The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohamad Rizan Mohd Akil, 2020-11-29 11:52:16

MODUL RBT TAHUN 5

MODUL RBT TAHUN 5

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
(KSSR)

MODUL PENGAJARAN
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

TAHUN 5

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA



KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
(KSSR)

MODUL PENGAJARAN
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

TAHUN 5

Terbitan

Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum

MAC 2014

Cetakan Pertama 2014
© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan
cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,
Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

KANDUNGAN 1
3
MODUL PENGAJARAN TEKNIKAL
1. 2.0 Asas Teknologi 5

2.2 Memasang Dan Membuka Kit Model Berfungsi Secara 15
Elektromekanikal Berpandukan Manual.
2.2.1 Membaca dan memahami manual 26
2.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang 44
diperlukan untuk memasang dan membuka kit model. 53
2.2.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model
seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan
tali sawat, motor, gear, kerangka, suis, bateri, pemegang
bateri, sel solar, sensor dan alat kawalan jauh.
2.2.4 Memasang komponen kit model berpandukan manual.
2.2.5 Mengenal pasti sistem elektromekanikal kit model.
2.2.6 Menguji kefungsian kit model.
2.2.7 Membuka dan menyimpan komponen kit model.

2. 4.0 Penghasilan Projek
4.2 Menghasilkan Projek Menggunakan Bahan Logam Dan Bukan
Logam Dengan Litar Elektronik.
4.2.1 Mengenal pasti projek berpandukan manual.
4.2.2 Menyatakan bahan logam seperti aluminium, keluli, zink
dan bahan bukan logam.
4.2.3 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang
digunakan untuk membina projek iaitu gergaji logam,
gunting logam, gandin kayu, gandin getah, kikir rata,
kikir parut, playar gabung, pisau boleh laras, pengikis,
penggarit, ragum kakak tua dan ragum meja.
4.2.4 Menyediakan alatan dan bahan.
4.2.5 Mengukur, menanda dan memotong bahan yang
digunakan untuk membuat projek.
4.2.6 Memasang bahan projek menggunakan pengikat dan
pencantum.
4.2.7 Membuat kemasan projek menggunakan bahan iaitu
cat licau atau syelek.

iii

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

4.2.8 Menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen 64
elektronik seperti diod pemancar cahaya (LED),
perintang, kapasitor, transistor, buzer dan suis. 72
89
4.2.9 Membaca litar skematik dan litar bergambar berdasarkan
manual.

4.2.10 Membuat penyambungan litar elektronik pada projek.
4.2.11 Menguji kefungsian projek.
4.2.12 Membuat penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan.
4.2.13 Pengiraan kos bahan.

MODUL PENGAJARAN TEKNOLOGI PERTANIAN 93
3. 5.0 Teknologi Pertanian 95
101
5.1 Menanam Benih Dalam Bekas.
5.1.1 Memilih biji benih yang baik berdasarkan ciri-ciri seperti 109
cukup matang, bernas, berbentuk normal dan tidak 116
diserang perosak.
5.1.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti sudip tangan,
serampang tangan dan penyiram.
5.1.3 Menyediakan alatan iaitu sudip tangan, serampang tangan
dan penyiram.
5.1.4 Mengenal pasti medium semaian seperti medium campuran,
peat most dan cocoa peat.
5.1.5 Menyediakan medium dan bekas semaian yang sesuai.
5.1.6 Mengisi medium ke dalam bekas semaian mengikut
prosedur.
5.1.7 Menyemai biji benih halus atau biji benih kasar dengan
kaedah yang betul.
5.1.8 Melakukan penjagaan semaian iaitu menyiram, merumput
dan mengawal makhluk perosak.
5.1.9 Menyediakan medium dan bekas penanaman yang sesuai.
5.1.10 Mengubah anak benih ke dalam bekas tanaman mengikut
prosedur.
5.1.11 Melakukan aktiviti penjagaan tanaman iaitu merumput,
menggembur, membaja, menyiram dan mengawal perosak.

iv

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

MODUL PENGAJARAN SAINS RUMAH TANGGA 127
4. 6.0 Sains Rumah Tangga 129

6.2 Menyediakan Sajian 141
6.2.1 Mengenal pasti sanitasi penyediaan makanan dengan 164
betul. 177
6.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti kutleri, sudip,
senduk kayu, mangkuk adunan, alat penyukat, alat 188
penimbang, kuali, periuk, alat pengadun kek, alat
pengisar buah, cerek elektrik, pembakar roti, dapur
dan oven elektrik.
6.2.3 Memilih menu sarapan atau minum petang.
6.2.4 Membuat anggaran kos bahan mengikut menu yang dipilih.
6.2.5 Menyedia, memasak dan menghidang sajian.
6.2.6 Membersih alatan dan ruang memasak.
6.2.7 Menyelenggara dan menyimpan alatan.

6.3 Meghias dan Membungkus Makanan
6.3.1 Menyatakan bahan hiasan seperti aising, coklat urai,
jem dan kelapa parut kering.
6.3.2 Menyatakan jenis pembungkus makanan seperti bekas
plastik dan kertas pembungkus.
6.3.3 Menyatakan maklumat pada label pembungkus
makanan iaitu jenama, nama makanan, kandungan,
tanda harga, tanda halal, berat dan tarikh luput.
6.3.4 Menghias dan membungkus makanan seperti kek, roti,
donut dan biskut.

PANEL PENGGUBAL MODUL KSSR RBT TEKNIKAL 193
PANEL PENGGUBAL MODUL KSSR RBT TEKNOLOGI PERTANIAN 195
PANEL PENGGUBAL MODUL KSSR RBT SAINS RUMAH TANGGA 196

v



RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung
cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih
erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara
yang akan dapat dinikmati bersama secara adil
dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya
dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-
prinsip yang berikut:

• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN

vii

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih

memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara

Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

viii

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MODUL PENGAJARAN

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

KEMAHIRAN TEKNIKAL

TAHUN 5

Bahagian Pembangunan Kurikulum

0



Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

TAJUK 2.0 ASAS TEKNOLOGI
MASA 60 minit ( 2 waktu )
STANDARD
KANDUNGAN 2.2 Memasang dan membuka kit model berfungsi secara
STANDARD elektromekanikal berpandukan manual.
PEMBELAJARAN
2.2.1 Membaca dan memahami manual.
OBJEKTIF 2.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang
PEMBELAJARAN diperlukan untuk memasang dan membuka kit model.
2.2.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model
RINGKASAN seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan
tali sawat, motor, gear, kerangka, suis, pemegang bateri,
KEMAHIRAN sel solar, sensor dan alat kawalan jauh.

ELEMEN MERENTAS Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
KURIKULUM 1. membaca dan memahami manual.
2. menyatakan nama dan fungsi alatan tangan dengan betul.
BAHAN BANTUAN 3. menyatakan nama dan fungsi komponen kit model
MENGAJAR
dengan betul.

Murid membaca dan memahami manual dengan bimbingan guru.
Nama, fungsi alatan tangan dan komponen yang terdapat dalam
kit model didedahkan kepada murid.

1. Membaca manual kit model.
2. Mengenal pasti nama, fungsi alatan dan komponen kit model.

Keusahawanan :

EK 2 - boleh mendapat maklumat daripada sumber.

Kreativiti - menghasilkan idea dari pemerhatian.

Nilai murni - yakin dan mematuhi peraturan.

Kit model, manual, carta, alatan tangan.

3

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

AKTIVITI PENGAJARAN Set Induksi
DAN PEMBELAJARAN
Guru mempamerkan kit model yang telah siap dipasang kepada
murid. Guru bersoal jawab dengan murid. Guru mengaitkan
jawapan murid dengan pengajaran pada hari ini.

Langkah 1

1. Guru mengedarkan kit model kepada setiap kumpulan.
2. Guru membimbing murid membaca dan memahami manual

kit model.

Langkah 2

1. Guru menerangkan nama, fungsi dan cara penggunaan
alatan tangan dengan betul.

2. Guru menerangkan nama dan fungsi komponen kit model
seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan tali
sawat, motor, gear, kerangka, suis, pemegang bateri, sel
solar, sensor dan alat kawalan jauh.

Langkah 3

1. Murid menamakan alatan tangan dan komponen kit model
yang ditunjukkan oleh guru.

2. Guru meminta murid memberikan beberapa contoh
kegunaan komponen yang pernah dilihat pada persekitaran.

Penutup

Guru membuat rumusan pengajaran dengan memberi bandingan
beberapa contoh kit model lain yang terdapat di pasaran.

PENILAIAN Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan seperti
PENGAJARAN DAN lampiran.
PEMBELAJARAN

PENGETAHUAN SEDIA Murid sudah mempelajari set binaan yang ada kesamaan dengan
ADA MURID kit model semasa berada di tahap 1.

REFLEKSI

4

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

TAJUK 2.0 ASAS TEKNOLOGI
60 minit ( 2 Waktu )
MASA
2.2 Memasang dan membuka kit model berfungsi secara
STANDARD elektromekanikal berpandukan manual.
KANDUNGAN
2.2.4 Memasang komponen kit model berpandukan manual.
STANDARD 2.2.5 Mengenal pasti sistem elektromekanikal kit model.
PEMBELAJARAN 2.2.6 Menguji kefungsian kit model.
2.2.7 Membuka dan menyimpan komponen kit model.

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :
PEMBELAJARAN 1. memasang komponen kit model berpandukan manual

dengan betul.
2. mengenal pasti sistem elektromekanikal yang terdapat

pada kit model.
3. menguji kefungsian kit model.
4. mengetahui cara-cara yang betul untuk membuka dan

menyimpan kit model.

RINGKASAN Murid memasang, mengenal pasti sistem pergerakan
elektromekanikal, membuka dan menyimpan kit model
berpandukan manual dengan bimbingan guru.

KEMAHIRAN 1. Membaca manual kit model.
2. Menggunakan alatan tangan dengan betul.
3. Memasang, membuka dan menyimpan kit model dengan

betul.

ELEMEN Keusahawanan :
MERENTAS KURIKULUM
EK 3 - Merancang sesuatu projek dengan teliti dan

melaksanakannya.

Kreativiti - Boleh mengumpul maklumat dan memastikan

kualiti tugasan.

Nilai murni - Berazam tinggi

BAHAN BANTUAN Kit model, manual, alatan tangan.
MENGAJAR

5

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

AKTIVITI PENGAJARAN Set Induksi
DAN PEMBELAJARAN
Guru menunjukkan kit model dan meminta murid untuk
menamakan kit model tersebut. Guru bersoal jawab dengan
murid.

Langkah 1

1. Guru mengedarkan satu set kit model kepada setiap
kumpulan.

2. Murid membaca manual yang telah dibekalkan. Murid
melakukan aktiviti memasang kit model berpandukan manual
dalam kumpulan.

Langkah 2

1. Murid mengenal pasti sistem elektromekanikal yang terdapat
pada kit model.

2. Murid menguji kit model yang telah dipasang dan membuat
pembaikan sekiranya tidak berfungsi.

Penutup

Murid membuka dan menyimpan kit model. Guru memberi
penghargaan kepada kumpulan yang berjaya memasang kit
model.

PENILAIAN 1. Guru menilai kit model yang telah siap dipasang mengikut
PENGAJARAN DAN kumpulan.
PEMBELAJARAN
2. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan.

PENGETAHUAN SEDIA Murid pernah melakukan aktiviti memasang kit model pada
ADA pembelajaran yang lalu

REFLEKSI

6

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan :

1. Alatan Tangan Nama Fungsi
Alatan Tangan

Pemutar skru Philip Untuk mengetatkan dan
melonggarkan skru kepala
Philip.

Pemutar skru rata Untuk mengetatkan dan
melonggarkan skru kepala
belah.

Kunci Allen Untuk mengetatkan dan
melonggarkan skru kepala
Allen.

Playar muncung tirus Untuk memegang komponen
yang kecil.

Gandin plastik Untuk mengetuk bahagian kit
model secara perlahan.

Untuk mengetat dan
Sepana hujung terbuka melonggarkan bol dan nat.

7

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

2. Sistem Pergerakan Kit Model
Kit model yang berbeza mempunyai sistem pergerakan yang berbeza. Sebagai contoh, sistem
pergerakan kit model kereta lumba berbeza dengan sistem pergerakan kit model kereta kabel.
Murid akan mengenal pasti sistem pergerakan yang terdapat pada kit model. Di antara beberapa
sistem pergerakan yang terdapat pada kit model adalah seperti berikut.
Motor
Kit model biasanya digerakkan oleh motor. Motor yang digunakan pada kit model biasanya
menggunakan arus terus daripada bateri. Motor merupakan sejenis alat elektrik yang menukarkan
tenaga elektrik kepada tenaga kinetik. Apabila arus elektrik dibekalkan pada motor, syaf yang
terdapat pada motor tersebut akan berputar dan memindahkan kuasa kepada gear atau takal
untuk melakukan sesuatu kerja.

Syaf

Gear
Gear merupakan satu komponen yang penting bagi sesuatu kit model kerana ia berfungsi sebagai
penghantar kuasa untuk menggerakan bahagian-bahagian pada kit model. Setiap komponen gear
bersentuhan di bahagian gigi antara satu sama lain supaya berlaku permindahan kuasa pada
bahagian yang diperlukan. Gear yang dipasang pada syaf motor dikenali sebagai gear pemacu.
Apabila motor berfungsi, gear pemacu akan menggerakkan rangkaian gear yang lain yang dikenali
sebagai gear dipacu bagi mewujudkan satu sistem pergerakan yang lengkap bagi sebuah kit
model.

Gear
dipacu

Gear
Pemacu

8

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Takal dan Tali Sawat

Takal biasanya dihubungkan dengan menggunakan tali sawat. Takal dan tali sawat digunakan
untuk menghubungkan dan memindahkan tenaga kinetik dari satu syaf ke syaf yang lain.
Lazimnya, takal dan tali sawat digunakan pada sistem sebuah kren untuk mengangkat barang dan
sistem pergerakan kereta kabel. Sistem takal dan tali sawat juga boleh digunakan untuk
menukarkan dan memindahkan kelajuan tinggi kepada kelajuan rendah atau sebaliknya seperti
yang terdapat pada sistem pergerakan gerudi meja.

Tali sawat

Takal

Gegancu dan rantai

Rantai juga digunakan dalam sistem pergerakan kit model. Rantai menghubungkan gegancu
pemacu yang dipasang pada motor dengan gegancu dipacu. Rantai berfungsi memindahkan
kuasa dari gegancu pemacu ke gandar yang dipasang gegancu dipacu untuk menghasilkan
pergerakan apabila motor dihidupkan.

Rantai

Gegancu
9

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

3. Pemasangan kit model.

Sebelum aktiviti pemasangan kit model dijalankan, murid-murid mestilah merujuk dan memahami
terlebih dahulu manual pemasangan yang dibekalkan bagi setiap kit model.

Contoh pemasangan kit model. b. Pasangkan suis dan pemegang bateri.

a. Keluarkan komponen kit model robot
daripada kotak dan fahami manual
pemasangan.

c. Sambungkan wayar antara suis dengan d. Pasangkan bahagian motor arus terus
motor arus terus. dan gear pada bahagian hadapan
badan model robot.

10

e. Suis dan pemegang beteri dipasang pada Draf Modul Pengajaran
bahagian belakang badan model robot. Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

f. Pasangkan bahagian tangan dan kaki
model robot dengan menggunakan skru.

g. Cantumkan bahagian tangan dan kaki h. Kit model robot yang telah siap boleh
kit model robot pada badannya. diuji dengan memasangkan bateri dan
menghidupkan suis.
Perhatikan pergerakan robot tersebut.

4. Pengujian kit model.
Pengujian kit model dilakukan bagi memastikan kit model berfungsi secara normal. Sekiranya kit
model tidak berfungsi atau berfungsi secara tidak normal, pembaikan haruslah dilakukan. Setelah
pembaikan dibuat, pengujian dilaksanakan semula.

11

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

5. Membuka dan menyimpan kit model.
Kit model yang telah siap dipasang dan diuji akan dibuka setiap komponen satu persatu. Guru
perlu membimbing murid-murid untuk memastikan setiap komponen dibuka dengan cermat dan
tidak rosak. Semua komponen disimpan semula ke dalam kotak atau bekas penyimpanan yang
disediakan.

Nota guru
Pemilihan kit model mengikut kreativiti guru berdasarkan kepada Standard Pembelajaran 2.2.3.
Kit model boleh diperolehi dengan menggunakan peruntukan PCG.

12

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lembaran Kerja.
A. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

tali sawat gear Motor pemacu kuasa

1. ___________ berfungsi sebagai penghantar kuasa untuk menggerakan bahagian-bahagian
pada kit model robot.

2. Rantai berfungsi memindahkan __________ dari gegancu pemacu ke gandar yang dipasang
gegancu dipacu untuk menghasilkan pergerakan apabila motor dihidupkan.

3. Takal biasanya dihubungkan dengan menggunakan _____________.

4. ___________ merupakan sejenis alat elektrik yang menukarkan tenaga elektrik kepada
tenaga kinetik.

5. Gear yang dipasang pada syaf motor dikenali sebagai gear ___________ .

13

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

B. Labelkan bahagian-bahagian kit model robot di bawah.

Suis Tangan Kaki Motor Gear

14

TAJUK Draf Modul Pengajaran
MASA Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
STANDARD
KANDUNGAN 4.0 Penghasilan Projek
STANDARD
PEMBELAJARAN 60 minit (2 waktu )

OBJEKTIF 4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan
PEMBELAJARAN bukan logam dengan litar elektronik

RINGKASAN 4.2.1 Mengenal pasti projek berpandukan manual.

KEMAHIRAN 4.2.2 Menyatakan bahan logam seperti aluminium, keluli, zink
dan bahan bukan logam.
ELEMEN
MERENTAS 4.2.3 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang
KURIKULUM digunakan untuk membina projek iaitu gergaji logam,
gunting logam, gandin kayu, gandin getah, kikir rata, kikir
parut, playar gabung, pisau boleh laras, pengikis
penggarit, ragum kakak tua dan ragum meja.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

1. memahami cara membuat projek berpandukan manual.
2. mengenal pasti pelbagai bahan logam yang akan

digunakan untuk membuat projek
3. menyatakan nama dan fungsi alatan tangan.

Guru menerangkan cara membuat projek dengan berpandukan
manual. Murid membaca dan memahami manual, kemudian
murid dapat menentukan bahan dan alatan tangan yang akan
digunakan untuk membina projek.

1. Memahami manual.
2. Mengenal pasti pelbagai jenis bahan logam
3. Menama dan menyatakan fungsi alatan tangan.

Keusahawanan :
EK2 - memilih idea terbaik daripada banyak idea.

- meneruskan peningkatan kualiti idea
Kreativiti - boleh mengumpul dan boleh membuat penilaian

terhadap idea.
Nilai murni : mematuhi peraturan.

15

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

BAHAN 1. Manual
BANTUAN 2. Aluminium, zink, keluli
MENGAJAR 3. Gergaji logam, gunting logam, gandin kayu, gandin getah,

kikir rata, kikir parut, playar gabung, pisau boleh laras,
pengikis, penggarit, ragum kakak tua dan ragum meja.

AKTIVITI PENGAJARAN Set Induksi
DAN PEMBELAJARAN
1. Guru mempamerkan contoh projek “Papan tanda
elektronik” yang sudah siap.

2. Guru bersoal jawab dengan murid.
a. Apakah kegunaan projek yang dipamerkan?
b. Apakah bahan yang digunakan untuk membuat projek?

3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran
pada hari ini.

Langkah 1

1. Guru mengedarkan manual projek” Papan tanda
elektronik”. (seperti lampiran)

2. Murid membaca dan memahami manual yang diedarkan
dengan bimbingan guru.

Langkah 2

1. Guru mempamer dan menerangkan pelbagai jenis bahan
logam yang boleh digunakan untuk membuat projek.

2. Guru menerangkan nama dan fungsi alatan tangan.
3. Guru menunjukkan cara mengguna alatan tangan

pada bahan dengan betul. (lampiran)

Langkah 3

1. Murid diminta mengenal pasti bahan logam dan bukan
logam. (lembaran kerja 1)

2. Murid diminta menyesuaikan fungsi alatan tangan dengan
betul. (lembaran kerja 2)

Penutup

Guru membimbing murid membuat rumusan tentang
pelajaran pada hari ini.

PENILAIAN Murid menjawab soalan berdasarkan lembaran kerja 1 dan 2.
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

16

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

PENGETAHUAN SEDIA Murid pernah menghasilkan projek berasaskan bahan bukan
ADA logam pada tahun 4.

REFLEKSI

17

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Penerangan Projek

Projek Papan Tanda Elektronik menggabungkan bahan logam dan bahan bukan logam.
Projek ini juga menggunakan litar elektronik dan boleh digunakan sebagai pemberi isyarat.

Manual Projek Papan Tanda Elektronik

Rantai

Papan lapis B1 F1 D LED
Aluminium A GE C2 Kayu beroti
Suis mikro
Suis togel C1 F2
B2

10

Lukisan berdimensi 300

200
18

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lukisan terlerai

F1 B1 A
C1 C2
E
G F2 D
B2

Bahagian projek

 1 keping papan lapis berukuran 300mm X 200mm X 3mm (Bahagian A)
 2 batang kayu beroti berukuran 300mm X 20mm X 10mm (Bahagian B1 dan B2)
 2 batang kayu beroti berukuran 200mm X 20mm X 10mm (Bahagian C1 dan C2)
 1 keping mounting board berukuran 200m X 100mm X 1mm (Bahagian D)
 1 keping zink berukuran 100mm X 90mm X 1mm (Bahagian E)
 2 batang aluminium berbentuk U 200mm X 12mm X 12mm (Bahagian F1 dan F2)
 1 batang kayu beroti 40mm X 20mm X 10mm (Bahagian G)
 Wayar lembar tunggal
 1 unit pemegang bateri
 2 biji bateri saiz “AA”
 1 unit suis togel
 1 unit suis mikro
 4 biji LED

19

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Langkah Kerja

1. Cantumkan bahagian B1, B2, C1 dan C2 di atas papan A mengunakan glu dan paku.
2. Cantumkan bahagian F1 dan F2 di atas bahagian D mengunakan glu.
3. Cantumkan bahagian D pada bahagian A menggunakan glu.
4. Cantumkan bahagian G di atas bahagian E sebagai pemegang menggunakan glu.
5. Masukkan bahagian E di bahagian F1 dan F2 sebagai tetingkap pada papan tanda

elektronik.

Bahan logam dan bukan logam

Bahan Logam Bahan Bukan Logam
Papan lapis
Aluminium

Logam Kayu beroti

Medium Density Fibre Board (MDF)
Zink

20

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Alatan tangan

Murid-murid telah mempelajari nama dan fungsi alatan tangan di tahun 4.
Berikut adalah alatan tangan yang perlu dipelajari semasa di tahun 5.

Bil Nama Alat Fungsi

1 Memotong bahan logam
Gergaji Besi
Memotong kepingan logam

2
Gunting Logam

3 Mengetuk permukaan kerja kayu

Gandin kayu

Digunakan untuk membentuk, melipat,
mengetuk dan meratakan kepingan
4 logam pada sudut tepat, serta
membentuk keluli lembut.
Gandin Getah

Digunakan untuk meratakan permukaan
logam.
5
Kikir Rata

21

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

6 Digunakan untuk mengikir dan
membentuk hujung kayu.
Kikir Parut

Digunakan untuk memotong,
membengkok, membentuk,
7 memegang dan mencengkam bahan
logam.

Playar Gabung

8 Memotong bahan bukan logam
Pisau boleh laras

9 Mengikis permukaan bahan kerja
Pengikis

10 Digunakan untuk menanda garisan
pada permukaan kepingan logam

Penggarit

Mencabut paku dan memotong dawai
11 halus

Ragum kakak tua

22

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

12 Memegang benda kerja logam
Ragum Meja Kerja Logam

13 Memegang benda kerja kayu
Ragum Meja Kerja Kayu

23

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lembaran Kerja 1
Tuliskan “Logam” atau “ Bukan Logam” pada ruang yang disediakan untuk bahan di bawah.

24

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lembaran Kerja 2
Suaikan gambar rajah alatan di bawah dengan fungsinya.

BIL Alatan Fungsi

Digunakan untuk

1 mengikir dan membentuk
hujung kayu.

Digunakan untuk
membentuk, melipat,
mengetuk dan meratakan
2 kepingan logam pada
sudut tepat, serta
membentuk keluli lembut.

Digunakan untuk

3 menanda garisan pada
permukaan kepingan

logam

Digunakan untuk

4 meratakan permukaan
logam.

Digunakan untuk

memotong,

5 membengkok,
membentuk,

memegang dan

mencengkam benda bulat

Digunakan memotong
6 kepingan logam

25

TAJUK Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
MASA
4.0 Penghasilan Projek
STANDARD
KANDUNGAN 60 minit ( 2 waktu )

STANDARD 4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan
PEMBELAJARAN bukan logam dengan litar elektronik.

4.2.4 Menyediakan alatan dan bahan.
4.2.5 Mengukur, menanda dan memotong bahan yang

digunakan untuk membuat projek.

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
PEMBELAJARAN 1. menyediakan alatan dan bahan berpandukan manual.
2. mengukur, menanda dan memotong bahan logam dan

bukan logam dengan kaedah yang betul dan ukuran
yang tepat.

RINGKASAN Murid menyediakan alatan dan bahan bagi melakukan aktiviti
mengukur, menanda dan memotong bahan logam dan bahan
bukan logam dengan bimbingan guru.

KEMAHIRAN 1. Mengenal pasti bahan dan alatan tangan.
2. Mengukur bahan logam dengan menggunakan pembaris

keluli.
3. Menanda bahan logam dengan menggunakan penggarit.
4. Memotong bahan logam dengan menggunakan gunting

logam.

ELEMEN Keusahawanan:
MERENTAS
KURIKULUM EK2 – boleh merealisasikan idea untuk kesesuaian
semasa
BAHAN
BANTUAN MENGAJAR Kreativiti – boleh menggunakan cara dan teknik mengikut
kaedah yang lebih baik.

Nilai murni - berdisplin

1. Manual
2. Bahan logam dan bahan bukan logam.
3. Alatan tangan. - Gunting logam, gandin getah, kikir rata,

playar gabung, penggarit, pembaris keluli

26

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

AKTIVITI PENGAJARAN Set Induksi
DAN PEMBELAJARAN
1. Guru bersoal jawab dengan murid.
Apakah alatan dan bahan yang telah dipelajari pada
pelajaran yang lepas?

2. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran
pada hari ini.

Langkah 1

1. Guru mengedarkan manual.
Murid membaca dan memahami manual.

2. Murid menyenaraikan alatan dan bahan yang
diperlukan untuk membuat projek.

Langkah 2

1. Guru mengarahkan murid mengambil alatan dan
bahan yang diperlukan secara teratur.

2. Murid melakukan aktiviti mengukur dan menanda
dengan berpandukan manual.

3. Guru membimbing murid melakukan aktiviti
mengukur dan menanda dengan cara yang betul.

Langkah 3

Guru membuat penilaian hasil kerja murid dengan
memberi penghargaan pada bahan yang telah
dipotong.

Penutup

Guru membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini.

PENILAIAN Guru menilai bahan yang telah dipotong.
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

PENGETAHUAN Murid pernah melakukan aktiviti menanda dan memotong pada
SEDIA ADA MURID tahun 4

REFLEKSI

27

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Penyediaan Bahan dan Alatan

Sebelum mula membuat projek papan tanda elektronik, bahan dan alatan perlu disediakan
terlebih dahulu. Berikut adalah senarai bahan yang diperlukan bagi membuat projek tersebut.

Bil Bahan Keterangan

 1 keping papan lapis berukuran
1 300mm X 200mm X 3mm (Bahagian A)

 2 batang kayu beroti berukuran

2 300mm X 20mm X 10mm (Bahagian B1
dan B2)

 2 batang kayu beroti berukuran

3 200mm X 20mm X 10mm (Bahagian C1
dan C2)

 1 keping zink berukuran 200m X 100mm
4 X 1mm (Bahagian D)

28

Bil Bahan Draf Modul Pengajaran
5 Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Keterangan

 1 keping mounting board berukuran
100m X 90mm X 2mm (Bahagian E)

 2 batang aluminium berbentuk “U”
6 berukuran 100mm x 12mm x 12mm.

(Bahagian F1 dan F2)

7  1 batang kayu beroti berukuran
40mm x 20mm x 10mm (Bahagian G)

 Cat licau dengan warna yang
8 bersesuaian.

29

Bil Bahan Draf Modul Pengajaran
9 Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Keterangan

 Syelek

10  Kertas las

 Bateri saiz “AA”
11

12  Glu sentuh

30

Bil Bahan Draf Modul Pengajaran
13 Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Keterangan

 Diod pemancar cahaya ( LED )

14  Pemegang bateri

15  Suis togel

16  Paku

31

Bil Bahan Draf Modul Pengajaran
17 Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Keterangan

 Wayar lembar tunggal

18  Bongkah penyambung

19  Suis mikro

32

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Maklumat Tambahan Guru.

Projek papan tanda berlampu ini menggunakan bahan logam. Berikut adalah contoh bahan
logam yang boleh didapati di pasaran. Guru boleh memilih salah satu daripada contoh bahan
logam dibawah untuk membuat projek.

Bil Bahan Gambar

1 Aluminium

2 Logam

3 Zink

33

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Berikut pula adalah senarai alatan yang diperlukan bagi membuat projek tersebut.

Bil Nama Alatan Gambar

1 Playar gabung

2 Tukul kuku kambing

3 Tukul warrington

4 Sesiku L

5 Gandin getah

34

Bil Nama Alatan Draf Modul Pengajaran
6 Gandin kayu Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Gambar

7 Gergaji logam

8 Pisau boleh laras
9 Gergaji puting

10 Kikir parut

35

Bil Nama Alatan Draf Modul Pengajaran
11 Kikir rata Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Gambar

12 Penebuk pusat

13 Pembaris keluli
14 Ragum kakak tua
15 Penggarit

36

Bil Nama Alatan Draf Modul Pengajaran
16 Gunting besi Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

17 Gerimit Gambar

18 Pelucut wayar

19 Pena ujian

20 Pemutar skru Phillips

37

Bil Nama Alatan Draf Modul Pengajaran
21 Playar muncung tirus Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Gambar

22 Pengikis

38

Lembaran kerja Draf Modul Pengajaran
Nyatakan fungsi bagi alatan tangan di bawah. Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Alat tangan Fungsi
Kikir parut ………………………………..……………
………………………………….…………
Gandin getah ……………………………….……………
Penggarit
Kikir rata …………………………………….………
………………………………………….…
Playar gabung ………………………………….…………

Gunting logam ………………………………..……………
………………………………….…………
……………………………….……………

………………………………..……………
………………………………….…………
……………………………….……………

………………………………..……………
………………………………….…………
……………………………….……………

………………………………..……………
………………………………….…………
……………………………….……………

39

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Mengukur, Menanda dan Memotong

Setelah bahan dan alatan disediakan, langkah pertama untuk memulakan projek ini adalah
dengan membuat kerja mengukur, menanda dan memotong.

Berikut adalah langkah bagi kerja mengukur dan menanda.

1. Ukur dan tanda papan lapis yang mempunyai ketebalan 3mm. Saiz papan lapis
300mm x 300mm.

Cara mengukur dan menanda papan lapis

2. Ukur dan tanda kayu beroti. Gunakan pembaris keluli dan sesiku L bagi mendapat ukuran
yang tepat. Ukuran kayu beroti adalah seperti berikut :

a. Dua batang kayu beroti bersaiz 20mm x 10mm dipotong sepanjang 300mm dan dilabel
dengan label B1 dan B2.

b. Dua batang kayu beroti bersaiz 20mm x 10mm dipotong sepanjang 200mm dan dilabel
dengan C1 dan C2.

Cara membuat ukuran menggunakan Cara membuat penandaan
pembaris keluli.

40


Click to View FlipBook Version