The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tehaminah4785, 2018-11-23 07:55:48

MODUL TEKNOLOGI HIJAU ASAS KELESTARIAN

Modul teknologi hijau

Keywords: Teknologi hijau

EDISI PERTAMA

Dibiayai oleh:
Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE)

MODUL TEKNOLOGI HIJAU

ASAS KELESTARIAN

PANDUAN GURU

YAYASAN HIJAU
MALAYSIA

Program di bawah kerjasama:

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) 1
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau)
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE)

ASAS KELESTARIAN



CETAKAN PERTAMA
SEPTEMBER 2017
Hakcipta © 2017 oleh CETREE – Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh
Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau ©. Semua hakcipta terpelihara.
Melainkan sebagaimana yang diizinkan di bawah Akta Hakcipta Malaysia,
tidak ada mana-mana bahagian daripada penerbitan ini yang boleh dihasilkan
semula atau diedarkan dalam sebarang bentuk atau menerusi sebarang cara, atau
disimpan dalam pangkalan data atau sistem dapatan semula, tanpa keizinan
bertulis daripada penerbit.

Pengkatalogan Perpustakaan Negara Malaysia dalam Data Penerbitan
Modul Teknologi Hijau : Asas Kelestarian (Panduan Guru)

Ketua Editor:
Hashimah Mohd Yunus

Editor:
Mohd Wira Mohd Shafiei
Mohd Sukri Shafie
Nurul Syazwani Mansor
Sazwani Ansian
Nurul Husna Baharuddin

Teknikal Penerbitan:
Badrol Hisham Mohd Nowani
Maznah Mohamed Saipon
Syafiq Saifullah Azmi
Shahrul Fadli Abd Rahman

Ilustrator/Grafik:
Sherrilaida Aidarus
Mohd Raffi Rosmi

ISBN
978-967-394-300-5

Penerbit:
CETREE,
Bangunan TORAY-USM, Aras Bawah (G),
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang
Tel: 604-653 3888
Fax: 604-653 6701

Teks dan Paparan:
CETREE

Dicetak oleh:
CETREE

Edisi Pertama
Bil. Cetakan : 01

ISI KANDUNGAN

Teknologi Hijau 1
i. Pengenalan
ii. Definisi Teknologi Hijau
iii. Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan 7
iv. Sektor Teknologi Hijau 9
Sektor Bekalan Tenaga 11
13
Kecekapan Tenaga 15
18
Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa 24
31
Sektor Bangunan 35
50
Sektor Pengangkutan 64
79
Panduan Menggunakan Modul 94
109
Jadual IPCC (2014) 124
139
Rubrik Penilaian Produk dan Folio Lestari Berasaskan Teknologi Hijau

Kereta Eko

Kipas Angin Eko

Pendingin Hawa Lestari

Baja Kompos Lestari

Hidroelektrik TH

Kincir Angin TH

Sistem Pengangkat Hijau

Panel Penulis

TEKNOLOGI HIJAU

Pengenalan

Populasi masyarakat dunia kini semakin meningkat secara eksponen berikutan peningkatan taraf
hidup, kemudahan kesihatan, keperluan harian serta prasarana kehidupan yang semakin selesa.
Bagi sesebuah negara yang membangun, pola peningkatan populasi penduduk kini memerlukan
penyediaan tenaga kerja dalam bidang industri, pendidikan, perubatan, pentadbiran dan sebagainya.
Oleh itu, semakin bertambah penduduk dunia maka kadar permintaan terhadap sesuatu keperluan
dan sumber semula jadi turut meningkat secara mendadak.
Namun, pengurusan sumber semula jadi yang tidak terancang boleh menyumbang kepada
pencemaran alam sekitar dan ketidakseimbangan ekosistem bio. Penebangan hutan tidak terkawal,
pelepasan asap berbahaya dari kilang dan kenderaan bermotor, pembakaran terbuka, pembuangan
sisa-sisa pepejal dan air sisa ke dalam sungai, penerokaan tanah yang berleluasa menjadi antara
faktor utama terjejasnya kualiti hidup manusia dan alam sekitar. Sekiranya hal ini berterusan sehingga
beberapa tahun lagi tanpa pengawasan dan tidak diatasi, nescaya bumi yang kita diami ini akan
musnah.
Masalah utama yang sedang dihadapi oleh masyarakat dunia sekarang ialah isu perubahan iklim
dan keselamatan tenaga. Kedua-dua cabaran ini harus ditangani dengan bijak dan secara kolektif
demi memastikan kelangsungan hidup penghuni bumi baik manusia, haiwan dan tumbuhan pada
masa akan datang. Di Malaysia khususnya, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)
telah diamanahkan untuk memegang satu portfolio berkaitan Teknologi Hijau. Teknologi Hijau telah
dikenal pasti sebagai salah satu cara dan penyelesaian dalam melestarikan alam sekitar.

Definisi Teknologi Hijau

Teknologi Hijau (TH) didefinisikan sebagai pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem
untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan
kesan negatif daripada aktiviti manusia (KeTTHA, 2016). Segala alat, produk serta sistem yang
dapat mengurangkan degradasi kualiti persekitaran, rendah atau sifar pembebasan gas rumah hijau,
jimat tenaga dan sumber asli, menggunakan sumber Tenaga Boleh Baharu serta selamat pada alam
sekitar adalah merupakan TH (Iskandar, 2015). Jika dibandingkan dengan teknologi sedia ada, TH
merupakan teknologi yang mesra alam dan lebih rendah kadar pembebasan karbon ke udara.

ASAS KELESTARIAN 1

Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan

Pada Julai 2009, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah melancarkan
Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan (DTHK) yang menekankan kepada aspek pemacuan
pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan lestari. DTHK mempunyai empat (4) tonggak
utama iaitu:

i. Tenaga – Mempromosikan kecekapan tenaga dan mencari ketidakbergantungan

tenaga

ii. Alam sekitar – Meminimumkan kesan dan memulihara alam sekitar

iii. Ekonomi – Menambah ekonomi negara melalui penggunaan teknologi

iv. Sosial – Meningkatkan kualiti hidup untuk semua

Teknologi Hijau didapati dapat menjana tenaga dengan kos yang lebih murah selain selamat dan
mesra pengguna justeru menjadikan Teknologi Hijau berpotensi besar sebagai alternatif dalam
memacu pembangunan negara. DTHK memberi fokus kepada empat (4) sektor utama iaitu:

i. Sektor Bekalan Tenaga
ii. Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa
iii. Sektor Bangunan
iv. Sektor Pengangkutan

Namun begitu menurut Laporan Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC, 2014), ter-
dapat tambahan tiga (3) sektor lagi yang boleh difokuskan dalam Teknologi Hijau iaitu:

i. Sektor Industri
ii. Sektor Pertanian dan Perhutanan
iii. Sektor ICT

Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) yang ditubuhkan pada 1988 ialah badan
antarabangsa yang terlibat dalam bidang sains berkaitan perubahan iklim. Badan ini telah
ditubuhkan oleh World Meteorological Organization (WMO) dan United Nations Environment
Programme (UNEP). Badan ini bertanggungjawab dalam menyediakan penilaian tetap
kepada penggubal dasar mengenai dasar saintifik perubahan iklim, kesan dan risikonya pada
masa hadapan serta langkah untuk menyesuaikan dan mengurangkannya. Salah satu daripada
kaedahnya ialah melalui Teknologi Hijau.

2 ASAS KELESTARIAN

Sektor Teknologi Hijau

Secara umumnya, terdapat tujuh (7) sektor Teknologi Hijau yang utama iaitu Sektor Bekalan Tenaga,
Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Bangunan, Pengangkutan, Industri, Pertanian dan Perhutanan serta
ICT. Berikut adalah penerangan ringkas bagi sektor-sektor tersebut:

A Sektor Bekalan Tenaga

Pasaran industri dunia hingga ke hari ini didominasi oleh keperluan dan penggunaan bahan
api secara berterusan. Contoh bahan api fosil adalah seperti arang batu, petroleum dan gas
asli. Bahan api fosil ini terhasil daripada pereputan hidupan mati yang tertanam di dasar lautan.
Proses ini mengambil masa selama jutaan tahun sebelum terbentuknya bahan api fosil yang
digunakan sekarang. Namun begitu, permintaan yang sangat tinggi terhadap bahan api fosil ini
menjadikan stok bekalannya hampir berkurang selain pembakaran bahan ini yang menyumbang
kepada pencemaran alam. Justeru, satu pendekatan yang proaktif dan berkesan harus diambil
bagi mencari alternatif untuk menggantikan bahan api fosil ini. Salah satu cara adalah melalui
Sektor Bekalan Tenaga yang banyak memfokus kepada Tenaga Boleh Baharu.

Tenaga Boleh Baharu merujuk kepada tenaga yang boleh dijana di sepanjang hayat manusia.
Tenaga Boleh Baharu juga dikenali sebagai ‘Tenaga Bersih’ atau ‘Tenaga Hijau’ kerana tidak
mencemarkan udara dan air. Antara contoh Tenaga Boleh Baharu yang semakin meluas
penggunaannya ialah tenaga hidroelektrik, tenaga angin, tenaga biojisim, tenaga geoterma,
tenaga solar, tenaga ombak dan bahan api bio.

B Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa

Definisi sisa ialah apa sahaja lebihan, keluaran yang tidak dikehendaki ataupun apa-apa
bahan yang perlu dilupuskan kerana sudah rosak, pecah dan lusuh. Sisa boleh dijana melalui
beberapa medium antaranya sisa isi rumah, sisa industri, sisa pembinaan, sisa komersial
serta sisa khas. Sisa khas merujuk kepada sisa terkawal yang perlu dilupuskan menggunakan
kaedah yang tertentu kerana sifatnya yang bahaya ataupun memudaratkan kesihatan. Contoh
sisa khas adalah seperti bahan toksik yang dihasilkan dari premis perindustrian yang tidak
boleh dihapuskan di tapak pelupusan biasa. Bahan sisa ini jika tidak dibuang dan dilupuskan
secara terkawal akan menyebabkan pencemaran alam.

Manakala, air sisa ialah air yang telah digunakan termasuklah bahan-bahan seperti sisa
manusia, sisa makanan, minyak, sabun dan bahan kimia. Air sisa terbahagi kepada
beberapa jenis. Sebagai contoh, air sisa domestik, air sisa daripada perindustrian dan air
larian stormwater. Pengurusan air sisa secara efisien memainkan peranan penting dalam isu
kecekapan penggunaan sumber dan kesihatan awam.

Justeru, TH bagi Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa adalah sangat penting bagi
meminimumkan kesan pembuangan sisa terhadap alam. Sisa yang dibuang boleh diolah
menjadi suatu benda yang baharu contohnya seperti baja kompos. Salah satu pendekatan
yang diketahui umum ialah konsep 3R (Reduce, Reuse and Recycle).

ASAS KELESTARIAN 3

C Sektor Bangunan

Pembebasan gas rumah hijau (Green House Gases, GHG) yang berterusan menyumbang
kepada faktor utama pemanasan global. Banyak pendekatan yang boleh diambil bagi
mengurangkan kadar pembebasan gas rumah hijau ke udara melalui Sektor Bangunan.
Menurut United States Green Building Council (2006), Bangunan Hijau merujuk kepada aplikasi
pembangunan lestari dalam Sektor Bangunan yang mengarah kepada sifat tanggungjawab
kepada alam, keuntungan ekonomi serta tempat yang sihat untuk manusia bekerja dan tinggal.

Bangunan Hijau boleh dibina dengan menitikberatkan kepada orientasi optimal bangunan di
atas tapak bina, penggunaan bahan binaan hijau, penggunaan tenaga dan air yang cekap,
penelitian terhadap kualiti persekitaran dalam bangunan, dan penghasilan sisa pepejal yang
minima.

D Sektor Pengangkutan

Kebanyakan kenderaan bermotor menggunakan bahan api fosil (petroleum) sebagai
bahan bakar. Pembakaran bahan api fosil ini akan membebaskan gas karbon dioksida ke
udara sekaligus meningkatkan jejak karbon negara. TH dalam Sektor Pengangkutan lebih
menekankan kepada aspek prasarana pengangkutan, bahan bakar dan juga pengangkutan
awam.

Pengangkutan hijau (lestari) merujuk pada sebarang bentuk pengangkutan yang memberi
impak minimum kepada persekitaran ataupun kenderaan yang membebaskan kadar gas
rumah hijau yang rendah, contoh seperti kenderaan yang menggunakan Tenaga Boleh
Baharu. Antara bentuk pengangkutan hijau ialah berjalan kaki, berbasikal dan kenderaan
hijau (menggunakan tenaga elektrik dan tenaga solar). Kereta hibrid merupakan salah satu
contoh kenderaan hijau.

E Sektor Industri

Bidang industri menggunakan satu per tiga daripada penggunaan tenaga keseluruhan.
Perkembangan industri pembuatan dan industri pemprosesan yang agak pesat telah
menyebabkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia. Hal ini disebabkan
oleh pembebasan gas rumah hijau dalam kadar yang agak tinggi ke udara dan menyebabkan
jerebu dan seterusnya fenomena hujan berasid. Program kecekapan tenaga dan pengurusan
tenaga merupakan contoh inisiatif TH yang sesuai bagi Sektor Industri. Inisiatif tersebut perlu
dilaksanakan bagi mengurangkan impak negatif daripada sektor ini.

4 ASAS KELESTARIAN

F Sektor Pertanian dan Perhutanan

Gas karbon dioksida banyak terhasil daripada pembakaran bahan api fosil bagi menghasilkan
tenaga. Kandungan gas karbon dioksida di dalam udara ini boleh dikurangkan dengan adanya
tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan menyerap gas karbon dioksida untuk membuat
makanan dan membebaskan gas oksigen ke udara melalui proses fotosintesis.
Peratus gas karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dengan menanam lebih
banyak pokok serta mengawal aktiviti pembalakan. Selain itu, penggunaan baja kompos
untuk meningkatkan nutrien tanah, pengurusan pengairan tanaman (menggunakan air hujan
untuk menyiram tumbuhan) serta menambah baik amalan penanaman juga merupakan salah
satu pendekatan TH bagi Sektor Pertanian dan Perhutanan.

G Sektor ICT

TH dalam Sektor ICT merangkumi amalan dan kajian dalam penggunaan komputer dan
alat komunikasi. Amalan dan kajian ini memfokuskan kepada pembuatan, reka bentuk,
penggunaan dan pelupusan alat komputer. Contoh tindakan dan pendekatan yang boleh
diambil dalam mengamalkan ICT hijau ialah mengurangkan penggunaan bahan berbahaya,
menjimatkan tenaga elektrik, memanjangkan jangka hayat sesuatu peralatan secara efektif
serta mempromosikan produk ICT yang boleh dikitar semula ataupun terbiodegradasi.

Walau bagaimanapun hanya 6 sektor sahaja yang sesuai diterapkan dalam
modul ini iaitu Sektor Bekalan Tenaga, Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Bangunan,
Pengangkutan, Pertanian dan Perhutanan serta Industri kecuali Sektor ICT. Sektor-
sektor tersebut diterapkan mengikut kesesuaian dengan konsep dan tajuk dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Asas Kelestarian.
Seterusnya, infografik disediakan sebagai ringkasan keseluruhan maklumat
berkenaan TH diikuti dengan penerangan secara ringkas mengenai sebahagian
daripada sektor-sektor tersebut disertakan dalam modul ini. Penerangan Sektor
Bekalan Tenaga, Kecekapan Tenaga, Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Sektor
Bangunan dan Sektor Pengangkutan dijelaskan oleh pakar-pakar TH dari Universiti
Sains Malaysia.

ASAS KELESTARIAN 5

6 ASAS KELESTARIAN INFOGRAFIK TENTANG TEKNOLOGI HIJAU

SEKTOR BEKALAN TENAGA

Oleh:
Profesor Haslan Bin Abu Hassan
Pengarah
Pusat Pemindahan Ilmu (KTP)
Universiti Sains Malaysia

Pengenalan

Sektor Bekalan Tenaga merupakan sektor dalam TH yang paling utama dibandingkan dengan
sektor-sektor TH yang lain. Ini kerana tenaga memainkan peranan penting dalam Sektor Bangunan,
Pengangkutan, Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Pertanian dan Perhutanan, Industri dan ICT.

Terdapat dua perkara yang perlu dipertimbangkan dalam Sektor Bekalan Tenaga. Pertama, cara
tenaga tersebut dijana atau dibekalkan, dan kedua, cara tenaga yang telah dihasilkan itu diagih atau
diguna dengan cekap tanpa pembaziran.

Tenaga yang dijana oleh sumber fosil seperti arang batu, petroleum dan gas asli diklasifikasikan
sebagai tenaga tidak hijau atau tidak boleh baharu. Ini kerana sumber fosil yang diperoleh dari
bawah permukaan bumi dibentuk beratus juta tahun yang lalu dan tidak dapat diganti dengan cepat
selepas habis digunakan. Sejak terciptanya kereta bermotor berkuasa petroleum pada tahun 1865,
petroleum telah digunakan dengan meluas bagi memacu kenderaan tersebut. Ketika ini, lebih kurang
70% penghasilan petroleum dunia diguna dalam bidang pengangkutan. Selain petroleum, arang
batu dan gas asli dapat juga diguna bagi menjana elektrik. Kebergantungan kepada sumber fosil ini
telah meningkatkan kandungan gas rumah hijau iaitu karbon dioksida (CO2 ) di atmosfera
seterusnya menyebabkan pemanasan global dan perubahan iklim.

Perdana Menteri Malaysia telah membuat aku janji pada tahun 2009 semasa menghadiri Persidangan
Perubahan Iklim (COP 15) di Copenhagen bahawa Malaysia akan mengurangkan pengeluaran
keamatan karbon sebanyak 40% pada tahun 2020 dibandingkan dengan angka keamatan karbon
pada tahun 2005. Bagi mencapai hasrat ini kerajaan telah mengenal pasti sektor-sektor yang boleh
diimplementasikan dengan TH. Bagi Sektor Bekalan Tenaga, penggunaan tenaga boleh baharu dan
amalan kecekapan tenaga telah dikenal pasti dapat membantu pengurangan keamatan karbon.

Seperti yang diketahui sumber tenaga boleh dibahagikan kepada dua iaitu sumber tenaga boleh
baharu (boleh dijana semula) dan sumber tenaga tidak boleh baharu (tidak boleh dijana semula).
Sumber tenaga hijau atau boleh baharu ditakrifkan sebagai tenaga yang dapat diganti atau dihasilkan
semula dalam tempoh hayat manusia. Tenaga juga boleh dikategorikan kepada tenaga primer dan
tenaga sekunder. Tenaga primer ialah tenaga mentah yang terkandung dalam sumber-sumber
semula jadi seperti arang batu, minyak, cahaya matahari dan biojisim yang tidak menjalani sebarang
penukaran. Manakala tenaga sekunder ialah tenaga yang ditukarkan daripada bahan api lain atau
sumber tenaga utama. Sebagai contohnya, bagi menjana atau menghasilkan tenaga elektrik kita
boleh memilih sama ada untuk membakar bahan api fosil ataupun menggunakan sumber tenaga
boleh baharu seperti solar, angin, biojisim, hidro, geoterma dan ombak. Namun di Malaysia, tumpuan
tenaga boleh baharu adalah kepada solar, hidro dan biojisim, masing-masing kerana wujud sinaran
matahari yang berterusan, taburan hujan yang banyak dan sumber organik yang mencukupi. Malaysia
mensasarkan lebih daripada 10% daripada jumlah keseluruhan bekalan tenaga negara dijana oleh
sumber tenaga boleh baharu menjelang 2020.

ASAS KELESTARIAN 7

Contoh

Terdapat dua jenis sistem solar. Jenis pertama dipanggil solar terma yang menghasilkan tenaga
haba bagi pemanasan dan pengeringan. Sebenarnya solar terma ini telah lama diamalkan bagi
pengeringan baju dan makanan. Apabila reka bentuk peralatannya ditambah baik dengan teknologi,
pemanasan yang dihasilkan menjadi lebih cekap sehingga dapat memanas air bagi penggunaan
domestik dan industri. Sistem solar jenis kedua dipanggil solar Photo Voltoic (PV) yang menghasilkan
elektrik secara terus oleh panel solar apabila disinari oleh matahari. Bahan panel solar kebiasaannya
terdiri daripada bahan semikonduktor dengan kecekapan tertinggi menghampiri 21% menukar
sinaran matahari ke elektrik.

Sistem hidro menukar tenaga keupayaan dan kinetik air yang mengalir dari tanah tinggi ke tanah
rendah kepada tenaga mekanik dan kinetik turbin dan seterusnya ditukar menjadi tenaga elektrik
oleh penjana. Antara semua sumber Tenaga Boleh Baharu, tenaga hidro paling meluas diguna bagi
menjana elektrik di Malaysia.

Biojisim ialah sebarang bahan organik termasuk tumbuhan, sisa perbandaran, rumpai laut dan sisa
haiwan yang dapat diguna sebagai sumber tenaga. Sumber asal tenaga biojisim adalah daripada
matahari. Biojisim bertindak sebagai stor tenaga kimia. Tenaga kimia ini dapat ditukar kepada tenaga
dalam bentuk haba, bahan api cecair dan gas dengan menggunakan teknologi canggih. Contohnya,
cecair etanol iaitu bahan api alkohol hasil daripada penapaian selulosa biojisim seperti jagung,
tebu, ubi kayu, gandum, beras, kentang dan sisa perladangan. Najis binatang, sisa makanan yang
telah diproses dan sisa perbandaran ialah contoh-contoh biojisim yang dicerna oleh bakteria bagi
menghasilkan biogas metana.

Kesimpulan

Kerajaan berhasrat mengurangkan kebergantungan kepada sumber fosil sebagai bekalan tenaga
negara. Tenaga Boleh Baharu ditetapkan sebagai komponen kelima sumber tenaga negara selepas
petroleum, gas asli, arang batu dan hidro. Justeru, pemindahan ilmu berkaitan dengan Tenaga Boleh
Baharu perlu dilaksanakan bagi mewujudkan kesedaran, penerimaan dan penggunaan Tenaga
Boleh Baharu dalam kalangan masyarakat. Salah satu kaedah yang paling berkesan ialah dengan
mendidik murid sekolah bermula daripada peringkat rendah seterusnya menengah. Isi kandungan
subjek sekolah yang dapat dikaitkan dengan Tenaga Boleh Baharu mesti diperluaskan supaya
merangkumi teknologi terkini tentang Tenaga Boleh Baharu yang berkaitan. Bidang pekerjaan pada
masa depan dijangka lebih berunsurkan TH. Justeru itu, pakar tenaga hijau yang terdiri daripada
saintis dan jurutera mesti dilahirkan bagi menjamin keselamatan tenaga dan kelestarian negara.

8 ASAS KELESTARIAN

KECEKAPAN TENAGA

Oleh:
Dr Mardiana Idayu Ahmad
Pusat Pengajian Teknologi Industri
Universiti Sains Malaysia

Pengenalan

Setelah kita memahami tentang tenaga, maka lebih mudah bagi kita untuk memahami maksud
kecekapan tenaga. Kecekapan tenaga bermaksud penggunaan tenaga yang kurang untuk
menjalankan kerja-kerja yang sama atau lebih tanpa menjejaskan keselesaan atau hasil yang diingini.
Kecekapan tenaga juga ditafsirkan sebagai nisbah tenaga yang digunakan oleh sesuatu sistem
terhadap input tenaganya. Ini merangkumi tenaga yang dibekalkan pada bangunan, pencahayaan,
sistem pemanasan, sistem pendingin hawa, kelengkapan elektrik, proses industri, pengangkutan
atau kenderaan dan sebagainya. Daripada definisi ini, kita dapat lihat bahawa kecekapan tenaga
boleh merujuk kepada penggunaan teknologi untuk mengurangkan tenaga yang diperlukan untuk
sesuatu tujuan atau perkhidmatan. Selain itu, ia juga boleh merujuk kepada sikap dan kesedaran
kita sebagai pengguna melalui penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana. Amalan
kecekapan tenaga boleh mengurangkan perbelanjaan, menjimatkan kos sara hidup dan mengelakkan
pembaziran.

Contoh

Kajian saintifik telah membuktikan bahawa Sektor Bangunan menyumbang kepada hampir
40% daripada jumlah tenaga yang digunakan di kebanyakan negara di seluruh dunia. Berikutan
peratusan ini di samping turun naik harga tenaga dan cabaran perubahan iklim telah menyebabkan
peningkatan permintaan untuk penjimatan tenaga bangunan yang seterusnya membawa kepada
keperluan kecekapan tenaga dalam bangunan. Kecekapan tenaga dalam bangunan boleh ditakrifkan
sebagai menggunakan jumlah minimum tenaga untuk pemanasan, pendinginan, pencahayaan dan
kelengkapan yang diperlukan untuk mengekalkan keadaan kondusif di dalam sesebuah bangunan.

Selain itu, Sektor Pengangkutan menyumbang kepada 30% daripada peratusan penggunaan tenaga
keseluruhan. Paradigma tenaga dalam sektor ini merangkumi tiga parameter utama iaitu bahan api
kenderaan, perjalanan kenderaan dan populasi kenderaan. Oleh itu, langkah kecekapan tenaga
bagi Sektor Pengangkutan perlu mengambil kira tiga parameter tersebut. Ini termasuk meningkatkan
teknologi kenderaan (meningkatkan kecekapan tenaga kenderaan), sikap dan pemanduan
(menggunakan kurang bahan api per jarak yang dipandu), mengurangkan jarak perjalanan per
kenderaan dan menggunakan pengangkutan yang lebih lestari.

Manakala bagi Sektor Industri pula, penggunaan tenaga memberi pecahan satu per tiga daripada
penggunaan tenaga keseluruhan. Oleh itu, kecekapan tenaga dalam Sektor Industri amat diperlukan
yang menumpu kepada penjimatan tenaga, pengurangan pengeluaran gas karbon dioksida dan
seterusnya membawa kepada pengurangan kos. Antara inisiatif kecekapan tenaga Sektor Industri
ialah program kecekapan tenaga, pengurusan tenaga, insentif tenaga dan penilaian prestasi tenaga.

Penunjuk kecekapan tenaga adalah penting untuk menganalisis interaksi antara ekonomi dan
aktiviti manusia iaitu penggunaan tenaga dan pengeluaran gas karbon dioksida. Selain itu, ia dapat
mengukur prestasi sebenar tenaga dan mengenal pasti amalan pengurusan tenaga yang terbaik dan
sesuai.

ASAS KELESTARIAN 9

Kesimpulan
Bagi memastikan matlamat kecekapan tenaga ini tercapai, semua pihak harus memainkan peranan
sama ada di peringkat individu, peringkat sektor (ekonomi, industri, pengangkutan, komersil),
peringkat nasional dan juga antarabangsa. Justeru, amalan kecekapan tenaga dan penyampaian
maklumat berkaitan perkara ini wajar dimulakan di peringkat individu sama ada secara formal (di
sekolah) ataupun secara tidak formal.
Komitmen Malaysia dalam kecekapan tenaga dapat dilihat melalui pelaksanaan polisi tenaga
iaitu Pelan Induk Kecekapan Tenaga Nasional oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
(KeTTHA). Pelan ini merupakan satu pelan induk untuk menjimatkan penggunaan tenaga negara
dalam tempoh 10 tahun yang menumpukan kepada tiga sektor utama iaitu industri, bangunan dan
kelengkapan elektrik. Bagi merealisasikan objektif pelan ini, antara inisiatif dan usaha yang dijalankan
ke arah pelaksanaan kecekapan tenaga ialah menerusi label kecekapan tenaga bagi kelengkapan
elektrik, Indeks Bangunan Hijau (Green Building Index), kempen teknologi cekap tenaga, kempen
penggunaan tenaga elektrik berasaskan sumber solar dan kempen kesedaran terhadap pengguna
melalui amalan penjimatan tenaga.

10 ASAS KELESTARIAN

SEKTOR PENGURUSAN SISA
DAN AIR SISA

Oleh:
Prof Madya Dr Mohd Suffian Yusoff
Timbalan Ketua
Kluster Pengurusan Sisa Pepejal (SWAM@USM)
Universiti Sains Malaysia

Pengenalan

Pertambahan kadar penjanaan sisa pepejal dari tahun ke tahun dipengaruhi oleh pertambahan
penduduk dunia, peredaran zaman, perubahan gaya hidup dan sosio budaya, pertambahan
prasarana dan peningkatan ekonomi. Secara tidak langsung, penjanaan, pelupusan dan penguraian
sisa menyumbang kepada penjanaan gas rumah hijau (Green House Gases, GHG) serta perubahan
iklim dunia. Amalan pengurusan sisa yang lestari berupaya mengurangkan pelepasan GHG. Inisiatif
industri dan negara di seluruh dunia untuk menangani kesan karbon daripada aktiviti sektor sisa
membuka peluang untuk pengurangan karbon yang masih belum diterokai sepenuhnya.

Pendekatan TH oleh sektor sisa menawarkan satu portfolio yang mantap, teknologi yang praktikal
dan kos yang efektif serta boleh menyumbang kepada pengurangan GHG. TH yang disesuaikan
dan digunakan selari dengan tradisi dan keperluan tempatan boleh membantu ke arah pengurangan
pelepasan GHG global secara signifikan. Amalan TH dalam pencegahan penjanaan, pengurangan,
penggunaan semula dan kitar semula sisa semakin meningkat di seluruh dunia. Malah, amalan
tersebut telah menunjukkan potensi yang semakin memberangsangkan dalam usaha mencegah
pelepasan GHG melalui pemuliharaan bahan-bahan mentah dan bahan api fosil.

Contoh

Menerusi teknologi rawatan biologi aerobik dan anaerobik, sisa organik boleh diperoleh semula
dan diubah menjadi penstabil tanah dan baja organik. Proses-proses ini mengurangkan pelepasan
GHG melalui pencegahan karbon biogenik dalam tanah, meningkatkan sifat-sifat fizikal tanah, dan
menambah nutrien tanah. Sisa juga berpotensi menjadi sumber penting kepada Tenaga Boleh
Baharu. Teknologi pembakaran, penunuan serta pelbagai rawatan haba yang lain untuk penukaran
sisa kepada tenaga, perolehan dan penggunaan gas tapak pelupusan, serta penggunaan pencerna
biogas anaerobik memainkan peranan yang penting dalam pengurangan penggunaan bahan api
fosil dan pelepasan GHG.

Pengkomposan merupakan proses penguraian sisa organik seperti sisa pertanian, sisa makanan,
sisa dapur dan sisa taman kepada baja kompos secara semula jadi. Lambakan sisa makanan yang
terjana sehingga melebihi 40% daripada jumlah sisa pepejal negara boleh ditukar kepada barangan
berharga yang tidak mencemarkan alam sekitar. Kompos ialah bahan organik yang telah terurai
dan dikitar semula sebagai baja dan pinda tanah. Kompos adalah bahan utama dalam pertanian
organik. Asasnya, pengkomposan memerlukan hanya timbunan buangan organik di kawasan luar
dan menunggu bahan-bahan tersebut terurai dari enam minggu atau lebih. Teknologi pengkomposan
seperti sistem windrow (windrow system), timbunan statik berudara dan dalam bejana merupakan
kaedah konvensional yang dilaksanakan pada skala kecil dan komersial.

ASAS KELESTARIAN 11

Pencernaan anaerobik untuk penjanaan biogas khususnya metana daripada sisa organik melalui
proses penguraian tanpa oksigen adalah salah satu TH bagi menukarkan sisa kepada tenaga.
Bahan yang sesuai untuk dijadikan suapan kepada loji reaktor anaerobik termasuklah enapcemar
kumbahan, sisa pertanian, tinja haiwan dan sisa makanan. Gas metana yang terhasil boleh digunakan
untuk kegunaan dapur dan menghidupkan jana kuasa elektrik. Penjanaan biogas boleh dijalankan
pada skala kecil di rumah manakala penjanaan komersial memerlukan teknologi yang tinggi.

Penunuan atau insinerasi ialah satu teknologi olahan sisa yang melibatkan pembakaran bahan
dan/atau benda organik. Penunuan dijalankan menggunakan jentera yang dipanggil penunu
atau insinerator. Penunuan atau insinerator adalah satu kaedah yang sangat berkesan untuk
menghindarkan sisa daripada memenuhi ruang tapak pelupusan. Keberkesanan teknologi moden
yang lestari sehingga 90% mampu meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan dan mengurangkan
kesan pencemaran terhadap alam sekitar kerana penghasilan gas metana dan larut lesap (leachate)
dari tapak pelupusan dapat dihindarkan. Terdapat pelbagai teknologi penunuan seperti rotary kiln,
stocker grate, pirolisis, plasma dan lain-lain. Hasil sampingan proses penunuan ini adalah haba yang
panas boleh menghasilkan stim serta menjana tenaga elektrik.

Air sisa merupakan air yang telah digunakan termasuklah bahan-bahan seperti sisa manusia, sisa
makanan, minyak, sabun dan bahan kimia. Air sisa terbahagi kepada beberapa jenis. Sebagai
contoh, air sisa domestik, air sisa daripada perindustrian dan air larian stormwater. Pengurusan
air sisa secara efisien memainkan peranan penting dalam isu kecekapan penggunaan sumber
dan kesihatan awam. Hal ini kerana pengurusan air sisa dan penggunaannya semula merupakan
langkah yang tepat dalam menangani masalah kekurangan bekalan air dan mampu meningkatkan
kecekapan penggunaan sumber. Selain itu, ianya mampu mengatasi masalah eutrofikasi akibat
daripada pelepasan air sisa ke kawasan persekitaran seperti sungai atau perairan pantai.

Loji rawatan efluen yang diwujudkan untuk merawat air kumbahan yang terhasil daripada sumber
perbandaran merupakan contoh pengurusan air sisa yang efisien. Loji rawatan air seperti ini mampu
mengurangkan kos rawatan air mentah untuk menukar air buangan yang terpilih dengan penggunaan
pelbagai teknologi rawatan air. Loji rawatan air sisa kebiasaannya direka untuk mengurangkan
beban pepejal organik dan pepejal terampai. Proses rawatan air sisa kebanyakannya terdiri daripada
pelbagai kombinasi operasi fizikal, kimia dan biologi untuk menyingkirkan bahan cemar seperti bahan
organik dan nutrien daripada air.

Kesimpulan

Kaedah pengurusan sisa yang lestari bermula daripada penjanaan sehinggalah pelupusan boleh
membantu dalam mengurangkan pengeluaran GHG serta menghindarkan pencemaran alam sekitar.
Penjanaan sisa yang kian meningkat dari hari ke hari memerlukan komitmen daripada segenap
lapisan masyarakat. Pendekatan TH boleh diamalkan pada setiap peringkat hierarki pengurusan sisa.
Oleh itu pemindahan ilmu berkaitan dengan amalan pengurusan sisa lestari perlu dilaksanakan bagi
mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat. Salah satu kaedah yang paling berkesan ialah
dengan mendidik murid sekolah bermula daripada peringkat pra sekolah, rendah, menengah dan
seterusnya. Kandungan mata pelajaran kurikulum dan aktiviti kokurikulum sekolah perlu diterapkan
dengan kesedaran pengurusan sisa dan air sisa yang lestari disertai aplikasi TH.

12 ASAS KELESTARIAN

SEKTOR BANGUNAN

Oleh:
Profesor Madya Dr Mohd Wira Bin Mohd Shafiei
Pengarah
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu,
Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau (CETREE)

Pengenalan

Mengikut laporan terkini yang dikeluarkan oleh Intergovernmental Panel for Climate Change (IPCC,
2014), bangunan menggunakan 32% daripada jumlah penggunaan tenaga dunia dan mengeluarkan
19% daripada pengeluaran gas rumah hijau (Green House Gases, GHG) yang berkaitan dengan
tenaga. Adalah dijangkakan jumlah guna tenaga dan pengeluaran GHG ini akan bertambah sebanyak
dua kali ganda malah hal ini berkemungkinan mencecah sehingga tiga kali ganda pada tahun 2050
sekiranya pola penggunaan tenaga sekarang tidak berubah. Pertambahan populasi dunia, migrasi
ke bandar-bandar besar, peningkatan tahap kekayaan dan perubahan gaya hidup selesa adalah
faktor-faktor utama yang meningkatkan penggunaan tenaga di dalam bangunan. Bagi menghadapi
perubahan ini, masyarakat dunia umumnya, dan Malaysia khasnya, perlu mempunyai rancangan
dan tindakan yang menyeluruh supaya guna tenaga bangunan berada pada tahap yang selamat.

Contoh

Antara ciri-ciri utama reka bentuk bangunan hijau adalah: (1) tapak, orientasi dan bentuk bangunan;
(2) spesifikasi sampul bangunan yang berprestasi tinggi; (3) memaksimumkan ciri-ciri pasif tenaga
bangunan seperti pencahayaan siang, penyejukan bangunan dan ventilasi; (4) sistem mekanikal
bangunan yang cekap tenaga; (5) penggunaan alatan dan peranti individu yang cekap tenaga; dan
(6) sistem berpiawai di dalam pentauliahan (commissioning) bangunan, sistem dan alatan di dalam
bangunan. Dalam tempoh sedekad yang lalu, banyak perubahan positif dan penting telah berjaya
dicapai bagi menambahkan kecekapan tenaga di dalam bangunan. Antaranya ialah pencahayaan
semula jadi dan pencahayaan berelektrik, alatan elektrik di rumah, bahan penebat (insulator)
bangunan, pam haba, penggunaan sistem kawalan automasi bangunan yang berdigital, penggunaan
meter pintar (smart meter) dan grid sebagai cara untuk mengurangkan penggunaan elektrik semasa
waktu puncak, dan kemajuan di dalam penghasilan tenaga boleh baharu.

Pengalaman pengurusan tenaga bangunan yang cekap menunjukkan penjimatan guna tenaga boleh
dicapai secara lebih efektif dengan membuat usaha penjimatan pada tahap sistem, bukannya sekadar
pada alatan dan peranti individu seperti pam, motor, kipas, dan sistem penyejukan. Penggunaan
kaedah Proses Reka Bentuk Bersepadu (Integrated Design Process) membolehkan penjimatan
pada tahap sistem dibuat dengan jayanya. Lebih penjimatan boleh diperoleh sekiranya kesemua
pasukan projek pereka seperti arkitek dan jurutera berbincang bersama-sama untuk mereka bentuk
bangunan daripada peringkat awal projek.

ASAS KELESTARIAN 13

Mutakhir ini, kemajuan yang telah dicapai dalam sektor ini ialah amalan reka bentuk dalam
pembinaan bangunan dan perubahan sikap pengguna tenaga di dalam bangunan menunjukkan
penjimatan penggunaan tenaga elektrik sebanyak dua sehingga sepuluh kali ganda bagi bangunan
baru. Bagi bangunan sedia ada pula, penjimatan tersebut adalah di antara dua sehingga empat kali
ganda pengurangannya. Kemajuan TH juga membolehkan bangunan cekap tenaga dan bangunan
sifar-tenaga dibina dengan keupayaan untuk memberikan pulangan positif kepada pelaburan yang
dibuat semasa tempoh hayat bangunan tersebut. Bagi stok bangunan yang sedia ada, bukti yang
menunjukkan kaedah penyesuaian semula (retrofit) bangunan mampu memberikan penjimatan
tenaga sebanyak 50 sehingga 90 peratus. Selain daripada itu, alatan elektrik cekap tenaga,
pencahayaan rendah tenaga, dan teknologi informasi komunikasi mampu menambahkan lagi kadar
penjimatan tenaga bagi menghadapi cabaran guna tenaga masa hadapan.

Kesimpulan
Bangunan adalah elemen yang cukup kritikal dalam usaha untuk mengurangkan pelepasan GHG
yang berkaitan dengan tenaga. Oleh yang demikian, pihak kerajaan perlu mengambil langkah dalam
menggalakkan perkembangan bangunan yang lebih cekap tenaga. Usaha yang boleh diambil ialah
dengan merangka instrumen polisi tenaga yang efektif dan menyeluruh. Seterusnya pihak kerajaan
boleh membuat pembaharuan terhadap undang-undang kecil berkaitan bangunan. Contohnya,
dengan memudahkan proses pembiayaan kewangan dan memberikan insentif kepada industri
binaan yang bercirikan TH. Selain itu, pihak berkepentingan dalam industri binaan perlu membuat
perubahan dengan melaksana amalan terbaik bangunan cekap tenaga. Salah satu kaedah ialah
menjalankan program kecekapan tenaga, menggalakkan penggunaan penjimatan guna tenaga
dan penggunaan TH secara menyeluruh di dalam bangunan. Oleh yang demikian, usaha untuk
mewujudkan kesedaran pada peringkat sekolah boleh dilaksanakan melalui aktiviti kurikulum dan
kokurikulum. Sebagai contoh, menggalakkan penggunaan alatan elektrik yang cekap tenaga dan
penggunaan pencahayaan yang rendah tenaga di dalam bangunan sekolah. Maka dengan aktiviti
ini hasrat kerajaan untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau daripada bangunan dapat
dicapai.

14 ASAS KELESTARIAN

SEKTOR PENGANGKUTAN

Oleh:
Prof Madya Dr Soib bin Taib
Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Universiti Sains Malaysia

Pengenalan

Pencemaran daripada pengangkutan merupakan penyumbang terbesar kepada perubahan iklim
dunia iaitu menghampiri 25% pengeluaran CO2. Kajian juga menunjukkan bahawa sebanyak 75%
daripada jumlah pengeluaran CO2 adalah berpunca daripada pengangkutan jalan dan jumlah ini
semakin bertambah dari semasa ke semasa. Didapati hampir 95% daripada Sektor Pengangkutan
ini menggunakan bahan api minyak dan ini merupakan 60% daripada penggunaan minyak dunia.
Usaha yang sistematik perlu dirancang dan dilaksanakan dalam sektor ini bagi mengurangkan
pencemaran udara dan juga untuk mencapai persekitaran yang lestari. Oleh sebab itu, penjenamaan
Pengangkutan Hijau adalah berteraskan aktiviti pengangkutan yang mesra alam dan memberi
kesan positif terhadap persekitaran sedia ada. Dalam hal ini Pengangkutan Hijau akan melibatkan
kecekapan penggunaan sumber dan penstrukturan semula sistem pengangkutan supaya lebih
selamat dan selesa.

Contoh

Rajah 1 menunjukkan huraian bagi Hierarki Mod Pengangkutan Hijau:

i. Pejalan kaki. Setiap orang digalakkan berjalan kaki dalam setiap aktiviti. Kaedah berjalan
kaki tidak akan melibatkan pencemaran sebarang gas rumah hijau (Green House Gases,
GHG) serta percuma di samping menyihatkan badan.

ii. Basikal. Merupakan mod pengangkutan lebih cepat daripada berjalan kaki dan juga kos
yang lebih murah serta aktiviti yang menyihatkan badan. Pembelian dan
penyelenggaraannya juga murah dan mudah berbanding kereta.

iii. Pengangkutan awam. Merupakan pengangkutan terbesar dalam bandar yang menyediakan
infrastruktur yang baik. Pengangkutan yang baik dan murah terutamanya bagi kumpulan
warga emas dan pelajar.

iv. Kenderaan perkhidmatan atau pengangkutan barang. Kenderaan mod ini menyumbang
hampir 9% pengeluaran gas rumah hijau. Kebanyakan kenderaan mod ini menggunakan
diesel dan elektrik atau bateri.

v. Teksi. Penggunaan teksi yang lebih mesra alam iaitu kenderaan hibrid atau kenderaan
elektrik merupakan mod pengangkutan terbaik dan menjadi pilihan utama.

vi. Kenderaan penumpang berkumpulan. Juga dikenali sebagai ‘carpool’. Merupakan salah
satu mod Pengangkutan Hijau. Sekumpulan rakan-rakan, pekerja atau sebagainya
menggunakan pengangkutan yang sama ke tempat yang sama secara berterusan.
Berbanding 5 orang berlainan menggunakan 5 jenis kereta menuju tempat yang sama,
maka mod ini adalah lebih ekonomik dan mengurangkan pencemaran.

ASAS KELESTARIAN 15

vii. Kenderaan individu. Mod terakhir dalam Pengangkutan Hijau yang menggunakan teknologi
pembakaran terkini.

Rajah 1 : Mod Pengangkutan Hijau
Kelebihan Pengangkutan Hijau
Pengangkutan Hijau mempunyai pelbagai kebaikan dari segi persekitaran, kesihatan ekonomik
dan perbelanjaan. Berikut adalah beberapa faedah yang diperoleh menerusi penggunaan
Pengangkutan Hijau:

i. Persekitaran yang bersih. Pengeluaran CO2 daripada pembakaran bahan fosil daripada
kenderaan merupakan penyumbang utama GHG. Oleh itu penggunaan kenderaan hijau
adalah aktiviti penting bagi mengurangkan pencemaran udara.

ii. Kesihatan lebih terkawal. Didapati banyak aktiviti berkaitan Pengangkutan Hijau dapat
meningkatkan kualiti kesihatan dan cara hidup manusia. Berjalan kaki atau mengayuh
basikal menyumbang kepada latihan fizikal badan manakala kurangnya pencemaran
udara mampu mengurangkan kesan negatif pada sistem pernafasan. Selain itu, kurangnya
kesesakan jalan raya mengurangkan masa dan tenaga serta menjadikan jalan raya lebih
selamat.

iii. Pembangunan kelestarian lebih ekonomik. Penghasilan dan pembuatan produk kenderaan
hijau atau pembaharuan sistem pengangkutan menyediakan lebih banyak peluang
pekerjaan, sekaligus memperbaiki ketidakseimbangan sosio-ekonomik.

iv. Jimat wang. Aktiviti mod Pengangkutan Hijau dapat mengurangkan penggunaan minyak
dan secara tidak langsung menjimatkan perbelanjaan.

16 ASAS KELESTARIAN

Kesimpulan

Kerajaan berhasrat mengurangkan pencemaran daripada aktiviti pengangkutan kerana aktiviti ini

telah menghasilkan sebanyak 25% pengeluaran CO2. Malah, aktiviti ini turut menjadi penyumbang
kepada perubahan iklim dunia. Pelepasan Gas Rumah Hijau (Green House Gases, GHG) melalui

aktiviti pengangkutan boleh meningkat pada kadar yang lebih cepat berbanding aktiviti yang lain,

contohnya, aktiviti perindustrian. Melalui pengurangan pembebasan GHG secara agresif dan

berterusan adalah perlu untuk memastikan pembebasan GHG yang rendah atau sifar. Hal ini kerana

kesan positif dihasilkan dapat mengurangkan perubahan iklim dan boleh membantu mengekalkan

keadaan alam sekitar yang lebih lestari. Oleh yang demikian, kesedaran mengenai penggunaan

Pengangkutan Hijau perlu ditingkatkan dalam masyarakat Malaysia.

ASAS KELESTARIAN 17

PANDUAN MENGGUNAKAN
MODUL

18 ASAS KELESTARIAN

PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL

Pengenalan

Bahagian pengenalan modul telah memberikan maklumat tentang Teknologi Hijau. Para
guru perlu memahami tentang Teknologi Hijau dahulu sebelum dapat menggunakan modul
ini dengan berkesan. Definisi Teknologi Hijau serta Dasar Teknologi Hijau juga diterangkan
untuk membantu guru memahami dengan jelas kepentingan Teknologi Hijau untuk disebar
luas kepada murid sebagai persediaan mereka untuk memahami dan mempunyai kesedaran
tentang fenomena perubahan iklim. Di samping itu terdapat sedikit penerangan daripada pakar
tentang sektor Teknologi Hijau yang tertentu diguna pakai dan sesuai dengan konsep yang diajar
dalam mata pelajaran Asas Kelestarian dalam modul ini. Modul pengajaran dan pembelajaran
Teknologi Hijau ini memuatkan beberapa aktiviti berkaitan Teknologi Hijau mengikut Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran Asas Kelestarian (DSKP). Konsep yang telah dipilih
adalah berdasarkan kesesuaian konsep tersebut untuk diintegrasikan dengan sektor Teknologi
Hijau berdasarkan Jadual IPCC (2014).

Modul Asas Kelestarian ini disampaikan dalam satu pakej yang mengandungi dua komponen
iaitu:

i. Modul Panduan Guru
ii. Modul Aktiviti Murid

Modul Panduan Guru

Modul ini ditulis dalam format yang tertentu. Berikut merupakan penerangan tentang format
bagi setiap aktiviti:

• Tajuk
Menyatakan tajuk, fokus atau isu utama keseluruhan aktiviti.

• Konsep Teknologi Hijau
Bahagian ini menyatakan sektor dalam Teknologi Hijau (TH) bagi setiap aktiviti yang
dijalankan dalam tajuk tersebut. Penerangan secara ringkas kaitan TH dengan aktiviti
tersebut juga dinyatakan. Maklumat lanjut mengenai sektor TH adalah berdasarkan
Jadual IPCC (2014). Jadual tersebut menyenaraikan sektor TH dan kategori TH yang
terletak di bawah sektor berkenaan.

Contoh:
Bagi Sektor Bekalan Tenaga, kategori yang terletak di bawah sektor ini ialah Tenaga
Fosil, Tenaga Nuklear dan Tenaga Boleh Baharu. Tenaga Boleh Baharu terdiri
daripada Hidroelektrik, Angin, Biojisim dan Biotenaga, Geoterma dan Solar Photo
Voltoic (PV) sebagai kaedah menyelesaikan masalah perubahan iklim dengan
menggunakan TH.

Jadual 1 menyenaraikan istilah TH dalam DSKP MPEI Asas Kelestarian (KPM) (April
2015) dan istilah TH menurut KeTTHA dan IPCC (2014).

ASAS KELESTARIAN 19

v

Jadual 1: Senarai istilah TH dalam DSKP MPEI Asas Kelestarian (KPM)
(April 2015) dan istilah TH menurut KeTTHA dan IPCC (2014)

TH Dalam DSKP MPEI TH Menurut KeTTHA & IPCC (2014)
Asas Kelestarian (KPM)

Sumber Tenaga Sektor Bekalan Tenaga (Energy
Supply)
Pengangkutan dan Kuasa Sektor Pengangkutan (Transport)
Pembinaan Sektor Bangunan (Buildings)
Rawatan Air
Rawatan Sisa Pepejal Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa
(Waste and Wastewater
Management)

Sektor Pertanian dan Perhutanan
(Agriculture and Forestry)
Sektor Industri (Industry)

Sektor ICT

• Konsep Teknologi Hijau Dalam Mata Pelajaran Asas Kelestarian
Bahagian ini memberi penerangan lebih lanjut tentang sektor TH yang
terlibat bagi setiap aktiviti dalam mata pelajaran Asas Kelestarian. Sektor
tersebut dikaitkan dengan konsep yang ingin disampaikan dalam mata
pelajaran ini mengikut aktiviti yang dirancang.

• Kerjaya Dalam Teknologi Hijau
Senarai kerjaya yang berkaitan dengan setiap aktiviti diberikan. Senarai ini
diberikan supaya dapat memberikan rangsangan kepada murid bahawa
terdapat pekerjaan yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran TH
sekiranya mereka ingin menceburkan diri dalam bidang berkenaan.

• Soalan Utama
Senarai soalan-soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi
menjana idea serta memberi gambaran awal kepada murid tentang aktiviti
yang dijalankan. Soalan ini disusun mengikut aktiviti yang disediakan. Guru
disaran menggunakan soalan ini untuk tujuan mencetuskan fikiran murid ke
arah konsep TH dan kaitannya dengan konsep tajuk mata pelajaran tertentu.

• Tujuan Pembelajaran
Menyatakan tujuan bagi keseluruhan aktiviti yang akan dilaksanakan.

• Latar Belakang
Bahagian ini menerangkan latar belakang konsep bagi tajuk aktiviti termasuk
penyataan masalah dan perancangan aktiviti untuk mengatasi masalah
berpandukan sektor TH. Bahagian ini bertujuan membantu guru
mendapatkan maklumat perkaitan konsep Asas Kelestarian dengan TH yang
boleh diintegrasikan.

• Strategi Pengajaran
Menyatakan strategi pengajaran yang diaplikasikan bagi setiap aktiviti

berserta proses pelaksanaan langkah demi langkah dengan terperinci.

20 ASAS KELESTARIAN

Strategi ini diterjemahkan dalam Modul Aktiviti Murid tanpa maklumat yang
telah disediakan untuk guru bagi membantu murid. Sedangkan modul murid hanyalah
langkah yang mereka perlu lakukan supaya mereka dapat melalui proses
pembelajaran secara aktif. Kebanyakan strategi yang dirancangkan dalam modul ini
ialah Pembelajaran Berasaskan Projek/Produk bagi memastikan dan menyediakan
murid memperolehi kemahiran pembelajaran abad ke-21. Oleh yang demikian guru
perlu merancang pengajaran ini bukan untuk dua waktu pengajaran tetapi merancang
mengikut modul untuk murid berupaya menghasilkan produk atau prototaip dalam
memahami dan mencuba menyelesaikan masalah dunia sebenar dengan aplikasi TH.

• Glosari
Mengandungi penerangan bagi setiap istilah TH yang digunakan di dalam modul serta
beberapa istilah penting yang lain.

• Tajuk Aktiviti
Bahagian ini menerangkan perincian bagi setiap aktiviti termasuk:
o Objektif,
o Jam Pertemuan,
o Latar Belakang Aktiviti,
o Bahan dan peralatan yang diperlukan (per kumpulan),
o Kaedah,
o Pelaksanaan aktiviti mengikut langkah-langkah proses reka bentuk yang
dicadangkan,
o Maklumat untuk Guru,
o Pemerhatian,
o Soalan Perbincangan,
o Kesimpulan,
o Sumber Rujukan,
o Cadangan Jawapan Soalan Perbincangan.

Guru disaran untuk memberi fokus kepada soalan perbincangan serta kesimpulan yang boleh
dibuat berdasarkan konsep dalam mata pelajaran yang dipilih dan konsep TH yang diperoleh
melalui aktiviti bersama murid. Maklumat dalam perincian aktiviti juga diberikan dalam Modul
Aktiviti Murid kecuali maklumat guru dan cadangan jawapan soalan perbincangan. Perkara ini
adalah untuk memastikan strategi Pembelajaran Berasaskan Projek/Produk yang merangkumi
Pembelajaran Kendiri, Koperatif, Inkuiri, Penyelesaian Masalah, Masteri, dan Penerokaan
berdasarkan pendekatan STEM seperti saranan daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

• Sumber Rujukan
Bahagian ini menyenaraikan sumber rujukan bagi makluman guru. Rujukan diasingkan
mengikut aktiviti. Ini adalah bertujuan memudahkan guru untuk membuat rujukan
lanjut di laman sesawang.

• Cadangan Jawapan Soalan Perbincangan
Bahagian ini memberikan cadangan jawapan bagi setiap soalan perbincangan
mengikut aktiviti. Ini adalah bertujuan membantu guru untuk membimbing murid
supaya dapat memahami konsep Asas Kelestarian dan perkaitannya dengan TH.

ASAS KELESTARIAN 21

Perhatian:

Jadual Rubrik Penilaian Produk dan Folio Lestari Berasaskan Teknologi Hijau turut
disertakan dalam Modul Panduan Guru sebagai panduan untuk menilai hasil/produk
akhir bagi setiap aktiviti.

Modul Aktiviti Murid

Modul Aktiviti Murid ditulis berdasarkan Modul Panduan Guru tetapi tidak semua maklumat
kepada guru dibekalkan kepada murid. Ini bertujuan untuk menggalakkan murid lebih
aktif dan terlibat sepenuhnya dalam pembelajaran. Kebanyakan kaedah menggunakan
Pembelajaran Berasaskan Projek/Produk yang boleh merangkumi Strategi Pembelajaran
Kendiri, Koperatif, Inkuiri, Penyelesaian Masalah, Masteri, dan Penerokaan yang
memerlukan murid berbincang, mencari maklumat dan menyelesaikan masalah untuk
menghasilkan produk di akhir aktiviti.

Modul Aktiviti Murid ini mengandungi beberapa aktiviti berkaitan Teknologi Hijau dalam
mata pelajaran Asas Kelestarian. Bahagian pengenalan modul telah memberikan
maklumat tentang Teknologi Hijau. Para murid perlu memahami tentang Teknologi Hijau
dahulu sebelum dapat menggunakan modul ini dengan berkesan. Definisi Teknologi
Hijau serta Dasar Teknologi Hijau juga diterangkan untuk membantu murid memahami
dengan jelas kepentingan Teknologi Hijau. Perkara ini dapat menyediakan mereka untuk
memahami dan mempunyai kesedaran tentang fenomena perubahan iklim. Di samping
itu terdapat sedikit penerangan daripada pakar tentang sektor Teknologi Hijau (TH) yang
sesuai dengan konsep yang diajar dalam mata pelajaran Asas Kelestarian. Modul Aktiviti
Murid juga ditulis dalam format yang tertentu. Berikut merupakan penerangan tentang
format bagi setiap aktiviti:

• Tajuk
Menyatakan tajuk, fokus atau isu utama keseluruhan aktiviti yang menarik.

• Objektif
Menyatakan objektif aktiviti yang dijalankan serta menunjukkan perkaitan
dengan sektor TH yang bersesuaian.

• Latar Belakang
Menyatakan konsep mata pelajaran yang terlibat dalam aktiviti serta
menerangkan perkaitan konsep tersebut dengan sektor TH yang dinyatakan
dalam Jadual IPCC (2014).

• Glosari
Senarai glosari diberikan bagi setiap aktiviti. Perkataan atau istilah yang baru
disertakan bertujuan memberikan penjelasan ringkas untuk kefahaman murid
bagi TH yang berkaitan.

• Bahan dan Peralatan
Senarai bahan dan peralatan (per kumpulan) yang diperlukan bagi
menjalankan aktiviti disertakan. Walau bagaimanapun murid boleh/bebas
menggunakan bahan atau peralatan lain mengikut kreativiti mereka.

22 ASAS KELESTARIAN

• Kaedah
Penggunaan kaedah adalah mengikut strategi yang dicadangkan dalam
Modul Panduan Guru tetapi diubah suai dalam bentuk langkah yang perlu
dilakukan oleh murid secara berkumpulan dengan mengikuti proses yang
disenaraikan dalam setiap aktiviti.

• Pemerhatian
Bahagian ini menyenaraikan arahan atau soalan yang mengarah murid
melakukan pemerhatian bagi setiap aktiviti yang mereka lakukan. Arahan atau
soalan tersebut bertujuan untuk menggalakkan murid berbincang supaya
berlaku komunikasi dan kolaborasi semasa aktiviti dijalankan.

• Soalan Perbincangan
Senarai soalan perbincangan diberikan supaya murid dapat berbincang

dalam kumpulan semasa aktiviti dijalankan. Soalan-soalan tersebut bertujuan
menguji kefahaman murid tentang konsep Asas Kelestarian dan konsep TH yang
diintegrasikan dalam aktiviti berkenaan.

• Kesimpulan
Murid perlu berbincang dan menuliskan kesimpulan daripada aktiviti tersebut dan
perlu mengaitkan konsep Asas Kelestarian dengan Konsep TH yang telah
diaplikasikan.

• Kerjaya Dalam Teknologi Hijau
Beberapa pekerjaan yang sesuai diberikan mengikut aktiviti yang dijalankan supaya
murid mempunyai pengetahuan tentang pekerjaan yang bersesuaian dengan TH yang
tertentu. Maklumat tersebut dapat membuka minda murid serta menarik minat mereka
ke arah TH dan Asas Kelestarian.

• Sumber Rujukan
Modul Aktiviti Murid juga diberikan senarai rujukan untuk makluman murid. Rujukan
diasingkan mengikut aktiviti untuk memudahkan murid untuk mencari maklumat dan
membuat rujukan lanjut di laman sesawang.

• Lampiran
Modul Aktiviti Murid juga dibekalkan Jadual Rubrik Penilaian Produk dan Folio
Lestari Berasaskan Teknologi Hijau. Rubrik penilaian ini perlu digunakan sebagai
panduan untuk menghasilkan produk lestari yang terbaik.

ASAS KELESTARIAN 23

REPORT OF
THE INTERGOVERNMENTAL PANEL
ON CLIMATE CHANGE (IPCC, 2014)

CCaammbbrrididggeeUUnniviveerrssitiytyPPrersesss

3232AAvveennuuee oof theeAAmmeerircicasas
NNeewwYYoorkrk
UnUinteiteddSStatatetessooffAAmeerriccaa
wwwwww.c.caammbbrrididggee..oorrgg

24 ASAS KELESTARIAN

REPORT OF THE INTERGOVERNMENTAL PANEL ON CLIMATE
CHANGE (IPCC, 2014)

(*Excerpt from report)

ENERGY SUPPLY

SECTOR ENERGY SUPPLY
CATEGORY
FOSSIL ENERGY NUCLEAR ENERGY RENEWABLE
Coal and Peat
Gaseous Fuel Nuclear Waste Management Hydroelectricity
Petroleum Fuels - Fuel repository Wind
Unconventional Oil - Improving proliferation Biomass and Bioenergy
Geothermal
resistance Solar Thermal Electric

Uranium Exploration, Extraction and Refining
- reprocessing the spent fuel

and extracting the unused
uranium

ASAS KELESTARIAN 25 Nuclear Fusion Solar Photovoltaic
- fusion of heavy hydrogen fuel Solar Heating and Cooling

- fusion-power production

Ocean Energy

Biofuels

Hydrogen and Fuel Cells

Thermoelectric Generators

26 ASAS KELESTARIAN WASTE AND WASTEWATER MANAGEMENT

SECTOR WASTE AND WASTEWATER MANAGEMENT
CATEGORY
PREVENTION AND SEPARATION AND COLLECTION AND TREATMENT AND ULTIMATE DISPOSAL AND WASTEWATER
MINIMIZATION RECYCLING TRANSFER PROCESSING LANDFILL TREATMENT

- Food waste - Waste Collection method Physical treatment - Landfill mining - Utilization of sludge in
prevention segregation - Mechanical - Minimization of - Methane gas - industrial and
agricultural.
- Hotel waste - Waste and semi- volume and weight. bioreactor Biogas production
prevention recycling mechanical. - Alteration - Volatile fatty from sludge

- Paper waste - E-waste Scheduling and Routing of waste form and acids extraction
minimization shape from landfill
- Minimization - Waste to animal food leachate
- Cleaner of collection - Landfill leachate
production and transfer Thermal Process treatment
time - Waste to energy methods.
- Alternatives
practices for - Minimization Biological Process
plastic film/ of fuel - Waste to energy
Styrofoam consumption - Waste to fertilizer
container - Biogas production
- Utilization of - Bioethanol
biofuel.
production
- Bio-hydrogen

production

CATEGORY WASTE CH4 MANAGEMENT INCINERATION AND BIOLOGICAL TREATMENT WASTE REDUCTION, WASTEWATER AND
MANAGEMENT AND AT LANDFILLS OTHER THERMAL RE-USE AND SLUDGE TREATMENT
PROCESSES RECYCLING
GHG-
MITIGATION
TECHNOLOGIES

-Controlled landfilling - Industrial - Composting -Waste minimization
a) landfill gas co-combustion - Anaerobic Digestion
- MBT (Mechanical
recovery -Fluidized bed technology
b) without landfill Biological Treatment)

gas recovery

- Optimization
microbial
methane
oxidation in
landfills cover soil
(biocovers)

TRANSPORT

SECTOR ROAD TRANSPORT RAIL TRANSPORT SHIPPING
CATEGORY Reducing Aerodynamic AVIATION Applying Current Energy-Saving
Reducing Vehicles Load
-Use lightweight materials Resistance Technology Developments Strategies

-Apply aerodynamic Reducing Train Weight Engine Developments Load Optimization
improvement
Regenerative Braking Aircraft Developments Maintenance
-Mobile air conditioning (MAC) system
Higher Efficiency Alternative Fuels for Aviation
Improving Drive Train Efficiency Propulsion System
-Advanced direct injection Aviation Potential Practices

- Gasoline / Diesel engines and Lower Flight Speeds
transmission

-Hybrid drive trains

Alternative Fuels
-Biofuels

-Natural Gas (CNG / LNG / GTL)
-Hydrogen / fuel cells
-Electric vehicles

ASAS KELESTARIAN 27 Well-to-Wheels Analysis of
Technical Mitigation Options
a) Road transport: mode

shifts
-Public transport
-Non-motorized
transport (NMT)

Eco-Driving Practices

28 ASAS KELESTARIAN BUILDINGS

SECTOR BUILDINGS

CATEGORY THERMAL INDOOR COOLING HEATING, BUILDING ACTIVE DOMESTIC LIGHTING DAYLIGHTING HOUSEHOLD
ENVELOPE ENVIRONMENTAL AND VENTILATION ENERGY COLLECTION WATER SYSTEMS APPLIANCES,
MANAGEMENT CONSUMER
QUALITY COOLING AND AIR SYSTEMS AND ELECTRONICS
(IEQ) LOADS CONDITIONING TRANSFORMATION AND OFFICE
EQUIPMENT
(HVAC) OF RENEWABLE
SYSTEMS ENERGY

Insulation Air Quality Reducing the Alternative Commissioning Building-Integrated Water High Use of Natural Standby and Low
Windows Cooling Load HVAC PV (BiPV) Saving Efficiency Lighting Power Mode
Air Leakage Comfortable Systems in Operation, Fixtures Electric
Humidity Passive and Commercial Maintenance and Solar Thermal Lighting Efficiency of
Low-Energy Buildings Performance Energy for Heating Water Biomass Stoves
Temperature Cooling -Radiant chilled -Cogeneration and Hot Water Efficient
Techniques and District Washing Improved
-Natural ceiling cooling Heating/ Landscape Machine Access to Clean
and Cooling -solar garden Cooking Fuels
night-time -Displacement Insulated
ventilation Wind Energy Water Solar Cookers
-Evaporative ventilation Heaters
cooling Small Electric
-Passive Air-source Cooking
cooling or
techniques Equipment
Exhaust-air
Air Heat Pumps
Conditioners
and Vapor Solar
Compression Thermal
Chillers
Water
Heaters

Water
Recycling

Rainwater
Harvesting

CATEGORY MATERIALS
Use of Green Materials
Volatile Organic Compound (VOC) Paints
Renewable Raw Materials

AGRICULTURE AND FORESTRY

SECTOR AGRICULTURE AND FORESTRY
CATEGORY
CROPLAND MANAGEMENT GRAZING LAND MANAGEMENT AND MANAGEMENT OF ORGANIC/PEATY FORESTRY
Improved Agronomic Practices PASTURE IMPROVEMENT SOILS
Reducing Deforestation
Nutrient Management Grazing Intensity Restoration of Degraded Lands and Degradation
Tillage/Residue Management
Increased Productivity Livestock Management Afforestation/Reforestation
Water Management
Rice Management Nutrient Management - Improved feeding practices Forest Management to
Fire Management - Specific agents and dietary Increase Stand and
Agro-Forestry
Land Cover (use) change Species Introduction additives Landscape-Level Carbon
- Longer-term management Density
changes and animal breeding
Increasing Off-Site Carbon
Manure Management Stocks in Wood Products and

Bioenergy Enhancing Product and
Fuel Substitution
- Residues from agriculture
- Dedicated energy crops

ASAS KELESTARIAN 29

30 ASAS KELESTARIAN INDUSTRY INDUSTRY

SECTOR ENERGY FUEL POWER RENEWABLES MATERIAL CARBON
CATEGORY EFFICIENCY SWITCHING RECOVERY EFFICIENCY SEQUESTRATION
Energy Management Coal to Natural Recycling Oxy-Fuel
Gas and Oil Cogeneration Biomass Combustion
Systems High Strength
Waste Fuels Pre-Coupled Gas Biogas Steel CO2 Separation
Efficient Motor Turbine Wind Turbines from Flue Gas
Systems Biogas Reduction Process
Pressure Recovery Hydropower Losses Hydrogen
Lighting and Biomass Turbine Reduction
HVAC Thinner Film and
Landfill Gas Hydrogen Recovery Charcoal Coating Oxygen Use in
Shoe Press Blast Furnaces
Anaerobic Digestion Biofuels Increased Efficiency
Efficient Drying Transport Sector Application to
Gasification Solar Drying Ammonia,
Refinery Gas Re-usable Containers Ethylene Oxide
Processes
Waste Energy Solar Cooling Closed Water Use
Recovery O2 Combustion in Kiln
Solar
Process O2 Combustion

Heat

Heat pumps

RUBRIK PENILAIAN PRODUK DAN FOLIO LESTARI BERASASKAN TEKNOLOGI HIJAU

TAJUK PROJEK : KELAS TARIKH SIAP PROJEK
NAMA MURID
1.
2.
3.
4.
BRIF PROJEK :

Tahap Kriteria Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Markah
Pemikiran 8
(KBAT) Mengkonsepsi Produk Lestari 1–2 3–4 5–6 7–8
ASAS KELESTARIAN 31 Berasaskan Teknologi Hijau Murid tidak dapat memberi Murid dapat memberi Murid dapat memberi Murid dapat memberi
Pengetahuan konsep asas masalah konsep asas masalah konsep asas masalah konsep asas masalah
1. Memberi konsep asas berdasarkan TH. Murid berdasarkan TH tetapi berdasarkan TH dan boleh berdasarkan TH dan boleh
masalah berdasarkan juga tidak boleh memberi masih tidak dapat mencadangkan langkah mencadangkan langkah
kepada Sektor TH seperti cadangan langkah yang mencadangkan langkah yang bersesuaian untuk yang bersesuaian untuk
Bekalan Tenaga, bersesuaian untuk yang bersesuaian untuk menyelesaikan masalah menyelesaikan masalah
Pertanian dan menyelesaikan menyelesaikan masalah tersebut tetapi tersebut serta boleh
Perhutanan, masalah tersebut dan tidak tersebut dan idea awalan penjanaan idea awalan mencadangkan idea
Pengangkutan, dapat menghasilkan idea yang dicadangkan kurang yang dicadangkan awalan yang sangat kreatif.
Bangunan, Pengurusan awalan. kreatif. adalah kreatif.
Sisa dan Air Sisa dan
Industri.

2. Penjanaan Idea Awalan.

Skor: Skor: Skor: Skor:

32 ASAS KELESTARIAN Tahap Kriteria Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Markah
Pemikiran Mereka bentuk Produk Teknologi Hijau 8
(KBAT)

Mengaplikasi 1. Murid akan dibimbing untuk mereka 1–2 3–4 5–6 7–8
bentuk produk lestari berkonsepkan Murid tidak dapat Murid dapat mengaitkan Murid dapat mengaitkan Murid dapat mengaitkan
TH dengan membuat lakaran awal. mengaplikasi pengetahuan sedia TH pengetahuan sedia TH pengetahuan
Melalui proses pengembangan idea pengetahuan sedia ada dengan kurang tepat dengan tepat untuk sedia ada TH dengan
lakaran ini, aktiviti perbincangan TH dengan tepat untuk untuk diaplikasikan diaplikasikan dalam sangat tepat untuk
dan pembentangan akan dilakukan mereka bentuk produk dalam mereka bentuk mereka bentuk produk diaplikasikan dalam
dalam kumpulan. lestari berkonsepkan produk lestari lestari berkonsepkan TH mereka bentuk
TH dan tidak dapat berkonsepkan TH dan dan dapat menghasilkan produk lestari
2. Murid akan mengaplikasikan menghasilkan lukisan dapat menghasilkan lukisan isometri yang berkonsepkan TH dan
pengetahuan TH dalam isometri yang baik. lukisan isometri yang baik. dapat menghasilkan
membangunkan lukisan isometri kurang baik. lukisan isometri yang
untuk menghasilkan lakaran produk sangat baik
lestari dengan lebih terperinci.

Skor: Skor: Skor: Skor:

Pembangunan Produk Teknologi Hijau 1–2 3–4 5–6 7–8 8
Murid mempunyai Murid mempunyai tahap Murid mempunyai tahap Murid mempunyai tahap
Bangunkan model prototaip produk lestari tahap kemahiran kemahiran psikomotor kemahiran psikomotor kemahiran psikomotor
berkonsepkan TH berdasarkan kepada psikomotor yang yang sederhana dengan yang tinggi dan cekap yang sangat tinggi untuk
lukisan isometri yang telah dibangunkan. rendah dalam menguasai kemahiran memanipulasi dan mengaplikasikan teknik-
penghasilan produk asas dalam penggunaan menggunakan teknik baru yang tidak
lestari berkonsepkan alatan pertukangan pelbagai sumber dalam diperkenalkan
TH. untuk menghasilkan membangunkan dalam membangunkan
produk lestari prototaip produk prototaip produk
berkonsepkan TH tetapi lestari berkonsepkan TH. lestari berkonsepkan TH.
tidak cekap untuk
Mengaplikasi memanipulasikan dan
(Kemahiran) menggunakan
pelbagai sumber dalam
membangunkan
prototaip produk
lestari berkonsepkan
TH.

Skor: Skor: Skor: Skor:

Tahap Kriteria Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Markah
Pemikiran 8
(KBAT) Pendokumentasian

Menyediakan dan menghasilkan folio reka 1–2 3-4 5–6 7–8
bentuk produk berasaskan konsep. Penyediaan dan Penyediaan dan Penyediaan dan Penyediaan dan
penghasilan folio tidak penghasilan folio penghasilan folio penghasilan folio
lengkap dan tidak disediakan dengan disediakan dengan disediakan dengan
dikemas kini. lengkap tetapi terdapat lengkap. Semua rekod lengkap. Semua rekod
rekod yang tidak dikemas kini dengan dikemas kini dengan baik
Menganalisis dikemas kini. baik. dan bersistematik.

Skor: Skor: Skor: Skor:

Pembentangan 1–2 3-4 5–6 7–8 8
Penyampaian yang Penyampaian yang Penyampaian yang Penyampaian yang
Pembentangan yang mengambil kira tahap tidak teratur dan tidak kurang teratur dan teratur, jelas dan sangat teratur, sangat
penguasaan bahasa, kemahiran jelas, objektif kurang jelas, bersepadu. Objektif jelas dan bersepadu.
pengucapan, kemahiran komunikasi, pencapaian aktiviti sebahagian objektif pencapaian aktiviti Objektif pencapaian
kreativiti dalam membuat rumusan yang tidak dicapai dan pencapaian aktiviti tercapai dan aktiviti tercapai dan
pembentangan, organisasi pembentangan pengurusan masa yang sahaja yang tercapai kepelbagaian kaedah kepelbagaian kaedah
dan mempersembahkan gaya pemikiran lemah. dan pengurusan masa penyampaian, penyampaian,
yang kreatif dan kritis. yang kurang pengurusan masa yang pengurusan masa yang
memuaskan. optimum. optimum serta terdapat
unsur kreativiti dan
Menilai inovasi yang dapat
menambah nilai dalam
ASAS KELESTARIAN 33 penyampaian.

Skor: Skor: Skor: Skor:

34 ASAS KELESTARIAN Tahap Kriteria Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Markah
Pemikiran 8
(KBAT) Produk 1–2 3–4 5–6 7–8
Produk yang Produk yang Produk yang Produk yang
Mencipta Produk yang dibangunkan perlu dibangunkan tidak dibangunkan dibangunkan dibangunkan adalah
memenuhi ciri-ciri berkonsepkan TH mempunyai ciri-ciri mempunyai ciri- mempunyai ciri-ciri sangat baik, sangat
serta ciri-ciri reka bentuk yang berkonsepkan TH dan ciri berkonsepkan berkonsepkan TH dan kemas dan memenuhi
bersesuaian seperti keselamatan, boleh tidak memenuhi kriteria TH tetapi tidak memenuhi kriteria kriteria reka bentuk
digunakan dengan baik, sistem reka bentuk yang memenuhi kriteria reka bentuk yang produk yang ditetapkan.
mekanikal yang berfungsi dengan baik, bersesuaian. reka bentuk yang bersesuaian tetapi
mesra alam, ergonomik, nilai estetika yang bersesuaian. dihasilkan dengan
baik serta pemilihan bahan yang Produk yang kualiti yang rendah
bersesuaian dalam membangunkan dibangunkan juga dan dibuat secara
produk. tidak dihasilkan kemas.
dengan baik dan
dibuat
secara tidak kemas.

Skor: Skor: Skor: Skor:

AKTIVITI 1

KERETA EKO

ASAS KELESTARIAN 35

AKTIVITI 1

KERETA EKO



1.0 TAJUK
Kereta Eko

1.1 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU
Konsep TH yang diaplikasikan dalam aktiviti ini adalah seperti maklumat di bawah:

Sektor Aplikasi Teknologi Hijau
i. Bekalan Tenaga • Kereta Eko menggunakan konsep Tenaga

(Energy Supply) Solar (Solar Photo Voltoic).
• Solar PV (Solar Photo Voltoic) merupakan

sejenis Tenaga Boleh Baharu (Renewable
Energy).

ii. Pengangkutan • Pengangkutan Jalan
(Transport) (Road Transport)

• Amalan Pemanduan Eko
(Eco-Driving Practices)

iii. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Pengasingan dan Kitar Semula
(Waste and Wastewater Management) (Separation and Recycling)

1.2 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU DALAM ASAS KELESTARIAN

Aktiviti mereka bentuk model Kereta Eko menggunakan Tenaga Solar sebagai sumber tenaga
alternatif untuk menggerakkan model Kereta Eko. Tenaga Solar merupakan tenaga yang
dihasilkan melalui pancaran cahaya matahari yang berterusan. Penjanaan tenaga elektrik
dihasilkan melalui tindak balas kimia dalam panel solar PV (Photo Voltoic). Binaan asas PV
terdiri daripada hablur silikon yang diperbuat daripada bahan separuh pengalir. Proses
penjanaan arus elektrik ini berlaku apabila pancaran matahari didedahkan pada solar PV,
maka photon daripada sumber cahaya akan menyebabkan elektron dalam sel PV akan teruja dan
menghasilkan pergerakan elektron seterusnya menghasilkan tenaga elektrik. Tenaga Solar adalah
salah satu daripada kategori Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy). Tenaga Solar merupakan
tenaga yang bersih dan tidak memberi sebarang kesan terhadap pencemaran udara dan alam
sekitar. Sistem yang menjana Tenaga Solar tidak memerlukan penyelenggaraan yang
kritikal, mempunyai jangka hayat yang panjang, reka bentuk yang boleh dipelbagaikan serta
sumber tenaga solar yang sedia ada sepanjang tahun. Model Kereta Eko yang direka bentuk
adalah berkonsepkan kenderaan solar di bawah Sektor Pengangkutan dari kategori
Pengangkutan Jalan (Road Transport) yang boleh diselesaikan dengan Amalan Pemanduan Eko
(Eco-Driving Practices). Kenderaan Solar mendapat sumber tenaganya daripada Tenaga Solar.
Kebaikan menggunakan Kenderaan Solar ialah ia tidak memerlukan sebarang kos bahan api untuk
beroperasi. Bahan kitar semula juga digunakan untuk menghasilkan model Kereta Eko.

36 ASAS KELESTARIAN

Penggunaan bahan kitar semula adalah salah satu inisiatif bagi mengurangkan sisa yang dibuang
sebagaimana yang disarankan dalam aplikasi TH di bawah kategori Pengasingan dan Kitar
Semula. Reka bentuk model Kereta Eko dapat menggalakkan amalan pemanduan eko untuk
memberi kesan kepada ekonomi, sosial dan alam sekitar.

1.3 KERJAYA DALAM TEKNOLOGI HIJAU

• Pemasang Panel Solar
• Juruteknik Elektrik
• Juruteknik Automotif
• Juruteknik Sel Solar
• Juruteknik Reka Bentuk Hijau
• Juruteknik Tenaga

1.4 SOALAN UTAMA

i. Apakah ciri-ciri lestari dalam mereka bentuk model Kereta Eko ?
ii. Bagaimanakah konsep TH boleh menjana idea untuk digunakan dalam penghasilan model

Kereta Eko ?
iii. Apakah perbezaan penggunaan bekalan tenaga di antara kereta konvensional dan model

Kereta Eko ?
iv. Apakah justifikasi model Kereta Eko yang mengaplikasikan konsep TH perlu digunakan bagi

menggantikan kereta konvensional ?
v. Apakah sumbangan hasil reka bentuk yang mengaplikasikan konsep TH dalam melestarikan

kehidupan dari aspek tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial ?

1.5 TUJUAN PEMBELAJARAN

Membangunkan kreativiti murid dalam penyelesaian masalah dan penghasilan idea, meningkatkan
keupayaan teknik pemikiran kritis dan membudayakan pemikiran melalui proses kerja projek ke arah
penghasilan produk yang mengaplikasi TH dalam Sektor Bekalan Tenaga, Pengangkutan dan
Pengurusan Sisa dan Air Sisa yang lebih lestari dalam kehidupan.

1.6 LATAR BELAKANG

Manusia menggunakan kenderaan untuk tujuan pengangkutan. Kenderaan memudahkan
pergerakan manusia. Kebanyakan kenderaan menggunakan bahan api fosil seperti petrol dan
diesel. Bahan api fosil boleh menghasilkan gas rumah hijau seperti karbon dioksida, metana, jelaga
dan abu yang mengakibatkan pencemaran udara dan meningkatkan tahap pemanasan global.
Model Kereta Eko yang direka bentuk adalah berkonsepkan kenderaan solar di bawah Sektor
Pengangkutan dari kategori Pengangkutan Jalan. Tenaga solar mempunyai banyak kelebihan
dibandingkan dengan bahan api fosil. Kelebihan yang paling ketara ialah tenaga solar adalah
tenaga yang bersih dan tidak memberi sebarang kesan terhadap pencemaran udara dan alam
sekitar. Aktiviti yang dijalankan ini berfokus kepada penggunaan Tenaga Solar sebagai salah satu
daripada sumber Tenaga Boleh Baharu dalam Sektor Bekalan Tenaga. Tenaga Solar yang dihasilkan
daripada panel solar PV akan menjana tenaga elektrik bagi menggerakkan model Kereta Eko. Murid
diminta untuk mereka bentuk model Kereta Eko dengan menggunakan bahan kitar semula dalam
kategori Pengasingan dan Kitar Semula dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa. Murid
kemudiannya diminta untuk menyukat voltan yang terhasil daripada panel solar PV. Di akhir aktiviti
ini, murid menerangkan kepentingan hasil reka bentuk mereka dan menjelaskan sumbangan reka
bentuk dalam melestarikan kehidupan seharian.

ASAS KELESTARIAN 37

1.7 STRATEGI PENGAJARAN

Strategi pengajaran yang digunakan adalah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP). Pembelajaran
Berasaskan Projek (PBP) adalah proses pembelajaran secara berkumpulan yang berfokuskan
kepada hasil produk yang terdiri daripada hasil tugasan secara terancang dalam jangka masa yang
tertentu.

Kaedah PBP ini menekankan kepada aktiviti berkumpulan dalam menyelesaikan
permasalahan bagi penghasilan produk. Murid-murid akan diberi tugasan yang merupakan
masalah yang perlu diselesaikan secara sistematik mengikut aktiviti-aktiviti yang disediakan.

1.8 GLOSARI

Kitar semula - Kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud
menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan
produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada
sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar,
kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas dikumpul,
diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.

Lestari - Tidak berubah-ubah, kekal, tetap; melestarikan, menetapkan, mengekalkan. Contoh:
kelestarian hutan, kelestarian keadaan (hutan, persekitaran, dan lain-lain) yang tidak berubah atau
yang terpelihara seperti asal.

Pengurusan Sisa dan Air Sisa - Apa sahaja lebihan, keluaran yang tidak dikehendaki ataupun
apa-apa bahan yang perlu dilupuskan kerana sudah rosak, pecah atau lusuh. Sisa boleh dijana
melalui beberapa medium antaranya sisa isi rumah, sisa industri, sisa pembinaan, sisa komersial
serta sisa khas yang perlu dilupuskan menggunakan kaedah-kaedah tertentu kerana berbahaya dan
memudaratkan kesihatan. Pengurusan sisa dan air sisa ialah satu kaedah untuk mengurus
pelbagai jenis medium sisa bagi meminimumkan kesan pembuangan sisa terhadap alam.

Teknologi Hijau - Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara
alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada
aktiviti manusia.

Tenaga Boleh Baharu - Merujuk kepada tenaga yang boleh diganti sepanjang hayat manusia.
Terdapat banyak sumber tenaga yang dikenali sebagai tenaga boleh baharu antaranya tenaga solar,
tenaga angin, tenaga hidro dan tenaga biojisim.

Tenaga Solar - Tenaga solar lebih dikenali sebagai Tenaga Suria menggunakan pancaran cahaya
matahari sebagai sumber tenaga untuk menjana tenaga elektrik.

38 ASAS KELESTARIAN

1.9 PEMBINAAN MODEL KERETA EKO

Objektif

Mengaplikasikan konsep TH dalam kategori Pengangkutan Jalan berserta kategori Tenaga
Boleh Baharu iaitu Tenaga Solar dan kategori Pengasingan dan Kitar Semula bagi mereka
bentuk model Kereta Eko.

Jam Pertemuan
Dicadangkan 15 jam pertemuan untuk keseluruhan aktiviti mereka bentuk model Kereta Eko.

Latar Belakang

Aktiviti Sektor Model
Kereta Eko Bekalan Tenaga
(Energy Supply) Contoh : Reka bentuk
Kereta Eko
• Tenaga Boleh Baharu
(Renewable Energy)

• Tenaga Solar
(Solar Photo Voltoic)

Pengangkutan
(Transport)

• Pengangkutan Jalan
(Road Transport)

• Amalan Pemanduan Eko
(Eco-Driving Practices)

Pengurusan Sisa dan Air Sisa
(Waste and Wastewater
Management)

• Pengasingan dan Kitar Semula
(Separation and Recycling)

ASAS KELESTARIAN 39

Bahan dan Peralatan

i. Panel Solar PV
ii. Bahan kitar semula
iii. Wayar
iv. Roda
v. Pelekat (Double Sided Tape)
vi. Getah gelang
vii. Tali / Benang
viii. Motor AT 2 V 145 mA
ix. Multimeter

Kaedah

Kaedah untuk membangunkan model Kereta Eko ialah:

Langkah 1: Murid dikehendaki menganjurkan sesi penjanaan minda (brainstorming) dalam
kumpulan kecil yang terdiri daripada tiga (3) hingga empat (4) orang untuk
membincangkan brif reka bentuk model Kereta Eko dalam Jadual 1.

Langkah 2: Melalui sesi penjanaan minda, murid dikehendaki berbincang tentang cara mereka
bentuk model Kereta Eko menggunakan Tenaga Boleh Baharu, Amalan Pemanduan

Eko dan Pengasingan dan Kitar Semula.

Jadual 1: Jadual Brif Reka Bentuk Kereta Eko

Situasi dan Masalah Brif Reka Bentuk

Situasi: Mereka bentuk model Kereta Eko yang
Kini hampir keseluruhan penduduk digerakkan dengan menggunakan
Malaysia memiliki dan menggunakan sumber Tenaga Solar dalam kategori
kenderaan persendirian yang memerlukan Tenaga Boleh Baharu. Model Kereta Eko
bahan api fosil sebagai sumber tenaga utama boleh direka bentuk dan dibangunkan
untuk menggerakkan kenderaan tersebut. berasaskan kepada kategori
Pengangkutan Jalan dan kategori
Masalah: Pengasingan dan Kitar Semula dengan
Kenderaan persendirian seperti kereta dan menggunakan bahan-bahan kitar
motor menggunakan enjin yang memerlukan semula. Pembangunan model Kereta Eko
bahan api fosil. Penggunaan bahan api fosil ini menggunakan Sektor Bekalan Tenaga
menghasilkan gas rumah hijau (Green House dalam kategori Tenaga Boleh Baharu,
Gases, GHG) seperti karbon dioksida, metana, Sektor Pengangkutan dan Sektor
jelaga dan abu. Ini akan menyumbang kepada Pengurusan Sisa dan Air Sisa.
peningkatan pemanasan global. Masalah ini
boleh diselesaikan dengan mengaplikasikan
Konsep TH.

• Daripada brif di atas murid dikehendaki menjalankan kajian dan penyelidikan lanjut untuk
mendapatkan maklumat.

40 ASAS KELESTARIAN

• Isikan sektor TH yang akan diaplikasikan serta tempoh masa siap dan peralatan yang
digunakan dalam jadual di bawah:

Sektor TH yang Diaplikasikan

Anggaran Tempoh Masa Projek Siap Peralatan yang Digunakan

Langkah 3: Murid hendaklah membuat lakaran idea awalan produk dalam Jadual 2. Melalui
lakaran idea awalan, gabungan komponen yang digunakan boleh digambarkan
dengan lebih jelas sebelum model Kereta Eko dibangunkan.

Jadual 2: Lakaran Idea Awalan

Lakaran Idea Awalan

ASAS KELESTARIAN 41

Langkah 4: Selepas pemilihan satu idea awalan yang terbaik, murid dikehendaki membuat
sekurang-kurangnya tiga lakaran pengembangan idea dalam Jadual 3. Melalui
lakaran pengembangan idea, murid dapat menggambarkan model Kereta Eko
yang ingin dibangunkan dengan lebih jelas. Oleh itu, reka bentuk produk tersebut
boleh dilakarkan dengan lebih baik dan bersesuaian dengan komponen yang
hendak digunakan.
Jadual 3: Lakaran Pengembangan Idea
Lakaran Pengembangan Idea
Lakaran 1

Lakaran 2

Lakaran 3

42 ASAS KELESTARIAN

Langkah 5: Selepas memilih idea yang hendak dibina, murid dikehendaki membuat
beberapa lukisan kerja sebelum model produk Kereta Eko dibangunkan
dengan menggunakan Jadual 4. Lukisan kerja ini akan menjadi panduan
asas kepada murid untuk membangunkan produk tersebut.
Jadual 4: Lukisan Isometri Model Produk Kereta Eko
Lukisan Isometri

ASAS KELESTARIAN 43

Langkah 6: Untuk memulakan kerja-kerja pembangunan, murid juga perlu mengisi Jadual 5
bagi menentukan pemilihan bahan yang hendak digunakan dan anggaran kos
pembangunan yang diperlukan. Murid akan dapat merancang pembangunan
tersebut dengan lebih berkesan dalam menghasilkan model Kereta Eko yang
lebih baik.

Jadual 5: Pemilihan Bahan Untuk Membangunkan Produk

Cadangan Bahan

Bil Anggaran Kos

Komponen Kategori Bahan Bahan

Jumlah Keseluruhan

Langkah 7: Murid perlu memilih Sektor TH yang terlibat dalam penghasilan produk
Kereta Eko dengan menggunakan Jadual 6.

Jadual 6: Kriteria TH dalam Penghasilan Produk Kereta Eko

Bil Sektor TH Tandakan ( ) pada
Sektor yang Terlibat

1 Sektor Bekalan Tenaga (Energy Supply)

2 Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa (Waste and
Wastewater Management)

3 Sektor Pengangkutan (Transport)

4 Sektor Bangunan (Building)

5 Sektor Industri (Industry)

6 Sektor Pertanian dan Perhutanan (Agriculture and Forestry)

44 ASAS KELESTARIAN

Langkah 8: Bagi menguji reka bentuk, murid perlu mengikut kriteria pengujian reka bentuk
dengan menggunakan Jadual 7.

Jadual 7: Kriteria Pengujian Reka Bentuk Produk Kereta Eko

Sila pilih skala 1 (Sangat Lemah) hingga 5 (Sangat Baik) bagi menilai model produk Kereta
Eko yang telah anda bangunkan.

Bil Kriteria Pengujian Reka Bentuk Skala Penilaian
1 2345
1 Keselamatan
2 Kefahaman
3 Fungsi
4 Andaian saintifik
5 Bentuk keseluruhan
6 Sistem mekanikal
7 Mesra alam
8 Sambungan
9 Kesesuaian bahan
10 Ergonomik
11 Jenis Pengujian

Jenis pengujian untuk semua produk adalah Ujian Parameter. Sila isikan ruangan
penerangan untuk setiap kriteria untuk menguji produk anda.

Kriteria Penerangan

i. Manusia

ii. Fungsi

iii. Kekuatan

iv. Estetika

v. Bahan

ASAS KELESTARIAN 45

Langkah 9: Akhirnya, murid dikehendaki membuat pendokumentasian dengan menghasilkan
folio reka bentuk yang mengandungi perkara berikut:

a) Penerangan situasi dan masalah
b) Brif reka bentuk
c) Penerangan tentang maklumat yang telah dikumpul
d) Cadangan idea awalan
e) Pemilihan idea
f) Pengembangan idea
g) Penerangan idea penyelesaian dan perincian
h) Penyediaan lukisan isometri
i) Pembinaan model
j) Pengujian dan laporan pengujian

Langkah 10: Murid dikehendaki membentangkan hasil produk Kereta Eko mereka
berdasarkan rubrik yang disertakan.

Maklumat Untuk Guru
Pembinaan Kereta Eko

Langkah 1
• Sediakan semua bahan dan peralatan yang diperlukan untuk mereka bentuk model
Kereta Eko (mengikut kreativiti murid).

Langkah 2
• Bina model Kereta Eko menggunakan bahan kitar semula yang telah disediakan
(Gambar 1).

Langkah 3
• Sambung motor AT dengan solar PV mengikut kekutuban yang betul (Gambar 2).

Langkah 4
• Uji panel solar PV dengan mendedahkannya di bawah pancaran cahaya dan
sambungkan panel tersebut kepada multimeter untuk mengetahui sama ada ia
berfungsi.

Langkah 5
• Pasang panel solar yang telah diuji dengan motor AT ke dalam model Kereta Eko
yang telah siap direka (Gambar 3).

46 ASAS KELESTARIAN


Click to View FlipBook Version