The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PPD TANGKAK-CM33 KPM, 2024-02-15 07:47:31

Buku Inovasi Tangkak 2023

Buku Inovasi Tangkak 2023

Langkah 3 Murid mengimbas “qr code” di kad imbas ataupun di dalam buku jemari emas bagi menonton video isyarat. Setiap tajuk mempunyai latihan dan juga “qr code” yang tersendiri. Sebagai pengukuhan, murid boleh membuat latihan yang terdapat di dalam buku. Jadual 1: Cara inovasi digunakan Rumusan Kesimpulannya, Kit Jemari Emas berjaya meningkatkan kemahiran komunikasi dua orang murid MBPK kategori ketidakupayaan pelbagai. RPI murid telah tercapai dengan menggunakan Kit Jemari Emas sebagai intervensi. Murid dapat mengeja nama sendiri dengan ejaan jari. Ujian pasca pemerhatian melalui borang senarai semak mendapati bahawa murid dapat mengisyaratkan sekurang-kurangnya 10 perkataan yang digunakan untuk berkomunikasi. Kit ini berjaya menarik minat murid untuk belajar dengan ilustrasi gambar yang menarik, penerangan isyarat yang jelas beserta gambar dan video. Selain itu, kit ini membantu meningkatkan keyakinan diri murid untuk berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan.Murid juga kelihatan aktif ketika PdPc apabila murid seronok mengimbas ‘qr code’ untuk melihat video, membuat latihan di dalam buku dan menyurih abjad di kad imbas menggunakan ‘marker pen’. Kit Jemari Emas telah memenangi anugerah Platinum (Johan Pertandingan Inovasi Kategori Kumpulan Guru) sempena Karnival Outreach Inklusif dan Kebolehpasaran Madani Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Negeri Johor Tahun 2023. Mengimbas “qr code” yang terdapat pada buku. 37 I KIPTa


Budget E-classroom with Interactive Board, Jamboard Koh Sek Kian & Lau Hwa Dee SJKC Kung Yu, Tangkak, Johor Abstrak Pada awal bulan Januari tahun lepas, peralatan kelas pintar dalam kelas Tahun 1 mengalami kerosakan. Ianya mendatangkan kesulitan kepada kebanyakkan guru-guru, maka guru besar telah memberi cadangan untuk membeli set baru bagi menggantikannya. Malahan pihak pengurusan sekolah hanya dapat menggantikan dengan televisyen. Bagi menyelesaikan kebiasaan guru-guru untuk menggunakan fungsi sentuh skrin, maka kami memikirkan cara ini untuk menyelesaikan masalah ini. Bagi menggunakan inovasi ini, sekolah perlu menyediakan televisyen yang mempunyai fungsi pencerminan skrin, tablet (android), talian Internet dan akaun DELIMa. Guru-guru hanya perlu menyambungkan tablet dengan televisyen dengan menggunakan fungsi pencerminan skrin, lepas itu, log masuk aplikasi Google Jamboard dengan akaun DELIMa guru-guru. Penggunaan Jamboard bukanlah perkara yang baru bagi guru-guru, maka inovasi ini senang disemai di kalangan guru. Inovasi ini membolehkan guruguru menggunakan fungsi sentuh skrin, bukan itu sahaja, malah segala pengajaran atau perbincangan yang ditulis dalam Jamboard akan dipaparkan secara serentak. Inovasi ini dikatakan berjaya dengan adanya talian internet yang kuat dan fungsi pencerminan skrin. Pengenalan Sejak tahun 2015, Lembaga Pengurus Sekolah (LPS) telah merancang untuk menyediakan sebuah kelas pintar selaras dengan era teknologi yang semakin canggih. Maka mereka telah berhubung dengan Syarikat Ecosmart untuk datang ke sekolah dan memberi pengenalan sistem kelas pintar yang mereka sediakan. Maka guru-guru dengan perasaan yang terkobar-kobar untuk melihat betapa canggihnya sistem mereka. Selepas pengenalan dan perbincangan antara ahli-ahli LPS dan guru besar, maka adalah kelas pintar yang pertama di SJKC Kung Yu. Masa itu, hanya dapat menyediakan sebuah kelas sahaja. Selepas penggunaan selama setahun, guru-guru mencadangkan untuk menyediakan semua kelas dengan fasiliti kelas pintar. Dengan usaha LPS, pada tahun 2016, mereka berjaya menyediakan keenam-enam kelas pintar. Dengan adanya kelas pintar, ia memang menyenangkan guru-guru untuk memaparkan sebarang bahan PdPc, membuat pencarian atas talian, memainkan video atau lagu. Pada awal tahun 2022, fasiliti kelas pintar Tahun 1 telah rosak. Guru Besar mencadangkan untuk membeli satu set baru untuk menggantikannya. Maka dengan adanya bajet, LPS hanya mampu menggantikan dengan televisyen sahaja. Televisyen ini tidak mendatangkan sebarangan kesenangan kepada guru-guru, dan guru-guru hanya boleh memaparkan bahan mengajar sahaja. Sedangkan guru-guru telah biasa dengan fungsi sentuhan skrin, semasa menggunakan televisyen, guru-guru berasa janggal dan asyik menyentuh skrin TV. Maka, saya dan rakan saya telah memikirkan E-classroom with Jamboard untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru-guru. Aplikasi Jamboard bukanlah benda baru kepada guru-guru. Ia bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah kebiasaan guru, malahan ia juga dapat meningkatkan penggunaan akaun DELIMa. Akhir kata, inovasi ini membolehkan guru-guru mengajar dengan sentuhan skrin dan kekerapan penggunaan akaun DELIMa juga meningkat. Isu / Masalah ● Kerosakan fasiliti kelas pintar dan ditukarkan kepada televisyen. ● Kebiasaan guru-guru dengan fungsi sentuhan skrin. Objektif: ● Menaiktaraf kelas biasa ke e-kelas. ● Menjadikan TV biasa kepada papan interaktif. ● Meringankan keberatan bahan PdPc guru. 38 I KIPTa


● Meningkatkan penggunaan akaun DELIMa. Keberkesanan / Pelaksanaan Impak teknik kepada pelajar/murid ● Dapat menulis jawapan mereka untuk perbincangan. ● Lebih menumpukan pada pengajaran guru. Impak kepada guru ● Hanya perlu membawa tablet sahaja semasa PdPc. ● Menyelesaikan masalah terhadap kebiasaan penggunaan fungsi sentuhan skrin. Rumusan Zaman ini merupakan zaman teknologi. Bidang pendidikan juga perlu menaiktaraf. Memandangkan semakin banyak sekolah dengan bantuan Lembaga Pengurus Sekolah atau PIBG untuk menyediakan sekurang-kurangnya satu e-kelas. Dengan bajet yang rendah, kemungkinan kerajaan akan menyediakan kemudahan sekurang-kurangnya TV kepada semua sekolah, dan guru hanya perlu membeli tablet. Gambar 39 I KIPTa


TAJUK: CARTA PINTAR BAHAGI KOMATHI A/P KRISHNAN, PUNITHA A/P MOHAN, SANTHA A/P KANNAN SJKT LADANG TANGKAH, TANGKAK Abstrak Asas matematik adalah modul yang penting kerana dapat mengukuhkan kemahiran mengira dalam kalangan murid. Carta Pintar Bahagi ini merupakan satu inovasi bahan bantu belajar yang meningkatkan kemahiran dalam operasi bahagi. Carta Pintar Bahagi ini mempunyai satu templat yang mengandungi nilai tempat berdasarkan warna. Seramai 5 orang murid tahun 5 dikenalpasti sebagai responden serta 2 orang guru turut dijadikan responden bagi menguji tahap keberkesanan inovasi ini. Dapatan ujian Pra dan Pasca menunjukkan peningkatan markah yang dijawab oleh murid , terutama murid pemulihan. Inovasi ini boleh ditambah baik dengan sistem pendigitalan. Melalui inovasi Carta Pintar Bahagi, proses pembelajaran dan pemudahcaraan berjalan dengan efisien. Pengenalan Carta Pintar Bahagi berpandukan operasi tolak untuk membantu murid menguasai kemahiran membahagi dengan nombor dua digit. Teknik ini dijalankan bagi membantu murid menguasai kemahiran mambahagi lima digit sehingga enam digit dengan dua digit. Seawal 5 orang murid telah didedahkan dengan Standard Pembelajaran 1.6.4 di mana murid perlu menyelesaikan kiraan matematik bahagi melibatkan sebarang nombor dalam lingkungan 10 000 dengan nombor dua digit.Melalui pemerhatian dan latihan tahun 5 yang dijalankan pada awal tahun 2022, murid – murid yang sudah mencapai tahap penguasaan 4 hingga 6 namun masih lemah dalam kemahiran menjawab soalan operasi bahagi. Maka satu insiatif diambil untuk mencipta dan melaksanakan inovasi Carta Pintar Bahagi di sekolah bagi mencapai sasaran bagi Panitia Matematik. Carta Pintar Bahagi merupakan inovasi berpusatkan murid yang mampu meningkatkan keyakinan dan kefahaman murid mengikuti pembelajaran dengan cara mudah. Malah inovasi ini membantu guru melaksanakan pengajaran dengan lebih berkesan. Isu Muird-murid masih lemah dalam kemahiran menjawab soalan operasi bahagi lima digit sehingga enam digit dengan dua digit. Objektif Antara objektif pembinaan inovasi Carta Pintar bahagi ini adalah: 1. meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran operasi bahagi dua digit dengan pantas. 2. meningkatkan tahap keyakinan murid dalm membezakan nilai tempat semasa bahagi 3. memperbaiki PdPc guru dengan kaedah yang mudah difahami dan relevan. 40 I KIPTa


MANUAL PENGGUNAAN CARTA PINTAR BAHAGI: Templat ini mengandungi nilai tempat berdasarkan warna: sa – ungu , puluh – merah , ratus – jingga , ribu – biru dan puluh ribu – hijau ). Murid perlu menulis nilai digit pada nilai tempat Murid perlu menyelesaikan operasi bahagi menggunakan carta pintar bahagi. Berdasarkan carta pintar bahagi, murid menulis soalan mengikut nilai tempat dan selesaikan operasi bahagi dengan operasi tolak. Jika murid sudah mahir menyelesaikan operasi bahagi, murid boleh menulis kiraan bahagi tanpa templat Carta Pintar Bahagi. Keberkesanan Melalui pemerhatian dan temubual yang dijalankan, murid – murid sangat teruja untuk melakukan pembelajaran menggunakan Carta Pintar Bahagi kerana mesra pengguna. Carta Pintar Bahagi ini memudahkan guru menyediakan carta yang ringkas dengan kos yang rendah kerana mudah dibina melalui cetakan. Carta Pintar Bahagi ini memerlukan bimbingan guru yang minimum kerana murid dapat membezakan nilai tempat dengan tepat sebelum melakukan operasi bahagi. Ujian Pra dan Pasca telah dilaksanakan kepada murid tahun 5. Seramai 5 orang murid, telah mengikuti Ujian Pra iaitu 2 orang responden yang mendapat 5 dan 4 markah telah dibimbing oleh guru serta mengambil lebih masa untuk menjawab. Manakala 3 orang responden mendapat markah 1 dan 2, semasa menjawab soalan. Selepas murid diberi pendedahan Carta Pintar Bahagi, murid dapat menjawab Ujian Pasca mengikut masa yang ditetapkan. Malah murid menggunakan teknik yang mudah tanpa mendapatkan bimbingan guru. Seramai 3 orang murid berjaya mendapat markah penuh, seorang murid 4 markah dan seorang dapat 3 markah jawapan Ujian Pra dan Pasca. 41 I KIPTa


Rujuk Lampiran 1 melihat perbezaaan markah Ujian Pra dan Pasca. Seterusnya impak dari segi pendapat guru yang bukan beropsyen tetapi mengajar matematik telah dinilai. Ujian Pra dilaksanakan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan guru dalam operasi bahagi. Ujian Pra menunjukkan guru masih keliru akan teknik untuk mengira soalan operasi bahagi dengan dua digit dengan lebih mudah. Guru tersebut hanya menggunakan latih tubi bagi meningkatkan pemahaman murid. Akhir sekali, berdasarkan pemerhatian dan ujian pra pasca yang ditadbir, inovasi carta pintar bahagi merupakan satu bahan bantu belajar yang mudah digunakan oleh murid mahupun guru untuk menjawab soalan berkaitan operasi bahagi dengan dua digit. Kesimpulan Secara keseluruhannya, inovasi carta pintar bahagi amat istimewa kerana berlaku asimilasi inovasi yang serupa dihasilkan dengan hanya menggunakan templat. Selain, kos rendah, bahan ini juga mudah dibina oleh murid dan guru. Murid – murid juga boleh menggunakan bahan ini tanpa bimbingan daripada guru.Inovasi Carta Pintar Bahagi ini bukan sahaja menarik minat murid malah mampu mewujudkan pembelajaran kendiri yang berkesan. Penggunaan Carta Pintar Bahagi ini memberi impak positif kepada guru dan murid. Berpandukan hasil Ujian Pasca, inovasi Carta Pintar Bahagi ini mampu meningkatkan kefahaman murid semasa menjawab soalan operasi bahagi dengan dua digit. Gambar CIK K.KOMATHI CIK M.PUNITHA PN K.SANTHA 42 I KIPTa


FORMULA BDBTASK SIM THIAM YONG, SENI BIN JANTAN & GWEE MONG LAN SJKC CHUNG HWA ASAHAN [email protected] ABSTRAK Subjek Bahasa Malaysia merupakan Widly Important Goal (WIGs) di sekolah ini yang perlu diambil tindakan segera untuk meningkatkan kemenjadian murid. Kami menyedari bahawa kemahiran menulis harus diberi perhatian terutamanya dalam menghasilkan karangan. Inovasi Formula BDBTASK ini merupakan satu kaedah yang dapat membantu murid menulis karangan dengan lebih cepat dan tepat. Formula BDBTASK ialah formula yang dicipta dalam bentuk jadual yang membantu murid membuat draf karangan dan seterusnya menghasilkan karangan yang lengkap. Keistimewaan formula ini ialah tidak memerlukan kos yang tinggi, hanya menggunakan sehelai kertas A4 sahaja dan boleh digunakan secara terus pada bila-bila masa. Ini merupakan salah satu keunikan formula ini berbanding inovasi yang lain. Pada peringkat awal, ujian Pra telah dijalankan terhadap semua murid Tahun 5. Hasil daripada keputusan Ujian Pra, sebanyak 70% murid masih belum mencapai tahap minimum dalam penulisan karangan. Berdasarkan analisis data Ujian Pos, sebanyak 90% murid dapat mencapai sekurang-kurangnya TP3 dengan mengaplikasikan formula ini. Formula BDBTASK telah menarik minat dan membantu murid berjaya menghasilkan penulisan yang baik serta melibatkan pembelajaran aktif dalam kelas. Murid tidak rasa takut dan jemu lagi membuat latihan karangan, malahan menunjukan perubahan ketara di mana murid menunjukkan semangat dan minat dalam PdP. PENGENALAN Formula BDBTASK dihasilkan untuk membantu murid meningkatkan penguasaan penulisan dalam kalangan murid Tahun 5. Murid akan menggunakan Formula BDBTASK untuk mendrafkan karangan dalam bentuk jadual sebelum menghasilkan karangan yang lengkap. Formula BDBTASK dapat membantu murid mengingati perenggan demi perenggan dan seterusnya menghasilkan karangan yang lengkap dengan mudah dan efektif. Formula BDBTASK berjaya meningkatkan keyakinan dan minat murid dalam menghasilkan karangan . Masalah ini perlu diatasi sebelum murid melangkah ke Tahun 6 kerana subjek BM menentukan kelayakan ke Tingkatan 1. Hasil perbincangan dan temubual dengan guru dan murid serta pemerhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, didapati murid langsung tidak membuat kerangka karangan, mereka terus mengarang tanpa ada perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan kesimpulan. Masalah kekurangan ideaidea dalam penulisan karangan menyebabkan PBD murid masih belum mencapai Tahap Pencapaian Minimum yang disasarkan oleh sekolah. Formula BDBTASK dihasilkan adalah untuk meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid Tahap 5. Walaupun berulang kali diberi latihan karangan, murid masih belum berupaya menguasai kemahiran menulis. Objektif inovasi ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap Formula BDBTASK dan membantu murid mendraf kerangka karangan dan seterusnya menghasilkan penulisan yang berkulaliti. Formula ini merupakan kaedah yang mudah dikendali oleh guru dan murid dalam proses PdP. Tujuan Formula BDBTASK ini adalah meningkatkan Tahap Penguasaan murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD ). Inovasi ini bertujuan membantu guru mengajar penulisan karangan dengan lebih kreatif dan meningkatkan keyakinan mereka dalam pengajaran penulisan. Selain itu, Formula BDBTASK bertujuan untuk membantu murid memahami cara menulis karangan yang lengkap dan menarik minat mereka untuk menghasilkan karangan yang berkualiti dengan mudah. Seterusnya mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. 43 I KIPTa


ISU/MASALAH 1. Murid tidak membuat perancangan untuk menulis karangan,murid terus menulis dan mengarang tanpa ada perenggan pengenalan,perenggan isi dan perenggan kesimpulan. 2. Murid lemah mengembangkan idea dalam penulisan. 3. Kebanyakannya murid bercampur aduk isi yang penting dengan yang tidak penting dalam pemilihan isi utama. 4. Murid lemah dalam bahagian huraian dengan penggunaan ayat panjang,ayat pendek,ayat dengan frasa dan sebagainya. OBJEKTIF 1. Meningkatkan kefahaman murid terhadap Formula BDBTASK. 2. Membantu murid mendraf dan menghasilkan penulisan yang berkualiti. 3. Guru dapat menggunakan Formula BDBTASK sebagai salah satu inovasi dalam PDPC Bahasa Melayu yang berkesan. KEBERKESANAN/PELAKSANAAN A. Pembelajaran murid 1. Hasil ujicuba formula ini mendapati bahawa murid TP1 hingga TP3 berjaya menghasilkan penulisan yang memuaskan. 2. Menarik minat murid untuk membuat draf dan menghasilkan penulisan yang berkualiti. 3. Melibatkan murid secara aktif dalam pembelajaran Bahasa Melayu. 4. Membantu murid memahami cara menulis karangan dengan teknik yang betul B. Pengajaran guru 1. Memudahkan guru untuk mengajar penulisan karangan. 2. Meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar penulisan karangan 3. Membantu guru untuk lebih kreatif dalam penulisan karangan RUMUSAN Inovasi ini berjaya membantu murid untuk menghasilkan karangan yang lebih berkualiti. Keyakinan diri murid juga menunjukkan peningkatan yang positif. Sikap kurang berminat, malas, kurang tumpuan telah diminimumkan semasa PDP diajalnkan. Secara tidak langsung telah meningkatkan pencapaian TP murid dalam kemahiran menulis. Hal ini jelas dilihat dari segi markah Ujian Pra dan Ujian Pos. Guru BM juga lebih yakin dalam pengajaran dan pembelajaran sewaktu mengajar penulisan karangan. Guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran aktif dalam kelas. Kami yakin Formula BDBTASK ini dapat membantu murid meningkatkan keyakinan dan mencapai TP yang lebih tinggi terutamanya murid Tahap 2. 44 I KIPTa


DAM ULAR UNTUK MENGIRA (DUUM) Oleh: Lee Eng Bian & Ong Foo Chu SJKC Pei Eng, Tangkak, Johor. ABSTRAK Inovasi ini dihasilkan adalah untuk membantu guru dalam mengajar murid-murid subjek matematik bagi topik tambah. Inovasi ini juga dihasilkan untuk menambah baik amalan pedagogi guru dalam pengajaran matematik di samping mempengaruhi tingkah laku dan minat murid dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) matematikdengan menerapkan inovasi berbentuk didik hibur melalui inovasi Dam Ular Untuk Mengira (DUUM). Guru dapat menggunakan inovasi untuk membantu murid-murid meningkatkan pemahaman dan penguasaan terhadap subjek matematik bagi topik tambah.dengan betul dan tepat. Dalam pada itu, amalan pedagogi guru dalam PdP matematik juga dapat ditingkatkan dan mampu membawa perubahan yang sangat positif terhadap tingkah laku dan minat murid-murid untuk melibatkan diri dengan aktif semasa sesi PdP. PENGENALAN Konsep tambah dalam matematik merupakan satu perkara yang paling asas. Menjadi satu masalah bagi murid-murid untuk mempelajari dan menguasai topik lain sekiranya mereka menghadapi masalah dalam melakukan soalan berkaitan operasi tambah. Pembelajaran berasaskan didik hibur iaitu Dam Ular Untuk Mengira dapat merangsang kemahiran kognitif murid-murid dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan. Permainan dam adalah permainan papan strategi yang dimainkan oleh dua pemain. Papan permainan memiliki kotak berwarna warni dan terang sejumlah 60, dan setiap pemain diberikan sejumlah bidak yang biasanya berbeza warna. Tujuannya adalah untuk menangkap atau "memakan" semua bidak lawan atau membuat lawan tidak dapat bergerak. Bidak bergerak diagonal, dan permainan ini memerlukan keterampilan perencanaan dan taktik untuk mencapai kemenangan. Permainan ini juga berkaitan dengan pembelajaran kesan dari perbuatan baik melawan perbuatan buruk. Tangga mewakili kebaikan seperti kemurahan hati, iman, dan kerendahan hati (diri). Ular mewakili keburukan dan kejahatan seperti nafsu, kemarahan, pembunuhan, dan kecurian. ISU / MASALAH 1. Murid-murid kurang memberikan perhatian sewaktu guru mengajar 2. Murid-murid menghadapi masalah dalam membuat latihan matematik berkaitan tambah OBJEKTIF: 1. Meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep operasi tambah dalam lingkungan 100. 2. Membantu murid menyelesaikan masalah dalam operasi tambah dengan tepat. 3. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. 4. Dapat men cungkil bakat untuk menghasilkan daya kreativiti dan inovasi pelajar. KEBERKESANAN / PELAKSANAAN PELAKSANAAN Langkah 1: • Sediakan bahan-bahan kit permainan seperti manila kad, kertas warna, kertas A4 dan hadiah. • Murid dibahagi kepada dua kumpulan. • Guru menerangkan cara untuk bermain • Guru membuat simulasi untuk memberi gambaran cara bermain. Langkah 2: • Guru menampal kertas-kertas warna berbentuk segi empat tepat 8cm X 8cm tersebut dalam manila kad hitam. Selepas itu, guru menyediakan soalan matematik operasi tambah dalam petak-petak yang disediakan. Langkah 3: 45 I KIPTa


• Guru mengedarkan kertas soalan Pra ujian untuk murid membuat soalan operasi tambah dalam lingkungan 0 hingga 100. Guru mencatatkan keputusan setiap orang murid. Langkah 4: • Guru menerangkan peraturan-peraturan untuk bermain kit permainan DUMM. Guru membuat simulasi untuk bermain Dam Ular Untuk Mengira. Markah akan diberi mengikut jumlah jawapan yang betul. Langkah 5: • Murid akan bermain mengikut urutan yangdiberi. Murid pertama akan melempar dadu untuk menentukan kedudukan. Murid akanbergilir-gilir melempar dadu mengikut urutan yang diberi. Murid akan menjawab soalan di papan putih. Langkah 6: • Pemenang-pemenang akan diberikan hadiah yang disediakan oleh guru. KEBERKESANAN Kesan teknik kepada pelajar/murid ● Dapat menulis jawapan mereka untuk perbincangan. ● Lebih menumpukan perhatian kepada pengajaran guru. Kesan kepada murid ● Menarik minat murid untuk belajar. ● Membantu murid memahami konsep tambah. ● Melibatkan murid secara aktif dalam pembelajaran. ● Hasil uji cuba mendapati bahawa (DUMM) berjaya menghasilkan jawapan 100% tepat bagi 17 orang murid. Kesan kepada guru • Memudahkan guru untuk mengajar. • Meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar. RUMUSAN Hasil daripada penggunaan (DUUM), murid dapat menyelesaikan soalan tambah dengan lebih pantas dan tepat. Secara tidak langsung meningkatkan minat murid dalam mempelajari operasi tambah. Permainan dam adalah permainan strategi dua pemain di atas papan berpetak 64 kotak. Setiap pemain menggunakan bidaknya untuk bergerak diagonal dan menangkap atau "memakan" bidak lawan. Tujuan permainan adalah menghilangkan semua bidak lawan atau membuat lawan tidak dapat bergerak. Permainan ini menggabungkan elemen-elemen perencanaan, taktik, dan keterampilan adaptasi untuk mencapai kemenangan. LAMPIRAN GAMBAR GURU LEE ENG BIAN ONG FOO CHU 46 I KIPTa


SET PERMAINAN CUBE RUBIK DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR RUKUNRUKUN SOLAT DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 1 SYARIFAH NURUL IZZA BINTI SYD JAFFAR, SITI ’AZAMI MUJAHIDAH BINTI MOHAMED & NURUL ATHIRAH BINTI ITHNIN SMK TUN MAMAT, TANGKAK LEDANG 84900 JOHOR DARUL TAKZIM [email protected] ABSTRAK Set CUBE RUBIK dihasilkan untuk membantu murid meningkatkan penguasaan kefahaman tentang rukun-rukun solat dalam kalangan murid tingkatan 1 Dedikasi. Di dalam set CUBE RUBIK ini terdapat peraturan dan satu cube untuk dimainkan. Setiap pelajar akan dilihatkan cube yang sempurna sebelum mereka mencuba menyelesaikan cube tersebut. Selepas menyelesaikan cube tersebut, pelajar akan diberikan latihan pengukuhan, pelajar diminta untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan pembahagian rukun solat melalui aplikasi worldwall yang telah disediakan . Antara impak dalam permainan Cube Rubik ini dapat menguatkan memori terhadap fakta dan isi pelajaran dan membantu murid memahami pelajaran menerusi skor permainan yang dimainkan Latih tubi yang dijalankan oleh murid menggunakan permainan Cube Rubik dapat menarik minat murid dan memaksimumkan keberkesanan sesi PdPC. Masalah kefahaman dalam membezakan rukun-rukun solat dapat diatasi dari peringkat awal lagi. Kesimpulannya, permainan Cube Rubik ini dapat membantu pelajar yang lemah untuk mengingati rukun-rukun solat dan sekaligus dapat menjadikan PDPC yang menarik kepada guru dan pelajar. Inovasi ini dicipta dan digunakan untuk memudahkan murid mengingat konsep dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. 1.0 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kami telah menjalankan ujian pra ke atas beberapa murid Tingkatan 1 Dedikasi bagi mengenal pasti murid sama ada, mereka dapat membezakan rukun-rukun solat mengikut bahagian dengan betul. Namun begitu, inovasi ini lebih tertumpu kepada murid yang lemah sahaja. Subjek kajian ini terdiri daripada tujuh orang murid perempuan. Berdasarkan pemerhatian kami, murid-murid Tingkatan 1 Dedikasi sememangnya dapat menumpukan perhatian sepenuhnya semasa guru mengajar. Mereka kelihatan aktif dan memberikan tumpuan semasa pengajaran dilaksanakan dengan menggunakan inovasi yang dijalankan. 1.2 Masalah Penyemakan buku kerja pelajar bagi tajuk Solat Mercu Kejayaan. Berdasarkan pemerhatian terhadap buku kerja pelajar, masalah timbul apabila para pelajar tidak dapat menyiapkan dan memahami rukun Fe’li dan Qauli. Mereka juga tidak yakin akan turutan rukun solat yang merangkumi rukun-rukun Fe’li dan Qauli. Ini dapat dibuktikan dengan menyemak buku kerja dan latihan yang diberikan. Seterusnya, ialah melakukan ujian pra untuk mengesan dan menganalisis kelemahan pelajar. Ujian ini terdiri daripada 2 bahagian yang berfokuskan tajuk secara umum dan spesifik kepada rukun-rukun Fe’li dan Qauli. Hasil keputusan ujian pra ini telah digunakan sebagai dokumen kawalan dalam melihat keberkesanan kaedah yang diperkenalkan. Berikut pula adalah analisis markah berdasarkan hasil keputusan ujian pra yang dilaksanakan bagi menyokong hasil dapatan pemerhatian yang telah dijalankan: 47 I KIPTa


Jadual 1 : Keputusan Markah Ujian Pra 1 Dedikasi 1.3 Objektif 1. Murid dapat mengenalpasti dan membezakan rukun-rukun solat mengikut bahagian dengan betul dan tepat 2. Guru dapat menambah baik amalan pengajaran bagi memastikan murid dapat belajar dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan. 1.4 Tujuan Inovasi ini dicipta dan digunakan untuk memudahkan murid mengingat konsep dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan terutamanya dengan silibus yang sukar diingati oleh mereka. Selain daripada itu, inovasi ini bertujuan untuk membantu guru dalam mempelbagaikan corak pembelajaran selari dengan arus pembelajaran Pak21 dan memudahkan serta menjimatkan masa guru mengajar dalam penglibatan murid secara aktif semasa pdpc dijalankan. 2.0 KEBERKESANAN Secara keseluruhannya, inovasi ini memberikan keberkesanan yang positif kepada murid dan guru. Antara impak yang dapat dilihat kepada murid, ialah dapat menarik minat murid untuk belajar serta meningkatkan keyakinan dalam diri murid tersebut. Ini dapat dibuktikan, apabila murid mencuba bermain set Cube Rubik tersebut dan mereka berjaya, mereka mampu mengingati apa yang mereka lakukan dan pelajari. Setiap murid diberikan masa bagi memastikan mereka berjaya membentuk gambar-gambar tersebut supaya dapat rukunrukun dengan betul. Sebagai pengukuhan, murid diminta untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan pembahagian rukun solat melalui aplikasi worldwall yang telah disediakan. Skor bagi pra ujian dan pasca ujian menunjukkan terdapat peningkatan antara markah pra ujian dan pasca ujian yang telah dijalankan. Murid dapat menguasai dan membezakan rukun-rukun solat tersebut dengan betul. Ianya, dapat membantu juga murid memahami pelajaran menerusi skor permainan yang dimainkan dan menjadikan pdpc dalam kelas Pelajar Markah P1 60 P2 15 P3 52 P4 55 P5 31 P6 54 P7 59 48 I KIPTa


dengan aktif. Seterusnya, ianya juga memberi impak kepada guru. Guru dapat mempelbagaikan bahan mengajar di dalam kelas dan menjadikan kelas yang menarik menerusi penglibatan oleh guru dan murid. Memudahkan dan menjimatkan masa guru mengajar dan meningkatkan keyakinan dan motivasi guru semasa mengajar. 3.0 RUMUSAN Berdasarkan keputusan ujian pos dan analisis yang telah dilaksanakan, kami mendapati kaedah aktivitiaktiviti yang telah dijalankan mendapat sambutan yang baik daripada murid-murid kumpulan sasaran kami. Mereka dapat mengaplikasi pembelajaran abad ke 21 secara berkumpulan dan menjalani suasana pembelajaran dalam keadaan yang terkawal. Dalam konteks ini, Cube Rubik dapat memudahkan kefahaman murid terhadap rukun-rukun Fe’li dan Qauli. Selain itu, ia mudah untuk diingat kerana mempunyai unsur permainan interaktif. Maka pendekatan yang kami kaji ini mendapat sambutan yang baik daripada mereka. Keberkesanan inovasi ini juga telah menunjukkan terdapat peningkatan pemahaman murid dalam menjawab latihan yang diberikan. Mereka berjaya menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan tepat, cepat serta berkeyakinan. Konklusinya, ini dapat digunakan sebagai pemudah cara guru-guru dalam topik tersebut dan dapat membantu pelajar lebih mudah memahami dengan tepat dan betul. 4.0 GAMBAR 49 I KIPTa


BEKOH SUPER RODA INTERAKTIF BAHASA ARAB (BSRIBA) Helmy Uzer, Latifah Ali & Nafishah Abdul Ghapar Sekolah Kebangsaan Bekoh Tangkak, Johor Abstrak Pembelajaran Bahasa Arab diperkenalkan melalui program jQAF 2005 telah memberi ruang lebih terbuka kepada semua murid termasuk murid bukan Islam untuk mempelajarinya sebagaimana bahasa Inggeris. Penerimaan dalam kalangan ibubapa bukan Islam terhadap pembelajaran Bahasa Arab memberi peluang Bahasa Arab dipelajari oleh murid bukan Islam . Namun akibat tiada pededahan awal, objektif pembelajaran Bahasa Arab sukar dicapai. Isu utama pembelajaran Bahasa Arab kesukaran mengenal huruf serta bunyi huruf berbaris dalam kalangan murid Asli tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Bekoh. Kaedah kulitatif digunakan bagi melaksanakan kajian dengan menemuramah murid terlibat bagi mengesan punca kesukaran membunyikan huruf Arab berbaris. Justeru penemuan awal membuktikan penggunaan padanan tulisan rumi merupakan salah satu pendekatan yang berupaya membantu murid terlibat membunyikan huruf Arab berbaris. Pengkaji mula memikirkan idea memperkenalkan permainan berbentuk roda interaktif yang dinamakan Bekoh Super Roda Interaktif Bahasa Arab (BSRIBA) sebagai alat bantu mengajar bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran mengenal huruf serta bunyi huruf Arab berbaris. Setelah menjalani ujian pra dan ujian pasca menunjukan peningkatan pencapaian sebanyak 50 peratus . Berdasarkan pencapaian ini menunjukan bahawa penggunaan Bekoh Super Roda Interaktif Bahasa Arab ini dapat meningkatkan pengetahuan dan pencapaian dalam kalangan murid Asli tahun 3 berikutan ia boleh diakses secara kendiri. Kata Kunci : Bahasa Arab, Roda Interaktif, BSRIBA 1.0 Pengenalan Bekoh Super merupakan tag line sekolah TS25 SK Bekoh yang diguna pakai sebagai sumber inspirasi inovasi Roda Interaktif Bahasa Arab. Roda Interaktif pula merupakan satu inisiatif panitia Bahasa Arab mencipta satu inovasi yang menyokong ke arah pembelajaran abad ke-21 yang menekankan kemahiran komunikasi, pemikiran kritis, kolaboratif dan kreativiti. Roda interaktif boleh dijadikan platform untuk mencelik akal murid dan melahirkan murid yang berkeupayaan dalam menangani cabaran pembelajaran masa kini. Perkembangan dan penggunaan meluas teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran berupaya meningkatkan penguasaan murid namun bahan fizikal seumpama Roda Interaktif merupakan idea pilihan bagi penggunaan berterusan dalam suasana yang lebih fleksibel dalam kalangan kumpulan murid sasaran. Roda Interaktif boleh diakses secara manual samada berkumpulan mahupun individu. Inovasi Bekoh Super Roda Interaktif Bahasa Arab direka menggunakan bahan terpakai serta mudah didapati. Dengan kos RM 10.30 ia dibangunkan dengan kerjasama murid dan kumpulan guru terlibat. Murid terlibat menyumbang dalam pembikinan bahan ini. Ia memberi peluang murid terlibat mula belajar dan memanfaati bahan inovasi BSRIBA ini. Dengan inovasi kecil yang dihasilkan berupaya menunjukkan peningkatan minat belajar Bahasa Arab dalam kalangan murid Orang Asli Sk Bekoh Tahun 3. 2.0 Isu/Masalah 2.1 Murid tidak boleh mengenal dan menyebut huruf Hijaiyah berbaris di atas , di bawah dan di hadapan dengan betul. 2.2 Murid kurang berminat untuk mempelajari mata pelajaran Bahasa Arab di sekolah. 3.0 Objektif 3.1. Membolehkan murid dapat menyebut huruf Hijaiyah berbaris atas, bawah dan depan dengan betul dan tepat.. 3.2. Membolehkan murid mengenal dan menyebut huruf dalam tempoh masa yang cepat dan pantas. 3.3. Murid dapat berdikari dan berlatih berinteraksi dengan roda inovasi tanpa bimbingan guru. Keberkesanan/Perlaksanaan 50 I KIPTa


Isu kesukaran murid Orang Asli SK Bekoh tahun 3 menguasai huruf dan bunyi huruf hijaiyah berbaris dikesan apabila murid menunjukkan kurang berminat semasa pembelajaran berlaku. Ia merupakan cetusan idea dalam menyediakan inovasi BSRIBA. Kaedah termuramah dan ujian diognostik dijalankan bagi mengesan lebih spesefik. Hasil ujian menunjukkan kelebihan pengetahuan sedia ada murid iaitu murid tahu membaca khususnya suku kata berupaya membantu murid sasaran menguasai mengenal dan membunyikan huruf Hijaiyah berbaris atas, bawah dan hadapan. Rajah 1 menunjukkan kit BSRIBA yang mengandungi item kad pengenalan huruf beserta penggunaan ejaan rumi. Juga disediakan juga item kad huruf tanpa ejaan rumi sebagai langkah seterusnya membunyikan huruf hijaiyah berbaris. Kit BSRIBA juga bersifat permainan dimana ia akan diputarkan untuk murid mengingat kembali bunyi huruf. Permainan berkait rapat dengan kegembiraan. Justeru murid belajar melalui permainan menggunakan kit BRISBA ini. Selain itu kit BSRIBA boleh dilaksanakan secara kumpulan berdua mahupun bertiga. Ia merangsang interaksi murid dengan murid juga murid dan bahan bantu belajar. rajah 1 Rajah 2 menunjukan aktiviti bersama salah seorang murid sasaran. Proses ini dilaksanakan menggunakan kaedah padanan pengetahuan sedia ada Bahasa Melayu murid dan pengetahuan baharu menyebut bunyi huruf hijaiyah. Proses ini berulang dan jadikan latih tubi dalam tempoh tertentu. Selain itu murid terlibat akses kendiri kit BSRIBA bersama rakan-rakan lain. Rajah 2 NAMA MURID : TOV JANUARI MAC ETR 30 40 60 80 38 48 68 88 34 44 64 84 32 42 62 82 Rajah 3 Dapatan daripada ujian pra menunjukkan prestasi murid sasaran adalah rendah. Setelah pengajaran dan pembelajaran menggunakan kit BSRIBA bermula Januari hingga Mac diadakan ujian pos. Dapatan 51 I KIPTa


ujian pos menunjukkan peningkatan 50% pencapaian murid meningkat. Justeru keputusan ini menunjukkan bahawa penggunaan kit BSRIBA ini memberi impak positif terhadap pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Arab tahun 3. Rumusan Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab menuntut guru lebih kreatif serta inovatif dalam menarik minat muird. Ia berikutan Bahasa Arab bukan bahasa penutur di Malaysia khususnya bangsa selain bangsa Melayu. Pendekatan bersesuaian dan pelbagai berupaya meningkatkan minat murid serta mendorong murid terus meneroka Bahasa Arab sebagai salah satu mata pelajaran bahasa Asing dalam peruntukan mata pelajaran sekolah rendah. Inovasi kit Bekoh Super Roda Interaktif ini boleh dinaik taraf dengan penggunaan teknologi komputer pada kajian akan datang. Kejayaan menghasilkan kit BSRIBA ini membuka mata pengkaji perlunya inovasi yang pelbagai bersesuaian dengan isu dalam meningkatkan prestasi pencapaian murid. Terima kasih atas dorongan dan sokongan pihak PPD Tangkak sebagai penganjur Pertandingan Guru Inovatif dan inovasi pengurusan sekolah juga setinggi terima kasih atas sokongan padu Guru Besar En Mohd Anuar Abd Samad juga rakan-rakan guru dan akp atas kerjasama diberikan. Gambar kumpulan NAFISHAH BINTI ABDUL GHAPAR LATIFAH BINTI ALI HELMY BIN UZER 52 I KIPTa


“Kit Pembelajaran “Saya Libat, Saya Hebat” Gan Mei Nee dan Gan Mei Mei Tyng SJKC Chin Ju Serom 7, 84410 Tangkak, Johor Abstrak Proses mendidik murid-murid dalam era modenisasi dan globalisasi ini bertambah kompleks. Kaedah pengajaran seperti kaedah chalk and talk sudah tidak relevan buat masa kini. Guru seharusnya kreatif dan menggunakan unsur didik hibur dalam menyampaikan ilmu agar pengajaran dapat menarik minat murid dan pembelajaran menjadi lebih bermakna. Justeru itu, saya telah mereka cipta Kit Pembelajaran “Saya Libat, Saya Hebat” yang mengandungi tiga kaedah pembelajaran berbeza dalam satu kota. Pengenalan Kit Pembelajaran ini menumpukan konsep bermain sambil belajar. Melalui Kit Pembelajaran ini , murid-murid dapat mempelajari tentang kata kerja, kata adjektif dan kosa kata. Kit Pembelajaran ini juga dapat meningkatkan daya tumpuan dan ingatan murid-murid kerana mereka dapat belajar dari permainan berulang kali. Selain itu, Kit Pembelajaran ini juga dapat membantu murid dalam kemahiran bertutur, mendengar dan membaca semasa murid membaca soalan dan jawapan, menanya soalan, mendengar arahan ketua dan kata-kata pujian atau galakkan daripada rakamam suara. Isu / Masalah 1. Menimbulkan kekeliruan dan salah faham dalam penggunaan kata kerja dan kata objektif sama ada dari segi penulisan atau soalan objektif serta bertuturan. 2. Lemah dalam penguasaan tatabahasa dan kosa kata kerana kurang minat semasa pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Objektif inovasi 1. Menarik minat murid daripada tahap penguasaan yang berbeza untuk belajar di dalam suasana yang menyeronokkan serta tidak bosan sepanjang pembelajaran. 2. Merangsang tahap ingatan murid-murid untuk meneguhkan memori melalui permainan. 3. Meningkatkan daya tumpuan dan kefahaman murid. 4. Meningkatkan penguasaan kemahiran bertutur, mendengar dan membaca. Keberkesanan/ Pelaksanaan 1. Semua murid yang terlibat telah lulus Ujian Pasca yang mengandungi soalan 20 soalan tatabahasa dan kosa kata selepas aktiviti ini dijalankan sebanyak 5 kali. 2. Semua murid telah mencapai peningkatan setelah selesai menjalankan pembelajaran dan pengajaran inovasi yang berpusatkan murid ini. Keputusan daripada ujian seperti yang ditunjukkan dalam Jadual. 3. Peningkatan murid juga boleh dibezakan daripada statistik yang dipaparkan dalam Jadual 1 . Jadual 1: Keputusan Pra Ujian (sebelum menjalankan aktiviti inovasi) dan Pasca Ujian (selepas program inovasi) Jumlah murid Tahun 4: 10 orang (SKM) No Peserta Pra Ujian Pasca Ujian Peningkatan/ Penurunan 1 A 50 75 +25 2 B 40 60 +20 53 I KIPTa


3 C 30 50 +20 4 D 60 90 +30 5 E 45 70 +25 6 F 55 85 +30 7 G 35 65 +30 8 H 25 60 +35 9 I 20 40 +20 10 J 10 20 +10 4. Dalam pemerhatian dan temubual yang dijalankan, didapati kebanyakan murid yang telah menjalankan aktiviti inovasi ini memperlihatkan sikap yang lebih positif dalam kelas. Mereka memberi respon dan menunjukkan minat dalam pembelajaran dan pelajaran. Rumusan Inovasi ini berjaya membantu murid dalam usaha meningkatkan penguasaan kata kerja, kata adjektif dan kosa kata dengan betul. Hal ini jelas dilihat terdapat peningkatan antara markah praujian dan pascaujian yang telah dijalankan. Kit ini menawarkan tiga kaedah pembelajaran yang berbeza, tetapi menyatu dalam satu konsep kota yang menarik. Pendekatan bermain sambil belajar menjadi fokus utama, memastikan pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan dan berkesan. Dengan memanfaatkan aktiviti permainan, murid dapat memahami dan menguasai konsep-konsep seperti kata kerja, kata adjektif, dan kosa kata dengan lebih efektif. Salah satu kelebihan utama Kit Pembelajaran ini adalah kemampuannya untuk meningkatkan daya tumpuan dan ingatan murid. Melalui pengulangan permainan, murid dapat memperdalam pemahaman mereka, membuat pembelajaran lebih melekat, dan memastikan pengekalan maklumat jangka panjang. Secara keseluruhan, Kit Pembelajaran "Saya Libat Saya Hebat" bukan sahaja memenuhi tuntutan kurikulum tetapi juga memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan kepada murid-murid, menjadikan mereka lebih aktif dan berdaya maju dalam era pendidikan yang sentiasa berubah. Gambar Kumpulan GAN MEI TYNG GAN MEI NEE 54 I KIPTa


Kit Pembelajaran "Saya Libat Saya Hebat” 55 I KIPTa


TAJUK : AQRAB AHLI : 1) ZAI HAZREEN BIN AB MALIK 2) SITI ZALMAH BINTI MINHAT INSTITUSI : SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERI LEDANG ABSTRAK Penguasaan terhadap jumlah basitoh (ayat mudah) merupakan salah satu kriteria dalam DSKP Bahasa Arab Tahun 5. Hasil pemerhatian saya semasa mengajar di kelas 5 Puteri bagi mata pelajaran Bahasa Arab. Saya dapati bahawa murid saya mengalami kesukaran membezakan penggunaan perkataan untuk muzakkar dan muannas. Inovasi AQRAB menggunakan kaedah jigsaw puzzle di mana murid akan mencantumkan perkataanperkataan untuk membentuk ayat mudah. Murid menyusun perkataan berdasarkan bentuk kemudian mengenal pasti perkataan yang mengandungi dhamir muttasil yang diletakkan dalam ayat yang bersesuaian. Hasil daripada inovasi ini murid lebih menguasai pembinaan ayat-ayat mudah dengan betul dan murid boleh membezakan penggunaan ism muzakkar dan ism muannas dalam sepotong ayat. PENGENALAN Penguasaan terhadap jumlah basitoh (ayat mudah) merupakan salah satu kriteria dalam DSKP Bahasa Arab Tahun 5. Untuk menguasai bentuk ayat ini, pelajar perlu tahu untuk membezakan penggunaan ism muzakkar dan ism muannas dalam sepotong ayat. Inovasi AQRAB akan membantu pelajar menguasai bentuk-bentuk ayat tersebut dengan lebih mudah. ISU/MASALAH Hasil pemerhatian saya semasa mengajar di kelas 5 Puteri bagi mata pelajaran Bahasa Arab. Saya dapati bahawa murid saya mengalami kesukaran membezakan penggunaan perkataan untuk muzakkar dan muannas. Hal ini dapat ditunjukkan melalui penilaian yang dijalankan secara formatif apabila murid diminta melengkapkan perkataan yang sesuai berdasarkan ayat. Daripada 6 soalan yang dikemukakan, 2 orang murid mendapat markah 3/6, 8 murid mendapat markah 2/6, 3 orang murid mendapat markah 1/6 dan empat orang murid tidak mendapat sebarang markah. Jumlah semua murid 17 orang OBJEKTIF • Mengaplikasikan elemen didik hibur dalam pdpc • Membantu murid-murid membezakan penggunaan perkataan yang mempunyai dhamir muttasil sama ada dalam ayat untuk muzakkar atau muannas dengan betul. • Membantu murid-murid untuk menyusun dan membina ayat dengan betul KEBERKESANAN/PELAKSANAAN Berdasarkan perancangan tindakan yang telah saya tetapkan, saya laksanakan aktiviti/intervensi seperti berikut : Ujian Pra : 6 soalan struktur. Refleksi : Murid tidak dapat menjawab dengan markah penuh iaitu 6 markah. Murid tidak dapat membezakan penggunaan dhamir muttasil yang betul berdasarkan ayat. Langkah 1 : Membina alat bantu belajar Tempoh : 10 minit Refleksi : Murid kelihatan gembira dan menjalankan aktiviti secara kolaboratif Gambar 1 Gambar 2 56 I KIPTa


Langkah 2 : Murid menyusun perkataan berdasarkan bentuk kemudian mengenal pasti perkataan yang mengandungi dhamir muttasil yang diletakkan dalam ayat yang bersesuaian. Rekleksi : Murid lebih mudah mengenal pasti perkataan yang mengandungi dhamir muttasil yang sesuai berdasarkan ayat sama ada ayat untuk muzakkar atau muannas. Ujian pos : 6 soalan struktur Refleksi : Murid dapat menjawab dengan baik. Keputusan ujian pos: Markah Bilangan Murid 6/6 14 5/6 0 4/6 2 3/6 0 2/6 1 1/6 0 RUMUSAN Kajian ini jelas menunjukkan pelajar berprestasi rendah boleh dirangsang melalui aktiviti yang praktikal dan kontekstual, experienced learning dan learning by doing serta aktiviti hands-on. Pelajar menunjukkan tingkah laku lebih positif dan rasa gembira semasa membuat perbincangan menggunakan AQRAB. Pelajar bersemangat menentukan jawapan yang betul apabila mendapat soalan. Pelajar yang pada mulanya pasif atau mengantuk telah menunjukkan minat semasa membina alat inovasi ini, sekaligus merangsang minat untuk memahami topik yang dipelajari. Para pelajar termotivasi untuk menjawab dengan lebih baik dalam ujian pos dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan jawapan yang betul bagi setiap soalan. Saya sebagai guru yang mengendalikan aktiviti ini juga dapat mengajar dengan lebih mudah kerana tahap kesediaan para pelajar meningkat. Maka, aktiviti ini saya percaya dapat mendorong semangat guru-guru untuk membimbing pelajar-pelajar. Melalui pengalaman membina ‘AQRAB’ ini, guru-guru dan para pelajar yang lemah tidak lagi berasa tertekan dan bosan. Cetusan kreativiti telah menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih mengujakan. GAMBAR INDIVIDU 57 I KIPTa


Kaedah e-Flip Bundar Nombor 2.0 Lee Joa Na dan Tay Pei Ching SJKC Pei Hwa, Sg. Mati Abstrak : Dalam Unik 1: Nombor Bulat sehingga 10000 yang bertopik Bundar Nombor dalam Matapelajaran Matematik Tahun, 3, guru telah memilih kaedah yang berlainan dan lebih mendekati kehidupan murid iaitu Kaedah e-Flip Bundar Nombor 2.0. Kaedah ini mementingkan perkembangan fizikal dan mental murid serta mengutamakan tahap pemahaman konsep yang murid akan terima. Murid diberi peluang untuk menjalankan aktiviti hands-on seperti main peranan secara interaktif bersama SmartBoard di kelas. Murid belajari bundar nombor mengikut tema cerita dibantu Bahan Bantu Belajar yang guru reka dan ubahsuaikan dengan pengisian aplikasi yang mesra pengguna. Pengenalan : Kaedah e-Flip Bundar Nombor 2.0 ini dapat menarik perhatian murid semasa Pdp. Murid juga lebih berminat dalam topik tersebut. Selain itu, peningkatan tahap penguasaan murid juga jelas dilihat. Murid dapat belajari Bundar Nombor sambil bermain. Mereka dipercayai akan dapat mengingati dan memahami keistimewaan Bundar Nombor. Keyakinan akan bertambah di kalangan murid secara tidak langsung apabila murid betul-betul faham akan kandungan yang dipelajari. Harap mereka jatuh cinta akan pada Matematik seterusnya dan dapat menyelesaikan masalah dengan berdikari. Isu / Masalah : ✓ Tidak faham istilah matematik seperti bundar nombor, nombor terdekat dan nilai tempat. ✓ Hafalan yang tidak menumpukan konsep. ✓ Tidak berminat dalam matapelajaran Matematik. ✓ Tiada BBB yang sesuai untuk bundarkan nombor. Objektif : i) Murid dapat memahami konsep istilah bundar nombor dengan menjalankan kaedah e-Flip Bundar Nombor 2.0 (melalui nyanyian dan main peranan dengan Smartboard). ii) Murid dapat membundarkan nombor kepada puluh, ratus dan ribu terdekat dengan betul menerusi aktiviti hands-on e-Flip bundar Nombor 2.0. Keberkesanan : - Kesan teknik kepada murid Murid bergembira, berminat dan seronok terutama dalam main peranan. Murid dapat memahami konsep ratus terdekat dan dapat mengenalpasti nilai tempat menerusi perkembangan cerita dan main peranan serta dapat membezakan keadaan antara nombor 0-4 dan nombor 5-9. - Kesan kepada guru Guru dapat mengetahui kecerungan murid, dapat mencungkil dan mencipta yang ketidakbolehan. Pelaksanaan : - Refleksi Gelung 1: Merujuk kepada PBD 1 yang dijalankan pada akhir tahun yang lepas semasa murid Tahun 2K, guru mendapati seramai 14 murid di Tahap Penguasan 2 hingga 4. Guru berasa tidak puas hati dan telah membuat refleksi supaya memikirkan satu kaedah yang bersesuaian dengan murid. Guru merenung bahawa menggunakan kaedah hafalan iaitu: 0,1,2,3,4 tak nak berkawan dan 5,67,8,9 tambah 1 kawan baik. Kaedah hafalan itu murid betul-betul tahu dan faham? - Merancang: Setelah murid naik ke semester yang baru ke Tahun 3, guru menjelaskan lagi cerita bundar nombor secara lisan dan hafalan ringkas tersebut sebagai mengulang kaji. Guru menggunakan soalan kertas yang sama dengan PBD 1. Keputusannya pula guru tidak begitu memuaskan. Oleh itu, kaedah e-Flip Bundar Nombor 2.0 mula termuncul pada otak. Bersedia: Guru membuat persediaan menghasilkan BBB dan Perisian aplikasi yang telah dimuat turun di setiap kelas sekolah. - Bertindak: Guru mula menerokai dan meminjam idea dengan akhirnya menghasilkan ��Kaedah bercerita juga tetapi secara main peranan dan nyanyian serta berinteraksi di perisian komputer ��Bahan Bantu Belajar yang dapat mendalami konsep dan memahami Bahasa Matematik. 58 I KIPTa


- Memerhati: Guru membuat pemerhatian terhadap murid semasa menggunakan Kaedah e-Flip Bundar Nombor 2.0 - Refleksi Gelung 2: Guru membuat refleksi lagi selepas melaksanakan tugas. Pengubahsuaian Kaedah e-Flip Bundar Nombor 2.0. atas penggunaan BBB dijalankan. Rumusan : Inovasi pdp sering berlaku dan berubah mengikut persekitaran pembelajaran. Bahan yang dapat menolong murid lebih faham itulah inovasi dalam pendidikan. Harap e-Flip Bundar Nombor ini dapat meningkat keyakinan ke semua pengguna dan mengoptimumkan kegunaannya. Gambar Individu : 59 I KIPTa


APLIKASI e-PERIBAHASA DALAM MENINGKATKAN PENGETAHUAN MURID TERHADAP MAKSUD PERIBAHASA Syuhada Binti Md Sarip, Khairuddin Bin Abdul Rahman, Madihah Binti Nasrudin Sekolah Kebangsaan Parit Bunga, Tangkak Johor Abstrak Inovasi e-peribahasa dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan ingatan murid terhadap maksud peribahasa, memudahkan carian maksud peribahasa menerusi satu aplikasi, dan menambah baik amalan pengajaran guru agar seiring dengan perkembangan semasa. Penyelidik telah memperkenalkan aplikasi e-peribahasa kepada responden yang terdiri daripada 31 orang murid tahun 6 Yahya. Skor bagi praujian dan pascaujian menunjukkan terdapat peningkatan antara markah praujian dan pascaujian yang telah dijalankan Amalan pengajaran guru jelas menunjukkan penambahbaikan sewaktu sesi pembelajaran di dalam kelas. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan menarik minat murid sekali gus melibatkan diri mereka secara aktif di dalam kelas. Inovasi e-peribahasa ini juga sesuai digunakan oleh semua murid sekolah rendah atau sekolah menengah. Pengenalan Inovasi e-peribahasa dibina mengikut keperluan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) ke arah kemenjadian sahsiah murid. Peribahasa dapat dibahagikan kepada empat aspek yang penting, iaitu simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan dan pepatah atau perbilangan. Penggunaan peribahasa dalam kalangan murid sekolah kebangsaan masih belum meluas. Oleh itu, aplikasi e-peribahasa merupakan satu inovasi yang dibangunkan dengan tujuan menyediakan satu medium untuk memudahkan murid menguasai peribahasa dan diaplikasi dalam penulisan serta dalam kehidupan seharian mereka. Aplikasi eperibahasa juga dapat membantu guru dan menyumbangkan ilmu kepada guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa dengan lebih berkesan. Aplikasi e-peribahasa dapat menggantikan kamus peribahasa secara fizikal dan mempunyai kelebihan seperti kos penyediaan yang minimum serta kegunaannya boleh dipelbagaikan. Pernyataan Masalah Penyelidik mendapati ramai murid di sekolah mempunyai masalah ingatan terhadap maksud peribahasa. Mereka tidak boleh menerangkan maksud sesuatu peribahasa dengan baik. Penyelidik mendapati perkara ini berlaku kerana murid-murid sukar untuk merujuk sesuatu maksud peribahasa kerana sebahagian besar daripada mereka tidak pernah membeli buku rujukan peribahasa. Pembelajaran yang tidak menarik turut menyumbang kepada masalah capaian objektif pembelajaran yang melibatkan penggunaan peribahasa dalam ayat. Amalan pengajaran guru harus ditambah baik oleh mereka agar menarik dan seiring dengan perkembangan semasa. Objektif Inovasi 1. Meningkatkan ingatan murid terhadap maksud peribahasa. 2. Memudahkan carian maksud peribahasa menerusi satu aplikasi. 3. Menambah baik amalan pengajaran guru agar seiring dengan perkembangan semasa. Langkah-Langkah Penggunaan Aplikasi E-Peribahasa Langkah 1: Imbas kod bar. 60 I KIPTa


Langkah 2 : Paparan buku teks boleh dibuka oleh guru. Langkah 3 : Tulis maksud peribahasa yang ingin dicari pada kotak carian. Baca maksud peribahasa dan penggunaannya dalam ayat. Langkah 4 : Murid boleh mendapatkan soalan latihan pengukuhan menerusi bank soalan. Terdapat 10 set soalan yang terus boleh dicetak. Langkah 5: Murid menjalankan aktiviti permainan interaktif yang menarik dan mengukuhkan ingatan maksud peribahasa. Keberkesanan inovasi a) Impak kepada murid • Menarik minat murid untuk belajar 61 I KIPTa


• Meningkatkan keyakinan murid terhadap maksud peribahasa. • Membantu murid memahami dan mengingatkan pelajaran menerusi soalan latih tubi dan permainan interaktif yang dimainkan. • Penglibatan murid secara aktif semasa PdP dijalankan • Menjimatkan wang. Murid tidak perlu membeli kamus peribahasa dan buku latihan. • Meningkatkan kemahiran teknologi murid secara tidak langsung. • Peribahasa boleh dijadikan sebagai pedoman hidup. • Akhlak murid boleh diperbaiki menerusi makna tersirat peribahasa. b) Impak kepada guru • Memudahkan dan menjimatkan masa guru mengajar serta menyiapkan bahan bantu mengajar. • Meningkatkan keyakinan guru semasa mengajar. • Meningkatkan kemahiran teknologi guru secara tidak langsung. Rumusan Inovasi ini berjaya membantu murid dalam usaha meningkatkan pengetahuan mereka terhadap maksud peribahasa dengan betul. Hal ini jelas dilihat terdapat peningkatan antara markah praujian dan pascaujian yang telah dijalankan. Amalan pengajaran guru juga jelas menunjukkan penambahbaikan sewaktu PdPC di sekolah. Suasana pembelajaran lebih menyeronokkan, menarik minat murid sekali gus murid dapat melibatkan diri secara aktif di dalam kelas. Secara tidak langsung murid dapat menguasai subjek Bahasa Melayu dengan cemerlang. 62 I KIPTa


DUSUN JAWI Nor Aziyatie Esmaail, Syawaliza Abdullah & Samihah Yusoff Sekolah Kebangsaan Ledang, Jalan Sialang, Tangkak Johor. ABSTRAK Sikap dan tingkahlaku murid Tahun 2 UM semasa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Jawi menunjukkan mereka tidak begitu berminat dengan mata pelajaran tersebut. Punca masalah yang utama ialah kerana mereka tidak mahir dalam menyambung huruf jawi, dengan itu mereka tidak dapat menulis dan membaca tulisan jawi dengan betul.. Maka fokus kajian ini adalah untuk menangani masalah tersebut dengan menggunakan teknik baru bagi membantu murid dapat menyambung huruf jawi dengan betul bagi meningkatkan kemahiran mereka menyambung antara huruf-huruf Jawi. Tinjauan awal menunjukkan 3 orang murid tersebut gagal dalam menyambung huruf jawi . Analisis soal selidik bagi mengukur minat murid terhadap P&P matapelajaran Jawi sebelum program intervensi dijalankan didapati 3orang murid tersebut dapat menyambung huruf Jawi dengan betul . Ujian pos yang dijalankan menunjukkan semua murid dapat menyambung huruf dengan menggunakan bahan DUSUN JAWI yang dihasilkan. Minat murid terhadap bahan DUSUN JAWI juga dapat menggalakkan murid terus mahir dalam menyambung huruf jawi. Berdasarkan dapatan kajian, dapat dirumuskan, kemahiran murid dalam menyambung huruf telah dapat ditingkatkan setelah menggunakan bahan DUSUN JAWI . Selain itu, dapat dirumuskan DUSUN JAWI bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malah meningkatkan kreativiti dan inovasi guru. PENGENALAN Bidang Jawi merupakan salah satu bidang dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sepertimana yang termaktub dalam Dokumen Standard Kurikulum (DSK) Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan. Penguasaan huruf jawi dianggap sangat penting kepada setiap individu murid. Ia dianggap penting kerana tanpa penguasaan terhadap huruf jawi maka seseorang murid dilihat sukar menguasai bidangbidang lain dalam Pendidikan Islam seperti Bidang Aqidah, Bidang Ibadah, Bidang Sirah dan Bidang Adab. Tambahan pula, keseluruhan buku teks Pendidikan Islam yang disediakan dalam tulisan Jawi. Murid juga dikesan sukar menjawab soalan ujian atau peperiksaan pendidikan Islam kerana keseluruhannya disediakan dalam tulisan Jawi. Ini menunjukkan pentingnya penguasaan Jawi bagi murid dalam memastikan penguasaan mereka sepenuhnya dalam matapelajaran pendidikan Islam. Oleh itu, set DUSUN JAWI dihasilkan bertujuan untuk membantu murid meningkatkan penguasaan menulis suku kata dalam tulisan Jawi serta kemahiran menyambung antara huruf-huruf tunggal Jawi dalam kalangan murid tahun 2UM. Maka, untuk menangani masalah tersebut kami telah membuat satu inovasi terhadap penggunaan kad-kad huruf sedia ada dan melakukan susun atur berdasarkan keperluan membaca dan menulis Jawi iaitu set DUSUN JAWI. Di dalam set DUSUN JAWI ini terdapat lagu konsep dan permainan. Irama dan melodi yang digunakan dalam lagu konsep dapat menguatkan memori dalam membezakan huruf yang boleh disambung dengan huruf yang tidak boleh disambung selepas bagi memudahkan lagi murid untuk menulis dan menyambung huruf tunggal jawi. Ini kerana masalah menyambung huruf jawi tunggal perlu diatasi dari peringkat awal lagi. DUSUN JAWI dihasilkan agar murid-murid boleh mengenal pasti huruf-huruf yang boleh di sambung atau tidak boleh disambung. Bahan inu juga mempunyai tujuan agar murid-murid boleh menyambung huruf jawi tunggal ( awal perkataan ) dengan betul dan dapat menulis suku kata jawi dengan betul menggunakan bahan inovasi DUSUN JAWI. 63 I KIPTa


ISU/ MASALAH Berikut merupakan masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam penguasaan jawi: i. Murid kurang menguasai / lemah dalam mengenalpasti huruf-huruf yang tidak boleh disambung dengan huruf selepasnya. ii. Murid kurang mahir / lemah dalam menyambung huruf jawi tunggal ( awal perkataan ) dengan betul. iii. Murid kurang mahir / lemah dalam menulis suku kata jawi dengan betul apabila menggunakan bahan inovasi DUSUN JAWI. OBJEKTIF Berdasarkan kepada Isu / masalah berikut, 3 objektif diberi penekanan dalam penghasilan inovasi ini: i. Murid dapat mengenalpasti huruf-huruf yang tidak boleh disambung dengan huruf selepasnya. ii. Murid boleh menyambung huruf jawi tunggal (awal perkataan) dengan betul. iii. Murid dapat menulis suku kata jawi dengan betul menggunakan Bahan Inovasi DUSUN JAWI. KEBERKESANAN INOVASI Impak kepada murid: • Masalah kurang penguasaan murid dapat diatasi dengan penggunaan inovasi ini yang boleh dianggap sebagai alat permainan oleh murid tanpa menyedari mereka sedang melakukan latihan. • Peningkatan tahap penguasaan murid dalam bacaan dan penulisan dengan lebih berkesan. • Menarik minat murid untuk belajar jawi. Impak kepada guru: • Membantu guru mengatasi masalah ketidakcukupan masa dalam pelaksanaan Bidang Jawi selama 30 minit seminggu • Wujud bahan bantu mengajar yang baharu dalam bidang Jawi memandangkan keperluan mendesak penggunaan BBM yang berlandaskan DSK KSSR yang terkini. • Membantu mengurangkan kos pembelian bahan BBM yang mahal memandangkan kos pembinaan bahan inovasi DUSUN JAWI yang murah. Potensi untuk disebar luaskan kepada pihak lain: Sangat berpotensi untuk dijadikan bahan bantu mengajar kerana mengandungi elemen-elemen peningkatan tahap penguasaan bacaan dan penulisan Jawi yang diperlukan bagi meningkatkan kemampuan murid secara maksimum dalam ruang masa yang terhad. Ianya juga boleh menjimatkan kos pembelian BBM yang bersesuaian dengan kehendak kurikulum selain praktikal digunapakai. SCAN DI SINI UNTUK LAGU BAHAN UNTUK MUDAH KENAL PASTI HURUF YANG BOLEH BERSAMBUNG DAN TIDAK BOLEH BERSAMBUNG 64 I KIPTa


RUMUSAN Pembinaan bahan inovasi ini secara tidak langsung mengubah tradisi pembelajaran murid dari membaca satu-satu kad huruf kepada bentuk permainan atau pergerakan tangan yang menggunakan peralatan yang sama tetapi dwi fungsi. Selain mewujudkan satu bahan yang praktikal dan mudah dibawa, inovasi DUSUN JAWI ini boleh membantu mengurangkan kos pembelian bahan bantu mengajar yang mahal kerana menggunakan bahan-bahan yang mempunyai kos rendah. GAMBAR KUMPULAN CIKGU NOR AZIYATIE BINTI ESMAAIL CIKGU SYAWALIZA BINTI ABDULLAH CIKGU SAMIHAH BINTI YUSOFF 65 I KIPTa


Tajuk Inovasi: Photo Booth Addition Nama : Yeo Chuan Chin Sekolah: SJKC Pui Nan, Parit bunga, 84 000 Tangkak,Johor. Abstrak Kanak-kanak sering menghadapi masalah dalam pengiraan operasi tambah disebabkan kesukaran untuk memahami konsep Matematik yang abstrak. Kaedah yang boleh menarik minat dan sesuai dengan kanak-kanak semasa mengajar operasi tambah membantu mereka memahami konsep operasi tambah. Setiap insan mempunyai minda yang berfungsi untuk memikirkan sesuatu yang baru bagi membantu mereka yang memerlukan. Menyedari hakikat ini, projek ini direka bagi membolehkan murid mengira dengan mudah, cepat, dan tepat. Di dalam inovasi ini penekanan hanya diberikan pada operasi tambah. Kaedah ini juga sesuai dijadikan sebagai panduan bagi semua murid yang mengalami kelemahan asas Matematik terutamanya murid Prasekolah. Tahun 1 hingga Tahun 6. Pengenalan Produk atau pengajaran dan pembelajaran inovasi yang saya hasilkan dapat menyakinkan dan menarik minat murid-murid untuk belajar operasi tambahan dengan mudah. Produk ini dihasilkan berasaskan masalah yang dihadapi oleh murid yang Kajian telah dibuat setelah analisis dan post-Moterm dijalankan ke atas 13 0rang murid dalam 10 soalan tambahan. Tinjauan menunjukkan seramai 6 orang tidak dapat jawab semua soalan.Untuk mengatasi masalah ini, pengajaran dan pembelajaran inovasi ini telah dibina untuk membantu murid-murid menguasai operasi penambahan dalam 10. Isu / Masalah Murid-murid lambat beri jawapan dalam topik penambahan. Dengan ini, murid-murid tidak dapat mengecam nombor. Sesetengah murid menulis nombor 2,9,7 terbalik. Objektif: 1. Murid dapat memberi jawapan di dalam operasi tambah. 2. Murid dapat mengecam nombor. 3. Wujudkan suasana pembelajaran yang menyeronok Keberkesanan / Pelaksanaan: 1.Murid lebih yakin mengecam nombor 2.Murid cepat memberi jawapan di dalam operasi tambah. 3.Wujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan 4. Murid lebih aktif dalam kelas 5.Merealisasikan pembelajaran kendiri 6. Pencapaian operasi tambahan murid meningkat dari semasa ke semasa Rumusan Kemahiran operasi tambah adalah penting untuk kanak-kanak prasekolah supaya menyediakan mereka belajar kemahiran yang lebih mencabar. Kesimpulannya, penggunaan kaedah konkrit dan visual amat membantu guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran kemahiran operasi tambah. Guru prasekolah berperanan untuk mengatasi masalah kanak-kanak dengan menggunakan pendekatan yang pelbagai. Guru harus mempunyai keyakinan bahawa mereka dapat mengembangkan pedagogi yang seronok dalam pengajaran. Guru prasekolah perlu membuat penyesuaian pengajaran agar pengajaran dapat dijalankan dengan berkesan seterusnya membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran operasi tambah mereka. 66 I KIPTa


Photo Booth Addition 67 I KIPTa


Tabung Inovasi Teh Siew Khim SJK C Lian Hwa, Kampung Teratai ,Tangkak ,Johor . Abstrak Mata Pelajaran Pendidikan Moral serta pengurusan Sisa Pepejal dan Amalan 3R merupakan subjek yang wajib dalam Pendidikan prasekolah. Pengurusan sisa pepejal dan amalan 3R memberi pendedahan kepada murid-murid prasekolah tentang sampahsarap yang semakin meningkat dan berlonggok di bumi yang tanpa kita sedar semakin bertambah dari hari ke hari. Menurut sebuah petikan akhbar Berita Harian, Malaysia dianggarkan menghasilkan 37,000 tan sisa sampah setiap hari. Tidak mustahil satu hari nanti tiada lagi kawasan untuk pelupusan sampah sehingga menyebabkan kawasan penempatan atau rumah kita dikelilingi sisa sampah ini. kesedaran untuk kita mengamalkan kitar semula di setiap aspek kehidupan kita. Amalan menabung pula adalah salah satu elemen kritikal dalam pengurusan kewangan yang efektif. Menabung bukan sahaja membantu dalam memenuhi keperluan dan keinginan jangka pendek, tetapi juga berfungsi sebagai pelindung atau “safety net” dalam menghadapi situasi kewangan yang tidak dijangka. Dalam ekonomi yang semakin tidak menentu, memiliki simpanan yang cukup adalah penting untuk menjamin kestabilan kewangan. Tabung Inovasi ini diperkenalkan kepada murid -murid prasekolah agar dapat menyedari mereka akan sampah sarap di bumi kita yang perlu kita kitar semula. Botol-botol yang sebelum ini dibuang setelah kita menggunakannya boleh dikitar semula untuk menjadi bahan kepada satu produk lain seterusnya dapat mengurangkan sampah serta memberikan fungsi lain. Manakala amalan menabung diterapkan supaya murid-murid prasekolah dapat memupuk sikap menabung dari akar umbi lagi .Tabung Inovasi ini dapat mengeluarkan muzik dan cahaya yang bersinar-sinar apabila duit syiling dimasukkan ke dalam tabung inovasi tersebut .Ini dapat menarik minat dan perhatian anak-anak kita menabung dan mengitar semula bahan terbuang menjadi barang yang bernilai . Amalan menabung memainkan peranan penting dalam perancangan masa depan, termasuk pendidikan anak-anak, pembelian rumah, atau persaraan. Tanpa simpanan yang mencukupi, seseorang akan menghadapi kesukaran dalam memenuhi keperluan ini, yang boleh menjejaskan kualiti hidup. Menabung secara konsisten dari usia muda boleh membantu dalam memenuhi keperluan ini tanpa perlu bergantung kepada pinjaman atau bantuan kewangan dari pihak lain. Kesimpulannya,penggabungjalinan antara Pendidikan moral dan pengurusan sisa pepejal serta amalan 3R seharusnya dipupuk pada usia yang paling muda .Amalan menabung adalah elemen penting dalam pengurusan kewangan yang tidak boleh diabaikan. Dari mencapai kestabilan kewangan, membuka peluang pelaburan, hingga ke persediaan untuk masa depan, kepentingan menabung adalah banyak dan pelbagai. Oleh itu, adalah penting untuk memulakan atau meneruskan amalan ini, tidak kira usia atau status kewangan, untuk memastikan kehidupan yang lebih mapan dan masa depan yang lebih cerah. Pengenalan Tabung Inovasi ialah tabung yang dihasilkan daripada bahan kitar semula yang akan mengeluarkan muzik ringkas dan bernyala apabila duit syiling dimasukkan ke dalam tabung . Pengurusan sisa pepejal dan amalan 3R serta Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran yang perlu dipelajari dalam peringkat prasekolah . Isu /masalah Sampah sarap yang banyak seperti bukit adalah masalah globalisasi yang perlu diatasi oleh semua warga bumi .Justeru itu ,subjek pengurusan sisa pepejal dan 3R selaras dengan hasrat globalisasi untuk melestarikan 68 I KIPTa


bumi ini.Manakala amalan menabung telah hampir dilupai oleh generasi muda hari ini .Banyak yang diiktiraf musflis dan bankrap pada usia yang terlalu muda . Objektif Tujuan tabung kiatar semula ini dibuat untuk menyedari murid-murid kitar semula dapat menghasilkan inovasi yang berguna kepada manusia. Di samping itu, dapat memupuk sikap menabung di kalangan murid-murid sejak kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya . Keberkesanan /imlak Murid-murid dapat menyedari betapa pentingkan kitar semula.Kitar semula dapat memberi kebaikan kepada kita sekaligus mengurangkan sampah di bumi ini.Kesan kepada guru ialah mencapai objektif dalam menerapkan amalan menabung ,menguruskan sisa pepejal serta 3R. Rumusan Inovasi ini dapat meningkatkatkan minat dan perhatian murid dalam PdP yang ingin disampaikan oleh guru. 69 I KIPTa


TELEVISYEN BAYANG Khoo Poh Lee SJKC Kebun Bahru 85200 Jementah Johor ABSTRAK Sains merupakan salah satu mata pelajaran penting yang diajar di sekolah sama ada sekolah rendah atau pun pra sekolah. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap minat pelajar terhadap sains di kalangan pelajar pra sekolah. Seramai 3 orang pelajar pra sekolah, 1 orang pelajar lelaki dan 2 orang pelajar perempuan dari SJKC Kebun Bahru telah terlibat dalam kajian ini. Ujian pra dan pasca digunakan untuk melihat perbezaan yang signifikan antara eksperimen dan kumpulan kawalan selepas eksperimen. Kesimpulan daripada eksperimen Televisyen Bayang, pelajar pra sekolah berjaya menguasai kemahiran sains dengan seronok. PENGENALAN Televisyen Bayang merupakan satu inovasi bahan yang dibangunkan dengan tujuan menyediakan satu alat secara kreatif sebagai alternatif yang boleh digunakan oleh murid prasekolah dalam mata pelajaran Tunjang Sains Dan Teknologi bagi: Standard Kandungan : SA 5.1 Meneroka alam fizikal dalam kehidupan seharian Standard Pembelajaran : SA 5.1.2 Merekod hasil pemerhatian tehadap bayang-bayang Televisyen Bayang ini juga merupakan instrumen pembelajaran yang menarik dan penting dalam membantu pelajar memahami konsep di dalam proses pengajaran selain daripada bertujuan untuk menarik minat pelajar dalam mata pelajaran. Ia dihasilkan daripada bahan kitar semula maka memberi sumbangan dalam memelihara alam sekitar. Bahkan menjimatkan kos penghasilan. Ia juga dikatakan sangat membantu merangsang dunia pelajar untuk belajar. Penggunaan bahan bantu mengajar juga memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. ISU/ MASALAH Pelajar pra sekolah menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran proses sains jika tidak menjalankan eksperimen. OBJEKTIF 1. Membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran pelajar lebih kekal. 2. Menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain, dapat meningkatkan pemahaman konsep sains pelajar. 3. Dapat meningkatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan daya fikir pelajar. KEBERKESANAN/PELAKSANAAN Kesan kepada pelajar : Memahami sesuatu konsep, fakta atau idea dengan lebih jelas juga kekal dalam ingatan. Menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menaruhkan keyakinan terhadap pengajaran guru. Aktiviti pembelajaran akan lebih menarik. Kesan kepada guru : Dapat mempertingkatkan keghairahan pelajar untuk belajar. Merealistik secara lebih mendalam tentang tajuk yang diajar. Menawarkan pengalaman yang sebenar dan menjadikan pengajaran lebih menarik Melahirkan dorongan daya kreativiti, baik kepada pelajar. 0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80% 90% 100% Ujian Pra Ujin Pasca Murid A Murid B Murid C Graf perbandingan 3 orang murid menjalani ujian pra dan ujian pasca. 70 I KIPTa


Dapat menjimatkan masa dan pelajar akan belajar lebih banyak dalam masa yang singkat. Langkah Gambar Catatan Langkah 1 Guru menyediakan TV Bayang dan pelbagai jenis haiwan (alat permainan). Langkah 2 Murid membuka pintu di sebelah kiri televisyen. Langkah 3 Murid meletakkan haiwan di dalam televisyen dan membuka cahaya. Langkah 4 Murid memerhatikan bayang yang dihasilkan oleh haiwan tersebut. Langkah 5 Murid melukiskan bayang tersebut di atas sekeping kertas. 71 I KIPTa


RUMUSAN Televisyen Bayang ini merupakan suatu inovasi bahan yang berkesan dalam mempertingkatkan kualiti pelajaran yang memusatkan pelajar. Sementara itu, pengajaran dapat dijalankan dengan berkesan, menarik, menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan. Ia memudahkan guru memindahkan ilmu pengetahuan kepada pelajarnya. GAMBAR 72 I KIPTa


Teknik Menjawab Soalan Kemahiran Pemerhatian TAN WEI LEE SJKC KOK BENG Batu19, Sengkang, 84800 Bukit Gambir, Tangkak, Johor [email protected] Abstract Kajian tindakan yang saya jalankan ini adalah bertujuan untuk mencari penyelesaian kepada masalah murid Tahap 2 yang kurang menguasai cara menjawab soalan Permerhatian kertas 2 Sains. Seramai 16 orang murid Tahap 2 terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan kaedah temu bual, soal selidik, membuat pemerhatian, dan berdasarkan ujian bulanan. Hasil daripada tinjauan, saya dapati bahawa Hasil daripada pengajaran mata pelajaran Sains, masalah utama bagi murid Tahap 2 ialah mempunyai pencapaian yang trendah dalam menjawab soalan Sains kertas 2 masih lemah. Saya berasa sungguh kecewa kerana beberapa kemahiran seperti kemahiran pemerhatian telah diajar semasa Tahun 3 untuk murid-murid KSSR dan Tahun 1 untuk murid-murid KSSR Semakan. Namun masih terdapat beberapa orang murid setiap kelas Tahap 2 yang tidak dapat menguasai kemahiran ini. Mereka sering memberikan jawapan yang berbentuk ‘membuat inferens’ dan menyalin jawapan dalam jadual secara bulat-bulat tanpa penyiasatasn secara teliti. Pengenalan Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu pembaharuan kreatif di mana kaedah atau cara yang baru digunakan bagi seseorang guru untuk memastikan objektif pengajarannya tercapai.Penemuan inovasi adalah menangani masalah bagi meningkatkan sistem Pendidikan. Inovasi dalam Pendidikan yang merupakan usaha untuk mengubah proses pembelajaran ,perubahan dalam situasi belajar yang menyangkut soal kurikulum, tempat mengajar dan belajar, mutu profesionalisme guru dan juga hasil daripada pengurusan pendidikan. Oleh itu, saya ingin memperkenalkan suatu kaedah penggunaan aktiviti handson iaitu Teknik Menjawab Soalan Kemahiran Pemerhatian. Isu/Masalah 1. Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menguasai kemahiran: a. pemerhatian b. membuat hipotesis 2. Murid-murid sering salah faham antara soalan permerhatian dengan membuat inferens. 3. Murid-murid mempunyai pengetahuan tentang kata kunci Sains yang tidak dalam dan tidak kukuh. Objektif 1. Mempertingkatkan pemahaman murid dalam membuat pemerhatian dan menyatakan hipotesis. 2. Membantu murid mengenalpasti soalan pemerhatian dan membuat inferens. 3. Meningkatkan pengetahuan murid tentang kata kunci sains Aktiviti Saya merancang mendapatkan data dengan menggunakan kaedah (metodologi) : 73 I KIPTa


i: rakaman ii: dokumen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ANALISIS DATA yang akan saya gunakan untuk menentukan kejayaan adalah semakan Latihan murid, keputusan pentaksiran dan analisis item semasa pengajaran dijalankan.Saya telag melaksanakan aktiviti/intervensi seperti berikut : Aktiviti 1: Penggunaan MS Powerpoint dan Bahan Maujud Aktiviti 2: Kaedah Bermain sambil belajar Aktiviti 3: Latihan Menjawab Soalan Sains berdasarkan soalan UASA Keberkesanan/Pelaksanaan Kesan teknik kepada murid Program Inovasi ini membantu murid memahami fakta sains dan membantu murid dalam Teknik penyoalan. Ini secara tidak langsung dapat menarik minat murid untuk belajar .Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini telah menyebabkan murid-murid lebih berminat dan bersemangat untuk belajar Sains dan seterusnya prestasi akedemik murid dapat dipertingkatkan. Kaedah ini boleh diteruskan dan diaplikasikan kepada murid-murid tahap 1. Kesan kepada guru Aktiviti inovasi ini lebih sistematik dan interaktif untuk menarik perhatian murid memahami pemerhatian melalui pelbagai deria mereka. Kaedah ini menggunakan teknik ansur maju iaitu dari senang ke susah. Proses pembelajaran ini senang diikuti oleh murid-murid dengan bimbingan yang padu daripada guru. Rumusan Program Inovasi ini membantu murid memahami fakta sains dan membantu murid dalam Teknik penyoalan. Ini secara tidak langsung dapat menarik minat murid untuk belajar .Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini telah menyebabkan murid-murid lebih berminat dan bersemangat untuk belajar Sains dan seterusnya prestasi akademik murid dapat dipertingkatkan. Kaedah ini boleh diteruskan dan diaplikasikan kepada murid-murid tahap 1. Kesukaran murid memahami topik yang abstrak amat membimbangkan. Ini berlaku disebabkan murid tidak tahu mengaitkan proses hidup manusia dalam tabiat yang dilakukan.Situasi sebegini telah mencetuskan idea pada guru untuk mencari penyelesaian bagi mencari penyelesaian bagi memudahkan murid memeahmi sesebuah topik. Pelaksanaan inovasi ini juga telah menunjukkan hasil dan perkembangan yang baik. Selain itu, murid tidak lagi rasa tertekan atau terbeban kerana kaedah ini menggunakan teknik ansur maju iaitu dari senang ke susah. Proses pembelajaran ini senang diikuti oleh murid-murid dengan bimbingan yang padu daripada guru. Gambar 74 I KIPTa


Menggunakan perisian powerpoint sebagai bahan pengajaran untuk mempersembahkan pelbagai aktiviti yang melibatkan 5 deria. Murid-murid dikehendaki memberitahu pemerhatian mereka melalui slaid powerpoint yang dipersembahkan Setiap stesen mengandungi gambar atau memerlukan murid-murid menyatakan hasil pemerhatian mereka. 75 I KIPTa


English Is Fun – Memory Box Tan Sieh Kee SJKC Khay Hian Parit Zing, 84410, Tangkak, Johor. [email protected] Abstrak Kesan globalisasi kepada Pendidikan telah mencabar proses pelaksanaan sistem Pendidikan di Malaysia kerana kita perlu menyesuaikan diri dan mengikuti trend. Oleh itu, “chalk and talk” tidak lagi sesuai untuk masa kini manakala kita harus mengubah cara penyampaian ilmu kepada murid dengan cara yang lebih menarik. Inovasi yang dihasilkan merujuk kepada kemahiran kosa kata dalam pengajaran Bahasa Inggeris khususnya bagi muridmurid Tahun 5 yang lemah dalam kosa kata. Murid-murid ini dikatakan lemah dalam kosa kata dalam buku teks. Justeru itu, satu inovasi telah dilaksanakan supaya murid-murid tersebut dapat membaca, memahami dan mengeja kosa kata dengan betul. Oleh itu, saya telah mereka cipta “Memory Box”. Memory Box ini mengutamakan main sambil belajar. Melalui permainan, murid boleh mempelajari kosa kata dalam tema tersebut demi memperkukuhkan kosa kata selepas pengajaran. Permainan ini juga dapat meningkatkan daya tumpuan dan ingatan murid. Pengenalan Kumpulan Sasaran untuk inovatif ini adalah murid-murid sekolah rendah Tahun 5 yang gagal menguasai kosa kata dalam UASA lepas. Isu hasil daripada UASA mata pelajaran Bahasa Inggeris 2022, masalah utama bagi murid Tahun 5 ialah penguasaan kosa kata yang lemah terutamanya dalam bahagian “spelling vocabulary”. Kebanyakan murid tidak dapat mengeja kosa kata dengan betul walaupun mereka boleh baca dan faham maksud perkataan itu. Vocabulary yang lemah akan menjejaskan tahap murid menjawab soalan. Objektif Antara objektif inovasi ini ialah menarik minat murid untuk belajar melalui permainan supaya tidak bosan sepanjang PdP. Selain itu, alatan ini dapat meningkatkan daya ingatan murid melalui permainan. Melalui inovatif ini, murid dapat memperkukuhkan penguasaan kosa kata mereka dalam buku teks subjek Bahasa Inggeris. Keberkesanan Permainan ini telah berjaya menarik minat murid untuk belajar. Melalui main sambil belajar, ini telah membantu murid memahami maksud kosa kata dan ejaan kosa kata. Selain itu, alatan ini berjaya melibatkan murid secara aktif dalam PdP dan mereka tidak berasa bosan dan lebih berminat. Melalui ujian, didapati peningkatan murid yang tinggi dalam vocabulary (statistik seperti bawah). 76 I KIPTa


Pelaksanaan Murid mengimbas kod QR Memory Box untuk mendapatkan bahan pengajaran untuk tema yang dipilih. Peranti akan menunjukkan senarai kosa kata untuk tema-tema tertentu. Murid-murid memilih tema yang ingin diuji. mereka dikehendaki mengulangkaji kosa kata untuk tema itu dalam masa 1 minit. Selepas itu, murid mengambil keluar pek kosa kata tema yang dipilih dan memakai strap di kepala. Murid memilih satu kad kosa kata (tidak boleh lihat kad tersebut). Murid menampal kad kosa kata yang dipilih di strap. Murid menanya soalan kepada kawan berkaitan dengan kad itu untuk meneka perkataan itu. Kawannya hanya boleh jawab “Ya” atau “Tidak”. Bahagian ini menggunakan aktiviti PAK 21 - hotseat. Tetapi caranya telah diubahsuaikan. Selepas berjaya meneka perkataan tersebut, murid menanggalkan kad kosa kata itu dan memilih description (sentences strips) yang sepadan dengan perkataan tersebut - Matching Game. Selepas matching, murid dikehendaki menulis perkataan itu di atas papan putih. Murid tidak boleh membawa bersama kad kosa kata semasa menulis di papan putih. Murid dikehendaki menghafal ejaan kosa kata tersebut dan tulis di atas whiteboard tanpa merujuk pada kad kosa kata itu. Rumusan Dalam pemerhatian dan temubual yang dijalankan, didapati kebanyakan murid yang telah menjalankan aktiviti ini lebih berminat dan aktif semasa belajar kosa kata berbanding dengan dulu iaitu membaca saja. Mereka memberi respon dan menunjukkan minat semasa PdP melalui permainan ini. TAN SIEH KEE 77 I KIPTa


PENGGUNAAN KAD PERMAINAN UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM OPERASI DARAB TEE KAI TING SJKC SAN YU, SIMPANG LIMA ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap operasi darab dan menilai kesan kad permainan ‘Multiplication War’ dan aktiviti-aktiviti yang ditetapkan ke atas murid-murid Tahun lima dalam penguasaan konsep darab. PENGENALAN/ ISU/ MASALAH Hasil daripada semakan latihan dan temu bual bersama murid, didapati bahawa murid tidak dapat memahami dan tidak dapat menyelesaikan soalan operasi darab. Masalah ini berlaku dalam kalangan murid adalah kerana murid tidak dapat menghafal sifir dan murid tidak memahami soalan operasi darab. Selain itu juga, didapati murid-murid kurang melibatkan diri secara aktif apabila diminta menjawab soalan. OBJEKTIF Kajian ini dilaksanakan supaya murid-murid dapat menyelesaikan soalan operasi darab dengan betul dan meningkatkan keyakinan murid ketika menjawab soalan pendaraban. Selain itu, permainan kad membolehkan murid menjawab soalan dengan kebolehan diri dan kolaboratif sesama rakan. KEBERKESANAN/PELAKSANAAN Berdasarkan perancangan tindakan yang dirancangkan. aktiviti-aktiviti seperti kad permainan ‘Multiplication War’, latihan, bimbingan kawan, menjawab soalan melalui perbincangan dan bimbingan guru serta ujian telah dijalankan. Pembelajaran berasaskan aktiviti dapat meningkatkan penglibatan dan keyakinan murid-murid. Melalui aktiviti yang dijalankan, guru atau rakan menunjukkan teknik menjawab soalan dengan betul. Selepas kajian, saya dapat melihat perubahan yang besar pada murid-murid. Murid dapat menjawab soalan dengan cara yang betul. Pembelajaran berasaskan aktiviti, murid-murid dapat berkongsi idea dan membuat perbincangan secara kolaberatif semasa rakan meminta bantuan di samping meningkatkan keyakinan muridmurid. Guru juga dapat mengajar murid dengan lebih mudah kerana tahap kefahaman terhadap operasi darab telah meningkat.Maka, guru turut bersemangat membimbing murid. RUMUSAN Melalui kad permainan, murid dapt menjawab soalan dengan bantuan rakan iaitu murid-murid menjalankan aktiviti dengan kaedah Think-Pair- Share. Dengan bimbingan rakan, murid dapat lebih memahami soalan dan cara menjawab soalan yang betul. Bimbingan dan penerangan guru juga dapat meningkat keyakinan murid semasa menjawab soalan. GAMBAR Kad permainan ‘Multiplication War’ Murid-murid dibahagikan dalam dua kumpulan. Guru menyediakan kad permainan yang terdiri daripada pelbagai jenis soalan pendaraban. 78 I KIPTa


Setiap kumpulan menghantar seorang wakil secara bergilir-gilir bagi menjawab soalan. Murid-murid dikehendaki menjawab soalan yang dipilih dengan kebolehan sendiri atau mendapat bantuan daripada ahli kumpulan dalam jangka masa dan peluang yang ditetapkan. Setelah tamat tempoh masa yang diberikan, kumpulan yang dapat markah paling banyak, dikira sebagai pemenang. Soalan yang tidak dapat dijawab akan ditampal untuk perbincangan bersama-sama. Aktiviti-Aktiviti yang dilaksanakan 79 I KIPTa


Tajuk Inovasi: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT KARANGAN DALAM BAHASA CINA DI KALANGAN MURID TAHUN 4 NAMA :GAN PEY PHANG JAWATAN : GURU NAMA SEKOLAH : SJKC CHUNG HWA SUNGAI SENDOK ABSTRAK Saya mengajar di kelas 4 bagi mata pelajara Bahasa Cina. Masalah utama murid saya ialah murid tidak boleh menulis karangan dengan ayat yang betul. Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian tingkah laku murid dan semakan latihan murid dalam kelas semasa saya mengajar. Analisis yang didapati daripada murid tahun 4, semakan latihan murid dan keputusan ujian, semakan latihan murid dan latihan buku kerja. Masalah ini berlaku dalam kalangan murid kerana mereka tidak suka membaca buku dan menulis karangan. Masalah ini berlaku juga berpunca daripada saya kerana memberi latihan tidak mencukupi. PENGENALAN Sewaktu saya menanda buku latihan bina ayat pelajar tahun 4 saya mendapati penguasaan kemahiran membuat karangan berpandukan gambar dalam kalangan murid tahun 4 agak lemah. Melalui buku latihan mereka, saya dapati banyak daripada mereka tidak faham perkataan yang diberi walaupun perkataan itu mudah. Saya menyedari sebahagian besar daripada mereka mempunyai asas bahasa yang sangat lemah sehingga beberapa orang murid menghadapi masalah serius semasa membaca bahkan membina ayat. Struktur ayat yang dibina tidak teratur. Isi yang ditulis juga tidak sesuai dengan perkataan yang diberi. Selain itu, ramai murid yang tidak dapat menulis perkataan dengan betul. Ayat yang ditulis juga tidak lengkap dan gramatis. Dalam skop ini, saya cuba mencari punca yang menyebabkan masalah ini timbul. Adakah pengajaran saya selama ini tidak sesuai untuk murid? Ataupun cara yang saya gunakan tidak berkesan? Saya telah berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran saya, namun masih ramai murid yang tidak dapat menguasai struktur ayat dengan betul serta memahami maksud dan penggunaan perkataan yang diberi. Mereka tiada konsep untuk membina ayat mudah selain tiada minat dalam menulis. Menerusi data yang saya kumpul, saya mendapati ramai murid tidak suka membaca bahanbahan bacaan. Mereka juga takut untuk membuat karangan. Mereka hanya akan menulis karangan apabila disuruh oleh cikgu dalam kelas. Sekiranya saya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti murid Tahun 4 ini tidak dapat menguasai kemahiran menulis karangan pada masa depan. ISU/MASALAH Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan/ menguasai kemahiran a) menulis karangan dengan ayat yang betul. b) Penggunaan tanda bacaan yang betul. Jika perkara ini tidak ditangani, ia akan menjadi lebih teruk, murid akan terus mengabaikan soalan ini yang sama pada masa akan datang. 80 I KIPTa


OBJEKTIF Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut: A) Objektif Umum -Meningkatkan peratusan pencapaian dalam peperiksaan UASA tahun terutamanya dalam matapelajaran Bahasa Cina Penulisan. B) Objektif Khusus a) Meningkatkan bilangan kosa kata baru yang diketahui dan difahami oleh murid-murid. b) Memupuk minat membaca dan menulis di kalangan murid. c) Membantu murid memahami akan maksud membina ayat dan syarat-syarat membina ayat. d) Meningkatkan peratus murid yang berpotensi untuk mencapai markah yang cemerlang bagi Bahasa Cina. PELAKSANAAN ● Catat segala tindakandan buat refleksi bagi setiap aktiviti semasa perlaksanaan. ● Mesti dilaksanakan oleh guru sendiri dalam kawalan guru sebagai pengkaji. Tindakan yang telah saya jalankan adalah seperti berikut: i. Aktiviti 1: Melaksanakan ujian khas. Langkah 1: Mengadakan ujian khas tentang karangan. Langkah 2: Membuat penandaan karangan yang dibuat oleh murid. Langkah 3: Meminta murid menyalin ayat yang betul selepas disemak oleh guru. Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah / aktiviti ini mengenalpasti isu yang menjadi fokus dalam arahan soalan. Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa murid dapat mengenalpasti isu yang menjadi fokus dalam arahan soalan ii. Aktiviti 2: Membuat latihan tubi Langkah 1: Membuat latihan karangan. Langkah 2: Menganalisis keputusan latihan yang telah dibuat.. Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah / aktiviti ini mengenalpasti kehendak soalan. Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa murid lebih mengenalpasti kehendak soalan. iii. Aktiviti 3: Membincang masalah Langkah 1: Murid-murid menyatakan masalah yang dihadapi. Langkah 2: Berbincang tentang cara penyelesaian masalah yang dihadapi. Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah / aktiviti ini : Memilih dan mencantumkan ayat menjadi ayat pendek. 81 I KIPTa


Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa murid yang kekurangan tabiat membaca supaya menguasai kemahiran menulis karangan. RUMUSAN ● Pemerhatian boleh dilakukan oleh guru sendiri sebagai penyelidik atau boleh meminta bantuan daripada guru lain. ● Guru membuat refleksi terhadap kajian yang telah dilakukan samada berjaya atau tidak. ● Laporan juga perlu ditulis dan di dokumentasi untuk disebarluas kepada guru-guru lain sekiranya tindakan tersebut berjaya. Berdasarkan keputusan ujian-ujian dan analisis yang telah dilaksanakan, saya mendapati, kaedah menulis karangan yang diperkenalkan kepada murid tahun 4 merupakan kaedah yang mudah dijalankan. Hasilnya mungkin tidak dapat diperolehi dalam jangka masa pendek. Walaubagaimanapun, kaedah ini akan menampakkan hasil dalam jangka masa panjang. Hasil kajian tindakan ini juga telah menunjukkan hasil dan perkembangan yang sungguh menggalakkan. Murid saya dapat menghasilkan ayat pendek yang berpandu dengan gambar. Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya peroleh hasil daripada kajian tindakan ini, saya berasa masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengatasi masalah pembelajaran terutamanya dalam tajuk yang sukar difahami oleh pelajar. Oleh itu, saya bercadang untuk menjalankan kajian yang seterusnya berkaitan bahagian penulisan karangan. 82 I KIPTa


PERTANDINGAN GURU INOVATIF PdP 2023 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR PPD TANGKAK SJKC CHEE CHUIN KAD BIJAK SIFIR JAWI NAMA: JAMALIAH BINTI AB. AZIZ JAWATAN : KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM NAMA SEKOLAH: SJKC CHEE CHUIN BIDANG KEPAKARAN: PENDIDIKAN ISLAM KATOGERI PERTANDINGAN: INDIVIDU RENDAH Sinopsis Didapati murid tahap 1 masih tidak boleh membaca dan menjawikan perkataan mudah. Oleh itu , satu kajian telah dijalankan terhadap empat orang murid tahap 1 yang lemah jawi. Murid diajar cara mengenal, mengeja dan menyebut serta membaca melalui kaedah “ Bijak Sifir Jawi.” Hasil dapatan inovasi ini ,4 orang murid tahap 1 ini dapat menguasai Jawi dengan baik. Berdasarkan hasil ujian pos,4 orang murid lulus ujian Jawi dengan cemerlang dan boleh membaca ayat -ayat mudah jawi. OBJEKTIF 1. Murid boleh mengenal dan mengeja perkataan jawi mudah dengan betul. 2. Murid boleh membaca perkataan 83 I KIPTa


Langkah-langkah Perlaksanaan Langkah 1: Memperkenalkan murid dengan Kad Sifir Jawi Langkah 2: Murid mengeja dan menyebut sukukata bermula dengan huruf yang dikehendaki. Langkah 3: Murid mengeja dan menyebut perkataan berdasarkan sukukata. Langkah 4: Murid membaca ayat-ayat pendek yang mudah. 84 I KIPTa


Keberkesanan teknik Kesan teknik kepada murid 1. Murid kenal , boleh mengeja dan membaca ayat-ayat mudah jawi. 2. Murid seronok dan suka serta berkeyakinan untuk belajar Jawi. Kesan kepada guru 1. Memudahkan guru untuk mengajar. 2. Meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar. Kesimpulan Hasil daripada penggunaan kad sifir Jawi ini, murid boleh menyebut dan membaca ayat-ayat mudah Jawi serta menarik minat murid untuk belajar Jawi Rakaman Pelaksanaan PdP 5 85 I KIPTa


Let’s Go Fishing! Hanis binti Mohd Amin Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Darat, Tangkak, Johor Abstract Engagement between both teachers and pupils in a class is the most prominent dynamic to create an active learning experience during teaching and learning of English as Second Language (ESL). Speaking skill is one of the four foundations (the rest being reading, writing and listening) required for a learner to gain proficiency over. Hence, teachers often had to cope with passive learners while teaching. “Let’s Go Fishing!” is an improvised speaking technique that may assist Phase 1 learners to practice speech sounds, phonics and enhance their vocabulary along with engaging with their English teacher. It focuses on the learners’ speaking skills as well as strengthening their memories with the help of pictures. This approach aims to enhance communication skills of the learners because they will enjoy and feel more relaxed while learning ESL. It also promotes the use of environmentally-safe materials as most of the materials needed can be easily acquired. The positive impression towards passive learners while using this technique is elaborated further in the effectiveness section. To sum up, the use of “Let’s Go Fishing!” is suitable in the introduction stage of a topic or subtopic during learning ESL. Introduction Focusing in the rural area school, the presence of passive learners is highly inescapable especially in learning ESL. A small number of learners might be having difficulties in mastering appropriate pronunciation of the English words since the spelling does not assist the learners with the pronunciation. Some of the consonants are silent letters, one letter may have different sounds such as e in “elephant” and “three”. This has led the learners to get confused and it resulted in the presence of passive learners. Therefore, in order to tackle passive learners, creative innovation must take place to boost their confidence in speaking ESL. This innovation aims to aspire learners to be more interactive during their English lessons by using the correct pronunciation of English words learned through their speaking skills. Issue As previously mentioned above, during ESL learning and teaching, a few learners, particularly Phase 1 learners, were having a rough time engaging and speaking well in the classroom. Whenever the teacher is drawing their focus on speaking skills, quarter or even half of the class were unresponsive towards the teacher. Thus, “Let’s Go Fishing!” is created to help them gain their confidence to speak up and learn how to pronounce the word accurately in a fun and relaxed learning environment. Objectives i. Assisting passive learners to interact with their teacher and peers during learning ESL. ii. Applying accurate pronunciation, phonics and vocabulary words introduced through speaking skills. Implementation and Effectiveness In preparation, the teacher may give homework to the learners a day prior to the English lesson. Learners are told to bring their own small tree branches and strings. They need to tie the string to the top end of the branch creating a fishing rod. On the other hand, the teacher may provide a magnet to 86 I KIPTa


Click to View FlipBook Version