The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tehaminah4785, 2018-11-23 07:55:48

MODUL TEKNOLOGI HIJAU ASAS KELESTARIAN

Modul teknologi hijau

Keywords: Teknologi hijau

5.7 STRATEGI PENGAJARAN

Strategi pengajaran yang digunakan adalah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP). Pembelajaran
Berasaskan Projek (PBP) adalah proses pembelajaran secara berkumpulan yang berfokuskan
kepada hasil produk yang terdiri daripada hasil tugasan secara terancang dalam jangka masa yang
tertentu.

Kaedah PBP ini menekankan kepada aktiviti berkumpulan dalam menyelesaikan permasalahan bagi
penghasilan produk. Murid-murid akan diberi tugasan yang merupakan masalah yang perlu
diselesaikan secara sistematik mengikut aktiviti-aktiviti yang disediakan.

5.8 GLOSARI
Kitar semula - Kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal. Kitar semula
berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula
mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai.
Contoh, bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas dikumpul, diasingkan dan dihantar ke
pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.

Lestari - Tidak berubah-ubah, kekal, tetap; melestarikan, menetapkan, mengekalkan. Contoh:
kelestarian hutan, kelestarian keadaan (hutan, persekitaran, dan lain-lain) yang tidak berubah atau
yang terpelihara seperti asal.

Pengurusan Sisa dan Air Sisa - Apa sahaja lebihan, keluaran yang tidak dikehendaki ataupun
apa-apa bahan yang perlu dilupuskan kerana sudah rosak, pecah atau lusuh. Sisa boleh dijana
melalui beberapa medium antaranya sisa isi rumah, sisa industri, sisa pembinaan, sisa komersial
serta sisa khas yang perlu dilupuskan menggunakan kaedah-kaedah tertentu kerana berbahaya
dan memudaratkan kesihatan. Pengurusan sisa dan air sisa ialah satu kaedah untuk mengurus
pelbagai jenis medium sisa bagi meminimumkan kesan pembuangan sisa terhadap alam.

Teknologi Hijau - Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara
alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif
daripada aktiviti manusia.

Tenaga Boleh Baharu - Merujuk kepada tenaga yang boleh diganti sepanjang hayat manusia.
Terdapat banyak sumber tenaga yang dikenali sebagai tenaga boleh baharu
antaranya tenaga solar, tenaga angin, tenaga hidro dan tenaga biojisim.

Tenaga Hidroelektrik - Salah satu daripada sumber tenaga boleh baharu yang
bergantung pada aliran air daripada simpanan atau empangan.

ASAS KELESTARIAN 97

5.9 PEMBINAAN MODEL HIDROELEKTRIK TH

Objektif

Mengaplikasikan konsep TH dalam kategori Tenaga Boleh Baharu iaitu Tenaga Hidroelektrik
dan kategori Pengasingan dan Kitar Semula bagi mereka bentuk model Hidroelektrik TH.

Jam Pertemuan

Dicadangkan 15 jam pertemuan untuk keseluruhan aktiviti untuk mereka bentuk model
Hidroelektrik TH.

Latar Belakang Sektor Model
Bekalan Tenaga
Aktiviti (Energy Supply) Contoh : Reka bentuk
Hidroelektrik TH Hidroelektrik TH
• Tenaga Boleh Baharu
(Renewable Energy)

• Tenaga Hidroelektrik
(Hidroelectricity)

Pengurusan Sisa dan Air
Sisa
(Waste and Wastewater
Management)

• Pengasingan dan Kitar
Semula (Separation and
Recycling)

Bahan dan Peralatan

i. Bahan kitar semula untuk membina turbin
ii. Papan litar 5cm X 5cm
iii. Motor AT 12 V
iv. Wayar kembar tunggal
v. Wayar klip buaya
vi. Diod pemancar cahaya (LED)
vii. Perintang tetap 100 Ω
viii. Alat pemateri dan timah
ix. Penyambung paip PVC siku 90˚ yang berdiameter sama 13 mm
x. Tiub PVC (sebagai penyambung antara motor AT dan kincir air)

(Nota:Tiub PVC boleh diganti dengan bahan lain mengikut kesesuaian model)
xi. Pistol perekat panas (hot glue gun) dan batang perekat (glue stick)

98 ASAS KELESTARIAN

Kaedah

Kaedah untuk membangunkan model Hidroelektrik TH ialah :

Langkah 1: Murid dikehendaki menganjurkan sesi penjanaan minda (brainstorming) dalam
kumpulan kecil yang terdiri daripada tiga (3) hingga empat (4) orang untuk
membincangkan brif reka bentuk model Hidroelektrik TH dalam Jadual 1.

Langkah 2 : Melalui sesi penjanaan minda, murid dikehendaki berbincang tentang cara mereka
bentuk model Hidroelektrik TH menggunakan Tenaga Boleh Baharu dan Pengasingan

dan Kitar Semula.

Jadual 1: Jadual Brif Reka Bentuk Hidroelektrik TH

Situasi dan Masalah Brif Reka Bentuk

Situasi :
Pada masa kini, penggunaan arang batu
merupakan sumber penjanaan elektrik
tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 44.7%.
Sumber ini semakin berkurangan dan tidak
boleh baharu.

Masalah: Mereka bentuk model Hidroelektrik TH
Pembakaran arang batu membebaskan menggunakan Tenaga Boleh Baharu dan
karbon dioksida dan juga jelaga-jelaga ke bahan kitar semula.
udara, malah kegiatan ini dianggap sebagai
penyumbang utama terhadap pembebasan
gas rumah hijau (Green House Gases, GHG),
selain pencemaran udara. Masalah
pembuangan sisa secara tidak terkawal juga
telah menyumbang kepada pencemaran
udara, air dan tanah. Masalah ini adalah
masalah global, maka penyelesaian boleh
dilakukan berasaskan konsep TH.

• Daripada brif di atas murid dikehendaki menjalankan kajian dan penyelidikan lanjut untuk
mendapatkan maklumat.

• Isikan sektor TH yang akan diaplikasikan serta tempoh masa siap dan peralatan yang
digunakan dalam jadual di bawah:

Sektor TH yang Diaplikasikan

Anggaran Tempoh Masa Projek Siap Peralatan yang Digunakan

ASAS KELESTARIAN 99

Langkah 3: Murid hendaklah membuat lakaran idea awalan produk dengan menggunakan
Jadual 2. Melalui lakaran idea awalan, gabungan komponen yang digunakan boleh
digambarkan dengan lebih jelas sebelum model Hidroelektrik TH dibangunkan.
Jadual 2: Lakaran Idea Awalan
Lakaran Idea Awalan

100 ASAS KELESTARIAN

Langkah 4: Selepas pemilihan satu idea awalan yang terbaik murid dikehendaki membuat
sekurang-kurangnya tiga lakaran pengembangan idea dalam Jadual 3. Melalui
lakaran pengembangan idea, murid dapat menggambarkan model Hidroelektrik TH
yang ingin dibangunkan dengan lebih jelas. Oleh itu, reka bentuk produk tersebut
boleh dilakarkan dengan lebih baik dan bersesuaian dengan komponen yang hendak
digunakan.
Jadual 3: Lakaran Pengembangan Idea
Lakaran Pengembangan Idea
Lakaran 1

Lakaran 2

Lakaran 3

ASAS KELESTARIAN 101

Langkah 5: Selepas memilih idea yang hendak dibina, murid dikehendaki membuat beberapa
lukisan kerja sebelum model produk Hidroelektrik TH dibangunkan dengan
menggunakan Jadual 4. Lukisan kerja ini akan menjadi panduan asas kepada murid
untuk membangunkan produk tersebut.
Jadual 4: Lukisan Isometri Model Produk Hidroelektrik TH
Lukisan Isometri

102 ASAS KELESTARIAN

Langkah 6: Untuk memulakan kerja-kerja pembangunan, murid juga perlu mengisi Jadual 5
bagi menentukan pemilihan bahan yang hendak digunakan dan anggaran kos
pembangunan yang diperlukan. Murid akan dapat merancangkan pembangunan
tersebut dengan lebih berkesan dalam menghasilkan model Hidroelektrik TH yang
lebih baik.

Jadual 5: Pemilihan Bahan Untuk Membangunkan Produk

Bil Cadangan Bahan Anggaran Kos

Komponen Kategori Bahan Bahan

Jumlah Keseluruhan

Langkah 7: Murid perlu memilih Sektor TH yang terlibat dalam penghasilan produk Hidroelektrik
TH dengan menggunakan Jadual 6.

Jadual 6: Kriteria TH dalam Penghasilan Produk Hidroelektrik TH

Bil Sektor TH Tandakan ( ) pada
Sektor yang Terlibat

1 Sektor Bekalan Tenaga (Energy Supply)

2 Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa (Waste and
Wastewater Management)

3 Sektor Pengangkutan (Transport)

4 Sektor Bangunan (Building)

5 Sektor Industri (Industry)

6 Sektor Pertanian dan Perhutanan (Agriculture and Forestry)

ASAS KELESTARIAN 103

Langkah 8: Bagi menguji reka bentuk, murid perlu mengikut kriteria pengujian reka bentuk
Hidroelektrik TH dengan menggunakan Jadual 7.

Jadual 7: Kriteria Pengujian Reka Bentuk Hidroelektrik TH

Sila pilih skala 1 (Sangat Lemah) hingga 5 (Sangat Baik) bagi menilai model produk Hidroelektrik
TH yang telah anda bangunkan.

Bil Kriteria Pengujian Reka Bentuk Skala Penilaian
1 2345
1 Keselamatan
2 Kefahaman
3 Fungsi
4 Andaian saintifik
5 Bentuk keseluruhan
6 Sistem mekanikal
7 Mesra alam
8 Sambungan
9 Kesesuaian bahan
10 Ergonomik
11 Jenis Pengujian

Jenis pengujian untuk semua produk adalah Ujian Parameter. Sila isikan ruangan
penerangan untuk setiap kriteria untuk menguji produk anda.

Kriteria Penerangan

i. Manusia

ii. Fungsi

iii. Kekuatan

iv. Estetika

v. Bahan

104 ASAS KELESTARIAN

Langkah 9: Akhirnya, murid dikehendaki membuat pendokumentasian dengan menghasilkan folio
reka bentuk yang mengandungi perkara berikut:

a) Penerangan situasi dan masalah
b) Brif reka bentuk
c) Penerangan tentang maklumat yang telah dikumpul
d) Cadangan idea awalan
e) Pemilihan idea
f) Pengembangan idea
g) Penerangan idea penyelesaian dan perincian
h) Penyediaan lukisan Isometri
i) Pembinaan model
j) Pengujian dan laporan pengujian

Langkah 10: Murid dikehendaki membentangkan hasil produk Hidroelektrik TH mereka
berdasarkan rubrik yang disertakan.

Maklumat Untuk Guru

Pembinaan Hidroelektrik TH

Langkah 1
• Sediakan bahan dan alatan kerja di bengkel.

Langkah 2
• Lakukan kerja-kerja memotong bahagian paip PVC mengikut saiz yang telah ditetapkan.

Langkah 3
• Lukis litar skematik dan pasang komponen mengikut kekutuban yang betul. Kemudian,
paterikan kaki komponen. Klip buaya hendaklah dipasang antara kaki komponen dan
wayar pada motor AT (Gambar 14). Uji litar dengan memutar gandar motor AT secara
manual untuk menyalakan LED.

Langkah 4
• Gunakan pistol perekat panas (hot glue gun) untuk menyambung tiub PVC dari kincir air
ke gandar motor AT.

Langkah 5
• Gunakan tapak untuk menyokong kestabilan model.

Langkah 6
• Gunakan penyambung paip siku 90˚ sama PVC (atau bahan lain yang sesuai) sebagai
perumah kepada motor AT.

Langkah 7
• Paterikan wayar kembar tunggal ke motor AT dan sambungkan hujung wayar ke litar.

ASAS KELESTARIAN 105

Langkah 8
• Buat kemasan pada model Hidroelektrik TH.

Gambar 14
Klip buaya dipasang antara kaki komponen

dan wayar pada motor AT

Selepas model dibina,

i. Pengujian Produk
a) Perhatikan nyalaan cahaya lampu LED ketika melalukan air pada kipas turbin.
b) Nyatakan pemerhatian keamatan cahaya lampu LED berdasarkan kadar kelajuan
aliran air dengan tenaga elektrik.

ii. Pendokumentasian
a) Murid merekod dapatan dan menulis laporan projek mengikut langkah-langkah
seperti butiran dalam Langkah 9.
b) Murid perlu menggunakan Jadual 8 sebagai senarai semak untuk penghasilan folio
reka bentuk serta dilampirkan dalam folio mereka. Sila tandakan ( ) jika kriteria
tersebut telah dipenuhi dalam proses penghasilan folio reka bentuk.

Jadual 8: Senarai Semak Kriteria Penghasilan Folio Reka Bentuk ()

Bil Kriteria
1 Penerangan situasi dan masalah
2 Brif reka bentuk
3 Penerangan tentang maklumat yang telah dikumpul
4 Cadangan idea awalan
5 Pemilihan idea
6 Pengembangan idea
7 Penerangan idea penyelesaian dan perincian
8 Penyediaan lukisan isometri
9 Pembinaan model
10 Pengujian dan laporan pengujian

106 ASAS KELESTARIAN

iii. Pembentangan Hasil Produk
a) Murid akan membentangkan hasil kerja mereka iaitu model Hidroelektrik TH serta
pemilihan jenis dan bilangan bilah kipas turbin dan kelajuan air.
b) Murid hendaklah membincangkan ciri-ciri lestari dalam mereka bentuk
Hidroelektrik TH iaitu dengan mengaitkan TH bagi Sektor Bekalan Tenaga dan
Pengurusan Sisa dan Air Sisa.

Pemerhatian
i. Apakah yang berlaku kepada keamatan cahaya lampu LED dengan kadar aliran air yang
berbeza ?
ii. Bagaimanakah tenaga elektrik dihasilkan dalam model Hidroelektrik TH ?

Soalan Perbincangan
i. Apakah kaedah yang boleh dipertimbangkan untuk meningkatkan kelajuan turbin air ?
ii. Adakah kelajuan aliran air yang berbeza memainkan peranan dalam menghasilkan
keamatan lampu LED ? Jelaskan.
iii. Bincangkan potensi tenaga hidroelektrik untuk menggantikan sumber arang batu dalam
menghasilkan tenaga elektrik.

Kesimpulan
Reka bentuk model Hidroelektrik TH menggunakan tenaga hidroelektrik sebagai alternatif
bagi menggantikan sumber tenaga arang batu dapat mempelbagaikan lagi pengetahuan
murid tentang konsep TH. Konsep TH yang diterapkan dalam aktiviti ini ialah Sektor
Bekalan Tenaga dalam kategori Tenaga Boleh Baharu iaitu Tenaga Hidroelektrik. Aktiviti
ini memberi pilihan kepada murid untuk berinovasi dalam mereka bentuk Hidroelektrik TH.
Pembinaan model Hidroelektrik TH menggunakan bahan kitar semula juga secara tidak
langsung dapat membudayakan sikap menggunakan semula bahan-bahan terbuang yang
mengaplikasikan Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa. Melalui aktiviti ini diharap murid
akan dapat menghasilkan idea-idea baru yang bermanfaat kepada masyarakat.

ASAS KELESTARIAN 107

5.9.1 SUMBER RUJUKAN
i. Working Science Model of Hydro Power Plant
https://www.youtube.com/watch?v=YQbloWfFLsA
ii. How To Make A Water Turbine
https://www.youtube.com/watch?v=x8xow_R0YRI
iii. Hydro Electric Science Fair Project - Part of the 2015 Google Science Fair promo
https://www.youtube.com/watch?v=TXfwZ5_kyr4&t=32s
iv. Hydroelectric Power Project
https://www.youtube.com/watch?v=4qdXg0R8XUs&t=7s
v. School Science Fair Electricity Generating Waterwheel
https://www.youtube.com/watch?v=Fb40HYa7tik
vi. Pusat Maklumat Kerjaya – Career Info Centre (CIC)
http://cic.jobsmalaysia.gov.my/html/soalan-lazim.html
vii. Kumpulan Utama 3 : Juruteknik dan Profesional Bersekutu
http://static.jobsmalaysia.gov.my/html/jobsm/masco/ms/Kumpulan-utama_3.pdf

5.9.2 CADANGAN JAWAPAN SOALAN PERBINCANGAN
i. Kaedah yang boleh dipertimbangkan untuk meningkatkan kelajuan turbin air ialah
menambah kelajuan aliran air.
ii. Sekiranya kelajuan aliran air rendah maka keamatan lampu LED menjadi malap dan jika
kelajuan aliran air tinggi maka keamatan lampu LED menjadi terang.
iii. Potensi tenaga hidroelektrik untuk menggantikan sumber arang batu dalam menghasilkan
tenaga elektrik sangat tinggi kerana sumber arang batu kini semakin berkurangan dan
tidak boleh baharu.

108 ASAS KELESTARIAN

AKTIVITI 6

KINCIR ANGIN TH

ASAS KELESTARIAN 109

AKTIVITI 6

KINCIR ANGIN TH



6.0 TAJUK
Kincir Angin TH

6.1 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU
Konsep TH yang diaplikasikan dalam aktiviti ini adalah seperti maklumat di bawah:

Sektor Aplikasi Teknologi Hijau
i. Bekalan Tenaga • Tenaga angin merupakan sejenis Tenaga

(Energy Supply) Boleh Baharu (Renewable Energy).

ii. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Pengasingan dan Kitar Semula
(Waste and Wastewater Management) (Separation and Recycling)

6.2 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU DALAM ASAS KELESTARIAN

Aktiviti mereka bentuk model Kincir Angin TH bertujuan untuk menjana kreativiti murid
dalam meneroka kepelbagaian bekalan tenaga yang boleh digunakan dan diaplikasikan secara
lestari dalam kehidupan seharian. Tenaga angin merupakan tenaga alternatif dalam kategori
Tenaga Boleh Baharu yang digunakan untuk menghasilkan elektrik. Angin yang bertiup
(tenaga kinetik) akan memusing bilah kipas pada turbin angin. Bilah kipas akan
menggerakkan gandar yang disambungkan pada generator yang akan menghasilkan tenaga
elektrik. Setelah elektrik dihasilkan oleh turbin, elektrik dari seluruh ladang angin akan dikumpulkan dan
dihantar ke transformer. Voltan akan ditambah untuk dihantar melalui kabel berkemampuan
tinggi. Sektor Bekalan Tenaga (Energy Supply) yang terdiri daripada kategori Tenaga Boleh
Baharu (Renewable Energy) iaitu tenaga angin diaplikasikan dalam reka bentuk model
Kincir Angin TH. Bagi mereka bentuk model Kincir Angin TH, penggunaan bahan kitar semula
di bawah kategori Pengasingan dan Kitar Semula adalah salah satu inisiatif bagi mengurangkan
pembuangan sisa.

6.3 KERJAYA DALAM TEKNOLOGI HIJAU

• Juruteknik Elektrik
• Juruteknik Mekanikal
• Juruteknik Reka Bentuk Sistem Angin
• Juruteknik Penyelenggaraan

110 ASAS KELESTARIAN

6.4 SOALAN UTAMA

i. Apakah ciri-ciri lestari dalam mereka bentuk Kincir Angin TH ?
ii. Bagaimanakah konsep TH boleh menjana idea untuk digunakan dalam penghasilan model

Kincir Angin TH ?
iii. Apakah perbezaan faktor di antara reka bentuk konvensional penjana elektrik seperti

generator dan penjana elektrik TH seperti Kincir Angin TH ?
iv. Apakah justifikasi anda tentang kelebihan reka bentuk Kincir Angin TH yang yang anda

bangunkan dengan kincir angin yang digunakan di Pulau Layang-layang, Sabah / Pulau
Perhentian, Terengganu ?
v. Bincangkan sumbangan hasil reka bentuk Kincir Angin TH dalam melestarikan kehidupan
dari aspek tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial.

6.5 TUJUAN PEMBELAJARAN

Membangunkan kreativiti murid dalam penyelesaian masalah dan penghasilan idea,
meningkatkan keupayaan teknik pemikiran kritis dan membudayakan pemikiran melalui proses
kerja projek ke arah penghasilan produk yang mengaplikasi TH dalam Sektor Bekalan Tenaga dan
Pengurusan Sisa dan Air Sisa yang lebih lestari dalam kehidupan.

6.6 LATAR BELAKANG

Aktiviti ini berfokuskan kepada penggunaan Tenaga Angin sebagai salah satu daripada kategori
Tenaga Boleh Baharu dalam Sektor Bekalan Tenaga. Angin yang bertiup (tenaga kinetik) akan
memusing bilah kipas pada turbin angin. Bilah kipas akan menggerakkan gandar yang
disambungkan pada motor AT 12V yang menghasilkan tenaga elektrik. Murid diminta untuk
mereka bentuk sebuah model Kincir Angin TH yang berkonsepkan lestari menggunakan bahan-
bahan kitar semula daripada kategori Pengasingan dan Kitar Semula dalam Sektor Pengurusan
Sisa dan Air Sisa. Murid juga diminta untuk mengesan kehadiran arus elektrik dengan bunyian
buzer. Pada akhir aktiviti, murid dapat menerangkan kepentingan hasil reka bentuk mereka yang
menggunakan sumber tenaga angin dan menjelaskan sumbangan reka bentuk mereka dalam
kehidupan seharian yang lestari.

6.7 STRATEGI PENGAJARAN

Strategi pengajaran yang digunakan adalah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP). Pembelajaran
Berasaskan Projek (PBP) adalah proses pembelajaran secara berkumpulan yang berfokuskan
kepada hasil produk yang terdiri daripada hasil tugasan secara terancang dalam jangka masa yang
tertentu.

Kaedah PBP ini menekankan kepada aktiviti berkumpulan dalam menyelesaikan permasalahan bagi
penghasilan produk. Murid-murid akan diberi tugasan yang merupakan masalah yang perlu
diselesaikan secara sistematik mengikut aktiviti-aktiviti yang disediakan.

ASAS KELESTARIAN 111

6.8 GLOSARI
Kitar semula - Kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud
menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan
produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada
sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar,
kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas dikumpul,
diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.
Lestari - Tidak berubah-ubah, kekal, tetap; melestarikan, menetapkan, mengekalkan. Contoh:
kelestarian hutan, kelestarian keadaan (hutan, persekitaran, dan lain-lain) yang tidak berubah atau
yang terpelihara seperti asal.
Pengurusan Sisa dan Air Sisa - Apa sahaja lebihan, keluaran yang tidak dikehendaki ataupun
apa-apa bahan yang perlu dilupuskan kerana sudah rosak, pecah atau lusuh. Sisa boleh dijana
melalui beberapa medium antaranya sisa isi rumah, sisa industri, sisa pembinaan, sisa komersial
serta sisa khas yang perlu dilupuskan menggunakan kaedah-kaedah tertentu kerana berbahaya
dan memudaratkan kesihatan. Pengurusan sisa dan air sisa ialah satu kaedah untuk mengurus
pelbagai jenis medium sisa bagi meminimumkan kesan pembuangan sisa terhadap alam.
Teknologi Hijau - Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara
alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif
daripada aktiviti manusia.
Tenaga Angin - Tenaga angin boleh diperolehi daripada kawasan yang mempunyai tiupan angin
yang kuat. Secara asasnya, kelajuan angin bertambah apabila altitud (ketinggian) kawasan
bertambah dan di kawasan terbuka yang tidak berlaku gangguan angin.
Tenaga Boleh Baharu - Merujuk kepada tenaga yang boleh diganti sepanjang hayat manusia.
Terdapat banyak sumber tenaga yang dikenali sebagai tenaga boleh baharu antaranya tenaga
solar, tenaga angin, tenaga hidro dan tenaga biojisim.

112 ASAS KELESTARIAN

6.9 PEMBINAAN MODEL KINCIR ANGIN TH

Objektif

Mengaplikasikan konsep TH dalam kategori Tenaga Boleh Baharu iaitu Tenaga Angin dan
kategori Pengasingan dan Kitar Semula bagi mereka bentuk model Kincir Angin TH.

Jam Pertemuan

Dicadangkan 15 jam pertemuan untuk keseluruhan aktiviti mereka bentuk model Kincir Angin
TH.

Latar Belakang

Aktiviti Sektor Model
Kincir Angin TH
Bekalan Tenaga
(Energy Supply) Kipas Motor AT
turbin (Belakang
• Tenaga Boleh Baharu kipas)
(Renewable Energy) Wayar
Klip
• Tenaga Angin buaya
(Wind Energy)

Pengurusan Sisa dan Air Paip
Sisa PVC
(Waste and Wastewater
Management) Contoh : Reka bentuk Model Kincir Angin
TH
• Pengasingan dan Kitar
Semula
(Separation and
Recycling)

Bahan dan Peralatan

i. Bahan kitar semula
ii. Paip PVC berdiameter 13 mm (sebagai rangka kincir angin)
iii. Penyambung paip siku 90˚ sama (PVC)
iv. Penyambung paip T sama (PVC)
v. Motor AT 12 V
vi. Wayar kembar tunggal
vii. Wayar klip buaya
viii. Pistol perekat panas (hot glue gun) dan batang perekat (glue stick)
ix. Buzer
x. Alat pemateri dan timah
xi. Tiub PVC (sebagai penyambung antara motor AT dan kincir angin)

(Nota: Tiub PVC boleh diganti dengan bahan lain mengikut kesesuaian model)
xii. Kipas angin elektrik (sebagai sumber tenaga angin)

ASAS KELESTARIAN 113

Kaedah

Kaedah untuk membangunkan model Kincir Angin TH ialah:

Langkah 1: Murid dikehendaki menganjurkan sesi penjanaan minda (brainstorming) dalam
kumpulan kecil yang terdiri daripada tiga (3) hingga empat (4) orang untuk
membincangkan brif reka bentuk model Kincir Angin TH dalam Jadual 1.

Langkah 2: Melalui sesi penjanaan minda, murid dikehendaki berbincang tentang cara mereka
bentuk model Kincir Angin TH dengan menggunakan Tenaga Boleh Baharu dan

Pengasingan dan Kitar Semula.

Jadual 1: Jadual Brif Reka Bentuk Kincir Angin TH

Situasi dan Masalah Brif Reka Bentuk

Situasi:
Pada masa kini, penggunaan sumber
bahan api fosil seperti sumber arang batu,
gas asli dan minyak digunakan sebagai
sumber tenaga elektrik di Malaysia. Sumber
tenaga fosil ini semakin berkurangan dan
tidak boleh baharu.

Masalah: Mereka bentuk model Kincir Angin TH
Pembakaran arang batu membebaskan sebagai penjana elektrik yang menggunakan
karbon dioksida dan juga jelaga-jelaga ke sumber tenaga angin dalam kategori Tenaga
udara, penggunaan bahan api fosil sangat Boleh Baharu dan Pengasingan dan Kitar
berisiko tinggi dan kegiatan ini dianggap Semula.
sebagai penyumbang utama terhadap
pembebasan gas rumah hijau (Green House
Gases, GHG). Selain pencemaran udara,

masalah pembuangan sisa secara tidak

terkawal juga telah menyumbang kepada

pencemaran udara, air dan tanah. Masalah ini

adalah masalah global, maka penyelesaian

boleh dilakukan berdasarkan konsep TH.

• Daripada brif di atas murid dikehendaki menjalankan kajian dan penyelidikan lanjut untuk
mendapatkan maklumat.

• Isikan sektor TH yang akan diaplikasikan serta tempoh masa siap dan peralatan yang
digunakan dalam jadual di bawah:

Sektor TH yang Diaplikasikan

Anggaran Tempoh Masa Projek Siap Peralatan yang Digunakan

114 ASAS KELESTARIAN

Langkah 3: Murid hendaklah membuat lakaran idea awalan produk dalam Jadual 2. Melalui
lakaran idea awalan, gabungan komponen yang digunakan boleh digambarkan
dengan lebih jelas sebelum model Kincir Angin TH dibangunkan.
Jadual 2: Lakaran Idea Awalan
Lakaran Idea Awalan

ASAS KELESTARIAN 115

Langkah 4: Selepas pemilihan satu idea awalan yang terbaik, murid dikehendaki membuat
sekurang-kurangnya tiga lakaran pengembangan idea dalam Jadual 3. Melalui
lakaran pengembangan idea, murid dapat menggambarkan model Kincir Angin TH
yang ingin dibangunkan dengan lebih jelas. Oleh itu, reka bentuk produk tersebut
boleh dilakarkan dengan lebih baik dan bersesuaian dengan komponen yang hendak
digunakan.
Jadual 3: Lakaran Pengembangan Idea
Lakaran Pengembangan Idea
Lakaran 1

Lakaran 2

Lakaran 3

116 ASAS KELESTARIAN

Langkah 5: Selepas memilih idea yang hendak dibina, murid dikehendaki membuat beberapa
lukisan kerja sebelum model produk Kincir Angin TH dibangunkan dengan
menggunakan Jadual 4. Lukisan kerja ini akan menjadi panduan asas kepada murid
untuk membangunkan produk tersebut.
Jadual 4: Lukisan Isometri Model Produk Kincir Angin TH
Lukisan Isometri

ASAS KELESTARIAN 117

Langkah 6: Untuk memulakan kerja-kerja pembangunan, murid juga perlu mengisi Jadual 5 bagi
menentukan pemilihan bahan yang hendak digunakan dan anggaran kos
pembangunan yang diperlukan. Murid akan dapat merancang pembangunan
tersebut dengan lebih berkesan dalam menghasilkan model Kincir Angin TH tersebut.

Jadual 5: Pemilihan Bahan Untuk Membangunkan Produk

Cadangan Bahan Bahan Anggaran Kos
Bil

Komponen Kategori Bahan

Jumlah Keseluruhan

Langkah 7: Murid perlu memilih Sektor TH yang terlibat dalam penghasilan produk Kincir Angin
TH dengan menggunakan Jadual 6.

Jadual 6: Kriteria TH dalam Penghasilan Produk Kincir Angin TH

Bil Sektor TH Tandakan ( ) pada
1 Sektor Bekalan Tenaga (Energy Supply) Sektor yang Terlibat

2 Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa (Waste and
Wastewater Management)

3 Sektor Pengangkutan (Transport)

4 Sektor Bangunan (Building)

5 Sektor Industri (Industry)

6 Sektor Pertanian dan Perhutanan (Agriculture and Forestry)

118 ASAS KELESTARIAN

Langkah 8: Bagi menguji reka bentuk, murid perlu mengikut kriteria pengujian reka bentuk dengan
menggunakan Jadual 7.

Jadual 7: Kriteria Pengujian Reka Bentuk Produk Kincir Angin TH

Sila pilih skala 1 (Sangat Lemah) hingga 5 (Sangat Baik) bagi menilai model produk Kincir
Angin TH yang telah anda bangunkan.

Bil Kriteria Pengujian Reka Bentuk Skala Penilaian
1 2345
1 Keselamatan
2 Kefahaman
3 Fungsi
4 Andaian saintifik
5 Bentuk keseluruhan
6 Sistem mekanikal
7 Mesra alam
8 Sambungan
9 Kesesuaian bahan
10 Ergonomik
11 Jenis Pengujian

Jenis pengujian untuk semua produk adalah Ujian Parameter. Sila isikan ruangan
penerangan untuk setiap kriteria untuk menguji produk anda.

Kriteria Penerangan

i. Manusia

ii. Fungsi

iii. Kekuatan

iv. Estetika

v. Bahan

ASAS KELESTARIAN 119

Langkah 9: Akhirnya, murid dikehendaki membuat pendokumentasian dengan menghasilkan folio
reka bentuk yang mengandungi perkara berikut:

a) Penerangan situasi dan masalah
b) Brif reka bentuk
c) Penerangan tentang maklumat yang telah dikumpul
d) Cadangan idea awalan
e) Pemilihan idea
f) Pengembangan idea
g) Penerangan idea penyelesaian dan perincian
h) Penyediaan lukisan isometri
i) Pembinaan model
j) Pengujian dan laporan pengujian

Langkah 10: Murid dikehendaki membentangkan hasil produk Kincir Angin TH mereka
berdasarkan rubrik yang disertakan.

Maklumat Untuk Guru

Pembinaan Kincir Angin TH

Langkah 1
• Sediakan semua bahan dan peralatan projek Kincir Angin TH (mengikut kreativiti murid).

Langkah 2
• Lakukan kerja-kerja pemotongan bahagian paip PVC untuk membangunkan rangka kipas
angin.

Langkah 3
• Gunakan pistol perekat panas (hot glue gun) untuk menyambung tiub PVC dari kincir angin
ke gandar motor AT.

Langkah 5
• Pasangkan paip PVC untuk membangunkan rangka kincir angin dengan menggunakan
pelbagai penyambung paip berdasarkan kepada reka bentuk yang dirancang.

Langkah 6
• Gunakan penyambung paip T sama (jenis PVC) atau bahan lain yang sesuai sebagai
perumah kepada motor AT.

Langkah 7
• Paterikan wayar kembar tunggal ke motor AT dan disambung ke klip buaya. Hujung klip
buaya berikutnya disambung ke buzer (Gambar 15).

120 ASAS KELESTARIAN

Gambar 15
Paterikan wayar kembar tunggal ke motor AT

Langkah 8
• Buat kemasan pada model Kincir Angin TH.

Selepas model dibina,

i. Pengujian Produk
a) Mengesan bunyian buzer ketika kipas turbin berputar.
b) Nyatakan pemerhatian terhadap bunyian buzer berdasarkan kadar kelajuan tiupan
angin.

ii. Pendokumentasian
a) Murid merekod dapatan dan menulis laporan projek mengikut langkah-langkah seperti
butiran dalam Langkah 9.
b) Murid perlu menggunakan Jadual 8 sebagai senarai semak untuk penghasilan folio reka
bentuk serta dilampirkan dalam folio mereka. Sila tandakan ( ) jika kriteria tersebut
telah dipenuhi dalam proses penghasilan folio reka bentuk.

Jadual 8: Senarai Semak Kriteria Penghasilan Folio Reka Bentuk ()

Bil Kriteria
1 Penerangan situasi dan masalah
2 Brif reka bentuk
3 Penerangan tentang maklumat yang telah dikumpul
4 Cadangan idea awalan
5 Pemilihan idea
6 Pengembangan idea
7 Penerangan idea penyelesaian dan perincian
8 Penyediaan lukisan isometri
9 Pembinaan model
10 Pengujian dan laporan pengujian

ASAS KELESTARIAN 121

iii. Pembentangan Hasil Produk
a) Murid akan membentangkan hasil kerja mereka iaitu Kincir Angin TH serta pemilihan
jenis dan bilangan bilah kipas turbin dan kelajuan angin.
b) Murid hendaklah membincangkan ciri-ciri lestari dalam mereka bentuk Kincir Angin TH
iaitu dengan mengaitkan TH bagi Sektor Bekalan Tenaga dan Pengurusan Sisa dan Air
Sisa.

Pemerhatian
i. Apakah yang berlaku kepada buzer dengan kadar tiupan angin yang berbeza ?
ii. Bagaimanakah tenaga elektrik dihasilkan dalam model Kincir Angin TH ?

Soalan Perbincangan
i. Apakah kaedah yang boleh dipertimbangkan untuk meningkatkan kelajuan turbin angin

model Kincir Angin TH anda ?
ii. Adakah kelajuan tiupan angin yang berbeza memainkan peranan dalam penghasilan

bunyi pada buzer ? Jelaskan.
iii. Bincangkan potensi tenaga angin untuk menggantikan sumber bahan api fosil dalam

menjana tenaga elektrik.

Kesimpulan

Reka bentuk model Kincir Angin TH menggunakan tenaga angin sebagai tenaga alternatif
bagi menggantikan sumber tenaga konvensional iaitu bahan api fosil akan menambah
lagi pengetahuan murid tentang konsep TH. Konsep TH yang diterapkan dalam aktiviti ini
ialah Sektor Bekalan Tenaga dalam kategori Tenaga Boleh Baharu iaitu Tenaga Angin. Aktiviti
ini memberi pilihan kepada murid untuk berinovasi dalam mereka bentuk Kincir Angin TH.
Pembinaan model Kincir Angin TH menggunakan bahan kitar semula secara tidak langsung
dapat membudayakan sikap menggunakan semula bahan-bahan terbuang yang
menyumbang dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa. Melalui aktiviti ini, diharap
murid akan dapat menghasilkan idea-idea baru yang bermanfaat kepada masyarakat.

122 ASAS KELESTARIAN

6.9.1 SUMBER RUJUKAN
i. How To Make Wind Turbine Easy Way
https://www.youtube.com/watch?v=jAxsXs4it0I
ii. Mini Wind Turbine Vertical Axis
https://www.youtube.com/watch?v=d7ujZv-j_2U
iii. How To Make A Mini Windmill At Home - Free Energy Generator
https://www.youtube.com/watch?v=EoLv4rhFsMk
iv. How To Make Windmill Classroom Hands-On Activity Project
https://www.youtube.com/watch?v=jEhW6xFv49k
v. How To Make Windmill At Home Very Easy - Free Energy
https://www.youtube.com/watch?v=mLpZheot4_A
vi. Soalan Lazim - Pusat Maklumat Kerjaya (Career Info Centre)
http://cic.jobsmalaysia.gov.my/html/soalan-lazim.html
vii. Kumpulan Utama 3: Juruteknik dan Profesional Bersekutu
http://static.jobsmalaysia.gov.my/html/jobsm/masco/ms/Kumpulan-utama_3.pdf

6.9.2 CADANGAN JAWAPAN SOALAN PERBINCANGAN
i. Kaedah yang boleh dipertimbangkan untuk meningkatkan kelajuan turbin angin ialah
menambahkan kelajuan tiupan angin, saiz kipas dan bahan yang digunakan.
ii. Sekiranya kelajuan tiupan angin rendah maka bunyian buzer adalah perlahan dan jika
kelajuan tiupan angin tinggi maka bunyian buzer semakin kuat.
iii. Potensi tenaga angin untuk menggantikan sumber bahan api fosil dalam menghasilkan
tenaga elektrik sangat tinggi kerana tenaga angin merupakan tenaga yang bersih dan
tidak akan luput atau habis. Bahan api fosil ialah sumber yang tidak boleh baharu dan
menjadi penyumbang utama terhadap pembebasan gas rumah hijau selain pencemaran
udara.

ASAS KELESTARIAN 123

AKTIVITI 7
SISTEM PENGANGKAT HIJAU

124 ASAS KELESTARIAN

AKTIVITI 7

SISTEM PENGANGKAT HIJAU



7.0 TAJUK
Sistem Pengangkat Hijau

7.1 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU
Konsep TH yang diaplikasikan dalam aktiviti ini adalah seperti maklumat di bawah:

Sektor Aplikasi Teknologi Hijau
• Sistem Pengurusan Tenaga (Energy
i. Industri
(Industry) Management System) di bawah Kecekapan
Tenaga (Energy Efficiency).
ii. Pengurusan Sisa dan Air Sisa
(Waste and Wastewater Management) • Pengasingan dan Kitar Semula
(Separation and Recycling)

7.2 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU DALAM ASAS KELESTARIAN

Aktiviti mereka bentuk model Sistem Pengangkat Hijau adalah berasaskan kepada sistem
kawalan hidraulik. Reka bentuk Model Sistem Pengangkat Hijau bertujuan untuk menjana
kreativiti pelajar dalam meneroka kepelbagaian Sektor Industri. Sektor Industri (Industry) bagi kategori
Kecekapan Tenaga (Energy Efficiency) boleh ditingkatkan melalui aplikasi Sistem Pengurusan Tenaga
(Energy Management System). Dalam Sistem Pengurusan Tenaga, pemilihan sistem kawalan hidraulik
menjadi konsep asas mereka bentuk Sistem Pengangkat Hijau. Konsep sistem kawalan hidraulik
merupakan satu konsep litar paip tertutup (enclosed piping circuit). Sistem ini menggunakan
bendalir bertekanan (termampat) untuk membolehkan berlakunya kawalan terhadap daya
dan gerakan. Tenaga yang terhasil daripada bendalir yang termampat dipindahkan kepada
penggerak. Selain itu juga terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi tekanan
mampatan di dalam salur getah model Sistem Pengangkat Hijau. Antara faktor yang
mempengaruhi tekanan mampatan ialah penggunaan salur getah yang berdiameter kecil,
terlalu panjang, banyak penyambungan dan bengkokan serta kelikatan bendalir yang terlalu tinggi.
Bagi mereka bentuk Sistem Pengangkat Hijau, penggunaan bahan kitar semula di bawah kategori
Pengasingan dan Kitar Semula adalah salah satu inisiatif bagi mengurangkan sisa yang dibuang.

ASAS KELESTARIAN 125

7.3 KERJAYA DALAM TEKNOLOGI HIJAU

• Juruteknik Mekanikal
• Penyelia Sistem Hidraulik
• Penolong Jurutera Mekanikal
• Mekanik Sistem Hidraulik

7.4 SOALAN UTAMA

i. Apakah ciri-ciri lestari dalam mereka bentuk Sistem Pengangkat Hijau ?
ii. Bagaimanakah konsep TH boleh menjana idea untuk digunakan dalam penghasilan Sistem

Pengangkat Hijau ?
iii. Apakah faktor yang mempengaruhi tekanan mampatan di dalam sistem hidraulik ?
iv. Apakah sumbangan hasil reka bentuk model Sistem Pengangkat Hijau yang mengaplikasikan

konsep TH dalam melestarikan kehidupan dari aspek alam sekitar, ekonomi dan sosial ?

7.5 TUJUAN PEMBELAJARAN

Membangunkan kreativiti murid dalam penyelesaian masalah dan penghasilan idea,
meningkatkan keupayaan teknik pemikiran kritis dan membudayakan pemikiran melalui proses kerja
projek ke arah penghasilan produk yang mengaplikasi TH dalam Sektor Industri dan Pengurusan
Sisa dan Air Sisa yang lebih lestari dalam kehidupan.

7.6 STRATEGI PENGAJARAN

Strategi pengajaran yang digunakan adalah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP). Pembelajaran
Berasaskan Projek (PBP) adalah proses pembelajaran secara berkumpulan yang berfokuskan
kepada hasil produk yang terdiri daripada hasil tugasan secara terancang dalam jangka masa yang
tertentu.

Kaedah PBP ini menekankan kepada aktiviti berkumpulan dalam menyelesaikan permasalahan
bagi penghasilan produk. Murid-murid akan diberi tugasan yang merupakan masalah yang perlu
diselesaikan secara sistematik mengikut aktiviti-aktiviti yang disediakan.

7.7 LATAR BELAKANG

Aktiviti Sistem Pengangkat Hijau ini berfokus kepada penggunaan Sistem Pengurusan
Tenaga sebagai salah satu daripada kategori Kecekapan Tenaga dalam Sektor Industri. Bagi
aktiviti Sistem Pengangkat Hijau, kawalan pergerakan turun naik jambatan dikawal menggunakan
Sistem Kawalan Hidraulik. Murid diminta untuk mereka bentuk Sistem Pengangkat Hijau dengan
menggunakan bahan kitar semula daripada kategori Pengasingan dan Kitar Semula dalam Sektor
Pengurusan Sisa dan Air Sisa. Murid kemudiannya diminta untuk memerhati tindak balas
penggerak apabila daya dikenakan di dalam salur getah yang berbeza panjang dan diameter.
Di akhir aktiviti, murid boleh menerangkan kepentingan aplikasi TH dalam mereka bentuk produk
dan menjelaskan sumbangan reka bentuk yang dihasilkan dalam kehidupan seharian yang lestari.

126 ASAS KELESTARIAN

7.8 GLOSARI
Bahan kitar semula - Bahan buangan seperti tin, botol, kertas yang telah digunakan yang
diproses semula supaya dapat digunakan semula.
Hidraulik - Digerakkan atau dijalankan oleh bendalir.
Kecekapan Tenaga - Bermaksud penggunaan tenaga yang kurang untuk menjalankan kerja-kerja
yang sama atau lebih tanpa menjejaskan keselesaan atau hasil yang diingini.
Kitar Semula - Kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud
menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan
produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada
sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar,
kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas dikumpul,
diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.
Lestari – Tidak berubah-ubah, kekal, tetap; melestarikan, menetapkan, mengekalkan. Contoh:
kelestarian hutan, kelestarian keadaan (hutan, persekitaran, dan lain-lain) yang tidak berubah atau
yang terpelihara seperti asal.
Pengurusan Sisa - Pemungutan, pengangkutan, pemprosesan, pengitaran semula atau
pembuangan, dan pengawasan bahan sisa.
Pengurusan Sisa dan Air Sisa - Apa sahaja lebihan, keluaran yang tidak dikehendaki ataupun
apa-apa bahan yang perlu dilupuskan kerana sudah rosak, pecah atau lusuh. Sisa boleh dijana
melalui beberapa medium antaranya sisa isi rumah, sisa industri, sisa pembinaan, sisa komersial
serta sisa khas yang perlu dilupuskan menggunakan kaedah-kaedah tertentu kerana berbahaya
dan memudaratkan kesihatan. Pengurusan sisa dan air sisa ialah satu kaedah untuk mengurus
pelbagai jenis medium sisa bagi meminimumkan kesan pembuangan sisa terhadap alam.
Teknologi Hijau - Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara
alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif
daripada aktiviti manusia.

ASAS KELESTARIAN 127

7.9 PEMBINAAN SISTEM PENGANGKAT HIJAU

Objektif
Mengaplikasikan konsep TH dalam kategori Kecekapan Tenaga iaitu Sistem Pengurusan Tenaga
dan kategori Pengasingan dan Kitar Semula bagi mereka bentuk model Sistem Pengangkat Hijau.

Jam Pertemuan
Dicadangkan 15 jam pertemuan untuk keseluruhan aktiviti mereka bentuk model Sistem
Pengangkat Hijau.

Latar Belakang Sektor Model

Aktiviti Industri Contoh : Reka Bentuk Sistem
(Industry) Pengangkat Hijau
Sistem
Pengangkat • Kecekapan Tenaga
(Energy Efficiency)
Hijau
• Sistem Pengurusan
Tenaga
(Energy Management
System)

Pengurusan Sisa dan Air
Sisa
(Waste and Wastewater
Management)

• Pengasingan dan Kitar
Semula
(Separation and
Recycling)

Bahan dan Peralatan

i. 2 batang picagari
ii. Bahan kitar semula (digunakan untuk Sistem Pengangkat Hijau)
iii. Saluran getah yang panjang dan pendek
iv. Saluran getah yang berdiameter besar dan kecil
v. Batang besi
vi. Air
vii. Pistol perekat panas (hot glue gun) dan batang perekat (glue stick)

128 ASAS KELESTARIAN

Kaedah

Kaedah untuk membangunkan model Sistem Pengangkat Hijau ialah:

Langkah 1: Murid dikehendaki menganjurkan sesi penjanaan minda (brainstorming) dalam
kumpulan kecil yang terdiri daripada tiga (3) hingga empat (4) orang untuk
membincangkan brif reka bentuk model Sistem Pengangkat Hijau dalam Jadual 1.

Langkah 2: Melalui sesi penjanaan minda, murid dikehendaki berbincang tentang cara mereka
bentuk model Sistem Pengangkat Hijau dengan menggunakan Kecekapan Tenaga

dan Pengasingan dan Kitar Semula.

Jadual 1: Jadual Brif Reka Bentuk Sistem Pengangkat Hijau

Situasi dan Masalah Brif Reka Bentuk

Situasi :
Pada masa kini, kebanyakan sistem
pengangkat banyak digunakan bagi
memudahkan kerja-kerja manusia dalam
mengangkat dan mengangkut benda-benda
berat.

Masalah: Mereka bentuk Sistem Pengangkat Hijau
Sistem pengangkat sedia ada menggunakan dalam Sektor Industri di bawah kategori
tenaga elektrik. Tenaga elektrik yang Kecekapan Tenaga dengan mengaplikasikan
dihasilkan sekarang kebanyakannya Sistem Pengurusan Tenaga.
menggunakan tenaga fosil. Penggunaan
tenaga fosil membawa kepada pembebasan
gas rumah hijau (Green House Gases, GHG)
yang memberi kesan yang besar kepada
perubahan iklim dan peningkatan suhu.
Pembuangan sisa yang tidak terkawal juga
menyebabkan peningkatan pembebasan
GHG. Masalah ini adalah masalah global,
maka penyelesaian boleh dilakukan
berasaskan konsep TH.

• Daripada brif di atas murid dikehendaki menjalankan kajian dan penyelidikan lanjut untuk
mendapatkan maklumat.

• Isikan sektor TH yang akan diaplikasikan serta tempoh masa siap dan peralatan yang
digunakan dalam jadual di bawah:

Sektor TH yang Diaplikasikan

Anggaran Tempoh Masa Projek Siap Peralatan yang Digunakan

ASAS KELESTARIAN 129

Langkah 3: Murid hendaklah membuat lakaran idea awalan produk dalam Jadual 2. Melalui
lakaran idea awalan, gabungan komponen yang digunakan boleh digambarkan
dengan lebih jelas sebelum model Sistem Pengangkat Hijau dibangunkan.
Jadual 2: Lakaran Idea Awalan
Lakaran Idea Awalan

130 ASAS KELESTARIAN

Langkah 4: Selepas pemilihan satu idea awalan yang terbaik, murid dikehendaki membuat
sekurang-kurangnya tiga lakaran pengembangan idea dalam Jadual 3. Melalui
lakaran pengembangan idea, murid dapat menggambarkan model Sistem
Pengangkat Hijau yang ingin dibangunkan dengan lebih jelas. Oleh itu, reka bentuk
produk tersebut boleh dilakarkan dengan lebih baik dan bersesuaian dengan
komponen yang hendak digunakan.
Jadual 3: Lakaran Pengembangan Idea
Lakaran Pengembangan Idea
Lakaran 1

Lakaran 2

Lakaran 3

ASAS KELESTARIAN 131

Langkah 5: Selepas memilih idea yang hendak dibina, murid dikehendaki membuat beberapa
lukisan kerja sebelum model produk Sistem Pengangkat Hijau dibangunkan dengan
menggunakan Jadual 4. Lukisan kerja ini akan menjadi panduan asas kepada murid
untuk membangunkan produk tersebut.
Jadual 4: Lukisan Isometri Model Produk Sistem Pengangkat Hijau
Lukisan Isometri

132 ASAS KELESTARIAN

Langkah 6: Untuk memulakan kerja-kerja pembangunan, murid juga perlu mengisi Jadual 5 bagi
menentukan pemilihan bahan yang hendak digunakan dan anggaran kos
pembangunan yang diperlukan. Murid akan dapat merancang pembangunan
tersebut dengan lebih berkesan dalam menghasilkan model Sistem Pengangkat
Hijau yang lebih baik.

Jadual 5: Pemilihan Bahan Untuk Membangunkan Produk

Bil Cadangan Bahan Anggaran Kos

Komponen Kategori Bahan Bahan

1 Rangka Model Bahan Batang aiskrim yang RM 0
Kepingan diguna semula

Jumlah Keseluruhan

Langkah 7: Murid perlu memilih Sektor TH yang terlibat dalam penghasilan produk Sistem
Pengangkat Hijau dengan menggunakan Jadual 6.

Jadual 6: Kriteria TH dalam Penghasilan Produk Sistem Pengangkat Hijau

Bil Sektor TH Tandakan ( ) pada
Sektor yang Terlibat

1 Sektor Bekalan Tenaga (Energy Supply)

2 Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa (Waste and
Wastewater Management)

3 Sektor Pengangkutan (Transport)

4 Sektor Bangunan (Building)

5 Sektor Industri (Industry)

6 Sektor Pertanian dan Perhutanan (Agriculture and Forestry)

ASAS KELESTARIAN 133

Langkah 8: Bagi menguji reka bentuk, murid perlu mengikut kriteria pengujian reka bentuk dengan
menggunakan Jadual 7.

Jadual 7: Kriteria Pengujian Reka Bentuk Produk Sistem Pengangkat Hijau

Sila pilih skala 1 (Sangat Lemah) hingga 5 (Sangat Baik) bagi menilai model produk Sistem
Pengangkat Hijau yang telah anda bangunkan.

Bil Kriteria Pengujian Reka Bentuk Skala Penilaian
1 2345
1 Keselamatan
2 Kefahaman
3 Fungsi
4 Andaian saintifik
5 Bentuk keseluruhan
6 Sistem mekanikal
7 Mesra alam
8 Sambungan
9 Kesesuaian bahan
10 Ergonomik
11 Jenis Pengujian

Jenis pengujian untuk semua produk adalah Ujian Parameter. Sila isikan ruangan
penerangan untuk setiap kriteria untuk menguji produk anda.

Kriteria Penerangan

i. Manusia

ii. Fungsi

iii. Kekuatan

iv. Estetika

v. Bahan

134 ASAS KELESTARIAN

Langkah 9: Akhirnya, murid dikehendaki membuat pendokumentasian dengan menghasilkan folio
reka bentuk yang mengandungi perkara berikut:

a) Penerangan situasi dan masalah
b) Brif reka bentuk
c) Penerangan tentang maklumat yang telah dikumpul
d) Cadangan idea awalan
e) Pemilihan idea
f) Pengembangan idea
g) Penerangan idea penyelesaian dan perincian
h) Penyediaan lukisan isometri
i) Pembinaan model
j) Pengujian dan laporan pengujian

Langkah 10: Murid dikehendaki membentangkan hasil produk Sistem Pengangkat Hijau mereka
berdasarkan rubrik yang disertakan.

Maklumat Untuk Guru

Pembinaan Sistem Pengangkat Hijau

Langkah 1
• Sediakan bahan dan peralatan yang diperlukan untuk mereka bentuk model Sistem
Pengangkat Hijau.

Langkah 2
• Sambungkan kedua-dua picagari dengan menggunakan salur getah seperti di dalam
Gambar 16.

Langkah 3
• Picagari 1 berfungsi sebagai pengatur yang digunakan untuk mengatur turun dan naik
jambatan manakala picagari 2 berfungsi sebagai penggerak yang akan mendorong
jambatan untuk bergerak naik dan turun.

Langkah 4
• Sambungkan picagari 2 yang berfungsi sebagai penggerak dengan Sistem Pengangkat
Hijau seperti dalam Gambar 18.

Langkah 5
• Setelah kedua-dua picagari dipasang, masukkan air ke dalam picagari 1.

ASAS KELESTARIAN 135

Langkah 6
• Tekan picagari 1 dan pastikan tiada kebocoran pada salur getah (Gambar 17).

Gambar 16 Gambar 17
Sambungkan kedua-dua picagari Pastikan tiada kebocoran

dengan salur getah pada salur getah

Selepas model dibina,

i. Pengujian Produk
a) Murid membuat pengujian model Sistem Pengangkat Hijau yang telah siap direka bentuk
dengan menggunakan:
• Pengujian saluran getah yang panjang dan pendek
• Pengujian saluran getah yang berdiameter besar dan kecil

b) Catatkan pemerhatian daripada pengujian di atas.

Gambar 18
Picagari 2 berfungsi sebagai penggerak yang akan mendorong jambatan untuk

naik dan turun

136 ASAS KELESTARIAN

ii. Pendokumentasian
a) Murid merekod dapatan dan menulis laporan projek mengikut langkah-langkah seperti
butiran dalam Langkah 9.
b) Murid perlu menggunakan Jadual 8 sebagai senarai semak untuk penghasilan folio reka
bentuk serta lampirkan dalam folio mereka. Sila tandakan ( ) jika kriteria tersebut telah
dipenuhi dalam proses penghasilan folio reka bentuk.

Jadual 8: Senarai Semak Kriteria Penghasilan Folio Reka Bentuk ()

Bil Kriteria
1 Penerangan situasi dan masalah
2 Brif reka bentuk
3 Penerangan tentang maklumat yang telah dikumpul
4 Cadangan idea awalan
5 Pemilihan idea
6 Pengembangan idea
7 Penerangan idea penyelesaian dan perincian
8 Penyediaan lukisan isometri
9 Pembinaan model
10 Pengujian dan laporan pengujian

iii. Pembentangan Hasil Produk
a) Murid akan membentangkan hasil kerja mereka iaitu Sistem Pengangkat Hijau
menggunakan konsep Sistem Kawalan Hidraulik.
b) Murid hendaklah membincangkan ciri-ciri lestari dalam mereka bentuk Sistem Pengangkat
Hijau iaitu dengan mengaitkan TH bagi Sektor Industri dan Pengurusan Sisa dan Air Sisa.

Pemerhatian

i. Bagaimanakah kendalian model Sistem Pengangkat Hijau ?
ii. Apakah yang berlaku kepada Sistem Pengangkat Hijau apabila panjang dan diameter salur

getah berbeza digunakan ?

Soalan Perbincangan

i. Apakah fungsi cecair hidraulik dalam model Sistem Pengangkat Hijau ?
ii. Apakah kelebihan dan kekurangan sistem hidraulik model Sistem Pengangkat Hijau ?
iii. Apa pendapat anda tentang kelebihan menggunakan sistem hidraulik dalam kehidupan

lestari yang mengaplikasikan TH ?
iv. Berikan contoh-contoh teknologi yang mengaplikasikan prinsip sistem hidraulik.

ASAS KELESTARIAN 137

Kesimpulan

Reka bentuk Sistem Pengangkat Hijau menggunakan Sistem Kawalan Hidraulik di dalam Sistem
Pengurusan Tenaga menjadi konsep asas mereka bentuk Sistem Pengangkat Hijau. Reka
bentuk model Sistem Pengangkat Hijau bertujuan untuk menjana kreativiti pelajar dalam
meneroka kepelbagaian Sektor Industri. Sektor Industri (Industry) bagi kategori Kecekapan
Tenaga (Energy Efficiency) boleh ditingkatkan melalui aplikasi Sistem Pengurusan Tenaga
(Energy Management System). Pembinaan model Sistem Pengangkat Hijau yang menggunakan
bahan kitar semula adalah termasuk dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa bagi kategori
Pengasingan dan Kitar Semula.

7.9.1 SUMBER RUJUKAN

i. How To Make A Popsicle Stick Bridge
https://youtu.be/b9niG8

ii. LIFTING JACK - ENGLISH - Hydraulic Jack! From Ice Cream Sticks
https://youtu.be/Eh0ka8

iii. Hydraulic Bridge
https://youtu.be/LY_jSUCb7eE

iv. Hydraulic Bridge
https://youtu.be/B2_aghZepiE

v. Hydraulic Bridge By Danu
https://youtu.be/APfZZEW1i6w

vi. Hydraulic System - ECTC
http://www.ectc.entercoridor.com/index.php/kursus-1-malaysia/hydraulic-system

7.9.2 CADANGAN JAWAPAN SOALAN PERBINCANGAN

i. Fungsi cecair hidraulik berfungsi sebagai medium untuk pemindahan atau penghantar tenaga.
ii. Antara kelebihan dan kelemahan sistem hidraulik adalah seperti berikut:

• Kelebihan sistem hidraulik:
o Reka bentuk lebih mudah.
o Kebolehlenturan (hos dan paip).
o Mudah dikawal.
o Kelinciran (pergerakan lebih senyap); kurang getaran.
o Kawalan daya lebih mudah.

• Kekurangan sistem hidraulik:
o Minyak hidraulik meremehkan sistem.
o Kebocoran tidak boleh dikawal sepenuhnya.
o Penyelengaraan mengambil masa yang lama.
o Sistem hidraulik sensitif pada kotoran dalam minyak.

iii. Tidak memerlukan penggunaan tenaga elektrik dalam menggerakkan alat digantikan dengan
sistem hidraulik di mana hanya memerlukan tenaga yang kecil tetapi masih boleh
menggerakkan beban yang berat. Hal ini membantu Sektor Industri dalam penggunaan
tenaga secara cekap yang mengurangkan pembebasan GHG.

iv. Antara peralatan yang menggunakan sistem hidraulik seperti pam hidraulik, mesin pengimpal,
jentera pengangkut, kren, jentolak, brek kereta, jek kereta.

138 ASAS KELESTARIAN

PANEL PENULIS

1. Dr. Khairul Azhar Mat Daud Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan,
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
2. Dr. Segar a/l Raja Manickam
3. Latifah Abdul Aziz Politeknik Seberang Perai,
4. Paunggin @ Justin Ransoi Pulau Pinang
5. Yasmin Azmi
Politeknik Seberang Perai,
Pulau Pinang

SM St John Tuaran, Sabah

SMK Sultanah Bahiyah, Kedah

TURUT MENYUMBANG

1. Prof. Haslan Abu Hassan Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu (KTP)
2. Dr. Mardiana Idayu Ahmad Universiti Sains Malaysia (USM)

Pusat Pengajian Teknologi Industri, USM

3. Prof. Madya Dr. Mohd Suffian Yusoff Timbalan Ketua Kluster Pengurusan Sisa
Pepejal (SWAM@USM), USM

4. Prof. Madya Dr. Mohd Wira Mohd Pengarah Pusat Pendidikan dan

Shafiei Latihan Tenaga Boleh Baharu,

Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau

(CETREE), USM

5. Prof. Madya Dr. Soib Taib Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik
dan Elektronik, USM

ASAS KELESTARIAN 139

PENGHARGAAN

1. Puan Rozainum Ahmad Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
2. YBhg. Datin Dr. Ng Soo Boon (BKK)

3. YBrs. Dr. Rusilawati Othman Timbalan Pengarah Sains, Teknologi,
4. Tuan Hj. Naza Idris Saadon Kejuruteraan dan Matematik,
5. Puan Zalina Kamis Bahagian Pembangunan Kurikulum
6. Puan Norhashimah Ismail (BPK)
7. Puan Suriani Ngatiman
8. Encik Kasdi Kamin Ketua Sektor Sains dan Matematik, BPK
9. Puan Norfadhillah Yusoff
10. Encik Anandan a/l Kanniapan Ketua Sektor Pendidikan Teknik dan
11. Puan Nor’Aidah Nordin Vokasional, BPK

Penolong Pengarah Sub Unit Sains, Matematik
dan Teknologi, BKK

Penolong Pengarah Unit Kejuruteraan Awam,
BPK

Penolong Pengarah Unit Kejuruteraan Awam,
BPK

Penolong Pengarah Unit Sains
Menengah, BPK

Penolong Pengarah Unit Sains Tulen, BPK

Penolong Pengarah Unit Sains Tulen, BPK

Penolong Pengarah Unit Sains Tulen, BPK

140 ASAS KELESTARIAN

ASAS KELESTARIAN 141

142 ASAS KELESTARIAN


Click to View FlipBook Version