each learner and they need to stick the magnet at the other end of the rope. The teacher needs to prepare a set of laminated pictures with a paperclip glued together at the back. The pictures must be related to the topic being taught. The teacher will put the pictures in an open box in front of the class. To carry out the activity, the teacher needs to divide the learners into small groups of four to five people and they can start taking their turn to go “fishing”. Each time the learners managed to catch a picture, the teacher will prompt them with questions such as “What is this?”, “What did you get?” or “Wow! What is that?”. The teacher will allocate a certain amount of time for each group to participate and communicate with each other. The teacher must play their role to engage with the learners while they are involved in the activity and learning to speak or pronounce the vocabulary. Each time the learners pronounce the words while referring to the picture incorrectly, the teacher needs to correct them. To test their level of understanding, the teacher will ask the learners to answer the questions using phrases or full sentences with accurate grammar. For example: Teacher: What did you catch? Learner: A dog. / This is a dog. Teacher: Are you sure it is not a cat? Learner: No, isn’t a cat. It’s a dog. Eventually, the learners will start to communicate with their teacher as well as their peers and compete among each other to try and catch other pictures. An observation has been done using this innovation towards the English learners in Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Darat, Tangkak, Johor. Before the usage of the innovation, only several of the ESL learners were responsive towards the question asked by the teacher. Approximately, around 10 out of 23 learners were active learners. However, after the teacher used the “Let’s Go Fishing!’ approach, it increased from 10 to 21 active learners in the classroom. Two learners were the outliers in this observation because they are still in the remedial stage, where they needed more time to grasp the activity. The learners began to ask when it was their turn and were excited to tell everyone what picture that they successfully caught with their fishing rods. Indirectly, this activity built up their confidence in the classroom and encouraged them to speak ESL with accurate pronunciation. This innovation was able to meet its goal as the learner’s engagement during ESL learning was significantly higher compared to the previous lessons. The learners were able to enjoy and memorize the words learned in the lesson by applying it in a phrase structure or sentence structure. Moreover, it is beneficial towards the teacher by addressing the issue of passive learners in an ESL classroom. In addition, this innovation increases the teachers’ motivation to communicate using the English language with learners and the teacher may improvise the approach using different topics or subtopics according to the learners’ needs. Conclusion In the final observation, it is proven that this innovation reduces the number of passive learners and increases active learners after implementation of the activity during ESL learning. “Let’s Go Fishing!” is able to meet the objectives stated in this writing; assisting passive learners to interact with their teacher and peers during learning ESL as well as applying accurate pronunciation of words or the 87 I KIPTa
sound of the words introduced to them through speaking skills. This innovation is highly adaptable towards other parties as it is created to help learners who are passive in class and teachers can utilise this activity to fit their topic as well as their classroom needs. In addition, it will nurture a conducive learning environment and promote fun learning at minimal cost. Last but not least, even parents may apply this activity at home during the holidays to encourage their children to continue learning. This activity has resulted in more than 90% of the learners providing higher engagement in class. It is hoped that this innovation will motivate learners to master their ESL proficiency and inspire lifelong learning. Appendix 88 I KIPTa
RAK “SHOOTER GUN” SUKU KATA TERBUKA DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN SUKU KATA TERBUKA MURID PEMULIHAN TAHAP SATU LAU CHIN PEI SJKC CHI MING 2 ABSTRAK Membaca merupakan kunci kejayaan seorang murid. Aspek membaca perkataan yang melibatkan suku kata terbuka merupakan salah satu isi kandungan Sukatan Pendidikan Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Kegagalan murid dalam menguasai bacaan perkataan akan menimbulkan masalah penguasaan minat pembelajaran terhadap Bahasa Melayu dan penguasaan kemahiran membaca kemahiran perkataan yang melibatkan suku kata terbuka dengan menggunakan “Rak Shooter Gun”. Teori kecerdasan kinestatik adalah kecerdasan keempat yang membolehkan individu menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Untuk mengatasi masalah murid pemulihan tahap satu, satu inovasi berbentuk permainan kecerdasan kinestatik telah direka. Melalui pemerhatian dan kajian, didapati kebolehan guru menarik minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Pemulihan dengan mengaplikasikan inovasi “Rak Shooter Gun” berasaskan Teori Kecerdasan Kinestatik, merupakan daya penggerak kepada pengukuhan bacaan dan minat murid, pengajaran dan pembelajaran guru murid menjadi lebih seronok. Bahan ini dibina selepas menjalankan ujian saringan murid tahap satu, pemerhatian berstruktur, soal selidik serta temu bual dalam pengumpulan data. Kesimpulannya, kaedah permainan berkesan untuk meningkatkan penguasaan membaca kemahiran perkataan yang melibatkan suku kata terbuka. Bagi kajian seterusnya, kaedah ini boleh dipelbagaikan lagi dengan permainan yang lain supaya murid dapat mempelajari kemahiran membaca perkataan dengan berkesan. PENGENALAN Rak “Shooter Gun” suku kata terbuka merupakan satu bahan inovasi yang dibangunkan dengan tujuan menyediakan satu alat yang kreatif dan menarik minat murid-murid pemulihan dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV. Teori kecerdasan kinestatik adalah kecerdasan keempat yang membolehkan individu menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Untuk mengatasi masalah murid-murid pemulihan yang sukar untuk menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka, maka satu inovasi berbentuk permainan direka. Teori ini merupakan daya penggerak kepada pengukuhan bacaan dan minat murid, pengajaran dan pembelajaran guru dan murid menjadi lebih seronok dan berkesan. ISU/MASALAH Murid-murid pemulihan menghadapi masalah membaca perkataan yang melibatkan suku kata terbuka. Kegagalan menguasai kemahiran membaca ini menyebabkan mereka hilang minat dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Justeru itu, dalam mengatasi masalah ini bahan bantu mengajar (BBM) merupakan bahan sokongan yang penting untuk keseronokkan murid-murid pemulihan. OBJEKTIF 1. Meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka dan perkataan melalui permainan “shooter gun” bagi murid-murid pemulihan tahap satu. 2. Meningkatkan minat membaca murid-murid pemulihan 89 I KIPTa
KEBERKESANAN/ PELAKSANAAN BAHAN INOVASI Kesan kepada guru 1. Murid-murid pemulihan boleh bermain sambil belajar. 2. Meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar. 3. Memberi keberkesanan dalam menguji kemahiran membaca murid-murid pemulihan. Kesan kepada murid 1. Menarik minat dan meningkatkan keyakinan murid selepas mereka berjaya menguasai kemahiran yang diajar. 2. Melibatkan murid secara aktif dalam pembelajaran. 3. Senarai semak carta suku kata KV menunjukkan murid-murid pemulihan tahun sama ada terdapat peningkatan atau tidak dalam menguasai suku kata KV. KEBOLEHLAKSANAAN INOVASI GAMBAR PELAKSANAAN PDPC DENGAN BAHAN INOVASI 1)Murid pemulihan bermain “shooter Gun”. Dia menggunakan pistol yang mengandungi peluru menembak ke arah bola suku kata yang telah diajar tadi. Bola suku kata tersebut akan masuk ke lubang rak itu. Peluang menembak sebanyak 10 kali. 2)Bola yang berjaya dimasukkan ke lubang akan diambil keluar. Murid ini perlu memilih kad suku kata KV berdasarkan bola suku kata tersebut. Dia perlu menyebut suku kata KV. Setiap rak yang dibina boleh mengisi sebanyak 25 suku kata terbuka. Setiap kali pelaksanaan permainan ini, guru membimbing murid suku kata terbuka yang bermula dari vokal “a”. Rak ini ditunjukkan apabila murid-murid menguasai suku kata KV(a) dan seterusnya. Suku kata yang ditampal dalam bola boleh ditukar kepada suku kata KVK atau KVKK. Secara ringkasnya, rak ini boleh digunakan dalam pelbagai kemahiran pemulihan dalam setiap kali PdP. 90 I KIPTa
3) Murid ini perlu mencari perkataan yang mengandungi suku kata terbuka yang disebut tadi. Dia perlu membaca perkataan yang dicari dengan betul. 4) Ganjaran dalam bentuk”sticker” diberi. Bilangan “sticker” yang diberi itu berdasarkan bola suku kata terbuka yang berjaya masuk ke lubang rak itu. RUMUSAN Bahan inovasi rak” Shooter Gun” suku kata terbuka berjaya menarik minat murid-murid pemulihan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Malahan, mereka lebih yakin dan memupuk sikap bekerjasama antara satu sama lain semasa permainan ini dilaksanakan. Persaingan juga wujud untuk menunjukkan bilangan bola yang berjaya dimasukkan ke lubang selepas tembakan pistol itu. Secara tidak langsung, murid-murid bermain dengan perasaan yang seronok dan membuatkan mereka tidak cepat bosan ketika belajar. Menurut Fauziah (2010), bermain merupakan satu aktiviti semula jadi dan keperluan bagi setiap kanakkanak. Mereka belajar meneroka melalui aktiviti bermain kerana aktiviti ini dapat meningkatkan daya imaginasi mereka. Bahan inovasi ini membolehkan murid-murid pemulihan saya aktif dalam kelas dan menunjukkan sikap berusaha semasa belajar di kelas pemulihan. 91 I KIPTa
i-puasa Nadiah binti Mohd Radzi Sekolah Kebangsaan Bandar Tangkak 1039-1040 Jalan Hassan 84900 Tangkak, Johor. [email protected] Abstrak i-puasa merupakan satu inovasi bahan yang dibangunkan dengan tujuan menyediakan satu alat secara kreatif sebagai alternatif yang boleh digunakan oleh murid dalam memperoleh ilmu di hujung jari. i-puasa ini dapat menggantikan buku teks tahun 4 dalam bidang Ibadah di bawah tajuk Bulan Penyucian Jiwa yang menerangkan Rukun Islam yang ke-3 iaitu Puasa di bulan Ramadan dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdPC). Inovasi ini dihasilkan menggunakan aplikasi google sites. i-puasa ini mempunyai kelebihan seperti penyediaannya dengan kos yang murah, mudah disimpan, keselamatan murid lebih terjamin, serta kegunaannya boleh dipelbagaikan. i-puasa berkonsepkan mampu milik membolehkan setiap murid boleh mengaksesnya di mana sahaja dengan menggunakan laptop, telefon pintar atau tablet yang mempunyai capaian Wifi atau data internet. Pengenalan Apalikasi ini diwujudkan bagi menarik minat murid untuk belajar dan ianya mudah dicapai iaitu melalui hujung jari sahaja. Selain itu, i-puasa ini dapat membantu murid memahami Rukun Islam yang ke 3 dengan cepat dan tepat dan boleh melibatkan murid secara aktif dalam pembelajaran. Ianya merupakan tajuk dalam buku teks sekolah subjek Pendidikan Islam Tahun 4 dalam bab Ibadah iaitu Bulan Penyucian Jiwa yang bermaksud bulan Ramadan. Apa yang terdapat dalam website i-puasa adalah semua yang berkaitan dengan amalan ibadah pada bulan puasa. Isu / Masalah 1. Murid sering lupa ibadah Rukun Islam yang ke-3. 2. Murid terpaksa membuka buku teks dengan mengambil masa yang lama untuk memahami topik ibadah puasa. 3. Tidak semua murid tahu membaca dalam tulisan jawi. 4. Tidak semua murid menghafal niat puasa ramadan. Objektif 1. Meningkatkan kefahaman murid terhadap Rukun Islam yang ke-3. 2. Membantu murid mencari maklumat berkaitan ibadah puasa dengan pantas dan tepat. 3. Guru dapat menggunakan i-puasa sebagai salah satu inovasi dalam PdPc Pendidikan Islam yang berkesan. Keberkesanan / Pelaksanaan Cara inovasi ini boleh diakses dengan mudah melalui website google dengan menaip url yang disediakan : https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/ustazahnad/halaman-utama 92 I KIPTa
Terdapat 3 bahan yang boleh digunakan dengan paparan size yang berbeza. Bahan Pertama : Laptop / Desktop Bahan Kedua : Telefon Pintar 93 I KIPTa
Bahan Ketiga : Tablet Pelaksanaan PdPc Murid berada di dalam makmal komputer untuk penggunaan website. Rumusan Hasil daripada penggunaan i-puasa murid dapat menghayati dan mengamalkan ibadah Rukun Islam dengan sempurna. Setiap detik sepanjang bulan Ramadhan adalah sebaik baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi. Allah telah meberikan kelebihan yang banyak dalam bulan Ramadhan berbanding bulanbulan lain. Puasa bulan Ramadan adalah satu latihan rohaniah bagi mendidik jiwa manusia supaya bersabar, bersyukur dan sentiasa merendah diri sesama manusia. Semasa sedang berpuasa, kita bersabar ketika merasa lapar dan dahaga sepanjang hari. Kita juga diajar sabar ketika merasa marah semasa sedang berpuasa. Ertinya dalam kehidupan seharian hendaklah kita juga bersabar ketika menghadapi pelbagai dugaan dan cubaan. Secara tidak langsung, i-puasa ini dapat meningkatkan minat murid belajar Pendidikan Islam. Gambar Individu 94 I KIPTa
‘MY GIRLS, MY TIME’ Suguna A/P Balan SJK(T) Ladang Nordanal 1.0 ABSTRAK 1.1 Tajuk masa merupakan salah satu topik yang perlu dikuasai di sekolah sama ada di sekolah rendah dan menengah. Ringkasan inovasi ini adalah untuk membantu para murid pemulihan dan tahun 1 dalam mengenal minit jam asas dengan betul dan tepat. Kaedah yang digunakan dalam menghasilkan inovasi ini adalah ‘match and tell’ bermaksud murid akan berputar jarum minit kepada gambar kartun yang sama. Hasilnya, murid dapat mengenal jarum minit berdasarkan gambar minit yang dipamerkan. Kesimpulannya, lama kelamaan para murid dapat mengenal minit yang betul. Justeru, kaedah ini dapat membantu murid murid dalam memberi jawapan yang tepat berkaitan minit. 2.0 PENGENALAN 2.1‘MY GIRLS, MY TIME’ merupakan satu inovasi bahan dengan tujuan menyediakan satu alat yang boleh digunakan oleh murid dalam mata pelajaran Matematik bagi tajuk masa. Inovasi ini dapat menggantikan jam dinding /tangan yang biasa dan mengalami perubahan dalam aspek nombor. Nama inovasi ‘My Girls, My Time’ dipilih disebabkan gambar kartun yang dipilih adalah watak kartun perempuan. Tujuan menyediakan inovasi ini adalah untuk memudahkan murid murid dalam mengenal minit jam yang asas. Bagi murid yang mengalami kesusahan dalam menghafal sifir lima, kaedah ini akan berguna pada awalnya dalam mengenal minit jam dengan betul. Inovasi ini boleh diubahsuai dengan tema gambar masing masing. Inovasi ini mempunyai kelebihan seperti penyediaannya dengan kos murah, mudah disimpan dan mudah digunakan. 3.0 ISU/MASALAH 3.1 Murid mudah lupa dalam mengingat minit jam. 3.2 Murid mengalami kesusahan dalam menghubungkait sifir 5 dalam jam tangan / dinding untuk mengenal minit. 4.0 OBJEKTIF 4.1 Murid dapat mengenali jam minit dengan betul melalui bahan ‘My Girls, My Time’. 4.2 Murid dapat menyebut dan menulis minit yang tepat tanpa bergantung pada orang lain. 4.3 Meningkatkan kemahiran psikomotor murid dalam menggerakkan jarum minit dengan gambar kartun yang sama. 5.0 KEBERKESANAN 5.1 Impak kepada murid 5.1.1 Meningkatkan keyakinan murid untuk menjawab minit jam dengan betul dan tepat. 5.1.2 Menarik minat murid dengan adanya gambar kartun yang pelbagai. 5.1.3 Menggalakkan murid untuk menggunakan deria mata dan sentuhan untuk mengenali minit jam. 5.1.4 Murid boleh membuat secara sendiri dalam mengenal minit tanpa bergantung pada orang lain. 95 I KIPTa
5.2 Impak kepada guru 5.2.1 Mudah dicipta, tidak melibatkan kos yang banyak. 5.2.2 Boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk topik masa. 5.2.3 Objektif pdpc dapat dicapai. 6.0 RUMUSAN 6.1 Inovasi ini dapat berjaya membantu murid dalam usaha mengenal dan menulis minit jam dengan betul. Hasil ini dapat dilihat melalui pra ujian dan pasca ujian. Inovasi ini juga menggalakkan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktivitis dan bertindak secara sendiri. Inovasi ini sangat sesuai untuk murid pemulihan. . 7.0 GAMBAR Murid memutar jarum pendek yang menunjukkan jam dalam bulatan ini. Selepas nombor jarum panjang berada dalam segiempat pertama, murid dikehendaki mencari gambar kartun yang sama untuk mendapatkan minit yang tepat. Seterusnya, murid memutar nombor jarum panjang sampai ke segiempat pertama ikan. Contoh 1 96 I KIPTa
FUN GAME CHONG CHIU CHEIK SJKC CHUNG HWA SEROM 3, TANGKAK, JOHOR. ABSTRAK Arus globalisasi membentuk hala tuju baharu pendidikan dunia. Bagi menghadapi cabaran ini, guru perlu menyesuaikan diri dan menghasilkan kaedah pembelajaran yang sesuai untuk murid-murid. Oleh itu, Fun Game dicipta bagi menghadapi cabaran tersebut. Fun Game merupakan satu inovasi bahan yang dicipta secara kreatif bagi memupuk minat murid-murid dalam mempelajari kosa kata dengan gambar. Fun Game ini senang digunakan dan menghiburkan. Ia mencapai objektif pembelajaran iaitu bermain sambil belajar. Bahan ini dapat meningkatkan daya tumpuan dan ingatan murid-murid melalui gambar dan perkataan yang ringkas dengan cara yang mudah. Bahan ini boleh disediakan sendiri oleh ibu bapa atau guru kerana kosnya murah dan kegunaannya boleh dipelbagaikan. Ia senang dibawa dan tidak memerlukan penjelasan yang rumit kepada murid untuk bermain. Tambahan pula, ia membawa faedah kepada murid-murid dari segi kecerdasan kinestatik. Selain itu, ia juga boleh digunakan oleh pelbagai subjek bagi menarik perhatian murid-murid. Ini menjadikan pengajaran dan pembelajaran guru lebih istimewa, seronok serta berkesan. PENGENALAN Kumpulan sasaran Fun Game adalah murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasil inovasi adalah bahan yang mudah didapati dalam kehidupan. Inovasi ini melibatkan kos yang rendah kerana kebanyakan bahan-bahan yang digunakan adalah bahan kitaran semula seperti kotak, lidi dan mainan kanak-kanak yang terpakai. Kos bahan wajib bagi menghasilkan inovasi ini juga rendah. Tujuan inovasi ini dicipta adalah untuk membantu murid meningkatkan prestasi pembelajaran mereka dengan menggunakan kos yang rendah dalam masa yang pendek. ISU / MASALAH Sebahagian murid didapati selalunya tidak dapat fokus dalam kelas. Subjek bahasa merupakan subjek yang mencabar bagi mereka. Oleh itu, mereka mudah berasa bosan dan tidak berminat terhadap subjek-subjek berkenaan. Selain itu, mereka juga menghadapi masalah menghafal kosa kata. Mereka kurang melibatkan diri secara aktif dalam mengenali atau membaca kosa kata dan ayat. Tambahan pula, murid-murid mengalami masalah memadankan gambar dengan kosa kata yang betul kerana kurang berminat untuk belajar. OBJEKTIF i. Menarik minat murid untuk belajar di dalam suasana yang menyenorokkan serta tidak bosan sepanjang pembelajaran. ii. Merangsang tahap ingatan murid-murid untuk meneguhkan memori melalui permainan. iii. Meningkatkan jumlah kosa kata yang dikenali oleh murid dan meningkatkan kerjasama antara ahli kumpulan. 97 I KIPTa
KEBERKESANAN Fun Game menarik minat murid untuk belajar. Ia melibatkan murid secara aktif dalam pembelajaran. Bahan ini bukan sahaja boleh dimainkan secara individu tetapi juga boleh dijalankan secara kumpulan (2 orang). Ini dapat memupuk kerjasama antara ahli kumpulan. Pembelajaran terhadap kosa kata juga telah meningkat. Peningkatan murid dapat dibezakan daripada statistik yang dipaparkan dalam jadual. Dalam pemerhatian dan temubual yang dijalankan, didapati kebanyakan murid yang telah menjalankan aktiviti inovasi ini memperlihatkan sikap yang lebih positif dalam kelas. Mereka memberi respon dan menunjukkan minat dalam pembelajaran. Bagi guru, ia memudahkan guru untuk mengajar dan meningkatkan keyakinan mereka untuk mengajar. Bahan ini mempunyai potensi inovasi untuk disebarluaskan. Fun Game sesuai untuk digunakan oleh subjek yang lain seperti Bahasa Melayu dan Matematik. Contohnya padanan sinonim dan antonim, soalan tambah, tolak, darab, bahagi dan sebagainya. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi 1. Gelondong (bobbin) 4. Kertas warna hitam 2. Tali kraftangan 5. Bola ping pong 3. Kotak 6. Pensel warna atau cat air Kos bahan wajib bagi menghasilkan inovasi: BIL NAMA BAHAN KUANTITI HARGA SEUNIT (RM) 1 Bola Ping Pong 1 biji 0.40 2 Kertas warna hitam 1 helai 0.65 3 Tali 1 gulung 2.40 JUMLAH HARGA (RM) 3.45 98 I KIPTa
Langkah-langkah / Kebolehlaksanaan inovasi Langkah 1: • Murid mengambil satu biji telur dari kotak Mystery Eggs secara rawak. Pecahkan telur dan keluarkan kertas. • Murid baca dan tunjukkan jawapan yang betul yang dipaparkan atas papan. Langkah 2: • Murid memulakan permainan dengan memutar kedua-dua “butang besar” sekali. Langkah 3: • Murid cuba mencari kosa kata yang betul dan memasukkan bola ke dalam lubang yang ada. • Mereka yang berjaya memasukkan bola ke dalam lubang adalah pemenang! • Aktiviti ini juga boleh dijalankan secara kumpulan (2 orang). Langkah 1 hingga Langkah 3 diulangkan. RUMUSAN Bahan ini sesuai digunakan oleh semua tahap murid. Ia dapat meningkatkan minat pembelajaran di kalangan murid. Selain itu, cara bermain Fun Game adalah senang. Ia menjimat dari segi kos dan masa. Ia juga meningkatkan penguasaan dan minat murid-murid semasa belajar kosa kata. Secara langsungnya, ia dapat meningkatkan prestasi pembelajaran mereka. GAMBAR INDIVIDU 99 I KIPTa
Gobo Run : Permainan Video Tatabahasa Yugeswaran Puspanathan SJKT Ladang Tangkah Abstrak Penjodoh bilangan merupakan salah satu elemen tatabahasa yang wajib dikuasai oleh murid sekolah rendah. Penyelidik mendapati murid seringkali menghadapi masalah dalam mengingati penjodoh bilangan dan maksudnya dengan teliti. Murid lebih minati kaedah pengajaran jenis permainan berbanding kaedah tradisi seperti “chalk and talk”. Penyelidik telah memilih kaedah permainan video dalam menangani isu ini. Aplikasi “Scratch 2.0” telah digunakan sebagai alat untuk membina permainan video ini. Penyelidik telah membangunkan satu permainan video jenis “maze run” melalui pengekodan di aplikasi ini. “Gobo Run” merupakan permainan video yang mudah untuk dimain dan pada masa yang sama murid dapat mengingati penjodoh bilangan serta maksudnya dengan teliti. Murid juga dapat bezakan penjodoh bilangan yang betul dan salah semasa memain permainan ini. Cara main permianan “Gobo Run” adalah sangan mudah dan boleh diakses melalui semua gadjet digital. Melalui penggunaan permainan video ini, murid telah menambahbaik dalam mengingati penjodoh bilangan dan maksudnya dengan betul. Selepas pengaplikasian alat ini dalam kelas Bahasa Melayu, kaedah ini telah menjadi kaedah yang digemari murid dan juga boleh digunakan dalam elemen tatabahasa lain yang sesuai. Pengenalan Murid tahun tiga seringkali lupa penjodoh bilangan dan maksudnya semasa latihan di dalam kelas dan juga semasa pentaksiran. Hal ini disebabkan murid tahun tiga jarang menggunakan perkataan ini semasa pertuturan. Mereka hanya mendengar penjodah bilangan melalui pengajar dan melihat penjodoh bilagan di buku teks. Mengingati tatabahasa seperti penjodoh bilangan merupakan elemen penting dalam subjek Bahasa Melayu dimana ia dapat membantu murid dalam pentaksian, semasa menulis karangan dan semasa bertutur. Oleh itu, ia penting bagi murid-murid untuk terus mengingati penjodoh bilangan dan maksudnya dengan betul. Murid-murid perlukan sesuatu kaedah yang interaktif untuk mengingati penjodoh bilagan yang jarang digunakan oleh murid semasa bertutur khususnya di Sekolah Jenis Tamil. Gobo run merupakan permainan video dimana karakter utama Gobo perlu gerak dalam laluan maze untuk sampai ke rumahnya spaceship. Pada masa yang sama, pemain perlu tolong Gobo mendapat markah dengan menyentuh penjodoh bilangan yang betul. Isu Berikut merupakan masalah yang dapat dilihat dalam inovasi ini: i. Murid memerlukan kaedah atau bahan bantu mengajar yang interaktif untuk mengingati penjodah bilangan. ii. Pengunaan penjodoh bilangan yang jarang semasa bertuturan menyukarkan murid untuk mengingati penjodoh bilangan Objektif Berikut merupakan objektif projek ini selaras dengan isu yang dihadapi: i. Membina bahan bantu mengajar yang digemari murid untuk mengingati penjodoh bilangan dan maksudnya ii. Membina bahan bantu mengajar yang membolehkan murid mengukuhkan daya ingatan dan mengaplikasikan penjodoh bilangan dalam subjek Bahasa Melayu sama ada melalui pertuturan ataupun penulisan. Pelaksanaan 100 I KIPTa
Permainan video “Gobo Run” sesuai digunakan oleh semua lapis murid. Penggunaanya amat mudah sehingga murid boleh mempelajari penjodoh bilangan tanpa iringan guru. Murid hanya perlu muat turun permainan ini di gadjet mereka melalui link yang diberi. Selepas muat turun, murid perlu “launch” permainan “Gobo Run”. Murid perlu tekan bendera hijau untuk mula permainan. Pemain iaitu murid perlu menggunakan butang arah pada papan kekunci untuk bergerak. “Gobo” perlu bergerak untuk sampai ke rumahnya, spaceship. Dalam perjalanan ke rumahnya, pemain perlu kumpul mata dengan menyentuh penjodoh bilangan yang maksudnya ditulis dengan betul. Semasa bergerak pemain perlu pastikan mereka tidak menyentuh robot, ular, kumbang dan penjodoh bilangan yang ditulis salah untuk mengelak pemotongan markah. Pemain juga perlu elakkan menyentuh garis kuning. Jika murid menyentuh semua penjodoh bilangan yang betul, mereka akan dapat markah maksimum sebanyak sepuluh. Selepas mengumpul semua mata, pemain “Gobo” perlu pulang ke rumahnya spaceship untuk menamatkan permainan ini. Jika murid mendapat markah kurang daripada sepuluh, mereka perlu cuba lagi untuk memastikan mereka ingat kembali penjodoh bilangan dengan betul. Penyelidik memberi permainan ini kepada murid tahun 3 untuk dimain selepas pengajaran penjodoh bilangan pada waktu Bahasa Melayu. Murid pada mulanya tidak mendapat markah penuh iaitu sepuluh. Murid diberi peluang kedua untuk cuba lagi. Murid masih tidak mendapat markah penuh sepuluh. Penyelidik memberi link muat naik kepada murid untuk dicuba di rumah menggunakan gadjet mereka sendiri. Selepas penggunaan permainan video ini, murid telah menunjukan peningkatan yang drastik pada pengajaran dan pembelajaran seturusnya. Penyelidik telah membina permainan video baru dengan menggunakan asas pengekodan permainan ini untuk membina bahan bantu mengajar bagi pengajaran elemen tatabahasa yang lain seperti simpulan bahasa. Hasilnya, sama seperti penggunaannya sebelum ini. Permainan video ini membuah hasil yang baik dalam meningkatkan daya ingatan murid dalam mengingati tatabahasa. Rumusan “Gobo Run” telah memainkan peranan yang penting dalam mendorong murid mengingati penjodoh bilangan dengan betul. Melalui penggunaan permainan video ini, murid telah menunjukkan kemajauan yang drastik dalam pembelajaran tatabahasa dalam kelas. Murid juga gemar menggunakan permainan video ini dan mereka menunjukan prestasi yang baik dalam pembelajaran tatabahasa. Permainan ini juga memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi guru dan memastikan suasana kelas sentiasa tertumpu serta meriah. Objektif inovasi ini telah dicapai dan inovasi ini merupakan bbm yang sesuai untuk pengajaran tatabahasa. Permainan ini juga sesuai untuk elemen tatabahasa yang lain dan senang untuk dibina oleh guru. Templat “Scratch 2.0” yang dibina mudah untuk disunting dan guru hanya perlu menukar konten mengikut elemen tatabahasa atau matapelajaran lain yang ingin diajar. Gambar Gambar 1 : Templat Scratch 2.0 101 I KIPTa
Gambar 2 : Permianan Video Gobo run Gambar 3 : Permianan Video Gobo run 102 I KIPTa
HW RULER (PEMBARIS HAMZAH WASAL) Mohd Fakhrurrazi bin Mohd Subari Sekolah Kebangsaan Sagil Kampong [email protected] Abstrak Mushaf al-Quran mempunyai pelbagai resm namun hanya diterima dan dicetak di Malayasia adalah al-Quran Resm Uthmani. Hamzah Wasal merupakan antara tanda bacaan yang terdapat di dalam al-Quran Resm Uthmani yang mempunyai fungsi tersendiri yang perlu dipelajari dan difahami oleh setiap pembaca al-Quran. Inovasi HW Ruler atau dikenali Pembaris HW adalah bertujuan untuk membantu muri-murid menentukan baris yang betul bagi membacakan kalimah yang mempunyai hamzah wasal dipermulaan ayat. Ini disebabkan hamzah wasal tidak mempunyai baris namun mempunyai kaedah tertentu dalam menentukan baris yang sesuai. Hasil ujian pasca yang dijalankan menunjukkan 8 orang murid berjaya membaca betul sebutan baris Hamzah Wasal ketika memulakan bacaan. Peningkatan 50 peratus daripada keseluruhan murid yang dinilai seramai 16 orang 4 Berlian, SK Sagil Kampong. Ini menunjukkan bahan bantu mengajar sangat membantu dalam menentukan baris yang betul bagi membaca kalimah hamzah wasal dipermulaan ayat. Kata kunci : Hamzah Wasal, al-Quran Resm Uthmani, Tanda Bacaan Pengenalan Hamzah wasal merupakan tanda bacaan yang terdapat di dalam al-Quran Resm Uthmani. Setiap huruf pasti ada barisnya kecuali hamzah wasal yang hanya terdapat simbol shod kecil di atasnya tanpa baris. Baris yang didapati di dalam al-Quran adalah baris hadapan, atas dan bawah. Murid-murid didapati tidak dapat membunyikan baris yang betul dan tepat. Walaupun cara dan kaedah telah dipelajari, namun apabila dipraktikalkan murid menjawab dengan jawapan yang salah. Justeru itu, HW Ruler dihasilkan untuk membantu murid-murid memastikan bunyi baris hamzah wasal dapat dibaca dengan tepat dan jelas. Isu/Masalah Rajah 1 : Gambar rajah di atas menunjukkan jawapan murid berkaitan kalimah yang mengandungi hamzah wasal Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran dijalankan, didapati apabila sampai kepada kalimah yang bermula dengan hamzah wasal. Murid-murid membaca dengan baris yang salah. Rata-rata murid membaca dengan baris atas. Sedangkan hamzah wasal hanya boleh dibaca dengan baris atas apabila bertemu huruf Lam. Antara isu yang terjadi adalah :- 1. Murid keliru dalam menentukan baris yang sesuai untuk dibaca apabila permulaan kalimah bermula dengan hamzah wasal. 2. Walaupun kaedah telah dipelajari, namun ketika mempraktikkan dalam bacaan didapati muridmurid masih membaca dengan bacaan baris yang salah. 103 I KIPTa
Objektif :- 1) Murid dapat mengetahui kaedah yang betul dalam menentukan baris hamzah wasal. 2) Murid dapat menyatakan baris bagi hamzah wasal dengan betul. Keberkesanan/Pelaksanaan HW Ruler adalah menggunakan pembaris bersaiz panjang 15cm. Dituliskan tanda anak panah menggunakan pen marker dengan mengandungi 3 arah mewakili 3 baris utama dalam al-Quran iaitu berbaris atas, berbaris bawah dan berbaris hadapan. 3 peringkat pengendalian menggunakan HW Ruler iaitu :- 1. Meletakkan HW RULER di bawah kalimah yang mengandungi Hamzah Wasal. 2. Mengerakkan HW RULER mengikut arah berdasarkan baris yang terdapat pada huruf ke-3. 3. Membaca mengikut baris pada arah yang telah ditentukan. Rajah 2 : Gambar di atas menunjukkan cara menggunakan HW Ruler Kesan kepada pengajaran dan pembelajaran Impak kepada murid 1. Murid dapat mengetahui kaedah yang betul dalam menentukan baris hamzah wasal. 2. Murid dapat menyatakan baris bagi hamzah wasal dengan betul 3. Melibatkan murid secara aktif dalam pembelajaran 4. Menarik minat murid untuk belajar Ini dibuktikan dengan dapatan ujicuba yang mendapati bahawa prototaip ini berjaya menghasilkan jawapan 8 orang murid 100% tepat daripada 16 orang murid tahun 4 Berlian, SK Sagil Kampong. Rajah 3 : Graf menunjukkan ujian pra dan ujian pasca terhadap penggunaan sebelum dan selepas HW Rule 104 I KIPTa
Impak kepada guru 1. Memudahkan guru untuk mengajar. 2. Berupaya menjimatkan masa guru mengajar. 3. Meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar. Potensi inovasi untuk disebarluaskan 1. Disebarluas kepada guru di sekolah sendiri dan di sekolah berhampiran. 2. Komen positif di kalangan ibubapa semasa google Meet bersama guru, ibubapa dan murid SK Sagil Kampong melibatkan penggunaan HW Ruler dalam PdPc Pendidikan Islam. 3. Mempromosikan di kalangan guru-guru al-Quran daerah Tangkak. Rajah 4: Gambar-gambar menunjukkan penyebarluas HW Ruler Rumusan Membaca al-Quran mengikut baris yang betul amatlah penting kerana akan mempengaruhi makna dan maksud kalimah yang dibacakan. Justeru itu, HW Ruler amat membantu murid dalam mengenali dan menguasai cara bacaan yang betul ketika memulakan ayat yang mengandungi hamzah wasal. Semoga melalui inovasi HW Ruler ini menambahbaik kualiti bacaan dan pengetahuan sedia ada murid terhadap penguasaan bacaan al-Quran. Nama: Mohd Fakhrurrazi Bin Mohd Subari Jawatan : Guru Pendidikan Islam Nama Sekolah : Sk Sagil Kampong Bidang Kepakaran : Pendidikan Islam 105 I KIPTa
Gasing SeNa Dalam Menjawab Soalan Kata Sendi Nama Punitha a/p Mohan SJKT Ladang Tangkah Abstrak Inovasi yang dihasilkan merujuk kepada kemahiran bahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu penting kerana dapat mengukuhkan aspek kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis dalam kalangan murid mahupun guru.Gasing SeNa ini merupakan satu inovasi bahan bantu belajar yang meningkatkan tahap kefahaman murid dalam menjawab soalan kata Sendi Nama. Gasing Sena dilengkapi dengan simbol untuk menerangkan setiap fungsi pengggunaan kata Sendi Nama. Seramai 5 orang murid tahun 5 dari SJKT Ladang Tangkah dan 21 orang murid dari kelas Siri 98 Pertubuhan TULIR Malaysia dikenalpasti sebagai responden serta 3 orang guru bahasa Melayu turut dijadikan responden bagi menguji tahap keberkesanan inovasi ini. Dapatan Ujian Pra dan Pasca menunjukkan soalan dapat dijawab oleh murid dalam tempoh masa yang singkat serta respon yang baik daripada guru. Melalui inovasi Gasing SeNa, guru dan murid dapat menjalani proses pembelajaran akses kendiri. Inovasi ini boleh ditambahbaik dengan menukar struktur binaan gasing SeNa dengan bahan yang lebih kukuh. Kata kunci : Kata Sendi Nama, Gasing SeNa. Pengenalan Modul Tatabahasa merupakan modul yang memberi fokus terhadap aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid dalam pelbagai konteks secara lisan mahupun bertulis. Seawal umur tujuh tahun, murid telah didedahkan dengan Standard Pembelajaran 5.1.4 dimana murid perlu memahami dan menguasai kata sendi nama asas iaiatu di, ke dan dari. Melalui pemerhatian dan pentaksiran tahun 5 yang dijalankan pada bulan Mei 2022, murid – murid masih lemah dalam kemahiran menulis terutamanya penggunaan kata sendi nama walaupun murid yang sudah mencapai tahap penguasaan 4 hingga 6. Maka satu insiatif diambil untuk mencipta dan melaksanakan inovasi Gasing SeNa di sekolah bagi merealisasikan matlamat yang ingin dicapai. Gasing SeNa merupakan inovasi berpusatkan murid yang mampu memantapkan kefahaman murid mengikuti pembelajaran dengan cara mudah dan secara kendiri. Malah inovasi ini membantu guru melaksanakan pengajaran dengan lebih berkesan Isu Isu utama penyebab kewujudan Gasing Sena: 1. Guru dan murid tidak dapat membezakan fungsi kata sendi nama. 2. Murid mengalami miskonsepsi dalam melabel kata kunci dalam soalan kata sendi nama. Objektif Antara objektif pembinaan inovasi Gasing SeNa ini: 1. Meningkatkan peratus murid dan guru menguasai fungsi kata sendi nama yang sesuai 2. Mengenalpasti dan melabel kata kunci semasa menjawab soalan dengan tepat. 3. Meningkatkan fungsi guru sebagai pemudahcara. 106 I KIPTa
Keberkesanan Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 252), kata sendi nama (KSN) ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi nama terletak di depan kata nama, frasa nama atau kata ganti nama dan dipisahkan daripada perkataan yang mengikutnya. Dalam konteks ini terdapat 7 contoh kata sendi nama yang akan dimantapkan melalui Gasing Sena. Setiap simbol utama dalam membezakan fungsi KSN disediakan dalam origami gasing. 1. Tempat 2. Tiada ruang 3. Arah 4. Masa 5. Sumber 6. Perbandingan 7. Orang 8. Haiwan 9. Sebab / Tujuan Fungsi KSN disediakan dalam bentuk octagon yang dikenali labu gasing. Misalnya: 1. Ke/ Di - hadapan kata nama yang berkaitan tempat. 2. Dari - hadapan kata nama yang berkaitan tempat, arah atau masa 3. Pada - hadapan kata nama masa, haiwan atau tempat yang tiada ruang 4. Daripada - hadapan kata nama orang, sumber atau perbandingan 5. Kepada – hadapan kata nama orang 6. Untuk – hadapan kata nama yang berunsur tujuan atau sebab Ujian Pra dan Pasca telah dilaksanakan kepada murid tahun 5 SJKT Ladang Tangkah dan murid sekolah rendah dari pelbagai negeri.Ujian Pra dan Pasca hanya dijalankan kepada murid SJKT Ladang Tangkah sebagai rintis. Berikut merupakan perbezaan markah Ujian Pra dan Ujian Pasca. 107 I KIPTa
Melalui pemerhatian dan soal selidik yang dijalankan, murid – murid sangat yakin menggunakan Gasing SeNa kerana mesra pengguna. Malah guru dan murid dapat menjalankan proses pembelajaran dan pemudahcaraan dengan lebih efisien. Walaupun pada awal penggunaan memerlukan bimbingan guru yang minimum kerana murid masih keliru dalam membezakan kata kunci dengan tepat. Gasing SeNa memudahkan guru menyediakan bahan bantu belajar yang ringkas dengan kos yang rendah kerana mudah dibina melalui cetakan. Rumusan Secara keseluruhannya, inovasi kata sendi nama amat unik kerana masih belum ada inovasi yang serupa dihasilkan dengan hanya menggunakan sehelai kertas A4. Selain, kos rendah, bahan ini juga mudah dibina oleh murid dan guru. Murid – murid juga boleh menggunakan bahan ini tanpa dengan bimbingan minimum daripada guru. Gasing SeNa ini mudah dibawa oleh murid dan boleh dijadikan rantai kunci. Gasing SeNa ini juga boleh diadaptasikan dalam topik Kata Pemeri dan Kata Nafi. Konklusinya, inovasi Gasing SeNa ini bukan sahaja membetulkan miskonsepsi guru dan murid malah mampu mewujudkan pembelajaran kendiri yang berkesan. Penggunaan gasing SeNa dapat membantu murid dalam menjawab pelbagai aras soalan kata sendi nama. Gambar CIKGU PUNITHA A/P MOHAN 108 I KIPTa
SMART PENUNJUK AL QURAN 2.0 INOVASI OLEH UMINURAIN BINTI YUSOF SEKOLAH KEBANGSAAN SAGIL KAMPONG, TANGKAK, JOHOR. ABSTRAK Smart Penunjuk Al-Quran adalah merupakan inovasi formula tajwid untuk membantu murid-murid lebih mudah memahami kaedah asas bacaan Al-Quran agar mereka dapat membezakan antara bacaan dengung dan tidak dengung. Melalui formula ini, kaedah pengajaran Al-Quran menjadi lebih mudah dan menarik minat serta membantu murid lebih cepat khatam Al-Quran. Smart Penunjuk Al-Quran direka bentuk daripada ukiran kayu yang mana terdapat formula tajwid dengung dan tidak dengung dikedua-dua belah bahagian permukaannya. Smart Penunjuk Al-Quran dihasilkan daripada kayu kerana ia bersifat alami, kos yang murah, ringan, mudah dibawa, menarik fleksibel dan sesuai digunakan untuk segenap lapisan masyarakat. . Objektif penghasilan projek ini adalah untuk membantu murid lebih menguasai bacaan dengung dan tidak dengung dengan cepat dan mudah dan guru dapat membantu murid memahami kaedah bacaan dengung dan tidak dengung dengan tepat. Kumpulan sasaran adalah murid-murid SKSK, Guru-guru Pendidikan Islam Daerah Tangkak dan masyarakat Islam amnya. Kos penghasilan bahan hanya RM5 sahaja dan ianya mampu milik. Impak kepada murid ialah menarik minat murid, melancarkan bacaan Al Quran , murid menjadi aktif dan berani serta mempercepatkan murid khatam Al-Quran. Impak kepada guru ialah menjadi medium pemudahcara bagi guru ketika sesi pengajaran dan membantu guru meningkatkan peratusan murid khatam Al-Quran di sekolah. Impak luar jangka pula murid-murid dapat membaca Al-Quran secara tartil dan bertajwid. Melalui ujian pra dan pos serta data soal selidik, saya dapati peratusan murid yang lancar membaca AlQuran semakin meningkat berbanding tahun 2022. Kesimpulannya Smart Penunjuk Al-Quran ini saya hasilkan bukanlah sekadar untuk medium pemudahcara di dalam bilik darjah tetapi ia juga sebagai salah satu jariah saya kepada umat Islam. Mudah-mudahan inovasi ini memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat. PENGENALAN Smart Penunjuk Al-Quran adalah salah satu inovasi formula tajwid untuk membantu murid-murid lebih mudah memahami kaedah asas bacaan Al-Quran dan dapat membezakan antara bacaan dengung dan tidak dengung ketika sedang membaca Al-Quran. Melalui formula ini, kaedah pengajaran Al-Quran menjadi lebih mudah dan menarik minat murid serta membantu murid lebih cepat khatam Al-Quran ISU / MASALAH Idea untuk menghasilkan inovasi ini tercetus selepas pandemik covid -19 melanda dunia. Murid-murid tidak dapat hadir ke sekolah dan guru-guru perlu mengajar secara atas talian. Selepas sekolah dibuka sepenuhnya, saya dapati murid-murid amat lemah dalam bacaan Al-Quran. Guru-guru Pendidikan Islam mempunyai masa hanya satu jam seminggu untuk mengajar subjek Al-Quran dan ini amat sukar untuk membantu murid yang lemah. Bermula daripada masalah bacaan Al-Quran murid-murid, saya mencipta formula asas tajwid dan menghasilkan Smart Penunjuk Al-Quran ini untuk digunakan dalam kelas subjek Al-Quran. Murid-murid akan menggunakan Smart Penunjuk Al-Quran ini ketika membaca dan menyemak bacaan rakan. Sekiranya terdapat kesalahan ketika membaca ayat Al-Quran, mereka dapat membetulkan semula bacaan berpandukan formula yang tertera pada Smart Penunjuk Al-Quran tersebut. OBJEKTIF 1) Murid dapat mengenalpasti bacaan dengung dan tidak dengung dengan mudah. 2) Murid dapat membaca bacaan dengung dan tidak dengung dengan tepat. KEBERKESANAN / PELAKSANAAN 1) Impak kepada murid -Menarik minat murid, aktif dan berani -Melancarkan bacaan Al-Quran murid 109 I KIPTa
-Mempercepatkan murid lebih cepat khatam Al-Quran 2) Impak kepada guru - Medium pemudahcara kepada guru ketika sesi pengajaran berlangsung 3) Impak luar jangka - Murid menjadi lancar membaca Al-Quran seterusnya meningkatkan peratusan murid Khatam Al-Quran di sekolah. RUMUSAN Inovasi ini berpotensi untuk disebarluaskan kepada masyarakat umum. Setakat ini ia telah disebarluaskan ke dalam media sosial, Sekolah Agama Payamas, Sekolah Agama Bandar Tangkak, dan Kelas Mengaji Genius Al-Quran. Melalui ujian pra dan pos serta data soal selidik, saya dapati peratusan murid yang lancar membaca Al-Quran semakin meningkat berbanding tahun 2022. Kesimpulannya Smart Penunjuk Al-Quran ini saya hasilkan bukanlah sekadar untuk medium pemudahcara di dalam bilik darjah tetapi ia juga sebagai salah satu jariah kepada umat Islam. Mudahmudahan inovasi ini memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat. GAMBAR 110 I KIPTa
KEBERKESANAN PENGAPLIKASIAN TEKNIK 'HI-OK' UNTUK MEMBINA AYAT PASIF Mohd Norazizi Samsudain SMK Bukit Gambir [email protected] ABSTRAK Teknik HAI-OK memberi penekanan kepada subtopik kata ganti nama diri orang (KGNDO) yang merupakan aspek morfologi. Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, KGNDO merupakan sub bahagian Kata Nama dan digunakan untuk menggantikan nama seseorang, terbahagi kepada tiga, iaitu diri pertama, diri kedua, dan diri ketiga. Justeru, kajian tindakan yang bertujuan untuk mengenal pasti KGNDO ini diperkenalkan supaya murid dapatmengaplikasikan teknik HAIOK dalam menstrukturkan ayat.. Kajian ini dijalankan dan menggunakan terhadap 13 orang murid 5PVMA, iaitu murid khas kemahiran di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir, mendapati mereka sukar mengenal pasti KGNDO dan tidak berupaya menukarkan ayat susunan biasa kepada ayat susunan pasif. Walau bagaimanapun, setelah Teknik HI-OK diperkenalkan, 10 daripada murid 5PVMA itu berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Oleh yang demikian, Teknik HAI-OK ini amat sesuai digunakan kepada murid-murid pelbagai latar belakang pendidikan bagi membolehkan mereka menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu. Kata Kunci: KGNDO, morfologi, sintaksis Bahasa Melayu, ayat pasif ISU Teknik HAI-OK memberi penekanan kepada subtopik kata ganti nama diri orang (KGNDO) yang merupakan aspek morfologi. KGNDO ialah perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama seseorang dan terbahagi kepada tiga, iaitu diri pertama, diri kedua, dan diri ketiga. Aspek ini adalah instrumen wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Kertas 2 SPM). Syi Li (2001) dan Norfazila (2017) dalam kajian mereka menyatakan bahawa murid berbangsa Cina didapati tidak dapat memahami KGNDO. Ini sekali gus menyebabkan mereka melakukan kesilapan menulis dan menyebabkan kemerosotan dalam kemahiran berkomunikasi. Teknik HAI-OK dilaksanakan selepas mendapati 13 orang murid Tingkatan 5 di bawah Program Tuisyen Integrasi PPD Tangkak di Madrasah An-Nur, Kesang Laut sukar mengenal pasti KGNDO dan tidak berupaya menukarkan ayat susunan biasa kepada ayat susunan pasif. Teknik HAI-OK memudahkan murid mengenal pasti KGNDO secara lebih kompeten serta boleh membina ayat ayat pasif. Walau bagaimanapun, setelah Teknik HAI-OK diperkenalkan, 10 daripada murid itu berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Teknik HAI-OK mempunyai kelebihan kerana penyediaannya melibatkan kos yang rendah dan mampu milik, mudah disimpan, sangat mesra pengguna, serta boleh dibawa ke kelas untuk sesi PdP. Bahan ini juga boleh diguna pakai oleh guru mata pelajaran lain dan ibu bapa yang ingin menjalankan uji kaji bersama dengan anak-anak di rumah. OBJEKTIF Selepas murid didedahkan dengan Teknik HAIOK, 1. Murid dapat mengenal pasti KGNDO 1, KGNDO 2, dan KGNDO 3. 2. Murid dapat mengaplikasikan teknik HAI-OK dalam menstrukturkan ayat pasif. 3. Guru juga dapat meningkatkan kemahiran PdP yang berkesan dalam S.K 3.0 dan S.K 5.0 111 I KIPTa
KUMPULAN SASARAN Murid menengah atas – Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 Murid- menengah rendah – Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3 ISU Hasil pemerhatian saya semasa mengajar di kelas Madrasah An-Nur, ketika melaksanakan latihan di dalam kelas serta formatif, kesemua Murid Tingkatan 5 Madrasah An-Nur: 1.Tidak berupaya mengenal pasti jenis KGNDO 2.Sukar untuk menukarkan struktur ayat susunan biasa kepada ayat susunan pasif. 3.tidak menguasai kemahiran menulis (S.K 3.0) dan kemahiran berbahasa (S.K 5.0) seperti yang terdapat dalam DSKP Bahasa Melayu BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN INOVASI Berikut merupakan perincian tentang inovasi ‘HAI-OK’ supaya dapat memudahkan para pendidik lain yang ingin menggunakannya dalam sesi PdP masing-masing Bil. Nama Bahan Kuantiti Jumlah Harga (RM) 1. Patung Kitar Semula 1 0.00 2. Pelakat Kitar Semula 1 0.00 3. Banner 1 18.00 4. Kertas 2 1.00 5. Plastik Lutsinar 1 1.00 JUMLAH 20.00 KEBOLEHLAKSANAAN INOVASI Cara inovasi digunakan melibatkan TIGA PERINGKAT PENGENDALIAN. Kesemua peringkat itu adalah seperti berikut: Peringkat 1 Teknik ‘HAI’ Peringkat 2 FORMULA ‘O K’ Peringkat 3 Kemahiran menulis menggunakan kaedah menyalin contoh. 1.Murid-murid mendengar penjelasan guru tentang TENIK HAI. 2.Teknik ini menggunakan patung kitar semula. 3.Murid hanya perlu melihat pergerakan tangan patung umenentukan jenis KGNDO. Tunjuk ke arah badan – KGNDO 1 Tunjuk ke arah depan – KGNDO 2 Tunjuk ke arah jauh – KGNDO 3 1.Murid diberikan sekurang-kuraayat susunan biasa. 2.Murid berbincang untuk me ayat itu kepada subjek, kata kdan unsur keterangan me kaedah senggatan. 3.Murid menulis perkataan atautelah dibahagikan di kertas lutsikotak berwarna. Biru – Pelaku / KGNDO Kuning – Kata Kerja Ungu – Objek Kelabu – Unsur Keterangan 4. Pindahkan plastik lutsinar yangayat/frasa ke dalam kotak yang mengikut formula dan KGNDO. 1.Murid hanya perlu menyalin ayatyang ditampal di dalam kotakberwarna pada bahagian Formula‘OK’ di ruangan jawapan 2.Ulang latihan yang sama denganmenggunakan ayat yangberlainan. 112 I KIPTa
KESAN KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Membantu murid mengenal pasti jenis KGNDO dengan lebih mudah dan efisien. 2. Membina ayat pasif dengan lebih mudah dah pantas. 3. Menjadikan murid lebih aktif dan boleh bergerak ketika PdP. 4. Menguasai kemahiran menulis (S.K 3.0) dan kemahiran bahasa (S.K 5.0). Berikut merupakan perbandingan kemahiran murid sebelum dan selepas Teknik HAI-OK dilaksanakan: POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN .PELAKSANAAN PDPC KESIMPULAN Hasil pemerhatian dan semakan terhadap latihan murid, mereka sudah mengenal pasti jenis KGNDO serta membina ayat pasif. Teknik HAI-OK dikongsikan oleh guru-guru di platform Telegram yang diikuti oleh murid se-Malaysia. Teknik HAI-OK ditonton oleh lebih 33,500 pengguna Tiktok Murid memindahkan BBM Teknik HAI ke dalam kotak KGNDO Murid menulis susunan ayat menggunakan Formula OK 113 I KIPTa
Teknik i-NyaTuH Meningkatkan Penguasaan Fakta Dalam Mata Pelajaran Sejarah Ismazian binti Mohd Patani SMA Shamsuddiniah, Tangkak, Johor [email protected] Abstrak Teknik ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penguasaan fakta Sejarah dalam kalangan murid Tingkatan Empat dan Lima. Ia telah ditambah baik dari tahun sebelumnya yang hanya berfokus pada teknik. Intervensi dilakukan apabila murid masih lagi tidak menguasai fakta. Teknik iNyaTuH yang terbaru ini menggunakan kaedah Nyanyi, Tulis atau Tasmik dan Hurai di hadapan guru atau guru muda yang terdiri daripada murid. Ia menambah amalan pedagogi terbeza guru. Teknik ini juga mengambil kira psikometrik setiap murid. Setelah dijalankan selama hampir 2 tahun secara konsisten, gred mata pelajaran Sejarah di SMA Shamsuddiniah semakin meningkat dan sangat membantu murid dalam menjawab soalan peperiksaan. Seterusnya menambah bilangan calon A di sekolah. murid boleh menguasai fakta dan menghurai dengan baik. Teknik ini di dapati memberi kesan positif dan akan diguna pakai untuk murid pada tahun berikutnya. PENGENALAN Pendekatan aktiviti pembelajaran yang menarik dapat meningkatkan minat murid dalam matapelajaran Sejarah. Lantaran itu, teknik i-NyaTuH diinovasikan bagi meransang minat murid terhadap mata muridan ini. Tambahan pula ia merupakan satu cara mengingat fakta dam membuatkan murid celik Sejarah. Isu utama ialah murid tidak menguasai fakta, kronologi dan menghurai dengan baik Teknik ini merupakan satu intervensi setelah mengambil kira markah TOV dan Ujian 1 yang sangat tidak memberangsangkan. Pada tahun sebelumnya, teknik nyanyian telah digunakan namun ia kurang memberi impak positif. Ekoran dari itu, guru mula memikirkan nilai tambah yang boleh digunakan. Maka lahirlah teknik i-NyaTuh yang mengambil kira kepelbagaian aras murid. i-NyaTuH adalah akronim dari perkataan :- i- Kesinambungan dari modul i-Sejarah Nya- Nyanyi / nyatakan (mengikut keupayaan murid) Tu- Tulis / tasmik (proses menyebut semula tanpa melihat nota) H- Hurai (dalam bentuk ayat penuh) Sebahagian murid boleh menyanyi dan menghurai dengan baik manakala sebahagian lagi hanya menghafal lagu tanpa menyanyi namun perlu menghurai fakta yang sama. Ketiga-tiga proses nyanyi, tasmik dan hurai perlu digunakan untuk memastikan keberkesanannya. Ciptaan lagu menggunakan lagu yang popular terkini dan malar segar. Sebahagian lagu dicipta oleh guru dan sebahagiannya oleh murid sendiri. Lagu yang dicipta pendek, liriknya menggunakan kata kunci dan mudah diingat. Teknik ini amat digemari oleh murid dengan teknik yang lebih santai namun berkesan. Murid aras tinggi akan menghurai lebih fakta berbanding aras rendah. Murid yang tidak boleh menyanyi akan sekadar menyatakan kata kunci. Kaedah ini dapat diaplikasikan dalam PdPc boleh memperkuat ingatan fakta dan seterusnya semasa ujian. Ia memberi kesan dinamik dalam penulisan esei Kertas 2 mahu pun pemilihan jawapan paling tepat dalam Kertas 1 (aneka pilihan). 114 I KIPTa
ISU DAN MASALAH 1. Murid tidak dapat menguasai fakta dengan baik 2. Pencapaian markah TOV dan Ujian 1 yang rendah OBJEKTIF 1. Memahami fakta dan kronologi sejarah dengan baik dan berkesan. 2. Meningkatkan penguasaan fakta sejarah melalui nyanyian atau hafalan mudah. 3. Meningkatkan kemahiran menghurai fakta sejarah melalui kaedah tasmik atau tulisan. PELAKSANAAN Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4 Langkah 5 1. Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan besar (satu kumpulan tidak lebih dari 6 orang) 2. Setiap kumpulan mencipta lagu dengan merujuk modul i-Sejarah dan buku teks (dengan bimbingan guru) 3. Setiap kumpulan mendapat tajuk yang berlainan 1. Murid bertukar lagu antara kumpulan dan mula menyanyi 2. Guru membimbing penggunaan fakta dalam lagu dan memberi huraian yang penting 1. Masa hafalan satu lagu adalah satu minggu mengikut topik pengajaran 2. Murid menyanyi depan guru dan menghurai fakta tanpa melihat nota (tasmik) 3. Kaedah ini dapat memastikan murid menguasai fakta dengan baik dan faham kronologi peristiwa 1. Kumpulan murid yang perlu tasmik adalah kumpulan yang membuat lagu. 2. Seterusnya mereka perlu menjadi guru muda (MyBuddy) dan proses nyanyi, tasmik dan hurai akan berulang kepada murid kumpulan lain. 3. MyBuddy akan memberi nama murid lain kepada guru selepas teknik iNyaTuH berjaya. 115 I KIPTa
GRED TOV % UJIAN 1 % PPT % PERC % ETR % 5 7.46 14.93 A+ 0 0.00 0 0.00 0 0.00 10 12 17.91 23.88 A 0 0.00 0 0.00 4 5.97 16 17 25.37 22.39 A- 4 5.97 5 7.46 15 22.39 15 6 8.96 13.43 B+ 4 5.97 6 8.96 2 2.99 9 13 19.40 8.96 B 8 11.94 8 11.94 8 11.94 6 6 8.96 2.99 C+ 12 17.91 4 5.97 6 8.96 2 6 8.96 2.99 C 9 13.43 11 16.42 7 10.45 2 2 2.99 4.48 D 12 17.91 6 8.96 8 11.94 3 0 0.00 5.97 E 10 14.93 13 19.40 12 17.91 4 0 0.00 0.00 G 8 11.94 14 20.90 5 7.46 0 GPMP 6 6.24 5.09 2.57 2.93 KEBERKESANAN TEKNIK: Kesan kepada murid Kesan kepada guru Rajah 1 RUMUSAN Penggunaan teknik i-NyaTuH membuktikan bahawa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah akan lebih berkesan. Teknik ini diharap mampu meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sejarah. Ia adalah salah satu alternatif untuk menjadikan mata pelajaran yang diminati seterusnya melonjakkan kelestarian Sejarah dalam dunia pendidikan. 1. Guru akan merekod jumlah lagu yang telah dihafal melalui teknik i-NyaTuH 2. Sesi latihan berkaitan tajuk tersebut diberikan pada akhir sesi PdP 1. PdPc menjadi lebih seronok 2. Peningkatan pencapaian markah mata pelajaran Sejarah 3. Murid bersikap aktif dan berkolaboratif dengan berkesan 4. Murid dapat menghafal dan menghurai fakta dengan lebih yakin. 1. Peningkatan gred purata mata pelajaran dari 6.24 kepada 2.57 dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2022 2. Pengajaran berkesan guru dalam bilik darjah 3. Meningkatkan peratus layak mendapat sijil (LMS) 4. Guru dapat mengukur tahap kefahaman murid pada dalam proses nyanyi, tasmik dan hurai Rajah 1 menunjukkan peningkatan yang sangat ketara dari GPMP 6.24 semasa ujian 1 menjadi 2.57 pada Peperiksaan Percubaan SPM 2022. 116 I KIPTa
TAJUK INOVASI: KIT MAGNETIK MITOSIS DAN MNEMONIK PakMAT NAMA: RAFEDAH BINTI MISNAN Jawatan: Guru Akademik Biasa DG44 (Ketua Panitia Biologi) Nama Sekolah: SMK Seri Tangkak,Johor. Bidang Kepakaran: Biologi dan Sains Kategori: (Inovasi Baharu) email: [email protected] ABSTRAK Inovasi yang bertajuk Kit Magnetik Mitosis dan Mnemonik PakMAT dihasilkan berdasarkan dua objektif utama iaitu agar murid dapat menyusun peringkat mitosis mengikut urutan dengan betul dan murid dapat berkomunikasi tentang struktur sel dalam setiap peringkat mitosis dengan tepat.Inovasi ini tercetus kerana saya telah mengenalpasti dua isu utama iaitu murid sering mengeluh apabila menjawab soalan berkaitan topik pembahagian sel(mitosis) dan murid didapati kurang meminati topik pembahagian sel. KitMagnetik Mitosis terdiri daripada manik yang bersifat magnet dan mudah bercantum antara satu sama lain. Keadaan ini memudahkan murid untuk membina model kromosom dalam setiap fasa mitosis dengan mudah,menarik,cepat dan menjimatkan masa. Model ini juga boleh digunakan berulang kali dan sesuai dijadikan bahan bantu mengajar guru. Kit ini juga mengandungi rajah mnemonik yang bersesuaian sebagai pengenalan kepada Mitosis. Kumpulan sasaran saya yang terlibat dalam menggunakan inovasi ini ialah murid Tingkatan 4 yang mengambil matapelajaran Biologi atau Sains Teras. Dapatan menunjukkan bahawa peningkatan 50% murid menjawab semua soalan berkaitan Mitosis dengan tepat setelah menggunakan inovasi ini. Kesimpulannya hasil penggunaan kit magnetik mitosis dan pnemonik PakMAT, murid dapat menyelesaikan soalan berkaitan topik pembahagian sel(mitosis) dengan lebih tepat. Secara tidak langsung dapat meningkatkan minat murid dalam matapelajaran Sains dan Biologi. PENGENALAN Kit magnetik mitosis dan mnemonik PakMAT dihasilkan untuk membantu murid dalam meningkatkan kefahaman dan mengukuhkan daya ingatan dalam menyusun peringkat mitosis mengikut urutan selaras dengan standard pembelajaran 6.2.2 matapelajaran Biologi.Selain itu, murid dapat berkomunikasi tentang struktur sel dalam setiap peringkat pembahagian sel(mitosis),selaras dengan standard pembelajaran 6.2.3 matapelajaran Biologi.Penggunaan kit yang mengandungi bahan yang menarik dan berwarna-warni ini mampu menarik minat murid dalam pembelajaran seterusnya dapat meningkatkan prestasi murid dalam matapelajaran Biologi dan Sains. ISU/MASALAH 1.Murid sering mengeluh apabila menjawab soalan berkaitan topik pembahagian sel. 2.Murid didapati kurang meminati topik pembahagian sel. OBJEKTIF 1.Murid dapat menyusun peringkat mitosis mengikut urutan dengan betul 2.Murid dapat berkomunikasi tentang struktur sel dalam setiap peringkat mitosis dengan tepat 3.Meningkatkan kefahaman murid dalam topik pembahagian se Teknik i-NyaTuH 117 I KIPTa
PELAKSANAAN Langkah 1: PRA UJIAN:Murid diminta menjawab soalan berkaitan topik mitosis yang telah diterangkan oleh guru . Didapati hanya 30% murid dapat menjawab semua soalan dengan tepat. Langkah 2: Guru memperkenalkan Kit Mitosis dan Mnemonik PMAT kepada murid. PakMAT membawa maksud berikut: P: Profasa: (Pendek) M: Metafasa: (Menyusun) A: Anafasa: (Asing) T: Telofasa: (Terpisah) Langkah 3: Murid menggunakan bahbahan yang disediakan dalam Kit Mitosis berpandukan manual yang disediakan untuk menunjukkan peringkat yang berlaku dalam mitosis. Scan QR CODE untuk manual penggunaan kit. Langkah 4: Murid menerangkan dengan lebih terperinci kepada rakan tentang konsep mitosis bagi mengukuhkan pemahaman. Guru bersoal jawab dengan murid. Langkah 5: PASCA UJIAN 118 I KIPTa
Murid menjawab pasca ujian. 80% murid menjawab semua soalan dengan tepat KEBERKESANAN 1. Kefahaman murid dalam tajuk mitosis meningkat 2. Murid mampu menghuraikan struktur sel dalam setiap peringkat mitosis dengan jelas 3. Meningkatkan daya ingatan murid dengan penggunaan kit yang berwarna-warni 4. Menarik minat murid dalam mempelajari subjek Biologi Peningkatan 50% murid dapat menjawab semua soalan dengan tepat. RUMUSAN Hasil daripada penggunaan kit magnetik model mitosis dan pnemonik PakMAT, murid dapat menyelesaikan soalan berkaitan topik pembahagian sel(mitosis) dengan lebih tepat. Secara tidak langsung dapat meningkatkan minat dan prestasi murid dalam matapelajaran Sains dan Biologi. GAMBAR Rafedah binti Misnan 119 I KIPTa
Kit Magnetik Mitosis dan Pnemonik PakMAT 120 I KIPTa
i-TAB : Integration Table Norliza Adnan Kolej Matrikulasi Johor Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan Payamas, 84900 Tangkak, Johor [email protected] Abstrak Integration Table (i-TAB) merupakan satu inovasi untuk memudahkan penulisan penyelesaian kamiran gantian-U dalam subjek Matematik. Topik kamiran merupakan topik yang sangat penting dalam penilaian pelajar bagi Jurusan Perakaunan di peringkat matrikulasi dan memberikan impak yang besar kepada markah penilaian berterusan mereka. Inovasi i-TAB ini dapat menggantikan kaedah penyelesaian konvensional bagi penulisan kamiran gantian-U serta mesra pemarkahan jawapan dalam ujian. Kelebihan i-TAB adalah, teknik yang digunakan berfokuskan kepada proses meringkaskan fungsi U dalam kamiran gantian berbanding kaedah konvensional dengan penghasilan modul berbentuk buku menggunakan bahan terbuang dan kertas bercetak. Inovasi yang dibangunkan juga memenuhi empat gaya pembelajaran pelajar berdasarkan ‘VARK’ iaitu, visual menerusi bahan bercetak, auditori menerusi video yang disertakan, membaca dan menulis (read & write) dan sentuhan (kinesthetic). Inovasi i-TAB ini berkonsepkan modul berbentuk buku berkulit keras yang kompak dan strategi penulisan penyelesaian matematik yang berimpak tinggi dengan kos yang sangat rendah serta memerlukan kemahiran menulis pembezaan yang minimum. Inovasi ini sangat membantu guru-guru dan pensyarah yang mengajar kamiran gantian-U diperingkat sekolah, pra-universiti dan juga peringkat universiti. Pengenalan Di dalam matematik kalkulus, kamiran melalui penggantian juga dikenali sebagai penggantian-U dan ianya adalah kaedah untuk mencari fungsi kamiran. Penggunaan teorem asas kalkulus sering memerlukan pelajar untuk mencari anti-terbitan. Ianya juga sangat berkait rapat dengan pembezaan bagi petua rantai (Rudin, 1987). Pemahaman konsep pengamiran pelajar juga dapat dibangun melalui langkah penyelesaian dengan prosedur yang teratur untuk mendapatkan jawapan akhir (Scheja & Petterssonn, 2010). Selain menggunakan kaedah yang berkesan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam menyelesaikan kamiran, proses pembelajaran dan penggayaan pelajar yang lebih efektif turut membantu pelajar dalam meningkatkan kefahaman mereka. Isu / Masalah Mulai sesi 2021/2022, Kolej Matrikulasi Johor mulai menerima pelajar tanpa latar belakang matematik tambahan bagi jurusan Perakaunan. Justeru, pelajar-pelajar ini menghadapi masalah sewaktu mempelajari topik berkaitan kalkulus seperti kamiran. Ini ditambah pula dengan masalah lemah asas algebra. Berikut merupakan contoh jawapan pelajar yang dikenalpasti sebagai bermasalah dalam menulis penyelesaian kamiran gantian. Berdasarkan dapatan ujian: • 40% pelajar sukar menggunakan teknik kamiran gantian dengan sempurna. 121 I KIPTa
• 50% daripadanya tidak dapat menyatakan fungsi x dalam sebutan u sepenuhnya. Masalah ini memberikan impak yang besar kepada markah penilaian berterusan pelajar dan menurunkan tahap motivasi mereka sekiranya tidak diatasi. Selain itu, masalah ini juga menyebabkan bilangan konsultasi berulang dalam kalangan pelajar dengan pensyarah mereka akan meningkat. Objektif Inovasi ini dilaksanakan untuk membantu: 1. Meningkatkan kemahiran menulis penyelesaian kaedah gantian bagi fungsi U tajuk kamiran dalam kalangan pelajar. 2. Meningkatkan keberkesanan penyampaian pensyarah dalam PdPC bagi penyelesaian kaedah gantian fungsi U dalam tajuk kamiran menggunakan kit i-TAB. Teknik i-TAB Teknik i-TAB digunakan berdasarkan langkah-langkah berikut: Langkah 1: Tulis fungsi U berdasarkan konsep “pilih fungsi paling sukar” di dalam kuadran-2. Langkah 2: Tuliskan fungsi yang berbaki ke dalam kuadran-1. Langkah 3: Tuliskan bentuk ∫ u SAHAJA mengikut bentuk fungsi yang dipilih dalam langkah 1. Langkah 4: Tuliskan pembezaan fungsi U dalam kuadran-3 Langkah 5: Permudahkan Fungsi dalam 3kuadran ungsi F dalam 1kuadran Langkah 6: Tuliskan hasil dari kuadran-4 ke dalam fungsi ∫ u dengan mematuhi aturan posisi dan yang berikut : Kos Bahan Inovasi Bahan yang digunakan untuk penghasilan kit i-TAB BI L BAHAN KUANTIT I HARGA SEUNIT JUMLAH HARGA 1 Kalendar meja terpakai (keras) 1 - - 122 I KIPTa
2 Kertas sticker A4 7 RM0.35 RM2.45 3 Kad manila 1 RM0.50 RM0.50 4 Kos cetakan (printer) 7 - - JUMLAH RM2.95 Keberkesanan/Pelaksanaan • Kesan kepada pelajar Sampel jawapan awal menunjukkan bahawa berlakunya kesilapan sewaktu proses menulis fungsi kamiran Udu dan pelajar tidak berjaya mendapat markah sejak langkah yang pertama lagi. Pelajar yang menggunakan Teknik i-TAB pula berjaya menjawab dengan baik kerana berupaya mempermudahkan ungkapan gantian dalam kuadran-4 sebelum dikamirkan. Dapatan ini menunjukkan bahawa Teknik i-TAB memang dapat membantu pelajar dalam menulis penyelesaian kamiran gantian dengan lebih lancar. • Kesan kepada pensyarah Analisis Kekerapan Konsultasi Berulang Bilangan konsultasi berulang dalam tempoh seminggu ditunjukkan di dalam jadual di bawah. Analisis tersebut menunjukkan bahawa bilangan konsultasi berulang dalam kalangan pelajar dengan pensyarah dapat dikurangkan dan ini dapat mengurangkan beban pensyarah. Potensi Untuk Disebarluas Boleh disebarluas ke sekolah-sekolah, kolej-kolej matrikulasi, kolej tingkatan enam, pusat-pusat asasi dan peringkat universiti di seluruh negara yang mempunyai silibus topik Kamiran. Rumusan Kekuatan teknik i-TAB ini boleh disimpulkan sebagai teknik yang membantu pelajar dalam menulis penyelesaian fungsi kamiran gantian dengan betul. Selain itu, inovasi ini memudahkan pelajar untuk menulis fungsi gantian U dalam bentuk yang mudah dengan cepat dan betul. Pelajar juga kurang melakukan kesilapan sewaktu proses mempermudahkan fungsi gantian U sebelum dikamirkan. Inovasi ini juga dapat membantu pensyarah dalam memudahkan pengajaran topik ini, kit i-TAB juga memenuhi • Pelajar menjadi lebih yakin • Pelajar dapat skor tiga markah utama dengan baik. • Masa menjawab menjadi lebih singkat kerana kaedah mempermudahkan fungsi U hanya memerlukan kemahiran algebra yang minimum. • Pelajar lemah tidak lagi mengelak dari menjawab soalan kamiran fungsi gantian • Pelajar boleh menjawab soalan bagi fungsi lebih sukar dengan baik. • Motivasi pelajar turut meningkat. • Kit i-TAB membantu memudahkan penyampaian pensyarah sewaktu penekanan teknik ini. • Kurang masalah konsultasi berulang. • Meningkatkan imej pensyarah apabila pelajar-pelajarnya mendapat markah yang baik dalam ujian dan penilaian. • Motivasi pensyarah turut meningkat. 123 I KIPTa
keperluan empat gaya pembelajaran “VARK” dalam kalangan pelajar. Keyakinan dan motivasi pelajar juga meningkat sewaktu menjawab soalan kamiran gantian. Secara keseluruhannya, proses intervensi bagi mengatasi masalah menulis penyelesaian kamiran melalui kaedah gantian menggunakan teknik i-TAB ini menunjukkan hasil yang memberangsangkan terhadap proses PdPc terutama dalam subtopik kamiran melalui gantian. Gambar Penyelidik 124 I KIPTa
Modul V-Me: Visual Manual Experiment Shugantan A/L Sundramurthy Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak, Johor [email protected] ABSTRAK Inovasi Modul V-Me direka khusus berdasarkan keprihatinan pensyarah terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajar aliran Sains 4 semester kursus kimia DK024 di Kolej Matrikulasi Johor. Tinjauan awal dan temu bual bersama pelajar mendapati hampir 40% pelajar tidak dapat menonton keseluruhan video amali yang disediakan kerana mempunyai anotasi yang tidak jelas serta kekangan data dan capaian internet yang lemah. Selain itu, tiada gambar rajah dan persediaan radas ditunjukkan dalam buku amali. Pelajar juga mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah menyebabkan pelajar tidak dapat melaksanakan eksperimen dengan betul dan sekaligus menyebabkan keputusan yang diperolehi tidak tepat. Perancangan intervensi berfokuskan kepada penggunaan inovasi V-Me (Visual Manual) sebagai bahan bantu mengajar (BBM) untuk membimbing pelajar meningkatkan pemahaman dan membuat persediaan awal sebelum menjawab soalan pre-lab dan melaksanakan amali Eksperimen 2. Pelajar dibekalkan dengan V-Me dan kajian keberkesanan inovasi ini telah diselesaikan dalam tempoh dua minggu. Hasil ujian pra dan pos dan analisis data (t-test menggunakan SPSS) mendapati prestasi pelajar telah meningkat. Dapatan daripada borang soal selidik membuktikan keberkesanan intervensi di mana pelajar dapat memahami prosedur dan susun radas amali dengan lebih jelas melalui V-Me yang dibekalkan dan dapat mengendalikan eksperimen dengan lebih yakin, sekaligus dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam Practical Test DK024. PENGENALAN Mata pelajaran Kimia semester 2 (DK024) merupakan mata pelajaran yang wajib diambil oleh pelajar Jurusan Sains Sistem Empat Semester (SES) Kolej Matrikulasi (Modul 1, 2 dan 3). Pelajar perlu melaksanakan 4 aktiviti amali berdasarkan Curriculum Specifications (CS) dan pelajar perlu menduduki peperiksaan amali yang terdiri daripada Ujian Praktikal dan Laporan Amali yang membawa pecahan wajaran sebanyak 25% daripada 60% Penilaian Berterusan (PB). Antara cabaran yang dihadapi sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak Covid-19 adalah perlaksanaan sesi amali secara atas talian di mana pensyarah akan menyediakan video amali berserta anotasi. Pengkaji mendapati pelajar tidak menonton video yang disediakan sepenuhnya kerana capaian internet yang lemah serta saiz video yang besar. SOP yang digariskan oleh pihak pengurusan juga tidak menggalakkan pensyarah untuk membuat demonstrasi secara berdekatan semasa sesi amali. Walaupun sesi PdPC kini berjalan secara bersemuka sepenuhnya, ketiadaan gambar rajah susunan radas di dalam buku amali serta penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah menyukarkan pelajar untuk memahami prosedur amali. Sehubungan dengan itu, kami berpendapat bahawa satu intervensi perlu dilaksanakan agar pelajar dapat memahami prosedur dan susun radas amali dengan lebih mudah melalui bahan bantu mengajar (BBM) yang estetik, menarik serta mesra pelajar. Pengkaji percaya sekiranya pelajar mempunyai pengetahuan serta kemahiran manipulatif dan proses sains yang kukuh, mereka boleh melaksanakan eksperimen dengan lebih yakin dan boleh memperolehi keputusan yang tepat. PERNYATAAN MASALAH i. Pelajar tidak dapat mengikut prosedur amali sepenuhnya serta susunan alat radas yang kurang tepat semasa menjalankan eksperimen. ii. Pelajar menghadapi kesukaran untuk memahami prosedur eksperimen yang disediakan dalam buku amali kerana penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah. iii. Pelajar hanya dapat menonton video dalam resolusi rendah serta anotasi yang kurang jelas kerana capaian internet yang lemah. 125 I KIPTa
OBJEKTIF i. Meningkatkan pemahaman pelajar berkenaan prosedur amali Kimia DK 024 (Eksperimen 2: Saturated and Unsaturated Hydrocarbon) melalui penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) Visual Manual (V-Me) yang interaktif. ii. Meningkatkan kemahiran manipulatif pelajar semasa mengendalikan Eksperimen 2: Saturated and Unsaturated Hydrocarbon. iii. Mengatasi masalah pelajar yang tidak dapat mengakses video amali kerana capaian internet yang lemah. KEBERKESANAN / PELAKSANAAN Visual Manual (V-Me) merupakan bahan interaktif yang disediakan pengkaji di mana ia terdiri daripada prosedur amali berserta gambar rajah dalam bentuk grafik. Pelajar telah diberikan Visual Manual bagi Eksperimen 2: Saturated and Unsaturated Hydrocarbon pada minggu ke-3 iaitu semasa sesi Pre-Lab Eksperimen 2 dalam bentuk pdf. Pelajar dikehendaki untuk meneliti bahan yang diberikan dan seterusnya melengkapkan jotter book dan soalan pre-lab yang diberikan melalui Google-Form. Pelajar juga telah dibimbing untuk memahami prosedur amali yang diberikan melalui Visual Manual tersebut. Modul V-Me merupakan inspirasi daripada manga yang berasal dari negara terbit matahari. Manga bermaksud komik ataupun novel grafik yang memang popular dikalangan Gen-Z. Manga didatangkan dengan dua versi iaitu secara dalam talian dan hardcopy. Kajian melaporkan Gen-Z dibesarkan dalam persekitaran yang menggunakan teknologi digital seperti internet dan jaringan media sosial serta gajet elektronik yang meluas. Oleh yang demikian, mereka boleh dikategorikan sebagai generasi yang technology savvy dan terhubung secara global dalam dunia maya melalui internet. Tinjauan mendapati sebahagian besar pelajar mengikuti manga bergantung kepada genre yang diminati dan ini tidak terhad kepada lelaki sahaja. Setelah mengkaji pemasalahan yang dihadapi oleh pelajar dalam melaksanakan amali Kimia, pelajar memerlukan Bahan Bantu Mengajar yang berbentuk visual, di mana pelajar tidak perlu membazir masa melihat video yang berdurasi 30 min lagi. Pelajar hanya perlu melihat aksi gambar dan penerangan ringkas yang disediakan bagi setiap gambar untuk mengetahui prosedur-prosedur amali yang seterusnya. V-Me didatangkan dengan 9 muka surat, terdapat 4 atau 6 gambar dalam setiap muka surat prosedur amali. Setiap gambar dibekalkan dengan penerangan ringkas berkenaan prosedur amali yang sedang dilakukan. V-ME dibangunkan menggunakan Clip Studio Paint, di mana pensyarah melukis gambar menggunakan kaedah tekap gambar. DAPATAN Gambar di tekap secara digital daripada screenshot video amali Sebelum diwarnak an V-Me selepas diwarnakan dan ditambah dengan anotasi k 126 I KIPTa
Melalui pemerhatian, perlajar didapati berasa lebih yakin serta dapat melaksanakan sesi amali dengan lebih baik mengikut prosedur yang ditetapkan dan menggunakan teknik yang betul. Maklum balas yang diterima melalui temu bual adalah positif di mana penggunaan V-Me telah meningkatkan pemahaman mereka berkenaan prosedur amali yang telah dilaksanakan kerana dipersembahkan dalam bentuk grafik yang menarik serta penggunaan Bahasa Inggeris yang mudah difahami. Melalui perlaksanaan Ujian Pra dan Pos pula, seramai 18 pelajar (58.1%) mendapat skor bawah 80% (Ujian Pra) sebelum intervensi dilaksanakan. Selepas pelajar diperkenalkan dengan Visual Manual (VMe) untuk menjalankan amali Eksperimen 2, peratusan pelajar yang mendapat 80% dan ke atas dalam ujian pos telah meningkat kepada 96.8% (30 pelajar). Hasil daripada borang soal selidik menunjukkan bahawa lebih 90% pelajar (min skor 4.0 dan ke atas) bersetuju bahawa penggunaan Visual Manual (V-Me) telah membantu mereka untuk melaksanakan amali eksperimen 2 dengan lebih lancar serta dapat memahami prosedur amali dengan lebih jelas. Selain itu, pelajar juga dapat menjalankan eksperimen mereka dengan lebih yakin tanpa memerlukan bimbingan yang berterusan daripada pensyarah semasa sesi amali. Selain itu, V-Me juga dapat mengurangkan kebergantungan pelajar kepada buku dan video amali, di samping menjimatkan masa mereka untuk menjalankan eksperimen. 100% pelajar juga berpendapat bahawa V-Me perlu disebar luas untuk eksperimen-eksperimen lain dalam silibus mereka. RUMUSAN Secara keseluruhan, didapati bahawa penggunaan V-Me (Visual Manual) dalam Eksperimen 2 DK024: Saturated and Unsaturated Hydrocarbon telah meningkatkan kemahiran manipulatif, pengetahuan dan kemahiran pelajar untuk mengendalikan eksperimen tersebut. Pendekatan ini juga telah membantu pelajar yang menghadapi isu capaian internet yang lemah untuk tidak ketinggalan dalam persediaan sebelum sesi amali kerana saiz V-Me yang kecil (kurang daripada 10 Mb) dan boleh dikongsi dalam bentuk .pdf supaya mudah diakses oleh pelajar. Pelajar juga kini menunjukkan minat yang lebih mendalam serta penglibatan aktif semasa sesi pre-lab, amali dan post-lab. Shugantan A/L Sundramurthy Pensyarah Unit Kimia Kolej Matrikulasi Johor 127 I KIPTa
Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak D/A: SMK Tun Mamat, Jalan Payamas, 84900 Tangkak, Johor. Tel: 06-9791127 Fax: 06-9791121 Email: [email protected]