PENGENALAN
Masalah obesiti merupakan faktor utama kepada penyakit tidak berjangkit (NCD)
seperti diabetes melitus, hipertensi, hiperkolestrolemia, strok, penyakit buah
pinggang dan beberapa jenis kanser. Pada tahun 2011, Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (World Health Organisation, WHO) melaporkan Malaysia merupakan di
antara negara tertinggi berlebihan berat badan dan obes dengan prevalen 44.2%.
Manakala menurut Data World Population Review (2019), prevalens orang dewasa
yang obes di Malaysia adalah yang tertinggi di negara Asia Tenggara diikuti oleh
negara Brunei (14.1%), Thailand (10.0%) dan Indonesia (6.9%). Tinjauan
Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2011 mendapati 1 daripada 2
daripada orang dewasa mempunyai, sama ada berlebihan berat badan atau obes di
mana 29.4% adalah berlebihan berat badan manakala 15.1% adalah obes.
Penemuan kajian yang sama menunjukkan berlakunya trend peningkatan prevalen
berkenaan pada tahun 2019 iaitu untuk kategori berlebihan berat badan adalah
sekitar 30.4% manakala obes adalah 19.7%.
Obesiti adalah satu keadaan yang disebabkan oleh pengambilan dan penggunaan
tenaga yang tidak seimbang. Keseimbangan tenaga positif akan menyebabkan
peningkatan berat badan. Ianya adalah satu keadaan yang kompleks hasil daripada
pengambilan makanan yang berlebihan tanpa peningkatan aktiviti fizikal dan gaya
hidup yang sedentari (Ahmed & Siwar 2014; Spears-Lanoix et al. 2015).
Pengambilan makanan yang tinggi lemak serta makanan dan minuman yang
mempunyai jumlah tenaga yang tinggi dan kebolehdapatan makanan yang semakin
baik disokong oleh perubahan dari segi status sosioekonomi di negara-negara Asia
telah menyebabkan kadar obesiti di kebanyakan negara Asia semakin meningkat
(Popkin et al. 2012). Oleh itu, gabungan intervensi aktiviti fizikal dan diet adalah
merupakan komponen yang terpenting bagi pengawalan dan pengurusan obesiti.
Namun menurut Heng et al. (2013), pendekatan secara holistik perlu dilakukan
dengan mengambil kira perubahan tingkah laku bagi pengambilan makanan, tabiat
makan dan aktiviti fizikal dalam membentuk intervensi yang lebih berkesan
Obesiti juga merupakan faktor risiko morbiditi dan mortaliti yang boleh dielakkan
(WHO). Pengawalan berat badan yang efektif didapati dapat menurunkan kadar
mortaliti dan morbiditi (Williamson et al. 1995) dan seterusnya dapat meningkatkan
kesemua aspek kualiti kehidupan yang berkaitan dengan kesihatan (Kaukua et al.
2003). Program pengurusan berat badan yang bersesuaian perlu dirancang bagi
memastikan pesakit obesiti dapat menurunkan berat badan dan secara tidak
langsung meningkatkan kualiti kesihatan mereka.
244
Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan pelbagai program bagi
mempromosi amalan gaya hidup sihat dan mencegah masalah obesiti ini termasuk
program pengurusan berat badan. Tempat kerja dilihat sebagai salah sebuah setting
bagi mengadakan program intervensi pengurusan berat badan kerana seorang
pekerja dewasa menghabiskan satu per tiga dari waktu sehari di tempat kerja dan
pekerja yang sihat seharusnya menjadi keutamaan kepada jabatan/ agensi bagi
memastikan penyampaian perkhidmatan dan penghasilan produktiviti yang optima.
Justeru itu, pencegahan dan pengekalan kesihatan terutama penyakit kronik
hendaklah dititikberatkan bukan sahaja di rumah malah di tempat kerja. Di bawah
Seksyen 15, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, adalah menjadi
tanggungjawab majikan untuk menjaga keselamatan, kesihatan dan kebajikan
pekerja. Bagi mematuhi akta tersebut, pihak KKM bertanggungjawab untuk
mewujudkan tempat kerja yang sihat dan selamat. Satu daripada komponen tempat
kerja sihat adalah memastikan semua pekerja mempunyai tahap kesihatan yang
baik.
Situasi pandemik COVID-19 dilihat menjadi penghalang pelaksanaan program-
program pengurusan berat badan yang selama ini dijalankan secara bersemuka dan
fizikal. Justeru itu satu program intervensi Program Pengurusan Berat Badan “Trim
and Fit” berkonsep secara virtual terhadap anggota yang mengalami masalah
berlebihan berat badan dan obes dalam kalangan staf Pejabat Kesihatan Daerah
Sik telah dirancang. Terdapat beberapa kajian intervensi secara virtual penurunan
berat badan yang melibatkan aspek pemakanan dan aktiviti fizikal yang pernah
dijalankan di oleh National Human Genome Research Institute (Susan Perskyet al.
2018) yang bertajuk penggunaan aplikasi secara virtual dalam pencegahan dan
pengurusan obesiti. Namun hasil kajian yang dilakukan itu menunjukkan kesan
intervensi yang tidak konsisten. Ini adalah disebabkan oleh perbezaan dari segi
strategi pelaksanaan dan pengawasan sesuatu program.
Walaupun terdapat pelbagai kekangan dalam menjalankan program intervensi,
program ini dilihat sangat diperlukan bagi mempromosikan cara hidup sihat di
tempat kerja dan mewujudkan tempat kerja yang menyokong aktiviti-aktiviti kawalan
obesiti secara virtual semasa situasi pendemik COVID-19 dan seterusnya dapat
memastikan kakitangan kesihatan sendiri tidak menghadapi masalah obesiti dan
seterusnya menyumbangkan kepada penyakit NCD.
245
METODOLOGI
Kajian ini berbentuk kajian intervensi (Interventional study) yang melibatkan
penjawat awam Pejabat Kesihatan Daerah Sik yang mengalami masalah obesiti dan
berlebihan berat badan. Sampel kes kajian diperolehi terhadap semua anggota yang
berminat untuk menyertai program intervensi yang diitetapkan dalam tempoh 3
bulan program (Julai – September 2021). Seramai 60 peserta telah dipilih
berdasarkan kriteria kemasukan dan penolakan seperti berikut:
Kriteria Kemasukan:
Peserta berusia ≥18 tahun dan mempunyai Indeks Jisim Tubuh (IJT) atau Body
Mass Index (BMI) ≥ 25 kg/ m²
i. Bersetuju dan berminat menyertai intervensi
ii. Tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kronik contohnya penyakit
jantung, diabetes, hipertensi dan lain-lain
Kriteria Penolakkan:
i. Mengandung
ii. Mempunyai kecacatan kekal yang boleh menganggu pergerakan
iii. Peserta yang mempunyai kehadiran kurang daripada 60% sepanjang 3
bulan pertama intervensi akan digugurkan daripada program.
Program Intervensi ini mengunakan media secara virtual iaitu:
1. Google Meet
Digunakan bagi taklimat program dan sesi bersama jurulatih. 3 sesi taklimat
telah dijalankan sepanjang program. Iaitu:
i. Pemakanan Sihat dan Konsep Pingan Sihat Malaysia
(SukuSukuSeparuh)
ii. Pengiraan kalori dalam menu harian
iii. Mengekalkan aktiviti fizikal sewaktu pandemik COVID-19.
2. Google Sheet
Telah digunakan untuk pendaftaran peserta. Link telah diedarkan kepada
semua group Whatapp klinik. Turut digunakan untuk memperolehi data
antropometri dan aktiviti fizikal peserta setiap bulan. Peserta akan diberikan
link google sheet setiap bulan untuk peserta menghantar data antropometri
dan langkah yang dkumpul setiap bulan.
3. Aplikasi Whatsapp
Satu kumpulan sokongan di kalangan peserta telah dibentuk bagi
menyampaikan maklumat dan pemantauan kemajuan setiap peserta.
Kumpulan sokongan ini dilihat penting ini kerana sokongan sosial terutama
246
dari rakan sebaya membolehkan mereka berkongsi pengetahuan,
pengalaman, memberi bantuan emosi dan bantuan praktikal antara satu
sama lain berbanding sokongan yang lain seperti dari anggota kesihatan
(Graham & Rutherford 2016).
4. MynutriDiari
Peserta digalakkan untuk mengunakan aplikasi tersebut dalam mengira kalori
bagi pengambilan makanan harian supaya memastikan keseimbangan
negatif tenaga dapat diperolehi dalam pengambilan tenaga harian peserta.
Setiap peserta telah dibekalkan pinggan sihat Malaysia. Ini membolehkan
peserta mengamalkan konsep sukusukuseparuh dalam pengambilan
makanan harian.
5. Bookdoc (Program Virtual Walk Jelapang Padi Challenge, PKD Sik)
Program tersebut telah dilancarkan dengan kerjasama dengan Bookdoc.
Cabaran program ini adalah mengumpul 250,000 langkah sepanjang 3 bulan
program berjalan. Aplikasi Bookdoc dan Strava digunakan untuk mengira
langkah dan jarak peserta berjalan.
KEPUTUSAN
Seramai 60 responden dalam kalangan kakitangan kesihatan telah terpilih menjadi
peserta intervensi. Di mana 10 (16.6%) adalah lelaki dan 50 (83.4%) adalah wanita.
Sejumlah 25 (42%) adalah dalam golongan berlebihan berat badan, 25 (42%)
mempunyai berat badan obes tahap 1, 7 (11.6%) mempunyai indek jisim tubuh obes
tahap 2 dan 2 (4.4%) merupakan golongan obes tahap 3. (Jadual 1)
Jadual 1: Data Sosiodemografi dan Status BMI Peserta Pengurusan Berat Badan
Peserta Yang Mendaftar (n=60)
Variable Bil Kes (n) Peratus (%)
Jantina Lelaki 10 16.6
Perempuan 50 83.4
BMI Berlebihan Berat Badan 25 42
Obes Tahap 1 25 42
Obes Tahap 2 7 11.6
Obes Tahap 3 2 4.4
Selepas intervensi dijalankan selama tempoh 3 bulan didapati seramai 19 (31.6%)
orang telah cicir dari penilaian. Ini kerana peserta yang mempunyai kehadiran
kurang daripada 60% sepanjang 3 bulan pertama intervensi akan digugurkan
247
daripada program. Justeru peserta yang menamatkan program 6 (14.6%) adalah
lelaki dan 35 (85.4%) adalah wanita. Sejumlah 14 (34.1%) adalah dalam golongan
berlebihan berat badan, 18 (43.9%) mempunyai berat badan obes tahap 1, 7
(17.2%) mempunyai berat badan obes tahap 2 dan 2 (4.8%) merupakan golongan
obes tahap 3
Jadual 2: Data Sosiodemografi dan Status BMI Peserta Pengurusan Berat Badan
Yang Menamatkan Program (n=41 )
Variable Bil Kes (n) Peratus (%)
Jantina Lelaki 6 14.6
Perempuan 35 85.4
BMI Berlebihan Berat Badan 14 34.1
Obes Tahap 1 18 43.9
Obes Tahap 2 7 17.2
Obes Tahap 3 2 4.8
Perubahan Berat Badan Peserta Selepas Tempoh Program
Selepas intervensi dijalankan selama tempoh 3 bulan didapati seramai 19 (31.6%)
orang telah cicir dari penilaian. Perubahan berat badan selepas tempoh program
menunjukkan bahawa 15 (36.6%) peserta berjaya menurunkan berat badan.
Manakala 17 (41.5%) tidak mengalami perubahan penurunan berat badan dan 9
(21.9%) peserta mengalami peningkatan berat badan sepanjang tempoh program.
Jadual 3: Perubahan Berat Badan ( n=41) Bil Kes (n) Peratus (%)
Indikator
15 36.6
Berat Badan Menurun 17 41.5
Kekal 9 21.9
Meningkat
248
Perubahan Body Mass Index Sebelum dan Selepas Program
Hasil kajian turut melihat kepada perubahan Body Mass Index (BMI) selepas dan
sebelum program intervensi dijalankan. Didapati 0% (0) tiada peserta mempunyai
BMI yang normal sebelum program tetapi selepas intervensi dijalankan BMI Normal
mencatatkan 6 (14%) daripada peserta mencapai BMI normal. Peratus Penurunan
jumlah peserta yang obes tahap 2 daripada 7 (17.1%) sebelum program intervensi
kepada 5 (12.2 %) selepas intervensi dan peserta obes tahap 3 masih kekal 2
(4.4%). Untuk status BMI berlebihan berat badan jumlah peserta menurun daripada
14(34.1%) kepada 9(22.0%) dan peserta yang mempunyai obes tahap satu tiada
perubahan yang ketara iaitu 18(43.9%) sebelum kepada 19(46.3%) unutk selepas
program.
Jadual 4: Perubahan BMI Sebelum Dan Selepas Program ( n=41)
Indikator Sebelum Selepas
BMI Normal 0 (0.0%) 6 (14.6%)
Berlebihan Berat Badan 14 (34.1%) 9 (22.0%)
Obes Tahap 1 18 (43.9%) 19 (46.3%)
Obes Tahap 2 7 (17.2%) 5 (12.3%)
Obes Tahap 3 2 (4.8%) 2 (4.8%)
Purata Langkah Yang Dikumpul Peserta Dalam Program Virtual Walk
Purata langkah yang dicatatkan dalam Program Virtual Walk Jelapang Padi
Challenge, PKD Sik adalan 339,610 langkah dalam tempoh 3 bulan program dan
secara purata peserta telah berjalan 3774 langkah sehari. Jumlah langkah peserta
maksimum dicatatkan adalah 1,737,881 langkah dan minimum langkah yang
dikumpul adalah 46,573 langkah. Purata jarak yang dikumpulkan oleh peserta
adalah 237 km dalam tempoh 3 bulan program (10,000 langkah persamaan 7 km).
Program virtual walk mendapat penglibatan yang baik daripada peserta dalam
meningkatkan aktiviti fizikal sewaktu pandemic COVID-19.
PERBINCANGAN
Pelaksanaan intervensi pengurusan berat badan di tempat kerja di Malaysia,
bukanlah sesuatu yang baru kerana peningkatan prevalens obesiti dalam kalangan
golongan dewasa yang semakin tinggi di Malaysia. Pelaksanaan intervensi obesiti
perlu dijalankan untuk memastikan individu yang terlibat dengan program intervensi
menerima faedah yang berterusan daripada intervensi khususnya dalam
pemakanan sihat dan aktiviti fizikal dalam jangka masa panjang. Ini terbukti apabila
249
intervensi gaya hidup gabungan diet, aktiviti fizikal dan terapi perilaku kognitif yang
dijalankan oleh Jepson (2015) selama dua tahun telah menunjukkan penurunan
berat badan yang menggalakkan iaitu penurunan berat badan sebanyak 6.4% pada
tahun pertama dan 3.3% pada tahun kedua. Manakala intervensi yang dijalankan
oleh Nur Shahida AZ (2018) selama satu tahun juga menunjukkan kesan penurunan
berat badan sebanyak 8.0 ±0.7kg dalam kalangan kumpulan intervensi berbanding
peningkatan berat badan dalam kumpulan kawalan sebanyak 0.9±0.5kg.
Didalam suasana pandemik COVID-19 perancangan program pengurusan berat
badan perlu dilakukan seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia. Tiada pertemuan fizikal, tidak boleh
berkumpul, amalan program-program kesihatan terbatas, penutup gym dan lain-lain
Ini dilihat merupakan halangan persekitaran yang lebih sihat didalam komuniti.
Justeru program secara virtual didapati sangat sesuai dijalankan di waktu pandemik
COVID-19 bagi memastikan rakyat Malaysia sentiasa aktif dan dapat mengekalkan
berat badan yang normal. Dalam program ini juga dapat dilihat meningkatkan
awareness tentang penyakit NCD dan risiko masalah berat badan kepada penyakit
NCD. Selain itu, ia turut meningkatkan pengetahuan kepada warga kerja yang
mengalami masalah berat badan untuk menurunkan berat badan dengan cara yang
sihat dan seterusnya menurunkan peratus jumlah warga kerja yang mengalami
masalah berlebihan berat badan dan obes.
Didalam menjalankan program secara virtual ini, didapati kumpulan sokongan
merupakan salah faktor utama kejayaan bagi satu-satu program. Terdapat beberapa
kajian intervensi obesiti yang dijalankan samada di luar negara mahu pun di
Malaysia. Antara kajian yang dijalankan di luar negara adalah di peringkat tempat
kerja selama satu tahun dan di peringkat komuniti selama lapan minggu
(Cherrington et al. 2015). Kajian yang dijalankan oleh mereka telah menunjukkan
kesan intervensi terhadap penurunan berat badan dalam kumpulan intervensi
berbanding kumpulan kawalan. Dimana dalam komuniti terbukti bahawa strategi
sokongan dari rakan sebaya merupakan mekanisme yang sesuai untuk penurunan
berat badan, peningkatan tahap aktiviti fizikal dan perubahan amalan pemakanan
yang lebih baik.
Intervensi aktiviti fizikal bagi kajian ini adalah dengan melakukan senaman berjalan
dalam program yang telah dilancarkan iaitu Program Virtual Walk Jelapang Padi
Challenge, PKD Sik. Di samping itu, subjek juga digalakkan untuk
mempertingkatkan aktiviti harian seperti naik turun tangga, berjalan pantas,
250
berkebun, mengemas rumah dan lain-lain bagi mengumpul langkah dalam program
tersebut. Saranan ini adalah bagi memenuhi saranan WHO (2010), yang
menyatakan dewasa berusia 18-64 tahun perlu melakukan sekurang-kurangnya 150
minit aktiviti aerobik berintensiti sederhana seperti berjalan pantas, berlari,
berbasikal, melompat tali, dan berenang sepanjang minggu. Peningkatan aktiviti
aerobik berintensiti sederhana hingga 300 minit seminggu atau aktiviti aerobik
berintensiti tinggi selama 150 minit seminggu dapat memberi manfaat tambahan
kepada kesihatan.
Dalam kajian oleh Abdul Aziz et. All (2012) yang mengkaji faktor yang
mempengaruhi obesiti di kalangan pelajar sekolah menengah di Daerah Batang
Padang, Perak. Seramai 230 orang pelajar digunakan sebagai responden dalam
kajian tersebut. Terdapat empat faktor yang diberikan penekanan iaitu amalan
pemakanan, amalan aktiviti riadah, amalan pengurusan masa dan amalan
persekitaran. Hasil kajian menunjukkan amalan aktiviti riadah iaitu aktiviti fizikal
paling tinggi yang mempengaruhi obesiti di kalangan subjek, manakala amalan
persekitaran paling rendah. Dalam satu kajian yang lain oleh Darus N (1998),
perbuatan aktiviti fizikal adalah antara faktor yang signifikan dalam mengawal
lebihan berat badan dan obesiti. Salah satu penyebab utama lebihan berat badan
dan obesiti adalah kekurangan aktiviti fizikal. Justeru penurunan berat badan melalui
latihan jasmani dan diet adalah yang paling berkesan untuk lebihan berat badan dan
obesiti (Darus, 1996). Di dimana dalam kajian beliau, latihan fizikal dapat
mengurangkan berat badan dan kehilangan lemak adalah antara 47-49% dalam
subjek dalam kajian beliau. Ini menunjukkan intervensi aktiviti fizikal didalam
program pengurusan berat badan penting dalam memastikan penurunan berat
badan oleh peserta.
Tumpuan kepada pengambilan makanan peserta turut ditekankan dalam program,
ini kerana menurut kajian Azimah Ahmad (2007) yang bertajuk faktor utama obesiti
dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar. Dapatan daripada kajian
tersebut menunjukkan subjek yang berlebihan berat badan dan obes mengambil
makanan yang tinggi berkarbohirat iaitu 29% dan 28.4% pada waktu lapang. Jenis
makanan/minuman yang kedua tertinggi adalah minuman bergula iaitu sebanyak
25.5% dan diikuti oleh pengambilan makanan ringan sebanyak 24.5%. Terdapat
juga responden yang mengambil makanan berlemak dengan jumlah 2.9%. Merujuk
kepada kajian tersebut, dapat dilihat bahawa amalan pemakanan merupakan satu
faktor yang perlu dikawal didalam satu program pengurusan berat badan bagi
memastikan peserta berjaya menurunkan berat badan.
251
Justeru itu intervensi pemakanan sihat telah ditekankan dalam program, dimana
peserta disarankan mengamalkan konsep Pinggan Sihat Malaysia
(sukusukuseparuh) mengambil diet rendah kalori dan rendah lemak melalui saranan
pengambilan 1200 kcal hingga 1500 kcal sehari. Matlamat pengurangan adalah
500kcal sehari bagi penurunan berat badan 0.5 hinggga 1kg setiap minggu dalam
masa 6 bulan mengikut Clinical Practice Guidline on Management of Obesity (KKM
2004). Pengambilan diet yang tinggi serat (20-30g serat/hari atau 5-7 sajian/hari)
termasuk pengambilan 3 sajian sayur-sayuran, 2 sajian buah-buahan dan 2-3 sajian
legum dan bijirin penuh. Pengambilan lemak dikurangkan sama ada melalui
pemilihan makanan dan juga melalui kaedah penyediaan makanan yang rendah
lemak. Selain itu subjek juga mengurangkan pengambilan gula dan garam mengikut
Garis panduan Pemakanan Malaysia (NCCFN 2010).
LIMITASI
Intervensi program dijalankan sewaktu pandemik COVID-19 dan pihak Jabatan
Kesihatan Negeri Kedah telah mengeluarkan surat arahan berkaitan urusan
penangguhan dan pengurangan aktiviti kesihatan awam bagi membendung
penularan wabak COVID-19 dan mobilisasi kesihatan awam pada bulan mei 2021
(rujukan: JKNKDH.KA600-36(18)) dan turut merujuk Garis Panduan Pengurusan
Premis Kerajaan Bagi Pengawalan Penularan Civid-19. Berdasarkan surat dan garis
panduan, program intervensi telah menetapkan untuk mengelakkan perjumpaan
secara bersemuka antara staf untuk mencegah penularan wabak ini dikalangan staf
dan melumpuhkan sistem kesihatan khususnya di Pejabat Kesihatan Daerah Sik.
Justeru itu, terdapat kekangan terhadap intervensi yang dijalankan khususnya
mendapatkan data yang lebih terperinci seperti peratus lemak, peratus otot, ujian
biokimia dan data-data pemantauan aktiviti-aktiviti peserta.
Selain itu limitasi kajian adalah seperti bilangan sampel kajian yang memenuhi
kritera penolakan iaitu seramai 19 (31.7%). Peserta tersebut yang mempunyai
kehadiran kurang daripada 60% sepanjang 3 bulan intervensi digugurkan daripada
program. Ini terjadi mungkin disebabkan tugasan pegawai dalam tugas kawalan,
pencegahan dan rawatan pesakit COVID-19. Cadangan untuk melibatkan ketua
unit dan kempen kesedaran kesihatan kepada anggota kesihatan perlu
dipertingkatkan lagi. Bagi memastikan anggota kesihatan sendiri tahu akan status
kesihatan diri dan ingin merubah diri menjadi lebih sihat dari segi luaran dan mental.
252
KESIMPULAN
Intervensi pengurusan berat badan secara virtual dalam anggota pejabat kesihatan
daerah sik bagi penurunan berat badan dalam peringkat tempat kerja berjaya
merubah pengambilan makanan, tahap aktiviti fizikal seterusnya berjaya
menurunkan berat badan peserta. Di samping itu, perantara kumpulan sokongan
yang terdiri daripada rakan sebaya memberikan kesan yang efektif bagi
mengekalkan perubahan antropometri dalam tempoh masa yang lebih lama yang
diperkukuhkan melalui peningkatan tahap aktiviti fizikal sesama mereka. Walau
bagaimanapun, penambahbaikan perlu dilakukan bagi kajian akan datang agar
kesan dan peratusan peserta menyertai program tersebut lebih tinggi dan kempen
kesihatan terutamanya berkaitan bahaya obesiti yang berterusan perlu dilihat dalam
sesuatu organisasi tempat kerja.
PENGHARGAAN
Penghargaan kepada Unit Pemakanan,Unit Kesihatan Keluarga, Unit NCD, Unit
Promosi dan Unit KPAS dalam menjayakan program intervensi ini sewaktu
pandemik COVID-19.
RUJUKAN
Ahmed, Ferdoushi & Chamhuri, Siwar. (2013). Food Intake and Nutritional Status
among Adults: Sharing the Malaysian Experience. Pakistan Journal of
Nutrition. 12. 1008-1012. 10.3923/pjn.2013.1008.101
Azimah Binti Ahmad, (2007), Faktor Utama Obesiti Dalam Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah Luar Bandar. Fakulti Sains Dan Teknologi Universiti Pendidikan
Sultan Idris
Cherrington, A. L., Willig, A. L., Agne, A. A., Fowler, M. C., Dutton, G. R. & Scarinci,
I. C. 2015. Development of a theory-based, peer support intervention to
promote weight loss among Latina immigrants. BMC Obesity 2: 17.
Darus, N. (1996). Exercise - The way to stay trim and healthy. Malaysian Society
For The Study Of Obesity. 1 : 15-21.
Graham, J. T. & Rutherford, K. 2016. The Power of Peer Support: what we have
learned from the Centre for Social Innovation Fund. Journal of Policy Practice
15(1/2): 25-35.
Institut Kesihatan Umum (IKU). 2011. Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi
Kebangsaan IV (NHMS IV). Kementerian Kesihatan Malaysia.
Institut Kesihatan Umum (IKU). 2015. Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi
Kebangsaan V (NHMS V). Kementerian Kesihatan Malaysia.
Jepsen, R., Aadland, E., Robertson, L., Kolotkin, R. L., Andersen, J. R. & Natvig, G.
K. 2015. Physical activity and quality of life in severely obese adults during a
two-year lifestyle intervention programme. Journal of Obesity 2015 (2).
253
Kaukua, J., Pekkarinen, T., Sane, T., Mustajoki, P. (2002) Health-related quality of
life in WHO Class II-III obese men losing weight with very-low-energy diet and
behaviour modification: a randomised clinical trial. Int J Obes Relat Metab
Disord 26: 487–495.
KKM 2004. Clinical Practice Guidline on Management of Obesiti. Kementerian
Kesihatan Malaysia.
Nur Shahida Abdul Aziz, Suzana Shahar, Rashidah Ambak, Noor Safiza Mohamad
Nor, Ahmad Taufik Jamil dan Tahir Aris. 2018. Influence of co-morbidity on
body composition changes after weight loss intervention among overweight
housewives: A follow-up study of the MyBFF@home. BMC Women’s Health
18(July).
Popkin, B . Global nutrition dynamics: the world is shifting rapidly toward a diet linked
with noncommunicable diseases. Am J Clin Nutr 2006;84:289–98.
Popkin, B. M., Adair L. S. & Ng, S. W. 2012. Global nutrition transition and the
pandemic of obesity in developing countries. Nutrition Review 70: 3-21.
Ramachandran, A., Chamukuttan, S., Shetty, S. A., Arun, N. & Susairaj, P. 2012.
Obesity in Asia - is it different from rest of the world. Diabetes/Metabolism
Research and Reviews 28(28): 47-51.
Roszanadia Rusali, Suzana Shahar, Lee, Xiao Wen, & Zahara Abdul Manaf. 2016.
Effectiveness of a structured weight management programme at workplace
among employees of a petroleum industry in Malaysia. Jurnal Sains
Kesihatan Malaysia 14(2): 49-56.
Susan Persky, Volume 5, Issue 2, March 2018, Social and Behavioral Research
Branch, National Human Genome Research Institute. Application of Virtual
Reality Methods to Obesity Prevention and Management Research. Journal
of Diabetes Science and Technology
Williamson et al. 1995. Prospective Study of Intentional Weight Loss and Mortality
in Never-Smoking Overweight US White Women Aged 40–64 Years.
American Journal of Epidemiology, Volume 141, Issue 12, 15 June 1995,
Pages 1128–1141.
WHO. 2010. Global Recommendations for Physical Activity. World Health
Organization. Available from:
http://whqlibdoc.who.int/publications/2010/9789241599979_eng.pdf.
WHO. 2017. Obesity and overweight. Key facts. World Health
Organization.Available from:
https://www.who.int/gho/ncd/risk_factors/overweight_obesity/obesity_adults/
en/
254
STATUS KESIHATAN MENTAL DIKALANGAN PELAJAR YANG
MENJADI KONTAK RAPAT JANGKITAN COVID-19: KLUSTER
DEDAP
Nornatrah Omar1, Dr. Shahrul Izzat1, Dr Suriani1
1Pejabat Kesihatan Daerah Yan
*corresponding author: Nornatrah Omar
__________________________________________________________________
ABSTRAK
Latarbelakang: Kajian ini dijalankan bagi mengukur tahap kesihatan mental pelajar
yang di kuarantin kerana menjadi kontak rapat kepada kes positif COVID-19 dalam
Kluster Dedap.
Metodologi: Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif dengan subjek kajian
adalah terdiri daripada pelajar Maahad tahfiz As-Syatirie seramai 123 orang pelajar
yang menjadi kontak rapat. Alat instrumen kajian yang telah digunakan ialah
Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS21) yang digunakan untuk mengukur
tahap kemurungan, kebimbangan dan tekanan dialami oleh pelajar yang terlibat
dalam tempoh kuarantin tersebut.
Keputusan: Dibawah domain kemurungan 91(74%) responden mempunyai
keputusan yang normal, 20(16.3%) ringan, 9 (7.3%) bergejala sederhana, 2 (1.6%)
bergejala teruk dan 1 (0.8%) bergejala sangat teruk. Untuk domain kebimbangan,
88 (71.5%) adalah normal, 19 (15.5%) bergejala ringan, 11 (8.9%) bergejala
sederhana, 2 (1.6%) bergejala teruk dan 3 (2.5%) bergejala sangat teruk. Dibawah
domain tekanan, majoriti adalah normal (86.2%), 10 (8.1%) bergejala ringan, 5
(4.1%) bergejala sederhana, satu atau 0.8% bergejala teruk dan hanya seorang
(0.8%) bergejala sangat teruk.
Kesimpulan: Secara keseluruhan tahap kesihatan metal responden adalah baik.
Namun terdapat lebih kurang 10% yang mempunyai gejala sederhana, teruk dan
sangat teruk untuk domain kemurungan, kebimbangan dan tekanan. Hasil kajian ini
satu sesi kelompok telah dijalankan bagi memberikan psikopendidikan berkenaan
COVID-19
Kata kunci: kemurungan, kebimbangan, tekanan, stress, dass21, COVID-19,
kuarantin
255
PENGENALAN
Pada 11 Februari 2021, satu kluster COVID-19 melibatkan sebuah maahad tahfiz
yang dikenali sebagai Kluster Dedap telah diisytiharkan. Maahad Tahfiz ini
merupakan pusat pengajian atau pondok persendirian dengan kapasiti seramai 215
orang penghuni. Kes pertama dikesan apabila seorang pelajar lelaki berusia 18
tahun mengalami gejala demam, batuk berkahak, sakit kepala, hilang deria bau dan
deria rasa didapati positif COVID-19. Hasil ujian seterusnya ke atas pelajar lain
mendapati 71 lagi kes positif. Arahan kuarantin (Home Surveillance Order)
dikeluarkan pada 8 Februari 2021 dan pelajar yang dikenalpasti sebagai kontak
rapat dan kontak potensi digelangkan serta kerja – kerja disinfeksi kuman dilakukan.
Maahad ini diarahkan tutup sementara dibawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit
pada 9 Februari 2021. Kawalan keluar masuk dan keselamatan dijalankan dengan
kerjasama PDRM dan RELA bagi memastikan semua kes menjalani kuarantin
dengan selamat.
Penularan COVID-19 melibatkan kluster pendidikan membabitkan kontak rapat
yang ramai kerana pendedahan semasa aktiviti persekolahan dan di asrama tempat
penginapan yang ramai. Kontak rapat yang ramai dan risiko mendapat jangkitan
yang tinggi boleh menyebabkan perubahan psikososial kepada pelajar ini kerana
terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dan tekanan dalam menyesuaikan diri
dengan perkara yang berlaku. Pada masa yang sama, pelajar yang terbabit turut
perlu memastikan kecemerlangan pembelajaran yang diikuti disamping
mengharungi tekanan yang boleh menjejaskan tahap kesihatan fizikal, mental dan
emosi (Samsudin et. al., 2013). Kesihatan mental merujuk kepada keupayaan
seseorang individu untuk bertindak balas terhadap tekanan dan masalah yang
dihadapi dalam kehidupan, menjalankan aktiviti harian dengan baik dan produktif,
berasa selesa dengan diri sendiri dan boleh mengekalkan hubungan harmoni
dengan individu lain (WHO, 2007). Mengenalpasti tahap kesihatan mental
dikalangan pelajar yang dikuarantin adalah penting bagi memastikan keselamatan
dan kesihatan mereka seterusnya merancang aktiviti pencegahan yang
bersesuaian. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan bagi mengukur tahap kesihatan
mental pelajar yang di kuarantin kerana menjadi kontak rapat kepada kes positif
COVID-19 dalam Kluster Dedap.
METODOLOGI
Ini adalah kajian deskriptif yang dijalankan di Maahad Tahfiz di daerah Yan, Kedah.
Populasi kajian terdiri daripada pelajar maahad berumur 13 hingga 26 tahun yang
dikenakan arahan kuarantin kerana menjadi kontak rapat kes positif COVID-19.
256
Kajian menggunakan borang DASS21 untuk mengukur tahap kesihatan mental
pelajar. Analisa data dijalankan secara deskriptif mengikut komponen DASS21 iaitu
kemurungan, kebimbangan dan tekanan.
HASIL KAJIAN
Sebanyak 144 borang DASS21 diedarkan kepada pelajar yang menjadi kontak
rapat. Walaubagaimanapun hanya 123 responden yang memberi maklumbalas
menjadikan kadar respons sebanyak 85.4%. Semua responden adalah merupakan
pelajar lelaki, Melayu yang berumur di antara 13 hingga 26 tahun. Jadual 1
menunjukkan keputusan DASS21 dikalangan responden. Hasil kajian mendapati
dibawah domain kemurungan 91 atau 74% responden mempunyai keputusan yang
normal, 20 (16.3%) ringan, sembilan atau (7.3%) bergejala sederhana, dua atau
1.6% bergejala teruk dan hanya seorang (0.8%) bergejala sangat teruk. Sementara
itu, dibawah domain kebimbangan, 88 (71.5%) adalah normal, 19 (15.5%) bergejala
ringan, 11 (8.9%) bergejala sederhana, dua (1.6%) bergejala teruk dan tiga (2.5%)
bergejala sangat teruk. Dibawah domain tekanan, majoriti adalah normal (86.2%),
10 (8.1%) bergejala ringan, lima (4.1%) bergejala sederhana, satu atau 0.8%
bergejala teruk dan hanya seorang (0.8%) bergejala sangat teruk
Jadual 1: Keputusan DASS21 dikalangan responden (N=123)
Domain Normal Ringan Sederhana Teruk Sangat Teruk
n (%)
n (%) n(%) n (%) n(%)
Kemurungan 91 (74) 20 (16.3) 9 (7.3) 2 (1.6) 1 (0.8)
Kebimbangan 88 (71.5) 19 (15.5) 11(8.9) 2 (1.6) 3 (2.5)
Tekanan 106 (86.2) 10 (8.1) 5 (4.1) 1 (0.8) 1 (0.8)
Purata skor DASS21 dikalangan responden adalah seperti di Jadual 2. Skor paling
tinggi adalah dibawah domain tekanan sebanyak 4.91, diikuti skor kemurungan 3.8
dan yang paling rendah adalah purata skor kebimbangan iaitu 3.2. Secara
keseluruhannya skor purata DASS21 dikalangan responden ialah 3.97.
257
Jadual 2: Purata Skor DASS21 dikalangan responden
Domain Skor purata DASS21
Skor Kemurungan 3.8
Skor Kebimbangan 3.2
Skor Tekanan 4.91
Keseluruhan 3.97
PERBINCANGAN
Tujuan kajian ini adalah untuk mengukur tahap kesihatan mental responden yang
menjadi kontak kepada kes positif COVID-19 dalam Kluster Dedap. Hasil kajian
mendapati secara keseluruhannya responden mempunyai tahap kesihatan mental
yang baik (keseluruhan DASS21 skor 3.97). Ini boleh diterjemahkan sebagai
responden mempunyai keupayaan dan ketahanan mental yang tinggi untuk berdaya
tindak terhadap masalah tekanan yang dialami. Pelajar maahad tahfiz ini dilihat
mempunyai kekuatan dan sokongan diri yang kuat berkemungkinan hasil penerapan
elemen spiritual dalam hidup mereka kerana menurut Willians et. al., (2007),
kecerdasan spiritual terbukti mampu merawat jiwa dalaman dan mempengaruhi
kesihatan fizikal individu yang terlibat (Hisham & Sa’ari, 2009) selain mencegah
daripada penyakit (Abbasian et. al., 2016).
Jika dilihat secara terperinci mengikut domain, skor tekanan mempunyai skor purata
tertinggi iaitu 4.91. Walaupun nilai skor masih dalam julat normal, jika tidak ditangani
dengan baik akan menyebabkan gejala stress dikalangan responden. Skor tekanan
yang tinggi ini boleh dikaitkan dengan faktor kurangnya pergerakkan fizikal serta
aktiviti rutin dan perolehan maklumat – maklumat terkini mengenai COVID-19 selain
keterbatasan mengenai perkhabaran keadaan keluarga serta isu semasa yang
berlaku di luar kawasan kuarantin. Stress yang dialami oleh responden juga mungkin
terjadi disebabkan had kawalan pergerakan dimana semua responden yang
dikuarantin tidak dibenarkan untuk keluar daripada kawasan bilik asrama masing –
masing selama tempoh kuarantin tersebut, tiada sentuhan fizikal, tiada waktu riadah
dan rekreasi selain pergaulan bersama rakan di asrama juga terbatas dan tidak
dapat menjalankan aktiviti rutin pengajian seperti sediakala. SOP (standard
operation procedure) yang ketat dikenakan kepada semua penghuni asrama dan
ketiadaan kemudahan untuk akses dengan dunia luar juga menambahkan lagi
beban emosi yang ditanggung. Hal ini sememangnya diakui oleh sebahagian
responden yang mengakui sukar untuk menghubungi ahli keluarga yang berada
dikampung sepanjang pengajian dan dalam tempoh kuarantin ini ketika sesi
kelompok dijalankan.
258
Tambahan pula berkemungkinan majoriti pelajar maahad terdiri daripada pelajar
melayu dimana kajian oleh Shamsudin et al. (2013) melaporkan pelajar Melayu
menunjukkan skor tertinggi bagi stress. Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh
faktor sosioekonomi pelajar di Malaysia yang kebanyakkannya datang dari keluarga
Melayu yang berpendapatan sederhana dan rendah (Sa’ari, 2001). Hal ini turut
disokong oleh Rohani (2016), dimana cara orang Melayu yang lebih gemar
memendam emosi dan terlalu berjaga-jaga dengan perkataan yang ingin
dikeluarkan supaya tiada tanda – tanda emosi negatif yang boleh berlaku dan tidak
wujud konflik atau krisis. Namun begitu, perkara ini boleh mewujudkan perubahan
terhadap kesihatan mental dimana akan berlaku perasaan gelisah dan tidak puas
hati dalam diri individu yang berkenaan (Rohana et. al., 2021).
Kedua, domain kemurungan mencatatkan skor kedua tertinggi iaitu 3.8 yang masih
dalam julat normal. Walaubagaimanapun, didapati 9.7% daripada responden
menunjukan gejala kemurungan sederhana, teruk dan sangat teruk yang
memerlukan tindakan pencegahan segera. Ketiga, domain kebimbangan
menunjukkan nilai skor purata terendah iaitu 3.2. Walaubagaimanapun didapati
sekurang-kurangnya 13% responden menunjukkan gejala kebimbangan sederhana,
teruk dan sangat teruk. Hal tersebut ini boleh dikaitkan dengan keupayaan pemikiran
yang kurang jelas mengenai pengurusan diri dan maklumat yang diperlukan selain
kemampuan pengurusan emosi yang masih belum kukuh.
Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati responden mempunyai tahap
kesihatan mental yang baik tetapi agak kurang berpengetahuan dalam menangani
stress dan menilai emosi serta keperluan diri ditambah juga dengan faktor
persekitaran. Hasil daripada kajian ini, satu sesi kelompok telah dijalankan sebagai
salah satu bentuk intervensi kepada pelajar yang dikuarantin dan juga psiko-
pendidikan mengenai COVID-19. Sesi ini juga dijalankan bagi mendedahkan
maklumat, langkah pencegahan dan kawalan mengenai penularan wabak tersebut
oleh Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Yan. Sesungguhnya,
pengetahuan mengenai isu semasa, kesihatan fizikal dan kesihatan mental
seharusnya perlu seiring dengan kekuatan spiritual (keagamaan) ini bagi tujuan
mempertingkatkan kesedaran masyarakat mengenai kesihatan dan perkembangan
semasa terutamanya diperingkat remaja lagi. Ini berikutan, menurut Rohana et. al.
(2021) membangunkan personaliti insan yang seimbang diantara pembangunan
potensi fizikal, spiritual dan mental adalah satu keperluan bagi melahirkan generasi
yang lebih bersedia menghadapi cabaran kehidupan pada masa akan datang.
259
KESIMPULAN
Kajian ini menunjukkan majoriti daripada responden berkeupayaan mengawal
keadaan dan ketahanan kesihatan mental dengan baik dalam kalangan pelajar yang
dikuarantin dan berada pada tahap terkawal. Namun terdapat lebih kurang 10%
responden yang mempunyai gejala sederhana, teruk dan sangat teruk untuk domain
kemurungan, kebimbangan dan tekanan. Hasil kajian ini satu sesi kelompok telah
dijalankan bagi memberikan psikopendidikan berkenaan COVID-19 dan kaedah
menilai emosi dan menangani stress.
PENGHARGAAN
Penulis ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Pengarah
Kesihatan kerana kebenaran untuk menerbitkan artikel ini
RUJUKAN
Abbasian, L., Abbasi, M., Gooshki, E. S. & Memariani, Z. (2016). Survey on the
scientific position of the spiritual health and its role in preventing from
diseases: A preliminary study. Med Ethics J, 4, 83-104.
Hisham, A. & Sa’ari, C. Z. (2009). Terapi Solat dalam Menangani Penyakit Gelisah
(Anxiety) menurut Perspektif Psikoterapi Islam. Jurnal Usuluddin, 29(1), 1-45.
Rohana H., Hafiz, S., Ahmad Muhaimin, Hadijah, A., Mohd Suhardi, M. J. &
Fatmawati, L. (2021). Kesihatan mental dan kecerdasan spiritual mahasiswa
di university: Satu perbandingan antara tahun pengajian dan agama. Dilayari
daripada http://journal.ump.edu.my/ijhtc
Rohani, C. H. (2016). Relationship between life stress, social resources, reactive
skills and spiritual well-being with self-esteem of truant youth. Disertasi Doktor
Falsafah, Universiti Sains Malaysia.
Shamsuddin, K., Fadzil, F., Wan Ismail, W. S., Azhar Shah, S., Omar, K. &
Muhammad, N. A. (2013). Correlates of depression, anxiety and stress
among Malaysian students. Asian J Psychiatry, 6, 318-23.
WHO (2007). What is Mental Health?: Online Q&A. World Health Organization.
Dipetik daripada URL: http://www.who.int/
Williams, David, R. & Sternthal, M.J. (2007). Spirituality, Religion and Health:
Evidence and Research Directions. The Medical Journal of Australia,
186(10), S47-S50.
260
PROGRAM MAYA PROMOSI & PENCEGAHAN MASALAH
PEMAKANAN NEGERI KEDAH: CABARAN DAN KEJAYAAN
SEMASA PANDEMIK COVID 19
Che Fazalani F.1, Rohida S.H.2, Suriana J.2, Sharifah Salbiah S.H. 2
1Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda
2Jabatan Kesihatan Negeri Kedah
*Che Fazalani Fathil, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda, [email protected]
ABSTRAK
Situasi pandemik Covid 19 yang melanda dunia telah mengakibatkan aktiviti dan
persekitaran turut berubah secara menyeluruh. Penduduk dunia telah dikejutkan
dengan pelbagai situasi yang tidak pernah dijangka. Pergerakan menjadi terbatas
dengan beberapa perkara yang perlu dipatuhi sebagaimana yang telah ditetapkan
oleh kerajaan. Hal ini juga menjadi tempias kepada aktiviti program promosi dan
pencegahan masalah pemakanan di negeri Kedah yang selalu dijalankan secara
bersemuka.
Aktiviti program promosi dan pencegahan masalah pemakanan di negeri Kedah
tidak dapat dijalankan sebagaimana yang telah dirancang ekoran daripada limitasi
pergerakan dan beberapa perkara yang perlu dipatuhi. Semasa pandemik Covid 19,
Unit Pemakanan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah telah merancang aktiviti promosi
dan pencegahan masalah pemakanan mengikut saranan norma baharu dengan
menjalankan aktiviti secara maya. Objektif aktiviti ini adalah untuk menyampaikan
maklumat kepada orang awam/klien bagi tujuan promosi dan pencegahan masalah
pemakanan terutama bagi kumpulan sasaran penduduk di negeri Kedah. Aktiviti
yang dijalankan ini meliputi semua daerah di negeri Kedah yang melibatkan Pegawai
Sains Pemakanan Negeri, Pegawai Sains Pemakanan Daerah dan Pegawai Sains
Pemakanan Klinik yang telah mendapat sokongan padu daripada Ketua Jabatan
masing-masing serta kakitangan pelaksana yang telah turut serta menjayakan
aktiviti ini.
Hasil aktiviti program promosi dan pencegahan masalah pemakanan ini telah
memberi maklumbalas yang positif dan boleh digunakan sebagai satu platform bagi
menyampaikan maklumat kepada orang awam mengikut kumpulan sasaran
tertentu. Ia telah mendapat capaian dan tontonan yang baik daripada maklumbalas
orang awam/klien.Kaedah maya boleh digunakan sebagai kaedah dalam
menyampaikan maklumat dan menggantikan kaedah bersemuka yang dapat
dilaksanakan dan memberi kesan penyampaian yang baik kepada orang
awam/klien.
Kata kunci: promosi pemakanan, pencegahan masalah pemakanan, aktiviti maya
261
PENGENALAN
Situasi pandemik Covid 19 yang melanda dunia telah mengakibatkan segala aktiviti
dan persekitaran turut berubah secara menyeluruh. Penduduk dunia telah
dikejutkan dengan pelbagai situasi yang tidak pernah dijangka. Segala pergerakan
menjadi terbatas dengan beberapa perkara yang perlu dipatuhi. Hal ini juga menjadi
tempias kepada aktiviti program promosi dan pencegahan masalah pemakanan di
negeri Kedah yang dijalankan secara bersemuka.
Aktiviti promosi pemakanan adalah merangkumi makan secara sihat dalam
kalangan bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Amalan penyusuan
susu ibu perlu diberi perhatian bagi mendapat nutrisi yang optimum bagi bayi dan
kanak-kanak. Tinjauan Morbiditi Dan Kesihatan Kebangsaan 2016 menunjukkan
47.1% adalah prevalen bagi penyusuan susu ibu eksklusif. Dan aktiviti promosi
penyusuan susu ibu perlu ditingkatkan agar lebih ramai ibu-ibu di Malaysia berjaya
memberikan susu ibu secara eksklusif kepada bayi mereka. Manakala amalan
pemakanan yang sihat juga dapat mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit.
Menurut Tinjauan Morbiditi Dan Kesihatan Kebangsaan 2019 pula, ia menunjukkan
prevalen diabetes sebanyak 18.3% di mana telah menunjukkan peningkatan
daripada tahun 2011 (11.2%) dan tahun 2015 (13.4%). Manakala dengan prevalen
hipertensi adalah 30.0% pada tahun 2019 dan prevalen hiperkolestrolemia pula
adalah 38.1%. Maka, dengan amalan pemakanan dan gaya hidup sihat dapat
membantu rakyat Malaysia untuk meningkatkan taraf kesihatan ke arah yang lebih
baik.
Bagi mengatasi masalah pemakanan yang berlaku di negeri Kedah, aktiviti
pencegahan juga merupakan aktiviti yang penting. Antara masalah yang
dikenalpasti adalah masalah kekurangan zat makanan, anemia, obesiti, bantut dan
sebagainya. Kaedah pelaksanaan aktiviti secara maya merupakan salah satu
kaedah yang telah dilaksanakan semasa pandemik Covid 19 ini. Penggunaan media
sosial dilihat semakin meningkat. Aktiviti pembelajaran di sekolah dan institut
pengajian tinggi juga telah mengambil inisiatif mengunakan kaedah pembelajaran
secara maya. Jadi, rakyat Malaysia kini lebih mahir atau telah mengalih arah kepada
kaedah maya dan media sosial untuk mendapatkan maklumat berbanding kaedah
lain.
262
CABARAN DAN KEJAYAAN
Peranan dan tanggungjawab
Terdapat 25 orang Pegawai Sains Pemakanan yang bertugas di Jabatan Kesihatan
Negeri, Pejabat Kesihatan Daerah dan Klinik Kesihatan menjadi penyelaras dan
pelaksana dengan sokongan Ketua Jabatan dan kerjasama kakitangan pelaksana
yang lain di daerah dan klinik masing-masing. Perancangan aktiviti telah disediakan
meliputi beberapa kategori yang dilaksanakan secara berperingkat yang telah
dirancang sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kaedah maya
yang digunakan adalah melibatkan 2 platform iaitu melalui Facebook dan Zoom
Meeting. Laman Facebook (Fb Page) yang menjadi medium pengantara ini telah
didaftarkan sebagai Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah.
Dalam merealisaikan program secara maya ini, 25 orang pegawai yang telibat ini
telah mencari maklumat dan kaedah yang perlu dititikberatkan dalam pelaksaan
program. Bagi menerokai kaedah maya ini, mereka telah mendapatkan khidmat
individu yang berpengalaman dan melayari internet bagi mendapatkan maklumat
dan menjalankan latihan secara individu dan berkumpulan bagi melancarkan
perjalanan program. Ini merupakan cabaran kerana pegawai tidak mempunyai
latihan dan pengalaman yang banyak berkaitan menjalankan program
menggunakan kaedah maya. Namun ia telah diatasi dengan kerja berpasukan yang
padu dengan pembahagian tugas serta komitmen yang baik dalam pasukan ini.
Beberapa pertemuan dan perbincangan secara maya juga dilakukan seperti melalui
Zoom Meeting, group Whatapps dan group Telegram bagi mendapatkan dan
menyampaikan maklumat antara satu sama lain kerana aktiviti bersemuka adalah
terhad. Kaedah ini telah memberi kemudahan dalam merealisaikan Program Maya
Promosi & Pencegahan Masalah Pemakanan bagi Unit Pemakanan, Jabatan
Kesihatan Negeri Kedah. Dengan ini, ia telah memberi kejayaan program ini dalam
menyampaikan maklumat kepada orang awam/klien.
PERJALANAN PROGRAM MAYA
Aktiviti menggunakan platform Facebook
Aktiviti yang menggunakan platform Facebook telah dilaksanakan bagi kategori
secara langsung (Facebook Live) dan perkongsian infografik serta video. Sumber
infografik dan video ini telah dihasilkan oleh pasukan media sosial yang dilantik yang
terdiri daripada Pegawai Sains Pemakanan dan juga dengan mendapatkan sumber
263
maklumat daripada akaun pihak ketiga yang dikongsi di laman Facebook Pusat
Maklumat Pemakanan Negeri Kedah.
Siri Facebook Live yang telah dijalankan sepanjang tahun 2021 yang dikendalikan
oleh Pegawai Sains Pemakanan di negeri Kedah mengikut pengiliran masing-
masing bagi kategori promosi dan pencegahan masalah pemakanan. Bagi aktiviti
promosi pemakanan, terdapat 16 sesi Facebook Live dengan 1.4K – 10.6K tontotan
dan 302 – 10.6K capaian (rujuk Jadual 1.1). Manakala bagi aktiviti pencegahan
masalah pemakanan terdapat 4 sesi Facebook Live dengan 2.8K – 4.7K tontotan
dan 497 – 8.9K capaian (rujuk Jadual 1.2).
Manakala bagi perkongsian infografik, terdapat 62 infografik aktiviti promosi
pemakanan dengan 200 – 78.0K capaian (rujuk Jadual 1.3). Manakala bagi aktiviti
pencegahan masalah pemakanan adalah 21 infografik dengan 200 – 22.3K capaian
(rujuk Jadual 1.4). Dan bagi perkongsian video terdapat 15 video aktiviti promosi
pemakanan dengan 72 – 69.7K tontonan dan 155 – 34.6K capaian (rujuk Jadual
1.5). Manakala bagi aktiviti pencegahan masalah pemakanan adalah 4 video
dengan tontonan sebanyak 90 - 308 dan capaian 284 – 2.0K (rujuk Jadual 1.6).
Aktiviti menggunakan platform Zoom Meeting dan Facebook Live
Bagi aktiviti menggunakan platform zoom meeting dan facebook live, ia dijalankan
secara serentak yang iaitu sebanyak 5 sesi yang meliputi aktiviti berikut:
i. Webinar Penyusuan Susu Ibu Peringkat Negeri Kedah
ii. Sambutan Bulan Pemakanan Peringkat Negeri Kedah 2021
iii. Latihan Katering Sihat Peringkat Negeri Kedah
iv. Latihan Pertumbuhan Serta Pemakanan Bayi & Kanak-kanak Kepada
Pengusaha Taska Berdaftar Peringkat Negeri Kedah
v. Webinar Penyusuan Susu Ibu & Majlis Perasmian Sambutan Minggu
Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Negeri Kedah 2021
Webinar Penyusuan Susu Ibu Peringkat Negeri Kedah telah dijalankan pada 24 Mac
2021 dengan 2 orang panel jemputan iaitu Puan Norsyamlina Che Abdul Rahim,
Pegawai Sains Pemakanan daripada Insititut Kesihatan Umum, Kementerian
Kesihatan Malaysia dan Puan Uswatun Hasanah Mohd Habib, penceramah bebas
dengan topik masing-masing iaitu Penyusuan Tanpa Kelahiran & Persediaan dan
Bayi Menangis Tak Semestinya Nak Susu : Ketahui Isyarat Ini. Webinar ini telah
264
mendapat 7.7K tontonan dengan 1.5K capaian dan 19 perkongsian melalui
Facebook Page Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah.
Selain itu, Sambutan Bulan Pemakanan Peringkat Negeri Kedah 2021 yang
dijalankan pada 1 Julai 2021 telah mendapat 6.6K tontonan dengan 28.4K capaian
dan 84 perkongsian melalui Facebook Page Pusat Maklumat Pemakanan Negeri
Kedah. Majlis perasmian ini disempurnakan oleh Dr Fikri Ujang, Pengarah Kesihatan
Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah. Terdapat juga sesi Demonstrasi Senaman
oleh Cik Zalikha Amirah Zainol, Pegawai Sains Pemakanan, Klinik Kesihatan
Bedong dan pengumuman pemenang aktiviti Bulan Pemakanan Peringkat Negeri
Kedah 2021 juga berlangsung pada majlis ini.
Dua sesi latihan juga telah dilaksanakan secara maya yang melibatkan peserta dari
luar Jabatan Kesihatan Negeri Kedah iaitu Latihan Katering Sihat Peringkat Negeri
Kedah (kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah) dan Latihan
Pertumbuhan Serta Pemakanan Bayi & Kanak-kanak Kepada Pengusaha Taska
Berdaftar Peringkat Negeri Kedah (Kerjasama dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat Kedah) yang masing-masing berlangsung pada 29 April 2021 dan 14
Julai 2021. Latihan Katering Sihat dijalankan menggunakan kumpulan tertutup
platform facebook yang telah dihadiri oleh kategori pengusaha kantin, tukang masak
dan pembantu tukang masak bagi semua sekolah yang mempunyai kantin di negeri
Kedah. Ia telah mendapat sambutan dari semua yang dijemput dan hampir 50%
daripada edaran jemputan yang lengkap kehadiran bagi ketiga-tiga kategori peserta
mengikut sasaran yang disasarkan. Ini menunjukan kaedah maya ini adalah efektif
bagi menjalankan latihan/kursus semasa pandemik Covid 19.
Latihan Pertumbuhan Serta Pemakanan Bayi & Kanak-kanak Kepada Pengusaha
Taska Berdaftar Peringkat Negeri Kedah mendapat 1.7K tontonan dengan 3.0K
capaian dan 69 perkongsian melalui Facebook Page.
Manakala Webinar Penyusuan Susu Ibu & Majlis Perasmian Sambutan Minggu
Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Negeri Kedah 2021 pula telah diadakan
pada 26 Ogos 2021 mendapat 3.6K tontonan dengan 543 capaian dan 2
perkongsian melalui Facebook Page Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah.
Bagi webinar, penceramah adalah Puan Maznah Binti Ibrahim, Pegawai Psikologi,
Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan
topik “Meroyan? Cegah Sebelum Terlewat (Pengaruh Susu Ibu Terhadap Stress)”
265
dan penceramah kedua adalah Puan Nurul Zaiza Binti Zainuddin, Penolong
Pengarah Kanan, Bahagian Pemakanan, KKM dengan topik “Jadikan Anak Bijak
Sedari Kehamilan”. Manakala penceramah ketiga adalah Puan Nurrussaadah Binti
Md Ghazali, Pegawai Sains Pemakanan, Klinik Kesihatan Padang Serai, Kulim,
Kedah dengan topik, “Dari Memilih Ke Tak Pilih Dah, Tip Anak Cerewet Makan”.
PERBINCANGAN
Hasil aktiviti yang dijalankan telah menunjukkan sambutan yang baik daripada
analisa tontonan dan capaian yang diperolehi. Bilangan tontonan dan capaian yang
diperolehi ini berdasarkan topik yang dikongsikan. Terdapat beberapa jenis topik
yang mencapai tontonan dan capaian lebih seribu sehingga mencecah puluhan ribu.
Bagi sesi facebook live, topik yang mencapai tontonan tertinggi bagi promosi
pemakanan adalah Makan Sayur & Buah, Optimumkan Sistem Imuniti iaitu dengan
10.6K tontonan yang berlangsung pada 8 April 2021. Ia boleh dikaitkan dengan
pandemik covid 19 iaitu orang awam berminat untuk mendapatkan maklumat
berkaitan untuk mengoptimumkan sistem imuniti. Manakala capaian yang tertinggi
adalah 10.6K iaitu bagi topik Peningkatan Berat Badan Semasa Hamil pada 23
Februari 2021. Capaian ini yang menggalakkan ini mungkin disebabkan golongan
wanita merupakan golongan yang majoriti yang menjadi pengikut (follower) laman
facebook Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah. Melalui data analisa daripada
facebook page mendapati 75% follower adalah golongan wanita. Manakala dari segi
julat umur 35 – 44 tahun adalah yang paling tinggi dan ia merupakan golongan umur
reproduktif. Bagi perkongsian (share) tertinggi adalah 67 bagi topik Remaja:Jagalah
Makan, Jagalah Badan pada 14 Oktober 2021. Perkongsian tertinggi ini mungkin
disebabkan oleh golongan remaja yang lebih minat untuk membuat perkongsian
atau dikongsi oleh kalangan guru-guru.
Manakala bagi pencegahan masalah pemakanan adalah topik Pencegahan Obesiti
(Azam Tahun Baru) yang berlangsung pada 6 Januari 2021 dengan 8.5K tontonan
dan capaian tertinggi adalah bagi topik Pencegahan Anemia (Anemia: Apa Kata
Nutritionist?) pada 23 Julai 2021 dengan 8.9K capaian dengan perkongsian (share)
tertinggi juga iaitu 76 perkongsian. Hal ini juga ekoran daripada peratus follower
dalam kalangan wanita adalah lebih ramai berbanding lelaki dalam dalam julat umur
35 – 44 tahun.
Bagi perkongsian infografik promosi pemakanan, infografik yang mendapat capaian
tertinggi adalah Kawal Pengambilan Lemak & Minyak (Penggunaan Air Fryer) pada
266
15 Jan 2021 iaitu 78.0k dengan 307 perkongisan (share) iaitu juga merupakan
perkongsian tertinggi. Topik ini mendapat sambutan adalah mungkin disebabkan
orang awam berminat untuk berkongsi berkaitan pengunaan peralatan yang
memberi amalan pemakanan yang lebih sihat. Manakala perkongsian infografik
pencegahan masalah pemakanan pula, infografik yang mendapat capaian tertinggi
adalah Gangguan Akibat Kekurangan Iodin pada iaitu 22.7K dengan 166
perkongisan (share) iaitu juga merupakan perkongsian tertinggi yang dikongsikan
pada 8 Februari 2021.
Bagi perkongsian video promosi pemakanan pada 23 Mac 2021 iaitu Kurangkan
Pengambilan Garam Sempena Minggu Kesedaran Garam Sedunia mendapat
tontonan 8.7K yang merupakan tontonan tertinggi daripada video yang dihasilkan
oleh Facebook Page Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah. Capaian tertinggi
pula adalah 5.9K pada 10 Mei 2021 iaitu topik Pemakanan Sihat Di Aidilfitri (Alkisah
Raya Zamir). Manakala bagi pencegahan masalah pemakanan adalah bagi 3 Jun
2021 bagi topik Cegah Penyakit Tidak Berjangkit:Si Manis Pembunuh Senyap
dengan tontonan dan capaian tertinggi iaitu 312 tontonan dan 887 capaian.
KESIMPULAN
Sambutan bagi program maya adalah memberangsangkan semasa pandemic Covid
19 kerana aktiviti bersemuka adalah terhad. Medium ini sangat sesuai diteruskan
dan dapat memberi infomasi yang baik kepada orang awam/klien. Segala cabaran
dalam merealisasikan program ini telah dihadapi dengan penyelesaian yang sesuai.
Hasil program maya ini amat bermanfaat kepada orang awam/klien bagi promosi
pemakanan dan pencegahan masalah pemakanan. Cadangan pada masa akan
datang adalah untuk meneruskan program ini dan ditambahbaik dengan topik dan
isu semasa yang dapat menarik minat pelbagai golongan kumpulan sasaran.
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan
Kesihatan Negeri Kedah atas peluang, sokongan dan tunjuk ajar dalam
melaksanakan kaedah secara maya bagi promosi dan pencegahan masalah
pemakanan di negeri Kedah. Penghargaan juga diberikan kepada Ketua Jabatan
dan kakitangan pelaksana yang lain dalam menjayakan aktiviti ini daripada klinik,
daerah dan ibu pejabat juga.
267
RUJUKAN
Institut Kesihatan Umum (2016). National Health and Morbidity Survey. Kementerian
Kesihatan Malaysia
Institut Kesihatan Umum (2019). National Health and Morbidity Survey. Kementerian
Kesihatan Malaysia
Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah (2021). Facebook Page. Capaian
melalui https://www.facebook.com/pemakanankedah/
JADUAL
Jadual 1.1 Sesi Facebook Live Bagi Promosi Pemakanan
Tarikh Topik Tontonan Capaian Perkongsian
27.01.21 Demonstrasi Masakan (Roti Canai 4.0K 3.7K 15
Sarang Burung vs Roti Bakar Sarang
10.02.21 Burung) 4.3K 0.3K 2
23.02.21 Pemakanan Sempena Tahun Baharu 1.9K 10.6K 27
09.03.21 Cina 3.5K 1.9K 19
18.03.21 Peningkatan Berat Badan Semasa 3.2K 5.2K 41
08.04.21 Hamil 10.6K 5.3K 43
Jom Amal & Faham Piramid Makanan
Malaysia 2020
Pemakanan & Ketrampilan
Makan Sayur & Buah, Optimumkan
15.04.21 Sistem Imuniti 3.5K 1.4K 12
22.04.21 Pemakanan Ramadhan
Pemakanan Sihat: Kunci Memerangi
Ancaman penyakit
06.05.21 Pemakanan Syawal 3.7K 1.0K 19
06.06.21 Pemakanan Sihat Sempena 1.8K 2.7K 30
Sambutan Bulan Pemakanan
Malaysia Peringkat Negeri Kedah
17.06.21 Anak Sihat, Generasi Hebat 3.4K 1.8K 54
24.06.21 Demonstrasi Masakan (Masak Biar 1.5K 2.7K 38
Sihat)
01.08.21 Penyusuan Susu Ibu 6.9K 0.8K 9
14.10.21 Remaja: Jagalah Makan, Jagalah 1.4K 3.6K 67
21.10.21 Badan 3.8K 1.1K 13
Sinari Deepavali Dengan Pemakanan
Sihat
18.11.21 Kanak-kanak Sihat & Cergas, 3.0K 2.6K 22
Bagaimanakah Caranya?
*Data sehingga 31.01.22 daripada sumber Facebook Page Pusat Maklumat Pemakanan
Negeri Kedah
Jadual 1.2 Sesi Facebook Live Bagi Aktiviti Pencegahan Masalah Pemakanan
Tarikh Topik Tontonan Capaian Perkongsian
06.01.21 Azam Tahun Baru
23.09.21 Anemia:Apa Kata Nutritionist? 8.5K 0.5K 4
2.8K 8.9K 76
268
07.10.21 Bantut Boleh Dicegah:Awai 4.7K 2.8K 11
Tumbesaran Anak Anda
30.12.21 Review dan Reset Azam Tahun Baru 3.9K 3.2K 21
*Data sehingga 31.01.22 daripada sumber Facebook Page Pusat Maklumat Pemakanan
Negeri Kedah
Jadual 1.3 Sesi Perkongsian Infografik Bagi Aktiviti Promosi Pemakanan
Tarikh Topik Capaian Perkongsian
15.01.21
Kawal Pengambilan Lemak & Minyak (Penggunaan 78.0K 307
04.02.21 Air Fryer)
07.02.21 Penyusuan Susu Ibu (Menyusu Anak Susuan) 212 1
849 9
09.07.21 Makan Secara Sihat (Piramid Makanan Malaysia
2020) 671 10
15.02.21 Saranan Peningkatan Berat Badan Wanita Hamil
20.02.21 Bagi Kategori BMI normal 465 3
20.02.21 Saranan Peningkatan Berat Badan Ibu Hamil 200 1
11.03.21 Tip Pemakanan Sihat Semasa Minggu Peperiksaan 489 2
22.03.21 Perubahan Piramid Makanan Malaysia 230 0
22.03.21 Saranan Pengambilan Garam 485 4
22.03.21 Tip Pengunaan Garam 273 0
29.03.21 Pemakanan Sihat (Suku Suku Separuh) 392 4
01.04.21 Hadkan Pengambilan Garam 268 0
Minum Air Kosong 250 0
07.04.21 Pemakanan Sihat (Sahut Cabaran Bulan
11.04.21 Pemakanan Malaysia) 26.4K 31
Pemakanan Sihat (Makan Sayur & Buah) 270 1
12.04.21 Pemakanan Sihat (Pemakanan Sihat: Kunci
13.04.21 Memerangi Ancaman Penyakit) 265 1
16.04.21 Pemakanan Sihat (Logo Pilihan Lebih Sihat) 249 0
18.04.21 Makan Secara Sihat Semasa Ramadhan 271 0
18.04.21 Tip Pemakanan Sihat Semasa Ramadhan 525 6
Minum Air Secukupnya Semasa Ramadhan 955 4
24.04.21 Kekal Segar Bersama Jus Segar Di Bulan
30.04.21 Ramadhan 492 5
30.04.21 Tip Pemakanan Ketika Sahur 431 0
02.05.21 4 Suku Perlu Ada Ketika Berbuka Puasa 441 1
04.05.21 Pemakanan Sihat Ramadhan kanak-kanak 470 3
10.05.21 4 Ciri-ciri Makanan Pelengkap Bayi (6-8 Bulan) 533 1
10.05.21 Khasiat Buah Tempatan 601 1
20.05.21 Juadah Lebaran : Kekal Sihat 756 0
29.05.21 Hebahan Bicarawara@Kedah fm I Sihat 689 2
05.06.21 Khasiat Makanan : Laksa 890 4
05.06.21 6 Kaedah Masakan Sihat Di Rumah 557 0
13.06.21 Baca Label 863 2
15.06.21 Tip Kurangkan Lemak 1.6K 11
26.06.21 Kurangkan Manis 8.4K 48
Anak Susah Makan? 34.1K 35
03.07.21 Aktiviti Sambutan Bulan Pemakanan Peringkat
Negeri Kedah 1.1K 6
Khasiat Makanan : Durian 269
19.07.21 Selamat Hari Raya Aidiladha 533 0
29.07.21 Pemakanan Sihat Postnatal 571 0
01.08.21 Dasar Pemakanan Negara (Perkongsian Hebahan 884 2
Radio Minnalffm)
05.08.21 10 Minutes Simultaneous Breastfeeding MPSI 864 1
Sedunia Kedah
07.08.21 Hebahan Pertandingan Menulis Cerpen ‘Coretan 548 1
Titisan Kasihku”
23.08.21 Hebahan Webinar Penyusuan Susu Ibu & Majlis 1.2K 2
Perasmian MPSI Peringkat Negeri Kedah 2021
11.09.21 Manfaat Susu Ibu 1.2K 6
22.09.21 Hebahan Sesi FB Live Anemia, Apa Kata 4.1K 29
Nutritionist?
06.10.21 Hebahan FB Live Bantut Boleh Dicegah : Awasi 1.5K 7
Tumbesaran Anak Anda
13.10.21 Hebahan FB Live Remaja: Jagalah Makan, Jagalah 6.9K 43
Badan
20.10.21 Hebahan FB Live Sinari Deepavali Dengan 1.5K 9
Pemakanan Sihat
25.10.21 Tahukah Anda? Di Sebalik Warna Buah Dan Sayur 12.2K 109
04.11.21 Selamat Menyambut Hari Deepavali : Amalkan 1.8K 1
Pemakanan Yang Seimbang, Sederhana Dan
06.11.21 Pelbagai 800 2
10.11.21 Pemakanan Sihat Hadkan Pengambilan Garam 2.0K 2
Hebahan Sambutan Hari Diabetes Sedunia PKD
11.11.21 Pendang : Kurangkan Manis Dalam Minuman, 1.4K 4
14.11.21 Lebihkan Manis Dalam Senyuman 2.1K 14
15.11.21 Hebahan Platform Media Sosial Nutritionist Kedah 1.4K 3
17.11.21 Serat 15.4K 44
Khasiat Ikan Siakap
17.11.21 Hebahan Fb Live Kanak-kanak Sihat & Cergas, 2.1K 9
04.12.21 Bagaimanakah Caranya? 43.5K 242
14 Snek Sihat Wanita Hamil
07.12.21 Pemakanan Sihat : Tip Makan Di Luar, Pilihlah 2.3K 24
08.12.21 Menu Lebih Sihat 1.4K 0
12.12.21 Pemakanan Sihat : Tip Kulit Cantik Dan Sihat 2.4K 46
Hebahan Pusat Maklumat Pemakanan Maya KKM
17.12.21 30 Resepi Sihat Keluarga Malaysia (Bayi Dan 15.9K 152
25.12.21 Kanak-kanak Kecil) 1.8K 2
Awet Muda Dengan Ulam
25.12.21 Penyusuan Susu Ibu Terbaik Untuk Si Manja Ketika 1.7K 0
Bencana Banjir
28.12.21 Selamat Menyambut Hari Krismas: Kekalkan 11.0K 19
Pemakanan Sihat Dan Aktif
Hebahan Fb Live Review dan Reset Azam Tahun
Baru
*Data sehingga 31.01.22 daripada sumber Facebook Page Pusat Maklumat Pemakanan
Negeri Kedah
270
Jadual 1.4 Sesi Perkongsian Infografik Bagi Pencegahan Masalah Pemakanan
Tarikh Topik Capaian Perkongsian
31.01.21 Kawal Anemia (Tip Pengambilan Pil Hematinik) 531 5
08.02.21 Gangguan Akibat Kekurangan Iodin 22.3 K 166
16.02.21 Kawal Anemia (Makanan Kaya Zat Besi) 1.1 K 23
21.02.21 Kesan-kesan Tidak Mengikut Saranan Peningkatan 509 3
Berat Badan Ibu Semasa Hamil
28.02.21 Kawal Kalori (Sedap Tak Semestinya Padat Kalori) 200 7
01.03.21 Kawal Kalori (5M Yang Menyebabkan Anda Makan 298 3
Berlebihan (Artikel)
02.03.21 Cegah Obesiti (Tip Elak Makan Berlebihan) 1 K 17
03.03.21 Cegah Obesiti (Pengiraan Status BMI) (Artikel) 305 5
04.03.21 Cegah Obesiti (Kesedaran Obesiti) 223 1
04.03.21 Pengurusan Berat Badan (Tingkatkan Kecergasan 279 1
Di Pejabat)
11.03.21 Kawal Pengambilan Garam (Bahaya Garam) 3.5 K 11
21.03.21 Cegah Bantut (Mudarat Kafein Kepada kanak- 1.4 K 7
kanak)
22.03.21 Cegah Obesiti (Suku Suku Separuh) 277 1
29.03.21 Pengurusan Berat Badan Norma Baharu 448 6
29.03.21 Kepentingan Iodin Bagi Wanita Hamil, Berpantang 329 1
& Menyusu
03.04.21 Cegah Obesiti (Kekalkan BMI Normal) 636 7
04.06.21 Cegah Penyakit (Optimumkan Sistem Imuniti) 7.5 K 12
06.06.21 Cegah Obesiti (Snek Sihat Artikel) 692 0
12.09.21 Ibubapa Rendah, Bukan Penyebab Utama Anak 1.2 K 8
Bantut
13.10.21 Masalah Pemakanan Di Usia Emas 1.3 K 8
03.11.21 Cegah Obesiti (Kawal Kalori Semasa Deepavali) 6.4 K 28
*Data sehingga 31.01.22 daripada sumber Facebook Page Pusat Maklumat Pemakanan
Negeri Kedah
Aktiviti melalui video
Jadual 1.5 Sesi Perkongsian Video Bagi Promosi Pemakanan
Tarikh Topik Tontonan Capaian Perkongsian
11.02.21 243 155 2
08.03.21 Makan Secara Sihat Semasa Perayaan 131 7.9K 0
18.03.21 Tahun Baru Cina (kongsi Fb Nutritionist 1.4K 279 1
Kuala Muda)
23.03.21 Wanita & Pemakanan Seimbang, 8.9K 1.1K 18
27.04.21 Rahsia Kecantikan Semulajadi (kongsi 72 441 1
Fb NutritionistKKM)
Demonstrasi Masakan:Tambah Perisa
Asli Sedikit Garam Mencukupi (kongsi
Fb Pejabat Kesihatan Daerah Kuala
Muda Rasmi)
Kurangkan Pengambilan Garam
Sempena Minggu Kesedaran Garam
sedunia
Tip Minum Air Di Bulan Puasa
271
28.04.21 Kenali Nutritionist (kongsi Fb 2.5K 363 0
NutritionistKKM)
08.05.21 Pemakanan Sihat Di Aidilfitri 1.4K 2.7K 20
(Teaser:Alkisah Raya Zamir)
10.05.21 Pemakanan Sihat Di Aidilfitri (Alkisah 2.0K 5.9K 35
Raya Zamir)
11.06.21 CNE Bersama Nutritionist Sabah 1.1K 500 4
(kongsi Fb Pusat Maklumat Pemakanan
Penampang)
14.06.21 Jom Makan Bijirin Penuh 304 1.2K 6
25.07.21 Sarapan Berkhasiat 264 693 5
04.08.21 Promoting Optimal Growth In Infant & 333 34.6K 0
Young Child:Challenges And Innovation
(kongsi Fb Kementerian Kesihatan
Malaysia)
05.08.21 2 Kesalahan Semasa Menyusukan Bayi 302 572 1
(kongsi Fb Persatuan Kumpulan
Sokongan Penyusuan Susu Ibu Negeri
Kedah)
07.08.21 WHO:World Breastfeeding Week 69.7K 385 0
2021(kongsi Fb World Health
Organization (WHO))
31.08.21 Sambutan Hari Kemerdekaan PKD 101 544 0
Kubang Pasu:Merdekakan Anak-anak
Daripada Makanan Yang Tidak
Berkhasiat (kongsi Fb Nutritionist
Kubang Pasu)
*Data sehingga 31.01.22 daripada sumber Facebook Page Pusat Maklumat Pemakanan
Negeri Kedah
Jadual 1.6 Sesi Perkongsian Video Bagi Pencegahan Masalah Pemakanan
Tarikh Topik Tontonan Capaian Perkongsian
03.03.21 Cegah Obesiti: Ketahui Status Berat 90 284 6
Badan Anda)
15.03.21 Wanita & Obesiti, Kawan @ Lawan 203 2.0K 0
(kongsi Fb Nutritionist Perak)
12.05.21 Cegah Obesiti: Tip Pemakanan Semasa 191 517 0
Hari Raya (kongsi Fb Nutritionist Kuala
Muda)
03.06.21 Cegah Penyakit Tidak Berjangkit:Si 312 887 7
Manis Pembunuh Senyap
*Data sehingga 31.01.22 daripada sumber Facebook Page Pusat Maklumat Pemakanan
Negeri Kedah
272
PROGRAM BANTUAN SUSU TEPUNG PENUH KRIM BAGI
MENANGANI MASALAH BANTUT DALAM KALANGAN KANAK-
KANAK SEMASA PANDEMIK COVID-19 DI DAERAH PENDANG,
KEDAH
Nur Wahidda A. 1*, Lutpiyudin M.A.1*, Rohida S.H.2, Suriana J2
1Pejabat Kesihatan Daerah Pendang
2Jabatan Kesihatan Negeri Kedah
*Nur Wahidda Azmi, Pejabat Kesihatan Daerah Pendang, Jalan Sungai Tiang, 06700 Pendang,
Kedah, [email protected]
ABSTRAK
Latarbelakang: Permasalahan bantut dalam kalangan kanak-kanak di bawah usia 5 tahun
merupakan salah satu masalah kesihatan yang serius di negara kita. Situasi semasa
menunjukkan 1 daripada 5 orang kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah bantut dan
punca utama adalah akibat kekurangan nutrisi. Berikutan penularan wabak COVID-19,
bantuan makanan dalam bentuk pemberian susu tepung penuh krim (STPK) telah
diperkenalkan di bawah peruntukan Program Menangani Masalah Bantut di kalangan
Kanak-kanak bagi tahun 2020. Objektif kajian ini adalah untuk melihat perubahan
antropometri dan status pemakanan kanak-kanak yang mengalami masalah bantut selepas
6 bulan menerima bantuan STPK di bawah peruntukan Program tersebut bagi Kanak-kanak
di daerah Pendang.
Metodologi: Kajian keratan silang dilakukan melibatkan kanak-kanak berumur 2 hingga 5
tahun yang datang ke klinik kesihatan di daerah Pendang. Seramai 25 orang kanak-kanak
yang memenuhi kriteria kelayakan telah dipilih. Data sosio-demografi dan perubahan
antropometri (berat, panjang/tinggi dan IJT) kanak-kanak diambil dan bantuan 2 kg STPK
diberikan kepada setiap kanak-kanak selama 6 bulan. Analisa statistik dinyatakan dalam
jumlah dan peratus.
Keputusan: Sejumlah 25 orang kanak-kanak terlibat di dalam kajian ini. Sebanyak 60%
perempuan dan 40% adalah lelaki. Majoriti terdiri daripada kaum Melayu (84%) dan Siam
16%. Kajian mendapati, selepas menerima bantuan susu tepung penuh krim selama
tempoh 6 bulan, terdapat perubahan antropometri kepada ketinggian kanak-kanak tersebut
iaitu di antara 5 cm hingga 10 cm. Sebanyak 64% (16 orang) kanak-kanak bantut telah
mencapai ketinggian normal atau pulih dan 40% (10 orang) mencapai status berat badan
normal selepas 6 bulan menerima bantuan.
Kesimpulan: Hasil kajian ini menunjukkan terdapat perubahan yang baik kepada
antropometri dan status pemakanan kanak-kanak selepas 6 bulan menerima bantuan STPK
di bawah peruntukan Program Menangani Masalah Bantut dalam kalangan Kanak-kanak di
daerah Pendang.
Keyword: Bantut, Susu Tepung Penuh Krim (STPK), IJT, panjang/tinggi untuk umur
273
PENGENALAN
Bantut didefinisikan sebagai masalah tumbesaran tidak normal bagi kanak-kanak
akibat daripada pengambilan makanan tidak seimbang di dalam diet seharian bagi
suatu tempoh yang panjang (KKM). Kanak-kanak yang mengalami masalah ini akan
kelihatan rendah berbanding rakan sebaya, mempunyai ketinggian yang tidak
seiring dengan umur mereka atau dengan kata lain pendek atau ketot yang
disebabkan oleh masalah kekurangan nutrisi yang kronik selain kurang berat badan
dan susut. Permasalahan bantut dalam kalangan kanak-kanak di bawah usia 5
tahun merupakan salah satu masalah kesihatan yang serius di negara kita. Menurut
laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS)(NHMS 2016),
sebanyak 13.7 % kanak-kanak mengalami kurang berat badan, 6.4% lebih berat
badan dan 11.2% adalah susut. Manakala Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan
Morbiditi pada 2015 dan 2019 mendapati bahawa prevalens bantut dalam kanak-
kanak di bawah usia 5 tahun meningkat daripada 17.7% kepada 21.8%. Situasi ini
menunjukkan 1 daripada 5 orang kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah
bantut dan punca utama adalah akibat kekurangan nutrisi.
Situasi masalah bantut ini amat membimbangkan di mana pelbagai aktiviti dan
advokasi bagi meningkatkan kesedaran dan mencegah masalah bantut telah
diusahakan oleh Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah
initiatif Program Menangani Masalah Bantut Dalam Kalangan Kanak-kanak di
Malaysia sejak tahun 2019. Bantut boleh memberikan pelbagai kesan negatif
kepada perkembangan kanak-kanak antaranya mengganggu perkembangan otak,
tahap kecerdasan otak yang lebih rendah, meningkatkan risiko penyakit kronik,
mengalami bantut sepanjang hayat dan keciciran di dalam sektor pekerjaan yang
formal. Pada tahun 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui surat arahan
Surat KKM.600-31/6/5 JLD.7(54) bertarikh 27 Mei 2020 dan Surat MOF.NBO.600-
9/1/7(18) bertarikh 14 Mei 2020, telah mengagihkan peruntukan sejumlah RM 1.364
juta kepada negeri di bawah Program Menangani Masalah Bantut dalam Kalangan
Kanak-kanak bagi tujuan melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti berikut;
Latihan Pertumbuhan dan Pemakanan Bayi dan Kanak-kanak bersama penjaga
TASKA swasta yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sesi
dialog Pertumbuhan dan Pemakanan Bayi dan Kanak-kanak bersama ibubapa yang
menghantar anak ke TASKA swasta, Latihan Penyusuan Susu Ibu / Pertumbuhan
dan Runding Cara Pemakanan Bayi dan Kanak-kanak kepada anggota kesihatan
awam peringkat daerah, perolehan alat bantu Latihan Penyusuan Susu Ibu /
Pertumbuhan dan Runding Cara Pemakanan Bayi dan Kanak-kanak, aktiviti advoksi
274
pemakanan dalam 1,000 hari pertama kehidupan di peringkat komuniti serta
penyediaan dan penerbitan bahan advokasi kepada TASKA , fasiliti kesihatan dan
komuniti (Bahagian Pemakanan, 2020).
Berikutan penularan wabak COVID-19 dan tertakluk kepada arahan perintah
kawalan pergerakan (PKP) serta larangan perhimpunan awam, beberapa aktiviti
yang telah dirancang kemungkinan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Sehubungan dengan itu, Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
dengan kelulusan daripada Kementerian Kewangan Malaysia mengambil initiatif
memperkenalkan perlaksanaan aktiviti tambahan lain di peringkat lapangan bagi
menangani masalah bantut di kalangan kanak-kanak di negara ini. Initiatif ini
diperkenalkan berikutan situasi pandemik Covid-19 yang memberikan kesan
terhadap kebolehdapatan makanan serta jumlah pengambilan makanan yang
terhad boleh menyebabkan kekurangan nutrisi khususnya dalam kalangan kanak-
kanak di samping meningkatnya risiko jangkitan penyakit kepada mereka.
Memetik artikel yang ditulis oleh Dr. Siti Fatimah (UTHM, 2020), laporan terbaru oleh
Organisasi Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
yang bertajuk The State of Food Security and Nutrition in The World
(2019) menunjukkan bahawa perkembangan ekonomi pada dasarnya akan
mempengaruhi jaminan makanan dan pemakanan. Ini menuntut tindakan untuk
melindungi jaminan makanan dan pemakanan melalui dasar ekonomi dan sosial
yang membantu mengatasi kesan kelembapan atau kemerosotan ekonomi, di
samping menangani ketidaksamaan yang ada di semua peringkat melalui polisi-
polisi sektor-sektor berkaitan yang memungkinkan terlepas daripada ketidakjaminan
makanan dan kekurangan zat makanan secara lebih lestari.
Justeru, bagi mengelakkan pengingkatan bilangan kanak-kanak yang mengalami
masalah kekurangan nutrisi, bantuan makanan dalam bentuk pemberian susu
tepung penuh krim (STPK) secara one-off untuk tempoh selama 6 bulan kepada
5,517 orang kanak-kanak bawah 6 tahun daripada keluarga yang layak telah
diperkenalkan di bawah peruntukan Program Menangani Masalah Bantut di
kalangan Kanak-kanak bagi tahun 2020 (Bahagian Pemakanan, 2020). Objektif
kajian ini adalah untuk melihat perubahan antropometri dan status pemakanan
kanak-kanak selepas 6 bulan menerima bantuan susu tepung penuh krim (STPK) di
bawah peruntukan Program Menangani Masalah Bantut di kalangan Kanak-kanak
di daerah Pendang.
275
METODOLOGI
Kajian keratan silang dilakukan melibatkan kanak-kanak Warganegara Malaysia,
berumur 2 hingga 5 tahun yang datang ke tiga buah klinik kesihatan di daerah
Pendang. Seramai 25 orang kanak-kanak daripada keluarga yang layak
berdasarkan kriteria kelayakan untuk menerima bantuan yang telah ditetap oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia dan diluluskan Kementerian Kewangan Malaysia
terlibat di dalam kajian ini. Data sosio-demografi kanak-kanak dikumpulkan melalui
adaptasi borang Profail Kes Kanak-kanak, Garis Panduan Program Pemulihan
Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan (GP PPKZM). Kriteria kanak-kanak
penerima bantuan susu tepung penuh krim (STPK) ini adalah kanak-kanak yang
mengalami masalah bantut (bantut sahaja; ATAU bantut bersama kurang berat
badan) , kanak-kanak yang hadir ke klinik kesihatan KKM, daripada keluarga
miskin/miskin tegar mengikut nilai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2016 dan
tidak menerima bantuan di bawah Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan
Zat Makanan (PPKZM).
Kanak-kanak perlu hadir ke klinik pada setiap bulan. Agihan bantuan susu tepung
penuh krim (STPK) bagi setiap kanak-kanak adalah sebanyak 2 kg sebulan selama
6 bulan mengikut surat arahan berkaitan garis panduan perlaksanaan bantuan
STPK yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pemakanan, KKM (Bahagian
Pemakanan, 2020). Pengambilan antropometri (berat, panjang/tinggi dan Indeks
Jisim Tubuh (IJT)) kanak-kanak dibuat setiap bulan tanpa cicir dengan
menggunakan peralatan pengurukur tinggi dan penimbang berat di klinik kesihatan
(Model SECA). Tempoh pemberian bantuan STPK selama 6 bulan bermula pada
Julai 2020 hingga Disember 2020. Perolehan STPK dibuat mengikut tatacara
kewangan dan perolehan semasa oleh PTJ di bawah peruntukan Program
Menangani Masalah Bantut dalam kalangan Kanak-kanak. Analisa statistik
menggunakan Microsoft Excel dan data dinyatakan dalam jumlah dan peratus.
KEPUTUSAN
Jadual 1 menunjukkan data sosiodemografi bagi 25 orang kanak-kanak yang
mengalami masalah bantut (bantut sahaja / bantut bersama kurang berat badan)
telah dipilih untuk menerima bantuan susu tepung penuh krim (STPK) sebagai
aktiviti tambahan di bawah peruntukan Program Menangani Masalah Bantut di
kalangan Kanak-kanak bagi tahun 2020. Majoriti daripada kanak-kanak yang terlibat
adalah kanak-kanak perempuan (80%), etnik Melayu (84%), berumur 2 tahun (40%)
276
dan 80 % mereka berada di dalam pendapatan garis kemiskinan (PGK) kategori
miskin, RM 601.00- 800.00.
Jadual 1: Data Sosiodemografi subjek (n=25)
Variable Bil Kes (n) Peratus (%)
Jantina Lelaki 10 40
Etnik Perempuan 15 60
Melayu 21 84
Siam 4 16
10 40
Umur 2 tahun 8 32
Pendapatan 3 tahun 5 20
4 tahun 2 8
5 tahun 3 12
RM 400 - 600 20 80
RM 601 - 800 2 8
RM 801 - 1000
Perubahan Data Antropometri dan Status Pemakanan Kanak-kanak Selepas
menerima bantuan STPK
Selepas menerima bantuan susu tepung penuh krim selama tempoh 6 bulan,
didapati terdapat perubahan kepada bacaan antropometri bagi kanak-kanak
tersebut dengan 64% (16 orang) berjaya mendapat ketinggian normal atau pulih
daripada masalah bantut (tinggi/panjang untuk umur), manakala 36% (9 orang) lagi
masih kekal di dalam bantut tetapi menunjukkan tren peningkatan tinggi secara
positif iaitu secara puratanya melebihi 5 cm peningkatan sepanjang tempoh
penerimaan bantuan susu tersebut. Nilai bacaan bagi tinggi yang dicapai oleh
kanak-kanak penerima bantuan susu tepung adalah 10 cm bagi tempoh 6 bulan
tersebut. Sementara itu, bagi status pemakanan berat untuk umur pula
menunjukkan seramai 10 orang (40%) kanak-kanak penerima bantuan STPK
berjaya mencapai pertambahan berat badan (berat untuk umur) yang normal
sepanjang tempoh 6 bulan tersebut. Hasil kajian juga turut menilai perubahan
kepada Indeks Jisim Tubuh (IJT untuk umur) bagi kanak-kanak yang menerima
bantuan susu tepung dengan 80% (20 orang) kanak-kanak mendapat bacaan
normal berbanding hanya 20% (5 orang) yang berada di dalam susut.
Jadual 2: Perubahan Status Pemakanan Kanak-kanak (n=25)
Variable Bil Kes (n) Peratus (%)
16 64
Panjang/Tinggi untuk umur Normal 9 36
10 40
Bantut 15 60
20 80
Berat untuk umur Normal 5 20
KBBS 277
BMI untuk umur Normal
Susut
*KBBS: Kurang Berat Badan Sederhana
PERBINCANGAN
Berdasarkan data NHMS (2016), prevalens bantut di negeri Kedah adalah sebanyak
18.1% dan nilai ini hampir mencecah prevalens bagi negara kita, Malaysia (20.7%).
Bermula tahun 2019, pelbagai aktiviti, initiatif dan program telah dirancang dan
dijalankan secara meluas bagi meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dan
melibatkan pelbagai sektor di dalam menangani masalah bantut dalam kalangan
kanak-kanak di Malaysia. Namun begitu, penularan COVID-19 telah melanda
seluruh dunia dan negara kita juga tidak terkecuali daripadanya. COVID-19 telah
mengakibatkan pelbagai kesan kepada kehidupan manusia sejagat, melumpuhkan
ekonomi dan menghalang kebolehdapatan makanan serta status kesihatan seluruh
rakyat terutamanya golongan bayi, kanak-kanak, ibu hamil serta warga emas.
Pengambilan makanan yang tidak mencukupi, tidak berkhasiat dan nutrisi dalam
tempoh yang lama mampu memberikan kesan negatif kepada pertumbuhan dan
perkembangan janin, bayi dan kanak-kanak. Seribu hari pertama kehidupan adalah
suatu tempoh kritikal untuk pertumbuhan, perkembangan dan kesihatan yang
optimum bagi seseorang kanak-kanak. Bantut boleh berlaku dalam tempoh 1000
hari pertama kehidupan sekiranya ibu mengabaikan penjagaan kesihatan dan
pemakanan yang betul dan ia akan memberi kesan yang tidak berbalik kepada
kehidupan anak tersebut. Ini kerana pertumbuhan fizikal serta perkembangan
mental anak-anak adalah sangat optimum dalam tempoh ini.
Justeru, bagi memastikan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berlaku
secara optimum tanpa kekurangan nutrisi yang kronik, dan seterusnya mencegah
kanak-kanak daripada masalah bantut yang berpanjangan, Bahagian Pemakanan,
Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan bantuan makanan dalam
bentuk pemberian susu tepung penuh krim (STPK) kepada kanak-kanak yang
berumur kurang 6 tahun daripada keluarga yang layak (miskin/ miskin tegar) sebagai
aktiviti tambahan di bawah peruntukan Program Menangani
Masalah Bantut di dalam kalangan Kanak-kanak bagi tahun 2020. Initiatif ini telah
digunakan oleh Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah untuk
meluaskan ke peringkat lapangan iaitu daerah-daerah di negeri Kedah. Daerah
Pendang telah mengenalpasti seramai 25 orang kanak-kanak Warganegara
Malaysia, yang terdiri daripada 80% perempuan dan 20% lelaki, mempunyai kriteria
dan memenuhi kelayakan yang telah ditetapkan untuk menerima bantuan susu
tepung ini. Mereka yang terpilih untuk menerima bantuan ini adalah terdiri daripada
278
kanak-kanak yang tidak layak menerima bantuan sedia ada iaitu bakul makanan di
bawah Program Pemulihan Kanak-kanak Kurang Zat Makanan (PPKZM).
Perlaksanaan aktiviti pemberian bantuan susu tepung sebanyak 2 kg setiap bulan
kepada setiap kanak-kanak yang terpilih telah bermula pada Julai 2020 dan berakhir
pada Disember 2020 iaitu selama tempoh 6 bulan dengan objektif utamanya adalah
untuk meningkatkan taraf pemakanan kanak-kanak yang terkesan dengan
penularan COVID-19 di samping untuk melihat kepada perubahan bacaan
antropometri dan status kesihatan dan pemakanan kanak-kanak yang menerima
bantuan makanan tambahan susu tepung penuh krim (STPK) ini. Majoriti daripada
kanak-kanak yang menerima bantuan ini adalah daripada golongan pendapatan
garis kemiskinan (PGK) kategori miskin iaitu seramai 20 orang (80%). Kanak-kanak
ini tidak dapat menerima bantuan bakul makanan di bawah Program PPKZM kerana
tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan di bawah program itu, antaranya
mempunyai masalah kurang berat badan dan bantut di dalam kategori sederhana
tetapi IJT untuk umur adalah normal.
Secara keseluruhannya, selepas menerima bantuan susu tepung penuh krim
selama tempoh 6 bulan, didapati terdapat perubahan kepada ketinggian kanak-
kanak tersebut di antara 5 cm hingga 10 cm. Perubahan kepada bacaan
antropometri ini menunjukkan keupayaan aktiviti pemberian bantuan susu tepung
penuh krim (STPK) sebanyak 2 kg setiap bulan selama tempoh 6 bulan berturut-
turut dapat membantu kanak-kanak meningkat tinggi mereka dengan lebih konsisten
di dalam usaha menangani masalah kekurangan nutrisi khususnya bagi mencegah
masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak di daerah Pendang. Perubahan
kepada status pemakanan, iaitu panjang/tinggi untuk umur bagi kanak-kanak
penerima bantuan susu tepung menunjukkan sebanyak 64% (16 orang) daripada
bantut kepada normal atau pulih daripada masalah bantut.
Tren perubahan ini dilihat sangat positif dan kemampuan aktiviti intervensi
pemakanan dengan memberi bantuan susu tepung penuh krim sebanyak 12 kg bagi
tempoh 6 bulan berturut-turut berjaya membantu kanak-kanak terpilih keluar
daripada dibelenggu oleh masalah bantut yang berterusan. Pelbagai khasiat dan
nutrisi yang terkandung di dalam susu itu sendiri menjadikan intervensi pemakanan
yang menggunakan makanan tambahan (susu tepung) seperti ini mampu
meningkatkan serta menyumbang kepada taraf pemakanan yang lebih baik kepada
kanak-kanak yang mempunyai masalah pemakanan (MDG, 2013). Kebanyakan
kanak-kanak ini adalah kanak-kanak yang turut mendapat perkhidmatan kaunseling
pemakanan dan cara pengendalian serta dan penggunaan susu tepung secara
optima. Komitmen daripada penjaga/ibubapa sangat penting di dalam memastikan
279
pemberian dan pengambilan makanan yang cukup dan mempunyai nutrisi yang
tinggi. Kepelbagaian dan kreativiti dalam menjalankan aktiviti intervensi pemakanan
sangat penting bagi memastikan kejayaan sesuatu intervensi ataupun program yang
dilaksanakan (Sophie et al. 2015; Jessica et al. 2017).
Selain itu, perubahan daripada hasil pemberian bantuan susu tepung ini juga dilihat
mampu untuk meningkatkan status berat badan kanak-kanak yang mempunyai
masalah pemakanan iaitu kurang berat badan sederhana dan bantut. Sebanyak
40% (10 orang) kanak-kanak yang sebelumnya mempunyai masalah kurang berat
badan sederhana (KBBS) telah berjaya meningkat berat badan kepada berat badan
normal selepas tempoh 6 bulan menerima bantuan susu tepung penuh krim
tersebut. Separuh tahun pertama di tahun 2020 telah menyaksikan sebahagian
peristiwa besar, yang salah satunya seperti yang diketahui adalah penyakit
berjangkit COVID-19. Ini secara tidak langsung, dapat memberi gambaran kepada
kita dalam situasi penularan COVID-19 ini, bantuan makanan seperti ini dilihat
mampu untuk mengatasi masalah kekurangan nutrisi yang kronik dalam kalangan
kanak-kanak. Susu tepung juga dilihat lebih mudah dikendalikan dan digunakan
secara optimum dalam penyediaan dan pemberian makanan kepada kanak-kanak.
Walau bagaimanapun, kajian lanjutan perlu dijalankan bagi mengenalpasti faktor-
faktor lain yang berkaitan yang berpotensi tinggi dalam usaha menangani masalah
bantut dalam kanak-kanak khususnya di daerah ini dan umumnya di negara kita.
Hasil kajian ini juga menunjukkan 5 orang kanak-kanak mengalami status
pemakanan, iaitu susut selepas terdapat perubahan pada nilai IJT untuk umur.
Kanak-kanak ini merupakan kanak-kanak yang mempunyai masalah bantut dan
kurang berat badan sederhana tetapi nilai IJT untuk umur adalah normal sebelum
menerima bantuan susu tepung. Setelah menerima bantuan susu tepung sebanyak
2 kg setiap bulan selama 6 bulan, 5 orang kanak-kanak ini telah menunjukkan
peningkatan yang besar di dalam bacaan ketinggian mereka tetapi berat badan
masih kekal berada di dalam status pemakanan, kurang berat badan sederhana
(KBBS). Pencapaian ini memberikan sedikit gambaran kepada kita bahawa bantuan
susu tepung kepada kanak-kanak dari kategori ini berpotensi meningkatkan tinggi
kanak-kanak seterusnya mengatasi masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak
terutamanya di kawasan luar bandar.
Memetik laporan yang ditulis oleh Dr. Siti Fatimah Zaharah (UTHM, 2020), UNICEF
juga menjelaskan bahawa pada tahun 2019, 20.7 % kanak-kanak di bawah usia lima
tahun di Malaysia menderita pertumbuhan terbantut, 11.5 % susut berat badan dan
12.7 % kanak-kanak (berumur 5-19 tahun) mengalami kegemukan. Anak-anak ini
280
bukan saja hidup dalam kekurangan, atau berisiko mengalami kehilangan, tetapi
mereka juga mempunyai tahap kesihatan yang kurang baik, pemakanan dan
pendidikan yang jauh lebih rendah daripada kanak-kanak sebaya mereka yang lebih
bernasib baik. Persekitaran makanan yang cepat berubah (disebabkan punca
makanan, bagaimana rakyat Malaysia memperoleh makanan) digabungkan dengan
kekuatan pasaran yang semakin meningkat (iklan, fesyen makanan dan trend
makanan) semuanya mempengaruhi tabiat makanan dan pemilihan makanan rakyat
Malaysia. Seperti kebanyakkan negara lain, kemiskinan turut memberi kesan buruk
kepada pemilihan makanan. Peratusan kanak-kanak yang kekurangan zat makanan
di kawasan bandar miskin di Malaysia mencatatkan peratusan lebih tinggi daripada
petunjuk purata nasional. Ia menandakan bahawa kesan negatif jaminan makanan
terhadap rakyat miskin mungkin meningkat berkali ganda pada waktu yang tidak
terjangka ini, khususnya pandemik COVID19. Oleh itu, penting untuk mengambil
kira peranan pertumbuhan ekonomi, ketaksamaan dan peminggiran dalam
membentuk kesan jaminan makanan dan pemakanan agar dapat menyedia dan
menjadikan sistem makanan lebih lestari, dari segi keselamatan dan jaminannya di
tengah-tengah wabak COVID-19.
Susu tepung penuh krim (STPK) merupakan salah satu makanan daripada
kumpulan susu dan produk tenusu yang terdapat di dalam Piramid Makanan
Malaysia. Ia dapat meningkatkan status pemakanan kanak-kanak kerana
mengandungi pelbagai nutrien seperti protein, lemak, karbohidrat dan kalsium.
Setiap kanak-kanak menerima bantuan STPK 2 kg setiap bulan selama 6 bulan
bermula bulan Julai 2020 sehingga Disember 2020. Ini bagi memenuhi keperluan
diet harian 2- 3 sajian sehari daripada kumpulan susu dan produk tenusu mengikut
saranan Panduan Diet Malaysia 2013. Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan
kanak-kanak yang mengambil susu dapat memenuhi keperluan nutrien-nutrien
penting untuk tubuh di samping meningkatkan status pemakanan yang lebih baik
berbanding kanak-kanak yang tidak mengambil susu. Pengambilan susu yang
mencukupi dapat membantu memperbaiki kesihatan tulang, memenuhi keperluan
protein yang diperlukan oleh tumbesaran kanak-kanak (MDG, 2013). Masalah
bantut boleh dicegah dengan amalan pemberian makanan yang seimbang, pelbagai
dan cukup nutrisi (Sophie et al. 2015).
KESIMPULAN
Walaupun kajian ini meliputi hanya 25 orang kanak-kanak yang mengalami masalah
bantut dan kekurangan berat badan, namun hasil kajian ini sedikit sebanyak dapat
memberi gambaran tentang kesan positif terhadap perlaksanaan pemberian
281
bantuan susu tepung penuh krim (STPK) dalam usaha meningkatkan status
pemakanan kanak-kanak yang mempunyai masalah bantut yang terkesan dengan
penularan pandemic COVID19. Kajian lanjutan adalah diperlukan bagi memastikan
keberkesanan program ini dalam usaha untuk mempertimbangkan pemberian
bantuan susu tepung penuh krim ini sebagai salah satu intervensi pemakanan yang
boleh dilaksanakan di dalam menangani masalah bantut pada masa akan datang.
PENGHARGAAN
Penulis ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Pengarah
Kesihatan kerana kebenaran untuk menerbitkan artikel ini. Penulis juga ingin
merakamkan ribuan terima kasih kepada Pegawai Kesihatan Daerah Pendang,
Jururawat di Daerah Pendang, Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah
dan Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan semua yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kajian ini.
RUJUKAN
Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).(2020, Mei 27).
Surat KKM.600-31/6/5 JLD.7(54) dan Surat MOF.NBO.600-9/1/7(18) (2020,
Mei 14)
Institut Kesihatan Umum (IKU).(2016). Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi
Kebangsaan (NHMS VI). Kementerian Kesihatan Malaysia.
Institut Kesihatan Umum (IKU).(2019). Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi
Kebangsaan (NHMS VIII). Kementerian Kesihatan Malaysia.
Jessica M. Perkins, Rockli K., Aditi K., Mark M., Victor M. A., Subramaniam S.V.
(2017). Understanding the association between stunting and child
development in low and middle income countries: Next steps for research and
intervention. Social Science & Medicine Journal, 193, 101-109
National Coordinating Committee on Food and Nutrition. (2013). Malaysian Dietary
Guidelines for Children and Adolescents. 2nd ed. Ministry of Health Malaysia
Sophie M.G., Paula L.G., Barry A.B.,Nyovani J.M. (2015). Nutritional interventions
for preventing stunting in children (0-5 years) living in urban slums in low and
middle-income countries (LMIC). Retrieved
from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/article/PMC6513167
Siti Fatimah Z.M.F. (2020, Jun 30). Jaminan Makanan dan Keselamatan Makanan
di Era Pandemik Covid-19 dan Relevannya kepada Ekonomi Malaysia.
Retrived from /https://news.uthm.edu.m
282
EPIDEMIOLOGI KES COVID-19 DI KALANGAN PETUGAS
PERGIGIAN DI NEGERI KEDAH BAGI TAHUN 2020-2021
,Dr Ruhaini binti Sabron1, Dr Hilmun Hanim binti Baharuddin1 Dr Rosidah
Omar2
1 Seksyen Penjagaan Kesihatan Pergigian, Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Kedah
2 Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar, JKN Kedah
*Corresponding author: Ruhaini Sabron, [email protected]
__________________________________________________________________
ABSTRAK
Latar Belakang: Kajian ini dijalankan adalah untuk menerangkan prevalens
jangkitan COVID-19 dalam kalangan petugas pergigian di Kedah serta
menghuraikan ciri sosiodemografik dan ciri klinikal kes-kes yang dijangkiti
Methodologi: Kajian ini merupakan kajian rentas yang melibatkan petugas
pergigian di Negeri Kedah yang dijangkiti COVID-19 dari tahun 2020 sehingga tahun
2021. Ciri sosiodemografik dan ciri klinikal yang dilaporkan termasuk daerah,
kategori umur, jantina, kategori jawatan, status vaksinasi, punca jangkitan, simptom,
kategori kes, tempat menerima rawatan/kuarantin, dan tahap kesembuhan. Data
bagi laporan ini telah diambil berdasarkan laporan maklumat petugas pergigian
Kedah yang disaring COVID-19, yang dihantar setiap bulan oleh daerah.
Keputusan: Secara kumulatif terdapat 111 kes jangkitan Covid-19 di kalangan
petugas kesihatan pergigian menjadikan prevalens jangkitan COVID-19 untuk tahun
2020- 2021 sebanyak 9.8%. Dari jumlah ini 87 kes (78.4%) adalah perempuan dan
24 (21.6%) kes adalah lelaki. Daerah Kota Setar mencatatkan kes tertinggi iaitu 35
kes (31.5%). Pembantu Pembedahan Pergigian merupakan kategori petugas
pergigian yang paling tinggi disahkan positif COVID-19 dengan 28 kes (25.2%).
Kategori 2 merupakan kategori tertinggi direkodkan dalam kalangan petugas yang
disahkan positif iaitu seramai 56 kes (50.5%). Walaubagaimanapun, terdapat satu
kes kematian dilaporkan bersamaan 0.9% dari keseluruhan kes di kalangan petugas
pergigian.
Kesimpulan: Petugas pergigian perlu sentiasa patuh kepada Prosedur Operasi
Standard (SOP) yang telah digariskan. Pematuhan kepada SOP ini perlulah
sentiasa diamalkan sama ada di tempat kerja dan juga di tempat-tempat lain.
Pemantauan amalan norma baharu secara berkala serta penguatkuasaan di setiap
fasiliti pergigian akan meningkatkan lagi kepatuhan di kalangan petugas pergigian.
Kata Kunci: Epidemiologi, COVID-19, petugas kesihatan, pergigian, Kedah
283
PENGENALAN
Kedah telah merekodkan kes pertama positif COVID-19 pada 28 Januari 2020
melibatkan seorang kanak-kanak warganegara China berumur 4 tahun yang telah
dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Maliha, Langkawi (MOH, 2020). Manakala
kes pertama positif COVID-19 di kalangan petugas pergigian negeri Kedah telah
dicatatkan pada 6 September 2020 melibatkan seorang juruteknologi pergigian di
Klinik Pergigian Simpang Kuala, Alor Setar. Petugas kesihatan pergigian adalah
antara golongan yang berisiko tinggi mendapat jangkitan. Ini adalah kerana petugas
pergigian perlu bekerja dalam jarak yang rapat dengan pesakit dan mereka harus
menyentuh pesakit di kawasan muka dan mulut. Pesakit juga tidak memakai pelitup
muka ketika mendapatkan rawatan atau menjalani pemeriksaan pergigian.
Semasa prosedur pergigian dijalankan, Aerosol dan percikan terhasil daripada alat
pergigian berkelajuan tinggi serta alat semburan air mengandungi beribu-ribu
mikroorganisma (HARREL and MOLINARI, 2004). Aerosol ialah partikel kecil yang
mempunyai diameter kurang daripada 50 mikrometer dan berada di udara dalam
jangka masa yang panjang. Spatter (partikel besar) pula ialah zarah udara yang
lebih besar daripada 50 mikrometer. Bukti saintifik juga menunjukkan terdapat
kehadiran COVID-19 virus dalam air liur individu yang disahkan positif COVID-19.
Penemuan ini menunjukkan rawatan pergigian yang melibatkan Aerosol Generating
Procedur (AGP) dan penghasilan aerosol yang bercampur dengan air liur
berpotensi untuk penularan jangkitan COVID-19. Oleh kerana risiko dijangkiti dan
penyebaran yang tinggi melibatkan prosedur pergigian, SOP yang ketat telah
dikuatkuasakan di seluruh klinik baik klinik pergigian kerajaan, klinik pergigian
swasta mahupun di universiti (MOH, 2020). Bukti atau maklumat berkenaan kes
jangkitan dikalangan petugas pergigian di Kedah adalah kurang jelas. Oleh itu,
kajian ini dijalankan adalah untuk menerangkan prevalens jangkitan COVID-19
dalam kalangan kakitangan pergigian di Kedah serta menghuraikan ciri
sosiodemografik dan ciri klinikal kes-kes yang dijangkiti. Hasil kajian ini adalah
penting bagi merancang tindakan pencegahan jangkitan COVID-19 dikalangan
petugas pergigian.
METODOLOGI
Kajian ini merupakan kajian rentas yang dijalankan dalam kalangan petugas
pergigian di Negeri Kedah dari Januari 2020 sehingga Disember 2021.
Persampelan universal telah digunakan di dalam kajian ini di mana semua kes positif
COVID-19 sepanjang tahun 2020 sehingga 2021 telah dimasukkan ke dalam
laporan ini. Ciri sosiodemografik dan ciri klinikal yang dilaporkan termasuk daerah,
kategori umur, jantina, kategori jawatan, status vaksinasi, punca jangkitan, simptom,
284
kategori kes, tempat menerima rawatan/kuarantin, dan tahap kesembuhan. Data
bagi kajian ini telah diambil berdasarkan laporan maklumat petugas pergigian Kedah
yang disaring COVID-19, yang dihantar setiap bulan oleh daerah. Data telah diisi
dan dianalisa secara deskriptif menggunakan Microsot Excel.
KEPUTUSAN
Sepanjang tahun 2020 hingga 2021 seramai 111 dari 1134 petugas kesihatan
pergigian di Negeri Kedah telah dijangkiti COVID-19, menjadikan prevalen jangkitan
sebanyak 9.8% untuk tempoh 2 tahun ini. Dari jumlah ini, sebanyak 4 kes positif
COVID-19 direkodkan bagi tahun 2020 manakala 107 kes lagi telah direkodkan pada
tahun 2021 dalam kalangan petugas pergigian daripada pelbagai kategori jawatan
termasuk penjawatan tetap,kontrak dan pelatih di Bahagian Kesihatan Pergigian
Negeri Kedah.
Jadual 1 menunjukkan ciri sosiodemografik dan ciri klinikal jangkitan COVID-19
dalam kalangan petugas pergigian Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Kedah.
Daerah Kota Setar mencatatkan peratusan tertinggi untuk kes positif COVID-19 di
kalangan petugas pergigian dengan 35 kes (35.1%) dan diikuti oleh daerah Kuala
Muda dengan 27 kes (24.3%). Manakala 9 daerah lain mencatatkan kes di bawah
10% iaitu Kulim 11 kes (9.9%), Yan 8 kes (7.2%), Kubang Pasu dan Baling masing-
masing mencatatkan 7 kes (6.3%), Padang Terap 6 kes (5.4%), Pendang 4 kes
(3.6%), Bandar Baharu 3 kes (2.7%), Sik 2 kes (1.8%) dan Langkawi 1 kes (0.9%).
Dari keseluruhan 111 kes, 87 orang (78.4%) petugas adalah perempuan dan 24
orang (21.6%) adalah lelaki. Kumpulan umur 31-40 tahun menunjukkan bilangan
kes yang tertinggi iaitu 44 kes (39.6%) manakala kumpulan umur 51-60 tahun
menunjukkan bilangan kes yang terendah iaitu 10 kes (9.0%). Lima kategori petugas
pergigian yang melaporkan kes jangkitan COVID-19 tertinggi adalah Pembantu
Pembedahan Pergigian- 28 kes (25.2%), Pegawai Pergigian – 24 kes (21.6%),
Pembantu Perawatan Kesihatan – 21 kes (18.9%), Juruterapi Pergigian – 16 kes
(14.4%) dan Juruteknologi Pergigian dan Pemandu Kenderaan – 5 kes (4.5%).
Berdasarkan laporan siasatan, 93 kes (83.8%) mendapat jangkitan dari komuniti
manakala 18 kes (16.2%) mendapat jangkitan dari tempat kerja. Dari jumlah
keseluruhan kes, sebanyak 92 kes (82.9%) telah melengkapkan 2 dos vaksin, 15
kes (13.5%) belum divaksin dan 4 kes (3.6%) baru menerima 1 dos vaksin. Seramai
77 kes (34%) adalah bergejala dan selebihnya tidak mempunyai apa-apa simptom
ketika dijangkiti COVID-19.
285
Kes COVID-19 kategori 2 menunjukkan jumlah tertinggi dengan 56 kes (50.5%)
diikuti dengan kategori 1 iaitu seramai 42 kes (37.8%). Hanya 1 kes dicatatkan untuk
kategori 5 (0.9%). Seramai 21 kes(18.9%) telah dirawat di Hospital, 80 kes (72.1%)
menjalankan kuarantin kendiri di rumah manakala 10 (9.0%) kes telah menjalani
rawatan di Pusat Kuarantin & Rawatan COVID-19 berisiko rendah (PKRC). Peratus
sembuh dikalangan petugas pergigian yang disahkan positif adalah tinggi iaitu
seramai 110 kes (99.1%).
Satu kes kematian adalah melibatkan seorang juruterapi pergigian Klinik Pergigian
Kulim. Kes berumur 39 tahun, perempuan dan mempunyai komorbid obesiti dan
tekanan darah tinggi yang tidak pernah menerima rawatan. Kes mula bergejala
demam, batuk dan selsema pada 26 Julai 2021. Kes disaring pada 28 Julai 2021
kerana bergejala masih belum sembuh. Saringan kontak rapat yang lain
menunjukkan suami juga positif COVID-19. Pada 30 Julai 2021 kes datang ke Unit
Kecemasan Hospital Kulim kerana mengalami gejala yang lebih teruk. Kes
didiagnos sebagai COVID-19 Kategori 4 yang memerlukan bantuan oxygen. Kondisi
kes menjadi lebih teruk Kategori 5 yang memerlukan intubasi dan disahkan
meninggal dunia pada 2 Ogos 2021. Punca kematian adalah Severe COVID-19 with
pneumonia CAT 5 with multi organ failure.
PERBINCANGAN
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menerangkan prevalens, ciri
sosiodemografik dan ciri klinikal kes jangkitan COVID-19 dikalangan petugas
kesihatan pergigian di Negeri Kedah. Hasil kajian menunjukkan prevalens jangkitan
adalah sebanyak 9.8%. Peningkatan kes yang mendadak dalam kalangan petugas
pergigian Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Kedah adalah dipercayai berkait
rapat dengan peningkatan kes dalam kalangan komuniti. Walau bagaimanapun,
kes-kes di kesemua fasiliti yang terlibat masih dalam keadaan terkawal dan
perkhidmatan kesihatan pergigian masih lagi diteruskan.
Daerah Kota Setar dan Daerah Kuala Muda mencatatkan kes positif yang tinggi di
kalangan petugas pergigian berkait rapat dengan jumlah kes di komuniti yang tinggi
di dua daerah ini berbanding daerah-daerah yang lain. Kumpulan umur 31-40 tahun
menunjukkan bilangan kes yang tertinggi selari dengan laporan yang dikeluarkan
dalam kajian oleh Morbidity and Mortality Weekly Report yang menyatakan bahawa
kumpulan dewasa (31-40 tahun) menyumbang kepada jangkitan (transmisi) dalam
kalangan komuniti (Boehmer et al., 2020).
286
Jadual 1 : Ciri sosiodemografik dan ciri klinikal jangkitan COVID-19 dalam kalangan
petugas pergigian Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Kedah (N=111)
Kategori N(%)
Daerah Yan 8(7.2%)
Padang Terap 6(5.4%)
Kategori umur Langkawi 1(0.9%)
Kubang Pasu 7(6.3%)
Jantina Kulim 11(9.9%)
Kategori Jawatan Bandar Baharu 3(2.7%)
Baling 7(6.3%)
Status vaksinasi Kuala Muda 27(24.3)
Punca Jangkitan Sik 2(1.8%)
Simptom Kota Setar 35(31.5%)
Kategori Kes Pendang 4(3.6%)
21-30 34(30.6%)
Tempat menerima rawatan/kuarantin 31-40 44(39.6%)
Kesembuhan 41-50 22(19.8%)
51-60 10(9.0%)
Lelaki 24(21.6%)
Perempuan 87(78.4%)
Pakar Pergigian 2(1.8%)
Pegawai Pergigian Daerah 1(0.9%)
Pegawai Pergigian 24(21.6%)
Juruterapi Pergigian 16(14.4%)
Juruteknologi Pergigian 5(4.5%)
Pembantu Pembedahan Pergigian 28(25.2%)
Pembantu Perawatan Kesihatan 21(18.9%)
Penyelia Juruterapai Pergigian 1(0.9%)
Pembantu Tadbir 4(3.6%)
Pemandu Kenderaan 5(4.5%)
Pembantu Am 1(0.9%)
Pelatih Juruterapi Pergigian 2(1.8%)
Pelatih Pembantu Pembedahan Pergigian 1(0.9%)
Tidak divaksin 15(13.5%)
Vaksin 1 dos 4(3.6%)
Lengkap 2 dos 92(82.9%)
Komuniti 93(83.8%)
Tempat Kerja 18(16.2%)
Bergejala 77(69.4%)
Tidak bergejala 34(30.6%)
Kategori 1 42(37.8%)
Kategori 2 56(50.5%)
Kategori 3 8(7.2%)
Kategori 4 4(3.6%)
Kategori 5 1(0.9%)
Hospital 21(18.9%)
Rumah 80(72.1%)
PKRC 10(9.0%)
Sembuh 110(99.1%)
Meninggal 1(0.9%)
287
Kajian ini menunjukkan kategori petugas yang paling tinggi mencatatkan kes
COVID-19 ialah Pembantu Pembedahan Pergigian dan Pegawai Pergigian. Hal ini
mungkin disebabkan dua kategori jawatan ini yang paling banyak terdedah dengan
pesakit. Walaubagaimanapun, kebanyakan kes adalah daripada jangkitan komuniti
dan bukannya daripada jangkitan di bilik rawatan meskipun.
Selain itu, kajian ini melaporkan majoriti (83.8%) jangkitan berpunca dari komuniti
dan hanya 16.2% melibatkan jangkitan di tempat kerja. Hal ini mungkin disebabkan
kurang kawalan kendiri dan amalan norma baharu semasa di luar tempat kerja dan
jika melibatkan ahli keluarga, amalan norma baharu ini adalah sukar dipatuhi.
Sementara itu, faktor penyumbang jangkitan di tempat kerja adalah disebabkan oleh
ruang tempat kerja yang terhad yang telah menyukarkan penjarakan sosial di
kalangan petugas pergigian. Dengan penguatkuasaan SOP yang ketat di klinik
pergigian ketika menjalankan rawatan dan pemeriksaan pergigian, jangkitan
melibatkan tempat kerja dapat diminimumkan (MOH, 2020).
Kajian mendapati majoriti kes jangkitan COVID-19 merupakan petugas pergigian
yang telah lengkap divaksin 2 dos. Data ini adalah bertepatan dengan laporan oleh
Centre for Disease Control and Prevention (CDC) yang menyatakan risiko jangkitan
COVID-19 pada orang yang telah divaksin sepenuhnya tidak boleh dielak selagi
terdapat penularan virus tersebut secara berterusan (CDC, 2021)
Dari segi ciri klinikal, kajian ini mendapati kebanyakan kes positif dalam kalangan
petugas pergigian adalah dari kategori 2 COVID-19 dimana kes adalah bergejala
ringan, hanya perlu dikuarantin dirumah dan mempunyai tahap kesembuhan yang
tinggi. Hal ini mungkin disebabkan oleh kebanyakan kes adalah dikalangan umur
yang muda dan liputan vaksinasi yang tinggi menjadi penyebab kadar kesembuhan
yang tinggi . Satu kes kematian adalah melibatkan petugas yang mempunyai
komorbid, tidak lengkap vaksin dan berisiko tinggi mendapat komplikasi jangkitan.
Oleh itu petugas kesihatan perlu memastikan amalan cara hidup sihat dan penyakit
seperti diabetes dan darah tinggi adalah terkawal supaya imuniti badan tinggi untuk
melawan virus ini. Walaubagaimanapun analisa lebih lanjut tentang status vaksinasi
dan kategori COVID-19 perlu dijalankan bagi memberikan pembandingan yang lebih
tepat.
288
KESIMPULAN
Kajian ini menunjukkan prevalen jangkitan COVID-19 dikalangan petugas kesihatan
pergigian di Negeri Kedah adalah 9.8% bagi tempoh 2 tahun 2020-2021. Majoriti kes
adalah dari daerah Kota Setar, kumpulan umur kurang dari 40 tahun, kategori
pembantu pembedahan pergigian, telah lengkap 2 dos vaksin dan mendapat
jangkitan dari komuniti. Kebanyakan kes adalah bergejala ringan dan dikuarantin
dirumah. Kadar kesembuhan yang tinggi ini disumbangkan oleh kebanyakan kes
adalah dari golongan muda dan telah lengkap 2 dos vaksinasi. Survelan sistem yang
baik adalah penting bagi memastikan kes-kes positif COVID-19 dilaporkan,
diasingkan, menerima rawatan awal dan saringan kontak dapat dijalankan. Langkah
pencegahan yang perlu dirancang termasuk pelaksaan amalan norma baharu
semasa bekerja dan ditempat awam, pemakaian PPE yang bertempatan dengan
risiko di tempat kerja dan meningkatkan liputan imunisasi dikalangan petugas
kesihatan pergigian. Di tempat kerja, pemantauan amalan norma baharu secara
berkala serta penguatkuasaan di setiap fasiliti pergigian akan meningkatkan lagi
kepatuhan di kalangan petugas pergigian.
PENGHARGAAN
Pengarang ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
personnel dari daerah dan negeri yang telah banyak membantu proses
pengumpulan data bagi menghasilkan laporan ini. Tidak dilupakan juga ucapan
terima kasih kepada JKN Kedah kerana memberi peluang kepada Bahagian
Kesihatan Pergigian untuk turut serta dalam edisi kali ini. Pengarang juga ingin
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Pengarah Kesihatan
kerana kebenaran untuk menerbitkan artikel ini
RUJUKAN
Boehmer, T., Devies, J., Caruso, E., Van Santen, K., Tang, S., Black, C., … Kite-Powell, A.
(2020). Changing Age Distribution Of The Covid-19 Pandemic —. Morbidity And
Mortality Weekly Report, 69(39), 1404–1409.
CDC (2021) COVID-19 Vaccines are Effective. Available at:
https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/effectiveness/index.html.
HARREL, S. K. and MOLINARI, J. (2004) ‘Aerosols and splatter in dentistry’, The Journal of
the American Dental Association. doi: 10.14219/jada.archive.2004.0207.
MOH (2020). Kenyataan Akhbar KPK 29 Januari 2020 – Situasi Terkini Jangkitan 2019-
nCoV di Malaysia dan Kesiapsiagaan KKM Menghadapi Penularannya
MOH (2020). Garis Panduan Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Pasca Perintah Kawalan
Pergerakan Pandemik Covid-19 N0.1/2020.
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah- 5 Februari 2020 -Berita Astro Awani
289
COMPARISON OF HEALTHCARE ASSOCIATED AND NON-
HEALTHCARE ASSOCIATED COVID-19 INFECTION AMONG
HEALTHCARE WORKERS IN KEDAH
Rosidah Omar1, Nur Haryanie Haron1
1 Occupational and Environmental Unit, Kedah State Health Department
*Corresponding author: Rosidah Omar, [email protected]
ABSTRACT
Background: This study aims to compare the characteristics of healthcare
associated and non-healthcare associated COVID-19 infection among healthcare
workers in Kedah
Methodology: This is descriptive cross-sectional study using data from COVID-19
surveillance system. Standard investigation form from Occupational Health Unit was
used as tool in data collection. All positive cases among HCWs registered within the
study period from 1st January 2020 till 19th September 2021 were analysed for
sociodemographic, clinical characteristics and disease outcomes.
Results: A total of 1679 HCWs were tested positive for COVID-19 infection. Majority
of cases were below 40 years (68.7%), female (68.0%), Malay (89.0%), completed
vaccination (78.1%) and 15.7% with co-morbidities. The cases were among doctors
(17.3%), nurses (36.8%), assistant medical officer (6.7%), ancillary staff (24.2%) and
others (15.0%). Majority of cases were symptomatic (75.1%) namely fever (37.6%),
runny nose (36.8%), cough (34.9%), sore throat (28.3%), anosmia/ageusia (14.3%),
headache (12.3%), myalgia (8.1%), breathlessness (1.1%) and others (4.5%).
Regarding disease severity, 24.9% were under the Category I, 74.7% were Category
II, 0.1% Category III, 0.2% Category IV and 0.1% Category V. Majority cases were
under home quarantine (87.2%), 11.3% were hospitalized and 1.5% were monitored
in PKRC. Recovery was almost uneventful except for one deceased HCW.
Conclusion: HCWs suffering from COVID-19 had mild symptoms and favorable
outcome attributed by younger age group, no comorbidity and completed
vaccination. Therefore, good surveillance system in testing, reporting, isolating and
vaccination remain key strategies in protecting HCW and ensuring continuity of
health system.
Keywords: COVID-19, HCW, healthcare-associated, clinical characteristics
290
INTRODUCTION
COVID-19 has spread widely worldwide since December 2019. The infective agent,
severe acute respiratory syndrome coronavirus 2 (SARS‐CoV‐2), is highly
transmissible. The disease causes clusters of severe respiratory illness similar to
severe acute respiratory syndrome coronavirus and was associated with Intensive
Care Unit admission and high mortality (Huang et al., 2020).
Healthcare workers are the integral front liner in combating COVID-19. They are not
only classed as high risk in terms of contracting the infection but also in terms of their
ability to spread the virus to vulnerable patients, their colleagues, and their family
members. In addition to its impact on morbidity and mortality, COVID-19 outbreak in
a healthcare facility is also associated with increased work absenteeism, and
disruption of healthcare services as well as a high expenditure on treatment, contact-
tracing and infection-control measures (Hashim et al., 2021)
.
A study conducted in Singapore reported that 1.7% of HCW contracted COVID-19
infection and the majority of transmission resulted from family/household exposure
and social interactions (Wong, Tan, Leo, Lee, & Toh, 2020). Similarly, Tan-Loh and
Mun Keong Cheon reported two HCWs in Hospital Teluk Intan Perak contracted
COVID-19 infection while attending a social event, however, the infection spread
among other 45 HCWs at the workplace (Tan-Loh and Mun Keong Cheong, 2021).
The contributing factors for the healthcare-associated transmission were described
as enclosed and crowded places and lack of enforcement of social distancing and
wearing of a surgical mask at that point in time. In Malaysia, evidence of the
characteristics of COVID-19 infection among HCWs is understudied. Hence this
study aims to compare the characteristics of healthcare-associated and non-
healthcare-associated COVID-19 infection among HCWs in Kedah and to describe
the clinical characteristics.
METHODOLOGY
Study Type and Design
This is a descriptive cross-sectional study using universal sampling where COVID-
19 cases were extracted from the CDCIS e-notification online registry (an online
database for infectious diseases under the governance of the Ministry of Health
Malaysia). The information on exposure variable include sociodemographic, work
291
profile, and clinical characteristics were extracted from the standard investigation
form of Appendix 4 Annex 21 Management of HCW during Pandemic from
Occupational Health Unit, Kedah State Health Department (Ministry of Health
Malaysia, 2021).
The inclusion criteria include all HCW workers in Kedah confirmed with COVID-19
infection during the study period of 1st January – 19th September 2021. Study
variables include sociodemographic characteristics such as age, gender, ethnicity,
comorbid, workplace setting, the reason for screening, symptom, vaccination status,
managing COVID-19 and level of Ct value, clinical presentation, and treatment
outcomes. The outcome variable measured was healthcare-associated infection
which is defined as exposure without appropriate PPE including providing direct care
for COVID-19 patients, working with health care workers infected with COVID-19,
visiting patients, or staying in the same close environment of a COVID-19 patient
(Ministry of Health Malaysia, 2021). Non-healthcare-associated exposure includes
household contact or social contact exposure defined as living in the same
household as a COVID-19 case or working in close proximity or traveling together in
any kind of conveyance with a COVID-19 case (Ministry of Health Malaysia, 2021).
Descriptive statistic was used to describe the sociodemographic and clinical
characteristic of the study population. A Chi-square test was done to see the
significant differences between the exposure variable and the outcome variable. All
analyses were performed using STATA version 14.0 (serial number 301406227318).
This study had obtained ethical approval from the National Medical Research
Registry (NMRR): NMMR-20-2478-57138 (IIR).
RESULTS
During the period of inclusion, 1679 HCWs were tested positive for COVID-19
infection and all were included in this study. Table 1 shows the sociodemographic
characteristic of the COVID-19 cases. Majority of the cases were in the age group
of less than 40 years (1154, 68.7%). The participants were predominantly female
(1142, 68.0%), Malay (1495, 89.0%) and only 264 (15.7%) with comorbidities. The
common comorbidities among HCW with COVID-19 infection were hypertension (92,
5.5%), diabetes mellitus (57, 3.4%), asthma (43, 2.6%) and heart disease (1.1%).
Among female HCWs, 64 or 5.6% were pregnant. The cases were among Doctor
(291,17.3%), Nurses (618, 36.8%), Assistant Medical Officer (113, 6.7%), Pharmacist
(39, 2.3%), Dental Officer (55, 3.3%), Allied health (75, 4.5%), Support services (406,
24.2%) and Administrative staff (82, 4.9%). Most of the cases worked at hospital
setting (1258, 74.9%). The cases were epidemiologically linked to exposure from
family member or friend (469, 27.9%), patients or work colleague (489, 29.1%),
292
symptomatic screening (616, 36.7%) and targeted screening (105, 6.3%). Most of the
cases 1545 or 92.0% do not involved in the managing of COVID-19. A total of 1261 (75.1%)
had completed their vaccination and 1261 (75.1%) was symptomatic. Majority of the cases
1095 (72.3%) with CT value less than 30.
Table 2 shows comparison of healthcare associated and non-healthcare associated
COVID-19 infection among healthcare workers in Kedah. Overall, 554 or 33% of the
cases were classified as healthcare-associated infection. The healthcare-associated
infection cases were significantly higher (p-value <0.05) among age group less than
40 years, Non-Malay, no-comorbid, among doctor, working at hospital setting,
contact with patient/ work colleague, incomplete vaccine, asymptomatic and CT
value more than 30 as compared to the non-healthcare associated group.
Table 3 shows the clinical presentations of the cases. The most common symptoms
were fever (631, 37.6%), runny nose (618, 36.8%), cough (587, 34.9%), sore throat
(476, 28.3%) and headache (208, 12.3%). Other symptoms were anosmia
(184,11%), myalgia (136, 8.1%), Ageusia (56, 3.3%), diarrhea (35, 2.1%), shortness
of breath (19, 1.1%) and others (40, 2.4%). Meanwhile, 418 or 24.9% of the cases
were asymptomatic. Regarding the severity of the disease, 418 or 24.9% were under
the Category I, 1255 or 74.7% were Category II, 1 or 0.1% Category III, 4 or 0.2%
Category IV and 1 or 0.1% Category V. Only 189 (11.3%) were hospitalized, 26
(1.5%) were treated in low risk treatment center (PKRC) and others 14664 (87.2%)
were treated in home quarantine. Recovery was almost uneventful except for one
healthcare worker who passed away.
293