The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurainirosli01, 2021-11-10 02:19:48

Modul Usrah

Program Usrah

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

T DAN DI DALAM KENDERAAN

Binti Mohd. Zain

EDAH ALTERNATIF
MENGGANTIKAN

RUKUN SOLAT
ERDIRI (KAEDAH
AT KETIKA SAKIT)

ARAT SOLAT CARA SOLAT DI CARA SWOLAT DEFINISI SOLAT
DI DALAM DALAM KAPAL DI DALAM MENGHORMATI
ENDERAAN
TERBANG KENDERAAN WAKTU
SEBAGAI SEBAGAI
PEMANDU PEMANDU

94

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

SOLAT KETIKA SAKIT DAN DI DALAM KENDERAAN

Pengenalan

Solat merupakan asas utama dalam Islam. Jika ditinggalkan ibarat rumah tanpa tiang.
Maka runtuhlah agama jika solat tidak didirikan. Kebanyakkan kita tidak tahu cara menunaikan
solat ketika sakit atau di dalam kenderaan walaupun kita mampu menunaikannya. Ada juga
yang langsung tidak tahu kewajipan solat ketika sakit. Berikut adalah panduan cara menunaikan
solat ketika sakit dan di dalam kenderaan:

Hukum
Umat Islam wajib mendirikan solat walaupun ketika sakit atau di dalam kenderaan.

Dalil mengharuskan solat dalam keadaan duduk dan baring:
Sabda Rasulullah SAW: “Solatlah dalam keadaan berdiri, jika kamu tidak mampu dalam

keadaan berdiri, duduklah. Dan jika kamu tidak mampu juga, hendaklah kamu baring di atas
lambung kamu (mengiring).”

Kaedah Altenatif Menggantikan Rukun Solat Berdiri

Kaedah Solat Ketika Sakit:

1. Solat Sambil Duduk
- Seseorang individu yang tidak boleh berdiri boleh menunaikan solat sambil
duduk di atas kerusi
- Bongkokkan sedikit badannya ketika rukuk melebihi takbiratulihram
- Apabila sujud mestilah membongkok melebihi paras rukuk
- Sewaktu duduk antara dua sujud pula hendaklah mengangkat badannya
tetapi tidaklah sampai sehingga paras rukuk tadi. Tujuannya untuk
membezakan di antara pergerakan tadi
- Bagi yang solat duduk di atas lantai pula, hendaklah sujud seperti biasa
dengan dahi menyentuh lantai jika berkemampuan.

95

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

Gambar rajah di atas menunjukkan kaedah solat duduk di atas kerusi
2. Solat Berbaring

96

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
- Bagi individu yang tidak mampu solat berdiri atau duduk, dibolehkan bersolat

dengan berbaring iaitu mengiringkan badannya di atas rusuk kanan dan dada
mengadap kiblat
- Sekiranya rusuk kanan juga sakit, dibolehkan mengiring di atas rusuk kiri dan
mengadap kiblat
- Jika seseorang individu tidak boleh mengiring ke kanan atau ke kiri,
dibolehkan berbaring terlentang dengan bahagian kepala dan dadanya
ditinggikan sedikit mengadap ke arah kiblat

Gambar rajah di atas menunjukkan kaedah solat mengiring

97

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

Gambar rajah di atas menunjukkan kaedah solat melentang

- Solat dalam keadaan berbaring ini sama ada mengiring atau melentang,
rukuk, sujud dan lain-lain dilakukan dengan menggerakkan apa yang terdaya
sebagai isyarat seperti menggerakkan kepala,tangan atau kelopak mata.

3. Solat duduk di dalam kenderaan.

Syarat solat di dalam kenderaan
- Kenderaan yang dinaiki tidak boleh berhenti seperti kapal terbang,kereta api,

bas awam dan lain-lain.
- Membahayakan diri jika berdiri di dalam kenderaan .
- Jika kenderaan tersebut mempunyai ruang yang sesuai untuk solat, tidak

membahayakan, wajib berdiri.

Cara solat duduk di dalam kapal terbang sebagai penumpang:

98

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

- Berniat dan takbir seperti biasa
- Mengadap ke arah kiblat jika mampu
- Lakukan rukun-rukun solat iaitu bacaan seperti biasa
- Rukun-rukun perbuatan (fi’li) dilakukan dengan gerakan yang boleh

dibezakan antara satu rukun ke satu rukun contohnya rukuk, sujud dan lain-
lain.

Gambar rajah di bawah menunjukkan kaedah solat duduk di dalam kapal terbang

1-Duduk tegak 2- Rukuk 3- Iktidal

4- Sujud 5- Tasyahud 6- Memberi salam
99
Cara solat di dalam kenderaan sebagai pemandu:

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

Pelbagai keadaan yang membolehkan seorang pemandu menunaikan solat tanpa
mengabaikan pemanduan. Contohnya juruterbang yang perlu menjaga pemanduan dan
tidak boleh berhenti untuk menunaikan solat atau pemandu kenderaan di darat yang
terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas dan waktu solat hampir tamat. Solat
menghormati waktu dibenarkan kepada situasi-situasi yang tersebut di atas.

Definisi Solat Menghormati Waktu

Solat fardhu yang didirikan seseorang yang tidak ada kemudahan @ kemampuan untuk
bersuci atau berhalangan air. Islam mengharuskan seseorang itu mengerjakan solat
tanpa wuduk dan tanpa menghadap kiblat. Contohnya di dalam kapal terbang,
persoalan keselamatan pesawat dan penumpang adalah diutamakan. Niatnya sebagai
contoh: "Sahaja aku solat fardhu Subuh dua rakaat menghormati waktu kerana Allah
Taala"
Seseorang yang melakukan solat menghormati waktu WAJIB mengulangi semula
solatnya apabila sudah memperolehi kemudahan atau kemampuan untuk bersuci atau
tidak berhalangan menggunakan air jika waktu solat tersebut masih ada.
Walaubagaimanapun, sekiranya waktu solat sudah tamat, wajiblah mengqada'kan solat
tersebut.

LATIHAN / PRAKTIKAL
Syariat : Kaifiyat Solat Ketika Uzur dan Dalam Kenderaan
Praktikal : Tunjuk cara Solat Ketika Sakit Dan Solat Dalam Kenderaan

Sumber Rujukan :

Ensiklopedia Solat terbitan Telaga Biru sdn.bhd. (co.No.429118-A) Cetakan April 2011
https://www.e-solat.gov.my/index.php?siteId=25&pageId=18&artikelId=2
https://www.e-solat.gov.my/index.php?siteId=25&pageId=18&artikelId=9
https://www.youtube.com/watch?v=gx7FGHqiciA
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/syarat-solat-duduk-1.534544

100

TOPIK 10 : KEWAJIPAN MEN

Oleh: Solhal Hud

KEW
ME
A
D
I

DEFINISI DALIL HIKMAH SE
AURAT KEWAJIPAN MENUTUP MAH
MENUTUP
AURAT W
AURAT

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

NUTUP AURAT DALAM ISLAM

da Binti Sahidan

WAJIPAN
ENUTUP
AURAT
DALAM
ISLAM

ENARAI FESYEN FESYEN FESYEN
HRAM BAGI PAKAIAN DAN PAKAIAN PAKAIAN
WANITA LELAKI PEREMPUAN
TUNTUTAN
MENUTUP

AURAT

101

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

KEWAJIPAN MENUTUP AURAT DALAM ISLAM

Definisi Aurat
Perkataan aurat berasal daripada Bahasa Arab. Menurut Lisaan al-Arab, aurat bermaksud
malu, aib, sesuatu yang keji dan menjatuhkan. Perkataan aurat juga difahami dan diterima
pakai oleh masyarakat umumnya. Menurut Kamus Dewan aurat didefinisikan sebagai “bahagian
tubuh yang tidak boleh kelihatan atau wajib ditutup menurut hukum Islam”.

Daripada pengertian bahasa ini, aurat ialah sesuatu yang memalukan, yang mesti dijaga
atau disembunyikan supaya tidak terbuka sehingga boleh menyebabkan seseorang berasa
malu atau dimalukan apabila terbuka. Jelas menunjukkan betapa syarak mewajibkan umatnya
menutup aurat demi menjaga kehormatan dan kemuliaan insan. Menurut syarak, batas aurat
bagi lelaki adalah dari pusat hingga ke lutut manakala aurat bagi perempuan adalah seluruh
tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan.

Dalil Kewajipan Menutup Aurat
Hukum menutup aurat adalah wajib bagi lelaki dan wanita. Ini berdasarkan dalil-dalil al-Quran
terhadap perintah Allah SWT supaya menutup aurat. Firman Allah SWT:

102

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

Maksudnya: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka;
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir
daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala
mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada
suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau
anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka
yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-
perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang
telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti
lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui
orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian
kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya”.

(Surah an-Nur: 31)

Ayat ini menjelaskan supaya wanita memelihara kehormatan mereka dan tidak mempamerkan
aurat serta perhiasan kecuali yang zahir sahaja. Selain itu, wanita boleh memperlihatkan
auratnya kepada mahram tetapi terhad tidak termasuk anggota paha, kemaluan, perut, pusat
dan lutut yang halal bagi suami sahaja. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuan yang beriman,
supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara
yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka
dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani”.

(Surah al-Ahzab: 59)

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Ada dua jenis golongan ahli neraka yang
belum aku temui iaitu (1) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi, yang dipergunakannya
untuk memukul orang. (2) Wanita-wanita berpakaian, tetapi bertelanjang (berpakaian ketat,
jarang sehingga menampakkan susuk tubuh, mereka juga menyimpang daripada ketaatan
(kepada Allah kerana tidak menjaga kehormatan diri), cenderung kepada kaum lelaki dan
menarik perhatian lelaki dengan lenggok jalan dan pergerakan bahunya. Kepala mereka
bersanggul seperti bonggol unta. Mereka juga tidak dapat memasuki syurga, bahkan tidak
dapat mencium bau syurga. Sedangkan bau syurga dapat dihidu dari jarak yang sangat jauh”.

(Hadith Sahih Muslim, No. 2004)

103

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

Hikmah Menutup Aurat

1. Mematuhi perintah Allah SWT dan mendapat ganjaran pahala.
2. Dikenali sebagai perempuan yang baik dan beriman.
3. Memelihara maruah diri dan agama.
4. Mencegah berlakunya gangguan dan fitnah terhadap wanita.
5. Mengelak pandangan jahat dan nafsu lelaki ajnabi.
6. Mempunyai perasaan malu untuk melakukan maksiat.
7. Mewujudkan rasa selamat terhadap wanita.

Senarai Mahram (golongan yang haram dikahwini) bagi Wanita

1. Bapa
2. Bapa mentua
3. Anak kandung
4. Anak tiri
5. Saudara kandung
6. Anak Saudara (Abang)
7. Anak Saudara (Kakak)

Fesyen Pakaian dan Tuntutan Menutup Aurat

Islam adalah agama yang sukakan kecantikan. Mengenakan pakaian yang indah dan mengikut
peredaran masa adalah tidak menjadi kesalahan selagi mana pemakainya menutup aurat
dengan sempurna dan mengikut syariat. Menutup aurat dengan sempurna adalah sepertimana
yang dijelaskan di dalam al-Quran.
Abul A’la al-Maududi menjelaskan tabarruj (perhiasan) bagi wanita kepada tiga pengertian iaitu:

1. Tindakan memperlihatkan kecantikan wajahnya dan bahagian-bahagian tubuhnya yang
mengundang ghairah lelaki yang bukan mahramnya.

2. Memperlihatkan keindahan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki yang bukan
mahram.

3. Memperlihatkan dirinya melalui cara berjalan, gaya dan kehebatannya kepada mereka.
104

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu

(bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang

berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah

kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan

bersyukur).

(Surah al-A’raaf: 26)

Ulama tafsir menjelaskan dalam ayat di atas, libasut taqwaa adalah ‘iman’ dan maksud lain
yang mempunyai kaitan ialah ‘merasa takut kepada Allah, lalu dia menutup auratnya’. Menutup
aurat dan bertudung adalah dua perkara yang berbeza. Menutup aurat haruslah dengan
pakaian yang longgar, tidak ketat, tidak singkat dan tidak menampakkan anggota tubuh yang
wajib ditutup. Sedangkan sesetengah daripada mereka yang bertudung menganggap mereka
telah pun menutup aurat namun memakai pakaian yang ketat dan seluar mengikut bentuk
tubuh. Kesimpulannya, bertudung itu tidak semestinya menutup aurat sekiranya tidak menepati
syarak.

Panduan Berpakaian Mengikut Syarak Panduan Bertudung
1. Pakaian yang menutup aurat. 1. Menutupi seluruh bahagian kepala

2. Pakaian yang longgar. kecuali muka.
3. Pakaian yang labuh. 2. Tudung tidak terlalu pendek dan ketat.
4. Pakaian yang tidak jarang. 3. Labuh menutupi bahagian dada.
5. Tidak bercorak dan berwarna 4. Tudung tidak jarang.
keterlaluan. 5. Tudung tidak menyerupai agama lain.

105

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

Fesyen Pakaian Lelaki Tidak Menutup Aurat

Contoh tidak menutup aurat memakai seluar pendek
Fesyen Pakaian Perempuan Tidak Menutup Aurat

Contoh pakaian yang tidak menutup aurat

106

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

LATIHAN / PRAKTIKAL
Syariat : Kewajipan Menutup Aurat Dalam Islam
Praktikal : Etika Berpakaian Menurut Syariat (Lelaki & Perempuan)

Rujukan:
Al-Quran. 2013. Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran 30 Juz. Terj. Sheikh

Abdullah Basmeih. Cet.22. Kuala Lumpur: Darulfikir.
‘Abdullah bin Jarullah, 2005. Hak & Kewajiban Wanita Muslimah Menurut Al-Quran & As-

Sunnah. Jakarta: Pustaka Imam Asy-Syafi’i
Aishun Rafiq, Shah Othman & Waled. 2015. Aurat di Bawah Bumbung. Selangor: Mustread

Sdn. Bhd.
Kamus Dewan. 2005. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lisaan.net, Akses pada 18 April 2019
Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi. 2014. Wanita Dambaan Syurga. Selangor: Karya Bestari
Shofian Ahmad. 2004. Aurat Kod Pakaian Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications

107

TOPIK 11 : AKHLAK DAN ADAB

Oleh : Hasminud

AKHLAK
ADAB DE

ALLAH
RAS

TUNJUK CARA ADAB YANG 10 AD
BERADAB PERLU BERSAMA

DENGAN ALLAH DILAKUKAN SW
KETIKA SOLAT KETIKA SEORANG

ITU SOLAT

KETIKA TAKBIRATUL
IHRAM

DOA IFTITAH

KETIKA BACAAN AL
FATIHAH DAN
SURAH

KETIKA RUKUK DAN
SUJUD

KETIKA DUDUK DAN
TASYAHHUD

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

B DENGAN ALLAH DAN RASUL

ddin Bin Hashim

K DAN
ENGAN
H DAN
SUL

DAB AKHLAK ADAB DAN
A ALLAH TERHADAP AKHLAK DENGAN
WT
ALLAH RASULULLAH
SAW

TIDAK MEMPERSEKUTUKAN BERIMAN KEPADA
ALLAH DENGAN APA JUA RASULULLAH SAW
PATUH KEPADA
TAKUT KEPADA ALLAH RASULULLAH SAW
CINTA KEPADA
CINTA KEPADA ALLAH RASULULLAH SAW

REDHA DAN IKHLAS KEPADA 108
QADA’ DAN QADAR ALLAH

BERTAUBAT KEPADA ALLAH

BERSYUKUR KEPADA ALLAH

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

AKHLAK DAN ADAB DENGAN ALLAH DAN RASUL

Tunjukcara beradab dengan Allah ketika solat
Firman Allah yang bermaksud : Sesungguhnya berjayalah orang-rang beriman. Yang Mereka
khusyuk dalam solat. (Surah al Mukminun ayat 1-2)
Dalam ayat 1-2 surah al Mukminun Satu penyataan Allah bahawa orang-orang beriman akan
berjaya, antara kejayaan orang-orang yang beriman apabila mereka khusyuk dalam solat.
Sabda Rasullullah yang bermaksud : Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.
Pengertian hadis di atas membawa maksud bahawa segala gerak geri dalam solat bermula
dari Takbiratulihram hingga melafazkan salam hendaklah mengikut apa yang dilakukan oleh
Rasulullah S.A.W.

Khusyuk dan solat seperti yang disuruh Allah dan Rasul perlu juga dipenuhi degan adab seperti
seotang yang mengadap raja untuk mempersembahkan hadiah kepada raja, penuh dengan
adab dan sopan agar raja menerima hadiah yang dipersembahkan.

Diantara adab yang perlu dilakukan ketika seorang itu solat ialah :
Bacaan Surah an Nas
Seorang yang ingin mendirikan solat apabila berada di atas tempat sembahyang hendaklah dia
berdiri tegak dan membaca surah an Nas bagi memohon perlindungan dari godaan syaitan.
Pastikan hatinya berkeinginan penuh untuk solat dan dikosongkan daripada perasaan was-
was.
Seeloknya dia merasai bahawa dia sedang berdiri dan bermunajat dihadapan Allah raja segala
raja. Hendaklah ada perasaan malu apabila bermunajat kepada Allah dengan hati yang lalai
dan hati yang sentiasa menginngati dunia dengan syahwat yang amat hina.

109

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

1. Ketika takbiratul ihram
Takbitatulihram merupakan takbir rukun dalam solat. Ketika mengangkat takbir .pastikan niat
hadir dalam hati dan kekalkan niat sehingga sesai takbir. Kedua-dua tangan hendaklah
diletakkan selari cuping telinga dan dua tapak tangan selari dengan bahu. Kemudian turunkan
tangan dengan tenang kemudian angkat semula kedua tngan untuk melatkkan di dada.
Letakkan tangan kanan di atas tangan kiri sebagai tanda kemuliaan bahagaian tangan yang
selalu didahulu oleh Rasulullah. Jari-jari kanan dibukakan di atas lengan hasta kiri dan
genggam pereglangan tangan kiri dengan jari-jari tadi.

2. Doa iftitah
Selepas takbiratul ihram ucapkanlah doa iftihah sebagai ikrar kita kepada Allah.
‫الله اكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة راصيلا‬
Maksudnya : Allah Maha besar segala puji sebanyak-banyaknya bagi Allah Maha Suci Allah
pada waktu awal dan akhir siang.

Kemudian sambung dengan ucapan
‫وجهت وجهي للذي فطر الماوات والأرض حنيفا مسلما وما انا من المشركين إن صلاتي ونسكي ومحباي ومماتي لله رب العالمين لا‬
‫شريك له وبذالك امرت و انا من المسلمين‬
Maksudnya : Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan Yang menciptakan langait dan bumi dalam
keadaan lurus (cenderung kepada agama yang benar) dan menyerah diri, serta aku bukanlah
teramsuk dalam kalangan Musyrikin. Sesuhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah
bagi AllahTuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya dan demikianlah aku dperintahkan serta
termasuk dikalangan orang-orang Islam (yang menyerahkan diri pada Allah).
Doa iftitah merupakan ungkapan seorang hamba yang sedang berjumpa dengan tuhannya,
Doa iftitah lebih terasa seperti ungkapan batin yang mengalir dari jiwa paling dalam seorang
hamba, diawali dengan takbir, tahmid, tasbih kemudian di lanjutkan dengan ungkapan
wajjahtu wajhiya (aku menghadapkan wajahku)

110

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

3. Ketika bacaan Al fatihah dan surah
Sebelum membaca surah al fatihah elok sekiranya dimulakan dengan bacaan taawuz. ‫أعوذ بالله من‬
‫ لشيطان الرجيم‬Bacalah surah al fatihah dengan menyempunakan semua tasdidnya contoh pada
bacaaan iyya kana’… Bezakan huruf zal dan dhahd . Bacalah surah al fatihah satu ayat demi
satu ayat. Bacaan amen hendaklah nyaring dan serentak bersama imam .
Dalam solat subuh,maghrib dan isyak (dalam 2 rakakat awal) hendaklah dinyaringkan bacaan al
quran dan lafaz amen.
Digalakkan membaca surah yang panjang dalam solat subuh bermula dari surah al hujurat
hngga surah an Naba’. Manakala surah pendek daripada surah ad Dhuha hngga an Nas dibaca
dalam solat maghrib. Dalam solat zuhur,asar dan isyak digalakkan membaca surah
pertengahan bermula surah an Naba’ sehinnga ad Dhuha.
Ketika seorang musafir hendaklah dia membaca surah al Kafirun dan surah al Ikhlas dalam
solatnya. Berikan perhatian sepenuhnya dalam solat kearah tempat sujud tanpa menoleh ke
kiri dan ke kanan untuk medapatkan kesempurnaan dan dapat mengahadirkan hati ketika solat.

4. ketika Rukuk dan sujud
Rukuk dan sujud tanda seorang hamba mengingati kebesaran Allah. Justeru semasa
mengangkat tangan ingati kebesaran Allah dan mohon perlindungan dari seksanya.
Ketika rukuk ketua tapak tangan beraa di atas dua lutut dalam keadaan jari-jari tangan terbuka
dan lutut ditegakan. Ratakan belakang badan, leher dan kepala dengan lurus seperti sekeping
papan. Kedua siku diregangangkan daripada lambung badan, bagi perempuan hendaklah
saling merapatkannya.
Bacalah zikir rukuk 3x
Selepas rukuk angkat kepala sehingga dapat berdiri tegak dan angkat kedua belah tangan
sambil mengucapkan
‫سبحان ربي العظيم وبحمدك‬
Maksudnya : Maha suci Tuhanku Yang Maha Agung dan dengan sifat kepujianNya.

111

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

Apabila berdiri tegak ucapkan
‫ربنا ولك الحمد‬
Maksudnya : Tuhan kami dan bagimU segala pujian.

Dalam solat subuh sunat membaca qunut . Kemudian sujud sambil bertakbir tanpa
mengangkat tangan.

Bacaan Qunut :

Cara sujud ialah dengan meletakkan dahulu lutut di tempat sujud. Kemudian dua tangan dahi
dibiarkan terbuka sertakn letakkan hidung bersama dahi. Renggangkan dua sikumu daripada
lambung badan dan jarakkan perut dan dua paha. Perempuan tidak perlu berbuat demikian.
Letkkan kedua tangan di ats permukaan bumi setentang dengan bahu. Selepas itu bacalah zikir
sujud

‫سبحان ري الأعلي وبحمدك‬

Maksudnya : Maha Suci TuhanKu Yang Maha Tinggi dan Pujian untuknya.

112

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

5. Ketika duduk antara sujud dan tasyahhud

Ketika seorang yang sembahyang itu bertasyahud, tangan kanan hendaklah diletakkan di atas
paha kanan sambil menggeggam seluruh jarinya kecuali jari telunjuk dan dilepaskan ibu jari.
Ketika mengucapkan ‫ الا الله‬sementara tangan kanan di atas paha kanan dalam keadaan seluruh
jarinya terbuka.kedudukan duduk tasyahud seperti duduk antara dua sujud dan duduklah dalam
keadaan tawaruk (duduk di atas punggung kirimu dan tempatkan kaki kiri keluar dari bwahnya
serta tegakkan tapak kaki kanan) dalam rakaat terakhir.
Kemudian ucapkan ‫ السلام عليكم ورحمة الله‬sebanyak 2 kali dengan niat keluar dari solat sertakan
niatkan salam kepada sesiapa yang berada didua sisi daripada kalangan malaikat dan kaum
muslimin. Perlu diketahui bahawa petunjuk kepada solat ialah khusyuk, iaitu hati yang hadir
beserta bacaan al Quran dan zikr dengan memahami maksudnya. Solat yang penuh dengan
kekhusyukan akan menjadikan sesorang itu baik dan mejauahkan diri yang solat daripada
perbuatan keji dan mungkar sebagaimana firman Allah dalam surah al Ankabut ayat 45 yang
bermaksud : Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar;
dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan
(ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

10 Adab Bersama Allah Swt

1. Cintakan Allah SWT.

2. Ikhlaskan segala amalan semata-mata kerana Allah SWT.

3. Takut dan sentiasa berharap kepada Allah SWT.

4. Bersyukur apabila diberi nikmat.

5. Bersabar apabila ditimpa kesusahan.

6. Melihat Taufiq dan Hidayah daripada Allah SWT apabila dapat melakukan ibadat dan
ketaatan.
7. Sentiasa berzikir mengingati Allah SWT dan sentiasa bertaubat memohon keampunan
dariNya.

8. Tidak berputus asa, malah sentiasa mengharapkan rahmat daripadaNya.

113

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

9. Melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.
10. Beriman dengan penuh keyakinan terhadap Qada’ dan Qadar Allah SWT kerana setiap
perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya yang tidak diketahui.

Akhlak Terhadap Allah
Pada dasarnya, akhlak kepada Allah SWT itu ialah bahawa manusia hendaklah :

1. Beriman kepada Allah.
2. Beribadah atau mengabdikan diri kepada Allah dengan tulus ikhlas.

Beriman kepada Allah ialah mengakui, mempercayai atau meyakini bahawa Allah itu ada dan
bersifat dengan segala sifat yang baik dan Maha Suci dari segala sifat yang buruk. Tetapi
beriman kepada Allah, tidak cukup hanya sekadar mempercayai akan adanya Allah sahaja,
melainkan harus juga diikuti dengan beribadah atau mengabdikan diri kepada Allah dalam
kehidupan sehari-hari, mengamalkan segala perintah Allah dan dijauhinya segala larangan
Allah. Semua ini dikerjakan dengan tulus ikhlas, semata-mata hanya kerana Allah sahaja.
Akhlak juga boleh diterangkan seperti berikut:

1. Tidak Mempersekutukan Allah Dengan Apa Juga

Mempersekutukan Allah maksudnya ialah mempertuhankan sesuatu yang bukan Tuhan,
sehingga selain Tuhan yang sejati ( Allah ) dianggap ada lagi Tuhan yang lain. Perbuatan
demikian disebut syirik, dan orang yang melakukannya dinamakan sebagai Musyrik.

Firman Allah SWT :

Maksudnya:
“ Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan
Dia, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari itu bagi siapa yang dikehendakiNya.
Barangsiapa mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, sesungguhnya ia telah tersesat
sejauh-jauhnya.”

( An-Nisaa’ : 116
114

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

2. Takut Kepada Allah

Agama Islam memang mengajar umatnya takut kepada Allah. Takut di sini bermakna taat dan
patuh pada segala perintah dan larangan Allah SWT, bukan bermaksud lari daripada Allah.

Firman Allah SWT :

Maksudnya:
“ Orang yang patuh kepada Allah dan RasulNya, takut dan bertakwa kepadaNya, itulah
orang-orang yang memperolehi kemenangan.”

( An-Nur : 52 )

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“ Ada tiga perkara yang dapat menyelamatkan manusia, iaitu:
1. Takut kepada Allah di tempat yang tersembunyi mahupun di tempat yang terang .
2. Berlaku adil pada waktu rela atau waktu marah.
3. Hidup sederhana pada waktu miskin mahupun pada waktu kaya.”

3. Cinta Kepada Allah
Sebagai manusia, selain harus bertakwa dan takut kepada Allah, mereka harus cinta dan kasih
kepadaNya.
Firman Allah SWT :

115

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

Maksudnya:
“Dan di antaranya manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan
selain Allah. Mereka menyintainya sebagaiman mereka menyintai Allah. Adapun orang-
orang beriman sangat menyintai Allah.”

( Al-Baqarah : 165 )
Seseorang yang cinta kepada Allah, tentu ada tanda-tandanya. Siti Aisyah r.a. berkata yang
bermaksud:

“Barang siapa cinta kepada Allah SWT, ia akan memperbanyakkan ingat (zikir) kepadaNya,
dan sebagai ganjarannya Allah akan ingat pula kepadanya dengan rahmat dan ampunanNya,
memasukkannya ke dalam syurga bersama Nabi-nabinya dan hamba-hamba kecintaanNya dan
memberi kehormatan melihat keagunganNya. Dan barang siapa menyintai Nabi Muhammad
SAW, ia akan memperbanyakkan bacaan selawat kepada baginda, dan sebagai ganjarannya
orang itu akan memperolehi syafaat baginda dan menemani baginda di syurga.”

4. Redha dan Ikhlas Kepada Qadha’ dan Qadar Allah SWT
Qadha’ dan Qadar (Takdir) apa pun yang telah ditentukan kepada kita wajib kita menerimanya

dengan redha dan ikhlas, walaupun yang ditakdirkan untuk kita itu mungkin merugikan atau menyedihkan
kita, sebab kita menerima (dengan baik) atau tidak, takdir Allah itu pasti terjadi juga dan tentu berlaku
pada diri kita. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya besarnya pahala itu mengikuti besarnya cubaan. Dan sesungguhnya
Allah apabila senang pada suatu golongan, dicubanya golongan itu (dengan sesuatu
cubaan). Siapa yang redha terhadapnya, ia akan mendapat keredhaan Allah, dan siapa
yang marah, ia juga akan memperolehi kemurkaan Allah.”
5. Bertaubat Kepada Allah SWT
Erti taubat dari segi bahasa ialah: kembali.
Dari segi istilah: kembali taat kepada Allah setelah sebelumnya durhaka kepadaNya. Imam Al-
Ghazali berkata, bahawa taubat itu ialah kembali mengikuti jalan yang benar dari jalan sesat
yang telah ditempuhnya.
Firman Allah SWT :

Maksudnya:
“ Bertaubatlah kamu semua kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu
beruntung.”

116

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

( An-Nur : 31 )
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“ Hai manusia bertaubatlah kepada Allah dan mintalah ampun kepadaNya.
Sesungguhnya aku sendiri bertaubat dalam seharinya 100 kali.”

Abu Zakaria Muhyidin Yahya An-Nawawi di dalam bukunya “ Riyadhu-as-Salihin “
menerangkan, bahawa taubat itu hendaknya dilakukan dengan mengerjakan rukun-
rukun taubat yang terdiri dari

a. Berhenti dari maksiat.
b. Menyesal atas dosa-dosa yang dilakukan.
c. Berjanji dengan bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi berbuat dosa.
d. Dalam hal dosa itu ialah dosa kepada orang lain hendaklah ditambah dengan

menyelesaikan persoalan dengan orang lain yang bersangkutan.

6. Bersyukur kepada Allah SWT
Bersyukur adalah satu hal yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan RasulNya.
Firman Allah SWT :

Maksudnya:
“ Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, iaitu: Bersyukurlah
kepada Allah. Barangsiapa bersyukur (kepada Allah), sesungguhnya ia bersyukur untuk
dirinya sendiri dan barangsiapa tidak bersyukur, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi
Maha Terpuji.”

( Luqman : 12)
Syukur boleh diertikan sebagai mempergunakan nikmat atau pemberian yang ada di tangan
kita, sesuai dengan yang dikehendaki oleh yang memberi kenikmatan itu. Syukur juga boleh
diertikan seperti berikut:

• Merasa gembira atas sesuatu pemberian/kebaikan orang lain yang kita terima.
• Menyatakan kegembiraan itu dengan ucapan dan perbuatan.
• Memelihara pemberian/kebaikan itu dengan sebaik-baiknya dan

mempergunakannya sesuai dengan yang dikehendaki oleh si pemberi kebaikan itu.
• Membalas pemberian / kebaikan itu. Membalas pemberian Allah ialah dengan

mempergunakan kurnia Allah itu menurut yang diredhai oleh Allah, sedangkan

117

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

membalas pemberian manusia ialah dengan membalas pemberian itu dengan
pemberian pula, sekurang-kurangnya dengan doa.

AKHLAK TERHADAP RASUL
Sebagai seorang nabi dan utusan Allah kepada sekalian umat manusia di dunia ini, maka setiap
individu muslim perlu mempunyai akhlak yang perlu dipelihara sesuai dengan martabat
baginda.
Antara akhlak yang perlu ada pada setiap individu muslim kepada nabi Muhammad SAW ialah :
1. Beriman Kepada Rasullullah SAW
Seperti juga akhlak kepada Allah, maka akhlak manusia kepada Nabi Muhammad SAW yang
pertama sekali ialah beriman kepada baginda SAW, iaitu percaya bahawa baginda adalah Nabi
dan Rasul ( utusan ) Allah kepada seluruh manusia dan mempercayai segala ajaran yang
disampaikan oleh baginda adalah merupakan wahyu Allah SWT yang benar. Kepercayaan yang
sepenuh hati tanpa ada sedikit keraguan yang boleh menjejaskan keimanan seseorang muslim.
Tanpa keimanan yang sepenuhnya kepada baginda SAW tidak mungkin seseorang itu menjadi
muslim dan tidak sah serta terbatallah keislamannya.
Firman Allah SWT :

Maksudnya:
“Katakanlah hai manusia, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu

semuanya, iaitu Tuhan yang mempunyai kerajaan langit dan bumi. Tiada Tuhan selain
daripadaNya, yang menghidupkan dan mematikan. Sebab itu, hendaklah kamu beriman
kepada Allah dan UtusanNya, Nabi yang ummi yang percaya kepada Allah dan
perkataan-perkataanNya. Ikutilah ia supaya kamu mendapat petunjuk.”

( Al-A’raaf : 1)
2. Tunduk dan Patuh Kepada Rasullullah SAW
Beriman kepada Nabi Muhammad membawa kepada tunduk dan patuh kepadanya. Ketaatan
yang sepenuhnya kepada baginda adalah kewajipan yang perlu dibina dalam diri individu
muslim. Tunduk dan patuh juga memberi makna menjadikan Rasulullah SAW sebagai manusia
pertama yang perlu ditaati berbanding sekalian manusia dan makhluk yang wujud di muka bumi

118

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

ini dan menerima segala apa yang disampaikan baginda dengan ketaatan yang sepenuhnya
serta tidak membantah, mempertikaikan, menghina, mempersenda, memperolok-olokkan atau
memperkecilkan walaupun satu daripada percakapan, sifat, tingkahlaku, pengakuan dan
segala apa yang disampaikan oleh baginda di samping meninggalkan segala tegahan dan
larangannya. Dalam erti kata lain meletakkan ketaatan kepada segala suruhan dan
meninggalkan segala larangan baginda lebih utama berbanding yang lain selepas Allah dengan
hati yang penuh ikhlas .
Firman Allah SWT :

Maksudnya:
“Apa yang dibawa oleh Rasul kepadamu hendaklah kamu terima, dan apa yang
dilarangnya hendaklah kamu jauhi.”

( Al-Hasyr : 7 )
3. Cinta Kepada Rasulullah SAW
Sebagai seorang Nabi dan Rasul Allah yang telah bersusah payah menyampaikan
ajaran Allah yang membawa manusia kepada jalan yang benar dan kebahagian yang
hakiki, maka setiap umat Muhammad SAW bukan sahaja perlu berterima kasih kepada
baginda tetapi perlu menyayangi dan mencintai baginda. Seperti kecintaan kepada
Allah SWT, kasih dan sayang umat kepada baginda hendaklah di tahap cinta yang
tertinggi setelah rasa cinta kepada Allah SWT. Cinta kepada Allah SWT dan RasulNya
tidak boleh dikalahkan oleh cinta kepada apa jua. Sabda Nabi Muhammad SAW yang
bermaksud :

“ Tidak beriman salah seorang di antara kamu, sehingga aku lebih dicintai olehnya
daripada dirinya sendiri, orang tuanya, anaknya dan manusia semuanya.”

Cinta kepada Nabi Muhammad SAW tidak cukup sekadar dilahirkan dalam bentuk pengakuan
kata-kata, tetapi perlu dibuktikan dalam bentuk perbuatan yang nyata, antara lain dengan:

1. Mengamal dan mematuhi agama Islam yang diajarkannya, baik yang terdapat dalam
Al-Quran mahupun dalam hadis atau sunnahnya.

2. Berjuang menegakkan, mengembangkan dan membela ajaran-ajarannya, termasuk
juga menjaga kemurniannya dari segala bid’ah dan khurafat.

119

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

3. Memuliakan Nabi Muhammad SAW dan memperbanyakkan berselawat kepadanya.

4. Memuliakan keluarga dan sahabat-sahabatnya.

5. Berselawat Kepada Rasullulah SAW.

‘Selawat’ adalah dari perkataan ‘solat’ yang mempunyai dua erti, iaitu doa dan keberkatan.
’Solat’ atau ’Selawat’ dalam erti doa ialah ibadat sembahyang, manakala dalam erti yang kedua
(keberkatan) ialah nama permohonan keberkatan untuk Nabi Muhammad SAW. Kerana itu
berselawat kepada Nabi ialah menyampaikan permohonan keberkatan kepada Allah untuk
Rasulullah SAW. Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW merupakan penghormatan kepada
baginda dan suatu perkara yang sangat penting dalam Islam. Setiap muslim yang mempunyai
kesempatan untuk berselawat, diminta berselawat contohnya ketika menyebut nama Nabi
Muhammad SAW atau ketika mendengar namanya disebut orang lain. Malah pada ketika
tertentu berselawat ke atas baginda menjadi wajib seperti ketika sembahyang, berkhutbah dan
sebagainya.

Firman Allah SWT :

Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat kepada Nabi Muhammad
SAW. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu dan sampaikan salam
kepadanya dengan sepenuh penghormatan.”

( Al-Ahzab : 56 )
Adab Dengan Rasulullah S.A.W

1. Kewajipan Beradab Dengan Rasulullah
• Nabi muhammad adalah pemimpin agung dan utusan Allah
• Kita perlu sentiasa membaca selawat ke atasnya sebagai tanda terima kasih dan
memuliakannya
• Kita perlu melaksanakan segala sunnahnya
• Allah menyeru umat Islam agar mengasihi rasulullah sebagai tanda cinta kepada-
Nya
120

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

2. Garis Panduan Dan Adab Dengan Rasulullah
• Berselawat kepadanya
▪ Ia bagi menunjukkan rasa cinta dan kasih kepadanya
▪ Tujuan bersalawat adalah untuk meberi ucapan selamat bagi
menghormati rasulullah
▪ Kita perlu beradab semasa berselawat dengan suara yang
sederhana dan tidak terlalu nyaring

▪ Tawadhuk dan bersopan santun
▪ Kita dilarang meninggikan suara dihadapan rasulullah

▪ Bersopan ketika hadis rasulullah dibaca
• Menziarahi makam rasulullah
• Kita disunatkan menziarahi makam baginda ketika menunaikan haji dan umrah
• Mengasihi para sahabat
▪ Kita hendaklah menghormati dan memuliakan sahabat nabi dengan tidak
mencaci atau memandang rendah pendapat sahabat
• Beriltizam dengan sunat rasulullah
• Kita dikehendaki mengikut segala sunnah rasulullah sama ada perbuatan,
perkataan, hukum, sikap dan pandangan
• Kita dikehendaki memastikan setiap amalan kita itu selari dengan ajaran Islam

3. Tingkah Laku Tidak Beradab Dengan Rasulullah
• Tidak mentaati perintah baginda
• Bercakap-cakap dan berbuat bising ketika menziarahi makam baginda
• Tidak mengucap selawat ketika nama baginda disebut
• Tidak menghormati sahabat baginda

4. Kelebihan Mengamalkan Selawat Kepada Rasulullah
• Jiwa Sentiasa Tenang
• Sentiasa mengamalkan nilai murni yang baik
• Akan sentiasa mengamalkan ibadat
• Akan sentiasa berhati-hati dalam amalan dan perbuatan dan jauh dari perkara-
perkara maksiat

5. Hikmah Mengamalkan Adab Kepada Rasulullah
• Seseorang yang mengasihi rasulullah akan dikasihi Allah
• Sesiapa yang menjadikan rasulullah contoh dan ikutan, mendapat kesejahteraan
hidup didunia dan keredhaan di akhirat
• Beradab kepada rasulullah mendorong kita mengamalkan sunnahnya
• Melahirkan insan beradab sesama makhluk
• Mendapat rahmat dan keampunan

6. Perbezaan Antara Adab Terhadap Rasulullah Dengan Adab Terhadap Orang Awam
• Adab dengan rasulullah :
i. Rujuk diatas
• Adab dengan manusia :

121

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

i. Memanggil mereka dengan nama atau gelaran yang baik
ii. Bergaul dengan bersopan dan tidak menyakiti orang lain sama ada

dengan kata-kata atau perbuatan
iii. Tidak mencaci sesama manusia

8. Kerugian Orang Yang Tidak Melakukan Sunnah Rasulullah
• Tidak berpeluang menerima syafaat dripada rasulullah di akhirat kelak
• Boleh merosakkan iman pada diri sendiri
• Tidak berpegang dengan sunnah rasulullah bererti tidak berpegang dengan
ajaran Allah
• Terhapus pahala atas kebaikan yang dilakukannya

LATIHAN / PRAKTIKAL
Akhlak : Adab Dengan Allah Dan Rasulullah
Praktikal : Tunjukcara Beradab Dengan Allah Ketika Solat

Rujukan :
Al Quran
Hadis
Biadayatul Hidayah Imam Al Ghazali
Tazkiyatun Nafs Said Hawwa’
Amalan Dan Petua Ulama’ Silam. m/s: 20

122

TOPIK 12 : ADAB D

Oleh : Norzira

AD

ADAB DENGAN
IBUBAPA

ADAB BERGAUL CARA SEBAB
DENGAN MENGHORMATI BERA
IBUBAPA
IBUBAPA DENGAN

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

DENGAN MANUSIA

a Binti Ahmad

DAB DENGAN
MANUSIA

ADAB DENGAN ADAB DENGAN
GURU TEMAN

PERLU ADAB BERGAUL ADAB BERGAUL
ADAB DENGAN GURU DENGAN RAKAN
N GURU

123

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

ADAB DENGAN MANUSIA

ADAB DENGAN IBU BAPA
Ibu bapa merupakan insan yang wajib dihormati dan dimuliakan dalam kehidupan kita.

Islam meletakkan mereka sebagai semulia-mulia makhluk yang wajib kita santuni dan taati iaitu
selepas Allah dan Rasul-Nya. Perintah ini selaras dengan ayat 23-24 Surah Al-Israk:

Maksudnya:
“Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya
dan hendaklah berbuat baik kepada orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau
kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu
menyatakan kepada keduanya “ah” dan janganlah kamu membentak ke duanya. Dan
ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya
dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya,
sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil”.

Adab Bergaul Dengan Ibu Bapa

Terdapat beberapa adab utama yang kita perlu penuhi bagi menunaikan perintah Allah
SWT terhadap perintah memuliakan ibu bapa ini. Antara adab-adab utama tersebut ialah:

124

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

(1) Kita hendaklah mengasihi dan mendoakan kesejahteraan mereka. Ini kerana mereka
merupakan insan yang mengasuh dan mendidik kita sejak kita dilahirkan sehinggalah besar dan
berjaya. Mereka berkorban dalam segenap aspek untuk membesarkan kita malahan memberi
sepenuh perhatian dan kasih sayang tanpa sempadan untuk memastikan kita menjadi sebaik-
baik manusia. Ini selaras dengan firman Allah SWT Surah Luqman ayat 14:
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya telah
mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dari awal mengandung
hingga akhir menyusuinya dan tempoh menceraikan susunya dalam tempoh dua tahun (dengan
yang demikian) bersyukurlah kepada Aku dan kepada ibu bapamu dan ingatlah kepada aku jua
tempat kembali (untuk menerima balasan).”

(2) Mentaati perintah mereka selagi perintah itu tidak bertentangan dengan syarak. Ini
bermaksud semua arahan dan perintah ibu bapa wajib kita penuhi selagi perintah tersebut
tidak berlawanan dengan hukum Allah. Dalilnya ialah firman Allah Surah Lukman, ayat 15:
“Dan jika keduanya memaksamu untuk menyekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak
mempunyai ilmu, maka janganlah engkau mentaati kedua-duanya tetapi layanlah kedua-duanya
di dunia dengan baik dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu..”

(3) Menghormati ibu bapa dan menjaga perasaan mereka. Ibu bapa merupakan insan yang
paling wajib dihormati oleh kita sepanjang masa. Ini disebabkan kerana merekalah kita hadir di
mukabumi ini dan kerana merekalah kita dapat menjalani kehidupan yang selesa dan bahagia.
Menghormati ibu bapa termasuklah menjaga perasaan mereka agar mereka tidak berkecil hati
atau berasa marah dengan setiap perkataan atau perbuatan yang kita lakukan terhadap
mereka. Firman Allah dalam Surah An-Nisa’ Ayat 36:
“Dan sembahlah Allah dan janganlah menyekutukan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah
kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, tetangga jauh, teman sejawat,
ibnu sabil dan hamba sahaya,sesungguhnya Allah tidak menyukai orang sombomg dan
membanggakan dirinya”.

125

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

(4) Bersopan santun dengan mereka sama ada pada percakapan, perbuatan atau tingkahlaku.
Wajib ke atas kita untuk berinteraksi dengan ibu bapa dengan penuh adab dan sopan santun
serta perlu berlemah lembut ketika berbicara atau bergaul dengan keduanya agar kita
mendapat keredhaan Allah dan kedua ibu bapa kita. Ini bertepatan dengan satu hadis Riwayat
At-Tirmizi, iaitu:

“Keredhaan Allah adalah daripada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah adalah daripada
kemurkaan ibu bapa”.

Berbuat baik tidak sahaja ketika mereka masih hidup tetapi juga setelah mereka meninggal
dunia. Antara perkara yang boleh dilakukan kepada ibubapa yang telah meninggal dunia ialah :

1. Mengerjakan solat jenazah.
2. Berdoa untuk al-marhum, memohon keampunan kepada Allah atas segala dosa-

dosanya.
3. Melaksanakan dan menyempurnakan hutang, janji, nazar dan segala perkara yang

tidak dapat disempurnakan oleh al-marhum.
4. Memuliakan dan meneruskan silaturrahim dengan sahabat-sahabat baik al-marhum.
5. Memberi pertolongan kepada mereka yang hidupnya bergantung kepada al-marhum.

Kewajiban berbuat baik kepada mereka berdua adalah sangat ditekankan dalam Islam dan
menduduki tempat kedua sesudah kewajiban untuk mentaati Allah dan RasulNya. Sesuai
dengan itu, pelanggaran atas kewajiban tersebut membawa kedurhakaan kepada mereka yang
membawa akibat bukan sahaja balasan buruk di akhirat tetapi juga di dunia. Antara akibat
penderhakaan kepada ibubapa :

1. Merupakan dosa besar yang menyebabkan mendapat azab seksaan di neraka.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“ Sebesar-besar dosa besar itu ialah menyekutukan Allah, membunuh orang,
durhaka kepada ibubapa dan berkata dusta ( menjadi saksi palsu ).
( Riwayat Bukhari )

2. Semua amal menjadi sia-sia dan tidak bermanfaat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“ Tiga perkara yang menyebabkan segala amal tidak bermanfaat lagi ialah
menyekutukan Allah, durhaka kepada ibubapa dan lari dari medan perang.”
( Riwayat Thabrani dalam Al-Kabir )

126

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

3. Akan disegerakan pembalasannya oleh Allah SWT di dunia di samping kemungkinan
masih ada pembalasannya lagi di akhirat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“ Dua kejahatan akan disegerakan pembalasannya di dunia ini juga, iaitu zina dan
derhaka kepada ibubapa.”

( Riwayat Thabrani

Cara Menghormati Ibu Bapa

1. Dari Segi Percakapan

- Bercakap dengan sopan santun
- Bercakap dengan penuh hormat
- Merendahkan suara
- Menggunakan perkataan yang baik
- Menunjukkan muka yang manis
- Tidak membantah kata-kata mereka.
- Tidak menyakiti perasaan mereka.

2. Dari Segi Pergaulan

- Mencium tangan mereka ketika hendak keluar
- Meminta izin mereka sebelum keluar
- Berdiri untuk memberi hormat kepada mereka
- Jangan menghulurkan kaki ke arah mereka
- Jangan menjamah makanan sebelum mereka makan
- Beradab sopan seperti berlemah-lembut, bergaul mesra dan menjaga perasaan mereka
- Mengenang pengorbanan mereka seperti ibu mengandung, melahirkan dan menyusukan
- Bapa pula mendidik, mengasuh dan mencari rezeki
- Menziarahi mereka dan selalu bertanya khabar
- Memenuhi permintaan dan patuh dengan suruhan mereka yang tidak bertentangan Islam

3. Sebab Wajib Berbakti Kepada Ibubapa

- Merupakan perintah Allah S.W.T.
- Sunnah Rasulullah S.A.W.
- Sebagai balasan jasa baik mereka
- Menjamin keutuhan sistem kekeluargaan
- Mendapat pahala dan ganjaran di akhirat

4. Cara Berbakti Kepada Ibu Bapa Semasa Mereka Hidup

- Membantu ketika diperluakn terutamanya ketika mereka sakit atau tua

127

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

- Selalu menziarahi mereka
- Mendoakan kesejahteraan bagi mereka
- Melayani mereka tanpa membiarkan mereka sedih dan kesunyian.
- Memberi sumbangan kebendaan, terutama ketika mereka dalam keadaan susah.
- Merawati mereka ketika sakit.
- Menjaga mereka ketika mereka tidak berdaya.
- Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
- Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga mempunyai

KITA!

5. Setelah Mereka Meninggal Dunia

- Mendoakan agar Allah S.W.T.mengampuni dosa mereka
- Membayar hutang mereka sekiranya ada
- Melaksanakan wasiat mereka yang tidak bercanggah dengan syarak
- Berbuat baik kepada rakan mereka
- Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga mempunyai

KITA!

6. Akibat Derhaka Kepada Ibu Bapa

- Tidak mendapat keredhaan allah s.w.t
- Dibenci oleh allah s.w.t
- Tidak selamat hidup di dunia dan di akhirat
- Mendapat dosa besar
- Institusi keluarga akan hancur
- Masyarakat menjadi kucar-kacir
- Akan mendapat balasan azab neraka di akhirat

7. Hikmah Menghormati Ibu Bapa

- Mendapat keredhaan, rahmat dan keampunan Allah S.W.T
- Dihormati dan dikasihi oleh manusia
- Memperoleh kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat
- Dikurniakan pahala yang banyak di sisi Allah S.W.T
- Jiwa tenang dan tenteram
- Ikatan kekeluargaan bertambah erat

128

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

ADAB DENGAN GURU

Guru ialah orang yang memberi pengajaran dan pendidikan sama ada secara formal atau tidak
formal. Sesuai dengan pengertian ini, pelajar merupakan orang yang memperolehi pendidikan
dan pengajaran dari orang lain baik formal mahupun tidak formal. Islam mengajar umatnya agar
memelihara akhlak bersama guru dengan menghormati dan memuliakan mereka. Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud :

“ Muliakanlah orang yang kamu belajar daripadanya.”

( Riwayat Abul Hasan Al-Mawardi )

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud :

“Muliakanlah guru-guru agama, kerana barang siapa memuliakan mereka, bererti ia
memuliakan aku.”

( Riwayat Abul Hasan Al-Mawardi )

Penekanan akhlak seorang pelajar kepada gurunya diambil perhatian dalam Islam agar ilmu
yang diperolehi akan mendapat keberkatan dan seterusnya membimbing pelajar tersebut
kepada jalan yang benar dan mendapat kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Seorang pelajar
perlu memelihara adab dalam tingkah laku, percakapan, pergaulan dan sebagainya sama ada
di hadapan mahupun di belakang gurunya. Di samping itu, anjuran Islam agar seorang murid
menghormati gurunya adalah kerana :

1. Guru adalah orang yang sangat mulia.
Kemuliaan guru adalah kerana pekerjaan mengajar atau mendidik. Selain itu
kemuliaan guru disebabkan juga kerana kealiman dan kepandaiannya.
Rasulullah SAW dalam hadith-hadithnya menerangkan bahawa orang alim
adalah pewaris para nabi. Kelebihan orang alim atas orang yang beribadah
seperti bulan purnama di antara sekalian bintang-bintang. Dan bahawa matinya
satu kabilah dipandangnya lebih ringan daripada meninggalnya seorang yang
berilmu pengetahuan. Memelihara akhlak dan menghormati guru mempunyai

129

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

hubungan yang rapat dengan Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud :

“ Barang siapa memuliakan orang alim, bererti memuliakan Tuhannya.”

( Riwayat Abul Hasan Al-Mawardi )

2. Guru adalah orang yang sangat besar jasanya.
Pekerjaan guru adalah menyampaikan ilmu, sedangkan ilmu adalah satu mekanisma yang
sangat penting dalam kehidupan manusia, bahkan juga membezakan manusia dari haiwan.
Dengan ilmu pengetahuan, kehidupan manusia di dunia akan maju, mempunyai peradaban yang
tinggi dan pelbagai kesulitan yang mengancam hidupnya dapat diatasi. Seterusnya dengan ilmu
manusia dapat menduduki berbagai kedudukan yang mulia dan terhormat. Bahkan nasib
kehidupan manusia di akhirat nanti antara lain juga ditentukan oleh ilmu pengetahuan. Sabda
Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :

“ Siapa menghendaki dunia, wajib ia mempunyai ilmu. Siapa menghendaki akhirat,

wajib mempunyai ilmu. Dan siapa menghendaki dunia dan akhirat kedua-duanya,
wajib juga ia mempunyai ilmu.”

Di antara adab-adab yang telah disepakati oleh para ulama’ dalam menuntut ilmu adalah
adab murid terhadap gurunya. Imam Ibnu Hazm berkata: Para ulama’ bersepakat, wajibnya
memuliakan ahli Al-Quran, ahli Islam dan nabi. Demikian pula wajib memuliakan khalifah, orang
yang punya keutamaan dan orang yang berilmu.” (Al-Adab As-Syariah 1/408). Antara beberapa
adab yang selayaknya diberikan oleh para penuntut ilmu kepada gurunya ialah:
(1) Memuliakan dan menghormati semua orang yang berilmu termasuk perkara yang
dianjurkannya. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Kahfi ayat 70:

“Dia berkata: “Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang
sesuatu apapun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadaku”

Manakala Sabda Rasulullah SAW:

130

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

“Bukanlah termasuk golongan kami, orang yang tidak menghormati orang yang tua, tidak
menyayangi yang muda, dan tidak mengerti hak ulama’ kami.” (Hadis riwayat Al-Bazzar 2718,
Ahmad 5/323, lafaz milik Al-Bazzar. Disahihkan oleh Al-Albani dalam Shohih Targhib 1/117)

(2) Mendoakan kebaikan guru. Kita perlu mendoakan kesejahteraan dan rahmat ke atas
setiap guru yang pernah mengajar kita. Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila ada yang berbuat baik kepadamu maka balaslah dengan balasan yang setimpal.
Apabila kamu tidak mampu membalasnya, maka doakanlah dia hingga memandang telah
mencukupi untuk membalas dengan balasan yang setimpal.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Ibnu Jama’ah rahimahullah berkata: “Hendaklah seorang penuntut ilmu mendoakan gurunya
sepanjang masa. Memperhatikan anak-anaknya, kerabatnya dan menunaikan haknya apabila
telah wafat”. (Tadzkirah Sami’ hal. 91)

(3) Merendah diri dengan guru. Selain memuliakan dan menghormati mereka kita hendaklah
merendah diri apabila berhadapan dengan mereka. Sabda Ibnu Jama’ah rahimahullah berkata:
“Hendaklah seorang murid mengetahui bahawa rendah dirinya kepada seorang guru adalah
kemuliaan, dan tunduknya adalah kebanggaan”. (Tadzkirah Sami’ hal.88)

(4) Mencontohi akhlak mulia guru. Kita sebagai pelajarnya mestilah menjadikan akhlak para
guru sebagai teladan dalam kehidupan seharian kita. Selain akhlak para guru kita juga perlu
mencontohi kebiasaan ibadahnya sehari-hari. Imam As-Sam’ani rahimahullah menceritakan
majlis ilmu Imam Ahmad Bin Hanbal dihadiri lima ribu orang. Seramai lima ratus orang menulis,
sedangkan yang lainnya hanya ingin melihat dan meniru adab dan akhlak Imam Ahmad.

ADAB DENGAN RAKAN

Rakan atau kawan merupakan antara manusia yang rapat dan sering menemani kita
dalam kehidupan seharian. Dalam hal adab bergaul dengan teman ini, Islam telah
menggariskan beberapa tatacara yang perlu kita tunaikan. Antara adab bergaul dengan rakan
ialah:

131

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

(1) Saling mencintai dan menyukai rakan. Ini kerana rakanlah yang sering menemani kita
setiap hari dan sanggup besusah senang dengan kita walauapa keadaan sekalipun. Adab ini
bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW:

“Tidak sempurna iman seseorang, sehingga ia mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya
sendiri”. (Hadis Riwayat Bukhari)

(2) Saling tolong menolong dalam kebaikan dan taqwa
Ini bermaksud sebagai rakan yang beriman kita kena saling tolong menolong dalam membuat
perkara-perkara yang makruf dan yang membawa ketakwaan kepada Allah SWT. Firman Allah
SWT dalam surah Al-Maidah ayat 2:
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa dan jangan tolong
menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”.

Ayat ini juga bermaksud anjuran dan larangan untuk tidak memberikan bantuan dan tolong
menolong dalam berbuat dosa dan maksiat.

Kita hendaklah memenuhi hajat dan keperluan rakan bila ia meminta dan hendaklah memberi
dengan muka yang manis dan rasa senang, serta melahirkan tanda kegembiraan, kerana
kawan itu sanggup menerima bantuannya.
Al-Atha’ berkata : Perhatikanlah sahabat-sahabatmu itu di dalam tiga persoalannya iaitu

a. Jika mereka sakit, hendaklah segera menziarahi mereka.
b. Jika mereka terlalu sibuk dengan urusan-urusan maka berilah bantuan.
c. Jika mereka terlupa maka hendaklah mengingatkan mereka.

Kita juga hendaklah menjadikan hajat dan keperluan kawan seperti hajat dan keperluan sendiri
dan menunjukkan perasaan simpati dan hormat-menghormati dan kasih-mengasihi antara
sesama rakan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“ Tidak beriman seseorang itu sehingga ia menyintai saudaranya seperti ia menyintai dirinya
sendiri.”

(3) Jangan mencari-cari kesalahan, keburukan atau aib orang lain

Sebagai orang yang beriman kita ditegah sama sekali mencari kesalahan, sebarang keburukan

dan keaiban rakan kita. Hal ini dijelaskan oleh hadis Nabi SAW:

132

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

“Hai orang-orang yang beriman dengan lidahnya dan belum masuk iman itu dalam hatinya,
jangan kamu mengumpat orang lain, dan jangan kamu mencari-cari aib orang lain, kerana
orang yang suka mencari-cari aib saudaranya sesama muslim itu, maka Allah akan mencari-
cari aibnya. Dan orang yang aibnya ditampakkan oleh Allah, maka akan diketahui oleh umum,
sekalipun ia bersembunyi di dalam rumah”. (Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari & Muslim)

(4) Adab berbicara dengan rakan
Kita dikehendaki berbicara dengan rakan sebaya secara lemah lembut dan bermanis wajah.
Islam melarang kita bercakap kasar atau meletakkan sebarang gelaran yang menyakitkan hati
rakan kita sendiri. Sabda Nabi SAW:

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang suka memberi kemudahan (kepada orang lain
dan selalu jernih mukanya”. (Hadis Riwayat Baihaqi)

Di dalam pergaulan bersama rakan kita hendaklah memelihara lidah dari menyebut keburukkan
kawan, mencela atau membocorkan rahsia kawan kepada orang lain.
Al-Abbas, bapa saudara nabi pernah berpesan kepada puteranya Abdullah : maka peliharalah
nasihatku yang lima:

a. Janganlah engkau bocorkan rahsianya sama sekali.
b. Janganlah engkau mencaci orang lain di hadapannya.
c. Janganlah engkau membiasakan bohong kepadanya .
d. Janganlah engkau melanggar perintahnya.
e. Janganlah sampai ia melihat sesuatu pengkhianatan berlaku daripadamu.

(5) Memaafkan kesalahan

Sekiranya terdapat keterlanjuran daripada rakan hendaklah kamu memaafkannya atau
menanggung dengan sedaya upaya keterlanjurannya, malah harus dibalas dengan cara yang
baik.

Firman Allah SWT :

133

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

Maksudnya:
“ Moga-moga Allah akan menukarkan keadaan kamu bermusuhan itu dengan kasih sayang.”

( Al- Mumtahinah : 7 )

(6) Mendoakan Rakan
Sewajarnya, seorang rakan mendoakan rakannya dengan doa yang baik-baik, bagi diri sahabat
itu dan ahli keluarganya sebagaimana dia mendoakan bagi dirinya sendiri; sama ada sahabat
itu masih hidup atau sudah mati.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“ Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, maka
Malaikat akan berkata:Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga.”

Abu Darda’ berkata: Aku sentiasa mendoakan untuk 70 orang dari sahabatku ketika aku dalam
keadaan sujud terhadap Allah, aku sebutkan nama mereka satu-satu.
Setengah para salaf mengatakan bahawa: Mendoakan orang-orang yang sudah mati itu,
samalah seperti mengirimkan hadiah-hadiah kepada orang-orang hidup.

(7) Ikhlas dalam menjalinkan persahabatan
Dalam menjalinkan hubungan sesama rakan, hendaklah disertai dengan niat kerana Allah
Taa’la di mana apabila seseorang itu berkasih sayang pada jalan Allah, jangan biarkan kasih
sayang itu bercampur aduk dengan dengki dan hasad, baik dalam perkara agama ataupun
dunia.

Firman Allah SWT :

134

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

Maksudnya:
“ Mereka tiada menyimpan keinginan dalam hati, terhadap apa yang diberikan kepada mereka,
dan mereka mengutamakan orang lain dari diri sendiri.”

( Al-Hasyr : 9 )
Ikhlas juga bermaksud, kita tidak menyetujui rakan kita menjejaki jalan kebatilan dalam perkara-
perkara yang berkaitan dengan agama, malah hendaklah kita menentangnya serta
menasihatinya kerana Allah.
Antara tanda keikhlasan lagi ialah, ia tidak mengendahkan celaan orang lain terhadap
kawannya, ataupun berkawan dengan musuh kawannya.
Pergaulan yang baik bersama teman merupakan hasil daripada kemurniaan budi pekerti dan ia
dapat memenuhi tuntutan jiwa manusia untuk melengkapkan hidupnya, kerana sebagai
manusia kita tidak dapat hidup tanpa pertolongan orang lain.
Sifat yang harus diperhatikan dalam memilih rakan : Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“ Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah kamu
memerhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan)”

Rakan yang dipilih hendaklah memiliki beberapa sifat seperti waras fikiran, baik budi pekerti,
tidak fasik dan tidak mementingkan hal-hal keduniaan.
Abu Sulaiman Ad-Darani rahimahullah berkata: Jangan sekali-kali engkau bersahabat
melainkan dengan salah seorang dari dua orang berikut:

1. Orang yang engkau merasa senang dengannya dalam menguruskan hal-ehwal
keduniaanmu.

2. Orang yang engkau dapat menambah faedah dan manfaat dalam hal-ehwal
keakhiratanmu.

LATIHAN / PRAKTIKAL
Akhlak : Adab Dengan ibubapa, guru ,rakan
Praktikal : Tunjukcara Beradab Dengan Ibubapa/ Guru/ Rakan

135

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

SENARAI RUJUKAN:

1. Al-Quran: Surah Al-Israk ayat 23 – 24
2. Al-Quran: Surah Luqman ayat 14
3. Al-Quran: Surah Luqman ayat 15
4. Al-Quran: Surah An-Nisa’ ayat 36
5. Al-Quran: Surah Al-Kahfi ayat 70
6. Al-Quran: Al-Maidah ayat 20
7. Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 1962
8. Hadis Sohih Bukhari Jilid 4. Hadis nombor 0010
9. Al-Adab As-Syariah 1/408
10. Tazkirah Sami’ hal. 88 & 91

136

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

QR CODE VIDEO PELAKSANAAN PRAKTIKAL
DALAM ISLAM

• Sila muat turun aplikasi QR scanner pada telefon bimbit anda 137
• Sila scan QR berikut untuk mendapatkan maklumat perlaksanaan praktikal

ibadah dalam Islam

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
138


Click to View FlipBook Version