The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Kemerlangan Bahasa Melayu - un MODUL MANDIRI KERTAS 1 untuk calon cemerlang

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ajanah Mohamed, 2020-09-28 21:18:54

BAHASA MELAYU 1 SPM MODUL MANDIRI KERTAS 1

Modul Kemerlangan Bahasa Melayu - un MODUL MANDIRI KERTAS 1 untuk calon cemerlang

Keywords: Bahasa Melayu,Karangan,Cemerlang

SIDANG REDAKSI CSL BAHASA MELAYU SPM
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

Pengerusi : Dr. Mistirine Radin
Timbalan Pengerusi Pengarah Pendidikan Negeri Sabah
Penyelaras
Editor : Abidin bin Marjan
Panel Penulis Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran
Pendidikan Negeri Sabah
Pereka Grafik
: Aljanah Mohamed
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

: Doreen Pakoi @ Pius M
SMK Apin-Apin, Keningau

: Doreen Pakoi @ Pius M
SMK Apin-Apin, Keningau

Arni binti Majohn
SMK Kota Marudu

Harliana Mohd Ariffin
SMKA Tun Ahmadshah

Dzulkifli bin Mohd Aspah
Sekolah Menengah Sains, Sabah

Juilis Mokujal
SMK Narinang, Kota Belud

: Sulaiman Hj. Suhaili
SMK Pengiran Omar II, Sipitang

i

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG

Yang Berbahagia Dr. Mistirine Radin
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah

Salam sejahtera kepada semua pendidik dan calon SPM di
negeri Sabah.

Sabah Hebat!
Katakan Tidak Kepada Nombor 16.

Kita bersyukur kepada Tuhan kerana dengan keizinan dan
limpah-Nya, Modul CSL Bahasa Melayu dapat dihasilkan.
Oleh itu, saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada
Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pelajaran
Negeri Sabah dan panel penulis Modul CSL atas
komitmen dalam menghasilkan modul yang sangat
bermanfaat ini.

Prakarsa penghasilan modul ini merupakan Projek Peningkatan Prestasi Bahasa
Melayu SPM Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang bertujuan untuk memenuhi hasrat
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) supaya setiap murid memperoleh keputusan yang
terbaik dalam peperiksaan. Atas keperluan tersebut, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
telah melaksanakan program bersama dengan semua Ketua Panitia Bahasa Melayu
Menengah Sabah pada 9 Jun 2020 yang lalu untuk menghasilkan modul pengajaran yang
boleh digunakan oleh guru dalam PdP dan mampu memugar kecemerlangan murid dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu.

Impak daripada program tersebut, tiga modul yang dihasilkan iaitu Modul Mandiri
(calon cemerlang), Modul JUS (calon sederhana) dan Modul Motamim (calon lemah)
oleh panel penulis yang terdiri daripada Guru Cemerlang, Pegawai SISC+, Ketua Bidang
Bahasa, Ketua Panitia Bahasa Melayu dan Pemeriksa Kertas Bahasa Melayu SPM akan
digunakan secara maksimum untuk memastikan mata pelajaran Bahasa Melayu mencatat
keputusan cemelang dalam SPM pada tahun ini.

Oleh itu, saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada panel
penulis modul kerana berusaha gigih sehingga dapat menghasilkan Modul CSL Bahasa
Melayu SPM. Saya berharap setiap guru di Sabah dapat memanfaatkan modul ini dalam
PdPc masing-masing. Melalui kesungguhan dan komitmen semua guru Bahasa Melayu,
saya pasti prestasi Bahasa Melayu terus dipacu ke arah kecemerlangan.

Sekian dan selamat maju jaya.

ii

SETINTA KATA

Tuan Haji Abidin bin Marjan
Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam Sabah Hebat!
Katakan Tidak Kepada Nombor 16.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia
dan izin-Nya, kita diberikan kekuatan dan kesihatan untuk
menggalas tanggungjawab hakiki dengan penuh dedikasi.
Program Peningkatan Akademik Pengarah bersama Ketua
Panitia Bahasa Melayu Sekolah Menengah pada bulan Jun lepas telah dapat dizahirkan
melalui Modul CSL Bahasa Melayu dapat dihasilkan. Oleh itu, saya merakamkan setinggi-
tinggi tahniah kepada Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
dan panel penulis Modul CSL atas inisiatif menghasilkan modul ini.

Dalam peperiksaaan SPM tahun lepas, KPM telah mengetengahkan isu
pencapaian murid yang gagal dalam peperiksaan SPM walaupun 11 tahun berada dalam
alam persekolahan. Salah satu punca kegagalan murid yang dikenal pasti ialah murid tidak
dapat menjawab dengan baik soalan peperiksaan Bahasa Melayu sama ada Kertas 1 dan
Kertas 2. Murid juga dikenal pasti tidak menguasai cara memahami teks serta teknik
menjawab soalan dengan betul. Oleh yang demikian, untuk membantu murid lulus dengan
cemerlang dalam peperiksaan SPM maka Modul Mandiri (Calon Cemerlang), Modul
JUS (Calon Sederhana) dan Modul Motamim (Calon Lemah) dihasilkan untuk
memenuhi keperluan pembelajaran murid di negeri Sabah.

Modul ini sangat relevan digunakan oleh guru dan murid sebagai bahan latih tubi
berfokus menjelang peperiksaan SPM pada tahun ini. Saya berharap agar pihak yang
berkenaan baik guru mahupun murid dapat memanfaatkan modul ini dengan sebaik
mungkin demi meningkatkan prestasi subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM
tahun ini.

Oleh itu, saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih dan tahniah
kepada panel penulis modul kerana berusaha gigih sehingga dapat menghasilkan Modul
CSL Bahasa Melayu SPM. Modul ini diharapkan dapat membantu guru dalam proses
pembelajaran dan pemudahcaraan seterusnya dapat melonjakkan prestasi murid dalam
peperiksaan awam khasnya SPM.

Sekian dan selamat maju jaya.

iii

DARI MEJA EDITOR

Modul ini dinamakan Mandiri bersesuaian dengan konsep murid yang perlu banyak
berdikari untuk mencari ilmu bagi mendapat keputusan yang cemerlang. Sejajar dengan
itu, modul ini tidak menyediakan panduan penulisan secara khusus menulis karangan
mengikut format yang diberikan kerana terdapat seribu satu cara untuk menulis karangan
yang cemerlang.

Modul ini lebih menumpukan kepada elemen-elemen yang perlu ada dalam
penulisan karangan yang cemerlang secara umum. Pendekatan, kaedah dan teknik adalah
fleksibel mengikut kreativiti guru dan murid dalam membina ayat dan mengolah idea.
Umumnya, ciri-ciri penulisan karangan yang cemerlang pada dasarnya sama bagi hampir
semua penulis namun pendekatan yang digunakan sedikit berbeza mengikut kreativiti guru
untuk membantu murid memahami konsep penulisan karangan yang cemerlang. Dengan
kata lain, pendekatan, kaedah dan teknik untuk menulis karangan cemerlang bersifat
fleksibel dan kreatif mengikut kreativiti seseorang murid namun masih mengekalkan
elemen-elemen yang diperlukan bagi memenuhi kriteria penulisan karangan yang
cemerlang. Oleh itu, modul ini tidak terlalu menekankan satu pendekatan, kaedah dan
teknik penulisan cemerlang secara khusus tetapi lebih berkonsepkan panduan dan contoh-
contoh karangan cemerlang.

Modul Mandiri menyajikan contoh-contoh yang dikategorikan sebagai karangan
cemerlang iaitu dari 80 – 100 markah. Modul ini mencakupi Karangan Berdasarkan Bahan
Rangsangan (KBBR) dan Karangan Respon Terbuka (KRT) bagi memenuhi keperluan
Bahasa Melayu Kertas 1 SPM. Modul ini juga memfokuskan soalan yang dianggap
popular dan mudah dikuasai oleh murid dalam peperiksaan. Sebagai contoh, dalam
Bahagian B, contoh-contoh yang diberikan banyak berfokuskan soalan 1 dan 2 kerana
bahagian ini lebih mudah dikuasai oleh murid. Selain itu, karangan berformat juga tidak
mencakupi semua jenis format. Sementara Bahagian A pula lebih menyajikan contoh-
contoh karangan mengikut pelbagai jenis bahan rangsangan.

Walaupun bahan dalam modul ini serba ringkas dan dipersembahkan secara santai,
diharapkan agar perkongsian ini memberi manfaat kepada semua khususnya para murid.

Salam perkongsian.

Puan Doreen Pakoi @ Pius M
SMK Apin-Apin,Keningau

iv

KANDUNGAN MUKA SURAT

Sidang Redaksi i
Sekapur Sirih Seulas Pinang ii
Setinta Kata iii
Dari Meja Editor iv
Kandungan v-viii

Pengenalan Soalan Bahasa Melayu SPM Kertas 1 1
Enam Kemahiran Asas dalam Penulisan Karangan 2-7
Contoh Panduan Penulisan Karangan Berdasarkan Bahan
Rangsangan (KBBR) 8-10
Contoh Panduan Penulisan Karangan Respon Terbuka (KRT) 11-12

BAHAGIAN A: KARANGAN BERDASARKAN BAHAN 13
13-15
RANGSANGAN (KBBR)
Contoh Soalan dan Jawapan Cemerlang KBBR (SPMU 2019)

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN KBBR 16
16-18
(Berdasarkan Tema dalam Buku Teks T4 dan T5) 19-21
Model Karangan SPM 1 22-24
Unit 1: Tema Senario Masyarakat Kita (Buku Teks T4) 25-27

Model Karangan SPM 2 28-29
Unit 11: Tema Industri Pelancongan Malaysia (Buku Teks T4)

Model Karangan SPM 3
Unit 2: Pendidikan Alaf Ini (Buku Teks T5)

Model Karangan SPM 4
Unit 4: Bandar Pintar Malaysia (Buku Teks T5)

Model Karangan SPM 5
Unit 11: Bahagian B: Internet dan Dunia Tanpa Sempadan (Buku
Teks T5)

LATIHAN KBBR 30
Latihan 1
Unit 7: Tema Generasi Kita (Buku Teks T4) 31
Latihan 2
Unit 1: Tema Senario Masyarakat Kita (Buku Teks T4) 32
Latihan 3
Unit 8: Tema Gaya Hidup Sihat (Buku Teks T4) 33
Latihan 4
Unit 5: Tema Melestarikan Alam Sekitar (Buku Teks T4) 34
Latihan 5
Unit 1: Bahagian A: Rumah Terbuka Malaysia (Buku Teks T5) 35
35
CONTOH SKEMA JAWAPAN LATIHAN KBBR 36-37
Jawapan Lengkap Latihan 1
Jawapan Lengkap Latihan 2

v

Jawapan Lengkap Latihan 3 38-39
Jawapan Lengkap Latihan 4 40-41
Jawapan Lengkap Latihan 5
42
BAHAGIAN B: KARANGAN RESPON TERBUKA (KRT) 43
Contoh Soalan dan Jawapan Cemerlang KRT (SPMU 2019) 43-45

1. KARANGAN TIDAK BERFORMAT 46-49
a) Karangan Pendapat / Perbincangan / Fakta: Dimensi Diri 50-53
Tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa 54-57
b) Karangan Pendapat / Perbincangan / Fakta: Dimensi Diri
Cara-cara meningkatkan keperibadian dalam diri pelajar 58-60
c) Karangan Pendapat / Perbincangan / Fakta: Dimensi Diri
Langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk meningkatkan 61-63
keperibadian diri
d) Karangan Pendapat/ Perbincangan / Fakta: Dimensi 64-66
Keluarga
Peranan ibu bapa bagi menyemai semangat patriotisme dalam 67-69
kalangan anak-anak mereka 70-72
e) Karangan Pendapat/ Perbincangan / Fakta: Dimensi
Keluarga 73-75
Peranan ibu bapa dalam memupuk amalan mencintai alam sekitar
dalam kalangan anak-anak 76-78
f) Karangan Pendapat / Perbincangan / Fakta: Dimensi 79-81
Keluarga
Peranan ibu bapa dalam membantu anak menghadapi cabaran-
cabaran hidup akibat pengaruh rakan sebaya, media massa dan
budaya barat
g) Karangan Pendapat/ Perbincangan / Fakta: Dimensi
Keluarga
Peranan ibu bapa dalam menangani perlakuan negatif seperti
pergaulan bebas, merokok dan melepak
h) Karangan Pendapat/ Perbincangan/ Fakta: Dimensi
Masyarakat
Manfaat aktiviti rekreasi kepada masyarakat
i) Karangan Pendapat/ Perbincangan/ Fakta: Dimensi
Kebangsaan
Peranan semua pihak dalam memastikan keselamatan dan
ketenteraman negara terus terjamin
j) Karangan Pendapat/ Perbincangan/ Fakta: Dimensi
Antarabangsa
Krisis kemanusiaan, peperangan, penghapusan etnik dan
fenomena alam menyebabkan dunia hari ini semakin tidak
selamat
k) Karangan Pendapat: Komsas / Cerita / Peribahasa
Keistimewaan watak utama dalam sesebuah karya yang boleh
dijadikan panduan dalam kehidupan
l) Karangan Pendapat: Komsas / Cerita / Peribahasa

vi

Usaha-usaha mempopularkan puisi tradisional dalam kalangan 82-84
masyarakat 85-87

m) Karangan Pendapat: Komsas / Cerita / Peribahasa 88-90
Cogan kata “Biar Lambat Asal Selamat” sentiasa mendidik 91
manusia agar berhemah dan berwaspada
91-93
n) Karangan Pendapat: Komsas / Cerita / Peribahasa 94-96
Menulis sebuah cerpen dengan diakhiri dengan “Aku menyesal atas 97-99
perkara yang telah berlaku. Aku tidak mahu perkara ini berulang lagi.
Biarlah peristiwa ini memberikan pengajaran yang amat berguna kepada 100-102
diriku. Egoku mulai sirna.” 103

2. KARANGAN BERFORMAT 103-104
105-106
a) Karangan Syarahan 107-108
Syarahan bertajuk ialah “Kepentingan Penglibatan Murid dalam
Aktiviti Kokurikulum di Sekolah”. 109-111
112-113
b) Karangan Ceramah 114-115
Ceramah bertajuk “Dadah Musuh Negara: Peranginya Habis- 116-117
habisan”.

c) Karangan Rencana
Rencana yang membincangkan peranan rangkaian media dalam
membentuk sikap rakyat yang positif.

d) Karangan Rencana
Rencana tentang peranan keluarga dalam menentukan matlamat,
pegangan hidup, moral dan agama yang menjadi penentu hala tuju
seseorang remaja memperoleh kejayaan.

SOALAN LATIHAN KRT

Latihan KRT 1: Karangan Pendapat
Usaha-usaha yang harus murid lakukan untuk menghadapi
cabaran berjaya dalam peperiksaan.

Latihan KRT 2: Karangan Pendapat
Kebaikan pasar raya kepada rakyat

Latihan KRT 3: Karangan Rencana
Cabaran dan peranan ibu bapa untuk memupuk minat membaca
kepada anak-anak.

Latihan KRT 4: Pendapat
Punca makan bersama-sama keluarga di rumah kurang diamalkan
dan peranan ahli keluarga untuk memupuk budaya makan
bersama-sama keluarga.

Latihan KRT 5: Pendapat
Bidang bioteknologi: Halangan untuk melaksanakan dan langkah
untuk menghadapi cabaran tersebut.

Latihan KRT 6: Rencana
Persediaan yang perlu dihadapi oleh remaja untuk berdepan dengan
pelbagai isu moral dan sosial sedang melanda mereka.

Latihan KRT 7: Rencana
Kepentingan ilmu pengetahuan pengurusan kewangan kepada
remaja.

vii

Latihan KRT 8: Rencana 118-119
Inisiatif mengekalkan keamanan sejagat yang dikecapi negara dan 120-122
antarabangsa. 123-124
125-126
Latihan KRT 9: Rencana 127-128
Kepentingan perpaduan terhadap perkembangan ekonomi dan
sosial di Malaysia. 129-130
131-132
Latihan KRT 10: Sastera 133-134
Unsur-unsur dalam kesusasteraan yang boleh membentuk
keperibadian seseorang. 135-136
137-138
Latihan KRT 11: Sastera
Kelebihan amalan berbudi bahasa. 139-140

Latihan KRT 12: Sastera 141-142
Kebaikan-kebaikan membaca novel. 143
144
Latihan KRT 13: Sastera
Punca-punca generasi muda tidak berminat untuk membaca karya
sastera. Cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk
menanganinya.

Latihan KRT 14: Sastera
Keistimewaan sesebuah karya sastera yang berkualiti.

Latihan KRT 15: Sastera
Mengulas sikap golongan “harapkan pagar, pagar makan padi”.

Latihan KRT 16: Sastera
Kepentingan memperkukuh perpaduan dalam kalangan
masyarakat.

Latihan KRT 17: Cerita
Kepentingan menjayakan slogan “Rumahku, Syurgaku” dalam
institusi keluarga di negara kita.

Latihan KRT 18: Cerita
Cerita berdasarkan peribahasa “hujan emas di negeri orang, hujan
batu di negeri sendiri”.

Latihan KRT 19: Cerpen
Cerpen yang berakhir dengan dialog “Aku bangga atas pencapaian
engkau walaupun pada suatu masa dahulu aku selalu merendah-
rendahkan kemampuan engkau”.

Penghargaan

Senarai Penyumbang Bahan

viii

USER

[Date]

PENGENALAN SOALAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1
1. Bahagian A: Karangan Berpandu Bahan Rangsangan (KBBR)

 Jumlah markah: 30 markah
 Jumlah perkataan: antara 200 hingga 250 patah perkataan
 Pemerengganan: 5 perenggan
 Bahan rangsangan: gambar berkait, peta minda, graf, carta, iklan,

dialog
 Masa dicadangkan: 45 minit

2. Bahagian B: Karangan Respon Terbuka (KRT)
 Jumlah markah: 100 markah
 Jumlah perkataan: melebihi 350 patah perkataan
 Pemerengganan: 5 hingga 7 perenggan
 Jenis karangan: tidak berformat (pendapat, perbincangan, fakta) dan
berformat (rencana, syarahan, pidato, ceramah, laporan, surat rasmi,
surat tidak rasmi, berita)
 5 soalan: pilih satu daripada 5 soalan
 Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit

1

USER

[Date]

ENAM KEMAHIRAN ASAS DALAM PENULISAN KARANGAN
1. Menganalisis soalan
2. Membina kerangka karangan
3. Menulis perenggan pendahuluan
4. Menulis perenggan isi
5. Menulis perenggan penutup
6. Menyemak semula karangan

KEMAHIRAN 1: MENGANALISIS SOALAN

Analisis Soalan
Terdapat beberapa bentuk soalan dalam Kertas 1 (Bahagian B) SPM. Antaranya;

a) Contoh Soalan 1:
Kesihatan fizikal mahupun mental sering kali dikaitkan dengan amalan gaya hidup kita.
Huraikan cara-cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

 Analisis Soalan:
Teliti tiga perkara berikut dalam soalan karangan iaitu tema (T), kata kunci soalan
(K) dan format (F):
T - amalan gaya hidup sihat
K - cara-cara
F - pendapat

 Pada peringkat ini juga, amat penting untuk menganalisis ketepatan kehendak
soalan dalam K. Untuk memastikan ketepatan kehendak soalan dalam K, murid
perlu menganalisis K dengan lebih mendalam menggunakan teknik SAS
(Siapa yang perlu buat ‘sesuatu’, Apa yang perlu dilakukan dan Siapa sasaran
perkara yang dilakukan)

 Contoh Analisis Soalan;
S: Siapa yang perlu buat ‘sesuatu’ - kita/diri sendiri (semua tindakan kita yang
buat)
A: Apa yang perlu dilakukan - cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat – agar
sihat fizikal dan mental (apa yang perlu kita lakukan supaya sihat dari
aspek fizikal dan mental)
S: Siapa sasaran perkara yang dilakukan - kita/diri sendiri (semua hasil
tindakan untuk diri sendiri)

 Kesimpulan: Isi karangan merujuk kepada cara hidup yang boleh kita amalkan
untuk menjaga kesihatan diri dari aspek fizikal dan mental. Ketika menulis
karangan, penulis akan menggunakan perkataan “kita” dalam ayat.

2

USER

[Date]

b) Contoh Soalan 2:
Masa lapang perlulah diisi oleh setiap remaja dengan aktiviti seperti beriadah, membaca
buku dan menyertai aktiviti kemasyarakatan kerana mendatangkan manfaat. Jelaskan
manfaat-manfaat yang anda peroleh jika melakukan aktiviti tersebut.

 Analisis soalan:
Teliti tiga perkara berikut dalam soalan karangan iaitu tema (T), kata kunci soalan
(K) dan format (F):
T - masa lapang
K - manfaat-manfaat
F - pendapat

 Contoh Analisis Soalan;
S: Siapa yang perlu buat ‘sesuatu’ - remaja/diri sendiri (semua tindakan kita
yang buat)
A: Apa yang perlu dilakukan – aktiviti masa lapang seperti beriadah, membaca
buku dan menyertai aktiviti kemasyarakatan (3 aktiviti yang disebutkan
dalam soalan wajib digunakan dalam menulis karangan iaitu setiap satu
aktiviti akan menjadi satu idea utama dalam perenggan isi)
S: Siapa sasaran perkara yang dilakukan - remaja/diri sendiri (semua hasil
tindakan untuk diri sendiri)

 Kesimpulan: Isi karangan merujuk kepada aktiviti yang remaja lakukan untuk
mengisi masa lapang (sudah diberikan dalam soalan). Ketika menulis karangan,
penulis akan menggunakan perkataan “saya” dalam ayat kerana ayat dalam
soalan menggunakan “anda”.

c) Contoh Soalan 3:
Gejala sosial yang semakin leluasa di negara kita berpunca daripada kegagalan ibu bapa
memainkan peranan mereka terhadap anak-anak. Bincangkan pernyataan ini.

 Analisis soalan:
Teliti tiga perkara berikut dalam soalan karangan iaitu tema (T), kata kunci soalan
(K) dan format (F):
T - gejala sosial
K - punca (fokus peranan ibu bapa)
F - perbincangan

 Contoh Analisis Soalan;
S: Siapa yang perlu buat ‘sesuatu’ – ibu bapa (fokus peranan ibu bapa sahaja)
A: Apa yang perlu dilakukan – peranan yang sepatutnya dilakukan oleh ibu

3

USER

[Date]

bapa dalam mendidik anak mereka agar tidak terjebak dengan gejala
sosial
S: Siapa sasaran perkara yang dilakukan – anak sendiri

 Kesimpulan: Isi karangan merujuk kepada peranan yang sepatutnya dijalankan
oleh ibu bapa terhadap anak-anak tetapi gagal dilakukan sehingga menjadi punca
anak mereka terjebak dengan gejala sosial.

d) Contoh Soalan 4:
Gejala sosial yang semakin leluasa di negara kita berpunca daripada kegagalan ibu bapa
memainkan peranan mereka terhadap anak-anak. Sejauh manakah anda bersetuju
dengan kenyataan ini?

 Analisis soalan:
Teliti tiga perkara berikut dalam soalan karangan iaitu tema (T), kata kunci soalan
(K) dan format (F):
T - gejala sosial
K - punca
F - perbincangan

Contoh Analisis Soalan;
S: Siapa yang perlu buat ‘sesuatu’ – ibu bapa (dan boleh faktor lain)
A: Apa yang perlu dilakukan – peranan yang sepatutnya dilakukan oleh ibu

bapa dalam mendidik anak mereka agar tidak terjebak dengan gejala
sosial (dan juga faktor lain)
S: Siapa sasaran perkara yang dilakukan – anak

 Kesimpulan: Isi karangan “sejauh manakah” boleh merujuk sama ada;
a) peranan ibu bapa sahaja ATAU
b) peranan ibu bapa dan faktor lain
c) semua faktor lain (tidak bersetuju ada kaitan dengan ibu bapa)

KEMAHIRAN 2: MEMBINA KERANGKA KARANGAN

 Kerangka karangan wajib dibuat bagi mengelakkan isi keluar tajuk dan berlaku
pengulangan idea. Contoh kerangka karangan dalam contoh soalan (a).

a) Draf Isi Karangan:
Isi karangan mesti mencakupi kehendak soalan iaitu kata kunci dalam soalan.
Kata kunci: Cara-cara + untuk mengamalkan gaya hidup sihat

4

USER

[Date]

b) Contoh Kerangka Karangan (Isi):
Isi 1: mengamalkan pemakanan yang seimbang dalam kehidupan seharian
Isi 2: melakukan aktiviti senaman secara konsisten
Isi 3: melakukan pemeriksaan doktor secara berkala
Isi 4: menjaga kebersihan diri dan persekitaran kita
Isi 5: sentiasa berfikiran positif dan dekat dengan Tuhan

c) Analisis Contoh Isi 1:
- mengamalkan pemakanan yang seimbang dalam kehidupan seharian
Siapa yang perlu buat “sesuatu” - kita
Apa yang perlu dilakukan - mengamalkan pemakanan yang seimbang dalam
kehidupan seharian
Siapa sasaran perkara yang dilakukan- kita

KEMAHIRAN 3: MENULIS PERENGGAN PENDAHULUAN

a) Fungsi Perenggan Pendahuluan:
Membantu pemeriksa dari beberapa aspek iaitu:-
i) Gambaran awal tentang kemampuan murid menulis karangan
ii) Memberi gambaran murid tahu isu yang boleh ditimbulkan dalam
karangan
iii) Memberi gambaran arah tuju karangan

 Penulis sama sekali tidak boleh menyentuh isi utama (jawapan soalan) yang
ditanya dalam kata kunci soalan.

b) Jenis-jenis Perenggan Pendahuluan:
i) Bentuk Pendapat / Pandangan Tokoh
ii) Bentuk Persoalan
iii) Bentuk Isu Semasa
iv) Bentuk Puisi Tradisional
v) Bentuk Berita
vi) Bentuk Perbandingan
vii) Bentuk Fakta Sejarah
viii) Bentuk Peribahasa
x) Bentuk Definisi
ix) Bentuk Gabungan Idea

 Pilih jenis pendahuluan yang mudah tetapi sesuai mengikut kehendak soalan

5

USER

[Date]

KEMAHIRAN 4: MENULIS PERENGGAN ISI

a) Fungsi Perenggan Isi
Perenggan isi menjawab isu yang ditmbulkan dalam kata kunci soalan.

b) Jenis-jenis Perenggan Isi
Perenggan isi terdiri daripada tiga jenis, iaitu:
i) Perenggan deduktif (AT-AH-AC-AP)
ii) Perenggan induktif (AH-AC-AP-AT)
iii) Perenggan deduktif-induktif (AT-AH-AC-AT)

c) Panduan Menulis Perenggan Isi
 Lima elemen asas dalam penulisan perenggan isi iaitu Ayat Topik (AT), Ayat

Huraian (AH), Ayat Contoh (AC), Ayat Kesan (AK) dan Ayat Penegas (AP).
AT – ayat yang mengandungi kata kunci jawapan yang menjawab kehendak

soalan
AH – huraian tentang isi utama yang dikemukakan dalam AT (penjelasan lanjut

untuk menyokong isi utama)
AC – bukti atau contoh yang berkaitan dengan isi utama (mengukuhkan hujah

dalam isi utama)
AK – kesan atau impak sama ada dari sudut positif atau negatif berkaitan

dengan isu yang sedang dibincangkan
AP – memberikan penegasan terhadap isi penting yang dikemukakan
UM - Ungkapan menarik boleh diselitkan pada mana-mana bahagian yang

dirasakan sesuai bergantung kepada binaan, penyusunan dan pengolahan
idea /ayat sama ada di AT, AH, AC, AK ataupun AP.

KEMAHIRAN 5: MENULIS PERENGGAN PENUTUP

a) Fungsi Perenggan Penutup
Fungsi perenggan penutup ialah penulis merumuskan banyak aspek dari sudut
pandangannya dalam perenggan penutup.

b) Panduan Menulis Perenggan Penutup
 3 asas utama dalam penulisan perenggan penutup iaitu Ayat Kesimpulan (AK),

Ayat Cadangan (ACd) dan Ayat Harapan (AHp).
 Umumnya fungsi setiap ayat adalah seperti berikut:

AK - ayat yang menyimpulkan keseluruhan karangan secara umum iaitu lebih
kepada pendirian penulis

ACd - ayat yang mengemukakan cadangan berkaitan isu atau tema yang
dibincangkan (umum dan seterusnya khusus jika bersesuaian)

6

USER

[Date]
AHp - ayat yang mengungkapkan harapan penulis terhadap isu yang

dibincangkan
 Susunan perenggan pendahuluan didahului dengan AK dan selepas itu fleksibel,

bergantung kepada kebijaksanaan penulis untuk mengolah idea. Penggunaan
kesemua jenis ayat ini juga bergantung kepada kesesuaian topik yang dibincangkan
dan cara penulis menyusun idea dalam perengggan penutup.
KEMAHIRAN 6: MENYEMAK KARANGAN
 Menyemak karangan bertujuan untuk membaca semula dan membaiki kesilapan
yang berlaku sama ada dari aspek kesalahan ayat, kesalahan ejaan dan kesalahan
tanda baca. Baca karangan sebelum dihantar dan perbaiki mana-mana kesilapan
yang dapat dikesan bagi menggelakkan pemotongan markah.

7

USER

[Date]

CONTOH PANDUAN PENULISAN KARANGAN BERDASARKAN BAHAN
RANGSANGAN (KBBR)

1. Terdapat satu soalan sahaja yang dikemukakan dalam soalan Bahagian A, kertas
1 Bahasa Melayu SPM.

2. Calon atau pelajar perlu membaca soalan dan memahami kehendak soalan
supaya calon yakin dan mampu untuk menghuraikan soalan tersebut dengan baik.

3. Hal ini penting agar calon dapat menulis karangan yang cemerlang dengan isi
yang relevan dan huraian yang jelas dan matang.

4. Proses penulisan KBBR:

• Menganalisis soalan

Membaca dan Meneliti Buat analisis
memahami fokus
yang terdiri
kehendak soalan karangan daripada kata

kunci, fokus
soalan dan tema

• Menyediakan rangka karangan

i) Mengapakah kita perlu menyediakan rangka karangan?
*supaya tiada isi penting yang tidak dihurai
*supaya tidak berlaku pengulangan isi yang sama
*supaya isi penting disusun mengikut urutan keutamaan

ii) Apakah komponen yang perlu ada dalam rangka karangan?
Terdapat tiga komponen yang perlu ada dalam rangka karangan;
i) Pendahuluan
ii) Isi penting
iii) Penutup

• Menulis Karangan
i) Setelah menganalisis soalan dan menyediakan rangka karangan, calon
boleh mula menulis karangan.
ii) Calon boleh menggunakan teknik mengarang mudah iaitu Teknik 3P5A.
Apakah yang dimaksudkan dengan Teknik 3P5A?

8

USER

[Date]

iii) Teknik 3P bermaksud, terdapat tiga perkara yang perlu ada dalam setiap
perenggan dan 5 Ayat utama:

Pendahuluan Perenggan Isi Penutup

• Ayat umum tentang • Isi • Rumusan
tema soalan • Huraian + contoh • Cadangan
• Penegasan • Harapan
• Definisi/ Huraian
(tema)

• Ayat pernyataan isi
(fokus soalan)

Contoh Perenggan Pendahuluan

Pada era ledakan teknologi ini, negara kita memperlihatkan perkembangan
pesat dalam sektor pengangkutan dan perhubungan awam. Pengangkutan
awam bukan sahaja berfungsi sebagai wahana perhubungan awam malah
turut memberikan 1001 kebaikan kepada seluruh penduduk Malaysia.
Umum mengetahui bahawa senario kewujudan pengangkutan awam telah
banyak membantu perkembangan ekonomi negara serta turut menyediakan
individu dengan kemudahan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat
yang lain. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan telah melaksanakan
pelbagai inisiatif bagi memungkinkan perkembangan yang pesat dalam
sektor pengangkutan untuk terus memacu negara ke arah negara maju selari
dengan Wawasan 2020. Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk
menggalakkan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam?

Contoh Perenggan Isi

Mengupas langkah kedua bagi menggalakkan orang ramai supaya
menggunakan pengangkutan awam, pihak kerajaan sewajarnya
memperbanyak kempen penggunaan pengangkutan awam kepada
masyarakat supaya masyarakat di seluruh negara dapat bersama-sama
menyokong minhaj pihak kerajaan untuk membantu pertumbuhan
ekonomi negara. Pelaksanaan kempen ini dapat direalisasikan dengan
cara pihak kerajaan atau menteri-menteri yang terlibat turun padang
secara berkala untuk menerangkan kepentingan dan kebaikan
penggunaan pengangkutan awam berbanding menggunakan
kenderaan sendiri. Melalui cara ini, masyarakat jamak dapat
menyedari kebaikan pengangkutan awam dan lebih tertarik untuk
menggunakan pengangkutan ini. Contohnya, Kementerian
Pengangkutan Malaysia wajar menggunakan media massa sebagai

9

USER

[Date]

wahana untuk berkempen kepada masyarakat agar sambutan
daripada orang ramai adalah bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Jelaslah, dengan meningkatkan kempen penggunaan perkhidmatan
pengangkutan awam dapat menggalakkan orang ramai untuk
menggunakan pengangkutan awam.

Contoh Perenggan Penutup

Intihanya, orang ramai haruslah menyedari inisiatif-inisiatif pelbagai
pihak seperti pihak kerajaan, syarikat pengangkutan swasta juga Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat bagi meningkatkan lagi perkembangan
pengangkutan awam di Malaysia. Masyarakat jamak juga perlulah
menyedari bahawa dengan berkembangnya sektor pengangkutan awam di
Malaysia, negara Malaysua dapat terus menempah nama dipersada dunia
selari dengan Wawasan 2020 yang telah diimplementasikan oleh Perdana
Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad. Saya amatlah berharap
agar pihak kerajaan juga dapat menggunakan kemudahan media massa sama
ada media cetak atau media elektronik untuk mempromosikan syarikat
pengangkutan tempatan seperti Air Asia dan Malaysia Airlines dipasaran
global untuk meningkatkan pencapaian ekonomi negara. Semoga Malaysia
dapat terus memacu ke arah negara maju selari dengan negara-negara maju
yang lain.

iv) Ketiga-tiga perenggan di atas merupakan contoh penulisan perenggan
pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup yang menggunakan Teknik
3P5A.

• Menyemak Karangan

i) Karangan yang ditulis perlu disemak semula agar pelbagai kesilapan yang
dilakukan dengan tidak sengaja dapat dikesan dan dibaiki.

ii) Dengan menyemak semula karangan, calon dapat mengelakkan
pemotongan markah baik dari segi ejaan dan tanda baca mahupun dari
segi huraian isi.

iii) Selain itu, semasa proses penyemakan karangan, calon juga boleh mengira
patah perkataan dan memastikan panjang karangan menepati kehendak
soalan Bahagian A (antara 200-250 patah perkataan).

10

USER

[Date]

CONTOH PANDUAN PENULISAN KARANGAN RESPON TERBUKA (KRT)

Soalan:
Gejala sosial dalam kalangan remaja yang berlaku pada hari ini berpunca daripada
masalah keluarga.

Jelaskan masalah keluarga boleh menyebabkan gejala sosial ini berterusan berlaku dan
jalan penyelesaian yang harus diambil oleh ibu bapa bagi menangani masalah itu.

Cadangan Rangka Pendahuluan.

• Tema dihubungkan atau dikaitkan dengan isu semasa.
• Contoh gejala sosial yang berlaku kini.
• Buat ayat persoalan tentang tema atau isu.
• Guna ayat peribahasa yang sesuai.
• Gunakan penanda wacana
• Ayat terakhir menjawab dua tugasan soalan yang perlu dikaitkan.

Contoh Penulisan Pendahuluan

Golongan remaja yang terlibat dengan jenayah sering dilaporkan di media massa
utama mutakhir ini. Ada laporan yang menunjukkan bahawa remaja sudah berani
melakukan jenayah-jenayah berat yang tidak masuk akal kewarasan manusia. Antara kes
yang dilaporkan, seperti masalah buli, gengsterisme, dan pembunuhan kejam. Kes buang
bayi dan jenayah ragut yang dilakukan secara kejam amat menyayat hati dan menyedihkan
kita. Oleh sebab itu, siapakah yang harus dipersalahkan? Perlukah kita menuding jari
kepada pihak tertentu atas fenomena ini berlaku? Kita tidak mahu isu ini terus menjadi
duri dalam daging terhadap keharmonian rumah tangga. Saya berpendapat bahawa faktor
utama berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja kerana masalah keluarga itu
sendiri. Sesungguhnya, isu keluarga ini harus diperincikan sedalam-dalamnya agar kita
dapat memperoleh jalan penyelesaian yang terbaik.

Contoh Huraian Idea Kaedah IMBaKUP

Pada pandangan saya, faktor utama berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja
ialah sikap kurang prihatin ibu bapa terhadap masalah keluarga. (Idea) Hal ini begitu
kerana desakan hidup dunia moden sering memaksa ibu bapa untuk mencari nafkah bagi
menambah pendapatan keluarga. Tambahan pula, cabaran globalisasi yang semakin
menghimpit turut meningkatkan keghairahan ibu bapa untuk mengumpul harta dan

11

USER

[Date]

kekayaan. (Mengapakah) Fenomena ini telah menyebabkan ibu bapa yang bekerja
terdorong untuk mengejar kemewahan dan kedudukan mereka sahaja sehinggakan anak-
anak terabai belaian kasih sayangnya. (Bagaimanakah) Oleh sebab itu, ibu bapa haruslah
mengubah paradigma mereka daripada mengejar kemewahan dan kebendaan kepada
memberikan ruang terhadap kepentingan keluarga. Sebagai contoh, ibu bapa yang
bekerjaya haruslah bijak menguruskan masa mereka tanpa mengabaikan tanggungjawab
terhadap anak-anak. (Kesan) Fenomena ini turut dinyatakan oleh Dr. Syukri Abdullah,
iaitu pakar motivasi tersohor negara. Beliau menyatakan bahawa sekiranya ibu bapa
mempunyai sistem pengurusan hidup yang cemerlang maka kehidupan keluarga juga turut
lebih cemerlang. (Ungkapan Menarik / Ayat Tokoh) Hakikatnya, saya beranggapan
bahawa keprihatinan ibu bapa terhadap masa bekerja dan masa bersama-sama keluarga
adalah sangat signifikan dalam menangani masalah ini daripada terus menggugatkan
kedamaian rumah tangga. (Penegasan)

Contoh Penulisan Kesimpulan

Walhasil, gejala sosial merupakan satu penyakit yang akan membawa kerosakan
dan kehancuran kepada murid, masyarakat dan negara. Fenomena ini telah menimbulkan
kebimbangan dan kerisauan kepada semua warganegara dan masalah ini perlu ditangani
secara bijaksana dan bersepadu oleh pihak yang bertanggungjawab. (Pandangan)
Tegasnya, semua pihak memerlukan anjakan pemikiran dan sikap yang progresif serta
proaktif bagi menangani gejala sosial ini. Sikap yang berat sama dipikul dan yang ringan
sama dijinjing haruslah disepadukan dalam diri setiap insan. (Cadangan) Murid-murid
sebenarnya merupakan tunggak dan pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan. Pada
umumnya, merekalah yang akan menjadi generasi pewaris bangsa yang cemerlang,
gemilang dan terbilang untuk pembangunan negara dan seterusnya dapat merealisasikan
hasrat murni pemimpin negara nanti. (Harapan)

12

USER

[Date]
BAHAGIAN A: KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN (KBBR)
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN CEMERLANG KBBR
Soalan KBBR: SPMU 2019

13

USER

[Date]

Jawapan Lengkap KBBR (SPMU 2019)

Inovasi ialah cara atau pendekatan baharu untuk menambah baik kehidupan
manusia. Istilah ini terus diperkatakan oleh generasi muda hari ini dalam proses Malaysia
menjadi negara maju mengikut acuan sendiri. Transformasi 2025 meletakkan hala tuju
negara Malaysia pada landasan yang tepat hasil pemikiran pemimpin negara yang
memandang jauh ke hadapan. Kemajuan negara yang meliputi pelbagai aspek kehidupan
manusia seiring dengan berkembangnya inovasi dalam sains dan teknologi. Persoalannya,
apakah manfaat inovasi dalam kehidupan masyarakat hari ini? Kebaikan inovasi dalam
kehidupan masyarakat akan dibincangkan secara terperinci dalam mauduk perbincangan
ini.

Pada hemat saya, penggunaan inovasi dalam kehidupan dapat meningkatkan hasil
pengeluaran dalam bidang pertanian. Perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil kerana
negara Jepun telah membuktikan kejayaannya dalam sektor pertanian. Penggunaan
teknologi moden, seperti traktor untuk menyediakan tapak penanaman telah
memudahkan kerja-kerja penanaman. Sementara itu, jentera tabur pula mempercepatkan
proses penanaman tanpa menggunakan tenaga manusia yang ramai membantu petani
untuk meningkatkan hasil pertanian, seperti pengeluaran padi tiga kali dalam setahun.
Pada waktu yang sama, jentuai digunakan untuk menuai hasil dengan cepat. Sebagai
kesannya, petani juga dapat meningkatkan sumber pendapatan mereka apabila adanya
peningkatan pengeluaran. Impaknya, masalah kemiskinan yang dihadapi oleh petani juga
dapat ditangani jika mereka rajin berusaha kerana peribahasa Melayu ada menyebut
bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Jelaslah bahawa penggunaan
inovasi mesin yang moden mampu meningkatkan pengeluaran pertanian sekali gus
menaikkan taraf hidup petani.

Jika kita tinjau dari sudut yang lain pula, inovasi memang mampu untuk
memudahkan urusan kerja yang melibatkan pelbagai aspek kehidupan manusia. Hal ini
dikatakan demikian kerana dengan ledakan teknologi maklumat membantu manusia
dalam melakukan sesuatu pekerjaan dengan mudah dan lebih efisien. Fenomena kerja
bertangguh dapat dikurangkan. Sebagai contohnya, penggunaan komputer yang
menggantikan penggunaan mesin taip tradisional mampu mengubah budaya kerja yang
rumit menjadi lebih mudah. Dalam erti kata yang lain, tugasan yang dilakukan oleh sama
ada pekerja atau pelajar dapat dilengkapkan dalam tempoh yang tepat. Orang tua-tua ada
berkata bahawa bertangguh itu pencuri masa. Dengan adanya inovasi dalam teknologi,
pekerjaan dapat dilaksanakan dengan kadar segera. Tegasnya, perkembangan inovasi
dalam bidang teknologi mampu meningkatkan kualiti kerja seseorang menjadi lebih
cemerlang dan gemilang.

Di samping itu, perkembangan inovasi turut memberi impak positif kepada sistem
perhubungan. Sistem perhubungan yang dahulunya lebih kepada pengangkutan awam

14

USER

[Date]

seperti bas telah menyebabkan kekangan masa kepada golongan berpendapatan rendah.
Hal ini terjadi kerana pengangkutan ini menemui kesesakan pada waktu-waktu tertentu.
Sementara, pengangkutan seperti kereta api pula mempunyai pergerakan yang perlahan.
Setelah inovasi dilaksanakan, muncullah pengangkutan yang lebih efisen seperti kereta api
Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Deras (MRT) dan Monorel yang tidak
dipengaruhi oleh lampu isyarat kerana mempunyai landasan tersendiri. Pengangkutan ini
berupaya memendekkan masa perjalanan seseorang. Oleh sebab itu, negara Malaysia tidak
ketinggalan untuk menggunakan kecanggihan sistem pengangkutan ini bagi membantu
masyarakat untuk mengurangkan masa perjalanan. Sebagai contoh, kereta api Transit
Aliran Ringan (LRT) yang beroperasi di Kuala Lumpur mampu mengawal masalah
kesesakan dan masalah pencemaran alam sekitar. Oleh hal yang demikian, rakyat yang
prihatin sewajarnya menyahut seruan kerajaan untuk terus menggunakan pengangkutan
awam seperti ini untuk menjimatkan masa dan tenaga. Benarlah kata peribahasa masa itu
emas haruslah diambil cakna bagi mereka yang mementingkan masa dalam kehidupan
mereka. Sesungguhnya, penggunaan inovasi dalam sistem pengangkutan mampu
mengubah cara hidup manusia moden di negara Malaysia.

Sebagai penutup diskusi ini, semua lapisan masyarakat haruslah bijak
menggunakan kebolehan fikiran untuk terus mencipta inovasi yang lebih moden bagi
kegunaan pembangunan di Malaysia. Rakyat Malaysia harus mengubah paradigma
masing-masing untuk menerima pembaharuan ataupun inovasi yang dicipta untuk faedah
jangka masa panjang. Hakikatnya, transformasi ke arah melahirkan rakyat yang berinovasi
haruslah disemai dalam jiwa generasi muda agar mereka juga sama-sama membantu untuk
pembangunan negara yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

(538 patah perkataan)

28 markah

Ulasan pemeriksa:
✓ menepati tema bahan rangsangan
✓ Idea - relevan denagn tema bahan rangsangan dan dihurai dengan jelas dan
matang
✓ Bahasa – gramatis dari segi kata dan ayat
✓ Ejaan tepat
✓ Kosa kata luas dan tepat
✓ Ungkapan menarik - bervariasi

15

USER

[Date]

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN KBBR
(Berdasarkan Tema dalam Buku Teks Tingkatan 4 dan 5)

1. Model Karangan SPM 1
Unit 1: Tema Senario Masyarakat Kita (Buku Teks T4)

Lihat ilustrasi kartun di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri
masyarakat era e-komuniti. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

Pembelian barang secara Masyarakat Bicara melalui laman
dalam talian Era sosial

E-Komuniti

Merujuk maklumat melalui Internet

16

USER

[Date]

Jawapan Lengkap KBBR

Seiring dengan perkembangan sains dan teknologi, masyarakat dan Internet tidak
dapat dipisahkan bagai irama dan lagu. Tanpa Internet, kehidupan masyarakat seakan
pincang kerana setiap aspek kehidupan semakin memerlukan talian tanpa wayar ini.
Masyarakat era e-komuniti ialah masyarakat yang memanfaatkan penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) dengan tujuan untuk keselesaan hidup. Persoalannya,
apakah ciri-ciri masyarakat era e-komuniti?

Salah satu ciri masyarakat era e-komuniti ialah masyarakat yang melaksanakan
pembelian barang secara dalam talian. Hal ini bertepatan dengan era digital ini, kerana
kebanyakan peniaga menggunakan aplikasi dalam talian seperti Shopee, Lazada dan Wish
untuk memasarkan produk. Ekoran daripada hal ini, masyarakat tidak perlu lagi ke kedai
atau pasar raya untuk membeli-belah barangan keperluan. Masyarakat era e-komuniti
hanya perlu memilih produk yang diingini melalui laman sesawang ataupun laman sosial,
kemudian membuat bayaran secara dalam talian dan akhirnya barang tersebut dihantar di
rumah. Pada masa yang sama, masyarakat e-komuniti dapat membandingkan harga
barangan daripada pelbagai peniaga tanpa perlu bergerak dari kedai ke kedai. Jelaslah
bahawa kehidupan masyarakat era e-komuniti lebih mudah kerana melaksanakan proses
jual beli secara dalam talian.

Selain itu, masyarakat era e-komuniti juga melaksanakan pencarian maklumat
dengan merujuk maklumat melalui Internet berbanding bahan bacaan seperti buku.
Sesungguhnya pelbagai maklumat sama ada dalam negara mahupun dunia dapat
diperoleh dengan mudah melalui Internet. Dalam hal ini, masyarakat e-komuniti haruslah
bijaksana dalam memilih dan menapis sumber agar mendapat maklumat yang tepat kerana
dikhuatiri terdapat sumber-sumber picisan yang kurang bermanfaat. Ekoran daripada
situasi ini, masyarakat era e-komuniti lebih terdedah kepada keadaan semasa dan
bukannya seperti katak di bawah tempurung. Tegasnya, masyarakat e-komuniti
menggunakan medium Internet untuk mendapatkan sebarang maklumat sama ada info
pekerjaan mahupun pembelajaran.

Di samping itu, masyarakat era e-komuniti bersosial dengan cara berbual bicara
melalui laman sosial. Hal ini relevan kerana terdapat pelbagai laman sosial atau laman
sembang yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat ini termasuklah aplikasi Facebook,
Instagram, Twitter, Whatsapp, dan Telegram. Dengan adanya pelbagai laman sosial seperti
ini, masyarakat era e-komuniti dapat memilih mana-mana aplikasi untuk berinteraksi
dengan keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan walaupun dipisahkan dengan lautan.
Pada waktu yang sama, para pekerja turut menggunakan laman sosial untuk bertukar-
tukar perkongsian perniagaan. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa masyarakat e-komuniti
berbual bicara melalui laman sosial untuk mengeratkan hubungan dengan sanak saudara
dan rakan atau kenalan di serata dunia tanpa kekangan.

17

USER

[Date]
Intihanya, masyarakat era e-komuniti boleh dikatakan sebagai masyarakat yang
hidup dalam lingkaran dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Tidak kira sama
ada golongan dewasa, belia mahupun kanak-kanak, semuanya memanfaatkan Internet
dalam kehidupan mereka. Realitinya, selagi kita menggunakan ICT dan Internet secara
berhemah pasti kita dapat menghindari kesan negatif daripada penggunaan wahana
tersebut. Justeru, kita dapat melahirkan masyarakat yang berinformasi kerana semuanya
berada di hujung jari.

(350 patah perkataan)

18

USER

[Date]
2. Model Karangan SPM 2
Unit 11: Tema Industri Pelancongan Malaysia (Buku Teks T4)
Lihat rajah di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah melancong dalam
negara. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Faedah-faedah Melancong dalam Negara

• Menjimatkan kos
• Menjana pertumbuhan ekonomi negara
• Mengenali lebih dekat destinasi pelancongan,

kebudayaan, dan warisan negara

19

USER

[Date]

Jawapan Lengkap KBBR

Cuti-cuti Malaysia

Malaysia yang kupuja
Di desa juga di kota
Mari nikmati semua
Cuti-cuti Malaysia
Pohon-pohon melambai
Terkenang desa nan permai
Keluarga sahabat handai
Mari beramai-ramai
Cuti-cuti Malaysia
Jiran rakan sekerja
Murid-murid ikut semua
Cuti dalam negara…

Lirik di atas merupakan lagu yang didendangkan oleh Dato’ Siti Nurhaliza pada
Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014. Walaupun Kempen Melawat Malaysia telah
beberapa tahun berlalu namun Malaysia semakin mendapat tempat di hati para pelancong
di seluruh pelosok dunia. Hal ini disebabkan oleh kewujudan pelbagai destinasi
pelancongan yang menarik di Malaysia. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya
mensyukuri dan menghargai negara yang kita cintai dengan menjadikan Malaysia sebagai
destinasi pelancongan keluarga. Persoalannya, apakah faedah melancong dalam negara?

Fakta yang tidak dapat dikesampingkan ialah melancong dalam negara dapat
menjimatkan kos. Hal ini relevan kerana pelancongan dalam negara tidak memerlukan kos
penerbangan. Dalam aspek ini, kos untuk membeli tiket penerbangan sama ada dikira
secara individu atau kumpulan jauh lebih mahal berbanding menaiki kenderaan sendiri
yang boleh dikongsi beramai-ramai. Tambahan pula, kita tidak dibebani dengan
pertukaran mata wang yang kebanyakannya berlipat kali ganda dengan nilai mata wang
ringgit seperti dolar Singapura, Pound Sterling dan Euro. Selain itu, kos penginapan juga
dapat dikurangkan kerana kita sudah biasa dengan kadar bayaran hotel di negara kita serta
dapat memilih penginapan yang lebih murah berbanding penginapan pelancongan di luar
negara yang biasanya disediakan oleh ejen berdasarkan pakej tertentu. Jelaslah bahawa
kita dapat menjimatkan kos jika melancong dalam negara berbanding dengan melancong
di luar negara.

Selain itu, kita juga dapat membantu menjana pertumbuhan ekonomi negara
apabila kita melancong dalam negara. Hal ini tepat kerana wang yang digunakan untuk
membayar pakej pelancongan akan dialirkan dalam negara dan secara tidak langsung
dapat menyumbang kepada ekonomi negara melalui pembayaran cukai oleh pihak

20

USER

[Date]

pelancongan. Pertambahan bilangan pelancong membantu perkembangan sektor
pelancongan negara secara tidak langsung akan menambah peluang pekerjaan dan
perniagaan. Misalnya, pertambahan peluang pekerjaan dalam bidang perhotelan, pusat
beli-belah, restoran, pusat pelancongan serta industri kecil dan sederhana bertambah
seiring dengan perkembangan sektor pelancongan. Ekoran daripada hal ini, taraf hidup
rakyat meningkat dan jumlah pembayar cukai pendapatan juga bertambah sekali gus
menyumbang kepada sector ekonomi negara. Tegaslah bahawa dengan melancong dalam
negara kita dapat membantu menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Faedah melancong dalam negara yang seterusnya ialah kita dapat mengenali lebih
dekat destinasi pelancongan, kebudayaan, dan warisan negara. Hal ini wajar kerana negara
kita kaya dengan pelbagai keindahan khazanah alam semula jadi seperti Taman Negara
Bako, Pulau Sipadan, Gunung Mulu, Gua Niah, Gunung Kinabalu, Tasik Chini dan
Lembah Danum. Khazanah alam ini membantu kita menyedari peri pentingnya
memelihara alam semula jadi. Pada masa yang sama Malaysia juga mempunyai banyak
tempat yang menjadi warisan sejarah seperti Lembah Bujang di Kedah, Bandaraya
Bersejarah Melaka, Makam Mahsuri di Langkawi dan Masjid Terapung di Sabah.
Pengetahuan tentang sejarah menyuburkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat. Sementelahan pula, masyarakat majmuk di negara kita memiliki
kepelbagaian budaya meliputi aspek kesenian, perayaan dan makanan. Dengan kata lain,
kita akan lebih memahami budaya dan adat resam pelbagai kaum rakyat Malaysia jika kita
melancong dalam negara. Sudah terang lagi bersuluh bahawa melancong dalam negara
membantu kita mengenali lebih dekat destinasi pelancongan, kebudayaan, dan warisan
negara.

Konklusinya, masyarakat Malaysia perlu memilih untuk melancong dalam negara
supaya dapat membantu perkembangan ekonomi negara sekali gus dapat mengenali
destinasi pelancongan domestik dengan secara mendalam. Oleh itu, pelbagai prakarsa
untuk memajukan industri pelancongan domestik hendaklah disokong demi kelestarian
industri berkenaan. Janganlah kita menjadi sokong yang membawa rebah kerana tidak ada
manusia di dunia ini yang tidak mencintai negaranya sendiri.

(490 patah perkataan)

21

USER

[Date]

3. Model Karangan SPM 3
Unit 2: Pendidikan Alaf Ini (Buku Teks T5)
Lihat rajah di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri Pembelajaran
Abad Ke-21. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Berpusatkan murid

Kolaboratif Ciri-ciri Menekankan
PAK21 kemahiran

Integrasi
dengan
masyarakat

22

USER

[Date]

Jawapan Lengkap KBBR

“Didiklah anak-anakmu sesuai dengan zamannya, kerana mereka hidup bukan di zamanmu”.
(Ali Bin Abi Thalib)

Barnet Berry (2011) mendefinisikan Pembelajaran Abad ke-21 sebagai satu bentuk
pembelajaran yang memerlukan murid menguasai isi kandungan sambil menghasilkan,
mensintesiskan dan menilai maklumat daripada pelbagai mata pelajaran dan menghormati
budaya berbeza. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM) yang bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang,
berdaya tahan, bersemangat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, patriotik, serta
mempunyai kemahiran berkomunikasi dan bekerja secara kumpulan telah dirangka
seupamanya dalam usaha merealisasikan kemenjadian murid. Persoalannya, apaka ciri
Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21)?

Salah satu ciri Pembelajaran Abad ke-21 ialah pembelajaran berpusatkan murid.
Hal ini dengan nyata menjelaskan bahawa guru bukan lagi berfungsi sebagai sumber
tunggal ilmu pengetahuan sebaliknya guru bertindak sebagai fasilitator yang membimbing
murid sepanjang proses pembelajaran. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran,
murid memainkan peranan dalam usaha mendapatkan maklumat dan menggunakan
maklumat tersebut untuk menyelesaikan masalah. Justeru, murid akan lebih banyak
berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan ketika belajar. Murid tidak lagi pasif,
sebaliknya murid dituntut untuk lebih aktif dan bertanggungjawab untuk memperoleh
ilmu pengetahuan. Tegaslah bahawa dalam PAK-21, proses pembelajaran berfokuskan
murid di bawah bimbingan guru.

Selain itu, pembelajaran secara kolaboratif juga merupakan salah satu ciri PAK-21.
Setiap murid memiliki potensi dan kelebihan masing-masing. Ekoran daripada hal itu,
murid perlu berperanan secara berbeza dalam sesebuah kumpulan tetapi bersinergi dalam
menyelesaikan masalah yang diamanahkan oleh guru. Murid perlu bekerja secara
kolaboratif, bagai aur dengan tebing, supaya hasil yang ingin dicapai dalam pembelajaran
menjadi lebih baik berbanding berusaha secara solo. Hal ini wajar kerana idea daripada
setiap ahli dapat digabungkan dan dikukuhkan dengan perbincangan. Gabungan idea
memantapkan penyelesaian masalah selepas pemurnian. Lantaran itu, jelaslah bahawa
pembelajaran secara kolaboratif merupakan ciri PAK-21.

Di samping itu, PAK-21 juga menekankan kemahiran berbanding teori. Setiap
proses dalam pembelajaran akan dilaksanakn oleh murid itu sendiri secara praktikal
sehingga dapat menyelesaikan masalah. Pengalaman seperti ini membantu murid
membina kemahiran sekali gus dapat mengukuhkan tahap keyakinan dalam diri murid.
Hal ini demikian kerana kemahiran yang dipelajari itu dapat dimanfaatkan dalam
kehidupan seharian sehinggalah ke alam pekerjaan. Justeru, murid akan lebih bermotivasi

23

USER

[Date]

jika mereka mempelajari sesuatu nyata. Oleh itu, guru perlu mengambil pendekatan yang
menyeluruh dan membimbing murid mendapatkan kemahiran-kemahiran yang berguna
dalam pelbagai situasi. Jelaslah bahawa PAK-21 menekankan kemahiran supaya dapat
digunakan oleh murid pada masa akan datang.

Tambahan pula, PAK-21 juga melibatkan program intergrasi dengan masyarakat.
Pihak sekolah perlu memberikan contoh kepada murid untuk menjadi warga yang
bertanggungjawab. Untuk itu, pihak sekolah menyediakan program untuk komuniti
sekolah agar dapat menggalakkan para murid untuk menyertai jawatan kuasa kerja atau
mengambil bahagian dalam projek-projek sekolah untuk menimba pengalaman. Selain itu,
guru juga perlu membantu para murid memainkan peranan dalam komuniti yang lebih
besar dan bukan hanya di kawasan kejiranan sahaja. Jelaslah bahawa program intergrasi
dengan masyarakat merupakan ciri PAK-21.

Konklusinya, Pembelajaran Abad ke-21 amat berbeza jika dibandingkan dengan
pembelajaran tradisional. Hal ini demikian kerana Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) ingin melihat kemenjadian murid seperti yang diaspirasikan dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan Malaysia. Rentetan itu, kita seharusnya menyokong penuh
hasrat murni KPM ini agar negara kita dapat melahirkan pucuk pimpinan yang lebih
cemerlang pada masa akan datang kerana generasi hari ini merupakan pemuda harapan
bangsa dan pemudi tiang negara.

(445 patah perkataan)

24

USER

[Date]
4. Model Karangan SPM 4
Unit 4: Bandar Pintar Malaysia (Buku Teks T5)
Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha
memelihara hutan di Malaysia. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250
patah perkataan.

USAHA-USAHA MEMELIHARA HUTAN
• Mengawal Kegiatan Pembalakan Haram
(Penguatkuasaan Undang-undang)
• Pendidikan Alam Sekitar
• Kempen Alam Sekitar

25

USER

[Date]

Jawapan Lengkap KBBR

Pada abad ke-21 ini, manusia mengejar keuntungan dalam pembangunan duniawi
sehingga mengabaikan alam sekitar. Tamsilannya, hutan sering menjadi mangsa
kerakusan mereka. Hutan diteroka secara berleluasa sehingga menyebabkan bencana
menimpa. Apakah usaha-usaha yang boleh kita implementasikan untuk memelihara
hutan? Sesungguhnya sesuatu usaha pasti akan berjaya sekiranya kita ada kemahuan yang
kuat kerana peribahasa kita ada menyebut di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Prakarsa yang boleh dilaksanakan dalam usaha memelihara hutan ialah pihak
kerajaan perlu mengawal kegiatan pembalakan haram dengan menguatkuasakan undang-
undang. Hal ini wajar kerana individu yang melakukan pembalakan haram bukannya tidak
mengetahui undang-undang tetapi mereka bersikap seperti enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing demi mengaut keuntungan berganda. Pihak berkuasa
perlu lebih kerap membuat pemantauan melalui udara menggunakan helikopter. Pembalak
haram yang berjaya ditangkap perlu dikenakan tindakan undang-undang seperti penarikan
lesen perniagaan atau hukuman penjara yang setimpal dengan kesalahan. Dengan
tindakan tegas daripada pihak berkuasa pasti kita dapat mengawal atau mengurangkan
kegiatan pembalakan haram di negara ini.

Selain itu, untuk memelihara hutan di Malaysia, kita perlu memberikan pendidikan
awal tentang alam sekitar kepada semua lapisan masyarakat terutamanya murid sekolah.
Murid-murid perlu didedahkan dengan kepentingan hutan sebagai habitat semula jadi
flora dan fauna serta pembekal oksigen kepada manusia. Tambahan pula, pendidikan alam
sekitar turut menanamkan rasa prihatin masyarakat terhadap hutan. Ekoran daripada hal
ini, murid-murid hendaklah didedahkan kepada pendidikan alam sekitar seawal
persekolahan tadika kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya agar kerosakan
hutan dapat diminimumkan. Antara mata pelajaran yang dapat menyemai rasa cinta
kepada alam sekitar ialah Pendidikan Moral, Kajian Tempatan dan Geografi selain Kelab
Pencinta Alam. Jelaslah bahawa melalui pendidikan alam sekitar dapat berperanan untuk
memelihara hutan di negara kita.

Seterusnya, kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) perlu mengadakan kempen
alam sekitar. Kempen-kempen seumpama ini boleh disebar luas melalui media supaya
dapat didedahkan sepenuhnya kepada semua lapisan masyarakat. Sebagai tamsilannya,
Persatuan Pengguna dan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar bekerjasama mengadakan
kempen Bumi Hijau dan kempen Cintai Hutan Kita. Melalui kempen ini, aktiviti seperti
ceramah dan pameran yang berkaitan kesan kemusnahan hutan diharapkan dapat
menyedarkan masyarakat akan tanggungjawab mereka memelihara hutan.

Tuntasnya, prakarsa untuk memelihara hutan di Malaysia menagih komitmen dan
sinergi yang serius daripada pelbagai pihak. Pepatah Melayu yang berbunyi jika tidak

26

USER

[Date]
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya terbukti tidak dapat disangkal kebenarannya.
Rentetan itu, jika usaha-usaha yang komprehensif dan konsisten dilaksanakan, maka tidak
mustahil untuk kita memelihara hutan lebih lama lagi demi generasi akan datang.

(358 patah perkataan)

27

USER

[Date]
5. Model Karangan SPM 5
Unit 11: Bahagian B: Internet dan Dunia Tanpa Sempadan (Buku Teks T5)
Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kelebihan perniagaan
dalam talian. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Kelebihan Perniagaan dalam Talian
• Menjimatkan kos

• Tiada had masa bekerja
• Pasaran yang luas

28

USER

[Date]

Jawapan Lengkap KBBR

Pada era globalisasi ini, perniagaan dalam talian ibarat cendawan tumbuh selepas
hujan. Secara literalnya, perniagaan dalam talian merupakan satu usaha memasarkan
produk menggunakan Internet dan menjalankan perniagaan tersebut secara maya. Antara
rangkaian perniagaan dalam talian adalah seperti Zalora, Fareeda, Al-Humaira dan
banyak lagi. Berpadanan dengan zaman teknologi serba canggih ini, perniagaan dalam
talian semakin mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pelanggan.
Persoalannya, apakah kelebihan perniagaan dalam talian?

Antara kelebihan perniagaan dalam talian ialah peniaga dapat menjimatkan kos.
Hal ini relevan kerana perniagaan dalam talian tidak perlu mengeluarkan kos sewa kedai
dan kos pengiklanan. Peniaga hanya perlu mengiklankan produk mereka menggunakan
laman sosial dan boleh melaksanakan operasi perniagaan dalam talian di rumah. Lantaran
itu, peniaga dalam talian juga tidak perlu mengeluarkan modal yang besar untuk
memulakan perniagaan. Oleh itu jelaslah bahawa perniagaan dalam talian terbukti mampu
menjimatkan kos.

Selain itu, peniaga yang menceburi perniagaan dalam talian ini mempunyai
kebebasan waktu bekerja. Hal ini sesuai kerana mereka tidak mempunyai premis yang
disewa. Oleh itu, peniaga dalam talian bebas untuk menentukan masa mereka bekerja. Di
samping itu, jika mereka mempunyai pekerjaan tetap, mereka masih boleh melakukan
perniagaan selepas waktu bekerja dan tidak mengganggu tugas utama. Izharlah bahawa
salah satu kelebihan perniagaan dalam talian ialah tiada had masa bagi peniaga untuk
menguruskan perniagaan dalam talian mereka.

Kelebihan yang seterusnya ialah perniagaan dalam talian memiliki pasaran yang
luas berbanding dengan perniagaan luar talian. Hal ini demikian kerana pelanggan bagi
perniagaan ini datangnya dari serata dunia. Kendatipun perniagaan dalam talian ini
adalah secara maya, namun pasarannya agak meluas. Sebagai tamsilannya, ketika peniaga
yang mempromosikan produk mereka melalui akaun Facebook, rakan-rakan pengguna
membantu menularkan info berkaitan produk berkenaan kepada kenalan-kenalan mereka
dengan hanya menekan butang ‘share’ atau kongsi. Hal ini secara tidak langsung
membantu peniaga atas talian memasarkan produk mereka dengan lebih luas.

Konklusinya, terdapat pelbagai kelebihan perniagaan dalam talian. Tanpa perlu
bergerak ke sana ke mari, kita dapat melaksanakn perniagaan secara maya. Kita hanya
perlu berkomunikasi dengan pelanggan dalam talian melalui komputer atau telepon pintar
dan talian Internet sahaja. Semoga perniagaan dalam talian akan terus berkembang di
negara kita seiring dengan perkembangan sains dan teknologi.

(317 patah perkataan)

29

USER

[Date]

LATIHAN KBBR
Latihan 1
Unit 7: Tema Generasi Kita (Buku Teks T4)
Lihat rajah di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri generasi
berwawasan. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Ciri-ciri Generasi Berwawasan

Bersemangat Berpengetahuan Bersikap
patriotik inovatif

30

USER

[Date]
Latihan 2
Unit 1: Tema Senario Masyarakat Kita (Buku Teks T4)
Lihat ilustrasi kartun di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha
memupuk semangat kejiranan. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250
patah perkataan.

Usaha-usaha Memupuk Semangat Kejiranan
• Penubuhan persatuan penduduk
• Aktiviti secara gotong-royong
• Amalan kunjung-mengunjungi

31

USER

[Date]

Latihan 3
Unit 8: Tema Gaya Hidup Sihat (Buku Teks T4)

Lihat ilustrasi kartun di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor
obesiti dalam kalangan masyarakat. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250
patah perkataan.

Faktor-faktor Obesiti

Pengambilan Tekanan
makanan tidak

seimbang

Tidak Genetik
melakukan
senaman

32

USER

[Date]
Latihan 4
Unit 5: Tema Melestarikan Alam Sekitar (Buku Teks T4)
Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan pada minggu kesedaran alam sekitar. Panjangnya huraian anda hendaklah antara
200 hingga 250 patah perkataan.

Pelancaran Kempen Alam Sekitar

Anugerah Alam Sekitar

Kempen Menanam Pokok
33

USER

[Date]

Latihan 5
Unit 1: Bahagian A: Rumah Terbuka Malaysia (Buku Teks T5)
Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang manfaat mengadakan
rumah terbuka. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Manfaat Mengadakan Rumah Terbuka

Mengeratkan Menyemarakkan Membentuk identiti
silaturahim dalam budaya kunjung- tradisional Malaysia
kalangan rakyat mengunjung melalui kebudayaan

34

USER

[Date]

CONTOH SKEMA JAWAPAN LATIHAN KBBR

Jawapan Lengkap Latihan 1

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berkata
bahawa sesungguhnya bangsa yang berjaya ialah bangsa yang rajin dan sanggup
menghadapi cabaran hidup. Rentetan itu, untuk melahirkan bangsa yang berjaya, kita
perlu memiliki generasi yang berwawasan. Generasi berwawasan ialah golongan muda
yang berpandangan jauh dan mempunyai matlamat untuk dicapai. Apakah ciri-ciri
generasi yang berwawasan?

Antara ciri generasi yang berwawasan ialah mereka bersemangat patriotik. Sudah
terang lagi bersuluh, tanpa semangat patriotik dalam diri, sukar untuk kita mencapai misi
atau visi negara untuk menjadi negara maju. Hal ini demikian kerana hanya golongan
muda yang cinta akan negaranya sanggup berkorban apa-apa sahaja demi kemaslahatan
bersama. Lantaran itu, generasi yang berwawasan semestinya generasi yang bersemangat
patriotik, sejajar dengan kata hikmah pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara.

Selain itu, generasi yang berwawasan juga ialah generasi yang berpengetahuan atau
berilmu. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, barangsiapa yang menginginkan
dunia maka hendaklah berilmu. Barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaklah
dengan ilmu. Barangsiapa menginginkan kedua-duanya, maka hendaklah dengan ilmu.
Dengan maksud hadis tersebut jelaslah bahawa generasi yang berwawasan perlulah
berpengetahuan atau berilmu, lantaran generasi berwawasan merupakan bakal pucuk
pimpinan negara pada masa hadapan.

Bersikap inovatif merupakan ciri terakhir bagi generasi yang berwawasan. Pada era
globalisasi ini, kita memerlukan generasi yang berdaya cipta atau mampu menghasilkan
sesuatu yang baharu untuk memudahkan kehidupan. Dengan penciptaan pelbagai produk
baharu, kita mampu melahirkan generasi yang setaraf dengan negara maju bak kata
peribahasa duduk sama rendah berdiri sama tinggi. Tegaslah bahawa generasi yang
berwawasan ialah generasi yang bersikap inovatif.

Menurut Tan Sri Mustafa Jabar, sesungguhnya tidak ada satu bangsa pun di dunia
ini yang dapat mencapai kemajuan dengan hanya bermodalkan kata-kata, sebaliknya
bangsa yang maju ialah mereka yang gigih berusaha. Oleh itu, tidak dapat dinafikan
bahawa untuk menjadi negara maju, kita memerlukan generasi yang berwawasan.
Lantaran itu, semua pihak harus berganding bahu, bagai aur dengan tebing untuk
melahirkan generasi yang berwawasan dan berkualiti demi negara yang tercinta ini.

(316 patah perkataan)

35

USER

[Date]

Jawapan Lengkap Latihan 2

Pada era langit terbuka ini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat
terutamanya yang hidup di bandar kian luntur. Jiran dapat ditakrifkan sebagai sekelompok
anggota masyarakat setempat yang tinggal berhampiran antara satu dengan yang lain.
Apabila timbul sesuatu keperluan atau ketika kita menghadapi masalah, jiranlah orang
terdekat yang paling mudah untuk diharapkan sebarang pertolongan. Lantaran itu,
semangat kejiranan hendaklah sentiasa dipupuk dan dipelihara kerana sesungguhnya jiran
sepakat membawa berkat.

Salah satu usaha yang dapat dilaksanakan untuk memupuk semangat kejiranan
adalah dengan menubuhkan persatuan penduduk. Persatuan ini merupakan wahana
pertemuan anggota masyarakat setempat untuk membincangkan pelbagai perkara demi
kepentingan bersama. Melalui pertemuan dan perbincangan yang diadakan, persefahaman
dan hubungan yang baik dalam kalangan jiran tetangga akan dapat diwujudkan. Selain
itu, pelbagai rancangan atau aktiviti yang dapat menyumbang kepada semangat kejiranan
akan dapat dilaksanakan. Sebagai contoh, persatuan penduduk dapat menganjurkan
aktiviti Hari Keluarga atau Temasya Sukaneka yang melibatkan pelbagai lapisan
masyarakat yang berbilang bangsa daripada pelbagai peringkat usia. Oleh hal yang
demikian, bukan sahaja semangat kejiranan dapat dipupuk, malah semangat muhibah dan
perpaduan dapat diperkukuh.

Ikhtiar yang dapat dilaksanakan dan dipraktikkan seterusnya adalah dengan
mengadakan pelbagai aktiviti secara gotong-royong. Antara aktiviti yang dapat dilakukan
bersama-sama ialah aktiviti membersihkan kawasan kediaman, taman permainan, atau
surau, aktiviti menceriakan dewan serba guna, dan yang seumpamanya. Kesemua aktiviti
demi kepentingan bersama ini dapat dilaksanakan dengan penglibatan semua jiran
tetangga. Sebagai hasilnya, semangat kekitaan dan semangat kerjasama dapat juga
diwujudkan secara tidak langsung dalam kalangan jiran tetangga. Ternyatalah bahawa
pelaksanaan sesuatu aktiviti secara gotong-royong bukan sahaja dapat memupuk semangat
kejiranan, malah sekali gus dapat membawa pelbagai kemaslahatan.

Seterusnya, amalan kunjung-mengunjungi jiran tetangga, bukan sahaja pada hari
perayaan malah pada hari biasa dapat juga memupuk semangat kejiranan. Amalan ini
tidak seharusnya diadakan ketika rumah terbuka sahaja. Mengapa? Melalui amalan
kunjung-mengunjungi pada hari perayaan, adat resam dan budaya jiran tetangga yang
berbilang kaum akan dapat difahami dan dihormati. Melalui amalan kunjung-
mengunjungi pada hari biasa pula, hubungan yang mesra dan harmoni antara jiran
tetangga akan terjalin. Jelaslah bahawa amalan kunjung-mengunjungi jiran tetangga dapat
mengeratkan silaturahim masyarakat setempat.

Konklusinya, semangat kejiranan besar manfaatnya dan harus terus dipupuk dalam
kalangan jiran tetangga melalui pelbagai prakarsa demi kepentingan bersama.

36

USER

[Date]
Sesungguhnya semangat kejiranan yang kukuh akan dapat melahirkan semangat muhibah
yang teguh dan seterusnya membentuk perpaduan yang utuh. Inilah yang sering diuar-
uarkan oleh kepimpinan negara sebagai asas untuk mewujudkan masyarakat Malaysia
yang sehati. Semoga kepentingan semangat kejiranan akan dapat disedari dan dihargai
oleh masyarakat era glabalisasi ini.

(401 patah perkataan)

37

USER

[Date]

Jawapan Lengkap Latihan 3

Mutakhir ini, masalah kegemukan atau obesiti dalam kalangan rakyat negara ini
semakin serius. Apakah takrifan obesiti? Obesiti ialah berat badan seseorang yang tidak
sejajar dengan ketinggian dan umurnya. Obesiti boleh mengundang pelbagai masalah
kesihatan yang lain, seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung dan
seumpamanya. Rentetan itu, untuk mengatasi masalah obesiti, kita perlu mengetahui
puncanya, kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Faktor perdana yang menyebabkan masalah obesiti ialah pengambilan makanan
yang tidak seimbang. Kendatipun, ilmu tentang piramid makanan telah diketahui sejak
zaman kanak-kanak lagi, namun masyarakat tetap memilih untuk mengambil makanan
yang tinggi kandungan lemak dan gula secara berlebihan. Contohnya, teh tarik dan nasi
lemak antara menu sarapan pagi yang menjadi pilihan ramai. Makanan tengah hari pula
bagi sesetengah individu yang sibuk, makanan segera seperti Kentucy Fried Chicken
(KFC) atau Mcdonald menjadi pilihan. Lantaran pemilihan makanan yang tidak
seimbang, masyarakat menghadapi masalah obesiti.

Faktor obesiti yang seterusnya ialah masyarakat hari ini tidak melakukan senaman.
Dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu kita dapat membakar
kalori dan lemak. Namun disebabkan kesibukan dalam kerjaya masing-masing,
masyarakat hari ini mengabaikan masa untuk bersenam. Masa hujung minggu atau waktu
cuti pula dihabiskan bersama keluarga dengan membeli-belah atau menikmati makanan
segera. Oleh itu, masyarakat mudah mengalami masalah obesiti kerana tidak menyediakan
masa untuk bersenam.

Tekanan juga merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan obesiti dalam
kalangan masyarakat. Kehidupan pada era globalisasi ini sering menghimpit masyarakat
dengan pelbagai masalah. Antara masalah yang dihadapi oleh anggota masyarakat ialah
masalah di tempat kerja, masalah keluarga, masalah kewangan dan sebagainya. Apabila
masalah yang dihadapi tidak dapat ditangani dengan baik, sesetengah anggota masyarakat
akan cenderung mengambil makanan secara berlebihan atau memakan makanan ringan
untuk menghilangkan tekanan atau masalah yang dihadapi. Sudah terang lagi bersuluh,
dengan mengambil makanan secara berlebihan untuk melegakan tekanan, maka dengan
mudah masyarakat mengalami obesiti.

Faktor terakhir yang boleh menyebabkan masalah obesiti ialah faktor genetik atau
keturunan. Faktor ini sukar untuk dielakkan jika masyarakat tidak mengambil langkah
yang relevan. Hal ini demikian kerana masalah obesiti yang disebabkan oleh genetik ini
ibarat mewarisi kegemukan daripada generasi terdahulu. Jika generasi kini tidak menjaga
pemakanan dan tidak mengamalkan senaman maka sudah pasti obesiti akan diwarisi.
Tegaslah bahawa genetik obesiti akan diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain.

38

USER

[Date]
Intihanya, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan masyarakat menghadapi
masalah obesiti. Setiap penyakit pasti ada ubatnya, begitu juga dengan setiap masalah,
pasti ada jalan penyelesaiannya. Oleh itu, setiap anggota masyarakat perlulah mengambil
berat tentang gaya hidup sihat agar masalah obesiti dapat diatasi. Sejajar dengan
peribahasa, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, masyarakat perlu mengamalkan
pemakanan seimbang, melakukan senaman secara rutin dan mengatasi tekanan secara
berhikmah agar dapat hidup sihat serta bebas daripada sebarang penyakit.

(445 patah perkataan)

39

USER

[Date]

Jawapan Lengkap Latihan 4

Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) diadakan dari 21 hingga 27
Oktober setiap tahun. Sambutan MASM juga dianjurkan di peringkat negeri bagi
meningkatkan komitmen Kerajaan Negeri dan memperkukuh kerjasama antara Kerajaan
Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam pengurusan alam sekitar negara. Sesungguhnya
penjagaan alam sekitar tanggungjawab bersama kerana alam yang kita nikmati hari ini
sebenarnya pinjaman kepada generasi masa hadapan. Sambutan MASM ini juga
merupakan salah satu prakarsa pihak berwajib untuk memberikan pendidikan tentang
alam sekitar kepada semua anggota masyarakat di Malaysia.

Terdapat pelbagai aktiviti yang dilaksanakan sepanjang Minggu Alam Sekitar
Malaysia ini sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat yang lebih tinggi lagi.
Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Pelancaran Kempen Alam Sekitar. Apakah
pelancaran kempen alam sekitar yang boleh dilaksanakan? Sebagai contohnya, kita boleh
mengadakan Pelancaran Kempen Amalan Kitar Semula di sekolah. Dengan adanya
pelancaran kempen ini, pihak sekolah dapat menguar-uarkan aktiviti kitar semula kepada
semua warga sekolah. Selain memupuk kesedaran tentang kepentingan alam sekitar kita
juga dapat menyuburkan amalan kitar semula dalam kalangan warga sekolah sempena
minggu kesedaran alam sekitar yang diadakan, bak kata peribahasa sambil menyelam
minum air.

Kempen menanam pokok juga merupakan salah satu aktiviti yang boleh
diimplimentasikan di peringkat sekolah sempena MASM. Dengan melaksanakan kempen
menanam pokok ini kita bukan sahaja dapat mendidik remaja agar menghargai tumbuhan
malah secara tidak langsung kita menghijaukan alam dan menceriakan persekitaran
sekolah dengan pelbagai tanaman. Antara tumbuhan yang boleh kita tanam sempena
kempen menanam pokok ini ialah tumbuhan berbunga, pokok buah-buahan, tanaman
herba dan seumpamanya. Tegaslah bahawa dengan kempen menanam pokok ini kita dapat
mengisi program yang bermakna sempena minggu kesedaran alam sekitar di peringkat
sekolah.

Seterusnya, sebagai menghargai usaha pihak sekolah melaksanakan program
kesedaran alam sekitar di sekolah, satu majlis anugerah alam sekitar lazimnya
dilaksanakan sempena MASM. Sebagai contoh, di negeri Sabah, Anugerah Sekolah
Rakan Alam Sekitar (SERASI) diadakan setiap dua tahun sekali sebagai pengiktirafan
kepada sekolah-sekolah yang aktif melaksanakan program kesedaran alam sekitar.
Sekolah-sekolah yang terpilih akan dinilai dan diberikan anugerah pada majlis khas yang
diadakan. Dengan adanya majlis anugerah seumpama ini, pihak sekolah akan lebih
bermotivasi untuk melaksanakan program kesedaran alam sekitar kerana usaha mereka
dihargai.

Akhirul kalam, dengan pelaksanaan pelbagai program yang dapat menyedarkan

40

USER

[Date]
masyarakat tentang penjagaan alam sekitar, kita bukan sahaja dapat mengisi minggu
kesedaran alam sekitar dengan bermanfaat malah kita juga dapat memanjangkan hayat
alam yang fana ini. Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak amat penting untuk
menjayakan usaha ini. Semoga setiap usaha murni kita dapat membantu alam ini bertahan
lebih lama demi generasi akan datang kerana alam kini semakin tua dengan ledakan
pembangunan serta kerakusan manusia.

(421 patah perkataan)

41


Click to View FlipBook Version