MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
13 Masin lidah terlalu tinggi
14 Memerah otak Apa yang dkata menjadi kebenaran
15 Mencari jalan Befikir dengan serius
16 Mencolok mata Mencari helah
17 Nyawa-nyawa ikan Sesuatu yang tidak elok dipandang
18 Senyum kambing Hampir-hampir mata
19 Tabir besi Senyum mengejek
20 Zaman bahari Negara-negara di bawah blok Rusia
Zaman purbakala
BIL PEPATAH MAKNA
1 Berakit-rakit ke hulu,berenang-renang Menempuh kesulitan dahulu baru
ke tepian, bersakit-sakit dahulu mencapai kesenangan
bersenang-senang kemudian
2 Berjalan pelihara kaki,bercakap pelihara Hendaklah selalu beringat-ingat
lidah apabila melakukan sesuatu perkara
3 Bar mati anak jangan mati adat Jika anak sendiri yang melanggar
adat dia mesti dihukum
4 Bukit sama didaki,;urah sama dituruni Perhubungan yang sangat
akrab,susah senang tetapi Bersama
5 Bulat air kerana pembetung,bulat kata Keputusan sebulat suara melalui
kerana muafakat mesyuarat
6 Hati gajah sama dilapah,hati kuman Pembahagian yang sama adil
sama dicecah
7 Hidup kayu berbuah,hidup manusia Semasa hidup hendaklah berbuat
biar berjasa baik pada diri sendiri dan masyarakat
8 Hidup tidak kerana tulah,mati tidak Berusaha dengan daya usaha sendiri
kerana sumpah tanpa mengharapkan bantuan orang
9 Hilang bahasa,lenyaplah bangsa Bahasa akan hilang apabila
bangsanya tidak menggunakan
bahasanya itu
10 Jika tidak dipecahkan ruyung,manakan Cita-cita tidak akan tercapai jika
dapat sagunya tidak berusaha bersungguh-sungguh
11 Kalau nak tahu jahat seseorang tanya Setiap kebaikan atau keburukan
seterunya,kalau nak tahu baik seseorang seseorang itu dapat diketahui melalui
tanya sahabatnya musuh atau kawannya
12 Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa Manusia hanya boleh berharap,
tetapi Tuhan yang menentukannya
13 Menyambung biar Panjang,menyebar Melakukan sesuatu itu biarlah
biar lebar memberi faedah
14 Sediakan payung sebelum hujan Berjaga-jaga sebelum ditimpa
kesusahan
15 Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit Kerja yang dilakukan secara
beransur-ansur akan mencapai
kejayaan
16 Siapa menjala siapa terjun,siapa Siapa yang berkehendak dialah yang
berhutang siapa membayar berusaha
17 Yang bulat tidak datang Seseorang yang akan mendapat
menggolek,yang pilih tidak datang keuntungan dengan mudah
92
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
melayang
18 Yang dikejar tak dapat,yang dikendong Sesuatu yang diusahakan tidak akan
berciciran mendapat hasilnya dan yang ada di
tangan pula hilang
19 Yang kurik itu kendi yang merah itu Yang baik dan indah itu ialah budi
saga,yang baik itu budi yang indah itu dan bahasa bukannya rupa
bahasa
BIL BIDALAN MAKNA
1 Genggam bara api biar sampai jadi Mengerjakan sesuatu yang sukar
arang hendaklah bersabar hingga mencapai
kejayaan
2 Membuat mahu menuras tidak Membuat sesuatu pekerjaan tetapi
malas belajar untuk menambahkan
pengetahuan tentang pekerjaan itu
3 Orang penyegan susah makan Orang yang malas bekerja hidupnya
susah
4 Setitik dijadikan laut sekepal dijadikan Membesar-besarkan perkara yang
gunung kecil
5 Besar pasak dari tiang Perbelanjaan yang lebih besar
daripada pendapatan
6 Rajin bekerja mudah belanja Orang yang rajin hidupnya senang
BIL KATA-KATA HIKMAT MAKNA
1 Bahasa mencerminkan jiwa Kata-kata yang diujarkan sebenarnya
lahir daripada jiwa
2 Bertangguh itu pencuri masa Tidak wajar berlengah-lengah apabila
melakukan sesuatu
3 Berusahalah kamu seolah-olah kamu Bekerja dan beramal secara seimbang
akan hidup seribu tahun
4 Cegah sebelum parah Sebelum berlakunya perkara yang
buruk perlulah ditegah
5 Jauh berjalan,luas pengalaman Semakin jauh kita berjalan
pengetahuan akan turut bertambah
6 Kita mesti menanti waktu,waktu tidak Masa sangat berharga
menanti kita
7 Manusia itu mati tetapi kemanusiaan Kebaikan dan kesejahteraan akan
hidup selama-lama kekal selamanya
8 Muafakat itu berkat Bekerjasama pasti mendatangkan
kebaikan sampai bila-bila
9 Negara bersih rakyat sihat Negara yang tidak kotor
menyebabkan masyarakat hidup
dalam kesejahteraan
10 Rajin dan usaha tangga kejayaan Usaha yang bersungguh-sungguh
akan mendatangkan kejayaan
11 Sembahyanglah kamu sebelum kamu Beribadat kepada Tuhan
disembahyangi
12 Syurga itu di bawah telapak kaki ibu Anak tidak boleh menderhaka
kepada ibu bapa
93
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
1) MEMBERIKAN MAKSUD PERIBAHASA
Baca peribahasa di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan maksudnya.
Contoh Bagai gadis jolong menumbuk
Peribahasa Rajin dan bersungguh-sungguh.
Maksud
Praktis 1 [ 6 markah]
[ 6 markah]
i Atas pagar
ii Ayam pemikat
iii Berkerat rotan berpatah arang
Praktis 2
i Bahasa jiwa bangsa
ii Bagai dakwat dengan kertas
iii Seperti air dalam kolam
Praktis 3 [ 6 markah]
[ 6 markah]
i Bagai lebah menghimpunkan madu [ 6 markah]
ii Seperti si buta baru celik
iii Kemenyan sebesar lutut;jika tidak dibakar, tidak akan berbau
Praktis 4
i Besar pasak daripada tiang
ii Cepat kaki ringan tangan
iii Pantang berundur sebelum berjuang
Praktis 5
i Membaca jambatan ilmu
ii Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
iii Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
Praktis 6 [ 6 markah]
i Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
ii Antan patah lesung hilang
iii Bumi mana tidak ditimpa hujan
94
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 7
i Anak kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan
ii Tepuk dada tanya selera
iii Ular menyusur akar, takkan hilang bisanya
[ 6 markah]
Praktis 8
i Untung sabut timbul, untung batu tenggelam
ii Seperti pahat dengan penukul
iii Atas pagar
[ 6 markah]
Praktis 9
i Seperti embun di hujung rumput
ii Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
iii Bagai kera mendapat bunga
[ 6 markah]
2) MENYATAKAN PERIBAHASA BERDASARKAN MAKSUD
Baca setiap maksud peribahasa di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang
sesuai dengan setiap maksud peribahasa tersebut.
Maksud Orang bijak kalau diam memikirkan sesuatu tetapi orang bodoh tidak
Peribahasa memikirkan apa-apa.
Diam ubi berisi, diam penggali berkarat
Praktis 1
i Apabila membuat sesuatu pekerjaan itu hendaklah beringat-ingat supaya tidak
mendatangkan kerugian.
ii Bukan seorang sahaja lelaki atau perempuan di dunia ini.
iii Seseorang yang mendapat sesuatu yang telah lama dihajatkan.
[6 markah]
Praktis 2
i Pasangan yang sepadan.
ii Sesuatu yang tidak akan terjadai jika satu pihak sahaja yang melakukannya.
iii Jalan yang bengkang-bengkok.
[6 markah]
95
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 3
i Orang yang pada zahirnya kelihat baik tetapi dalam hatinya jahat.
ii Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dipersalahkan.
iii Sementara menunggu apa-apa yang lebih baik,lakukan kerja-kerja lain yang lebih
berfaedah.
[6 markah]
Praktis 4
i Oang yang selalu menurut kemahuan orang lain.
ii Setiap orang mempunyai keinginan yang berbeza-beza.
iii Seseorang yang amat disayangi, tetapi menyusahkan.
[6 markah]
Praktis 5
i Menurut sahaja kehendak orang lain.
ii Segala keperluan sudah ada,hanaya menanti masa untuk melakukannya.
iii Orang yang bertuah mendapat keuntungan atau rezeki dari mana-mana sahaja.
[6 markah]
Praktis 6
i Sengaja mencari susah atau bahaya
ii Sesuatu yang sudah pasti diperoleh atau dimiliki.
iii Orang yang bodoh kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu lama-lama akan
pandai juga.
[6 markah]
Praktis 7
i Pasangan yang sepadan
ii Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya.
iii Orang yang merantau akhirnya kembali ke tempat asal.
[6 markah]
Praktis 8
i Membuka rahsia atau keburukan seseorang supaya diketahui oleh orang ramai
ii Orang yang pendiam janga disangka bodoh atau penakut
iii Seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan secara mengejut kerana ketiadaan
orang yang sepatutnya melakukan kerja tersebut.
[6 markah]
96
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 9
i Anak perawan yang kurang sopan/tidak tahu malu/rendah budi pekertinya
ii Tukang tilik palsu yang menggunakan agakan dalam tilikannya
iii Orang yang kuat kemahuannya serta bersungguh-sungguh melakukan sesuatu.
[6 markah]
Praktis 10
i Orang yang kerjanya menyampaikan rahsia/hal seseroang kepada orang lain
ii Orang yang tamak tidak dapat membezakan yang baik dan jahat
iii Orang yang kurus dan pucat kerana berpenyakit
[6 markah]
3) MEMBINA AYAT BERDASARKAN PERIBAHASA
Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah supaya jelas menunjukkan maksud dan
penggunaannya.
Peribahasa Ada angin
Contoh ayat Anak-anak Pak Malim tidak berani mengganggu Pak Malim kerana mereka
tahu bapa mereka ada angin
Praktis 1 [6 markah]
i Buat duit [6 markah]
ii Ombak kedengaran, pasirnya tidak kelihatan [6 markah]
iii Mengata dulang paku serpih, mengatakan orang awak yang lebih
Praktis 2
i Seperti ikan pulang ke lubuk
ii Muafakat membawa berkat
iii Sehari selembar benang,lama-lama menjadi kain
Praktis 3
i Bagai menatang minyak yang penuh
ii Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau
iii Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
97
Praktis 4 MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
i Besar pasak daripada tiang
ii Orang penyegan susah makan [6 markah]
iii Hilang bahasa lenyap bangsa
Praktis 5
i Tangan yang mengayun buaian itu boleh menggoncang dunia
ii Bertangguh itu pencuri masa
iii Sabar itu sebahagian daripada iman
[6 markah]
Praktis 6
i Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
ii Yang lama dikelek, yang baharu didukung
iii Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
[6 markah]
Praktis 7 [6 markah]
[6 markah]
i Alang-alang berdakwat biar hitam [6 markah]
ii Setinggi-tinggi terbang bangau akhirnya hinggap di belakang kerbau [6 markah]
iii Kata dikotakan
Praktis 8
i Kacang lupakan kulit
ii Tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas
iii Sudah terhantuk baru tengadah
Praktis 9
i Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
ii Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
iii Gulung tikar
Praktis 10
i Ibarat harapkan pagar,pagar makan padi
ii Muafakat membawa berkat
iii Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
98
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
4) MENYATAKAN PERIBAHASA BERDASARKAN AYAT
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
ayat-ayat tersebut.
Contoh Ayat Salman menghadapi pelbagai masalah apabila tinggal serumah dengan lima
Peribahasa orang kawannya yang mempunyai perangai macam-macam.
Rambut sama hitam hati lain-lain/Banyak udang banyak garam,banyak
orang banyak ragam
Praktis 1
i Encik Edward mengamanahkan kedainya kepada saudaranya semasa beliau ke luar
negari tetapi kedai tersebut dijual oleh saudaranya.
ii Walaupun majlis itu telah selesai tetapi masih kedengaran rungutan tidak puas hati
daripada sesetengah pihak tentang pelaksanaannya.
iii Kehidupan Ronaci semakin sempit sejak kematian ibu bapanya lagipun tiada siapa
yang mempedulikan nasibnya
[6 markah]
Praktis 2
i Walaupun kita berasa kasihan atas penderitaan hidup yang dilaluinya tetapi orang yang
menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.
ii Nizam tidak gembira sekalipun segala kemahuannya dipenuhi oleh ibu bapanya kerana
dia tidak mendapat kebebasan seperti remaja lain.
iii Perbelanjaan hendaklah sepadan dengan pendapatan supaya tidak menyusahkan kita.
[6 markah]
Praktis 3
i Mendapat keuntungan/rezeki yang tidak disangka-sangka
ii Bertindak dengan yakin kerana berada di pihak yang benar
iii Apabila menyedari bahawa kita telah melakukan kesalahan, kita hendaklah insaf dan
berusaha untuk membetulkannya
[6 markah]
Praktis 4
i Hubungan antara Mazni dengan kakaknya renggang akibat salah faham tentang
pembahagian harta pusaka. Meskipun mereka berjauhan dan tidak bersua muka,
namun hubungan mereka tidak akan terputus sampai bila-bila pun.
99
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
ii Pekerja di syarikat pembinaan itu berterima kasih kerana mereka diberikan bonus
berlipat ganda setelah syarikat mendapat keuntungan yang besar selepas melabur di
luar negara.
iii Sejak berita tentang penemuan emas di Sungai Lembing disiarkan oleh media.
[6 markah]
Praktis 5
i Kehidupan Roy dan adik-adiknya menjadi tidak terurus selepas kematian kedua ibu
bapanya akibat kemalangan jalan raya
ii Hartawan itu mementingkan diri sendiri dan menjadikan orang lain sebagai tempat
untuk mencapai hajat dan matlamatnya
iii Walaupun anugerah filem itu selesai, namun masih terdengar desas-sesus pihak yang
tidak berpuas hati
[6 markah]
Praktis 6
i Oleh sebab salah seorang daripada ahli kumpulan itu bertindak keluar daripada
kumpulan, kumpulan tersebut terumbang-ambing dan akhirnya terpaksa dibubarkan.
ii Madelin tidak pasti sama hendak melanjutkan pelajaran di luar negara atau tidak
memandangkan ibu bapanya tidak begitu bersetuju walaupun dia sangat berminat.
iii Selepas mendapat rakan baharu yang kebetulan daripada kalangan orang berada,
Bryan tidak mahu berkawan dengan Branda.
[6 markah]
Praktis 7
i Melakukan sesuatu pekerjaan biar sehingga selesai dan mendatangkan hasilnya.
ii Orang yang mendapat sesuatu yang berharga tetapi tidak dapat dimanfaatkan dengan
sebaik-baiknya.
iii Perempuan yang cantik rupa paras tetapi berkelakuan tidak senonoh atau kurang
sopan.
[6 markah]
100
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 8
i “Jika kamu tidak mahu berhadapan dengan sebarang kesulitan, lebih baik kamu tidak
pergi ke kawasan yang berbahaya itu,” kata ibu kepada abang.
ii Seseorang yang berada di negara orang tidak harus bersikap suka menunjuk-nunjuk
tetapi hendaklah bersikap baik dengan semua orang.
iii Kita perlu beradab apabila mewawancara seseroang dan bahasa yang digunakan
mestilah bertatasusila serta sopan
[6 markah]
Praktis 9
i Sengaja mencari susah atau bahaya
ii Sesuatu yang sudah pasti diperoleh atau dimiliki
iii Orang yang bodoh kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu lama-lama akan pandai
juga.
[6 markah]
Praktis 10
i Kehilangan wangnya secara tiba-tiba apabila disamun oleh perompak ketika keluar
dari bank amat mengejutkannya
ii Ayah melarang abang berkawan dengan Ryan yang kelihatan baik itu kerana baru ini
Ryan telah ditangkap kerana mencuri.
iii Cerita itu tidak akan tersebar jika kedua-dua belah pihak tidak mempunyai sebarang
hubungan.
[6 markah]
5) MENYATAKAN PERIBAHASA YANG SAMA MAKSUD
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa lain yang sama
maksudnya dengan peribahasa dalam ayat-ayat tersebut.
Contoh
(i) Pertelingkahan yang berlaku dalam kalangan keluarga tidak akan berpanjangan,
akhirnya mereka berbaik-baik semula bak kata pepatah, “Carik-carik bulu ayam,lama-
lama bercantum juga.”
(ii) Perangai dan tingkah laku anak-anak tidak akan menyalahi perangai ibu bapa mereka
iaitu bagaimana acuan begitulah kuihnya.
(iii) Banyak orang menyangka bahawa Datuk Vida tidak akan pulang lagi setelah
merantau ke tempat orang. Namun sangkaan itu meleset kerana akhirnya dia kembali
ke kampung halamannya seperti ikan pulang ke lubuk.
101
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 1
(i) Bagai gunting dalam lipatan
(ii) Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
(iii) Belut pulang ke lumpur
[6 markah]
Praktis 2
(i) Bapa borek anak rintik
(ii) Lekuk batu dititik air selalu
(iii) Genggam bara api sampai jadi arang
[6 markah]
Praktis 3
(i) Orang mengantuk disorongkan bantal
(ii) Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
(iii) Bagaimana gendang begitulah tarinya
[6 markah]
Praktis 4
(i) Telur sesangkak, pecah satu pecah semua
(ii) Enau sebatang dua sigainya
(iii) Menarik rambut di dalam tepung
[6 markah]
Praktis 5
(i) Air dicincang tidak akan putus
(ii) Habis manis sepah dibuang
(iii) Seperti katak disimbah air
[6 markah]
Praktis 6
(i) Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas
(ii) Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
(iii) Mengusik anjing tidur
[6 markah]
Praktis 7
(i) lidah bercabang
(ii) Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga
(iii) Melentur biarlah waktu rebung
[6 markah]
102
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 8
(i) Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua
(ii) Ada sampan hendak berenang
(iii) Duri dalam daging
[6 markah]
Praktis 9
(i) Bapa borek, anak rintik [6 markah]
(ii) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
(iii) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
Praktis 10
(i) Seperti embun di hujung rumput
(ii) Bagai pinang dibelah dua
(iii) Masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang kerbau menguak
[6 markah]
6) MEWUJUDKAN SITUASI YANG DAPAT DIKAITKAN DENGAN
PENGGUNAAN PERIBAHASA.
Contoh soalan.
Baca petikan bawah dengan teliti kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan
tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan
Penglibatan golongan belia dalam penagihan dadah semakin membimbangkan banyak
pihak. Kita bimbang gejala ini akan menjadi barah sehingga boleh menjejaskan budaya, agama
dan bangsa. Oleh sebab itu, pihak ibu bapa haruslah memainkan peranan penting dalam
mendidik anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini demikian kerana generasi muda merupakan aset
penting dalam pembangunan negara dan menjadi pemimpin negara masa hadapan.
Skema jawapan:
i. Duri dalam daging
ii. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
iii. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
103
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 1
Baca petikan bawah dengan teliti kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan
tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan.
Judi tidak pernah menjanjikan kesenangan kepada manusia. Walaupun ada
sesetengah orang berpendapat sesiapa yang memenangi pertaruhan dalam perjudian
dia mendapat untung segera. Namun begitu, kebanyakan penjudi tidak mengalami
nasib baik itu. Oleh sebab itu, kita dapati sukar hendak mempercayai mereka
tentang keuntungan yang diperoleh daripada hasil perjudian kerana cakap saja lebih
tetapi hasilnya kosong. Untuk meraih kesenangan hidup lebih molek jika seseorang
itu menghindari tabiat buruk suka berjudi, sebaliknya eloklah bekerja keras dan
menabung pendapatan dari semasa ke semasa
[ 6 markah]
Praktis 2
Baca petikan bawah dengan teliti kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan
tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan.
Perpaduan dan persefahaman dalam kalangan rakyat menjadi tonggak kegemilangan
negara Malaysia. Rakyat yang hidup saling membantu antara satu sama lain akan
memudahkan pencapaian hasrat tersebut. Lagipun mereka mempunyai kesedaran
bahawa pada masa ini sikap mementingkan diri akan menyukarkan usaha kerajaan
untuk menyatupadukan rakyat. Sekiranya, wujud pertelingkahan maka tiada sesiapa
pun yang untung. Sebaliknya, mereka akan kehilangan segala-galanya.
[6 markah]
Praktis 3
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian lengkapkan tempat kosong dalam petikan itu
dengan peribahasa yang sesuai.
Apabila berbicara tentang keruntuhan moral remaja, kita tidak wajar ………(i)….. dan
menyalahkan pihak lain kerana kita bersama-sama memikul tanggungjawab untuk
menanganinya. Sesiapa yang cuba …………(ii) dalam hal ini akan menjadi sia-sia
sahaja. Jika ada anak sendiri yang terlibat tidak dapat dinafikan mungkin ada anak buah
yang terbabit dalam gejala ini. Apabila perkara itu dibangkitkan sudah tentu
……(iii)…….akhirnya.
[ 6 markah]
104
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 4
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian lengkapkan tempat kosong dalam petikan itu
dengan peribahasa yang sesuai.
Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan
memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin
hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerjasama bagai
………(i)…………….. Selain itu, mereka perlulah berusaha dengn gigih dan rajin untuk
menempa kecemerlangan kerana ……………..(ii)…………… Sebagaimana yang
diketahui, resepi kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu
bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid
dalam bidang akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh
kerana ……………(iii)……………………………
[ 6 markah]
Praktis 5
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
(i) Sudah berkali-kali Cikgu Masnah memberikan nasihat kepada Matlan supaya
tidak ponteng sekolah lagi, namun nasihat itu hanya diibaratkan
………………………….…. kerana Matlan masih dengan perangai lamanya itu.
(ii) Sejak pengurus syarikat komputer itu berada di luar negara, jawatankuasa telah
diambil alih oleh seorang kerani. Ramai pekerja syarikat tersebut tidak berpuas
hati dengan sikap kerani tersebut yang semakin berlagak. Sikap kerani itu
diibaratkan seperti ……………………………………………………………………
(iii) Walaupun menghidap penyakit kronik, Pak Ramli terpaksa bekerja setiap masa
bagi menyara keluarganya. Keluarganya yang miskin hanya bergantung harap
kepada Pak Ramli. Kehidupan keluarga Pak Ramli diibaratkan…………………
[ 6 markah]
Praktis 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan
situasi yang berbeza-beza yang terdapat dalam petikan tersebut.
Matlan merupakan pemain harapan dalam pasukan bola sepak di sekolahnya.
Setiap kali perlawanan mereka pasti memperoleh kemenangan. Faktor kejayaan
pasukan mereka ialah semangat yang tinggi dan sikap kerjasama dalam pasukan
serta saling memahami antara satu sama lain. Mereka juga mempunyai jurulatih
yang berwibawa dan berkebolehan. Ahli-ahli pasukan sering mengamalkan
peribahasa yang bermaksud berusaha bersungguh-sungguh sehingga mencapai
kejayaan yang diidam-idamkan.
[ 6 markah]
105
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 7
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
Pelaburan melalui Internet menyebabkan pelabur ………………..(i)……………. Kerana
keuntungan lumayan yang diperoleh. Pelabur-pelabur yang berjaya akan mempengaruhi
orang lain supaya membuat pelaburan dalam skim ini. Sikap pelabur yang
………………(ii)…………………. menyebabkan mereka tidak memikirkan kesan baik
dan buruk pelaburan ini. Apabila wang pelaburan lesap, baharu mereka menyedari
bahawa mereka ditipu. Pada ketika itu mereka akan menyesal kerana berfikir panjang
sebelum membuat pelaburan. Keadaan ini diibaratkan seperti …………………(iii)……
[6 markah]
Praktis 8
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian isikan peribahasa yang sesuai pada ruangan yang
disediakan.
Apabila bercakap tentang masalah samseng di sekolah, pihak ibu bapa tidak seharusnya
………………..(i)……………. kepada pihak sekolah semata-mata. Ibu bapa perlu
dipersalahkan dalam soal ini kerana mereka sepatutnya bertanggungjawab mendidik
anak-anak sejak kecil lagi dengan sikap yang baik bak kata pepatah
…………………(ii)………………….. Media massa pula tidak patut
……………………..(iii) menghebahkan sesuatu kejadian tanpa usul periksa demi
mencari publisiti murahan dan keuntungan semata-mata.
[6 markah]
Praktis 9
Isikan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
(i) Oleh sebab penceramah jemputan tidak hadir, Cikgu Andrew Sualan diminta
memberikan ceramah bagi menggantikan penceramah tersebut secara tiba-tiba.
Keadaan ini sesuai dengan peribahasa ……………………………………………..
(ii) Sikap Adam yang suka …………………….. dalam urusan orang lain yang tiada
kaitan dengannya menyebabkan ramai rakan tidak menyukainya.
(iii) Generasi hari ini merupakan aset negara yang bernilai pada masa hadapan
kerana mereka bertanggungjawab menjadi pemimpin dan rakyat yang berguna
untuk membangunkan negara bak kata pepatah …………………………………..
[6 markah]
106
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 10
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan
situasi yang berbeza-beza yang terdapat dalam petikan tersebut.
Hidup Rumandawi tidak tentu arah selepas kematian kedua-dua orang tuanya.
Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana dibantu oleh keluarga inan Sugandoi,
jirannya. Sugandoi dan suaminya, Pak Mulod sering memberi semangat supaya
Rumandawi rajin belajar. Rumandawi beajar bersungguh-sungguh sampai larut
malam. Akhirnya, Rumandawi berjaya masuk ke universiti. Rumandawi berazam
mahu membalas jasa baik keluarga Inan Sugandoi.
[ 6 markah]
7) MEWUJUDKAN DIALOG YANG DAPAT DIKAITKAN DENGAN
PENGGUNAAN PERIBAHASA.
Baca petikan dialog di bawah dengan teliti dan kemudian senaraikan peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam dialog tersebut.
Contoh:
Pak Pandir : Aku betul-betul malu, Mak Andeh. Si Barul tu betul-betul dah
melampau. Dia telah (i) menconteng arang di muka kita dengan
perbuatan sumbangnya.
Mak Andeh : Maksud abang tentang penangkapannya merokok di belakang kedai
Chin Tek Khiun tu? Memang abang dah puas menegurnya, tetapi abang
sendiri merokok. Takkanlah kita boleh membetulkannya. Perbuatan
abang tu macam (ii) ketam mengajar (menyuruh) anaknya berjalan
lurus (betul)
Pak Pandir : Eh, aku pula yang disalahkannya!
Mak Andeh : Betullah bang. Saya bukan menyalahkan abang. Peribahasa juga ada
mengatakan bahawa (iii) bapa borek, anak rintik / bagaimana acuan
begitulah kuihnya / bagaimana contoh begitulah gubahannya / ke mana
tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kerana perbuatan anak tu mengikut
ajaran ibu bapanya
107
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 1
Baca petikan dialog di bawah dengan teliti dan kemudian senaraikan peribahasa yang sesuai dengan
situasi dalam dialog tersebut.
Alwin : Pada masa cuti semester nanti, apakah rancangan awak?
Fernandez: Saya bercadang hendak ke rumah kakak di Sandakan kerana menziarahi
mereke sekeluarga sambil bercuti di sana.
Alwin: Beruntunglah awak, tidak bungkam saja di rumah.
Fernandez: Awak pula, bagaimana?
Alwin : Saya tidak ke mana-mana kerana hendak menolong ayah menorah getah.
Fernandez: Lebih elok begitu, daripada awak membuang masa ke sana ke mari tidak
tentu arah.
Alwin: Jangan bimbanglah, saya sentiasa membantu ayah kerana itulah punca
rezeki kami sekeluarga.
Fernandez: Baguslah kalau awak ada kesedaran menjadi anak yang tahu membalas jasa
orang tua.
[6 markah]
Praktis 2
Baca petikan dialog di bawah dengan teliti dan kemudian senaraikan peribahasa yang sesuai dengan
situasi dalam dialog tersebut.
Debra : Mengapa awak membebel dari tadi hingga sekarang, bebelan itu tidak tentu
Nor Sarah buah butirnya …………..(i)………….. dan sukar difahami.
Debra : Tak adalah, aku Cuma menyampah dengan budak-budak kelas sebelah
Nor Sarah
Debra yang bercakap tidak berhenti-henti dari tadi, gelagat mereka
Nor Sarah ……………(ii)……….. itu menyebabkan aku sukar hendak menyiapkan
kerja rumah yang belum kuselesaikan.
: Engkau pun satu, siapa yang suruh buat kerja itu di sekolah, mengapa tidak
siapkan saja di rumah?
: Aku tidak sempat menyiapkannya semalam kerana asyik menonton
televisyen hingga larut malam.
: Buatlah lagi, perangai yang tidak senonoh dengan …………….(iii)….,
apabila tiba masa cikgu hendak kerja rumah baru terkial-kial.
: Engkau pun tak boleh diharap, jangankan nak sokong kawan, mengutuk
lagi ada.
[6 markah]
108
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 3
Baca petikan dialog di bawah dengan teliti dan kemudian senaraikan peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam dialog tersebut.
Ken Bryan : Orang kita sangat suka menggunakan bahasa rojak ketika
berkomunikasi.
Dexter : Betullah, media masa pun tidak mengendahkan penggunaan bahasa
yang betul.
Ken Bryan : Pada pandangan saya, orang yang sayang akan bahasanya, tentu sekali
menggunakan bahasa yang betul pada setiap masa kerana
……(i)………………………………………………………………………..
Dexter : Pendapat awak memang tidak dapat disangkal kebenarannya, dengan
itu media massa mestilah bersungguh-sungguh menyemarakkan
peranan mendaulatkan bahasa kebangsaan tanpa banyak alasannya, bak
kata pepatah
……….(ii)……………………………………………………………………
Ken Bryan : Peranan media massa memang sangat berkesan dalam hal ini kerana
media menjadi saluran penyampaian idea dan kritikan dengan cara
yang lebih berkesan, lagipun ……………………..(iii)
………………………….
[6 markah]
Praktis 4
Baca petikan dialog di bawah dengan teliti dan kemudian senaraikan peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam dialog tersebut.
Ayah : Alan, jagalah diri baik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti
sesuaikan diri dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasihat
orang tua-tua, iaitu………………(i)………………………………………
……………………………
Alan : Terima kasih, ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati
saya.
Ayah : Di luar negara nanti, ayah berharap Alan belajarlah bersungguh-
sungguh. Setelah Berjaya kelak, berkhidmatlah kepada negara ini
kerana kerajaan memerlukan tenaga muda untuk membangunkan
negara, bak kata peribahasa…………………………(i)………………..
……………………………………………………………………
Alan : Saya tidak lupa akan nasihat ayah itu.
Ayah : Satu lagi, jika ada peluang jelajahilah negara orang dan timbalah
pengalaman sebanyak-banyaknya kerana………………(iii)…………….
[6 markah]
109
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 5
Baca petikan dialog di bawah dengan teliti dan kemudian senaraikan peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam dialog tersebut.
Nenek : Nenek tidak salahkan kamu kerana perasaan ingin mencuba sesuatu
Cucu yang baharu sentiasa wujud dalam diri seseorang. Namun begitu, akal
Nenek
Cucu yang matang dan fikiran yang rasional perlu diutamakan
kerana………(i)………….
: Itulah sebabnya saya hendak bertanyakan pendapat nenek. Lapipun,
nenek selalu berpesan agar………………………(ii)………………………
: Apakah pula pandangan ibu bapa kamu?
: Mereka meminta saya agar memikirkan perkara itu masak-masak,
apatah lagi tindakan ini melibatkan masa hadapan saya. Mereka
menasihati saya supaya melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu
pengetahuan dahulu dan sentiasa ingat akan pepatah masyarakat kita,
iaitu……………(iii)…………………………..…..
[6 markah]
Praktis 6
Baca petikan dialog di bawah dengan teliti dan kemudian senaraikan peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam dialog tersebut.
Majikan : Kita bekerja di sini seperti adik beradik, ………..(i)……………………..
Pekerja
Sebab itu, masalah memberikan kesan kepada kami.
Majikan
: Benar, tuan. Saya sudah bekerja di sini lebih sepuluh tahun. Sejak
kebelakangan ini, saya seperti ……………(ii)…………………. seolah-
olah tidak diperlukan lagi di syarikat ini. Kesilapan saya tidak boleh
dimaafkan.
: Tapi kamu berpengalaman. Pengalaman lebih penting dalam pekerjaan.
Kita faham ……………………(iii)…………… Setiap orang tidak sunyi
daripada kesilapan. Kami bersedia untuk memaafkan kesilapan kamu
[6 markah]
Praktis 7
Baca petikan dialog di bawah dengan teliti dan kemudian senaraikan peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam dialog tersebut.
Ayah : Syafik, jagalah diri haik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti
sesuaikan diri dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasthat
Anastasia orang tua-tua, iaitu ________(i)_______
Ayah
: Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati
Anastasia saya.
Ayah
: Di luar negara nanti ayah berharap Syafik belajarlah rajin-rajin. Setelah
berjaya kelak, berkhidmatlah kepada negara ini kerana kerajaan
memerlukan tenaga muda untuk membangunkan negara, bak kata
peribahasa _______(ii)_________
Saya tidak lupa akan nasihat ayah itu.
Satu lagi, jika ada peluang, jelajahilah negara orang dan timbalah
pengalaman sebanyak banyaknya kerana _________(iii)_________
[6 markah]
110
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 8
Baca petikan dialog di bawah dengan teliti dan kemudian senaraikan peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam dialog tersebut.
Maria : Ramai pengguna bahasa Melayu suka menggunakan bahasa rojak
semasa berkomunikasi
Mayangan : Yalah, bukan itu sahaja! Media massa pun sering mengabaikan
penggunaan bahasa yang betul.
Maria : Jika kita sayang akan bahasa, kita mesti menggunakan bahasa yang
betul pada setiap masa dan keadaan, kerana
___________(i)_________________
Mayangan Media massa perlulah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh
dalam mendaulatkan bahasa Melayu tanpa perlu berdolak-dalik, bak
kata pepatah ________(ii)__________________
Maria Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Media massa dapat
menyalurkan idea dan kritikan dengan lebih berkesan kerana
____________(iii)__________________
[6 markah]
Praktis 9
Baca petikan dialog di bawah dengan teliti dan kemudian senaraikan peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam dialog tersebut.
Malik : Orang yang mampu menguasai gelanggang kehidupan dengan baik
Zara
akan sentiasa memaafkan kesalahan orang lain.
Malik
: Sesetengah orang berasa sangat sukar hendak memaafkan kesalahan
Zara orang lain, seolah-olah istilah ‘kemaafan’ tiada dalam kamus hidup
Malik
mereka.
Zara
: Tidak elok kita bersikap demikian. Kita perlu sedar bahawa setiap orang
akan melakukan kesilapan
lagipun………….(i)………………………………
: Tepat sekali kata-katamu Malik tetapi orang yang pendendam selalunya
tidak dapat menerima hakikat tersebut.
: Mereka harus sedar bahawa dendam kesumat akan makan diri sendiri
dan menyebabkan hidup mereka tidak bahagia. Oleh sebab itu,lebih
baik ………………(ii)…………………………………………………….
: Di samping itu, kita tidak harus ada hasrat
……………(iii)……………..kepada sesiapa sahaja yang pernah berbuat
silap kerana tindakan tersebut hanya mengeruhkan suasana.
[6 markah]
111
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 10
Baca petikan dialog di bawah dengan teliti dan kemudian senaraikan peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam dialog tersebut.
Malek : Cerita yang kita tonton tadi cukup mengujakan. Watak uatam dalam
cerita ini mempunyai tekad yang kuat untuk mengharungi cabaran
hidup.
Andy : Memang betul, Zubir. Beliau begitu tabah mengusahakan tanah terbiar
sehingga berjaya sekalipun berhadapan dengan pelbagai rintangan
Malek : Selain itu, pekerjaan itu tidak dilakukan secara sambalewa sahaja.
Malah, kejayaan itu terhasil menerusi usaha bersungguh-sungguh.
Andy : Jika berhadapan dengan kegagalan pun, beliau tidak cepat berputus asa.
Sikap beliau tersebut perlu kita teladani.
Malek : Saya setuju dengan kata-kata kamu. Kita mesti bangkit semula dan
membulatkan tekad baharu. Kata bijak pandai, jika kita ada kemahuan,
pasti ada cara untuk mengecapi kecemerlangan dalam kehidupan kita.
[6 markah]
112
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
BAHAGIAN D
NOVEL
113
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
ANALISIS NOVEL 2016 – 2019
TAHUN Soalan 4(a)- Soalan 4(b) –
SPM 2016 Sebuah novel-7m Dua buah novel-8m
Dua peristiwa yang menggambarkan Latar masa
nilai tanggungjawab
SPMU Sinopsis Dua cabaran yang dihadapi
2017 oleh watak utama
SPM 2017 Dua persoalan kasih sayang Satu peristiwa yang dapat
menimbulkan perasaan simpati
SPMU Dua contoh peristiwa yang Satu peristiwa yang dapat
2018 menunjukkan nilai ketabahan dijadikan panduan hidup
SPM 2018 Watak Sampingan Latar masyarakat yang
bekerjasama
SPMU Latar kepincangan masyarakat Nilai pengorbanan
2019
SPM 2019 Latar tempat Peristiwa yang menimbulkan
kesedaran kepada pembaca
SPM 2020
113
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
BAHAGIAN A : SOALAN BERDASARKAN SEBUAH NOVEL
Praktis 1
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tema yang diketengahkan dalam
novel tersebut.
[7 markah]
Praktis 2
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan peristiwa bahagian peleraian yang
menarik minat pembaca.
[7 markah]
Praktis 3
Dalam sesebuah novel terdapat banyak peristiwa yang dapat memberi teladan kepada
pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang dapat
memberikan teladan kepada pembaca.
[7 markah]
Praktis 4
Watak utama dalam sesebuah novel digambarkan mempunyai keistimewaan yang
tertentu. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua perwatakan watak
utama.
[7 markah]
Praktis 5
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan dua pengajaran yang telah
diketengahkan oleh pengarang.
[7 markah]
Praktis 6
Persoalan ketabahan salah satu daripada persoalan yang terdapat dalam novel yang
anda kaji.
Huraikan dua persoalan ketabahan dalam sebuah novel yang anda kaji.
[7 markah]
Praktis 7
Salah satu nilai yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah nilai kasih sayang.
Huraikan dua peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam sebuah novel
yang anda pelajari.
[7 markah]
Praktis 8
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan dua contoh peristiwa yang
menimbulkan kesedaran kepada pembaca.
[7 markah]
Praktis 8
Unsur saspens dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan novel.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang
menimbulkan saspens dalam novel tersebut.
[7 markah]
114
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 9
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa tentang keberanian
watak utama yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]
Praktis 10
Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.
[7 markah]
Praktis 11
Konflik merupakan satu daripada teknik penceritaan yang dapat mengembangkan
sesebuah cerita.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua konflik yang dihadapi
oleh watak utamanya.
[ 7 markah ]
BAHAGIAN B : SOALAN BERDASARKAN DUA BUAH NOVEL
Praktis 12
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang
menunjukkan nilai kasih sayang yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]
Praktis 13
Setiap novel mempunyai plot yang pastinya mampu menarik perhatian para pembaca.
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan peleraian dalam setiap novel
tersebut.
[8 markah]
Praktis 14
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan keberanian
bagi setiap novel tersebut.
[8 markah]
Praktis 15
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan kegigihan
watak utama yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]
Praktis 16
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu persoalan tanggungjawab
bagi setiap novel.
[8 markah]
Praktis 17
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu pengajaran kegigihan bagi
setiap novel yang pada pendapat anda dapat dijadikan panduan hidup.
[8 markah]
Praktis 18
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu pengajaran berkaitan
kasih sayang yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]
115
MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1103/2
Praktis 19
Berdasarkan dua novel yang telah anda kaji, jelaskan satu peristiwa yang
menggambarkan nilai baik hati dalam novel tersebut.
[8 markah]
Praktis 20
Kebijaksanaan pengarang mempersembahkan plot cerita dalam sesebuah novel dapat
menimbulkan minat pembaca untuk meneruskan pembacaan mereka.
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa yang menunjukkan
teknik imbas kembali yang digunakan dalam novel tersebut.
[8 markah]
Praktis 21
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu peristiwa yang
menunjukkan unsur saspens daripada setiap novel.
[8 markah]
Praktis 22
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang
menggambarkan persoalan ketegasan dalam membuat keputusan dalam novel.
[8 markah]
Praktis 23
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu peristiwa pada
bahagian peleraian dalam novel tersebut.
[8 markah]
Praktis 24
Berdasarkan dua buah novel kaji, huraikan satu perwatakan watak sampingan wanita
yang diketengahkan oleh penulis.
[ 8 markah]
Praktis 25
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu peristiwa bagi setiap
novel yang pada pendapat anda dapat melahirkan perasaan kekaguman kepada
pembaca
[8 markah]
Praktis 26
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu peristiwa yang
menggambarkan nilai setia kawan yang dipaparkan dalam novel tersebut.
[8 markah]
116
PENGHARGAAN
Syukur dan puji Tuhan, akhirnya modul ini telah dapat disiapkan dan akan digunakan
oleh rakan guru Bahasa Melayu di Sabah dalam PdPc masing-masing. Kami berharap
modul ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk memastikan KPI Bahasa Melayu,
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah mencapai objektifnya.
Modul ini tidak akan terhasil tanpa cetusan idea dan sokongan berterusan pihak-pihak
tertentu. Oleh itu, kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang
Berbahagia Dr Mistirine Radin (Pengarah Pendidikan Negeri Sabah) atas cetusan idea
dan sokongan moral kepada kami sepanjang menyiapkan modul ini.
Ucapan terima kasih juga kami rakamkan kepada Yang berusaha Tuan Abidin Marjan,
Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Sabah kerana sentiasa
memberikan motivasi dan semangat kepada kami.
Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Puan Aljanah Mohamed, Ketua
Penolong Pengarah Kanan, Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran atas komitmen beliau
dan bimbingan kepada kami ketika menghasilkan modul ini.
Kami juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua Pegawai Pendidikan
Daerah, Ketua Bidang Bahasa, Ketua Panitia Bahasa Melayu dan rakan-rakan guru
Bahasa Melayu yang menyokong Modul CSL Bahasa Melayu.
Akhir sekali, kami mohon maaf sekiranya terdapat kelemahan dalam Modul CSL
Bahasa Melayu. Semoga penghasilan modul ini memberi manfaat kepada rakan guru
dan calon SPM 2020.
SENARAI PENYUMBANG MODUL MANDIRI
BAHASA MELAYU KERTAS 2
1 Juilis Mokujal
SMK. Narinang, Kota Belud
2 Sulaiman bin Hj. Suhaili
SMK. Pengiran Omar II, Sipitang
3 Halina Jumaring
SMK. Taman Tun Fuad, Kota Kinabalu
4 Ronnie Leong
SMK. Likas, Kota Kinabalu
117
BIODATA PANEL PENULIS
Nama Penuh: JUILIS MOKUJAL
Jawatan: Guru Cemerlang Bahasa Melayu DG52
Sejarah Perkhidmatan: SRK Lok Yuk Bt 1 Kudat (1992)
SMK. Narinang Kota Belud (1998 – kini)
Pengalaman:
Penulis buku kerja SASBADI, MyTeach dan Ilmu Bakti
Panel Penulis Modul Sinergi KOMSAS, Modul Prigel
KOMSAS & Modul Sifar Galus JPN Sabah.
Penyanyi lagu puisi Erti Hidup Bererti
Nama Penuh: SULAIMAN BIN HJ. SUHAILI
Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG48
Sejarah Perkhidmatan:
SMK. Menumbok Kuala Penyu (2001)
SMK. Pengiran Omar Sipitang (2003)
SMK. Pengiran Omar II Sipitang (2006 – kini)
Pengalaman:
Panel Penulis Modul Sinergi KOMSAS, Modul Prigel
KOMSAS & Modul Sifar Galus JPN Sabah.
Nama Penuh: HALINA JUMARING
Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG48
Sejarah Perkhidmatan: SMK Likas (1998-2007)
SMK. Taman Tun Fuad (2008 – kini)
Mula Berkhidmat: 5 Mei 1998
Pengalaman:
Panel Penulis Prigel KOMSAS JPN Sabah.
Panel Penulis WALUS,PPD Kota Kinabalu.