The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Logarani Kishnan, 2021-04-06 00:14:18

200066893-Kit-Transisi-Tahun-1

200066893-Kit-Transisi-Tahun-1

KIT PROGRAM TRANSISI

Tema Program Transisi:

“KAMI MURID TAHUN SATU ”
(Minda Cerdas, Mata Bercahaya)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Edisi Kedua

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA

PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG TAHUN SATU

KIT PROGRAM TRANSISI

(Edisi Kedua)

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DISEMBER 2001

Cetakan Pertama 2001

” KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini, tidak dibenarkan diterbit
semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan
dalam sebarang bentuk atau cara, baik elektronik, mekanik, penggambaran semula
mahupun dengan cara perakaman, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia, Paras 7, Blok J, Pusat Bandar Damansara, 50604
Kuala Lumpur.

Dicetak oleh :
CETAKRAPI sdn. bhd.
No. 22, Jln. Sri Ehsan 1,
Taman Sri Ehsan,
Kepong
52000 Kuala Lumpur

PENGENALAN

Program Transisi Prasekolah Ke Tahun Satu merupakan satu program yang
bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak
formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah
rendah.
Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid
Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi
yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada
tahap pencapaian yang hampir sama.
Bagi memastikan program ini dapat difahami dan berjalan dengan lancar, Kit
Program Transisi ini telah dibina sebagai panduan kepada semua pihak yang terlibat
untuk menjalankan aktiviti Program Transisi ini secara lebih bersistematik dan
seragam di seluruh negara. Untuk itu, sasaran utama penggunaan kit ini bertumpu
kepada personalia yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan program iaitu
pihak Pengurusan Sekolah, Guru Prasekolah, Guru Tahun Satu dan Ibu Bapa murid-
murid Tahun Satu.

Fokus utama dalam pengisian Kit Program Transisi ini ialah pemetaan program
melalui persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh personalia yang terlibat
dalam pelaksanaan program. Selain dari itu kit ini juga turut memberi tumpuan
kepada Jadual Perancangan Strategik Program yang melibatkan perancangan
program yang berterusan sama ada di peringkat negeri atau sekolah di samping
Penilaian Keberkesanan Program yang berterusan.

(i)

Dari segi perancangan aktiviti, strategi yang digunakan dalam kit ini ialah melalui
perancangan sebelum , semasa dan selepas program. Setiap aktiviti yang dirancang
itu pula dilihat dari segi persediaan-persediaan yang dilakukan oleh setiap personalia
yang terlibat.

Bagi Pihak Pengurusan Sekolah yang terdiri dari Guru Besar, Penolong Kanan dan
Guru-Guru Kanan perlulah melihat pelaksanaan program ini secara menyeluruh
dengan menyediakan guru-guru yang sesuai di samping pendedahan dan latihan
yang diperlukan, penyediaan perancangan aktiviti yang kemas dan berterusan
sepanjang tempoh program berjalan, penyediaan kelas dan persekitaran yang
sesuai, memberi taklimat kepada pihak ibu bapa dan membuat pemantauan serta
penilaian program yang berterusan.

Bagi guru-guru prasekolah pula, mereka perlulah menjalankan aktiviti-aktiviti yang
mampu untuk menyediakan kanak-kanak prasekolah dari aspek fizikal, mental, sosial
dan emosi sebelum kanak-kanak itu masuk ke Tahun Satu di sekolah rendah.

Sementara itu bagi Guru-guru Tahun Satu, persediaan yang perlu mereka lakukan
termasuklah aktiviti-aktiviti untuk menerima murid Tahun Satu, aktiviti minggu
orientasi , penyediaan kelas dan persekitaran yang sesuai agar terdapat
kesinambungan budaya dan aktiviti pembelajaran antara Prasekolah dan Tahun
Satu. Guru-guru Tahun Satu juga perlu mengenal pasti potensi dan masalah
perkembangan murid di samping merancang aktiviti dan membuat penilaian yang
berterusan di sepanjang Program Transisi ini berjalan.

Kit ini juga turut memberi panduan kepada ibu bapa untuk membantu keberkesanan
program. Antara persediaan yang boleh dilakukan oleh mereka ialah melalui
persediaan fizikal dan emosi anak-anak seperti penyediaan peralatan dan
kelengkapan sekolah yang mencukupi, membawa anak-anak melihat suasana
persekitaran sekolah sebelum hari pertama persekolahan, sokongan moral melalui
kata-kata perangsang dan nasihat di samping mendapatkan gambaran dan taklimat
dari pihak pengurusan sekolah.

Untuk melihat keberkesanan program yang dijalankan, kit ini juga menyediakan
contoh borang penilaian keberkesanan program secara menyeluruh. Penilaian
keberkesanan program ini boleh dijalankan sebanyak dua kali iaitu sekali selepas
tamat minggu orientasi dan kali kedua pada bulan Mac iaitu selepas tamat Program
Transisi dijalankan secara keseluruhannya.

(ii)

MINDA CERDAS
MATA BERCAHAYA

Minda Cerdas

Kemampuan murid-murid Tahun Satu membina dan
mengaplikasikan kemahiran berfikir secara aktif melalui
aktiviti berkumpulan dan saling bantu membantu di antara
satu dengan lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang
dirancang awal lagi menunjukkan minda cerdas.
Dalam masa yang sama, murid-murid juga diharapkan dapat meningkatkan
perasaan ingin tahu mereka melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar serta bersesuaian
dengan tahap umur dan pencapaian sedia ada.
Selain dari itu melalui aktiviti-aktiviti tersebut akan wujud proses komunikasi yang
dapat meningkatkan tahap keyakinan diri di kalangan murid di samping dapat
memantapkan pemupukan nilai-nilai murni yang ada atau yang dibawa dari
prasekolah.

Mata Bercahaya

Murid-murid Tahun Satu ini dapat merasakan satu keseronokan
untuk terus belajar bersama-sama dengan kawan-kawan, suasana,
persekitaran dan guru-guru yang baru.
Semangat dan minat mereka akan terus meningkat dari masa ke semasa melalui
aktiviti-aktiviti yang disediakan tanpa menimbulkan sebarang permasalahan kepada
sekolah, guru mahupun ibu bapa atau penjaga mereka. Keadaan ini dapat
diterjemahkan melalui sinar mata mereka yang sentiasa bercahaya pada setiap
masa dan ketika untuk meneruskan proses pembelajaran mereka di Tahun Satu.

(iii)

PROGRAM TRANSISI
PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

KIT PROGRAM TRANSISI

Modul 1 : Pelaksanaan Program Transisi
Modul 2 : Persediaan Pihak Pengurusan Sekolah
Modul 3 : Persediaan Persekitaran Kelas Tahun Satu
Modul 4 : Persediaan Guru Prasekolah
Modul 5 : Persediaan Murid Prasekolah
Modul 6 : Persediaan Guru Tahun Satu
Modul 7 : Persediaan Ibu Bapa
Modul 8 : Satu Contoh Pelaksanaan Program Transisi
Modul 9 : Dinamika Kumpulan dan Pembinaan Pasukan
Modul 10: Penilaian Keberkesanan Program Transisi
Modul 11: Perancangan Strategik : Program Transisi

(iv)

MODUL 1
PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI

Tajuk Perkara Perincian

1 Pelaksanaan Program Pengenalan
Transisi

2 Tahap Pelaksanaan Tahap Pertama : Persediaan Awal

Program Transisi Tahap Kedua : Minggu Orientasi

Tahap Ketiga : Aktiviti Pengajaran

dan Pembelajaran

3 Matlamat Program Tema Program Transisi
Transisi 3-Bulan Minggu Pertama
Minggu Kedua
Minggu Ke-3 hingga bulan ketiga

4 Cadangan Aktiviti Minggu Pertama
Dan Teknik Minggu Kedua
Minggu Ke-3 hingga bulan ketiga

PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI
PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Tajuk 1
PENGENALAN

Secara keseluruhannya Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu ini mengambil
jangka masa selama 3 bulan. Program ini bermula pada awal Januari iaitu pada hari
pertama sesi persekolahan hinggalah ke penghujung bulan Mac. Jangka masa 3
bulan ini pula telah dibahagikan kepada beberapa fasa aktiviti mengikut keperluan
tertentu. Walau bagaimanapun, dari segi persediaan ianya perlu bermula sejak awal
lagi iaitu bermula bulan oktober hinggalah bermulanya sesi persekolahan yang baru.
Secara keseluruhannya persediaan dan pelaksanaan program ini dapat dibahagikan
kepada tiga tahap utama :

Tahap Pertama
Persediaan Awal
( Bulan Oktober Hingga Disember )

D Tahap Kedua

U ORIENTASI AWAL
Prinsip :
A KESEPADUAN

ƒ Memperluaskan Penyesuaian dan T
fokus ke arah KBSR
M pengalaman Prasekolah

I ƒ Pengenalan ke sekolah I
N baru dan jangkaan guru G
G serta sekolah A

G AKTIVITI
U Pranombor

Pratulisan B

Prabacaan U

L

Tahap Ketiga A
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN N

KBSR DITERUSKAN

Aktiviti:

Main Sambil Belajar

Bersepadu

Bertema

AKTIVITI BERTERUSAN
BAGI MURID YANG KURANG BERKEMAMPUAN

1-1

Tajuk 2

TAHAP PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI

TAHAP PERTAMA

Persediaan awal ( Oktober hingga Disember )
Pada tahap ini, persediaan yang dilakukan ialah seperti membuat persiapan fizikal
bilik darjah dan perancangan aktiviti untuk pendaftaran murid Tahun Satu, taklimat
dengan ibu bapa, Minggu Orientasi, program pembelajaran dan pengajaran selepas
Minggu Orientasi hingga tamat Program Transisi dan aktiviti lanjutan untuk murid
yang masih memerlukan penyesuaian.

TAHAP KEDUA

Pelaksanaan Minggu Orientasi ( Minggu Satu dan Dua Januari )
Aktiviti di minggu orientasi ini berteraskan kepada prinsip untuk memperluaskan
pengalaman Prasekolah dan pengenalan ke sekolah baru kepada murid-murid
Tahun Satu.

Dalam minggu pertama Minggu Orientasi beberapa aktiviti perlu disediakan mengikut
objektif seperti aktiviti suaikenal, hidup bersama, pembentukan tingkah laku ,
motivasi diri, penglibatan dalam aktiviti kreatif, main sambil belajar dan belajar sambil
meneroka. Semua aktiviti yang dijalankan berfokus kepada penyediaan murid untuk
aktiviti pembelajaran mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Dalam minggu kedua, selain dari mengukuhkan aktiviti dalam minggu pertama,
murid-murid Tahun Satu akan didedahkan dengan kesepaduan pengajaran dan
pembelajaran KBSR yang diperlukan seperti kemahiran pranombor, pratulisan dan
prabacaan.

TAHAP KETIGA

Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
( Minggu Ketiga Bulan Januari hingga Mac )

Selepas minggu orientasi selama dua minggu, diharapkan murid-murid Tahun Satu
sudah bersedia untuk meneruskan proses pembelajaran dalam suasana yang
menyeronokkan. Dalam masa yang sama guru-guru sudah dapat mengenalpasti
murid yang sudah dapat menguasai kemahiran asas motor kasar dan halus, kognitif,
bahasa, estetika dan daya kreatif, keagamaan dan ketatanegaraan.

Namun begitu, peluang masih diberikan kepada murid yang masih kurang
berkemampuan mencapai tahap yang diharapkan melalui aktiviti yang berterusan
sehinggalah tamat dalam jangkamasa tiga bulan proses transisi. Ini bermakna
selepas aktiviti orientasi selama dua minggu, proses pengajaran dan pembelajaran
KBSR akan diteruskan tetapi masih dalam suasana persekitaran kelas yang menarik,
pembelajaran yang menyeronokkan dan terancang.

1-2

Tajuk 3

Matlamat Program Transisi 3-Bulan

x Tema Program Transisi
x Minggu Pertama
x Minggu Kedua
x Minggu Ke-3 hingga bulan ketiga

1-3

PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Tema Program Transisi:

“KAMI MURID TAHUN SATU”
(Minda Cerdas, Mata Bercahaya)

MINGGU PERTAMA MINGGU KEDUA MINGGU KETIGA-BULAN KE-3
Matlamat Untuk Dicapai:
Matlamat Untuk Dicapai: Matlamat Untuk Dicapai: “Kami Seronok Belajar
Apakah Yang Kami Boleh Buat Dengan Keyakinan”
Siapa Saya?
Siapa Kawan Saya? Bersama? OBJEKTIF
Siapa Guru Saya?
Mana Sekolah Saya? Matlamat Kolaboratif: Selepas Program Transisi dijalankan, murid :
“ Kelas Saya Yang Bersih, Ceria
OBJEKTIF
dan Seronok Untuk Belajar”.
Selepas Minggu Pertama, murid :
OBJEKTIF
1. Mengenali dan membina
hubungan mesra di kalangan OBJEKTIF 1. Meningkatkan perkembangan potensi diri
kanak-kanak dan antara kanak- dalam bidang kognitif dan bahasa, psikomotor
kanak dan guru dalam masa Selepas Minggu Kedua, murid : dan fizikal dan sosio emosi secara beransur-
yang singkat; ansur dan bersistematik;
1. Meningkatkan hubungan mesra di kalangan
2. Mengurangkan rasa malu, 2. Menggunakan kemahiran yang ada untuk
segan dan takut di kalangan murid-murid Tahun Satu; perkembangan diri yang berterusan;
murid yang berlainan latar
belakang, pengalaman dan 2. Memupuk semangat bekerjasama dengan 3. Membina dan meningkatkan kemahiran
sosio ekonomi; dan
cara menetapkan dan mencapai matlamat murid yang lemah dan potensi diri mereka;
3. Mendedahkan murid dengan yang kolaboratif;
4. Mengurangkan perbezaan yang ketara
suasana dan persekitaran di 3. Mendedahkan murid dengan suasana tentang perkembangan kognitif dan
sekolah baru. hubungan yang sosial antara murid; dan
pengajaran dan pembelajaran KBSR yang
menyeronokkan; dan 5. Memulakan pengajaran dan pembelajaran
KBSR yang bersepadu melalui pendekatan
4. Mengesan potensi murid melalui bidang tematik.

yang ditekankan dalam pendidikan
Prasekolah.

1-4

CADANGAN

CONTOH JADUAL MAJLIS SUAIKENAL : PENDAFTARAN MURID-MURID TAHUN SATU
(Dijalankan sebelum Minggu Orientasi)

Masa Jangka Perkara Aktiviti Tempat
0830 1000 Bilik Darjah
Masa Guru kelas merekodkan butiran
murid-murid
1 ½ jam Pendaftaran Murid Tahun Satu

Mengutip bayaran-bayaran tertentu

1000 1100 1 jam Taklimat Pihak Pengurusan Sekolah Memperkenalkan guru-guru Tahun Dewan Sekolah:
Satu
Muzik dimainkan
Menerangkan tentang pengisian Pameran Kesihatan
Program Transisi
Pembentangan

Memohon kerjasama pembentukan
budaya sekolah

1100 1130 ½ jam Taklimat Kementerian Kesihatan Menerangkan tentang buku rekod Dewan Sekolah
kesihatan dengan Ibu Bapa

Penerangan tentang khidmat Klinik
Pergigian

1130 1230 1 jam Majlis Suaikenal murid-murid Tahun Mengenali kawasan kelas Kawasan Sekolah
Satu Nyanyian : bersama, berseorangan
Permainan (pilihan) :
Objektifnya:
Suasana tidak mengancam Tiup Belon
Guru yang baik Cantum gambar
Bermotivasi memandang ke Diri Saya
pengalaman baru
Penyampaian Cendermata

1230 Minum /Bersurai

PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Minggu Pertama : Minggu Orientasi

Di minggu pertama Minggu Orientasi, aktiviti-aktiviti yang dirancang menjurus kepada empat komponen iaitu :
x Aspek Pengurusan Kelas,
x Aktiviti Fizikal
x Aktiviti Nilai Kerohanian Dan Nilai-Nilai Murni
x Aktiviti Membina Semangat Patriotik.

Dalam Pengurusan Kelas, guru-guru boleh melakukan aktiviti-aktiviti rutin seperti mengambil kedatangan murid,
mengutip yuran, menguruskan kebersihan dan fizikal bilik darjah di samping menanamkan amalan membaca doa dan
sebagainya.
Aktiviti berbentuk fizikal pula bukan sekadar untuk menggalakkan kecergasan murid tetapi ia juga bertujuan melatih
pergerakan kreatif di kalangan mereka. Di samping itu, ia juga mampu mewujudkan hubungan mesra dan saling kenal
mengenali antara satu dengan lain dalam suasana yang menyeronokkan.
Aktiviti kerohanian dan nilai-nilai murni pula ditekankan secara gabungjalin dengan aktiviti-aktiviti lain seperti amalan
membaca doa, aktiviti bercerita, kemahiran berfikir dan berkomunikasi, penyelesaian masalah, lawatan dan mewarna.
Dalam masa yang sama, semangat patriotik turut diberikan perhatian melalui aktiviti nyanyian, dinamika kumpulan,
pembinaan pasukan dan gabungan aktiviti-aktiviti yang lain.
Pada akhir minggu ini, murid-murid telah didedahkan ke suasana dan persekitaran baru serta membina hubungan
mesra antara mereka, secukupnya untuk menjawab:

Siapa Saya? Siapa Kawan Saya?
Siapa Guru Saya? Mana Sekolah Saya?

1-6

PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Minggu Kedua : Minggu Gerakerja Berkumpulan

Di Minggu Kedua pula, diharapkan sudah terbina semangat kerja dalam kumpulan di kalangan murid ekoran
dari aktiviti di Minggu Pertama.
Untuk itu, aktiviti di minggu ini lebih menumpukan kepada Gerakerja Berkumpulan melalui :

x Aktiviti Bercerita
x Belajar Sambil Bermain
x Melaksanakan Tugasan Kumpulan
x Pertandingan Antara Kumpulan

Dalam minggu ini, apa yang diharapkan selain dari menekankan tentang kemahiran berfikir dan kreativiti di
kalangan murid, akhirnya murid mampu bekerjasama secara kolaboratif bagi menghasilkan persekitaran kelas
yang seronok untuk mereka belajar.
Setiap sudut dan bahan yang terhasil adalah dari daya usaha dan kekreatifan murid itu sendiri dan
kumpulannya. Di sini peranan guru hanya sebagai pembimbing dan fasilitator sahaja, memberi tugasan-
tugasan kepada muridnya ke arah mencapai matlamat minggu kedua ini.
Pada akhir minggu ini, murid-murid telah diberi peluang bekerja dalam kumpulan untuk menghasil matlamat
yang ingin dicapai iaitu:

“ Kelas Saya Yang Bersih, Ceria dan Seronok Untuk Belajar”.

1-7

PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Minggu Ketiga-Bulan Ke-3 : “Kami Seronok Belajar Dengan Keyakinan”
Penggunaan Pendekatan Tematik dalam Pengajaran dan Pembelajaran

PENDEKATAN TEMATIK

Pendekatan tematik adalah usaha untuk mengintegrasi pengetahuan, kemahiran dan nilai pembelajaran serta pemikiran
yang kreatif dengan menggunakan tema. Guru sepatutnya menggalakkan murid mengambil bahagian secara aktif dan
fizikal dalam proses pembelajaran kerana kanak-kanak dengan semula jadi belajar dengan cara ‘membuat’

Aspek mengkaji dan meneroka dengan menggunakan deria (melihat, mendengar, merasa, menghidu, menyentuh) juga
patut digalakkan. Pembelajaran yang semulajadi kepada kanak-kanak adalah pembelajaran secara ‘membuat’ dan
‘mengalami’ sendiri sesuatu aktiviti itu.

Guru mesti mencuba untuk menyediakan pengalaman-pengalaman yang bererti kepada murid supaya mereka bukan
sahaja ada elemen ‘seronok’ tetapi juga untuk mencetuskan minat ingin tahu dan seterusnya mencari maklumat dengan
sendiri. Pengalaman-pengalaman seperti ini membina kemahiran, menambahkan keyakinan dan juga pengetahuan
yang khas akan menyediakan mereka untuk kehidupan harian mereka. Murid juga sepatutnya diberi peluang untuk
berdikari, meneroka dan mengalami untuk dan bagi diri sendiri.

PENDEKATAN TEMATIK BAGI PROGRAM TRANSISI

Pendekatan tematik bagi Program Transisi boleh dijalankan berperingkat. Proses pembelajaran secara tematik
menolong kanak-kanak berfikir secara kreatif dan kritikal sementara belajar. Pendekatan ini membolehkan
perkembangan minda dan pemikiran dalam keadaan yang mencabar dan menyeronokkan dan pada masa yang sama,
menepati hasil pembelajaran dan keperluan-keperluan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan PelajaranTahun Satu.

1-8

Tajuk 4

Cadangan Aktiviti Dan Teknik

x Minggu Pertama
x Minggu Kedua
x Minggu Ke-3 hingga bulan ketiga

1-9

Tajuk 4 PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Tema Program Transisi:

‘KAMI MURID TAHUN SATU”
(Minda Cerdas , Mata Bercahaya)

MINGGU PERTAMA MINGGU KEDUA MINGGU KETIGA-BULAN KE-3

CADANGAN AKTIVITI CADANGAN AKTIVITI CADANGAN AKTIVITI

1. Dinamika Kumpulan a. Pemupukan Kumpulan a. Pengajaran dan pembelajaran yang
2. Pemupukan kumpulan b. Pergerakan motor kasar berterusan melalui pendekatan tematik,
3. Pengukuhan sosialisasi c. Motivasi bersepadu dan bermain dalam
4. Pergerakan motor halus d. Pembentukan tingkah laku kumpulan
5. Main sambil belajar e. Main sambil belajar
6. Motivasi diri f. Belajar sambil meneroka b. Membaca, menulis, mewarna dan
7. Belajar sambil meneroka g. Aktiviti Kognisi bekerjasama untuk tiga perkembangan
8. Pemupukan kreativiti h. Aktiviti Bahasa utama iaitu perkembangan kognitif dan
9. Pemupukan nilai murni i. Aktiviti Estetika & Daya Kreatif bahasa, Psikomotor dan fizikal serta
j. Aktiviti Keagamaan sosio emosi
TEKNIK k. Aktiviti Ketatanegaraan
l. Pemupukan sosial emosi c. Mengaplikasi apa yang dipelajari ke
1. Simulasi kumpulan dalam kehidupan seharian
2. Main Peranan TEKNIK
3. Kerja Berpasangan TEKNIK
4. Kerja Kumpulan 1. Simulasi kumpulan
5. Pertandingan antara kumpulan 2. Main Peranan 1. Pendekatan Tematik
6. Bercerita dan Teknik Awan TOC 3. Bercerita: Teknik Sebab dan Akibat 2. Kerja Berkumpulan
4. Kerja Kumpulan : 3. Berpusatkan pelajar
4. Simulasi kumpulan
Teknik Mencita-citakan Kejayaan 5. Main peranan
5. Pertandingan antara kumpulan

1-10

MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (Cadangan) 1

Selepas Minggu Pertama, murid :

1. Mengenali dan membina hubungan mesra di kalangan kanak-kanak dan antara kanak-kanak dengan guru dalam masa yang singkat;
2. Mengurangkan rasa malu, segan dan takut di kalangan murid yang berlainan latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi; dan
3. Mendedahkan murid dengan suasana dan persekitaran di sekolah baru.

Hari ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT
Jangka Perhimpunan
Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas
Komponen Masa

I

II Pengurusan Kelas Pembinaan Pasukan Aktiviti Fizikal: Sukaneka Aktiviti Fizikal:

*(Modul 9) Pergerakan Kreatif * Lakonan Cerita *

III Dinamika Kumpulan Melawat Kawasan Kesedaran Tentang Bercerita: Bercerita:

* (Modul 9 Tajuk 1) Sekolah Budaya Sekolah Teknik Awan TOC “Arnab dan Kura-

(Nilai Kerohanian dan Kura”

Melawat Kawasan Nilai Murni) Teknik Awan TOC

Sekolah * (Modul 8) * (Modul 8)

IV Mengenali Nyanyian Lagu Nyanyian Melawat Kawasan Mewarnakan Gambar
Sekolah (Lukisan)
Kawasan Sekolah ’Negara Ku’, Lagu
Nyanyian
Lagu Negeri dan Lagu

Lagu Sekolah

1. Contoh Aktiviti disertakan dalam Kit Program Transisi

1-11

MINGGU KEDUA PERSEKOLAHAN (Cadangan) 2

Selepas Minggu Kedua, murid : JUMAAT

1. Meningkatkan hubungan mesra di kalangan murid-murid Tahun Satu; Pengurusan Kelas
2. Memupuk semangat bekerjasama dengan cara menetapkan dan mencapai matlamat yang kolaboratif;
3. Mendedahkan murid dengan suasana pengajaran dan pembelajaran KBSR yang menyeronokkan; dan
4. Mengesan potensi murid melalui sembilan bidang yang ditekankan dalam pendidikan Prasekolah.

Hari ISNIN SELASA RABU KHAMIS

Jangka Perhimpunan Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas
Komponen Masa

I

II Aktiviti Fizikal Bercerita: Bercerita: Bercerita: Kerja Kumpulan

Sebab dan Akibat Sebab dan Akibat Main Peranan Menjalankan Tugasan

*(Modul 8) *(Modul 8) * (Modul 8)

III Aktiviti Kerja Kumpulan Kerja Kumpulan: Kerja Kumpulan Kolaborasi Kumpulan

Mencita-Citakan Belajar Sambil Keselamatan Diri Satu Kolaborasi Kreatif “Kelas saya Yang Bersih,

Kejayaan Bermain: *(Modul 8) * (Modul 8) Ceria dan Seronok untuk

* (Modul 8) Diri Saya Belajar”

IV Kerja Kumpulan Nyanyian dan Ritma: Kerja Kumpulan: Kerja Kumpulan Pertandingan
Antara Kumpulan Atau
Matlamat Kolaboratif Aktiviti Fizikal Menjalankan Tugasan Menjalankan Tugasan
Kelas
(Bincang dan Rancang) Penyelesaian Masalah * (Modul 8) * (Modul 8)

* Contoh Aktiviti disertakan dalam Kit Program Transisi

1-12

MINGGU KETIGA SEHINGGA AKHIR BULAN KETIGA 3

Selepas Program Transisi dijalankan, murid :

1. Meningkatkan perkembangan potensi diri dalam bidang kognitif dan bahasa, psikomotor dan fizikal dan sosio emosi secara beransur-
ansur dan bersistematik;

2. Menggunakan kemahiran yang ada untuk perkembangan diri yang berterusan;
3. Membina dan meningkatkan kemahiran dan potensi diri murid yang lemah dan potensi diri mereka;

4. Mengurangkan perbezaan yang ketara tentang perkembangan kognitif dan hubungan yang sosial antara murid; dan

5. Memulakan pengajaran dan pembelajaran KBSR yang bersepadu melalui pendekatan tematik.

Hari ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT

Jangka
Komponen Masa

TEMA

Perhimpunan

I Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas

II

III

IV

VII
VIII
Sila rancang mengikut perancangan jadual waktu sekolah

1-13

MODUL 2
PERSEDIAAN PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH

Tajuk Perkara Bil. Perincian
1 Guru Besar 1.1 Guru Besar mendapatkan
Mengetahui Tentang
Prasekolah maklumat tentang
Prasekolah.

2 Memberi Pendedahan 2.1 Mengadakan sesi perkembangan

Kepada Staf tentang staf di sekolah

Program Transisi

3 Mewujudkan 3.1 Menyediakan persekitaran yang

Persekitaran Yang sesuai untuk pelaksanaan

Sesuai Untuk program.

Menjalankan Program

Transisi

4 Pelaksanaan Program 4.1 Menubuhkan Jawatankuasa Induk

Transisi Program Transisi di peringkat

sekolah.

4.2 Merancang aktiviti

5 Penilaian Program 4.3 Cadangan aktiviti orientasi murid.
Transisi
4.4 Memastikan adanya guru yang
sesuai untuk menjalankan program

4.5 Mendapatkan sumber kewangan

5.1 Pihak pengurusan menjalankan
pemantauan Program Transisi.

PERSEDIAAN PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH

Pihak pengurusan sekolah yang terdiri daripada Guru Besar, Guru Penolong Kanan
dan Guru-Guru Kanan sekolah merupakan tunggak utama dalam pelaksanaan
Program Transisi. Mereka berperanan untuk membuat persiapan awal bagi
pelaksanaan program yang berkesan.

Di antara persediaan yang boleh dilakukan ialah seperti mendapatkan kefahaman
yang jelas tentang kurikulum di Prasekolah, mengadakan sesi perkembangan staf,
menyediakan persekitaran yang sesuai, menubuhkan Jawatankuasa Induk
Pelaksanaan, merancang aktiviti yang bersesuaian dan membuat pemantauan yang
berterusan.

Persediaan awal yang dilakukan oleh pihak pengurusan sekolah sangat diperlukan
bagi memastikan pelaksanaan program ini dapat berjalan dengan lancar dan
berkesan.

Tajuk I

GURU BESAR MENGETAHUI TENTANG PRASEKOLAH

1.1 Guru Besar mendapatkan maklumat tentang
Prasekolah.

Tujuan

Untuk mendapatkan pengetahuan bagi menguruskan
pelaksanaan Program Transisi di peringkat sekolah

LANGKAH_LANGKAH

1 Rancang satu perjumpaan dengan Pengurus/Guru
Prasekolah yang berdekatan.

2 Guru Besar/Penolong Kanan berbincang dengan
pengurusan Prasekolah berdekatan melalui mesyuarat
tentang :

x Kurikulum Prasekolah.
x Perkembangan murid.
x Masalah-masalah murid semasa di Prasekolah.
x Isu-isu kesinambungan Prasekolah ke Tahun Satu.

x Murid keperluan khas.

3. Maklumat di atas dibawa ke mesyuarat AJK Induk
Program Transisi di peringkat sekolah.

2-1

Tajuk 2
MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA STAF TENTANG PROGRAM TRANSISI

2.1 Mengadakan sesi perkembangan staf di sekolah.

Tujuan

Semua guru dan kakitangan mendapat maklumat dan
pengetahuan tentang Program Transisi

LANGKAH-LANGKAH

1. Guru Besar memberi taklimat tentang Program Transisi
kepada guru-guru dan kakitangan dengan bantuan.
x Manual Program Transisi
x Kit Program Transisi

2. Guru yang menghadiri kursus Program Transisi memberi
kursus dalaman kepada semua guru tentang
pelaksanaan program termasuk:
x Persediaan guru (rujuk kit manual persediaan
guru Tahun Satu)
x Isi kandungan dalam pengajaran dan
pembelajaran iaitu menyepadukan Kurikulum
Tahun Satu KBSR dengan Program Transisi
mengikut keperluan kanak-kanak seperti :-
o Kegiatan pra menulis disepadu dengan
lukisan dan tulisan.

Kesinambungan aktiviti Prasekolah dalam Program Transisi
seperti :- Pendekatan

x Bermain sambil belajar.
x Bertema
x Bersepadu

2-2

Tajuk 3
MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG SESUAI UNTUK MENJALANKAN
PROGRAM TRANSISI

3.1 Menyediakan persekitaran yang sesuai untuk
pelaksanaan program.

Tujuan

Guru dapat menjalankan aktiviti-aktiviti Program Transisi
dengan berkesan.

LANGKAH-LANGKAH

1. Guru Besar memastikan kedudukan bilik darjah adalah
sesuai untuk Tahun Satu.

2. Guru Besar atau Guru Penolong Kanan memastikan
guru-guru yang mengajar Tahun Satu menceriakan
bilik darjah dengan mengadakan ruang sudut-sudut
yang sesuai.

3. Penggunaan kawasan di luar bilik darjah untuk
menjalankan Program Transisi jika ruang bilik darjah
yang sempit.
x Pondok bacaan
x Kawasan permainan luar
x Bilik-bilik khas
x Dewan.

2-3

Tajuk 4 Cadangan Struktur Ahli
Jawatankuasa di peringkat
PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI sekolah

4.1 Menubuhkan Jawatankuasa Induk Program
Transisi di peringkat sekolah.

Tujuan

Memastikan program dapat dilaksanakan di peringkat
sekolah.

LANGKAH-LANGKAH

1. Mengadakan mesyuarat penubuhan Ahli
Jawatankuasa Induk Struktur Organisasi:

2.
x Pengerusi
x Setiausaha
x Ahli Jawatan Kuasa
x Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
x Agensi setempat
x Tadika setempat

3. Menentukan bidang tugas jawatankuasa.

4. Merancang pelan tindakan:
x Jadual pelaksanaan
x Jangka masa (maksimum 3 bulan )

5. Merancang aktiviti:
a) Taklimat kepada guru-guru dan kakitangan.
b) Orientasi murid Tahun Satu.
c) Ceramah dan dialog dengan ibubapa.

2-4

Tajuk 4
PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI

4.2 Merancang aktiviti

Tujuan

Guru-guru dapat melaksanakan program dengan lancar.

LANGKAH-LANGKAH

1. Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan Program
Transisi

2. Guru Besar memastikan Jawatankuasa Pelaksana :
a) mengadakan kursus dalaman dengan menyediakan;

x Tempat dan peralatan
x Jadual kursus
x Strategi mengendalikan kursus.
b) menjalankan orientasi murid Tahun Satu (2 minggu )
x Majlis Penyerahan

Menyerahkan murid kepada guru kelas
masing-masing pada hari pendaftaran.
x Program Suaikenal.
‰ Persekitaran
‰ Guru-guru
‰ Murid-murid
‰ ( pendedahan program kepada murid lain
semasa perhimpunan).
x Aktiviti Pra menulis bersepadu dengan :
‰ Lukisan
‰ Tulisan

2-5

Tajuk 4

PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI

4.3 Cadangan aktiviti orientasi murid.

Tujuan

Menentukan aktiviti orientasi yang sesuai, mencabar dan
menyeronokkan

LANGKAH-LANGKAH

1 Aktiviti menggalakkan pertuturan :
x Bercerita
x Menyanyi
x Berbual

2 Aktiviti menggalakkan pergaulan dan interaksi :
x Kumpulan kecil bagi melengkapkan projek.
x Mengambil giliran menjadi ketua.
x Menjalankan aktiviti berasaskan tugasan
(tugasan berpasangan melakukan sesuatu
mengikut arahan).

Tajuk 4

PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI

4.4 Memastikan adanya guru yang sesuai untuk
menjalankan program .

Tujuan

Memastikan kesediaan guru untuk menjalankan Program
Transisi.

LANGKAH-LANGKAH

1. Menemubual guru-guru yang layak.

2. Mengenalpasti guru-guru yang berminat.

3. Guru Besar/Guru Penolong Kanan memberi motivasi
kepada guru yang dipilih.

2-6

Tajuk 4

PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI

4.5 Mendapatkan sumber kewangan

Tujuan

Menampung kos pengurusan dan pelaksanaan program

LANGKAH-LANGKAH

1. Membuat anggaran belanjawan program.
2. Mendapatkan sumber kewangan dari sekolah dan pihak

lain.
x Persatuan ibu bapa dan guru.
x Pihak swasta dan lain-lain.

Tajuk 5

PENILAIAN PROGRAM TRANSISI

5.1 Pihak pengurusan menjalankan pemantauan
Program Transisi.

Tujuan

Menilai sejauh mana keberkesanan Program Transisi yang
dilaksanakan oleh guru Tahun Satu

LANGKAH-LANGKAH

1. Penubuhan Panel Penilai yang terdiri daripada Guru
Besar dan Penolong Kanan.

2. Menggunakan instrumen penilaian yang disediakan
untuk menilai perkembangan murid

3. Hasil penilaian digunakan untuk :
x pengumpulan maklumat
x merekod maklumat.
x menyediakan laporan.
x membuat tindakan susulan.

2-7

MODUL 3
PERSEDIAAN PERSEKITARAN KELAS

Tajuk Perkara Bil Perincian
1
Penyediaan Bilik 1.1 Menyenaraikan bahan yang
2 Darjah diperlukan.

1.2 Mendapatkan kerjasama dan
sumbangan tenaga
orang perseorangan.

Pemilihan Perabot 2.1 Memilih perabot yang
Yang Sesuai bersesuaian dengan kelas
Untuk Kelas Tahun Satu.

3 Susun atur 3.1 Susun atur perabot yang

Perabot Di Dalam sesuai di dalam kelas

Kelas Tahun Satu dengan mengambil kira faktor

keselamatan murid.

4 Keceriaan Bilik 4.1 Membaik pulih persekitaran
Darjah bilik darjah.

5 Mengekalkan 5.1 Menetapkan kedudukan kelas

Kedudukan Kelas Tahun Satu supaya

Tahun Satu. tidak berkongsi dengan kelas

lain.

PERSEDIAAN PERSEKITARAN KELAS

Susunan fizikal kelas Tahun Satu perlu ada kesinambungan dengan ciri-ciri yang terdapat
di kelas Prasekolah. Bagi memenuhi matlamat ini, beberapa persediaan awal boleh
dilakukan dalam usaha menjadikan persekitaran kelas Tahun Satu yang menarik, ceria
dan memberangsangkan.

Antara persediaannya ialah seperti menentukan keperluan yang diperlukan di dalam dan
di luar kelas, mendapatkan kerjasama dan sumbangan orang perseorangan, pemilihan
dan susun atur perabot yang sesuai, menentukan lokasi kedudukan kelas yang sesuai
dan membaik pulih suasana persekitaran kelas agar lebih ceria dan menarik untuk
pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.

Tajuk I Pada bulan November
dan Disember
PENYEDIAAN BILIK DARJAH

1.1 Menyenaraikan bahan yang diperlukan.

Tujuan

Menyediakan persekitaran kelas dan keperluan asas yang
diperlukan untuk Program Transisi.

LANGKAH-LANGKAH

1. Guru mengemukakan kertas cadangan tentang
penyediaan kelas dan aktiviti yang berkaitan dengan
Program Transisi.

(a) dalam bilik/darjah

1. perabot
2. bahan P&P
3. kertas mahjong, manila kad, carta.

(a) Luar bilik darjah
1. Alatan
2. Tikar

3-1

Tajuk 1
PENYEDIAAN BILIK DARJAH (disambung)

1.1 Mendapatkan kerjasama dan sumbangan tenaga
orang perseorangan.

Tujuan

Dapat membantu guru menyediakan alat bantu mengajar
sebuah bilik darjah yang ceria dan menarik.

LANGKAH-LANGKAH

1. Mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan
sekolah dan memohon kerjasama dari PIBG.

2. menyediakan senarai semak keperluan bahan dan
senarai tugas.

3. Taklimat pelaksanaan penyediaan kelas yang
berkenaan.

4. Menjalankan aktiviti penyediaan alat bantu
mengajar dan acara gotong-royong

3-2

Tajuk 2

PEMILIHAN PERABOT YANG SESUAI UNTUK KELAS

2.1 Memilih perabot yang bersesuaian dengan kelas
Tahun Satu.

Tujuan

Memastikan bahawa perabot yang sesuai memberi
kemudahan dan keselesaan kepada murid-murid.

LANGKAH-LANGKAH

1. Menyeragamkan saiz kerusi dan meja.
2. Memilih dan mendapatkan perabot-perabot yang

sesuai dengan kelas Tahun Satu.
3. Membuat susun atur secara gotong-royong

Tajuk 3
SUSUN ATUR PERABOT DI DALAM KELAS TAHUN 1

3.1 Susun atur perabot yang sesuai di dalam kelas
dengan mengambil kira faktor keselamatan murid.

Tujuan

1. Menyediakan kelas yang selamat bagi murid.
menyediakan kemudahan pembelajaran murid.

LANGKAH-LANGKAH

1. Merangka dan menyediakan pelan lantai di dalam kelas.
2. Menyediakan ruang pembelajaran:

x Sudut bacaan
x Sudut hasil kerja murid
x Sudut pengajaran dan pembelajaran

3-3

Tajuk 4
KECERIAAN BILIK DARJAH

4.1 Membaik pulih persekitaran bilik darjah.

Tujuan

Menimbulkan rasa minat murid untuk mengikuti pengajaran
dan pembelajaran.

LANGKAH-LANGKAH

1. Mengecat dinding
2. Menampal carta/Alat Bantu Mengajar (ABM) yang

menarik.
3. Mempamerkan hasil kerja murid dengan cara

bermakna
a. Hiasan dalaman kelas .
b. Langsir
c. Alas meja/skirting
d. Pokok bunga.

4. Membina jadual tugas menjaga kebersihan bilik
darjah.

3-4

CONTOH

PERSEDIAAN PERSEKITARAN SEKOLAH DAN BILIK DARJAH

Bilik Darjah Tahun Satu Sebelum Diubahsuai

Bilik Darjah Tahun Satu Selepas Diubahsuai

3-5

Di Luar Bilik Darjah Tahun Satu Sebelum Diubahsuai

Di Luar Bilik Darjah Tahun Satu Selepas Diubahsuai

S.K Permatang Badak, Kuantan, Pahang
September 2000

3-6

Tajuk 5 (Sekolah 2 sesi / 2
pengurusan )
MENGEKALKAN KEDUDUKAN KELAS TAHUN SATU

5.1 Menetapkan kedudukan kelas Tahun Satu supaya
tidak berkongsi dengan kelas lain.

Tujuan

Guru dapat mengekalkan persekitaran kelas dan
melaksanakan Program Transisi tanpa gangguan.

LANGKAH-LANGKAH

1. Mengadakan perbincangan dengan Guru Besar
tentang rasional mengadakan kelas tersebut.

2. Guru Besar memberikan taklimat dan penerangan
kepada semua guru tentang pengekalan kelas Tahun
Satu.

3. Pihak pengurusan sekolah memberi keutamaan
kepada kelas Tahun Satu sekiranya timbul isu-isu
yang berkaitan.

3-7

MODUL 4
PERSEDIAAN GURU PRASEKOLAH

Tajuk Perkara Bil. Perincian

1 Iklim Dan Budaya 1.1 Memahami iklim dan budaya
Sekolah Rendah sekolah rendah.

2 Lawatan Ke Sekolah 2.1 Guru Prasekolah perlu

Rendah mengetahui tentang urusan dan

prosedur lawatan

PERSEDIAAN GURU-GURU PRASEKOLAH

Guru-guru Prasekolah perlu membuat persiapan terutama dalam menyediakan
murid dari aspek fizikal, mental dan sosio emosi sebelum mereka memasuki
Tahun Satu. Dalam masa yang sama, mereka juga harus bersedia untuk
memahami iklim dan budaya sekolah rendah melalui lawatan dan perbincangan
yang terancang, di samping menyediakan rekod perkembangan murid yang
lengkap.

Tajuk I

IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH RENDAH

1.1 Memahami iklim dan budaya sekolah rendah.

Tujuan

Guru Prasekolah dapat :

i) Memahami keadaan yang sebenar tentang
budaya sekolah di Tahun Satu.

ii) Menerapkan budaya Tahun Satu ke Prasekolah

LANGKAH-LANGKAH Lawatan dan
perjumpaan antara
1. Membina hubungan yang baik dengan guru Tahun Satu dua belah pihak
melalui: akan menggalakkan
perbincangan dan
x Aktiviti yang dianjurkan oleh Prasekolah seperti: memberikan
kefahaman yang
- Sukaneka jelas tentang budaya
- Pertandingan mewarna di sekolah masing-
- Pertandingan bercerita masing

x Perjumpaan secara tidak formal dengan guru-
guru Tahun Satu

2. Guru Prasekolah membuat lawatan secara formal atau
tidak formal ke sekolah rendah untuk melihat sendiri
keadaan dan budaya sekolah yang sebenar.

3. Menjemput guru-guru Tahun Satu ke Prasekolah
untuk memahami dan menghayati budaya
Prasekolah

4-1

Tajuk 2
LAWATAN KE SEKOLAH RENDAH

2.1 Guru Prasekolah perlu mengetahui tentang
urusan dan prosedur lawatan

Tujuan

Guru Prasekolah dapat :
i) menguruskan lawatan mengikut prosedur
ii) merancang lawatan dengan lebih teratur.

LANGKAH-LANGKAH

1. Guru Prasekolah perlu mengetahui prosedur lawatan.
a. Urusan surat-menyurat kepada.
i) Guru Besar sekolah
ii) Ibu Bapa/Waris (surat kebenaran)
b. Memastikan ada skim perlindungan (insuran)
kelompok telah diambil

.
c. Menguruskan permohonan kenderaan.

2. Merancang aktiviti lawatan.
a. Personal yang terlibat adalah
x Guru Besar
x Guru Tahun Satu.
b. Jadual aktiviti lawatan.
c. Aktiviti membeli di kantin sekolah
d. Murid dibawa untuk melihat suasana P&P di
Tahun Satu.
e. Melihat keadaan tandas dan kelas di Sekolah
Rendah.

4-2

MODUL 5
PERSEDIAAN MURID-MURID PRASEKOLAH

Tajuk Perkara Bil Perincian

1 Mencita-Citakan Kejayaan 1.1 Mencita-citakan kejayaan

(Teknik ‘Ambitious Targets’ adalah usaha mencapai satu

Toc) objektif yang amat diidamkan.

Pencapaian Matlamat :

“Saya Yakin Masuk Ke Menjalankan aktiviti untuk

Tahun Satu”. 1.2 mengenal pasti kebimbangan

murid-murid sebelum masuk ke

Tahun Satu

MATLAMAT:
“Saya Yakin Masuk Ke Tahun

Satu”

2 Budaya Sekolah Tahun 2.1 Menyesuaikan murid-murid
Satu dengan budaya sekolah.

3 Lawatan 3.1 Lawatan ke sekolah rendah
yang berhampiran

PERSEDIAAN MURID-MURID PRASEKOLAH

Murid-murid Prasekolah perlu diberi bantuan agar mereka dapat membuat
persediaan awal sebelum masuk ke Tahun Satu. Persediaan yang mereka
perlukan termasuklah penerangan dan pengalaman tentang suasana persekitaran
serta budaya sekolah di Tahun Satu di samping persediaan dari aspek fizikal,
mental dan emosi.

Tajuk 1
MENCITA-CITAKAN KEJAYAAN (Teknik ‘Ambitious Targets’ TOC)
Pencapaian Matlamat : :“Saya Yakin Masuk Ke Tahun Satu”

1.1 Mencita-citakan kejayaan adalah usaha Menggunakan teknik
mencapai satu objektif yang amat diidamkan. Mencita-citakan kejayaan
(Ambitious Targets (AT)
Tujuan TOC Modul 8 Tajuk 4)
mengupayakan
Menjalankan aktiviti mengenal pasti kebimbangan murid- seseorang atau
murid sebelum masuk ke Tahun Satu kumpulan dengan
tanggungjawab ke atas
LANGKAH-LANGKAH pencapaian sesuatu
matlamat.

1. Mengenal pasti matlamat yang diingini Teknik AT membina
semangat kumpulan
2. Mengenal pasti cabaran-cabaran yang akan dihadapi dengan motivasi dan
sebelum matlamat itu boleh dicapai kemahiran perancangan
strategik yang akan
3. Murid digalakkan memberi cadangan cara bagaimana berjaya oleh sebab
cabaran-cabaran ini boleh diatasi. prosesnya melibatkan
persetujuan ahli
4. Menyusun cadangan-cadangan cara mengatasi kumpulan.
cabaran mengikut keutamaan murid atau kelas.
Mencita-citakan kejayaan
5. Murid digalakkan memberi langkah-langkah sesuai diperlukan pada situasi
yang boleh diambil untuk menangani cabaran itu. atau keadaan di mana
semua ahli kumpulan
6. Murid cadangkan urutan penting dan utama bagi bersetuju tentang
setiap langkah yang telah diberi. matlamat yang relevan

Menyediakan pelan untuk memain peranan, drama atau Kerjasama antara ibu
simulasi perkara-perkara yang dicadangkan untuk bapa, guru, pihak
mengelakkan kebimbangan bagi setiap situasi. Prasekolah dan sekolah
rendah amat digalakkan.

(Contoh Modul yang
lengkap: sila lihat muka
surat sebelah)

5-1

PERSEDIAAN MURID-MURID PRASEKOLAH
MATLAMAT: “Saya Yakin Masuk Ke Tahun Satu”

CARA MENGGUNAKAN TEKNIK “MENCITA-CITAKAN KEJAYAAN” (TOC)

1.2 Menjalankan aktiviti mengenal pasti kebimbangan Baca tentang Teknik
murid-murid sebelum masuk ke Tahun Satu Theory of Constraints
(TOC) (Modul 8 Tajuk 4)

Tujuan

Mengenal pasti masalah dan kebimbangan oleh murid Guru membantu murid
sendiri dengan menggunakan teknik penyelesaian masalah dengan menggunakan
‘Mencita-citakan Kejayaan” (Ambitious Targets TOC) teknik Mencita-citakan
kejayaan

LANGKAH-LANGKAH

1. Menentukan Matlamat : MATLAMAT
:“Saya Yakin Masuk Ke Tahun Satu” :“SAYA YAKIN MASUK
KE TAHUN SATU”
Guru bercakap tentang kemasukan ke sekolah
rendah dan cabaran-cabarannya. cabaran Langkah
menangani
2. Setiap orang murid Prasekolah memberi masalah
kebimbangan (cabaran) mereka bila masuk ke
Tahun Satu. Guru menulis atau melukis simbol
untuk setiap kebimbangan

3. Selepas semua telah memberi kebimbangan seorang Lukis di papan hitam
murid yang akan masuk ke Tahun Satu, guru meminta
setiap orang memikir tentang masalahnya dan memberi VARIASI AKTIVITI
langkah untuk mengatasinya dalam bentuk perkataan Guru menyuruh setiap
atau lukisan simbol atau gambar. orang murid-murid
mencatat kebimbangan
4. Melalui perbincangan bersama guru, murid-murid utama mereka dalam
menyusun keutamaan cabaran yang dihadapi dari kertas dan memberi
senarai yang telah disiapkan. langkah-langkah
mengatasinya secara
menulis atau melukis

5-2

5. Guru dan murid memilih cabaran yang utama dan Pelan Tindakan itu
membimbangkan mereka. Guru dan murid dipamerkan di sudut
menggunakan aktiviti main peranan dan simulasi sosio-emosi
dengan kerjasama ibu-bapa supaya murid-murid dapat
menangani cabaran itu dengan penuh keyakinan.

6. Pada akhir aktiviti ini, murid-murid akan menjalankan
tugasan menyediakan persekitaran kelas yang
menyeronokkan dan berasakan mereka telah berjaya
mencapai matlamat:

:“Saya Yakin Masuk Ke Tahun Satu”

Aktiviti ini lebih baik
dijalankan pada
hujung tahun
prasekolah
sebelum murid
masuk ke Tahun
Satu sekolah
rendah.

5-3

Tajuk 2 Aktiviti simulasi
dapat meningkatkan
BUDAYA SEKOLAH TAHUN SATU keyakinan diri dan
kefahaman murid
2.1 Menyesuaikan murid-murid dengan budaya tentang situasi
sekolah. sebenar.

Tujuan Contoh bahan :-
video,slaid, gambar,
Murid-murid Prasekolah dapat : dan simulasi

x Gambaran awal tentang suasana persekitaran di Murid dilatih untuk
Tahun Satu menyiapkan tugasan
dalam waktu yang
x Menyesuaikan diri dengan keadaan dan budaya ditentukan
sekolah

LANGKAH-LANGKAH

1. Guru menunjukkan gambaran sebenar keadaan
suasana dan susun atur kelas Tahun Satu di sekolah
rendah :

2. Guru menjelaskan gambaran tentang keadaan di Tahun
Satu seperti :
‰ Budaya bunyi loceng.
‰ Rutin kelas.
‰ Perhimpunan kelas.
‰ Bilangan guru yang ramai di Tahun Satu.
‰ Suasana persekitaran sekolah

3. Guru membuat aktiviti simulasi dan main peranan
tentang senario di no. 2.

Bunyi loceng
Contoh:.
Guru membunyikan loceng :-
Murid diminta berbaris di tapak perhimpunan.
Murid bersiap sedia untuk keluar rehat.
Murid bersiap sedia untuk balik.

Rutin kelas
Murid di latih menjalankan tugas-tugas harian

Memadam papan
hitam
Membuka tingkap
Membuang sampah
Menyusun kerusi
meja

5-4

Tajuk 3

LAWATAN

3.1 Lawatan ke sekolah rendah yang berhampiran

Tujuan

Murid-murid Prasekolah dapat:
1. Menyesuaikan diri dengan suasana sekolah melalui

pengalaman sebenar.
2. Membina keyakinan diri untuk menghadapi suasana

baru di Tahun Satu.

LANGKAH-LANGKAH

1. Pengurus Tadika dan Guru Tadika
Merancang lawatan ke sekolah
a - Mengikut prosedur lawatan:
x surat kebenaran dari ibu bapa
x memastikan persiapan dibuat
b - Membuat temu janji dengan Guru Besar dan
pihak sekolah.

2. Menyediakan program atau aturcara atau jadual aktiviti
lawatan; semasa lawatan ke sekolah rendah untuk
melihat :
i) Budaya sekolah
ii) Keadaan fizikal sekolah
- Kantin
- Tandas
- Bilik kelas Tahun Satu
- Kedai buku
- Tempat menunggu. (bas/ibu bapa)
- Tapak perhimpunan

3. Lawatan ke sekolah bersama murid Prasekolah.

5-5

MODUL 6

PERSEDIAAN GURU-GURU TAHUN SATU

Tajuk Perkara Bil. Perincian

1 Kefahaman Tentang 1.1 Menerima pendedahan tentang matlamat,
Konsep dan Objektif konsep dan strategi pelaksanaan Program
Program Transisi Transisi.

2 Memahami Kurikulum 2.1 Mendapatkan bahan dan maklumat

dan Budaya kurikulum Prasekolah daripada pihak

Prasekolah pengurusan sekolah.

2.2 Melawat ke kelas Prasekolah dan
membuat pemerhatian.

2.3
Memahami budaya Prasekolah dan
sekolah rendah yang berbeza

3 Memahami Rekod 3.1 Mendapatkan penerangan khusus untuk

Perkembangan Murid menganalisis rekod perkembangan murid

Prasekolah.

4 Memahami 4.1 Memerhati guru Prasekolah dan
Pendekatan melaksanakan pengajaran dan
Pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran di
Prasekolah Untuk
diaplikasikan dalam
Program Transisi

5 Kursus Pengurusan 5.1 Menghadiri Kursus Pengurusan
Penyayang Guru Penyayang Murid Tahun Satu
Tahun Satu

6 Kesediaan Guru 6.1 Mengenali dan mengetahui cara melayan

Menerima Murid Yang murid.

Menghadapi Masalah

Awal Pembelajaran 6.2 Menyediakan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang bersesuaian untuk

murid-murid yang berkenaan.

7 Kemahiran Guru 7.1 Pemahaman mengenai keperluan murid
Menangani Masalah yang berbeza kebolehan.
Perbezaan Murid

8 Pelbagai Pendekatan 8.1 Menerima pendedahan khusus berhubung

Menangani Tingkah dengan psikologi dan sosio-emosi

Laku Murid

Mendapatkan pengetahuan dan

8.2 pengalaman berkaitan dengan

penyelesaian terhadap tingkah laku murid.

PERSEDIAAN GURU-GURU TAHUN SATU

Kejayaan Program Transisi ini banyak bergantung pada keupayaan guru Tahun Satu
melaksanakan setiap aktiviti yang dirancang. Perancangan yang dijalankan termasuklah
beberapa persediaan yang perlu mereka lakukan.

Perkara-perkara penting yang perlu dilakukan adalah seperti memahami dengan jelas
konsep dan pengertian Program Transisi, memahami kurikulum Prasekolah, memahami
kemajuan murid melalui rekod perkembangan murid, memahami pendekatan pengajaran dan
pembelajaran di Prasekolah untuk dilaksanakan dalam Program Transisi.

Selain daripada itu, menghayati kandungan Kursus Pengurusan Penyayang Guru Tahun
Satu, kesediaan guru menerima murid yang menghadapi masalah pembelajaran,
meningkatkan kemahiran menangani masalah perbezaan murid serta mencari pelbagai
pendekatan mengenai tingkah laku murid adalah antara perkara-perkara lain yang diperlukan.

Tajuk I

KEFAHAMAN TENTANG KONSEP DAN OBJEKTIF PROGRAM TRANSISI

1.1 Menerima pendedahan tentang matlamat, konsep Sebelum sesi
dan strategi pelaksanaan Program Transisi. persekolahan bermula

Tujuan

Membantu guru memahami dan melaksanakan Program Program Transisi ialah
Transisi dengan jayanya. satu program yang
bertujuan untuk membantu
LANGKAH-LANGKAH kanak-kanak menghadapi
perubahan diri dalam
Guru Tahun Satu menerima taklimat daripada Guru Besar pendidikan tidak formal ke
tentang: pendidikan formal.

1. Mengapa perlu tindakan Program Transisi
2. Konsep
3. Matlamat
4. Strategi
5. Bahan-bahan yang disediakan untuk dikaji.
6. Persediaan yang perlu dibuat oleh guru.

6-1

Tajuk 2 Sebelum sesi
persekolahan bermula
MEMAHAMI KURIKULUM PRASEKOLAH
Garis Panduan Kurikulum
2.1 Mendapatkan bahan dan maklumat kurikulum Prasekolah Kebangsaan
Prasekolah daripada pihak pengurusan sekolah. dan Huraian Kurikulum
Prasekolah
Tujuan

1. Membantu guru memahami kurikulum Prasekolah untuk
membolehkan pelaksanaan Program Transisi dijalankan
dengan jayanya.

2. Meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran
secara terancang dan sistematik

LANGKAH-LANGKAH

1. Guru mendapatkan maklumat kurikulum
Prasekolah dari sumber berikut :

x Guru Besar /Guru Pusat Sumber.
x Guru Prasekolah.
x Pasaran.

2. Meneliti dan mengkaji kandungan kurikulum
Prasekolah dengan kurikulum Tahun Satu.

3. Merangka aktiviti-aktiviti kesinambungan Prasekolah ke
Tahun Satu.

6-2

Tajuk 2 (disambung) Kesinambungan keadaan
MEMAHAMI KURIKULUM PRASEKOLAH persekitaran serta proses
pengajaran dan
2.2 Melawat ke kelas Prasekolah dan membuat pembelajaran akan
pemerhatian. diteruskan semasa
Program Transisi
Tujuan: dijalankan.

Mendapatkan gambaran sebenar bagaimana pelaksanaan
kurikulum Prasekolah dijalankan.

LANGKAH-LANGKAH

1. Mengenal pasti dan mendapatkan persetujuan dari
pihak Prasekolah yang ingin dilawati.

2. Guru mengadakan lawatan untuk memerhatikan
persekitaran serta proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan dari aspek

x Pengurusan dalam dan luar bilik darjah.
x Amalan dan budaya
x Strategi pengajaran dan pembelajaran
x Konsep kesepaduan dan pendekatan tematik.
x Penilaian kanak-kanak.
x Budaya
x Aktiviti Psikomotor
x Aktiviti nilai-nilai murni.

3. Mendapatkan penerangan bagaimana cara merekod dan
menganalisa perkembangan murid.

4. Perbincangan dua hala dengan guru-guru prasekolah
berkaitan dengan aktiviti-aktiviti kesinambungan
Prasekolah yang dirancang.

5. Guru menyediakan laporan lawatan untuk tujuan rujukan.

6-3


Click to View FlipBook Version
Previous Book
buku skrap alesya-
Next Book
พรบ.ว่าด้วยธุรกรรมทางอิเล็กทรอนิกส์ ขนาด A4