The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurainirosli01, 2021-11-10 02:19:48

Modul Usrah

Program Usrah

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

3. Sebab-sebab Diharuskan Bertayammum

i. Apabila tiada air atau ada air tetapi hanya mencukupi untuk keperluan makan
minum.

ii. Tidak dapat menggunakan air disebabkan penyakit yang dihidapi atau
merbahaya
bila dikenakan air.

iii. Apabila penggunaan air boleh membahayakan kesihatan dan nyawa.
iv. Jarak tempat yang ada air jauh daripadanya melebihi 2 kilometer setengah (2.5

km), dibolehkan untuk bertayammum dan tidak wajib pergi ke tempat tersebut
kerana menyusahkan.
v. Cuaca yang sangat sejuk sehingga tidak sanggup menggunakan air dan tidak
mampu memanaskannya serta dibimbangi akan memudharatkan dirinya
disebabkan sejuk.

4. Bahan Untuk Bertayammum

Debu tanah yang bersih ialah:
i. Tanah dalam pelbagai warna seperti merah atau hitam.Sekiranya bercampur

pasir mesti mengandungi kandungan debu.
ii. Tidak dikategorikan sebagai abu.
iii. Suci dan tidak bernajis.
iv. Tidak musta’mal.
v. Tidak bercampur tepung atau kapur atau pasir yang tidak berdebu.
vi. Tidak boleh bertayammum dengan menepuk meja atau dinding kerana tidak

mengandungi debu tanah.

49

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

5. Hikmah Bertayammum

1. Memberi kemudahan dalam mengerjakan ibadah ketika tidak dapat
menggunakan air atau ketiadaan air.Solat tidak boleh ditinggalkan walaupun
dalam keadaan uzur.

2. Kemudahan kepada seseorang untuk mengerjakan ibadah walaupun dalam
keadaan uzur.

3. Debu tanah yang suci ada unsur-unsur yang boleh mematikan hama atau
kuman . Tanah amat sesuai digunakan untuk mengantikan air ketika ketiadaan
air kerana ia mudah didapati di mana-mana sahaja.

4. Menyapu debu tanah ke muka dan tangan bererti kita mendidik diri kita supaya
tidak menjadi takabbur kerana debu tanah itu rendah tarafnya pada tanggapan
sesetengah manusia.

6. Syarat-Syarat Sah Bertayammum

i. Mencari air selepas mengetahui masuk waktu solat
ii. Menghilangkan najis terlebih dahulu.
iii. Tanah debu yang suci bukan dari debu tanah yang musta’mal (yang telah

digunakan).
iv. Ada qasad / niat penggunaan tanah.

v. Menyapu muka dan dua tangan hingga ke siku dengan dua kali tepuk. Tepukan
pertama bagi muka dan tepukan kedua bagi tangan.

vi. Pastikan terlebih dahulu arah kiblat.
vii. Bertayammum apabila telah masuk waktu solat sahaja.
viii. Satu tayammum bagi satu solat fardu dan beberapa solat sunat.

7. Anggota Tayammum

1. Seluruh muka
2. Dua belah tangan hingga siku

50

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

8. Rukun Tayammum
i. Berniat ketika memindahkan debu sehingga menyentuh sebahagian muka.

Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardu sembahyang kerana
Allah Ta’ala .
ii. Menyapu keseluruhan muka
iii. Menyapu kedua-dua belah tangan hingga ke siku
iv. Tertib.

9. Perkara-Perkara Sunat Semasa Bertayammum

i. Membaca basmalah ketika mula menepuk iaitu

ii. Menyapu muka dari atas ke bawah.

iii. Mendahulukan menyapu tangan kanan dari kiri.

iv. Menipiskan penggunaan debu seperti dengan cara menepuk dua tepi
tangannya.

v. Menjarangkan anak jari ketika menepuk debu.

vi. Menyelati anak-anak jari jika debu telah mengenai di antara anak-anak jarinya.
Jika tidak mengenai debu di antaranya wajiblah diselati.

vii. Jangan diangkatkan tangan ketika menyapu kecuali telah sempurna
menyapunya.

viii. Mengadap kiblat.

51

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

ix. Melebihi sapuan daripada bahagian yang wajib disapunya.
x. Sunat menanggalkan cincin yang dipakai bagi tepukan yang pertama.
xi. Membaca doa wudu’ setelah selesai tayammum.
xii. Tidak menyapu lebih daripada sekali.
xiii. Menghilangkan saki baki debu tanah yang disapu pada anggota

tayammum pada telapak tangan.
xv. Melakukannya dengan berturut-turut.

10. Perkara-Perkara Yang Membatalkan Tayammum

i. Apabila berlaku salah satu perkara yang membatalkan wudu’.
ii. Air diperolehi sebelum memulakan sembahyang bagi mereka yang

bertayammum kerana ketiadaan air.
iii. Hilangnya merbahaya kerana sakit atau sebagainya.
iv. Keluar dari agama Islam (murtad).

11. Cara mengerjakan Tayammum

- Niat tayammum Baca niat,

Langkah 1 : Letakkan kedua tapak tangan serentak ke atas tanah, pasir, atau
batu yang berdebu (mengikut pilihan) yang kering dan bersih.
(Gambar rajah 1).

Langkah 2: Sapu kedua-dua tapak tangan pada keseluruhan muka dari hujung

52

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

kepala hingga ke dagu beserta niat "sahaja aku
mengerjakan tayammum menggantikan Wudhu kerana Allah
Taala”.Dari kedua belah kanan dan kiri telinga dan bulu kening
mesti disapu juga. (Gambar rajah 2 dan 3)

Langkah 3: Letakkan kedua-dua tapak tangan ke atas permukaan debu tadi
seperti langkah 1

Langkah 4 : Kemudian sapu seluruh bahagian atas tangan kanan dengan tapak
tangan kiri dari hujung jari hingga ke siku.(Gambar
rajah 4)

Langkah 5: Lakukan yang sama untuk tangan kiri

- Tertib

Gambar 1 Gambar 2

Gambar 3 Gambar 4

53

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

Catatan:
(a) Untuk menyapu tangan , wajib ditanggalkan cincin , jam tangan dan gelang

sekiranya debu tidak sampai di bawahnya. Jika sampai debu ,maka sunat
sahaja menanggalkannya.
(b) Sunat menipiskan debu tanah pada tapak tangan sebelum disapukan

ke anggota tayammum.

LATIHAN / PRAKTIKAL
Syariat : Cara Berwuduk dan Cara Bertayammum
Praktikal : Praktikal Cara Wuduk dan Cara
Tayammum (Doa Selepas Wuduk)

Rujukan :
- Aminullah Bin Mohd. Bakir, 2003, Panduan Fardhu Ain Bersuci Dan Solat, Al-Risalah
Product Sdn, Bhd. ISBN 983-099-472-3
- Ismail, K., Mohd. Azrul Azlen, A.H.(2009). Indahnya Hidup Bersyariat Modul Fardhu Ain Diri,
Keluarga Dan Masyarakat Sepanjang Hayat, Selangor, Malaysia, Terbitan Telaga Biru
Sdn.Bhd.
- Sheikh Abdullah Basmeih, Disemak dan disahkan oleh Sahibul Fadhilah Datuk Haji
Muhammad Noor bin Haji Ibrahim, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-
Quran ( 30 JUZ), Darul Fikir SDN. BHD.
- Syeikh Muhammad Bin Ismail Daud Al Fathoni, Susunan Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan, (2017), Kitab Matla’ Al- Bahrain, Jilid 1, ISBN – 978-967-86-0822-0
- Zulkifli Mohamad Al-Bakri, (2015). Al- Fiqh Al-Manhaji, Ibadat Dalam Fiqh Al-Syafi’i,
Dicetak oleh Darul Syakir Enterprise. ISBN – 978-967-5996-10-8
- Zurina Khalid, 2000, Fardhu ’Ain Dan Permasalahan, Percetakan Warni Sdn. Bhd. ISBN
983-2060-10-9

54

TOPIK 5 : JENIS HADAS DA

Oleh : Roshadah

KAEDAH
MENYUCIK
HADAS KE
DAN HAD

BESAR

JENIS HADAS
DAN CARA

MENYUCIKAN

PENGERTIAN LARANGAN PERKARA PENG
HADAS KETIKA YANG HARAM MAND

BERHADAS KETIKA
BESAR BERHADAS

KECIL

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

AN CARA MENYUCIKANNYA

h Binti Abu Bakar

H
KAN
ECIL
DAS
R

CARA MANDI
WAJIB

GERTIAN SEBAB MANDI RUKUN MANDI SUNAT MANDI
DI WAJIB WAJIB WAJIB WAJIB

55

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

i. Pengertian Hadas
Hadas mengikut hukum Islam ialah perkara yang membatalkan sembahyang dan
mestilah dihilangkannya dengan bersuci . Hadas terbahagi kepada dua :

a ) Hadas Besar : Iaitu hadas yang banyak larangan – larangan kerananya.
Wajib dihilangkan dengan mandi wajib atau tayammum.
Antara yang wajib mandi ialah :

• Jima ‘ ( Persetubuhan )
• Keluar mani
• Mati
• Haid
• Nifas
• Wiladah

b ) Hadas Kecil : Iaitu hadas yang dihilangkan dengan wudhuk atau
tayammum . Antara yang diwajibkan wudhuk ialah :

• Keluar sesuatu dari qubul atau dubur
• Hilang akal ( mabuk atau gila )
• Tidur nyenyak
• Bersentuhan kulit antara lelaki dan

perempuan ajnabi
• Menyentuh kemaluan dengan tapak tangan

dan tapak jari

56

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

ii. Larangan Ketika Berhadas Besar

1. Mengerjakan solat fardhu atau sunat
2. Tawaf fardhu atau sunat
3. Membaca Al-Quran yang tidak dinasakhkan pembacaan walaupun satu ayat atau

satu huruf sama ada secara kuat atau perlahan
( Berzikir daripada ayat-ayat Al-Quran tidaklah haram , jika diniatkan zikir, doa atau
secara itlaq ( tiada apa-apa niat ) .
4. Menyentuh atau membawa naskhah Al-Quran
5. Duduk atau berhenti sekejap dalam masjid walaupun sekadar tomakninah (
sebentar) tidak haram lalu di dalam masjid seperti masuk dari satu pintu dan keluar
pada pintu yang lain . Dan ini tidak makruh pada pendapat yang asah .Manakala
berulang-ulik di dalam masjid adalah haram kerana dikira diam (tetap) di dalamnya .
6. Membaca khutbah jumaat
7. Sujud tilawah ( sajdah )
8. Sujud syukur
Bagi wanita yang berhadas besar kerana haid dan nifas , selain dari larangan tersebut di atas
ditambah dengan larangan berikut :
9. Puasa iaitu baik puasa fardhu atau sunat
10. Bersetubuh dengan suaminya sehingga ia suci dari haid dan nifas dan sesudah
mandi wajib
11. Haram bagi suami mentalakkan isterinya yang sedang haid dan nifas

Larangan bersetubuh antara suami isteri selama isteri sedang haid dan nifas dengan firman
Allah SWT dalam Al-Quran :

57

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

Maksudnya :

“ Mereka bertanya kepadamu ( Muhammad ) perihal darah haid , katakanlah : Bahawa
darah itu adalah suatu penyakit , maka hindarilah perempuan-perempuan ketika mereka
sedang haid dan janganlah kamu hampiri ( campuri ) sampai mereka suci. Jika mereka telah
suci bolehlah kamu hampiri menurut yang dihalalkan Allah SWT. Sesungguhnya Allah kasih
kepada orang-orang yang bertaubat dan suci bersih ”.

( Surah Al- Baqarah : 222 )

iii. Perkara Yang Haram Ketika Hadas Kecil
1. Sembahyang
2. Tawaf
3. Sujud Tilawah
4. Sujud Syukur
5. Membaca Khutbah Jumaat
6. Menyentuh mashaf
7. Menanggung atau membawa mashaf , kecuali membawanya bersama – sama
barang yang lain mengikut Syeikh Ar-Ramli

CARA MANDI WAJIB

Mandi (menyucikan hadas besar)

1. Pengertian Mandi wajib

58

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

Mandi wajib ialah meratakan air ke seluruh anggota badan dengan niat menghilangkan
hadas besar ketika sampai ke mana-mana bahagian badannya. Hukumnya ialah wajib
bila hendak mengerjakan sembahyang, tawaf dan sebagainya. Firman Allah :

Maksudnya :
“ Dan jika kamu berjunub ( barhadas besar ) , maka hendaklah kamu
sucikan ( mandi wajib ) ”.

2. Sebab-sebab Wajib Mandi
Sebab-sebab wajib mandi adalah :
• Hubungan kelamin iaitu bertemunya dua khitan lelaki dan perempuan .
Dari Abi Hurairah RA beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda :

“ Apabila lelaki duduk di antara empat cabang wanita , lalu ia dikerja ,
maka sungguh telah wajib mandi”. Hadis Muttafaq ‘alaih dan Muslim
menambah: “ Walaupun tidak keluar maninya ”.

• Keluar Mani
Dari Abu Sa’id Al-Khudriyyi RA ia berkata : Rasulullah SAW bersabda :
“ Air itu dari air ”.

• Mati

59

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

Dari Ibnu Abbas r.a berkata : Nabi SAW bersabda tentang orang yang meninggal
lantaran jatuh dari kenderaannya :
“ Mandikanlah dengan air dan bidara dan kafanilah dengan dua kainnya ”.

( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )
• Haid ( datang bulan ) iaitu keluar darah secair wajar dari rahim wanita beberapa

hari pada tiap-tiap bulan.Sabda Rasulullah, maksudnya :
Dari Aisyah RA ia berkata: Ummu Habibah Binti Jahsyin mengadu kepada
Rasulullah SAW tentang darah, maka Rasulullah bersabda:
“ Berhentilah ( dari sembahyang ) selama haidmu menghalangimu , kemudian
mandi. Tapi Ummu Habibah suka mandi untuk tiap-tiap sembahyang .

( Hadis Riwayat Muslim )
• Nifas iaitu darah yang keluar dari rahim wanita selepas melahirkan anak.
• Wiladah iaitu darah yang keluar sewaktu melahirkan anak.

3. Fardhu /Rukun Mandi
Rukun mandi tiga perkara :
• Niat
Niat ini dilakukan ketika sampai air ke anggota tubuh badan .Untuk
menghilangkan hadas besar sama ada dari berjunub atau haid dan
sebagainya .

Lafaznya :

Maknanya : Sahaja aku mengangkat hadas besar pada seluruh badan , fardhu
kerana Allah Ta’ala

• Menghilangkan najis

60

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

Menghilangkan najis pada seluruh badan sebelum mandi atau sebelum sampai
air pada anggota yang ada najis ( jika terdapat najis )

• Meratakan air
Meratakan air pada seluruh rambut , bulu-bulu dan kulit serta apa yang zahir
pada kemaluan perempuan ( Faraj ) ketika bertinggung. Dari Abu Hurairah ia
berkata : Rasulullah SAW bersabda maksudnya :

“Bahawasanya di bawah tiap-tiap rambut ada jinabat ,kerananya cucilah rambut
itu dan bersihkanlah kulit ”.

( Hadis riwayat Abu Dawud dan Tarmidzi )

Perhatian :

• Jika tertinggal basuhan seurat bulu, mandinya tidak memadai
• Jika dicabut bulu selepas mandi, wajiblah dibasuh tempatnya sama ada bulu itu

di kepala atau lainnya atau sama ada bulu yang jarang atau tebal
• Tidak wajib membasuh bulu yang tumbuh di dalam hidung atau mata

kerana ianya merupakan anggota batin yang tidak perlu dibasuh ,tetapi jika
terkena najis , bulu tersebut wajib dibasuh.

• Rambut yang bersanggul dan yang dijalin , wajib diuraikan jika air tidak
sampai ke kulit kepala.

• Batin bulu yang tersimpul dengan sendirinya adalah dimaafkan walaupun
banyak.

• Wajib membasuh barang yang zahir pada dua lubang telinga ,hidung yang
terpotong , dan bahagian-bahagian badan yang pecah seperti pecah-pecah

yang terdapat pada kaki.

• Wajib menyampaikan air pada bawah Qalfah orang yang belum bersunat
dan yang zahir pada faraj perempuan ketika duduk qada hajat , kerana

kedua-duanya merupakan anggota zahir .

61

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

• Jika tidak dapat dibasuh di bawah Qalfah, melainkan dihilangkan ( dipotong ) ,
wajiblah di potong .

• Seseorang yang mati yang tidak dapat dibasuh di bawah Qalfahnya
tidaklah wajib dipotong kerana itu menghina dan menyakiti mayat.

• Wajib juga membasuh masrabah iaitu lingkaran lubang dubur kerana ia
merupakan anggota zahir ketika qada hajat dan hendaklah dikembangkan
sedikit supaya air sampai kepadanya.

4. Sunat-sunat Mandi Wajib

Sunat sebelum mandi

1. Membaca bismillah
2. Mengambil wudhuk terlebih dahulu

Sunat ketika mandi

1. Menggosok-gosok seluruh badan dengan tangan termasuk celah-celah anggota
seperti jari-jari tangan dan kaki.

2. Memulai membasuh kepala kemudian membasuh anggota badan yang sebelah
kanan dahulu.

3. Mencuci sebanyak tiga kali sewaktu mandi
4. Menyelati rambut ,iaitu menggosok-gosok rambut hingga sampai air ke pangkal

rambut serta kulit kepala
5. Semasa mandi hendaklah menutup aurat
6. Berturut-turut dari mula mandi hingga selesai tanpa berhenti atau melakukan

pekerjaan lain

62

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

Sunat selepas mandi

1. Membaca doa wudhuk
Rasulullah SAW melaksanakan mandi sesuai dengan sabdanya yang bermaksud :
Dari A’isyah RA ia berkata :

Adalah Rasulullah SAW mandi janabah beliau mulai mencuci dua tangannya lalu beliau
menyiramkan dengan yang kanan atas yang kiri , lalu beliau mencuci kemaluannya ,
lalu berwudhuk , lalu beliau mengambil air , kemudian beliau memasukkan jari-jarinya ke
pangkal-pangkal rambut lalu beliau menyiram seluruh badannya , kemudian mencuci
dua kakinya.

( Muttafa’ alaih dan lafaz ini dalam riwayat Muslim)

LATIHAN / PRAKTIKAL
Syariat : Perbincangan Bersuci Daripada Hadas
Perbincangan Dan Soal Jawab : Mandi Wajib

Rujukan :

- Aminullah Bin Mohd. Bakir, 2003, Panduan Fardhu Ain Bersuci Dan Solat, Al-Risalah
Product Sdn, Bhd. ISBN 983-099-472-3

- Ismail, K., Mohd. Azrul Azlen, A.H.(2009). Indahnya Hidup Bersyariat Modul Fardhu Ain Diri,
Keluarga Dan Masyarakat Sepanjang Hayat, Selangor, Malaysia, Terbitan Telaga Biru
Sdn.Bhd.

- Sheikh Abdullah Basmeih, Disemak dan disahkan oleh Sahibul Fadhilah Datuk Haji
Muhammad Noor bin Haji Ibrahim, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-
Quran ( 30 JUZ), Darul Fikir SDN. BHD.

- Syeikh Muhammad Bin Ismail Daud Al Fathoni, Susunan Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan, (2017), Kitab Matla’ Al- Bahrain, Jilid 1, ISBN – 978-967-86-0822-0

- Zulkifli Mohamad Al-Bakri, (2015). Al- Fiqh Al-Manhaji, Ibadat Dalam Fiqh Al-Syafi’i,
Dicetak oleh Darul Syakir Enterprise. ISBN – 978-967-5996-10-8

- Zurina Khalid, 2000, Fardhu ’Ain Dan Permasalahan, Percetakan Warni Sdn. Bhd. ISBN
983-20
63

TOPIK 6 : TOHARAH DAN JENIS NA

Oleh : Roshadah

TOHAROH

PENGERTIAN KEPENTINGAN ALAT-ALAT JENIS-JENIS
TOHAROH TOHAROH BERSUCI AIR

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

AJIS SERTA CARA MENYUCIKNNYA

h Binti Abu Bakar

TOHAROH
DAN JENIS

NAJIS

JENIS NAJIS
DAN CARA
MENYUCIKAN

ISTINJAK PENGERTIAN BENDA- SBAHAGIAN
NAJIS BENDA NAJIS DAN
DIHUKUM
NAJIS CARA
MENYUCIKAN

64

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

1. PENGENALAN

Toharah atau bersuci merupakan perkara yang amat penting dalam agama Islam dan
merupakan pangkal pokok dari ibadat yang menjadi penghubung bagi manusia dalam
mendekatkan diri dengan Allah .

Ibadat solat tidak akan sah sekiranya tanpa toharah .Seperti mana sabda Nabi S.A.W
yang bermaksud :

“ Allah tidak menerima solat yang tidak dengan bersuci ”
( Hadis Riwayat Muslim )

2 . PENGERTIAN TOHARAH

Toharah menurut bahasa ertinya “ bersih ” dan menurut syara’ bererti bersih dari
hadas dan najis . Bersuci kerana hadas hanya dibahagian badan saja . Hadas ada
dua iaitu hadas besar dan hadas kecil .

Untuk menghilangkan hadas besar ialah dengan mandi atau tayammum dan
menghilangkan hadas kecil pula ialah sama ada dengan wudhu atau tayammum.
Bersuci dari najis berlaku pada badan , pakaian dan tempat . Cara menghilangkannya
hendaklah dengan air suci dan menyucikan.

65

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

3. KEPENTINGAN TOHARAH

Islam menggalakkan umatnya menjaga kebersihan jasmani dan rohani dalam
kehidupan seharian. Antara kepentingan toharah ialah :

2. Melahirkan personaliti dan keperibadiaan yang bersih , sihat dan disenangi oleh
semua orang.

3. Menghilangkan najis ,kekotoran dan hadas dengan berwuduk dan mandi wajib
4. Menjauhkan diri daripada sebarang jangkitan penyakit.
5. Amalan-amalan tertentu seperti solat dan tawaf di kaabah tidak diterima Allah S.W.T.

tanpa bersuci.
6. Kebersihan lahir juga membawa kepada kebersihan jiwa seseorang .
7. Amalan kebersihan yang dilakukan itu menjadi syiar dan identiti umat Islam dalam

kehidupan manusia ,agar dengan itu umat Islam menjadi contoh dan teladan kepada
manusia keseluruhannya.

4. ALAT-ALAT UNTUK BERSUCI

Untuk menjelaskan tentang alat-alat bersuci ,perlu dijelaskan terlebih dahulu tentang air yang
merupakan alat terpenting untuk bersuci dan juga istinjak.

5. JENIS-JENIS AIR

Air yang sah digunakan untuk bersuci ialah:

a) Air yang turun dari langit seperti air hujan dan air embun
b) Air yangt terbit dari bumi seperti air laut ,air sungai dan air mata air .

66

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

Dan air ini kekal dalam kejadiannya yang asal

Menurut hukum , air terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu :

a) Air Mutlak
Air mutlak ialah air yang suci pada dirinya dan menyucikan yang lain dan tidak makruh
penggunaannya . Air ini ialah air qaid tidak lazim( air suci yang tidak dihubungkan
dengan sesuatu nama tertentu seperti air limau , air tebu , air kelapa , air teh dan
sebagainya ). Air qaid tidak lazim seperti air telaga dan air sungai . Ianya suci pada
dirinya dan menyucikan yang lain .Air mutlak ini terbahagi kepada tujuh jenis air dan ia
sah digunakan untuk bersuci iaitu :

Hukum air mutlak ini ialah suci ( bersih ) dan menyucikan .Ertinya air itu suci dan
menyucikan sesuatu benda yang lain .

67

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

b) Air Musyammas
Air yang suci dan menyucikan yang lain tetapi makruh penggunaannya pada badan . Air
yang dipanaskan oleh matahari dalam bekas yang boleh berkarat. Hukumnya suci lagi
menyucikan tetapi makruh digunakan pada badan kerana dikhuatiri boleh
mendatangkan penyakit sopak . Air yang tersangat panas atau tersangat sejuk juga
makruh penggunaannya .

c ) Air Mustakmal
Air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain iaitu :

• Air Mustakmal iaitu air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas dan air
yang telah digunakan untuk menghilangkan najis tetapi tidak berubah dan tidak
bertambah jumlahnya setelah mengalir keluar dari benda yang dibasuh .

• Air yang berubah salah satu dari tiga sifat kerana bercampur dengan benda yang
suci , jika banyak berubahnya dan tidak dapat dinamakan air mutlaq lagi.

Keterangan :

i. Jika air mutlak telah berubah sedikit tetapi masih dapat dinamakan air
mutlak ,dengan sesuatu yang suci atau sesuatu yang menyerupai sifat
air

dari segi sifat-sifatnya danjika ditakdirkan ia tidak sama dengannya ia

tidak mengubahkannya , ia tetap suci dan menyucikan yang lain .

ii. Air mutlak yang bercampur dengan sesuatu yang suci lagi mujawir(
berhampiran ) tetap suci walaupun berlaku perubahan yang banyak.

iii. Air yang berubah kerana bercampur dengan sesuatu yang tidak dapat 68
dielakkan , seperti bercampur dengan tanah , kiambang atau sesuatu
yang berada di tempat air yang tetap atau mengalir dan yang berubah
kerana lama takungannya adalah suci lagi menyucikan

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

d ) Air Mutannajis
Air Mutannajis iaitu air yang kurang dua kolah yang terkena najis sama ada berubah

atau tidak , dengan syarat najis tersebut menajiskan air . Air ini tidak suci pada dirinya
dan tidak menyucikan yang lain. Hukumnya tidak boleh digunakan untuk membersihkan
najis,tidak boleh digunakan untuk mengambil wudhuk , mandi wajib dan sebagainya

Begitu juga air dua kolah atau lebih yang berubah disebabkan terjatuh najis
ke dalamnya adalah najis . Najis itu telah merubah sifat air iaitu sama ada
berubah bau , warna atau rasa . Maka ia tidak boleh digunakan , jika tidak berubah
salah satu dari sifat tersebut maka ia boleh digunakan .

Keterangan :

i. Jika benda najis tersebut tidak menajiskan air ,seperti bangkai binatang
yang tidak mengalir darahnya ketika dibunuh atau dibelah semasa ia
hidup seperti lalat , cicak , kala , lipas dan seumpamanya dengan syarat
tidak sengaja dimasukkan ke dalamnya dan tidak mengubahkan air
tidaklah menjadi air mutannajis .

ii. Najis yang halus yang tidak dapat dilihat oleh mata yang pertengahan
walaupun ianya merupakan najis Mughallazah tidak menajiskan air atau
sesuatu yang berbentuk cecair
69

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

e) Air Mutaghaiyir

Air Mutaghaiyir ialah air yang berubah salah satu daripada sifatnya kerana telah
bercampur dengan benda yang bersih seperti nila , kopi atau sebagainya . Ia juga
dikenali sebagai Air Muqaiyad iaitu air yang dihubungkan dengan nama sesuatu seperti
air tebu ,air kelapa dan sebagainya .

Hukumnya suci pada zat tetapi tidak boleh menyucikan yang lain , seperti air
kopi boleh digunakan untuk minuman tetapi tidak boleh digunakan untuk membersih
sesuatu .

Air perigi atau air kolam yang berubah warna , rasa atau baunya dengan sebab
daun-daun , kayu-kayu atau bunga yang jatuh ke dalamnya atau lumpur
disekelilingnya.Hukumnya suci dan boleh menyucikan yang lain.

Rajah Sukatan Air

1¼ hasta (60 cm ) 3¼ hasta keliling (61 cm) 1½ hasta (72 cm)
1¼ hasta @ 1½ hasta (72cm)

60 cm) 1½ hasta (72cm)

60 cm @ 2½ hasta (75 cm)

1¼ hasta 216

216

Jika dengan timbangan atau sukatan :
230 liter = 52 gal = 375 kati = 13 tin minyak tanah .

6. Istinja ‘

70

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

Istinja’ ialah menghilangkan atau membersihkan sesuatu yang keluar dari dua jalan
( qubul dan dubur ) seperti kencing , tahi dan sebagainya walaupun jarang berlaku
seperti darah , wadi dan seumpamanya yang mengotorkan tempat keluarnya.

Jika sekiranya yang keluar dari dua jalan itu tidak mengotorkan tempat
keluarnya seperti kentut( keluar angin ) atau sebagainya , tidaklah wajib beristinja’, tetapi
sekiranya kentut tersebut membasahkan tempat keluarnya maka wajiblah juga beristinja’

Hukum beristinja’ adalah wajib daripada tiap-tiap najis yang keluar daripada
qubul atau dubur . Alat istinja’ ialah air atau batu , atau sesuatu yang keras dan kesat
lagi suci dan dapat menghilangkan najis , dengan syarat ianya bukan bahan yang
dihormati .

Tidak boleh dijadikan alat istinja’ :

• Sesuatu yang terkena najis , seperti batu yang terkena najis
• Sesuatu najis seperti tahi kering .
• Sesuatu yang tidak boleh menanggalkan najis ,seperti tanah lembut dan peroi

atau sesuatu yang lembut dan licin seperti buluh . Tetapi jika buluh itu dibelah
,bekas belahan itu boleh dijadikan alat istinja’
• Sesuatu yang dihormati seperti makanan dan sebagainya seperti roti kering
• Sesuatu yang menjadi makanan jin seperti tulang walaupun telah dibakar
hangus kerana ia masih dianggap makanan jin .

Memadai beristinja’ demgam menggunakan air atau tiga biji batu atau sebiji batu
yang mempunyai tiga penjuru pada tempat-tempat istinja’ melainkan kesan-kesan yang
tertinggal yang tidak dapat dihilangkannya kecuali dengan air .

71

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

Perhatian
• Beristinja’ dengan tiga biji batu atau tiga penjurunya adalah wajib , walaupun
boleh suci dengan menggunakan kurang dari tiga biji atau tiga penjuru batu
• Jika dengan menggunakan tiga biji atau tiga penjuru batu belum menyucikan
najis , hendaklah ditambah penggunaan bilangannya sehingga suci , tetapi
sunat diganjilkan bilangannya.
• Adalah Afdal beristinja’ dengan menggunakan batu kemudian diikuti dengan
air sama ada buang air besar atau air kecil.
• Jika dikehendaki menggunakan salah satu daripada alat yang boleh
digunakan untuk beristinja’ menggunakan air adalah lebih afdal

Syarat-syarat beristinja’ dengan batu atau benda keras iaitu :

• Batu atau benda itu keras dan harus suci serta dapat untuk
membuang atau membersih najis.

• Batu atau benda itu tidak bernilai atau dihormati misalnya
makanan dan bukan batu masjid.

• Sekurang-kurangnya dengan tiga kali sapuan dan sampai
bersih.

• Najis yang akan dibersihkan belum kering
• Najis itu tidak pindah tempat keluarnya, misalnya pindah ke

kaki dan sebagainya.
• Najis itu belum bercampur dengan benda lain, walaupun

benda itu suci , misalnya tidak terpercik oleh air padanya.

72

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

Makluman :
Air mani :

Air mani ialah air yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan
apabila seseorang itu telah mencapai ke tahap kemuncak kepuasan nafsunya.
Warnanya putih dan apabila basah ia pekat serta mempunyai bau. Jika kering
pula ia berdebu sekiranya digosok.

Hukumnya wajib mandi bagi orang yang keluar mani .Air mani ini suci
dari segi syara’

Air Wadi :
Air wadi ialah air yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan

apabila seseorang itu kepenatan atau keletihan seperti berlari ,berjoging , dan
lain-lain daripada pekerjaan yang menggunakan tenaga lebih .Warnanya putih
dan cair

Hukumnya tidak wajib mandi jika keluar air wadi hanya dikehendaki
membasuh anggota yang terkena air wadi tersebut.Air wadi ini najis dan tidak
sah dibawa solat.

Air Mazi :
Air mazi ialah air yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita apabila

seseorang itu berada dalam keghairahan ( bersyahwat ) . Warnanya jernih dan
bertali .

Hukumnya tidak wajib mandi setelah keluar air tersebut .Ia najis dan
wajib dibasuh anggota yang terkena air mazi dan tidak boleh dibawa solat .

73

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

7. JENIS NAJIS DAN CARA MENYUCIKANNYA
Pengertian Najis
Najis menurut bahasa ertinya “ kotor ,cemar dan jijik ” dan menurut syarak bererti benda
yang menegah sahnya solat seperti air kencing dan sebagainya.
Jelasnya najis ialah segala jenis cecair yang keluar dari qubul dan dubur , melainkan air
mani manusia dan air mani semua jenis binatang kecuali air mani anjing ,babi dan anak-
anak kedua-duanya atau kacukannya dengan binatang suci lain .
Keterangan :
Sesuatu yang keluar selain daripada qubul dan dubur adalah suci kecuali muntah.
Ulat atau cacing dan sesuatu yang keras yang keluar daripada qubur dan dubur seperti
biji-bijian yang jika ditanam nescaya tumbuh ia adalah mutannajis , suci jika dibasuh .
Benda-Benda Yang Dihukum Najis

• Air yang keluar dari mulut orang tidur yang berasal dari perut , diketahuinya
dengan berbau busuk serta kunig warnanya.

• Muntah yang merupakan makanan yang telah dimakan dan keluar semula
malalui mulut. Muntah mempunyai bau yang busuk dan begitu juga kahak yang
keluar dari bahagian perut .

• Darah , nanah , danur dan air kuman yang berubah baunya.
• Susu binatang yang haram dimakan.
• Arak dan tuak serta setiap yang memabukkan dalam bentuk cecair , jika beku

seperti buah kecubung dan seumpamanya tidaklah najis.
• Segala jenis bangkai , melainkan bangkai manusia , ikan dan belalang .
• Anjing dan keturunannya.
• Babi dan keturunannya.
• Hasil kacukan anjing atau babi dengan binatang suci .

74

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

Semua ain najis adalah tidak dimaafkan kecuali sedikit darah , nanah , darah , pijat atau
kutu , tahi lalat , bangkai binatang yang darahnya tidak mengalir apabila gugur ke dalam
sesuatu yang cair atau ke dalam air yang sedikit .
8. Bahagian Najis dan cara mensucikannya
Najis terbahagi kepada 3 bahagian

1. Najis Berat / Najis Mughallazah

Najis Mughallazah ialah najis yang berat iaitu najis dari babi dan anjing dan keturunan
daripadanya atau salah satu daripada hasil percantuman anjing atau babi dengan
binatang-binatang lain adalah dikategorikan sebagai najis berat .

Cara menyucikannya ialah

• Hendaklah dihilangkan ain najis itu terlebih dahulu jika ada
• Kemudian basuh tempat yang terkena najis dengan air tanah sekali
• Dan selepas itu , basuh lagi tempat tersebut dengan 6 kali air yang suci .
Cara ini dilakukan berdasarkan sabda Rasullulah SAW yang bermaksud :

“ Sucinya tempat ( perkakas ) mu apabila dijilat anjing adalah dengan
mencucinya tujuh kali .Permulaannya atau penghabisannya di antara cucian itu dicuci
dengan air yang bercampur dengan tanah ”. ( At-Tirmizi )

Jika dibasuh di dalam air yang mengalir lagi keruh adalah memadai dilakukan sebanyak
7 kali pengaliran walaupun tanpa menggunakan tanah.

Begitu juga cara membasuhnya jika dijilat oleh anjing ,babi atau tersentuh salah satu

daripada binatang tersebut dalam keadaan basah . Hukumnya wajib dibasuh mengikut

cara diatas tadi.

75

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

2. Najis Ringan / Najis Mukhaffafah

Ialah najis yang ringan, iaitu air kencing bayi laki-laki yang umurnya kurang dari dua
tahun dan belum makan apa-apa kecuali air susu ibunya.

Cara menyucinya ialah dengan dilapkan terlebih dahulu, kemudian direnjiskan air pada
benda yang kena najis itu atau dituangkan air di atasnya walaupun tidak mengalir.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Barang yang terkena air kencing anak perempuan harus dicuci, sedang bila terkena air
kencing anak lelaki cukuplah dengan memercikkan air kepadanya.”

( H.R Abu Daud dan Nasa’i )

3. Najis Pertengahan / Najis Mutawassithah

Najis Mutawassithah ialah najis pertengahan yang terdiri daripada semua jenis benda
yang kotor seperti tahi , air kencing , darah , nanah , bangkai binatang dan sebagainya.
Najis Mutawassithah terbahagi kepada 2 bahagian :
1. Najis Aini - ialah najis yang ada rupa atau warna, bau dan rasa

Cara menyucikannya ialah
• Hilangkan ‘zat ’ ain najis itu terlebih dahulu
• Kemudian wajib basuh tempat yang terkena najis itu sehingga hilang rasa , bau ,

dan warnanya .
2. Najis Hukmi - ialah najis yang tidak ada rupa , warna , bau dan rasa seperti

kencing atau arak yang sudah kering,
Cara menyucikannya ialah

• Memadai dengan menjirus atau mengalirkan air ke atas tempat yang terkena
najis itu sehingga rata
76

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

• Kemudian `di lap dan dikeringkan

PERHATIAN !!!

Secara umum , semua najis yang masih ada ainnya mestilah dilakukan seperti
berikut :

• Hendaklah dihilangkan ainnya , iaitu rasa , warna dan bau .
• Jika tertinggal rasanya tidaklah dimaafkan kecuali susah untuk

menghilangkannya. ( seperti tidak dapat dihilangkan kecuali dipotong
bahagian yang terkena itu maka dimaafkan. )
• Jika tertinggal warna dan baunya yang sukar dihilangkan dan kalau
LATIHAN / PRAdsKuiTgcIoiKstAeomLk p3akt aituli .dengan air tidak juga hilang adalah dimaafkan dan dikira
Syariat : Jenis-Jenis Najis Serta Cara Penyuciannya
Praktikal :SCeatrealaMhedniyhuilcainkagnkaNnajaisinMnuagjhisla,zamh,aMkauklhaakfuakfaahnlDaahncMaruatamweansiytauhcikannya mengikut
jenis najis masing-masing.

Rujukan :

- Aminullah Bin Mohd. Bakir, 2003, Panduan Fardhu Ain Bersuci Dan Solat, Al-Risalah
Product Sdn, Bhd. ISBN 983-099-472-3

- Ismail, K., Mohd. Azrul Azlen, A.H.(2009). Indahnya Hidup Bersyariat Modul Fardhu Ain Diri,
Keluarga Dan Masyarakat Sepanjang Hayat, Selangor, Malaysia, Terbitan Telaga Biru
Sdn.Bhd.

- Sheikh Abdullah Basmeih, Disemak dan disahkan oleh Sahibul Fadhilah Datuk Haji
Muhammad Noor bin Haji Ibrahim, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-
Quran ( 30 JUZ), Darul Fikir SDN. BHD.

- Syeikh Muhammad Bin Ismail Daud Al Fathoni, Susunan Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan, (2017), Kitab Matla’ Al- Bahrain, Jilid 1, ISBN – 978-967-86-0822-0

- Zulkifli Mohamad Al-Bakri, (2015). Al- Fiqh Al-Manhaji, Ibadat Dalam Fiqh Al-Syafi’i,
Dicetak oleh Darul Syakir Enterprise. ISBN – 978-967-5996-10-8

- Zurina Khalid, 2000, Fardhu ’Ain Dan Permasalahan, Percetakan Warni Sdn. Bhd. ISBN
983-2060-10-9

77

TOPIK 7 : KAIFIYAT

Oleh : Norhafizah B

KAIFIY
RUKHS

SOLA

RUKHSAH SOLAT JAMAK
SOLAT

PENSYARIATAN PEMBAHAGIAN PENGERTIAN
SOLAT JAMAK SOLAT JAMAK SOLAT QASAR

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

T RUKHSAH SOLAT

Binti Mohd. Ghazali

YAT
SAH
AT

SOLAT QASAR SOLAT JAMAK
DAN QASAR

PENSYARIATAN SYARAT- KAIFIYAT LAFAZ NIAT
SOLAT QASAR SYARAT QASAR SOLAT JAMAK SOLAT JAMAK
SOLAT FARDHU
DAN QASAR DAN QASAR

78

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

RUKHSAH SOLAT

Allah SWT telah meringankan beberapa perkara yang melibatkan hukum-hukum agama bagi
orang-orang tertentu dalam keadaan-keadaan tertentu. Salah satu daripadanya ialah solat.

Firman Allah SWT:

Dan Allah tidak menjadikan dalam urusan agama itu perkara yang menyulitkan ke atas kamu
(al-Hajj: 78).
Allah SWT telah memberikan dua bentuk keringanan dalam solat kepada orang yang
bermusafir iaitu:

1. Menghimpunkan dua solat dalam satu waktu (jamak).
2. Memendekkan bilangan rakaat (qasar).

SOLAT JAMAK
Pengertian Solat Jamak

• Menghimpunkan dua solat fardhu di dalam satu waktu.

Solat jamak hanya boleh dilakukan bagi solat berikut:
❖ Solat Zohor dan Asar dilaksanakan dalam waktu Zohor.
❖ Solat Zohor dan Asar dilaksanakan dalam waktu Asar.
❖ Solat Maghrib dan Isyak dilaksanakan dalam waktu Maghrib.
❖ Solat Maghrib dan Isyak dilaksanakan dalam waktu Isyak.

Pensyariatan Solat Jamak
Solat jamak disyariatkan pada tahun 7 Hijrah iaitu ketika dalam Perang Tabuk.

79

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

Imam Muslim (705) meriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA: Nabi SAW telah menghimpunkan
antara sembahyang ketika kami bermusafir dalam peperangan Tabuk. Baginda telah
menghimpunkan antara Zohor dan Asar, serta antara Maghrib dan Isyak.
Said bin Jubair RA berkata, aku bertanya Ibnu Abbas: Apakah yang menyebabkan Baginda
SAW.berbuat demikian? Ibnu Abbas menjawab: Baginda tidak mahu menyusahkan umatnya.
PEMBAHAGIAN SOLAT JAMAK
1. Solat jamak takdim
2. Solat jamak takhir

Solat Jamak Takdim
• Solat jamak takdim ialah menghimpunkan solat Zohor dan Asar pada waktu Zohor, atau

menghimpunkan solat Maghrib dan Isyak dalam waktu Maghrib.

Syarat Jamak Takdim:
❖ Tertib. Melakukan solat yang dalam waktunya terlebih dahulu, iaitu solat Zohor

kemudian Asar dan solat Maghrib kemudian Isyak.
❖ Niat jamak dilakukan pada solat yang pertama. Misalnya, ketika takbiratulihram

solat Zohor perlu ada niat untuk menghimpunkan solat Asar.
❖ Kedua-dua solat dilakukan secara berturut-turut tanpa ada pemisah yang

panjang. Jika sekadar tempoh iqamat dan mengambil wuduk atau tayammum
maka tidak batal jamaknya. Tidak boleh diselang dengan solat sunat atau lain-lain
perbuatan.
❖ Berkekalan musafir hingga takbir solat kedua, tetapi tidak disyaratkan hingga
selesai solat kedua.

Solat Jamak Takhir
• Solat jamak takhir ialah menghimpunkan solat Zohor dan Asar pada waktu Asar, atau

menghimpunkan solat Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak.

80

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

Syarat Jamak Takhir:
❖ Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika

masih dalam waktu yang pertama.
❖ Contoh: Jika telah masuk waktu Zohor namun dia tidak berniat untuk

menjamakkannya dengan Asar (sehingga habis waktu Zohor), maka dia wajib
menunaikannya secara qada’ dan dia berdosa atas kelewatannya itu.
❖ Masih kekal musafir hingga selesai kedua-dua solat. Jika tiba di tempat
bermukim sebelum selesai solat, maka solat yang dilewatkan menjadi solat
qada’.
❖ Sunat tertib. Tidak disyaratkan tertib antara kedua-dua solat, boleh memulakan
dengan mana-mana solat yang dikehendaki. Begitu juga tidak disyaratkan
berturut-turut tetapi ia disunatkan.

SOLAT QASAR
Pengertian Solat Qasar
Memendekkan bilangan rakaat solat daripada empat rakaat kepada dua rakaat. Solat yang
boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak.

Pensyariatan Solat Qasar
Keharusan solat qasar disyariatkan lebih awal daripada solat jamak. Sarjana sejarah sepakat
mengatakan solat qasar disyariatkan selepas hijrah Rasulullah SAW ke Madinah. Perbezaan
pendapat mengenai tahun sebenar pensyariatannya, ada yang berpandangan tahun 4 Hijrah
atau 2 Hijrah atau 40 hari selepas Hijrah.
Firman Allah SWT:

81

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan
(memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-
orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu. (An-Nisa’: 101)
Walaubagaimanapun, kaitan qasar dengan takut dalam ayat ini adalah kerana kebanyakan
perjalanan Nabi SAW dalam keadaan ini. Qasar diharuskan walaupun dalam perjalanan yang
aman sebagaimana hadis Nabi SAW:
“Daripada Ya’la bin Umayyah telah berkata: Aku berkata kepada Umar bin Al-Khattab ‘kamu
tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang-
orang kafir’. (Sedangkan) manusia berada dalam keadaan aman. Beliau berkata: Aku juga
hairan dengan kehairanan engkau, dan aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW
mengenainya dan baginda bersabda: (Ia merupakan) Sedekah yang diberikan Allah ke atas
kamu, maka terimalah sedekahNya.” (Riwayat Muslim)
Terdapat juga hadis-hadis mutawatir yang menyatakan Rasulullah SAW mengqasarkan solat
ketika musafir bagi menunaikan haji, umrah dan berperang.
“Daripada Ibn Umar telah berkata: Aku telah bermusafir bersama Nabi SAW, Abu Bakar, Umar
dan Uthman, mereka solat Zohor dan Asar dua rakaat. Mereka tidak solat sebelum dan selepas
itu lagi.” (Riwayat al-Tirmizi).

Syarat-Syarat Qasar Solat Fardhu 4 Rakaat kepada 2 Rakaat
❖ Musafir tidak bertujuan maksiat.
❖ Perjalanan mestilah melebihi dua marhalah iaitu 81 km atau lebih.
❖ Solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja yang boleh diqasarkan.
❖ Mesti solat tunai, iaitu solat yang dilakukan pada waktunya, Solat qada tidak boleh

diqasarkan.

82

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

❖ Niat qasar ketika takbiratulihram. Tidak perlu berniat untuk qasar ketika
memulakan musafir.

❖ Tidak boleh berimam orang yang solat tamam (sempurna). Jika mengikut imam
bersolat penuh, maka dia hendaklah juga bersolat penuh.

❖ Hendaklah ditentukan tempat yang akan dituju, jika tidak tentu tempat tuju maka
tidak boleh qasar.

❖ Perjalanan musafir kekal sehingga sempurna solat.
❖ Tahu bahawa orang musafir harus mengerjakan solat qasar. Tidak sah solat qasar

jika hanya mengikut orang lain tanpa mengetahui keharusannya.
❖ Mestilah melepasi sempadan pekan atau bandar tempat tinggal kerana qasar

hanya boleh dilakukan selepas keluar dari sempadan tempat tinggal iaitu ketika
permulaan musafir diambilkira.
❖ Orang yang bermusafir itu tidak berniat untuk menetap di tempat yang ditujunya
lebih daripada 3 hari, tidak termasuk hari pergi dan hari kembali.

SOLAT JAMAK DAN QASAR

Solat jamak dan qasar ialah solat yang hanya boleh dilakukan apabila seseorang bermusafir
lebih daripada dua marhalah.

Kaifiyat Solat Jamak Dan Qasar

1. Menjamakkan dua solat fardhu tanpa qasar.
2. Menjamakkan dua solat fardhu dan qasar.
3. Mengqasarkan solat fardhu tanpa jamak.

Cara Mengerjakan Solat Qasar dan Jamak Takdim Zohor dengan Asar
❖ Jamak Takdim: Zohor dan Asar dilakukan dalam waktu Zohor.
❖ Berdiri lurus mengadap kiblat.
❖ Niat solat Zohor secara qasar dan jamak takdim.
❖ Tunaikan solat sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
❖ Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu Asar.

83

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

❖ Niat solat Asar secara qasar dan jamak takdim.
❖ Kerjakan solat Asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.

Lafaz Niat Solat Jamak dan Qasar
Antara lafaz niat solat jamak dan qasar yang biasa digunakan adalah seperti berikut:

Jamak Takdim
dan Qasar:

Zohor - Asar “Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat dipendekkan dan
dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala”

“Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan
kepada Zohor tunai kerana Allah Taala”

Jamak Takdim “Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepadanya
dan Qasar: Isyak tunai kerana Allah Taala”

Maghrib - Isyak

“Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat dipendekkan dan
dihimpunkan kepada Maghrib tunai kerana Allah Taala”

84

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

Jamak Takhir “Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan
dan Qasar: kepadanya Zohor tunai kerana Allah Taala”

Asar – Zohor

“Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat dipendekkan dan
dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala”

Jamak Takhir

dan Qasar: “Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat dipendekkan dan

dihimpunkan kepadanya Maghrib tunai kerana Allah Taala”
Isyak – Maghrib

“Sahaja
aku solat fardhu Maghrib tiga
rakaat dihimpunkan kepada Isyak tunai kerana Allah Taala”

Nota ringkas:

❖ Jika solat qasar jamak untuk Maghrib dan Isyak, niat solat Maghrib secara jamak tanpa
menyebut qasarnya kerana solat Maghrib tidak boleh dipendekkan rakaatnya.

❖ Jamak dibolehkan juga bagi keadaan-keadaan lain seperti pada saat hujan lebat di
masjid bagi orang yang solat berjemaah. Sakit dan keperluan mendesak pada dasarnya
tidak dibenarkan dalam mazhab Syafi’e. Namun begitu, terdapat ulama mazhab Syafi’e
yang menyokong bahawa dibolehkan solat kerana sakit antaranya Imam al-Nawawi
dalam al-Majmu’nya. Al-Khatib al-Syarbini juga berkata dalam Mughni al-Muhtaj dan al-
Iqna: “Pendapat ini lebih sesuai dengan keindahan syariat Islam”. Namun demikian
sangat dianjurkan kita solat pada waktunya tanpa mengambil mudah sewenang-
wenangnya untuk melakukan solat jamak apabila terdapat desakan-desakan ringan.

❖ Qasar solat hanya boleh dilakukan oleh musafir yang perjalanannya jauh dengan
anggaran 81 km atau 89 km sehala (menurut mazhab Syafi’e). Tiada sebab lain yang
membolehkan qasar.

85

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

LATIHAN / PRAKTIKAL

Syariat : Kaifiyat Rukhsah Solat
Praktikal : Lafaz Niat Solat Biasa/Lafaz Niat
Solat Jamak Qasar dan tunjuk cara solat jamak qasar

RUJUKAN

Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid. (2009). Indahnya hidup bersyariat: Modul fardhu
ain diri, keluarga dan masyarakat sepanjang hayat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Mustofa Al-Khin, Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. (1998). Kitab fikah mazhab Syafie:
Menghuraikan bab bersuci dan solat. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Rohidzir Rais. (2011). Anda bertanya ustaz menjawab mengenai solat. Selangor: PTS Islamika
Sdn. Bhd.

Rohidzir Rais, Fuad Ismail & Mohd. Wahid Abd. Hanif. (2011). Ensiklopedia solat. Kuala
Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Sulaiman Endut. (2007). Asas-asas fardhu ain. Selangor: Pustaka Haji Abdul Majid.

86

TOPIK 8 : KEPENTINGAN SOLAT BERJ
MUW

Oleh : Ainul Fa

S
JE

PENGERTIAN HUKUM SOLAT SEJARAH SY
SOLAT JEMAAH PELAKSANAAN S
JEMAAH S
SOLAT JE
JEMAAH

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

JEMAAH DAN CARA SOLAT MASBUK &
WAFIK

arhaan Harun

KEPENTINGAN
SOLAT

BERJEMAAH
DAN CARA

SOLAT MASBUK
DAN MUWAFIK

SOLAT SOLAT SOLAT
EMAAH MASBUK MUWAFIQ

YARAT- SIFAT YANG KEPENTINGAN SUSUNAN SAF
SYARAT DIGALAKKAN DAN HIKMAH SOLAT
SOLAT JEMAAH
EMAAH BAGI SOLAT
SEORANG JEMAAH

IMAM

87

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

SOLAT JEMAAH

• PENGERTIAN SOLAT JEMAAH
Solat yang dilaksanakan secara beramai – ramai melibatkan sekurang – kurangnya seorang
imam dan seorang makmum.

• HUKUM SOLAT JEMAAH
Imam Syafie berpendapat hukumnya adalah fardhu kifayah (kewajipan secara kolektif;
tuntutan syarak ek atas muslim secara umum untuk melaksanakannya dan kewajipan tersebut
akan terlepas jika ada sebahagian muslim yang melaksanakannya).
Manakala ulama – ulama mazhab Syafie berpandangan sunat muakkad (sunat yang sangat

• SEJARAH PELAKSANAAN SOLAT JEMAAH
Rasulullah saw melaksanakan solat berjemaah selepas peristiwa hijrah baginda ke madinah
dan melaksanakannya penuh tekun dan istiqamah.

• SYARAT – SYARAT SOLAT JEMAAH

1. Makmum niat mengikut imam, (imam tidak disyaratkan niat menjadi imam)
2. Makmum melambatkan bacaan, pergerakan dan perbuatan dari imam, serta

membelakangkan kedudukan/ posisi solatnya berbanding imam.
3. Makmum tahu pergerakan imam dari satu rukun ke rukun seterusnya. Sama ada melalui

penglihatan, pendengaran atau gerakan makmum di hadapan.
4. Makmum tahu dan yakin solat imam sah dan tidak batal.
5. Imam dan makmum berada dalam satu bangunan yang sama. Jika berada di kawasan

lapang (kedua-duanya imam dan makmum atau salah seorang sahaja), disyaratkan jarak
antara keduanya tidah melebihi 300 hasta (anggaran 135meter).
6. Makmum tidak boleh mengikut individu (menjadikannya imam) yang sedang menjadi
makmum dengan imam yang lain.
7. Makmum tidak boleh ketinggalan dari imam dua rukun solat dengan sengaja atau tiga rukun
dengan sebab keuzuran.

88

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

• SIFAT YANG DIGALAKKAN BAGI SEORANG IMAM.
1. Lebih alim dari makmum ( alim: tinggi ilmu agama)
2. Bacaan dan sebutan yang fasih
3. Lebih soleh dan lebih berumur
Ini berdasarkan hadis daripada Ibnu Mas’ud RA bahawa Rasulullah saw telah bersabda:
“ Yang menjadi imam bagi sesuatu kumpulan ialah orang yang lebih pandai membaca al-Quran.
Sekiranya mereka setara dalam bacaan, maka yang lebih alim dalam hadis, jika dalam hadis
mereka pun sama, maka yang lebih dahulu berhijrah, dan jika dalam hijrah juga sama maka
yang lebih tua usianya di kalangan mereka”. (Riwayat Muslim, 613)

• KEPENTINGAN DAN HIKMAH SOLAT JEMAAH

1. Menghidupkan syiar Islam di tengah – tengah masyarakat secara bersar – besaran
Solat secara berjemaah akan mampu mennjukkan kekuatan umat Islam di samping
meniggikan lagi agama Islam di mata masyarakat beragama lain. Ini kerana ia melambangkan
perpaduan dan penyatuan hati sesama muslim.

2. Merapatkan perpaduan, kekuatan dan ukhuwah antara sesama muslim
Para jemaah yang telah melaksanakan solat boleh saling mengenali dan bertanya khabar
sekaligus mengukuhkan lagi tali persaudaraan sesama Islam. dituntut pelaksanaannya).
Ini kerana Islam amat menekankan perpaduan dan jalinan persaudaraan yang utuh. Seperti
firman Allah “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang bercerai-berai dan
beselisih setelah sampai kepada mereka keterangan yang jelas. Dan mereka itulah orang-
orang yang mendapat azab yang berat.” (Surah Ali ‘Imran: 105)

Rasulullah saw bersabda maksudnya:
“ Apabila terdapat tiga orang di sebuah kampung atau kawasan pedalaman tidak
melaksanakan solat berjemaah sesama mereka, berjayalah syaitan menguasai mereka. Oleh
itu hendaklah kamu berjemaah kerana kambing yang jauh terpencil sahaja yang akan
dibaham serigala”. (Riwayat Abu Daud (547), Ibnu Hibban (425).

3. Melatih hidup agar berdisiplin, di samping taat dan mematuhi segala perintah

89

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
Para jemaah dibetuk dengan disiplin dalam mengikuti dan menuruti perbuatan solat imam,
hal ini akan membentuk sikap taat kepada pemimpi dalam diri.
4. Mendatangkan keberkatan dan ganjaran yang berlipat ganda dalam melaksanakan
ibadah
Solat secara berjemaah akan diganjarkan dengan pahala yang berganda jika dibandingkan
dengan solat secara bersendirian. Seperti sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud
“ Solat berjemaah melebihi solat bersendirian sebanyak 27 darjat ”.
SUSUNAN SAF SOLAT JEMAAH

90

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
91

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]

SOLAT MASBUK
Pengertian Masbuk
• Makmum yang ketinggalan iaitu tidak mendapat masa yang cukup untuk membaca al –

fatihah bersama – sama imam.
• Situasi masbuk adalah seperti :

i. Individu yang ingin melaksanakan solat jemaah, dan ketika itu, imam sedang rukuk atau
hampir – hampir ingin rukuk.

• Bolehkah makmum dalam keadaan situasi tersebut ( huraian di atas) mendapat rakaat
bersama imam?
i. Makmum berkesempatan berdiri (qiam) bersama imam dalam masa yang singkat, dia
hendaklah mambaca al-fatihah sekadar yang sempat dan teruskan mengikut perbuatan
solat imam selepas itu.
ii. Makmum hendaklah terus bertakbir serta niat, berhenti sebentar sekadar ucapan
‘subhanallah’ dan rukuk bersama imam. Jika makmum dapat bersama imam semasa
rukuk, dia dikira mendapat 1 rakaat bersama imam kerana surah al-fatihah akan
ditanggung oleh imam.
• Makmum masbuk perlu mencukupan bilangan rakaat yang tertinggal mengikut rakaat
solat yang ditetapkan.

SOLAT MUWAFIK
Pengertian Muwafik
• Makmum yang mempunyai masa yang cukup bersama imam untuk membaca al –fatihah

dengan bacaan yang sederhana.
• Walaubagaimanapun, terdapat keadaan di mana makmum muwafik :

- Masih belum selesai membaca al – fatihah, sedangkan imam telah rukuk, makmum mesti
menghabiskan bacaan tersebut sehingga tempoh imam bangun dari sujud kedua ( dua
rukun solat).

- Jika makmum tersebut masih belum dapat menyelesaikan bacaan al – fatihah sedangkan
imam telah bangun untuk rakaat berikutnya atau tahiyat akhir,

i. Makmum mesti berniat untuk mufaraqah (berpisah) dari imam.

92

[MANHAJ TARBIAH - USRAH]
ii. Mengikut perbuatan solat imam, dan rakaat yang terlambat tadi, tidak dikira.

Walaubagaimanapun, Makmum perlu menambah rakaat yang kurang selepas
melaksanakan solat

LATIHAN / PRAKTIKAL
Syariat : Kepentingan solat Berjemaah Dan Cara Solat Masbuk Dan Muwafik
Praktikal : Kedudukan Sof Solat Berjemaah Dan Solat Masbuk Dan Muwafik )

Rujukan
Al- Quran dan terjemahan
Haron Din, Ishak Din & Abu Hassan Din. (2012). Fikah harian. Selangor, Malaysia: PTS Milennia
Sdn.Bhd.
Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid (2009). Indahnya hidup bersyariat. Selangor,
Malaysia: Telaga Biru Sdn.Bhd.
Zulkifli Mohd Al-Bakri. (2015). Al-fiqh al-manhaji ibadat dalam islam. Selangor, Malaysia: Darul
Syakir Enterprise.

93

TOPIK 9 : SOLAT KETIKA SAKIT

Oleh : Zuraiha B

SOLAT KETIKA
SAKIT DAN DI

DALAM
KENDERAAN

PENGENALAN HUKUM DALIL KAE
MENGHARUSKAN M
R
SOLAT DALAM BE
KEADAAN DUDUK
SOLA
DAN BARING

SOLAT SAMBIL SOLAT SOLAT DUDUK SYA
DUDUK BERBARING DI DALAM KE

KENDERAAN


Click to View FlipBook Version