faktor tersebut. [3 markah]
18
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
(iii) Pihak media mempunyai pengaruh yang sangat besar kepada segenap lapisan
masyarakat.
Pada pendapat anda, bagaimanakah pihak media dapat menggalakkan
rakyat menggunakan bahasa kebangsaan?
[4 markah]
Praktis 12
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah
penerokaan angkasa lepas dan cara-cara untuk menarik minat masyarakat terhadap
bidang penerokaan angkasa lepas. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.
Pembabitan Malaysia dalm bidang penerokaan angkasa lepas bermula pada awal 1980-
an sedangkan bidang tersebut telah diceburi lebih awal lagi oleh sesetengah negara lain.
Pada mulanya rakyat Malaysia tertanya-tanya sama ada penglibatan dalam bidang
angkasa lepas itu benar-benar berbaloi dengan kos tinggi yang dilaburkan. Walau
bagaimanapun, persoalan itu telah terjawab apabila Malaysia diakui sebagai negara yang
memiliki sistem komunikasi yang terbaik di dunia.
Belakangan ini, Malaysia terus mengorak langkah dalam bidang tersebut apabila
melaksanakan program penghantaran angkasawan pertama ke angkasa lepas melalui
kerjasama dengan beberapa buah negara lain. Pemilihan calon angkasawan pertama
negara tidak menghadapi sebarang masalah kerana ramai peserta telah menawarkan diri
untuk menyertainya. Calon-calonnya terdiri daripada pendidik, doktor, jurutera, saintis
dan juruterbang. Kejayaan program ini memberikan impak yang besar kepada negara
untuk terus maju dalam bidang penerokaan angkasa lepas. Melalui program ini juga,
negara dapat menjalin kerjasama lebih erat dengan negara-negara terbabit membolehkan
rakyat Malaysia mencontohi cara mereka bekerja dalam bidang tersebut.
Masyarakat yang pada suatu ketika dahulu ragu-ragu akan manfaat penerokaan
angkasa lepas, kini menerima hakikat bahawa sistem komunikasi yang semakin canggih
ialah hasil daripada penerokaan angkasa lepas. Kecanggihan sistem komunikasi ini,
seperti penggunaan Internet, telah menyebabkan bidang perniagaan dan pemasaran
semakin meluas. Kita boleh mencontohi negara-negara maju yang menggunakan
Internet untuk tujuan penyelidikan dalam pelbagai bidang. Selain itu, peluang pekerjaan
dan perkhidmatan turut berkembang seiring dengan perkembangan sistem komunikasi
ini.
Satu lagi bukti pembabitan Malaysia dalam bidang angkasa lepas ialah
pelancaran tiga buah satelit ke angkasa lepas. Menerusi pelancaran satelit ini, sistem
komunikasi negara terus berkembang maju yang akhirnya dimanfaatkan oleh seluruh
rakyat. Kerja-kerja pemetaan, pengawalan dan pemantauan alam sekitar dapat
19
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
dilakukan dengan lebih mudah melalui satelit. Sesungguhnya, kejayaan dalam
penerokaan angkasa lepas ini bukan sahaja dapat memperluas bidang tersebut, tetapi
turut memberikan suntikan dalam perkembangan bidang-bidang lain seperti pendidikan,
penyelidikan dan perubatan. Program penerokaan angkasa lepas ini mempunyai
peluang yang cerah untuk berkembang pada masa hadapan. Oleh sebab itu, langkah
yang sistematik harus diambil supaya pada suatu hari nanti Malaysia dapat melahirkan
lebih banyak angkasawan bagi membuktikan kehebatan negara dalam bidang angkasa
lepas.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Meneroka Angkasa Lepas’
oleh Haslin Ghafur, Utusan Malaysia, 26 Mei 2006)
Berdasarkan petikan Praktis 12, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata memberikan impak. [2 markah]
(ii) Pengarang mengemukakan beberapa bukti yang menunjukkan penglibatan
Malaysia dalam bidang penerokaan angkasa lepas.
Nyatakan bukti-bukti tersebut. [3 markah]
(iii) Program Angkasawan Negara memerlukan ramai belia yang berkebolehan untuk
mengembara di angkasa lepas.
Sebagai murid yang berwawasan, jelaskan persediaan-persediaan yang perlu anda
lakukan supaya terpilih sebagai calon angkasawan pada masa akan datang.
[4 markah]
20
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
BAHAGIAN B
PEMAHAMAN PETIKAN KOMSAS
1
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
ANALISIS PEPERIKSAAN SOALAN CERPEN & DRAMA
Cerpen Ting 4 SPM Cerpen Ting 5 SPM
Kaduk Ayam dan Raja Jun 2019
Munsyi Jun 2017 Cinta Ahmad Mutawakkil Nov 2018
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul Nov 2016
Hipertensi
Nov 2019 Gerhana Manusia
Drama Ting 4 SPM DramaTing 5 SPM
Berkhidmat untuk Negara Nov 2017
Jun 2018 Bukan Gila
CERPEN KADUK, AYAM DAN RAJA
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Hakim merancang agar tanah Pak Kaduk dapat dimanfaatkan. Dia memutuskan untuk
menternak ayam secara pertanian kontrak dengan sebuah syarikat besar. Syarikat ini
beroperasi dan terkenal di seluruh dunia sebagai Global Chicken. Global Chicken
menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atas
nama singkatannya RAJA. Hakim membuat keputusan memasuki bidang penternakan
bersandarkan beberapa faktor. Dia selalu sangat mendengar para menteri dan pakar
ekonomi berkata, “Pada masa sekarang ini kerajaan sangat mementingkan aktiviti
pengeluaran makanan. Negara mesti mengeluarkan lebih banyak makanan.”
Sejak dahulu, dia sering mendengar pidato. “Tuan-tuan dan puan-puan,
sebahagian besar bahan makanan rakyat kita ialah bahan makanan yang diimport,
sedangkan kita ada ratusan ribu ekar tanah yang terbiar kosong dan tidak produktif.
Mengapakah kita bergantung pada beras, ikan, daging, ayam, dan sayur-sayuran
import? Keadaan ini akan membahayakan kita kalau terjadi sesuatu bencana. Kerajaan
mengutamakan bidang pengeluaran makanan kerana ini soal keselamatan negara.”
Pemimpin tertinggi sendiri pernah berkata, “Rakyat mesti membuka mata dan
melihat potensi yang ada dalam bidang pertanian. Saya menyeru kepada rakyat
sekalian agar merebut peluang ini, terutama ribuan siswazah Melayu yang masih
menganggur. Kerajaan menyediakan banyak peluang terutama kepada keistimewaan
dalam Dasar Ekonomi Baru. Ada pelbagai bantuan dan skim pembiayaan untuk projek
pertanian yang dikendalikan oleh sebuah bank khusus. Nah, semuanya ada di
hadapan anda! Yang diperlukan sekarang ialah kesanggupan anda untuk bekerja kuat.
Ingat slogan ini, ‘Pertanian adalah Perniagaan’.
(i) Jelaskan sebab-sebab Hakim ingin menceburi bidang penternakan. [2 markah]
21
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
(ii) Pencapaian dalam bidang penternakan di negara ini belum mampu menampung
permintaan dalam negara.
Pada pendapat anda, apakah sifat-sifat yang harus ada pada penternak moden?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
latar masyarakat lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKIL kemudian jawab soalan-soalan yang
Praktis 1
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti,
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Di surau, orang perempuan berkumpul. Suasana murung sekali. Walaupun air mata
Sandra hari itu laksana jawapan, tatkala itu, orang perempuan hanyut dalam esakan
anak gadis Tuan Booth itu.
Misteri cintanya dengan Ahmad Mutawakkil kini jelas terjawab. Namun, ketika
bayangan komunis merayap dalam setiap fikiran orang kampong, impian untuk
berkongsi kisah cinta paling indah di kampong kami itu sudah tidak bererti.
Menjelang maghrib, ketiga-tiga kumpulan pencari pulang dengan tangan kosong;
tak terkesan sebarang jejak, tak ketemu sebarang tanda atau petunjuk; kecuali khabar
cerita; kononnya ada orang yang terserempak dengan kelibat sekumpulan komunis
yang berkeliaran di hutan di pinggir kampung kala maghrib semalam.
“Boleh saya tau, siapakah budak lelaki yang panggil dia semalam?” tanya Sandra.
Pada waktu itu, baru kami sedar, tak seorang pun pasti akan kanak-kanak itu. Jadi,
dalam fikiran kami waktu itu, separuh nyawa Ahmada Mutawakkil seakan-akan sudah
berada di hujung muncung senapang komunis.
(i) Berdasarkan petikan di atas, apakah hasil pencarian ketiga-tiga kumpulan pencari
Ahmad Mutawakkil?
[2 markah]
(ii) Kerjasama dan permuafakatan amat penting dalam kehidupan.
Pada pendapat anda, apakah yang kepentingan semangat muafakat dalam masyarakat
setempat?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan yang lain
daripada keseluruhan carpen tersebut.
[4 markah]
22
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 2
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Sejak kembali, Tuan Both jauh berubah. Dia tidak lagi terperap di estet. Pada setiap
petang, biasanya selepas solat asar, dia akan menjengah surau. Dia akan duduk berbual-
bual, bercerita itu ini, terutama dengan Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim
Sigap. Ada sekali, sewaktu Ahmad Mutawakkil balik ke kampung, Tuan Both
mengundang kami ke banglonya.
“Dia pelawa kita minum teh di banglonya,” kata Ahmad Mutawakkil. “Saya
fikir, Tuan Both ikhlas nak berbaik-baik.”
Kami terdiam, tak berani bersuara, menantikan kata putus daripada Imam Ngah
Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap.
Akhirnya, setelah agak lama buntu, Ahmad Mutawakkil meluahkan pandangan.
“Selama Tuan Both di sini, sejak dulu lagi, tak pernah dia memusuhi kita. Jadi, saya
fikir atas sifat hati Melayu, orang berbudi kita berbahasa. Hati Melayu tak reti
bermusuh, hati Melayu penuh dengan persahabatan.”
Dengan kata-kata hikmat itu, runtuhlah segala tembok penghalang antara
kampung kami dengan estet Tuan Both. Sekalipun tanpa Ahmad Mutawakkil, kami
sudah biasa bertandang ke banglo mewah itu. Malah, ada ketikanya, majlis yang
diadakan di estet itu turut disertai orang perempuan. Isteri Tuan Both yang terkenal
dengan masakannya yang sedap-sedap itu kerap menghidangi kami dengan menu Orang
Putih. Lebih istimewa, pada setiap kali ada majlis perkahwinan, Tuan Both sekeluarga
pasti akan meraikan pasangan pengantin di estetnya. Ada antara kami yang agak ragu-
ragu dengan perkara itu.
(i) Bagaimanakah cara Tuan Both sekeluarga menunjukkan sikap berbaik-baik
dengan masyarakat kampung?
[2 markah]
(ii) Muhibah merupakan perasaan persahabatan dan kemesraan antara satu sama
lain seperti yang ditunjukkan oleh masyarakat kampung penulis.
Jelaskan pendapat anda tentang implikasi-implikasi perasaan muhibbah dalam
kalangan masyarakat?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu perwatakan Ahmad Mutawakkil yang terdapat dalam petikan di
atas dan satu perwatakannya yang lain daripada keseluruhan cerita.
[4 markah]
23
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
CERPEN MUNSYI
Praktis 1
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
SETIAP kali saya meluahkan hasrat untuk bermastautin di ibu kota, bonda memberikan
pelbagai alasan agar saya terus menetap di kampung halaman tercinta ini. Kata bonda,
ilmu agama saya masih terlalu cetek dan nipis. Bimbang, saya akan hanyut dibawa arus
hedonisme dan modenisme yang sedang melanda anak-anak muda kota. Malahan, kata
bonda lagi, bahasa ibunda saya juga masih lemah. Bahasa yang membesarkan saya
dengan segala adat resam dan nilai budaya warisan turun-temurun. Bahasa yang
diwarisi nenek moyang sejak zaman-berzaman.
Bonda tahu, secubit ilmu yang mengisi dada yang kerdil ini tidak akan mampu
mengekang ledakan perubahan sosial yang boleh meragut jati diri saya sebagai generasi
bermaruah. Saya akui kebenaran kata-kata bonda tentang malapetaka yang sedang
menghinggapi sekian ramai anak-anak sebangsa saya. Kebanyakannya tergadai maruah
dan harga diri dek mengejar dunia yang bergelar globalisasi dalam menuju arus perdana.
“Mel, agama dan bahasa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang!
Jasad yang dibaluti agama serta lidah yang dilebati bahasa ibunda merupakan warisan
kita yang masih ada, kita bukan lagi generasi bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati
Allah.
i. Nyatakan alasan bonda tidak membenarkan Mel bermastautin di kota.
[2 markah]
ii. Pada pendapat anda, mengapakah generasi muda sekarang terlalu mudah
terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat?
[3 markah]
iii Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai yang lain
daripada keseluruhan cerpen.
[4 markah]
24
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 2
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Pesan bonda itu kekal melebat dalam hati sanubari saya. Pesan mulus yang terpahat
lama di pangkal hati. Oleh itu, saya tangguhkan berkali-kali hasrat itu. Hasrat untuk
menjengah wajah kota yang pesat dengan kemajuan dan peradaban. Saya batalkan
keinginan meruap-ruap dalam diri saya untuk mencari pengalaman baharu sebagai
warga kota.
Kata bonda, kota besar itu sudah hilang segala nilai-nilai tradisinya. Kota yang
sekadar dibangunkan dengan kempen dan slogan itu sarat dengan api prasangka dan
runcing prejudis para warganya yang berbilang bangsa dan bercampur aduk pula budaya
dan bahasa pertuturannya. Manusia dipisahkan oleh benteng-benteng ketaksuban dan
kepentingan diri sendiri.
Mereka dipecah-pecahkan oleh ideologi, puak dan etnik, warna kulit, bahasa
percakapan serta fahaman politik sehingga mengundang resah dan amarah. Lantas
masing-masing bangun untuk berjuang menegakkan identiti sendiri.
Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah
hitam dekad lampau. Sejarah yang meninggalkan parut luka sentiment yang bukan
sedikit. Sejarah suram yang berparut duka angkara gelodak emosi dan kesumat yang
mengalir dalam dada setiap warganya sejak sekian lama.
i. Nyatakan tujuan Mel berhijrah ke kota.
[2 markah]
ii. Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan untuk menyuburkan
semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat bandar?
[3 markah]
iii Huraikan satu perwatakan Mel yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
perwatakannya yang lain daripada keseluruhan cerpen.
[4 markah]
25
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 3
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Cerita bonda suatu hari tatkala saya asyik membelek-belek kitab-kitab lama bertulisan
Jawi di dalam almari yang memperincikan sejarah asal usul bumi mewah ini. Saya
pandang mata bonda dalam-dalam mencari pengertian sebenar saya anak generasi
baharu yang belum mengerti segala-galanya. Saya faham bonda hanya ingin
menghidupkan roh patriotisme dan jati diri dalam diri saya, anak-anak generasi material
ini. Harapan bonda moga-moga saya menjadi pejuang yang berani mempertahankan
nilai-nilai dan kepentingan bangsa saya sendiri yang sedikit demi sedikit mula terhakis di
atas tanah sendiri.
“Tapi, dunia ini sudah berubah, bonda. Kita bukan lagi hidup pada zaman
perjuangan menentang musuh penjajah. Sekarang kita hidup dalam dunia yang
mengejar harta, pangkat dan kekayaan di bumi mewah ini. Tanah air ini bukan milik
bangsa kita sahaja. Kita hidup dengan perkongsian hak dan identiti yang sama rata.
Sejarah lama tidak perlu dibangkitkan lagi.” Bonda merenung mata dengan ekor
pandangan yang penuh prejudis. Dihela nafas panjang-panjang menahan rasa sebelum
bersuara, “Mel, sejarah bukan buta. Sejarah ialah guru yang tidak pernah berdusta.
Bangsa yang membaca dan mengkaji sejarah silam tidak akan melakukan kesilapan kali
kedua. Lihat bangsa Yahudi yang terus mencipta kejayaan besar dari zaman ke zaman
kerana mengkaji sejarah lampau. Mereka membina agenda besar untuk bangsa dan
keturunannya.”
i. Nyatakan kebaikan yang diperoleh oleh bangsa yang mengkaji sejarah.
[2 markah]
ii. Semangat patriotisme dalam generasi muda boleh disemai melalui pembelajaran
sejarah baik di peringkat sekolah mahupun institusi pengajian tinggi.
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara menyemai semangat patriotik dalam jiwa
remaja di negara ini?
[3 markah]
iii Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran
yang lain daripada keseluruhan cerpen.
[4 markah]
26
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 4
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
“Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya?”
Selepas saya memperkenalkan diri, dia mula tersenyum meramahi saya sebelum
menjemput saya masuk.
Kami bersalaman erat. Saya menyampaikan salam bonda kepadanya sebelum
menghulurkan beg berisi puluhan kitab lama yang saya bawa dari kampung.
Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan
kerapuhan jiwa anak-anak muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan
hidup dengan dengan setiap patah slanga dan klausa yang memperdagangkan maruah
dan peribadi. Saya berasa jelik dan aib menyaksikan adegan sumbang wajah-wajah anak
muda peribumi tanah air ini yang tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan
merosakkan agama yang murni. Anak-anak muda lelaki perempuan berpelesiran dalam
pergaulan bebas sambil bercakap dalam bahasa yang entah apa-apa. Mereka bergelak
tawa dalam loghat yang direka-reka konon untuk menunjukkan kemodenan. Saya jadi
keliru tidak saya faham. Ada yang menggunakan pelbagai istilah rojak yang
dicampuradukkan dengan bahasa asing yang mengelirukan. Saya jadi buntu. Malah
berasa malu dengan sikap dan gelagat anak-anak muda sebangsa saya yang telah hilang
identiti dan jati diri di negara mewah ini.
(i) Apakah yang disaksikan oleh Mel pada minggu-minggu pertama dia berada di
kota?
[2 markah]
(ii) Anak-anak muda sekarang gemar menggunakan bahasa Melayu yang bercampur
aduk dengan bahasa asing sehingga memunculkan istilah bahasa rojak yang
mengelirukan.
Pada pendapat anda, apakah kesan penggunaan bahasa rojak dalam kalangan
generasi muda di negara ini?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
latar masyarakat yang lain daripada keseluruhan cerpen.
[4 markah]
27
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 5
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Seminggu selepas itu, ketika saya sampai di kampung pinggir kota itu, keadaan sudah
kelam-kabut. Jentera-jentera berat bersiap sedia merobohkan rumah-rumah kayu usang.
Puluhan anggota penguat kuasa mengawal suasana sekitar yang dipanaskan dengan
demonstrasi penduduk membantah pencerobohan itu.
Saya mencari Munsyi. Saya bimbang akan puluhan buku lama yang dihadiahkan
oleh bonda kepada Munsyi. Ketika sesi meroboh bermula, saya jadi terkedu melihat
puluhan buku ini ranap dan berkecai bersama-sama ranapnya rumah Munsyi dihentam
taring-taring tajam jentera berat yang melanggar dan meredah apa-apa saja. Air mata
saya menitis sedih dan pilu bukan sahaja mengenang khazanah berharga yang musnah,
tetapi membayangkan satu-satunya tanah rizab milik bangsa di kota besar ini akan
berpindah kepada tuan-tuan saudagar asing yang bakal mengaut keuntungan di bumi ini.
Selepas kejadian itu, berhari-hari saya cuba menjejak Munsyi, namun kelibatnya
langsung tidak saya temui. Saya bertanya setiap orang, ke mana perginya gerangan
orang tua itu, namun tiada sesiapa mengetahui pejuang bahasa ibunda itu
menghilangkan diri.
(i) Mengapakah Mel berasa sedih dan pilu?
[2 markah]
(ii) Demonstrasi jalanan bukanlah satu jalan penyelesaian yang baik untuk
menyelesaikan sesuatu masalah.
Pada pendapat anda, mengapakah penganjuran demonstrasi tidak digalakkan
untuk menyatakan bantahan terhadap sesuatu isu yang tidak disenangi?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan
yang lain daripada keseluruhan cerpen.
[4 markah]
28
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Kagumnya saya mengenangkan hebatnya bangsa saya membina sebuah empayar besar
yang dikagumi dunia. Hebatnya anak-anak bangsa dengan semangat cekal dan berani
menukarkan tanah negeri yang dipenuhi hutan dan belantara menjadi pelabuhan dagang
yang terhebat dan termasyhur yang dikunjungi ribuan kapa lasing untuk berniaga.
Di situlah, lahirnya pejuang-pejuang yang mulus, pahlawan-pahlawan yang
gagah berani dan perkasa serta pedagang-pedagang yang amanah dan bijaksana.
Kesemua mereka ini gigih menempuh gelora lautan menakluki saujana dunia dari timur
ke barat.
Namun, kerana hasad dengki, khianat, kronisme serta rasuah yang
bermaharajalela, kegemilangan yang dibina musnah sekelip mata.
Setelah sekian lama, para sejarawan menemukan punca kehebatan nenek
moyang bangsa pribumi di tanah ini pada abad silam adalah kerana tiga perkara.
Pertama, agama anutannya yang berpaksikan akidah yang satu.
Kedua, bahasa ibunda yang menjadi wacana penghubung semua rakyat pelbagai
keturunan dan golongan. Ketiga, ketaatan dan kepatuhan kepada raja yang memerintah
dengan adil dan saksama. Saya cuba membandingkan antara sejarah silam dengan
keadaan yang berlaku pada hari ini. Saya melinat betapa jauh jurang yang memisahkan
antara dua peta waktu itu, baik daripada landskap politik, sosial masyarakat hinggalah
acuan agama yang dianuti bangsa saya.
(i) Apakah kehebatan nenek moyang bangsa pribumi suatu abad terdahulu?
[2 markah]
(ii) Kegemilangan sesebuah negara dikatakan musnah kerana hasad dengki, khianat,
kronisme serta rasuah yang bermaharajalela.
Pada pendapat anda, apakah sumbangan yang boleh anda lakukan untuk
meneruskan kegemilangan negara kita yang tercinta?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan
lain yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
29
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Praktis 1
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri
POSMEN: Ada sesiapa yang bernama Aiman Faizullah bin Khir Ghazali di rumah ini?
AIMAN: Ada, sayalah orangnya. Surat apa ini?
POSMEN: Surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Ini bermakna, adik
terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Bagus program itu.
Kalau umur abang macam adik, pasti abang tak akan lepaskan peluang ini.
AIMAN: Abang buang saja surat ini. Saya tak berminat langsung. Buat apa nak
bersusah payah sertai program macam ini. Ayah saya banyak duit. Apa yang saya
nak, semua boleh. Buang masa dan tenaga saja program maca mini. Untuk orang
susah bolehlah. Maklumlah, dapat makan percuma enam kali sehari, tempat tidur
dan pakaian semua diberikan. Siap dapat RM50.00 lagi … ha … ha … ha.
POSMEN: Tak baik cakap macam itu, banyak faedahnya program seperti ini. Cuba
jangan dikir tentang duit dan makan minum tu. Cuba fikir kemahiran dan
pengalaman yang akan diperoleh nanti.
AIMAN: Abang ini cakap banyak pula, macamlah abang pernah sertai program tu.
POSMEN: Memanglah abang tak pernah sertai program itu. Tapi, hasil daripadanya,
dah banyak yang abang nampak.
AIMAN: Tak fahamlah saya, bang.
POSMEN: Maksud abang, remaja yang dah menyertai program ini, apabila tamat
Latihan, banyak kesan positif yang akan wujud dalam diri mereka. Anak jiran
abang dulu pemalas. Kalau balik rumah Cuma tahu tidur dan makan saja. Tapi
selepas tamat program itu, abang tengok dia dah rajin tolong keluarganya dan baru
nampak rasa hormat kepada orang tua. Hasil yang paling dekat dengan diri abang
ialah adik abang sendiri. Memang bagus program itu. Banyak perubahan positif
dalam diri dia.
AIMAN: Apa sajalah. Doakanlah, mana tahu terbuka hati saya untuk sertainya kelak.
(i) Apakah tanggapan Aiman terhadap Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)?
[2 markah]
(ii) Penganjuran Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) memberikan impak
positif kepada remaja yang menyertainya.
Pada pendapat anda, apakah kebaikan-kebaikan yang akan anda peroleh
sekiranya anda terpilih untuk menyertai program tersebut?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai
murni berdasarkan keseluruhan drama. 4 markah]
30
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 2
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soaln yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri
SUNDARANI: Kau dapat masuk kem mana?
AIMAN: Kem? Kem Majidi. Hahaha.
SUNDARANI: Sejak bila pula kem itu jadi Kem Latihan Khidmat Negara? Setahu aku,
kem itu untuk askar saja. Macam Kem Pulada.
AIMAN: Kau ini lurus bendul betullah. Aku bergurau saja. Cepat betul kau percaya
perkara yang aku cakap. Bahaya orang macam kau ini, senang kena tipu. Kau sibuk
tanya aku, kau dapat kem mana?
SUNDARANI: Kem De Bana, Jempol.
AIMAN: Di mana kem itu? Tak pernah dengar pun nama tempat itu.
SUNDARANI: Buta sejarah betul kau ini. Jempol kan dalam kawasan Negeri Sembilan.
AIMAN: Manalah aku tahu. Aku biasa berjalan ke luar negara. Kalau dalam Malaysia
manalah aku tahu. Tak ada apa-apa yang menarik pun sama saja.
SUNDARANI: Pernah dengar peribahasa “hujan emas di negeri orang, hujan batu di
negeri sendiri”? Tahu maknanya?
AIMAN: Tahu.
i. Apakah maksud peribahasa “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri
sendiri”
[2 markah]
ii. Bagaimanakan cara-cara yang boleh kita lakukan untuk menggelakkan diri
daripada ditipu oleh orang lain?
[3 markah]
iii. Huraikan satu pengajaran berdasarkan petikan drama dan satu pengajaran
berdasarkan keseluruhan drama.
[4 markah]
31
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 3
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri
CIKGU DAHARI: Baguslah kalau begitu. Bertuah negara kita punyai remaja seperti
kalian. Sentiasa sedia berkhidmat untuk negara.
SUNDARANI: Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN?
CIKGU DAHARI: Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun nama
ringkasnya PLKN merupakan kursus latihan wajib bagi mereka yang baru menamatkan
persekolahan di Malaysia. Program ini bertujuan untuk membina sahsiah diri.
Bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan
generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk
perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat kerahan
tenaga dan tidak mengikut mana-mana model dari luar kerana dilaksanakan menurut
cara Malaysia.
AH TIAU: Apakah objektifnya, cikgu?
CIKGU DAHARI: Tiga objektif yang digariskan, iaitu yang pertama, menanam
semangat partiotik dalam kalangan generasi muda atau remaja Malaysia. Kedua,
memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional dan yang ketiga,
membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
SYUHADA: Saya lihat logo PLKN sangat menarik. Tentu ada makna yang tersirat.
i. Nyatakan objektif Program Latihan Khidmat Negara?
[2 markah]
ii. Kebanyakan remaja tidak mengetahui objektif penganjuran Program Latihan Khidmat
Negara.
Jelaskan pendapat anda tentang tindakan yang boleh diambil untuk mempromosikan
Program Latihan Khidmat Negara kepada masyarakat khususnya remaja.
[3 markah]
iii Huraikan satu persoalan berdasarkan petikan drama di atas dan satu persoalan
berdasarkan keseluruhan drama.
[4 markah]
32
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 4
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri
AIMAN: Daddy pasti dapat membantu saya kali ini, saya yakin daddy dapat selesaikan
masalah saya. Daddykan selalu menjadi penyelamat saya.
KHIR GHAZALI: Masalah apa? Cuba terangkan satu persatu. Ini tidak, terus yakin.
Aiman fikir daddy ada kuasa sakti yang sekali sebut terus bertukar menjadi permintaan
yang dimahukan. Apa masalahnya?
AIMAN: Sebenarnya nama saya terpilih untuk menyertai PLKN selepas selesai SPM.
KHIR GHAZALI:Baguslah, apa pula masalahnya?
AIMAN: Masalahnya saya tak mahu pergi. Saya nak minta daddy tolong dapatkan
pengecualian untuk saya. Saya tak suka program macam itu!
KHIR GHAZALI: Kalau itu yang Aiman nak daddy bantu, daddy akan kata tidak.
Daddy mahu Aiman pergi sertai PLKN itu. Banyak faedah yang akan Aiman dapat.
Cubalah berfikir seperti orang dewasa. Aiman bukan budak-budak lagi.Jadilah manusia
yang sentiasa dahagakan ilmu dan pengalaman.Jangan hanya pandai meminta daripada
berusaha.
i. Nyatakan masalah yang dihadapi oleh Aiman.
[2 markah]
ii. Sekiranya anda ayah Aiman, apakah yang akan anda lakukan supaya Aiman
berminat menyertai PLKN?
[3 markah]
iii Huraikan satu perwatakan Aiman berdasarkan petikan di atas dan satu
perwatakannya yang lain berdasarkan keseluruhan drama.
[4 markah]
33
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
ANALISIS PEPERIKSAAN SOALAN PROSA TRADISIONAL
TINGKATAN 4 SPM TINGKATAN 5 SPM
Kepimpinan Melalui Teladan Nov 2016 Jun 2017
Nov 2018 Burung Terbang dipipiskan Lada Nov 2017
Jun 2019 Jun 2018
Nov 2019
PROSA TRADISIONAL KEPIMPINAN MELALUI TELADAN
Praktis 1
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Alkisah maka tersebutlah perkataan Seri Betara majapahit dan Patih Gajah Mada dan peri
mengatakan penjurit ketujuh bercakap kepada Seri Betara dan patih Gajah Mada hendak
mengalahkan negeri Melaka itu dengan seorang dirinya, peri mengatakan tatkala Laksamana
membunuh penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina itu. Beberapa lamanya didengar oleh
Patih Gajah Mada penjurit yang tujuh bersaudara yang dititahkan Seri Betara pergi ke Melaka
itu sudah mati. Maka Patih pun hairan. Maka patih Gajah Mada pun fikir dalam hatinya.
“Ada pun negeri Melaka itu sukar binasa maka puas hatiku. Adapun seperti khabar penjurit
tujuh bersaudara yang di Bukit Cina itu, jika tiada ia mati, nescaya alahlah Melaka itu.
Setelah sudah ia fikir, maka Patih Gajah Mada pun ingat akan Petala Bumi itu. Maka
Patih Gajah Mada pun segera menyuruh kepada bini Petala Bumi bertanyakan anaknya yang
bernama Kertala Sari pergi mencuri ke Daha itu, sudahkah datang dari Daha atau belumkah.
Maka orang Patih Gajah Mada pun pergilah kepada bininya Petala Bumi.
Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari Daha, terlalu banyak beroleh harta daripada
emas dan perak dan pakaian dan pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak dicurinya.
Setelah sudah Kertala Sari datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, “Hai
ibuku, ke mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?”
Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun
menangis, seraya berkata, “Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang
Melayu, bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.”
i. Berikan maksud jika tiada ia mati, nescaya alahlah Melaka itu? [2 markah]
ii. Berdasarkan petikan di atas, apakah tindakan-tindakan ibu Kertala Sari selepas
mendengar pertanyaan anaknya itu tentang bapanya?
[3 markah]
34
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
iii “Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu,
bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.”
Pada pandangan anda, apakah keistimewaan yang ada pada Laksamana sehingga
sukar ditewaskan oleh penjurit tujuh bersaudara itu? [3 markah]
Praktis 2
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula
sebuah rumah saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun
kembali pada tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar yang
kaya-kaya itu dicurinya. Maka segala saudagar dan orang kaya-kaya itu pun masuk
menghadap raja berdatang sembah, “Ya tuanku, patik mohon ampun, adapun patik
sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai sepinggang.”
Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya
menampar-nampar pahanya. Maka titah baginda, “Wah, datanglah pula bala atas negeriku!
Baiknya ada Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang, binasalah negeri
ini.”
Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, “Hai Temenggung, suruh orang
berkawal dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!” Maka Temenggung pun
menyuruhkan orangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada
kampungnya. Setelah hari malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal,
terlalu banyak dengan lembing perisai dan segala saudagar pun masing-masing berkawal
pada kampungnya.
Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala
Sari orang berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun
membaca pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke
rumah seorang kaya. Maka dicurinya harta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali
dan bini orang kaya-kaya itu dicabulinya. Maka ia pun kembali ke tempatnya.
i. Berikan maksud datanglah pula bala atas negeriku. [2 markah]
ii. Apakah reaksi Temenggung selepas menerima titah daripada baginda sultan?
[3 markah]
iii Perbuatan mencuri sering dilakukan oleh segelintir individu yang tidak bermoral.
Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu tergamak mencuri harta orang lain?
[3 markah]
35
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 3
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka Kertala Sari pun berdirilah atas kepala Laksamana itu, katanya, “Teririk
bangkai pula aku ini!”
Adapun akan Laksamana tidur itu kerisnya sudah terhunus, lalu ia bangun
melompat menikam dada Kertala Sari terus ke belakangnya.
Maka Laksamana pun berkata, “Ceh, mati engkau olehku!”
Setelah Kertala Sari merasai luka itu, maka dihunusnya kerisnya pula mengusir
Laksamana. Dua tiga langkah maka ia pun rebah terjerumus lalu mati. Maka oleh
Laksamana dihirisnya syahwatnya lalu ia kembali ke rumah.
Setelah hari hampir siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang perlente
mati; maka segera dikeratnya telinga dibawa kepada raja, sembahnya, “Ya tuanku, inilah
tandanya patik membunuh penjurit yang terlalu buas itu.”
Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap raja
katanya, “Inilah tandanya patik membunuh penjurit pada malam tadi.”
Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya dibawanya kepada
raja. Maka baginda pun menjadi hairan.
Maka titah baginda kepada Bendahara, “Ayo mamak Bendahara, kita pun hairan
kelakuan ini. Siapakah juga yang sungguh ini?”
Maka sembah Bendahara, “Ya tuanku, pada bicara patik, dua pertandaan lagi maka
sungguh; tambahan Laksamana belum datang.
Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syawat dan keris Kertala Sari.
Maka sembah Bendahara, “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara patik,
jika lain daripada Laksamana, tiada akan dapat membunuh dia, menentang matanya pun
tiada dapat.” Maka segala mereka itu pun masing-masing tunduk kemalu-maluan, lalu
kembali.
i. Apakah tindakan yang dilakukan oleh Laksamana terhadap Kertala Sari?
[2 markah]
ii. Berdasarkan petikan, nyatakan perkara-perkara yang telah berlaku kepada mayat
Kertala Sari? [3 markah]
iii “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara patik, jika lain daripada
. Laksamana, tiada akan dapat membunuh dia, menentang matanya pun tiada dapat.”
Maka segala mereka itu pun masing-masing tunduk kemalu-maluan, lalu kembali.
Sekiranya anda raja, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil terhadap orang
yang berbohong? [3 markah]
36
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 4
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka segala orang yang kehilangan itu pun semuanya berhimpun masuk ke dalam
pergi mengenal segala harta, seorang pun tiada tinggal. Maka kata seorang, “Ini harta
patik, tuanku.”
Maka seorang, “Ini pun ia harta patik, tuanku.”
Maka kata seorang, “Ini tuanku benda patik.”
Kata seorang, “Ini bantal patik tuanku.”
Setelah habis dikenalinya segala yang empunya, maka titah raja, “Hai segala kamu
sekalian, hendaklah segala harta ini dibahagi tiga, dua bahagi akan Laksamana, sebahagi
akan orang yang empunya harta, kerana harta ini sudahlah hilang beroleh akan
Laksamana.”
Maka sembah orang itu, “Daulat tuanku, mana titah patik junjung.”
Maka sembah Laksamana, “Ya tuanku, jika demikian, sahaja aniayalah duli yang
maha mulia dan dukacitalah sekalian empunya harta. Yang sebahagi itu akan patik.
Dalam pada itu pun, mana kasih hatinya hendak memberi akan patik.”
Maka titah baginda, “Hai segala kamu, sukakah seperti kata Laksamana ini?”
Maka sembah mereka itu, “Sukalah patik sekalian memberikan Laksamana. Demi
Allah dan Rasul-Nya, dengan tulus ikhlas patik sekalian.” Masing-masing pun
memberikan segala hartanya akan Laksamana.
Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi.
Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu
didermakan pada segala fakir miskin dan sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang
tiada penguasaan dan sebahagi diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun
habislah, suatu pun tiada diambil oleh Laksamana.
Maka baginda pun terlalu amat kurnia akan Laksamana; barang sesuatu bicara,
jikalau tiada Laksamana, tiadalah putus. Maka negeri Melaka pun kararlah.
i. Berikan maksud harta ini sudahlah hilang beroleh akan Laksamana?
[2 markah]
ii. Berdasarkan petikan di atas, apakah cadangan Sultan Melaka kepada tuan-tuan
empunya harta yang hartanya telah dijumpai semula?
[3 markah]
iii Maka baginda pun terlalu amat kurnia akan Laksamana; barang sesuatu bicara,
jikalau tiada Laksamana, tiadalah putus.
Sekiranya anda merupakan Raja Melaka, bagaimanakah anda menghargai jasa dan
pengorbanan pegawai seperti Laksamana?
[3 markah]
37
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 5
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah Seri Betara mendengar cakap Kertala Sari itu, maka titah Seri Betara,
“Segeralah engkau pergi ke Melaka itu. Kerajaan seperti cakapmu itu supaya engkau
kujadikan penggawa agung.”
Maka sembah Kertala Sari, “Jikalau tuanku hendak menitahkan patik aji, baiklah
segera patik suruh hantarkan ke Melaka dengan sebuah perahu supaya patik segera
kerjakan seperti titah paduka Betara itu.”
Maka titah Seri Betara, “Hai Patih Gajah Mada, segeralah suruh hantar ke Melaka.”
Maka Patih Gajah Mada pun berlengkap sebuah perahu dengan sepuluh orang sertanya
yang pergi. Setelah sudah lengkap maka Kertala Sari pun belayarlah.
Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di
luar kota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya
kepada segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar
masuk bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar.
Setelah diketahuinya, maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih
Kerma Wijaya. Tatkala itu, Kertala Sari pun masuk seorangnya mengikut Patih Kerma
Wijaya pergi menghadap sama dengan Jawa yang banyak itu. Maka oleh Kertala Sari
segala hulubalang yang menghadap sama-sama itu dilihatnya seorang kepada seorang.
Maka fikir dalam hatinya, “Dialah gerangan hulubalang Ratu Melaka yang bernama
Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya, sungguhlah ia dapat membunuh bapaku,
kerana ia penjurit besar lagi kepetangan.
(i) Apakah maksud rangkai kata penjurit besar lagi kepetangan? [2 markah]
(ii) Berdasarkan petikan, apakah yang dilakukan oleh Kertala Sari setelah dia sampai
di Melaka?
[3 markah]
(iii) Kertala Sari menggunakan teknik penyamaran dalam usahanya membalas
dendam terhadap Ratu Melaka dan Laksamana atas kematian bapanya.
Pada pendapat anda, mengapakah Kertala Sari perlu bertindak sedemikian?
[3 markah]
38
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 6
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Berapa lamanya hatta haripun malamlah. Maka Kertala Sari pun bersikap dirinya;
maka lalu berjalan masuk ke dalam kota. Maka ia masuk ke rumah seorang saudagar
yang kaya. Maka dilihat oleh Kertala Sari saudagar itu lagi makan nasi laki isteri.
Kertala Sari pun masuk makan bersama-sama dengan saudagar itu. Hatta setelah jauh
malam, maka saudagar itu pun masuk tidur. Maka oleh Kertala Sari dicurinya segala
harta saudagar itu sekuasa-kuasa ia membawa dan bini saudagar itu pun dicabulinya.
Makai a pun Kembali pada tempatnya singgah itu.
Maka hari pun sianglah. Maka saudagar itu pun gemparlah mengatakan dirinya
kecurian.
Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula
sebuah rumah saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, makai a
pun Kembali pada tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar
yang kaya-kaya itu dicurinya. Maka segala saudagar dan orang kaya-kaya itu pun
masuk menghadap raja berdatang sembah, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun,
Adapun patik sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai sepinggang.
Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda terkejut seraya
menampar-nampar pahanya. Maka titah baginda, “Wah, datanglah pula bala atas
negeriku! Baiknya ada Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang,
binasalah negeri ini.”
Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, “Hai Temenggung, suruh orang
berkawal dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!” Maka Temenggung pun
menyuruhkan orangnya berkawal terlalu banyak dengan lembing perisai dan segala
saudagar pun masing-masing berkawal pada kampungya.
(i) Apakah maksud rangkai kata segala harta saudagar itu sekuasa-kuasa ia membawa?
[2 markah]
(ii) Berdasarkan petikan, apakah reaksi sultan sejurus menerima aduan daripada
saudagar dan orang-orang kaya yang teraniaya oleh tingkah laku Kertala Sari?
[3 markah]
(iii) Kes jenayah seperti pecah rumah sering berlaku pada waktu malam sehingga
mangsa mengalami kerugian.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang berkesan untuk menangani
masalah tersebut?
[3 markah]
39
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 7
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Alkisah maka tersebutlah perkataan Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah
Mada dan peri mengatakan penjurit ketujuh bercakap kepada Seri Betara dan Patih
Gajah Mada hendak mengalahkan negeri Melaka itu dengan seorang dirinya, peri
mengatakan tatkala Laksamana membunuh penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina itu.
Berapa lamanya, didengar oleh Patih Gajah Mada penjurit yang tujuh bersaudara yang
dititahkan oleh Seri Betara pergi ke Melaka itu sudah mati. Maka Patih pun hairan.
Maka Patih Gajah Mada pun fikir dalam hatinya. ‘Adapun negeri Melaka itu sukar
binasa maka puas hatiku. Adapun seperti khabar penjurit tujuh bersaudara yang di
Bukit Cina itu, jika tiada ia mati, nescaya alahlah Melaka itu.’
Setelah ia fikir, maka Patih Gajah Mada pun ingat akan Petala Bumi itu.
Maka Patih Gajah Mada pun segera menyuruh kepada bini Petala Bumi bertanyakan
anaknya yang bernama Kertala Sari pergi mencuri ke Daha itu, sudahkah datang dari
Daha atau belumkah. Maka orang Patih Gajah Mada pun pergilah kepada bininya
Petala Bumi.
Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari Daha, terlalu banyak beroleh harta
daripada emas dan perak dan pakaian dan pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak
dicurinya. Setelah sudah Kertala Sari datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya
kepada ibunya, “Hai ibuku, ke mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?”
(i) Berikan maksud sudah datang. [2 markah]
(ii) Apakah rekasi dan tindakan Patih Gajah Mada setelah mendapat berita tentang
kematian tujuh penjurit bersaudara?
[3 markah]
(iii) Laksamana berjaya menewaskan musuh-musuhnya menyebabkan beliau
disayangi oleh Ratu Melaka.
Pada pendapat anda, mengapakah Laksamana Melaka sukar ditewaskan oleh
penjurit tujuh bersaudara dari Majapahit itu?
[3 markah]
40
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 8
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah hari malam maka Kertala Sari pun memakai pakaian yang indah-indah dan
memakai bau-bauan yang harum lalu masuk ke dalam kota, dalam hatinya, “Pada
malamini aku masuk membakar dan mengamuk, kerana harta orang Melaka itu pun
habis aku curi.”
Sebermulah maka Laksamana pun memakai pakaian penjurit. Maka Laksamana
pun berjalanlah. Pada malam itu kelam kabut dan hujan pun rintik-rintik. Maka Kertala
Sari pun masuklah ke dalam kota. Laksamana pun tidur di tengah pasar itu, Maka
didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahananya. Maka
Laksamana pun tahulah akan Kertala Sari datang itu. Maka Kertala Sari pun
berjalanlah ke tengah pasar itu. Maka tertendang kakinya pada tubuh Laksamana.
Maka Kertala Sari pun berdirilah atas kepala Laksamana, katanya. “Teririk
bangkai pula aku ini!”
Adapun akan Laksamana tidur itu kerisnya sudah terhunus, lalu ia bangun
melompat menikam dada Kertala Sari terus ke belakangnya.
Maka Laksamana pun berkata, “Ceh, mati engkau olehku!”
Setelah Kertala Sari merasai luka itu, maka dihunusnya kerisnya pula lalu
mengusir Laksamana. Dua tiga langkah maka ia pun rebah terjerumus lalu mati. Maka
oleh Laksamana dihirisnya syahwatnya diambilnya lalu ia kembali ke rumahnya.
Setelah hari hampir siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang perlente
mati; maka segera dikeratnya telinga dibawa kepada raja, sembahnya, “Ya tuanku,
inilah tanda patik membunuh penjurit yang terlalu buas.
(i) Berdasarkan petikan tersebut, apakah tujuan Kertala Sari bersiap-siap pada
malam tersebut?
[2 markah]
(ii) Apakah tindakan Laksamana selepas Kertala Sari menyangka bahawa dirinya
sudah mati?
[3 markah]
(iii) Sesetengah orang sanggup menipu untuk mendapatkan ganjaran dan sanjungan.
Sekiranya anda ialah raja, apakah tindakan-tindakan yang wajar anda ambil
terhadap orang yang sering memberikan pengakuan palsu?
[3 markah]
41
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
PROSA TRADISIONAL BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA
Praktis 1
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap banyak
orang. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya oleh
Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu,
“Tahukah tuan hamba sekalian bahwa ia ini anak hamba?”
Maka sembah segala orang banyak itu, “Sahaya semua tahu juga; oleh tuanku
tiada mengaku, sahaya semua takut mengatakan dia anak tuanku.”
Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan
Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja
dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada
Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang
berasal. Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa
beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam
kampung Seri Nara Diraja. Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan hal itu maka
terlalulah dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja
itu. Maka fikir di dalam hati baginda, “Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana
orang besarnya tidak muafakat sama orang besar.”
(i) Berikan maksud rangkai kata maka anak Melayu pun berbelah? [2 markah]
(ii) Nyatakan perkara yang berlaku setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja
dilantik menjadi orang besar.
[3 markah]
(iii) Sesetengah orang sanggup menipu untuk mendapatkan ganjaran dan sanjungan.
Sekiranya anda ialah raja, apakah tindakan-tindakan yang wajar diambil
terhadap orang yang suka memberikan pengakuan palsu?
[3 markah]
42