The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ezzahjamilyn12, 2023-11-21 21:42:23

MODUL DCA 3234 BUILDING CONSTRUCTION II

MODUL DCA 3234 BUILDING CONSTRUCTION II

151 | D C A 3 2 3 4 3.7 Bumbung Bumbung merupakan struktur paling atas yang dibina untuk melindungi bangunan daripada kesan cuaca seperti panas, hujan, angin dan habuk. Bumbung ialah komponen struktur bangunan yang paling atas berbentuk rata dan curam. Struktur bumbung dibina daripada kayu, keluli atau konkrit untuk menanggung beban diri, beban penutup bumbung dan beban angin. Selain itu, bumbung juga memainkan peranan yang penting di dalam struktur sebuah rumah. selain daripada menjadi pelindung daripada cuaca panas dan hujan, bentuk bumbung memberikan nilai estetika sesebuah rumah. Ia hendaklah dibina memenuhi keperluan dan fungsi seperti kestabilan, kekuatan, ketahanlasakkan, rintangan cuaca, kebakaran, sifat penebat haba dan rupa bentuk bangunan itu sendiri. Bumbung terdiri daripada kerangka bumbung (kekuda bumbung) dan penutup bumbung. Fungsi kerangka bumbung adalah untuk menyokong penutup bumbung. Penutup bumbung pula terdiri daripada konkrit, kepingan zink, aluminium, genting dan polikarbonat. 3.7.1 Bahan Penutup Bumbung Bumbung bangunan hendaklah menggunakan penutup bumbung yang dilulus atau yang ditentukan oleh Undang-undang kecil Bangunan.Rupa bentuk bumbung mempengaruhi rupa bangunan sama ada dari segi bentuk bumbung ataupun warna dan tekstur bahan penutup itu sendiri. I. Penutup bumbung mestilah terdiri daripada bahan-bahan yang kalis air. II. Penutup bumbung dibahagi kepada dua kategori iaitu Penutup Bumbung Curam dan Penutup Bumbung Rata. III. Kedua-dua kategori penutup bumbung ini menggunakan penutup bumbung mengikut kumpulan yang bersesuaian dengan sifat dan bentuk fizikal penutup bumbung itu sendiri.


152 | D C A 3 2 3 4 3.7.1.1 Jenis-jenis Penutup Bumbung Daripada kedua-dua kumpulan penutup bumbung yang dinyatakan, ia terbahagi kepada pelbagai jenis yang disenaraikan sebagaimana berikut: I. KepinganPapan a) Genting kayu II. Kepingan Logam a) Kepingan Kuprum b) Plumbum c) Zink d) Aluminium e) Metal Deck III. Plastik a) Polycarbonate - kepingan dan bergelugur b) PVC- bergelugur VI. Asbestos a) Asbestos simen bergelugur VII. Kepingan Batu (Slat) a) Slat Gentian Simen b) Slat Sintetik VIII. Asphalt a) Fiberglass Asphalt b) Organic Asphalt c) Laminated asphalt VIII. Genting konkrit dan Tanah Liat a) Manca Curam b) Genting Berlengkuk S c) GentingBiasa d) Genting RomanTunggal 3.7.1.2 Memilih Penutup Bumbung I. Pemilihan boleh dibuat berdasarkan maklumat yang dinyatakan di bawah. Beberapa faktor perlu diambil kira apabila membuat pemilihan.


153 | D C A 3 2 3 4 a) Jenis dan Spesifikasi b) Kesesuaian Rekabentuk Bumbung c) Persekitaran Lokasi Bumbung Dibina d) Gaya Estetika e) Rintangan Haba f) Kualiti g) Kos h) Ketahanan II. Populariti juga memainkan peranan tidak kurang pentingnya. Di Malaysia tertapat beberapa jenis penutup bumbung paling popular di mana ia sering menjadi pilihan. Di antaranya adalah: a) Genting konkrit: • Atap ini bersifat pengunci (interlocking) antara satu sama lain. • Diperbuat daripada campuran pasir, air, simen dan pigmen tambahan seperti pewarna. • Ia melalui proses pengeringan biasa (tanpa pembakaran) didalam suhu sekitar 60 darjah celcius. • Sangat kukuh boleh dihantar ketapak dan dipasangkan hanya beberapa hari sahaja selepas dikeringkan. b) Genting Tanah Liat • Genting tanah liat diperbuat daripada tanah liat dan dikeringkan melalui proses pembakaran. • Genting jenis ini selain daripada memaparkan nilai estetik tetapi sangat tahan lama dan kurang kerja penyelenggaraan. c) Metal Decking Diperbuat daripada High Tensile Corrosion Resistant Galvanised Steel yang boleh diregangkan. Mempunyai beberapa kelebihan iaitu:


154 | D C A 3 2 3 4 • Boleh berfungsi sebagai penebat • Tidak menyebabkan pertumbuhan kulat • Tahan serangan serangga • Tidak mengeluarkan bahan toksid dan gas • Kalis bahan kimia dan minyak d) AsbestosSimenBergelugur • Diperbuat daripada campuran simen dan asbestos dengan kandungan 10-15% dari keseluruhan produk menjadikannya bahan yang cukup keras. • Tahan resapan lembapan paling rendah dan mempunyai rintangan larut lesap paling tinggi, perintang air mineral. • Mempunyai kekuatan tegangan, lenturan dan impak. • Murah dan berkesan bagi pembinaan rumah yang mementingkan ekonomi. • Tahan lasak, perintang bekuan, kelis api dan air, tidak perlu disalut, kurang penyelenggaraan. • Mudah dikerjakan - dipotong dan ditebuk. • Tidak melenduk, piuh, kecut dan retak. 3.7.2 Saliran Bumbung 3.7.2.1 Penempatan Saluran Air Hujan / Longkang Saluran air hujan dipasang untuk tujuan mengalirkan air hujan yang turun dari penutup bumbung ke longkang. Ia boleh diperbuat daripada logam dan juga plastik. Saluran air hujan selalunya berbentuk separuh bulat dan juga berbentuk separuh empat segi. Namun pada masa sekarang terdapat bentuk lain yang digunakan untuk saluran air hujan.


155 | D C A 3 2 3 4 Rajah 3.25: Gutter 3.7.3 Pengudaraan Bumbung Kipas pengudaraan memainkan peranan yang penting dalam kitaran pengudaraan dan penyejukan rumah. Selain menyahkan bau dari rumah yang mana boleh menaikkan kualiti udara di dalam rumah. Kipas pengudaraan juga dapat mengeluarkan kelembapan yang boleh merosakkan peralatan serta rumah itu sendiri dan boleh menggalakan pertumbuhan kulat yang membawa penyakit. Kipas pengudaraan dapat mengeluarkan udara panas yang dihasilkan oleh peralatan elektrik atau haba panas dari sinaran cahaya


156 | D C A 3 2 3 4 matahari yang terperangkap di dalam rumah. Kebanyakkan dapur memasak dipasang Kipas pengudaraan untuk menyedut udara panas dari masakan serta bau dan asap keluar dari rumah. 3.7.3.1 Intake dan Exhaust Vent Terdapat 3 jenis pemasangan kipas pengudaraan: I. Pemasangan di Dinding (Wall Mount) II. Pemasangan di Tingkap (Window Mount) III. Pemasangan di Siling (Celling Mount) 3.7.3.1.1 Jenis-Jenis Kipas Pengudaraan I. Kipas Berbilah (Propeller Fan) II. Kipas Tiub Berpaksi (Tube Axial Fan) III. Jenis Empar (Inline Centrifugal) 3.7.3.1.2 Kaedah Pemasangan dan Pendawaian Kipas Pengudaraan (1 Fasa) Pasangkan rangka kayu pada siling di mana kipas itu akan dipasang. Pastikan bukaan pada rangka kayu sama dengan saiz badan kipas pengudaraan. Pasangkan set pada rangka kayu menggunakan skru yang disediakan. Pastikan set telah dipasang dengan baik. Sambungkan wayar kepada bekalan rumah seperti gambar rajah sambungan yang ditunjuk.


157 | D C A 3 2 3 4 Hanya pemasangan terus ke suis dinding dibenarkan. Rujuk pada rajah dibawah. Pasangkan ‘louver’ pada badan kipas dengan memasang spring pada tempat kekunci spring Rajah 3.26: Kaedah Pemasangan dan Pendawaian Kipas Pengudaraan (1 Fasa) 3.8Siling Siling merupakan salah satu daripada komponen bangunan yang bertindak sebagai kemasan dalaman yang boleh menampilkan gaya ruang yang menarik. Binaannya dari pelbagai rekabentuk dan pelbagai bahan terkini mampu menambah pemandangan yang elegan. Siling secara umumnya adalah permukaan mendatar merentangi keseluruhan permukaan dalaman pada paras atas tembok atau dinding dan bahagian bawah bumbung.\ 3.8.1 Jenis-jenisSiling Siling terbahagi kepada dua iaitu siling tetap dan siling gantung.


158 | D C A 3 2 3 4 3.8.2 Siling Tetap I. Siling tetap ialah siling yang tidak boleh diubah dan kedudukannya tetap. Ianya dibina secara mendatar atau mengikut curam bumbung. Gelegar dan penjarak siling disokong oleh tembok atau tiang. II. Pembinaannya adalah kukuh dan papan siling dipaku pada gelegar siling dan beloti penjarak daripada bawah. III. Sambungan antara panel siling ditutup dan dikemaskan dengan Jejalur - diperbuat daripada logam (alumiinium) atau papan jalur. IV. Siling Konkrit Asal boleh dikategori sebagai siling tetap. Ia adalah siling yang terhasil daripada permukaan bawah lantai konkrit. Ia dikemas dengan lapisan cat siling. Rajah 3.27: Siling Tetap 3.8.3 SilingGantung Siling gantung adalah siling yang dibina dengan sistem penggantungan menggunakan dawai besi galvani, suspension rod bracket atau kerangka kayu bergantung jenis kemasan bagi permukaan siling itu. Siling ini tidak menerima sokongan daripada dinding. Dibina dari bahan papan gipsum dan sambungannya dilepa dengan kapur (gipsum) dan dicat. Ia adalah siling yang dibina dan digantung pada siling konkrit. Rekabentuknya dapat menghasilkan ruang antara bawah bumbung dengan Siling Kayu Dipasang Mengikut Curam Bumbung Siling Dipasang Rata Pada Gelegar Siling


159 | D C A 3 2 3 4 siling lebih luas. Ruang-ruang ini membolehkan penempatan saluran paip air, pendawaian elektrik dan hawa dingin diatur dengan lebih baik. Penggantung Logam - Suspension Rod Bracket 1 3 2 1. Siling siap dipasang 2. Kerangka T 3. Kerangka Utama Bol Penggantung Penggantung Logam T


160 | D C A 3 2 3 4 Rajah 3.28: Siling Gantung 3.8.4 Jenis-Jenis Bahan untuk Siling Fesyen dan reka bentuk siling telah banyak berkembang sehingga fungsinya juga menambah estetik rumah dengan motif dan juga warna. Siling terdiri dari beranika stail dan dibuat dari pelbagai bahan yang berbeza-beza. i. Plywood Siling jenis ini memberi gaya yang sederhana memperuntukkan harga yang lebih murah. Kelebihan siling jenis ini adalah pemasangan tersebut tidak begitu sukar dan tak perlu kemahiran khas. Namun bahan ini kurang tahan terutama jika terdedah air atau dimakan anai-anai. Saiz Plywood: Lazimnya plywood yang digunakan bersaiz 2.4m x 1.2m. Ketebalan plywood yang digunakan berbeza-beza, biasanya kira-kira 3 hingga 6 mm Rajah 3.29: Plywood


161 | D C A 3 2 3 4 ii. Papan Gypsum Gypsum merupakan bahan siling yang umumnya sangat popular dalam kontruksi bahagian dalaman bangunan. Siling gypsum banyak digunakan kerana cara membinannya yang lebih mudah dan cepat. Di samping itu siling jenis gypsum juga banyak menjadi pilihan kerana boleh menyembunyikan sambungan antara lembaran siling. Siling gypsum biasanya banyak menggantikan siling plywood dan kelihatan lebih bergaya dan dapat memberi nilai tambah artistik. Namun ia tidak tahan air, api dan boleh mengakibatkan rapuh dan gugur. Saiz: Lebar 1200mm & 1220mm Panjang 1800mm – 3600 Tebal 7mm -15mm Rajah 3.30: Papan Gypsum iii. Kepingan Asbestos Bahan lazim untuk binaan siling. Ia banyak digunakan kerana kosnya yang murah dan mudah dipasang. Penggunaanya mampu memberi kesan penebatan yang baik kepada haba. Namun asbestos sangat berbahaya terutama apabila serpihan atau debu asbestos yang tidak boleh dilihat kemungkinan tersedut dan boleh menjejaskan kesihatan. Di


162 | D C A 3 2 3 4 sesetengah negara penggunaannya dilarang kerana kesan terhadapa kesihatan. Saiz: Ia tersedia dalam bentuk kepingan bersaiz 600mm x 1200 dan 1200mm x 1200mm. Rajah 3.31: Kepingan Asbestos iv. PVC Diperbuat daripada plastik. Sifatnya yang tahan terhadap air menjadikan harganya jauh lebih mahal. Bahan PVC atau polivynil chloride merupakan polimer yang bersifat lembut dan ringan. Aplikasinya lebih kreatif kerana mudah dibentuk. Ia tidak memerlukan sebarang kemasan tambahan seperti cat.kerana ia dibuat dalam pelbagai warna. Selain daripada itu siling PVC lebih tahan lama dan mudah dibersihkan Rajah 3.32: PVC v. Campuran Gypsum dan Plywood Tahan terhadap air, tetapi rapuh bila terhantuk. Ia agak susah dikerjakan kerana memerlukan kemahiran khusus untuk memotong dan memasangnya. Saiz: 4500mm x 250mm x 10mm 6000mm x 250mm x 10mm 5000mm x 250mm x 10mm 5000mm x 333mm x 10mm 4000mm x 200mm x 10mm 5400mm x 250mm x 9mm


163 | D C A 3 2 3 4 Rajah 3.33: Campuran Gypsum dan Plywood VI. Kayu Siling kayu atau lambersering. Kayu yang digunakan dari kayu lambersering atau kayu olahan. Kemasan terdiri daripada salutan melamine atau varnish agar karakter kayunya semakin kuat. Selain lebih mahal siling lambersering lebih sukar dalam pengerjaannya. Rajah 3.34: Siling Kayu VII. Papan Simen Fiber / ‘Fiber Cement Board’ Papan simen fiber dibuat daripada campuran pasir silica, gypsum, simen, memakai serat selulosa sebagai tulangnya. Ianya lebih kuat dan tidak mudah patah berbanding papan gypsum dan asbestos. Tahan lenturan sehingga 170 kg/cm. Lebih tahan air, api dan gegaran. Permukaannya lebih datar dan halus sehingga melakukan kemasan juga lebih mudah dan rapi. Saiz: bersaiz 2.4m x 1.2m dengan ketebalan 3mm, 3.5mm, 4.5mm, 6mm, 8mm, 12mm dan 20mm untuk sistem lantai dak,


164 | D C A 3 2 3 4 Tetapi penggunaan untuk siling sesuai pada ketebalan 3mm dan 4.5mm. Rajah 3.35: Papan Simen Fiber / ‘Fiber Cement Board’ VI. Papan Serau Merupakan bahan lembut kerana berketumpatan rendah antara 300-5ookg/m3. Sebelah daripada permukaannya dilaminat dengan kertas warna berbeza. Apabila mengendali bahan ini ia perlu berhati-hati kerana ia boleh patah atau serpih. Oleh kerana ketumpatannya rendah ia boleh bertindak sebagai bahan penebat haba. Ia juga mempunyai sifat akustik yang boleh mengurangkan bunyi. Saiz: bersaiz 2.4m x 1.2m dengan ketebalan 10mm-12mm 3.8.4.1 Memilih Bahan untuk Siling Bahan dan kemasan adalah komponen penting elemen reka bentuk dalaman dan berupaya mendefinisikan fungsi sesuatu ruang dalaman. Pemilihannya dapat menguatkan konsep reka bentuk, memberi kesan kepada ruang, pandangan visual serta ekspresi kualiti, bentuk dan gaya. Justeru, pemilihan bahan untuk siling perlu dipastikan memenuhi beberapa kriteria berikut: Fungsi: a) Menutupi keseluruhan bawah struktur bumbung atau bawah lantai tingkat atas atau sebarang ruang yang diperlukan.


165 | D C A 3 2 3 4 b) Mengurangkan suhu ruang dalaman disebabkan pancaran matahari daripada bumbung. c) Menampilkan ruang dalaman yang lebih kemas. d) Menghiasi ruang atas dalaman bangunan terutama bagi jenis siling yang boleh dibina dari pelbagai corak dan stail serta mampu menampil gaya yang lebih elegan. e) Menyembunyikan elemen seperti saluran elektrik, penghawa dingin, pembesar suara, perenjis air ketika kebakaran dan sebagainya. f) Siling boleh dijadikan permukaan penyerapan bunyi tetapi tidak mempunyai penebat bunyi yang baik. g) Menjadi penebat terhadap panas dari luar, seterusnya mengurangkan suhu panas dalam bangunan. 3.8.5 Memasang Siling Terbahagi kepada dua peringkat iaitu: i. Membina Kerangka Siling ii. Memasang Siling I. Membina Kerangka Siling • Kerangka siling dibina di bawah kerangka bumbung. Bagi rumah atau bangunan bertingkat kerangka siling dibina dibawah gelegar lantai. • Dalam pembinaan kerangka konvensional, siling dibina menggunakan susunan gelegar kayu yang dibina merentangi panjang dan lebar siling. Bahan–bahan lain seperti keluli dan konkrit juga terlibat bagi meyokong kerangka. Gelegar siling membantu memegang tembok bagi memastikan kestabilan tembok secara keseluruhan. • Komponen–komponen terlibat dalam pembinaan kerangka siling kayu adalah gelegar siling jeriau dan penjarak. • Terdapat dua cara membina kerangka siling- siling tetap


166 | D C A 3 2 3 4 a) Memasang penjarak dan jeriau diantara gelegar siling Gelegar siling adalah sebahagian daripada kerangka siling dimana panel siling dipaku terus padanya. b) Memasang jeriau dan penjarak di bawah pengikat bumbungPengikat bumbung tidak dijadikan sebahagian daripada kerangka siling tetapi sebagai struktur untuk menggantung kerangka siling. • Bagi pembinaan kerangka siling yang menggunakan gelegar siling sebagai kerangka utama siling, Jarak antaranya dan kayu penjarak ditentukan pada kadar 600mm tengah ke tengah. Ukuran ini adalah berdasarkan saiz panel siling asbestos 600mm x 1200mm Gelegar siling Alang Gelegar Siling Sebagai Kerangka Utama Siling 600mm


167 | D C A 3 2 3 4 Rajah 3.36: Kerangka Siling Kerangka Siling Tetap di Bawah Pengikat Bumbung II) Memasang Siling • Buat pemilihan dan tentukan bahan yang hendak digunakan. • Rentang tali sepanjang kerangka siling, periksa kearasan dan kelurusan jeriau dan penjarak. • Laras dan buat penyesuaian dimana yang perlu. • Tandakan posisi panel siling. • Angkat Panel siling kepada kerangka dan posisi. • Pakukan disepanjang panel. • Gunakan kayu panjang untuk menolak dan merapatkan panel siling pada kerangka. 3.8.6 Penyambung Siling dan Penjarak Sambungan siling ialah titik di mana dua kepingan dinding kering atau bahan siling lain disatukan. Sendi ini boleh menjadi sukar untuk ditangani Penggantung Keluli


168 | D C A 3 2 3 4 kerana ia sering kelihatan, dan jika ia tidak dilakukan dengan betul, ia boleh menjadi tidak sedap dipandang. Satu penyelesaian kepada masalah ini ialah memasang spacer di antara dua bahagian dinding kering. 3.8.7 L-Holder, Main-T and Cross-T L-holder, Main-T, dan cross-T ialah komponen yang digunakan dalam sistem siling gantung. L-holder, juga dikenali sebagai L-channel, ialah saluran logam yang dipasang pada siling dan menyediakan tapak untuk komponen utama-T dan cross-T. Ia biasanya diperbuat daripada keluli tergalvani dan datang dalam panjang dan lebar yang berbeza. Main-T ialah komponen utama sistem siling gantung. Ia adalah rasuk logam panjang yang berjalan selari dengan dinding bilik dan disambungkan kepada pemegang-L di kedua-dua sisi. Utama-T menyokong berat jubin siling dan mengagihkannya sama rata pada pemegang L. Cross-T, juga dikenali sebagai cross-tee atau interlocking tee, ialah rasuk logam yang lebih pendek yang berjalan berserenjang dengan utama-T. Ia dilampirkan pada utama-T melalui mekanisma penguncian, mewujudkan struktur seperti grid. Tee silang memegang jubin siling pada tempatnya dan memberikan sokongan tambahan kepada sistem. Bersama-sama, pemegang L, Utama-T, dan silang-T membentuk rangka kerja asas sistem siling gantung. Ia mudah dipasang dan menyediakan penyelesaian yang menjimatkan kos untuk menyembunyikan pendawaian, perpaipan dan kerja saluran sambil meningkatkan akustik dan estetika ruang. Kesimpulan Kesimpulannya ialah bahawa proses pembinaan perlulah dirancang dengan sebaik mungkin supaya aktiviti-aktiviti permbinaan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Proses yang baik diikuti dengan perancangan yang rapi dan teratur akan mencapai matlamat yang dikehendaki. Selain itu, pekerja-pekerja yang mengambil bahagian dalam proses pembinaanini perlu bekerjsama dan bersungguh-sungguh supaya objektif dan matlamat projek dicapai dengan jayanya. Alatan-alatan dan teknologi yang terkini akan membantu mempercepatkan proses pembinaan


169 | D C A 3 2 3 4 Latihan Pengukuhan 1. Jelaskan definisi pintu dalam pembinaan. ………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………… 2. Jelaskan definisi mortar. ………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………… 3. Senaraikan fungsi lantai dalam pembinaan. ………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………


170 | D C A 3 2 3 4 Skema Jawapan 1. Pintu ialah suatu bukaan pada tembok/dinding bagi membolehkan laluan keluar dan masuk ke dalam sebuah bangunan atau di antara bilik-bilik di dalam bangunan. 2. Mortar ialah bahan utama untuk melakukan kerja-kerja lepaan. Terdapat beberapa nisbah bancuhan mortar untuk digunakan mengikut tempat yang dikehendaki. Ia terdiri daripada campuran simen dengan pasir yang dibancuhkan dengan air bersih 3. a) menyediakan permukaan yang rata b) untuk menyokong beban c) bertindak sebagai pembahagi (privasi) untuk penghuni d) lantai atas menjadi siling tingkat bawah e) ruang antara lantai dan siling boleh digunakan untuk meletakkan kemudahan bangunan (electrical wiring, piping, dll)


171 | D C A 3 2 3 4


172 | D C A 3 2 3 4 TOPIK 4: PEROBOHAN DAN PENGUBAHSUAIAN Pengenalan Kerja-kerja perobohan bangunan sedia ada sering dijadikan satu keperluan kontrak. Kebiasaannya kerja ini diserahkan kepada pihak kontraktor yang pakar dalam bidang ini bagi mengelakkan daripada kejadian yang tidak diingini berlaku. Pemilihan kaedah perobohan haruslah mengambil kira saiz, kekuatan dan kedudukan struktur untuk menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja dan orang awam. Objektif • Mentakrifkan definisi kerja perobohan dan jenis-jenis perobohan • Menyenaraikan proses perobohan 4.1 Definisi Kerja Perobohan dan Sambungan Tambahan / Ubah Suai 4.1.1 Definisi Kerja Perobohan I. Sebarang kerja yang melibatkan kerja meruntuh atau menanggal struktur atau bahagian struktur samada struktur galas beban atau bukan galas beban atau berkait dengan sebarang fizikal struktur. II. Bangunan dan infrastruktur yang diruntuh atau dihapuskan samada menggunakan tenaga manusia,jentera,bahan api atau sebarang peralatan yang dibenarkan oleh undang-undang Kerja-kerja perobohan tidak termasuk paktiviti berikut I. menanggalkan kotak bentuk,kerja-kerja sementara,peranca atau struktur lain yang direkabentuk dan diguna untuk penyediaan sokongan atau akses semasa kerja-kerja pembinaan. II. Mengalih atau menyingkir tiang lampu, kuasa atau telekomunikasi. 4.1.1.1 Jenis-Jenis Perobohan Perobohan secara kasarnya boleh dibahagikan kepada DUA jenis iaitu:


173 | D C A 3 2 3 4 i) Perobohan penuh - merobohkan keseluruhan struktur bangunan ii) Perobohan separa - merobohkan bahagian-bahagian tertentu struktur bangunan sahaja. Perobohan penuh yang lebih digemari dilakukan secara letupan dan Perobohan separa yang lebih selektif tertumpu kepada kerja remodeling melibatkan kerja-kerja memisah bahagian bangunan, menanggal bahagian tembok atau dinding, menyingkir kabinet, membelah lantai berjubin dan lainlain. Kedua-dua perobohan ini mestilah mengambil kira perkara-perkara berikut: a) Kedudukan tapak binaan Untuk bangunan yang terasing yang perlu dirobohkan sepenuhnya, jarak bangunan dengan sempadan kawasan yang berhampiran mestilah sekurang-kurangnya dua kali ketinggian bangunan yang dipanggil bangunan tapak. Bagi bangunan yang tidak mencapai had ini, dipanggil kawasan terkurung. b) Jenis struktur Struktur2 yang mempunyai kerangka utama, contohnya bangunan dua tingkat c) Jenis pembinaan Bahan-bahan dan cara pembinaan sesuatu struktur contohnya tembok bata, konkrit tuang dahuludan tegas dahulu serta struktur keluli. 4.1.1.2 Sebab-Sebab Kerja Perobohan Dilakukan a) Perdagangan b) Penghargaan terhadap keindahan c) Kesihatan manusia d) Keselamatan manusia e) Membangunkan bangunan baru


174 | D C A 3 2 3 4 f) Pengubahsuaian g) Persekitaran (kaw. Curam) h) Density populasi i) Pengubahan bangunan j) Trafik Rajah 4.1: Kerja-Kerja Perobohan Sedang Dijalankan 4.1.2 Definisi Sambungan Tambahan / Ubah Suai Samada sambungan tambahan atau melaksanakan ubahsuai, ia akan memberi nilai tambah kepada bangunan tersebut. Kedua-dua istilah ini mempunyai konsep yang sama iaitu melibatkan perobohan sebahagian struktur tetapi pengertiannya adalah berbeza. 4.1.2.1 Sambungan Tambahan Adalah kerja pembaikan yang melibatkan penambahan struktur baru, ruang lantai atau ruang tingkat. Ia lazimnya terdiri daripada kerja membina bilik-bilik tambahan atau perluasan bilik sedia ada.


175 | D C A 3 2 3 4 Rajah 4.2: Kerja Sambungan pada Sebuah Rumah Sedang Dijalankan 4.1.2.2 Ubahsuai Ditakrif sebagai sebarang penambahbaikan yang tidak melibat tambahan ruang lantai atau tingkat pada struktur sedia ada. Ia melibatkan kerja-kerja mengganti, memperbaharui dan mengubah dalam ruang sedia ada. Rajah 4.3: Kerja Ubahsuai pada Bangunan


176 | D C A 3 2 3 4 4.2 Prosedur Kerja Perobohan dan Keperluan Keselamatan I. Apabila perobohan perlu dilakukan, persekitaran sekitar hendaklah diambilkira. Ini adalah kerana perobohan yang dilakukan perlu dilaksanakan dengan cara tidak menjejaskan kestabilan struktur dan dan struktur bersebelahan. II. Perobohan adalah kerja merbahaya, masa perobohan hendaklah sesuai dimana kerja perobohan dikawasan awam hendaklah dilakukan di luar waktu puncak. Kerja perobohan juga tidak boleh dilakukan di waktu cuaca buruk, angin kencang atau ribut yang boleh boleh memberi kesan kepada kerja perobohan. III. Oleh kerana kerja-kerja perobohan adalah aktiviti yang merbahaya, ia hendaklah diawasi oleh seseorang yang mahir dalam bidang tersebut. IV. Kajian penaksiran risiko haruslah dilaksanakan untuk menentukan sebab yang mungkin boleh terjadi bagi ketidakstabilan struktur dan menyediakan pelan tindakan untuk menjamin keselamatan dan kesihatan. V. Kerja perobohan melibatkan penggunaan peralatan tangan, mesin dan jentera berat dalam usaha meruntuhkannya struktur tanpa memikirkan untuk menyelamatkan bahan-bahan berkenaan. 4.3 Prosedur Sambungan / Ubah Suai dan Pihak Berkuasa Tempatan 4.3.1. Prosedur Sambungan / Ubah Suai Kejayaan ubahsuai bangunan bergantung kepada perancangan dan tindakan susulan yang berterusan. Pertimbangan yang wajar dalam perkara berkaitan menjadi kunci kejayaan dalam kerja-kerja berkenaan. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum melakukan pengubahsuain dan penambahan. I. Adakah anda benar-benar suka jiran anda atau kejiranan? Adakah jiran atau kejiranan tidak terganggu dengan pengubasuaian ini? II. Adakah anda berhajat untuk memberi nilai tambah kepada rumah anda dan menjualnya.


177 | D C A 3 2 3 4 III. Bagaimanakah anda akan membayar bagi projek ubahsuai dan tambahan? Berapa bajet keseluruhan? Apakah yang berlaku jika projek melebihi bajet. IV. Adakah anda bercadang membuat sambutan perayaan yang perlu anda lalui dalam masa projek berjalan. V. Di manakah anda tinggal semasa ubahsuai? Adakah anda akan tinggal di rumah berkenaan sepanjang projek berjalan. Dalam waktu yang sama terdapat tiga prinsip perlu dipatuhi iaitu: I. Karakter jiran secara keseluruhan Pandangan jiran bersebelahan berkaitan pengubahsuaian perlu juga diambil kira. Jika anda melakukan pengubahsuaian di kediaman yang sekelilingnya sudah mempunyai penghuni, maklumkan kepada mereka mengenai tindakan anda itu. Tujuan memberitahu jiran terutamanya yang tinggal di sebelah rumah adalah mengelakkan timbul perbalahan atau rasa tidak puas hati dengan kesan bunyi atau habuk semasa proses pengubahsuaian dilakukan. II. Aspek visual jalan raya III. Gaya bangunan 4.3.2 Pihak Berkuasa Tempatan Samada kerja-kerja ini dilakukan oleh anda sendiri atau mengupah kontraktor, semua perkara berikut perlu diambil tindakan sebelum kerja-kerja ubah suai dijalankan. I. Menghubungi pihak berkuasa tempatan – Jabatan bangunan / Majlis Perbandaran a) Ia bagi mendapatkan permit pengubahsuaian dan pernambahan struktur dimana Ia menjadi keperluan samada pengubahsuaian dan pernambahan dilakukan sendiri atau oleh kontraktor. Ini adalah untuk mengelakkan mereka


178 | D C A 3 2 3 4 sebagai pemilik rumah, dikenakan notis dan tindakan oleh pihak berkuasa Majlis Perbandaran. b) Terdapat peruntukan yang memerlukan pemilik mendapatkan persetujuan jiran samada di kiri, kanan atau belakang atau semuanya. Rajah 4.4: Notis Kelulusan Ubahsuai II. Melantik arkitek bertauliah atau pelukis pelan bangunan a) Perlantikan Arkitek bertauliah atau Pelukis pelan bangunan mestilah berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) untuk penyediaan pelan ubahsuai/tambahan bangunan. b) Rancang pelan ubahsuai dengan terperinci. Pelan yang terperinci membolehkan kerja pembinaan ubahsuai oleh kontraktor berjalan seperti diperlukan. Untuk itu perlantikan Arkitek / Pelukis Pelan diperlukan bagi menghasilkan pelan yang sah. c) Pelan-pelan bangunan bagi ubahsuaian / tambahan bangunan anda hendaklah dikemukakan oleh pihak Arkitek / Pelukis Pelan / Jurutera yang bertauliah yang dilantik kepada pihak majlis perbandaran untuk kelulusan. III. Peranan akitek / perunding dalam urusan pembinaan atau ubahsuai rumah kediaman


179 | D C A 3 2 3 4 a) Menjadi penasihat tentang cara dan perkara yang akan diubahsuai berserta panduan kepada klien berkenaan masalah ubahsuai rumah. b) Memberi khidmat rekabentuk sesuai dengan keperluan & kemampuan kewangan klien c) Membuat rekabentuk yang yang praktikal & selamat d) Membeli & mengisi borang bagi pihak klien e) Mengemukakan pelan-pelan ke pihak majlis bagi pihak klien sehingga mendapat kelulusan f) Menghadiri temujanji @ mesyuarat perbincangan bersama pihak majlis g) Membuat rayuan bagi pihak klien jika berlaku masalah saman / denda dsb h) Membantu klien dalam pemilihan kontraktor binaan yang sesuai i) Memastikan kerja-kerja ubahsuai mengikut undang2 bangunan sehingga siap binaan j) Memantau kerja-kerja pembersihan & pembuangan sampah sisa binaan k) Membantu klien dalam urusan tuntutan wang cagaran ubahsuai rumah dari pihak majlis jika rumah telah siap dan sampah sisa binaan telah dibuang oleh kontraktor yang berlesen. IV. Melantik kontraktor bertauliah Sekiranya perkhidmatan professional diperlukan, anda boleh melantik kontraktor yang sesuai bagi mengendalikan kerja-kerja penambahan atau ubahsuai. Oleh kerana kerja-kerja ini melibatkan sebahagian pembinaan pada ruang-ruang tertentu, perlantikan kontraktor boleh dibuat berdasarkan perkara-perkara berikut: a) Kepakaran tertentu. Oleh itu tentukan kepakaran kontraktor sebelum membuat perlantikan. Kepakaran bidang kontraktor adalah pelbagai, contohnya bidang penjubinan, kabinet dapur, perpaipan, pendawaian elektrikal dan sebagainya. b) Pastikan kontraktor mempunyai lessen perniagaan/Lesen Kontraktor


180 | D C A 3 2 3 4 c) Pastikan alamat pejabat/Urusniaga yang sah d) Rekod kerja dan Profil syarikat e) Menguhubungi bekas pelanggannya untuk memastikan pengalaman dan bukti kepakaran f) Sebut harga yang berpatutan g) Pelan-pelan ubahsuai perlu juga diserahkan kepada kontraktor. h) etapkan bajet pengubahsuaian. Faktorkan kos penilaian semula dalam bajet penambahan dan ubahsuai. Ia bagi menentukan impak atau kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku. Pastikan kos dimuktamadkan sebelum memulakan kerja. Catatan Perlu dingat perlantikan kontraktor bagi projek-projek kerajaan bergantung kepada jumlah kos yang terlibat. Tender akan dipelawa bagi kerja-kerja dianggar berharga melebihi RM 500,000. Jika nilaian projek kurang dari RM 500,000, kaedah sebut harga digunakan V. Lihat Lokasi ubahsuai dan sambungan tambahan Lokasi yang dimaksudkan lebih tertumpu kepada ruang-ruang yang sesuai pada lokasi dalaman atau luaran sesebuah bangunan untuk diubah suai atau dibuat penambahan sambungan. Apabila menimbang ruang yang bersesuaian beberapa persoalan harus dijawab: a) Adakah susunatur ruang dalaman sesuai untuk diubah suai? b) Apakah ubah suai menjadi keperluan? c) Berapakah kos yang dikenakan bagi mmembina ruang-ruang ubahsuai atau tambahan? Pengubahsuaian akan melibatkan kos tambahan. Jika ruang yang sedang dibina, atau kemudahan baru perlu dikemasiap, ia perlu direkabentuk bagi menyesuaikan kedudukan ruang sedia ada atau spesifikasi rekabentuk.


181 | D C A 3 2 3 4 VI. Penetapan bajet dan kos Penetapan kos pengubahsuaian atau sambungan tambahan bergantung kepada komponen-komponen asas yang akan dibina dan perlu dimasukkan sebagai kos a) Perkakasan elektrik dan lampu b) Penjubinan- Pada tembok, lantai c) Menempatkan tingkap dan pintu d) Mengecat, siling dan cornice e) Kemasan, f) Perkasasan dapur g) Perpaipan, tandas, kelengkapan bilik air h) Kos arkitek dan Majlis Tempatan i) Penempatan semula dan penyimpanan j) Insuran Sebelum penetapan kos dimuktamadkan, buat perbandingan harga daripada beberapa kontraktor dan pembekal dengan meminta mereka menyedia sebut harga ke atas kerja dikehendaki atau barangan yang akan dibekalkan. Anda perlu mendapatkan sekurang-kurangnya tiga cadangan harga daripada kontraktor dan perunding reka bentuk dalaman. Amat penting mendapatkan beberapa anggaran harga untuk kita menilai dan membuat keputusan memilih kontraktor yang mana sesuai dan menawarkan harga berpatutan. VII. Tentukan perjanjian a) Pastikan setiap anggaran harga tepat dan menyeluruh mengikut cadangan hendaklah dibuat secara bertulis. b) Cadangan Ubahsuai yang diperlukan perlu dimasukkan dalam perjanjian sebagai rujukan kita dan kontraktor. Jika tidak dibuat secara bertulis akan berlaku pertukaran jumlah harga yang menyebabkan bajet melebihi anggaran. Hal ini penting untuk mengelakkan kos tersembunyi yang akan menimbulkan banyak masalah di kemudian hari.


182 | D C A 3 2 3 4 c) Mengurus keperluan dan persediaan semasa pembinaan ubahsuai dan sambungan tambahan berjalan. d) Mohon permit untuk menempatkan bahan-bahan bangunan / pembinaan di atas bahu jalan raya sebelum pembinaan bermula (jika berkaitan). e) Tunjukkan surat kebenaran pengubahsuaian atau sambungan penambahan semasa kerja-kerja berjalan (jika perlu) struktur sediaada berdasarkan pelan yang diluluskan. f) Pastikan kerja-kerja pembinaan dijalankan dalam kawasan sempadan tapak. g) Maklumkan peringkat-peringkat pembinaan kepada majlis perbandaran dengan menyerahkan borang berkaitan. VIII. Melakukan kerja-kerja perobohan a) Tidak kira projek ubahsuai atau sambungan tambahan yang akan dijalankan bersekala besar atau kecil, kerja-kerja perobohan adalah langkah pertama yang perlu dilakukan sebelum memulakan pengubahsuaian. b) Rujuk pelan ubahsuai dan pastikan hanya ruang yang terlibat sahaja yang perlu diroboh IX. Melakukan kerja-kerja ubah suai dan sambungan tambahan Bagi projek sambungan tambahan, kerja-kerjanya akan melibatkan penambahan struktur baru, ruang lantai atau ruang tingkat. Urusan pembinaan struktur dan elemen-elemen baru ini terdiri daripada: a) Tapak asas dan kerja tanah b) Pemasangan paip gas dan kabel elektrik c) Kerja bata dan bumbung d) Rendering/melepa tembok e) Memasang pintu dan tingkap f) Pemasangan paip air dan sistem penyejuk


183 | D C A 3 2 3 4 Bagi projek ubah suai, kerja-kerjanya tidak akan melibat tambahan ruang lantai atau tingkat sebaliknya mengandungi aktiviti: a) Hiasan semula dan mengecat b) Pemulihan bumbung c) Mengganti penutup bumbung d) Mengganti papan tumpu kasau, saluran cucur atap dan saluran paip air. e) Memasang dinding semula f) Menjubin semula g) Mengganti dan mengubah semula gaya kabinet dapur h) Mengganti tingkap dan pintu i) Pemasangan kelengkapan tambahbaik kediaman – solar panel, penutup gulung (roller shutter) X. Memantau proses pembinaan atau ubahsuai Buat pemantauan terhadap kerja pengubahsuaian atau sambungan tambahan bagi memastikan penyiapan berlaku dalam kerangka kerja yang telah ditetapkan. XI. Muktamadkan proses pembinaan atau ubahsuai a) Notis penyiapan kerja diterima, diperiksa dan diteliti supaya ia memenuhi keperluan klien atau organisasi. b) Pemeriksaan diatur bagi mengesahkan pengubahsuaian dan sambungan tambahan memenuhi spesifikasi dan standard. c) Maklumat dijaga rapi mengikut peraturan dan keperluan organisasi. 4.4 Laporan Pengubahsuaian dan Penyerahan Laporan pengubahsuaian dan penyerahan dalam pembinaan merujuk kepada proses mendokumentasikan kerja-kerja pengubahsuaian yang telah dilakukan ke atas bangunan atau struktur dan menyerahkan laporan kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk kelulusan. Laporan itu pada asasnya adalah ringkasan kerja pengubahsuaian dan termasuk butiran seperti skop


184 | D C A 3 2 3 4 kerja, bahan yang digunakan, kos yang ditanggung dan sebarang perubahan yang dibuat pada rancangan asal. Tujuan laporan pengubahsuaian adalah untuk memastikan bangunan tersebut memenuhi piawaian dan peraturan keselamatan yang diperlukan. Ini termasuk pematuhan kod bangunan, peraturan keselamatan kebakaran dan piawaian alam sekitar. Proses penyerahan melibatkan penyerahan laporan pengubahsuaian kepada pihak berkuasa yang berkaitan, seperti jabatan bangunan tempatan atau lembaga perancangan. Laporan itu disemak oleh pihak berkuasa, yang mungkin meminta maklumat tambahan atau penjelasan sebelum meluluskan pengubahsuaian. Dalam sesetengah kes, permit mungkin diperlukan sebelum kerja-kerja pengubahsuaian boleh dimulakan. Permit ini boleh dikeluarkan setelah laporan pengubahsuaian diluluskan, memastikan kerja dilakukan dengan selamat dan mematuhi peraturan. Secara keseluruhannya, laporan pengubahsuaian dan proses penyerahan adalah bahagian penting dalam proses pembinaan. Ia memastikan bangunan diubah suai kepada standard yang tinggi, selamat untuk penghuni, dan mematuhi semua peraturan yang berkaitan. Kesimpulan Semua kaedah membina perobohan dan pengubahsuaian memerlukan perancangan yang telitidan pelaksanaan untuk membuat proses yang selamat dan secekap yang mungkin.Proses kerja ini memerlukan pengetahuan teknik perobohan yang berbeza dan teknologi, sehingga menggunakan kaedah yang terbaik dengan mengambil kirasemua faktor, seperti jenis bangunan, persekitaran dan sebab bagi perobohan.Kerja-kerja perobohan merupakan industri yang sangat berbahaya, yang memerlukan pasukan bertauliah serta mempunyai pengalaman dan kemahiran untuk menyelesaikan setiap kerja pada masa, bajet dan mengikut cara yang mungkin paling selamat.


185 | D C A 3 2 3 4 Latihan Pengukuhan 1. Jelaskan maksud keja perobohan dalam pembinaan? ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… 2. Senaraikan jenis-jenis perobohan. ........................................................................................................................ ........................................................................................................................ ........................................................................................................................ 3. Senaraikan sebab-sebab kerja perobohan dilakukan. ……………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………


186 | D C A 3 2 3 4 Skema Jawapan 1. a) Sebarang kerja yang melibatkan kerja meruntuh atau menanggal struktur atau bahagian struktur samada struktur galas beban atau bukan galas beban atau berkait dengan sebarang fizikal struktur. b) Bangunan dan infrastruktur yang diruntuh atau dihapuskan samada menggunakan tenaga manusia, jentera, bahan api atau sebarang peralatan yang dibenarkan oleh undang-undang. 2. a) Perobohan penuh • merobohkan keseluruhan struktur bangunan b) Perobohan separa • merobohkan bahagian-bahagian tertentu struktur bangunan shj. 3. • Perdagangan • Penghargaan terhadap keindahan • Kesihatan manusia • Keselamatan manusia • Membangunkan bangunan baru • Pengubahsuaian • Persekitaran (kaw. curam) • Density populasi • Pengubahan bangunan • Trafik


187 | D C A 3 2 3 4 RUJUKAN A Rahman, N. K., Musa, M., & Salim, S. (2013). DAC 32003 Kejuruteraan Pembinaan. Batu Pahat: Penerbit UTHM. hdi-ventures. (2023, May 22). Water Ponding Test. Retrieved from HDI Ventures - Happy to Serve!: https://www.hdiventures.com/2020/01/10/water-ponding-test/ Jahiman Badron. (2007). Teknologi Binaan Bangunan. IBS Book Sdn Bhd. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. (2022). Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984. Putrajaya: Jabatan Kerajaan Tempatan. Kolej Komuniti Tanjong Karang. (2023, May 20). Pembinaan Bumbung. Retrieved from Kolej Komuniti Tanjong Karang: https://kktanjongkarang.mypolycc.edu.my/web_lama/images/nota_sts_ 1032/topik7/1.pdf Kolej Komuniti Tanjong Karang. (2023, April 16). Pembinaan Lantai. Retrieved from Kolej Komuniti Tanjong Karang: https://kktanjongkarang.mypolycc.edu.my/web_lama/images/nota_sts_ 1032/topik3/1.pdf Kolej Komuniti Tanjong Karang. (2023, May 11). Pembinaan Tangga. Retrieved from Kolej Komuniti Tanjong Karang: https://kktanjongkarang.mypolycc.edu.my/web_lama/images/nota_sts_ 1032/topik6/1.pdf Sharan, S. (2023, May 22). Sub-struktur dan Super-struktur yang sesuai bagi rumah kediaman 2 tingkat. Retrieved from Academia.edu: https://www.academia.edu/23082837/Sub_struktur_dan_Super_struktu r_yang_sesuai_bagi_rumah_kediaman_2_tingkat Struktur Binaan. (2019). In Z. Hanapi, M. E. Jamlos, & N. K. Nordin, Pengajian Kejuteraan Awam Tingkatan 4 (pp. 83 - 85). Kuala Lumpur: Aras Mega (M) Sdn Bhd. Tan Boon Tong. (2000). Teknologi Binaan Bangunan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Click to View FlipBook Version