USER
[Date]
Jawapan Lengkap Latihan 5
Rumah terbuka merupakan satu aktiviti yang sememangnya tidak asing lagi dengan
sambutan perayaan pelbagai kaum di Malaysia. Lazimnya rumah terbuka diadakan ketika
sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas. Dengan
mengadakan rumah terbuka, sesuatu perayaan itu dirasakan lebih meriah kerana disambut
oleh pelbagai kaum yang ada di negara kita. Persoalannya, apakah manfaat lain
mengadakan rumah terbuka ketika musim perayaan?
Mengeratkan silaturahim dalam kalangan rakyat Malaysia merupakan salah satu
manfaat mengadakan rumah terbuka. Ketika rumah terbuka diadakan, sanak-saudara,
adik-beradik dan jiran tetangga akan datang dan berkumpul di rumah kita. Tetamu yang
hadir akan saling berkenalan dan beramah mesra. Hal ini sekali gus akan dapat
merapatkan ikatan kekeluargaan di samping menambah kenalan kita. Lantaran itu,
jelaslah bahawa silaturahim dalam kalangan masyarakat mampu dieratkan melalui amalan
rumah terbuka.
Di samping itu, budaya kunjung-mengunjung juga dapat disemarakkan melalui
amalan rumah terbuka. Masyarakat hari ini tidak dapat berenggang dengan gajet masing-
masing, hatta semasa hari perayaan. Oleh itu, dengan mengadakan rumah terbuka
masyarakat dapat meluangkan masa untuk mengunjungi jiran tetangga. Mereka juga dapat
menikmati juadah yang disediakan bersama sambil menjalin kemesraan sesama jiran.
Budaya kunjung-mengunjung yang semakin terhakis dasawarsa ini dapat disemarakkan
semula melalui majlis rumah terbuka.
Selain itu, rumah terbuka dapat membentuk identiti tradisional Malaysia melalui
kebudayaan. Melalui majlis rumah terbuka, kaum Melayu contohnya akan
menghidangkan penganan dan makanan tradisi setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri
seperti ketupat dan rendang. Manakala kaum India pula lazimnya akan menghidangkan
muruku, manisan dan capati semasa sambutan rumah terbuka sempena Deepavali. Selain
makanan setiap kaum di Malaysia juga turut mempunyai pakaian tradisi yang dikenakan
semasa mengadakan rumah terbuka. Masyarakat Melayu dengan baju kurung dan baju
Melayu, kaum Cina dengan Cheogsamnya dan kaum India pula dengan sari mereka.
Rentetan itu, jelaslah rumah terbuka dapat membentuk identiti tradisional Malaysia
melalui kebudayaan.
Konklusinya, majlis rumah terbuka membawa pelbagai manfaat kepada
masyarakat dan negara. Semoga dengan amalan rumah terbuka ini tradisi setiap kaum
dapat dilestarikan demi generasi akan datang. Seorang ahli fikir Barat, L. Kant pernah
berkata bahawa hanya bangsa yang merdeka mempunyai kebudayaan yang hidup.
(336 patah perkataan)
42
USER
[Date]
BAHAGIAN B: KARANGAN RESPON TERBUKA (KRT)
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN CEMERLANG KRT
Soalan KRT: SPMU 2019
Perniagaan secara dalam talian semakin mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat.
Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan perniagaan tersebut mendapat sambutan.
Analisis Soalan - Perniagaan dalam talian
Isu - Faktor-faktor
Tugasan - Bincangkan
Kehendak soalan
Jawapan Lengkap KRT (SPMU 2019)
Masyarakat yang rajin menelaah Sirah Nabi pasti tahu bahawa junjungan besar kita
menceburi bidang perniagaan. Hal ini tentunya membuktikan kepada kita bahawa bidang
perniagaan ialah kerjaya yang mulia selagi kita tidak terbabas daripada lunas-lunas akhlak
yang baik lagi terpuji. Dalam zaman serba moden ini, perniagaan menempa era baharu
kerana berubah wajah dengan perkembangan pesat perniagaan secara dalam talian. Siapa
yang tidak kenal dengan syarikat dalam talian berskala besar, seperti Lazada, Amazon,
Zalora dan eBay. Ternyata bahawa perniagaan secara dalam talian mendapat sambutan
yang hangat dalam kalangan masyarakat khasnya warga muda yang celik Teknologi
Maklumat. Apakah sebab-sebab yang melakarkan senario ini terjadi? Hakikatnya, setiap
pertanyaan ini akan dirungkaikan kerana pasti ada sebab yang harus dikupas dengan lebih
terperinci untuk mencari jawapannya.
Perniagaan dalam talian mendapat sambutan kerana pelanggan dapat membeli-
belah pada bila-bila masa. Hal ini dikatakan demikian kerana pelanggan boleh membeli-
belah dari rumah ataupun dari tempat kerja. Dengan mengakses telefon pintar, mereka
dapat mengunjungi secara maya ke laman sesawang tersebut. Di laman sesawang itu,
pelbagai produk yang ditawarkan menjadi bahan tatapan pengunjung. Misalnya, dalam
kesibukan menyambut kedatangan Syawal sesetengah muslimin dan muslimat
membereskan urusan membeli kuih-muih Aidilfitri melalui platform perniagaan secara
dalam talian. Kemudahan ini membolehkan mereka membanding-bandingkan jenis
produk di samping memilih produk yang lebih murah. Pastinya mereka tidak perlu
bertungkus-lumus untuk naik turun tangga ke lokasi perniagaan konvensional. Hanya
dengan klik butang pada papan kekunci komputer mereka dapat melayari beratus-ratus
tapak perniagaan untuk mencari juadah Aidilfitri yang menepati cita rasa mereka. Sebagai
43
USER
[Date]
kesannya, perniagaan secara dalam talian pasti akan maju kerana pelanggan berasa puas
hati. Nyatalah bahawa pelanggan memilih perniagaan secara dalam talian kerana
menjimatkan masa. Mereka tidak perlu menghabiskan masa berjam-jam untuk naik turun
tangga sebelum dapat membereskan urusan membeli-belah. Betullah pesanan pendeta
bahasa bahawa di hujung jari anda, dunia terbentang luas.
Selain itu, perniagaan dalam talian juga menyediakan pasaran yang luas sehingga
mendapat sambutan ramai. Perkara ini pastinya bukanlah cakap-cakap kosong kerana satu
kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM)
mendapati bahawa pemilik tapak perniagaan secara dalam talian bersetuju akan kebenaran
pernyataan ini. Apa tidaknya? Pelanggan dari empat pelosok dunia dapat mengunjungi
laman sesawang yang memperagakan produk. Masyarakat hanya memerlukan akses
Internet dan dompet yang tebal untuk melunaskan bayaran, maka urusan jual beli dapat
dibereskan. Misalnya, ada yang ingin membeli air zamzam, maka hajat itu dapat
disempurnakan dengan memesan melalui perniagaan secara dalam talian. Kita tidak perlu
lagi menanti kepulangan jemaah haji untuk menikmati air dari tanah suci tetapi dengan
adanya perniagaan secara dalam talian, produk akan diposkan ke pintu rumah. Barang
kali inilah sebab sebilangan artis hiburan di tanah air begitu aktif dalam perniagaan secara
dalam talian. Daripada busana pakaian, seperti selendang, tudung, baju kebaya, baju
Melayu sehinggalah kuih-muih, sudah menjadi aktiviti perniagaan selebriti dunia hiburan.
Tentu sekali tidak salah berbuat begitu kerana selagi nama mereka meniti di bibir para
peminat tidak salah untuk mencari rezeki yang halal. Yang penting perniagaan secara
dalam talian membuka ruang dan peluang untuk usahawan mencari pelanggan di mana-
mana sahaja. Sebagai akibatnya, ruang dan peluang ini memungkinkan hasrat murni
kerajaan melahirkan usahawan bumiputera yang berjaya sejajar dengan aspirasi asal dalam
Dasar Ekonomi Baru. Jelaslah bahawa pasaran yang terbuka luas di seluruh dunia
menggamit usahawan perniagaan secara dalam talian untuk menceburi bidang ini.
Di samping itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa cita rasa pelanggan dapat dikesan
oleh usahawan dengan lebih cepat menjadi faktor perniagaan dalam talian semakin
mendapat sambutan. Perkara ini pasti dapat difahami kerana setiap pelanggan yang
membeli produk ataupun perkhidmatan, dapat memberikan maklum balas segera dalam
laman sesawang. Contohnya, cuba kita perhatikan usahawan inap desa yang menyediakan
kamar untuk kegunaan pelancong tempatan ataupun pelancong asing. Ulasan dan komen
yang dicatat oleh pelanggan menjadi kayu ukur tentang kualiti perkhidmatan. Usahawan
yang prihatin dan peka akan bertindak segera untuk membetulkan apa-apa kekurangan
agar nama baik syarikat tidak tercalit. Memang benar dan sahihlah bahawa rahsia
usahawan yang berjaya ialah memastikan pelanggannya berpuas hati. Oleh itu, usahawan
perniagaan secara dalam talian tidak akan melengah-lengahkan masa apabila dapat
mengesan adanya rasa tidak puas hati terhadap mutu perkhidmatannya. Usai membaca
ulasan yang pincang, dia dapat segera mengarahkan kaki tangannya untuk membetulkan
kekurangan tersebut. Lazimnya, berita negatif begitu gampang menjadi tular dalam laman
sosial. Pastinya, usahawan yang bervisi dan bermisi untuk memajukan perniagaan secara
44
USER
[Date]
dalam talian akan bertindak untuk mengatasi masalah sebelum nasi menjadi bubur.
Nampaknya, perniagaan secara dalam talian membolehkan usahawan bertindak secepat
mungkin untuk menangani apa-apa sahaja kekurangan dalam operasi syarikat yang
dikendalikannya. Sudah terang lagi bersuluh bahawa perniagaan secara dalam talian
menjadi wadah yang sesuai diterokai oleh usahawan yang bercita-cita tinggi.
Di pasar membeli pisang berangan,
Dibawa belayar ke Pulau Angsa,
Etika perniagaan dilupa jangan,
Pasti bermanfaat setiap masa.
Intihanya, maksud pantun di atas harus kita renungi. Meskipun dunia perniagaan
memberi peluang untuk mencari harta duniawi, namun usahlah kita lalai dan alpa akan
harta di alam baqa. Yang pasti harta yang kekal selama-lamanya ialah akhlak yang baik.
Oleh itu, usahawan yang meneroka perniagaan secara dalam talian jangan sesekali
mencemarkan nama baik mereka dengan menyeleweng etika perniagaan. Sebaik-baiknya
mereka mencontohi Nabi Muhammad SAW yang mendapat pujian daripada masyarakat
di Mekah kerana baginda jujur dan adil dalam urusan perniagaan. Nama baik seharum
bunga kasturi itu menjadikan baginda idola yang terbaik bagi semua usahawan perniagaan
secara dalam talian. Akhlak yang buruk boleh merosakkan amal, ibarat cuka yang
merosakkan madu, sabda junjungan besar harus kita teladani. Jelaslah bahawa, perniagaan
atas talian mempunyai kelebihan jika masyarakat bijak memilih dan berhati-hati agar
kemudahan yang ada tidak memudaratkan diri sendiri.
(911 patah perkataan)
90 markah
Ulasan pemeriksa:
- Menepati tugasan karangan
- Idea- relevan, huraian -jelas, contoh – sesuai
- Bahasa – gramatis dari segi kata dan ayat
- Kosa kata luas dan tepat
- UM – bervariasi
- Pengolahan – sangat menarik, pemerengganan sesuai
- Wacana -lengkap dan terdapat kesinambungan idea antara perenggan
45
USER
[Date]
1. KARANGAN TIDAK BERFORMAT
a) Karangan Pendapat / Perbincangan / Fakta: Dimensi Diri
Soalan KRT: SPM 2010
Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat
menjaga seorang ibu.
Situasi seperti di atas seharusnya tidak berlaku dalam sesebuah masyarakat. Jelaskan
tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh anak-anak terhadap ibu bapa.
Analisis Soalan - Tanggungjawab seorang anak terhadap ibu
Isu - Tanggungjawab / Peranan
Tugasan - Jelaskan
Kehendak soalan
Jawapan Lengkap KRT (SPM 2010)
Pada era pascaglobalisasi ini, isu keruntuhan institusi keluarga semakin hangat
menjadi bahan bicara semua rakyat Malaysia tidak kira tua mahupun muda. Walaupun
berbagai-bagai prakarsa telah dilaksanakan oleh para ibu bapa untuk mengekalkan
keharmonian keluarga, namun hal ini seolah-olah tiada nokhtah pengakhiran. Adakah
peranan yang dimainkan oleh Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak cukup
bersepadu untuk membawa paradigma baharu ke dalam institusi kekeluargaan? Adakah
peranan yang digerakkan oleh institusi keluarga dalam memacu keluarga mereka di bawah
payung keharmonian gagal? Hal ini mungkin berpunca daripada prakarsa yang dimainkan
oleh anak-anak yang tidak cukup mapan untuk membantu menyelesaikan masalah yang
menunjangi keluarga mereka. Oleh itu, sudah menjadi amanah yang perlu dipikul oleh
anak-anak dalam merangka uslub terbaik untuk sama-sama memikul amanah kerana berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing supaya usaha membentuk keluarga yang cemerlang
dalam segenap aspek kehidupan itu berjaya. Oleh itu prakarsa ini hendaklah dimulakan
daripada sekarang kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan. Jadi, anak-anak
hendaklah menggerakkan kembali jentera yang lebih bersepadu bagi membahagiakan ibu
bapa dan sekali gus membentuk keluarga yang bahagia.
Sebenarnya, banyak prakarsa yang boleh dimainkan oleh anak-anak untuk
membahagiakan ibu bapa mereka antaranya adalah dengan memberikan kejayaan dan
kecemerlangan kepada mereka. Tidakkah semua orang melihat, saban tahun apabila
keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan pasti ada yang berduka dan bergembira.
Tetapi tidakkah mereka menyedari bahawa insan yang bergelar ibu bapa pasti akan
46
USER
[Date]
mengalirkan air mata kegembiraan apabila melihat keputusan cemerlang yang diraih oleh
anak-anak mereka? Sudah pastinya terselit seribu kepuasan dalam diri ibu bapa kerana
keperitan dan penderitaan mendidik dan membesarkan anak-anak telah terbalas dengan
kejayaan anak-anak mereka. Oleh itu, anak-anak hendaklah belajar bersungguh-sungguh
dan membesar mengikut acuan yang telah dibentuk oleh ibu bapa mereka. Orang tua-tua
ada menyatakan bahawa usaha tangga kejayaan, jadi usaha yang gigih tanpa mengenal erti
putus asa akan membuahkan kejayaan yang manis untuk dikecapi. Kegigihan anak-anak
semata-mata untuk mencapai kejayaan untuk dihadiahkan kepada ibu bapa mereka akan
dapat direalisasikan sekiranya mereka berjaya menangkis segala ancaman yang masuk ke
tingkap globalisasi kehidupan mereka. Tuntasnya, kejayaan dan kecemerlangan dalam
pelajaran merupakan salah satu tunjang utama untuk membahagiakan ibu bapa.
Dari persepktif yang lain, anak-anak yang mempunyai akhlak dan budi pekerti
mulia juga merupakan salah satu elemen utama dalam memberikan kebahagiaan kepada
orang tua mereka. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara merupakan kata-kata
hikmat yang acap kali ditujukan khas kepada generasi muda tetapi tidak melampaukah
jika semua orang mengatakan bahawa anak-anak merupakan tonggak utama keluarga,
jantung hati, permata bernilai buat ibu bapa? Bagi segelintir pihak, anggapan ini dipandang
sinis tetapi itulah realiti sebenar bahawa anak merupakan tunjang utama keluarga dalam
memacu ke arah kebahagiaan keluarga. Selama bertahun-tahun anak-anak dididik dengan
kebanyakan ibu bapa yang mengamalkan konsep melentur buluh biarlah daripada
rebungnya dan hasilnya, anak-anak telah berjaya menjadi insan yang berguna dan mampu
menangkis segala hedonisme serta panji-panji kejahatan yang berleluasa kini. Jadi, hati ibu
mana yang tidak sejuk melihat anak yang dipelihara mereka mempunyai keperibadian
yang unggul. Oleh itu, anak-anak seharusnya berusaha menjaga akhlak dan budi pekerti
mereka walau di mana-mana mereka berada kerana imej dan maruah keluarga
bersandarkan tingkah laku mereka malah itulah juga yang menjadi kunci kebahagiaan buat
ibu bapa mereka.
Sementelahan pula, ibu bapa juga akan bahagia jika anak-anak mereka
menghormati mereka. Dalam menyoroti hal ini, aspek jasmani, emosi, intelektual dan
sosial yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara sebenarnya mampu menjadi
platform utama untuk anak-anak membahagiakan ibu bapa mereka. Bagi menyingkap hal
ini, aspek jasmani yang boleh dipraktikkan anak-anak adalah dengan menghormati orang
tua mereka sama ada dalam bentuk perbuatan mahupun perkataan. Sebagai contoh
terdekat yang sangat ketara dengan semua pihak ialah seorang anak hendaklah bersalaman
dengan ibu bapa mereka sebelum pergi ke mana-mana dan mereka hendaklah
menundukkan badan sedikit apabila berjalan di hadapan orang tua. Dalam aspek emosi
pula, anak-anak hendaklah menjaga perasaan ibu bapa mereka dan tidak melakukan
sesuatu perkara yang boleh mengguris hati mereka. Dalam menghayati peribahasa yang
berbunyi kerana mulut santan binasa dan sudah terhantuk baru tengadah, anak-anak
hendaklah sentiasa menjaga segala tutur bicara supaya perkataan yang diucapkan tidak
menyinggung perasaan ibu bapa mereka. Dalam memperincikan aspek intelektual pula,
47
USER
[Date]
anak-anak hendaklah mendengar nasihat yang diberikan oleh ibu bapa bagi membolehkan
mereka memperoleh keberkatan ketika mereka belajar. Hal ini sekali gus membolehkan
segala ilmu yang dipelajari mampu diserap dengan mudah tidak seperti masuk telinga kiri,
keluar telinga kanan. Tegasnya, memang benarlah bahawa sifat hormat seseorang anak
terhadap kedua-dua orang tua mereka mampu membahagiakan mereka.
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing merupakan peribahasa yang
sering berlegar-legar dan bermain-main di segenap kehidupan harian rakyat Malaysia.
Jadi, dalam mempraktikkan hal ini, anak-anak hendaklah mengaplikasikan sikap ringan
tulang dengan membantu ibu bapa menguruskan kerja-kerja rumah. Perkara ini bukan
sahaja memudahkan urusan ibu bapa mereka malah dapat mengeratkan hubungan
ukhwah kekeluargaan yang tersimpul rapi. Dalam menyingkap hal ini, konsep muafakat
membawa berkat boleh diamalkan oleh ibu bapa dan anak-anak dengan saling membantu
mengemaskan rumah. Bertitik tolak daripada aktiviti melakukan kerja-kerja rumah,
rumah bukan sahaja cantik malah dapat menghindari diri daripada segala wabak penyakit
akibat tidak mengutamakan kebersihan persekitaran. Lanjutan daripada hal ini, beban
yang digalas oleh ibu bapa akan menjadi ringan malah mampu melestarikan warna-warni
kebahagiaan dan keharmonian keluarga tersebut. Senario ini sekali gus mengurangkan
jurang perpecahan sesebuah institusi keluarga seperti statistik sahih yang dikeluarkan oleh
Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada tahun 2007 hingga 2008 yang
menunjukkan bahawa satu daripada sepuluh pasangan di Malaysia bercerai setiap hari.
Tuntasnya, memang benarlah bahawa peranan anak-anak dalam membantu meringankan
beban ibu bapa mereka menguruskan kerja-kerja rumah amat signifikan untuk
mewujudkan kebahagiaan buat mereka.
Selain itu, prakarsa lain yang boleh dilakukan untuk membahagiakan ibu bapa
adalah dengan mendengar nasihat mereka. Bagi menghuraikan perspektif ini, semua
orang dapat menyaksikan bahawa hampir saban hari ada sahaja kes-kes yang
membabitkan ibu bapa dan anak-anak menghiasi muka hadapan akhbar di Malaysia sama
ada kes pembuangan ibu bapa atau pergaduhan antara anak dengan kedua-dua ibu bapa
mereka. Cuba kita renungkan kembali peristiwa yang berlaku pada 27 Oktober 2010 di
akhbar Harian Metro bertajuk, ‘Trajedi pilu 9 anak membuang ibu mereka yang sudah
tua’. Wajarkah 9 orang anak bertindak sedemikian rupa? Pastinya peristiwa dan tragedi
hitam ini tidak akan berlaku jika setiap anak tidak mengamalkan peribahasa seperti kacang
lupakan kulit dan mendengar nasihat. Anak-anak yang mendengar nasihat sudah pasti
akan menjaga kebajikan ibu bapa mereka terutama menjelang umur senja. Janganlah anak-
anak membiarkan nasihat ibu bapa mereka umpama mencurah air ke daun keladi kerana
segala nasihat itu tidak lebih daripada pembentukan akhlak anak-anak. Deduksinya,
memang izharlah bahawa jika seseorang anak mendengar nasihat ibu bapa maka perkara
inilah yang menjadi kunci kebahagiaan kepada ibu bapa mereka.
Tambahan lagi, mendoakan kesejahteraan ibu bapa juga adalah antara prakarsa
48
USER
[Date]
yang boleh dilakukan untuk membahagiakan ibu bapa. Dalam menghayati hal tersebut,
perkara ini boleh dilihat daripada dua perspektif yang berbeza. Perspektif pertama,
mendoakan kesejahteraan ibu bapa ketika mereka masih hidup dan yang keduanya,
mendoakan kesejahteraan mereka setelah mereka meninggal dunia. Oleh hal yang
demikian, seseorang anak hendaklah menjadikan doa sebagai budaya yang sinonim
dengan diri mereka. Bagi merealisasikan hal ini, kekerapan berdoa kepada ibu bapa
hendaklah dilakukan sebagai aktiviti rutin selepas solat kerana alah bisa tegal biasa. Tidak
mustahil rasanya langkah ini dipraktikkan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian
kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jadi, anak-anak hendaklah mendoakan
kesejahteraan, keselamatan, kesihatan dan kemurahan rezeki untuk pihak ibu bapa
mereka. Hal ini bukan sahaja bakal memudahkan urusan ibu bapa mereka di akhirat kelak
malah akan membawa kebahagiaan semasa di dunia. Bagi merungkai kehidupan selepas
mati, ibu bapa pastinya berasa bahagia dan tenang apabila berada di alam barzakh berkat
doa seorang anak yang soleh. Konklusinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa doa
merupakan senjata yag penting dan utama untuk membahagiakan ibu bapa.
Secara kesimpulannya, memang terdapat banyak peranan yang boleh dimainkan
oleh anak-anak untuk membahagiakan ibu bapa. Oleh itu, anak-anak hendaklah selalu
berusaha membahagiakan ibu bapa mereka secara istiqamah bukan sekadar hangat-hangat
tahi ayam mahupun bersikap melepaskan batuk di tepi tangga. Hal ini juga mampu
membawa kebahagiaan kepada ibu bapa mereka malah menjadi kayu ukur falah anak-
anak dalam meniti kehidupan yang serba mencabar di alam fana ini. Seterusnya, anak-
anak akan menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang bersama-sama
berganding bahu, selangkah sederap dengan pihak kerajaan dalam menjalankan
tranformasi besar-besaran untuk memastikan keluarga sakinah dapat dilahirkan. Perkara
ini sekali gus mampu membawa evolusi bermakna dalam institusi kekeluargaan dan
seterusnya merealisasikan aspirasi kerajaan dalam mencapai visi kudsi Transformasi 2025.
Jadi, kejayaan seseorang anak membahagiakan ibu bapa mereka sebenarnya mampu
menjadi khazanah berharga untuk memajukan nusa dan bangsa.
(1415 patah kata)
49
USER
[Date]
b) Karangan Pendapat / Perbincangan / Fakta: Dimensi Diri
Soalan KRT: SPM 2010
Remaja dikatakan semakin lama semakin hilang rasa hormat kepada golongan tua.
Huraikan cara-cara meningkatkan keperibadian dalam diri pelajar.
Analisis Soalan - Meningkatkan keperibadian diri pelajar
Isu - Cara-cara
Tugasan - Huraikan
Kehendak soalan
Jawapan Lengkap KRT
“Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang
manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab”. Demikianlah mutiara
kata yang membuktikan bahawa betapa pentingnya adab dalam kehidupan kita. Namun
begitu, ramai antara kita yang lebih mementingkan kecantikan wajah berbanding dengan
kecantikan akhlak dalam diri masing-masing terutamanya dalam kalangan remaja. Hal ini
terbukti kerana masalah remaja yang semakin lama semakin hilang rasa hormat kepada
golongan tua saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah sering
menjadi polemik yang hangat dikatakan di negara kita. Oleh itu, golongan remaja sekarang
iaitu para pelajar perlulah dipandu dan ditarbiah ke jalan yang benar baik melalui diri
sendiri, ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan pihak kerajaan supaya menjadi seorang
yang berguna yang mempunyai keperibadian memandangkan remajalah yang akan
menjadi pemimpin negara kita pada masa akan datang bak kata pepatah ‘Pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara’. Tidakkah sia-sia seseorang pelajar jikalau mempunyai
kelulusan akademik yang tinggi tetapi mempunyai akhlak yang buruk? Oleh hal yang
demikian, para pelajar perlulah dididik dengan baik sejak dari bangku sekolah lagi bak
kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Semua pihak perlulah
menggembleng tenaga untuk merealisasikan matlamat bagi meningkatkan keperibadian
dalam diri pelajar. Persoalannya, apakah prakasa yang dapat dilakukan untuk
meningkatkan keperibadian dalam diri pelajar?
Pada realitinya, tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang besar
dalam meningkatkan keperibadian para pelajar. Tugas membentuk peribadi anak-anak ini
terletak pada bahu ibu bapa kerana merekalah yang melahirkan dan yang paling rapat
dengan anak-anak persis sabda Rasulullah SAW ‘’Setiap anak yang dilahirkan adalah
dalam keadaan bersih melainkan dua orang tuanya yang bertanggungjawab
mencorakkannya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi’’. Oleh hal yang
demikian, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak dengan menunjukkan peribadi yang
50
USER
[Date]
mulia seperti saling menghormati, menepati masa, berdisiplin dan bersopan-santun. Hal
ini wajar kerana, ibu bapalah yang menjadi suri teladan kepada anak-anak kerana anak-
anak sudah tentu akan mengikuti perbuatan ibu bapa mereka iaitu insan yang paling dekat
dengan anak-anak bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa yang
diibaratkan sebagai acuan perlulah memberikan acuan yang terbaik yang mampu
membentuk peribadi mulia anak-anak. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa didikan
daripada ibu bapa mampu meningkatkan keperibadian dalam diri pelajar.
Salah satu cara untuk meningkatkan keperibadian para pelajar ialah para pelajar
perlulah bijak memilih rakan sebaya. Rakan Sebaya menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4
ialah sahabat yang sama umurnya. Rakan Sebaya juga ialah sahabat daripada lingkungan
latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau
dalam kata lain mempunyai minat yang sama. Dalam tempoh perkembangan kanak-
kanak, rakan sebaya memainkan peranan yang penting bagi membentuk sosioemosi yang
baik. Sehubungan dengan itu, para pelajar perlulah bijak memilih kawan kerana kawan
membawa pengaruh yang besar dalam kehidupan seseorang. Kawan yang dipilih perlulah
mempunyai sikap yang jujur, seorang yang menghormati ibu bapa dan orang tua. Sahsiah
dan budi pekerti memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi seseorang
remaja. Pembentukan peribadi yang terpuji bukan hadir dalam sekelip mata. Begitu juga
bukan setakat tugas ibu bapa sahaja yang menggalas tanggungjawab sedemikian. Peranan
rakan sebaya banyak mempengaruhi tingkah laku dan sahsiah remaja pada masa ini.
Sehubungan dengan itu, pemilihan rakan sebaya yang mempunyai budi pekerti yang baik
dan sahsiah yang terpuji mampu membentuk peribadi seseorang pelajar. Hal ini demikian
kerana sahabat yang mempunyai sahsiah yang terpuji sudah pasti akan menunjukkan
jalan yang benar. Pepatah Arab ada mengatakan "Jika kita berkawan dengan penjual
minyak wangi maka kita akan berbau wangi dan jika berkawan dengan tukang besi kita
akan terasa bahangnya. "Oleh itu, kebijaksanaan dalam memilih rakan sebaya merupakan
usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan peribadi dalam diri pelajar.
Selain daripada bijak memilih kawan, para pelajar perlulah menghayati dan
mendalami ilmu agama. Hal ini wajar kerana setiap agama menuntut penganutnya
mengamalkan sifat-sifat mazmumah iaitu sifat-sifat terpuji. Oleh itu, jika seseorang pelajar
berpegang teguh pada ajaran agama masing-masing sudah pasti mampu untuk membentuk
peribadi yang terpuji. Sebagai contoh dalam agama Islam yang mementingkan kebersihan
menurut hadis yang bermaksud “Kebersihan merupakan sebahagian daripada iman“.
Agama Islam menuntut orang ramai melakukan amalan yang baik seperti bersedekah ,
menuntut ilmu, menepati janji dan banyak lagi yang tujuannya untuk membentuk peribadi
seseorang. Oleh yang demikian, ibu bapa perlulah memberikan pendidikan agama kepada
anak-anak sejak kecil lagi supaya mereka terdidik dengan ajaran agama dan lebih mudah
untuk dibentuk kerana sudah tentu ada perbezaan antara para pelajar yang dididik dengan
pegangan agama berbanding dengan anak-anak yang tidak didedahkan dengan didikan
agama. Dalam pada itu, para pelajar perlulah menghayati pendidikan agama Islam yang
diajar di sekolah dengan sebaiknya. Tuntasnya, dengan menghayati dan mendalami ilmu
51
USER
[Date]
agama merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan keperibadian dalam diri seorang
pelajar.
Usaha yang seterusnya dalam pembentukan keperibadian pelajar adalah dengan
bimbingan daripada guru-guru. Pada era globalisasi ini, guru bukan saja menyampaikan
ilmu tetapi membentuk insan yang berketrampilan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani
dan spiritual. Guru yang memainkan peranan memberi bantuan dan semangat, memerhati
dan membentuk sahsiah yang murni dan mendisiplinkan pelajar-pelajar supaya patuh
terhadap peraturan-peraturan sekolah dan norma hidup dalam keluarga dan masyarakat.
Guru-guru perlulah bersikap tegas dengan para pelajar dan mendidik mereka secara
berhikmah. Guru merupakan ibu bapa kedua bagi anak-anak. Oleh itu, para pelajar
perlulah taat kepada nasihat guru-guru kerana mereka merupakan insan yang mulia dan
banyak berjasa dalam mencurahkan ilmu pengetahuan kepada para pelajar. Guru-guru
perlulah mendidik para pelajar supaya lebih berdisiplin dengan memberikan hukuman jika
mereka melakukan kesalahan supaya mereka menyesal dan tidak mengulangi kesalahan
yang sama berulang kali. Sebagai contoh, jika sesorang tidak tidak menyiapkan kerja
sekolah yang diberikan, guru perlulah memberikan denda yang sewajarnya supaya pelajar
tidak memandang enteng terhadap kerja yang diberikan. Kesannya, para pelajar akan lebih
berdisiplin dan bertanggungjawab. Oleh itu, didikan daripada guru merupakan usaha yang
baik dalam meningkatkan keperibadian seorang pelajar.
Di samping itu, usaha kerajaan menganjurkan pelbagai program ke arah
pembentukan jati diri seseorang sedikit sebanyak dapat membantu dalam meningkatkan
keperibadian seseorang. Program jati diri yang dianjurkan oleh kerajaan akan mampu
melahirkan seorang pemimpin yang mempunyai keyakinan yang tinggi yang mampu
berucap di khalayak ramai, berfikiran kritis dan berani untuk mencuba sesuatu yang
baharu. Antara program yang dijalankan oleh pihak kerajaan termasuklah Malaysian
Future Leader School ( MFLS ), Program Kepimpinan Ketua Pelajar Sekolah Berasrama
Penuh dan banyak lagi. Program seperti ini akan memberikan impak yang positif kepada
para pelajar jika dijalankan dengan berkesan. Pada usia remaja, seseorang masih dapat
dibentuk melalui penyertaan program seperti ini. Oleh itu, penganjuran program oleh
pihak kerajaan perlulah diperbanyak untuk membuka peluang kepada lebih ramai pelajar
iaitu tidak terhad kepada para pemimpin pelajar sahaja. Kesannya, seseorang pelajar akan
dapat mempraktikkan ilmu yang diberikan melalui program yang dianjurkan seterusnya
akan dapat meningkatkan keperibadian para pelajar. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa
penganjuran program oleh pihak kerajaan merupakan salah satu usaha untuk
meningkatkan keperibadian para pelajar.
Sebagai menggulung segala yang diperkatakan, terdapat beberapa usaha yang boleh
diambil untuk meningkatkan keperibadian para pelajar iaitu termasuklah didikan daripada
ibu bapa, bijak memilih rakan sebaya, mendalami dan menghayati ilmu agama, tunjuk ajar
daripada guru-guru dan penganjuran program oleh pihak kerajaan. Oleh itu, usaha ini
pasti akan membuahkan hasil jika langkah yang efektif dan drastik dilakukan untuk
52
USER
[Date]
membentuk keperibadian seseorang pelajar. Sehubungan dengan itu, para pelajar juga
mestilah bijak membezakan yang baik dan yang buruk kerana para pelajar sudah cukup
matang untuk berbuat sedemikian. Dapatlah disimpulkan bahawa semua pihak
memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan keperibadian dalam diri para
pelajar. Oleh hal yang demikian, semua pihak perlu bekerjasama dalam merealisasikan
perkara ini bak kata pepatah berat sama dipikul , ringan sama dijinjing.
(1228 patah perkataan)
53
USER
[Date]
c) Karangan Pendapat / Perbincangan / Fakta: Dimensi Diri
Soalan KRT: SPM 2010
Remaja dikatakan semakin lama semakin hilang rasa hormat kepada golongan tua.
Jelaskan langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk meningkatkan keperibadian diri.
Analisis Soalan - Meningkatkan keperibadian diri
Isu - Langkah-langkah
Tugasan - Jelaskan
Kehendak soalan
Jawapan Lengkap KRT
Dipetik daripada kata-kata tokoh Islam, Saidina Ali r.a, “Jika kamu mahu melihat
masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini.” Daripada
kata-kata Saidina Ali r.a. telah menunjukkan bahawa, jatuh bangunnya sesebuah negara
terletak di tangan remaja masa kini kerana mereka merupakan waris kepimpinan negara
pada masa akan datang. Semakin hari semakin tidak memahami tujuan hidup mereka
sebagai manusia, malah ramai yang terjebak ke lembah gejala sosial yang tidak bermoral.
Bersuka ria di kelab malam, terlibat dalam perlumbaan haram, penyalahgunaan dadah,
seks rambang dan sebagainya, seolah-olah menjadi rutin wajib bagi mereka. Tambahan
pula dengan budaya hedonisme yang semakin berleluasa dalam kalangan remaja kini
semakin lama semakin menambahkan kelalaian dalam diri remaja sekali gus mengubah
gaya hidup mereka. Umum mengetahui bahawa, asas pembentukan remaja adalah
bermula dari pendidikan awal. Ironinya, para pelajar masih memerlukan bimbingan untuk
menjadi lebih matang dan mudah untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan luar. Dalam
pada itu, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan keperibadian
dalam diri seseorang pelajar? Maka, sebagai seorang pelajar, perkara ini akan saya olah
dan menjadi topik yang perlu kita renungkan bersama.
Antara langkah yang boleh saya lakukan adalah dengan berusaha bersungguh-
sungguh dalam meningatkan kefahaman tentang agama. Hal ini wajar kerana, agama
merupakan salah satu rujukan kehidupan bagi seseorang insan agar dapat hidup dalam
keadaan yang teratur dan tahu tujuan hidup. Tiada ilmu yang lebih mulia daripada ilmu
agama. Tanpa pegangan agama yang kuat seseorang itu pasti akan berada dalam kesesatan
dan kesusahan dalam menjalani kehidupan seharian, malah mereka lebih mudah
terdorong untuk melakukan perkara-perkara yang keji. Albert Einstein, iaitu seorang tokoh
ilmuan sains pernah berkata, “Agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah
lumpuh.” Perkara ini jelas menunjukkan bahawa ilmu dan agama itu saling berkait rapat
antara satu sama lain. Sebagai contoh, setiap agama menekankan aspek pembentukan
sahsiah diri yang tinggi dan memperbanyak amalan untuk bekalan akhirat agar dapat
54
USER
[Date]
menjamin kehidupan yang bahagia di dunia mahupun di akhirat kelak. Memandangkan
saya orang Islam, saya akan berusaha untuk mendalami ilmu agama dengana cara
membaca dan memahami al-Quran, mengkaji hadis, mempraktikkan sunah nabi agar
dapat membina kefahaman yang kukuh tentang kemuliaan dan kehebatan memiliki
sahsiah yang terpuji. Saya juga akan menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai
inspirasi saya untuk menjadi seorang hamba yang lebih baik daripada sebelumnya. Jikalau
saya mempunyai sebarang kekhilafan dalam bab agama, sudah pastinya saya perlu
merujuk kepada uztaz ataupun ustazah dan bertanyakan tentang perkara tersebut untuk
mendapatkan kebenarannya. Kesannya, saya mampu untuk membentuk keperibadian
yang lebih baik apabila saya berusaha untuk meningkatkan kefahaman dan pegangan saya
terhadap agama sekali gus mengelakkan saya daripada terjebak dengan gejala-gejala
negatif yang sudah pasti akan merosakkan kehidupan saya. Izharlah bahawa, dengan
mendalami ilmu agama, saya dapat membentuk keperibadian yang luhur dengan cara
memantapkan akidah saya.
Dari kaca mata yang lain, saya perlulah sentiasa taat kepada kedua-dua ibu bapa
saya. Ibu bapa merupakan dua insan yang paling dekat dengan saya semenjak saya
dilahirkan hingga kini. Semenjak saya dilahirkan, mereka telah menjaga saya bagai
menatang minyak yang penuh. Merekalah insan yang tidak jemu melayan karenah saya
ketika kecil, merekalah yang sentiasa membanting tulang setiap hari demi mendapatkan
secupak nasi untuk anak-anak mereka. Walaupun untuk secupak nasi, namun itulah hasil
keringat mereka dan saya amat bersyukur kerana dijaga oleh insan yang tidak pernah kenal
erti penat lelah demi kesenangan anak-anaknya. Tanpa mereka, saya pasti tidak dapat
merasa nikmat kebahagiaan ini. Saya akan berusaha untuk sentiasa melakukan apa sahaja
yang dipinta oleh mereka, selagi tidak bertentangan dengan syarak. Saya akan taat dan
mendengar segala nasihat mereka dengan hati yang tenang dan berlapang dada. Jika tidak
sependapat, saya akan cuba untuk tidak melawan ataupun memberontak di hadapan
mereka. Saya akan berbincang dengan menggunakan suara yang lembut dan tidak
meninggikan suara apabila bercakap dengan mereka agar mereka tidak terasa hati dengan
perlakuan saya. Taat kepada kedua-dua ibu bapa merupakan suatu kewajipan yang perlu
dilaksanakan oleh anak-anak terhadap kedua-dua orang tua mereka agar dapat mengecapi
hidup yang lebih bahagia dan sentosa. Terdapat hadis Rasulullah SAW, yang bermaksud,
“sesiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambahkan rezekinya, maka hendaklah
dia berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya dan menyambungkan tali silaturahim.” Oleh
yang demikian, jelaslah bahawa dengan mentaati ibu bapa dapat menjadikan saya individu
yang mempunyai sahsiah tinggi di samping terhalang untuk melakukan perkara-perkara
yang keji.
Jika kita lihat dari perspektif yang berbeza, saya juga perlulah menghormati guru
saya meskipun tiada pertalian darah dengannya. Hal ini demikian kerana, guru merupakan
ibu bapa kedua kita di sekolah. Mereka yang menggantikan tugas ibu bapa kita dalam
mendidik kita menjadi pelajar yang berguna pada masa akan datang. Mereka menggalas
beban yang berat dalam memastikan semua anak-anak murid mereka dapat mengecapi
55
USER
[Date]
kecemerlangan dalam kehidupan dan menjamin masa hadapan yang cerah. Sepanjang
pembelajaran saya hatta sekalipun saya tidak lagi bergelar pelajar, saya akan sentiasa
menghormati mereka kerana merekalah insan yang banyak meluangkan masa untuk
mencari bahan-bahan rangsangan pembelajaran untuk saya di sekolah sehingga sanggup
bersengkang mata ditambah pula dengan beban dan tanggungjawab keluarga sendiri.
Mereka tidak pernah mengeluh apabila saya sering bertanyakan soalan di kelas, malah
menjawabnya dengan penuh kesabaran dan berhikmah. Mereka juga tidak pernah
mentertawakan saya apabila saya melakukan kesalahan, malah membetulkan setiap
keserabutan yang telah saya cipta sewaktu di sekolah. Dari saat itulah saya berazam untuk
belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan supaya saya dapat melihat senyuman yang terbit dari bibir mereka bak
kata peribahasa belakang parang diasah lagikan tajam. Realitinya, saya perlulah
menghormati guru-guru saya agar saya dapat menerima ilmu yang berkat dan membentuk
keperibadian yang terpuji.
Dalam pada itu, saya juga akan menjalin hubungan yang baik dengan rakan-rakan
dan taulan. Umum mengetahui bahawa, seorang remaja akan banyak meluangkan masa
bersama rakan-rakannya berbanding dengan ibu bapa mahupun saudaranya. Hal ini
demikian kerana masa yang diluangkan oleh seorang remaja adalah lebih banyak dengan
rakan-rakan, maka segala isi dan curahan hati sering diluahkan kepada rakan-rakan
terlebih dahulu, kemudian baharulah keluarga sendiri. Remaja berasa lebih dekat dan
selesa untuk meluahkan perasaan dengan rakan-rakan kerana pendapat yang hampir sama.
Saya akan menjaga hubungan yang baik dengan rakan-rakan tidak kiralah berbeza dari
segi agama, bangsa, dan warna kulit. Saya juga sedaya upaya untuk tidak menimbulkan
isu sensitif terutamanya isu agama kerana Malaysia merupakan negara yang mempunyai
kepelbagaian agama dan bangsa. Perkara ini menunjukkan bahawa negara Malaysia
mempunyai banyak kelebihan dan keunikan berbanding negara luar. Jika terdapat masalah
perkauman, sudah pastinya negara Malaysia tidak akan aman harmoni lagi. Saya akan
mengambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang telah mengorbankan banyak
nyawa berpunca daripada rusuhan kaum. Saya akan membantu rakan-rakan saya jika
mereka memerlukan bantuan. Saya akan cuba untuk menjadi seorang rakan yang banyak
memberikan manfaat kepada rakan-rakan saya. Dalam kehidupan yang singkat ini, saya
perlu memberi kerjasama kepada semua pihak kerana yang berat sama dipikul, yang
ringan sama dijinjing. Oleh itu, izharlah bahawa dengan menjaga hubungan yang baik
dengan rakan juga dapat membentuk keperibadian yang terpuji dalam diri saya.
Seperkara lagi, langkah saya yang terakhir adalah dengan berusaha bersungguh-
sungguh untuk mengelakkan diri saya daripada terjebak dengan perkara yang tidak
bermoral dan tidak berfaedah. Seseorang yang menginginkan sahsiah yang terpuji
hendaklah mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh meruntuhkan akhlak
lantas menjatuhkan maruah diri, keluarga, bangsa dan negara. Saya akan berusaha untuk
mengisi masa lapang saya dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Sebagai
contoh, saya mengisi masa lapang saya dengan melakukan aktiviti yang saya suka seperti
56
USER
[Date]
membuat kek, membaca novel, dan bersiar-siar menikmati keindahan alam. Saya juga
perlulah mengurangkan penggunaan media sosial yang tidak berkaitan dengan pelajaran
agar saya tidak lalai. Dasawarsa ini, budaya hedonisme semakin tular di negara Malaysia.
Hal ini membuatkan saya perlu lebih berhati-hati dalam memilih hiburan kerana jika
terlalu melebihkan hiburan, bimbang kelak akan sentiasa lalai dengan tanggungjawab saya
sebagai seorang pelajar. Jika saya terpengaruh dengan budaya hedonisme, sudah pastinya
saya akan melupakan segala urusan penting yang perlu saya laksanakan terlebih dahulu
dek terlalu mengutamakan perkara yang boleh menghiburkan saya bak kata peribahasa,
masa itu emas, maka saya perlulah mengisikan masa lapang saya dengan perkara yang
berfaedah kerana masa itu amat berharga. Hakikatnya, saya hendaklah bijak mengurus
masa dan kehidupan saya agar dapat menjadi seorang pelajar yang bersahsiah tinggi.
Sebelum mata pena diskusi melabuhkan tirainya, seyogia ditegaskan bahawa
dengan mendalami ilmu agama, mentaati ibu bapa, menghormati guru-guru, menjaga
hubungan yang baik dengan rakan dan berusaha untuk mengelakkan diri daripada terjebak
dengan perkara yang tidak bermoral merupakan antara langkah-langkah yang saya perlu
lakukan agar dapat membentuk keperibadian yang mulia dalam diri sebagai seorang
pelajar. Kesimpulannya, gagasan dan tugas untuk memupuk, membangunkan dan
meningkatkan mutu akhlak dalam kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar.
Tugas ini tidak dapat dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar
dan mempunyai kualiti kemanusiaan yang tinggi. Pada pendapat saya, remaja merupakan
aset pembangunan negara pada masa akan datang. Merekalah pelapis kepada kepimpinan
hari ini yang akan menerajui negara ke arah negara maju. Saya berharap agar isu
kenakalan remaja akan lenyap supaya tidak lagi menyebarkan suatu tanggapan negatif
terhadap semua remaja di Malaysia pada masa akan datang , persis peribahasa, kerana nila
setitik, rosak susu sebelanga.
(1496 patah perkataan)
57
USER
[Date]
d) Karangan Pendapat / Perbincangan / Fakta: Dimensi Keluarga
Soalan KRT:
Semangat patriotisme amat penting dalam mengekalkan kemerdekaan sesebuah negara.
Walau bagaimanapun, sejak belakangan ini semangat patriotisme dikatakan semakin
luntur dalam kalangan generasi muda.
Huraikan peranan ibu bapa bagi menyemai semangat patriotisme dalam kalangan anak-
anak mereka.
Analisis Soalan - Menyemai semangat patriotisme dalam kalangan anak-anak
Isu - Tanggungjawab / Peranan
Tugasan - Huraikan
Kehendak soalan
Jawapan Lengkap KRT
Setelah meneliti sejarah bumi Malaysia, kita menyedari bahawa semangat
patriotime merupakan kunci kedaulatan sesebuah negara. Semangat patriotisme merujuk
kepada semangat cinta akan negara atau kesanggupan seseorang mempertahankan negara
daripada kemusnahan akibat ancaman musuh. Sikap ini dapat digambarkan melalui
perjuangan tokoh-tokoh negara seperti Penghulu Dol Said dan Dato’ Bahaman yang
walaupun berakhir dengan kegagalan namun semangat mereka untuk mengembalikan hak
dan kedaulatan tanah air wajar disanjung. Namun demikian, banyak pihak yang
mendakwa bahawa semangat kenegaraan generasi muda di Malaysia semakin luntur
akibat terlalu dibuai dengan keamanan dan keselesaan seperti yang dapat kita nikmati
pada saat ini. Hal ini juga dapat dikaitkan dengan penerapan budaya hedonistik yang
tersebar sepantas kilat menerusi aplikasi media sosial seperti Instagram, Facebook dan
Twitter. Hal ini amat merisaukan kerana mampu mengancam keselamatan negara dan
mendedahkan negara dengan ancaman kuasa luar. Rentetan daripada senario ini, pelbagai
pihak perlulah mengambil peranan dalam usaha menerapkan semangat patriotisme dalam
kalangan generasi muda. Oleh itu, terdapat beberapa peranan ibu bapa dalam menyemai
semangat patriotisme dalam kalangan anak-anak.
Antara peranan ibu bapa dalam menyemai semangat patriotisme dalam kalangan
anak-anak ialah mendidik anak menyelami semangat kenegaraan sejak kecil lagi. Hal ini
wajar kerana anak kecil umpama kain putih dan ibu bapalah yang perlu mencorakkannya
dengan semangat cinta akan negara. Pepatah orang tua-tua iaitu melentur buluh biarlah
daripada rebungnya menyedarkan pihak ibu bapa bahawa anak-anak perlu dididik sejak
kecil lagi. Hal ini demikian kerana apabila anak-anak sudah dewasa, sesetengah ibu bapa
58
USER
[Date]
mengalami kesukaran untuk membetulkan sikap anak-anak mereka kerana masing-masing
sudah mempunyai pendirian tersendiri. Dalam konteks ini, ibu bapa boleh mengambil
langkah proaktif seperti berkongsi cerita yang mengisahkan perjuangan tokoh-tokoh
tempatan yang mengamalkan peribahasa biar putih tulang, jangan putih mata dalam
mempertahankan negara suatu ketika dahulu. Oleh itu, anak-anak dapat belajar
menghargai titik peluh tokoh-tokoh pejuang kedaulatan negara seawal zaman kanak-
kanak lagi. Begitu juga halnya dengan tindakan ibu bapa membawa anak-anak melawat ke
tempat-tempat bersejarah yang menyimpan pelbagai maklumat mengenai kisah
perjuangan tokoh tempatan menentang ancaman musuh. Tegasnya, tindakan ibu bapa
untuk mendidik anak menyelami semangat kebangsaan sejak kecil lagi mampu menyemai
semangat patriotisme dalam kalangan anak-anak.
Selain itu, ibu bapa berperanan untuk menjadi suri teladan yang baik kepada anak-
anak dalam usaha menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan anak-anak. Ibu bapa
seharusnya menyedari bahawa segala perbuatan, amalan, dan pemikiran mereka akan
dicontohi dan diikuti oleh anak-anak. Dalam hal ini, ibu bapa hendaklah sentiasa
menunjukkan sikap yang positif kepada anak-anak khususnya dalam aspek semangat
kenegaraan kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Misalnya, ibu bapa boleh
melakukan aktiviti-aktiviti yang berunsurkan semangat patriotisme bersama anak-anak
seperti menyertai larian kemerdekaan. Hal ini bukan sahaja dapat menerapkan nilai
patriotisme dalam diri anak-anak malah dapat meningkatkan tahap kecergasan dan
kesihatan mereka. Daripada perspektif yang berbeza, ibu bapa tidak digalakkan menyertai
pelbagai jenis protes terhadap negara kerana perbuatan sedemikian ibarat ketam mengajar
anak berjalan betul selain menggugat keselamatan negara. Maka, ibu bapa haruslah
berusaha mencari inisiatif yang betul agar anak-anak dapat menjadi insan yang cinta akan
negara dan bersemangat patriotik. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlulah menjadi suri
teladan kepada anak-anak dalam usaha menerapkan semangat patriotisme dalam
kalangan anak-anak.
Akhir sekali, peranan lain yang perlu dilaksanakan oleh pihak ibu bapa bagi
menyemai semangat cinta akan negara dalam kalangan anak-anak ialah sentiasa memberi
sokongan dan dorongan kepada anak-anak untuk mendalami semangat kenegaraan. Hal
ini relevan kerana anak-anak yang masih mentah mempunyai semangat patriotisme yang
kurang konsisten yakni umpama bunga yang mudah layu, siraman air akan
mengembalikan kesegarannya. Isu yang sering kita lihat pada masa ini ialah terdapat
segelintir pelajar yang sukar menguasai mata pelajaran Sejarah kerana mengandungi
banyak fakta yang perlu dihafal dan diingati. Tambahan pula, mereka tidak pernah merasai
keperitan tokoh-tokoh terdahulu yang bermati-matian memperjuangkan tanah air yang
bertuah ini. Oleh hal yang demikian, ibu bapa tidak sewajarnya memberi tekanan kepada
anak-anak dengan memaksa dan memarahi mereka jika gagal dalam subjek sejarah.
Seharusnya, ibu bapa perlu menyokong anak-anak mereka dengan menghantar mereka
untuk menghadiri kelas tuisyen agar mereka dapat meningkatkan prestasi dalam subjek
Sejarah dan lebih bersemangat untuk mendalami subjek Sejarah. Sememangnya, sokongan
59
USER
[Date]
dan dorongan daripada ibu bapa dapat menyemai semangat kebangsaan dalam kalangan
anak-anak.
Konklusinya, kita perlu menyedari bahawa jiwa patriotik merupakan pencetus
kepada kewujudan semua perkara yang kita miliki pada era pascamerdeka. Di sebalik
haruman kebanggaan terhadap kemewahan yang melitupi Malaysia ini, kita sebagai insan
pilihan Tuhan untuk menjadi penghuni tanah air yang bebas daripada penjajahan
sewajarnya mengusahakan sesuatu untuk mengekalkan kelebihan sedia ada bersama-
sama. Oleh itu, pelbagai pihak perlulah berganding bahu dalam usaha menyemai
semangat patiotisme dalam kalangan generasi muda. Dengan ini, pihak sekolah
seharusnya menyelitkan tema patriotisme dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan Moral dan Sejarah. Begitu juga dengan pihak
media massa yang perlu menyebarkan matlamat Kempen Jalur Gemilang yang
dilancarkan oleh kerajaan secara konsisten. Langkah-langkah yang boleh menerapkan
semangat cinta dan sayang terhadap tanah watan sudah dihidangkan maka sampan sudah
di air, pendayung sudah di tangan. Seandainya jiwa seluruh rakyat Malaysia sentiasa
dibakar dengan roh patrotik, semestinya hasrat Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri
Muhyiddin Yassin untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara
yang terlebih dahulu menggapai kemajuan, akan dapat direalisasikan di dunia nyata.
(840 patah perkataan)
60
USER
[Date]
e) Karangan Pendapat / Perbincangan / Fakta: Dimensi Keluarga
Soalan KRT:
Alam sekitar semakin tercemar.
Huraikan peranan ibu bapa dalam memupuk amalan mencintai alam sekitar dalam
kalangan anak-anak.
Analisis Soalan - Memupuk amalan mencintai alam sekitar dalam kalangan anak
Isu - Tanggjungjawab / Peranan
Tugasan - Huraikan
Kehendak soalan
Jawapan Lengkap KRT
Pada era pemodenan ini, alam sekitar yang baik menjadi salah satu aspek dalam
menjaga imej sesebuah tempat amnya negara. Umum mengetahui bahawa, alam sekitar
yang indah dan ceria akan menjadi tarikan orang ramai sama ada dari dalam atau luar
negara. Hal ini dikatakan demikian kerana orang ramai akan sentiasa berasa selesa dan
selamat ketika mengunjungi tempat yang mempunyai alam sekitar yang indah selain
mempunyai tanggapan yang baik terhadap masyarakat di sekitarnya. Namun malang
sekali, terdapat segelintir individu terutamanya generasi muda yang bersikap tidak endah
tentang amalan mencintai alam sekitar. Misalnya, terdapat generasi muda yang membuang
sampah merata-rata dan individu yang menebang pokok secara haram, membuang sisa
toksik ke dalam laut dan melakukan pembakaran terbuka. Akibatnya, pencemaran seperti
pemanasan global, pencemaran air dan jerebu akan berlaku. Perkara ini perlu ditangani
segera dan ibu bapa merupakan pihak yang sering dipertanggungjawabkan untuk
memupuk amalan mencintai alam sekitar khususnya dalam kalangan anak-anak mereka.
Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam memupuk amalan mencintai alam sekitar
dalam kalangan anak-anak?
Salah satu peranan ibu bapa dalam memupuk amalan mencintai alam sekitar dalam
kalangan anak-anak ialah ibu bapa perlu memberi pendedahan tentang ilmu alam sekitar
kepada anak-anak sejak mereka kecil. Mereka perlu dididik tentang kepentingan dan cara
mencintai alam sekitar sejak kecil lagi kerana seharusnya melentur buluh biarlah daripada
rebungnya. Dengan kata lain, anak-anak diibaratkan sebagai ladang kosong yang perlu
diusahakan dan pengusaha tersebut tentulah ibu bapa yang merupakan orang yang paling
dekat dan rapat dengan mereka semasa proses tumbesaran. Usaha tersebut pula perlu
dilakukan sejak kecil lagi kerana tanpa pendedahan awal, anak-anak akan sukar menerima
ajaran mengenai kepentingan mencintai alam sekitar daripada ibu bapa apabila mereka
61
USER
[Date]
semakin meningkat dewasa. Antara cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa ialah
membelikan anak-anak mereka bahan bacaan berkaitan dengan kepentingan dan cara-cara
menjaga alam sekitar. Paling tidak pun, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka ke
perpustakaan untuk memperkaya ilmu pengetahuan mereka tentang alam sekitar.
Kesannya, anak-anak bukan sahaja akan sarat dengan ilmu tentang penjagaan alam sekitar
malahan akan berusaha memastikan alam sekitar sentiasa berada dalam keadaan terjaga
kerana mereka sudah mencintai alam sekitar sejak kecil. Tuntasnya, pendedahan awal
tentang kepentingan alam sekitar melalui pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa mampu
memupuk sikap mencintai alam sekitar dalam kalangan anak-anak.
Selain itu, peranan lain yang harus ibu bapa lakukan ialah mereka harus
menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak dalam cara menjaga alam sekitar.
Dengan kata lain, ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak dalam mencintai
alam sekitar dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini perlu dilakukan sedemikian kerana
setiap perlakuan ibu bapa akan dijadikan ikutan oleh anak-anak, bak kata mutiara
bagaimana acuan begitulah kuihnya. Oleh itu, ibu bapa perlu melakukan hal-hal positif
berkaitan dengan penjagaan alam sekitar agar anak-anak mereka turut melakukan perkara
yang sama. Sebagai contoh, ibu bapa tidak membuang sampah di merata-rata tempat
malahan sanggup mengutip sampah jika ternampak sampah yang dibuang di kawasan
yang tidak sepatutnya. Ibu bapa juga haruslah terlibat secara aktif dengan aktiviti gotong-
royong di kawasan perumahan atau kampung, ataupun sekurang-kurangnya memastikan
kawasan persekitaran rumah sentiasa bersih dan indah dengan menanam tumbuh-
tumbuhan atau bunga-bungaan yang sesuai. Kesannya, persekitaran kawasan rumah
bukan sahaja segar kerana mempunyai bekalan oksigen yang banyak daripada tumbuh-
tumbuhan malahan perkara ini dapat memupuk sikap anak-anak untuk mencintai
keindahan alam sekitar. Sudah terang lagi bersuluh bahawa ibu bapa sememangnya amat
berperanan dalam memupuk sikap dan amalan mencintai alam sekitar dalam kalangan
anak-anak.
Akhir sekali, jika ditelusuri dengan lebih dalam, ibu bapa juga harus mendidik
anak-anak agar lebih proaktif menyahut kempen mencintai alam sekitar yang dianjurkan
oleh pihak kerajaan. Hal ini dikatakan demikian kerana pada zaman kontemporari ini,
ramai kalangan generasi muda suka memandang enteng terhadap kepentingan menjaga
alam sekitar. Sebagai contoh kempen kerajaan untuk mendidik masyarakat agar
mengamalkan kitar semula. Seharusnya, ibu bapa bukan sahaja mendidik anak-anak
tentang cara penggunaan tiga jenis tong sampah yang berlainan warna dan fungsi untuk
tujuan pembuangan sampah bagi menjayakan proses atau program kitar semula malah
menerangkan kebaikan kitar semula yang dapat menjimatkan kos perbelanjaan negara
dalam ratusan juta ringgit. Selain itu, kempen kerajaan agar berkongsi kereta bagi
mengurangkan pembebasan karbon monoksida yang menyebabkan pencemaran udara
juga perlu diberi perhatian dan disokong oleh semua pihak termasuk ibu bapa. Jika semua
ibu bapa menggalakkan dan menyokong anak-anak mereka terlibat secara aktif dalam
kempen kesedaran kepentingan alam sekitar sama ada yang dijalankan oleh pihak kerajaan
62
USER
[Date]
mahupun bukan kerajaan maka nescaya alam sekitar kita akan lebih terpelihara. Oleh itu,
jelaslah bahawa ibu bapa sangat berperanan untuk menggalakkan anak mereka terlibat
secara aktif dalam kempen mencintai alam sekitar agar anak-anak lebih mencintai alam
sekitar.
Sebagai menggulung segala yang diperkatakan, ibu bapa memainkan peranan yang
amat penting dalam memupuk semangat mencintai alam sekitar dalam kalangan anak-
anak mereka. Semua pihak seharusnya sedar bahawa tanggungjawab untuk menjaga alam
sekitar merupakan tanggungjawab semua pihak. Oleh itu, kita seharusnya berganding
bahu dalam mencintai alam sekitar dengan menjaga dan mengekalkan kelestarian alam
sekitar agar dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Pihak sekolah misalnya, boleh
memainkan peranan dengan menekankan kepentingan penjagaan alam sekitar melalui
pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah agar kesedaran mencintai alam sekitar
yang dilakukan oleh ibu bapa di rumah mempunyai kesinambungan dan pengukuhan.
Selain itu, pihak kerajaan perlu menguatkuasakan peraturan dan undang-undang
berkaitan dengan penjagaan alam sekitar agar masyarakat tidak sewenang-wenangnya
merosakkan alam semulajadi dan mencemarkan alam sekitar. Janganlah kita menunggu
sehingga terjadi bencana akibat kemusnahan alam sekitar, baharulah kita menyesal kerana
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
(892 patah perkataan)
63
USER
[Date]
f) Karangan Pendapat / Perbincangan / Fakta: Dimensi Keluarga
Soalan KRT:
Remaja adalah aset pembangunan sesebuah negara yang cemerlang. Walau
bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini remaja semakin terpengaruh dengan gejala sosial
yang semakin berleluasa.
Jelaskan peranan ibu bapa dalam membantu remaja menghadapi cabaran-cabaran hidup
akibat pengaruh rakan sebaya, media massa dan budaya barat.
Analisis Soalan - Membantu remaja menghadapi cabaran-cabaran hidup
Isu - Tanggungjawab / Peranan
Tugasan - Jelaskan
Kehendak soalan
Jawapan Lengkap KRT
Dalam menongkah arus pemodenan masa ini, masyarakat sering disogokkan
dengan pelbagai isu gejala sosial dalam kalangan remaja. Sejak akhir-akhir ini, kes gejala
sosial semakin berleluasa dan hari demi hari bertambah buruk dek sikap remaja yang
sering terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Walaupun sudah terdapat banyak tindakan
yang diambil namun berita mengenai golongan remaja yang terjebak dengan gejala sosial
masih lagi terpampang di media massa seperti televisyen dan surat khabar serta mendapat
perhatian ramai. Hal ini wujud kerana sikap ibu bapa yang kurang memberikan perhatian
yang secukupnya kepada anak-anak mereka. Buktinya, remaja pada hari ini sering keluar
pada waktu malam, merokok, membuli dan lain-lain lagi. Tanpa kita sedari sikap remaja
ini membawa kepada kejatuhan akhlak dan maruah diri sehingga memberi kesan kepada
diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Maka, sebelum nasi menjadi bubur, eloklah
kes ini diatasi dengan segera dan pihak yang boleh membendung kes ini ialah ahli keluarga
terutama sekali ibu bapa kepada remaja tersebut. Sebenarnya, terdapat pelbagai peranan
ibu bapa dalam membantu remaja menghadapi cabaran-cabaran hidup khususnya akibat
daripada pengaruh rakan sebaya, media massa dan budaya barat.
Antara peranan ibu bapa dalam membantu remaja menghadapi cabaran hidup
akibat pengaruh rakan sebaya adalah mengenali terlebih dahulu rakan anak. Hal ini
demikian agar anak dapat menghindarkan diri daripada berkawan dengan orang yang
bersikap buruk dan boleh membawa ke jalan yang salah. Oleh itu, ibu bapa hendaklah
meneliti setiap rakan-rakan anak dari segi pertuturan, perlakuan dan penampilan diri.
Sebagai contoh, ibu bapa boleh berkomunikasi dan berbual-bual dengan rakan anak agar
dapat mengetahui latar belakang mereka kerana pada hari ini remaja-remaja yang tidak
64
USER
[Date]
berakhlak sering datang daripada institusi keluarga yang tidak kukuh seperti ibu bapa yang
sering bertengkar dan bergaduh bagai anjing dengan kucing akibat masalah yang tertentu
seperti keadaan ekonomi yang tidak stabil sehingga menyebabkan anak-anak berasa
tertekan dari segi fizikal dan mental. Justifikasinya, ibu bapa hendaklah memastikan anak-
anak berkawan dengan orang yang berakhlak mulia khususnya remaja yang rajin menimba
ilmu, bersopan-santun, baik hati dan menghormati orang lain. Natijahnya, anak-anak juga
akan mengikuti sikap mereka dan menjadi insan yang terpuji serta disegani ramai.
Tuntasnya, ibu bapa perlu mengenali terlebih dahulu rakan anak agar dapat memastikan
mereka berkawan dengan orang yang betul.
Seterusnya, peranan ibu bapa dalam membantu remaja menghadapi cabaran hidup
akibat pengaruh media massa adalah mengehadkan penggunaan telefon bimbit dalam
kalangan anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan telefon bimbit yang
terkawal dapat memastikan anak-anak tidak ketagih bermain telefon sehingga melayari
Internet dalam tempoh yang lama. Apabila mereka melayari Internet, pelbagai perkara
negatif boleh dilihat contohnya laman yang berunsurkan keganasan dan lucah sehingga
mampu menyebabkan minda anak-anak terganggu. Oleh itu, ibu bapa sepatutnya
membenarkan anak-anak untuk menggunakan telefon pada masa tertentu sahaja.
Misalnya, memberikan telefon kepada anak jika ingin mendapatkan maklumat daripada
Internet untuk menyiapkan kerja sekolah dan memberi mereka peluang untuk bersembang
dengan rakan melalui media sosial mengikut masa yang ditetapkan. Dengan itu, bukan
sahaja kerja sekolah dapat disiapkan dalam masa yang singkat malah mereka dapat belajar
menggunakan masa dengan baik. Sekiranya anak-anak bebas menggunakan gajet dengan
sesuka hati, kesannya bukan sahaja melalaikan masa anak-anak malah menyebabkan
mereka mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang dipaparkan dalam media
sosial. Tegaslah bahawa ibu bapa perlu mengehadkan penggunaan telefon anak-anak agar
mereka lebih berdisiplin ketika menggunakan telefon bagi menghindari remaja terlibat
dengan gejala sosial.
Akhir sekali, peranan ibu bapa dalam membantu anak-anak menghadapi cabaran
akibat pengaruh budaya barat adalah memberikan didikan agama yang secukupnya
kepada anak-anak mereka. Hal ini perlu dilakukan kerana budaya hidup yang dipaparkan
oleh media-media dari Barat banyak memperlihatkan unsur negatif misalnya keganasan,
pornografi dan ‘black metal’ yang bertentangan dengan ajaran agama. Oleh itu, ibu bapa
hendaklah memberikan pendedahan awal kepada anak-anak tentang ajaran agama sejak
dari kecil lagi bak kata peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Sebagai
contoh, ibu bapa perlu membawa anak-anak ke tempat ibadat supaya mereka mempunyai
asas pengetahuan dan amalan agama yang kukuh untuk menyedarkan diri agar tidak
mudah terpengaruh dengan budaya negatif. Hal ini sesuai kerana setiap pembentukan
sahsiah seorang anak bermula daripada ibu bapanya. Jika anak-anak mendapat didikan
agama yang kukuh daripada ibu bapa sejak kecil lagi dan ibu bapa menjadi suri teladan
amalan agama dalam kehidupan seharian sesebuah keluarga, maka anak-anak bukan
sahaja mempunyai kesedaran tentang kepentingan kerohanian dalam hidup mereka
65
USER
[Date]
bahkan mampu membezakan mana yang baik dan yang buruk. Jelaslah bahawa ibu bapa
perlu memberi didikan agama yang kukuh dalam peribadi anak-anak agar mereka
membesar menjadi orang yang berakhlak mulia.
Konklusinya, ibu bapa hendaklah menyedari betapa pentingnya peranan mereka
dalam mengatasi masalah ini daripada terus berlaku. Hal ini wajar kerana anak-anak
diibaratkan seperti kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya. Oleh sebab itu, ibu
bapa wajarlah berusaha dalam memainkan peranan masing-masing untuk membantu
anak-anak mengubah sikap supaya tidak mudah terpengaruh dengan duniawi semata-
mata. Benarlah kata orang bahawa setiap penyakit ada ubatnya, setiap masalah ada jalan
penyelesaiannya. Dengan itu, ibu bapa perlulah menyemai sikap tidak mudah putus asa
bagi mengatasi kes gejala sosial remaja ini agar tidak menjadi buah mulut orang ramai lagi.
Rentetan daripada situasi ini, pihak sekolah juga perlu bertanggungjawab untuk
mengadakan ceramah di sekolah tentang impak negatif gejala sosial agar tahap kesedaran
para remaja lebih meningkat dan mereka insaf dengan perbuatan masing-masing.
Janganlah pula kita bersifat sudah terhantuk baru tengadah kerana sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Marilah kita berganding bahu kerana dengan
adanya usaha semua pihak, nescaya negara kita dapat merealisasikan visi kudsi negara
untuk melahirkan remaja yang berfikiran rasional dan boleh menjadi pemimpin negara
yang berjaya pada masa hadapan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
(921 patah perkataan)
66
USER
[Date]
g) Karangan Pendapat / Perbincangan / Fakta: Dimensi Keluarga
Soalan KRT:
Perlakuan negatif seperti pergaulan bebas, merokok dan melepak dalam kalangan remaja
semakin membimbangkan semua pihak.
Jelaskan peranan ibu bapa dalam menangani masalah ini.
Analisis Soalan - Perlakuan negatif dalam kalangan remaja
Isu - Tanggungjawab / Peranan
Tugasan - Jelaskan
Kehendak soalan
Jawapan Lengkap KRT
Dalam menongkah arus kemodenan masa kini, kita sering dikejutkan dengan
pelbagai berita tentang masalah perlakuan negatif yang semakin menular dalam kalangan
remaja. Perlakuan negatif yang sering kali dikaitkan dengan mereka adalah seperti
pergaulan bebas, merokok, melepak, mencuri, membuli malahan terlibat dengan kes-kes
jenayah berat. Punca perkara ini berlaku pula selalu disinonimkan dengan kegagalan ibu
bapa memainkan peranan untuk mendidik anak-anak mereka. Ibu bapa dikatakan terlalu
sibuk untuk mencari wang bagi menyara keluarga sehingga anak-anak mereka terabai dan
mencari keseronokan di luar rumah bersama-sama dengan rakan sebaya. Kesannya, anak-
anak bukan sahaja terlibat dengan kes-kes perlakuan negatif yang dianggap ringan bahkan
terlibat dengan kes-kes jenayah yang berat yang tentunya mendatangkan impak negatif
kepada masa depan mereka. Berikutan dengan itu, langkah proaktif dan drastik perlu
dilakukan oleh ibu bapa untuk menangani perkara ini daripada terus berlaku. Ibu bapa
yang merupakan orang terdekat dengan anak-anaklah yang banyak memainkan peranan
dalam menangani perlakuan negatif dalam kalangan remaja khususnya anak mereka
sendiri. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam menangani masalah ini?
Salah satu peranan ibu bapa dalam menangani perlakuan negatif dalam kalangan
remaja ialah ibu bapa perlulah memberikan didikan agama kepada anak-anak mereka
sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Didikan agama perlu
diberikan ketika mereka masih berumur setahun jagung lagi kerana jiwa mereka masih
mudah dibentuk berbanding usia mereka setelah memasuki alam remaja yang dianggap
sudah semakin keras dan sukar menerima perubahan drastik. Sebagai misalannya, ibu
bapa mendidik anak tentang perkara-perkara yang dilarang dan disuruh dalam agama yang
dianuti. Didikan agama ini juga sangat penting diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak
supaya mereka dapat dibekalkan dengan cahaya keimanan yang kuat dan mampu
67
USER
[Date]
melahirkan adiwangsa yang soleh dan solehah. Ibu bapa sememangya bertanggungjawab
mencorakkan peribadi anak masing-masing melalui didikan agama kerana peribahasa ada
menyatakan, anak-anak bagaikan kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Albert
Einstein sendiri ada mengatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama
adalah lumpuh. Oleh itu, ibu bapa haruslah memberi didikan agama yang cukup kukuh
kepada anak-anak mereka agar jati diri mereka ampuh dan tidak mudah terjerumus dalam
melakukan kegiatan yang menyumbang kepada kejatuhan akhlak seperti terlibat dengan
pergaulan bebas atau seks bebas, apatah lagi dalam kes-kes jenayah berat seperti penagihan
dan pengedaran dadah serta mencuri dan merompak. Jelaslah bahawa ibu bapa
memainkan peranan yang besar dalam menangani perlakuan negatif dalam kalangan
remaja melalui didikan agama.
Peranan ibu bapa dalam menangani perlakuan negatif dalam kalangan remaja yang
seterusnya ialah ibu bapa perlu memantau perkembangan anak-anak dari segi aktiviti
sosial dan pelajaran mereka. Dalam hal ini, ibu bapa perlu peka dengan aktiviti rutin
harian anak-anak mereka khususnya dalam memastikan anak-anak pergi ke sekolah untuk
menuntut ilmu setiap hari pada waktu persekolahan. Sebagai contoh, ibu bapa perlu
memastikan anak-anak benar-benar hadir ke sekolah tanpa terlibat dengan masalah
disiplin seperti ponteng sekolah lalu melepak bersama kawan-kawan. Penglibatan dan
pencapaian anak-anak di sekolah juga penting untuk diambil peduli oleh ibu bapa tidak
kira sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Selain itu, ibu bapa juga
perlu mengikuti perkembangan anak-anak dengan mengambil tahu dengan siapa anak
mereka berkawan. Hal ini sangat penting kerana rakan merupakan orang yang sangat
berpengaruh kepada anak-anak dan boleh membawa pengaruh negatif seperti mengajak
mereka melakukan kegiatan yang tidak baik seperti merokok dan mengambil benda
terlarang. Biasanya remaja yang terlibat dengan perlakuan negatif disebabkan oleh sikap
ibu bapa mereka yang tidak mahu ambil peduli tentang kebajikan dan perkembangan
semasa mereka. Mereka berasakan bahawa segala perlakuan dan tindakan mereka sama
ada negatif ataupun sebaliknya tetap tidak akan dipedulikan oleh ibu bapa. Kesannya,
remaja akan cenderung terlibat dengan perlakuan negatif yang dan boleh melanggar
undang-undang negara dan seterusnya menghancurkan masa depan mereka. Sebelum nasi
menjadi bubur, ibu bapa perlu proaktif dalam memantau aktiviti sosial dan pelajaran anak-
anak dari semasa ke semasa.
Di samping itu, peranan lain ibu bapa dalam menangani perlakuan negatif dalam
kalangan remaja ialah ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka
sendiri. Setiap hari anak-anak akan melihat percakapan dan tingkah laku ibu bapa dalam
kehidupan seharian mereka. Anak-anak biasanya akan belajar dan mencontohi tindakan
tersebut kerana berpendapat perkara tersebut adalah wajar untuk dilakukan. Oleh itu, ibu
bapa seharusnya menunjukkan sikap dan teladan yang baik di hadapan anak-anak agar
mereka akan terikut-ikut dengan perlakuan yang baik. Peribahasa Melayu ada mengatakan
bahawa bagaimana acuan begitulah kuihnya. Maksud peribahasa ini perlu disematkan
dalam diri ibu bapa agar menjadi peringatan untuk menunjukkan contoh teladan yang baik
68
USER
[Date]
kepada anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa jangan sesekali melakukan perkara
negatif di hadapan anak-anak seperti merokok, meminum minuman yang memabukkan
apatah lagi bersikap tidak baik terhadap orang lain. Anak-anak akan mempersoalkan
kewajaran melakukan perkara tersebut jika ibu bapa tidak mempraktikkannya dalam
kehidupan sebenar kerana situasi tersebut diibaratkan ketam mengajar anaknya berjalan
dengan betul. Sebaiknya, ibu bapa terlibat dengan perkara-perkara yang bersifat positif
seperti suka membantu orang lain dan terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan seperti
aktiviti bergotong-royong. Kesannya, anak-anak bukan sahaja mencontohi perlakuan
positif ibu bapa malah mereka pasti turut berasa bangga mempunyai ibu bapa yang baik.
Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa memainkan peranan sebagai suri teladan terhadap
anak-anak dalam usaha menangani perlakuan negatif dalam kalangan remaja.
Kesimpulannya, dalam sesebuah institusi keluarga, ibu bapalah yang memainkan
peranan utama dalam menangani anak-anak agar terhindar daripada terlibat dengan
perlakuan negatif. Sememangnya, tanggungjawab yang dipikul oleh ibu bapa sangat besar
iaitu mereka bukan sahaja hanya melahirkan anak ke dunia tetapi perlu mendidik mereka
dengan pelbagai ilmu agar terhindar dari kancah sosial yang semakin meruncing agar
mampu mengalas tanggungjawab sebagai bakal pemimpin yang berkaliber pada masa
hadapan. Dalam pada itu, semua pihak juga seharusnya sedar bahawa bukan ibu bapa
sahaja yang bertanggungjawab dalam menangani perlakuan negatif anak-anak bagi
memastikan remaja di negara kita mempunyai sahsiah yang baik. Pihak sekolah juga perlu
memberikan kaunseling yang berkualiti kepada remaja khususnya pelajar di sekolah yang
bermasalah agar mereka dapat berubah ke arah yang lebih baik. Selain itu, pihak media
massa haruslah menyiarkan rancangan-rancangan yang lebih bermanfaat dan bukannya
rancangan yang mengandungi unsur-unsur yang tidak baik seperti unsur ganas ataupun
unsur lucah. Diharapkan agar segala usaha yang dilakukan bersama untuk memastikan
anak-anak tidak terjerumus ke kancah sosial dapat memberikan manfaat semua pihak
sama ada kepada remaja sendiri, ibu bapa, sekolah, masyarakat dan negara.
(1017 patah perkataan)
69
USER
[Date]
h) Karangan Pendapat / Perbincangan / Fakta: Dimensi Masyarakat
Soalan KRT: SPM 2015
Aktiviti rekreasi seperti aktiviti melancong, berkelah dan bersenam membawa pelbagai
manfaat kepada masyarakat.
Ulas pernyataan tersebut.
Analisis Soalan - Aktiviti rekreasi
Isu - Manfaat kepada masyarakat
Tugasan - Ulaskan
Kehendak soalan
Jawapan Lengkap KRT (SPM 2015)
Arus globalisasi yang menerjah dan melanda negara kita telah menyaksikan
pelbagai amalan yang sering dilakukan pada zaman dahulu semakin dilupakan. Manusia
pada zaman mencabar ini lebih banyak menghabiskan masa dengan bekerja dan sibuk
mengejar arus pemodenan yang bersifat materialistik. Ada kalanya, sikap mereka
membawa padah kepada diri sendiri. Hari demi hari, sikap manusia berubah seiring
dengan peredaran zaman. Antara amalan yang semakin dilupakan pada masa ini ialah
amalan melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi. Secara analoginya, aktiviti rekreasi boleh
ditakrifkan sebagai apa-apa aktiviti yang dilakukan di luar rumah untuk mengisi masa
lapang. Antara aktiviti rekreasi yang popular adalah dengan melancong, berkelah dan
bersenam. Secara izharnya, ramai orang sama ada golongan tua mahupun golongan muda
semakin kurang melakukan aktiviti sebegini. Sesungguhnya, masih ramai yang tidak tahu
akan manfaat aktiviti rekreasi kepada masyarakat. Sekiranya manfaat ini kita tahu
sehingga ke akar umbi, maka sudah pasti aktiviti rekreasi ini tidak akan dilupakan.
Umum mengetahui bahawa antara manfaat melakukan aktiviti rekreasi ialah
merapatkan hubungan dalam kalangan masyarakat. Sejak dahulu lagi, perpaduan bangsa
amat dititikberatkan untuk membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni. Dalam
konteks ini, semua rakyat sudah tahu dan maklum akan kepayahan pemimpin negara
untuk membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa di negara kita.
Oleh itu, kita perlu mengekalkan perpaduan yang ada pada zaman sekarang. Melalui
aktiviti rekreasi, hubungan dapat dieratkan kerana masyarakat dapat berinteraksi dan
saling mengenali antara satu sama lain. Aktiviti seperti melancong dan berkelah boleh
dilakukan bersama-sama tanpa mengira bangsa dan keturunan. Melalui aktiviti ini,
masyarakat akan dapat mengenal hati budi masing-masing. Hal ini dapat menjadikan
perasaan sangsi dan persepsi buruk terhadap orang lain dilenyapkan dalam diri individu.
70
USER
[Date]
Aktiviti rekreasi juga merupakan medium untuk masyarakat berbual-bual dan bertanya
khabar tentang perkembangan diri masing-masing. Akibatnya, masyarakat akan dapat
mengeratkan hubungan dan meluangkan masa bersama tanpa ada batasan dari aspek
warna kulit mahupan agama yang dianuti. Malahan, hubungan yang akrab bagai dakwat
dan kertas dapat diwujudkan.
Memang tidak dapat dinafikan bahwa aktiviti rekreasi juga dapat membantu
masyarakat untuk melepaskan tekanan. Pada zaman pascamerdeka ini, kebanyakan
individu mempunyai pekerjaan yang menuntut mereka untuk bekerja siang dan malam.
Pada masa yang sama, kerja yang perlu disiapkan juga terlalu banyak dan memberikan
tekanan kepada setiap individu. Dalam hal ini, aktiviti rekreasi dapat membantu
masyarakat melepaskan tekanan kerana aktiviti ini boleh menyebabkan masyarakat
melupakan masalah buat sementara waktu dan bergembira. Sehubungan dengan itu,
aktiviti seperti melancong dan bersenam boleh dilakukan pada hari cuti bersama-sama
keluarga atau rakan. Kebanyakan orang hanya memikirkan masalah yang dihadapi
sehingga memberikan kesan kepada kesihatan mental dan fizikal mereka. Melalui aktiviti
rekreasi, masyarakat dapat merasai keseronokan meluangkan masa bersama dengan orang
tersayang. Implikasinya, masyarakat yang sihat dari segi mental dan fizikal dapat
dilahirkan dan masyarakat seperti ini juga dapat membantu negara mencapai status negara
maju.
Lontaran idea terakhir, aktiviti rekreasi sememangnya dapat melahirkan
masyarakat yang cerdas dan cergas. Pada zaman perkembangan teknologi IT ini,
kebanyakan daripada masyarakat lebih gemar menghabiskan masa melayari Internet.
Mereka jarang melakukan aktiviti-aktiviti luar untuk mengisi masa lapang. Sekiranya
masa mereka banyak dihabiskan dengan gajet-gajet sahaja, minda mereka sudah tentu
tidak akan berkembang dan membawa kemudaratan kepada tubuh badan mereka. Melalui
aktiviti rekreasi seperti bersenam, masyarakat dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan
di samping mengisi masa lapang. Situasi ini dapat disamakan dengan peribahasa sambil
menyelam minum air. Masyarakat boleh melakukan senaman seperti berjoging untuk
mengeluarkan peluh sekali gus menyingkirkan toksin dalam badan dan membakar lemak
yang terkumpul. Sekiranya aktiviti rekreasi seperti ini kembali menjadi amalan, maka
slogan badan cergas dan minda cerdas dapat dihidupkan semula. Demi mewujudkan
masyarakat yang cergas dan cerdas, setiap individu perlu meluangkan masa untuk
melakukan aktiviti rekreasi tanpa alasan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Sebelum mata pena diskusi melabuhkan noktahnya, jelaslah bahawa aktiviti
rekreasi membawa banyak faedah kepada masyarakat. Setiap lapisan masyarakat perlu
meluangkan masa untuk melakukan aktiviti rekreasi walaupun sibuk dengan urusan
harian. Sekiranya aktiviti rekreasi ini kembali menjadi amalan, maka faedahnya akan
dapat dinikmati oleh masyarakat dan juga negara. Negara bukan sahaja dapat melahirkan
masyarakat yang sihat mentalnya, bahkan fizikalnya. Negara juga akan dapat membentuk
71
USER
[Date]
masyarakat yang harmoni dan keamanan yang selama ini dikecapi oleh negara akan dapat
dikekalkan. Sesungguhnya, rakyat merupakan tunjang utama kepada pembangunan
negara. Dalam usaha memajukan negara, rakyat juga tidak harus lupa menjaga kesihatan
diri sendiri. Oleh itu, aktiviti rekreasi ini perlu dijadikan amalan dalam kalangan
masyarakat Malaysia.
(723 patah kata)
72
USER
[Date]
i) Karangan Pendapat / Perbincangan / Fakta: Dimensi Kebangsaan
Soalan KRT:
Keselamatan dan ketenteraman awam adalah amat penting kepada pembangunan
sesebuah negara.
Bincangkan peranan semua pihak dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman
negara terus terjamin.
Analisis Soalan - Keselamatan dan ketenteraman negara
Isu - Peranan / tanggungjawab
Tugasan - Bincangkan
Kehendak soalan
Jawapan Lengkap KRT
Meminjamkan kata-kata daripada pepatah Arab yang bermaksud, “Kasih akan
watan sebahagian daripada iman” membuktikan bahawa tanggungjawab terhadap negara
menjadi suatu kewajipan yang mutlak kepada setiap orang. Kasih akan negara membawa
maksud kesanggupan untuk menjaga dan melindungi negara daripada sebarang ancaman
yang boleh memporak-perandakan keamanan dan ketenteraman dalam negara. Dalam
konteks negara kita Malaysia, setiap warganegara dituntut agar memberikan komitmen
yang tinggi untuk mempertahankan tanah air daripada sebarang ancaman. Kejayaan
negara sama ada dalam aspek politik, ekonomi mahupun sosial adalah bergantung kepada
sejauh mana kesanggupan rakyat untuk melindungi negara daripada sebarang anasir
perosak. Dalam hal yang demikian, semua lapisan masyarakat hendaklah
menyumbangkan peranan berdasarkan kapasiti masing-masing demi melahirkan sebuah
negara Malaysia yang aman, selamat, dan makmur.
Dalam konteks keamanan yang hakiki, tanggungjawab yang utama hendaklah
dipegang oleh pihak pemerintah. Pemimpin ialah saf hadapan yang perlu melindungi
negara daripada sebarang ancaman sama ada luar mahupun dalam negara. Kegagalan
pemimpin mempertahankan solidariti negara boleh menyebabkan sistem pemerintahan
menjadi kucar-kacir, kesejahteraan rakyat terancam, malahan sistem ekonomi dan siasah
negara akan terbantut. Hal sedemikian dapat dilihat dengan jelas di beberapa wilayah
dunia, seperti di Timur Tengah, negara-negara Afrika, Asia Tengah dan wilayah Balkan
yang tidak pernah kebah daripada peperangan. Hal tersebut berpunca daripada sikap
pemimpin yang tidak cakna terhadap kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat. Oleh itu,
jalinan kerjasama politik dan diplomatik sama ada dengan negara tetangga mahupun di
luar wilayah hendaklah dipertingkatkan dengan tahap kewaspadaan yang tinggi, bak kata
73
USER
[Date]
pepatah Melayu beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.
Pasukan keselamatan merupakan sayap kanan dan jentera kepada agenda
keselamatan sesebuah negara. Dalam siasah mereka segala strategi pertahanan negara dan
selok belok strategi musuh dapat diketahui dengan lengkap. Pasukan keselamatan yang
terdiri daripada angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM),
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pasukan Gerak Am dan RELA ialah pasukan
yang bertanggungjawab menjadi benteng hadapan negara daripada sebarang ancaman
musuh sama ada dari luar mahupun dalam negara. Tindakan pantas dan cekap mereka
diharap dapat membendung gejala ancaman keselamatan terhadap negara yang ditunjangi
oleh angkara pemerdagangan manusia dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Pada hari ini perbatasan negara sama ada laut mahupun darat telah berlaku kebocoran
yang ketara. Persoalannya, siapakah yang akan bertanggungjawab atas limpahan 6.8 juta
warga asing? Oleh itu, sama ada angkatan bersenjata mahupun polis perlu membentuk
sinergi yang benar-benar berkesan agar keselamatan negara terus terjamin.
Selain itu, pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hendaklah lebih peka terhadap
kepentingan dan keselamatan negara. Pada masa ini terdapat sekurang-kurangnya enam
puluh NGO di Malaysia yang berdaftar dan bergiat secara aktif. Matlamat perjuangan
semua NGO adalah untuk memperoleh pembelaan yang saksama terhadap kelompok
tertentu atau berjuang untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan. Pertubuhan seperti
Mercy’s Malaysia, ABIM, Persatuan Bulan Sabit dan sebagainya sangat aktif bergerak
untuk melaksanakan kebajikan. Sementelahan itu, tidak kurang pula NGO yang
diwujudkan untuk menjadi mata dan telinga terhadap isu-isu politik, ekonomi dan sosial
masyarakat. Namun begitu, setiap NGO hendaklah cakna terhadap tuntutan keselamatan
negara. Amatlah tidak wajar seandainya ada pihak yang berselindung di sebalik NGO
tetapi menjadi duri dalam daging dan sewenang-wenangnya berani menyebarkan fitnah
sehingga mengancam keselamatan negara.
Dalam menggalas amanah menjaga kestabilan negara, golongan pedagang dan
korporat juga hendaklah memainkan peranan yang aktif. Golongan ini hendaklah lebih
iltizam untuk memakmurkan negara dengan cara memanfaatkan segala hasil mahsul
sebaik-baiknya. Khazanah alam Malaysia yang sangat kaya perlu dimanfaatkan untuk
maslahat semua. Pada hari ini, golongan korporat dan GLC seperti Petronas, FELDA,
Tabung Haji (LUTH) dan banyak lagi telah menyumbangkan pendapatan yang besar
kepada negara. Kekuatan negara dari sudut ekonomi boleh memberikan jaminan
keselamatan kerana secara relatifnya ekonomi yang stabil dan seimbang mengurangkan
pemberontakan dalaman sekali gus menurunkan kadar jenayah. Walau bagaimanapun,
sikap sesetengah korporat yang lebih mementingkan pelaburan di negara asing amatlah
dikesali kerana sikap tersebut diibaratkan sebagai gunting dalam lipatan dan pepat di luar
rencong di dalam.
Manakala benteng yang terakhir untuk keselamatan negara ialah rakyat jelata.
74
USER
[Date]
Inilah golongan terbesar yang pastinya apabila bersatu mampu menjanakan kekuatan
sama ada politik, ekonomi, dan sosial. Sebagai rakyat yang bernaung di bawah panji-panji
kedaulatan negara, semua pihak hendaklah berusaha dengan lebih gigih untuk
memperkukuh ketahanan negara. Sumbangan rakyat adalah dalam kapasiti masing-
masing sama ada sebagai penjawat awam, pekerja swasta, usahawan, dan golongan belia
hendaklah memiliki suatu sikap iaitu cinta akan negara. Mutakhir ini, pelbagai ancaman
dalam bentuk penyebaran berita palsu, penyeludupan dadah, pelacuran, dan penggubahan
wang haram telah menjadi api dalam sekam dan duri dalam daging terhadap kestabilan
negara. Seandainya benteng rakyat mula runtuh, nescaya kepada siapakah watan tercinta
ini dapat diharapkan? Sebenarnya, itulah malapetaka yang paling kita takuti.
Kesimpulannya, kestabilan dan solidariti sesebuah negara adalah terletak di atas
empat paksi yang utama iaitu, para ilmuwan yang bijaksana, para pemimpin yang adil,
hartawan yang pemurah, dan sokongan serta doa daripada rakyat jelata. Oleh itu, tiada
pihak yang terkecuali malah iltizam semua pihak dituntut untuk memberikan kerjasama
agar maruah negara tidak tercemar dan sekali gus keamanan yang telah kita kecapi selama
ini dapat dikekalkan.
(811 patah perkataan)
75
USER
[Date]
j) Karangan Pendapat / Perbincangan / Fakta: Dimensi Antarabangsa
Soalan KRT:
Krisis kemanusiaan, peperangan, penghapusan etnik dan fenomena alam menyebabkan
dunia hari ini semakin tidak selamat.
Beri ulasan anda tentang kenyataan di atas berdasarkan beberapa peristiwa.
Analisis Soalan - Krisis kemanusiaan, peperangan, penghapusan etnik dan
Isu fenomena alam
Tugasan - Peristiwa yang berlaku
Kehendak soalan - Beri ulasan
Jawapan Lengkap KRT
Lebih sejuta pelarian Rohingya masih terperangkap di dalam khemah-khemah daif
di Cox’s Bazar di sempadan Bangladesh dan Myanmar. Lebih 100 ribu nyawa terkorban
dalam perang saudara yang berlarutan selama lima tahun di Yamen. Daripada jumlah
tersebut, lebih 80 ribu kanak-kanak terkorban akibat kebuluran dan serangan kolera.
Demikian juga pertikaian merebut kuasa yang tiada kesudahan di Syria, Iraq dan Sudan
menyaksikan betapa sengsaranya rakyat marhaen hidup di bawah cengkaman kuasa yang
zalim. Nyawa kanak-kanak, wanita, dan golongan lemah semakin tidak bernilai. Krisis
kemanusiaan yang berlarutan hingga ke abad milenium ini membuktikan peperangan,
penghapusan etnik dan fenomena alam semula menjadi asbab dunia hari ini semakin tidak
selamat.
Situasi seperti yang digambarkan di atas terjadi kerana kerakusan melebarkan
pengaruh dan kuasa. Undang-undang rimba dan peraturan haiwan sering menjadi pilihan
terakhir dengan matlamat menghalalkan tindakan. Maruah dan kedaulatan negara lain
tidak dihormati langsung. Hukum bahawa yang kuat akan menang dan yang cepat menjadi
hemat menjadi sandaran pertimbangan murahan negara-negara kuasa besar. Berbantukan
peralatan senjata canggih, negara-negara seperti Amerika, England, Perancis, dan Russia
boleh menghukum negara-negara kecil dengan sesuka hati. Demikianlah tindakan ironi
Presiden Amerika George W. Bush membunuh jutaan rakyat Iraq dengan misi
‘keamanannya’. Perlumbaan menunjukkan kekuatan itu dihalalkan melalui kuasa senjata.
Akhirnya berlakulah kebangkitan anak tempatan untuk membalas dendam dengan
pelbagai tindakan seperti serangan gerila dan rentetan keganasan yang tidak putus-putus
dilancarkan sehingga mengganggu gugat keamanan. Fenomena ini menjadikan dunia
tidak lagi selamat untuk diduduki oleh generasi akan datang.
76
USER
[Date]
Tokoh-tokoh keamanan sejagat dan para penganalisis politik dunia sependapat
bahawa serangan ganas ke atas WTC adalah semata-mata tercetus daripada perasaan benci
dan marah yang sukar dibendung oleh masyarakat yang tertindas khususnya di wilayah
Timur Tengah. Sudah ratusan tahun mereka melihat politik negara masing-masig
diperkotak-katik oleh negara polis dunia itu. Kesengsaraan rakyat Palestin, penderitaan
rakyat Afghanistan, dan ketidakadilan regim Zionist terhadap masyarakat Islam telah
mengundang kebencian yang sukar dibendung lagi. Akhirnya dengan percaturan akal yang
pendek, suatu konspirasi profesional diwujudkan. Pengebom berani mati sanggup
menggadaikan nyawa meletupkan bangunan penuh legenda di tengah-tengah kota jantung
hati dunia itu. Ribuan mangsa yang tidak berdosa rentung dalam sekelip mata. Akhirnya
terciptalah istilah-istilah seperti Al Qaeda, Jemaah Islamiah, dan rangkaian pengganas
antarabangsa ciptaan Amerika yang menghalalkan misi menentang keganasan global.
Personaliti kontroversi dunia seperti Osama Laden, Aiman Zawahiri, Abu Nidal
dan ramai lagi menjadi buruan polis dunia. Malang sekali pemburuan terhadap orang-
orang yang disyaki pengganas itu ibarat marahkan pijat-pijat kelambu dibakar kerana lain
bengkak lain yang menanah. Pihak kuasa besar dengan gampang mengambil tindakan
menyerang dan menakluk Afghanistan dan Iraq. Inilah peluang terbaik kuasa nuklear
dunia seperti Amerika dan Britain memperagakan kecanggihan senjata canggih mereka.
Nama-nama seperti bom berangkai, F20 Hornet, Apache, peluru berpandu Tomahawk
menjadi pujaan masyarakat dunia. Akhirnya ledakan demi ledakan menghancurkan
sebuah tamadun dan negara yang berdaulat. Kemusnahan harta benda, nyawa, dan
rintihan mangsa-mangsa yang malang tidak dapat dibayangkan. Pertumpahan darah
menjadi mainan menenggelamkan keselamatan yang diimpikan oleh masyarakat
marhaen.
Di peringkat serantau dan wilayah pula, tekanan daripada kuasa-kuasa pemerintah
yang tidak adil terhadap golongan minoriti telah mengundang pelbagai konflik yang
berpanjangan. Hak rakyat Palestin yang dinafikan, perjuangan wilayah autonomi daripada
bangsa Moro di Filipina, dan layanan tidak adil terhadap masyarakat Islam di Selatan Thai
menambahkan lagi koleksi keganasan yang tidak pernah kunjung selesai. Peristiwa Tak
Bai mungkin akan terus menjadi barah yang akan memanjangkan lagi siri pertumpahan
darah di negara Gajah Putih itu. Penderitaan, kemiskinan, dan pembunuhan komuniti
Rohingya seolah-olah menjadi suatu agenda politik di tempat-tempat tersebut. Keadilan
seperti sudah tidak wujud langsung, manakala perdamaian seakan-akan mati. Jalan
penyelesaian yang sering diambil hanyalah keadilan di muncung senjata. Demikianlah,
gambaran keamanan dunia semakin tidak menampakkan sinarnya.
Fenomena alam juga seakan-akan benci terhadap tingkah laku manusia. Tidak
cukup dengan pergaduhan sesama sendiri, manusia tidak putus-putus meneroka dan
mencemarkan alam. Flora dan fauna sebahagian besarnya telah musnah. Hutan bakau
hampir-hampir hilang dari landskapnya di beberapa kawasan. Laut tercemar dengan
teruknya akibat tumpahan minyak. Hidupan marin tercemar dan beracun. Cuaca dunia
77
USER
[Date]
pula semakin panas berpunca daripada sistem ekologi yang terancam. Fenomena El Nino
dan La Nina meningkatkan bahang panas dunia. Demikian pula kadar penipisan lapisan
ozon yang semakin meningkat tahun demi tahun akibat pelepasan gas-gas
klorofluorokarbon yang melampau. Segala-galanya menjadi jerat dan bom jangka yang
menunjukkan kehidupan di dunia ini semakin tidak selamat. Selain itu, fenomena semula
jadi alam juga amat sukar dijangka. Peristiwa Tsunami Acheh 2004, Jepun 2011 dan
terakhir di Lombok dan Palu cukup membimbangkan warga dunia.
Demikianlah situasi dunia yang menampakkan kehidupan kita semakin terancam.
Dunia yang mewah dengan pelbagai rahmat Tuhan gagal dimanfaatkan oleh manusia.
Manusia sering ‘bertuhankan’ nafsu daripada kewarasan. Mereka melaksanakan tindakan
beraja di mata bersultan di hati untuk menjadi hero jalanan. Yang gagah semakin rakus,
manakala yang lemah diratah dan terpaksa menelan keperitan yang tidak kunjung padam.
(741 patah perkataan)
78
USER
[Date]
k) Karangan Pendapat: Komsas / Cerita / Peribahasa
Soalan KRT:
Watak utama dalam sesebuah karya mempunyai banyak keistimewaan yang boleh
dijadikan panduan dalam kehidupan.
Bincangkan.
Analisis Soalan - Watak utama dijadikan sebagai panduan hidup
Isu - Panduan hidup
Tugasan - Bincangkan
Kehendak soalan
Jawapan Lengkap KRT
Dalam nada berjenaka masyarakat selalu menyebut, “Hero sudah mati, cerita mesti
tamat”. Demikianlah gambaran pengaruh yang cukup besar yang dimainkan oleh watak
utama dalam sesuatu cerita. Sama ada drama, filem atau sebarang cereka, watak utama
atau hero memainkan peranan yang cukup penting dalam menggerakkan sesuatu cerita
bermula daripada suatu konflik kepada konflik yang seterusnya. Selain itu, watak utama
akan diberikan keistimewaan dalam pelbagai aspek sama ada aspek fizikal, mental, emosi
mahupun nilai kemanusiaan. Oleh itu, pelbagai keistimewaan yang dibawakan oleh watak
utama boleh dijadikan panduan dan teladan kepada masyarakat.
Gambaran tentang watak utama adalah melibatkan aspek fizikal, mental dan
emosi. Kelebihan utama tentulah dalam aspek fizikal. Susuk fizikal yang segak, cantik dan
kemas lagi bergaya memberikan bonus terhadap aura watak utama. Sama ada di dalam
novel dan lebih-lebih lagi drama atau filem, watak utama rata-ratanya ditampilkan segak.
Hal sedemikian dapat kita lihat daripada penampilan watak-watak utama sama ada dalam
filem Hollywood, Bollywood dan terkini filem Korea digambarkan wataknya memiliki
susuk tubuh badan yang menarik seperti sasa, segak dan penampilan yang bergaya. Begitu
jugalah halnya dengan watak-watak penting dalam novel seperti watak Haiqal (novel Silir
Daksina), watak Farisha (novel Di Sebalik Dinara) dan watak Amira (novel Kembara
Amira). Oleh sebab watak-watak ini membawa imej yang baik untuk diteladani oleh
pembaca atau penonton maka mereka seharusnya memiliki segala keistimewaan.
Sesungguhnya, hal yang sama sering dibicarakan dalam cerita klasik seperti yang
digambarkan oleh watak Raja Muda, Malim Dewa dan Awang Sulung Merah Muda dan
lain-lain lagi.
Selain itu, watak utama amat menyerlah tentang keistimewaan dalam gaya berfikir.
Rata-rata mereka digambarkan berfikiran matang, kritis dan berpandangan jauh. Mereka
79
USER
[Date]
mampu mengemukakan idea-idea baharu yang bernas dan kritis dalam menyelesaikan
masalah. Mereka juga menjadi ikon kepada seseorang yang ingin berjaya yakni
mempunyai kebolehan berfikir, matang lagi bijaksana. Apabila kita soroti kisah dalam
novel Di Sebalik Dinara, jelas watak Farisha dalam usia yang muda namun sudah mampu
menubuhkan syarikat sendiri dan diberi kepercayaan untuk menangani masalah
pencerobohan ke atas sistem keselamatan Dinara. Sebagai orang muda, Farisha berjaya
mengembalikan keyakinan pelanggan dengan kejayaannya menggodam sistem bank
Sapurba demi kebaikan. Kebijaksanaan watak membuka minda masyarakat dan akhirnya
menjadi teladan untuk Berjaya dalam kehidupan.
Watak utama juga sering digambarkan memiliki keseimbangan dalam aspek emosi
dan kestabilan tingkah laku. Mereka tidak mudah mengaku kalah, penyabar dan tabah
dalam menghadapi situasi genting. Watak utama biasanya berdepan dengan pelbagai
cabaran. Mereka perlu sabar dan tahan uji serta kuat semangat. Watak utama yang sering
diasosiasikan dengan seseorang pemimpin atau orang pilihan mesti boleh berhadapan
dengan pelbagai tohmahan dan kerenah. Hal ini amatlah cocok dengan watak Haiqal yang
amat tabah berhadapan situasi sukar apabila umi menghalang niatnya untuk menjejaki
sisa-sisa kehidupan arwah ayahnya di Kampung Seri Purnama. Malahan, uminya tidak
memberikan bekalan wang apabila Haiqal mengambil keputusan untuk pergi ke Kampung
ayahnya. Namun demikian, Haiqal tabah menghadapi cabaran sehingga akhirnya umi,
bapa tirinya dan adik tirinya datang untuk memberikan sokongan kepadanya pada saat
Haiqal mempersembahkan tarian Zapin jincat.
Perawakan dan personaliti yang hebat merupakan prasyarat untuk seseorang itu
boleh diangkat menjadi watak utama. Watak utama seyogia kaya dengan nilai-nilai
kemanusiaan dan nilai murni yang menjadikan mereka disenangi dan menjadi suri teladan
agar boleh dicontohi. Sifat-sifat seperti telus, berkasih sayang, bertanggungjawab, pemurah
dan sebagainya membolehkan mereka menyelesaikan misi penting daripada tema dan
persoalan yang digarapkan oleh pengarang. Sikap tersebut dengan jelas dapat dilihat
daripada perwatakan Farisha dalam novel Di Sebalik Dinara. Walaupun pada awalnya
Farisha berasa sangat sedih apabila mengetahui kedudukan dirinya sebagai anak angkat
tetapi beliau dapat menerima kenyataan itu dengan reda. Dia tidak membenci ibu bapanya
walaupun ibunya telah menyerahkannya kepada keluarga angkat. Farisha juga tetap
menghormati ayahnya, Karl walaupun dia pernah dijadikan bahan uji kaji teknologi oleh
ayahnya. Begitulah sifat watak utama yang penuh dengan kebaikan dan menjadi teladan
kepada masyarakat.
Selain itu juga, watak utama sudah semestinya memiliki pembawaan yang ideal,
syumul dan taat akan Tuhan. Mereka memiliki kayakinan tauhid yang kebal dan sentiasa
bertawakal kepada Tuhan dalam setiap konflik yang dihadapi. Sesungguhnya, mereka
begitu telus dan amat takut kepada perkara-perkara yang mungkar. Itulah suatu sifat terpuji
yang dapat dilihat kepada watak Haiqal yang tidak pernah terlepas daripada bersolat
walaupun dalam keadaan musafir. Buktinya, dia bersolat subuh apabila tiba di stesen Batu
80
USER
[Date]
Pahat sebelum tiba di kampung arwah ayahnya. Haiqal juga mudah berkomunikasi dengan
masyarakat daripada kaum lain seperti Tauke Ong. Oleh sebab itu, perawakan tersebut
boleh menjadi panduan dalam hidup yakni kita perlu bertawakal dan pasrah dengan qadak
dan qadar serta mampu membawa berinteraksi dengan kaum lain. Yakinlah bahawa sifat
yang baik akan mendapat ganjaran daripada Tuhan seperti mafhumnya, “Sebaik-baik insan
di sisi Tuhan ialah mereka yang tinggi takwanya”.
Kesimpulannya, kejayaan sesebuah cerita kerap kali dikaitkan dengan kebolehan
pengarang mengolah dan memberi gambaran yang menarik tentang watak utamanya.
Semakin berjaya watak utama memainkan peranannya, semakin berjayalah cerita tersebut.
Kadang-kadang kehebatan watak utama sehingga membawa pengaruh kepada masyarakat
umum apabila gaya persembahan watak tersebut menjadi ikutan anak-anak muda. Oleh
itu, watak utama amatlah penting dalam menjayakan misi sesebuah cerita sekali gus
mampu menjadi teladan kepada masyarakat.
(753 patah perkataan)
NOTA: Soalan ini juga dalam kategori separa kreatif. Hal ini demikian kerana calon perlu merujuk
sesebuah karya khususnya novel sebagai bahan sokongan. Sebaik-baiknya calon rujuklah novel yang
telah dipelajari mengikut zon masing-masing.
81
USER
[Date]
l) Karangan Pendapat: Komsas / Cerita / Peribahasa
Soalan KRT:
Puisi tradisional merupakan medium yang digunakan untuk menegur kekilafan
masyarakat Melayu lama. Malangnya, puisi ini kian dilupakan oleh masyarakat moden.
Sebagai seorang yang mencintai karya-karya tradisional, anda ingin mengutarakan usaha-
usaha mempopularkan puisi tradisional dalam kalangan masyarakat.
Kemukakan usaha-usaha tersebut selengkapnya.
Analisis Soalan - Mempopularkan puisi tradisional dalam kalangan masyarakat.
Isu - Usaha-usaha
Tugasan - Kemukakan / Nyatakan
Kehendak soalan
Jawapan Lengkap KRT: Sastera
Malaysia sedang bergerak seiring dengan arus globalisasi yang membawa
kepada kemajuan pembangunan dan perubahan besar dalam bidang sains dan teknologi.
Rentetan daripada perkembangan tersebut, masyarakat hari ini lebih terdedah kepada
alam siber sehingga memberikan kesan kepada komunikasi dan cara berinteraksi dalam
kalangan masyarakat. Fenomena ini menyebabkan masyarakat seakan-akan lupa kepada
pelbagai puisi tradisional seperti pantun, syair, gurindam dan seloka yang merupakan
warisan masyarakat silam. Contohnya, amalan berpantun dalam upacara peminangan
mula dianggap remeh, dipandang enteng serta mula disisihkan daripada arus perdana
kehidupan masyarakat. Dalam hal ini, sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak perlu
mencari pendekatan yang sesuai bagi mempopularkan puisi tradisional bersesuaian
dengan kata peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Prakarsa
yang berkesan untuk mempopularkan puisi tradisional patut diusahakan secara
bersungguh-sungguh bagi memastikan genre tersebut tidak luput ditelan zaman.
Ibu bapa merupakan pihak yang paling dominan dalam usaha memperkenalkan dan
mempopularkan puisi tradisional kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak
mereka. Hal ini wajar kerana ibu bapa merupakan pihak yang paling dekat untuk menjadi
suri teladan kepada anak-anak yang sedang membesar. Oleh hal yang demikian, ibu bapa
perlu mendedahkan puisi tradisional kepada anak-anak mereka sejak kecil bertepatan
dengan peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Mereka boleh membeli buku-
buku berkaitan puisi tradisional sebagai hadiah sempena hari ulang tahun ataupun sebagai
hadiah kepada anak-anak kerana pencapaian yang cemerlang dalam akademik di sekolah.
Cara lain yang paling mudah adalah dengan menggalakkan anak-anak melafazkan pantun
semasa program tertentu seperti Hari Keluarga bagi menghidupkan budaya berpantun
dalam kehidupan harian. Inisiatif ini dapat memberikan peluang kepada seluruh ahli
keluarga yang mengambil bahagian untuk mencipta pantun atau melafazkan pantun.
82
USER
[Date]
Jelaslah bahawa melalui usaha tersebut secara tidak langsung akan mempopularkan genre
puisi tradisional di samping mampu mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga bak
kata peribahasa sambil menyelam minum air.
Selain itu, usaha murni pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia yang
menjadikan puisi tradisional sebagai salah satu komponen sastera dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu di sekolah patut dipuji. Rentetan daripada itu, pihak sekolah hendaklah
menubuhkan kelab atau persatuan yang memberi penekanan kepada pelbagai puisi
tradisional. Hal ini relevan kerana dengan berpayungkan kelab atau persatuan, seperti
Persatuan Bahasa Melayu dan Persatuan Kebudayaan, pelajar boleh mempelajari cara-cara
mencipta dan melafazkan pantun, mendendangkan syair serta seloka. Keadaan ini akan
menarik minat para pelajar untuk mempersembahkan pelbagai bentuk puisi tradisional
semasa perhimpunan sekolah atau acara-acara khas seperti Majlis Hari Terbuka Sekolah
dan ketika sambutan Hari Guru. Segala usaha untuk menyuburkan minat generasi muda
terhadap puisi tradisional amat penting kerana mereka merupakan akar tunjang yang
bakal mewarisi warisan bangsa serta mewarnai masyarakat pada masa hadapan.
Penglibatan pelajar secara langsung dalam pelbagai puisi tradisional melalui aktiviti
persatuan nescaya dapat mempopularkan genre tersebut dan mengelakkan seni budaya ini
daripada terus pupus dan lenyap begitu sahaja. Bertepatan dengan kata peribahasa, tak
kenal maka tak cinta, maka komitmen pihak sekolah amat dituntut, supaya putera-puteri
yang sedang berjuang di medan ilmu dapat bergiat aktif dalam usaha mempopularkan
puisi tradisional sekali gus mengukuhkan kecintaan mereka terhadap budaya bangsa.
Seterusnya, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan perlu
mengadakan kempen secara terancang dan berkesan dengan kerjasama pihak media
massa. Hal ini tepat kerana kempen cintai puisi tradisional merupakan satu kaedah yang
ampuh untuk mempopularkan genre tersebut di negara kita. Pihak media massa perlu
menyiarkan rencana dan dokumentari untuk memperkenalkan pelbagai bentuk puisi
tradisional kepada masyarakat. Selain memperkenalkan sejarah dan cara-cara melafazkan
sesuatu puisi tradisional, pihak media perlu memberikan kesedaran kepada orang ramai
akan kepentingan memelihara puisi tradisional. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan
sempena kempen tersebut, seperti peraduan mencipta dan melafazkan pantun, syair,
gurindam dan seloka. Melalui proses tersebut, puisi tradisional boleh menjadi lebih
popular di merata tempat seperti pegaga tumbuh melata. Jelaslah, bahawa pelaksanaan
kempen dengan kerjasama padu semua pihak tanpa mengenal rasa jemu sudah pasti
menjadikan puisi tradisional semakin popular khususnya kepada generasi baharu.
Di samping itu, program pertukaran budaya antara negara juga turut mempopularkan
pelbagai puisi tradisional. Contohnya, pertukaran budaya dengan negara-negara
ASEAN merupakan inisiatif lain yang boleh dilakukan bagi mempopularkan puisi
tradisional. Hal ini sesuai kerana terdapat banyak persamaan budaya dalam kalangan
penduduk negara ASEAN seperti Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei yang boleh
83
USER
[Date]
dikongsi bersama. Apabila program tersebut dilaksanakan maka pelajar dari negara-negara
ASEAN dan negara luar yang lain yang datang ke Malaysia, akan berpeluang mengenali
dengan lebih lanjut tentang puisi tradisional. Apabila para pelajar ini pulang ke negara
masing-masing, mereka akan berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan serta ahli
keluarga. Usaha ini secara tidak langsung meletakkan nama Malaysia di persada
antarabangsa dan rakyat Malaysia boleh berbangga kerana masih mampu mengekalkan
pelbagai puisi tradisional dalam menokah arus kemodenan. Hal ini penting agar puisi
tradisional tetap kekal terpelihara seperti kata peribahasa tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
panas. Perkara yang sama berlaku apabila pelancong asing melancong ke Malaysia dan
menginap di desa-desa melalui program Inap Desa. Mereka akan didedahkan dengan
pelbagai jenis puisi tradisional. Para pelancong akan terhibur sekali gus berminat untuk
datang semula ke Malaysia. Oleh itu jelaslah bahawa, pertukaran budaya antara negara
mampu menjadi platform dalam usaha kerajaan mempopularkan puisi tradisional kepada
masyarakat dalam dan luar negara.
Tambahan pula, penganjuran pelbagai bentuk pertandingan merupakan inisiatif yang
agak praktikal untuk mempopularkan puisi tradisional kepada masyarakat di
Malaysia. Melalui pertandingan tersebut, semua pihak yang mengambil bahagian akan
saling bertukar pengalaman dan mengukuhkan ukhuwah antara mereka. Hal ini wajar
kerana segelintir masyarakat memang suka bertanding untuk memperoleh penghargaan.
Agensi-agensi kerajaan dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh
bergabung dengan sektor korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis untuk menganjurkan
pertandingan melafazkan puisi tradisional di peringkat sekolah, daerah, kebangsaan
hinggalah ke peringkat antarabangsa. Dalam konteks ini, contoh yang terbaik
ialah penganjuran Pesta Pantun Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pelajaran
Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka yang menawarkan Piala Sirih
Pulang ke Gagang telah dapat mencungkil bakat dan kreativiti pelajar dalam mencipta dan
melafazkan pantun. Terbuktilah bahawa penganjuran pertandingan sebegini berjaya
mempopularkan puisi tradisional dalam kalangan masyarakat.
Intihanya, masyarakat Malaysia tidak sepatutnya membiarkan khazanah budaya
mereka termasuk puisi tradisional lenyap ditelan zaman kerana warisan ini
adalah khazanah negara yang begitu tinggi nilainya. Walaupun Malaysia sedang
mengorak langkah ke arah negara maju namun kita tidak seharusnya menjadi seperti
kacang lupakan kulit yang mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang. Kita amat
berharap pelbagai pihak tetap teguh memelihara khazanah budaya ini pada setiap masa
kerana generasi kini hanya sekadar meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi
sanjungan generasi mendatang. Oleh itu, semoga dengan adanya usaha untuk
mempopularkan pelbagai puisi tradisional mampu memotivasi setiap anak watan supaya
menyahut cabaran dan mempunyai semangat habis kapak berganti beliung untuk
merealisasikan impian tersebut.
(1029 patah perkataan)
84
USER
[Date]
m) Karangan Pendapat: Komsas / Cerita / Peribahasa
Soalan KRT:
Cogan kata “Biar Lambat Asal Selamat” sentiasa mendidik manusia agar berhemah dan
berwaspada.
Tulis sebuah karangan tentang cogan kata tersebut.
Analisis Soalan - Mendidik manusia agar berhemah dan berwaspada
Isu - Langkah / usaha
Tugasan - Pendapat
Kehendak soalan
Jawapan Lengkap KRT: Peribahasa (Cogan kata)
Orang tua-tua sememangnya memiliki daya pengamatan yang cukup tinggi. Setiap
fenomena yang berlaku akan diungkapkan semula serta dipadankan dengan keperluan
alam kehidupan. Daripadanya lahirlah beberapa ungkapan sama ada dalam bentuk
peribahasa, sindiran, seloka, gurindam dan sebagainya. Setiap ungkapan mendukung
falsafah yang tersirat untuk mendidik masyarakat. Cogan kata “Biar Lambat Asal
Selamat” merupakan ungkapan yang mahu mendidik masyarakat agar sentiasa
berwaspada dan berhati-hati melaksanakan sesuatu kerja agar kerja tersebut berjaya dan
selamat. Sesungguhnya, cogan kata ini amat signifikan untuk mendidik masyarakat dalam
sebarang situasi.
Secara umunya cogan kata ini dicipta bagi memberikan peringatan kepada
pemandu agar sentiasa berhati-hati dan jangan tergopoh-gapah semasa memandu.
Pemanduan yang berhemah seperti itu boleh mencegah seseorang daripada bahaya maut
akibat kemalangan jalan raya. Memandangkan cogan kata ini begitu sesuai untuk
dipadankan dengan semua situasi dan pekerjaan, justeru “Biar Lambat Asal Selamat” telah
diperluas untuk mendidik masyarakat agar mengambil pendekatan bercermat, berhemah,
dan beringat-ingat dalam tempoh melakukan sebarang pekerjaan.
Biar lambat yang dimaksudkan bukan bertujuan untuk memperlahankan sesuatu
urusan itu sehingga matlamat dan objektifnya tergendala. Sebaliknya, istilah lambat yang
disarankan adalah untuk memberi peluang seseorang itu merancang dan menjadualkan
kerja-kerja dengan mengikut prosedur kerja yang betul. Apabila dilihat dalam aspek
pekerjaan, bukan semua kerja yang boleh diselesaikan dengan serta merta. Terdapat
pekerjaan yang memerlukan masa untuk mencapai tempoh matang. Dalam hal ini, jikalau
kerja-kerja tersebut dilakukan dengan terburu-buru nescaya pelbagai implikasi buruk akan
terjadi kemudian hari. Kesan tindakan terburu-buru boleh mengakibatkan tragedi seperti
85
USER
[Date]
kejadian bangunan runtuh dan kerosakan pada bahagian-bahagian tertentu bangunan
yang berlaku dalam projek pembangunan mega. Kejadian tersebut berlaku kerana
kegagalan pihak tertentu untuk mematuhi hikmah daripada cogan kata ini.
Selain itu, sesuatu tugasan juga memerlukan rangka kerja dan pelan tindakan
secara berstruktur. Setiap tindakan hendaklah mengikut pelan dan garis panduan yang
telah ditetapkan. Sekiranya pemeringkatan seperti yang telah ditetapkan tidak dipatuhi
pelbagai kemungkinan akan berlaku pada masa akan datang. Oleh hal yang demikian,
kaedah Biar Lambat Asal Selamat adalah perlu dalam situasi tersebut. Kelambatan yang
dimaksudkan adalah untuk menyiapkan proses-proses kerja permulaan dan membuat
perancangan mengikut jadual dalam mengembangkan sesuatu proses kerja. Kaitan urusan
kerja seperti ini amat perlu kepada kerja-kerja penyelenggaraan, kejuruteraan, dan bidang
kerja yang berisiko tinggi. Tegaslah bahawa sebarang pekerjaan hendaklah dilakukan
mengikut prosedur dan bukannya dilakukan pada saat-saat akhir.
Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis merupakan slogan kembar kepada cogan
kata Biar Lambar Asal Selamat. Hal ini demikian kerana jika seseorang kurang berwaspada
dan tidak mampu menjangka sesuatu risiko yang bakal terjadi, seseorang mungkin
terperangkap dalam jerat yang dipasangnya sendiri. Akibatnya sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna. Oleh itu, dalam perkara-perkara yang masih samar atau
dalam bentuk polemik dan spekulasi, kita wajar melambatkan sedikit keputusan untuk
melakukan sebarang tindakan. Lazimnya, akibat daripada terlalu pantas untuk merebut
peluang, akhirnya ramai para pendeposit skim cepat kaya telah terperangkap dalam jerat
ilusi mereka sendiri. Akhirnya, keuntungan yang diimpikan menjadi sia-sia malah
menempah kerugian yang berakhir dengan kebangkrapan. Sekiranya kita mengambil masa
sedikit untuk memikirkan rasionalnya sesuatu kejadian, sudah pasti kita dapat
mengelakkan kemuflisan.
Selain itu, cogan kata Biar Lambat Asal Selamat mengajak kita untuk berfikir panjang
dalam melakukan tindakan. Kita dituntut supaya berfikir panjang sekiranya mendapat
ajakan rakan untuk menyertai sesuatu kegiatan yang ekstrim dan membahayakan. Dalam
keadaan seperti ini, melambatkan proses berfikir membantu kita menimbang tara sesuatu
perkara. Hal ini wajar kerana kita berpeluang membuat keputusan secara adil, bijaksana,
dan tepat. Biasanya, tindakan yang gopoh dan agresif tidak berpeluang untuk menimbang
tara sesuatu keputusan sehingga mengakibatkan ramai remaja terperangkap dengan gejala
negatif. Sudah terang lagi bersuluh bahawa falsafah yang terkandung dalam cogan kata
tersebut menasihati kita supaya sentiasa berfikir sebelum bertindak.
Sesungguhnya, cogan kata Biar Lambat Asal Selamat telah membawa suatu falsafah
yang amat tinggi nilainyanya. Kegagalan kita menghayati falsafah tersirat yang cuba
diketengahkan menyebabkan ramai yang kecundang. Pendapat yang menyatakan cogan
kata ini sudah tidak relevan untuk zaman moden kerana menyekat semangat bersaing
86
USER
[Date]
adalah tidak tepat. Falsafah yang terkandung dalam cogan kata ini hendaklah dilihat
dengan sudut pandang yang bijaksana iaitu untuk mendidik insan agar sentiasa merujuk
fikiran yang waras sebelum mengambil sesuatu keputusan.
(654 patah perkataan)
87
USER
[Date]
n) Karangan Pendapat: Komsas / Cerita / Peribahasa
Soalan KRT:
Sekolah anda telah mengadakan Pertandingan Menulis Cerpen sempena Minggu Sastera.
Anda dikehendaki untuk menulis sebuah cerpen bagi mewakili kelas anda.
Akhiri cerpen anda dengan “Aku menyesal atas perkara yang telah berlaku. Aku tidak mahu
perkara ini berulang lagi. Biarlah peristiwa ini memberikan pengajaran yang amat berguna kepada
diriku. Egoku mulai sirna.”
Analisis Soalan - Cerita yang mempunyai pengajaran
Isu - Cerita
Tugasan - Cerpen
Kehendak soalan
Jawapan Lengkap KRT: Cerpen
Ego yang Sirna
Aku melalui hari ini seperti hari-hari yang lepas. Rakan sekelasku selalu
mengatakan aku ini seorang yang suka meninggi diri. Ada juga yang mengatakan bahawa
aku suka membangga-banggakan diri di khalayak ramai. Tidak sedikit yang mengatakan
aku sebagai pelajar yang sombong. Tetapi aku tidak pernah terfikir sepertimana yang
mereka katakan. Aku berasa tiada bezanya aku dengan mereka. Dalam hematku, aku
sudah cukup baik, peramah dan berbudi bahasa. Lantas aku tidak pernah tersinggung
dengan kata-kata mereka.
Seperti biasa, aku ke sekolah dengan menaiki kereta mewah iaitu Ninja Super King
yang terkini di pasaran. Aku mempunyai pemandu peribadi sendiri. Aku menjadi tumpuan
ramai. Semua mata tertuju kepadaku. Namun, aku tidak pernah berasa takut atau
gementar. Bagiku, semua itu perkara biasa. Tanpa sedar, seorang pelajar telah melanggar
aku sehingga meninggalkan kesan goresan kecil pada kulit lenganku yang agak sensitif.
Aku terkejut. Tanpa sedar aku mengeluarkan kata-kata kesat. Perasaanku terbakar dan tak
mampu mengawal emosi. Dengan terketar-ketar, pelajar itu memohon maaf dan terus
berlalu dari situ. Aku mendengus keras dan terus menuju ke kelasku dengan perasaan yang
dangkal.
Aku merenung kulitku yang mulai bengkak dan memerah. Aku geram kerana kulit
gebuku sudah menjadi cacat. Aku hampir tidak mempedulikan sapaan kawan-kawan di
sekelilingku. Sekumpulan pelajar berkumpul di sudut kelas. Pasti mereka sedang
mengatakan sesuatu. Aku memasang telingaku. Tiba-tiba aku tersedar bahawa mereka
88
USER
[Date]
sedang mengata aku. Mereka mengatakan aku anak orang kaya tidak berguna kerana
memaki dan menampar seorang pelajar yang tidak sempurna. Aku dikata seorang
pembuli. Aku sedih dan kecewa. Selama ini aku tidak pernah bergaduh dengan
sesiapapun. Beberapa orang rakan cuba menanyakan aku akan hal itu. Aku menafikannya.
Malahan aku menunjukkan lenganku yang membengkak kemerahan.
Malangnya, penafianku ibarat angin yang berlalu. Tidak ada seorangpun yang
mahu mendengarkanku termasuklah rakan baikku selama ini. Mereka tidak mempercayai
aku lagi. Aku malu, sedih dan kecewa. Aku seperti tidak memahami perkara ini. Bagiku,
wajarlah aku marah kerana aku dilanggar sehingga menyebabkan aku terluka. Semakin
lama, semakin ramai yang menjauhi aku. Hidupku menjadi suram dan hambar. Mereka
seolah-oleh memulaukan aku hanya kerana kesalahan yang kuanggap kecil itu. Dalam
keadaan separuh bingung, aku melangkah keluar dari kelas. Walaupun langkahku lesu
tetapi otakku masih ligat berfikir. Siapakah pembawa gosip tersebut?
Semasa aku melewati pekarangan kantin menuju pagar utama, aku terlihat
sekumpulan pelajar sedang berbisik-bisik di sudut kantin. Aku melihat pelajar yang pernah
aku marahi beberapa hari yang lepas. Lantas aku bergegas menuju ke tempatnya. Aku
memegang tangan kurus itu mahu menanyakan sesuatu tetapi rakan-rakannya
mengisyaratkan supaya tidak mengikutiku. Aku akhirnya mengambil keputusan untuk
menanyakan hal yang menyebabkan aku dipulaukan. Tetapi walaupun banyak yang
kutanyakan, dia hanya menunduk dan diam membungkam. Dia seolah-olah ketakutan.
Rakan-rakannya sekali lagi menggunakan isyarat padanya.
“Tolong beritahu saya ... apa salah saya pada awak?” Aku merayu. Dia tetap
membisu seribu bahasa. “Awak tahu tak ... sebab saya marah awak hari tu, semua orang
benci pada saya. Memang benar saya marah awak tetapi saya tak menampar awak. Malah
lengan saya cedera sebab terkena bucu beg awak.” Aku mengatakan hal yang sebenar. Dia
menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali. Sekali lagi kawan-kawannya
menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengannya. Tiba-tiba terbetik di hatiku.
Ya Tuhan! Pelajar ini tidak dapat mendengar rupanya!
Aku terduduk. Ada rasa nyeri menusuk ke jantungku. Jauh menembusi seluruh
ragaku. Aku rasakan kesakitan yang tidak pernah aku lalui. Sakit dan tak bermaya.
Tubuhku menggeletar hebat. Lantas kupegang lututnya untuk memohon ampun kerana
tidak memahami keperluan insan sepertinya. Aku tidak pernah memikirkan wujudnya
makhluk Tuhan sebegini di sekolahku. Airmata tidak mampu lagi kubendung. Biarkan
mata dan hati ini menangis. Aku memang bersalah kerana memaki insan lemah
sepertinya. Aku menangis teresak-esak. Aku mengucapkan permohonan maaf tanpa
melepaskan kakinya. Kawan-kawannya turut membisu. Akhirnya, seorang rakannya
memberikan isyarat kepadanya. Dia memegang bahuku dan membangunkan aku. Dia
mengangguk berkali-kali. Tangannya yang kurus mengusap-usap lenganku yang masih
membengkak. Dia memberikan isyarat memohon maaf. Aku terus memeluknya.
89
USER
[Date]
Alangkah mulianya hati insan ini kerana dengan rela telah memaafkan aku yang naif ini.
Selama ini, aku tidak pernah dimarahi. Aku selalu dimanjakan. Maklumlah, aku
anak tunggal seorang usahawan berjaya. Aku tidak pernah merasai hal sebegini kerana aku
tidak mempunyai adik-beradik. Aku yang sempurna sepatutnya lebih prihatin dengan
golongan sepertinya. Aku kian sedar bahawa manusia diciptakan dengan segala
kepelbagaian. Aku menyesal atas perkara yang telah berlaku. Aku tidak mahu perkara ini
berulang lagi. Biarlah peristiwa ini memberikan pengajaran yang amat berguna kepada
diriku. Egoku mulai sirna.
(718 patah perkataan)
90
USER
[Date]
2. KARANGAN BERFORMAT
a) Karangan Syarahan
Soalan KRT:
Anda ingin menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa
Melayu sekolah anda. Tajuk syarahan tersebut ialah “Kepentingan Penglibatan Murid
dalam Aktiviti Kokurikulum di Sekolah”.
Sediakan teks syarahan tersebut dengan lengkap.
Analisis Soalan - Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum
Isu - Kepentingan
Tugasan - Teks syarahan
Kehendak soalan
Jawapan Lengkap KRT: Syarahan
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Dimuliakan barisan panel hakim
yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat pagi dan salam
sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah
“Kepentingan Penglibatan Murid dalam Aktiviti Kokurikulum di Sekolah”.
Hadirin yang saya dihormati,
Mantan Presiden Indonesia, Soekarno pernah mengatakan, “Berilah aku seratus
orang tua, aku hanya mampu menggoncangkan perahu yang tertangkup. Jika aku diberi
sepuluh orang pemuda, aku mampu menggoncangkan dunia.” Kata-kata tersebut jelas
menunjukkan bahawa pemuda-pemudi khususnya mereka yang masih berada di bangku
sekolah merupakan harapan bangsa dan negara pada masa hadapan. Sehubungan dengan
itu, sistem pendidikan di negara kita pada hari ini tidak hanya mementingkan pencapaian
akademik semata-mata tetapi juga pencapaian dalam bidang kokurikulum. Kerajaan
melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mewajibkan semua murid di negara
ini untuk menyertai aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah bagi merealisasikan
hasrat negara untuk melahirkan modal insan yang berketerampilan dan serba boleh dalam
semua bidang. Kegiatan kokurikulum yang dijalankan di setiap sekolah umumnya
terbahagi kepada tiga kategori iaitu kelab dan persatuan bercirikan akademik, sukan dan
permainan serta badan-badan unit beruniform. Semua pelajar wajib menganggotai dan
menyertai aktiviti yang ditetapkan bagi setiap satu kategori aktiviti kokurikulum ini dalam
tempoh tertentu. Persoalannya, apakah sebenarnya kepentingan penglibatan murid dalam
aktiviti kokurikulum di sekolah?
91