The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Computer Aided Drawing (CAD) DCA 1233

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ezzahjamilyn12, 2023-11-21 22:49:11

Modul Computer Aided Drawing (CAD) DCA 1233

Modul Computer Aided Drawing (CAD) DCA 1233

1


2 Prakata Salam sejahtera dan salam perpaduan kepada semua tenaga pengajar Program Teknologi Pembinaan (DVM). Modul ini dibangunkan bertujuan untuk membantu semua tenaga pengajar dalam melaksanakan PdPC. Malah, tujuan modul ini juga untuk membantu dalam penyelarasan dan penyeragaman PdPC. Pembangunan modul ini adalah berpandukan kandungan kursus course outline yang telah dibangunkan oleh Jurulatih Utama Program Teknologi Pembinaan. Untuk makluman, modul-modul yang dibangunkan telah disemak oleh Jurulatih Utama Program Teknologi Pembinaan dan Penyelaras Item untuk tujuan kesahan, kebolehpercayaan serta ketekalan. Kandungan modul adalah seperti berikut iaitu; pengenalan, objektif, nota serta isi berkaitan (ringkas mengikut kompetensi), kesimpulan, latihan/penilaian dan jawapan. Bagi pihak pembangun modul, saya ingin merakamkan setinggisetinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pembangunan modul ini. Sebarang kekurangan dan kelemahan harap dapat diatasi dari masa ke masa. Semoga modul-modul yang dibangunkan ini dapat dimanfaatkan serta membantu semua tenaga pengajar. Sekian, terima kasih Siva Rabindarang. Penyelaras Panel Pembangun Modul Program Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia


3 Penghargaan Salam sejahtera dan salam perpaduan kepada semua tenaga pengajar Program Teknologi Pembinaan (DVM). Terima kasih kepada pihak BPLTV untuk memberikan kepercayaan dan sokongan dalam pembangunan modul ini. Pembangunan modul ini dilaksanakan merujuk Tatacara Pembangunan Modul Vokasional yang telah dibangunkan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pembangun modul daripada Kolej Vokasional seluruh Malaysia. KURSUS KOD NAMA PENSYARAH Soil Mechanics DCA 1143 Nurul Qayuum Farahin Binti Saidi (K) Rini Firda Hidayati Binti Syaiful Nor Angsiza Binti Mohd Fitriani Binti Abdul Hamid Construction Safety and Health DCA 1022 Mohd Shahir Bin Zahari (K) Nurazilla Binti Ahmad Bohari Wan Nuursufila Binti Salleh Computer Aided Drawing (CAD) DCA 1233 Siti Nabilah Binti Mohd Sarlan (K) Rozianah Binti Hinnasir Hafizah Binti Khosran Alwani Binti Adnan Construction Survey DCA 1153 Sapiah Binti Rahman (K) Aida Norlela Binti Mohamad Siva Rabindarang Building Materials Technology DCA 1013 Mohd Fairus Bin Johari (K) Atikah Binti Nasaha Noor Fazlina Binti Abdul Aziz Setinggi penghargaan juga kepada Ketua JU Puan Alwani binti Adnan serta panel yang menyemak modul untuk tujuan kesahan serta ketekalan modul yang dibangunkan iaitu Pn. Norashikin binti Daud, Pn. Sharinah binti Che Amdan dan En. Adnan Mat Abu. Usaha murni dan sokongan semua pembangun serta penyemak modul amat dihargai. Terima kasih.


4 Perancangan Kursus


5


6 SEMESTER SEMESTER 1 DVM SESI 2022 JABATAN JABATAN TEKNOLOGI AWAM PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN KOD KURSUS DCA 1233 COMPUTER AIDED DRAWING (CAD) KANDUNGAN STANDARD 1.0 INTRODUCTION KANDUNGAN 1.1 Introduction to AutoCAD based on JKR standard 1.2 Precision Drawing & Drawing Aids 1.3 Geometric Shapes 1.4 Basic Printing 1.5 Editing Tools 1.7 Architectural Views & Drafting Views 1.6 Annotating in AutoCAD with Text & Hatching 1.7 Layers 1.8 Templates & Design Center 1.9 Dimensioning 1.10 Scale HASIL PEMBELAJARAN Training must be able to : 1. Manipulate knowledge of producing technical drawing using AutoCAD software (P4, PLO2) 2. Produce technical skills in produce drawing using Auto CAD software according to standard references. (A4, PLO8) BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARA 5& 6, BLOK E14, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA NOTA KURSUS 1


7 1.0 PENGENALAN AutoCAD adalah singkatan kepada computer aided drafting and design iaitu perisian bagi kegunaan khusus dalam melukis, merekabentuk, melakar dan membina sesebuah lukisan kejuruteraan berbantukan computer dalam pembentukan model serta lakaran dua atau tiga dimensi. Perisian ini boleh digunakan dalam semua bidang kerja terutama sekali bidang yang memerlukan kepakaran seperti bidang kejuruteraan mekanikal, awam, senibina, rekabentuk grafik dan semua bidang yang berkaitan dengan penggunaan ACAD. Kebiasaannya, individu yang sering menggunakan perisian ini adalah terdiri daripada jurutera, pereka bentuk, pelukis pelan, pelajar kolej dan lain-lain. Penyediaan lukisan kejuruteraan amat mementingkan ukuran dan ketepatannya terutama dalam penentuan dimensi. Manakala, dalam proses penyediaan Lukisan Kejuruteraan Awam, satu panduan telah dikeluarkan pihak oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) yang bertujuan sebagai standard kepada pereka dan pelukis pelan dalam penyediaan lukisan-lukisan rekabentuk kejuruteraan awam (Rujuk Panduan Penyediaan Lukisan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kerja Raya, JKR) 2.0 OBJEKTIF 2.1 Mengaplikasi ilmu pengetahuan dalam membina lukisan geometri menggunakan arahan dan ikon yang terdapat dalam perisian AutoCAD 2.2 Membina lukisan geometri menggunakan perisian AutoCAD


8 3.0 PENGENALAN PERISIAN AUTOCAD 3.1 Perisian Autocad Berdasarkan Standard Jabatan Kerja Raya, JKR. Sepanjang proses penyediaan Lukisan Kejuruteraan Awam, satu panduan telah dikeluarkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya semua pereka dan pelukis pelan dapat mematuhi standard dalam penyediaan lukisan-lukisan rekabentuk kejuruteraan awam (Rujuk Panduan Penyediaan Lukisan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kerja Raya, JKR) Antara tujuan panduan ini dikeluarkan adalah : 1. Menyeragamkan penghasilan lukisan-lukisan rekabentuk kejuruteraan awam 2. Mewujudkan format dan piawai untuk semua mesin plotter, pencetak dan perisian AutoCAD 3. Mengoptimumkan penggunaan perisian AutoCAD bagi menghasilkan lukisan yang memenuhi piawai yang ditetapkan 4. Mewujudkan system penyusunan dan penyimpanan lukisan yang sistematik dan mudah diakses 5. Memudahkan proses serahan tugas dan pengambilalihan tugas pereka atau pelukis pelan kepada pegawai dan kakitangan sokongan yang baru 6. Mempercepatkan proses penyampaian projek kepada pelanggan


9 3.2 Mengenal Perkakasan Komputer Dan Aplikasi Autocad Rajah 3.2 Perkakasan Komputer 3.2.1 CPU (Central Prosessing Unit) Merupakan tempat memproses semua data yang dimasukkan dari peranti masukan seperti tetikus dan papan kekunci. 3.2.2 Perkakasan Input a. Papan Kekunci Kegunaannya seperti memberi arahan atau memberi sesuatu nilai pada objek yang dilukis dengan menaip atau menekan butang tertentu contohnya butang F8 untuk meluruskan garisan 90º atau 180º b. Tetikus (Mouse) Terdapat pelbagai bentuk dan kegunaan antaranya : - Butang Kiri : Memilih semua butang arahan pada skrin atau menentukan titik pada skrin. - Butang Kanan : Untuk enter atau mengeluarkan arahan lain seperti undo, move dan sebagainya. CPU Pemproses Perkakasan Output Perkakasan Input Perkakasan Storan


10 3.2.3 Perkakasan Output a. Monitor Tempat di mana skrin grafik ditunjukkan. Penggunaan monitor bersaiz besar adalah digalakkan kerana memberikan keselesaan pada kawasan skrin grafik yang mengandungi pelbagai tool bar terapung. Saiz terbaik adalah 17inch ke atas dengan paparan warna 256. b. Pencetak / Pemplot Mencetak hasil lukisan yang telah siap pada kertas bersaiz A4 atau A3 serta mengikut skala yang telah ditentukan. Cetakan boleh berwarna atau hitam putih 3.2.4 Perkakasan Storan a. Pendrive Medium penyimpanan berukuran kecil yang digunakan untuk menyimpan, memindahkan file dari satu computer ke computer lain. Disebut jugak flash disk, data stick, memory unit, thumb drive, keychain drive atau jump drive. Sebelum ini data banyak disimpan di dalam disket dan kepingan CD juga DVD. Menjadi pilihan utama pengguna disebabka oleh kosnya yang rendah serta mudah digunakan 3.2.5 Aplikasi AutoCAD a. Mencipta Fail Baru Menggunakan Menu tarik ‘File’ dan kemudian sub-menu Rajah 3.2


11 b. Membuka Fail Sedia Ada Menggunakan Menu tarik ‘File’ dan kemudian sub-menu ‘Open’ Rajah 3.3 c. Menyimpan Fail yang Baru Dibina Menggunakan Menu tarik ‘File’ dan kemudian sub-menu ‘Save’ Rajah 3.4 d. Layar Grafik (Interface) AutoCAD Adalah alat untuk membantu dalam pembentukan lukisan. Apabila pengguna membuka perisian AutoCAD, paparan tetingkap (window) akan terbuka. Tetingkap ini adalah ruang kerja melukis. Ia mengandungi elemen-elemen yang akan digunakan oleh pengguna untuk menghasilkan lukisan 3.2.6 Kandungan dalam Layar Grafik (Interface) AutoCAD a. Bar Menu Mengandungi menu-menu seperti File, Edit, View, Insert, Format, Tools, Draw, Dimension, Modify, Window b. Toolbar Standard Mengandungi menu-menu seperti Redraw, Undo dan Zoom


12 c. Ikon Floating (Toolbar Draw and Modify) Dilengkapi dengan akses arahan biasa draw dan modify. Dipaparkan sebaik sahaja penggunaan memulakan perisian AutoCAD. Ia ditempatkan di sebelah kiri tetingkap AutoCAD. Pengguna boleh mengalih, membuka dan menutup toolbar draw dan modify d. Kawasan Lukisan Memaparkan lukisan-lukisan yang dihasilkan. Saiz kawasan lukisan adalah pelbagai, bergantung kepada saiz tetingkap AutoCAD dan bilangan elemen-elemen lain (kekotak toolbar dan dialog) yang dipaparkan e. Cursor Rerambut Menentukan titik tangkap dalam kawasan lukisan. Rerambut bersilang dikawal oleh peranti pointing seperti tetikus dan digunakan untuk menempatkan poin dan memilih serta melukis objek f. Ikon Sistem Koordinat Pengguna (UCS) Menunjukkan orientasi lukisan. Lukisan AutoCAD adalah superimposed di atas grid-grid terselindung atau sistem koordinat X, Y dan Z (untuk lukisan 3D) g. Model Tab / Layout Tab Membolehkan pengguna mengalihkan lukisan antara ruang model (lukisan) dan ruang kertas (layout). Pengguna membina lukisan dalam ruang model dan mengubah kepada layout bagi tujuan memplot dan mencetak lukisan h. Bar Status Memaparkan koordinat bagi kedudukan semasa cursor rerambut bersilang di pepenjuru bawah kiri bar status. Bar status juga mengandungi bebutang yang membolehkan pengguna mengaktifkan mod Snap, Grid, Ortho, Polar, Osnap, Otrack, Lwt (lineweight display) dan Model (model and paper space toggle)


13 i. Tetingkap Arahan Pengguna akan memulakan arahan-arahan menggunakan salah satu dari tiga cara iaitu: a) Memilih item dari bar menu atau menu shotcut b) Klik butang tekan pada toolbar c) Enter arahan pada command line Rajah 3.5 Contoh Layar Grafik (Interface) AutoCAD Rajah 3.6 Contoh ikon-ikon yang terdapat pada menu Toolbar Bar Menu Bar Nama Fail Toolbar Standard Toolbar Sifat Objek Cursor Rerambut Bersilang Kawasan Lukisan Ikon Floating Sistem Koordinat Pengguna (UCS) Tab Model dan Layout Koordinat Semasa Cursor Comand Line Bar Status


14 3.2.7 Arahan Asas AutoCAD Dalam AutoCAD terdapat beberapa arahan asas yang pengguna akan gunakan pada peringkat awal kerja melukis iaitu arahan pada Menu Draw Rajah 3.7 Arahan asas yang terdapat pada Menu Draw 3.2.8 Arahan OSNAP Penggunaan arahan osnap boleh menjadikan lukisan lebih tepat dan kemas disamping boleh memudahkan. pengguna melukis lukisan. Arahan OSNAP boleh disetkan sebelum memulakan kerja melukis Rajah 3.8 Ikon-ikon yang terdapat pada Object Snap Mod Ikon Penerangan Snap From Untuk mewujudkan titik rujukan sementara sebagai asas untuk menentukan titik-titk berikutnya Endpoint Mencari titik hujung semua objek kecuali bulatan Midpoint Mencari titik tengah objek seperti garisan, lengkuk atau polyline


15 Intersection Menentukan titik persilangan objek pada satah yang sama Mod Ikon Penerangan Apparent Intersect Mencari satu titik yang mewakili persilangan yang jelas antara dua objek, seperti dua garisan yang bukan selari dalam ruang 3 dimensi Center Mencari titik tengah untuk bulatan atau lengkuk Quadrant Mencari puncak 0, 90, 180 dan 270 untuk sebuah bulatan atau lengkuk Tangen Memilih titik tangen suatu bulatan / lengkung yang akan bertangen dengan bulatan / lengkung yang lain Perpendicular Untuk memilih titik persilangan yang bersudut tepat pada objek yang lain Nearest Memilih titik suatu objek yang terdekat dengan titik yang dipilih Jadual 3.1 Ikon pada Object Snap Beserta Penerangan Fungsi ikon OSNAP boleh diaktifkan pada drafting setting Caranya: Command: drafting setting Dari kekotak Drafting Setting, pengguna boleh mengaktifkan mana-mana fungsi yang sesuai untuk digunakan dengan klik pada kotak. Pastikan pengguna memilih beberapa setting yang digunakan sahaja kerana jika terlalu banyak yang diaktifkan, maka akan berlaku tindanan arahan semasa melukis


16 3.3 Bentuk-Bentuk Asas Geometri 3.3.1 Arahan Melukis Bentuk Asas Geometri Bahagian ini akan menjelaskan kepentingan perintah (command) melukis dalam lukisan AutoCAD. Untuk mengaktifkan ikon dalam arahan melukis, pengguna boleh klik pada ikon atau menaip pada ruang arahan (command line) Rajah 3.10 Ikon-ikon Arahan Geometri MOD IKON PENERANGAN Line Arahan membenarkan pengguna melukis garisan lurus mengikut jarak yang tertentu Dalam bidang Teknologi Pembinaan, setiap garisan mempunyai ciri dan fungsi tertentu. Jadual di bawah merupakan antara garisan yang kerap digunakan dalam proses membina Lukisan Bangunan Rajah 3.9 : Kekotak Drafting Setting


17 Circle Arahan bulatan membenarkan pengguna melukis bulatan dalam 6 pilihan kaedah: Arc Arahan ini membenarkan pengguna melukis lengkung dalam banyak piihan kaedah: Polylines Arahan ini membenarkan pengguna melukis satu segmen garisan, bulatan dan lengkungan yang berturutan dalam satu entiti


18 Ellipse Arahan ini membolehkan pengguna melukis lengkungan ellips, separuh ellips atau sukuan ellips dengan menggunakan 3 kaedah: Polygon Arahan polygon dalam AutoCAD boleh melukis antara 3 sehingga 1024 sisi. Saiz polygon boleh dibentuk dengan jejari bulatan Rectangle Arahan ini membolehkan pengguna melukis segiempat tepat dan segiempat sama dengan memasukkan jarak Jadual 3.2 Ikon-ikon Geometri beserta Penerangan


19 3.4 Arahan Garisan / Line Dalam Lukisan Kejuruteraan, garisan digunakan adalah mengikut piawaian B.S 308 1972. Jadual 2, menunjukkan kategori garisangarisan yang digunakan beserta penerangan: Jenis Garisan Penerangan Garisan Unjuran Garisan ini dilukis secara terus dari bahagian yang terunjur dari titik garisan atau permukaan bagi membolehkan dimensi ditempatkan di luar garisan penuh. Ini merupakan garisan tambahan bagi garisan penuh yang dilukis dalam jarak 2mm darinya. Garisan ini juga dilukis sehingga melebihi 2mm dari bahagian yang menyentuh anak panah Garisan Binaan Adalah merupakan garisan asas yang dilukis pada peringkat awal. Selalunya dilukis sebagai garisan unjuran juga Garisan Objek Digunakan untuk menunjukkan rupa sesuatu objek dan dibina dengan hitam dan tebal sedikit dari garisan binaan. Garisan ini digunakan di peringkat akhir pembinaan lukisan Garisan Tersembunyi Merupakan garisan yang tersembunyi dari pandangan. Saiznya sama dengan garisan objek, tapi dilukis putus-putus Garisan Dimensi Menandakan panjang bagi ukuran sisi objek. Dilengkapi dengan anak panah pada hujung garisan Garisan Tengah Digunakan untuk menunjukkan pusat bulatan, lubang dan lengkuk. Dilukis dengan sengkang panjang berselang dengan sengkang pendek Garisan Keratan Menunjukkan keratan sesuatu bahagian Jadual 3.3 Jenis Garisan Beserta Penerangan


20 Rajah 3.11 Contoh Penggunaan Garisan 3.5 Asas Memplot atau Mencetak Lukisan Sebaik sahaja pengguna menyiapkan lukisan, tugas terakhir adalah memplot / mencetak lukisan tersebut Caranya: Command : plot Atau Klik menu Tarik File Print Plot Rajah 3.12 Kekotak Plot


21 Seterusnya, Kekotak Dialog (Dialog Box) akan dipaparkan seperti Rajah di bawah: Rajah 3.13 Kekotak Setting Plot Proses memplot mempunyai beberapa perkara yang perlu di set. Langkah kerja plot adalah seperti berikut: i. Pilih jenis pencetak / printer yang digunakan ii. Pilih saiz kertas pilih A4/A3, pada orientasi lukisan (drawing orientation) boleh pilih portrait/landscape, pada skala (plot scale) boleh pilih fit to paper iii. Pada kawasan plot (plot area) pilih window untuk memastikan lukisan memenuhi saiz kertas yang ditentukan iv. Pada offset plot pilih center the plot untuk memastikan lukisan berada di tengah-tengah kertas lukisan v. Klik full preview sebelum cetak untuk gambaran sebenar lukisan pada kertas lukisan vi. Klik OK untuk mencetak


22 3.6 Arahan Pengubahsuaian (Editing Tools) Perintah pengubahsuaian digunakan untuk membantu pengguna mengedit atau mengubah objek yang telah dilukis. Perintah arahan ini akan membuatkan lukisan lebih kemas. Semua arahan ini boleh di dapati pada Bar Menu Modify. Rajah 3.14 Contoh Bar Menu Modify MOD IKON PENERANGAN Erase Membolehkan pengguna memadam objek yang tidak perlu pada lukisan Command: erase Select objects: (pilih objek yang hendak dipadam dengan menggunakan tetikus atau taipkan opsyen pilihan untuk proses pemadaman yang cepat) Copy Arahan yang membolehkan pengguna menyalin semula objek-objek yang telah dilukis ke lokasi yang lain Command: copy Select objects: (pilih objek yang hendak disalin semua) Specify base point or displacement/[Multiple]: M Specify base point: (pilih satu titik lokasi pada objek) Second point of displacement: (pilih titik kedua) Move Membenarkan pengguna membuat pemindahan objek dari lokasi asal ke lokasi yang baru Command: m Select object: all Select object: Specify based point or displacement: 100,35 (contoh) Specify second..or<use first point as displacement>: @70<180 Break Membenarkan pengguna memadan sebahagian daripada objek Command: break


23 Select object: (pilih objek yang hendak dipecahkan) Specify second break point or [ first point]: (pilih titik kedua dalam objek Rotate Arahan untuk mengubah orientasi/kedudukan satu atau beberapa objek dengan memutarkan pada satu titik yang telah ditentukan Command: rotate Select object: (pilih objek yang hendak diputar) Specify based point: (pilih lokasi yang ingin diputarkan) Specify rotation angle or [Reference}: (masukkan darjah sudut yang hendak diputarkan Scale Membenarkan pengguna membesarkan atau mengecilkan objek pada kadar tertentu Command: skala Select object: (pilih objek yang hendak dibesarkan / dikecilkan) Specify based point: (pilih titik untuk meletakkan objek) Specify scale factor or [Reference]: (masuk kadar baru, contoh 0.5,2,3 dan sebagainya) Mirror Fungsinya sama seperti seseorang menghadap cermin dengan imej mereka akan kelihatan di sebalik cermin. Biasanya objek yang di mirror berbentuk simetri. Oleh itu, pengguna tidak perlu melukis objek yang sama berulangkali. Command: mirror Select object: (pilih objek yang hendak di mirror) First point of mirror line: (pilih titik untuk garisan rujukan mirror) Delete old objects?<N>: Stretch Membenarkan pengguna memanjangkan/meregang bahagian-bahagian yang dipilih pada objek tanpa mengubah keadaan sambungan asal objek. Jenis sambungan yang boleh dipanjangkan/diregang ialah garisan lurus, lengkuk, pepejal,polyline dan sebagainya. Command: stretch Select object to stretch by window or polygon: (guna crossing untuk memilih objek untuk diregang) Based point or displacement: (pilih titik untuk diregang) Second point of displacement: (regangkan ke kawasan yang ditentukan)


24 Array Membenarkan objek dibuat penyalinan secara banyak dan bersusun (susunan rectangular & polar) Extend Membenarkan objek dipanjangkan tepat ke sempadan yang ditetapkan Command: extend Select object: (pilih satu / lebih objek sebagai sempadan dan klik untuk memilih semua objek sebagai sempadan Select object to extend or shift-select to trim or [project/Edge/undo]: pilih garisan / objek yang hendak dipanjangkan Trim Arahan untuk mendapatkan kekemasan objek sehingga tepat pada tepian yang disempadankan oleh satu atau lebih objek dalam lukisan Command: trim Select object <select all> specify opposite corner: (pilih objek yang hendak ditrim) Trim select object: Trim [fence/crossing/project/edge/erase/undo]: (klik mana-mana garisan / objek yang hendak ditrim) Fillet Arahan yang digunakan untuk menyambungkan dua garisan, lengkuk atau bulatan dengan satu sambungan lengkuk lengkap dengan panjang jejari yang ditetapkan Command: fillet Fillet select first object or [undo,polyline,radius,trim, multiple]: R Fillet specify fillet radius <0,000>:20 Fillet select first object or [undo,polyline,radius,trim, multiple]: (klik pada garisan yang hendak dilengkung) Fillet select second object or shift-select to apply corner: (klik pada garisan sebelah lagi yang hendak dilengkung) Chamfer Arahan serongan yang digunakan untuk memotong dua garis bersilang dengan jarak yang diberi dan menyambungkan kedua-dua hujung yang dipotong dengan satu garisan tambahan Command: chamfer Chamfer select first object or [undo,polyline,distance,angle,trim,multiple]: D Specify chamfer distance <0,000>: 20 Specify second chamfer distance <0,000>: 30 Select first line or [undo,polyline,radius,trim, multiple]: (klik pada garisan yang hendak dipotong


25 Chamfer select second object or shift-select to apply corner: (klik pada garisan sebelah lagi yang hendak dipotong) Offset Arahan yang digunakan untuk membentuk satu entiti yang selari dengan entiti yang dipilih mengikut penentuan jarak atau titik tertentu. Hanya garisan, lengkuk, bulatan atau polyline 2D boleh dioffsetkan Jadual 3.4 Ikon-ikon yang Terdapat Pada Bar Menu Modify Beserta Penerangan 3.7 Menyediakan Setting Lukisan (Architectural Views & Drafting Views) 3.7.1 Sebelum memulakan lukisan, perkara-perkara yang perlu ditetapkan adalah: ● Penetapan saiz ruang melukis atau sempadan lukisan ● Gerakan rerambut bersilang sama ada bebas atau terkawal ● Tanda-tanda, titik rujukan atau grid ● Unit dan skala yang bersesuaian dengan kerja ● Antara arahan-arahan tersebut adalah DRAWING LIMITS, GRID, UNITS, ORTHO dan OSNAP 3.7.2 Drawing Limits Apabila arahan ini diaktifkan, limit lukisan menghadkan koordinatkoordinat yang boleh dimasukkan di dalam kawasan segiempat kawasan lukisan dengan bantuan paparan titik-titik grid


26 Caranya: Command : Limits (ditaip pada command line) Specify lower left corner or [ON/OFF] <0.0000,0.0000: Upper right corner <420.0000, 297.0000>: 297,210 Command: z Specify corner…<real time>: a Command: snap Specify snap…<10,0000>: 10 Command: grid Specify grid…<10,0000>: 10 **Nota Saiz piawai kertas sesebuah lukisan kejuruteraan adalah seperti berikut: A4 = 210 x 297mm A3 = 297 x 420mm A2 = 420 x 594mm A1 = 594 x 841mm A0 = 841 x 1189mm 3.7.3 Penetapan Unit Berfungsi untuk mengawal format paparan koordinat dan sudut serta menetapkan ketepatan dan kejituan dalam lukisan. Caranya : Commands: units Length type: Decimal Precision: 0.0 Unit lukisan: millimeters Klik pada OK Rajah 3.15 bermaksud <enter> z bermaksud zoom a bermaksud all 297, 210 (saiz piawai kertas A4 orientasi landscape) snap berfungsi untuk menentukan nilai anjakan rerambut bersilang pada arah menegak dan mandatar juga menentukan ketepatan ukuran yang akan terhasil grid merupakan titik-titik kecil di ruang melukis yang bertindak sebagai titik rujukan terhadap sebarang nilai anjakan (butang F7 / CTRL+G)


27 3.7.4 Sistem Koordinat Asas utama dalam melukis adalah mengikut titik-titik koordinat dan paksi XYZ. Dalam lukisan 2D, paksi utama yang digunakan ialah paksi X dan paksi Y, manakala lukisan 3D atau solid menggunakan paksi X,Y dan Z. paparan autocad akan menunjukkan arah paksi-paksi tersebut Melukis dalam AutoCAD adalah berasaskan kepada system koordinat yang dikenali sebagai koordinat Cartesian. Setiapa arahan lukisan yang diberikan mestilah berpandukan kepada arah paksi-paksi tersebut. merujuk kepada koordinat Cartesian matematik, bermula dengan titik asalan (0,0,0) maka arahan kekanan paksi X adalah positif manakala arahan ke kiri paksi X pula negative. Begitu juga paksi Y dan Z. walaubagaimanapun, dalam melukis lukisan bangunan kebanyakannya hanya menggunakan paksi X dan Y sahaja kerana lukisan yang dibangunkan dalam 2D Rajah 3.16 Paksi UCS bagi orientasi kerja dalam 2D dan 3D Secara umumnya, sistem koordinat terbahagi kepada 2 (yang biasa dan mudah digunakan) : ● Koordinat Mutlak Koordinat ini mewakili nilai sebenar dalam perintah drawing limits. Dengan menggunakan system koordinat mutlak, anda boleh menentukan di mana titik asalan (0,0). Semua arahan jarak dimasukkan secara paksi (X,Y). Sebagai contoh penggunaan sistem kordinat ini digunakan untuk membentuk Rajah 3.17


28 Rajah 3.17 Caranya: Setkan drawing limits (rujuk nota sebelum ini) Perhatikan bahawa objek dalam rajah adalah terbina dari 11 garisan lurus. Maka arahan line perlu digunakan. Gunakan koordinat titik 20,20 (A) sebagai titik mula. Command: line Specify first point: 20,20 Specify next point or [Undo]: 260,20 Specify next point or [Undo]: 260,170 Specify next point or [Close/Undo]: 200,170 Specify next point or [Close/Undo]: 200,120 Specify next point or [Close/Undo]: 100,120 Specify next point or [Close/Undo]: 100,150 Specify next point or [Close/Undo]: 70,120 Specify next point or [Close/Undo]: 70,150 Specify next point or [Close/Undo]: 40,120 Specify next point or [Close/Undo]: 20,120 Specify next point or [Close/Undo]: close ● Koordinat Kutub Sistem ini dinyatakan dalam bentuk jarak dana rah dalam darjah sudut. Contoh penaipan command adalah @ L<ϴ (contoh: @10<45) @ - mengambil titik terakhi sebelum titik rujukan L – mewakili jarak yang diambil dari titik akhir dan nilai negatif / positif diterima untuk mewakili arah merujuk dari titik pertama ϴ - sudut dalam darjah Sebagai contoh penggunaan sistem kordinat ini digunakan untuk membentuk Rajah 3.18 30 30 100 60 0 5 0 3 0 1 5 0 A 240


29 Rajah 3.18 Caranya: Setkan drawing limits (rujuk nota sebelum ini) Command: line Specify first point: 20,20 Specify next point or [Undo]: @240<0 Specify next point or [Undo]: @150<90 Specify next point or [Close/Undo]: 200,170 Specify next point or [Close/Undo]: 200,120 Specify next point or [Close/Undo]: 100,120 Specify next point or [Close/Undo]: 100,150 Specify next point or [Close/Undo]: 70,120 Specify next point or [Close/Undo]: 70,150 Specify next point or [Close/Undo]: 40,120 Specify next point or [Close/Undo]: 20,120 Specify next point or [Close/Undo]: close 3.7.5 Grid Grid merupakan titik-titk kecil di atas editor lukisan yang bertindak sebagai titik rujukan terhadap sebarang nilai anjakan yang telah ditetapkan. 30 30 100 60 0 5 0 3 0 1 5 0 A 240


30 Caranya: Command: grid Specify grid spacing (X) or [On/Off/Snap/Aspect] <10.0000: 10 Rajah 3.19 Arahan grid boleh diaktifkan atau di off dengan menekan papan kekunci fungsi F7 atau CTRL+G 3.7.6 Ortho Digunakan untuk menstabilkan pergerakan cursor dalam keadaan mendatar dan menegak (relative terhadap UCS) dan dengan sudut putarangrid semasa. Ortho tidak membenarkan pergerakan condong Caranya: Command: ortho Ortho boleh diaktifkan atau di off dengan menekan papan kekunci fungsi F8 atau CTRL+L


31 3.7.7 Membina Blok Nama Rajah 3.20 Rajah menunjukkan contoh Blok Nama yang lengkap dengan dimensi yang boleh digunakan. a. Insert Blok Nama Blok Nama yang telah dibuat akan memudahkan kerja pelajar untuk menghantar tugasan yang telah dibuat. Pelajar hanya perlu insert Blok Nama yang telah disimpan ke dalam lukisan yang telah dibuat. Berikut adalah langkah-langkah untuk insert Blok Nama: i. Lukisan yang dibina pada model interface AutoCAD


32 ii. Lukisan dibuka pada Layout 1 atau Layout 2 iii. Klik insert atau command: insert iv. AutoCAD akan memaparkan kekotak dialog INSERT Blok insert dan cari blok nama


33 v. Blok Nama akan masuk ke dalam layout lukisan vi. Kemaskini garisan


34 vii. Lukisan yang telah lengkap dengan Blok Nama viii. Proses Memplot / Mencetak Rajah 3.21 Langkah Kerja Proses Memplot / Mencetak


35 3.8 Arahan Pembinaan Teks Dan Lorekan (Hatch) 3.8.1 Pembinaan Teks Sesebuah lukisan lazimnya disertakan dengan teks di beberapa bahagin sama ada dalam kawasan lukisan atau di bahagian catatan tertentu. Membina tulisan boleh menggunakan dua kaedah iaitu: i. Single Text – menghasilkan satu baris teks ii. Mtext – menghasilkan teks berbentuk perenggan di dalam sempadan yang ditetapkan oleh pengguna Caranya: Command: text Specify start point of text or [justify/style]: (pilih lokasi untuk memulakan tulisan) Specify height <5.000>: 80 Specify rotation angle of text <0>: 30 Enter text: lukisan berbantu computer Enter text: membina teks Enter text: Rajah 3.22 Contoh lukisan yang telah dimasukkan teks


36 3.8.2 Pembinaan Lorekan (Hatch) Dalam lukisan bangunan, terdapat banyak simbol yang digunakan untuk menyatakan bahan binaan yang digunakan dan sebagainya. Sebagai contoh, simbol konkrit, lapisan tanah, penutup bumbung, kemasan jubin dan banyak lagi. Arahan hatch boleh digunakan untuk pengguna membuat lorekan simbol pada satu ruang objek dengan syarat objek yang dilorek mestilah tertutup penuh Caranya: Boleh klik pada ikon atau Command: hatch Selepas arahan di atas diberikan, kekotak dialog Boundary Hatch akan dipaparkan seperti berikut. Pengguna boleh menetapkan parameterparameter seperti jenis pola, bentuk lorekan, skala untuk besar atau kecil lorekan serta penentuan ruang kawasan rentasan Rajah 3.23 Kekotak Hatch and Gradient Rajah 3.24 Sebelum Hatch Rajah 3.25 Selepas Hatch


37 3.9 Arahan Layers Layer atau lapisan adalah satu kemudahan yang disediakan dalam perisian AutoCAD untuk menghasilkan lukisan teratur dan tersusun. Lukisan hendaklah dibina pada layer yang berasingan. Contohnya, dalam melukis unjuran orthografik, pengguna perlu memformatkan layer yang berasingan untuk garisan objek, garisan tersembunyi, pendimensian, garisan binaan dan sebagainya. Penggunaan layer dalam AutoCAD adalah tidak terhad. Kerja pengubahsuaian menjadi lebih mudah dengan adanya penetapan layer yang berasingan kerana objek yang dibina dalam layer-layer boleh di’off’kan semasa pengguna membuat pengubahsuaian ke atas satu layer. Rajah di bawah menunjukkan aplikasi layer dalam AutoCAD dan menggambarkan bahawa lukisan tersusun beberapa helai transparensi untuk menunjukkan objek yang berlainan dalam satu lukisan. Rajah 3.26 Aplikasi layers dalam perisian AutoCAD


38 Caranya: Command: layer Kekotak dialog Layer Properties Manager akan dipamerkan seperti Rajah 19. Rajah 3.27 Kekotak dialog layers Kekotak dialog ini membolehkan pengguna menetapkan parameter-parameter semasa, menambah layer-layer baru, memadam layer yang tidak dikehendaki dan menamakan semula layer-layer yang ada. Fungsi beberapa bahagian dalam Kekotak Dialog Layer Properties a. Butang New – mencipta layer baru. Senarai layer akan dipaparkan dan pengguna boleh menamakan dan menyunting parameter-parameter pada layer tersebut. b. Current – menetapkan layer yang dipilih sebagai layer semasa. c. Delete – memadam layer yang dipilih dari fail lukisan. Antara parameter-parameter yang boleh diubah oleh pengguna adalah: a. Warna (color) b. Jenis garisan (linetype) c. Ketebalan garisan (lineweight) d. Gaya cetak (plot style)


39 3.10 Templates And Design Center Templates and Design Center dalam perisian AutoCAD adalah merupakan alat yang sangat berguna untuk dijadikan medium perkongsian elemen reka bentuk sama ada samaada dalam lukisan sendiri atau dikongsi bersama pereka atau pelukis lain. Templates and Design Center dapat menyediakan ekses kepada lukisan yang lain, hatches, blocks, kemasan, perabot dan lain-lain. Ia akan membolehkan pengguna memasukkan, menampal dan menyalin elemen-elemen yang diperlukan ke dalam lukisan pengguna. Sebagai contoh elemen pelan lantai, kemasan, pokok-pokok, lampu dan sebagainya tanpa perlu melukis semula berulang kali dan ia boleh diambil dari laman web tertentu, pemacu rangkaian atau computer pengguna. Caranya: Klik pada Bar Menu Insert, seterusnya klik pada Design Center Atau Tekan Ctrl+2 atau Command ADC untuk membuka Design Center Rajah 3.28 Ikon bagi Design Center


40 Rajah 3.29 Contoh penggunaan Templates and Design Center 3.11 Pendimensian Arahan dimensi digunakan untuk mendimensi nahagian-bahagian tertentu pada objek dalam lukisan. Namun beberapa elemen dimensi yang sering digunapakai perlu diketahui. Rajah 3.30 Contoh jenis-jenis pendimensian


41 Elemen Dimensi Penerangan Dimension Text Teks berangkai yang menunjukkan nilai ukuran Dimension Line Menunjukkan arah dan takat dimensi. Bagi dimensi bersudut dan garis dimensi berbentuk lengkuk Arrowhead Simbol bagi setiap penghujung garis dimensi Extension Line Garis unjuran yang menunjukkan had ukuran sesuatu objek Center Mark Garis persilangan kecil yang menandakan pusat bagi bulatan atau lengkuk Centerlines Garis putus-putus yang menandakan pusat bagi bulatan atau lengkuk Jadual 3.5 Contoh elemen dimensi beserta penerangan Caranya: Command: dim Command: dimstyle Atau, dari Bar Menu klik pada Menu Tarik Dimension seperti rajah di bawah. Terdapat pelbagai bentuk pendimensian yang berbeza dan boleh dipilih mengikut kesesuaian lukisan pada arahan Modify Dimension Style Manager Rajah 3.31 Paparan bagi arahan pendimensian


42 Rajah 3.32 Contoh paparan untuk meng’set’ lines, simbol dan arrows pada kekotak dialog Modify Dimension Style 3.12 Skala Caranya: Command: scale Select object: (klik pada objek yang hendak dibesarkan atau dikecilkan) Specify based point: (pilih titik baru untuk meletakkan objek yang telah dibesarkan atau dikecilkan) Specify scale factor or [Reference]: (masuk kadar baru. Contoh taip 2,untuk pembesaran dua kali ganda. Atau, taip 0.5, untuk pengecilan sekaliganda) 4.0 KESIMPULAN Kelebihan perisian AutoCAD menjadikan kerja suntingan dan mengubahsuai lukisan boleh dilakukan dengan mudah dan cepat. Ia sangat berbeza dengan membuat lukisan secara manual yang memerlukan perkakas yang banyak dan mahal. Pada masa yang sama, lukisan yang dihasilkan lebih kemas dan perintah-perintah (command) yang digunakan memberi fungsi yang tepat dan sangat bersesuaian dengan kehendak kerja melukis dengan syarat pengguna perlu menguasai dan mahir mengendalikan setiap elemen-elemen yang terdapat dalam perisian AutoCAD terutamanya pelajar Kolej Vokasional.


43 5.0 LATIHAN 1. Lukiskan semula rajah di bawah beserta dimensi dengan menggunakan fungsi grid, snap dan ortho serta command line dan circle. Mulakan melukis dari titik (20,20). 2. Buka satu fail baru dan binakan Boarder Lukisan di bawah mengikut ukuran yang diberi. Anda boleh menggunakan arahan penyuntingan offset dan trim. Seterusnya simpan fail yang telah siap dibina dengan menamakan fail tersebut sebagai Boarder Lukisan


44 SEMESTER SEMESTER 1 DVM SESI 2022 JABATAN JABATAN TEKNOLOGI AWAM PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN KOD KURSUS DCA 1233 COMPUTER AIDED DRAWING (CAD) KANDUNGAN STANDARD 2.0 BUILDING DRAWINGS (SINGLE STORY) KANDUNGAN 2.1 Floor Plan 2.2 Roof Plan 2.3 Side View 2.4 Section Drawing 2.5 Detail Drawing 2.5.1 Structural Drawing 2.5.2 Architectural Drawing 2.6 Standard symbols in building drawings 2.7 Piping standard symbol 2.8 Piping System Drawing HASIL PEMBELAJARAN Training must be able to : 3. Manipulate knowledge of producing technical drawing using AutoCAD software (P4, PLO2) 4. Produce technical skills in produce drawing using Auto CAD software according to standard references. (A4, PLO8) BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARA 5& 6, BLOK E14, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA NOTA KURSUS 2


45 1.0 PENGENALAN Lukisan am terdiri daripada pelan (pandangan dari atas) dan ketinggian (pandangan sisi atau hadapan) yang dilukis pada skala yang agak kecil. Kedua-dua jenis lukisan menggunakan set standard simbol seni bina. Pelan pembinaan yang paling biasa ialah pelan tapak, pelan plot, pelan asas, pelan lantai dan pelan rangka. Topik ini membicangkan dengan lebih lanjut dan menfokuskan kepada lukisan rumah satu tingkat. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Mengaplikasi ilmu pengetahuan dalam membina lukisan bangunan menggunakan arahan dan ikon yang terdapat dalam perisian AutoCAD 2.2 Membina lukisan bangunan menggunakan perisian AutoCAD 3.0 LUKISAN RUMAH SATU TINGKAT Pelan tapak yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1 menunjukkan kontur, sempadan, jalan raya, utiliti, pokok, struktur, dan sebarang ciri fizikal penting lain di atau berhampiran tapak pembinaan. Ia menunjukkan lokasi struktur yang dicadangkan dalam garis besar. Pelan ini juga menunjukkan lokasi sudut berbanding garis rujukan, ditunjukkan pada plot, yang boleh terletak di tapak. Dengan menunjukkan kontur sedia ada dan siap, pelan tapak menyediakan data penting untuk penggred dan jengkaut.


46 Rajah 3.1 : Contoh Pelan Tapak (Minnella, 2022) Pelan plot menunjukkan tanda tinjauan, termasuk tanda aras (BM), dengan ketinggian dan keperluan penggredan. Juruukur menggunakan pelan plot yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2 untuk menyediakan sudut dan perimeter bangunan menggunakan papan adunan dan pancang garisan. Pelan plot memberikan data penting untuk menyusun bangunan


47 Rajah 3.2 : Contoh Pelan Plot (Minnella, 2022) Pelan asas ialah pandangan satah bagi sesuatu struktur. Iaitu, ia kelihatan seolah-olah ia diunjurkan ke satah mendatar dan melalui struktur. Dalam kes pelan asas, satah berada di bawah sedikit paras bahagian atas dinding asas. Pelan dalam Rajah 3.3 menunjukkan bahawa asas utama terdiri daripada dinding unit batu konkrit (CMU) 12 inci dan 8 inci berukuran 28 kaki panjang dan 22 kaki bersilang. Bahagian bawah setiap bahagian dinding memanjang hendaklah setebal 12 inci untuk menyediakan langkan konkrit selebar 4 inci.


48 Rajah 3.3 : Contoh Pelan Asas (Minnella, 2022) Sebuah rasuk yang melalui tengah bangunan akan disokong di hujungnya oleh dua tiang konkrit 4 x 12 inci yang bertumpu pada dinding asas hujung. Sokongan perantaraan untuk rasuk oleh dua tiang konkrit bersaiz 12 x 12 inci, setiap satu disokong pada tapak 18 x 18 inci, iaitu sedalam 10 inci. Garis putusputus di sekeliling dinding asas menunjukkan bahawa dinding ini juga akan terletak pada tapak yang dihamparkan. Seorang pelukis pelan perlu memahami pelan tapak, pelan plot, pelan asas barulah boleh fokus kepada memahami pelan lantai. 3.1 Pelan Lantai ( Floor Plan) Pelan lantai ialah pemandangan bangunan seolah-olah satah pemotongan dibuat melalui bangunan secara mendatar. Pesawat pemotong biasanya diambil 5 kaki 0 inci di atas lantai yang ditunjukkan. Cara pelan lantai dibangunkan daripada ketinggian, kepada satah pemotongan, kepada pelan lantai digambarkan dalam Rajah 3.4. Pelan lantai seni bina atau struktur menunjukkan ciri-ciri struktur bangunan pada tahap satah unjuran.


49 Rajah 3.4 : Contoh Pelan Lantai 3.1.1 Penerangan Umum Pelan Susun Atur PROJEK KANDUNGAN Pembentukan pelan susun atur rumah Pelan susun atur ialah bahagian mendatar. Jadi dengan memotong rumah di bahagian atas dinding, tingkap dan pintu, potongan akan menghasilkan satu pandangan daripada bahagian atas rumah Penggunaan pelan susun atur Pelan susun atur boleh memaparkan bahagian mendatar rumah, keadaan susun atur bilik, kedudukan, saiz, bahan, dan kaedah pembinaan


50 dinding, lajur, tingkap dan pintu dan struktur yang lain. Pelan susun atur adalah salah satu lukisan pembinaan utama. Ia adalah asas utama penyediaan tempat dan ruangan , binaan dinding, pemasangan tingkap dan pintu, perancangan bajet dan penyediaan bahan semasa pembinaan Jadual 3.1: Penerangan umum pelan susun atur 3.1.2 Kandungan Pelan Susun Atur Pelan susun atur biasanya menggunakan skala 1: 50, 1:100, 1:200 untuk melukis. 1:100 adalah yang paling popular untuk digunakan. Kandungan utama pelan susun atur adalah seperti yang diberikan dalam Jadual 3.2 PROJEK KANDUNGAN Orientasi Bangunan Ia merujuk kepada orientasi pintu masuk utama menghadap dan juga arah yang menghadap rumah itu sendiri. Orientasi ditentukan oleh titik utara. Dinding dan Tiang Dalam pelan susun atur, dinding dan lajur adalah yang dipotong. Kedudukan mendatar dinding dan lajur ditentukan oleh paksi kedudukan. Pelan susun atur juga memaparkan ketebalan dinding, saiz bahagian mendatar lajur dan hubungannya dengan paksi Keadaan Susunan Mendatar Rumah Penggunaan setiap bilik di dalam rumah, kedudukan mendatar setiap bilik dan saiz tertentunya. Jarak


Click to View FlipBook Version