[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
1
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
TOPIK 1 : LAFAZ SYAHADAH DAN PERKARA YANG
MEMBATALKANNYA
Oleh : Suhaila Binti Mustaffa
2
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
LAFAZ SYAHADAH DAN PERKARA YANG MEMBATALKANNYA
• PENGENALAN
Kalimah syahadah adalah kalimah yang terdapat di dalamnya makna Iman dan Islam. Dan
sesungguhnya semua amalan Iman dan Islam itu adalah untuk mentahqiqkan dua kalimah
syahadah di dalam hati seseorang muslim dan menjadi permulaan dan penyudahnya. Telah
menjadi lumrah dan di negara-negara lain , bagi seseorang yang ingin menganuti agama Islam
disyaratkan mengucapkan lafaz dua kalimah syahadah. Perkara ini telah dilakukan sejak
bermulanya dakwah Islam di bumi Mekah al-Mukarramah. Pada ketika itu, sesiapa yang ingin
memeluk agama Islam akan mengucapkan Dua Kalimah Syahadah di hadapan Rasulullah
SAW. Walaubagaimanapun, Islam itu bukan sekadar menyebut dua kalimah syahadah sahaja ,
bahkan ia mempunyai maksud dan konsep yang luas dan perlu difahami oleh setiap
penganutnya.
• PENGERTIAN SYAHADAH
3
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
“Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang berhak disembah dengan sebenar-
benarnya) melainkan ALLAH dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah
Pesuruh ALLAH”
Kalimah syahadah mengandungi penetapan , pengiktirafan dan pegangan dimana orang yang
menjadi saksi itu berpendapat apa yang disaksikan adalah benar dan mengucapkannya. Jika
apa yang disebutkannya itu adalah dusta maka penyaksiannya juga dianggap dusta kerana apa
yang dikhabarkannya tidak sama dengan apa yang disaksikan.
Firman Allah SWT dalam surah al-Munafiqun ayat 1 :
Maksudnya : “Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (Wahai Muhammad), mereka
berkata: "Kami mengakui Bahawa Sesungguhnya Engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah".
dan Allah sememangnya mengetahui Bahawa Engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan
Bahawa Sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta”.( al-Munafiqun, 63:1)
SYAHADAH KEPADA ALLAH SWT
4
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
ITHBAT (PENEGASAN) : NAFI (PENAFIAN) : MENOLAK
MENEGASKAN TENTANG SEGALA BENTUK PENGABDIAN
HAKIKAT KETUHANAN TUHAN
SELAIN ALLAH
YANG MAHA ESA
TAUHID RUBUBIYYAH, TAUHID ULUHIYYAH DAN TAUHID ASMA’
WA SIFAT
1
5
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
Firman Allah SWT surah al-An’am ayat 17 :
Maksudnya : Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) Engkau Dengan bahaya
bencana, maka tidak ada sesiapa pun Yang dapat menghapuskannya melainkan Dia
sendiri; dan jika ia mengenakan (melimpahkan) Engkau Dengan kebaikan, maka ia
adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.
Dengan itu, semua makhluk bergantung kepadaNya, memerlukan pertolonganNya serta
berharap kepadaNya. Apa yang dimiliki makhluk hanya bersifat sementara dan pinjaman. Oleh
itu jika manusia mempunyai sifat berkuasa dan memiliki, maka sifat itu hanya sementara kerana
segala sesuatu di alam ini adalah kepunyaan Allah SWT.
Begitu juga dengan kepandaian dan kebijaksanaan yang dimiliki manusia, semuanya datang
dari Allah SWT. Ini kerana hakikat sebenarnya ialah manusia dijadikan hanya sebagai makhluk.
Dia tidak mempunyai apa-apa melainkan setiap kuasa, tindak-tanduk serta gerak nafasnya
datang dari Allah SWT. Dengan keyakinan itu, maka timbul kesan syahadah tauhid dalam diri
seseorang muslim. Dia hanya takut kepada Allah SWT dan berani untuk bertindak melakukan
sesuatu juga kerana keyakinannya kepada Allah.
Fitrah Manusia Mengakui Sifat Rububiyyah Allah SWT.
Hakikat ini dapat dibuktikan secara jelas dengan pengiktirafan orang-orang kafir Quraish
semasa al Qur’an diturunkan dan menyeru mereka supaya menyembah Allah SWT. Mereka
mengaku bahawa tidak layak bagi manusia lebih-lebih lagi patung dan berhala bersifat dengan
salah satu sifat rububiyyah Allah SWT. Sebagai contoh berhala yang mereka sembah itu sendiri
tidak mempunyai sifat penguasa yang mutlak dan pencipta yang mutlak kerana berhala-berhala
tadi juga diciptakan oleh manusia. Allah SWT telah telah mengabadikan pengakuan mereka itu
di dalam al Qur’an.
Antaranya ialah Firman Allah SWT dalam surah az-Zukhruf ayat 87 :
Maksudnya : Dan demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada
mereka: "Siapakah Yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!".
(jika demikian) maka Bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan
mengesakanNya)?”
6
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
2
Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya’ ayat 25 :
Maksudnya : “Dan Kami tidak mengutus sebelummu (Wahai Muhammad) seseorang
Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa Sesungguhnya tiada
Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, Beribadatlah kamu
kepadaku".
3
7
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
Hubungan Antara Tauhid Rububiyyah Dengan Tauhid Uluhiyyah.
Tauhid Rububiyyah akan melahirkan keimanan kepada tauhid Uluhiyyah. Tauhid
Uluhiyyah pula mengesakan Allah dalam pengabdian berbentuk amal perbuatan
dan tingkah laku para hamba dan amal perbuatan ini membezakan di antara muslim
dan bukan muslim. Al Qur’an terlebih dahulu memperingatkan orang-orang
musyrikin Quraisy agar mengakui Tauhid al Rububiyyah. Apabila mereka menerima
Tauhid al Rububiyyah dan bersungguh-sungguh mengakuinya, maka terbinalah
jambatan yang menghubungkan mereka dengan tauhid al Uluhiyyah.
Firman Allah SWT dalam surah al-hajj ayat 73 :
Maksudnya : “Wahai umat manusia, Inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah
mengenainya Dengan bersungguh-sungguh. sebenarnya mereka Yang kamu seru dan sembah,
Yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat Walaupun mereka
berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka,
mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah
Yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah Yang diminta (daripada menunaikannya)”.
Ayat di atas mengingatkan orang-orang musyrikin mengenai suatu hakikat yang nyata iaitu
sembahan-sembahan mereka adalah lemah, malah tidak berkuasa untuk mencipta sesuatu
walaupun seekor lalat. Jika lalat itu mengambil atau merampas sesuatu dari mereka, maka
mereka tidak berkuasa untuk mendapatkannya kembali. Ini menandakan kelemahan mereka.
Oleh itu akal yang sejahtera tidak boleh menerima penyembahan selain daripada Allah SWT.
8
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
SYAHADAH KEPADA RASUL SAW
Pembuktian dengan perkataan ialah melafazkan kalimah syahadah itu dengan
lidah. Manakala pembuktian dengan perbuatan ialah menegakkan tingkah laku dan
seluruh tindak tanduk yang bersesuaian dengan ajaran Nabi Muhammad SAW
serta menurut jejak langkah baginda.
Tugas Rasulullah SAW adalah untuk memberitahu kepada manusia bahawa Allah SWT adalah
penciptanya yang layak disembah dan Dialah yang meletakkan manusia ke jalan yang lurus.
Dengan keyakinan ini barulah manusia dapat sampai ke jalan kebahagiaan dan kesempurnaan
sebenar.
Manusia sendiri tidak dapat mengetahui perkara-perkara ghaib mengenai Pencipta dan Sirat al-
Mustaqim dengan menggunakan kudrat dan akalnya yang lemah dan terhad. Manusia sering
kali melakukan kesilapan. Oleh itu pengutusan para rasul menunjukkan kebijaksanaanNya dan
merupakan rahmat yang paling besar untuk umat manusia.
9
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
KEWAJIPAN TERHADAP RASULULLAH
Beriman kepada Rasulullah SAW. merupakan salah satu kesan dari pemahaman
bersyahadah: wa asyhadu ana muhammada ar-rasulallah, aku bersaksi bahwa Muhammad
adalah rasul Allah. Dan, kesaksian kita itu akan jujur dan istiqamah jika diwujudkan menjadi
sikap.
Antara sikap yang memberi alamat bahwa syahadat kita tentang Rasulullah SAW itu jujur dan
istiqamah adalah :
10
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
• PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH
Setelah kita memahami segala yang terkandung di dalam Dua Kalimah Syahadah, yang
menjadi intisari, yang terkandung di dalamnya segala Rukun Iman dan Islam serta segala
panduan hidup. Walaupun ianya merupakan sebahagian daripada Rukun Islam tetapi ianya
penting menjadi syarat kepada orang-orang yang ingin menganut Islam.
Perlu juga diketahui di sana bahawa terdapat beberapa perkara yang boleh membatalkan
ucapan pengakuan Dua Kalimah Syahadah. Menurut Sheikhuna Sa’id Hawa ( Syeikh Said
Hawa bin Muhammad Dib Hawwa lahir di kota Hamah, Syiria, tahun 1935 ) menyatakan dalam
bukunya, “ Al-Islam” bahawa terdapat beberapa perkara yang membatalkan ucapan Dua
Kalimah Syahadah.
11
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH
12
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
Menjalankan hukum selain daripada hukum Allah atau
tidak menggunakan hukum Allah sebagai rujukan dalam
semua masalah
13
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
14
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
Sesungguhnya banyak lagi perkara-perkara yang membatalkan dua kalimah syahadah yang
boleh ditafsirkan daripada yang tersebut di atas berpandukan kaedah yang difahamkan
daripada pengertian syahadah.
Adalah juga perlu difahami bahawa terdapat perkara yang tersebut di atas membatalkan
syahadah tetapi pada amalannya sahaja dengan tidak membatalkan iman. Ianya dikenali
sebagai Syirik Khafi seperti riyak, ujub dan suma’ah dalam melakukan ibadat, supaya kita lebih
berhati-hati dalam perkara ini.
15
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
LATIHAN / PRAKTIKAL
Akidah : Lafaz Syahadah Dan Perkara yang membatalkan syahadah
Praktikal : Ucapan Syahadah Dan Pengertiannya
RUJUKAN
1. Haji Abdul Hadi Haji Awang ( 2007 ), Muqaddimah Aqidah Muslim, Kelantan : Pustaka
Aman Press SDN. BHD.
2. Nurhafizah Bt Abd Kadir & Muhamad Zan Bin Sailan (2010 ), Pengajian Islam Akidah dan
Ibadat, Selangor : NRS Corporation Sdn. Bhd.
3. Abdul Aziz Omar Ahmad (2009 ), Asas ‘Aqidah Islam, Kelantan : Pustaka Aman Press SDN.
BHD.
4. Dr. Mustafa Haji Daud ( 1996 ) , Akidah Mukmin, Terengganu : Percetakan Yayasan Islam
Terengganu.
16
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
TOPIK 2 : SURAH AL-FATIHAH
Oleh : Rosmawati Razak
SURAH
AL FATIHAH
PENGENALAN TAFSIR KEUTAMAAN SOAL JAWAB RUJUKAN
SURAH DAN BERKAITAN
AL FATIHAH
KEPENTINGAN SURAH
SURAH AL FATIHAH
AL FATIHAH
17
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
1.0 PENGENALAN SURAH AL-FATIHAH
Surah al-Fatihah merupakan satu surah yang tidak asing lagi kerana surah ini dibaca setiap kali
di dalam solat sama ada solat fardhu mahupun solat sunat. Allah SWT menyebut bahawa surah
al-Fatihah ini sebagai 7 ayat yang berulang-ulang sepertimana dalam firman Allah SWT di
dalam surah al-Hijr ayat 87 :
Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat
yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan
faedahnya.
Allah SWT menceritakan mengenai Surah Al-Fatihah ini di dalam Surah Al-Hijr dan kita
sebagai umat Nabi Muhammad SAW perlu sentiasa mengetahui dan mempelajari surah itu
daripada aspek penurunan surah dan bagaimana keadaan Rasulullah SAW ketika surah ini
diturunkan. Apabila kita mengkaji Surah Al-Fatihah, ia sudah cukup untuk kita memahami
keseluruhan isi kandungan Al-Quran. Allah SWT memberi petunjuk kepada Rasulullah SAW
bahawa dengan membaca dan meyakini segala isi yang terkandung di dalam surah ini, Allah
akan memelihara daripada gangguan syaitan dan juga daripada terkesan dengan perbuatan-
perbuatan orang-orang yang tidak senang. Ini disebutkan di dalam Surah Al-Hijr ayat 95 :
Maksudnya : Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-
orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu,
Maka sesiapa yang ingin mendapatkan pemeliharaan Allah SWT, bacalah surah Al-Hijr
serta Surah Al-Fatihah yang turut disebutkan di dalam Surah Al-Hijr. Menerusi Surah Al-Hijr ini
Allah SWT tunjukkan satu persatu bagaimana Allah SWT memelihara sama ada memelihara
alam mahupun manusia. Surah Al-Fatihah ertinya pembukaan. Kita tidak boleh membuka
khazanah terhebat di dalam Al-Quran selagi kita tidak membuka dan menghayati Surah Al-
Fatihah. Mengapa surah al-Fatihah diceritakan di dalam surah al-Hijr. Apakah kaitan di antara
keduanya? Justeru itu, marilah kita mendalami dan memahami surah yang hebat ini di dalam
topik yang seterusnya.
18
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
2.0 TAFSIR SURAH AL-FATIHAH
Para ulama membuat kajian bahawa Surah Al-Hijr turun ketika Rasulullah SAW telah
hampir 12 tahun berjuang di Makkah. Surah Al-Hijr ini turun ketika Rasulullah SAW dan para
sahabat berada dalam keadaan tertekan. Apabila dilihat susunannya ialah selepas 4 surah lain
seperti Surah Ibrahim, Yusuf, A-Ra’d, Huud yang juga turun ketika 10 tahun Rasulullah SAW
menyampaikan dakwah baginda kepada kaum Quraisy dengan pelbagai kaedah tetapi Quraisy
melawan dengan pelbagai bentuk serangan sehingga ada usaha untuk membunuh Rasulullah
SAW.
Allah SWT ingin menyampaikan kepada Rasulullah SAW melalui apa yang disebutkan di
dalam Surah Al-Hijr ayat 87 ini, walaupun pelbagai ujian dan dugaan yang datang kepada
Rasulullah SAW, Allah SWT telah memberikan sesuatu yang lebih hebat daripada apa yang
Quraisy perolehi. Allah SWT menurunkan surah Al-Fatihah agar Nabi Muhammad SAW benar-
benar menghayati dan Allah SWT berpesan kepada Nabi Muhammad SAW agar berpegang
dengan 7 ayat surah Al-Fatihah ini supaya baginda menjadi lebih kuat dan bersemangat. Selain
disebut dengan nama al-Fatihah, terdapat nama lain bagi surah ini seperti, Ummul Quran,
Fatihatul Kitab, al-Sab’ul Mathani, al- Tafwidh dan lain-lain. Daripada Abu Hurairah RA bahawa
Nabi SAW bersabda :
Maksudnya : Alhamdulillah (al-Fatihah) adalah ummul Quran, ummul kitab, al-Sab’ul mathani (7
yang diulang-ulang) dan al-Quran al-‘adzim.
(Hadis riwayat al-Tirmidzi dengan sanad yang sahih).
Menurut Muhammad Ali al-Sobuni di dalam tafsirnya, surah al-Fatihah mengandungi
makna keseluruhan al-Quran dan melengkapi segala tujuan asas iaitu usul al-din (teras agama)
dan furu’nya (cabang), ibadah dan pensyariatan, iktikad dengan hari akhirat, beriman kepada
asma al-husna, memfokuskan hanya kepada Allah di dalam doa dan pertolongan,
menghadapkan kepada Allah untuk menuntut hidayah kepada agama yang haq dan jalan yang
benar, merendah diri kepadanya di atas supaya ditetapkan iman dan ditunjukkan jalan golongan
soleh serta menjauhi jalan golongan yang dimurkai dan sesat.
19
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
Surah ini juga merupakan dialog di antara Allah SWT dan hambaNya sebagaimana di
dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Nabi SAW bersabda :
َفإِذَا قَا َل ا ْلعَ ْب هد، َو ِل َع ْب ِدي َما َسأَ َل،قَ َس ْم هت ال َّص ََلةَ َب ْي ِني َوبَ ْي َن َع ْب ِدي نِ ْص َف ْي ِن: قَا َل ال هل تَ َعالَى
Maksudnya : Solat itu aku bahagikan dua antara aku dan hambaKu. Untuk hambaKu
apa yang dimintanya…
Allah menjawab Apabila dia mengucapkan
َح ِم َد ِني َع ْب ِدي ا ْل َح ْم هد ِل َِّ ِل َر ِب ا ْلعَا َل ِمي َن
HambaKu memujiKu Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam
أَثْ َنى َع َل َّي َع ْب ِد ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِحي ِم
HambaKu mengulangi pujian untukKu Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
َم َّج َدنِي َع ْب ِدي َما ِل ِك َي ْو ِم ال ِدي ِن
HambaKu mengagungkanKu Tuhan yang menguasai hari pembalasan
َوقَا َل َم َّرة َف َّو َض إِلَ َّي َع ْب ِدي إِيَّا َك َن ْعبه هد َو ِإ َّيا َك نَ ْستَ ِعي هن
Dan hambaKu telah menyerahkan urusannya Hanya kepadamu kami sembah dan kepadamu
padaKu kami memohon pertolongan
َو ِل َع ْب ِدي َما َسأَ َل،َه َذا بَ ْي ِني َوبَ ْي َن َع ْب ِدي
Ini antara diriKu dan hambaKu, dan untuk
hambaKu sesuai apa yang diminta
َهذَا ِل َع ْب ِدي َو ِل َع ْب ِدي َما َسأَل اا ْل ْهَم ِد ْغَنا هاضلو ِص ِب َرا َع َلَط ْي ِاه ْلْم هم َْسوتََ ِقلي َمال َِّضصا ِلَريا َن َط ا َلّذي َن أَ ْنعَ ْم َت َع َل ْي ِه ْم َغ ْي ِر
Ini milik hambaKu, untuk hambaKu sesuai apa Tunjukkanlah kami jalan yang lurus iaitu jalan
yang diminta orang-orang yang Engkau beri nikmat kepada
mereka dan bukan jalan orang-orang yang
sesat dan engkau murkai
(Hadis riwayat Muslim no 395)
20
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
3.0 KEUTAMAAN DAN KEPENTINGAN SURAH AL-FATIHAH
Antara keutamaan dan kepentingan surah al-Fatihah adalah :
1- Al-Fatihah adalah surah paling agung di dalam al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan
daripada Abu Sa’id al-Mu’alla RA katanya:
Aku pernah mengerjakan solat di Masjid, lalu Rasulullah SAW memanggilku tetapi aku tidak
menjawabnya. Aku berkata: Wahai Rasulullah sesungguhnya aku tadi sedang solat. Baginda
bersabda: Tidakkah Allah berfirman: “Sahutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Rasul
menyeru kamu kepada sesuatu yang menghidupkan kamu”(al-Anfaa-l:24). Kemudian Baginda
SAW bersabda: Aku akan mengajarkan kepadamu satu surah yang mana ia merupakan surah
paling agung di dalam al-Quran sebelum engkau keluar dari masjid. Kemudian Baginda SAW
memegang tanganku, ketika Baginda hendak keluar aku berkata kepadanya: Tidakkah tadi
engkau ada menyatakan akan mengajarkan kepadaku satu surah paling agung di dalam al-
Quran? Baginda SAW bersabda: Al-hamdulillahi Rabbil ‘Aa-lamin (Surah al-Faa-tihah), ia
adalah tujuh ayat yang di baca secara berulang (yakni pada setiap rakaat) dan al-Quran yang
agung yang diberikan kepadaku.
(Hadis riwayat al-Bukhari no 4474)
2- Solat tidak sah tanpa al-Fatihah. Syarat sah bacaan al-Fatihah di dalam solat :
❖ Mendengar bacaannya sendiri jika pendengarannya baik
❖ Membaca urutan ayatnya yang sebenar dan memberi perhatian kepada makhraj huruf
serta kejelasan syaddahnya.
❖ Tidak melakukan kesalahan yang membawa perubahan makna namun tidak batal jika
membacanya dengan kesalahan sebutan yang tidak memberi kesan kepada ketepatan
maknanya.
❖ Membaca al-Fatihah di dalam Bahasa Arab. Tidak sah membaca terjemahannya.
❖ Membaca al-Fatihah ketika berdiri. Jika rukuk sambal menghabiskan bacaan
Fatihahnya, bacaan terbut batal dan wajib mengulanginya.
❖ Sekiranya tidak mampu menguasai fatihah disebabkan bukan bangsa Arab atau baru
memeluk Islam, hendaklah menggantikannya dengan membaca 7 ayat al-Quran yang
21
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
dihafaznya, dan jika tidak mampu juga hendaklah berzikir kepada Allah sekadar masa
bacaan fatihah sebelum rukuk.
3- Al-Fatihah juga berfungsi sebagai ruqyah (jampi). Berdasarkan hadis daripada Abu Sa’id al-
Khudri RA :
"Bahawa beberapa orang di kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. sedang berada dalam
perjalanan melalui salah satu dari perkampungan Arab. Mereka berharap dapat menjadi tetamu
penduduk kampung tersebut. Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima
mereka sebagai tetamu. Namun begitu ada yang bertanyakan kepada mereka; ”Adakah di
antara kalian yang boleh menjampi? Karana ketua kampung kami terkena sengatan binatang.
Salah seorang daripada para sahabat itu menjawab: Ya, ada. Sahabat tersebut kemudiannya
melawat ketua kampung yang sedang sakit itu dan menjampinya dengan Surah Al-Fatihah.
Ternyata ketua kampung itu sembuh, lalu diberikanlah kepadanya beberapa ekor kambing.
Sahabat itu menolak untuk menerimanya dan berkata: Aku akan bertanyakan dahulu kepada
kepada Nabi s.a.w. Dia pun pulang menemui Nabi s.a.w. lalu menceritakan peristiwa tersebut
kepada Rasullullah. Dia berkata: Ya Rasulullah! Demi Allah, aku hanya menjampi dengan
Surah Al-Fatihah. Mendengar kata-kata itu lalu Rasulullah s.a.w. tersenyum dan bersabda:
Tahukah engkau bahwa Al-Fatihah itu merupakan jampi? Kemudian baginda bersabda lagi:
Ambillah pemberian dari mereka itu dan asingkan sedikit untuk bahagianku."
(Hadis riwayat Muslim no 2201)
4- Surah al-Fatihah adalah cahaya yang hanya diberikan kepada Nabi Muhammad SAW, tidak
kepada Nabi-nabi yang lain. Ini berdasarkan hadis daripada Ibnu Abbas RA katanya:
Ketika Jibril duduk di sisi Nabi SAW tiba-tiba Ia mendengar bunyi seperti pintu yang di buka dari
atas. Jibril mengangkat kepalanya dan berkata: Ini adalah pintu langit yang di buka pada hari
ini, ia tidak pernah di buka sebelumnya kecuali pada hari ini. Kemudian turun malaikat dari
langit, berkata Jibril: Ini adalah malaikat yang turun ke bumi, sebelumnya ia tidak pernah turun
kecuali pada hari ini. Malaikat tersebut mengucapkan salam dan berkata: Bergembiralah
dengan dua nur (cahaya) yang dikurniakan kepada mu, ia tidak pernah diberikan kepada
seorang Nabi pun sebelum mu iaitu Fatihatul Kitab (Surah al-Fatihah) dan penutup Surah al-
22
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
Baqarah (ayat 285 dan 286). Tidaklah kamu membaca satu huruf dari kedua-duanya kecuali
aku akan mendatangimu.
(Hadis riwayat Muslim no 806)
4.0 SOAL JAWAB BERKAITAN SURAH AL-FATIHAH
Soalan pertama :
Adakah basmalah yang dibaca bersama surah al-Fatihah perlu dibaca secara sir (perlahan)
atau dibaca secara jahr (kuat) pada solat jahriyyah (Subuh, Maghrib dan Isyak)?
Jawapan :
Terdapat 3 pandangan mengenai perkara ini :
Pandangan Sahabat / Ulamak / Dalil
Mazhab
Pertama Antara sahabat Rasulullah 1- Hadis daripada Anas bin Malik RA :
Basmalah merupakan SAW yang membaca Bahawasanya beliau pernah ditanya tentang solat
ayat pertama secara jahr adalah : Nabi SAW, maka beliau menjawab : “Bacaan
daripada surah al- Saidina Abu Bakar, Umar Rasulullah SAW itu (kalimah demi kalimah) sesuai
Fatihah dan dibaca al-Khattab, Uthman al- dengan panjang pendeknya. Kemudian Anas RA
secara kuat di dalam Affan , Ali bin Abi Talib membaca bismillahirrahmanirrahim dengan
solat jahriyah. (riwayat gharib), Abu memanjangkan kalimah bismillah, lalu ar-rahman
Hurairah RA, Ibnu Umar, dan ar-rahim (dengan memanjangkan bahagian-
Ibnu Abbas dan Muawiyah bahagian yang perlu dipanjangkan)
radhiyallahuanhum. (Hadis riwayat al-Bukhari no 5046)
Ini juga adalah pendapat 2- Hadis daripada Ummu Salamah RA berkata :
Imam al-Syafie dan Rasulullah SAW biasa memutuskan bacaan
mazhab Syafie baginda di setiap akhir ayat :”
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil
23
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
Amlamin. Ar rahmanirrahim. Maliki yaumiddin”
(Hadis riwayat al-Daruquthni no 1/307) -sanadnya
sahih
Kedua Ini adalah pandangan Hadis daripada Anas bin Malik bahawaa aku
Basmalah merupakan Imam Ahmad bin Hanbal pernah solat bersama Rasulullah SAW, juga
ayat pertama bersama Abu Bakar, Umar dan Uthman, aku tidak
daripada surah al- Adapun pandangan Abu pernah mendengar salah seorang dari mereka
Fatihah dan dibaca Hanifah dan mazhabnya membaca ‘ bismillahir rahmanir rahiim’.”
secara perlahan di bahawaq basmalah (Hadis riwayat Muslim no. 399).
dalam solat jahriyah. bukanlah ayat daripada
surah al-Fatihah namun
dibaca perlahan dalam
solat.
Ketiga Pandangan Imam Malik Hadis daripada Aisyah RA berkata : Rasulullah
Basmalah bukan ayat dan mazhab Maliki. SAW membuka solat dengan takbir dan bacaan
pertama daripada alhamdulillahi rabbil alamin.
surah al-Fatihah dan (Hadis riwayat Muslim no 498)
tidak dibaca.
*Adapun perkara yang dibahaskan ini adalah khilafiah dan perkara cabang. Bagi yang
mengamalkan pegangan mazhab Syafie (yang menjadi pegangan majoriti muslim di Malaysia)
basmalah adalah dibaca secara kuat di dalam solat jahriyah.
Soalan kedua :
Adakah wajib membaca al-Fatihah di dalam solat berjemaah?
Mazhab Syafie Makmum wajib membaca al-Fatihah di dalam solat jahriyah
Mazhab Hanafi mahupun sirriyah (Zohor dan Asar).
Makruh tahrim bagi makmum membaca al-Fatihah sama ada dalam
solat jahriyah mahupun solat sirriyah.
24
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
Mazhab Maliki Makruh dibaca di dalam solat jahriyah dan sunat dibaca di dalam
Mazhab Hanbali solat sirriyah.
makruh dibaca jika dalam solat nyaring atau ketika Imam sedang
membaca, mustahab (disukai) jika membaca di dalam solat
perlahan atau ketika Imam diam selepas selesai membaca al-
Fatihah.
*Berdasarkan mazhab Syafie, makmum hendaklah membaca al-Fatihah ketika imam berhenti
sebentar selepas membaca al-Fatihah. Mazhab Syafie menyukai imam solat jamaah diam
selepas menyebut ‘amin’ untuk memberi peluang makmum membaca al-Fatihah.
LATIHAN / PRAKTIKAL
Akidah : Kepentingan Surah Al-Fatihah
Praktikal : Tasmik Surah Al-Fatihah bersama maksudnya (Pembelajaran)
5.0 RUJUKAN
Al-Quran.
Al-Bukhari, Abu Abdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari. 1998. Sahih al-Bukhari. Tahqiq Abu
Suhaib al-Karmiy. Riyadh: Bait al-Afkar al-Daulah.
Al-Tirmidzi, Abu ‘Isa Muhammad bin ‘Isa bin Sawrah. 1999. Al-Jami’ al-Sahih. Tahqiq
Muhammad bin Soleh al-Rajihi. Riyadh: Bait al-Afkar al-Daulah.
Ibnu Katsir. 2012. Tahzib al-Bidayah wa al-Nihayah. Kaherah: Dar al-Salam.
Ibnu Katsir. 2012. Shahih Tafsir Ibnu Kathir. Jakarta : Pustaka Ibnu Katsir.
Muslim, Abu Husayn Muslim bin al-Hajjaj. 1991. Sahih Muslim. Tahqiq Muhammad Fuad Abdul
Baqi. 5 jilid. Lubnan: Dar al-Kutub al-ilmiah.
Zulkifli Mohamad al-Bakri. 2015. Al-Fiqh al-Manhaji : Ibadat dalam Fiqh al-Syafie. Bangi : Darul
Syakir Enterprise.
http://www.yadim.com.my
https://ikimfm.my/dahsyatnya-surah-al-fatihah/
25
TOPIK 3 : KEWAJIPAN
Oleh : Azirah
PENGENALAN HIKMAH PERBEZAAN SYARAT
SOLAT SOLAT WAJIB DAN
WAJIB DAN SAH
SUNAT SOLAT
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
SOLAT DALAM ISLAM
h Binti Seman
KEWAJIPAN
SOLAT
DALAM
ISLAM
RUKUN PANDUAN PERKARA MAKRUH KESALAHAN
SOLAT DAN PELAKSANAAN MEMBATAL- SOLAT KETIKA
PEMBAHAGI KAN SOLAT SOLAT
SOLAT
-ANNYA
26
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
1.0 PENGENALAN SOLAT
Maksud Solat
• Bahasa: Doa atau mengemukakan permohonan
• Istilah Syarak: Perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulakan dengan
takbiratulihram dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat yang khusus.
Dalil Pensyariatan Solat
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya:
Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah. Dialah
pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya. Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik
Pemberi pertolongan. (Al-Hajj: 78)
1. Hikmah Solat
• Tingkatkan perasaan ubudiyah
Bersolat mengingatkan tentang kedudukan kita sebagai hamba kepada pencipta iaitu
Allah S.W.T. Ia menjadi bukti pergantungan, pengharapan dan penyerahan diri seorang
hamba kepada penciptanya.
• Bertaubat
Solat yang dilakukan secara berterusan boleh membersihkan dosa dan kesalahan yang
dilakukan pada setiap hari. Solat yang berterusan dilakukan boleh membantu
mensucikan hati dan mengelakkan diri dari melakukan maksiat.
• Membersihkan diri
Membersihkan diri daripada kekotoran dengan mengambil wuduk atau bertayammum.
• Pengurusan Masa
27
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
Mengajar manusia tentang pengurusan masa dan peka kepada perubahan waktu.
• Kesihatan Fizikal dan Mental
Pergerakan rukun solat yang menggunakan seluruh anggota fizikal seumpama senaman
serta jiwa akan tenang. Ketenangan jiwa dan kerehatan hati akan mendekatkan diri
manusia kepada Allah S.W.T.
• Menutup Aurat
Melahirkan rasa malu kepada Allah SWT dengan menutup aurat dengan sempurna.
2. Perbezaan Solat Wajib Dan Solat Sunat
SOLAT WAJIB SOLAT SUNAT
Dilakukan mengikut waktu yang telah Dilakukan jika ada kelapangan waktu
ditetapkan iaitu 5 kali sehari
Bilangan rakaat telah ditetapkan oleh Allah Bilangan rakaat ada yang telah ditetapkan dan ada
S.W.T yang tidak ditetapkan
Amalan pertama yang akan dihisab di hari Satu amalan yang sangat digalakkan
akhirat
Jika ditinggalkan berdosa Jika dilakukan mendapat pahala
Solat wajib digalakkan melakukan secara Solat sunat ada yang dilakukan secara berjemaah
berjemaah dan ada yang dilakukan seorang diri
Contoh: Solat subuh, zohor, asar, maghrib Contoh: Solat sunat Hari Raya, solat Terawih
dan isyak
3. SYARAT WAJIB SOLAT DAN SYARAT SAH SOLAT
Syarat Wajib Solat
• Islam
Tidak wajib kepada orang kafir kerana mereka tidak percaya kepada Allah S.W.T
• Berakal
Tidak wajib kepada orang gila.
• Baligh
28
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
Tidak wajib kepada kanak-kanak.
• Suci
Suci daripada haid dan nifas.
• Sempurna
Boleh mendengar dan melihat, tidak wajib kepada orang yang buta, pekak dan bisu
sejak lahir.
Syarat Sah Solat
• Suci daripada hadas
Suci tubuh badan daripada hadas besar dan kecil dengan berwuduk, mandi atau
tayamum.
• Suci daripada najis
Anggota tubuh badan, pakaian dan tempat solat hendaklah bersih daripada sebarang
najis dan kotoran. Tempat solat adalah berkaitan tempat berdiri dan sujud ketika solat.
• Mengetahui masuknya waktu solat
Setiap orang yang bersolat wajib mengetahui dengan yakin bahawa watu solat yang
dilakukannya telah masuk.
• Menutup aurat
Aurat ialah yang wajib ditutup daripada pandangan orang lain dan haram melihatnya.
Wajib orang yang bersolat menutup auratnya di tengah khalayak atau seorang diri di
dalam bilik atau tempat yang gelap.
• Menghadap kiblat
Para ulama sepakat menetapkan menghadap kiblat adalah syarat sah solat berdasarkan
firman Allah S.W.T:
Maksudnya:
Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan solat), maka hadapkanlah mukamu
kea rah masjidilharam (Kaabah), dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka
kamu ke arahnya. (Al-Baqarah: 150)
29
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
4. RUKUN SOLAT DAN PEMBAHAGIANNYA
BIL RUKUN BAHAGIAN
1 Niat Qalbi
2 Berdiri bagi yang berkemampuan Fi’li
3 Takbiratul Ihram Qauli
4 Membaca Al-Fatihah Qauli
5 Rukuk serta toma’ninah Fi’li
6 Iktidal serta toma’ninah Fi’li
7 Sujud serta toma’ninah Fi’li
8 Duduk antara dua sujud serta toma’ninah Fi’li
9 Duduk tahiyat akhir Fi’li
10 Membaca tahiyat akhir Qauli
11 Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w Qauli
12 Memberi salam yang pertama Qauli
13 Tertib Fi’li
Makna Rukun
“Rukun ialah juzuk (bahagian) asasi daripada sesuatu benda.
Contohnya dinding adalah salah satu bahagian asasi daripada bilik” 30
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
PEMBAHAGIAN RUKUN SOLAT
RUKUN QALBI RUKUN FI’LI RUKUN QAULI
Qalb bermaksud hati
Fi’li bermaksud perlakuan Qaul bermaksud kata- kata
Rukun yang berasaskan Rukun berdasarkan kepada Rukun yang berasaskan
kepada hati. perbuatan anggota badan. kepada sebutan dan bacaan.
5. PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH SOLAT
SOLAT LAFAZ NIAT
Subuh
Sahaja aku sembahyang fardhu subuh 2 rakaat tunai kerana
Allah Taala
Zohor
SOLAT Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat tunai kerana
WAJIB Allah Taala
Asar
Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat tunai kerana
Allah Taala
Maghrib
Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat tunai kerana
Allah Taala
Isyak
Sahaja aku sembahyang fardhu isyak empat rakaat tunai kerana
Allah Taala
31
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
PANDUAN MELAKSANAKAN SOLAT
BIL PERKARA HURAIAN
1. Niat Niat ialah qasad (tujuan) untuk melakukan sesuatu yang disertai
dengan perbuatan. Ia berlaku semasa seseorang mengangkat
takbiratul ihram.
2. Berdiri bagi yang Seseorang itu diangggap berdiri dengan sempurna apabila dia
mampu berada dalam keadaan tegak. Jika tidak mampu berdiri boleh
duduk atau berbaring.
3. Takbiratul Ihram Takbiratul ihram ialah takbir yang pertama untuk memulakan
sembahyang. Jika seseorang itu tidak pandai menyebutnya
hendaklah dia menyebut dalam sebarang Bahasa yang
diketahuinya tetapi wajib mempelajarinya jika mampu.
4. Membaca Al- “Allah Maha Besar”
Fatihah
Wajib dibaca semuanya dalam setiap rakaat dan pada semua
jenis solat, sama ada solat berjemaah ataupun bersendirian.
“ Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah
Tuhan sekalian alam. Maha pemurah lagi
maha penyayang. Yang menguasai hari
pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami
menyembah dan hanya kepada Engkaulah
kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah
kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang
yang telah Engkau anugerahkan nikmat
kepada mereka. Bukan jalan yang mereka
yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka
yang sesat”.
32
5. Rukuk serta [MANHAJ TARBIAH - USRAH]
toma’ninah
Had sah rukuk ialah menundukkan badannya sekurang-
kurangnya sehingga tangan dapat menyentuh lutut.
6. Iktidal serta “Maha suci Tuhanku
toma’ninah Yang Maha Agung dan segala pujian untukNya”
Iktidal ialah bangkit dari rukuk kepada berdiri tegak, serta
toma’ninah sebelum turun sujud.
7. Sujud serta “Maha mendengar Allah akan pujian orang yang memujiNya”
toma’ninah
Sujud ialah meletakkan tujuh anggota ke tempat sembahyang,
iaitu dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua penghujung tapak
kaki serta ditinggikan punggung dari kepala.
“Maha suci Tuhanku Yang Maha Tinggi, dan segala pujian untukNya”
8. Duduk antara dua Kedudukan kaki dan jari ketika duduk antara dua sujud
sujud serta
toma’ninah
“Wahai Tuhanku, ampunkan aku, rahmati aku, lengkapkanlah (keperluanku),
tinggikan (kedudukanku), berikan rezeki kepadaku, berikan petunjuk kepadaku,
sihatkan diriku dan ampunikan aku”.
33
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
9. Duduk tahiyat akhir Duduk pada rakaat terakhir solat ketika membaca tasyahud akhir
dan salam. Duduk yang sempurna dalam keadaan ini adalah
dengan meletakkan papan punggung kiri di atas lantai dan
mendirikan tapak kaki kanan di atas jejarinya.
10. Membaca tahiyat “Segala kehormatan, segala keberkatan,
akhir segala doa (sembahyang) segala kebaikan
itu adalah keupayaan Allah. Sejahteralah
11. Selawat ke atas engkau wahai Nabi, begitu juga rahmat
Nabi Muhammad Allah dan keberkatanNya. Sejahteralah kami
SAW dan hamba Allah yang baik-baik. Aku
mengaku bahawa tiada Tuhan Selain Allah.
Dan juga aku mengaku bahawa Muhammad
itu adalah Pesuruh Allah. Ya Allah
anugerahkanlah kesejahteraan atas
Penghulu kami Muhammad dan seluruh
keluarga Penghulu kami Muhammad;
sebagaimana yang Engkau telah
anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim
dan seluruh keluarga Ibrahim. Dan berkatilah
Muhammad dan seluruh keluarga
Muhammad sebagaimana Engkau telah
berkati Ibrahim dan seluruh keluarga
Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanyalah
Engkau sahajalah yang paling terpuji dan
yang paling mulia.
“Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas
Penghulu kami Muhammad dan seluruh
keluarga Penghulu kami Muhammad;
sebagaimana yang Engkau telah anugerahkan
kesejahteraan atas Ibrahim dan seluruh
keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad
dan seluruh keluarga Muhammad
sebagaimana Engkau telah berkati Ibrahim
dan seluruh keluarga Ibrahim. Di dalam alam
semesta ini hanyalah Engkau sahajalah yang
paling terpuji dan yang paling mulia”.
34
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
12. Memberi salam Salam yang pertama adalah wajib dan salam yang kedua adalah
yang pertama sunat.
13. Tertib “Salam sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu”
Wajib bersolat mengikut urutan rukun yang telah ditetapkan
“Takbiratul Ihram “Toma’ninah ialah “Sujud mestilah
mestilah dengan berada dalam keadaan tidak berlapik”
Bahasa Arab” tetap/tenang sekadar
mengucap satu tasbih
Subhanallah”
6. PERKARA MEMBATALKAN SOLAT “Batal solat jika bergerak
tiga kali berturut-turut”
• Bercakap dengan sengaja
• Menambah atau mengurangkan perbuatan rukun solat “Sejadah yang
• Berhadas bercorak boleh
• Terdapat najis yang tidak dimaafkan mengganggu
• Terbuka aurat kekhusyukan
• Berpaling dari kiblat
• Mengubah niat solat”
• Makan dan minum dengan sengaja
• Mengeluarkan suara selain bacaan dalam solat “Tidur dalam keadaan
• Murtad punggung yang tetap
tidak membatalkan
wudhu”
35
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
7. PERKARA MAKRUH DALAM SOLAT
• Solat dalam keadaan terlalu mengantuk
• Solat dalam keadaan menahan air kecil dan air besar
• Menguap di dalam solat
• Meletakkan kedua-dua lengan di atas lantai ketika sujud
• Memandang ke arah sesuatu yang melalaikannya daripada solat
• Memakan makanan yang mengeluarkan bau busuk sebelum solat
HUKUM MENGABAIKAN SOLAT
KERANA MALAS
PENDAPAT PERTAMA PENDAPAT KEDUA
Kafir dan terkeluar dari Islam, dihukum Fasiq tetapi tidak kufur. Dihukum bunuh
bunuh sekiranya tidak bertaubat (Imam jika tidak bertaubat (Imam Malik) atau
Ahmad) ditakzirkan/ tidak dibunuh (Abu Hanifah)
36
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
8. KESALAHAN-KESALAHAN YANG BERLAKU KETIKA SOLAT
Merapatkan kaki Mengangkat tangan terlalu tinggi melebihi
paras bahu atau telinga
Mengangkat tangan terlalu rendah Menggengam kesemua jari dan jari tidak
menghadap langit
Jari tidak ditegakkan Tangan tidak diletakkan di kawasan dada dan
meletakkan tangan di sisi kiri
37
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
Belakang tidak disamakan dengan kepala Tidak meletakkan tangan di lutut
Punggung dan tumit terlalu rapat
Melampau dalam merenggangkan anggota
ketika sujud
Merapatkan siku ke lantai Duduk antara dua sujud yang salah
38
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
Mengusap belakang kepala
Mengangguk sebelum memberi salam yang
pertama atau kedua
Menyapu muka
• Jika dalam mulutnya ada gula atau coklat
yang cair di dalam mulutnya dan dia
menelan bersama dengan air liur, BATAL
solatnya.
• Oleh itu, sebelum solat disunatkan bersugi,
berus gigi atau sekurang-kurangnya
berkumur.
39
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
LATIHAN / PRAKTIKAL ***ARAHAN AMALI***
Syariat : Kewajipan Solat ( Bacaan Dalam Solat) ▪ FASILITATOR DIKEHENDAKI
Praktikal : Tasmik Bacaan Dalam Solat UNTUK MENDENGAR
BACAAN DI DALAM SOLAT
BAGI SETIAP PELAJAR
▪ MARKAH PERLULAH DIISI DI
DALAM BORANG YANG
TELAH DISEDIAKAN
Rujukan
Dato’ Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid. (2009). Indahnya Hidup
Bersyariat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd,
Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. (2003). Kitab fikah
mazhab Syafie: Menghuraikan bab bersuci dan solat. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Jabatan Mufti Negeri Perlis. (2018). Panduan Ringkas Sifat Solat Nabi s.a.w. Perlis: Majlis
Agama Islam
& Adat Istiadat Melayu Perlis.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Modul Pendidikan Islam 2 (A2001). Kuala
Lumpur: Bahagian Kurikulum Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).
Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd Wahid Abd. Hanif. (2011). Ensiklopedia Solat.
Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Zulkainain Yunus, Mohd Salam Kamil, 2006. Pendidikan Islam Xpress. Selangor:
Sasbadi Sdn. Bhd.
40
TOPIK 4 : KAEDAH MENYUCIKAN H
Oleh : Roshadah
KAEDAH MENYUCIK
BESAR DAN HADA
WUDUK
➢ PENGERTIAN WUDUK
➢ SYARAT-SYARAT WUDUK
➢ RUKUN WUDUK
➢ SUNAT WUDUK
➢ PERKARA YANG MEMBATALKAN
WUDUK
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
HADAS BESAR DAN HADAS KECIL
h Binti Abu Bakar
KAN HADAS
AS KECIL
TAYAMMUM
➢ PENGERTIAN TAYAMMUM
➢ DALIL TAYAMMUM
➢ SEBAB DIHARUSKAN TAYAMMUM
➢ BAHAN UNTUK BERTAYAMMUM
➢ HIKMAH TAYAMMUM
➢ SYARAT SAH TAYAMMUM
➢ ANNGOTA TAYAMMUM
➢ RUKUN TAYAMMUM
➢ SUNAT TAYAMMUM
➢ PERKARA MEMBATALKAN TAYAMMUM
41
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
KAEDAH MENYUCIKAN HADAS BESAR DAN HADAS KECIL
Carta Bersuci
BERSUCI
HADAS NAJIS
BESAR KECIL BERAT / RINGAN /
MANDI MUGHALLAZAH MUKHAFFAFAH
PERTENGAHAN / HUKMI
MUTAWASSITHAH
TAYAMMUM WUDHUK
AINI
CARA BERWUDUK DAN TAYAMMUM
Wudhuk( menyucikan hadas kecil )
1. Pengertian Wudhuk ( Air Sembahyang )
Wudhuk dari segi bahasa ialah bersih dan indah .
Menurut Syarak ialah membersihkan anggota-anggota wudhuk dengan cara tertentu
setelah berlaku hadas kecil untuk mengerjakan solat dan membolehkan ibadat-ibadat
lain .
Wudhuk adalah suatu syarat untuk sahnya solat yang dikerjakan sebelum seseorang
mengerjaklan solat . Perintah wajib wudhuk ini sebagaimana firman Allah SWT :
42
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
Maksudnya : “ Hai orang-orang yang beriman , apabila kamu akan mengerjakan solat ,
basuhlah mukamu dan dua tanganmu hingga kedua siku , sapulah kepala mu kemudian
basuhlah kedua kakimu hingga ke buku lali ”.
( Surah Al- Maidah : 6 )
2. Syarat-syarat wudhuk
Syarat-syarat sah wudhuk ialah :
1. Islam : Tidak sah bagi orang yang tidak beragama Islam mengambil wudhuk
2. Mumayyiz : Ertinya kanak-kanak yang sudah tahu membezakan antara bersih dan
kotor , baik dan buruk dan boleh beristinjak sendiri .Bagi kanak-kanak biasanya
mereka akan mumaiyiz semasa berumur lebih kurang tujuh tahun.
3. Menggunakan air yang suci lagi menyucikan untuk mengangkat hadas
4. Tidak ada sesuatu benda yang dapat menghalangi sampainya air wudhuk pada
anggota wudhuk seperti getah ,lilin dan sebagainya, jika ada hendaklah dibuang
terlebih dahulu .
5. Tidak ada sesuatu pada anggota wudhuk yang dapat merubah air yang digunakan
untuk berwudhuk .
6. Suci dari haid dan nifas .
3. Rukun Wudhuk
Rukun wudhuk ada enam perkara :
1. Niat : Berniat menghilangkan hadas kecil dan cara melakukannya tepat pada
waktu membasuh muka
43
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
2. Membasuh muka : iaitu mulai dari tempat tumbuh rambut kepala dan hujung
dagu sampai antara kedua telinga
3. Membasuh kedua belah tangan sampai siku .
4. Menyapu sebahagian dari kepala rambut
5. Membasuh dua belah kaki sampai buku lali
6. Tertib : iaitu mengikut urutan dari nombor 1 hingga 5
4. Sunat-sunat Wudhuk
Banyak perkara-perkara sunat dan adab yang baik dilakukan semasa mengangkat
wudhuk :
1. Menghadap ke kiblat
2. Membaca basmallah sebelum melakukan wudhuk
3. Membasuh tapak tangan hingga pergelangan tangan
4. Berkumur-kumur dan membersihkan lubang hidung
5. Menyapu /membasuh seluruh kepala
6. Menyapu kedua-dua telinga bahagian luar dan dalam
7. Mendahulukan anggota wudhuk yang kanan dari yang kiri
8. Menyela-nyela jari tangan dan kaki
9. Meniga kalikan pada tiap-tiap basuhan anggota wudhuk
10. Berturutan : tidak lama selang waktunya dalam mengerjakan anggota yang satu
dengan yang lain
11. Tidak berkata-kata ketika mengerjakan wudhuk
12. Bersiwak
13. Menghadap kiblat
14. Membaca doa setelah selesai mengerjakan wudhuk sebagai berikut
44
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
Maksudnya :
“ Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah yang esa , tiada sekutu baginya , Dan aku
bersaksi bahawa Muhammad adalah hambanya , dan pesuruhnya . Ya Allah , jadikanlah
saya dari golongan ahli bertaubat dan jadikanlah saya orang suci dan jadikanlah saya
termasuk dari golongan hambamu yang soleh ”.
5. Perkara yang Membatalkan Wudhuk
Perkara-perkara yang membatalkan wudhuk ada lima . Jika berlaku salah satu
daripadanya maka batallah wudhuk itu.Antara perkara tersebut ialah :
1. Keluar sesuatu dari qubul dan dubur , sama ada yang keluar itu berupa
benda keras , cecair atau angin . Hal ini sesuai dengan firman Allah SWT :
Maksudnya : “ Atau datang seorang di antara kamu dari buang air
( Surah An-Nisa’: 43 )
Dengan keterangan ayat di atas , jelas bagi orang yang buang air , jika tidak ada
air hendaklan ia bertayammum , bererti buang air itu akan membatalkan wudhuk.
Dalam hadis dinyatakan oleh Rasulullah SAW sebagaimana sabdanya yang
bermaksud :
“ Allah tidak menerima solat di antara kamu jika berhadas , sehingga lebih dahulu
45
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
ia berwudhuk ”.
( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )
2. Hilang akal kerana gila , pengsan , mabuk
3. Tidur nyenyak
Tidur nyenyak yang tidak tetap papan punggungnya pada tempat duduk .Ini
bermakna orang yang tidur hendaklah tidur dalam keadaan 90 darjah ,
belakang badan hendaklah tegak dan papan punggung rapat ke lantai dan kaki
terlunjur. Ini bermakna jika tidur seseorang yang berwudhuk lain daripada
cara tersebut di atas maka batallah wudhuknya . Sabda Nabi Muhammad SAW
yang bermaksud, dari Mu’awiyah berkata:
Bahawasanya Rasulullah telah bersabda “ Mata itu pengikat dubur , maka
apabila telah tidur dua mata, terlepaslah pengikat itu ”.
( Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrani )
Dan ia menambahkan hadis ini yang bermaksud :
“ Barang siapa tidur hendaklah ia berwudhuk ”.
4. Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrimnya dan tidak
memakai tutup. Firman Allah SWT :
Maksudnya : “…….atau bersentuh dengan perempuan ( yang bukam muhrim ) ”.
( Surah An – Nisa’: 43 )
5. Tersentuh kemaluan ( qubul atau dubur ) dengan tapak tangan atau jari yang
46
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
tidak memakai tutup. Dari Busrah Binti Shafwan RA bahawasanya Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud :
“ Barang siapa yang menyentuh kemaluannya hendaklah ia berwudhuk ”.
Maksudnya menyentuh kemaluan ( faraj ), baik kemaluannya sendiri
mahupun orang lain, lelaki atau perempuan, anak-anak mahupun orang
tua, dubur mahupun qubul, semua itu dinyatakan dapat membatalkan
wudhuk .
Maksud tapak tangan atau jari , termasuk juga tapak jari iaitu sekalian
yang bertemu apabila dihadapkan kedua tapak tangannya, maka itulah
yang disebut tapak tangan . Maka tidak batal apabila seorang menyentuh
kemaluan dengan kulit belakang jarinya .
Tayammum (menyucikan hadas besar dan hadas kecil)
1. Pengertian Tayammum
Tayammum dari segi bahasa ialah qasad (mensahajakan).Tayammum ialah suatu
kemudahan yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada umat Islam untuk dilakukan
semasa menghadapi keadaan yang menghalang daripada berwudu’ atau mandi
wajib disebabkan ketiadaan air atau kerana sakit bagi mengharuskan
melakukan ibadah.
Tayammum pada syara’ ialah menyapu muka dan kedua belah tangan meliputi siku
dengan debu tanah yang bersih mengikut syarat-syarat yang tertentu. Ia difardukan
sebagai ganti wudu’ atau mandi wajib .
47
[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
2. Dalil Perintah Tayammum
Kemudahan tayammum menunjukkan bahawa sembahyang lima waktu sehari
semalam wajib dikerjakan oleh setiap orang Islam sekalipun mereka sedang sakit
atau dalam ketiadaan air untuk bersuci dari hadas kecil atau hadas besar.Firman
Allah S.W.T:
Maksudnya:
" Jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau sudah buang air atau kamu
menyentuh perempuan, kemudian kamu tiada memperoleh air, maka
bertayammumlah dengan tanah yang suci, maka sapulah mukamu dan kedua
belah tanganmu dengan tanah itu."
(Al-Maidah: 6)
Manakala sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Dari Huzaifah r.a, katanya : Rasulullah s.a.w bersabda: …..dan (di antara
keistimewaan yang diberikan Allah Taala kepada kami ialah) dijadikan bumi ini
seluruhnya sebagai tempat sembahyang untuk kami, dan tanahnya pula
dijadikan untuk kami sebagai alat untuk bersuci apabila kami tidak mendapat air.
( Riwayat Muslim )
Hadis ini menyatakan sebahagian dari keistimewaan dan kemudahan beribadat
yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
dan umatnya berbanding dengan nabi-nabi terdahulu dan umat mereka
masingmasing.
48