The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PPD TANGKAK-CM33 KPM, 2024-02-15 07:47:31

Buku Inovasi Tangkak 2023

Buku Inovasi Tangkak 2023

E-PROSIDING HASIL INOVASI PENDIDIKAN DAERAH TANGKAK edisi 2023


e-Prosiding Hasil Inovasi Pendidikan Daerah Tangkak Tahun 2023 Diterbitkan Oleh: Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak d/a SMK Tun Mamat, Jalan Payamas, 84900 Tangkak, Johor. Tel: 06-9791127 Fax: 06-9791121 Cetakan Pertama: 2024 ISBN : 978-629-99145-1-8 Hak Cipta Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak Johor, Malaysa Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikal, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa bentuk dan cara sama ada secara elektronik, mekanik, gambar, rakaman, dan sebagainya tanpa kebenaran dan keizinan pemilik hak cipta terlebih dahulu. Pencetak PERCETAKAN PESTA SDN. BHD. 2-4, Taman Arosa, Jalan Haji Jaib, 84000 Muar, Johor.


ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT Kata-kata Aluan Yang Berhormat Kata-kata Aluan Pegawai Pendidikan Daerah Sidang Jawatan kuasa Penerbitan Sekilas Memori Inovasi 2023 i ii iii iv - v Inovasi Pengurusan A. Kategori Individu 1 SISTEM REKOD PROGRAM NILAM Ng Shi Ling SJKC Chung Hwa Belemang 1-3 2 E-UBKPRIHATIN Maizura binti Musliman SMK Sagil Tangkak 4-6 3 Pengurusan PBD Noor Izwany binti Ahmad SK Serom 8 7-9 4 MASA ITU EMAS Khoo Poh Lee SJKC Kebun Bahru 10-11 5 KIOSK A & A Nurshila binti Umar Baki SMA Shamsuddinia 12-14 B. Kategori Kumpulan 1 APLIKASI PENINGKATAN PERATUS KEHADIRAN Ong Saw Guat, Low Seow Eng, Tee Lee Hong SJKC Bekoh 15-17 2 PLASTIC FREE CANTEEN Mohd Haziq bin Kamaroszaman, Maslianna binti Mohd Zainol, Nur Aida Syakirah binti Mohamad, Nur Afiqah binti Tahir, Ainul Huda binti Mohamad Pesal SK Serom 8 18-20 3 RANGKAIAN SEBANJAR Asri bin Meon, Nor'Azman bin Salleh, Zamri bin Khatiman SK Bukit Banjar 21-22 4 THE DAILY DRIP (RMT CORNER) Tan Siew Yee, Tan See Luan, Er Yeok Bee, Tan May Nee, Fong Zhen Geng SJKC Chung Hwa Serom 3 23-25 5 APLIKASI KAD DELIMA NILAM Norliana binti Taib, Mohd Firdaus bin Abd Jalil SK Payamas 26-28 6 KAD ABC Nur Azura binti Mahin, Khomsah binti Mutalib, Noor Akashah bin Nordin, Anizan bin Mohamed SMK Tun Mamat 29-31 7 DASHBOARD NoPe Norazalina binti Mohd Ghazali, Arpah binti Basar, Zuraina binti Khamis SMK Seri Tangkak 32-34


Inovasi PDP A. Kategori Berkumpulan (Rendah Dan Menengah) 1 KIT JEMARI EMAS Naqiyah binti Mahmud, Nurul Hidayah binti Yaziz, Nadiha binti Md Khalid SK Ledang 35-37 2 BUDGET e-CLASSROOM Koh Sek Kian, Lau Hwa Dee SJKC Kung Yu 38-39 3 CARTA PINTAR BAHAGI Komathi A/P Krishnan, Santha A/P Kannan, Punitha A/P Mohan SJKT Ladang Tangkah 40-42 4 FORMULA BDBTASK Sim Thiam Yong, Seni Bin Jantan, Gwee Mong Lan SJKC Chung Hwa Asahan 43-44 5 DUMM (DAM ULAR UNTUK MENGIRA) Lee Eng Bian, Ong Foo Chu SJKC Pei Eng 45-46 6 CUBE RUBIK Syarifah Nurul Izza binti Syd Jaffar, Siti 'Azami Mujahidah binti Mohamed, Nurul Athirah binti Ithnin SMK Tun Mamat 47-49 7 RODA INTERAKTIF BAHASA ARAB Helmy bin Uzer, Latifah binti Ali, Nafishah binti Abdul Ghapar SK Bekoh 50-52 8 KIT 'SAYA LIBAT, SAYA HEBAT' Gan Mei Nee, Gan Mei Tyng SJKC Chin Ju 53-55 9 AQRAB Zai Hazreen bin Ab Malik, Siti Zalmah binti Minhat SK Puteri Ledang 56-57 10 e-FLIP BUNDAR NOMBOR Tay Pei Ching, Lee Joa Na SJKC Pei Hwa 58-59 11 e-PERIBAHASA Syuhada binti Md Sarip, Khairuddin bin Abdul Rahman, Madihah binti Nasrudin SK PARIT BUNGA 60-62 12 DUSUN JAWI Nor Aziyatie binti Esmaail, Syawaliza binti Abdullah, Samihah binti Yusoff SK Ledang 63-65 B. Kategori Individu Prasekolah 1 PHOTO BOOTH ADDITION Yeo Chuan Chin SJKC Pui Nan 66-67 2 TABUNG INOVASI Teh Siew Khim SJKC Lian Hwa 68-69 3 TELEVISYEN BAYANG Khoo Poh Lee SJKC Kebun Bahru 70-72


C. Kategori Individu Sekolah Rendah 1 TEKNIK MENJAWAB SOALAN Tan Wei Lee SJKC Kok Beng 2 MEMORY BOX Tan Sieh Kee SJKC Khay Hian 76-77 3 TEKNIK MENDARAB Tee Kai Ting SJKC San Yu 78-79 4 MEMBUAT KARANGAN Gan Pey Phang SJKC Chung Hwa Sg Sendok 80-82 5 KAD BIJAK SIFIR JAWI Jamaliah binti Ab. Aziz SJKC Chee Chuin 83-85 6 LET'S GO FISHING! Hanis binti Mohd Amin SK Simpang 5 Darat 86-88 7 SHOOTER GUN Lau Chin Pei SJKC Chi Ming 2 89-91 8 i-PUASA Nadiah binti Mohd Radzi SK Bandar Tangkak 92-94 9 MY GIRLS, MY TIME Suguna A/P Balan SJKT Ladang Nordanal 95-96 10 FUN GAME Chong Chiu Cheik SJKC Chung Hwa Serom 3 97-99 11 GOBO RUN Yugeswaran A/L Puspanathan SJKT Ladang Tangkah 100-102 12 HW RULER Mohd Fakhrurrazi bin Mohd Subari SK Sagil Kampong 103-105 13 GASING SeNa Punitha A/P Mohan SJKT Ladang Tangkah 106-108 14 SMART PENUNJUK AL-QURAN Uminurain binti Yusof SK Sagil Kampong 109-110 D. Kategori Individu Sekolah Menengah 1 TEKNIK "HAI - OK" Mohd Norazizi bin Samsudain SMK Bukit Gambir 111-113 2 I-NYATUH Ismazian binti Mohd Patani SMA Shamsuddiniah 114-116 3 KIT MAGNETIK MITOSIS Rafedah binti Misnan SMK Seri Tangkak 117-120 73-75


E. Kategori Individu Lepasan Menengah 1 KIT i-TAB Norliza binti Adnan Kolej Matrikulasi Johor 121-124 2 MODUL V-ME Shugantan A/L/ Sundramurthy Kolej Matrikulasi Johor 125-127


KATA-KATA ALUAN YANG BERHORMAT Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada semua pihak di atas penghasilan buku inovasi yang luar biasa ini. Ini adalah prestasi yang membanggakan bagi Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak, dan saya yakin bahawa kerjasama daripada setiap ahli pasukan redaksi telah menghasilkan sebuah karya yang cukup berharga dan membanggakan. Buku inovasi ini tidak hanya mencerminkan dedikasi tinggi terhadap peningkatan pendidikan, tetapi juga merupakan bukti komitmen terhadap perkembangan intelektual dan daya kreativiti yang tinggi di kalangan warga pendidik di daerah ini. Setiap inovasi yang dicatat dan dikumpulkan dalam buku ini tidak hanya akan memberikan manfaat bagi pelajar, tetapi juga akan memberikan inspirasi kepada segenap lapisan para pendidik dan pejabat pendidikan di seluruh daerah dan seluruh negeri umumnya. Inovasi dalam pendidikan memainkan peranan penting dalam menghadapi cabarancabaran semasa termasuk perubahan yang berterusan pada masa akan datang. Buku ini akan menjadi sebagai satu cetusan pemikiran yang cemerlang, diharapkan dapat menjadi panduan dan inspirasi bagi para pendidik, ibu bapa, dan komuniti setempat untuk menyumbang kepada pembangunan insan yang holistik. Saya yakin bahawa buku ini akan menjadi sumber rujukan yang sangat berharga bagi semua pihak yang terlibat dalam dunia pendidikan. Semoga inovasi yang telah disatukan dan digarapkan di dalam buku ini dapat menjadi landasan dan pemangkin kepada lebih banyak pencapaian gemilang pada masa depan. Semoga buku ini juga menjadi tonggak penting dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan di Daerah Tangkak dan membawa ke arah kemajuan yang gemilang dan berterusan. Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat kepada seluruh pasukan pencetus dan yang berkongsi segala ilmu dan idea, yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penghasilan buku ini. Prestasi ini adalah hasil dari kerja keras, dedikasi, dan semangat kolaborasi tanpa mengenal erti penat lelah demi memastikan buku ini berjaya hingga ke akhirnya. Semoga setiap inovasi yang telah dijilidkan ini menjadi langkah awal menuju masa depan pendidikan yang lebih baik dan lebih maju di Daerah Tangkak. Salam hormat dari saya, YB Syed Ibrahim bin Syed Noh Ahli Parlimen Ledang i


KATA-KATA ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Salam pendidikan Tangkak Perkasa Salam Gemilang Tangkak 5 Salam Malaysia Madani Saya, selaku Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Tangkak, dengan sukacitanya di atas penghasilan Buku E-prosiding Hasil Inovasi Pendidikan Daerah Tangkak tahun 2023. Saya ingin mengucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah turut serta dalam perjalanan menuju keunggulan dan inovasi di bidang pendidikan. Hari ini, kita sentiasa meraikan pencapaian luar biasa para guru, para juri, dan barisan urusetia pertandingan inovasi PPD Tangkak tahun ini. Terlebih dahulu, saya ingin menyampaikan penghargaan setinggi-tingginya kepada semua guru yang telah dengan penuh dedikasi menyertai pertandingan ini. Inovasi yang telah dihasilkan tidak hanya mencerminkan kecemerlangan intelektual, tetapi juga semangat untuk terus meningkatkan kualiti pendidikan di PPD Tangkak. Terima kasih atas usaha dan kerja keras yang telah dipersembahkan. Tak lupa, kepada para juri yang telah meluangkan waktu dan tenaga untuk menilai inovasiinovasi ini, terima kasih atas kerjasama berharga anda dalam menentukan prestasi dan kualiti hasil kerja para peserta. Keberadaan anda menjadi penentu bagi kemajuan dan kemungkinan inovasi-inovasi ini untuk diterapkan secara lebih luas. Selain itu, saya juga ingin memberikan penghargaan kepada barisan ahli jawatan kuasa urusetia pertandingan inovasi PPD Tangkak 2023. Kerja keras dan koordinasi yang baik dari pihak urusetia menjadi asas keberhasilan buku inovasi ini. Semoga buku E-prosiding ini menjadi bukti nyata perjalanan inovatif dan pencapaian gemilang dalam dunia pendidikan di PPD Tangkak. Mari kita terus bersama-sama berinovasi untuk menciptakan masa depan pendidikan yang lebih baik. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan tenaga dan idea kepada kejayaan ini. Selamat membaca dan semoga dapat memberikan inspirasi bagi membentuk masa depan pendidikan yang lebih cemerlang. Terima kasih. Azman bin Safii Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak ii


IMBAS SAYA: BUKU DIGITAL E-PROSIDING HASIL INOVASI PENDIDIKAN DAERAH TANGKAK EDISI 2023 m Penasihat: Encik Azman bin Safii Pengerusi: Encik Khairulhizam bin Hassan Ketua Editor: Puan Aidah binti Mohd Nor Sidang Editor: 1.Encik Mohd Azdi Fairuz bin Mohd 2.Puan Rahayu binti Yusof (KMJ) 3.Puan Siti Asmah binti Kemat (KMJ) 4.Puan Nurulhuda binti Raja Nordin (KMJ) 5.Encik Mohd Faiz bin M. Noor Grafik: 1.Encik Mohd Hazanizam bin Abd Hamid (K) 2.Encik Khairuddin bin Abdul Rahman 3.Puan Nur Shahfika binti Norazman 4.Encik Mohd Sobrizaan bin Yusof Cetakan: 1.Encik Mohd Hazanizam bin Abd Hamid (K) 2.Puan Aidah binti Mohd Nor KULIT MUKA HADAPAN: SIDANG JAWATAN KUASA PENERBITAN iii


SEKILAS MEMORI Inovasi 2023 i v


SEKILAS MEMORI Inovasi 2023 v


INOVASI PENGURUSAN


SISTEM REKOD PROGRAM NILAM MURID NG SHI LING SJKC CHUNG HWA BELEMANG Abstrak Saya merupakan guru perpustakaan media (GPM) sekolah rendah SJKC Chung Hwa Belemang dalam bidang pengurusan pusat sumber sekolah. Masalah yang dihadapi dalam sekolah kami ialah guru tidak dapat mengesan Program NILAM murid pada bila-bila masa dalam masa yang singkat. Walaupun bacaan buku murid di Negeri Johor kini boleh direkodkan menerusi portal NILAM Johor. Tetapi masih terdapat sebilangan murid menghadapi masalah mengakses internet. Oleh itu, murid boleh memilih mengisi bacaan buku NILAM sama ada melalui portal NILAM Johor secara atas talian atau dalam buku NILAM mereka secara bertulis. Maka, kami mengadakan suatu sistem merekod program NILAM. Sebelum mengadakan sistem merekod program NILAM, guru kelas perlu merekod bacaan NILAM murid secara manual pada setiap akhir bulan. Selepas itu, GPM perlu menggabungkan bilangan bacaan portal NILAM Johor dan buku NILAM murid. Pengenalan Memang tidak dinafikan bahawa dengan banyak membaca, seseorang akan dapat menambah ilmu pengetahuan. Oleh itu, guru memahami kepentingan dan menyokong program NILAM perlu dijalankan. Guru memahami sebilangan murid menghadapi masalah dalam mengakses internet. Maka, pihak sekolah memberi murid menjalankan program NILAM secara online atau offline seperti penerangan di atas. Tetapi, cara ini telah menambahkan kerja seseorangan guru. Untuk meringankan kerja guru, maka cara merekod program NILAM perlu berubahsuai. Dengan sistem merekod program NILAM, guru dapat mengesan program NILAM murid pada bila-bila masa, mereka dapat mengemaskini bacaan murid dalam masa yang singkat. Sebelum sistem merekod program NILAM diadakan, kemungkinan besarnya guru akan lambat mengetahui murid yang tidak menjalankan program NILAM. Bagi mengatasi masalah ini, kami akan mencuba dan mencari cara penyelesaian yang sesuai untuk digunakan oleh guru. Isu/ Masalah Berikut adalah penyataan masalah projek tersebut: i) Sebilangan murid menghadapi masalah mengakses internet seperti portal NILAM Johor. ii) Guru tidak dapat mengesan Program NILAM murid pada bila-bila masa. Objektif Berdasarkan penyataan masalah, 2 objektif dinyatakan untuk mengatasi masalah tersebut: i) Murid dapat menjalankan program NILAM secara online atau offline. ii) Guru dapat mengemaskini bacaan murid dalam masa yang singkat. Selepas sistem merekod program NILAM diadakan, bacaan NILAM murid sekolah saya meningkat dan proses kerja merekod program NILAM murid sekolah dijalankan dengan lancar dan senang. Keberkesanan/ Pelaksanaan Pelaksanaan sistem merekod program NILAM yang telah kami jalankan adalah seperti berikut: 1. Guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina akan menyemak buku NILAM murid pada setiap hujung minggu. Selepas itu, guru kelas merekod bacaan program NILAM murid dalam sistem pada setiap hujung minggu. Guru kelas hanya mengisi bilangan sahaja pada ruangan yang disediakan dalam sistem. 2. Guru boleh menyemak bacaan program NILAM murid masing-masing pada bila-bila masa. Sekiranya terdapat murid yang tidak membaca atau mengisi bacaan NILAM, guru boleh memberi nasihat atau menggalakkan murid tersebut menyiapkannya. Tujuan ini bagi membina tabiat 1 I KIPTa


membaca dalam kalangan murid dan menggalakkan murid agar terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca. 3. Guru kelas key in bacaan program NILAM murid dengan berpandukan kepada data yang diperolehi dalam sistem rekod program NILAM murid bukan secara manual dan guru lain ingin mengetahui bacaan program NILAM murid tanpa perlu pergi ke untuk mengambil data bacaan NILAM murid pada bila-bila masa. Oleh itu, sistem rekod program NILAM telah banyak menjimatkan masa dan kertas. Pemerhatian yang kami jalankan menunjukkan bahawa kaedah sistem rekod program NILAM ini boleh digunakan oleh banyak pengguna pada masa yang sama. Sewaktu guru kelas mengisi bacaan program NILAM murid, guru lain boleh terus mengesan bacaan murid pada masa yang sama dengan melalui sistem ini. Guru boleh mengakses dengan cepat dan pantas. Refleksi yang kami boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa ia mesra pengguna. Hal ini disebabkan guru boleh akses dengan mudah. Pada masa yang sama, ia boleh diakses oleh pelbagai pengguna untuk tujuan mengisi dan menyemak bacaan program NILAM murid. Sebelum inovasi, guru kelas perlu mengisi bacaan program NILAM secara manual. Selepas inovasi, guru kelas mengisi bacaan NILAM murid dalam sistem rekod program NILAM pada bila-bila masa. Link Google Sheet: https://docs.google.com/spreadsheets/d/1Gdk2ZKd3Q7ZuZ8fAYJmz7rvjHQ3ErJt/edit#gid=1778196586 2 I KIPTa


Penarafan bintang pun automatik berdasarkan bacaan murid. Rumusan Berdasarkan keputusan ujian-ujian dan analisis yang telah dilaksanakan, kami mendapati cara sistem rekod program NILAM yang diperkenalkan kepada guru merupakan kaedah yang berguna dan banyak memberikan manfaat kepada guru kelas dalam mengesan Program NILAM murid pada setiap bulan. Hasil tindakan ini juga telah menunjukkan hasil dan perkembangan yang membantu dalam merekod program NILAM untuk tindakan susulan yang sewajarnya bagi meningkatkan lagi bacaan murid. Namun, sistem ini memerlukan capaian internet yang stabil. Masalah pencapaian internet akibat faktor yang tidak dapat dijangka seperti cuaca buruk perlu diatasi. 3 I KIPTa


E-UBKPrihatin Maizura Binti Musliman Sekolah Menengah Kebangsaan Sagil, Tangkak, Johor [email protected] Abstrak Aplikasi E-UBKPrihatin bertujuan membantu murid menguruskan emosi dengan lebih baik dan menyelesaikan konflik yang dihadapi dengan kreatif, dengan memberikan kaedah meningkatkan motivasi diri, sahsiah dan kesejahteraan mental. Aplikasi E-UBKPrihatin ini dibangunkan menggunakan aplikasi MyLink yang mengandungi Ujian Saringan Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu, Ujian Saringan Minda Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia, pelbagai saluran motivasi melalui YouTube dan TikTok yang dihasilkan oleh saya sendiri mengenai kesihatan mental dan emosi, halatuju murid serta pelbagai permainan minda sihat yang boleh memberikan keseronokan kepada murid yang mengaksesnya. Inovasi ini juga mengandungi rujukan sesi kaunseling secara atas talian bagi membantu dan membimbing murid melakukan perubahan yang positif dalam tingkah laku dan sahsiah mereka menggunakan aplikasi Google Form. Hasilnya, selepas murid mengakses aplikasi EUBKPrihatin ini, mereka akan kembali bersemangat ke sekolah dan seterusnya bersedia mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran sehingga dapat meningkatkan prestasi pelajaran serta dapat mengawal emosi dan menangai masalah dengan baik. Oleh yang demikian, mereka berpotensi untuk meningkatkan keyakinan diri dan memperkembang potensi diri dan lebih percaya untuk berjumpa dengan guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Kata kunci : menguruskan emosi. motivasi, kesejahteraan mental PENGENALAN Setiap murid perlu dibantu dari segi emosi dan psikososial bagi membolehkan mereka mengupayakan dan membiasakan diri menghadapi kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian. Tujuannya bagi mengembalikan semangat dan keyakinan mereka untuk meneruskan persekolahan dan bersosial dengan rakan mereka sesuai dengan Falsafah Pendidkan Negara iaitu memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Inovasi ini dilaksanakan setelah melihat jumlah murid yang kurang hadir ke bilik kaunseling untuk mendapatkan perkhidmatan sesi kaunseling serta skor Saringan Minda Sihat yang tinggi untuk stress, kegelisahan dan kemurungan. E-UBKPrihatin merupakan Saluran e-Bimbingan Psikososial dan Kesejahteraan Mental (PKM) dan Intervensi Minda Sihat Kendiri secara atas talian untuk semua murid SMK Sagil bagi membantu dan membimbing murid melakukan perubahan yang positif dalam tingkah laku dan sahsiah mereka. Oleh yang demikian, mereka berpotensi untuk meningkatkan keyakinan diri dan memperkembang potensi diri dan lebih percaya untuk berjumpa dengan guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah bagi mendapatkan perkhidmatan sesi kaunseling. ISU/ MASALAH Berikut merupakan masalah yang dikenalpasti : 1. Jumlah murid yang kurang mendapatkan perkhidmatan sesi Bimbingan dan Kaunseling. 2. Murid kurang hadir ke bilik Bimbingan dan Kaunseling. 3. Murid mempunyai skor Saringan Minda Sihat yang tinggi untuk stress, kegelisahan dan kemurungan. 4. Murid kurang bermotivasi untuk belajar dan meningkatkan prestasi akademik di sekolah. OBJEKTIF Objektif yang ingin dicapai adalah: 1. Meningkatkan jumlah murid mendapatkan perkhidmatan sesi Bimbingan dan Kaunseling. 2. Meningkatkan peratus kehadiran murid ke bilik Bimbingan dan Kaunseling. 3. Murid dapat mengurangkan tekanan emosi dan pemikiran melalui Intervensi Umum dalam bentuk ceramah, video dan permainan motivasi yang menyeronokkan. 4. Murid mendapat bimbingan dan sokongan motivasi untuk meningkatkan prestasi akademik di sekolah. 4 I KIPTa


KEBERKESANAN / PELAKSANAAN Tahun 2020 1. Pembinaan You Tube Channel Kaunselor Mai. 2. Program Voice Out dilancarkan di SMK Labuan. Tahun 2021 1. Pembinaan TikTok Channel Kaunselor Mai. 2. Program Jurnal Hatiku atas talian di SMK Labuan. 3. Pembinaan Ruang Santai Gather-Town di SMK Labuan. 4. Pelancaran E-UBKPrihatin di SMK Labuan melalui aplikasi MyLink. Tahun 2022 1. Pelaksanaan Program Voice Out di SMK Sagil. 2. Pelancaran E-UBKPrihatin di SMK Sagil. Tahun 2023 1. Pelaksanaan E-UBKPrihatin diteruskan di SMK Sagil. Rangka kerja penghasilan E-UBKPrihatin Aplikasi E-UBKPrihatin ini memberi kemudahan akses kepada murid untuk: 1. Mengandungi Ujian Saringan Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu, Ujian Saringan DASS Kementerian Kesihatan Malaysia. 2. Program Voice-Out untuk murid merujuk masalah kepada guru kaunseling dan mendapatkan temujanji sesi kaunseling individu ataupun kaunseling kelompok. 3. Program Jurnal Hatiku Online untuk murid berkongsi perasaan, masalah dan motivasi kepada rakan sebaya tanpa meletakkan identiti diri. 4. Sokongan motivasi melalui saluran YouTube dan TikTok guru kaunseling sendiri. 5. Permainan minda sihat melalui aplikasi Quizizz, Wordwall dan Gathertown bagi membimbing murid dengan mengendalikan emosi, menangani masalah, berkomunikasi dengan rakan-rakan serta berseronok. Pautan aplikasi E-UBKPrihatin: https://mylink.la/ubkprihatin 1. Perbandingan Jumlah Kehadiran Murid Ke Bilik Unit Bimbingan Dan Kaunseling Bulan (Sesi 2021) Bil. Murid April 2021 Hingga Mac 2022 189 Bulan ( Sesi 2022) Bil. Murid April 2022 Hingga Mac 2023 1242 5 I KIPTa


2. Perbandingan Jumlah Sesi Kaunseling Pendekatan Tahun 2021 Bil. Sesi Individu Bil. Sesi Kelompok Pencegahan/ Pemulihan 11 20 Pemulihan/ Krisis 81 45 Jumlah 92 65 3. Perbandingan Analisis Saringan Minda Sihat Data Analisis Saringan Minda Sihat 1 tahun 2022 Data Analisis Saringan Minda Sihat 2 tahun 2022 Ujian Bilangan Murid Normal Tinggi Jumlah PHQ-9 395 146 GAD-7 403 138 541 4. Perbandingan Kehadiran Murid Mei Dan Jun 2022 Bulan Peratus Kehadiran Murid APRIL 87.43 MEI 86.87 5. Perbandingan Analisis Keputusan Peperiksaan Tingkatan 5 Tahun 2022 Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 5 Peperiksaan Percubaan SPM Tingkatan 5 Jumlah Murid Lulus Gagal Peratus Lulus GPS 86 48 38 55.81 6.8 RUMUSAN Untuk membuat aplikasi E-UBKPrihatin sebenarnya tidak memerlukan sebarang kos. Hanya melalui aplikasi MyLink sahaja. Inovasi yang diwujudkan ini amat berpotensi untuk dibangunkan dan diaplikasikan memandangkan pelaksanaannya boleh diterapkan oleh Unit HEM bagi meningkatkan kehadiran murid ke sekolah, Unit Kurikulum bagi meningkatkan pretasi murid dalam akademik, Unit Kesihatan dan Unit Bimbingan & Kaunseling sebagai salah satu instrumen bantuan dan sokongan kepada murid yang agar dapat mengendalikan emosi mereka dengan lebih baik. Pelaksanaan inovasi ini juga mampu melahirkan generasi murid yang lebih bertanggungjawab dan muhasabah diri tinggi apabila mereka mendapat kesedaran untuk mempelajari langkah-langkah mengenali diri, mengendalikan emosi dan konflik satu persatu sehingga benar-benar faham selaras dengan misi sekolah iaitu “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”. Pendekatan Tahun 2022 Bil. Sesi Individu Bil. Sesi Kelompok Pencegahan/ Pemulihan 14 13 Pemulihan/ Krisis 187 86 Jumlah 201 99 Ujian Bilangan Murid Normal Tinggi Jumlah PHQ-9 215 1 GAD-7 215 1 216 Bulan Peratus Kehadiran Murid JUN 88.81 Jumlah Murid Lulus Gagal Peratus Lulus GPS 86 65 21 75.58 5.77 6 I KIPTa


PBDStudio One-stop Centre Pentaksiran Bilik Darjah SK Serom 8 Noor Izwany binti Ahmad Sekolah Kebangsaan Serom 8, Tangkak, Johor [email protected] Abstrak PBDStudio merupakan one stop centre bagi Pentaksiran Bilik Darjah, (PBD) di SK Serom 8. Ia dibangunkan dengan aplikasi Google Sites serta Data Studio sebagai enjin pencarian data. Kewujudan PBDStudio dapat mengatasi masalah guru dan pemegang taruh dalam (i) mencari pautan pengisian PBD, (ii) mencari data PBD terdahulu, (iii) menjana slip PBD terdahulu dan (iv) akses yang mnyeluruh untuk Pejabat Pendidikan Daerah, PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri, JPN. Terdapat 3 Elemen penting dalam pembinaan PBDStudio iaitu (a) pengisian Tahap Penguasaan, TP, (b) analisa keseluruhan dan (c) carian slip PBD. Secara keseluruhan, inovasi ini bukan sahaja memudahkan tugas guru, malah mampu menyediakan platform Pentaksiran Bilik Darjah yang sistematik dan efisien. Lebih banyak maklumat dapat disimpan dan diakses oleh pelbagai pihak. Perancangan seterusnya untuk memuatnaik lebih banyak maklumat dan dokumentasi terdahulu supaya pangkalan data PBD lebih mantap dan berinformasi. Kata kunci : pentaksiran Bilik Darjah, efisien, pendigitalan, dokumentasi, platform PENGENALAN PBD bertujuan untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid adalah sangat penting - tidak sahaja kepada guru dan murid, malahan juga ibubapa, Kementerian dan Pejabat Pendidikan sebagai pemegang taruh. Justeru, pengurusan dokumentasi PBD yang sistemik dan menyeluruh akan dapat membantu proses intervensi dirancang dengan holistik. Sejajar dengan kepesatan teknologi dan hasrat JPN Johor memperkasakan pendigitalan dalam pengurusan, maka satu inovasi dibangunkan untuk memberi akses kepada semua pemegang taruh secara real-time dengan kolaborasi pelbagai pihak secara dalam talian. Data dapat dikumpulkan dengan sistematik dan selamat. ISU/ MASALAH a) Sukar mencari pautan pengisian PBD. b) Sukar untuk mencari data PBD yang terdahulu. c) Sukar mencari slip PBD individu d) Dokumentasi tidak dapat diakses oleh pihak selain guru. OBJEKTIF a) membina pangkalan data Pentaksiran Bilik Darjah yang lebih sistematik dan dapat diakses dengan mudah. b) Menyediakan platform untuk guru-guru memasukkan data PBD dengan mudah secara dalam talian c) Memberi akses kepada guru-guru, pentadbiran sekolah, PPD, JPN mahupun KPM yang ingin mendapatkan maklumat serta dokumentasi PBD KEBERKESANAN / PELAKSANAAN Terdapat 3 elemen penting dalam laman One-stop Centre Pentaksiran Bilik Darjah SK Serom 8, iaitu a. Pengisian Tahap Penguasaan Platform dimana guru-guru matapelajaran mengisi TP murid-murid secara dalam talian mengunakan aplikasi Google Sheet. Hanya guru-guru yang menggunakan id delima yang didaftarkan oleh penyelaras sahaja yang boleh membuat pengisian dan pengemaskinian. 7 I KIPTa


b. Analisa Matapelajaran Mengikut Kelas Analisa matapelajaran mengikut kelas akan dapat diakses selepas semua data dan pengisian PBD untuk satu-satu sesi itu lengkap. Ini dapat diakses oleh semua pemegang taruh tanpa perlu ke lokasi sekolah secara fizikal untuk mendapatkannya. c. Carian Slip PBD Platform dimana slip PBD murid boleh diakses untuk disimpan atau dicetak. Terdapat dua kaedah carian slip PBD iaitu mengikut kelas (disimpan di dalam folder dalam Google Drive) dan secara individu (menggunakan dashboard data studio) Selepas PBDStudio diperkenalkan di SK Serom 8, sistem pengurusan Pentaksiran Bilik Darjah di sekolah ini lebih sistematik dan efisien. a) Pengurusan sumber dan data yang sistematik Data PBD lebih terurus dan sistematik. Jika sebelum ini, bahan-bahan dikongsi dalam google drive semata-mata. Ia tidak tersusun dengan sistematik dan mudah mengelirukan guru-guru yang kurang arif dengan penggunaan cloud. b) Meningkatkan kompetensi digital guru-guru. Dalam kepesatan era digital, setiap individu digalakkan untuk lebih meneroka bidan ini. Penggunaan google sites, google sheets dan data studio dapat memberi pendedahan dan meningkatkan kompetensi guru-guru dalam pendigitalan. Sekaligus menjadi role model kepada murid-murid untuk sama-sama mengaplikasikan pendigitalan dalam kehidupan seharian. c) Menjaga kelestarian sumber – kurangkan kos pentadbiran Slip PBD yang disimpan secara cloud, dapat membantu melestarikan sumber. Ini disebabkan, kita tidak perlu lagi mencetak dan menuimpan slip-slip tersebut secara fizikal. Malah, dengan penggunaan data studio, pencarian slip PBD ini lebih mudah dan efisien. Pautan aplikasi E-UBKPrihatin: https://sites.google.com/moedl.edu.my/pbdskserom8/pentaksiran-bilikdarjah 1. Rajah paparanmuka sites PBDStudi 2. Rajah kaedah pengisian PBD sebelum pembinaan PBDStudio 3. Rajah Paparanmuka bahagian pengisian PBD di PBDStudio 8 I KIPTa


4. Kaedah pencarian analisis PBD menggunakan 5. Kaedah pencarian analisis PBD setelah PBDStudio link Google sheet sebelum PBDStudio 6. Pencarian slip PBD murid secara individu menggunakan Dashboard. RUMUSAN Secara keseluruhan, inovasi ini bukan sahaja memudahkan tugas guru, malah mampu menyediakan platform Pentaksiran Bilik Darjah yang sistematik dan efisien. Lebih banyak maklumat dapat disimpan dan diakses oleh pelbagai pihak. Perancangan seterusnya untuk memuatnaik lebih banyak maklumat dan dokumentasi terdahulu supaya pangkalan data PBD lebih mantap dan berinformasi. Inovasi ini sememangnya satu idea baru yang mendatangkan banyak impak positif baik, kepada guru, murid dan juga pentadbiran sepert PPD dan JPN. Diharap hasrat bersama untuk mmemantapkan pendigitalan pendidikan dan pengurusan dapat direalisasikan dengan jaya. 9 I KIPTa


MASA ITU EMAS Khoo Poh Lee SJKC Kebun Bahru 85200 Jementah Johor ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti Program Ukelele dalam mempengaruhi minat pelajar dalam pembelajaran dan mempertingkatkan peratus kehadiran di SJKC Kebun Bahru. Kajian ini dilakukan ke atas pelajar yang kurang bermotivasi dalam pembelajaran dan pelajar yang tidak berminat untuk menghadiri ke sekolah. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, didapati pelajar mengalami perubahan positif dan membantu mereka membina keyakinan diri. PENGENALAN Masa itu tidak ternilai harganya. 15 minit bukan masa yang panjang tetapi jika pelajar membazirkan masa 15 minit pada setiap hari dengan perkara yang sia-sia maka ini juga merupakan suatu kerugian yang besar dalam zaman persekolahan mereka. Sebagai seorang pendidik, saya mesti membimbing pelajar menghargai masa sebab tingginya nilai masa bagi sesiapa yang tahu bagaimana menggunakan waktu untuk menambah kualiti kepada kehidupan. Program Ukelele ini merupakan suatu program yang dapat menguruskan masa 15 minit ini dengan baik mahupun pihak sekolah ataupun pelajar. Ia membolehkan pelajar menggunakan masa dengan berkesan dan sementara sangat menyeronokkan. Pada setiap hari persekolahan, saya hadir ke sekolah pada jam lebih kurang 6:35am. Saya akan menyambut kehadiran pelajar di pintu besar sekolah dan selepas itu membawa pelajar yang datang awal ke bilik komputer untuk menjalankan program. Program ini terbuka kepada semua pelajar yang berminat untuk menyertai. Ia tidak memerlukan masa yang panjang dan teknik yang handal. Saya membimbing pelajar memainkan lagu-lagu kanak-kanak yang mudah dikuasai supaya menambah keyakinan mereka menarik minat mereka untuk belajar. Program ini mendapat sambutan tinggi di kalangan pelajar dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Pelajar-pelajar yang kebiasaannya datang lewat pun turut bangun awal supaya dapat menyertai program bersama. Selepas program ini dilaksanakan, persekitaran pembelajaran yang kondusif diwujudkan atas sebab melalui muzik, hubungan antara guru dan murid lebih erat dan kukul. Pelajar-pelajar melibatkan diri dengan aktif, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat pelajar untuk terus belajar. ISU/ MASALAH a) Pelajar sampai awal ke sekolah tetapi tidak dapat menggunakan masa dengan optimum. b) Pelajar tiada motivasi untuk belajar. c) Peratus kehadiran merosot selepas PKP. OBJEKTIF a) Meningkatkan kehadiran pelajar. b) meningkatkan pencapaian prestasi akademik. c) Mengurangkan masalah disiplin. KEBERKESANAN/PELAKSANAAN Semenjak Pembukaan Sekolah Normal Baharu selepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), kehadiran pelajar-pelajar merosot jika dibanding dengan tahun sebelumnya. Keadaan ini sangat membimbangkan pihak sekolah, sebab pembelajaran pelajar akan tertinggal. Selain itu, motivasi pelajar untuk belajar juga turut menudar sebab pelajar terlalu ketagih dengan bahan digital. Sikap yang negatif wujud terhadap pembelajaran bersemuka adalah kerana pelajar-pelajar masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan norma baharu. 10 I KIPTa


Pembelajaran secara dalam talian dalam tempoh lama bukan sahaja memberi kesan terhadap prestasi pelajar, malah komitmen guru dan ibu bapa juga turut berdepan kesukaran. Atas perhatian saya, mendapati pelajar-pelajar sukar mengawal disiplin diri dan membuang masa dengan sewenang-wenangnya tanpa kesedaran. Maka saya berbincang dengan Guru Besar untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menandatangai isu ini. Atas sokongan Guru Besar, Program Ukelele berjaya dilaksanakan. Oleh itu, inovasi pengurusan masa (Program Ukelele) dihasilkan selain daripada membimbing pelajar menggunakan masa lapang ini dengan menjalankan aktiviti yang berfaedah, juga berhasrat untuk memotivasikan pelajar dalam pembelajaran. RUMUSAN Secara keseluruhannya, inovasi ini bukan sahaja menarik minat malah mampu meningkatkan kefahaman dan kebolehan pelajar dalam menguasai standard pembelajaran, meningatkan motivasi untuk belajar, mempertingkat disiplin, dan suka menghadiri ke sekolah pada setiap hari. Inovasi ini merupakan suatu kaedah yang berjaya dalam semua aspek. 11 I KIPTa


INOVASI PENGURUSAN HEM KIOSK A&A (KIOSK ADUAN DAN AMALAN BAIK) Nurshila Umar Baki Sekolah Menengah Agama Shamsuddiniah, Kundang Ulu (JFT9003) [email protected] ABSTRAK Kemenjadian murid sekolah agama diukur dari kecemerlangan sahsiahnya. Kecemerlangan seorang murid bukan sahaja diukur dari segi intelektual atau akademik sahaja, malahan dari segi sahsiah. Seorang murid dikatakan beradab mulia apabila dia membiasakan diri dengan melakukan amalan baik secara konsisten dan tanpa paksaan. Antaranya ialah melaporkan salah-laku rakan mereka tanpa rasa takut. Oleh itu, Kiosk A & A merupakan satu intervensi mudah dan ringkas untuk menggalakkan murid melaporkan sebarang salah laku yang berlaku di sekolah dan asrama. Selari dengan konsep Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC), murid juga berpeluang melaporkan amalan baik rakan mereka. Secara tidak langsung, ini akan meningkatkan pengisian amalan baik di Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM). Dapatan dari inovasi ini adalah secara kualitatif di mana maklumat dan data dikumpul menerusi analisis dokumen dan pemerhatian. Antaranya ialah bilangan tiket A&A yang semakin bertambah dalam tempoh lima bulan. Ini menunjukkan murid lebih yakin dalam melaporkan salah laku dan juga amalan baik rakan mereka yang berlaku di sekolah dan juga asrama. Maka, inovasi ini secara keseluruhannya membantu pihak sekolah mengatasi isu disiplin dan sahsiah sekolah serta memperbaiki pengurusan disiplin sekolah. PENGENALAN Sekolah Menengah Agama Shamsuddiniah (JFT9003) salah sebuah SABK di daerah Tangkak dengan enrolmen 292 murid. 80% murid tinggal di asrama. Maka, murid terdedah kepada pengaruh rakan sebaya dan timbulnya beberapa isu berkaitan disiplin dan sahsiah murid. Antaranya membuli, merokok, menghisap vape, berkelakuan lucah, bersikap biadap dan sebagainya. Malah pada tahun 2022, SMA Shamsuddiniah merupakan sekolah fokus buli rentetan kes buli yang berlaku pada awal bulan Mac 2022. Oleh itu, imej ini tidak selari dengan latarbelakang dan sejarah sekolah yang merupakan Madrasah Shamsuddiniah Assalasafiah yang pada satu ketika tersohor kerana reputasinya disegani sebagai pondok pengajian mendalami ajaran Islam yang diasaskan oleh Dato’ Kiyai Haji Shamsuddin bin Haji Redzuan yang merupakan tokoh agama terkenal di negeri Johor. Oleh itu, Unit Hal Ehwal Murid mencari jalan untuk mengatasi masalah disiplin dan sahsiah yang berlaku di kalangan murid. Sekolah Menengah Agama Shamsuddiniah yakin bahawa kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum akan wujud melalui tingkah laku yang berdisiplin dan bersahsiah mulia. PENYATAAN MASALAH Antara masalah yang dihadapi oleh Unit HEM, SMAS ialah: i. Murid takut untuk membuat aduan salah laku yang berlaku di sekolah dan asrama. 12 I KIPTa


ii. Murid kurang pro-aktif dalam mengamalkan amalan baik di sekolah dan asrama. iii. Kurangnya bilangan pengisian amalan baik di SSDM. OBJEKTIF Berdasarkan tiga penyataan masalah, tiga objektif utama penghasilan inovasi Kiosk A & A telah dikenalpasti: i. Menghasilkan platform yang selamat dan pantas untuk murid membuat laporan salah laku atau berkongsi masalah yang mereka hadapi. ii. Meningkatkan laporan aduan dikalangan pelajar. iii. Meningkatkan pengisian amalan baik di dalam SSDM (Sistem Sahsiah Diri Murid). KEBERKESANAN Kiosk A & A (Kiosk Aduan dan Amalan Baik) ini mula beroperasi sepenuhnya pada Mac 2022 seiring dengan Kempen PerHebat SSDM. Terdapat 2 lokasi Kiosk A & A, iaitu di Blok Pentadbiran dan di Surau Haji Tahir. Terdapat banyak impak positif kesan dari wujudnya Kiosk A&A. Data kajian impak inovasi ini merupakan data kualitatif seperti analisa tiket A&A yang dimasukkan ke dalam kotak di Kiosk A&A. Berikut merupakan antara impak positif yang ketara: Impak 1: Respon Positif Murid Terhadap Penggunaan Kotak Aduan Murid Impak utama penggunaan Kiosk A & A ialah murid pro-aktif di mana mereka bukan sahaja membuat aduan kerosakan sekolah malahan mereka tidak takut melaporkan kes salah laku rakan-rakan. Selain itu, murid merekodkan amalan baik yang dibuat oleh rakan mereka. Hal ini sememangnya membantu Unit Disiplin, Tatatertib dan Sahsiah serta Unit Bimbingan & Kaunseling Sekolah Menengah Agama Shamsuddiniah. Sebagai satu contoh, terdapat satu kes bergurau kasar dan terdapat unsur buli fizikal yang dikesan melalui beberapa aduan murid tingkatan 1. Rentetan daripada aduan ini, warden telah membuat siasatan dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut prosedur sekolah. Murid juga menjalani sesi kaunseling dan intervensi Terapi Kiyai. Terdapat juga satu laporan tentang rakan murid yang sedang mengalami tekanan perasaan sehingga ke tahap mencederakan diri. Rakan murid prihatin akan masalah yang dilalui oleh murid. Kes ini telah dirujuk kepada kaunselor sekolah untuk tindakan seterusnya. Tindakan ini telah membantu mengelakkan perkara yang tidak baik dari berlaku. Selain itu, rakan murid yang membuat aduan juga telah mendapat satu pengisian amalan baik iaitu menzahirkan amalan yang baik iaitu membantu rakan. Impak 2: Peningkat Data Amalan Baik Murid Antara objektif utama inovasi ini adalah untuk menggalakkan murid membuat amalan baik tanpa dipaksa. Ternyata murid lebih cakna dan sukarela melakukan amalan13 I KIPTa


amalan baik dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini jelas dibuktikan melalui peningkatan jumlah pengisian amalan baik murid bermula dari tahun 2020 hingga November 2022. Dengan adanya Kiosk A&A ini, guru-guru juga lebih cakna akan keperluan mengisi data SSDM. Bagi mereka yang sibuk dengan tugas harian, guru-guru juga mengisi borang yang disediakan di Kiosk ini. Selain membanteras kes disiplin di sekolah dan asrama, murid juga melaporkan amalan baik rakan mereka. Pengisian data ke dalam sistem merupakan satu bentuk motivasi kepada murid untuk sentiasa melakukan amalan baik dan berlumba-lumba untuk mencapai status sahsiah terpuji. Maka, pada tahun 2022 terdapat seramai 45 murid telah mencapai status sahsiah terpuji termasuklah beberapa murid fokus sahsiah SMA Shamsuddiniah. RUMUSAN Kiosk A&A telah membantu pengurusan disiplin Sekolah Menengah Agama Shamsuddiniah agar lebih profesional dan terancang. Seterusnya, inovasi ini menjadi salah satu eviden penting dalam pengisian SKPM Kualiti@Sekolah Standard 3.3.2: Pengurusan Disiplin Murid. Seterusnya, inovasi ini juga menyokong Standard 5: Kemenjadian Murid di mana murid dididik secara holistik untuk cemerlang sama ada di bidang akademik, kokurikulum dan juga sahsiah. Di samping itu, inovasi ini tidak memerlukan kos yang tinggi serta praktikal dan boleh digunakan untuk jangkamasa yang lama. Kiosk A & A juga dapat membanteras kes salah laku di sekolah ini. Inovasi ini bukan sahaja membantu murid bersahsiah cemerlang malahan meningkatkan pengisian amalan baik di SSDM. Adalah harapan kami warga Sekolah Menengah Agama Shamsuddiniah agar kami menjadi pusat ilmu yang mampu mendidik murid secara holistik bertepatan sekali dengan slogan sekolah iaitu ‘SMAS MENITI KECEMERLANGAN’. GAMBAR INDIVIDU 14 I KIPTa


PENINGKATAN PERATUSAN KEHADIRAN BULANAN MURID SJKC BEKOH ONG SAW GUAT TEE LEE HONG LOW SEOW ENG SJKC BEKOH ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan kehadiran murid ke sekolah dalam kalangan murid SJKC Bekoh. Kajian melibatkan seramai 21 orang murid lelaki dan 16 orang murid perempuan dari sebuah sekolah luar bandar di daerah Tangkak, Johor. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti sejauhmanakah kaedah Aktiviti Main Air dalam meningkatkan kehadiran murid ke sekolah dan meningkatkan peratusan kehadiran murid ke sekolah setiap bulan. Kaedah ini menggunakan permainan air untuk menarik minat murid untuk datang ke sekolah dan seterusnya meningkatkan peratusan kehadiran bulanan dan mencapai prestasi pengajaran dan pengajaran yang baik. Kajian ini merupakan kajian deskriptif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian yang mengandungi tiga bahagian iaitu latar belakang murid, faktor-faktor yang menyebabkan murid terlibat dengan gejala ponteng sekolah dan cara-cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid. Dapatan kajian menunjukkan faktor sikap murid yang malas merupakan faktor utama yang menyebabkan murid terlibat dalam gejala ponteng sekolah. Pihak sekolah juga menyarankan agar mengadakan sesi kaunseling. Walau bagaimanapun, pengkaji menyedari bahawa untuk meningkatkan kehadiran murid ke sekolah tidak boleh bergantung semata-mata kepada kaunseling sahaja. Kesimpulannya, pengkaji mencadangkan supaya kajian berkenaan hubungan dengan penggunaaan aktiviti main air untuk menarik minat murid menjadi pengkaji dalam meningkatkan kehadiran murid ke sekolah. PENGENALAN Menurut Norzawati, Leni, Ahmad Nadzru, Lim, Faizah dan Noor Safiza (2016), di Malaysia, ponteng sekolah dilabelkan sebagai salah satu masalah utama negara. Ini sekaligus menyokong pandangan Arsathamby dan Ng (2014), antara tahun 1994 hingga 2003, gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar adalah antara salah laku yang paling dominan dan menonjol. Data Kementerian Pelajaran Malaysia (2004) juga turut menunjukkan bilangan ponteng sekolah semakin meningkat dari tahun ke tahun. Sejak akhir-akhir ini masalah ini didapati semakin menjadi-jadi dan telah sampai ke peringkat yang agak serius. Pihak media juga sering menyiarkan berita tentang masalah ini sehingga pada masa ini pihak guru serta ibu bapa berasa sesuatu tindakan yang tegas perlu dilakukan segera sebelum gejala negatif ini sampai ke peringkat yang lebih kronik lagi. Menurut laporan yang pernah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, peratus murid yang terbabit dengan gejala ponteng didapati semakin meningkat dari semasa ke semasa terutama bagi sekolah-sekolah di kawasan bandar. Masalah ini haruslah dikenal pasti dengan segera supaya langkah-langkah untuk mengatasinya dapat dijalankan demi masa depan generasi murid kita pada masa depan. Ini kerana mereka adalah terdiri daripada bakal pemimpin negara kelak. ISU/MASALAH Mengikut pemerhatian pengkaji terdapat banyak faktor yang menyebabkan pelajar melibatkan diri dalam gejala ponteng sekolah, antaranya adalah disebabkan faktor sikap pelajar, rakan sebaya, ibu bapa dan guru. Selain itu faktor-faktor persekitaran sekolah, pengurusan sekolah dan prasarana sekolah juga boleh menyebabkan pelajar-pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Di dalam kajian ini, pengkaji hanya akan mengenalpasti langkah-langkah untuk meningkatkan kehadiran murid ke sekolah dan mendorong murid suka datang ke sekolah. Menurut Laporan Disiplin Pelajar tahun 1994, Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia yang menunjukkan ponteng sekolah merupakan kes disiplin dengan peratusan tertinggi berbanding salahlaku yang lain. Masalah ini perlulah diatasi dengan segera bagi mengelakkan daripada timbulnya pelbagai gejala buruk yang lain rentetan daripada perilaku ponteng. 15 I KIPTa


Bagi mengurangkan masalah ini, kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah aktiviti main air dapat meningkatkan peratusan kehadiran murid ke sekolah. OBJEKTIF Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk: i. Mengenalpasti kaedah Aktiviti Main Air dalam meningkatkan peratusan kehadiran murid ke sekolah. ii. Meningkatkan Peratusan Bulanan Kehadiran murid SJKC Bekoh ke sekolah melalui kaedah Aktiviti Main Air. Objektif kajian yang dinyatakan adalah untuk menjawab beberapa soalan kajian yang berkaitan seperti berikut: i. Sejauhmanakah kaedah Aktiviti Main Air dalam meningkatkan Peratusan Kehadiran Bulanan murid SJKC Bekoh ke sekolah? ii. Bagaimanakah kaedah Aktiviti Main Air dapat meningkatkan Peratusan Kehadiran Bulanan murid SJKC Bekoh ke sekolah? KEBERKESANAN/PELAKSANAAN Pelaksanaan kajian yang dijalankan telah menggunakan model Crosser (1994). Menurut kajian, bermain air membantu pembelajaran anak-anak dari segenap segi. Ia memberi peluang kepada anak-anak untuk bereksperimen dengan konsep sains dan matematik, menguatkan kemahiran fizikal, meningkatkan kemahiran sosial dan emosi dan juga membantu dalam perkembangan bahasa (Crosser, 1994). “Permainan air adalah aktiviti sensori motor yang sangat baik, malah anak-anak sangat gemarkannya,” kata Lee Scott, ketua Lembaga Penasihat Pendidikan di The Goddard School. Ketika anak-anak bermain dengan air, mereka mengembangkan kemahiran dalam eksplorasi berilmu seperti matematik, kemampuan motor kasar dan halus dan ekspresi kreatif.” Aktiviti ini juga dapat mendorong perkembangan bahasa dan sosial emosi. Kata Wilson. “Bahasa dapat diasah melalui permainan air, kerana menyediakan waktu untuk berbicara, berkomunikasi dan mengajukan pertanyaan terbuka,” katanya. Tentunya kita semua tahu anak-anak memang suka bermain air! Suka betul mereka memercik di dalam tab mandi dan kolam renang. Permainan air ini juga bermanfaat untuk perkembangan kognitif dan fizikal mereka. “Sangat mengagumkan memikirkan apabila bermain dengan air atau masa yang dihabiskan di kolam dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk belajar,” kata Allison Wilson, Pengarah Kanan Kurikulum & Inovasi di Stratford School. Dengan ini, pengkaji ingin cuba menggunakan Kaedah Aktiviti Main air dalam kajian peningkatan peratusan kehadiran bulanan murid dalam SJKC Bekoh. Tindakan yang dijalankan dalam kaedah Aktiviti Main Air adalah bersandarkan data yang dikumpulkan setiap bulan. Kaedah Aktiviti Main Air digunakan oleh pengkaji untuk meningkatkan Peratusan kehadiran bulanan dalam kalangan murid. Pelaksanaan tindakan dalam kaedah Aktiviti Main Air adalah seperti berikut: Langkah 1 : Senarai nama kehadiran murid dibahagikan kepada dua tahap. Tahap 1 iaitu darjah 1, darjah 2 dan darjah 3 manakala Tahap 2 pula ialah darjah 4, darjah 5 dan darjah 6. Senarai nama kehadiran murid ini akan dipaparkan pada dinding depan bilik Guru Besar. 16 I KIPTa


Langkah 2 : Murid yang hadir ke sekolah setiap pagi akan melalui depan bilik Guru Besar. Murid-murid akan mencari nama sendiri dan menandakan / pada paparan kehadiran dengan menggunakan marker pen. Tujuan peluang diberikan kepada murid untuk menandakan kedatangan sendiri adalah untuk memupuk disiplin murid dan perbandingan positif terhadap murid dengan rakan-rakan tentang jumlah hari kehadiran yang mereka capai. Langkah 3: Bagi murid yang tidak hadir, PK Hem akan memeriksa dan menandakan 0 pada paparan kehadiran selepas 7:30 am loceng berbunyi. Ini disebabkan murid yang tidak hadir, ruang kehadiran itu tidak ditanda akan ditandakan 0 oleh PK Hem. Dengan ini, ia juga memudahkan guru kelas untuk memasukkan data kehadiran murid dalam APDM dengan melihat paparan kehadiran yang ditandakan oleh murid-murid. Guru kelas tidak perlu masuk kelas untuk bertanya siapa yang tidak hadir. Langkah 4 : Apabila sampai akhir bulan, PK Hem mengira jumlah hari kehadiran setiap murid. Murid-murid yang mendapat 100% kehadiran dalam bulan itu akan diberi peluang untuk menyertai Aktiviti Main Air pada hari kokurikulum yang dipilih dalam bulan berikutnya selama 1 jam. Langkah 5 : Aktiviti Main Air secara beramai-ramai kepada murid-murid yang mendapat peratusan kehadiran 100% bulan iu. Murid-murid boleh merehatkan minda bersama kawan-kawan dan berseronok bersama-sama. Langkah 6 : Selepas kehadiran bulan ini diambil, kehadiran yang lama akan dipadam dan bulan ditukar kepada bulan yang berikutan iaitu Februari. Ini dapat menjimatkan kos dan mesra alam. RUMUSAN Secara keseluruhan, Aktiviti Main Air adalah satu inovasi yang dapat menarik minat murid untuk datang ke sekolah dan seterusnya meningkatkan peratusan kehadiran bulanan murid. Peratusan kehadiran murid yang tinggi dapat meningkatkan prestasi murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti Main Air ini bukan sahaja dapat menghiburkan murid, ia juga bagus untuk perkembangan fizikal dan kognitif anak-anak. Bermain air memberi peluang kepada anak-anak untuk menggunakan kedua-dua motor kasar dan juga halus. Bermain air juga dapat membantu menenangkan emosi anakanak. Cuba lihat berapa ramai orang yang suka berendam dalam tub mandi untuk melegakan tekanan mereka. Bermain air memberi peluang kepada anak-anak untuk menyalurkan emosi mereka melalui perbuatan seperti menuang, menjirus dan memercik air. Dari segi perkembangan sosial pula, bermain air bersama rakan-rakan dapat memupuk sikap bekerjasama dan berkongsi antara satu sama lain. GAMBAR KUMPULAN 17 I KIPTa


Plastic Free Canteen Maslianna Binti Mohd Zainol, Haziq Bin Kamoaroszaman, Nur Afiqah Binti Tahir, Ainul Huda Binti Mohamad Pesal & Nur Aida Syakirah Binti Mohamad Sekolah Kebangsaan Serom 8, Tangkak, Johor, Malaysia. Abstrak Penggunaan beg plastik begitu popular di seluruh dunia malah penggunaannya di Malaysia telah menjadi satu gaya hidup yang tidak dapat dielakkan terutamanya dalam urusan jual beli. “Plastic Free Canteen” ini merupakan satu inovasi dalam pengurusan hal ehwal kantin di Sekolah Kebangsaan Serom 8 yang dilaksanakan untuk mendidik dan sekaligus dijadikan sebagai gaya hidup yang baik dalam memastikan kelestarian alam terjaga. Kantin tanpa plastik dilaksanakan melalui menukar barangan plastik sekali guna kepada alternatif yang lebih mampan yang tidak mempunyai kesan yang memusnahkan alam kita. Maka, kami tampil dengan satu sistem yang mewajibkan murid untuk membawa kit khas untuk digunakan semasa waktu rehat. Kit ini diberi nama “ PFC Kit”. Ia merangkumi satu bekas makanan dan beg khas yang boleh diulang pakai. Segala pembelian perlu diisi di dalam kit yang telah dibekalkan. Pelaksanaan program ini adalah sepanjang sesi persekolahan 2023 manakala bagi tempoh percubaan program adalah pada bermula 29.1.2023 sehingga 9.2.2023 iaitu selama 2 minggu. Kumpulan sasaran inovasi ini terdiri daripada 95 orang murid tidak termasuk murid pra sekolah, Sekolah Kebangsaan Serom 8 dan warga sekolah. Penilaian tentang keberkesanan perlaksanaan Sistem “Plastic Free Canteen (PFC)” telah dijalankan terhadap 95 orang murid mendapati murid dapat membawa Kit PFC ke sekolah setiap hari dan kuantiti plastik buangan bagi setiap kelas akan wujud sekiranya murid tidak membawa kit PFC ke sekolah sekaligus membuktikan keberkesanan penggunaan kit PFC dapat mengurangkan kuantiti plastik buangan. Sistem “PFC” yang telah diamalkan ini mempunyai beberapa faedah iaitu pengurangan pembuangan beg plastik, Ketidakperluan ruangan besen makanan dan tong sisa, penggunaan kit dalam majlis anjuran sekolah, dan penggunaan kit bagi program luar sekolah. Pengenalan Penggunaan beg plastik begitu popular di seluruh dunia. Malah penggunaan di Malaysia telah menjadi satu gaya hidup yang tidak dapat dielakkan terutamanya dalam urusan jual beli. Perkara ini sekaligus mewujudkan kebimbangan dalam kalangan guru yang berperanan menggerak dan memperjuangkan kelestarian alam sekitar. Kempen bebas beg plastik merupakan kempen yang kerap dilaungkan untuk menggubah budaya penggunaan plastik dalam kehidupan seharian. Namun, langkah pemerkasaan yang diambil dalam menggerak dasar kelestarian itu dilihat masih mengalami tempoh sukar. Pemerkasaan merupakan satu proses perubahan dalaman yang bertujuan meningkatkan keupayaan atau keberkesanan dari sesuatu program yang dibuat (Mayoux, 1998). Menerusi pelaksanaan “Plastic Free Canteen” yang dijalankan di SK Serom 8, ia dilihat sebagai satu cara yang baik dalam memberi kesedaran dan sekaligus membentuk gaya hidup mencintai alam sekitar. Usaha menyemai rasa cintakan kebersihan harus bermula dengan satu perkara yang kecil tetapi memberi impak yang besar dan berpanjangan. Oleh itu, cabaran memperkenalkan kantin bebas beg plastik menjadi permulaan tindakan pendidikan buat murid-murid di SK Serom 8 dan dilihat sebagai langkah pertama untuk menghentikan kebergantungan terhadap semua jenis beg plastik. Ini adalah pendedahan awal bagi murid-murid di sekolah untuk menyumbang dalam membantu persekitaran. Pada masa depan mereka dapat mendidik orang di sekeliling tentang perkara yang telah mereka pelajari dari sekolah. Sejajar dengan 6 aspirasi murid yang telah digariskan dalam konteks PPPM khususnya dalam sistem pendidikan di negara kita. Projek “PFC” dapat memupuk semangat patriotik dalam diri setiap murid dengan cara menyayangi dan melindungi kelestarian negara, dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara. Isu / Masalah 1. Murid membawa makanan atau minuman yang dibungkus menggunakan beg plastik dan makan di luar kawasan kantin. 2. Terdapat sampah plastik yang tidak dibuang ke dalam tong sampah dan mencemarkan persekitaran. Objektif 1. Menghapus penggunaan beg plastik di kantin melalui pembudayaan penggunaan Kit “PFC”. 2. Meningkatkan kesedaran di kalangan murid-murid tentang bahaya penggunaan beg plastik yang menjejaskan alam sekitar dan menjurus kepada kepupusan habitat sungai serta laut. 18 I KIPTa


Keberkesanan / Pelaksanaan Penilaian tentang keberkesanan pelaksanaan Sistem “Plastic Free Canteen (PFC)” telah dijalankan terhadap 95 orang murid tidak termasuk murid pra sekolah, Sekolah Kebangsaan Serom 8. Jadual di bawah menunjukkan taburan bilangan murid yang membawa Kit PFC dan kuantiti plastik buangan mengikut kelas selama tempoh 2 minggu. Jadual 2 :Jumlah Bilangan murid yang membawa Kit PFC dan Kuantiti plastik Buangan PetunjukJK – Jumlah Kit PB – Jumlah Plastik Buangan Jadual menunjukkan perbandingan data yang diperoleh berdasarkan pemerhatian iaitu data kuantiti tahap konsistensi murid membawa Kit PFC untuk tempoh 2 minggu mengikut kelas telah diplotkan dalam bentuk carta lajur. Berdasarkan carta lajur tersebut dapat dilihat bahawa pada hari pertama sewaktu pelancaran program semua murid menggunakan kit PFC untuk membeli makanan di kantin. Kelas yang konsisten membawa kit PFC adalah kelas PPKI, Tahun 6, Tahun 4 , Tahun 2 dan Tahun 1. Kelas yang tidak konsisten kebanyakannya memberi alasan lupa dan tertinggal Kit PFC tersebut di rumah. Maka inisiatif tambahan digunakan untuk menggalakkan murid membawa Kit PFC. Ganjaran berupa hadiah sarapan percuma kepada kelas yang berjaya membawa Kit PFC secara purata bilangan ahli dalam kelas secara penuh melebihi 5 kali dalam tempoh 2 minggu percubaan. Berdasarkan jadual, dapat disimpulkan bahawa murid dapat membawa Kit PFC ke sekolah setiap hari untuk digunakan ketika membeli makanan di kantin dan pemberian hadiah digunakan sebagai sokongan dalam meningkatkan konsistensi murid. Selain itu, dapat dilihat bahawa kuantiti plastik buangan bagi setiap kelas akan berlaku sekiranya murid tidak membawa kit PFC ke sekolah. Maka, dapat disimpulkan keberkesanan penggunaan kit PFC dapat mengurangkan kuantiti plastik buangan. Murid perlu membayar caj tambahan 20 sen sekiranya mereka terpaksa menggunakan beg plastik untuk membeli makanan. Ini merupakan satu kaedah yang dapat mendisiplinkan murid agar sentiasa beringat supaya kit PFC tidak ditinggalkan di rumah. Faedah - faedah Inovasi i. PENGURANGAN PEMBUANGAN BEG PLASTIK Pihak Kantin tidak perlu menjual makanan menggunakan beg plastik. Penjual kantin akan terus meletakkan makanan ke dalam bekas makanan pelajar. Oleh itu, pembuangan beg plastik di kantin dan sekolah dapat dikurangkan. ii. KETIDAKPERLUAN RUANGAN BESEN MAKANAN DAN TONG SISA Penggunaan Sistem “Plastic Free Canteen” (PFC) ini tidak memerlukan lagi penyediaan besen makanan yang akan menyebabkan ketidakselesaan pandangan mata kerana masalah pinggan mangkuk yang sering bersepah dan tidak diletakkan dengan betul ke dalam besen makanan. Tong sisa makanan juga tidak lagi perlu disediakan kerana sisa makanan yang tidak habis di dalam bekas makanan masing – masing boleh terus dibawa balik ke rumah. Tarikh (2023) Waktu (Rehat) Jumlah Bilangan murid yang membawa Kit PFC dan Kuantiti plastik Buangan Tahun 1 11 orang Tahun 2 14 orang Tahun 3 18 orang Tahun 4 16 orang Tahun 5 10 orang Tahun 6 21 orang PPKI 5 orang JK PB JK PB JK PB JK PB JK PB JK PB JK PB 29/1(Ahad) (Pelancaran) 9.50 11 0 14 0 18 2 16 0 10 0 21 0 5 0 30/1 (Isnin) 9.50 11 4 12 4 18 1 16 0 9 1 21 2 5 0 31/1 (Selasa) 9.50 11 2 12 3 18 0 15 5 10 1 21 1 5 0 1/2( Rabu) 9.50 10 4 13 2 18 3 16 2 8 0 21 0 5 0 2/2(Khamis) 9.50 11 1 14 2 18 1 16 1 8 3 21 0 5 0 5/2 (Ahad) 9.50 11 0 14 1 15 4 16 1 7 4 21 0 5 0 6/2 (Isnin) 9.50 11 2 14 0 17 4 16 1 10 1 21 0 5 0 7/2 (Selasa) 9.50 11 3 14 0 18 2 16 0 10 0 21 0 5 0 8/2(Rabu) 9.50 11 0 14 0 18 0 16 0 9 0 21 0 5 0 9/2(Khamis) 9.50 11 1 14 0 18 0 16 0 10 0 19 2 5 0 Jumlah 109 17 135 12 176 17 159 10 91 10 208 5 45 0 19 I KIPTa


iii. PENGGUNAAN KIT DALAM MAJLIS ANJURAN SEKOLAH Sekiranya terdapat majlis yang melibatkan pemberian makanan kepada murid, kit “Plastic Free Canteen” ini dapat digunakan bagi tujuan pengagihan makanan. Pada kebiasaannya, majlis yang melibatkan pengagihan makanan akan memerlukan makanan tersebut dibungkus di dalam plastik seperti pengagihan bubur lambuk Hari A’syura, makanan jamuan bagi sambutan Hari Raya, sambutan Maulidurrasul , sambutan hari Kantin , Hari Sukan dan lainlain. Dengan itu, makanan dapat dibekalkan terus ke dalam bekas makanan murid sedia ada. Kos pembelian bekas bungkusan makanan dan plastik dapat dijimatkan. iv. PENGGUNAAN KIT BAGI PROGRAM LUAR SEKOLAH Bagi setiap pertandingan yang di bawa oleh guru murid akan dibekalkan dengan makanan. Kebiasaannya makanan ini akan ditempah khas dari kantin sekolah bagi menjamin kebersihan serta kebolehpercayaan tahap kualiti penyediaan makanan. Perkara yang akan berlaku adalah makanan ini akan dibungkuskan di dalam bekas plastik makanan dan juga polistrin. Maka pihak penganjur akan terkesan dengan jumlah pembuangan sampah yang tidak terkawal. Dengan penggunaan kit “Plastic Free Canteen” ini akan meningkatkan disiplin murid agar menjaga bekas makanan masing – masing tanpa masalah pembuangan sampah secara merata – rata. Rumusan Budaya penggunaan plastik yang sememangnya sudah menebal dalam diri masyarakat kita menyebabkan sukarnya untuk mereka menolak penggunaan beg plastik. Oleh itu, Sistem “Plastic Free Canteen” (PFC) ini menjadi langkah pertama buat warga SK. Serom 8 menunjukkan rasa cinta kepada alam sekitar. Konsep pemberian hadiah sebagai ganjaran kepada kelas yang berjaya membawa Kit PFC melebihi 6 kali tempoh percubaan merupakan salah satu inisiatif untuk menarik minat murid dalam membudayakan kehidupan tanpa plastik. Selain itu, pendedahan kepada murid tentang budaya amalan kitar semula dapat dihayati dengan penuh nilai dan kesedaran. Ia seiring membentuk sebuah masyarakat yang mampu mendukung cita-cita negara untuk melangkah kearah negara bebas plastik. Setiap garis perancangan hanya boleh mencapai matlamatnya jika individu itu sendiri menghayati dan mendukung makna kelestarian. Gambar Kumpulan MASLIANNA BINTI MOHD ZAINOL NUR AIDA SYAKIRAH BINTI MOHAMAD HAZIQ BIN KAMOAROSZAMAN NUR AFIQAH BINTI TAHIR AINUL HUDA BINTI MOHAMAD PESAL Ijazah SarjanaMuda PerguruanDengan KepujianPendidikan Jasmani Dan Kesihatan (Ipg Kampus Darulaman) Guru Cemerlang Pen. Jasmani(Pen. Khas) Ijazah SarjanaMuda Dengan Kepujian Sains Pendidikan Rendah (Ipg Kampus Pendidikan Teknik) Guru Akademik Sains 1 Tahun Ijazah Sarjana Muda PerguruanDengan KepujianReka Bentuk & Teknologi (Ipg Kampus Sultan Mizan) Guru Akademik Rbt 9 Tahun Ijazah SarjanaMuda Perguruan Dengan Kepujian Pendidikan Pemulihan Khas (Ipg Kampus Bahasa Melayu) Ijazah Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan,Ukm) Ijazah SarjanaMuda Perguruan Dengan Kepujian Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (Sr) (Ipg Perempuan Melayu) Ijazah Sarjana Pendidikan (Pen. Khas, Ukm) Guru PendidikanKhas Masalah Pembelajaran 8 Tahun Guru Pendidikan Pemulihan Khas 8 Tahun Guru PendidikanKhas Masalah Pembelajaran 11 Tahun 20 I KIPTa


1.0 KATEGORI PERTANDINGAN KUMPULAN 2.0 TAJUK INOVASI RANGKAIAN SEBANJAR 3.0 SINOPSIS INOVASI Pendidikan dan pembelajaran (PdP) secara digital jika tiada rangkaian internet yang lengkap, menjadikan PdP tidak sempurna dan menarik dalam kalangan murid-murid. Justeru dengan inovasi ini, murid akan lebih bersemangat untuk belajar. 4.0 OBJEKTIF INOVASI Dapat meningkatkan capaian internet di seluruh kawasan Sekolah Bukit Banjar Meningkatkan motivasi murid-murid untuk belajar menggunakan kemudahan TV dan laptop dengan dihubungkan rangkaian internet yang berkelajuan tinggi dan stabil Memupuk rasa minat murid untuk belajar berbantukan rangkaian internet yang stabil 5.0 KUMPULAN SASARAN Semua murid, guru dan kakitangan Sekolah Bukit Banjar. 6.0 LATAR BELAKANG DAN PERMASALAHAN Sekolah ini pada asalnya telah dibekalkan rangkaian Telco ‘Yes’. Sekolah telah dibekalkan sebanyak 4 peranti. Peranti tersebut telah diletakkan di pejabat, bilik guru, pra sekolah dan makmal komputer . Selepas itu, sekolah dibekalkan pula peranti dari syarikat Telco Celcom. Hanya sebuah peranti sahaja dibekalkan. Ini telah menimbulkan banyak masalah. Capaian internet yang tidak stabil. Guru tidak dapat akses internet disebabkan capaian internet yang sangat lemah dan tidak stabil. 21 I KIPTa


Ini menyukarkan guru-guru menyampaikan PdP menggunakan kemudahan TV yang sedia ada dengan rangkaia internet Celcom tersebut dan pentadbir pula menghadapi masalah untuk menghantar data kepada pihak PPD, JPN dan KPM. 7.0 MASALAH DAN PENYELESAIAN MASALAH. Oleh itu, saya selaku Penyelaras ICT dan juga Guru Data saya telah memberikan beberapa syor dan cadangan kepada pihak pengurusan sekolah bagi mengatasi masalah ini. Saya mencadangkan satu rangkaian internet ini merangkumi seluruh kawasan sekolah bermula daripada bangunan makmal komputer, bilik darjah, pra sekolah, pejabat, bilik guru dan bilik darjah Tahun 1 hingga Tahun 6 dan bilik khas terutamanya pusat sumber harus dilaksanakan. Pihak pengurusan telah menyambut cadangan penambahabaikan tersebut. Dengan kerjasama PIBG dan pengurusan sekolah. Satu keputusan telah diambil. 8.0 FAEDAH – FAEDAH PELAKSANAAN. Pihak sekolah telah membuat permohonan talian fibre optik dari Telco Unifi, Syarikat Telekom Malaysia Berhad. Pakej langganan 100mbs dengan kontarak selama 24 bulan. Bil dipersetujui ditanggung oleh PIBG selama tempoh tersebut. Kos keseluruhan pemasangan dianggarkan RM3000.00. 9.0 KAEDAH PELAKSANAAN Bahan yang digunakan untuk melaksanakan keberkesanan capaian internet. Modem Router Switch Wayar RJ45 Mesh Pemasangan telah dibuat diseluruh bangunan, bilik darjah, bilik khas di SK Bukit Banjar. 10.0 KESAN DAN IMPAK PELAKSANAAN. Selepas pemasangan dilakukan, diseluruh bangunan, bilik darjah, bilik khas di SK Bukit Banjar, hasilnya telah berjaya menyelesaikan masalah capaian internet di Sekolah Bukit Banjar yang selama ini gagal di atasi. Murid-murid telah dapat menikmati siaran tv seperti saluran Youtube untuk PdP dengan lancar dan stabil. Pentadbir dan AKP dapat mengakses data secara stabil tanpa halangan. Penggunaan PdP menggunakan laptop sewaan di makmal komputer berjalan lancar. Semua pihak, murid, guru dan AKP berpuas hati dan gembira dengan kejayaan ini yang mencapai 100% kejayaan menyelesaikan masalah capaian yang dihadapi selama ini. 22 I KIPTa


The Daily Drip (RMT Corner) Tan Siew Yee, Tan See Luan, Er Yeok Bee, Tan Mey Nee & Fong Zhen Geng SJK(C) Chung Hwa Serom 3, Tangkak Abstrak “The Daily Drip (RMT Corner)” dilaksanakan bertujuan untuk menambah baik pengurusan Hal Ehwal Murid dalam Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) agar program ini dijalankan dengan lebih sistematik dan berkesan di kantin sekolah. Hal ini juga dapat mewujudkan persekitaran kondusif bagi murid Program RMT. Penambahbaikan telah dilakukan dari aspek penyediaan bekas dan bakul makanan, tempat mencuci tangan dan sudut Program RMT. Penambahbaikan ini telah memberi kesan yang baik kepadad murid dan guru bertugas Program RMT. Keberkesanan pengurusan, taraf kebersihan dan keceriaan Program RMT dapat dilihat secara nyata melalui pelaksanaan “The Daily Drip (RMT Corner)”. 1.0 PENGENALAN Kumpulan kami terdiri daripada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan empat orang guru dari SJK (C) Chung Hwa Serom 3, Tangkak telah mengambil inisiatif untuk menambah baik pengurusan HEM dalam Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang telah dijalankan di sekolah. Program RMT merupakan salah satu program yang penting dalam bidang HEM kerana program ini mementingkan kesihatan murid dari segi pengambilan makanan yang berkhasiat. Tambahan pula, pengurusan kantin, kebersihan dan keceriaan kantin sekolah turut dititikberatkan. Dengan ini, kumpulan kami membuat perancangan untuk menambah baik keberkesanan pengurusan, taraf kebersihan dan keceriaan Program RMT di kantin sekolah. Projek yang kami rancangkan bertajuk “The Daily Drip (RMT Corner)”. 2.0 PENYATAAN MASALAH Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang telah dijalankan di peringkat sekolah perlu ditambah baik dari segi kebersihan dan keceriaan. Hal ini demikian kerana Guru Penolong Kanan HEM dan guru penyelaras Program RMT telah mendapati beberapa masalah wujud sepanjang program RMT dijalankan di kantin sekolah. Antara masalah yang didapati adalah seperti berikut. i. Bekas makanan murid Program RMT dan bekas makanan murid bukan Program RMT diletakkan dalam bakul makanan yang sama mengikut kelas masing-masing. ii. Pengurusan Program RMT kurang bersistematik. Hal ini demikian kerana selain GPK HEM, guru penyelaras Program RMT dan guru kelas, guru-guru lain tidak tahu akan senarai nama murid Program RMT. Maklumat murid Program RMT seperti kehadiran murid Program RMT tidak dipaparkan dengan jelas di kantin sekolah. Masalah ini telah menyusahkan guru bertugas Program RMT untuk mencari murid Program RMT yang tidak hadir pada hari persekolahan tertentu jika tidak dimaklumkan oleh GPK HEM atau guru penyelaras. 3.0 OBJEKTIF Rasional projek “The Daily Drip (RMT Corner)” ini dijalankan adalah untuk menambah baik pengurusan Program RMT di kantin sekolah. Antara objektif projek kami adalah seperti berikut. i. Memastikan pengurusan Program RMT dijalankan dengan lebih sistematik dan berkesan. ii. Mewujudkan persekitaran kondusif dalam kalangan murid Program RMT di kantin sekolah. 4.0 PELAKSANAAN “THE DAILY DRIP (RMT CORNER)” Pelaksanaan “The Daily Drip (RMT Corner)” bermula pada sesi persekolahan 2023/2024. Semua murid Program RMT SJK (C) Chung Hwa Serom 3, iaitu seramai 13 orang murid sebagai sasaran dalam program ini. Penambahbaikan menerusi “The Daily Drip (RMT Corner)” telah dilakukan dari aspek penyediaan bekas dan bakul makanan, tempat mencuci tangan dan sudut Program RMT. 4.1 PENYEDIAAN BEKAS DAN BAKUL MAKANAN Bekas makanan dan bakul makanan telah disediakan oleh pihak sekolah untuk semua murid Program RMT secara percuma. Setiap murid memiliki satu bekas makanan yang sama saiz. Kami telah melabelkan nama murid dan kelas pada bekas makanan. Dua buah bakul makanan disediakan dan dilabelkan untuk murid Program RMT tahap satu dan murid Program RMT tahap dua. 23 I KIPTa


4.2 PENAMBAHBAIKAN MEJA MAKAN Meja makan murid Program RMT dihiasi dengan alas meja yang baharu. Tempat duduk murid juga dilabelkan nama murid. Dua buah meja makan dikhaskan untuk murid Program RMT mengikut tahap, iaitu murid tahap satu dan murid tahap dua. 4.3 TEMPAT MENCUCI TANGAN Tempat mencuci tangan dan sabun telah disedia dan dilabelkan dengan jelas. 4.4 SUDUT “THE DAILY DRIP (RMT CORNER)” Satu sudut Program RMT diwujudkan di kantin sekolah untuk memaparkan maklumat Program RMT seperti jawatankuasa Program RMT, jadual bertugas Program RMT, senarai nama murid Program RMT, kehadiran murid Program RMT, menu makanan dan maklumat pemakanan yang seimbang dan berkhasiat. 5.0 IMPAK “THE DAILY DRIP (RMT CORNER)” 5.1 PENYEDIAAN BEKAS DAN BAKUL MAKANAN Dengan adanya bekas makanan yang dilabelkan nama murid Program RMT dan bakul makanan khas untuk murid Program RMT, masalah salah ambil bekas makanan murid Program RMT dengan murid bukan Program RMT dapat diatasi. Hal ini demikian kerana bakul makanan disediakan untuk murid Program RMT meletakkan bekas makanan mereka dan diasingkan dengan bakul murid bukan Program RMT. Bakul makanan Program RMT disediakan untuk murid Program RMT tahap satu dan tahap dua memudahkan murid-murid mengambil makanan mereka. Bekas makanan murid juga dapat diletakkan dalam bakul dengan kemas dan tidak mudah berlaku ketumpahan makanan dalam kalangan murid. Tambahan pula, penyediaan bekas dan bakul makanan khas untuk murid Program RMT juga memudah dan mempercepatkan kerja guru bertugas. Guru bertugas hanya perlu melihat nama murid yang telah dilabelkan pada bekas makanan dan mengesan nama murid yang belum mengambil bekas makanan mereka. 5.2 PENAMBAHBAIKAN MEJA MAKAN Meja makan yang dilabelkan nama murid memudahkan murid Program RMT duduk di tempat duduk mengikut nama sendiri. Suasana dan persekitaran yang kondusif di kantin secara tidak langsung akan menjejaskan selera murid. Mereka dapat duduk dan makan di tempat yang cantik, bersih dan selesa. 5.3 TEMPAT MENCUCI TANGAN Tempat mencuci tangan yang sedia ada di kantin sekolah dinaiktarafkan supaya menjaga kebersihan murid dari semasa ke semasa. Tempat mencuci tangan dilabelkan dengan jelas dan sabun disediakan dengan cukup supaya memudahkan murid mencuci tangan sebelum dan selepas makan dengan mudah. Taraf kebersihan murid turut ditingkatkan secara langsung melalui projek ini. 5.4 SUDUT “THE DAILY DRIP (RMT CORNER)” Dengan adanya sudut “The Daily Drip (RMT Corner)”, segala maklumat tentang jawatankuasa dan murid Program RMT dipaparkan dengan jelas di sudut ini di kantin sekolah. Semua guru dan murid mahupun pengusaha kantin sekolah dapat membaca maklumat dengan jelas sekali. Jumlah bilangan murid Program RMT dan senarai nama murid Program RMT terpapar dengan jelas dan nyata pada sudut khas ini. Kehadiran murid Program RMT turut jelas terpapar supaya semua guru dan murid dapat mengesan murid Program RMT yang tidak hadir dengan mudah tanpa sebarang makluman daripada GPK HEM atau guru penyeleras Program RMT. Hal ini turut meringankan kerja guru bertugas kerana guru bertugas tidak perlu bertanya-tanyakan untuk mendapat tahu akan nama murid yang tidak hadir. Selain itu, murid-murid juga dapat melihat menu makanan dengan jelas. Mereka juga dapat membaca maklumat tentang pemakanan yang seimbang dan berkhasiat menerusi poster yang dipaparkan pada sudut ini. Hal ini dapat menambahkan ilmu kesihatan pada diri mereka. 24 I KIPTa


6.0 PENUTUP “The Daily Drip (RMT Corner)” telah membawa impak yang berkesan terhadap semua warga sekolah SJK(C) Chung Hwa Serom 3. Murid-murid program RMT juga mempunyai masa yang lebih untuk menjalankan program membaca pada waktu rehat. Ahli Kumpulan “The Daily Drip (RMT Corner)” Puan Tan Siew Yee Guru Penolong Kanan HEM Puan Tan See Luan Guru Penyelaras Program RMT Puan Er Yeok Bee Puan Tan Mey Nee Encik Fong Zhen Geng Guru Guru Guru 25 I KIPTa


Penggunaan Kad DelimaNilam Bagi Meningkatkan Rekod Bacaan Murid Dalam Sistem Nilam Johor Norliana Taib & Mohd Firdaus A.Jalil SK Paya Mas ABSTRAK Secara umumnya ramai yang mengetahui, Program NILAM merupakan program galakan membaca yang diterapkan kepada murid-murid di peringkat rendah lagi. Pembuktian bacaan murid perlu direkodkan pada borang khas atau sistem dalam talian . Pengrekodan ini membuktikan bahawa aktiviti membaca dilaksanakan oleh setiap murid walau dimana sahaja mereka berada. Penghasilan Kad DelimaNilam diwujudkan bertujuan bagi memudahkan murid-murid mengakses Sistem Nilam Johor yang merupakan medium pengumpulan rekod bacaan semua murid di negeri Johor. Maklumat yang tersedia pada Kad DelimaNilam memudahkan murid mengakses Sistem Nilam Johor dengan hanya mengimbas kodbar dan memasukkan data yang diperlukan dengan hanya merujuk pada Kad DelimaNilam. Dengan sekali imbas, murid tersedia untuk memasuki sistem Nilam Johor dengan mengisi maklumat yang disediakan pada kad. Murid terus dapat mengisi semua maklumat bacaan yang diminta tanpa masalah tidak tahu atau terlupa email dan kata laluan. Kebiasaan yang dilakukan akan menjadi amalan kepada murid untuk terus membaca dan merekod kerana tidak timbul masalah kepada mereka. Berlaku peningkatan rekod bacaan yang mendadak apabila kad ini digunapakai. Kad ini banyak membantu murid terutamanya untuk bersaing mencatat bacaan terbanyak apabila jumlah rekod bacaan dipertandingkan sebagai galakan kepada murid untuk terus membaca. Inovasi ini merupakan satu idea baharu yang memberi impak yang tinggi pada rekod bacaan murid. Ianya turut dapat menarik minat murid untuk membaca secara berterusan dan dapat menerapkan budaya membaca di mana-mana sahaja tanpa mengira waktu. PENGENALAN Kad DelimaNilam hanyalah sekeping kad berukuran 9 x 6.5cm yang sangat efektif kepada penggunanya. Mempunyai dua permukaan yang mengandungi kod imbasan ke pautan sistem Nilam Johor bersama kata laluannya dan muka sebelahnya lagi mengandungi maklumat email DELIMA murid berserta kata laluan email tersebut. Ianya dihasilkan bagi membantu murid mengakses dengan mudah Sistem Nilam Johor yang digunakan untuk merekod bahan bacaan yang telah dibaca. Info pada kad juga membantu murid untuk mengetahui email DELIMA dan kata laluan yang diperlukan untuk akses ke dalam sistem tersebut tanpa perlu tercari-cari lagi email masing-masing. Kad yang wajib dipasang di beg sekolah turut membantu murid yang menggunakan akaun DELIMA bagi tujuan PdPc atau menyertai mana-mana program/ aktiviti secara dalam talian yang memerlukan murid mendaftar menggunakan Email DELIMA dengan hanya merujuk maklumat yang tercatat pada kad. ISU/MASALAH Sebelum ini pihak sekolah telah menyediakan buku khas untuk murid-murid merekodkan bahan bacaan mereka, namun atas usaha Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor telah membangunkan satu sistem untuk murid merekod bahan bacaan mereka secara dalam talian yang dikenali sebagai Sistem Nilam Johor. Sistem ini membantu pihak sekolah terutama penyelaras Program Nilam memperoleh jumlah rekod bacaan murid, analisa bacaan mengikut kelas, bulan dan jenis bahan bacaan. Sebagai sekolah rintis bagi sistem ini, pihak sekolah mengharapkan agar murid dapat menggunakan sistem ini secara maksimum untuk merekod bahan bacaan mereka. Bermula Mac 2022, sistem ini telah disebarluaskan kepada murid. Pendedahannya dibuat secara taklimat pada setiap kelas dan melalui infografik di telegram kelas masing-masing. Namun rekod bacaan dalam sistem masih ditahap yang rendah dan kurang memberangsangkan bagi 3 bulan yang pertama. Data menunjukkan bilangan murid yang merekod bahan bacaan tidak sampai 100 orang murid berbanding jumlah murid seramai 412 orang. Murid banyak membaca tetapi tidak merekod bahan bacaan tersebut kerana tidak ingat dan tidak tahu id Delima masing-masing. 26 I KIPTa


OBJEKTIF Berdasarkan penyataan masalah , dua objektif kajian disasarkan iaitu, 1. Meningkatkan rekod bacaan murid dalam Sistem Nilam Johor dengan penggunaan Kad DelimaNilam. 2. Menggalakkan minat membaca dikalangan murid dengan cara memudahkan mereka mengakses ke Sistem Nilam Johor. KEBERKESANAN/PERLAKSANAAN PENGGUNAAN KAD DELIMANILAM 1. Setelah selesai membaca sebarang bahan bacaan murid mengimbas barkod yang terdapat pada kad menggunakan telefon bimbit atau tab. Rajah 1 : Murid membaca dan mengimbas kodbar untuk ke Sistem Nilam Johor. 2. Setelah mengimbas kodbar, ia akan dibawa ke pautan Sistem Nilam Johor. Rajah 2 : Imbasan kod 3. Murid memasukkan ID DELIMA dan kata laluan dengan merujuk maklumat tersebut pada kad DelimaNilam dan seterusnya mengisi rekod bacaan dalam sistem Nilam Johor. 27 I KIPTa


KEBERKESANAN / IMPAK INOVASI 1) KEBERKESANAN YANG TINGGI Bahan inovasi memberikan impak yang sangat memberangsangkan terutama dari segi peningkatan rekod bacaan. Melalui data yang dikeluarkan oleh Unit USTP PPD Tangkak bertarikh 8 Disember 2022, purata bacaan seorang murid SK Paya Mas adalah 4 buah buku sahaja dalam tahun semasa. Namun setelah hampir keseluruhan murid menggunakan kad DelimaNilam, purata membaca murid telah meningkat kepada 8 buah buku . Situasi ini menunjukkan panggunaan kad amat memberi impak besar pada data bacaan murid dan secara tidak langsung menunjukkan minat dan trend membaca dikalangan murid meningkat. 2) MUDAH DIGUNA DAN DIHASILKAN Dengan sekali imbas, murid tersedia untuk memasuki sistem Nilam Johor dengan mengisi maklumat yang disediakan pada kad. Murid terus dapat mengisi semua maklumat bacaan yang diminta tanpa masalah tidak tahu atau terlupa email dan kata laluan. Kebiasaan yang dilakukan akan menjadi amalan kepada murid untuk terus membaca dan merekod kerana tidak timbul masalah kepada mereka. Murid juga dapat menggunakan kad DelimaNilam di mana sahaja mereka berada dengan syarat kad berada bersama mereka. Kebanyakan murid telah mempunyai gadjet sendiri lengkap dengan talian internet untuk mengimbas kad ini dan imbasan kodbar tidak dikenakan sebarang bayaran. Ibu bapa juga boleh turut membantu jika murid tiada sebarang gajet untuk diakses. Bahan inovasi ini menjimatkan masa dan kos dari segi pengurusan dalam usaha meningkatkan minat membaca dikalangan murid. Ianya dapat dihasilkan kembali dengan mudah jika kad hilang atau rosak tanpa mengambil masa yang lama. Kad juga mempunyai hayat yang panjang kerana dimasukkan dalam sampul plastik kalis air. Penggunaan kad ini dapat diteruskan sehingga murid memasuki sekolah menengah. Email DELIMA yang tercatat pada kad tetap sama dan tidak berubah walau terdapat perubahan pada kata laluan. 3) SASARAN PENGGUNA PELBAGAI PERINGKAT UMUR MURID/PELAJAR SEKOLAH Pelbagai peringkat umur murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah boleh menggunakan kad ini. Murid tahap 1 terutamanya, dapat mengggunakan kad ini dengan baik walau pada permulaannya memerlukan bantuan ibu bapa atau guru. Apabila telah menggunakannya beberapa kali, murid-murid ini dapat melakukannya dengan sendiri. RUMUSAN Secara keseluruhan, inovasi ini merupakan satu idea baharu yang memberi impak yang tinggi pada rekod bacaan murid. Ianya turut dapat menarik minat murid untuk membaca secara berterusan dan dapat menerapkan budaya membaca di mana-mana sahaja tanpa mengira waktu. Sebagai pendidik, penting untuk kita sentiasa memastikan generasi muda berkembang dengan ilmu dan pengetahuan serta melahirkan generai yang kreatif dan kritis. Inovasi ini juga diharapkan dapat digunakan secara meluas melibatkan para guru. Dengan kad ini, guru juga dapat merekodkan bahan bacaan mereka di bawah program Nilam Guru. Perkongsian bahan bacaan yang menarik dan penyebaran ilmu bersama rakan sekerja dapat dilaksanakan. Namun setakat ini, sistem Nilam Johor belum menyediakan pengrekodan untuk guru, namun jika ianya dilaksanakan, kad DelimaNilam akan turut digunakan bagi memudahkan guru merekod bahan bacaan mereka. Perkongsian idea ini juga diharap dapat dikongsi dengan sekolah berhampiran agar ianya dapat digunapakai bersama bagi menggalakkan murid-murid membaca dan seterusnya merekod bahan bacaan mereka. Semoga budaya membaca ini menjadi titik tolak kepada tanah air kita untuk menyaingi negara-negara maju yang lain, seterusnya melahirkan generasi masa depan yang kaya dengan ilmu pengetahuan dan mempunyai jatidiri yang kukuh. Norliana Binti Taib Mohd Firdaus B. A.Jalil [email protected] [email protected],my 28 I KIPTa


Kad ABC Kad Anak Yang Baik Lagi Cerdik Nur Azura Binti Mahin, Khomsah Binti Mutalib, Noor Akashah Bin Noordin, Anizan Bin Mohamad SMK Tun Mamat, Jln Payamas, 84900 Tangkak, Johor Headcount bermaksud “An inventory of people in a group taken by counting individuals.”, bermaksud mengenalpasti bilangan individu dalam sesebuah kumpulan, organisasi atau institusi. Dalam konteks akademik, Headcount memberi fokus kepada data secara diskrit dalam melihat pencapaian dan perkembangan murid. Maklumat tersebut dianalisis sepanjang murid berada di sesebuah sekolah supaya prestasi semua mata pelajaran yang diambil dapat dikenalpasti. Pengesanan ini berkait rapat dengan usaha meningkatkan potensi murid, yang memerlukan usahasama pelajar, guru, ibubapa dan pihak sekolah. Justeru, satu sistem Headcount yang mesra pengguna iaitu Kad ABC telah dibina berbentuk cetakan yang akan ditampal pada muka hadapan latihan pelajar mengikut mata pelajaran tertentu. Sistem ini menjadi salah satu saluran penyampaian maklumat yang cepat dan tepat kepada semua pihak yang terlibat dalam pengurusan akademik termasuk ibubapa pelajar. Justeru itu, rasa kebersamaan dan cakna terhadap prestasi murid dapat dizahirkan. Impak yang paling signifikan ialah pelajar maklum tentang prestasi diri sendiri dan sentiasa bermotivasi untuk meningkatkan kualiti pencapaian masing-masing. PENGENALAN Kad ABC ialah Kad Anak Yang Baik Lagi Cerdik yang merupakan inovasi modifikasi sistem Headcount yang membolehkan proses penyaluran maklumat terus kepada pelajar. Inovasi modifikasi ini sangat relevan dan membantu guru serta pelajar sebagai satu instrumen penilaian. Selain itu, inovasi modifikasi Kad ABC ini juga telah diaplikasikan kepada beberapa panitia di SMK Tun Mamat. ISU/ MASALAH Pemerhatian yang dijalankan di sepanjang sesi 2020-2022 mendapati terdapat kekangan pada sistem sedia. Ketua Panitia tidak mempunyai tapak khusus untuk pengumpulan data penilaian pelajar supaya lebih sistematik dan bergraf. Selain itu, data Headcount hanya menjadi rujukan guru matapelajaran dan ketua panitia tanpa disebarluaskan kepada pelajar dan ibubapa menyebabkan tindakan susulan hanya datang dari sebelah pihak sahaja dan pelajar tidak serius untuk memperbaiki pencapaian mereka. Maklumat berkaitan Headcount ini berbentuk cetakan yang perlu ditampal pada muka hadapan buku latihan pelajar mengikut mata pelajaran. Ia bermula dengan mendirikan sistem Headcount yang lebih bersistematik menggunakan Microsoft Excel, kemudian data-data tersebut digabung membentuk kad yang dicetak pada sehelai kertas A4 untuk 8 pelajar. Inovasi ini tidak memerlukan kos yang tinggi kerana ia boleh dicetak sendiri oleh guru menggunakan kertas pelekat yang bernilai RM1 sehelai. 29 I KIPTa


Sistem ini dibangunkan menerusi 5 langkah: 1. Pembinaan sistem Headcount Panitia berinformasi 2. Uji lari sistem dan keberkesanan menganalisis pencapaian mengikut kelas dan jurang jantina 3. Pembinaan Kad ABC 4. Proses penggabungan mail merge dari Data Headcount ( Microsoft Excel ) kepada Kad ABC (Microsoft Word) Proses Mail Merge 5. Cetakan Kad ABC secara individu. Sehelai kertas A4 boleh memuatkan 8 kad ABC individu OBJEKTIF Inovasi yang diberi nama Kad ABC (Kad Anak yang Baik Lagi Cerdik), bertujuan untuk: 1. Menambahbaik hebahan maklumat Headcount yang lebih jelas kepada pelajar, ibubapa dan pihak sekolah 2. Memberi motivasi kepada pelajar supaya lebih serius untuk terus meningkatkan prestasi masing-masing 3. Mewujudkan kebersamaan di antara pihak sekolah dan ibubapa untuk merancang program-program kecemerlangan sebagai susulan kepada data dan rekod pencapaian tersebut. 30 I KIPTa


KEBERKESANAN DAN IMPAK Dapatan (outcome) daripada inovasi ini mendapati: 1. 28 daripada 33 pelajar kelas 5KAA dan 5KAB dapat menyebut data-data pencapaian dan target mereka dengan tepat bagi matapelajaran Pendidikan Syariah Islamiah hasil penelitian mereka terhadap Kad ABC yang telah ditampal pada muka hadapan buku latihan mereka. 2. Soalselidik turut mendapati 25 daripada 33 orang ibubapa memahami data-data pencapaian dan target pada sticker kerana bentuk paparannya mudah dan mesra pengguna. Ibubapa juga dapat mengemukakan cadangan dan tindakan yang boleh dilakukan bagi membantu pencapaian anak masing-masing. Inovasi ini memberi impak yang sangat signifikan dan memudahkan urusan banyak pihak. Antaranya: 1. Maklumat berkaitan Headcount dapat dikesan dengan mudah dan pantas semasa sesi perbincangan post-mortem dijalankan. 2. Ketua Panitia tidak perlu lagi membuat laporan secara manual untuk memberi maklumat yang dikehendaki oleh pihak pengurusan. Maklumat dapat dianalisis dan disimpan dengan selamat sebagai bahan rujukan. Guru dan ibu bapa boleh melihat trend pencapaian pelajar dari tingkatan 4 dan 5 3. Dorongan dan sokongan ibu bapa dan guru diperlukan bagi mencapai ETR yang disasarkan. Justeru impak paling ketara ialah pelajar semakin bermotivasi untuk memperbaiki pencapaian mereka. RUMUSAN Inovasi ini mempunyai potensi bukan sahaja untuk disebarluaskan kepada semua panitia di sekolah pengkaji malah kepada sekolah-sekolah lain di seluruh tanahair. Ini adalah kerana perkongsian mengenainya tidak memerlukan masa yang panjang dan kaedah pembentangan yang rumit. Maklumat dan kaedah untuk membangunkan Kad ABC boleh dikongsi kepada pihak lain dengan mudah dan santai kerana berkaitan rutin kerja seorang guru. Lebih-lebih lagi, ia tidak memerlukan kos yang tinggi. Pengurusan data yang sistematik sudah tentunya menjadi impian semua organisasi. 31 I KIPTa


Dashboard NoPe Kumpulan Speedo: Norazalina Binti Mohd Ghazali, Arpah Binti Basar & Zuraina Binti Kamis SMK Seri Tangkak, 84900 Tangkak, Johor ABSTRAK Nombor perolehan buku teks adalah nombor siri yang diberikan kepada setiap buku dalam aktiviti memproses buku teks yang baru diterima daripada pembekal, sekolah lain atau BOSD (Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Daerah). Nombor perolehan ini adalah nombor yang diberi kepada tiap-tiap buku yang diterima sebagai satu rujukan penerimaan pada satu tempoh masa dan bilangan penerimaan. Nombor perolehan bagi setiap buku adalah berbeza. Oleh itu murid tidak akan mendapat judul buku yang sama nombor perolehannya. Maka nombor perolehan buku teks ini dijadikan rujukan utama bagi mengesan pemilik buku teks di sekolah. Justeru itu, kumpulan kami telah menghasilkan satu dashboard yang boleh diakses oleh semua warga sekolah untuk mengesan dan mengenal pasti pemilik buku teks. Dashboard ini dikenali sebagai Dashboard NoPe (Nombor Perolehan). Antara kelebihan Dashboard NoPe ini, ianya dapat mengesan pemilik buku teks dengan mudah, cepat dan teratur disamping dapat melakukan penjimatan kos (kertas, fail, bahan pencetak dan ruang penyimpanan) serta mengatasi isu kehilangan dan kecurian buku teks dalam kalangan pelajar SMK Seri Tangkak. Selain itu, dashboard ini dibina tanpa menggunakan sebarang kos. 1.0 PENGENALAN Dashboard NoPe merupakan satu inovasi yang dihasilkan untuk membantu Unit SPBT dalam menguruskan penyimpanan maklumat buku teks dengan lebih cekap. Ia berasaskan penggunaan teknologi dan pembudayaan teknologi digital dalam pengurusan di SMK Seri Tangkak. Penggunaan dashboard ini juga meluas untuk pelbagai penyimpanan data dan maklumat. Hasil cetusan idea inovasi dashboard ini adalah berdasarkan hasil dapatan sesi perbincangan isu / masalah yang dihadapi oleh Guru Penyelaras SPBT bersama Guru Penyelaras Bestari. Oleh itu, kami telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan Dashboard NoPe. 2.0 ISU / MASALAH Masalah utama yang dihadapi oleh Unit SPBT ialah:- ❏ Kesukaran mencari data individu melalui nombor perolehan ❏ Buku yang ditinggalkan atau tertinggal di kawasan sekolah dijumpai oleh guru/murid tiada maklumat lengkap seperti nama dan kelas ❏ Kos yang tinggi bagi tujuan percetakan borang maklumat dan pengurusan sistem pemfailan ❏ Kes kehilangan atau kecurian buku teks dalam kalangan murid 3.0 OBJEKTIF Rasional inovasi ini dilaksanakan adalah untuk memantapkan pengurusan dalam Unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Inovasi ini bermatlamat untuk memastikan tanggung jawab warga SMK Seri Tangkak menghargai dan menjaga buku teks dengan baik. Antara objektif inovasi kami adalah: 1. Dapat mengesan pemilik buku teks dengan mudah dan cepat (semua warga sekolah boleh mengakses) 2. Dapat menjimatkan kos penyimpanan maklumat nombor perolehan buku teks (Penjimatan penggunaan kertas, bahan pencetak dan mengurangkan pengurusan sistem pemfailan) 3. Mengatasi isu kehilangan dan kecurian buku teks dalam kalangan murid. 32 I KIPTa


4.0 KEBERKESANAN / PELAKSANAAN 4.1 SITUASI DAN MASALAH SEBELUM INOVASI DILAKUKAN Melalui pemerhatian di SMK Seri Tangkak, kebanyakan murid tidak peka terhadap penjagaan buku teks. Antaranya buku teks ditinggalkan di sekolah, tertinggal di kawasan sekolah dan buku teks tiada maklumat pada ruang yang disediakan. Hal ini seterusnya menyebabkan kes kehilangan buku yang tinggi. Selain itu, pengurusan pengumpulan maklumat nombor perolehan buku teks adalah secara manual iaitu percetakan borang akuan terima buku proses pengedaran dan pengumpulan borang akuan terima buku kemudiannya difailkan mengikut kelas dan tingkatan. Isu borang hilang, borang tidak diisi dan tidak dikembalikan kepada Penyelaras SPBT menyukarkan Unit SPBT menyimpan data. Dalam proses penyimpanan data juga Unit SPBT perlu menyediakan fail dan ruang penyimpanan borang akuan terima buku ini. Bagi penyediaan borang akuan terima buku pula ia melibatkan penggunaan kertas dan bahan pencetak. Buku-buku (tidak mempunyai nama dan kelas) yang dijumpai oleh guru atau murid perlu diserahkan kepada guru penyelaras Unit SPBT untuk mengenal pasti pemilik buku berdasarkan borang akuan terima buku yang direkod. Ia mengambil masa kerana hanya guru SPBT sahaja yang boleh mengakses fail borang akuan terima buku di Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks (BOSS). Guru SPBT perlu membuat semakan satu persatu mengikut judul buku untuk mengenal pasti pemilik buku. Tambah pula masalah lain buku yang dijumpai itu tiada rekod (murid tidak mengisi dan menghantar borang akuan terima buku ) kepada guru Unit SPBT. 4.2 PROSES PENGHASILAN DASHBOARD NoPe 4.2.1 Penghasilan Google Forms Google Forms dihasilkan untuk mendapatkan data daripada murid. Google forms diisi oleh murid selepas murid membuat pinjaman dan menandatangani borang SPBT-G. 4.2.2 Database Nombor Perolehan di Google Sheets. Data murid (dari Google Forms) akan disimpan di dalam Google Sheets. 4.2.3 Penghasilan Dashboard Data murid (Google Sheets) dipaparkan menggunakan Looker Studio (penghasilan dashboard) 4.3 CARA MENGGUNAKAN DASHBOARD NoPe Dashboard NoPe boleh menggunakan dua kaedah carian iaitu: a) Menggunakan nama murid atau nombor b) Menggunakan nombor perolehan mengikut kad pengenalan mata pelajaran. 33 I KIPTa


4.4 IMPAK INOVASI i. Mudah ditadbir dan diakses Dashboard NoPe ini mudah ditadbir sama ada secara atas talian atau luar talian. Semua warga SMK Seri Tangkak boleh mengakses Dashboard NoPe sebagai sumber untuk mengetahui maklumat berkaitan pinjaman buku teks. Melalui Dashboard NoPe ini juga boleh dijadikan sebagai bukti murid telah menerima pinjaman buku teks selain menandatangani borang SPBT-G. Inovasi ini dapat menjimatkan kos dan masa dari segi pengurusan dalam meningkatkan produktiviti kerja. Kos pembangunan adalah percuma kerana menggunakan google forms dan looker studio sahaja. Namun paparan yang terhasil, sangat membantu pengurusan Unit SPBT. ii. Keberkesanan yang tinggi Bahan inovasi memberi impak yang amat memberangsangkan kepada penyelaras dan guru-guru SPBT khasnya dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi sebelum ini. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah kehilangan buku dan pemilik buku dapat dikenal pasti dengan lebih cepat, tepat dan mudah. Dashboard NoPe ini boleh diakses oleh semua guru, murid dan ibu bapa menggunakan peranti elektronik seperti komputer riba dan telefon bimbit pada bila-bila masa. 5.0 RUMUSAN Secara keseluruhannya, Dashboard NoPe ini amat membantu unit SPBT dalam menyelesaikan masalah kesukaran mencari data individu melalui nombor perolehan. Selain itu dapat mengenal pasti pemilik buku dengan kadar seger NoPe ini dapat menjimatkan kos penyimpanan maklumat nombor perolehan buku teks. Ia juga boleh dijadikan sebagai a seterusnya dapat menyelesaikan masalah kehilangan buku teks dalam kalangan murid. Di samping itu, Dashboard menjadi evidens penerimaan buku teks oleh murid dari Unit SPBT. Penghasilan Dashboard NoPe juga selari dengan teras ketujuh, teras utama Kementerian Pendidikan (KPM) dalam menerajui sistem Pendidikan Negara iaitu meningkatkan keupayaan pendidikan digital di sekolah. 6.0 GAMBAR KUMPULAN QR Code Dashboard NoPe Norazalina binti Mohd Ghazali Arpah binti Basar Zuraina binti Kamis 34 I KIPTa


INOVASI PdP


APLIKASI KIT JEMARI EMAS DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS (MBPK) KATEGORI KETIDAKUPAYAAN PELBAGAI Naqiyah Mahmud, Nurul Hidayah Yaziz & Nadiha Md Khalid Sekolah Kebangsaan Ledang, Jalan Sialang, Tangkak, Johor. Abstrak Kit Jemari Emas dihasilkan untuk membantu murid MBPK kategori ketidakupayaan pelbagai yang mempunyai masalah pendengaran tahap ringan dan masalah pertuturan dalam meningkatkan kemahiran komunikasi mereka melalui kaedah komunikasi seluruh. Kit Jemari Emas mengandungi Buku Jemari Emas dan juga Kad Imbas. Di dalam Buku Jemari Emas, terdapat 3 tajuk utama iaitu Mengenal ABC, Mengenal Nombor dan juga Mengenal 101 Perkataan dan Isyarat. Melalui penggunaan buku dan kad imbas, murid dapat belajar mengenal abjad dan nombor beserta isyaratnya. Setiap abjad dan nombor mempunyai latih tubi cara-cara penulisan yang betul. Buku ini turut direka khas dengan 101 ilustrasi gambar yang menarik dalam memperkenalkan 101 perkataan dan isyarat untuk menambah kosa kata murid untuk berkomunikasi. Sebagai bonus tambahan, setiap abjad, nombor dan 101 perkataan disertakan dengan video isyarat yang boleh diimbas melalui ‘qr code’ yang disediakan. Kajian ini dijalankan terhadap dua orang murid Berkeperluan Khas (MBPK) ketidakupayaan pelbagai yang mempunyai masalah pendengaran tahap ringan dan masalah pertuturan. Berdasarkan pra pemerhatian melalui borang senarai semak, berlaku jurang komunikasi yang ketara antara guru dengan murid yang menyebabkan murid kurang berminat untuk belajar dan objektif Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPC) sukar dicapai. Kit ini juga menjadi salah satu intervensi yang digunakan dalam Rancangan Pendidikan Individu (RPI) murid. Setelah beberapa kali penggunaan kit ini, berdasarkan pemerhatian guru melalui borang senarai semak, didapati kemahiran komunikasi murid berjaya ditingkatkan di samping RPI murid telah tercapai. Pengenalan Proses komunikasi dalam bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan di mana pengetahuan,sikap dan kemahiran yang disampaikan bertujuan untuk mendapatkan gerak balas yang dikehendaki. Kelemahan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja boleh menyebabkan objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancang akan gagal tetapi turut boleh menyebabkan murid mengalami perasaan tidak puas hati, kecewa, tekanan psikologi, kesihatan fizikal, kesepian,hilang perasaan kasih sayang dan sebagainya. Justeru, inovasi ini dilaksanakan khusus bagi membantu meningkatkan kemahiran komunikasi dua orang murid MBPK kategori ketidakupayaan pelbagai yang mempunyai masalah pendengaran tahap ringan dan masalah pertuturan. Secara umumnya, inovasi ini bukan sahaja sesuai digunakan oleh mereka, bahkan boleh digunakan oleh murid-murid masalah pembelajaran dalam meningkatkan kemahiran menulis abjad,nombor dan menambah perbendaharaan kata mereka. Pra pemerhatian melalui borang senarai semak telah dijalankan bagi mengenal pasti masalah utama murid. Hasilnya, jurang komunikasi yang ketara antara guru dan murid telah menyebabkan objektif PdPC tidak tercapai. Kemudian, guru telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan Buku Jemari Emas yang mengandungi abjad, nombor dan perkataan beserta dengan isyaratnya bagi membantu murid bertutur dengan guru secara bukan lisan.Namun begitu, buku ini tidak tahan lasak dan mudah terkoyak dengan penggunaan yang kerap dan berulang kali. Murid juga kurang berminat lantaran ilustrasi yang kurang menarik. Setelah beberapa kali perbincangan akhirnya guru telah membuat satu penambahbaikkan kepada inovasi ini yang dinamakan Kit Jemari Emas. Kit ini bukan sahaja mengandungi buku, bahkan turut mempunyai kad imbas abjad, nombor dan 101 perkataan yang lebih tahan lasak dan mempunyai ilustrasi yang menarik. Buku ini turut dilengkapi dengan ‘qr code’ yang memaparkan cara pembentukan kod tangan bagi memudahkan murid membuat kod tangan. Kit ini terbukti berkesan dalam meningkatkan kemahiran komunikasi murid MBPK kategori ketidakupayaan pelbagai yang mempunyai masalah pendengaran tahap ringan dan masalah pertuturan. Isu Berikut merupakan masalah yang timbul sebelum Kit Jemari Emas digunakan: a) Murid tidak boleh menyebut dan mengeja nama sendiri. 35 I KIPTa


b) Murid tidak boleh mengenal dan menyebut huruf serta nombor. c) Murid tidak memberi respon ketika PdPc dijalankan. d) Murid tidak berkomunikasi dengan rakan dan juga guru. Objektif Inovasi a. Murid dapat mengeja sekurang-kurangnya nama sendiri dengan ejaan jari. b. Murid dapat mengisyaratkan sekurang-kurangnya 10 perkataan yang digunakan dalam komunikasi harian. c. Murid dapat mengisyaratkan sekurang-kurangnya 5 daripada 10 nombor. d. Murid dapat menjawab sekurang-kurangnya 5 daripada 10 soalan guru ketika sesi PdPC bagi meningkatkan penglibatan aktif murid. Pelaksanaan Kit Jemari Emas mengandungi Buku Jemari Emas, Kad Imbas dan ‘Marker Pen’. Huraian Penerangan bergambar Langkah 1 Ujian pra dan pasca pemerhatian dijalankan melalui borang senarai semak. Markah ujian telah dikumpul dan dianalisis. Selain itu, Rancangan Pengajaran Individu (RPI) turut digunakan bagi menunjukkan perbezaan hasil dapatan sebelum dan selepas penggunaan Kit Jemari Emas Langkah 2 Murid diajar menggunakan kad imbas, contohnya: mengenal abjad beserta isyaratnya. Murid menyurih setiap abjad di belakang kad imbas dengan menggunakan “marker pen”. Langkah ini diulang bagi sesi PDPC melibatkan pengenalan 101 perkataan dan isyarat. Murid turut membuat 10 isyarat perkataan yang selalu digunakan dalam komunikasi. Graf perbandingan markah berdasarkan borang senarai semak. PDPC menggunakan kad imbas Menyurih abjad di atas kad imbas 36 I KIPTa


Click to View FlipBook Version