101 3.2.3 Sistem Bekalan Air Domestik. Sistem bekalan air terbahagi kepada 2 jenis iaitu sistem terus dan sistem tidak terus. a) Sistem Terus Dalam sistem terus, bekalan air disalurkan secara terus dari paip perkhidmatan ke lekapanlekapan sanitari. Rajah 3.6 menunjukkan sistem terus bagi rumah kediaman. Rajah 3.6 Sistem terus bagi rumah kediaman. b) Sistem Tidak Terus Sistem tidak terus menyalurkan air dari paip perkhidmatan ke tangki simpanan. Air dari tangki simpanan diagihkan ke lekapan sanitari melalui paip agihan. Rajah 3.7 menunjukkan sistem tidak terus bagi rumah kediaman.
102 Rajah 3.7 Sistem tidak terus bagi rumah kediaman 3.2.4 Melukis Lukisan Perpaipan a) Pelan lantai dan lekapan disediakan. b) i – Lakarkan larian paip ii – Tandakan kedudukan alat pemasangan. c) Lukis liku, siku dan simbol alat pemasangan berpandukan lukisan isometri yang diberi.
103 d) Hitamkan garisan larian paip dan simbol alat pemasangan. 3.3 Kerja Tanah Berpandukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, kerja tanah adalah kerja-kerja berkaitan pemotongan dan tambakan tanah dari aras bumi sedia ada kepada platform/cadangan (proposed level) untuk bangunan pada sesuatu projek. Jurutera perunding yang memperakui pelan-pelan hendaklah menjalankan penyeliaan dan pemeriksaan untuk memastikan kerjatanah mengikut pelan-pelan, spesifikasi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak majlis, pindaan-pindaan pelan atau syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak majlis dalam kelulusan pelan. Antara contoh lukisan-lukisan kerja tanah adalah : a) Pelan lokasi
104 Rajah 3.7 Contoh Pelan Lokasi b) Pelan kunci Rajah 3.8 Contoh Pelan Kunci c) Pelan Keratan Rentas (Cross Section Plan)
105 Rajah 3.9 Contoh Pelan Keratan Rentas d) Slope (Cut and Fill) Rajah 3.10 Contoh Pemotongan dan Penambakan e) Silt traps & Retention Ponds
106 Rajah 3.11 Contoh Silt traps & Retention Ponds f) Asas Asas merupakan komponen bangunan yang terletak paling bawah dan tidak kelihatan kerana terletak di bawah permukaan tanah. Fungsi utama asas ialah untuk menerima dan memindahkan beban bangunan ke tanah di bawahnya dan menstabilkan struktur bangunan. Asas bangunan terbahagi kepada dua kategori iaitu asas cetek dan asas dalam. Berikut adalah contoh lukisan asas. I. Asas Pad
107 Rajah 3.12 Contoh lukisan Asas Pad II. Asas Jalur Biasa Rajah 3.13 Contoh lukisan Asas Jalur Biasa III. Asas jalur lebar Rajah 3.14 Contoh lukisan Asas jalur Lebar
108 IV. Asas jalur dalam Rajah 3.15 Contoh lukisan Asas jalur Lebar V. Asas rakit papak padu Rajah 3.16 Contoh Asas Rakit Papak Padu
109 VI. Asas rakit rasuk dan papak Rajah 3.17 Contoh Asas Rakit Rasuk dan Papak VII. Asas rakit bersel Rajah 3.18 Contoh Asas Rakit Bersel
110 3.4 Sistem Kumbahan / Saliran Kekotoran Sistem penyaliran kumbahan domestik mengandungi beberapa bahagian penting, iaitu paip lekapan, paip salir, lurang, pembetung awam, dan loji rawatan kumbahan. Rajah 3.19 Pelan lokasi pemasangan luring atau kebuk pemeriksaan. 3.4.1 Lurang Lurang ialah ruang atau lubang periksa yang dibina di bahagian tertentu pada sambungan paip salir atau pembetung awam. Lurang mempunyai penutup yang boleh dibuka bagi tujuan pemeriksaan dan penutup tersebut kebiasaannya diperbuat daripada kepingan besi atau papak konkrit pratuang. Lurang perlu ditutup dengan rapat dan kedap udara supaya gas yang dihasilkan oleh kumbahan tidak boleh keluar. Lurang mempunyai saiz yang berbeza bergantung kepada jenis lurang.
111 Rajah 3.20 Contoh lukisan menggunakan perisian AutoCAD 3.4.2 Pembetung Pembetung awam dibina bagi menyalirkan kumbahan ke tangki septik atau loji rawatan kumbahan
112 3.4.3 Tangki Septik Tangki septik dibina menggunakan bahan binaan yang berkualiti seperti batu bata, konkrit, bahan gentian, atau plastik. Kumbahan yang diterima dari rumah akan disalirkan ke dalam tangki septik. Rajah 3.21 Keratan rentas tangki septik
113 3.5 Introduction To Superimpose Technique In ACAD To Create Shop Drawing. 3.5.1 Superimpose Technique Superimposis adalah perletakan imej di atas imej yang sedia ada, biasanya untuk menampakkan imej keseluruhan, tetapi juga kadang-kadang untuk menyembunyikan sesuatu. Teknik Superimposisi ini juga boleh digunakan untuk menampakkan visual 3D bagi menjelaskan rekabentuk visual awal yang memberi gambaran akhir apabila kerja sebenar telah siap. Teknik superimposisi adalah teknik atau kaedah yang paling cepat untuk mengenalpasti atau menampakkan perubahan dalam pelan sekaligus membantu menyediakan Shop Drawing. 3.5.2 Jenis Lukisan dalam Pembinaan. Terdapat tiga jenis lukisan utama dalam pembinaan bangunan iaitu IFC Drawing (Issue For Contractor) (Lukisan Sebelum Pembinaan), Shop/Construction Drawing (Lukisan Ketika Pembinaan) dan As-Built Drawing (Lukisan Selepas Pembinaan) i Peringkat Pertama : ‘Issued For Contractor’ (IFC Drawing) IFC Drawing’ (Issued For Contractor) ialah lukisan pembinaan yang lazimnya disediakan oleh pihak ‘client’ (pemilik) atau wakilnya iaitu ‘Consultant’ (Jurutera Perunding) untuk dijadikan rujukan buat pihak kontraktor dalam menterjemahkan lukisan bangunan (termasuk infrastruktur) kepada bentuk bangunan yang sebenar. ‘IFC Drawing’ ini perlu mendapatkan pengesahan daripada Jurutera Professional
114 (PEPC) dan diluluskan oleh pihak autoriti atau ‘Client’ sebelum didokumentasikan sebagai lukisan tender. Lukisan tender ini menjadi antara salah satu dokumen penting yang perlu dimuatkan dalam dokumen kontrak yang akan dibeli oleh pihak kontraktor ketika proses pemilihan tender. Walaubagaimanapun, ‘IFC Drawing’ tidak boleh dijadikan rujukan kontraktor secara mutlak di tapak bina kerana lukisan ini hanyalah umpama ‘prototype’ kerana ada banyak perkara yang perlu dibuat penilaiannya dan semakan untuk memastikan kesesuaian pembinaannya dengan keadaan di tapak bina. ii Peringkat Kedua : Shop Drawing (‘IFC Drawing’) bukanlah ‘suatu lukisan yang perlu dipatuhi oleh pihak kontraktor. Kadang-kala akan berlaku pertembungan pandangan dalam menjelaskan struktur binaan secara lebih terperinci antara ‘Consultant’-kontraktor, kontraktor-subkontraktor dan kontraktor- ‘supplier’. Daripada pertembungan pendapat antara pihak-pihak di atas inilah membawa kepada penghasilan lukisan jenis ‘Shop drawing’. Perlu juga difahami bahawa ‘shop drawing’ ini bukannya merujuk lukisan bangunan kedai, tetapi ia adalah lukisan yang dihasilkan untuk menjelaskan struktur binaan dalam ‘IFC Drawing’ secara lebih terperinci untuk memudahkan kerjakerja pemasangan di tapak bina. Kontraktor akan membuat perubahan terhadap ‘drawing’ asal dengan meng’edit’ atau membuat penambahan terhadap kompenan dalam ‘IFC Drawing’ untuk memudahkan rujukan di tapak bina.
115 iii Peringkat Ketiga : As-Built Drawing apabila projek pembinaan bangunan telah siap dilaksanakan, pihak kontraktor perlu membuat lukisan baru yang menjelaskan kedudukan kesemuaan kompenan dalam bangunan yang telah siap dibina, antaranya termasuklah kedudukan paip perkhidmatan, kabel-kabel yang tertanam dan lain-lain lagi. Kebiasaannya, kontraktor akan melantik ‘licensed surveyor’ untuk mendapatkan ukuran yang tepat terhadap kedudukan-kedudukan struktur yang telah siap dibina. Lukisan bangunan yang dibuat selepas tempoh pembinaan dikenali sebagai ‘As-Built Drawing’ dimana lukisan akan digunakan untuk tujuan kerja-kerja penyenggaraan bangunan, kerjakerja tambahan seperti projek ‘enlargement building’ atau ‘renovation’ dan lain-lain lagi selepas pembinaan tamat. 3.5.3 Contoh langkah kerja menggunakan Teknik Superimposisi Seperti yang dijelaskan berkenaan Shop Drawing perubahan terhadap ‘drawing’ asal dengan meng’edit’ atau membuat penambahan terhadap kompenan dalam ‘IFC Drawing’ adalah untuk memudahkan rujukan pemasangan di tapak bina. Berikut adalah contoh langkah kerja menggunakan teknik superimpose yang membezakan antara IFC Drawing dan Shop Drawing. Berikut adalah langkah kerja yang menggunakan teknik superimposisi untuk mengenalpasti perubahan yang telah dibuat (Shop Drawing).
116 i. Buka pelan IFC Drawing (OLD DRAWING) dan Shop Drawing (NEW DRAWING) ii. Select OLD DRAWING dan tukar warna iii. Pastikan warna ditukar pada keseluruhan lukisan
117 iv. Ulang langkah ii pada NEW DRAWING v. Select OLD DRAWING dan convert kepada BLOCK (Block Definition – Name : OLD – OK) vi. Ulang langkah v pada NEW DRAWING
118 vii. Select references point pada OLD DRAWING (biasanya pada titik paling hujung) viii Klik dan move references point OLD DRAWING ke references point NEW DRAWING.
119 Perbezaan atau perubahan yang telah dilakukan, yang dapat dilihat di antara OLD DRAWING dan NEW DRAWING. (Garis merah dan hijau)
120 4.0 KESIMPULAN Pengurusan projek bangunan bukan sahaja tertumpu kepada struktur dan substruktur bangunan sahaja, malah ia merangkumi bidang yang lebih luas termasuk kerja perkhidmatan dan infrastruktur. Infrastruktur adalah komponen yang penting dalam projek bangunan. Jika mutunya tidak diberi penekanan yang sewajarnya, kemungkinan kecacatannya akan menjadi sangat nyata dan memberi gambaran yang negatif terhadap hasil projek dan juga kewibawaan pegawai perancang dan juga kakitangan pengawasan. Lukisan kejuruteraan adalah cara untuk menghasilkan lukisan pelan yang mengambarkan dengan tepat sesuatu objek teknikal, seni bina dan kejuruteraan. Dengan kata lukisan kejuruteraan merupakan alat komunikasi atau bahasa perhubungan di kalangan mereka yang terlibat dengan dunia kejuruteraan. Ia adalah satu dokumen, dalam bentuk bergambar dan sedikit nota. Ia mengandungi semua maklumat penting bagi tujuan pembuatan atau pengilangan; iaitu mungkin mengandungi satu komponen tunggal, sebahagian kumpulan binaan atau satu barangan lengkap yang menunjukkan keseluruhan komponen. Sebelum komputer berkembang pesat kebanyakan lukisan kejuruteraan dilukis secara manual. Di zaman berteknologi ini, tugas melukis dipermudahkan dengan kewujudan sistem Rekabentuk Terbantu Komputer (CAD). Lukisan Kerja merupakan lukisan yang menerangkan dengan terperinci bagaimana sesuatu komponen itu harus dihasilkan dan apakah yang patut dicapai oleh sesuatu pengeluaran itu. Lukisan ini juga menunjukkan sifat akhir sesuatu komponen. Lukisan ini termasuklah Lukisan Terperinci, Lukisan Butir, Lukisan Bahagian-bahagian dan Lukisan Pembuatan.
121 5.0 LATIHAN a) Kenalpasti dan lakar (C1) simbol piawaian perpaipan bagi lekapan berikut : BIL ELEMEN SIMBOL PIAWAI 1 Meter air 2 Paip air panas 3 Tangki pemanas air 4 Poin keluar 5 Tap 6 Paip air sejuk 7 Kunci paip 8 Injap bebola 9 Sambungan -T 10 Pemanas air Jawapan BIL ELEMEN SIMBOL PIAWAI 1 Meter air 2 Paip air panas 3 Tangki simpanan air 4 Poin keluar 5 Tap 6 Paip air sejuk 7 Kunci paip 8 Injap bebola 9 Sambungan -T 10 Pemanas air
122 b) Lukis semula (C2) lukisan perpaipan isometri berikut : I II II IV
123 c) Sediakan (C3) lukisan perpaipan yang bersesuaian berdasarkan pelan lantai yang diberi.
124 SEMESTER SEMESTER 1 DVM SESI 2022 JABATAN JABATAN TEKNOLOGI AWAM PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN KOD KURSUS DCA 1233 COMPUTER AIDED DRAWING (CAD) KANDUNGAN STANDARD 05. 3D DRAWING KANDUNGAN 5.1 Introduction 5.2 Building Drawing (Single Storey) HASIL PEMBELAJARAN Trainee must be able to: 1. Manipulate knowledge of producing technical drawing using AutoCAD software (P4, PLO2) 2. Produce technical skills in produce drawing using AutoCAD software according to standard references. (A4, PLO8) BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARA 5& 6, BLOK E14, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA NOTA KURSUS 5
125 1.0 PENGENALAN Pada kompetensi sebelum ini, anda telah mempelajari Lukisan Terbantu Komputer dalam bentuk 2D. Dimana 2-D adalah pandangan di atas satu permukaan rata yang hanya menunjukkan tinggi dan lebar objek. Sistem ini hanya menggunakan paksi X dan Y sahaja. Manakala, pada kompetensi 5 ini anda akan mempelajari mengenai Lukisan Terbantu Komputer dalam bentuk 3D dimana 3-D adalah pandangan yang memaparkan keadaan sebenar objek. Sistem ini menggunakan paksi X, Y dan Z. Paksi Z menerangkan kedalaman objek yang mana akan kelihatan lebih semula jadi. Kompetensi ini akan memfokuskan pada perisian AutoCAD 3D namun anda juga boleh menggunakan sebarang perisian Lukisan Terbantu Komputer yang bersesuaian untuk menghasilkan imej 3 Dimensi (3D). 2.0 OBJEKTIF 2.1 Memanipulasi konsep 3D yang terdapat di dalam perisian AutoCAD 2.2 Membina lukisan 3D bagi rumah setingkat dengan menggunakan perisian AutoCAD 3.0 LUKISAN 3D 3.1 Pengenalan Lukisan 3D perisian AutoCAD Pada umumnya, perisian AutoCAD mempunyai tiga ruang kerja (workspace) yang biasa digunakan iaitu Drafting & Annotation (2D), 3D Basic dan 3D Modelling. Untuk bekerja dengan lukisan 3D, anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan 3D Basic atau 3D Modelling. Bagi memulakan ruang kerja AutoCAD 3D, pergi ke perisian AutoCAD untuk membuka fail baru dan klik pada templates. Pilih acad3d.dwt jika anda ingin bekerja dalam unit imperial. Manakala, pilih acadiso3d.dwt jika bekerja dalam unit metrik.
126 Rajah 3.1 Paparan mula skrin autoCAD Atau dalam senarai, klik Workspace dan ia akan muncul pada skrin. Anda boleh memilih 3D basics/3D Modeling. Rajah 3.2 Paparan workspace 3D 3.1.1 Sistem Koordinat UCS (User Coordinate System) dan WCS (World Coordinate System) Icon UCS dipaparkan dalam paparan 2D dan 3D bagi menunjukkan paksi pandangan lukisan yang dibina. Manakala, WCS memberi pilihan kepada pengguna untuk melihat lukisan yang dibina daripada pelbagai pandangan yang dikehendaki dengan klik pada simbol yang ditunjukkan untuk melihat lukisan
127 dari mana-mana arah sama ada utara (N), timur (E), Selatan (S), Barat (W) dan isometri. Paksi UCS 3D Paksi WCS 3D Kursor 3D 3.1.2 Menggunakan Views AutoCAD mempunyai beberapa cara untuk melihat sebuah objek. Salah satu cara untuk mengubah sudut paparan AutoCAD adalah dengan menggunakan preset view. Pilih tab View dan klik anak panah ke bawah pada Unsaved View untuk paparan 3D ortografi standard atau paparan isometrik. Enam ortografik dan empat pandangan isometrik berfungsi untuk memaparkan model 3D objek umum seperti bangunan dan komponen mekanikal. Ianya juga boleh diubah ke paparan plan view yang merupakan pandangan atas ke bawah dalam sistem koordinat atau UCS. Rajah 3.3 Penukaran View
128 Empat pandangan isometrik merangkumi: i. SW Isometrik (Isometrik Barat Daya) untuk paparan objek dengan pandangan sisi kiri hadapan bagi objek 3D yang dibuat (pandangan akan berbeza jika kedudukan lukisan hadapan pelan 2D berbeza) ii. SE Isometrik (Isometrik Tenggara) untuk melihat objek dengan pandangan sisi hadapan-kanan bagi objek 3D yang dibuat (pandangan akan berbeza jika kedudukan lukisan hadapan pelan 2D adalah berbeza) iii. NE Isometrik (Isometrik Timur Laut) untuk paparan objek dengan pandangan belakang dan sisi kanan objek 3D yang dibuat (pandangan akan berbeza jika kedudukan lukisan hadapan pelan 2D berbeza) iv. NW Isometrik (NorthWest Isometric) untuk melihat objek dengan pandangan sisi belakang-kiri bagi objek 3D yang dibuat (pandangan akan berbeza jika kedudukan lukisan hadapan pelan 2D adalah berbeza) Untuk memudahkan anda, lebih baik hanya menggunakan satu sudut pandangan sahaja. Sudut pandangan yang biasa digunakan ialah pandangan Southwest (SW). Sudut pandangan ini meletakkan paksi X dan Y dalam satu kedudukan positif serta logik. 3.1.3 Menggunakan ViewCube Penyesuaian juga boleh dibuat dengan menggunakan ViewCube. Ia membantu anda melihat lukisan pada sudut tertentu untuk menggambarkan keseluruhan objek. Perubahan pada objek boleh dibuat dengan serta-merta apabila anda melaraskan sudut pandangan objek tersebut. ViewCube menunjukkan UCS semasa dan berdasarkan arah Utara WCS bagi model tersebut.
129 Untuk melihat objek dalam sudut yang berbeza, klik kotak pada paksi WCS dan pilih mengikut sudut iaitu TOP, LEFT, RIGHT dan BACK ataupun tekan pada kawasan ViewCube dan tahan butang kiri pada tetikus dengan menggerakkannya ke kiri atau kanan untuk menunjukkan pandangan berbeza pada objek. Rajah 3.4 ViewCube 3.1.4 Menggunakan SteeringWheel SteeringWheels adalah sejenis navigasi yang membolehkan anda mengakses beberapa alat navigasi 2D dan 3D dari antara muka paparan tunggal. Wheel berfungsi sebagai navigasi dan mengorientasikan model anda dalam sudut pandangan yang berbeza. Steering Wheel dibahagikan kepada butang yang berbeza iaitu Zoom, Orbit, Pan dan Rewind. Untuk menggunakan Steering Wheel, alihkan kursor ke sebelah kanan lukisan anda dan klik menu seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3.5. Anda boleh menekan dan dan menyeret Wheel untuk mengendalikan mod interaksi utama. Apabila Wheel dipaparkan, anda boleh klik salah satu butang dan tekan pada penunjuk untuk mengaktifkan alat navigasi. Rajah 3.5 Steering Wheel
130 AutoCAD dengan roda navigasi 2D dan tiga roda lain yang direka untuk digunakan bersama dengan permodelan 3D. Tiga roda tambahan tersebut adalah: i. View Object: Mengandungi alat untuk memusatkan model dalam paparan semasa, zoom masuk dan keluar, atau orbit di sekeliling model. ii. Tour Building: Mengandungi alat untuk memindahkan pandangan ke hadapan dan ke belakang, melihat sekitar model dari lokasi tetap dan mengubah ketinggian sudut pandang semasa. iii. Full Navigation: Mengandungi gabungan alat-alat yang terdapat pada 2D Navigation, View Object dan Tour Building Wheel. Rajah 3.6 Roda navigasi (navigation wheel)
131 3.1.5 Visualize Objek 3D Objek yang sudah dihasilkan boleh ditukar mengikut pilihan gaya visual yang diinginkan. Pelbagai gaya visual yang boleh dipilih bagi memastikan objek memberikan pandangan yang lebih baik mengikut kehendak anda. Untuk mengakses tetapan gaya visual, klik visualize pada tab dan pilih Visual Styles. Rajah 3.7 Gaya visual (visual styles) Berikut merupakan beberapa contoh gaya visual yang berbeza daripada objek piramid iaitu 2D Wireframe, Realistic dan X-Ray. Rajah 3.8 Contoh gaya visual
132 3.2 LUKISAN BANGUNAN (RUMAH SETINGKAT) Sebelum membuat dinding dan lantai, tetapkan unit skala bagi lukisan 3D. Pada command line taip UN (Units) dan enter kemudian Drawing Units dipaparkan. Rajah 3.9 Unit lukisan (drawing units) Kemudian tetapkan layer bagi setiap garisan binaan sebelum membuat lukisan. Pada tab home, klik layer properties dan aktifkan layer mengikut garisan yang diperlukan. Rajah 3.10 Bahagian Lapisan (Layer Properties) 3.2.1 Membuat Dinding Bangunan Pertama sekali, garisan bagi dinding bangunan perlulah dibuat dengan menggunakan perintah polyline dan bina semua garisan berdasarkan spesifikasi ukuran pelan lantai bangunan yang ditetapkan iaitu dalam ukuran milimeter (mm).
133 Rajah 3.11 Pelan lantai bangunan Setelah garisan dinding telah dibina, buat garisan berganda untuk dinding melalui perintah offset bagi kesemua dinding dengan jarak 75mm untuk luar dan dalam. Kemudian erase atau trim garisan tengah tersebut bagi membentuk garisan dinding yang diperlukan. Rajah 3.12 Garisan dinding setelah offset Untuk menukar dinding dari bentuk 2D kepada dinding 3D adalah dengan melakukan perintah extrude iaitu menariknya ke atas mengikut ketinggian yang diperlukan sebanyak 3000mm. 6000 2000 1000 3250 3000 1500 3000
134 Rajah 3.13 Pandangan 3D dinding 3.2.2 Membuat Pintu Bangunan Untuk membuat garisan pintu bangunan, tutup fungsi layer dinding dan aktifkan layer pintu. Kemudian, buat pintu sesuai dengan standard ukuran asal menggunakan perintah rectangle iaitu 900mm dan tetapkan lebar lebih kurang 500mm. Extrude garisan pintu ke atas sebanyak 2000mm. Rajah 3.14 Penetapan garisan pintu Setelah itu, buat lubang untuk pintu dengan menggunakan perintah subtract. Select objek luar iaitu bahagian dinding (biru) dan tekan enter, kemudian select objek dalam iaitu bahagian pintu (hijau) dan tekan enter. 900
135 Rajah 3.14 Sebelum dan selepas dilubang (subtract) Untuk membuat daun pintu, ambil ukuran asal dengan menggunakan perintah rectangle dan extrude dalam 150mm objek tersebut. Gunakan perintah move dan pindahkan daun pintu ke titik hujung garisan pintu. Kemudian, gerakkan objek tersebut menggunakan perintah rotate atau 3Drotate. Rajah 3.15 Daun pintu
136 Rajah 3.16 Daun pintu yang telah dipasang dan dipusingkan 3.2.3 Membuat Tingkap Bangunan Untuk membuat garisan tingkap bangunan, tutup fungsi layer dinding dan pintu, aktifkan layer tingkap. Kemudian, buat tingkap sesuai dengan standard ukuran asal menggunakan perintah rectangle iaitu 1150mm dan tetapkan lebar lebih kurang 500mm. Extrude garisan tingkap ke atas sebanyak 1250mm. Rajah 3.17 Penetapan garisan tingkap dan extrude 600 1150
137 Gunakan perintah move untuk memindahkan jarak tingkap dari lantai ke atas dengan ukuran lebih kurang 650mm. Rajah 3.18 Sebelum dan selepas tingkap dipindahkan Setelah itu, buat lubang untuk tingkap dengan menggunakan perintah subtract. Select objek luar iaitu bahagian dinding (biru) dan tekan enter, kemudian select objek dalam iaitu bahagian tingkap (merah jambu) dan tekan enter. Rajah 3.19 Lukisan setelah subtract Kemudian, ambil ukuran asal tingkap dengan menggunakan perintah rectangle dan offset 100mm ke dalam. Extrude garisan tingkap ke tepi dengan jarak 150mm.
138 Rajah 3.20 Membina daun tingkap Daun tingkap yang telah dibina perlu dipindahkan ke tingkap asal dengan menggunakan perintah move. Rajah 3.21 Memindahkan daun tingkap
139 3.2.4 Membuat bumbung bangunan Untuk membuat bumbung 3D, terdapat beberapa cara atau kaedah berdasarkan jenis bumbung yang terdapat pada pelan. Berikut merupakan bentuk bumbung yang ingin dibina. Rajah 3.22 Bentuk bumbung pada pelan Buat garisan tegak di tengah menggunakan perintah polyline pada bahagian tepi bangunan dengan jarak 1500mm dan buat garisan condong sampai ke titik hujung tersebut. Kemudian, tambah 500mm pada dua titik hujung tersebut ke depan dan ke tepi. Rajah 3.33 Membina garisan bumbung
140 Setelah itu, gunakan perintah move untuk memindahkan titik garisan tersebut dan gunakan perintah erase untuk membuang titik tegak yang telah dibina tadi. Untuk menghasilkan permukaan 3D, gunakan perintah 3Dface dan select di setiap titik yang hendak dijadikan permukaan 3D tersebut seperti yang terdapat dalam Rajah 3.34, ada tiga titik yang diperlukan. Rajah 3.34 Penggunaan 3Dface Kemudian, extrude ke tepi hingga ke bahagian tengah bangunan seperti Rajah 3.35. Rajah 3.35 Bumbung pertama siap 1 2 3
141 Ulang kembali kesemua langkah sebelum ini dalam membina garisan bumbung dan permukaannya dengan ketinggian 1000mm. Rajah 3.36 Permukaan bumbung yang telah siap dibina Setelah itu, pemasangan untuk fascia board dilakukan dengan menggunakan perintah polyline dengan ketebalan lebih kurang 200mm. Rajah 3.37 Membuat fascia board Kemudian, semua permukaan fasia board dijadikan 3D dengan menggunakan perintah 3Dface. Rajah 3.38 Permukaan fascia board sebelum dan selepas 3Dface digunakan
142 3.2.5 Membuat latar belakang Langkah yang terakhir adalah membuat latar belakang bagi setiap lukisan yang dihasilkan dengan menggunakan material bangunan agar rumah yang dilukis kelihatan seperti realistik atau asli melalui perintah materials browser. Bagi melihat jenis material yang dipilih, klik pada materials/textures on yang terdapat pada tab visualize. Untuk menggunakan perintah materials browser, select permukaan objek yang ingin diubah, right klik pada material yang diinginkan dan pilih assign to selection. Rajah 3.39 Paparan jenis material Rajah dibawah ini merupakan kesan material yang telah diberi pada permukaan rumah tersebut. Rajah 3.40 Rumah yang telah siap sepenuhnya
143 4.0 KESIMPULAN Bentuk 3D adalah bentuk padat, tidak seperti bentuk 2D yang dihasilkan kerana ia menggabungkan 3 dimensi iaitu panjang, lebar dan tinggi. Oleh itu, lukisan 3D ini dapat membantu dalam memahami lukisan dengan mudah dan berfungsi untuk memvisualisasikan reka bentuk sesuatu bangunan. 5.0 LATIHAN 1. Berikut merupakan gaya visual yang terdapat di dalam lukisan 3D. Namakan gaya visual tersebut mengikut jenis dengan tepat. i. ________________________________________ ii. ________________________________________ iii. ________________________________________ iv. ________________________________________
144 2. Bina lukisan 3D berpandukan pelan yang diberi.
145
146
147 Jawapan Soalan 1: i. Sketchy ii. Wireframe iii. X-Ray iv. 2D Wireframe Soalan 2:
148 Jawapan Soalan 1: i. Sketchy ii. Wireframe iii. X-Ray iv. 2D Wireframe Soalan 2:
149 SENARAI RUJUKAN Zaliza Hanapi, Effendi Jamlos dan Khairul Idham Nordin (2019) Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 4. Kuala Lumpur : Mudah Urus Enterprise. Azlin Said, Effendi Jamlos, Zulhafizal Othman dan Ainamardia Nazarudin (2020) Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 5. Selangor : Arif Corporation Sdn Bhd. Noh Sarip, Azman Dum, Nasir Abd Manan dan Masnin Karmin (2003) Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 5. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. AMC College (2020). Manual Latihan Langkah Demi Langkah 2D dan 3D Autocad 2020 Versi Bahasa Melayu Level 3. Kota Kinabalu, Sabah: Advanced Business Systems Consultants Sdn. Bhd. Elise Moss (2015). Autodesk AutoCAD Architecture 2016 Fundamentals. United States of America: SDC Publications. Azman Hasan, Samsul Salleh dan Fauzi Toed (2020). Pembinaan Domestik Tingkatan 4 dan 5. Selangor: Aras Mega (M) Sdn. Bhd. Asma Muda, Khairulaini Jamil, Mohd Yazid Abu Hasan Asuri dan Nurul Mukhlis Kostor (2017). Grafik Komunikasi Teknikal Tingkatan 5. Selangor: Aras Mega Sdn Bhd. JKR (2014). Manual Rekabentuk Kejuruteraan Awam (Kerja Sivil) Bagi Projek Pembangunan - (Penyediaan Lukisan Kejuruteraan Awam – Panduan 7). Mr. Frank Minnella (2022 ) Architechtural Construction Drawings. State of New Jersey: Middlesex County Vocational & Technical Schools https://www.frankminnella.com/architectural-construction-drawings.html Archid Architecture (2019), House Plans Floors. Johannesburg, South Africa: Archid Architecture https://www.archid.co.za/read-house-plans-floor-plans/