Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
Cara membuat penandaan sudut menggunakan sesiku L
3. Ukur dan tanda kepingan zink dan aluminium berbentuk U dengan menggunakan pembaris,
sesiku L dan penggarit. Saiz kepingan besi adalah 200m X 100mm manakala saiz
aluminium berbentuk “U” adalah 100mm x 12mm x 12mm.
Cara membuat pengukuran dan penandaan pada kepingan zink
Cara membuat penandaan pada aluminium berbentuk U
41
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
Langkah kerja memotong bahan projek
1. Potong papan lapis menggunakan gergaji tangan.
2. Potong kayu beroti dengan menggunakan “mitre saw”.
“Mitre saw” dilaraskan ke sudut 45° Kayu beroti dipotong mengikut sudut
yang telah dilaras.
3. Potong kepingan zink dengan menggunakan gunting logam.
Cara memotong kepingan zink
42
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
Cara membuat potongan pada aluminium berbentuk U
4. Kemaskan bahagian yang sudah dipotong menggunakan kikir rata.
Kikir rata digunakan bagi
membuang bahagian
logam yang bergerigis
bagi menjadikan bahan
kerja kemas dan selamat
Cara menggunakan kikir rata bagi melicinkan
permukaan logam yang dipotong
43
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
TAJUK 4.0 PENGHASILAN PROJEK
MASA 60 minit ( 2 waktu )
STANDARD 4.2. Menghasilkan projek bahan logam dan bukan logam dengan
KANDUNGAN litar elektronik.
STANDARD 4.2.6 Memasang bahan projek menggunakan pengikat dan
PEMBELAJARAN pencantum
OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
PEMBELAJARAN 1. memasang komponen projek yang telah dipotong.
2. mengguna pengikat dan pencantum pada bahan dengan betul.
RINGKASAN Kerja memasang bahan yang telah dipotong dengan menggunakan
pengikat dan pencantum yang betul.
KEMAHIRAN 1. Menggunakan pengikat dan pencantum dengan betul.
2. Memasang bahan logam dengan kemas.
ELEMEN MERENTAS Keusahawanan:
KURIKULUM EK5 – Prinsip tanggung jawab sosial untuk menjaga
kebersihan bengkel.
Kreativiti – Penyelesaian masalah.
Nilai murni - Mengamalkan budaya bersih.
BAHAN BANTUAN Alatan tangan dan bahan berkaitan
MENGAJAR Manual pemasangan
44
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
AKTIVITI Set induksi
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN Guru menunjukkan contoh projek yang cantik dan kemas buatannya
sambil bersoaljawab berpandukan projek tersebut
Langkah 1
Guru menunjukkan jenis-jenis bahan pengikat dan pencantum yang
akan digunakan dalam projek “PAPAN TANDA ELEKTRONIK”.
Langkah 2
Guru menunjuk cara penggunaan pengikat dan pencantum pada
bahan projek dengan cara yang betul.
a. Menyapu glu sentuh
b. Memaku
Langkah 3
Murid memasang bahan projek berpandukan manual.
Langkah 4
Penyelenggaraan bengkel:
Murid membersih bengkel, membersih alatan dan menyimpan bahan
projek.
Penutup
Guru membimbing pelajar merumus isi-isi penting berkaitan
1. jenis-jenis pengikat dan pencantum.
2. Langkah-langkah mengikat dan mencantum
PENILAIAN Guru menyediakan lembaran kerja pada murid.
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
PENGETAHUAN Murid telah belajar memasang projek eksperimental pada
SEDIA ADA pembelajaran dan pengajaran Tahun 4
REFLEKSI
45
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
Lukisan Terlerai
B1 A
C1
F1 C2
D B2
E
G F2
Bahagian projek
1 keping papan lapis berukuran 300mm X 200mm X 3mm (Bahagian A)
2 batang kayu beroti berukuran 300mm X 20mm X 10mm (Bahagian B1 dan B2)
2 batang kayu beroti berukuran 200mm X 20mm X 10mm (Bahagian C1 dan C2)
1 keping mounting board berukuran 200m X 100mm X 1mm (Bahagian D)
1 keping zink berukuran 100mm X 90mm X 1mm (Bahagian E)
2 batang aluminium berbentuk U 200mm X 12mm X 12mm (Bahagian F1 dan F2)
1 batang kayu beroti 40mm X 20mm X 10mm (Bahagian G)
Wayar lembar tunggal
1 unit pemegang bateri
2 biji bateri
1 unit suis togel
1 unit suis mikro
4 unit LED
Langkah Kerja
1. Cantumkan bahagian B1, B2, C1 dan C2 di atas papan A mengunakan glu dan paku.
2. Cantumkan bahagian F1 dan F2 di atas bahagian D mengunakan glu.
3. Cantumkan bahagian D pada bahagian A menggunakan glu.
4. Cantumkan bahagian G di atas bahagian E sebagai pemegang menggunakan glu.
5. Masukkan bahagian E di bahagian F1 dan F2 sebagai tetingkap pada papan tanda
elektronik.
46
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
Langkah Pemasangan projek
1. Susun kayu beroti yang telah dipotong pada papan lapis.
2. Sapukan glu pada kayu beroti dan papan lapis. Biarkan kering.
47
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
Cara menguji kekeringan glu:
Uji dengan menggunakan kertas bagi memastikan glu sudah kering ( rujuk gambar )
Elakkan terhidu glu kerana boleh menjejaskan kesihatan
3. Lekatkan kayu beroti pada papan lapis. Kemaskan dengan menggunakan gandin getah.
Kemudian kukuhkan dengan paku panel menggunakan tukul warrington atau tukul kuku
kambing bersaiz kecil.
ab
cd
48
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
4. Gosok bahagian yang telah di pasang dengan menggunakan kertas las bagi mendapatkan
permukaan yang licin.
5. Sapu glu sentuh pada papan lapis, logam aluminium ( bentuk U) dan mounting board
kemudian lekatkan pada papan yang sudah siap ditanda.
ab
cd
49
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
6. Masukkan mounting board yang siap diglu ke alur aluminium. Pastikan glu tidak bersentuhan.
Lakukan dengan cermat.
7. Lipat tepi tetingkap iaitu logam zink menggunakan ragum meja dan gandin.
8. Pasangkan tetingkap pada gelongsor aluminium.
50
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
9. Pasangkan tangkai pemegang ke bahagian atas tetingkap gelongsor.
10. Uji kefungsian projek, kemudian buat kemasan.
51
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
LEMBARAN KERJA
NAMA MURID :_____________________________________________________________
TAHUN :5 .
NAMA PROJEK :__________________________________
JAWAB SOALAN BERIKUT.
Padankan gambarajah di bawah mengikut kegunaan yang betul.
52
TAJUK Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
MASA
4.0 PENGHASILAN PROJEK
STANDARD
KANDUNGAN 60 minit ( 2 waktu)
STANDARD 4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan
PEMBELAJARAN bukan logam dengan litar elektronik
4.2.7 Membuat kemasan projek menggunakan bahan iaitu cat
licau atau syelek.
OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
PEMBELAJARAN
1. Membuat kemasan projek menggunakan cat licau atau
syelek dengan cara yang betul
RINGKASAN Murid boleh membuat kerja kemasan menggunakan cat licau
atau syelek.
KEMAHIRAN 1. Mengecat cat licau dengan menggunakan berus cat.
2. Menyapu syelek dengan menggunakan berus syelek.
ELEMEN MERENTAS Keusahawanan :
KURIKULUM
EK 5 – prinsip keadilan mengikut giliran.
Kreativiti – membuat perbandingan kualiti bahan.
Nilai murni – kekemasan dalam tugasan yang diberikan.
BAHAN BANTU 1. Cat licau
MENGAJAR 2. Syelek
3. Berus cat
4. Berus syelek.
5. Pelarut.
6. Kertas las
53
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
AKTIVITI PENGAJARAN Set Induksi
DAN PEMBELAJARAN 1. Guru menunjukkan 2 contoh projek yang telah siap.
Projek yang siap dibuat kemasan.
Projek yang belum di buat kemasan.
2. Guru meminta murid menerangkan perbezaan projek
tersebut. Guru mengaitkan jawapan murid dengan
pengajaran hari ini.
Langkah 1
1. Guru menerangkan kepada murid mengenai kertas las
dan cara penggunaannya.
2. Guru membimbing murid menggunakan kertas las untuk
melicinkan permukaan kayu.
3. Murid membersihkan permukaan kayu dari habuk dan
kotoran.
Langkah 2
1. Guru menunjukkan cat licau dan syelek serta cara
menggunakannya dengan betul.
2. Murid melakukan kemasan menggunakan cat licau atau
syelek pada permukaan projek.
3. Murid membiarkan cat licau atau syelek yang digunakan
di permukaan projek kering sepenuhnya.
Penutup
1. Guru membuat rumusan pada hasil kerja murid dengan
memberi penghargaan kepada hasil kerja murid.
Penyelengaraan bengkel –
murid membersihkan bengkel, menyimpan dan
menyenggara alatan serta bahan projek.
PENILAIAN Guru menyediakan lembaran kerja pada murid
PENGAJARAN DAN (lihat lampiran B)
PEMBELAJARAN
PENGETAHUAN SEDIA Murid pernah melihat aktiviti mengecat dijalankan
ADA
REFLEKSI
54
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
Langkah kerja menyapu syelek
1. Sediakan syelek, berus syelek dan bekas yang sesuai
2. Proses syelek dimulakan dengan melakukan sapuan nipis di permukaan kayu.
Berus syelek digerakkan mengikut ira kayu.
55
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
3. Sapuan syelek keseluruhan ruang luar dan dalam.
4. Biarkan syelek kering.
56
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
5. Setelah permukaan kering, gosok permukaan dengan kertas las halus bagi membuang
ira kayu yang timbul selepas sapuan syelek yang pertama. Gosok semula dengan kertas
las dan dilakukan secara perlahan.
6. Sapuan syelek kedua dilakukan secara nipis dan dibiarkan kering. Setelah kering
sapuan terakhir dilakukan. Pastikan permukaan betul-betul kering sebelum melakukan
sapuan terakhir.
.
57
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
7. Setelah selesai kerja-kerja kemasan, berus syelek hendaklah dibersihkan menggunakan
pelarut. Kemudian berus dikeringkan dengan menggunakan kain.
INFO:-
Lekar : Thinner
Syelek : Spirit Metil
Cat Licau : Turpentin
Langkah kerja mengecat menggunakan cat licau
1. Sediakan cat alas untuk disapu pada permukaan. Cat alas untuk kayu biasanya berwarna
putih. Kacau cat licau sehingga larutan sebati. Jika cat terlalu pekat, campurkan turpentin
bagi mencairkannya.
58
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
2. Pastikan permukaan yang hendak dicat itu bebas dari kotoran dan habuk
3. Mulakan proses mengecat cat licau pada bahagian permukaan luar. Gerakkan berus cat
secara terkawal dengan gerakan sederhana mengikut ira kayu.
59
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
4. Biarkan cat alas itu kering sepenuhnya
5. Setelah cat alas kering, gosok permukaan dengan kertas las halus bagi membuang ira kayu
yang timbul selepas disapu cat alas. Gosokkan dilakukan secara perlahan.
60
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
6. Sapukan cat licau yang telah dipilih
7. Setelah selesai kerja-kerja mengecat, berus cat hendaklah dibersihkan menggunakan
pelarut. Kemudian berus dikeringkan dengan menggunakan kain bagi mengelakkan berus
menjadi keras dan rosak dan seterusnya disimpan di tempat yang sesuai.
61
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
Lampiran
Ujian Kendiri / Penilaian :
NAMA MURID : ____________________________________TAHUN :_____________
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul
1. Syelek yang pekat boleh dicairkan dengan mencampurkan…..
A. Air
B. Minyak tanah
C. Sabun
D. Spirit Metil
2. Antara berikut yang manakah tujuan kemasan dilakukan ?
I Mencantikkan projek
II Menjadikan projek tahan lebih lama
III Menghilangkan kesan kecacatan kayu
IV Menambahkan saiz projek
A. I, II, dan III B. I, III, dan IV
C. I, II dan IV D. II, III dan IV
3. Kemasan untuk bahan logam ialah ________.
A. cat licau
B. syelek
C. tona kayu
D. varnish
62
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
4. Cat licau yang terlalu pekat boleh dicairkan dengan menggunakan ________________.
A. turpentin
B. thinner
C. spirit metil
D. air
5. Kesan calar pada permukaan kayu dapat dihilangkan dengan menggunakan ________.
A. kertas las
B. pengikis
C. tepung penyumbat
D. cat licau
6. Apakah bahan yang digunakan untuk melicinkan permukaan kayu?
A. Kertas minyak
B. kertas las
C. kertas mahjong.
D. Kertas kaca
7. Pilih bahan yang digunakan dalam membuat kerja kemasan projek:
I Kertas las II Syelek
III paku IV cat
A. I,II dan III C. I,II dan IV
B. II,III dan IV D. I,II,III dan IV
63
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
TAJUK 4.0 Penghasilan Projek
60 minit (2 waktu)
MASA
4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan
STANDARD bukan logam dengan litar elektronik
KANDUNGAN
4.2.8 Menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen
STANDARD elektronik seperti diod pemancar cahaya (LED),
PEMBELAJARAN perintang, kapasitor, transistor, buzer dan suis.
4.2.9 Membaca litar skematik dan litar bergambar
berdasarkan manual.
OBJEKTIF Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid dapat:
PEMBELAJARAN 1. menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen
elektronik.
2. membaca litar skematik dan litar bergambar serta
mengenal pasti setiap komponen elektronik
yang terdapat dalam litar.
RINGKASAN Murid dapat mengenal pasti komponen elektronik serta boleh
membaca litar skematik dan litar bergambar
KEMAHIRAN 1. Mengenal pasti komponen elektronik
2. Membaca litar skematik dan litar bergambar
ELEMEN MERENTAS Keusahawanan:
KURIKULUM
EK 4 – menggunakan idea teknologi untuk
Kreativiti menghasilkan produk.
Nilai murni
– menggunakan sumber alternatif.
– berhati-hati.
BAHAN BANTU Komponen elektronik, litar skematik dan litar bergambar
MENGAJAR
64
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
AKTIVITI Set Induksi
PENGAJARAN DAN 1. Guru menunjukkan sebuah lampu suluh LED kepada murid.
PEMBELAJARAN 2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang lampu suluh
LED dan komponen elektronik yang terdapat pada lampu
suluh.
3. Guru meminta murid memberikan beberapa contoh lain
peralatan yang menggunakan LED. (Contoh :
Lampu Isyarat, Lampu kereta, TV LED)
Langkah 1
1. Guru menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen
elektronik .
2. Guru menunjuk cara membaca litar skematik dan litar
bergambar
Langkah 2
1. Guru membimbing murid untuk mengenal pasti setiap
komponen elektronik pada litar skematik dan litar
bergambar.
2. Murid membaca litar skematik dan litar bergambar
dengan bimbingan guru
Langkah 3
Guru menyemak lembaran kerja murid.
Penutup
Guru membuat rumusan pada hasil kerja murid.
(Contoh : Kamu telah pun mengenal pasti 6 jenis komponen
elektronik yang merangkumi nama, simbol dan fungsi)
Penyenggaraan bengkel
Sebelum murid meninggalkan bengkel, guru perlu memastikan
bengkel dalam keadaan kemas dan bersih.
PENILAIAN Guru menyediakan lembaran kerja. (Sila rujuk lampiran)
PENGAJARAN DAN Murid pernah menggunakan lampu suluh LED.
PEMBELAJARAN
PENGETAHUAN
SEDIA ADA
REFLEKSI
65
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
Maklumat Tambahan Guru.
Maklumat rujukan dan pengetahuan berkaitan :
1. Komponen Elektronik Simbol Fungsi
Bil Nama Komponen
Memancarkan cahaya
apabila ada arus
1. mengalir
Diod pemancar cahaya (LED) Menghadkan aliran
arus
2.
Perintang tetap
Mengawal arus elektrik
mengikut nilai rintangan.
Perintang boleh laras
3. 1. Menguatkan arus,
voltan dan kuasa
Transistor
4. 2. Bertindak sebagai
suis
Buzer
Menukar arus elektrik
kepada gelombang
bunyi.
66
5. Draf Modul Pengajaran
Suis Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
Suis togel
Suis mikro Digunakan untuk
menyambung dan
Suis tekan tutup memutuskan litar
Suis tekan buka
6. Menyimpan dan
Kapasitor berkutub membuang cas elektrik
Kapasitor tidak berkutub
67
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
Lampiran 1
NAMA MURID : _______________________________
Lembaran kerja komponen elektronik Simbol Fungsi
Bil Bahan / Alatan
1 ......................................................
......................................................
Nama:.................................... ......................................................
2 ......................................................
Nama:....................................... ......................................................
3 ......................................................
......................................................
Nama:.....................................
4 ......................................................
......................................................
Nama:..................................... ......................................................
......................................................
......................................................
......................................................
68
5 Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
Nama:....................................
6 ......................................................
......................................................
Nama:....................................... ......................................................
7
......................................................
Nama:..................................... ......................................................
8 ......................................................
Nama:..................................... ......................................................
......................................................
......................................................
......................................................
......................................................
......................................................
69
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
Lampiran 2
NAMA MURID : _______________________________
Lembaran kerja litar skematik
Namakan komponen elektronik yang terdapat dalam litar skematik di bawah.
11
1 5 8
6
2 9V
+ -3 9
12
C 7 -+
B
B C
E4 E
10
1. ………………………………………….. 7. …………………………………………..
2. ………………………………………….. 8. …………………………………………..
3. ………………………………………….. 9. …………………………………………..
4. ………………………………………….. 10. …………………………………………..
5. ………………………………………….. 11. …………………………………………..
6. ………………………………………….. 12. …………………………………………..
70
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
Lembaran kerja litar bergambar
Namakan komponen elektronik yang terdapat dalam litar bergambar di bawah.
1
5
6
4 2
3
1. …………………………………………………
2. ………………………………………………….
3. ………………………………………………….
4. ………………………………………………….
5. ………………………………………………….
6. ………………………………………………….
71
TAJUK Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
MASA
4.0 Penghasilan Projek
STANDARD
KANDUNGAN 60 minit (2 waktu)
STANDARD 4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan bukan
PEMBELAJARAN logam dengan litar elektronik.
4.2.10 Membuat penyambungan litar elektronik pada projek.
4.2.11 Menguji kefungsian projek
4.2.12 Membuat penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan.
OBJEKTIF Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
PEMBELAJARAN
1. membuat penyambungan litar elektronik pada projek dengan
betul
2. menguji kefungsian projek dengan beradab
3. membuat penyenggaraan dan penyimpanan peralatan dengan
cara yang betul
RINGKASAN Murid dapat memasang litar elektronik, menguji kefungsian projek,
membuat penyenggaraan dan penyimpanan peralatan dengan
betul.
KEMAHIRAN 1. Menyambung litar elektronik dengan betul
2. Menggunakan alatan tangan dengan betul
3. Menguji kefungsian projek dengan beradab
4. Membuat penyenggaraan alatan tangan bagi kerja bahan
logam
ELEMEN MERENTAS Keusahawanan :
KURIKULUM
EK 4 - menilai perlaksanaaan projek.
Kreativiti - boleh membuat keputusan dan mengambil
tindakan susulan.
Nilai murni – berdikari dan bekerjasama.
BAHAN BANTUAN 1. Manual kerja
MENGAJAR 2. Bahan logam
3. Bahan bukan logam
4. Komponen elektronik
5. Alatan tangan
72
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
AKTIVITI Set Induksi
PENGAJARAN DAN Guru bersoal jawab dengan murid sambil mengemukakan
PEMBELAJARAN persoalan berkaitan hasil projek yang telah dijalankan. Guru
bertanyakan kepada murid bagaimanakah projek tersebut dapat
ditambah nilai bagi menambahkan kefungsian projek agar lebih
menarik (boleh buat sergahan minda @ brainstorming)
Langkah 1
Guru menunjukkan 2 contoh projek yang telah siap dibina. Satu
daripada projek tersebut tanpa sambungan litar elektronik dan satu
lagi projek yang lengkap dengan litar elektronik.
Langkah 2
Guru menunjukkan peralatan dan bahan yang akan digunakan
semasa membuat penyambungan litar elektronik. Perbincangan
spontan: Murid di minta untuk memilih alat yang diperlukan dan
mengapa.
Langkah 3
Guru membimbing murid yang dipilih untuk menunjukkan langkah
kerja membuat penyambungan litar elektronik pada bahagian badan
projek. Murid lain memainkan peranan aktif dengan menghulur atau
menyebut peralatan yang perlu.
Langkah 4
Murid membuat penyambungan litar elektronik dengan pemantauan
guru.
Langkah 5
Guru menerangkan kaedah membuat pengujian litar elektronik dan
kefungsian projek dengan berbantukan cartalir. Di peringkat ini,
murid yang membina carta alir dengan bimbingan guru (rujuk carta
alir pengujian litar projek)
Langkah 6
Guru menunjukkan kaedah membuat penyenggaraan dan
penyimpanan peralatan. Murid akan melakukan semua
penyenggaraan dan penyimpanan alat
Penutup
Guru membimbing pelajar untuk menyatakan langkah memasang
terutama kekutupan bateri dan LED. Seterusnya membimbing
pelajar untuk menyatakan langkah mengesan kerosakan pada
penyambungan litar.
73
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
PENILAIAN Guru menilai bahagian pemasangan litar elektronik berdasarkan
PENGAJARAN DAN senarai semak
PEMBELAJARAN
PENGETAHUAN Murid telah mempelajari nama, fungsi dan simbol komponen
SEDIA ADA elektronik.
REFLEKSI
Maklumat Tambahan Guru.
Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan :
1. Kerja penyambungan litar projek Papan Tanda Elektronik yang akan dibuat oleh murid
melibatkan alatan tangan dan bahan penyambungan.
2. Alatan tangan yang digunakan ialah pemutar skru mata rata, pemutar skru Philip, playar
muncung tirus, pelucut wayar, pemotong sisi dan gerimit.
3. Bahan penyambungan yang digunakan ialah wayar teras tunggal, bongkah penyambung,
penyambung bateri, bateri dan pemegang bateri.
74
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
ALATAN TANGAN: Kegunaan Bil Alat tangan Kegunaan
Bil Alat tangan
1. Membentuk 4. Memotong
kaki komponen wayar
Playar muncung tirus Pemotong sisi
2. Pemutar skru Philip Melonggarkan 5. Pemutar skru mata rata Melonggarkan
dan mengetat- dan mengetat-
kan skru mata kan skru
bersilang atau beralur lurus
berpangkah
3. 6.
Pelucut wayar spring Menanggal- Membuat
kan penebat lubang pandu
pada wayar bagi paku dan
skru pada
permukaan
kayu yang
lembut.
Gerimit
Pelucut wayar mudah
BAHAN PENYAMBUNGAN: Kegunaan
Bil Bahan Membuat penyambungan litar
1.
Penyambung wayar komponen elektronik dalam
Wayar teras tunggal pemasangan litar projek
2.
75
Bongkah penyambung
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
3.
Menyambung litar kepada bateri.
Wayar berwarna merah adalah positif sementara
wayar berwarna hitam adalah negatif.
Penyambung bateri
4. + +
Bateri membekalkan tenaga voltan.
Bateri
5.
Menempatkan bateri.
Pemegang bateri
Penyambungan litar elektronik
Projek logam yang telah siap akan ditambah nilai dengan memasang empat LED. Untuk ini, kita
perlu membuat penyambungan litar elektronik.
A. Litar skematik projek elektronik
NO NC
11 COM 1 1
LED1
LED3 LED4 LED2
2
+
22 3V 2
-
76
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
B. Litar bergambar projek elektronik
LED1 LED2 LED3 LED4
A K A KA K A K
12 12 12 12
COM NC
NO
_ +
_
_
C. Projek papan tanda elektronik pandangan di bahagian hadapan dan belakang
77
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
Kerja Amali
1. Penyediaan projek papan tanda untuk pemasangan litar elektronik
i) Tebuk tapak lubang LED (A, B, C, D)
Gambar bahagian belakang
ii) Tebuk lubang untuk wayar pada suis mikro pada (E). Lekatkan suis mikro pada
bahagian tersebut dengan menggunakan skru.
NO NC
COM
(a) (b) (c)
Rajah: Suis mikro SPDT (a) Menunjukkan sambungan (b) Menunjukkan suis sebenar (c) Simbol
78
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
iii) Tebuk lubang dan masukkan suis togel SPST pada (F). Suis togel ini berfungsi
sebagai suis kawalan utama.
iv) Lekatkan pemegang bateri pada bahagian belakang projek (G) dengan menggunakan
glu.
79
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
2. Pemasangan komponen elektronik pada projek papan tanda
i) Pasang LED pada bongkah penyambung melalui lubang A, B, C, D. Pastikan kaki
LED disambung ke terminal yang betul iaitu semua kaki anod di (1) dan semua katod
di (2) bungkah penyambung.
Gambar bahagian belakang
ii) Sambungkan semua wayar pada kaki LED (katod) kepunca negatif bateri.
iii) Sambungkan semua wayar anod (A dan B) ke suis mikro (NO). Sambungkan wayar
anod C dan D ke terminal NC suis mikro. Sambung wayar positif bateri ke suis togel
dan seterusnya disambungkan pada terminal COM suis mikro.
80
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
iv) Projek yang telah siap
a. Bahagian hadapan projek
b. Bahagian belakang projek
81
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
3. Menguji kefungsian projek
A. Prosedur Menguji Kefungsian Projek Papan Tanda Elektronik
Mula
Gerakkan tetingkap ke
kiri
Apakah Periksa sambungan
LED1 atau LED2 LED1 atau LED2 yang
menyala? tidak menyala
TIDAK
YA
Gerakkan tetingkap ke
kanan
Periksa sambungan
LED3 atau LED4 yang
tidak menyala
Apakah TIDAK
LED3 atau LED4
menyala?
YA
Tamat
82
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
B. Kaedah menguji litar elektronik
Prosedur kerja memeriksa sambungan litar LED sebelah kanan.
1. Pastikan sambungan adalah betul seperti pada litar LED1 dan LED2 mengikut litar
skematik.
2. Pastikan sambungan kekutuban LED1 dan LED2 betul iaitu punca anod disambung ke
punca positif melalui NC dan suis S1 dan punca katod disambung terus ke punca negative
bateri.
3. Ketatkan dan kemaskan semua sambungan berikut:
i. sambungan skrew di bungkah penyambung.
ii. pintalan atau cengkaman wayar pada bungkah penyambung.
iii. pintalan atau cengkaman wayar pada suis.
4. Jika semua langkah 1 hingga 3 telah dipenuhi tetapi LED masih tidak menyala
kemungkinan LED rosak atau bateri lemah.
Prosedur kerja memeriksa sambungan litar LED sebelah kiri
1. Pastikan sambungan adalah betul seperti pada litar LED3 dan LED4 mengikut litar
skematik.
2. Pastikan sambungan kekutuban LED3 dan LED4 betul iaitu punca anod disambung ke
punca positif melalui No dan suis S1 dan punca katod disambung terus ke punca
negative bateri.
3. Ketatkan dan kemaskan semua sambungan iaitu:
i. sambungan skrew di bungkah penyambung.
ii. pintalan atau cengkaman wayar pada bungkah penyambung.
iii. pintalan atau cengkaman wayar pada suis.
4. Jika semua langkah 1 hingga 3 telah dipenuhi tetapi LED masih tidak menyala kemungkinan
LED rosak atau bateri lemah.
Maklumat Tambahan Guru.
Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan :
A. Penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan
1. Alatan tangan yang telah digunakan untuk menjalankan aktiviti dan membuat projek perlu
disenggara dan disimpan pada tempat yang telah dikhaskan.
83
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
2. Alatan tangan perlu disenggara dan disimpan dengan baik supaya:
(a) Alatan tangan dalam keadaan baik
(b) Sentiasa tersusun dan teratur
(c) Mudah diambil apabila digunakan
(d) Tahan lebih lama
(e) Selamat apabila digunakan
3. Penyenggaraan alatan tangan dapat dilakukan dengan cara:
(a) Membersihkan alatan tangan
(b) Meminyakan alatan tangan
(c) Menyimpan alatan tangan
4. Untuk menanggalkan kekotoran, kita harus menggunakan agen dan bahan pembersih
seperti yang berikut:
(a) Serbuk pencuci seperti sabun buku atau
cecair pencuci yang digunakan untuk
membersihkan perkakas dan alatan.
(b) Kerosin dan turpentin yang digunakan untuk
menanggalkan kesan cat.
(c) Spirit metil yang digunakan untuk
menanggalkan kesan syelek.
(d) Kertas las yang digunakan untuk
menanggalkan kesan karat pada alatan
tangan.
84
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
B. Langkah Kerja menyelenggaraan dan menyimpanan peralatan
Menyenggara gergaji puting
1. Gosok gergaji 2. Bersihkan gergaji 3. Sapu gergaji 4. Simpan gergaji di
putting dengan puting dengan puting dengan rak alatan
kertas las untuk kain minyak pelincir
membuang karat agar tidak
berkarat
Menyenggara pemotong sisi
1. Buang habuk dan kekotoran dengan berus
yang sesuai.
2. Bersihkan pemotong sisi dengan kain atau
dengan berus.
3. Sapu pemotong sisi dengan sedikit minyak
pelincir bagi melindunginya daripada
berkarat dan melincirkan bahagian yang
bergerak.
4. Simpan pemotong sisi pada panel alatan
85
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
Menyenggara berus syelek
1. Buang habuk dan kekotoran dengan berus
yang sesuai.
2. Rendam berus di dalam spirit metil untuk
menanggalkan lebihan syelek pada berus.
3. Cuci berus syelek dengan air sabun suam
kemudian bilas dengan air besih.
4. Keringkan dan simpan berus syelek di
tempat yang sesuai.
86
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
Lampiran 1
NAMA MURID : __________________________________________________
NAMA PROJEK : Papan Tanda Elektronik
TEMA : Papan Tanda
Senarai semak penyambungan litar projek papan tanda elektronik
LED1 LED2 LED3 LED4
A K A KA K A K
12 12 12 12
COM NC
NO
_ +
_
_
Semak penyambungan litar pada projek berdasarkan litar bergambar di atas .
Tandakan √ atau X pada ruangan yang disediakan.
1. Kekutuban komponen elektronik dipasang dengan betul
2. Penyambungan litar dipasang dengan betul dan kemas
3. Kaki komponen dibengkok dengan betul dan kemas
4. Apabila suis mikro ditekan LED3 dan LED4 akan menyala
5. Apabila suis mikro tidak ditekan LED1 dan LED2 akan menyala
Pencapaian: KOMPETEN BELUM KOMPETEN
Keputusan
Tarikh :
Nama & tandatangan Guru
87
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
Lampiran 2
Ujian Kendiri/Penilaian :
NAMA MURID :______________________________________ TAHUN : _______________
A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
direndam cecair pencuci spirit metil kertas las Air sabun suam
karat berus mencuci turpentin diselenggara
1. Perkakas boleh juga menggunakan ____________________ untuk membersihkannya.
2. Kesan cat ditanggalkan dengan menggunakan ___________________________.
3. Kesan syelek boleh ditanggalkan dengan menggunakan _______________________.
4. Kesan karat pada alatan tangan boleh ditanggalkan dengan _____________________.
5. Perkakas dan alatan perlu ________________________ dari semasa ke semasa.
6. Untuk membuang habuk ________________________ boleh digunakan dari masa ke
semasa.
7. Kain juga boleh digunakan untuk ________________________ pemotong sisi.
8. Untuk melindungi peralatan dari ________________________ sapu sedikit minyak pelincir.
9. Cuci berus syelek dengan ________________________ sebelum dibilas dengan air besih.
10. Berus syelek perlu ________________________ dalam spirit metil untuk
membersihkannya.
88
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
TAJUK 4.0 Penghasilan Projek
MASA 60 minit (2 waktu)
4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam
STANDARD
KANDUNGAN dan bukan logam dengan litar elektronik
STANDARD 4.2.13 Pengiraan kos bahan
PEMBELAJARAN
OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
PEMBELAJARAN 1. membuat pengiraan kos bahan.
RINGKASAN Murid dapat membuat pengiraan kos bahan.
KEMAHIRAN Membuat pengiraan kos.
ELEMEN MERENTAS Keusahawanan:
KURIKULUM
EK 3 - berjaya menjalankan tugasan mengikut
perancangan
- membuat kiraan anggaran kos dengan
tepat
Kreativiti - mendapat maklumat dari pelbagai sumber
Nilai murni - kejujuran dan ketelusan
BAHAN BANTUAN 1. Bahan sebenar
MENGAJAR 2. Borang pengiraan kos bahan
AKTIVITI PENGAJARAN Set Induksi
DAN PEMBELAJARAN
Guru mengimbas kembali kerja amali yang telah
dijalankan oleh murid. Guru mempamerkan semua
projek untuk tatapan murid dan sesi soal jawab
dijalankan.
Guru bertanyakan kepada murid, berapakah harga
projek yang dapat dinilaikan pada projek berkenaan.
Murid cuba untuk membuat anggaran nilai harga.
Seterusnya guru mengaitkannya jawapan murid dengan
keperluan menyediakan pengiraan kos.
89
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5
Perkembangan
Langkah 1
Guru menerangkan butiran yang perlu dilengkapkan
dalam lajur-lajur yang terdapat pada borang tersebut.
Langkah 2
Guru menerangkan contoh pengiraan kos dengan
menggunakan peralatan TMK.
Langkah 3
Guru mengedarkan borang penyediaan pengiraan kos
projek. Murid berbincang didalam kumpulan bagi
melengkapkan borang pengiraan kos.
Guru membuat bimbingan kepada semua murid.
Penutup
Guru membuat rumusan keseluruhan mengenai
pembelajaran hari ini.
Guru memberi penghargaan kepada semua murid
PENILAIAN Penilaian guru berdasarkan borang penyediaan
PENGAJARAN DAN pengiraan kos.
PEMBELAJARAN
PENGETAHUAN SEDIA 1. Murid pernah membeli barangan di kedai semasa di
ADA MURID sekolah dan di rumah.
2. Murid telah didedahkan dengan nilai mata wang dan
operasi tambah
REFLEKSI
90