USER
[Date]
Salah satu kepentingan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum di sekolah
ialah aktiviti ini mampu memupuk sikap berdisiplin yang tinggi dalam diri seseorang
murid. Disiplin diri merupakan anak kunci kepada setiap kejayaan. Tokoh-tokoh ternama
turut mengakui bahawa kejayaan mereka adalah didorong oleh disiplin diri yang ketat.
Sememangnya, unsur disiplin merupakan antara elemen penting yang ingin diterapkan ke
dalam diri seorang murid apabila terlibat dengan sebarang aktiviti kokurikulum. Hal ini
berlaku kerana setiap murid yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum sememangnya
dikehendaki untuk mematuhi perkara-perkara seperti ketepatan masa, etika berpakaian
malah perlu akur dan menghormati pemimpin mereka yang telah dilantik melalui suara
ramai. Sebagai contoh, murid yang terpilih untuk mewakili sekolah ke pertandingan sukan
dan permainan akan diminta untuk menepati masa sesi latihan yang telah ditetapkan oleh
jurulatih. Kesannya, murid yang menyertai aktiviti kokurikulum dapat melatih diri untuk
lebih berdisiplin dalam mengatur masa agar semua aktiviti harian sebagai seorang murid
dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan teratur, selain dapat mengelakkan
berlakunya pembaziran masa kerana masa itu emas. Sudah terang lagi bersuluh bahawa
penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum mampu memupuk sikap berdisiplin yang
tinggi dalam diri seorang murid.
Hadirin yang saya muliakan,
Selain itu, aktiviti kokurikulum di sekolah juga mampu meningkatkan ilmu
pengetahuan seorang murid. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap badan unit
beruniform atau kelab dan persatuan pastinya akan mengadakan pelbagai aktiviti yang
mampu menambah ilmu pengetahuan murid dalam pelbagai aspek. Misalnya, badan unit
beruniform seperti pengakap akan mengadakan perkhemahan untuk ahli-ahlinya. Semasa
perkhemahan itu dijalankan, setiap ahli akan diajar pelbagai ilmu berkaitan simpulan dan
ikatan serta ilmu ikthiar hidup. Ilmu tersebut amat penting untuk digunakan jika berlaku
sesuatu yang tidak diingini seperti tersesat di hutan kerana malang tidak berbau. Seseorang
yang mempunyai pengetahuan asas tentang cara ikthiar hidup di hutan mampu
meneruskan kelangsungan hidup sementara menunggu bantuan tiba. Contoh lain ialah
melalui aktiviti kelab dan persatuan seperti Kelab Science Technology Engineering
Mathematics (STEM), yang mengadakan lawatan sambil belajar ke Petrosains dan
Muzium Perubatan. Melalui lawatan sambil belajar tersebut, murid bukan sahaja dapat
menimba pelbagai ilmu baharu malah dapat mengukuhkan lagi ilmu pengetahuan sedia
ada berdasarkan pemerhatian dan aktiviti berbentuk ilmiah yang mereka lakukan
sepanjang sesi lawatan itu. Jelaslah bahawa aktiviti kokurikulum juga dapat meningkatkan
ilmu pengetahuan seorang murid.
Akhir sekali, penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum dapat membentuk
daya kepimpinan mereka. Perkara ini amat penting kepada negara supaya kita tidak
ketandusan pemimpin yang berkualiti untuk mengetuai pucuk kepimpinan negara pada
masa hadapan. Melalui aktiviti kokurikulum, bakat istimewa seorang murid untuk
menjadi seorang pemimpin yang hebat mampu diasah dan dibentuk bak kata peribahasa
belakang parang kalau diasah nescaya tajam. Contohnya, murid berpeluang untuk
92
USER
[Date]
mengetuai atau memimpin ahli lain dalam sesuatu aktiviti kelab atau persatuan, badan
unit beruniform mahupun sukan dan permainan. Dalam konteks ini, peribadi seorang
murid bukan sahaja dapat dibentuk untuk menjadi insan yang bertanggungjawab,
berkeyakinan, amanah, dan berdedikasi malah mereka turut berupaya berinteraksi dan
sekali gus memimpin ahli-ahli di dalam kelab dan persatuan yang disertainya. Pengalaman
dalam memimpin ini dapat membentuk diri mereka sebagai pemimpin yang lebih
berwibawa dan dihormati kelak. Dalam pada itu, mereka juga sebenarnya berpeluang
untuk merancang pelbagai aktiviti menarik untuk dijayakan dalam mana-mana program
kelab dan persatuan atau unit beruniform serta sukan dan permainan yang dianggotai.
Impaknya, murid bukan sahaja mampu merancang dan menguruskan sesuatu program
tanpa bantuan guru tetapi sekali gus telah membentuk daya kepimpinan mereka pada masa
akan datang. Secara ringkasnya, penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum mampu
membentuk daya kepimpinan mereka.
Tuan-tuan, puan-puan dan rakan-rakan yang saya hormati,
Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menegaskan bahawa terdapat seribu satu
kepentingan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini merupakan satu
medium yang dapat melahirkan modal insan yang bersifat dinamik serta berupaya untuk
berfikir secara kritis dan inovatif. Aktiviti ini juga mendidik murid untuk terus berusaha
dan berkeyakinan tinggi untuk mencapai cita-cita kerana kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya. Tokoh falsafah ada mengatakan bahawa kejayaan sesuatu bangsa
dan negara itu, amat bergantung pada kualiti golongan mudanya yang sentiasa berfikiran
positif dan dinamik. Oleh hal yang demkian, seawal usia kanak-kanak hingga remaja,
mereka perlulah dididik dengan nilai-nilai jati diri dan salah satu caranya ialah melalui
penglibatan secara aktif aktiviti kokurikulum di sekolah. Kerjasama dan sokongan padu
semua pihak khususnya ibu bapa haruslah diperkukuh agar segala aktiviti kokurikulum
yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar. Tuntasnya, aktiviti
kokurikulum merupakan platform yang paling sesuai untuk mendidik murid menjadi
seorang insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, seterusnya
berguna kepada bangsa, agama dan negara pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
(956 patah perkataan)
93
USER
[Date]
b) Karangan Ceramah
Soalan KRT:
Selaku aktivis dalam Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), anda telah dijemput untuk
menyampaikan ceramah kepada sekumpulan remaja. Tajuk ceramah anda ialah “Dadah
Musuh Negara: Peranginya Habis-habisan”.
Tulis teks ceramah anda selengkapnya.
Analisis Soalan - Memerangi dadah
Isu - Usaha / Langkah
Tugasan - Teks ceramah
Kehendak soalan
Jawapan Lengkap KRT: Ceramah
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih kepada Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Pengarah
Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Desa, Yang dihormati ketua-ketua masyarakat, dan
seterusnya para remaja yang dikasihi sekalian.
Peribahasa Melayu selalu menyatakan, ingat sementara belum kena, jimat
sementara belum habis. Peribahasa ini menjadi sumber nasihat agar masyarakat sentiasa
berwaspada terhadap sesuatu anasir yang boleh menimbulkan pelbagai implikasi negatif
kepada kehidupan. Dadah ialah anasir paling berbahaya dalam masyarakat yang
seyogianya kita jauhi malah perlu diperangi habis-habisan.
Hadirin sekalian,
Kita sering mendengar sindiran orang tua-tua, “Jikalau rosak kerana perempuan
habis tenaga berhenti, jikalau rosak kerana berjudi habis wang berhenti, dan jikalau rosak
kerana mencuri lepas tertangkap berhenti. Sebaliknya, jikalau seseorang itu rosak dengan
mengambil dadah, tempat terakhir ialah mati”. Sesungguhnya, atas rasa tanggungjawab
tersebutlah saya mengambil amanah ini demi kepentingan masyarakat betapa perlunya
kita menyedari bahayanya ancaman dadah terhadap masyarakat. Sehubungan dengan itu,
saya amat berterima kasih atas keprihatinan semua pihak untuk memerangi gejala najis
dadah ini. Dengan hal yang demikian, bersempena dengan peluang keemasan ini, saya
akan menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk, “Dadah Musuh Negara: Peranginya
Habis-habisan.”
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Dadah dalam definisi yang mudah ialah sejenis candu. Candu tersebut telah
diproses untuk digunakan sebagai sumber pelali dan penahan sakit dalam amalan
94
USER
[Date]
perubatan pada zaman silam. Walau bagaimanapun, dengan pencapaian teknologi dan
kemajuan dalam bidang farmaseutikal pelbagai bentuk dadah sintetik telah dihasilkan.
Antaranya adalah untuk perdagangan dalam teknologi ubat-ubatan. Walau
bagaimanapun, akibat penggunaan yang berlebih-lebihan, fungsi dadah sebagai bahan
pelali telah disalahgunakan sehingga mengakibatkan gian atau ketagih yang keterlaluan.
Akhirnya dadah dalam bentuk morfim, heroin, marijuana, syabu, dan ekstasi telah
menjadi sumber khayal yang amat diperlukan oleh penagih tegar. Disebabkan kandungan
kafien dan narkotina yang tinggi kandungan dadah yang berlebihan dalam darah telah
bertukar menjadi racun dan membahayakan penggunanya.
Remaja yang dikasihi sekalian,
Pada hari ini dadah bukan lagi diambil sebagai sumber untuk melepaskan gian
seperti keletihan, menahan sakit atau menjadi ubat penenang tetapi dadah mula menjadi
ancaman besar terhadap kesejahteraan hidup manusia. Dadah menjadi pembunuh senyap
ibarat api dalam sekam dan membawa ancaman seperti musuh dalam selimut. Setiap
penagih tegar akan terus berusaha mendapatkan dadah walaupun dirinya bagaikan
bangkai bernyawa. Pengaruh dadah dalam kalangan remaja juga seolah-olah mempunyai
tangan ghaib yang mampu menarik remaja dalam sekelip mata untuk berdampingan
dengan dadah. Dengan keajaiban itulah kini negara kita sedang berhadapan dengan
masalah bangkai bernyawa yang sudah meningkat sehingga 800 ribu orang dengan kadar
tujuh orang penagih baharu dalam setiap hari. Inilah malapetaka dadah yang boleh
menghancurkan sesebuah tamadun atau negara.
Hadirin sekalian,
Tanpa menoleh ke belakang semula kita tidak perlu mencari tentang di manakah
silapnya sehingga begitu hebat sekali serangan gejala dadah itu? Terlalu banyak puncanya
jikalau saya hendak perturunkan satu persatu. Namun apalah gunanya kita mencari segala
kesilapan yang lalu kerana usaha tersebut tidak mampu menyelesaikan masalah. Oleh
sebab itu, dalam wacana minda yang sesingkat ini marilah bersama-sama saya, kita
menelusuri usaha-usaha yang boleh menyelesaikan masalah ini. Sebagai anggota
masyarakat tidak seorang pun yang boleh melihat fenomena dadah sebagai masalah yang
terpencil sebaliknya menjadikan tanggungjawab bersama. Mungkin benar pada hari ini
ahli keluarga kita tidak terjebak dengan gejala tersebut, tetapi esok atau lusa bukan
mustahil.
Sebagai ketua keluarga, suami janganlah pula meletakkan tanggungjawab
mengawal anak-anak kepada isteri sahaja. Sebarang kesalahan anak terus dilemparkan
kepada isteri. Cara ini adalah tidak adil. Si suami mesti tahu akan had dan kemampuan
yang ada pada isteri. Bawalah berbincang dengan isteri dan anak-anak agar mereka
sentiasa berasa diri didekati. Kasih sayang merupakan ubat penenang yang paling mujarab
untuk mencegah gejala yang terburuk dalam sejarah kebejatan sosial manusia itu. Bak kata
orang elok kerja dengan muafakat agar semuanya membawa berkat, justeru bawa-bawalah
berbincang.
95
USER
[Date]
Rakan-rakan yang dikasihi sekalian,
Kepada anak-anak remaja, anggaplah diri anda sebagai pahlawan. Anda mampu
menepis segala ancaman jahat termasuklah ancaman dadah. Sebagai remaja perkasa,
amatlah daif apabila kita sendiri gagal untuk membawa diri kita menentukan antara yang
baik dan yang buruk demi kebaikan masa depan sendiri. Bijaksanalah dalam memilih
rakan. Rakan bukan sekadar untuk berseronok-seronok tetapi rakan mestilah mampu
membimbing kita sama ada dalam keadaan susah atau senang. Ingatlah, rakan ketawa
beramai-ramai, rakan menangis seorang diri. Sesungguhnya, negara amat berharap kepada
sumbangan anda untuk menjadi tenaga penggerak wawasan. Seandainya anda kecundang,
kepada siapakah yang harus diharapkan lagi untuk menguruskan negara ini?
Selain itu, semua agensi keselamatan sama ada pihak polis, RELA, dan pihak
berkuasa dalam masyarakat hendaklah menjalinkan kerjasama bersepadu. Tugas penting
kita adalah untuk mengesan musuh dalam selimut yang bersikap telunjuk lurus kelengkeng
berkait yang sentiasa menangguk di air keruh. Bedebah seperti ini yang perlu dicekup
dahulu dan dibawa ke muka pengadilan. Angkara merekalah yang menyebabkan ratusan
ribu anak-anak peria bunga bangsa tersungkur di tengah-tengah medan juang sebelum
mereka mengenali identiti diri. Golongan yang telah kaya-raya di atas kemusnahan orang
lain tidak boleh dibiar lama berkeliaran dalam masyarakat. Mereka inilah pengedar dan
penyebab gejala dadah bertambah rumit untuk diselesaikan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Saya yakin, bencana ancaman dadah tidak akan berjumpa titik temu sampai bila-
bila masa. Bahayanya sudah menular ke peringkat global. Namun kita harus tabah dan
berusaha secara bijaksana agar gejala yang telah memusnahkan ratusan ribu remaja itu
terlerai juga, ibarat orang mementung ular, ular dipentung biar mati, kayu pementung
jangan patah, tanah datar jangan pecah. Sesungguhnya, ingatlah, “Dadah Musuh Negara:
Peranginya Habis-habisan”.
Sekian, terima kasih.
(868 patah perkataan)
96
USER
[Date]
c) Karangan Rencana
Soalan KRT:
Peranan media sama ada media cetak mahupun media elektronik amatlah penting dalam
mencorakkan pemikiran rakyat. Namun demikian, belakangan ini media turut dikenal
pasti sebagai penyebar gejala negatif dengan wujudnya media sosial (media alternatif).
Tulis sebuah rencana yang membincangkan peranan rangkaian media dalam membentuk
sikap rakyat yang positif.
Analisis Soalan - Media sebagai penyebar gejala negatif
Isu - Peranan / tanggungjawab
Tugasan - Rencana
Kehendak soalan
Jawapan Lengkap KRT: Rencana
Komitmen Media Membentuk Negara Bangsa
Oleh: Ain Nadia binti Azam
“Jikalau mahu maju keluarlah daripada kepompong katak di bawah tempurung.
Jadilah rakyat yang mampu berfikir di luar kotak yakni berminda kelas pertama”. Seruan
seumpama ini acap kali menjadi modal ucapan para pemimpin untuk mengajak rakyat
agar mengorak langkah demi mencapai kemajuan. Oleh itu, minda dan sikap harus
terbuka luas jikalau mahu mencapai kejayaan. Sehubungan dengan hasrat ini medium
terpenting yang boleh menganjak sikap dan pemikiran takyat ialah sumber-sumber media
dan bahan-bahan bacaan bebas dalam industri media. Bahan-bahan yang tersebut
termasuklah media cetak seperti majalah dan akhbar serta media alternatif seperti internet
dan media sosial yang terdiri daripada Facebook, Instagram, Twitter, WhatsApp, Wechat
dan Telegram. Walau bagaimanapun, dalam pancaroba dunia yang semakin kronik,
kemunculan pelabagai aplikasi media bukan sahaja membawa impaks yang positif malah
sebaliknya banyak kesan negatif. Oleh hal yang demikian, semua rangkaian media
hendaklah memiliki iltizam untuk mendidik masyarakat agar berfikiran positif dan
menjadi modal insan yang berguna kepada negara.
Berpandukan Kod Etika Kewartawanan, semua rangkaian media hendaklah
menyampaikan maklumat secara tepat dan jelas. Sebagai saluran perdana, media massa
hendaklah bertanggungjawab terhadap berita yang disampaikan dengan tidak
memesongkan maklumat sebenar. Sifat-sifat seperti bertanggungjawab, telus dan
berintegriti hendaklah dijadikan kod etika supaya fakta yang tepat dapat mendidik rakyat
agar berfikir secara rasional dan matang. Langkah memutarbelitkan maklumat dan fakta
97
USER
[Date]
merupakan tindakan antagonis untuk meracuni pemikiran rakyat. Sebaliknya,
tanggungjawab dan amanah adalah lebih penting dalam mengelakkan perkara-perkara
yang negatif dan syak wasangka. Semua sumber seperti itu sekiranya tidak dikawal boleh
menjadi racun dan virus yang memusnahkan solidariti rakyat dan keharmonian negara.
Tegasnya pihak media hendaklah berperanan untuk melahirkan masyarakat yang
berfikiran kritis, bijak, dan menyumbang kepada kemajuan negara.
Kini, dalam ledakan maklumat siber yang semakin terbuka, semua rangkaian
media perlu mengelakkan sikap adu domba dan menggunting dalam lipatan. Tingkah laku
yang gemar mempolemikkan isu-isu sensitif sehingga mencetuskan kebimbangan dan
resah gelisah dalam negara hendaklah dielakkan sama sekali. Semua langkah tempang ini
tidak memberi apa-apa keuntungan melainkan dapat meraih sedikit kepuasaan peribadi.
Dalam situasi politik dan sosial yang agak tegang kini, media massa tidak boleh bersikap
menangguk di air keroh dengan mensensasikan isu-isu perkauman dan agama. Apabila
tercetus salah faham boleh menimbulkan situasi tidak tenteram dalam masyarakat dan
negara. Oleh itu, rangkaian media hendaklah beriltizam dengan tidak menyiarkan berita
dan rencana yang mengadudombakan individu atau masyarakat, mendedahkan
keburukan orang lain seperti pendedahan yang melampau tentang selebriti, tokoh politik,
dan individu tertentu. Elakkan situasi retak mencari belah dan alang-alang senget langsung
tumpah.
Sejajar dengan tanggungjawab terhadap negara, organisasi media hendaklah
memainkan peranan untuk mendidik rakyat. Rakyat perlu dididik supaya berfikir secara
positif, bijak membuat keputusan dan tahu membezakan antara yang hak dengan yang
batil. Rakyat yang terdidik akan berfikiran positif tidak mudah menjadi pak turut bagai
lembu dicucuk hidung. Dalam kebebasan penyiaran media yang didalangi oleh media
alternatif, media arus perdana sewajarnya lebih proaktif untuk menangkis segala
tohmahan dan fitnah yang kerap diungguli oleh media-media bebas. Rakyat sebagai aset
penting kepada negara seyogia mereka wajar memahami informasi yang berkaitan dengan
pertumbuhan ekonomi, keadilan sosial, perpaduan, pendidikan dan kesihatan, Semua
maklumat ini harus disebarluaskan kepada rakyat agar mereka sentiasa cakna dan
berperanan untuk sama-sama memainkan peranan memajukan negara yang tercinta ini.
Sesungguhnya, tanpa pengaruh media yang berniat jahat solidariti rakyat bertambah kuat,
ibarat biduk berlalu kiambang bertaut.
Dalam era globalisasi yang semakin mencabar ini, media berperanan untuk
mempromosikan negara dan masyarakat Malaysia ke persada antarabangsa. Dengan
kuasa teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) media elektronik khususnya mampu
memuatnaikkan segala info yang berguna tentang negara. Nama negara lebih terserlah dan
tersohor melamgkaui batas geografi. Rencana serta info bergambar tentang sejarah negara,
tempat-tempat istimewa, budaya masyarakat, makanan istimewa boleh dipamerkan
sebagai iklan untuk menarik kehadiran pelancong. Hal tersebut menjadi suatu agenda
untuk memajukan industri pelancongan negara yang merupakan satu sayap utama
98
USER
[Date]
ekonomi negara. Sementara dalam sudut siasah pula, maklumat jelas tentang negara boleh
menjadi jambatan penghubung diplomatik antara Malaysia dengan negara-negara
tetangga dan global. Oleh sebab itu, organisasi media boleh menentukan apa-apa jua
kehendak dengan matlamat hendak seribu daya tidak mahu seribu dalih.
Dalam konteks untuk berbudi kepada negara, kita wajar mengambil kata-kata John
F Kennedy, “Janganlah kamu bertanya tentang sumbangan negara kepada kamu
sebaliknya, bertanyalah tentang apakah sumbangan kamu kepada negara?” Petikan ini
menunjukkan bahawa semua pihak menggalas tanggungjawab untuk menyumbang kepada
negara. Dalam sebarang situasi dan kapasiti yang ada, kita hendaklah berazam untuk
memajukan tanah air. Sebagai penyebar media, mata pena yang bergerak secara diam-
diam kadang-kadang lebih tajam daripada mata pedang. Oleh itu, tudingkan mata pena
anda kepada perkara-perkara yang positif.
(746 patah perkataan)
99
USER
[Date]
d) Karangan Rencana
Soalan KRT:
Keluarga memainkan peranan penting dalam menentukan matlamat, pegangan hidup,
moral dan agama yang menjadi penentu hala tuju seseorang remaja memperoleh kejayaan.
Tulis sebuah rencana tentang pernyataan di atas.
Analisis Soalan - Keluarga menentukan matlamat, pegangan hidup, moral dan
Isu agama
Tugasan - Peranan / tanggungjawab
Kehendak soalan - Rencana
Jawapan Lengkap KRT: Rencana
Keluarga Pembina Masa Depan Remaja
Oleh: Ishak Mad Shah
Merujuk kepada peribahasa, arus di muara dibentuk oleh alur di hulu menunjukkan
bahawa segala bentuk tingkah laku anak-anak amat berkait rapat dengan acuan kehidupan
semasa yang mereka lalui. Zaman remaja merupakan zaman yang paling kritikal dalam
tempoh hayat seseorang. Alam remaja dianggap sebagai zaman kegemilangan apabila
segala kerenah dan tingkah laku alam remaja menjadi pandu arah yang menentukan masa
depan seseorang. Bermula dengan isu kenakalan remaja, berkenalan dan bercinta, belajar
dan berjaya telah menjadi asam garam bagi setiap insan yang bergelar remaja. Namun,
dalam meniti alam yang penuh warna ini, remaja perlulah dipandu agar tidak tersasar
daripada landasan yang sepatutnya. Oleh hal yang demikian, keluarga hendaklah
menyediakan kompas pandu arah tentang pegangan hidup, moral, agama dan rakan
sebaya untuk menjadi hala tuju remaja beroleh kejayaan.
Sehubungan dengan matlamat di atas, sudah tentulah hubungan yang rapat dengan
persekitaran keluarga yang harmoni dapat melahirkan anak-anak yang sempurna. Hal ini
terbukti kerana keluarga diibaratkan sebagai bayangan peribadi seseorang. Keluarga yang
baik nescaya mampu membentuk individu yang baik juga. Di samping menjadi penyuntik
semangat kepada remaja keluarga juga menjadi ikon kepada remaja untuk memotivasikan
diri mereka supaya mencapai kejayaan dalam kehidupan. Sifat-sifat semula jadi ibu bapa
yang baik dan bermotivasi tinggi sudah tentu menjadi penggerak dalaman dan luaran agar
anak-anak pun menjadi insan berakhlak mulia dan bercita-cita tinggi. Salah rentak yang
dibawa oleh ibu bapa seyogia pincanglah rentak anak-anak kerana keruh air di muara
disebabkan di hulunya keruh juga.
100
USER
[Date]
Remaja hari ini menjadi satu kelompok besar rakyat Malaysia. Golongan remaja
yang berusia antara 15 hingga 25 tahun itu mewakili 47.4 peratus daripada jumlah
penduduk Malaysia. Jelaslah bahawa sekiranya remaja mengamalkan gaya hidup yang
berkualiti, justeru mereka menjadi jaminan kepada kemajuan negara pada masa hadapan.
Sehubungan dengan hal yag tersebut, keluarga adalah menjadi bayangan peribadi
seseorang, ibarat mengenal getah lihatlah daunnya. Ibu bapa dan keluarga perlu menjadi
suri teladan terbaik kerana rumah merupakan madrasah paling awal dalam menentukan
hala tuju setiap individu. Oleh itu, ibu bapa dan keluarga hendaklah menunjukkan
tauladan yang baik seperti bercakap dengan lemah lembut dan saling menyayangi antara
satu sama lain demi membentuk keluarga sakinah. Jelaslah bahawa, kalau asal keluarga
yang baik nescaya individu berkenaan pun akan baik juga, bak asal benih yang baik jika
jatuh ke laut menjadi pulau.
Tanggungjawab ibu bapa yang tidak kurang penting adalah dalam hal menjanakan
kecerdasan daya berfikir anak-anak. Kebijaksanaan dan akal yang pintar menjadi penyuluh
sinar kepada kehidupan yang bahagia bagi seseorang remaja. Hal ini demikian kerana akal
menjadi kompas hala tuju sesuatu tindakan, manakala kebijaksanaan terbit daripada akal
yang selalu berfikir. Kenyataan tersebut adalah bertepatan dengan kata-kata dalam
sepotong Hadis Nabi SAW yang bermaksud, “Apabila akal digunakan untuk berfikir
sesaat, justeru adalah lebih baik daripada kamu beribadat setahun. Sehubungan dan hal
tersebut jaminan akal yang sempurna adalah terjana daripada fizikal yang sihat lagi cergas
sesuai dengan pepatah Arab yang menyatakan, akal yang cerdas adalah daripada badan
yang sihat. Sehubungan dengan hal tersebut ibu bapa perlulah peka terhadap mutu
kesihatan mental dan fizikal anak-anak dengan cara menentukan amalan pemakanan yang
sihat lagi halal selain memilih gaya hidup sihat seperti aktif bersukan dan beriadah.
Pengarang dan jurnalis Amerika, Enerst Hemingway dalam novelnya ‘A Moveable
Feast pernah menyatakan, “Moral ialah apa-apa yang dirasakannya baik selepasnya dan
tidak bermoral apa-apa yang dirasakan tidak baik selepasnya”. Oleh hal yang demikian,
nilai peribadi manusia terserlah dengan sendirinya berpandukan tinggi atau rendah nilai
moral yang dianutinya. Langkah yang terbaik ialah nilai moral perlu diserap dalam diri
seseorang remaja oleh ibu bapa agar menjadi insan yang berguna kepada negara, bangsa,
dan agama. Oleh itu, ibu bapa hendaklah bekerjasama dengan pihak sekolah supaya
matlamat dan hala tuju membentuk insan cemerlang diperoleh melalui kolaborasi ibu bapa
dan institusi pendidikan. Penerapan nilai-nilai moral yang merentas kurikulum hendaklah
diperkaya terutamanya dalam subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Tegasnya,
para remaja mestilah mempunyai nilai moral yang tinggi dalam mengharungi cabaran
kehidupan, kerana budi dilihat pada bahasanya mulia dilihat pada santunnya.
Pemupukan nilai hidup beragama hendaklah dipupuk oleh ibu bapa sejak anak-
anak masih di dalam buaian lagi. Agama merupakan tiang seri yang memainkan peranan
utama dalam diri seseorang remaja. Manusia memerlukan agama kerana agama itu
101
USER
[Date]
pelengkap diri, pengemas tatatusila dan juga sebagai penyantun sikap seseorang. Hal ini
kerana agama bertindak sebagai enjin atau kuasa dalaman yang menggerakkan individu
menjadi insan yang sempurna. Seseorang remaja mestilah mempunyai keimanan dan
kepercayaan yang kukuh terhadap agama yang dianutinya. Hal ini secara tidak langsung
akan melengkapi pakej personaliti yang seharusnya ada dalam diri seseorang. Nilai-nilai
ini dapat dipupuk melalui hubungan antara manusia dengan kuasa Khaliq (Tuhan). Insya-
Allah, manusia tidak akan bankrap sama ada dunia mahupun akhirat apabila kukuh
pegangan agamanya.
Akhir bicara, merujuk kata-kata Hukama “Orang yang mempunyai kekuatan
peribadi ialah orang yang kuat kemahuannya dan sanggup melaksanakan sesuatu dengan
tabah dan tekun mengikut prinsip yang dipegangnya”. Jika matlamatnya ke arah
kecemerlangan tetapi tidak ditambah dengan usaha, maka kecemerlangan itu hanyalah
sebuah mimpi manis yang mengindahkan fikiran tetapi hanyalah dusta pada kenyataan.
Remaja mestilah menjadi ikon yang penting dan sentiasa berbakti kepada keluarga,
masyarakat dan negara walau di mana-mana pun berada, selaras peribahasa, hilang dicari,
terapung direnangi dan tenggelam diselami.
(849 patah perkataan)
102
USER
[Date]
SOALAN LATIHAN KRT
Latihan KRT 1
Kecemerlangan dalam sesuatu peperiksaan merupakan matlamat utama bagi seseorang
murid. Sebagai seorang murid yang ingin berjaya dalam peperiksaan, terdapat pelbagai
cabaran yang terpaksa dihadapi.
Huraikan usaha-usaha yang harus anda lakukan untuk menghadapi cabaran tersebut agar
hasrat anda tercapai.
Pendahuluan
o Setiap murid mempunyai cita-cita tersendiri untuk berjaya dalam hidup.
o Mempunyai keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
o Kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai
o Keputusan peperiksaan yang cemerlang akan menjamin masa hadapan.
o Kata orang tua-tua,'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.’
o Persoalannya, apakah cabaran yang perlu saya hadapi?
o Usaha-usaha yang sepatutnya saya lakukan untuk berjaya dalam peperiksaan?
I : Sukar memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar.
M : Gangguan daripada rakan yang malas belajar. Kehidupan keluarga yang
bermasalah telah memberikan tekanan.
Ba : Terlibat aktif ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.
Menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru. Bertanya kepada
guru-guru sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang saya kurang fahami.
K : Sesuatu pembelajaran tersebut akan cepat diserap masuk. Dapat mengingati apa-
apa yang disoal atau ditanya oleh guru. Akan bersikap positif untuk membetulkan
kesilapan terdahulu.
U/AT:"Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah
melakukan satu kesalahan lagi." Kata Confucius.
P : Tumpuan ketika guru-guru sedang mengajar dan menyiapkan segala kerja rumah
amat penting.
I : Sukar menguruskan masa belajar secara efisien
M : Tiada pengalaman atau kemahiran menyediakan jadual belajar. Gangguan
hiburan dan penggunaan telefon pintar.
Ba : Berbincang dengan guru atau ibu bapa untuk menyediakan jadual belajar.
Mengikuti jadual yang dibuat dengan sebaik-baiknya. Membuat ulang kaji secara
berterusan. Ada jadual belajar untuk kumpulan perbincangan.
103
USER
[Date]
K : Mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat nota dan latihan. Dapat
menghabiskan semua tajuk pelajaran. Tidak ketinggalan dalam pelajaran. Akan
biasa dengan jenis-jenis soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan
U : Alah bisa tegal biasa.
P : Pengurusan masa yang cekap membantu kejayaan.
I : Kurang terlibat dalam program kecemerlangan dan motivasi
M : Tiada pendedahan maklumat tentang kelebihan program. Kos menyertai program
mahal.
Ba : Menyertai bengkel dan ceramah yang diadakan di sekolah. Mengikuti program
motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Terlibat dalam program akademik
yang dijalankan
K : Didedahkan jenis-jenis soalan dan latihan yang kerap kali akan ditanya dalam
peperiksaan. Meningkatkan semangat dan keyakinan untuk menduduki
peperiksaan. Bersikap sabar, tabah dan tidak mudah putus asa.
U/AT: Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. "Perjalanan seribu batu
bermula dari satu langkah." Kata Lao Tze.
P : Membantu untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan
I : Nasihat daripada kedua-dua ibu bapa tidak dipatuhi.
M : Sikap remaja yang lebih mempercayai rakan sebaya. Kurang mendapat didikan
agama sejak kecil.
Ba : Sentiasa patuh pada nasihat dan asuhan ibu bapa. Mendengar nasihat mereka
untuk belajar bersungguh-sungguh.
K : Berusaha secara gigih untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Mendapat
restu daripada ibu bapa.
U : Kata orang tua-tua, “Tuhan hanya akan menolong dan memberkati hidup anak
yang taat kepada ibu bapa.” Janganlah terjadi seperti segelintir anak-anak yang
lupa diri ibarat buah melayang jauh, tampuk dilupakan.
P : Saya perlulah mematuhi segala nasihat kedua-dua ibu bapa .
Kesimpulan
P: Kejayaan dalam peperiksaan diibaratkan pelita yang menjadi penyuluh kepada
kita pada malam-malam yang gelap-gelita.
C: Setiap cabaran itu akan saya hadapi dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai
seorang pelajar. Setiap langkah yang dicadangkan itu perlu dilakukan dengan
penuh iltizam. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.
P: Belajar bersungguh-sungguh tanpa rasa jemu mampu untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan, ibarat genggam bara api biar sampai jadi
arang.
104
USER
[Date]
Latihan KRT 2
Pasar raya besar tidak asing lagi dengan kehidupan masyarakat Malaysia, khususnya
masyarakat bandar. Pasar raya besar telah menjadi tumpuan kerana terdapat pelbagai
kebaikan kepada rakyat.
Jelaskan kebaikan pasar raya tersebut.
Pendahuluan:
o Pelbagai nama, seperti "Jualan Murah", "Diskaun Hebat", "Jualan Penghabisan
Stok", "Jualan Mega" dipamerkan.
o Contoh Giant, Ikea, Jusco dan Tesco.
o Pusat beli-belah bersaiz mega dan menyediakan pelbagai keperluan.
o Terdapat di pusat bandar dan menjadi tumpuan pada awal bulan dan musim
perayaan.
o Seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
o Pengguna pasti akan berpusu-pusu ke pusat beli-belah
o Memberikan banyak manfaat dan keburukan kepada pengguna.
I : Menjimatkan masa
M : Kesibukan masyarakat dalam menguruskan urusan harian dan memenuhi
tuntutan pekerjaan. Kos sara hidup tinggi dan kenaikan harga barang.
Ba : Membeli barang keperluan dalam satu bangunan dan dapat membeli barangan
secara pukal. Semua kelengkapan dan kemudahan disediakan oleh pemilik pasar
raya. Barang keperluan harian dan urusan peribadi terletak berdekatan.
K : Tidak perlu ke tempat yang lain untuk membeli barang atau untuk urusan
peribadi. Tiada amalan pembaziran masa.
U/AT : Samuel Johnson, iaitu masa depan itu haruslah dibeli oleh masa sekarang.
P : Pengguna dapat mengurus masa secara teratur dan dimanfaatkan dengan bijak
dan berkesan.
I : Harga berpatutan
M: Harga barang keperluan yang dijual di beberapa pasar raya besar lebih murah
berbanding di kedai biasa dan pasar basah. Tiada unsur penipuan dalam
menetapkan harga.
Ba : Menawarkan potongan harga yang banyak , seperti Karnival Jualan Mega dan
Jualan Akhir Tahun. Membeli secara pukul akan memperoleh potongan harga
yang banyak.
K : Dapat membeli dengan lebih banyak dan dapat mengurangkan amalan
pembaziran. Dapat memenuhi keperluan pelanggan khususnya menjelang sesuatu
105
USER
[Date]
perayaan. Boleh merancang perbelanjaan agar tidak berhutang pada hujung bulan.
U/AT : Beringat sebelum kena dan berjimat sebelum habis.
P : Menjimatkan pengguna dalam membuat urusan pembelian.
I : Membeli dalam keadaan selesa
M: Pasar raya menyediakan ruangan beli-belah yang selesa. Keselesaan amat penting
untuk membeli-belah dalam tempoh masa yang lama.
Ba: Dilengkapi kemudahan pendingin hawa, tandas awam dan tempat bersolat.
Tangga bergerak dan tempat letak kenderaan disediakan untuk pelanggan.
K: Pelanggan berasa nyaman dan tidak berasa panas. Memudahkan pelanggan
membawa barangan dari satu tempat ke tempat yang lain. Ruangan solat pula
dapat memudahkan pelanggan beragama Islam menjalani ibadat.
U: “Keselesaan dan kepuasan anda ialah keutamaan kami.” Kata-kata daripada
Pengurus Pasar Raya Giant.
P: Keselesaan kemudahan perlu ditingkatkan untuk menarik pengunjung.
I: Membuka peluang pekerjaan
M: Banyak peluang pekerjaan yang dapat diwujudkan. Belia lepasan sekolah memang
memerlukan pekerjaan untuk membaiki nasib diri dan keluarga.
Ba: Kewujudan pelbagai pasar raya, seperti Giant dan Mydin memerlukan guna tenaga
pekerja tempatan. Iklan jawatan kosong diwara-warakan di media massa .
K: Pekerja tempatan dapat bekerja sebagai pengawal keselamatan, juruwang tukang
sapu. Membantu melicinkan operasi perniagaan sehingga pukul 10.00 malam.
U/AT: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jelaing
Mersat berkata, keutamaan kepada anak tempatan untuk bekerja harus melibatkan
semua peringkat jawatan.
P : Pekerja yang terdiri daripada rakyat Malaysia akan merancakkan kemajuan pasar
raya di Malaysia.
Kesimpulan
P : Pasar raya besar merupakan tempat yang popular kepada masyarakat Malaysia
sebagai gedung membeli-belah. Kewujudan pasat raya besar telah memberikan
banyak manfaatnya.
C: Semua pihak perlu memainkan peranan untuk memajukan dan menyokong kewujudan
pasar raya. Keutamaan barangan buatan Malaysia harus menjadi pilihan pasar raya.
H : Kerajaan membangunkan dan menaik taraf pasar-pasar raya yang sedia ada agar
terus menjadi destinasi utama untuk membeli-belah.
106
USER
[Date]
Latihan KRT 3
Amalan membaca haruslah dipupuk kepada generasi muda untuk melahirkan golongan
yang berilmu pengetahuan.
Tuliskan satu rencana tentang cabaran dan peranan ibu bapa untuk memupuk minat
membaca kepada anak-anak.
Pendahuluan
o Masyarakat Malaysia dikatakan masyarakat yang malas membaca.
o Rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun berbanding bilangan
buku yang dibaca oleh rakyat Jepun.
o Budaya membaca dalam kalangan masyarakat masih berada pada takuk lama
bagai hidup segan mati tidak mahu
o Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya harus dijadikan pegangan golongan remaja.
o Siapakah yang harus dipersalahkan?
o Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan swasta tetapi masih gagal.
o Ibu bapa perlu mencari inisiatif untuk menjadikan amalan membaca itu amalan
hidup.
I: Kurang membeli bahan bacaan secara berkala.
M: Anak-anak tidak mempunyai buku atau bahan makalah untuk dibaca. Bahan yang
ada sudah usang dan tidak menarik ataupun sudah rosak.
Ba: Memperuntukkan sedikit wang dalam sebulan bagi membeli bahan bacaan.
Membelikan bahan bacaan yang sesuai mengikut perkembangan diri anak- anak.
K: Memiliki buku-buku yang dapat mencerna ilmu pengetahuan. Sentiasa
berusaha untuk menjadi orang bijaksana dengan membaca buku. Menarik minat
anak untuk membaca buku tersebut.
U: Belakang parang jika diasah lagikan tajam. Datuk Dr Haji Fadzillah Kamsah, ibu
bapa merupakan pencorak budaya membaca dalam jiwa anak- anak.
P: Ibu bapa perlu bersikap murah hati untuk membeli buku.
I : Tidak menyediakan perpustakaan mini di rumah.
M: Anak-anak tiada tempat yang sesuai untuk membaca buku. Suasana membaca
tidak diwujudkan di rumah. Anak-anak akan membuang masa menyertai aktiviti
yang tidak sihat di luar rumah.
Ba: Menyediakan suatu ruang kecil atau pun bilik kecil di rumah bagi menempatkan
bahan bacaan. Menetapkan jadual penggunaan perpustakaan mini tersebut.
K: Amalan membaca diterapkan dalam minda setiap anggota keluarga. Mengeratkan
107
USER
[Date]
hubungan silaturahim antara ahli keluarga.
U: Sambil menyelam minum air.
P: Mewujudkan perpustakaan mini mampu melahirkan anak yang cemerlang.
I: Jarang-jarang membawa anak-anak ke ekspo atau pameran buku.
M: Sentiasa sibuk dengan kerjaya dan tugas yang tiada penghujungnya. Anak-anak
tiada peluang untuk memilih bacaan sendiri di pameran tersebut.
Ba: Mendapatkan maklumat tentang pameran buku di Internet atau di televisyen.
Semua ahli keluarga pergi ke ekspo bersama-sama. Pesta Buku Antarabangsa yang
diadakan pada bulan November setiap tahun.
K: Mantapkan pengetahuan sedia ada anak-anak mereka. Mendidik jiwa dan
melahirkan rasa cinta akan buku dalam diri anak-anak
U: Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
P: Peka dengan perkembangan jualan buku untuk hadir.
I: Anak-anak tidak diberikan galakan untuk menyertai pertandingan kebahasaan.
M: Program bahasa yang dijalankan tidak menyeluruh, hanya sekadar melepaskan
batuk di tangga. Murid-murid tidak terlibat secara total dalam program.
Ba: Murid wajib terlibat dengan aktiviti NILAM yang diadakan di sekolah. Menyertai
pertandingan Pidato Piala Diraja dan Pertandingan Bahas Ala Parlimen.
Membelikan hadiah berupa buku kepada anak-anak yang berjaya.
K: Akan membuat ulang kaji dan kajian dengan membaca buku. Menambah ilmu
pengetahuan dan meningkatkan penampilan diri.
U: Ilmu itu pelita hidup
P: Motivasi yang diberikan mampu menggalakan anak terus membaca.
Kesimpulan
P: Amalan membaca mendatangkan pelbagai faedah dan kemaslahatan kepada
seseorang. Amalan membaca dapat diteruskan sepanjang masa.
C: Ibu bapa, pihak swasta dan kerajaan bersama-sama menjalankan usaha memupuk
amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Anak watan Malaysia
mestilah membina azam dan iltizam tinggi untuk menanam amalan membaca
dalam jiwa.
H: Golongan intelektual merupakan tulang belakang sesebuah negara untuk
menggapai lonjakan masa depan. Malaysia Boleh !
108
USER
[Date]
Latihan KRT 4
Budaya makan bersama-sama keluarga di rumah semakin kurang diamalkan oleh
masyarakat kita. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap orang sangat sibuk dengan kerja
masing-masing.
Huraikan punca budaya ini kurang diamalkan dan peranan ahli keluarga untuk memupuk
budaya makan bersama-sama keluarga.
Pendahuluan
o Waktu makan merupakan masa yang istimewa.
o Membentuk budaya makan bersama di rumah atau di luar rumah.
o Budaya ini semakin dipinggirkan di kawasan bandar raya.
o Anak-anak zaman sekarang makan tanpa mengikut waktu makan.
o Bersikap mementingkan diri sendiri, enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-
masing.
o Terdapat pelbagai punya budaya ini kurang diamalkan.
o Pelbagai usaha haruslah dilakukan oleh ibu bapa untuk memupuk budaya ini.
I: Anak-anak tidak terdidik dengan budaya makan bersama-sama keluarga
M: Adab ketika di meja makan kini semakin hilang. Anak-anak lebih gemar
menikmati makanan ketika menonton televisyen. Anak-anak akan tergesa-gesa
menghabiskan makanan.
Ba: Menetapkan disiplin atau adab di meja makan. Mengajar anak-anak menyediakan
hidangan, membasuh pinggan mangkuk, dan mengemas.
K: Ibu bapa akan ke rumah untuk makan bersama anak-anak tersayang. Kelazatan
dan kebersihan makanan serta minimum tersebut terjamin. Kesihatan dapat
ditingkatkan.
U/AT: Mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Hukaman Islam juga ada berkata
bahawa semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi
pekerti.
P: Mampu membentuk adab sopan anak-anak demi menjadikan mereka anggota
masyarakat yang berhemah.
I: Ruang makan di rumah tidak kondusif
M: Ruang makan terlalu sempit. Tiada kerusi dan meja makan yang mencukupi.
Peralatan dapur yang tidak tersusun dan dalam keadaan kotor.
Ba: Ibu bapa harus bekerjasama untuk menyediakan kemudahan ruang makan yang
lebih selesa. Hiasi ruang makan dengan suasana yang menyegarkan seperti bau-
109
USER
[Date]
bauan. Perabot dan pinggan-mangkuk disusun rapi. Tidak terlalu banyak barang,
ruang yang lapang serta warna perabot yang lembut dan cerah.
K: Perabot makan akan memberikan inspirasi pada keluarga anda untuk meluangkan
sedikit masa lagi di meja. Ada lebih masa untuk berbual-bual ketika makan.
U: Rumahku Syurgaku.
P: Melahirkan suasana yang aman dan damai serta harmoni jika ruang makan selesa
dan menarik.
I: Kesibukan kerja dan aktiviti masing-masing
M: Tidak dapat meluangkan masa makan bersama anak -anak. Balik kerja lewat
malam. Hanya makan di luar untuk menjimatkan masa.
Ba: Mengatur masa kerja yang lebih efektif. Bersikap mengutamakan ahli keluarga
dalam kerjaya seharian. Anggap meja makan ialah tempat yang sempurna untuk
membincangkan sesuatu berlaku dalam kehidupan setiap ahli keluarga
K: Berkongsi perbualan. Memberi kesempatan berkomunikasi. Membolehkan anak -
anak memerhatikan kelakuan orang lain. Menjalin ikatan dan perhubungan mesra
antara satu sama lain.
U/AT: Hubungan bagai aur dengan tebing. Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang
aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka
P: Bijak merancang masa kerja dan masa santai bersama-sama ahli keluarga.
I: Tarikan makanan segera dan terdapat banyak pilihan makanan di luar.
M: Anak-anak lebih mengutamakan pemakanan ringan. Pengambilan buah-buahan,
sayuran dan makanan yang ada nutrien lebih tinggi tidak digemari.
Ba: Ibu bapa perlulah menyediakan makanan yang menyihatkan di rumah. Sediakn
menu makanan yang menyihatkan dan menyelerakan. Menunjukkan cara
pengambilan makanan yang sihat Menggalakkan anak-anak memilih makanan
yang lebih menyihatkan. Kurang mengambil makanan goreng, lemak tepu dan
pengambilan minuman manis.
K: Lebihkan pengambilan makanan berserat dan menyihatkan. Menurunkan kadar
masalah obesiti.
U: Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
P: Mampu memastikan anak membuat pilihan yang baik ketika makan bersama-
sama.
Kesimpulan
P: Kebaikan dengan mengamalkan tabiat makan bersama-sama keluarga adalah
tidak ternilai harganya. Perlu menjadi agenda dan keutamaan dalam hidup kita
seharian.
C: Setiap keluarga haruslah mengamalkan tabiat makan bersama dalam keluarga
110
USER
[Date]
mereka. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Dijadikan
amalan dan budaya yang berkekalan.
H: Makan bersama ialah resipi kebahagiaan sesebuah keluarga. Individu yang sihat
akan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemakmuran
negara. Slogan, “Rakyat Sihat Negara Sejahtera.”
111
USER
[Date]
Latihan KRT 5
Bidang bioteknologi banyak dimanfaatkan dalam bidang pertanian di negara Malaysia.
Huraikan halangan yang terpaksa dihadapi dalam melaksanakannya dan langkah yang
perlu dilakukan untuk menghadapi cabaran tersebut.
Pengenalan
o Sektor pertanian merupakan sektor yang sangat penting sejak dahulu lagi.
o Sektor ini telah banyak menyumbang kepada ekonomi negara.
o Bioteknologi bidang sains yang dapat meningkatkan kualiti hidup manusia dari
segi pertanian, perubatan dan kualiti alam sekitar.
o Contoh bioteknologi pertanian penghasilan buah jambu batu dan tembikai tanpa
biji.
o Pengaplikasian bioteknologi dalam industri pertanian di Malaysia masih lagi
belum dapat menandingi negara-negara lain yang lebih maju.
o Terdapat pelbagai halangan yang terpakasa dihadapi.
o Langkah-langkah untuk memajukan industri bioteknologi negara.
I : Seminar pelaburan bidang bioteknologi negara kurang diadakan
M: Tiada ketetapan pelaburan yang menggalakkan peningkatan pelaburan. Tiada
seminar yang berkesan dijalankan untuk menarik pelabur asing.
Ba: Membuka peluang kepada syarikat baharu membuat pelaburan. Pelabur asing
digalakkan menyuntikkan dana kepada pengusaha tempatan. Melonggarkan
syarat-syarat permohonan kepada syarikat-syarikat pemohon yang masih baharu.
Seminar Biteknologi telah diketuai oleh bekas Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad.
K: Syarikat bioteknologi India seperti telah menyasarkan kemungkinan melabur
hingga RM583 di Malaysia.
U: Di mana ada gula, di situ ada semut.
P: Kerajaan perlu memperbanyak aktiviti yang dapat meningkatkan pasaran dan
menarik pelabur daripada syarikat bioteknologi di dunia
I: Kemudahan pasarana yang sesuai untuk pengusaha-pengusaha baharu kurang
dilaksanakan.
M: Kurang pendedahan tentang maklumat bioteknologi negara. Tiada panduan
untuk memulakan pertanian berasaskan bioteknologi.
Ba: Membina pusat bioteknologi bagi menyampaikan maklumat terkini tentang
bioteknologi dan mempamerkan hasil-hasil kajian bioteknologi. Pembiayaan dan
112
USER
[Date]
insentif mempromosi peserta yang komited.
K: Memudahkan pengusaha-pengusaha baharu yang berada dalam proses
penceburan bioteknologi menceburi bidang ini dengan mudah
U: Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
P: Malaysia tidak ketinggalan bersaing dalam bidang bioteknologi kerana negara
mempunyai banyak peluang untuk diterokai.
I: Kekurangan pekerja mahir dan penyelidik bioteknologi
M: Kepakaran daripada rakyat tempatan masih kurang berbanding dengan negara
maju. Banyak menggunakan pakar dari luar negara. Kos yang terpaksa
ditanggung oleh kerajaan pastinya meningkat.
Ba: Meningkatkan jumlah pekerja mahir dan penyelidik bioteknologi. Jumlah pelajar
sains hayat yang menceburi bidang bioteknologi juga perlu ditingkatkan.
K: Mampu menjalankan kajian bioteknologi dan menempa kejayaan hasil
penemuan-penemuan kajian yang dijalankan. Menghasilkan produk-produk yang
berkualiti dalam masa yang singkat.
U: Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
P: Mampu memberi impak baik dalam pembangunan bioteknologi dan
menghasilkan produk yang mampu memberi pulangan.
I: Tiada kerjasama kepakaran daripada rakan kongsi Kajian dan Pembangunan
Bioteknologi.
M: Negara masih tiada rakan kongsi daripada negara maju yang sudah lama berjaya
dalam bidang ini. Tiada perjanjian untuk bekerjasama bagi membangunkan
bidang bioteknologi.
Ba: Menjadikan Amerika Syarikat yang ternyata lebih maju daripada Malaysia
sebagai rakan kongsi dalam industri bioteknologi.
K: Kita akan dapat berkongsi kepakaran dalam bidang ini. Kerjasama yang erat akan
dijalin bagi meningkatkan kemajuan bioteknologi.
U: Sikap bagai aur dengan tebing.
P: Kerjasama melalui pertukaran idea haruslah digiatkan.
Kesimpulannya
P: Bioteknologi adalah amat penting kepada manusia kerana mempunyai pelbagai
kepentingan yang dapat membantu kehidupan manusia.
C : Pelbagai langkah yang efisien harus diambil bagi memajukan industri bioteknologi
negara.
H : Kegunaan bioteknologi akan semakin meluas di negara ini untuk terus bersaing
dengan negara maju yang lain. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
113
USER
[Date]
Latihan KRT 6
Remaja hari ini semakin jauh dihanyut oleh arus pemodenan. Pelbagai isu moral dan sosial
sedang melanda remaja. Sebagai remaja berwawasan, anda mempunyai misi untuk
menghadapi ancaman tersebut.
Tulis rencana tentang persediaan yang perlu dihadapi oleh remaja untuk berdepan dengan
ancaman seperti itu.
Rangka karangan:
Pendahuluan:
Perubahan arus globalisasi semakin hari semakin mencabar. Perubahan tersebut turut
disokong oleh kecanggihan teknologi maklumat yang dikuasakan pula dengan teknologi
internet. Pelbagai maklumat baru boleh diakseskan dengan serta merta. Fenomena
tersebut amat mencabar jiwa ‘panas’ remaja yang turut disokong pula oleh semangat
inkuiri menyebabkan remaja bagaikan cacing kepanasan. Mereka kadang-kadang hanyut
dalam ilusi sendiri malah kadang-kadang mereka lebur dalam gejala kebejatan moral.
Akhirnya, berlakulah krisis remaja yang hilang identiti, tiada matlamat hidup dan tercebur
dalam gejala sosial. Walau bagaimanapun, remaja tidak boleh selama-lamanya tenggelam
dalam khayalan yang boleh memusnahkan diri dan negara pada masa hadapan.
Sesungguhnya, banyak prakarsa yang perlu diperkasakan oleh remaja demi berhadapan
dengan ancaman yang berbahaya itu.
Isi 1:
- Mendalami ilmu agama dan moral
- agama dan moral sebagai benteng keruntuhan akhlak
- faham akan konsep dosa dan pahala
- memperoleh iman dan takwa
- faham bahawa segala perbuatan baik dan buruk akan diadili di akhirat dan
mendapat ganjaran yang setimpal
Isi 2:
- Meletakkan keutamaan belajar dan mencari pengalaman demi masa depan
- Fokus kepada proses pembelajaran yang seimbang
- Keinginan mencapai impian
- Faham hanya ilmu dan pengalaman sebagai jaminan masa depan
- Usaha tangga kejayaan
Isi 3:
- Memilih rakan yang sealiran
- rakan sebagai pewarna kehidupan
114
USER
[Date]
- tersalah memilih rakan boleh mengundang mudarat
- mengikuti program sosial seperti persatuan dan NGO
Isi 4:
- Membina motivasi
- motivasi merupakan enjin yang menggerakkan individu untuk mencari kejayaan
- tidak mudah terpedaya dan mengikut telunjuk rakan
- mempunyai matlamat masa depan yang terjamin
Isi 5:
- Memahami dan mendalami dasar dan visi negara
- faham akan hala tuju negara
- memahami hasrat pemimpin
- bersama-sama rakan berganding bahu menjayakan semua agenda wawasan negara
- tidak mudah terpengaruh dengan anasir perosak negara
Penutup:
Tokoh falsafah terkemuka Yunani iaitu Aristotle pernah berkata, “Ketahanan sesebuah
negara bukan bergantung kepada hasil buminya yang mewah, sebaliknya berada dalam
tangan anak mudanya yang gagah dan bijaksana”. Apabila menghayati kata-kata hebat
tersebut, saya berasa begitu teruja untuk menjadi anak muda yang berwawasan. Saya
beriltizam untuk membina Malaysia negara yang tercinta ini menjadi negara yang bebas
daripada ancaman parasit dan anasir perosak khususnya daripada kalangan anak-anak
muda itu sendiri. Oleh itu, saya dan rakan-rakan hendaklah memilih jalan yang betul yang
telah dirintis oleh generasi yang terdahulu.
115
USER
[Date]
Latihan KRT 7
Golongan remaja perlu didedahkan dengan ilmu pengetahuan tentang pengurusan
kewangan bagi menjamin kehidupan yang lebih bahagia pada masa hadapan.
Tulis rencana tentang kepentingan ilmu pengetahuan pengurusan kewangan kepada
remaja.
Rangka karangan:
Pendahuluan :
- tajuk rencana-nama penulis
- ramai rakyat di negara ini diisytiharkan muflis
- golongan dewasa dan remaja gagal membayar pinjaman
- kesan jangka panjang dalam kehidupan
- perlu didedahkan dengan ilmu pengurusan kewangan
Isi 1:
- Pendedahan ilmu pengetahuan pengurusan kewangan seawal usia kanak-kanak
- Tahu asas urus kewangan
- Sukar ditipu
- Sukar dipengaruhi
- Ibu bapa mengajar anak urus wang belanja sekolah
- Melentur buluh biarlah daripada rebungnya
Isi 2:
- Memupuk amalan berjimat cermat
- Tahu membezakan keperluan dan kehendak
- Menyenaraikan barangan yang hendak dibeli
- Membeli barangan keperluan
- Elak membeli barangan mewah
- Dapat menjimatkan perbelanjaan
- Beringat sebelum kena
Isi 3:
- Didedahkan dengan pelbagai skim pelaburan
- Skim Amanah dan Saham Bursa Malaysia
- Boleh menggandakan wang melalui pelaburan dengan cara yang betul
- Mengelakkan kehilangan wang secara tidak berfaedah
- Skim cepat kaya membawa kebangkrapan
116
USER
[Date]
Isi 4:
- Menjamin masa hadapan
- Mengetahui fungsi simpanan jangka panjang
- Memilih skim simpanan dengan kadar keuntungan yang stabil dan halal
- Skim simpanan Islamik seperti Tabung Haji
- Wang tersedia ketika diperlukan seperti melanjutkan pelajaran atau menunaikan
haji
Isi 5:
- Mengelakkan tabiat suka meminjam dan berhutang
- Memahami kesan buruk suka berhutang
- Mengetahui kelayakan untuk meminjam
- Mengetahui fungsi meminjam wang
- Jika tidak penting, tidak perlu berhutang
- Sediakan payung sebelum hujan
Penutup:
- pengurusan kewangan yang bijak menjamin kehidupan yang selesa dan sejahtera
- bebas daripada sebarang hutang
- terhindar daripada tekanan hidup akibat masalah kewangan
- menjamin hidup yang lebih bahagia
117
USER
[Date]
Latihan KRT 8
Keamanan sejagat merupakan tanggungjawab global. Setiap negara perlu melaksanakan
pelbagai inisiatif mengekalkan keamanan yang dikecapi negara dan antarabangsa.
Tuliskan rencana berkaitan isu ini.
Rangka karangan:
Pendahuluan:
- Keamanan sejagat tanggungjawab global
- Nyatakan isu-isu yang berlaku di dunia (peperangan, musibah dan lain-lain)
- Inisiatif yang perlu dilakukan untuk mengekalkan keamanan negara dan
antarabangsa
Isi 1:
- Perpaduan rakyat.
- Penting supaya masyarakat yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia dapat
hidup dalam aman dan harmoni.
- melaksanakan pelbagai gagasan/program yang melibatkan penyatuan masyarakat.
- dapat mengelakkan isu negatif dan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat.
- mengeratkan hubungan antara kaum/bangsa.
- mengenali adat resam kaum/bangsa lain di negara ini dan antarabangsa.
- *Tahun Melawat Malaysia, Program Rumah Terbuka, Gagasan 1 Malaysia
- Tak Kenal Maka Tak Cinta, Perpaduan Asas Kemakmuran Negara
Isi 2:
- Menjalinkan hubungan kerjasama dengan negara serantau
- Penting supaya dapat mengeratkan hubungan diplomatik dengan negara lain,
boleh berbincang dan melahirkan persefahamantentang isu-isu serantau dan
antarabangsa
- Menganggotai beberapa pertubuhan- pertubuhan antarabangsa yang ada.
- dapat melahirkan persefahaman dan menyelesaikan isu-isu yang berbangkit
antara negara dengan dalam suasana yang harmoni.
- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-Negara Asia
Tenggara (ASEAN), Pertubuhan Kerjasama Negara-Negara Islam (OIC)
- Ibarat Aur Dengan Tebing
118
USER
[Date]
Isi 3:
- Mengadakan Perundingan
- Untuk menyelesaikan isu-isu terntentu secara aman tanpa berlaku keganasan
seperti peperangan
- melalui meja perundingan, pertemuan antara pemimpin negara yang terlibat,
perbincangan melalui undang-undang.
- mengurangkan ketegangan yang berlaku antara negara, mengekalkan keamanan
dan keharmonian antarabangsa.
- Pertemuan diplomatik antara pemimpin negara, penyelesaian melalui Mahkamah
Keadilan Antarabangsa (ICj)
- ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak
berselerak.
Isi 4:
- Layanan yang adil dan saksama diberikan
- untuk memastikan keadilan kepada masyarakat dan negara serta mengekalkan
keamanan negara dan antarabangsa
- memperkenalkan dasar yang adil dan saksama kepada masyarakat, negara kuasa
dunia memberikan layanan sama rata kepada setiap negara
- semua kaum/masyarakat mendapat hak yang adil dan sama rata, tidak berlaku
penindasan dan keganasan antarabangsa
- Dasar Ekonomi Baru (DEB) oleh kerajaan Malaysia, kemahiran teknologi
maklumat, peristiwa 11 September 2001 berlaku disebabkan sikap kuasa dunia
yang bersikap pilih kasih terhadap isu antarabangsa.
- Rambut sama hitam, hati lain-lain, tikus membaiki labu, pilih bulu
Isi 5:
- Membantu negara-negara yang tidak berkemampuan/dilanda musibah
- Banyak negara yang kurang dari segi ekonomi dan sering dilanda musibah
- Negara Maju perlumembantu negara-negara yang kurang dari segi ekonomi dan
sering dilanda bencana.
- Mewujudkan perpaduan masyarakat antarabangsa tanpa mengira ideologi,
menyelamatkan nyawa
- Malaysia memberikan bantuan kepada Masyarakat Rohingnya dan masayarakat
yang di timpa bencana seperti di Acheh.
- Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Penutup:
Mewujudkan Keamanan tanggungjawab masyarakat global.
- manusia yang hidup di dunia ini adalah sama.
- kekalkan kerjasama, perbincangan untuk menyelesaikan sesuatu isu/perbalahan
- keamanan negara dan antarabangsa dapat dikekalkan.
119
USER
[Date]
Latihan KRT 9
Dalam sebuah negara yang bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, perpaduan dalam
kalangan masyarakat merupakan anak kunci utama untuk menjanakan kemajuan
ekonomi dan sosial. Anda dikehendaki menulis sebuah rencana tentang kepentingan
perpaduan terhadap perkembangan ekonomi dan sosial di Malaysia.
Tulis rencana itu selengkapnya.
Rangka karangan:
Pendahuluan:
- Negara di Asia Tenggara memiliki komposisi penduduk dengan masyarakat
majmuk.
- Pelbagai etnik yang besar dan yang kecil dapat hidup bersama dan harmoni.
- Terdapat perubahan yang berlaku secara domestik dan global.
- Merenggangkan hubungan kaum-kaum yang ada di Malaysia.
- Semua pihak wajar bermuhasabah dan merenung hikmah yang diperolehi
daripada perpaduan
- Apakah kepentingan perpaduan terhadap perkembangan ekonomi dan sosial.
Isi 1:
- Dapat menjamin keamanan negara dan memupuk kerjasama dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum.
- Kerjasama merupakan ramuan penting yang membolehkan sesuatu matlamat
yang hendak dituju menjadi kenyataan
- Memajukan pelbagai aspek bagi merealisasikan negara maju menjelang abad ke -
21
- Semua aset akan lebur begitu sahaja sekiranya tiada persefahaman yang utuh
dalam kalangan rakyat.
- Potensi ekonomi, prasarana pendidikan, kemudahan infastruktur awam
- Mengiggit jari menelan kekecewaan, ibarat yang dikejar tak dapat yang dikendong
berciciran
- perpaduan dapat menjamin keamanan negara dan memupuk kerjasama dalam
kalangan masyarakat berbilang kaum.
Isi 2:
- Strategi ampuh untuk memupuk dan memperkaya multibudaya pelbagai kaum.
- Keunikan Malaysia daripada pancawarna kehidupan masyarakat majmuk
merupakan anugerah yang tidak ternilai.
120
USER
[Date]
- Membentuk masyarakat yang terdiri daripada pelbagai keturunan, budaya dan
agama untuk berada di bawah satu panji-panji negara.
- Potensi perlu digilap secara bersama dan dijadikan produk istimewa untuk
menjual nama Malaysia di persada antarabangsa.
- kepelbagaian budaya memberi impak kepada pelbagai ragam produk sama ada
cara beribadat, adat resam, makanan dan pakaian.
- Malaysia menjadi pusat tarikan pelancong.
- Kedudukan Malaysia sebagai pusat pelancongan menjadi lebih cemerlang dan
terbilang.
- sikap ramah mesra, kunjung-mengunjung, toleransi antara satu sama lain.
- Bagai aur dengan tebing.
- perpaduan telah memperkaya multibudaya pelbagai kaum seterusnya membentuk
budaya sosial yang disanjungi oleh negara serantau.
Isi 3:
- Menjadi imlak yang membolehkan individu atau masyarakat membangunkan
potensi budaya, kemahiran dan seni.
- Kreativiti sama ada budaya atau nilai seni hendaklah bermula dengan kebebasan
individu membangunkan potensinya.
- Setiap kaum perlu membuang perasaan syak dan sangsi untuk memajukan potensi
diri.
- mengutamakan perpaduan yang tulen untuk membangunkan unsur positif dalam
diri.
- Melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif.
- banyak penemuan baru yang terhasil sama ada melalui inovasi, reka cipta dan
seni budaya
- Perasaan takut dan kebencian serta permusuhan adalah contoh budaya yang boleh
mematikan kreativiti.
- Katak di bawah tempurung, ibarat sepuluh jong masuk kuala anjing tetap
bercawat ekor.
- perpaduan amat penting kepada individu untuk memangunkan potensi budaya,
kemahiran dan seni sekali gus pemangkin kepada perkembangan ekonomi dan
sosial.
Isi 4:
- Menjana ekonomi negara.
- ekonomi membolehkan sebuah negara bersaing sama ada di peringkat serantau
mahupun global.
- Amalan bertolak ansur, setia kawan dan bermuamalah secara positif boleh
menjadikan wasilah kepada persyarikatan untuk membangunkan iktisad sesuah
negara.
121
USER
[Date]
- Konsep persyarikatan dan polisi menang-menang dalam perniagaan memerlukan
sikap yang saling percaya dan mencintai keamanan yang total.
- perpaduan yang teguh dan jitu dapat dicapai, mewujudkan perkongsian yang
cukup sihat dalam kalangan warganya
- negara-nagara maju seperti Findland, Norway dan Switzerland
- Serumpun bak serai, sejunjung bak sirih
- perpaduan yang dapat memacu ekonomi dan membentuk sosial yang terpuji.
Isi 5:
- Solidariti ummah dan ketahanan nasional.
- lumrah dalam kehidupan bahawa perpaduan menyatukan rakyat sementara
pertelingkahan akan memusnahkan perpaduan.
- terpacu daripada kerjasama dan perpaduan dalam kalangan rakyat.
- Anjakan globalisasi memberi ruang seluas-luasnya kepada warga dunia untuk
meneroka peluang peringkat global.
- Pihak luar mengambil kesempatan memporakperandakan negara sekiranya rakyat
tidak bersatu padu.
- membawa kemusnahan kepada kedaulatan negara seterusnya mengancam
ekonomi dan sosial masyarakat.
- sejarah Raja Mudeliar, Nina Sura Diwana dan Si Kutil yang bertelagah akhirnya
membawa kejatuhan kepada empayar Melaka.
- Bersatu teguh bercerai roboh /lesung sama antan bertelingkah ayam yang
kenyang/jong pecah yu yang kenyang
- dengan perpaduan yang jitu maka solidariti ummah dan ketahanan nasional kekal
terpelihara sepanjang zaman.
Penutup:
- Rakyat seharusnya menunjukkan semangat cinta akan negara.
- Menghargai keamanan dan kemakmuran yang dikecapi.
- Bersatu menjunjung kedaulatan agar gah di persada global.
- Melonjakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
- tatasusila timur yang sentiasa dijunjung dan dikelek sekian lama.
- Air dicencang tidak akan putus.
122
USER
[Date]
Latihan KRT 10
Karya sastera seperti novel, cerpen, drama dan puisi boleh membentuk remaja menjadi
insan penyayang dan berkeperibadian mulia.
Bincangkan unsur-unsur dalam kesusasteraan yang boleh membentuk keperibadian
seseorang.
Rangka karangan:
Pendahuluan:
- Karya sastera merupakan sentuhan seni yang amat tinggi nilai falsafah dan
kebijaksanaan.
- Di sebalik pemilihan kata yang indah dan berseni terselit seribu satu mesej yang
ingin disampaikan.
- unsur-unsur nilai murni yang ingin mendidik pembaca menjadi sebahagian
daripada nilai keindahan yang memberikan nafas kepada sesebuah karya sastera.
- pembaca akan merasai kelainan apabila membaca karya-karya sastera jika
dibandingkan dengan jurnal-jurnal biasa.
- Gabungan antara pendidikan akaliah, emosi dan sentuhan hati nurani boleh
melahirkan insan yang seimbang dalam aspek akal budi, emosi dan nilai-nilai
estetika.
- karya sastera seperti novel, cerpen, drama dan puisi boleh membentuk remaja
menjadi insan penyayang dan berkeperibadian mulia.
- terdapat pelbagai unsur luaran dan dalaman dalam genre-genre tersebut yang
mampu menatijahkan peribadi insan yang mulia.
Isi 1:
- unsur-unsur keindahan bahasa yang boleh memupuk jiwa yang tinggi nilai
budaya.
- Bahasa elemen penting pembentukan peribadi insan.
- Elok bahasa, mulia nurani
- cemerlanglah tingkah laku
- menjadi fitrah bahasa menjadi cerminan jiwa raga.
- pengucapan puisi dalam bahasa bertimbal seperti simili, metafora dan personifikasi
menjadi unsur perlambangan yang mengandung ciri-ciri estetika dalam budaya
berbahasa dalam kata-kata, ‘Bahasa Cerminan Bangsa’.
Isi 2:
- konflik dan jalinan peristiwa boleh merangsangkan daya sensitiviti dan cakna
terhadap sesuatu perubahan.
123
USER
[Date]
- Perwatakan dan sikap manusia mudah dibentuk berdasarkan pengalaman yang
pernah ditempuhi.
- kuasa penghayatan melalui pembacaan dan tontonan turut menjadi medium yang
membentuk sikap manusia.
- jalinan peristiwa dan konflik dalam cerita begitu mudah menyentuh kalbu insan
agar pantas berfikir.
- emosi manusia yang mudah sensitif dan peka terhadap sesuatu peristiwa.
- Peristiwa seperti putus cinta, penderaan dan penganiayaan melatih sikap
penyayang.
- hati kecil manusia mudah tersentuh dengan apa-apa yang dilihat, dilalui atau
dirasai sendiri.
Isi 3:
- unsur-unsur nilai kemanusiaan mendidik pembaca mengubah citra jiwa
- berhijrah daripada sifat yang keji kepada yang mulia.
- Penerapan nilai kemanusiaan mempengaruhi emosi manusia.
- Unsur-unsur nilai sejagat seperti penyayang, simpati dan bertimbang rasa boleh
membentuk peribadi dan akal budi yang mulia.
- peristiwa menarik masing-masing dalam novel Di Sebalik Dinara dan Silir Daksina
membangkitkan nilai kasih sayang.
Isi 4:
- mesej atau amanat pengarang mendidik dan menanamkan perasaan insaf atas
sesuatu kesilapan.
- lumrah manusia melakukan kesalahan dan kekhilafan.
- manusia harus belajar daripada kelemahan dan kembali kepada jalan yang benar,
- Melalui pembacaan atau menonton filem, timbul daya ingin tahu,
- ingin berubah sikap apabila bertemu dengan pelbagai peristiwa dan konflik yang
boleh meruntun sukma.
- mesej yang hendak dibawakan di dalam novel–novel yang dipilih untuk kajian
KOMSAS pada peringkat SPM.
Penutup:
- penerapan unsur mendidik dalam karya
- emosi manusia mudah tersentuh dengan sesuatu peristiwa
- menjadi jurubicara kepada sesuatu konflik sosial lalu dihidangkan dalam versi seni
- mampu melahirkan sebuah masyarakat yang berakhlak mulia dan berkeperibadian
tinggi.
124
USER
[Date]
Latihan KRT 11
Telitikan maksud pantun di bawah.
Yang kurik kundi
Yang merah saga
Yang baik budi
Yang indah bahasa
Berdasarkan pantun di atas, bincangkan pendapat anda tentang kelebihan amalan berbudi
bahasa.
Rangka karangan:
Pendahuluan:
- nilai budi bahasa dipandang sangat tinggi dan dimuliakan oleh masyarakat
- Nilai murni yang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas itu menjadi
sanjungan
- menjadi ukur tara kedudukan seseorang itu dalam masyarakatnya.
- amalan berbudi bahasa mempunyai impak yang sangat besar untuk membina
sebuah masyarakat yang ideal dan harmoni.
Isi 1:
- Budi bahasa membangunkan sebuah masyarakat yang kaya dengan nilai-nilai
murni.
- budi sentiasa diukur dengan keupayaan seseorang itu menampilkan imej yang baik
dan bersopan santun.
- Budi menerima nilai tambah daripada bahasa yang bersopan, berhemah dan kata-
kata bernilai tinggi.
- Perihal kemanusiaan amatlah penting sebagai syarat membina masyarakat yang
maju dan dinamik.
- amalan budi bahasa dapat memupuk nilai
Isi 2:
- dapat memperkukuh jalinan semangat perpaduan.
- Budi bahasa lahir daripada jiwa yang leluhur.
- Budi bahasa bukan hal yang boleh dibuat-buat atau disengajakan.
- Budi bahasa dijanakan dan disokong oleh lenggok bahasa yang lembut dan sopan
menjadi medium untuk berkomunikasi.
- bahasa sebagai pancaran peribadi
- asas kepada pembentukan masyarakat madani
125
USER
[Date]
- mengutamakan ukhuwah kerana lahir daripada perasaan baik sangka dan saling
hormat.
- relevan dalam situasi masyarakat multi kaum di Malaysia
Isi 3:
- teras amalan yang bersesuaian dengan tatacara agama dan moral.
- Kesempurnaan insan berdasarkan doktrin ajaran agama masing-masing
- Ihsan merupakan sifat leluhur yang terbit daripada emosi yang terdidik daripada
sifat zuhud, patuh dan takwa.
- semua agama mengusulkan penganutnya agar menjunjung tinggi nilai
kemanusiaan dan nilai ketertiban berlandaskan budi bahasa.
- setiap insan disarankan agar taat akan agama
- agama mengajarkan insan menjadi sempurna berdasarkan bidalan “Adat
bersendikan hukum, hukum bersendikan kitabullah”.
Isi 4:
- aset penting untuk menjaga keamanan masyarakat dan negara.
- Masyarakat yang berbudi menghargai kebaikan orang lain, saling hormat dan
berstu padu.
- Inilah ikon masyarakat yang kuat yang sentiasa peka akan kesejahteraan ummah.
- Jika budi bahasa tidak diamalkan, segala sifat mazmumah pasti menjadi dalang
kepada perpecahan kaum.
- isu yang berkaitan persengketaan kaum mudah menjadi duri di dalam daging dan
retak mencari belah untuk menghancurkan perpaduan.
Isi 5:
- boleh menjadi aset utama untuk tarikan pelancong.
- rakyat Malaysia amat dikenali dengan tingkah laku yang sopan dan berbudi bahasa.
- menggambarkan penerimaan baik masyarakat antarabangsa kepada rakyat
Malaysia.
- menjadi aset percuma untuk menarik kunjungan pelancong.
- budi bahasa itu menjadi buah mulut orang asing
Penutup:
- budi bahasa budaya bangsa
- melambangkan identiti sesebuah negara
- perlu diamalkan
- untuk kesejahteraan masyarakat Malaysia
126
USER
[Date]
Latihan KRT 12
Novel merupakan hasil karya kreatif yang mempunyai peranan yang besar dalam
masyarakat. Novel juga menyelitkan pelbagai isu yang menjurus ke arah kebaikan.
Huraikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan membaca novel.
Rangka karangan:
Pendahuluan:
- terdapat pelbagai novel di pasaran
- setiap novel tentunya mempunyai kekuatan masing-masing
- garapan tentang pengalaman atau pemerhatian pengarang
- menyajikan nilai dan pengajaran
- memberikan pelbagai kebaikan kepada masyarakat
Isi 1:
- Memupuk nilai murni
- Dapat dijadikan teladan
- Dipaparkan melalui jalan cerita dan watak tertentu
- Dapat menyerapkan pelbagai nilai murni kepada pembaca
- Nilai keimanan, nilai patriotime, nilai bertanggungjawab
- Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan
Isi 2:
- Meningkatkan kemahiran berbahasa
- Dapat memantapkan penguasaan dan kemahiran berbahasa dengan baik
- Membantu dalam penulisan
- Penguasaan kemahiran berbahasa lebih mantap
- Boleh menulis sesuatu isu dengan bahasa yang teratur dan rapi
- Bahasa menunjukkan bangsa
Isi 3:
- Memperoleh ilmu pengetahuan
- Jalan cerita banyak memaparkan kisah benar
- Membaca pelbagai tema novel
- Dapat menguasai pelbagai ilmu dalam kehidupan
- Tema novel patrotisme, kekeluargaan
- Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
127
USER
[Date]
Isi 4:
- Mengisi masa terluang
- Masa dapat diisi dengan aktiviti yang berfaedah
- Membaca novel dalam
- Tidak membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah
- Elak masalah sosial seperti melepak, berlumba haram
- Masa itu emas
Isi 5:
- Mengubah persepsi pembaca terhadap sesuatu perkara
- Terdapat pelbagai isu negatif dan positif dalam novel
- Kritikan sosial memaparkan kepincangan masyarakat
- Pembaca dapat memahami kehidupan masyarakat
- Novel-novel berunsur dakwah, kemanusiaan dan kemasyarakatan
- Tak kenal maka tak cinta
Penutup:
- Penulis perlu menghasilkan karya yang bermutu
- Menggarap isu-isu kemasyarakatan
- Menjadi panduan mendepani cabaran hidup
- Mengelakkan gejala sosial
- Kesejahteraan hidup masyarakat terpelihara
128
USER
[Date]
Latihan KRT 13
Generasi muda kini semakin tidak berminat untuk membaca karya sastera.
Bincangkan punca-punca berlakunya fenomena tersebut dan cadangkan langkah-langkah
yang sesuai untuk menanganinya.
Rangka karangan:
Pendahuluan:
- Karya sastera cerminan penulis
- Karya ini semakin dilupakan
- Kewujudan gajet mengubah senario hidup
- Permainan di hujung jari
- Generasi muda memilih bahan bacaan hiburan
- Menyeronokkan
- Mengalami kepupusan
Isi 1:
- Sikap penulis yang mengupas cerita lama sebagai tema
- cerita sebegini tidak sesuai dengan cita rasa masyarakat hari ini yang
mementingkan kemajuan sains dan teknologi
- Tema yang dikupas seharusnya berkisar pada isu-isu semasa
- karya sastera tidak menarik minat lalu dipinggirkan
- Cerita hikayat atau mitos/dongeng, atau novel kemasyarakatan yang lapuk/biasa.
- Seperti katak di bawah tempurung, ketinggalan zaman
Isi 2:
- Karya yang dihasilkan terlalu tebal atau panjang
- tidak sesuai dengan kehendak manusia pada zaman yang sibuk dan memcabar ini
- seharusnya penulis mengolah isu yang relevan
- menggunakan teknik yang dapat memikat pembaca.
- membantutkan minat membaca dalam kalangan masyarakat
- Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur mungkin terlalu tebal untuk dibaca oleh
remaja kini
Isi 3:
- Gaya persembahan yang kurang dititikberatkan oleh penulis
- gagal menggunakan bahasa yang menggambarkan keindahan karya
- Penulis memilih perkataan yang sukar difahami
- hasil penulisan sukar difahami oleh pembaca dan membantutkan minat membaca.
129
USER
[Date]
- Misalnya, cerita klasik
- Tak kenal maka tak cinta
Isi 4:
- Penulis harus berusaha untuk menghasilkan karya yang bermutu
- Penulisan yang bermutu dan sesuai akan menarik minat remaja untuk membaca
karya tersebut.
- penggunaan bahasa yang indah, gaya bahasa yang menarik, kosa kata tepat
- mudah difahami
- Generasi muda akan berminat untuk terus membaca novel
- persoalan yang dibincangkan harus berkisar tentang kehidupan masyarakat
sekarang seperti yang berkaitan dengan sains dan teknologi
- Dari mata turun ke hati
Isi 5:
- Kempen membaca karya sastera secara meluas perlu diadakan
- agar orang ramai mudah mendapatkan buku dengan harga yang berpatutan
- rakyat berpeluang untuk mengenali karya-karya sastera
- pameran dan jualan buku wajar diadakan di seluruh negara
- menggunakan pelbagai medium termasuk memanfaatkan teknologi maklumat
dalam penghasilan dan penyebaran/ pemasaran
- Karya sastera boleh dibaca pada bila-bila masa atau di mana-mana tempat
- penulis boleh memuat naik karya mereka dalam blog berbayar atau perpustakaan
berdaftar dalam talian
- Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Penutup:
- Perkembangan sains dan teknologi menuntut anjakan paradigma
- Penghasilan bahan bacaan tidak terkecuali
- Keupayaan menghasilkan karya yang bermutu sangat bermanfaat
- Manipulasi media perlu digarap
- Karya sastera terus diminati
- Tak lapuk dek panas tak lekang dek hujan
130
USER
[Date]
Latihan KRT 14
Sesebuah karya sastera yang berkualiti bukan sahaja menarik minat pembaca untuk terus
membaca malah mampu mempengaruhi perspesi pembaca terhadap kehidupan.
Jelaskan keistimewaan tersebut.
Rangka karangan:
Pendahuluan:
- Penghasilan karya semakin berleluasa seiring perkembangan teknologi
- Kebanyakan karya berbentuk hiburan
- Ada karya yang dipengaruhi unsur Barat
- Perlu ada karya yang berkualiti
- Karya berkualiti mempengaruhi persepsi pembaca terhadap kehidupan
- Karya berkualiti banyak keistimewaan
Isi 1:
- gaya bahasa yang menarik
- bahasa sebagai medium yang dapat menyampaikan mesej
- menggunakan laras/ ragam bahasa yang mudah, tepat dan pelbagai
-
- tidak menggunakan bahasa klasik
- mesej/ tema cerita menjadi jelas dan difahami
- laras bahasa / istilah sinonim dengan pengetahuan sedia ada
- cerita fiksyen sains menggunakan laras teknologi dan sains yang biasa digunakan
dalam subjek sains
Isi 2:
- nilai dan mesej releven dengan kehidupan
- membentuk jati diri dan akhlak mulia
- membolehkan pembaca membuat perbandingan antara baik dan buruk
- jalan cerita sarat dengan nilai-nilai
- memberikan keinsafan, berfikir dan bertindak
- meninggalkan kesan mendalam
- membentuk masyarakat gemar membaca
- pembaca menitis air mata
Isi 3:
- susunan / binaan plot yang menarik dan jelas
- mengelakkan kebosanan dan mengekalkan minat pembaca
131
USER
[Date]
- menimbulkan rasa ingin tahu kerana gaya penceritaan yang bertentangan dengan
kehidupan normal
- jalan cerita tidak meleret-leret dan panjang
- mengandungi unsur kejutan / saspens
- menggunakan pelbagai teknik penceritaan yang menarik
- Mengandungi unsur imaginasi dan mistik yang memberi kelainan
- memupuk minat membaca
- menyerap nilai dan teladan
- mengubah persepsi dan tanggapan akan kehidupan
- karya mistik dan cerita seram
Isi 4:
- pemilihan tema dan persoalan yang realisitik
- tema dan persoalan yang releven dengan kehidupan
- meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri pembaca
- membincangkan konflik dalam masyarakat dan isu yang realisitik dengan
kehidupan
- cerita bertepatan dengan pembaca membolehkan pembaca menjiwai dan
menyelami perwatakan watak
- mengubah pandangan / perspesi dan tanggapan pembaca terhadap sesuatu
perkara
- menjadi iktibar dan memberi pengajaran
- tema remaja, kekeluargaan, kasih sayang, kerohanian
Isi 5:
- penampilan watak dan perwatakan yang berkesan
- watak ialah penggerak utama sesebuah cerita
- watak menampilkan keistimewaan dari aspek fizikal, emosi, gaya berfikir dan
kerohanian
- menyeimbangkan peranan watak protagonis dan antagonis
- pengolahan perlakuan watak berupaya menyentuh emosi pembaca
- mewujudkan konflik yang mencabar dan menarik melalui pelbagai reaksi watak
- menjadi ikon kepada pembaca
- watak hero mempunyai fizikal tampan, sasa
- manakala watak hitam bengis, kejam dan kasar
Penutup:
- kehidupan penuh cabaran memerlukan karya berkualiti
- panduan masyarakat mendepani cabaran
- diharap semakin banyak karya yang berkualiti
- karya yang berkualiti tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
132
USER
[Date]
Latihan KRT 15
Peribahasa “harapkan pagar, pagar makan padi” selalu menjadi bualan apabila berlakunya
perkara yang tidak diingini.
Ulaskan pendapat anda tentang sikap golongan seperti ini.
Rangka karangan:
Pendahuluan:
- hidup di dunia ini kadang-kadang seperti berada di atas pentas sandiwara. manusia
kadang kala bertindak seperti badut.
- melakonkan pelbagai aksi yang sebenarnya bukan watak mereka. lahirlah pelbagai
bentuk dan ragam manusia yang antara lain bersifat tidak jujur, menikam dari
belakang, hipokrit, dan belot.
- Peribahasa harapkan pagar, pagar makan padi mendedahkan suatu sikap buruk
yang menampilkan tingkah laku tidak jujur, tidak amanah dan memusnahkan
kepercayaan orang.
- signifikan dan amat bijaksana ditampilkan di tengah-tengah masyarakat yang
kompleks dan akan terus berfungsi sampai bila-bila masa jua.
Isi 1:
- Huraian makna peribahasa
- Sifat khianat dan dengki ialah paksi kepada tingkah laku negatif
- Telunjuk lurus kelingking berkait, haruan makan anak, dan kusangka panas sampai
ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari
- Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan di dunia ini manusia tidak dapat lari
daripada perbuatan yang keji
- boleh membawa mudarat kepada orang lain.
- suatu sindirian
- manusia bernama manusia dendam dan kesumat tetap bermaharaja lela.
Isi 2:
- Faktor mendorong sikap negatif seperti peribahasa ialah individu yang terlalu
menurut kata hati
- Manusia mudah terperangkap dengan pujuk rayu syaitan
- Mereka bertuhankan ‘nafsu’ dan mementingkan diri sendiri.
- demi melayani kehendak yang tidak terbatas, manusia sanggup belot
- Contoh, kes-kes pecah amanah
- Senario dahulu, dilakukan secara tersembunyi
133
USER
[Date]
- kini berlaku dalam bentuk yang lebih terancang seperti menyunglapkan akaun,
pecah amanah, penipuan dalam ekuiti dan saham.
Isi 3:
- kebankrapan akhlak dan agama menjadi beban
- manusia mudah gelap mati
- sanggup mengkhianati amanah.
- sudah lucut nilai-nilai bertanggungjawab dan nilai integriti,
- yang buruk menjadi benar dan segala-gala yang haram cuba dihalalkan
- Iman, agama, akhlak, dan akal budi ialah pemacu untuk membentuk manusia yang
mengamalkan nilai-nilai murni.
- agama diletakkan pada tahap yang paling rendah.
- Tiada kawalan semua dibolehkan
- membujur lalu melintang patah.
Isi 4:
- kesan buruk jika menular dalam masyarakat,
- penipuan, pecah amanah, dan skandal-skandal serta sindiket haram berleluasa.
- Harta negara dan hak awam dijadikan milik peribadi
- tugas hakiki dijadikan landasan untuk memenuhkan tembolok sendiri.
- kepentingan negara diperdagangkan
- amanah rakyat mula dikhianati.
- hancurlah sesebuah negara
- wujudlah masyarakat skeptik, pincang dan tidak patriotik.
Isi 5:
- amalan negatif harus dibanteras sehingga ke akar umbi.
- Tanamkan nilai-nilai murni kepada masyarakat
- Terapkan nilai dalam sistem pendidikan
- Nilai bukan hanya hafalan
- Nilai harus menjadi amalan
Penutup:
- Sikap tidak jujur
- melambangkan individu itu tidak memiliki sifat telus dan berbudi tinggi
- seperti gunting dalam lipatan/ada udang di sebalik batu,
- Sikap tidak jujur pasti terbongkar
- segala taktik kotor yang dijadikan strategi akan memakan diri sendiri seyogia,
jauhilah amalan keji yang sedemikian rupa.
- Kehidupan mendapat berkat dunia dan akhirat.
134
USER
[Date]
Latihan KRT 16
Sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dielakkan,
sebaliknya sikap ke bukit sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni perlulah
diamalkan dalam kalangan masyarakat setempat untuk memperkukuh perpaduan.
Berikan pendapat anda tentang kepentingan memperkukuh perpaduan dalam kalangan
masyarakat.
Rangka karangan:
Pendahuluan:
- Huraian maksud peribahasa
- Berikan isu-isu yang berkaitan dengan peribahasa
- Kepentingan memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat
Isi 1:
- Negara terus maju dan berkembang dalam pelbagai bidang
- Rakyat bersatu padu membolehkan pelbagai aktiviti dijalankan tanpa sebarang
gangguan atau halangan
- Bekerjasama dalam pelbagai aktiviti dalam membangunkan negara
- Negara lebih maju
- Banyak pembangunan dapat dijalankan
- Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
Isi 2:
- Mengelak berlakunya pergaduhan antara kaum
- Dapat menimbulkan pelbagai masalah yang boleh meruntuhkan perpaduan
masyarakat
- Tidak wujud rasis dalam kehidupan bermasyarakat
- Dapat mengelak tragedi seperti peristiwa 13 mei
- Berlaku pertumpahan darah antara kaum
- Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
Isi 3:
- Ekonomi negara terus berkembang dan mapan
- Perpaduan menyebabkan banyak pelancong dan pelabur asing datang ke negara ini
- Pelabur akan percaya dengan keadaan negara yang stabil
- Ekonomi negara akan lebih stabil
- Pusat pelancongan akan banyak dibuka di seluruh negeri dan membuka banyak
peluang pekerjaan
135
USER
[Date]
Isi 4:
- Musuh sukar menceroboh masuk dan mentadbir negara
- Kestabilan politik menjadikan pentadbiran negara stabil dan mantap
- Rakyat berbilang kaum sentiasa menyokong pentadbiran yang adil dan saksama
- Tidak berlaku pilih kasih yang meyebabkan berlakunya perselisihan faham
- Dalam memberi bantuan kepada rakyat pelbagai kaum yang hidup serba
kekurangan
- Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
Isi 5:
- Sistem pendidikan akan berjalan dengan lancar
- Membolehkan murid dapat menimba ilmu sehingga ke menara gading
- Keadaan negara yang aman damai
- Mereka dapat menjadi pemimpin yang berkaliber pada masaakan datang
- Pelbagai kemajuan dalam bidang pendidikan
- Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
Penutup:
- Perpaduan amat penting
- Masyarakat berbilang kaum mudah ditadbir urus
- Tiada perpaduan membawa kemudaratan
- Keamanan terjejas
- Ekonomi bantut
- Masyarakat patut memperkukuh perpaduan
- Kesejahteraan dapat dikekalkan
136
USER
[Date]
Latihan KRT 17
Slogan “Rumahku, Syurgaku” menekankan suatu usaha kerajaan yang berhasrat untuk
mengembalikan institusi keluarga sebagai tempat untuk membina kebahagiaan dan
memberi keseronokan kepada anak-anak.
Pada pendapat anda, mengapakah slogan ini penting dijayakan oleh institusi keluarga di
negara kita?
Rangka karangan:
Pendahuluan:
- Konsep “rumahku syurgaku”
- Perkembangan teknologi menjadi saingan
- Menunjukkan peri pentingnya institusi kekeluargaan dalam pembentukan peribadi
anak-anak
- Perlu diberi perhatian
- Penting kepada masyarakat dan negara
Isi 1:
- Mengeratkan silaturahim
- Kesibukan ibu bapa dalam kerjaya masing-masing
- hubungan dan komunikasi antara anak dan ibu bapa semakin renggang
- ibu bapa jarang meluangkan masa bersama dengan anak-anak
- anak-anak dijaga oleh pengasuh atau pembantu rumah
- rumah tempat berkomunikasi, eratkan hubungan
- melentur buluh biarlah dari rebungnya
Isi 2:
- melahirkan satu generasi muda yang ketrampilan
- membantu anak memahami erti kehidupan
- tanggungjawab ahli keluarga dalam menyemai kesedaran pentingnya kehidupan
beretika
- penerapan nilai murni dan agama
- meluangkan masa bercerita bersama anak tentang pelajaran atau hobi
- anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya
Isi 3:
- Asas membina kebahagiaan dalam sesebuah institusi kekeluargaan
- melahirkan anak-anak berpotensi besar untuk mencapai kejayaan dalam hidup
- ibu bapa memberi perhatian dan bimbingan
- anak tidak mudah terpengaruh oleh gejala sosial negative
137
USER
[Date]
- anak terkawal dan fokus dalam pembelajaran
- tidak terjebak aktiviti merokok, vandalism
- bagaimana acuan begitulah kuihnya
Isi 4:
- mengukuhkan jati diri remaja
- Cabaran hidup remaja sekarang semakin besar
- pengaruh kecanggihan teknologi global yang kuat dan menarik
- kawalan/pemantauan yang kurang daripada ibu bapa, anak-anak terjerumus atau
tewas oleh pengaruh negatif
- anak hilang pertimbangan dan terikut rakan
- terlibat dalam jenayah
- Didikan awal bermula dari rumah
Isi 5:
- Meningkatkan produktiviti negara
- kualiti kerja tinggi kerana kehidupan yang lebih harmoni
- kurang tekanan hidup dan sentiasa mendapat sokongan daripada ahli keluarga
- perasaan ceria dalam melaksanakan kerja
- mengelakkan kejadian ngeri seperti bunuh diri
Penutup:
- slogan yang berguna
- perlu diteruskan
- mengukuhkan institusi kekeluargaan
- meneguhkan keamanan
138
USER
[Date]
Latihan KRT 18
Peribahasa “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri” bermaksud sebaik-
baik negeri orang, tidak sebaik negeri sendiri.
Tulis sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut.
Rangka karangan:
Pendahuluan:
- kisah Haris, seorang anak Malaysia yang berjaya menamatkan pengajian dalam
bidang teknologi di New York University
- memperoleh keputusan yang sangat cemerlang
- menerima tawaran pekerjaan dengan gaji yang lumayan di sebuah syarikat
teknologi dan komunikasi di New York
Isi 1:
- memaklumkan keputusan untuk menerima tawaran tersebut kepada ibu dan ayah
- ibu bapa membantah keputusan tersebut
- bimbang jika Haris akan melupakan mereka dan berkahwin dengan gadis di Barat
- Haris tetap dengan keputusannya
Isi 2:
- Haris menetap di New York
- sibuk dengan pekerjaannya
- Haris berasa sangat rindu akan keluarganya
- mengirimkan wang sebagai penawar rindu kepada ibu bapanya
- menitiskan air mata melalui panggilan video
Isi 3:
- ibu Haris tidak berputus asa memujuknya supaya menetap di Malaysia
- tidak putus-putus mengirimkan surat kepada Haris untuk menyatakan perasaan
rindunya
- Haris berbelah bahagi
- Konflik dalaman
Isi 4:
- Haris berkenan dengan seorang gadis New York
- berhajat untuk mengahwini gadis tersebut
- memaklumkan hasratnya kepada ibu bapanya
- dinasihati agar memikirkan hasratnya itu
139
USER
[Date]
- membatalkan hasrat tersebut kerana gadis itu terlalu bebas
- bertentangan dengan budaya Timur
Isi 5:
- suatu peristiwa yang menggemparkan masyarakat dunia berlaku
- peristiwa 11 September di New York
- Haris berasa tidak selamat
- membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia
Penutup:
- kepulangan Haris ke Malaysia secara mengejut disambut dengan tangisan
kesyukuran oleh ibu, ayah, dan anggota keluarganya yang lain
- Haris gembira kerana dapat kembali ke tanah airnya yang tercinta
- berbakti kepada masyarakat dan negara
- bekerja sebagai pensyarah teknologi di Universiti Malaysia Sabah
- berasa bangga walaupun menerima gaji yang lebih rendah
- berkahwin dengan gadis tempatan
140
USER
[Date]
Latihan KRT 19
Tulis sebuah cerpen yang berakhir dengan dialog di bawah ini.
“Aku bangga atas pencapaian engkau walaupun pada suatu masa dahulu aku selalu merendah-
rendahkan kemampuan engkau”.
Rangka karangan:
Pendahuluan:
- bermula apabila keputusan PMR diumumkan
- mendapat keputusan sederhana
- memaksa Azman membuat keputusan baharu
- mengenang memori lama
- ada episod yang melukakan hati
Isi 1:
- Memasuki alam sekolah menengah Azman memasang angan-angan tinggi
- Bercita-cita menjadi jurutera
- Ibu bapa mengharapkannya menjadi individu cemerlang
- Insan hebat dalam bidang yang diceburi
Isi 2:
- UPSR 5A
- Dihantar ke Sekolah Berasrama Penuh
- Bersaing dengan pelajar-pelajar cemerlang
- Ketahanan menjadi goyah
- Pencapaian tidak sehebat di sekolah rendah
Isi 3:
- Keputusan PMR tidak memberangsangkan
- Sedih kerana mengecewakan keluarga
- Mengambil keputusan memilih Kolej Vokasional
- Kursus membuat kek dan roti
- Membuka laluan baru dalam hidupnya
Isi 4:
- Detik perpisahan tiba
- Sedih berpisah dengan kawan rapat
- Lega kerana terhindar daripada rakan-rakan yang cemerlang
- Ada yang mengutuk dan menghina
- Azman tabahkan hati
141