The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tehaminah4785, 2018-11-23 07:55:48

MODUL TEKNOLOGI HIJAU ASAS KELESTARIAN

Modul teknologi hijau

Keywords: Teknologi hijau

Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3
Bahan-bahan yang digunakan Motor AT disambungkan Model Kereta Eko yang

untuk membina Kereta Eko dengan Solar PV telah siap direka

Selepas model dibina,

i. Pengujian Produk
a) Murid membuat pengujian terhadap model Kereta Eko yang telah siap dibina
di bawah cahaya matahari.
b) Letakkan multimeter pada kekutuban positif dan negatif panel solar PV bagi
mengukur voltan.
c) Catatkan bacaan voltan yang dipaparkan oleh multimeter.

ii. Pendokumentasian
a) Murid merekod dapatan dan menulis laporan projek mengikut langkah-langkah
seperti butiran dalam Langkah 9.
b) Murid perlu menggunakan Jadual 8 sebagai senarai semak untuk penghasilan
folio reka bentuk serta dilampirkan dalam folio mereka. Sila tandakan ( ) jika
kriteria tersebut telah dipenuhi dalam proses penghasilan folio reka bentuk.

Jadual 8: Senarai Semak Kriteria Penghasilan Folio Reka Bentuk ()

Bil Kriteria
1 Penerangan situasi dan masalah
2 Brif reka bentuk
3 Penerangan tentang maklumat yang telah dikumpul
4 Cadangan idea awalan
5 Pemilihan idea
6 Pengembangan idea
7 Penerangan idea penyelesaian dan perincian
8 Penyediaan lukisan isometri
9 Pembinaan model
10 Pengujian dan laporan pengujian

iii. Pembentangan Hasil Produk
a) Murid akan membentangkan hasil kerja mereka iaitu Kereta Eko serta
menggunakan solar PV.
b) Murid hendaklah membincangkan ciri-ciri lestari dalam mereka bentuk Kereta
Eko iaitu dengan mengaitkan TH bagi Sektor Bekalan Tenaga, Pengangkutan
dan Pengurusan Sisa dan Air Sisa.

ASAS KELESTARIAN 47

Pemerhatian
i. Apakah bacaan voltan yang minimum diperlukan untuk menggerakkan model
Kereta Eko ?
ii. Apakah akan berlaku apabila saiz panel solar PV yang berbeza digunakan dalam
reka bentuk model Kereta Eko ?

Soalan Perbincangan
i. Apakah yang dimaksudkan dengan solar ? Jelaskan kefahaman anda tentang
solar Photo Voltoic (PV).
ii. Jelaskan kaedah penjimatan tenaga boleh dilakukan oleh seorang murid ketika
hendak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
iii. Pada pendapat anda, apakah perbezaan yang boleh diukur sekiranya panel solar
PV disambungkan secara selari dan secara bersiri ?
iv. Bagaimana faktor keamatan cahaya matahari memberi kesan kepada
penghasilan tenaga elektrik dalam panel solar PV ?

Kesimpulan

Pembinaan model Kereta Eko menggunakan panel solar PV sebagai alternatif
bagi menggantikan bekalan tenaga fosil dan merupakan salah satu usaha untuk
memperkenalkan konsep TH kepada murid. Konsep TH yang diterapkan dalam
aktiviti ini ialah Sektor Bekalan Tenaga dalam kategori Tenaga Boleh Baharu dan
Sektor Pengangkutan dalam kategori Pengangkutan Jalan dan Amalan Pemanduan
Eko. Model Kereta Eko yang direka bentuk adalah berasaskan konsep kenderaan
solar di bawah Sektor Pengangkutan daripada kategori Pengangkutan Jalan dengan
mengamalkan pemanduan model Kereta Eko. Pembinaan model Kereta Eko
yang menggunakan bahan kitar semula juga secara tidak langsung dapat
membudayakan sikap menggunakan bahan kitar semula. Melalui aktiviti ini,
diharap murid akan dapat menghasilkan idea-idea baru untuk Sektor Bekalan
Tenaga, Pengangkutan dan Pengurusan Sisa dan Air Sisa khasnya Sisa Pepejal
serta dapat menerangkan kepentingan hasil ciptaan mereka dalam melestarikan
kehidupan seharian.

48 ASAS KELESTARIAN

1.9.1 SUMBER RUJUKAN
i . Awesome DIY Mini Solar Power Car
https://www.youtube.com/watch?v=zYxteR6dTLQ
ii. DIY Mini Solar Car!
https://www.youtube.com/watch?v=K1HmBGA35Ds
iii. How to Make a Solar Car
https://www.youtube.com/watch?v=tCQ8Jk3Kp5Q
iv. How to Make a Mini Solar Car!
https://www.youtube.com/watch?v=RLzwFQyLil8
v. Jobs in Advanced Vehicle Technologies
https://www1.eere.energy.gov/library/pdfs/vehicles_green_jobs_fs_7-7.pdf
vi. Let’s Assemble a Simple Solar Car Kit
https://www.youtube.com/watch?v=lBo9DXHJ3-w
vii. The Career Guide to Green Jobs
http://www.mykelly.us/uploadedFiles/United_States_-_Kelly_Services/New_Smart_
Content/Candidate_Resource_Center/Managing_Your_Career/CareerGuideGreen
Jobs.pdf

1.9.2 CADANGAN JAWAPAN SOALAN PERBINCANGAN
i. Tenaga solar menggunakan tenaga cahaya matahari atau solar untuk menghasilkan
tenaga elektrik. Photo merujuk kepada cahaya manakala Voltoic merujuk kepada elektrik.
ii. Penggunaan tenaga solar dalam model Kereta Eko dapat menggantikan penggunaan
bekalan tenaga fosil yang digunakan dan ianya menjimatkan kos dan masa.
iii. Sekiranya PV disambungkan secara selari, ia akan menghasilkan arus yang tinggi dan voltan
yang sama. Manakala panel solar PV yang disambung secara bersiri akan menghasilkan
voltan yang tinggi dan nilai arus yang sama.
iv. Semakin tinggi keamatan cahaya matahari maka semakin banyak tenaga elektrik
dihasilkan.

ASAS KELESTARIAN 49

AKTIVITI 2

KIPAS ANGIN EKO

50 ASAS KELESTARIAN

AKTIVITI 2

KIPAS ANGIN EKO



2.0 TAJUK
Kipas Angin Eko

2.1 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU

Konsep TH yang diaplikasikan dalam aktiviti ini adalah seperti maklumat di bawah:

Sektor Aplikasi Teknologi Hijau
i. Bekalan Tenaga • Kipas Angin Eko menggunakan konsep Tenaga Solar

(Energy Supply) melalui panel solar PV (Solar Photo Voltoic).
• Solar PV (Solar Photo Voltoic) merupakan sejenis Tenaga

Boleh Baharu (Renewable Energy).

ii. Pengurusan Sisa dan Air • Pengasingan dan Kitar Semula
Sisa (Separation and Recycling)
(Waste and Wastewater
Management)

2.2 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU DALAM ASAS KELESTARIAN

Bagi aktiviti mereka bentuk model Kipas Angin Eko, Tenaga Solar digunakan sebagai bekalan tenaga
alternatif untuk menggerakkan motor AT dan seterusnya menggerakkan bilah kipas. Reka bentuk
Kipas Angin Eko bertujuan untuk menjana kreativiti pelajar dalam meneroka kepelbagaian
bekalan tenaga yang boleh diaplikasikan secara lestari dalam kehidupan seharian manusia. Sektor
Bekalan Tenaga (Energy Supply) yang terdapat dalam kategori Tenaga Boleh Baharu (Renewable
Energy) diaplikasikan dalam reka bentuk model Kipas Angin Eko. Tenaga elektrik yang digunakan
untuk menggerakkan motor AT Kipas Angin Eko dijana melalui tindak balas kimia dalam panel solar
PV. Bagi mereka bentuk bilah Kipas Angin Eko, penggunaan bahan kitar semula di bawah kategori
Pengasingan dan Kitar Semula adalah salah satu inisiatif bagi mengurangkan sisa yang dibuang.

2.3 KERJAYA DALAM TEKNOLOGI HIJAU

• Pegawai Tenaga
• Pembantu Audit Tenaga
• Juruteknik Tenaga
• Pembantu Jurutera Tenaga
• Penyelia Jurutera Elektrik
• Penasihat Perkhidmatan Kejuruteraan Elektrik
• Pembantu Jurutera
• Juruteknik Elektrik

ASAS KELESTARIAN 51

2.4 SOALAN UTAMA

i. Apakah ciri-ciri lestari dalam mereka bentuk Kipas Angin Eko ?
ii. Bagaimana idea yang berkaitan TH boleh digunakan dalam penghasilan Kipas Angin Eko ?
iii. Apakah perbezaan faktor reka bentuk di antara Kipas Angin Eko dan kipas angin

konvensional ?
iv. Apakah justifikasi kelebihan reka bentuk Kipas Angin Eko yang mengaplikasikan konsep

TH ?
v. Apakah sumbangan hasil reka bentuk yang mengaplikasikan konsep TH dalam melestarikan

kehidupan dari aspek tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial ?

2.5 TUJUAN PEMBELAJARAN

Membangunkan kreativiti murid dalam penyelesaian masalah dan penghasilan idea, meningkatkan
keupayaan teknik pemikiran kritis dan membudayakan pemikiran melalui proses kerja projek ke
arah penghasilan produk yang mengaplikasi TH dalam Sektor Bekalan Tenaga dan Pengurusan
Sisa dan Air Sisa yang lebih lestari dalam kehidupan.

2.6 LATAR BELAKANG

Aktiviti ini berfokuskan kepada penggunaan Tenaga Solar sebagai salah satu daripada kategori
sumber Tenaga Boleh Baharu dalam Sektor Bekalan Tenaga. Tenaga Solar yang dihasilkan
daripada sistem solar PV ditukar kepada tenaga elektrik bagi menggerakkan motor AT dan
seterusnya menggerakkan bilah Kipas Angin Eko. Murid diminta untuk mereka bentuk Kipas Angin
Eko mereka sendiri dengan menggunakan bahan kitar semula daripada kategori Pengasingan
dan Kitar Semula dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa. Murid kemudiannya diminta untuk
menyukat voltan yang terhasil daripada solar PV dalam aktiviti ini dengan menggunakan
multimeter. Di akhir aktiviti, murid boleh menerangkan kepentingan aplikasi TH dalam mereka
bentuk produk dan menjelaskan sumbangan reka bentuk yang dihasilkan dalam kehidupan
seharian yang lestari.

2.7 STRATEGI PENGAJARAN

Strategi pengajaran yang digunakan adalah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP).
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) adalah proses pembelajaran secara berkumpulan yang
berfokuskan kepada hasil produk yang terdiri daripada hasil tugasan secara terancang dalam
jangka masa yang tertentu.

Kaedah PBP ini menekankan kepada aktiviti berkumpulan dalam menyelesaikan permasalahan
bagi penghasilan produk. Murid-murid akan diberi tugasan yang merupakan masalah yang perlu
diselesaikan secara sistematik mengikut aktiviti-aktiviti yang disediakan.

52 ASAS KELESTARIAN

2.8 GLOSARI
Bahan kitar semula - Bahan buangan seperti tin, botol, kertas yang telah digunakan yang diproses
semula supaya dapat digunakan semula.
Kitar semula - Kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal. Kitar semula
berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula
mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai.
Contoh, bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas dikumpul, diasingkan dan dihantar ke
pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.
Lestari - Tidak berubah-ubah, kekal, tetap; melestarikan, menetapkan, mengekalkan. Contoh:
kelestarian hutan, kelestarian keadaan (hutan, persekitaran, dan lain-lain) yang tidak berubah atau
yang terpelihara seperti asal.
Pengurusan Sisa - Pemungutan, pengangkutan, pemprosesan, pengitaran semula atau
pembuangan, dan pengawasan bahan sisa.
Teknologi Hijau - Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem
untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan
kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Tenaga Boleh Baharu - Merujuk kepada tenaga yang boleh diganti sepanjang hayat manusia.
Terdapat banyak sumber tenaga yang dikenali sebagai tenaga boleh baharu antaranya tenaga solar,
tenaga angin, tenaga ombak dan tenaga biojisim.
Tenaga Solar – Tenaga yang dihasilkan oleh cahaya matahari menggunakan medium yang
dipanggil sebagai sel solar.

ASAS KELESTARIAN 53

2.9 PEMBINAAN MODEL KIPAS ANGIN EKO

Objektif
Mengaplikasikan konsep TH dalam kategori Tenaga Boleh Baharu iaitu Tenaga Solar dan
kategori Pengasingan dan Kitar Semula bagi mereka bentuk model Kipas Angin Eko.

Jam Pertemuan

Dicadangkan 15 jam pertemuan untuk keseluruhan aktiviti mereka bentuk model Kipas Angin
Eko.

Latar Belakang Sektor Model
Sumber Tenaga
Aktiviti (Energy Supply)
Kipas Angin Eko
• Tenaga Boleh Baharu
(Renewable Energy)

• Solar PV
(Solar Photo voltoic)

Pengurusan Sisa dan Air Contoh : Reka bentuk Kipas
Sisa Angin Eko
(Waste and Wastewater
Management)

• Pengasingan dan Kitar
Semula
(Separation and Recycling)

Bahan dan Peralatan

i. Panel solar 4.5V AT 300 mW
ii. Bahan kitar semula (digunakan untuk membuat bilah kipas)
iii. Wayar klip buaya secukupnya untuk kerja penyambungan
iv. Multimeter
v. Pistol perekat panas (Hot glue gun)
vi. Batang perekat (Glue stick)

54 ASAS KELESTARIAN

Kaedah

Kaedah untuk membangunkan model Kipas Angin Eko ialah :

Langkah 1: Murid dikehendaki menganjurkan sesi penjanaan minda (brainstorming) dalam
kumpulan kecil yang terdiri daripada tiga (3) hingga empat (4) orang untuk
membincangkan brif reka bentuk model Kipas Angin Eko dalam Jadual 1.

Langkah 2 : Melalui sesi penjanaan minda, murid dikehendaki berbincang tentang cara
mereka bentuk model Kipas Angin Eko dengan menggunakan Tenaga Boleh

Baharu dan Pengasingan dan Kitar Semula.

Jadual 1: Jadual Brif Reka Bentuk Kipas Angin Eko

Situasi dan Masalah Brif Reka Bentuk

Situasi :
Setiap rumah menggunakan kipas angin dan
setiap kipas angin yang rosak dilupus tanpa
dikitar semula.

Masalah: Mereka bentuk model Kipas Angin Eko
Kipas angin sedia ada menggunakan tenaga menggunakan Tenaga Boleh Baharu dan
elektrik. Tenaga elektrik yang dihasilkan bahan kitar semula.
sekarang kebanyakan menggunakan
tenaga fosil. Penggunaan tenaga fosil
membawa kepada pembebasan gas rumah
hijau (Green House Gases, GHG) yang
memberi kesan yang besar kepada
perubahan iklim dan peningkatan suhu.
Pembuangan sisa yang tidak terkawal juga
menyebabkan peningkatan pembebasan
GHG. Masalah ini adalah masalah global,
maka penyelesaian boleh dilakukan
berasaskan konsep TH.

• Daripada brif di atas lakukan kajian dan penyelidikan lanjut untuk mendapatkan
maklumat.

• Isikan sektor TH yang akan diaplikasikan serta tempoh masa siap dan peralatan yang
digunakan dalam jadual di bawah.

Sektor TH yang Diaplikasikan

Anggaran Tempoh Masa Projek Siap Peralatan yang Digunakan

ASAS KELESTARIAN 55

Langkah 3 : Murid hendaklah membuat lakaran idea awalan produk dengan menggunakan
Jadual 2. Melalui lakaran idea awalan, gabungan komponen yang digunakan
boleh digambarkan dengan lebih jelas sebelum model Kipas Angin Eko
dibangunkan.
Jadual 2: Lakaran Idea Awalan
Lakaran Idea Awalan

56 ASAS KELESTARIAN

Langkah 4: Selepas pemilihan satu idea awalan yang terbaik, murid dikehendaki membuat
sekurang-kurangnya tiga lakaran pengembangan idea dalam Jadual 3. Melalui
lakaran pengembangan idea, murid dapat menggambarkan model Kipas Angin
Eko yang ingin dibangunkan dengan lebih jelas. Oleh itu, reka bentuk produk
tersebut boleh dilakarkan dengan lebih baik dan bersesuaian dengan
komponen yang hendak digunakan.
Jadual 3: Lakaran Pengembangan Idea
Lakaran Pengembangan Idea
Lakaran 1

Lakaran 2

Lakaran 3

ASAS KELESTARIAN 57

Langkah 5: Selepas memilih idea yang hendak dibina, murid dikehendaki membuat
beberapa lukisan kerja sebelum model produk Kipas Angin Eko dibangunkan
dengan menggunakan Jadual 4. Lukisan kerja ini akan menjadi panduan asas
kepada murid untuk membangunkan produk tersebut.
Jadual 4: Lukisan Isometri Model Produk Kipas Angin Eko
Lukisan Isometri

58 ASAS KELESTARIAN

Langkah 6: Untuk memulakan kerja-kerja pembangunan, murid juga perlu mengisi Jadual 5
bagi menentukan pemilihan bahan yang hendak digunakan dan anggaran kos
pembangunan yang diperlukan. Murid akan dapat merancang pembangunan tersebut
dengan lebih berkesan dalam menghasilkan model Kipas Angin Eko yang lebih baik.

Jadual 5: Pemilihan Bahan Untuk Membangunkan Produk

Komponen Cadangan Bahan Bahan Anggaran Kos
Bil Kategori Bahan RM 0

1 Bilah kipas Bahan kepingan Botol plastik yang
diguna semula

Jumlah Keseluruhan

Langkah 7: Murid perlu memilih Sektor TH yang terlibat dalam penghasilan produk Kipas Angin Eko
dengan menggunakan Jadual 6.

Jadual 6: Kriteria TH Dalam Penghasilan Produk Kipas Angin Eko

Bil Sektor TH Tandakan ( ) pada
Sektor yang Terlibat

1 Sektor Bekalan Tenaga (Energy Supply)

2 Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa (Waste and
Wastewater Management)

3 Sektor Pengangkutan (Transport)

4 Sektor Bangunan (Building)

5 Sektor Industri (Industry)

6 Sektor Pertanian dan Perhutanan (Agriculture and Forestry)

ASAS KELESTARIAN 59

Langkah 8: Bagi menguji reka bentuk, murid perlu mengikut kriteria pengujian reka bentuk
Kipas Angin Eko dengan menggunakan Jadual 7.

Jadual 7: Kriteria Pengujian Reka Bentuk Produk Kipas Angin Eko

Sila pilih skala 1 (Sangat Lemah) hingga 5 (Sangat Baik) bagi menilai model produk Kipas Angin
Eko yang telah anda bangunkan.

Bil Kriteria Pengujian Reka Bentuk Skala Penilaian
1 2345
1 Keselamatan
2 Kefahaman
3 Fungsi
4 Andaian saintifik
5 Bentuk keseluruhan
6 Sistem mekanikal
7 Mesra alam
8 Sambungan
9 Kesesuaian bahan
10 Ergonomik
11 Jenis Pengujian

Jenis pengujian untuk semua produk adalah Ujian Parameter. Sila isikan ruangan
penerangan untuk setiap kriteria untuk menguji produk anda.

Kriteria Penerangan

i. Manusia

ii. Fungsi

iii. Kekuatan

iv. Estetika

v. Bahan

60 ASAS KELESTARIAN

Langkah 9: Akhirnya, murid dikehendaki membuat pendokumentasian dengan menghasilkan
folio reka bentuk yang mengandungi perkara berikut:

a) Penerangan situasi dan masalah
b Brif reka bentuk
c) Penerangan tentang maklumat yang telah dikumpul
d) Cadangan idea awalan
e) Pemilihan idea
f) Pengembangan idea
g) Penerangan idea penyelesaian dan perincian
h) Penyediaan lukisan isometri
i) Pembinaan model
j) Pengujian dan laporan pengujian

Langkah 10: Murid dikehendaki membentangkan hasil produk Kipas Angin Eko mereka
berdasarkan rubrik yang disertakan.

Maklumat Untuk Guru


Pembinaan Kipas Angin Eko

Langkah 1
• Bina bilah Kipas Angin Eko menggunakan bekas botol air mineral.

Langkah 2
• Sambungkan bilah kipas angin dengan motor AT menggunakan pistol perekat panas
(hot glue gun).

Langkah 3
• Sambungkan solar PV dengan motor AT menggunakan wayar klip buaya mengikut
kekutuban yang betul (Gambar 4).

Gambar 4 Gambar 5 Gambar 6
Solar PV disambung dengan Kipas Angin Eko yang Multimeter digunakan
untuk mengukur voltan
motor AT telah siap direka

ASAS KELESTARIAN 61

Selepas model dibina,

i. Pengujian Produk
a) Murid membuat pengujian produk Kipas Angin Eko yang telah siap direka
bentuk di bawah cahaya matahari (Gambar 5).
b) Letakkan multimeter pada kekutuban positif dan negatif bagi mengukur
voltan (Gambar 6).
c) Catatkan bacaan voltan yang dipaparkan oleh multimeter untuk Kipas Angin
Eko berfungsi.

ii. Pendokumentasian
a) Murid merekod dapatan dan menulis laporan projek mengikut langkah-
langkah seperti butiran dalam Langkah 9.
b) Murid perlu menggunakan Jadual 8 sebagai senarai semak untuk penghasilan
folio reka bentuk serta dilampirkan dalam folio mereka. Sila tandakan ( ) jika
kriteria tersebut telah dipenuhi dalam proses penghasilan folio reka bentuk.

Jadual 8: Senarai Semak Kriteria Penghasilan Folio Reka Bentuk

Bil Kriteria ()
1 Penerangan situasi dan masalah
2 Brif reka bentuk
3 Penerangan tentang maklumat yang telah dikumpul
4 Cadangan idea awalan
5 Pemilihan idea
6 Pengembangan idea
7 Penerangan idea penyelesaian dan perincian
8 Penyediaan lukisan isometri
9 Pembinaan model
10 Pengujian dan laporan pengujian

iii. Pembentangan Hasil Produk
a) Murid akan membentangkan hasil kerja mereka iaitu Kipas Angin Eko
menggunakan solar PV serta pemilihan jenis dan bilangan bilah Kipas Angin
Eko.
b) Murid hendaklah membincangkan ciri-ciri lestari dalam mereka bentuk Kipas
Angin Eko iaitu dengan mengaitkan TH bagi Sektor Bekalan Tenaga dan
Pengurusan Sisa dan Air Sisa.

Pemerhatian

i. Apakah yang berlaku apabila motor AT pada Kipas Angin Eko disambungkan
kepada panel solar PV ?

ii. Apakah yang akan berlaku terhadap arah aliran angin apabila kedudukan
kekutuban diubah ?

62 ASAS KELESTARIAN

Soalan Perbincangan

i. Apakah faktor yang boleh dipertimbangkan untuk meningkatkan kelajuan pusingan
bilah kipas ?

ii. Bincangkan cara terbaik dalam menguruskan sisa kipas angin konvensional.

Kesimpulan

Reka bentuk model Kipas Angin Eko menggunakan solar PV sebagai tenaga
alternatif bagi menggantikan bekalan tenaga fosil adalah salah satu usaha dalam
memperkenalkan konsep TH kepada murid. Konsep TH yang diterapkan dalam aktiviti ini
iaitu dalam Sektor Bekalan Tenaga bagi kategori Tenaga Boleh Baharu iaitu Tenaga Solar
memberi pilihan kepada murid dalam menggantikan tenaga elektrik untuk menggerakkan
Kipas Angin Eko. Pembinaan model Kipas Angin Eko menggunakan bahan kitar semula juga
secara tidak langsung dapat membudayakan sikap menggunakan semula bahan-bahan
terbuang yang mengaplikasikan Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa bagi kategori
Pengasingan dan Kitar Semula.

2.9.1 SUMBER RUJUKAN

i. How To Make a Solar Powered Desk Fan - Simple DIY Project
https://youtu.be/zZF7mUG8PVU

ii. Solar Powered USB Cooling Fan - DIY Green Energy Projects
https://youtu.be/ptJx4zlx2nQ

iii. How to Make a Solar Powered Electric Fan - Science Project
https://youtu.be/E0lkEL72ztk

iv. Homemade DIY SOLAR Fan for less than $5
https://youtu.be/3kHvZWLtuog

v. DIY a Cheap Easy Solar Fan for the Greenhouse
https://youtu.be/UThQbJgqCww

vi. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Hijau)-Portal Pengambilan Pelajar
Politeknik
http://www.politeknik.edu.my/portalbpp2/index.asp?pg=program&kat=d&id=DE009

vii. Sustainability Engineer Jobs
https://www.indeed.com/q-Sustainability-Engineer-jobs.html

viii. Kerjaya ‘Hijau’
http://career2zoom.com/ezine/2014/01/23/kerjaya-hijau/

2.9.2 CADANGAN JAWAPAN SOALAN PERBINCANGAN
i. Jenis bahan bilah kipas, bilangan bilah kipas dan saiz bilah kipas.
ii.Mengasingkan antara plastik, besi, tembaga dan wayar seterusnya melupuskan
di tempat yang betul. Contohnya, Pusat Kitar Semula.

ASAS KELESTARIAN 63

AKTIVITI 3

PENDINGIN HAWA LESTARI

64 ASAS KELESTARIAN

AKTIVITI 3

PENDINGIN HAWA LESTARI



3.0 TAJUK
Pendingin Hawa Lestari

3.1 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU

Konsep TH yang diaplikasikan dalam aktiviti ini adalah seperti maklumat di bawah:

Sektor Aplikasi Teknologi Hijau
i. Bekalan Tenaga
• Pendingin Hawa Lestari menggunakan
(Energy Supply) konsep Tenaga Solar (Solar Photo Voltoic).

• Tenaga Solar (Solar Photo Voltoic)
merupakan sejenis Tenaga Boleh Baharu
(Renewable Energy).

ii. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Pengasingan dan Kitar Semula
(Waste and Wastewater Management) (Separation and Recycling)

3.2 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU DALAM ASAS KELESTARIAN

Aktiviti Pendingin Hawa Lestari menggunakan Tenaga Solar sebagai sumber tenaga
alternatif untuk membolehkan Pendingin Hawa Lestari beroperasi. Tenaga Solar
merupakan tenaga yang dihasilkan melalui pancaran cahaya matahari yang berterusan.
Penjanaan tenaga elektrik dihasilkan melalui tindak balas kimia dalam panel Solar PV (Photo
Voltoic). Binaan asas PV terdiri daripada hablur silikon yang diperbuat daripada bahan separuh
pengalir. Proses penjanaan arus elektrik ini berlaku apabila pancaran matahari didedahkan pada
solar PV, maka photon daripada sumber cahaya akan menyebabkan elektron dalam sel PV
akan teruja dan menghasilkan pergerakan elektron seterusnya menghasilkan tenaga elektrik.

Tenaga Solar adalah salah satu daripada kategori Tenaga Boleh Baharu (Renewable
Energy). Tenaga Solar merupakan tenaga yang bersih dan tidak memberi sebarang kesan
terhadap pencemaran udara dan alam sekitar. Sistem yang menjana Tenaga Solar tidak
memerlukan penyelenggaraan yang kritikal, mempunyai jangka hayat yang panjang, reka
bentuk yang boleh dipelbagaikan serta sumber tenaga solar yang sedia ada sepanjang
tahun. Bahan kitar semula juga digunakan untuk menghasilkan model Pendingin Hawa Lestari.
Penggunaan bahan kitar semula adalah salah satu inisiatif bagi mengurangkan sisa yang dibuang
sebagaimana yang disarankan dalam aplikasi TH di bawah kategori Pengasingan dan Kitar Semula.

ASAS KELESTARIAN 65

3.3 KERJAYA DALAM TEKNOLOGI HIJAU
• Juruteknik Pendingin Hawa
• Pemasang Sistem Solar
• Juruteknik Penyelenggaraan
• Pereka Bentuk Sistem Panel Solar
• Juruteknik HVAC (Heating, Ventilation and Air Conditioning)

3.4 SOALAN UTAMA
i. Apakah ciri-ciri lestari dalam mereka bentuk Pendingin Hawa Lestari ?
ii. Bagaimana idea yang berkaitan TH boleh digunakan dalam penghasilan Pendingin Hawa
Lestari ?
iii. Apakah perbezaan faktor reka bentuk di antara pendingin hawa konvensional dan
Pendingin Hawa Lestari ?
iv. Apakah justifikasi kelebihan reka bentuk Pendingin Hawa Lestari yang mengaplikasikan
konsep TH ?
v. Apakah sumbangan hasil reka bentuk yang mengaplikasikan konsep TH dalam melestarikan
kehidupan daripada aspek tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial ?

3.5 TUJUAN PEMBELAJARAN
Membangunkan kreativiti murid dalam penyelesaian masalah dan penghasilan idea,
meningkatkan keupayaan teknik pemikiran kritis dan membudayakan pemikiran melalui proses
kerja projek ke arah penghasilan produk yang mengaplikasi TH dalam Sektor Bekalan Tenaga dan
Pengurusan Sisa dan Air Sisa yang lebih lestari dalam kehidupan.

3.6 LATAR BELAKANG
Aktiviti ini berfokuskan kepada penggunaan Tenaga Solar sebagai kategori Tenaga Boleh Baharu
iaitu sumber tenaga alternatif bagi mengerakkan kipas dalam Pendingin Hawa Lestari dan
menggunakan bahan kitar semula dalam kategori Pengasingan dan Kitar Semula dalam Sektor
Pengurusan Sisa dan Air Sisa. Murid diminta untuk mereka bentuk Pendingin Hawa Lestari yang
berkonsepkan Teknologi Tenaga Hijau menggunakan bahan-bahan kitar semula. Murid kemudian
diminta untuk mengesan perubahan suhu menggunakan termometer daripada pendingin hawa
yang direka bentuk. Di akhir aktiviti ini, murid menerangkan kepentingan hasil reka bentuk mereka
dan menjelaskan sumbangan reka bentuk mereka dalam kehidupan yang lestari.

66 ASAS KELESTARIAN

3.7 STRATEGI PENGAJARAN
Strategi pengajaran yang digunakan adalah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP).
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) adalah proses pembelajaran secara berkumpulan yang
berfokus kepada hasil produk yang terdiri daripada hasil tugasan secara terancang dalam jangka
masa yang tertentu.

Kaedah PBP ini menekankan kepada aktiviti berkumpulan dalam menyelesaikan permasalahan
bagi penghasilan produk. Murid akan diberi tugasan yang merupakan masalah yang perlu
diselesaikan secara sistematik mengikut aktiviti-aktiviti yang disediakan.

3.8 GLOSARI
Kitar semula - Kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal. Kitar semula
berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula
mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai.
Contoh, bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas dikumpul, diasingkan dan dihantar ke
pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.

Lestari - Tidak berubah-ubah, kekal, tetap; melestarikan, menetapkan, mengekalkan. Contoh:
kelestarian hutan, kelestarian keadaan (hutan, persekitaran, dan lain-lain) yang tidak berubah atau
yang terpelihara seperti asal.

Pengurusan Sisa dan Air Sisa - Apa sahaja lebihan, keluaran yang tidak dikehendaki ataupun
apa-apa bahan yang perlu dilupuskan kerana sudah rosak, pecah atau lusuh. Sisa boleh dijana
melalui beberapa medium antaranya sisa isi rumah, sisa industri, sisa pembinaan, sisa komersial
serta sisa khas yang perlu dilupuskan menggunakan kaedah-kaedah tertentu kerana berbahaya
dan memudaratkan kesihatan. Pengurusan sisa dan air sisa ialah satu kaedah untuk mengurus
pelbagai jenis medium sisa bagi meminimumkan kesan pembuangan sisa terhadap alam.

Teknologi Hijau - Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara
alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif
daripada aktiviti manusia.

Tenaga Boleh Baharu - Merujuk kepada tenaga yang boleh diganti sepanjang hayat manusia.
Terdapat banyak sumber tenaga yang dikenali sebagai tenaga boleh baharu antaranya tenaga
solar, tenaga angin, tenaga hidro dan tenaga biojisim.

Tenaga Solar - Tenaga solar lebih dikenali sebagai tenaga suria yang menggunakan pancaran
cahaya matahari sebagai sumber tenaga untuk menjana tenaga elektrik.

ASAS KELESTARIAN 67

3.9 PEMBINAAN MODEL PENDINGIN HAWA LESTARI

Objektif
Mengaplikasikan konsep TH dalam kategori Tenaga Boleh Baharu iaitu Tenaga Solar dan
kategori Pengasingan dan Kitar Semula bagi mereka bentuk model Pendingin Hawa Lestari.

Jam Pertemuan

Dicadangkan 15 jam pertemuan untuk keseluruhan aktiviti mereka bentuk model Pendingin
Hawa Lestari.

Latar Belakang

Aktiviti Sektor Model

Pendingin Hawa Lestari Bekalan Tenaga Contoh : Reka bentuk Pendingin
(Energy Supply) Hawa Lestari

• Tenaga Boleh Baharu
(Renewable Energy)

• Tenaga Solar
(Solar Photo Voltoic)

Pengurusan Sisa dan Air
Sisa
(Waste and Wastewater
Management)

• Pengasingan dan Kitar
Semula
(Separation and Recycling)

Bahan dan Peralatan

i. Ketulan ais (mengikut kesesuaian saiz bekas plastik)
ii. Bekas plastik
iii. Corong plastik
iv. Kipas penyejuk daripada sisa komputer
v. Panel solar 12 V 5 watt
vi. Termometer
vii. Pensel
viii. Pisau
ix. Batang perekat (Glue stick)
x. Pistol perekat panas (Hot glue gun)

68 ASAS KELESTARIAN

Kaedah

Kaedah untuk membangunkan model Pendingin Hawa Lestari ialah :

Langkah 1: Murid dikehendaki menganjurkan sesi penjanaan minda (brainstorming) dalam
kumpulan kecil yang terdiri daripada tiga (3) hingga empat (4) orang untuk
membincangkan brif reka bentuk model Pendingin Hawa Lestari dalam Jadual 1.

Langkah 2: Melalui sesi penjanaan minda, murid dikehendaki berbincang tentang cara untuk
mereka bentuk model Pendingin Hawa Lestari menggunakan Tenaga Boleh

Baharu dan Pengasingan dan Kitar Semula.

Jadual 1: Jadual Brif Reka Bentuk Pendingin Hawa Lestari

Situasi dan Masalah Brif Reka Bentuk

Situasi :
Majoriti penduduk menggunakan pendingin
hawa untuk keselesaan dan pendingin hawa
sedia ada tidak mempunyai ciri-ciri yang
boleh kitar semula.

Masalah: Mereka bentuk model Pendingin Hawa
Pendingin hawa sedia ada menggunakan Lestari menggunakan Tenaga Boleh Baharu
tenaga elektrik. Tenaga elektrik yang dan bahan kitar semula.
dihasilkan sekarang kebanyakannya
menggunakan tenaga fosil. Penggunaan
tenaga fosil membawa kepada
pembebasan gas rumah hijau (Green House
Gases, GHG) yang memberi kesan yang
besar kepada perubahan iklim dan
peningkatan suhu. Pembuangan sisa yang
tidak terkawal juga menyebabkan
peningkatan pembebasan GHG. Masalah ini
adalah masalah global, maka penyelesaian
boleh dilakukan berasaskan konsep TH.

• Daripada brif di atas murid dikehendaki menjalankan kajian dan penyelidikan lanjut
untuk mendapatkan maklumat.

• Isikan sektor TH yang akan diaplikasikan serta tempoh masa siap dan peralatan yang
digunakan dalam jadual di bawah:

Sektor TH yang Diaplikasikan

Anggaran Tempoh Masa Projek Siap Peralatan yang Digunakan

ASAS KELESTARIAN 69

Langkah 3: Murid hendaklah membuat lakaran idea awalan produk dalam Jadual 2. Melalui
lakaran idea awalan, gabungan komponen yang digunakan boleh digambarkan
dengan lebih jelas sebelum model Pendingin Hawa Lestari dibangunkan.
Jadual 2: Lakaran Idea Awalan
Lakaran Idea Awalan

70 ASAS KELESTARIAN

Langkah 4: Selepas pemilihan satu idea awalan yang terbaik murid dikehendaki membuat
sekurang-kurangnya tiga lakaran pengembangan idea dalam Jadual 3. Melalui
lakaran pengembangan idea, murid dapat menggambarkan model Pendingin
Hawa Lestari yang ingin dibangunkan dengan lebih jelas. Oleh itu, reka bentuk
produk tersebut boleh dilakarkan dengan lebih baik dan bersesuaian dengan
komponen yang hendak digunakan.
Jadual 3: Lakaran Pengembangan Idea
Lakaran Pengembangan Idea
Lakaran 1

Lakaran 2

Lakaran 3

ASAS KELESTARIAN 71

Langkah 5: Selepas memilih idea yang hendak dibina, murid dikehendaki membuat
beberapa lukisan kerja sebelum model produk Pendingin Hawa Lestari
dibangunkan dengan menggunakan Jadual 4. Lukisan kerja ini akan menjadi
panduan asas kepada murid untuk membangunkan produk tersebut.
Jadual 4: Lukisan Isometri Model Produk Pendingin Hawa Lestari
Lukisan Isometri

72 ASAS KELESTARIAN

Langkah 6: Untuk memulakan kerja-kerja pembangunan, murid juga perlu mengisi Jadual 5
bagi menentukan pemilihan bahan yang hendak digunakan dan anggaran kos
pembangunan yang diperlukan. Murid akan dapat merancangkan pembangunan
tersebut dengan lebih berkesan dalam menghasilkan model Pendingin Hawa Lestari
yang lebih baik.

Jadual 5: Pemilihan Bahan Untuk Membangunkan Produk

Bil Cadangan Bahan Anggaran Kos

Komponen Kategori Bahan Bahan

Jumlah Keseluruhan

Langkah 7: Murid perlu memilih Sektor TH yang terlibat dalam penghasilan produk Pendingin
Hawa Lestari dengan menggunakan Jadual 6.

Jadual 6: Kriteria TH dalam Penghasilan Produk Pendingin Hawa Lestari

Bil Sektor TH Tandakan ( ) pada
Sektor yang Terlibat

1 Sektor Bekalan Tenaga (Energy Supply)

2 Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa (Waste and
Wastewater Management)

3 Sektor Pengangkutan (Transport)

4 Sektor Bangunan (Building)

5 Sektor Industri (Industry)

6 Sektor Pertanian dan Perhutanan (Agriculture and Forestry)

ASAS KELESTARIAN 73

Langkah 8: Bagi menguji reka bentuk, murid perlu mengikut kriteria pengujian reka bentuk
Pendingin Hawa Lestari dengan menggunakan Jadual 7.

Jadual 7: Kriteria Pengujian Reka Bentuk Produk Pendingin Hawa Lestari

Sila pilih skala 1 (Sangat Lemah) hingga 5 (Sangat Baik) bagi menilai model produk Pendingin
Hawa Lestari yang telah anda bangunkan.

Bil Kriteria Pengujian Reka Bentuk Skala Penilaian
1 2345
1 Keselamatan
2 Kefahaman
3 Fungsi
4 Andaian saintifik
5 Bentuk keseluruhan
6 Sistem mekanikal
7 Mesra alam
8 Sambungan
9 Kesesuaian bahan
10 Ergonomik
11 Jenis Pengujian

Jenis pengujian untuk semua produk adalah Ujian Parameter. Sila isikan ruangan
penerangan untuk setiap kriteria untuk menguji produk anda.

Kriteria Penerangan

i. Manusia

ii. Fungsi

iii. Kekuatan

iv. Estetika

v. Bahan

74 ASAS KELESTARIAN

Langkah 9: Akhirnya, murid dikehendaki membuat pendokumentasian dengan menghasilkan folio
reka bentuk yang mengandungi perkara berikut:

a) Penerangan situasi dan masalah
b) Brif reka bentuk
c) Penerangan tentang maklumat yang telah dikumpul
d) Cadangan idea awalan
e) Pemilihan idea
f) Pengembangan idea
g) Penerangan idea penyelesaian dan perincian
h) Penyediaan lukisan isometri
i) Pembinaan model
j) Pengujian dan laporan pengujian

Langkah 10: Murid dikehendaki membentangkan hasil produk Pendingin Hawa Lestari
mereka berdasarkan rubrik yang disertakan.

Maklumat Untuk Guru


Pembinaan Pendingin Hawa Lestari

Langkah 1
• Sediakan semua bahan dan peralatan projek Pendingin Hawa Lestari.

Langkah 2
• Murid melakarkan saiz kipas penyejuk daripada sisa komputer pada penutup bekas
plastik dengan menggunakan pensel.

Langkah 3
• Lubang ditebuk berdasarkan pada lakaran dalam Langkah 2 dengan
menggunakan pisau.

Langkah 4
• Lekatkan keempat-empat penjuru kipas penyejuk dengan menggunakan pistol
perekat panas (hot glue gun) untuk pemasangan kekal.

Langkah 5
• Tebukkan lubang di tepi bekas plastik untuk memasukkan corong plastik.

Langkah 6
• Masukkan ketulan ais ke dalam bekas plastik.

ASAS KELESTARIAN 75

Langkah 7
• Sambungkan wayar dari kipas ke panel solar 12 V 5 watt (Gambar 9).

Gambar 7 Gambar 8 Gambar 9
Sediakan bekas plastik bersama Ketulan ais perlu dimasukkan Sambungkan wayar dari

penutupnya ke dalam bekas tersebut kipas ke panel solar

Selepas model dibina,

i. Pengujian Produk
a) Murid membuat pengujian produk Pendingin Hawa Lestari yang telah siap
direka bentuk di bawah pancaran cahaya matahari.
b) Letakkan termometer di hadapan corong plastik dan catatkan suhu awal.
c) Selepas 5 minit kipas angin berputar, catatkan bacaan suhu yang akhir.
d) Catatkan perubahan suhu yang dihasilkan.

ii. Pendokumentasian
a) Murid merekod dapatan dan menulis laporan projek mengikut langkah-
langkah seperti butiran dalam Langkah 9.
b) Murid perlu menggunakan Jadual 8 sebagai senarai semak untuk penghasilan
folio reka bentuk serta dilampirkan dalam folio mereka. Sila tandakan ( ) jika
kriteria tersebut telah dipenuhi dalam proses penghasilan folio reka bentuk.

Jadual 8: Senarai Semak Kriteria Penghasilan Folio Reka Bentuk

Bil Kriteria ( )
1 Penerangan situasi dan masalah
2 Brif reka bentuk
3 Penerangan tentang maklumat yang telah dikumpul
4 Cadangan idea awalan
5 Pemilihan idea
6 Pengembangan idea
7 Penerangan idea penyelesaian dan perincian
8 Penyediaan lukisan isometri
9 Pembinaan model
10 Pengujian dan laporan pengujian

iii. Pembentangan Hasil Produk
a) Murid akan membentangkan hasil kerja mereka iaitu Pendingin Hawa Lestari
menggunakan solar PV.
b) Murid hendaklah membincangkan ciri-ciri lestari dalam mereka bentuk
Pendingin Hawa Lestari iaitu dengan mengaitkan TH bagi Sektor Bekalan
Tenaga dan Pengurusan Sisa dan Air Sisa.

76 ASAS KELESTARIAN

Pemerhatian

i. Perhatikan keadaan pada kipas setelah disambungkan kepada solar PV.
ii. Apakah jenis tenaga dihasilkan apabila sel solar disambungkan kepada Pendingin

Hawa Lestari ?
iii. Apakah perubahan suhu yang diperoleh apabila kipas angin berputar ?

Soalan Perbincangan

i. Jelaskan cara Pendingin Hawa Lestari berfungsi.
ii. Bagaimanakah arah aliran kipas Pendingin Hawa Lestari diubah ?
iii. Bagaimanakah tahap kelajuan kipas dalam Pendingin Hawa Lestari boleh

dipertingkatkan ?

Kesimpulan

Pembinaan Pendingin Hawa Lestari menggunakan solar PV sebagai tenaga
alternatif bagi menggantikan bekalan tenaga elektrik atau tenaga kimia akan
mempelbagaikan lagi pengetahuan murid tentang konsep TH. Konsep TH yang diterapkan
dalam aktiviti ini iaitu dalam Sektor Bekalan Tenaga bagi kategori Tenaga Boleh Baharu
memberi pilihan kepada murid dalam mereka bentuk Pendingin Hawa Lestari. Pembinaan
model Pendingin Hawa Lestari yang menggunakan bahan kitar semula juga secara tidak
langsung dapat membudayakan sikap menggunakan semula bahan-bahan terbuang.
Melalui aktiviti ini diharap murid akan dapat menghasilkan idea-idea baru untuk Sektor
Bekalan Tenaga, kategori Tenaga Boleh Baharu dan Pengurusan Sisa dan Air Sisa khasnya
kategori Pengasingan dan Kitar Semula serta dapat menerangkan kepentingan hasil ciptaan
mereka dalam melestarikan kehidupan seharian.

3.9.1 SUMBER RUJUKAN

i. Homemade Air Conditioner (Use Ice from Water for Better Effect)
https://www.youtube.com/watch?v=I9Td5uMB_vQ

ii. How to Make Air Conditioner at Home - Easy Tutorials
https://www.youtube.com/watch?v=4iTrI-itEpc&t=295s

iii. How to Make Air Conditioner at Home
https://www.youtube.com/watch?v=OfpUdvcYnrg

iv. Homemade air conditioner DIY - Awesome Air Cooler! - EASY Instructions -
Can be Solar Powered!
https://www.youtube.com/watch?v=ITtlxjvLQis

v. Homemade AC - The “2 Gallon Bucket” Space Cooler! - Can be Solar Powered!
- Easy DIY
https://www.youtube.com/watch?v=-NcUDMpk6ms

vi. Careeronestop –Renewable Energy Generation
https://www.careeronestop.org/GreenCareers/ExploreGreenCareers/renewable-
energy.aspx

ASAS KELESTARIAN 77

3.9.2 CADANGAN JAWAPAN SOALAN PERBINCANGAN
i. Sel solar juga dikenali sebagai Photo Voltoic (PV) di mana Photo Voltoic
menghasilkan tenaga elektrik dengan cara menyerap tenaga cahaya matahari dan
menukarkannya kepada kuasa elektrik. Tenaga elektrik yang dihasilkan ini akan
memutarkan kipas dalam sistem dan menyejukkan ruang udara persekitaran
melalui ketulan ais.
ii. Arah aliran kipas dalam penyaman udara dapat diubah dengan cara
menterbalikkan polariti kipas yang digunakan.
iii. Tahap kelajuan kipas Pendingin Hawa Lestari boleh dipertingkatkan dengan cara:
- menambahkan bilangan sel solar dan meningkat kuasa motor kipas angin
dalam Pendingin Hawa Lestari kerana lebih banyak tenaga elektrik
dihasilkan dan kedua-duanya akan meningkatkan kelajuan kipas angin.
- reka bentuk kedudukan kipas yang boleh mengurangkan geseran.

78 ASAS KELESTARIAN

AKTIVITI 4

BAJA KOMPOS LESTARI

ASAS KELESTARIAN 79

AKTIVITI 4

BAJA KOMPOS LESTARI



4.0 TAJUK
Baja Kompos Lestari

4.1 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU
Konsep TH yang diaplikasikan dalam aktiviti ini adalah seperti maklumat di bawah:

Sektor Aplikasi Teknologi Hijau
Pengurusan Sisa dan Air Sisa Rawatan Biologi Pengkomposan
(Waste and Wastewater Management) (Biological Treatment - Composting)

4.2 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU DALAM ASAS KELESTARIAN

Aktiviti penghasilan Baja Kompos Lestari dijalankan bagi memperkenalkan aplikasi TH
dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa dalam kategori Rawatan Biologi
Pengkomposan. Baja Kompos Lestari ini digunakan untuk membaja tanaman dan dalam masa
yang sama mengaplikasikan konsep kelestarian dalam aktiviti pertanian. Pengkomposan adalah
proses di mana bahan organik seperti batang jagung, jerami dan tinja haiwan yang diuraikan
oleh mikrob secara organik menjadi baja kompos. Pengurusan sisa pertanian yang cekap
adalah penting bagi mengurangkan jumlah sisa daripada dilupuskan ke tapak pelupusan.

4.3 KERJAYA DALAM TEKNOLOGI HIJAU

• Juruteknik Pertanian
• Juruteknik Landskap
• Juruteknik Perhutanan
• Juruteknik Pembuatan Baja Kompos
• Pembantu Pemasaran Produk Pertanian
• Operator Jentera Pertanian
• Usahawan Tani

4.4 SOALAN UTAMA

i. Apakah kebaikan penghasilan baja kompos dalam Pengurusan Sisa dan Air Sisa dalam
Konsep TH ?

ii. Bagaimanakah Rawatan Biologi Pengkomposan digunakan untuk menghasilkan baja
kompos ?

iii. Bincangkan bahan sisa pertanian yang boleh digunakan untuk penghasilan kompos
menggunakan konsep TH.

80 ASAS KELESTARIAN

4.5 TUJUAN PEMBELAJARAN

Membangunkan kreativiti murid dalam penyelesaian masalah dan penghasilan idea,
meningkatkan keupayaan teknik pemikiran kritis dan membudayakan pemikiran melalui proses
kerja projek ke arah penghasilan produk yang mengaplikasi TH dalam Sektor Pengurusan Sisa
dan Air Sisa yang lebih lestari dalam kehidupan.

4.6 LATAR BELAKANG

Aktiviti ini berfokuskan kepada penggunaan aplikasi TH dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air
Sisa dalam kategori Rawatan Biologi Pengkomposan. Murid diminta untuk menghasilkan lapisan
baja kompos lestari berdasarkan kepada kreativiti mereka dengan menggunakan bahan-bahan
sisa pertanian. Lapisan baja kompos lestari yang telah dihasilkan perlu ditutup dengan plastik atau
karung guni. Murid kemudiannya diminta untuk menguji kejayaan kompos selepas 4-5 hari
dengan menggunakan kayu penguji. Kayu penguji dicucuk di tengah-tengah kompos selama
10-15 minit. Keluarkan kayu penguji dan rasa dengan tangan. Sekiranya kayu penguji adalah
panas dan lembap; ini menunjukkan bahan kompos sedang mengurai. Maka, murid perlu
membiarkan proses pereputan berlaku. Jika kayu penguji adalah kering dan sejuk; ini
menunjukkan bahan kompos tidak terurai. Maka, murid perlu membina semula kompos. Jika kayu
penguji adalah panas dan kering, ini menunjukkan timbunan kompos memerlukan siraman air.
Maka, murid perlu menyiram kompos dengan air. Selepas setiap kali pengujian, murid dikehendaki
membalik-balikkan lapisan susunan komposisi sisa pertanian. Di akhir aktiviti ini, murid
menerangkan kepentingan baja kompos dan menjelaskan sumbangannya dalam pertanian lestari.

4.7 STRATEGI PENGAJARAN

Strategi pengajaran yang digunakan adalah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP).
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) adalah proses pembelajaran secara berkumpulan yang
berfokuskan kepada hasil produk yang terdiri daripada hasil tugasan secara terancang dalam
jangka masa yang tertentu.

Kaedah PBP ini menekankan kepada aktiviti berkumpulan dalam menyelesaikan permasalahan
bagi penghasilan produk. Murid-murid akan diberi tugasan yang merupakan masalah yang perlu
diselesaikan secara sistematik mengikut aktiviti-aktiviti yang disediakan.

4.8 GLOSARI

Bahan Kitar Semula - Bahan buangan seperti tin, botol, kertas yang telah digunakan yang
diproses semula supaya dapat digunakan semula.

Kompos - Bahan organik yang telah diuraikan oleh mikrob.

Mikrob - Sebarang organisma seni yang merangkumi kedua-dua organisma mikroskopik dan
ultramikroskopik (seperti spirochetes, bakteria, rickettsiae dan virus). Mikrob seperti bakteria
aerob (contohnya Bacillus pumilus dan Pseudomonas aeruginosa) terlibat dalam
penguraian bahan organik untuk menghasilkan baja kompos.

Pengurusan Sisa - Pemungutan, pengangkutan, pemprosesan, pengitaran semula atau
pembuangan, dan pengawasan bahan sisa.

ASAS KELESTARIAN 81

4.9 PENGHASILAN BAJA KOMPOS LESTARI

Objektif
Mengaplikasikan konsep TH dalam kategori Rawatan Biologi Pengkomposan.

Jam Pertemuan

Dicadangkan 15 jam pertemuan untuk keseluruhan aktiviti dalam menghasilkan Baja Kompos
Lestari.

Latar Belakang

Aktiviti Sektor Model
Baja Kompos Lestari
Pengurusan Sisa dan Air Contoh : Penghasilan Baja
Sisa Kompos Lestari
(Waste and Wastewater
Management)

• Rawatan Biologi
Pengkomposan
(Biological Treatment -
Composting)

Bahan dan Peralatan

i. Sisa tumbuhan (contoh : batang jagung, jerami padi)
ii. Kapur
iii. Tinja haiwan
iv. Air
v. Bekas penyiram pokok
vi. Serampang tangan
vii. Parang/Pisau
viii. Sarung tangan
ix. Kayu penguji berukuran 2-3 kaki

82 ASAS KELESTARIAN

Kaedah

Kaedah untuk menghasilkan Baja Kompos Lestari ialah:

Langkah 1: Murid dikehendaki menganjurkan sesi penjanaan minda (brainstorming) dalam
kumpulan kecil yang terdiri daripada tiga (3) hingga empat (4) orang untuk
membincangkan brif penghasilan Baja Kompos Lestari dalam Jadual 1.

Langkah 2: Melalui sesi penjanaan minda, murid dikehendaki berbincang tentang cara
menghasilkan Baja Kompos Lestari menggunakan sisa pertanian dalam Rawatan

Biologi Pengkomposan.

Jadual 1: Jadual Brif Penghasilan Baja Kompos Lestari

Situasi dan Masalah Brif Reka Bentuk

Situasi:
Pada masa kini, baja kimia digunakan
secara meluas dalam bidang pertanian.

Masalah: Menghasilkan Baja Kompos Lestari
Penggunaan baja kimia secara berlebihan dengan menggunakan Rawatan Biologi
boleh meningkatkan keasidan tanah dan Pengkomposan.
mengurangkan kesuburan tanah.
Pengurusan sisa pertanian yang tidak
terancang melalui pembakaran terbuka
mengakibatkan pelepasan gas rumah hijau
(Green House Gases, GHG) seperti karbon
dioksida, jelaga dan abu. Ini akan
mengakibatkan pemanasan global.
Masalah ini boleh diselesaikan dengan
mengaplikasikan konsep TH.

• Daripada brif di atas murid dikehendaki menjalankan kajian dan penyelidikan lanjut untuk
mendapatkan maklumat.

• Isikan sektor TH yang akan diaplikasikan serta tempoh masa siap dan peralatan yang
digunakan dalam jadual di bawah:

Sektor TH yang Diaplikasikan

Anggaran Tempoh Masa Projek Siap Peralatan yang Digunakan

ASAS KELESTARIAN 83

Langkah 3: Murid hendaklah membuat lakaran idea awalan penyusunan lapisan komposisi bahan
sisa pertanian untuk membuat Baja Kompos Lestari dalam Jadual 2.
Jadual 2: Lakaran Idea Awalan
Lakaran Idea Awalan

84 ASAS KELESTARIAN

Langkah 4: Selepas pemilihan satu idea awalan yang terbaik, murid dikehendaki membuat
sekurang-kurangnya tiga lakaran pengembangan idea dengan menggunakan
Jadual 3. Melalui lakaran pengembangan idea, murid dapat menggambarkan
lapisan susunan komposisi sisa pertanian untuk menghasilkan Baja Kompos Lestari
dengan lebih jelas.
Jadual 3: Lakaran Pengembangan Idea
Lakaran Pengembangan Idea
Lakaran 1

Lakaran 2

Lakaran 3

ASAS KELESTARIAN 85

Langkah 5: Selepas memilih idea yang hendak dibina, murid dikehendaki membuat beberapa
lukisan kerja sebelum Baja Kompos Lestari dihasilkan dengan menggunakan
Jadual 4. Lukisan kerja ini akan menjadi panduan asas kepada murid untuk
menghasilkan Bekas Penyimpanan Perawatan Biologi Pengkomposan.

Jadual 4: Lukisan Isometri Bekas Penyimpanan Perawatan Biologi Pengkomposan
Lukisan Isometri

86 ASAS KELESTARIAN

Langkah 6: Untuk memulakan kerja-kerja penghasilan Bekas Penyimpanan Perawatan Biologi
Pengkomposan, murid juga perlu mengisi Jadual 5 bagi menentukan pemilihan bahan
yang hendak digunakan dan anggaran kos yang diperlukan. Murid akan dapat
mereka bentuk Bekas Penyimpanan Perawatan Biologi Pengkomposan.

Jadual 5: Pemilihan Bahan Untuk Penghasilan Bekas Penyimpanan Perawatan Biologi
Pengkomposan

Bil Cadangan Bahan Anggaran Kos

Komponen Kategori Bahan Bahan

Jumlah Keseluruhan

Langkah 7: Murid perlu memilih Sektor TH yang terlibat dalam penghasilan produk Baja Kompos
Lestari dengan menggunakan Jadual 6.

Jadual 6: Kriteria TH dalam Penghasilan Produk Baja Kompos Lestari

Bil Sektor TH Tandakan ( ) pada
Sektor yang Terlibat

1 Sektor Bekalan Tenaga (Energy Supply)

2 Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa (Waste and
Wastewater Management)

3 Sektor Pengangkutan (Transport)

4 Sektor Bangunan (Building)

5 Sektor Industri (Industry)

6 Sektor Pertanian dan Perhutanan (Agriculture and Forestry)

ASAS KELESTARIAN 87

Langkah 8: Bagi menguji reka bentuk, murid perlu mengikut kriteria pengujian reka bentuk dengan
menggunakan Jadual 7.

Jadual 7: Kriteria Pengujian Reka Bentuk Produk Baja Kompos Lestari

Sila pilih skala 1 (Sangat Lemah) hingga 5 (Sangat Baik) bagi menilai model produk Baja Kompos
Lestari yang telah anda bangunkan.

Bil Kriteria Pengujian Reka Bentuk Skala Penilaian
1 2345
1 Keselamatan
2 Kefahaman
3 Fungsi
4 Andaian saintifik
5 Bentuk keseluruhan
6 Sistem mekanikal
7 Mesra alam
8 Sambungan
9 Kesesuaian bahan
10 Ergonomik
11 Jenis Pengujian

Terdapat dua jenis pengujian bagi aktiviti ini : (a) Ujian Parameter (b) Ujian Makmal.
(a) Ujian Parameter digunakan untuk menguji Bekas Penyimpanan Perawatan Biologi

Pengkomposan. Sila isikan ruangan penerangan untuk setiap kriteria untuk menguji
produk anda.

Kriteria Penerangan

i. Manusia

ii. Fungsi

iii. Kekuatan
iv. Estetika
v. Bahan

b) Ujian Makmal digunakan untuk menguji penghasilan Baja Kompos Lestari.

Keadaan Batang Tandakan (X) pada ruangan yang bersesuaian
Kayu Penguji
Ujian 1 Ujian 2 Ujian 3 Ujian 4
Panas dan (Minggu 1) (Minggu 2) (Minggu 3) (Minggu 4)
lembap (K1, T1)

Kering dan sejuk
(K2, T2)

Panas dan kering
(K3, T3)

88 ASAS KELESTARIAN

Gunakan petunjuk di bawah untuk penjelasan keterangan dan tindakan bagi keadaan
batang kayu penguji untuk ujian makmal.
Keterangan 1 (K1) : Menunjukkan bahan kompos sedang mengurai
Keterangan 2 (K2) : Menunjukkan bahan kompos tidak terurai
Keterangan 3 (K3) : Timbunan kompos memerlukan siraman air
Tindakan 1 (T1) : Biarkan proses pereputan berlaku
Tindakan 2 (T2) : Bina semula kompos
Tindakan 3 (T3) : Siram kompos dengan air

Langkah 9: Akhirnya, murid dikehendaki membuat pendokumentasian dengan menghasilkan folio
reka bentuk yang mengandungi perkara berikut:
a) Penerangan situasi dan masalah
b) Brif reka bentuk
c) Penerangan tentang maklumat yang telah dikumpul
d) Cadangan idea awalan
e) Pemilihan idea
f) Pengembangan idea
g) Penerangan idea penyelesaian dan perincian
h) Penyediaan lukisan isometri
i) Pembinaan Bekas Penyimpanan Perawatan Biologi Pengkomposan
j) Pengujian dan laporan pengujian

Langkah 10: Murid dikehendaki membentangkan Bekas Penyimpanan Perawatan Biologi
Pengkomposan dan hasil Baja Kompos Lestari.

ASAS KELESTARIAN 89

Maklumat Untuk Guru
Penghasilan Baja Kompos Lestari
Langkah 1

• Sediakan semua bahan dan peralatan projek Baja Kompos Lestari. Susun lapisan Baja
Kompos Lestari berpandukan Rajah 1.
Sisa tanaman menutupi timbunan
Sisa tanaman dan makanan
Tinja Haiwan
Kapur
Tapak Bahan Kasar

Rajah 1
Lapisan Baja Kompos Lestari

Langkah 2
• Sediakan ruang tapak pembuatan Baja Kompos Lestari (Gambar 10).

Gambar 10
Persediaan Ruang Menghasilkan Baja Kompos Lestari
Langkah 3
• Susun sisa tumbuhan (batang jagung dan jerami padi) di dalam ruang tapak pembuatan
Baja Kompos Lestari.
Langkah 4
• Tabur kapur ke atas susunan sisa tumbuhan yang telah siap tersusun di dalam ruang tapak
pembuatan Baja Kompos Lestari (Gambar 11).

90 ASAS KELESTARIAN

Langkah 5
• Taburkan tinja haiwan ke atas lapisan kompos tersebut (Gambar 12).

Langkah 6
• Siram susunan lapisan kompos menggunakan air (Gambar 13).

Gambar 11 Gambar 12 Gambar 13
Menabur Kapur Menabur Tinja Menyiram Lapisan Kompos

Langkah 7
• Tutup lapisan kompos tersebut dengan plastik atau karung guni dan biarkan baja kompos
selama beberapa hari. Balik-balikkan susunan baja kompos lestari ini setiap empat (4) –
lima (5) hari selama empat minggu.

Langkah 8
• Pendokumentasian
a) Murid merekod dapatan dan menulis laporan projek mengikut langkah-langkah
seperti butiran dalam Langkah 9.
b) Murid perlu menggunakan Jadual 8 sebagai senarai semak untuk penghasilan folio
reka bentuk serta dilampirkan dalam folio mereka. Sila tandakan ( ) jika kriteria
tersebut telah dipenuhi dalam proses penghasilan folio reka bentuk.

Jadual 8: Senarai Semak Kriteria Penghasilan Folio Reka Bentuk ()

Bil Kriteria
1 Penerangan situasi dan masalah
2 Brif reka bentuk
3 Penerangan tentang maklumat yang telah dikumpul
4 Cadangan idea awalan
5 Pemilihan idea
6 Pengembangan idea
7 Penerangan idea penyelesaian dan perincian
8 Penyediaan lukisan isometri
9 Pembinaan Bekas Penyimpanan Perawatan Biologi Pengkomposan
10 Pengujian dan laporan pengujian

ASAS KELESTARIAN 91

• Pembentangan Hasil Produk
a) Murid akan membentangkan hasil kerja mereka iaitu Bekas Penyimpanan
Perawatan Biologi Pengkomposan dan hasil Baja Kompos Lestari.
b) Murid hendaklah membincangkan ciri-ciri lestari dalam penghasilan Baja Kompos
Lestari dengan mengaitkan TH bagi Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa.

* Nota : Jika baja kompos yang dihasilkan itu berwarna gelap dan tidak mempunyai sebarang
bau busuk, maka baja kompos tersebut terhasil dengan baik.

Pemerhatian

i. Apakah yang berlaku pada baja kompos lestari selepas empat minggu ?
ii. Apakah tujuan membalik-balikkan timbunan baja kompos lestari ?
iii. Apakah tujuan menaburkan kapur kepada timbunan baja kompos lestari ?
iv. Adakah perbezaan reka bentuk Bekas Penyimpanan Perawatan Biologi Pengkomposan

mempengaruhi hasil baja kompos ?

Soalan Perbincangan

i. Apakah faktor yang perlu dipertimbangkan untuk mempercepatkan pereputan Baja
Kompos Lestari ?

ii. Bincangkan kebaikan penguraian sisa pertanian kepada persekitaran dalam
mengurangkan pemanasan global dan perubahan iklim.

iii. Bagaimanakah untuk mendapatkan Baja Kompos Lestari yang berkualiti ?

4.9.1 SUMBER RUJUKAN

i. Baja Kompos – Kitar Semula Bahan Sisa Makanan
http://blog.townplan.gov.my/?p=4056

ii. Composting Vocabulary
https://www.learningtogive.org/sites/default/files/handouts/Composting_ Vocabulary.pdf

iii. Guna Produk Biodegradasi Mulai 2017 – Selangor & KL SinarHarianOnline
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kl-selangor/guna-produk-biodegradasi-
mulai-2017-1.528807

iv. How to Make Organic Compost at Home
https://www.youtube.com/watch?v=wOQZuUHYlnk

v. How to Make Your Own High-Quality Compost
http://www.groworganic.com/organic-gardening/articles/how-to-make-your-own-high-
quality-compost-for-compost-tea

vi. Memanfaat Baja Kompos untuk Pertanian – Utusan Malaysia Online
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0626&pub=Utusan_
Malaysia&sec=Agrobiz&pg=ag_02.htm

vii. Microbe
http://medical-dictionary.thefreedictionary.com/microbe

viii. Template Keterangan Kerja Juruteknik Pertanian
http://www.jobdescriptionsample.org/ms/2016/06/18agricultural-technicians-job-
description-template/

ix. The Science of Composting
https://web.extension.illinois.edu/homecompost/science.cfm

92 ASAS KELESTARIAN

Kesimpulan

Penghasilan Baja Kompos Lestari mengaplikasikan kategori Rawatan Biologi Pengkomposan
dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa untuk pengurusan sisa pertanian. Baja Kompos
Lestari yang dihasilkan oleh murid berupaya untuk mengawal dan mengurangkan penggunaan
baja kimia dalam aktiviti pertanian. Penghasilan Baja Kompos Lestari tidak mencemarkan alam
sekitar kerana sisa pertanian terurai secara organik melalui tindakan mikrob dan tidak perlu
dilupuskan melalui pembakaran terbuka, sekaligus mengurangkan pelepasan GHG.

4.9.2 CADANGAN JAWAPAN SOALAN PERBINCANGAN

i. Faktor yang perlu dipertimbangkan untuk mempercepatkan pereputan baja kompos
adalah:
a) Kelembapan persekitaran: Kelembapan yang sesuai adalah perlu untuk membantu
penguraian bahan sisa pertanian bagi menghasilkan baja kompos lestari yang
berkualiti. Kadar kelembapan yang sesuai untuk penghasilan kompos adalah dalam
kadar 40% – 60%. Jika kadar kelembapan kurang daripada 40%, mikrob akan
menjadi tidak aktif dan tindak balas mikrob dalam menguraikan bahan sisa akan
berkurangan. Jika kadar kelembapan lebih daripada 60%; kelembapan yang tinggi
akan mengakibatkan mikrob (bakteria aerob) tidak mendapat bekalan udara
yang mencukupi untuk menjalankan proses penguraian.
b) Jenis bahan sisa yang digunakan: Contohnya, jerami padi lebih cepat mereput
daripada batang jagung.

ii. Kebaikan penguraian sisa pertanian kepada persekitaran adalah ia dapat mengurangkan
pengurusan sisa yang tidak terancang melalui pembakaran terbuka. Pembakaran terbuka
akan menghasilkan gas rumah hijau seperti karbon dioksida, jelaga dan abu dan
mengakibatkan perubahan iklim dan pemanasan global. Dengan itu, sisa pertanian boleh
digunakan semula melalui penghasilan baja kompos lestari dan membantu mengurangkan
penggunaan baja kimia secara berlebihan.

iii. Baja kompos lestari yang berkualiti boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan sisa
organik yang mudah terurai, menyiram timbunan kompos untuk memastikan kelembapan
timbunan kompos sesuai untuk penguraian oleh mikrob dan membalik-balikkan timbunan
kompos setiap empat hingga lima hari untuk memastikan penguraian berlaku secara
seragam dalam timbunan kompos tersebut. Jika baja kompos yang dihasilkan itu berwarna
gelap dan tidak mempunyai sebarang bau busuk, maka baja kompos tersebut terhasil
dengan baik.

ASAS KELESTARIAN 93

AKTIVITI 5

HIDROELEKTRIK TH

94 ASAS KELESTARIAN

AKTIVITI 5

HIDROELEKTRIK TH



5.0 TAJUK

Hidroelektrik TH

5.1 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU

Konsep TH yang diaplikasikan dalam aktiviti ini adalah seperti maklumat di bawah:

Sektor Aplikasi Teknologi Hijau
i. Bekalan Tenaga • Tenaga hidroelektrik merupakan sejenis

(Energy Supply) Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy).

ii. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Pengasingan dan Kitar Semula
(Waste and Wastewater Management) (Separation and Recycling)

5.2 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU DALAM ASAS KELESTARIAN

Aktiviti mereka bentuk model Hidroelektrik TH bertujuan untuk menjana kreativiti murid dalam
meneroka kepelbagaian sumber tenaga yang boleh digunakan dan diaplikasikan secara
lestari dalam kehidupan seharian. Tenaga hidroelektrik merupakan tenaga alternatif
dalam kategori Tenaga Boleh Baharu yang digunakan untuk menghasilkan elektrik.
Proses penghasilan tenaga hidroelektrik terhasil apabila air disimpan di dalam
empangan yang mewujudkan tenaga keupayaan yang besar. Aliran air bertekanan tinggi di dalam
empis air (injap atau pintu air) menukarkan tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik yang
memutarkan turbin bagi menghasilkan tenaga mekanik dan akhirnya menghasilkan tenaga elektrik.

Sektor Bekalan Tenaga (Energy Supply) yang terdiri daripada kategori Tenaga Boleh Baharu
(Renewable Energy) iaitu tenaga hidroelektrik diaplikasikan dalam reka bentuk model
Hidroelektrik TH. Bagi mereka bentuk model Hidroelektrik TH, penggunaan bahan kitar semula
di bawah kategori Pengasingan dan Kitar Semula adalah salah satu inisiatif bagi mengurangkan
sisa yang dibuang.

5.3 KERJAYA DALAM TEKNOLOGI HIJAU

• Juruteknik Kejuruteraan Elektrik
• Juruteknik Kejuruteraan Mekanikal
• Juruteknik Reka Bentuk Sistem Hidroelektrik
• Juruteknik Rawatan Air

ASAS KELESTARIAN 95

5.4 SOALAN UTAMA
i. Apakah ciri-ciri lestari dalam mereka bentuk Hidroelektrik TH ?
ii. Bagaimanakah idea yang berkaitan TH boleh digunakan dalam penghasilan
Hidroelektrik TH ?
iii. Apakah perbezaan faktor di antara reka bentuk konvensional (sumber arang batu) dan reka
bentuk model Hidroelektrik TH ?
iv. Apakah justifikasi anda tentang kelebihan reka bentuk Hidroelektrik TH yang mengaplikasikan
konsep TH ?
v. Apakah sumbangan hasil reka bentuk yang mengaplikasikan konsep TH dalam melestarikan
kehidupan daripada aspek tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial ?

5.5 TUJUAN PEMBELAJARAN
Membangunkan kreativiti murid dalam penyelesaian masalah dan penghasilan idea,
meningkatkan keupayaan teknik pemikiran kritis dan membudayakan pemikiran melalui proses
kerja projek ke arah penghasilan produk yang mengaplikasi TH dalam Sektor Bekalan Tenaga dan
Pengurusan Sisa dan Air Sisa yang lebih lestari dalam kehidupan.

5.6 LATAR BELAKANG
Aktiviti ini berfokuskan kepada penggunaan Tenaga Hidroelektrik sebagai salah satu daripada
kategori Tenaga Boleh Baharu dalam Sektor Bekalan Tenaga. Tenaga elektrik dihasilkan daripada
tenaga kinetik dalam aliran air yang kuat dan bertekanan tinggi untuk memutarkan kipas turbin.
Apabila kipas turbin berputar, maka tenaga mekanik yang terhasil ditukarkan kepada tenaga
elektrik. Murid diminta untuk mereka bentuk sebuah model Hidroelektrik TH yang berkonsepkan
lestari menggunakan bahan-bahan kitar semula daripada kategori Pengasingan dan Kitar Semula
dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa. Murid juga diminta untuk mengesan kehadiran arus
dengan nyalaan lampu LED. Pada akhir aktiviti, murid dapat menerangkan kepentingan hasil reka
bentuk produk yang menggunakan sumber tenaga hidroelektrik dan menjelaskan sumbangan reka
bentuk mereka dalam kehidupan seharian yang lestari.

96 ASAS KELESTARIAN


Click to View FlipBook Version