The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohamad Rizan Mohd Akil, 2020-11-29 11:52:16

MODUL RBT TAHUN 5

MODUL RBT TAHUN 5

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

TAJUK 6.0 MENYEDIAKAN SAJIAN
60 minit (2 waktu)
MASA
6.2 Menyediakan sajian
STANDARD
KANDUNGAN 6.2.3 Memilih menu sarapan atau minum petang
6.2.4 Membuat anggaran kos bahan mengikut menu yang
STANDARD
PEMBELAJARAN dipilih.

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
PEMBELAJARAN 1. memilih satu menu sarapan atau minum petang
2. mengira anggaran kos bahan bagi menu sarapan atau

minum petang yang telah dipilih.
3. 3. menghasilkan kad menu mengikut kreativiti murid.

RINGKASAN Murid memilih satu menu sarapan atau minum petang yang
digemarinya, kemudian menghasilkan kad menu mengikut
kreativiti murid. Murid mengira anggaran kos bahan berdasarkan
menu yang dipilih.

KEMAHIRAN 1. Memilih satu menu sarapan atau minum petang yang
digemari oleh murid

2. Mengira anggaran kos bahan bagi menu yang telah dipilih.
3. Menghasilkan kad menu mengikut kreativiti murid.

ELEMEN MERENTAS 1. Keusahawanan :
KURIKULUM EK1 - peka kepada peluang dengan mengambil berat
2. 2.
3. terhadap perubahan persekitaran.
- berorentasikan masa depan (berimaginasi)
3. Kreativiti dan inovatif :
4. Berfikiran kritis
TMK :
Menggunakan perisian untuk menghasilkan kad menu.
Nilai murni :
Menepati masa, ketelusan, bekerjasama

BAHAN BANTUAN Contoh set menu sarapan atau minum petang dan resepi.
MENGAJAR

141

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

AKTIVITI PENGAJARAN Set Induksi
DAN PEMBELAJARAN Guru menunjukkan beberapa contoh menu hidangan bagi
sarapan atau minum petang. (Rujuk Lampiran 2 dan 3)

Langkah 1
Murid memilih satu contoh menu yang digemari untuk sarapan
atau minum petang.

Langkah 2
Murid menghasilkan kad menu yang kreatif secara kumpulan.

Langkah 3
Guru membimbing murid membuat anggaran pengiraan
kos bahan berdasarkan menu yang dipilih. (Rujuk Lampiran 4)

Penutup
Murid membentangkan hasil kerja kumpulan.

PENILAIAN Guru menilai hasil kerja murid :
PENGAJARAN DAN a) Kad menu
PEMBELAJARAN b) Pengiraan kos bahan.

PENGETAHUAN SEDIA Murid menguasai kemahiran mengira kos bahan.
ADA

REFLEKSI

142

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 1

CONTOH MENU SARAPAN
MINUMAN
MINUMAN BERKHASIAT

BANCUHAN SUSU TEPUNG

Bahan-bahan
60 gm susu tepung
500 ml air masak yang telah disejukkan / air panas

Cara membuat
1. Masukkan susu ke dalam 20 ml air.Kacau dengan garfu hingga larut dan sebati.
2. Tambah air selebihnya supaya menjadi 500 ml.

AIR MILO
Bahan-bahan
1 liter susu panas
60 gm Milo
60 gm gula halus

Cara membuat
1. Tuangkan susu panas ke dalam teko.
2. Masukkan Milo dan gula
3. Kacau rata dan hidang

Perhatian
Milo boleh diganti dengan ovaltine atau horlick.

143

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

MINUMAN MENYEGARKAN

AIR LIMAU

Bahan-bahan
2 biji oren atau 3 biji limau nipis atau 6 biji
limau kasturi
125 gm gula pasir
125 ml air panas
875 ml air sejuk
Ketulan ais

Cara membuat
1. Sediakan sirap. Masukkan kulit limau dan gula ke dalam mangkuk, tuangkan air panas

dan tutup mangkuk selama 10-15 minit.
2. Perahkan limau dan tapis jusnya ke dalam jag.
3. Tapis sirap ke dalam jag, tambahkan air dan sejukkan.

sejuk.
4. Masukkan ketulan ais ke dalam gelas dan hias dengan hirisan limau.
5. Hidangkan.

PUNCH BUAH-BUAHAN

Bahan-bahan
100 gm gula pasir
250 ml air ( untuk menyediakan sirap )
400 ml air sejuk
300 ml air berkarbonat
½ biji nenas
¼ biji tembikai
1 biji epal
2 biji limau nipis

Cara membuat
1. Buat sirap dan sejukkan.
2. Potong dadu buah-buahan.Perah jus limau nipis ke dalamnya.
3. Campurkan air sirap, air sejuk dan air berkarbonat.
4. Sejukkan minuman atau masukkan ketulan ais.
5. Hidangkan.

144

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

MINUMAN MEMBERANSANGKAN

MINUMAN PANAS

AIR TEH

Bahan-bahan
4 uncang teh
1 liter air
1 jag susu
4 cams gula halus

Cara membuat
1. Didihkan air.
2. Panaskan teko dengan sedikit air dan curahkan.
3. Masukkan uncang teh ke dalam teko dan tuang air mendidih ke dalamnya,
4. Tutup teko dan biarkan terseduh selama 5 minit.
5. Hidangkan air teh, gula dan susu berasingan.

Perhatian
Untuk Air Teh O gunakan 2 uncang teh sahaja.

MINUMAN PANAS

AIR KOPI

Bahan-bahan
1 uncang kopi
1 liter air panas mendidih
6 cams gula halus
1 jag susu

Cara membuat
1. Didihkan air.
2. Panaskan teko dengan sedikit air dan curahkan.
3. Masukkan uncang kopi ke dalam teko dan tuang air mendidih ke dalamnya,
4. Tutup teko dan biarkan terseduh selama 10 minit.
5. Hidangkan air kopi, gula dan susu berasingan.

Perhatian

Untuk Air Kopi gunakan 2 uncang dan biarkan terseduh selama 10 minit.

145

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

SARAPAN

TELUR SEPARUH MASAK (MEREBUS)

1 biji telur (dicuci)
Secubit garam
Serbuk lada sulah

Cara membuat
1. Didihkan 1/3 air dalam periuk.
2. Apabila air mendidih angkat periuk. Masukkan telur dengan cermat. Pastikan telur diliputi

air. Tutup periuk.
3. Biarkan selama 3 hingga 5 minit mengikut keras yang diperlukan.
4. Hidang telur ke dalam mangkuk telur
5.
Cara alternatif
1. Masukkan telur ke dalam mangkuk.
2. Tuangkan air mendidih hingga meliputi telur.
3. Tutup mangkuk dengan rapat. Biarkan selama 3 hingga 5 minit mengikut keras yang

diperlukan.

ROTI BAKAR
4 Keping roti
2 cams mentega
2 cams kaya/jem

Cara membuat
1. Bakar roti hingga kekuningan.
2. Sapukan mentega dan kaya ke atas kepingan roti.
3. Hidangkan bersama telur separuh masak

146

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

OMELET BERINTI

Bahan-bahan
2 biji telur
1 camb air susu
½ camt mentega
Garam dan lada sulah
1 camb tomato - potong dadu
1 biji cendawan butang – potong dadu
1 camb bawang besar - potong dadu
2 tangkai daun bawang- potong dadu

Cara membuat
1. Pecahkan telur dalam mangkuk, kemudian masukkan garam ,lada sulah dan susu.Kacau

sebati.
2. Panaskan kuali masukkan mentega dan tumis bahan-bahan yang dipotong dadu.
3. Masukkan telur yang telah dikacau ke dalam kuali, apabila telur dadar hampir masak lipat

dua .
4. Hidang dan makan bersama roti bakar.

BUBUR AYAM
½ cawan beras
3 cawan air
½ batang lobak merah (potong dadu)
60 gm daging atau ayam (cincang)
2 cm halia (hiris nipis)
2 camt kicap cair
Garam,lada sulah secukupnya

Bahan hiasan
Daun saderi (dimayang) dan bawang goreng

Cara membuat
1. Basuh beras dan masukkan air .Rebuskan sehingga nasi pecah dan berkanji.
2. Perasakan daging atau ayam yang telah dicincang dengan kicap cair.
3. Apabila nasi sudah pecah dan pekat masukkan ayam, lobak merah,halia, garam dan lada

sulah.
4. Renih lagi selama 2- 3 minit.
5. Angkat ,masukkan ke dalam mangkuk dan hias dengan daun saderi dan bawang goreng.
6. Hidang panas-panas.

147

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

NASI GORENG UDANG

Bahan – bahan
3 mangkuk kecil nasi putih sejuk
1 peket perencah nasi goreng
2 camb besar sayuran campur
200 gm udang (dibuang kulit)
2 camb minyak masak
3 camb sayur campur

Bahan hiasan
2 tangkai daun bawang (dipotong )
1 biji clili merah ( dihiris )
2 camb bawang goreng

Cara membuat
1. Panaskan minyak
2. Goreng udang hingga separuh masak
3. Masukkan nasi, kacau dan masukkan perencah nasi goreng
4. Masukkan sayuran campur dan kacau rata.
5. Sendukkan nasi dalam pinggan bujur.
6. Hiaskan dengan daun bawang, cili merah dan bawang goreng
7. Hidangkan.

MEE HOON GORENG

Bahan – bahan
2 keping mee hoon (direndam)
8 batang daun kucai (dipotong anggaran 2- 3cm)
1 mangkuk kecil taugeh
1 peket perencah mee hoon goreng
200 gm udang (dibuang kulit)
2 camb minyak masak

Bahan hiasan
1 biji cili merah
2 keping hirisan timun
1 biji telur rebus

Cara membuat
1. Panaskan minyak, goreng udang hingga separuh masak.
2. Masukkan mee hoon dan kacau.
3. Masukkan perencah mee hoon goreng
4. Masukkan daun kucai dan taugeh,
5. Masukkan mee ke dalam pinggan.
6. Hiaskan dengan bahan hiasan.

148

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

MEE GORENG
Bahan – bahan
300 gm mee kuning (basuh di bawah air
mengalir dan toskan)
100 gm isi ayam (dipotong nipis)
100 gm kobis (dipotong nipis)
100 gm taugeh (dibersihkan)
1 peket perencah mee goreng
3 tangkai sawi
150 gm udang (dibuang kulit)
1 camb sos tiram
1 camb kicap pekat
2 camb minyak masak
Bahan hiasan
1 biji tomato, 1 biji cili merah,
1 biji limau nipis
1 camb bawang goreng

Cara membuat
1. Panaskan minyak.
2. Goreng udang dan isi ayam hingga separuh masak.
3. Masukkan mee kuning dan kacau rata.
4. Masukkan perencah mee goreng, sos tiram dan kicap pekat.
5. Masukkan kobis, sawi dan taugeh. Kacau rata.
6. Hiaskan dengan daun bawang, cili merah, tomato, limau nipis dan bawang goreng.
7. Hidangkan.

149

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

ROTI PIZZA
4 keping roti sandwich atau 2 biji roti ban (belah 2)
Inti
1 ketul ikan sardin
1 camb bawang besar (potong dadu)
2 biji buah tomato (potong bulat)
2 camb sos cili
1 cams minyak
1 camb mayonis
2 keping keju.

Cara membuat
1. Panaskan ketuhar 180 c
2. Belah dua roti ban, Lecekkan sardin.
4, Campurkan minyak ke dalam sos cili.
5. Sapukan roti dengan campuran sos.
6. Ratakan sardin dan hiaskan dengan bawang besar,tomato.
7. Paipkan mayonis keju yang telah di hiris. Bakar selama 10-15 minit.
7. Hidang panas-panas .
Perhatian:
Masukkan mayonis dalam beg plastik.Guntingkan penjurunya sedikit.Paip di atas Roti Pizza.
Variasikan inti pizza dengan menggunakan sosej atau tuna.

150

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

CLUB SANDWICH

8 Keping roti dibakar
2 camb mentega

Inti Sardin
2 ketul ikan sardin dalam tin

(dihancurkan dengan garfu)
4 cm lobak merah (disagat)
4 cm timun (disagat)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)

Inti Keju
2 keping keju
1 biji tomato (dipotong bulat)
3 helai daun salad

Inti Telur
2 biji telur (direbus dan dilecek)
2 camb mayonese
secubit garam
sedikit lada sulah

Cara membuat

1. Gaulkan bahan inti sardin dan inti telur dalam mangkuk berasingan.
2. Sapukan mentega ke atas roti.
3. Letakkan inti sardin pada lapisan roti pertama.
4. Letakkan keju dan sayur pada lapisan roti kedua. Inti telur pada lapisan roti ketiga dan tutup

dengan lapisan roti keempat.
5. Potong pepenjuru menjadi bentuk segi tiga dengan menggunakan pisau roti.
6. Hidangkan.

151

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

SANDWICH ROTI PITA
Bahan-bahan
2 keping roti pita
2 keping daging burger ayam/daging – (digoreng dan

dicincangl)
4 cm batang timun (disagat)
4 cm batang lobak merah (disagat)
1 biji tomato – dipotong bulat
1 biji bawang besar – (dihiris nipis)
1 helai daun salad (dicuci dan toskan)
1 camb minyak masak (untuk menggoreng burger)
3 camb mayonese
4 camb sos cili

Cara membuat
1. Goreng daging burger hingga perang, angkat, toskan dan cincang.
2. Gaulkan daging burger, timun, lobak , bawang besar dengan mayonese(sebagai inti)
3. Belah bahagian tengah roti pita.
4. Masukkan daun salad dan tomato ke dalam roti pita.
5. Masukkan inti ke dalam roti pita ( diatas daun salad dan tomato).
6. Paipkan mayonese dan sos cili sebagai hiasan.

152

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

FOLDOVER AYAM
Bahan-bahan
4 keping roti tortillar untuk foldover yang sesuai
2 keping daging burger ayam/daging – (digoreng dan

dicincang)
4 cm batang timun (disagat)
4 cm batang lobak merah (disagat)
1 biji tomato (dipotong dadu)
2 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
3 helai daun salad (dicuci, toskan dan hiris halus)
1 camb minyak masak (untuk menggoreng burger)
3 camb mayonese
3 camb sos cili
4 helai kertas pembungkus burger

Cara membuat
1. Goreng daging burger hingga perang, angkat, toskan dan cincang.
2. Gaulkan daging burger, timun, lobak , bawang besar, daun salad dan tomato dengan

mayonese (sebagai inti)
3. Bentang kertas pembungkus, letakkan roti pita di atas kertas.
4. Letakkan inti di atas roti tortillar, paipkan cili sos diatasnya. Lipat sedikit hujung roti pita dan

gulung.
5. Gulung dengan kertas pembungkus.

153

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

MINUM PETANG

MUFIN VANILA
Bahan-bahan
2 biji telur
150 gm gula halus
250 gm tepung gandum
50 gm tepung roti
1 camt serbuk penaik
½ camt esen vanila
150 ml susu segar
150 ml marjerin cair/atau minyak jagung

Cara membuat
1. Panaskan ketuhar 180 C .
2. Ayakkan tepung gandum, tepung roti dan serbuk penaik. Putarkan telur dan gula sehingga

gebu.Masukkan tepung ke dalam adunan telur dan putar sebati. Masukkan susu dan esen
vanila dan putar lagi.
3. Masukkan marjerin cair atau minyak jagung dan kacau rata.
4. Paipkan adunan ke dalam acuan mufin sebanyak dua belas biji.
5. Bakar selama 10 minit.Kemudian angkat dan paipkan isian blueberi ke atasnya dan bakar
selama 10 minit lagi sehingga perang.Apabila masak,angkat dan sejukkan.
6. Hidang bersama minuman panas.

Perhatian
Variasikan perasa mufin dengan strawberi, blueberi,kismis,prun atau mangga.
Sekira tidak ada tepung roti boleh, tambahkan tepung gandum sebanyak 50 gm lagi.

154

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

APAM POLKA DOT
Bahan-bahan
2 biji telur
140 gm tepung gandum
1½ camt serbuk penaik
110 gm gula halus
75 gm susu segar
1 camt ovalete
Pewarna merah,hijau,kuning
10 acuan plastik
10 mangkuk kertas
4 keping plastik corong paip.

Cara membuat
1. Panaskan pengukus.
2. Ayakkan tepung dan serbuk penaik.
3. Pukul telur,gula,susu dan ovalete hingga gebu.
4. Masukkan tepung dan kaup balikkan sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian (masukkan warna pada setiap bahagian)
6. Masukkan mangkuk kertas ke dalam acuan plastik.
7. Paipkan adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Titiskan pewarna dengan menggunakan hujung lidi di atas adunan mengikut kreativiti
9. Kukus selama 10-15 minit, angkat, sejukkan dan hidangkan.
Perhatian
Untuk variasi boleh dimasukkan inti kaya / jem / blueberry / coklat dan lain - lain.

155

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

KEK COMEL
Bahan-bahan
125 gm tepung spongemix vanilla
2 biji telur gred B
½ camt ovalete
25 gm air
25 gm marjerin atau mentega yang telah dicairkan
atau minyak
15 keping mangkuk kertas
Cara membuat
1. Panaskan ketuhar 180° C
2. Masukkan tepung,telur,air, ovalete dan putar dengan kelajuan tinggi sehingga gebu.
3. Masukkan marjerin atau mentega cair atau minyak,putar sekejap.
4. Susun mangkuk kertas di atas dulang pembakar. Masukkan ¾ adunan ke dalam acuan

kertas.
5. Bakar selama 12-15 minit. Apabila sudah perang, angkat dan sejukkan.
6. Hidangkan.

156

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

PAN CAKE

Bahan-bahan

90 gm tepung naik sendiri
1½ cams marjerin
½ camt garam
1 biji telur
250 ml susu segar
½ camt esen vanilla

Cara membuat
1. Ayakkan tepung naik sendiri ke dalam mangkuk adunan.
2 Satukan semua bahan kecuali telur dan susu, kuak di tengah-tengah tepung dan

masukkan telur.
3. Masukkan susu sedikit demi sedikit dan kacau rata untuk menjadi bater cair.
4. Panaskan kuali non –stick, curahkan ¾ senduk bater ke dalam kuali dan ratakan dengan

senduk.
5. Biarkan masak hingga kekuningan di sebelah bawah dan terbalikkan pan cake.
6. Angkat dan hidangkan bersama jem,madu atau potongan buah betik atau mangga.

Perhatian
Makan bersama jem, peanut butter, sos coklat atau madu.

LEPAT PISANG

Bahan-bahan
4 biji pisang emas / pisang raja
10 gm gula pasir
30 gm tepung gandum
¼ camt garam
3 camb kelapa parut putih
8 keping daun pisang 17 cm X 12 cm

(layur di atas api)

Cara membuat
1. Panaskan pengukus.
2. Potong daun pisang 17 cm X 12 cm.
3. Lecekkan pisang dalam mangkuk.
4. Campurkan gula,tepung,garam dan kelapa dan kacau rata.
5. Bubuhkan 2 cams adunan ke atas daun pisang.
6. Bentukkan dan bungkus.
7. Kukus selama 15-20 minit.
8. Angkat dan hidangkan.

157

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

BAN KISMIS
Bahan-bahan
120 gm tepung gandum
1 camt sebuk penaik
45 gm marjerin
45 gm gula halus
30 gm kismis
1 biji telur
1 camt esen vanilla

Cara membuatnya
1. Panaskan ketuhar kepada suhu 200° C.
2. Lenserkan marjerin ke atas dulang pembakar.
3. Ayak tepung dan serbuk penaik.Potong merjerin di dalam tepung dengan pisau pelepa.
4. Gaul dan ramas dengan hujung jari hingga menyerupai serbuk roti.
5. Masukkan kismis, gula halus dan gaul rata.
6. Buat lubang di tengah tepung, masukkan telur yang telah dipukul dengan vanilla, gaul dengan

pisau pelepa hingga menjadi doh.
7. Bahagikan doh kepada 8-10 bahagian yang sama banyak dan longgokkan di atas dulang

pembakar.
8. Bakar selama 15-20 minit.
9. Angkat dan sejukkan di atas redai kek dan hidang.

158

CONTOH MENU SARAPAN Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
SET A
Lampiran 2
AIR TEH
NASI GORENG SET B
BUAH BETIK AIR MILO
MEE HOON GORENG
SET C BUAH TEMBIKAI
AIR KOPI
ROTI BAKAR SET D
OMELET BERINTI AIR MILO
BUAH TEMBIKAI SUSU ROTI PIZA
BUAH PISANG

159

CONTOH MENU MINUM PETANG Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
SET A
AIR TEH Lampiran 3
MUFFIN
SET B
SET C AIR TEH
AIR TEH CLUB SANDWICH
FOLDOVER
SET D
AIR KOPI
LEPAT PISANG

160

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 4

CONTOH KAD MENU

161

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

BORANG PENGIRAAN KOS BAHAN Penilaian 1
Jumlah
Membuat pengiraan kos menu sarapan atau minum petang

A. Kos bahan

Bil Bahan Kuantiti Kos seunit

Jumlah Besar

162

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

BORANG PENILAIAN GURU

Nama Kumpulan :……………………………………
Nama Ahli :

1. ……………………………………
2. ……………………………………
3. ……………………………………
4. ……………………………………
5. ……………………………………

Bil Perkara Skor Markah

1 Kad Menu 12 34
1.1 Nama sajian 12 34
1.2 Kebersihan 12 34
1.3 Warna
12 34
2 Pengiraan kos Bahan

Jumlah

163

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

TAJUK 6.0 MENYEDIAKAN SAJIAN
60 minit (2 waktu)
MASA
6.2 Menyediakan sajian
STANDARD
KANDUNGAN 6.2.5 Menyedia, memasak dan menghidang sajian.
6.2.6 Membersihkan alatan dan ruang memasak.
STANDARD 6.2.7 Menyelenggara dan menyimpan alatan.
PEMBELAJARAN

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
PEMBELAJARAN 1. murid menyediakan bahan-bahan yang diperlukan,

RINGKASAN berdasarkan menu yang telah dipilh.
2. murid memasak dan menghidangkan sarapan atau minum

petang.
3. murid membersih, mengemas, menyelenggara dan

menyimpan alatan.

Murid menyediakan bahan – bahan, memasak dan
menghidangkan sajian pilihan. Murid membersih, mengemas,
menyenggara dan menyimpan alatan.

KEMAHIRAN 1. Menyediakan bahan-bahan masakan.
2. Memasak dan menghidang sajian pilihan.
3. Membersih, mengemas, menyenggara dan menyimpan alatan.

ELEMEN MERENTAS Keusahawanan:
KURIKULUM EK2 :
1. Berorientasikan pencapaian, murid tahu matlamamt dan

tindakan.
2. Boleh menyiapkan tugasan dalam masa yang diberi.
3. Berkeupayaan memimpin.

Kreativiti dan Inovatif :
1. Penjanaan idea dan membuat kesimpulan.

Nilai murni :
1. Kerjasama, kebersihan, kesabaran, jimat cermat

164

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

BAHAN BANTUAN Bahan masakan, alatan memasak, alatan menghidang dan
MENGAJAR kelengkapan membersih.

AKTIVITI PENGAJARAN Set Induksi
DAN PEMBELAJARAN Guru menunjukkan contoh set peranggu meja untuk
menghidang. (Lampiran 1)

Langkah 1
Murid menyediakan bahan masakan yang diperlukan
berdasarkan menu yang telah dipilih.

Langkah 2
Murid memasak sajian sarapan atau minum petang dengan
bimbingan guru. (Lampiran 3)

Langkah 3
Murid menghidang sajian yang telah disediakan.

Langkah 4
Murid membersihkan alatan memasak, mengemaskan ruang
memasak dan menyimpan alatan memasak.

Penutup
Murid membuat rumusan dengan bimbingan guru.

PENILAIAN Guru menilai hasil kerja murid dengan menggunakan borang
PENGAJARAN DAN penilaian (Lampiran 2)
PEMBELAJARAN

PENGETAHUAN Murid telah mempelajari tentang sanitasi penyediaan makanan
SEDIA ADA

REFLEKSI

165

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Maklumat Tambahan Guru.

Murid memasak sajian sarapan atau Contoh menghidang sajian
minum petang dengan bimbingan guru.

Membersih alatan dan mengemas ruang memasak serta menyelenggara dan menyimpan latan

Mencuci alatan memasak Mengeringkan pinggan

Mengelap pinggan Menyimpan alatan menghidang

166

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Menyapu lantai Mengemop lantai

Alat pengasah pisau Mengasah pisau menggunakan batu asah

167

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 1

Peranggu Meja

168

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 2

BORANG PENILAIAN

Nama Kumpulan :……………………………………

Nama Ahli :
1. ……………………………………
2. ……………………………………
3. ……………………………………
4. ……………………………………
5. ……………………………………

BIL ASPEK MARKAH (√)
Lemah Sederhana Baik
1 Sanitasi
2 Urutan kerja
3 Kerjasama dalam kumpulan
4 Rupa
5 Tekstur
6 Rasa
7 Hiasan
8 Persembahan
9 Penyelenggaraan alatan

Ulasan Guru

Tanda tangan
Guru

169

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 3

1. 1. Menyediakan bahan
2.

MEMASAK ROTI PIZZA

2. Menghancurkan sardin 3. Menyapu sos ke atas roti

4. Meletakkan sardin hancur ke atas 5. Melekakkan bawang dan tomato
roti

170

6. Paipkan mayonis Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

7. Letakkan keju

8. Membakar roti pizza 9. Hiasan

10. Menghidang

171

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

1. Menyusun acuan ke dalam loyang

MEMASAK APAM POLKA DOT

2. Menyediakan bahan piping 3. Menyediakan adunan

4. Paipkan adunan ke dalam acuan 5. Menitikkan pewarna

172

6. Menitiskan pewarna Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

7. Memasukkan ke dalam loyang
pengukus

8. Sedia untuk dikukus 9. Mengukus

10. Apam polka dot telah siap dimasak 11. Menghidang

173

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

1. Panaskan oven

PENYEDIAAN KEK COMEL

2. Susunkan acuan kek ke dalam 3. Sediakan bahan
dulang pembakar

4. Masukkan tepung ke dalam 5. Pecahkan telur ke dalam
mangkuk adunan

174

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

6. Masukkan telur ke dalam mangkuk 7. Masukkan minyak
adunan

8. Masukkan air 9. Masukkan ovelete

10. Putar adunan sehingga sebati 11. Masukkan adunan ke paras ¾
cawan

175

12. Bakar kek selama 10-15 minit Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

13. Hasilnya

15. Menghias kek menggunakan aising 16. Paipkan aising ke atas kek

17. Hias kek dengan manik berwarna 18. Hiaskan kek coklat chip dan coklat
urai

176

TAJUK Draf Modul Pengajaran
MASA Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
STANDARD
KANDUNGAN 6.0 MENGHIAS DAN MEMBUNGKUS MAKANAN
STANDARD
PEMBELAJARAN 60 minit (2 waktu)

OBJEKTIF 6.3 Menghias dan Membungkus Makanan
PEMBELAJARAN
6.3.1 Menyatakan bahan hiasan seperti aising, coklat
RINGKASAN urai, jem dan kelapa parut kering

KEMAHIRAN 6.3.2 Menyatakan jenis pembungkus makanan seperti
bekas plastik dan kertas pembungkus.
ELEMEN MERENTAS
KURIKULUM 6.3.3 Menyatakan maklumat pada label pembungkus
makanan iaitu jenama, nama makanan,
BAHAN BANTUAN kandungan, tanda harga, tanda halal, berat dan tarikh
MENGAJAR luput.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1. memilih jenis hiasan dan pembungkus makanan yang sesuai

dengan makanan yang disediakan.
2. menyatakan maklumat yang terdapat pada label

pembungkus.
3. memilih pembungkus makanan yang sesuai dengan

makanan.

Murid menyatakan bahan-banan untuk menghias makanan dan
jenis pembungkus yang akan digunakan. Murid juga
menyatakan maklumat yang perlu ada pada pembungkus
makanan

Menyediakan pembungkus dan label makanan untuk pelajaran
akan datang.

Keusahawanan:
EK3 : Mengumpul maklumat
EK4 : Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan
Kreatif dan inovatif :
Menggunakan sumber alternatif

Contoh bahan hiasan,carta bergambar dan pembungkus
makanan.

177

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

AKTIVITI PENGAJARAN Set Induksi
DAN PEMBELAJARAN Guru menunjukkan pelbagai bahan hiasan dan pembungkus
makanan. ( Lampiran 1 )

Langkah 1
Guru membimbing murid mengenalpasti bahan hiasan dan
pembungkus yang sesuai dengan jenis makanan.

Langkah 2
Guru meminta murid menyatakan maklumat yang terdapat pada
label pembungkusan.

Langkah 3
Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk
menyediakan label makanan untuk kegunaan pembelajaran
pada minggu hadapan.

Langkah 4
Guru menunjuk cara membungkus makanan.

Penutup
Guru membuat rumusan.

PENILAIAN Murid menilai hasil kerja kumpulan dengan menggunakan
PENGAJARAN DAN borang penilaian dengan bimbingan guru.
PEMBELAJARAN

PENGETAHUAN SEDIA Murid pernah melihat pelbagai jenis hiasan pada makanan dan
ADA pembungkus makanan.

REFLEKSI

178

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

MAKLUMAT TAMBAHAN GURU

Pembungkusan
Pembungkusan ialah bekas untuk melindungi dan memelihara kualiti sesuatu barangan semasa
dihantar, disimpan atau dipamerkan. Pembungkusan berperanan memberi maklumat kepada
pengguna. Pembungkusan juga merupakan antara kaedah promosi sesuatu produk.

Sejarah
Konsep pembungkusan telah wujud sejak manusia mula berniaga. Setelah zaman industri
di Eropah pada sekitar 1970-an, pembungkusan telah wujud menjadi satu bidang perdagangan
yang penting.

Maklumat rujukan dan pengetahuan berkaitan :
1. Menyatakan maksud, tujuan, dan kepentingan pembungkusan
2. Menyatakan fungsi pembungkusan
3. Menyatakan prinsip asas pembukusan
4. Menyatakan jenis pembungkus
5. Menyatakan kriteria penting dalam pembungkusan
6. Menyatakan maklumat yang perlu ada pada pembungkusan
7. Mengenal pasti bahan pembungkus yang sesuai

Tujuan Pembungkusan
1. Barang yang dijual kelihatan lebih menarik
2. Satu cara promosi
3. Menarik perhatian pelanggan
4. Barang tahan lama

Kepentingan Pembungkusan
1. Mudah dibawa.
2. Menjaga kebersihan produk, terutama makanan.
3. Mengawal keselamatan dan fizikal barangan daripada rosak atau pecah semasa penghantaran.
4. Memudahkan penstoran atau penyimpanan produk.
5. Memberi maklumat produk kepada pembeli dan pengguna.
6. Memelihara mutu produk.

Fungsi
1. Melindungi barangan dari segi fizikal
2. Menjamin kualiti barangan
3. Memudahkan kerja penghantaran, penyimpanan dan pameran barangan
4. Menyampaikan maklumat barangan kepada pengguna
5. Mengiklankan maklumat dan mempromosikan barangan

179

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Prinsip Asas Pembungkusan
1. Bentuk dan jenis pembungkusan – berdasarkan kesesuaian barangan atau produk
2. Rekaan Ilustrasi atau gambar foto – mestilah menarik perhatian pembeli
3. Penentuan warna – amat penting dalam pembungkusan untuk menarik perhatian pengguna.

Sesetengah pengeluar barangan menjadikan warna sebagai identiti produk mereka.
4. Pemilihan Muka Taip – elemen penting dalam promosi barangan.
5. Gubahan Reka Letak – bergantung kepada jenis pembungkusan.

Jenis Pembungkusan
1. Kertas.
2. Aluminium (keluli dan aluminium foil)
3. Kaca.
4. Plastik
5. Polisterin.

Kriteria penting dalam pembungkusan
1. Warna
2. Ilustrasi
3. Muka Taip (tipografi)
4. Penerangan
5. Logo syarikat, nama dan alamat
6. Bentuk bungkusan
7. Reka letak
8. Kemasan dan persembahan

Maklumat yang perlu ada pada pembungkusan
1. Jenama produk
2. Nama makanan
3. Kandungan
4. Tanda harga
5. Nama pengeluar atau syarikat
6. Nombor telefon
7. Berat bersih
8. Tarikh luput
9. Kod bar
10. Tanda halal

180

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Kaedah Pembungkusan Maklumat Penting

Makanan dan minuman Kandungan bahan, tarikh luput dan status makanan itu sama ada
halal

Ubatan dan kosmetik Memaparkan maklumat tentang bahan kimia yang digunakan
dan kesesuaian bahan untuk kelompok pengguna

Barangan elektrik Jumlah kuasa watt dan kelulusan SIRIM

Barangan kaca Simbol gelas pecah (Fragile), dibalut dengan plastik yang
mempunyai gelembung udara.

181

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 1

Contoh Bahan Hiasan Makanan

Coklat urai bewarna Bijan

Beg krim aising Kismis

Strawbery Krim putar Hirisan Badam

182

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Contoh Menghias kek, donat dan biskut

183

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 2

Contoh pembungkus

184

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

185

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 3

(Contoh Label yang mengandungi maklumat pada pembungkusan)

186

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

BORANG PENILAIAN

Nama Kumpulan :……………………………………
Nama Ahli :

1. ……………………………………
2. ……………………………………
3. ……………………………………
4. ……………………………………
5. ……………………………………

BIL ASPEK MARKAH (√) Baik
Lemah Sederhana
1 Kesesuaian bahan
2 Maklumat lengkap
3 Kerjasama dalam kumpulan
4 Kreativiti dan inovasi
5 Hasil kerja kumpulan
6 Kekemasan
7 Menarik

Ulasan guru

Tanda tangan
Tarikh

187

TAJUK Draf Modul Pengajaran
MASA Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
STANDARD
KANDUNGAN 6.0 MENGHIAS DAN MEMBUNGKUS MAKANAN
STANDARD
PEMBELAJARAN 60 minit (2 waktu)
OBJEKTIF
PEMBELAJARAN 6.3 Menghias dan Membungkus Makanan

RINGKASAN 6.3.4 Menghias dan membungkus makanan seperti kek, roti,
donut dan biskut
KEMAHIRAN
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
ELEMEN MERENTAS 1 Menghias makanan dengan hiasan yang sesuai
KURIKULUM 2 Membungkus makanan dengan pembungkus yang sesuai

BAHAN BANTUAN Murid menghias dan membungkus makanan dengan cara
MENGAJAR yang betul

1 Menghias dan membungkus makanan dengan
pembungkus yang yang sesuai.

2 Menghasilkan pembungkusan makanan yang menarik
untuk tujuan promosi.

3 Mengaplikasikan sanitasi dalam penyediaan dan
pembungkusan makanan.

Keusahawanan:
EK4 : Menghasilkan produk berasaskan kemahiran teknologi
EK5 : 1. Prinsip keadilan, membahagikan tugas sama rata.

2. Prinsip ketelusan

TMK : Membuat jaringan social

Nilai murni : Kerjasama, kebersihan

1. Bahan-bahan hiasan makanan
2. Jenis – jenis pembungkusan
3. Contoh makanan yang telah siap dibungkus
4. Peralatan untuk menghias makanan

188

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

AKTIVITI PENGAJARAN Set Induksi
DAN PEMBELAJARAN Guru menunjukkan contoh makanan yang telah siap
dibungkus dan mengaitkan gambar dalam Lampiran 1 pada
hari itu.

Langkah 1
1. Murid diminta berada dalam kumpulan yang telah

ditetapkan pada pelajaran yang lepas.
2. Ketua kumpulan diminta ke meja guru untuk mengambil

makanan dan bahan hiasan.

Langkah 2
Tunjuk cara guru
1. Cara menghias makanan dengan menggunakan

peralatan menghias.
2. Membungkus makanan.

Langkah 3
1. Murid menghias makanan mengikut kreativiti kumpulan

masing-masing
2. Murid membungkus makanan yang telah dihias

menggunakan pembungkus bermaklumat yang telah
disediakan pada pelajaran yang lepas.

PENILAIAN Murid mempersembahkan hasil kerja. Guru dan murid
PENGAJARAN DAN membuat penilaian ke atas hasil kerja setiap kumpulan.
PEMBELAJARAN

PENGETAHUAN SEDIA 1 Murid telah mempelajari bahan hiasan dan jenis
ADA pembungkus makanan pada pelajaran yang lepas.

2 Murid berpengalaman membeli makanan berbungkus.

3 Murid berpengalaman melihat hiasan kek seperti kek hari
jadi.

REFLEKSI

189

Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran 1
Maklumat Tambahan Guru
Tujuan Menghias Makanan, mencantikkan rupa makanan, Menambah dan menyedapkan
rasa makanan dan menambahkan nilai komersial
Contoh kek cawan yang telah dihias

190


Click to View FlipBook Version