The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penerbitan Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA) bagi semua sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia merupakan satu usaha mensejahterakan minda murid
oleh pihak Unit Pengurusan Kaunseling dan Kerjaya Murid, Bahagian Pengurusan Sekolah
Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ijoe2074, 2022-11-06 23:21:46

Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA)

Penerbitan Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA) bagi semua sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia merupakan satu usaha mensejahterakan minda murid
oleh pihak Unit Pengurusan Kaunseling dan Kerjaya Murid, Bahagian Pengurusan Sekolah
Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Keywords: KPM,KKM,MINDASIHAT

MOTIVASI (MOTIVATION)
LAMPIRAN 5

MODUL PRISMA | 30

MOTIVASI (MOTIVATION)

AKTIVITI 7 : DIRIKU SANGAT BERHARGA

OBJEKTIF :

Pada akhir aktiviti, murid dapat;
1. mengenal pasti sebab-sebab yang mengganggu kesejahteraan emosi,
2. menguruskan emosi dengan baik,
3. menyelesaikan masalah dengan yakin.

MASA : 30 Minit

BAHAN : Kertas A4 dan pensel warna

LANGKAH :

1. Murid diberikan sehelai kertas A4 dan alat tulis.
2. Murid diminta menyatakan satu masalah yang dihadapi dalam kehidupan.
3. Murid diminta melukis gambar pokok seperti dipaparkan dan mengisi ruang

yang disediakan.
4. Setiap murid akan diminta membentangkan hasil kerja mereka dengan

bimbingan GBK.
5. Murid mendengar refleksi dan falsafah yang diterangkan oleh GBK.

FALSAFAH :

i. Semua masalah ada jalan penyelesaiannya.
ii. Melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis.
iii. Mempercayai bahawa setiap orang adalah pakar dalam kehidupan mereka

sendiri. (Solution Focus Brief Therapy)

MODUL PRISMA | 31

MOTIVASI (MOTIVATION)
LAMPIRAN 6

MODUL PRISMA | 32

MOTIVASI (MOTIVATION)
EDARAN GURU

MODUL PRISMA | 33

MOTIVASI (MOTIVATION)

AKTIVITI 8 : JURNAL SKRIP POSITIF (J.S.P)

OBJEKTIF :

Pada akhir aktiviti, murid dapat;
1. menyenaraikan perkara yang positif / yang baik tentang diri,
2. berdialog dengan diri sendiri menggunakan ayat positif,
3. rasional dan yakin dalam mengurus emosi dengan baik.

MASA : 40 Minit

BAHAN : Lampiran 7 - Jurnal Skrip Positif

LANGKAH :

1. Murid diberikan penerangan tentang skrip positif diri.
2. Murid membuat jurnal bicara diri.
3. Setiap murid akan diminta untuk berkongsi jurnal mereka dengan bimbingan

GBK.
4. Murid perlu membuat simulasi/contoh bagaimana cara mereka melakukan

bicara diri.
5. Murid mendengar refleksi dan falsafah yang diterangkan oleh GBK.

FALSAFAH :

i. Emosi dapat dikawal dengan meningkatkan peneguhan diri.
ii. Percakapan akan mempengaruhi fikiran dan tindakan kita.
iii. Kata-kata yang baik kepada diri akan meningkatkan keyakinan dan kemampuan

diri.

MODUL PRISMA | 34

MOTIVASI (MOTIVATION)
LAMPIRAN 7

MODUL PRISMA | 35

MOTIVASI (MOTIVATION)
EDARAN GURU

MODUL PRISMA | 36

EMPATI (EMPHATY)

AKTIVITI 9 : SERLAHKAN EMPATI

OBJEKTIF :

Pada akhir aktiviti, murid dapat;
1. mengenal pasti emosi orang lain,
2. memberi maklum balas dengan berhemah berdasarkan situasi,
3. meningkatkan rasa empati.

MASA : 30 Minit

BAHAN : Lampiran 8 – Serlahkan Empati

LANGKAH :

1. Murid menerima edaran kertas lampiran.
2. Murid diminta menggariskan emosi yang dinyatakan.
3. Beberapa orang murid diminta membacakan emosi yang digariskan.
4. Murid diminta memberi respon berdasarkan situasi emosi yang dinyatakan.
5. Murid membentangkan hasil dapatan aktiviti.
6. Murid mendengar refleksi dan falsafah yang diterangkan oleh GBK.

FALSAFAH :

Cubit paha kanan, paha kiri sakit juga

MODUL (PRISMA) | 37

EMPATI (EMPHATY)
LAMPIRAN 8

MODUL PRISMA | 38

EMPATI (EMPHATY)

AKTIVITI 10 : PETA EMPATI

OBJEKTIF :

Pada akhir aktiviti, murid dapat;
1. menjelaskan maksud empati,
2. mengaplikasikan kemahiran empati dalam komunikasi,
3. membantu orang lain dalam menyelesaikan isu yang dihadapi melalui

perkongsian perasaan dan komunikasi berkesan.

MASA : 30 minit

BAHAN : Lampiran 9 - Peta Empati
: Kertas nota berpelekat (pelbagai warna)

LANGKAH :

1. Murid mendengar penerangan maksud empati.
2. Murid diberikan Lampiran 9 dan kertas nota berpelekat.
3. Murid diminta menuliskan satu isu/masalah yang dihadapi oleh remaja di atas

kertas nota lekat, sebagai contoh buli emosi/body shaming dan
menampalkannya di ruangan isu.
4. Murid mengenal pasti dan menulis di atas kertas nota berpelekat apa yang ingin
mereka dengar, fikirkan, lihat, katakan dan lakukan lalu menampalkannya di
ruangan dalam bulatan (harapan kami).
5. Apabila bahagian dalam bulatan (harapan kami) selesai, isikan bahagian luar
bulatan (realiti) melalui setiap enam bahagian sekali lagi dan fokus pada
perkara yang mungkin didengar, difikirkan, dilihat, dilakukan, dan dirasakan oleh
murid berdasarkan realiti sebenar.
6. Murid dan guru membincangkan realiti sebenar yang berlaku berdasarkan
harapan murid.
7. Murid mendengar refleksi dan falsafah yang diterangkan oleh GBK.

FALSAFAH :

i. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
ii. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

MODUL PRISMA | 39

EMPATI (EMPHATY)
LAMPIRAN 9

MODUL PRISMA | 40

EMPATI (EMPHATY)
EDARAN GURU

MODUL PRISMA | 41

KEMAHIRAN SOSIAL (SOCIAL SKILLS)

AKTIVITI 11 : BANGKIT SEMULA

OBJEKTIF :

Pada akhir aktiviti, murid dapat :
1. menjelaskan kemahiran gaya daya tindak,
2. mengaplikasikan kemahiran gaya daya tindak dalam situasi mencabar,
3. meningkatkan keyakinan apabila berhadapan situasi mencabar.

MASA : 30 minit

BAHAN : Lampiran 10 - Nota Kemahiran Gaya Daya Tindak
: Lampiran 11 - Borang Kemahiran Gaya Daya Tindak

LANGKAH :

1. Murid diberi penjelasan mengenai kemahiran daya tindak.
2. Murid diminta menyatakan Kemahiran Gaya Daya Tindak masing-masing

mengikut situasi semasa dalam Lampiran 11 - Borang Kemahiran Gaya Daya
Tindak.
3. Murid berkongsi kemahiran gaya daya tindak yang telah dibuat sebentar tadi.
4. Murid dan GBK merumuskan aktiviti yang dijalankan.

FALSAFAH :

i. Enggan seribu daya mahu sepatah kata – Kalau tidak suka biasanya banyak
alasannya

ii. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga
ke hulu - Segala daya upaya akan dilakukan untuk menyampaikan maksud.

MODUL PRISMA | 42

KEMAHIRAN SOSIAL (SOCIAL SKILLS)
EDARAN GURU

MODUL PRISMA | 43

KEMAHIRAN SOSIAL (SOCIAL SKILLS)
LAMPIRAN 11

MODUL PRISMA | 44

KEMAHIRAN SOSIAL (SOCIAL SKILLS)

AKTIVITI 12 : 30 HARI MENCINTAI DIRI (MINDFULNESS)

OBJEKTIF :

Pada akhir aktiviti, murid dapat ;
1. mengetahui tentang kesedaran kendiri,
2. mengurus emosi dengan baik,
3. meningkatkan semangat positif dalam diri.

MASA : 30 minit

BAHAN : Lampiran 12 - 30 Hari Mencintai Diri

LANGKAH :

1. Murid diberikan maklumat tentang kesedaran kendiri (mindfulness).
2. Murid diberikan edaran Lampiran 12 - 30 Hari Mencintai Diri oleh GBK.
3. Murid diberi panduan untuk mengaplikasikan aktiviti 30 hari mencintai diri oleh

GBK.
4. Murid mengisi petak kosong dengan aktiviti yang bersesuaian dengan diri murid

bagi meningkatkan kesedaran kendiri.
5. Murid dan GBK membuat rumusan terhadap aktiviti yang dijalankan.

FALSAFAH :

Ketidaksempurnaan itu indah. Kita semua tidak sempurna. Jika semuanya lahir
sempurna, kita tidak akan pernah belajar dan tidak akan pernah berkembang –
‘Beyonce’

MODUL PRISMA | 45

KEMAHIRAN SOSIAL (SOCIAL SKILLS)
LAMPIRAN 12

MODUL PRISMA | 46

KEMAHIRAN SOSIAL (SOCIAL SKILLS)
EDARAN GURU

MODUL PRISMA | 47

SOALAN PASCA

SOALAN PASCA (SEKOLAH MENENGAH)

Kerjasama anda dimohon untuk menjawab maklum balas berikut dengan jujur dan
terbuka berdasarkan penyataan berikut yang mengambarkan diri anda. Terima kasih.

1-Sangat Tidak Setuju (STS)
2-Tidak Setuju (TS)
3-Tidak Pasti (TP)
4-Setuju (S)
5-Sangat Setuju (SS)

Bil Penyataan Skala

1 Saya tahu perasaan saya 1 2345

2 Saya dapat membuat keputusan dengan baik 1 2345

3 Saya boleh menilai kemampuan diri saya 1 2345

4 Saya dapat menguruskan emosi dengan berkesan 1 2345

5 Saya dapat menyiapkan tugasan dengan tenang 1 2345

6 Saya boleh mengawal emosi apabila menghadapi 1 2345
keadaan sukar 1 2345
1 2345
7 Saya berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki
kekurangan diri

8 Saya cepat bangkit daripada kekecewaan

9 Saya bersemangat dalam menyelesaikan sesuatu 1 2345
tugasan 1 2345

10 Saya dapat rasa kesusahan orang lain

11 Saya boleh menangani konflik dengan baik 1 2345

12 Saya boleh bekerjasama dalam menyelesaikan masalah 1 2 3 4 5

MODUL PRISMA | 48

RUJUKAN DAN SUMBER

1. https://www.pinterest.com/hsgiveaways/
2. http://homeschoolgiveaways.com/2015/03/free-printables-and-activities-on-

feelings-and-emotions/
3. https://upbility.net/blogs/news/the-emotional-cup
4. http://www.momentsaday.com/positive-self-talk-journal/
5. https://myjourneywithdepression.wordpress.com/2013/02/21/coping-skills-2/

MODUL PRISMA | 49

PENGHARGAAN

PANEL MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) :

1. Encik Mohd Pilus bin Abdullah - BPSH, Kementerian Pendidikan Malaysia

2. Encik Khairul Shahril bin Mamat - Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu

3. Encik Sallehuddin bin Saad - Jabatan Pendidikan Negeri Perlis

4. Encik Mohd Ezuari bin Ahmad - Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

5. Encik Mohd Azirul bin Ismail - Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

6. Encik Mohd Rosny bin Mohd Rasid - Jabatan Pendidikan Negeri Johor

7. Puan Wan Shafiah binti Wan Ab. Rahman - Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

8. Puan Norhuda binti Othman Zailu - Jabatan Pendidikan Negeri Perak

9. Encik Muhammad Fazli bin Abu Bakar - Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

10. Encik Muhamad Nazarul Hazwan bin Abd Razak - Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

11. Encik Muhamad Nasir bin Ali - Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

12. Encik Mohd Redzuan bin Snusi - Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

13. Puan Mardianah binti Haji Mohd Ibno - Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

14. Puan Effa Rinny Octavia binti Paidin - Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

15. Encik Ahmad Subhi Marzuki bin Che Ab Razab - Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur

16. Puan Sadiah bin Jakob - Jabatan Pendidikan WP Labuan

17. Tuan Haji Mohamad Nasir bin Mustapha - Jabatan Pendidikan WP Putrajaya

18. Puan Hartini binti Ahmad - SMK Telok Panglima Garang, Selangor

19. Puan Rabiatul Adawiah binti Ismail - SMK (P) Raja Zarina, Selangor

20. Puan Zubaidah binti Mat @ Ahmad - SMK Kota Kemuning, Selangor

21. Puan Nor Azita binti Buyong - SMK Kajang Utama, Selangor

22. Puan Nur Nadiah binti Maruziki - SMK Agama Tun Rahah, Selangor

22. Puan Nurulhuda binti Ramli - SMK Sungai Besar, Selangor

23. Encik Amirul Amin bin Sa’aroni - SK Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor

24. Puan Wan Noor Asyirah binti Wan Mohd Zaidi - SK Kebun Baru, Selangor

25. Encik Mahyarruddin bin Shuhadi - SK Methodist (ACS), Perak

26. Puan Mahfuzah binti Mahmud - Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehudin, Kedah

27. Puan Hazwani binti Abd Hamid - SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang

28. Cik Siti Khadijah binti Saad - SMK Mentakab, Pahang

29. Puan Zawiah binti Ismail - SM Teknik Melaka, Melaka

30. Puan Noor Hazlina binti Abdul Halim - SMK Durian Tunggal, Melaka

31. Encik Mohd Zahari Safuan bin Draffar - SK Ganun, Melaka

32. Encik Nur Mustaqim bin Abu Bakar - SK Taman Bukit Rambai, Melaka

33. Encik Baharudin bin Abd Rahman - SK Kompleks Seberang Takir, Terengganu

34. Encik Kamaruzaman bin Jalil - SMK Tengku Bariah, Terengganu

35. Encik Marhuzairi bin Maktar - SK Pauh Jaya, Pulau Pinang

36. Puan Siti Aishah binti Abd Talip - SMK Senai, Johor

37. Puan Salzul Rahman bin Mashaddu Rahman - SMK Paduka Tuan, Johor

38. Puan Siti Suhila binti Abdul Rahman - SMK Munshi Sulaiman, Johor

39. Puan Lingeswarry a/p Ramasamy - SK Sawah Dato’, Johor

40. Encik Azizilfikri bin Zahari - SK Kampung Maju Jaya, Johor

41. Puan Cheng Yee Ling - SJKC Keng Koon, Pulau Pinang

MODUL PRISMA | 50

PENGHARGAAN

42. SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR
43. SEMUA JURULATIH UTAMA MINDA SIHAT NEGERI
44. SEMUA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

ILUSTRASI MODUL:

1. Encik Mahyarruddin bin Shuhadi - SK Methodist (ACS), Perak
2. Encik Marhuzairi bin Maktar - SK Pauh Jaya, Pulau Pinang
3. Puan Nurulhuda binti Ramli - SMK Sungai Besar, Selangor

MODUL PRISMA | 51





KATA-KATA ALUAN

DATUK HAJAH NOR ZAMANI BINTI ABDOL HAMID

KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Penerbitan Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA) bagi semua sekolah rendah
dan menengah di seluruh Malaysia merupakan satu usaha mensejahterakan minda murid
oleh pihak Unit Pengurusan Kaunseling dan Kerjaya Murid, Bahagian Pengurusan Sekolah
Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Menerusi dapatan saringan minda sihat
kebangsaan, keperluan untuk melakukan intervensi ke atas murid sasaran ini amat
diperlukan ekoran keputusan yang diperoleh tidak mencapai tahap minima bagi
kesejahteraan mental. Modul ini juga merupakan wadah yang amat penting dalam
merawat emosi murid yang berada pada tahap rendah untuk mengikuti pelbagai aktiviti
terapi emosi bagi mengembalikan emosi mereka ke paras normal atau sejahtera. Modul
(PRISMA) yang diterbitkan ini bakal menjadi salah satu medium rujukan bagi semua Guru
Bimbingan dan Kaunseling (GBK) dalam usaha mencapai aspirasi Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menerusi anjakan 10 dalam memaksimumkan
keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

Meskipun penularan Virus Covid-19 memberikan cabaran dalam menjalankan usaha ini,
namun peningkatan kadar vaksinasi warga Malaysia sangat memberangsangkan.
Keputusan ini membenarkan sesi persekolahan bersemuka dapat dilakukan. Justeru,
semua (GBK) akan dapat melakukan intervensi secara bersemuka dengan lebih berkesan.
Selain itu, kita sebagai warga pendidik harus memastikan keadaan sekolah sentiasa
menjadi institusi yang selamat untuk seluruh warganya.

Pandemik Covid-19 memberikan peluang kepada (GBK) untuk mengubah cara berfikir
dan bertindak secara kritis dan kreatif bagi mengatasi isu berkaitan bimbingan dan
kaunseling khususnya dalam bidang psikososial dan kesejahteraan mental murid.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua Jurulatih Utama Guru Bimbingan dan
Kaunseling Kebangsaan dan Negeri yang telah bertungkus lumus dalam usaha penerbitan
modul ini. Semoga modul ini memberi impak kepada kemenjadian murid dan menjadi
kebanggaan warga Guru Bimbingan dan Kaunseling Malaysia dan Kementerian
Pendidikan Malaysia.

MODUL PRISMA | i

KATA-KATA ALUAN

ENCIK ZAINAL BIN ABAS

PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya berpeluang
merakamkan kata-kata aluan dalam Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA) bagi
semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Unit Pengurusan Kaunseling dan Kerjaya Murid,
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia atas penerbitan
modul ini. Intervensi dalam aspek psikososial dan kesejahteraan mental murid amat
penting dan bermanfaat kepada kumpulan murid sasaran dalam usaha memperkasakan
kemahiran pengurusan emosi juga sosial.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan Jurulatih Utama Kebangsaan dan
Negeri yang bersama-sama menjana idea dalam penghasilan naskhah modul ini. Emosi
murid merupakan elemen terpenting dalam kemenjadian dan kecemerlangan dunia
pendidikan. Kestabilan elemen psikologi ini membantu dalam usaha mencapai kualiti
pembelajaran dan impak sahsiah yang bestari dalam kalangan murid. Sebagai Guru
Bimbingan dan Kaunseling (GBK) di peringkat sekolah haruslah bijak memainkan peranan
utama bagi memastikan intervensi dapat dijalankan dengan berkesan.

Selain itu, saya turut sama menggesa agar jurulatih utama di semua peringkat bersama
(GBK) di seluruh negara untuk terus menjana siri pencambahan idea juga inovasi dalam
mempelbagaikan penghasilan kreativiti untuk dunia pendidikan bimbingan dan kaunseling.
Hasil karya ini mampu memberikan impak pada kecemerlangan akademik, sahsiah dan
kokurikulum murid kerana merupakan hasil didikan kognitif, jiwa dan tingkah laku ke arah
nilai positif sebagai penggalak pembinaan karakter juga kecemerlangan secara total.
Semoga nadi (GBK) mampu membina landskap pendidikan Malaysia menjadi sebuah arena
kecemerlangan global menjelang tahun 2025.

MODUL PRISMA | ii

KATA-KATA ALUAN

ENCIK MOHAMAD FAUZI BIN MAHSON

TIMBALAN PENGARAH,
SEKTOR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, KPM

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Kesihatan Malaysia atas kejayaan
menerbitkan Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA) bagi sekolah rendah dan
menengah. Pembinaan modul ini adalah salah satu komitmen Kementerian Pendidikan
Malaysia dalam usaha untuk merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 – 2025.
Melalui pelan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia terus bertekad untuk meningkatkan
pencapaian murid dengan menyediakan sistem pendidikan yang efisien. Peningkatan kualiti,
ekuiti dan akses dalam pendidikan akan terus diperkukuh untuk memastikan kelangsungan
kejayaan yang telah dicapai sejak negara mencapai kemerdekaan. Di bawah anjakan ke-10
(memaksimumkan keberhasilan murid dalam setiap ringgit), pelbagai program dirangka dan
dilaksanakan di peringkat bahagian dan sekolah bagi merealisasikan aspirasi pelan ini,
khususnya dalam menghasilkan kemenjadian murid dan pembentukan karakter murid.

Ketika negara dilanda wabak pandemik Covid-19, bermula tahun 2020 hingga 2021, ramai
murid yang terkesan dan mengalami gangguan emosi disebabkan penutupan sekolah, faktor
ekonomi keluarga, kehilangan ahli keluarga rapat dan masalah-masalah lain yang timbul
kesan daripada pandemik Covid-19. Berikutan peningkatan kes kesihatan mental murid yang
semakin membimbangkan, kementerian melalui Unit Pengurusan Kaunseling dan Kerjaya
Murid, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, mengambil inisiatif melaksanakan Program
Minda Sihat dalam Kebiasaan Baharu yang dijalankan kepada semua murid sekolah rendah
dan menengah dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran kepentingan penjagaan
kesejahteraan diri dan kesihatan mental murid. Modul Program Intervensi Minda Sihat
(PRISMA) adalah kesinambungan daripada Program Minda Sihat dalam Kebiasaan Baharu
yang memberi fokus kearah peningkatan kemahiran murid meregulasi emosi dengan baik
dan kemahiran gaya daya tindak murid dalam mengendalikan masalah emosi dan tingkah
laku.

Guru Bimbingan dan Kaunseling telah diberi mandat untuk melaksanakan program intervensi
minda sihat ini di sekolah. Diharapkan penghasilan modul ini dapat membantu para Guru
Bimbingan dan Kaunseling dalam melaksanakan program-program intervensi minda sihat di
sekolah dengan lebih teratur dan berkesan.

MODUL PRISMA | iii

ISI KANDUNGAN

1.0 KATA-KATA ALUAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA i
2.0 KATA-KATA ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH ii

HARIAN, KPM iii
3.0 KATA-KATA ALUAN TIMBALAN PENGARAH SEKTOR PENGURUSAN HAL
1
EHWAL MURID, BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, KPM 4
4.0 PROSEDUR PELAKSANAAN 5
5.0 JADUAL PELAKSANAAN PRISMA 6
6.0 TEMPLAT PRA, PASCA DAN PENILAIAN 7
7.0 INSTRUMEN PENILAIAN KEBERKESANAN PRISMA 11
8.0 TEMPLAT DOKUMENTASI 12
9.0 BORANG LAPORAN SUSULAN INTERVENSI 13
10.0 CARTA ANSUR MAJU 14
11.0 STRUKTUR INTERVENSI KHUSUS 16
12.0 LIRIK LAGU TEMA
13.0 SOALAN PRA 17
20
14.0 KESEDARAN KENDIRI (SELF - AWARENESS) 23
13.1 AKTIVITI 1 : JOM KENALI EMOSI 25
13.2 AKTVITI 2 : TERMOMETER EMOSI
13.3 AKTIVITI 3 : CHICI CHACA EMOSIKU 27
13.4 AKTIVITI 4 : TEKNIK DAUN LURUH 30
33
15.0 REGULASI KENDIRI (SELF - REGULATION) 35
14.1 AKTIVITI 5 : DI SAAT DIRIKU TERSAKITI
14.2 AKTIVITI 6 : APA SAYA BUAT BILA MARAH 38
14.3 AKTIVITI 7 : TENANGKAN MINDA 41
14.4 AKTIVITI 8 : JAGA DIRIMU SELALU 43
46
16.0 MOTIVASI (MOTIVATION) 47
15.1 AKTIVITI 9 : JOM URUS RASA MARAH 48
15.2 AKTIVITI 10 : FUH….FUH….
15.3 AKTIVITI 11 : TEROPONG DIRI

17.0 SOALAN PASCA
18.0 RUJUKAN ATAU SUMBER
19.0 PENGHARGAAN

MODUL PRISMA | iv

PROSEDUR PELAKSANAAN

SEBELUM
1.0 Pelaksanaan Fasa Kenal Pasti Peserta

Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) akan menganalisa hasil Saringan Minda Sihat
dan mengenal pasti murid yang memilih jawapan YA pada item nombor 12 dalam
soal selidik pengurusan emosi untuk menjadi peserta program. GBK juga perlu
memilih peserta untuk menjadi kumpulan kawalan sama bilangan mengikut
peserta kumpulan rawatan. GBK meminta peserta kumpulan kawalan menjawab
soalan pra dan soal selidik pengurusan emosi. Pihak sekolah perlu memaklumkan
kepada semua peserta dan ibu bapa atau penjaga berkaitan pelaksanaan Program
Intervensi Minda Sihat (PRISMA) beserta jadual aktiviti untuk makluman dan
memastikan mereka memberi komitmen dalam program ini.

2.0 Dokumen

2.1 Analisa Dapatan Saringan Minda Sihat
2.2 Senarai Nama Peserta Kumpulan Kawalan
2.3 Soalan Pra
2.4 Soal Selidik Pengurusan Emosi
2.5 Senarai Nama Peserta Program
2.6 Surat Makluman Kepada Ibu Bapa atau Penjaga
2.7 Borang Kebenaran Ibu Bapa atau Penjaga
2.8 Senarai Keperluan Program
2.9 Jadual Pelaksanaan Program

MODUL PRISMA | 1

PROSEDUR PELAKSANAAN

SEMASA
1.0 Pelaksanaan Fasa Intervensi
Fasa Intervensi akan dimulakan dengan soalan pra dan soal selidik pengurusan
emosi melalui pautan google form. Dapatan soalan pra dan soal selidik pengurusan
emosi akan dikongsi bersama GBK sekolah PRISMA berkenaan selepas
Jawatankuasa Penilaian Kementerian Pendidikan Malaysia membuat rumusan.
Pelaksanaan Intervensi oleh fasilitator (GBK) akan berpandukan aktiviti dan domain
ansur maju seperti dalam Modul PRISMA Sekolah Rendah. Fokus pelaksanaan fasa
ini adalah bagi meningkatkan tahap sosial emosi, kemahiran gaya daya tindak,
minda yang sihat dan sejahtera.
Pada akhir program, GBK akan mengendalikan soalan pasca dan soal selidik
pengurusan emosi melalui pautan google form yang akan dimaklumkan. Dapatan
soalan pasca dan soal selidik pengurusan emosi akan dikongsi bersama GBK
sekolah PRISMA berkenaan selepas Jawatankuasa Penilaian Kementerian
Pendidikan Malaysia membuat rumusan. Instrumen penilaian program juga akan
diberikan kepada semua peserta.

2.0 Dokumen

2.1 Borang Kehadiran Peserta
2.2 Borang Kebenaran Ibu Bapa atau Penjaga
2.3 Soalan Pra dan Pasca (Pautan Google Form)
2.4 Soal Selidik Pengurusan Emosi
2.5 Jadual Pelaksanaan Program
2.6 Modul PRISMA Sekolah Rendah

MODUL PRISMA | 2

PROSEDUR PELAKSANAAN

Domain Kesedaran Kendiri (Self – Awareness)
Aktiviti 1 : Jom Kenali Emosi
Aktiviti 2 : Termometer Emosi
Aktiviti 3 : Chici Chaca Emosiku
Aktiviti 4 : Teknik Daun Luruh

Domain Regulasi Kendiri (Self – Regulation)
Aktiviti 5 : Disaat Diriku Tersakiti
Aktiviti 6 : Apa Saya Buat Bila Marah
Aktiviti 7 : Tenangkan Minda
Aktiviti 8 : Jaga Dirimu Selalu

Domain Motivasi (Motivation)
Aktiviti 9 : Jom Urus Rasa Marah
Aktiviti 10 : Fuh…Fuh…
Aktiviti 11 : Teropong Diri
2.7 Instrumen Penilaian Keberkesanan Program
2.8 Lirik Lagu Tema Program

SELEPAS
1.0 Pelaksanaan Fasa Pelaporan Program
Urus setia program menyediakan pelaporan menggunakan tapak yang telah
disediakan untuk tujuan dokumentasi. GBK meminta peserta kumpulan kawalan
menjawab soalan pasca dan soal selidik pengurusan emosi. GBK perlu menghantar
laporan susulan peserta ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

2.0 Dokumen
2.1 Tapak Pelaporan Program
2.2 Soalan Pasca
2.3 Soal Selidik Pengurusan Emosi
2.4 Borang Laporan Susulan

MODUL PRISMA | 3

JADUAL PELAKSANAAN

MODUL PRISMA | 4

TEMPLAT PRA PASCA DAN PENILAIAN

RENDAH (PRA) - https://forms.gle/tNajXQM5wYmEcas66

RENDAH (PASCA) - https://forms.gle/WKeEp5tCxhFuGYBa9

Templat Google Form Penilaian Program
https://forms.gle/TXaMcfwEwNZaKobC6
MODUL PRISMA | 5

INSTRUMEN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM

MODUL PRISMA | 6

TEMPLAT DOKUMENTASI

MODUL PRISMA | 7

TEMPLAT DOKUMENTASI

MODUL PRISMA | 8

TEMPLAT DOKUMENTASI

MODUL PRISMA | 9

TEMPLAT DOKUMENTASI

MODUL PRISMA | 10

BORANG LAPORAN SUSULAN INTERVENSI

MODUL PRISMA | 11

CARTA ANSUR MAJU

SELF AWARENESS SELF MOTIVATION EMPATHY SOCIAL SKILL
REGULATION ( MOTIVASI ) (EMPATI) (KEMAHIRAN
(KESEDARAN
KENDIRI) ( REGULASI SOSIAL)
KENDIRI )

1.Memantau Mengurus emosi 1.Mengambil 1.Mengesan dan 1.Mengurus
diri untuk inisiatif dan memahami pelbagai emosi
diri. mengawal bersungguh- perasaan dalam
keadaan. sungguh untuk orang lain. perhubungan.
2.Menguasai memperbaiki
tindakan diri. 2.Keserasian 2. Mahir
sendiri. dengan memimpin,
2.Merangsang individu yang berunding dan
3.Mempunyai emosi untuk pelbagai latar menyelesaikan
penilaian mencapai belakang. konflik.
realistik sesuatu
tentang matlamat.
keupayaan diri.

Sumber rujukan : Daniel Goleman, Ph.D.

MODUL PRISMA | 12

STRUKTUR INTERVENSI KHUSUS

Tempoh

Saringan Profil Murid Penataran • Soalan Pra • Soalan Pasca Pelaporan
Minda (Intervensi Intervensi • Intervensi • Saringan dan
Sihat 1 Umum dan
Khusus Khusus Minda Sihat 2 Dokumentasi
Khusus)

MODUL PRISMA | 13

LIRIK LAGU TEMA

Duhai engkau sang belahan jiwa VOKAL
Kisahmu terukir dalam minda https://youtu.be/ez0N_TNZXGE
Di setiap langkah ku selalu berdoa
Semoga kita gembira TANPA VOKAL
https://youtu.be/1fCf1i2dZl4
Duhai engkau tambatan hatiku
Sinarkanlah bahgiamu di hidupku
Ku ingin kau tahu betapa mindaku
Teruslah bahagia hatiku

Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
Bersujud dan lalu aku meminta
Semoga kita gembira

Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
Mindaku pasti selalu terjaga

Dan aku pasti bahagia

Oooooooooooooooo………

Duhai engkau tambatan hatiku
Sinarkanlah bahgiamu di hidupku
Ku ingin kau tahu betapa mindaku
Teruslah bahagia hatiku

Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
Bersujud dan lalu aku meminta
Semoga kita gembira

Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
Tenangkan hatiku selalu terjaga
Dan aku pasti bahagia

Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
Tenangkan hatiku selalu terjaga
Dan aku pasti bahagia…
(Ulang rangkap ini 2 kali)

Oooooooooooooo……..

MODUL PRISMA | 14

AKTIVITI LIRIK LAGU TEMA

Duhai engkau sang belahan jiwa
K_ _ _ _ _ _ terukir dalam m_ _ _ _
Di setiap langkah ku selalu berdoa

Semoga kita g_ _ _ _ _ _

Duhai engkau tambatan hatiku
S_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ b_ _ _ _ _ _ _ di hidupku

Ku ingin kau tahu betapa m_ _ _ _ _ _
T_ _ _ _ _ _ _ b_ _ _ _ _ _ h_ _ _ _ _

Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
Bersujud dan lalu aku meminta
Semoga kita g_ _ _ _ _ _

Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
M_ _ _ _ _ _ p_ _ _ _ selalu terjaga

Dan aku pasti b_ _ _ _ _ _

Ooooooooooooooooo…

Duhai engkau tambatan hatiku
S_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ b_ _ _ _ _ _ _ di hidupku

Ku ingin kau tahu betapa m_ _ _ _ _ _
T_ _ _ _ _ _ _ b_ _ _ _ _ _ h_ _ _ _ _

Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
Bersujud dan lalu aku meminta
Semoga kita g_ _ _ _ _ _

Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
T_ _ _ _ _ _ _ _ h_ _ _ _ _ selalu terjaga
Dan aku pasti b_ _ _ _ _

Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
T_ _ _ _ _ _ _ _ h_ _ _ _ _ selalu terjaga
Dan aku pasti b_ _ _ _ _

(Ulang rangkap ini 2 kali)

Oooooooooooooo…

MODUL PRISMA | 15

SOALAN PRA

SEKOLAH RENDAH

SOALAN PRA
Anda dimohon untuk menjawab maklum balas berikut dengan jujur dan terbuka. Berdasarkan
penyataan berikut, yang manakah menggambarkan diri anda. Terima kasih.
1-Sangat Tidak Setuju (STS)
2-Tidak Setuju (TS)
3-Tidak Pasti (TP)
4-Setuju (S)
5-Sangat Setuju (SS)

Bil. Penyataan Skala

1 Saya tahu emosi positif 1 2345

2 Saya tahu emosi negatif 1 2345

3 Saya mudah bertenang 1 2345

4 Saya mampu menguruskan emosi 1 2345

5 Saya mempunyai keyakinan diri 1 2345

6 Saya boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan 1 2 3 4 5

7 Saya boleh mengawal emosi dengan baik 1 2345

8 Saya dapat mengenal pasti perasaan orang lain 1 2345

9 Saya berusaha memperbaiki kekurangan diri 1 2345

10 Saya mampu bertindak untuk mencapai apa yang saya 1 2345
inginkan 1 2345

11 Saya cepat pulih daripada tekanan emosi

12 Saya kuat dalam menghadapi cabaran 1 2345

MODUL PRISMA | 16

KESEDARAN KENDIRI

AKTIVITI 1 : Jom Kenali Emosi

OBJEKTIF :

Pada akhir aktiviti murid dapat ;
1. mengenal pasti emosi diri,
2. menanda (√) pada gambar emoji yang menggambarkan emosi diri,
3. menilai emosi diri dengan betul.

MASA : 30 minit

BAHAN : Lembaran Aktiviti Jom Kenali Emosi

LANGKAH :

1. Murid menerima ‘Lembaran Aktiviti Jom Kenali Emosi’.
2. Murid memahami ciri-ciri emosi secara umum dengan betul.
3. Murid mengenal pasti emosi diri mereka dengan betul.
4. Murid menanda (√) pada gambar emoji untuk menggambarkan emosi diri

mereka dengan betul.
5. Murid menilai emosi diri mereka sama ada positif atau negatif dengan

betul.

FALSAFAH :

Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang – emosi adalah sesuatu yang
tersembunyi namun boleh dikesan melalui riak wajah dan tingkah laku.

MODUL PRISMA | 17

Edaran Guru

MODUL PRISMA | 18

Lampiran Aktiviti 1

MODUL PRISMA | 19

KESEDARAN KENDIRI

AKTIVITI 2 : Termometer Emosi

OBJEKTIF :

Pada akhir aktiviti murid dapat ;
1. mengenal pasti tahap emosi diri,
2. menyatakan tahap emosi diri,
3. menilai tahap emosi diri.

MASA : 30 minit

BAHAN : Lembaran Aktiviti Termometer Emosi

LANGKAH :

1. Murid menerima lembaran aktiviti Termometer Emosi.
2. Murid memahami tahap emosi diri secara umum dengan betul.
3. Murid mengenal pasti tahap emosi diri mereka dengan betul.
4. Murid menyatakan tahap emosi diri mereka dengan betul.
5. Murid menilai tahap emosi diri mereka dengan skala 0-5 berdasarkan

lembaran aktiviti (menulis, melukis emoji atau perkongsian lisan).

FALSAFAH :

Bagai air di daun talas – Emosi kita selalu berubah-ubah, oleh itu perlu sentiasa
dibuat penilaian dan muhasabah diri.

MODUL PRISMA | 20

Edaran Guru

MODUL PRISMA | 21

Lampiran Aktiviti 2

MODUL PRISMA | 22


Click to View FlipBook Version