The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Logarani Kishnan, 2021-04-06 00:14:18

200066893-Kit-Transisi-Tahun-1

200066893-Kit-Transisi-Tahun-1

TEKNIK MENCITA-CITAKAN KEJAYAAN
(Teknik TOC Ambitious Targets Collaboratively )

TEKNIK Teknik Mencita-Citakan Kejayaan (Teknik Ambitious Targets (TOC)) adalah usaha
TOC mencapai satu objektif yang amat diidamkan. Walau bagaimanapun, pada
3 permulaannya, matlamat yang diingini tidak mungkin dapat dicapai.

Menggunakan Teknik Mencita-Citakan Kejayaan membolehkan seseorang atau
kumpulan bertanggungjawab mencapai sesuatu matlamat.

Teknik Teknik Mencita-Citakan Kejayaan (AT) juga dapat membina semangat berkumpulan untuk
mencapai kejayaan melalui motivasi dan kemahiran perancangan strategik yang melibatkan
persetujuan ahli kumpulan.

Mencita-citakan kejayaan diperlukan pada situasi atau keadaan di mana semua ahli kumpulan
bersetuju tentang matlamat yang relevan.

CABARAN MATLAMAT KEUTAMAAN
LANGKAH PENTING

Langkah-Langkah
1. Mengenal pasti matlamat yang diingini
2. Mengenalpasti cabaran-cabaran yang akan dihadapi sebelum matlamat itu boleh dicapai
3. Cadangkan langkah penting dan cara bagaimana cabaran-cabaran ini boleh diatasi
4. Susunkan cara-cara menghadapi cabaran-cabaran mengikut keutamaan.
5. Berikan langkah-langkah sesuai yang boleh diambil untuk menangani cabaran itu
INGATAN:

x Setiap cabaran perlu diatasi sebelum pencapaian matlamat yang diidamkan.
x Sekiranya cabaran itu tidak dapat diatasi, kita sukar boleh mencita-citakan kejayaan

8-33

Modul 8 Tajuk 4
CONTOH TUGASAN-TUGASAN
MINGGU KEDUA MINGGU ORIENTASI
Matlamat: “KELAS SAYA YANG BERSIH DAN CERIA”

1. Tugasan Susun-Atur
Bincang dan rancang di mana letaknya ini:-
- Perabot
- Alat-alat tulis
- Buku-buku

2. Tugasan Diri dan Kawan Saya
Hasil lukisan “Diri dan Kawan Saya” dikutip dan dipilih untuk pameran

3. Tugasan Persekitaran
Berbincang tentang perhiasan dan di mana letak bahan yang sedia ada

4. Tugasan Kolaboratif
Bersama kawan, lukis gambar untuk dipamerkan di Sudut Seni Lukis

8-34

MENCITA-CITAKAN KEJAYAAN

Pada Minggu Kedua penggal persekolahan pertama, murid Tahun Satu digalakkan
berinteraksi dan bekerjasama menentukan satu matlamat yang perlu dicapai dengan cara
kolaboratif.

Teknik Mencita-citakan Kejayaan digunakan oleh murid pada Minggu Kedua dan matlamat yang
ditetapkan ialah “KELAS SAYA YANG BERSIH DAN CERIA”. Tugasan yang menggunakan teknik
perancangan strategik ini akan memupuk sikap bertanggungjawab dan membina semangat
pembinaan pasukan yang bermotivasi serta kemahiran perancangan strategik.

Semua sekolah rendah digalakkan menjalankan aktiviti ini bagi murid Tahun Satu. Di bawah ini
adalah contoh usaha murid Tahun Satu yang menggunakan teknik TOC Mencita-citakan Kejayaan
bagi mewujudkan “KELAS SAYA YANG BERSIH DAN CERIA”.

Matlamat :
“KELAS SAYA YANG
BERSIH DAN CERIA”.

Murid Tahun Satu menggunakan
Teknik Mencita-citakan Kejayaan di
Sek.Ren Sungai Bakau, Nibong
Tebal, Pulau Pinang

Matlamat :
“KELAS SAYA YANG BERSIH DAN CERIA”.

Murid Tahun Satu menggunakan Teknik Mencita-citakan Kejayaan di Sek.Ren Permatang Badak,
Kuantan, Pahang,

Guru membantu murid dengan menyediakan kad gambar bagi cabaran-cabaran yang akan dihadapi.
Murid melukis, menulis atau menggunakan symbol bagi menerangkan cabaran yang dilihat sebagai
masalah bagi mencapai matlamat.

Kursus Orientasi Prasekolah ke Tahun Satu
Concorde Inn, Sepang, Selangor, Malaysia
Oktober 2000.

8-35

Guru dan murid menyeranaikan cabaran-cabaran yang dihadapi semasa berusaha mencapai
matlamat dan memberi langkah-langkah penting untuk setiap cabaran.
Guru dan murid mengutamakan langkah-langkah yang perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum
sesuatu yang lain dapat dicapai. Guru membantu murid menentukan tugasan-tugasan yang sesuai
bagi mengatasi masalah.

Hasil kerja murid Tahun Satu Shahuddin (7 tahun) dari Sek.Ren.Sungai Bakau, Pulau Pinang pada
Minggu Kedua (Januari 2001)

8-36

Hasil kerja murid Tahun Satu dari Sek.Ren. Permatang Bertam, Kepala Batas, Pulau
Pinang pada Minggu Kedua (Januari 2001)

8-37

MODUL 9
DINAMIKA KUMPULAN DAN

PEMBINAAN PASUKAN

Tajuk Perkara Bil Perincian
1.1 Set Induksi
1 Dinamika Kumpulan 1.2 Mengenali Rakan
1.3 Berinteraksi dalam kumpulan
2 Pembinaan 1.4 Pembinaan kumpulan
Pasukan 1.5 Melantik ketua kumpulan
1.6 Penutup
2.1 Pengukuhan pasukan
2.2 Mewarna Bendera Jalur

Gemilang

DINAMIKA KUMPULAN DAN
PEMBINAAN PASUKAN

Dinamika Kumpulan merupakan satu aktiviti awal yang bertujuan untuk
memecahkan rasa malu dan segan di kalangan murid-murid baru dari pelbagai
latar belakang dan persekitaran. Di samping itu aktiviti ini juga membolehkan
kanak-kanak mengenali antara satu dengan lain dalam masa yang singkat.

Pembinaan Pasukan ialah aktiviti yang dijalankan selepas aktiviti dinamika
kumpulan. Dalam aktiviti ini, kanak-kanak dipupuk untuk meningkatkan
semangat bekerja dan berinteraksi dalam kumpulan sebagai persediaan untuk
aktiviti pembelajaran seterusnya.

Tajuk I 5 minit

DINAMIKA KUMPULAN Pengetahuan guru tentang
kelebihan murid-murid seperti
1.1 Set Induksi potensi, bakat, sahsiah,
ketrampilan diri, kekemasan
Tujuan pakaian untuk di beri pujian
individu.
Menyediakan minda pelajar (mind set ) untuk aktiviti seterusnya.
Guru digalakkan juga
LANGKAH-LANGKAH mengajar murid melakukan
tepukan bersatu atau
1. Guru mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan tepukan bersambut.
semua murid yang berjaya masuk ke Tahun Satu di Sekolah ini.
Masa aktiviti dijalankan
2. Guru juga memberi pujian kepada semua murid kerana semua guru tahun satu
berpakaian kemas dan cantik. hendaklah ada bersama

3. Guru meminta semua murid memberikan tepukan bergemuruh
untuk diri sendiri di atas kejayaan semua.

9-1

Tajuk I Bahan :-
Belon pelbagai warna dan
DINAMIKA KUMPULAN benang

1.2 Mengenali Rakan 1. Guru mengawasi dan
membantu murid
Tujuan sewaktu aktiviti berjalan.

Murid dapat mengenali rakan baru dan merapatkan hubungan 2. Murid digalakkan
mesra antara mereka dalam masa yang singkat. membantu kawan untuk
meniup dan mengikat
LANGKAH-LANGKAH belon.

1. Beri setiap murid satu belon pelbagai warna dan minta mereka 3. Semasa arahan
meniup dan mengikatnya dengan benang. diberikan, beri jangka
masa yang singkat agar
2. Minta murid berkumpul dalam kumpulan mengikut warna belon. mereka dapat bergerak
dengan pantas.
3. Selepas berkumpul murid-murid dikehendaki berkenalan
dengan rakan baru mereka melalui sebutan nama ringkas 4. Galakkan murid
sambil bersalaman. berjumpa dengan rakan
yang belum dikenali.
Contoh : Saya Fadhil
5. Murid digalakkan
4. Guru bertanyakan kepada murid mengapa kita perlu mengenali
nama kawan-kawan melalui soalan-soalan ringkas. mengingat nama kawan-
kawan baru.
Contoh Soalan :

a. Seronok tak kalau orang panggil nama yang betul?
b. Apa rasa kalau orang main-mainkan nama kita?
c. Mana seronok, ada ramai kawan atau sedikit kawan?

9-2

Tajuk I 20 minit

DINAMIKA KUMPULAN 1. Guru digalakkan
membuat demontrasi
1.3 Berinteraksi dalam kumpulan bunyi binatang agar
Tujuan difahami oleh murid.

Murid dapat mengurangkan rasa malu dan bimbang semasa 2. Setiap pergerakan murid
berinteraksi dengan rakan-rakan baru dari pelbagai latar belakang. perlu diawasi oleh guru.
LANGKAH-LANGKAH
3. Guru digalakkan
1. Beri setiap murid sekeping gambar binatang seperti gambar menyanyikan dahulu lagu
kucing, ayam, burung, itik, harimau, kambing dan lain-lain. tersebut.

2. Kemudian mereka dikehendaki melakonkan bunyi binatang 4. Murid yang enggan
tersebut sambil mengajuk pergerakan binatang bergerak di bekerjasama, minta
merata tempat. mereka duduk dan
memerhati. Sekali-sekali
3. Murid-murid berkumpul dalam kumpulan mengikut bunyi fasilitator tanyakan
binatang-binatang tersebut. samada ia mahu turut
serta atau tidak.
4. Murid berkenalan dengan rakan baru dengan menyebut nama
dan satu sifat baik. SENIKATA LAGU BUNYI
Contoh : Saya Liza HAIWAN
Saya rajin
Saya ayam
5. Setiap kumpulan diminta mencari apakah makanan yang kok, kok, kok, kok....
dimakan oleh haiwan tersebut (ikut nama kumpulan )
Saya itik
6. Guru menyanyikan lagu haiwan bersama dengan pak,... pak,... pak, ...
murid-murid Saya burung
pit, ... pit,... pit,... pit,...
.
Kami bunyi
kok, kok, kok, kok....
pak,... pak,... pak, ...
pit, ... pit,... pit,... pit,

9-3

Tajuk I 30 minit

DINAMIKA KUMPULAN Berikan ganjaran kepada murid
yang dapat mengigat nama
1.4 Pembinaan kumpulan semua ahli dalam kumpulan.

Tujuan Jika hendak bentuk
5 kumpulan maka nombor
Memupuk nilai-nilai murni dan semangat bekerjasama di kalangan mestilah antara
murid. 1 hingga 5
Nombor yang diberikan
LANGKAH-LANGKAH mestilah sama bilangan
mengikut ahli dalam kumpulan.
1. Beri setiap murid satu nombor dan mereka dikehendaki
berkumpul mengikut kumpulan nombor tersebut dan duduk
dalam satu bulatan.

2. Minta setiap murid menyebutkan dan mengingat nama kawan
di sebelah kiri dan kanan. Rakan yang lain digalakkan
mengingat nama setiap ahli kumpulan.

3. Selepas itu minta mereka bertukar tempat duduk. Setiap kali
bertukar tempat duduk minta mereka mengingat nama kawan
di sebelah kiri dan kanan.

4. Minta setiap kumpulan menyebutkan nombor kumpulan
masing-masing dengan kuat, bersemangat dan sama. (Boleh
juga adakan pertandingan menyebut nombor kumpulan ).

9-4

Tajuk I Nama dan ahli kumpulan ini
DINAMIKA KUMPULAN kekal hingga tamat orientasi

1.5 Melantik ketua kumpulan

Tujuan

Murid mengetahui perlunya ada seorang ketua di dalam satu
kumpulan

LANGKAH-LANGKAH

1. Murid-murid dikehendaki melantik seorang ketua kumpulan
secara sukarela atau pilihan kawan-kawan.

2. Minta mereka berbincang untuk mencari nama bagi kumpulan
mereka dan kumpulan yang mendahului kumpulan lain diberi
ganjaran.

3. Fasilitator menerangkan mengapa perlu seorang ketua dalam
satu-satu kumpulan.

Tajuk I

DINAMIKA KUMPULAN

1.6 Penutup

Tujuan

Mengeratkan lagi hubungan di antara rakan-rakan yang baru
dikenali.

LANGKAH-LANGKAH

Berpegang tangan membuat bulatan sambil menyanyi .
Contoh : Lagu rasa sayang hei atau

Lagu-lagu di Tadika.
2. Dalam barisan, picit belakang kawan.

3. Bersalaman di antara satu sama lain.

9-5

Tajuk 2 Permainan menyebut nama-
nama :
PEMBINAAN PASUKAN
buah-buahan
2.1 Pengukuhan Pasukan benda dalam kelas
benda dalam rumah
Tujuan kereta
binatang
1. Meningkatkan semangat kerjasama di kalangan murid.
Contoh
2. Mengurangkan rasa malu di kalangan murid semasa
berinteraksi dalam kumpulan Kumpulan A menyebut nama
buah-buahan. Kumpulan B
3. Untuk meningkatkan daya saing dalam diri murid-murid. menyebut nama benda dalam
kelas dan seterusnya.
LANGKAH-LANGKAH

1. Guru mulakan perjumpaan dengan sama-sama membacakan
Surah Al-Fatihah (bagi yang beragama Islam).

2. Beri pengukuhan positif kepada semua murid yang telah
memberikan kerjasama menjayakan aktiviti Dinamika
Kumpulan.

3. Guru menjalankan pertandingan menyebut nama kumpulan.
Setiap kumpulan diminta menyebut nama kumpulan mereka
(Seperti Tajuk 1.5 Langkah 2). Kumpulan yang berjaya ialah
yang dapat menyebut nama kumpulan mereka secara bersama,
kuat dan bersemangat.

4. Setiap kumpulan diberi tugasan menyebut nama benda maujud
yang ditetapkan seberapa banyak yang boleh.

CONTOH:
Kumpulan 1 sebut nama buah-buahan
Kumpulan 2 sebut nama kereta

5. Guru mengumumkan keputusan kumpulan yang
paling banyak menyebut nama benda yang
ditugaskan.

9-6

Tajuk 2
PEMBINAAN PASUKAN
2.1 Pengukuhan Pasukan (disambung)
LANGKAH-LANGKAH
7. Guru bertanyakan khabar secara umum dan rambang

kepada murid-murid.
8. Guru memuji murid-murid yang telah menunjukkan

kerjasama, kecergasan dan sebagainya.

9-7

Tajuk 2 Dicadangkan saiz bendera
yang akan di warna oleh
PEMBINAAN PASUKAN murid adalah berukuran kad
manila.
2.2 Mewarna Bendera Jalur Gemilang
Guru boleh menambah
Tujuan aktivit-aktiviti pembinaan
pengukuhan kumpulan yang
1. Mengukuhkan pengetahuan murid tentang warna-warna lain seperti :
Jalur Gemilang. Pertandingan Nyanyian
Kumpulan seperti lagu “Kalau
2. Memupuk nilai-nilai patriotik dalam diri murid-murid. Rasa Gembira..”
Lagu :-(If you know you’re
3. Memupuk daya saing dalam diri murid-murid. happy and you know it…”)

LANGKAH-LANGKAH Tepuk Tangan
Hentak Kaki
1. Murid-murid diminta duduk dalam kumpulan masing- Petik Jari
masing. Tepuk Peha
Sebut “Hurray”
2. Guru menunjukkan contoh Jalur Gemilang yang sebenar di
depan kelas.

3. Guru memberi setiap kumpulan sehelai kertas yang siap
dilukis gambar Jalur Gemilang.

4. Murid-murid mewarna bendera secara bekerjasama
dengan menggunakan crayon atau pensil warna

5. Guru meminta kumpulan demi kumpulan menunjukkan
hasil mereka kepada semua murid.

6. Guru mengumumkan kumpulan yang dapat mewarnakan
jalur gemilang dengan betul dan menarik.

7. Ketua kumpulan mempamerkan hasil kumpulan di sudut
lukisan

8. Guru bebincang dengan murid mengenai:
- warna dan makna
- cara menghormati
- cara mendaulatkan negara

9-8

MODUL 10
PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM

Tajuk Perkara

1 Penilaian Program Transisi

2 Penilaian Kemajuan Murid Transisi

DALAM PROGRAM TRANSISI

3 Panduan Penilaian Program Transisi

PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM TRANSISI

Dalam pelaksanaan Program Transisi ini, penilaian terhadap program sangat diperlukan
bagi dua tujuan yang utama. Pertama ialah untuk melihat keberkesanan program secara
keseluruhan sama ada ia mencapai matlamat yang diharapkan atau sebaliknya. Kedua , ia
bertujuan untuk mengenalpasti tahap pencapaian dan kemajuan setiap murid di dalam
kelas Tahun Satu.

Tujuan Yang Pertama : Pencapaian Matlamat dan Keberkesanan Program
Penilaian bagi tujuan yang pertama ini menjuruskan kepada beberapa aspek seperti pihak
pengurusan, guru Tahun Satu, murid Tahun Satu dan keadaan fizikal bilik darjah.

Format Penilaian Program Transisi
Satu format Penilaian Program Transisi telah dibina untuk kegunaan pihak Jabatan Pendidikan
Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah atau Bahagian dan pihak Pengurusan Sekolah sewaktu membuat
pemantauan aktiviti secara berterusan.

Status Pelaksanaan Aktiviti
Dalam borang penilaian ini terdapat dua aspek yang dilihat iaitu status pelaksanaan aktiviti melalui
kriteria Ya atau Tidak.

Keberkesanan Aktiviti
Manakala bagi melihat keberkesanan aktiviti , skala Likert digunakan mengikut tahap pemarkahan :

5 sangat memuaskan
4 memuaskan
3 sederhana
2 kurang memuaskan
1 sangat tidak memuaskan

Tujuan Yang Kedua : Tahap Pencapaian Dan Kemajuan Murid
Satu format penilaian tahap pencapaian dan kemajuan murid dibina bagi kegunaan guru kelas Tahun
Satu. Penilaian dibuat menggunakan skala Likert mengikut skala keberkesanan seperti :

5 sangat memuaskan
4 memuaskan
3 sederhana
2 kurang memuaskan
1 sangat tidak memuaskan

Kriteria Penilaian
Bagi tujuan kedua, criteria penilaian melihat kepada aspek penyesuaian diri murid, minat terhadap
pengajaran dan pembelajaran, penguasaan kemahiran membaca, menulis, mengira dan
interpersonal, keyakinan diri dan pemupukan nilai-nilai murni di kalangan murid.

10-1

Modul 10 Tajuk 1

Penilaian Program Transisi

Sekolah / Kelas :___________________ Tarikh : ____________

Nama Guru Besar/Guru Kelas : ___________________ Masa : ____________

Bil Murid Tahun 1/ Kelas : ____ L ___ P Jumlah : ____________

x Tandakan ( ✔ ) diruangan status pelaksanaan untuk kategori Ya/Tidak
x Bulatkan nombor di skala Keberkesanan aktiviti mengikut skala berikut :

5: Sangat Memuaskan.
4: Memuaskan.
3: Sederhana.
2: Kurang Memuaskan.
1: Sangat Tidak Memuaskan

Bil. Perkara Status Keberkesanan Catatan
Pelaksanaan

1. Pengurusan (10 Item) Ya Tidak

1.1 Kertas Cadangan. 54321

1.2 J/Kuasa Induk/Kerja. 54321

1.3 Taklimat untuk Guru/ 54321
kakitangan.

1.4 Pelaksanaan aktiviti 54321
- Pendaftaran.

- Taklimat 54321
ibu/bapa/penjaga.

- Perancangan aktiviti 54321
selepas minggu
orientasi.

10-2

Bil. Perkara Status Keberkesanan Catatan
1.5 Pemilihan Guru Tahun Satu. Catatan
Pelaksanaan

54321

1.6 Penilaian berterusan. 54321

1.7 Laporan aktiviti 3 Bulan. 54321

1.8 Kerjasama PIBG/pihak lain 54321
yang terlibat.

Bil. Perkara Status Keberkesanan

Pelaksanaan

2. Guru Tahun Satu (10 Item) Ya Tidak

2.1 Memahami Objektif Program 54321
Transisi.

2.2 Memahami Kurikulum dan 54321
Budaya Prasekolah.

2.3 Kesediaan memahami 54321
perbezaan murid.

2.4 Kemesraan terhadap murid. 54321

2.5 Persediaan menjalankan aktiviti 54321
Transisi.

2.6 Memahami teknik penyelesaian 54321
masalah.

2.7 Memahami pelaksanaan aktiviti 54321
Tematik.

2.8 Personaliti dan perwatakan 54321
Guru. 54321

2.9 Kerjasama dengan guru lain

2.10 Usaha meningkatkan 54321
kemahiran

10-3

Bil Perkara Status Keberkesanan Catatan
Pelaksanaan
3. Murid (23 Item) Ya Tidak

3.1 Penyesuaian diri dengan 54321
54321
x kawan-kawan 54321
x guru
x persekitaran dalam kelas 54321

3.2 Minat terhadap aktiviti 54321
Pengajaran dan Pembelajaran 54321
54321
3.3 Penguasaan kemahiran : 54321

x Pratulisan 54321
x Prabacaan 54321
x Pranombor 54321
x Prawarna
54321
3.4 Kemahiran berkomunikasi
54321
x Berinteraksi murid dengan
rakan 54321

x Berbual murid dengan guru 54321
x menyanyi 54321
54321
3.5 Murid mempunyai keyakinan 54321
diri.

3.6 Pemupukan nilai murni.

3.7 Kemajuan Murid Dalam
Pendekatan Tematik

x Mengambil bahagian secara
aktif

x Berani mencuba sesuatu

x Menunjukkan minat ingin tahu

x Mampu mencari maklumat
sendiri

x Penerokaan melalui deria

10-4

Bil Perkara Status Keberkesanan Catatan
Catatan
3.8 Perkembangan Sosio-Emosi Pelaksanaan

x Bertanggungjawab di atas 54321
tingkah laku sendiri
54321
x Bekerjasama dalam
penyelesaian masalah 54321

x Mampu menghadapi konflik 54321
kehidupan harian yang mudah
54321
x Mampu membuat keputusan
sendiri Status Keberkesanan

x Sentiasa nampak ceria dan Pelaksanaan
gembira
54321
Bil. Perkara 54321
54321
4. Fizikal (7 item)
54321
4.1 Lokasi bilik darjah. 54321
54321
4.2 Keceriaan bilik darjah. 54321

4.3 Pemilihan dan susunan
perabot.

4.4 Penggunaan ruang / sudut

4.5 Keceriaan luar bilik darjah.

4.6 Hasil kerja murid

4.7 Ada kesungguhan/kreativiti

10-5

Ulasan Pegawai Penilai:
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

_______________________
Tanda tangan dan nama pegawai penilai.

Catatan :
Cadangan penilaian dibuat sekurang-kurangnya 2 kali di sepanjang tempoh program tansisi

10-6

Modul 10 Tajuk 2

PENILAIAN KEMAJUAN MURID
DALAM PROGRAM TRANSISI

Nama Murid : ______________________________ Tarikh : ________

Nama Guru Kelas : ______________________________ Masa : ________

Bil Murid Dalam Kelas : ____________ L ___________ P Jumlah : ________

x Bulatkan nombor di skala keberkesanan aktiviti mengikut skala berikut :

5: Sangat Memuaskan.
4: Memuaskan.
3: Sederhana.
2: Kurang Memuaskan.
1: Sangat Tidak Memuaskan

Bil Perkara Skala Catatan
Keberkesanan
1. Penyesuaian diri dengan
x kawan-kawan 54321
x guru / kakitangan 54321
x persekitaran dalam kelas 54321

2. Minat terhadap aktiviti Pengajaran dan 5 4 3 2 1
Pembelajaran

3. Penguasaan kemahiran : 54321
54321
x Pratulisan 54321
x Prabacaan 54321
x Pranombor
x Mewarna

4 Kemahiran Interpersonal 54321
x berinteraksi 54321
x menyanyi

5. Murid mempunyai keyakinan diri. 54321

6. Pemupukan nilai murni. 54321

10-7

Bil Perkara Skala Catatan
Keberkesanan
7. Kemajuan Murid Dalam Pendekatan
Tematik 54321

x Mengambil bahagian secara 54321
aktif 54321
54321
x Berani mencuba sesuatu
54321
x Menunjukkan minat ingin tahu

x Mampu mencari maklumat
sendiri

x Penerokaan melalui deria

8. Perkembangan Sosio-Emosi

x Bertanggungjawab di atas tingkah 5 4 3 2 1
laku sendiri

x Bekerjasama dalam penyelesaian 54321
masalah 54321
54321
x Mampu menghadapi konflik 54321
kehidupan harian yang mudah

x Mampu membuat keputusan
sendiri

x Sentiasa nampak ceria dan
gembira

9. Perkembangan Kemahiran Berfikir 54321

10. Perkembangan Kemahiran 54321
Berkomunikasi

11. Menjalankan kerja dan tugasan dengan 5 4 3 2 1
cara sistematik dan terancang

10-8

Ulasan Guru :

-----------------------------------------
Tandatangan Guru Kelas :
Tarikh:

10-9

Modul 10 Tajuk 3

PANDUAN PENILAIAN PROGRAM TRANSISI

Penilaian Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu terbahagi kepada tiga bahagian:-

Bahagian pertama: melihat status pelaksanaan aktiviti.
Bahagian kedua: melihat keberkesanan hasil dari pelaksanaan aktiviti
Bahagian ketiga: melihat perkembangan potensi pencapaian setiap murid hasil daripada
aktiviti yang telah dijalankan.

Penilaian bahagian pertama dan kedua boleh digunakan oleh pegawai-pegawai Kementerian
Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Bahagian atau Daerah dan pihak Pengurusan Sekolah.
Bahagian ketiga pula boleh digunakan oleh Guru Kelas Tahun Satu untuk menilai potensi pencapaian
murid sepanjang program berjalan.

PENILAIAN UNTUK BAHAGIAN PERTAMA :

Dalam bahagian pertama kaedah yang digunakan cuma dengan menandakan tanda ( / ) di
ruangan Ya atau Tidak. Dalam bahagian ini terdapat empat bahagian yang dilihat pelaksanaannya
iaitu bahagian Pengurusan, Guru Tahun Satu, Murid dan Fizikal Bilik Darjah.

Dari sini kesemuanya mempunyai 50 item yang dilihat iaitu 10 dari bahagian Pengurusan, 10 dari
bahagian guru Tahun Satu, 23 dari bahagian Murid Tahun Satu dan 7 dari bahagian Fizikal Bilik
Darjah.

Setiap item yang ditanda (Ya) oleh penilai, 2 markah diberikan. Ini bermakna 50 item bersamaan 100
markah. Tiada markah untuk item yang ditandakan (Tidak)

Untuk melihat status pelaksanaan aktiviti pula dilihat melalui jumlah markah yang diperolehi mengikut
skala berikut :

Markah Tahap Kategori
Pelaksanaan

80 - 100 markah : Cemerlang (A)
60 - 79 markah : (B)
40 - 59 markah : Baik (C)
20 - 39 markah : (D)
0 - 19 markah : Sederhana

Sederhana Lemah

Lemah (E)

Sebagai bahan perbincangan, Penilai bolehlah melihat dari aspek pencapaian tahap pelaksanaan
dan kategori yang diperolehi. Cadangan untuk memperbaiki status pelaksanan juga boleh dilihat
melalui item-item yang tidak ditandakan untuk diberi perhatian dan tindakan selanjutnya.

10-10

Modul 10 Tajuk 3
PENILAIAN UNTUK BAHAGIAN KEDUA :

Dalam bahagian kedua kaedah skala likert digunakan untuk menilai keberkesanan aktiviti. Penilai
dikehendaki membulatkan nombor berdasarkan penilaian yang diberikan mengikut seperti berikut :

SKALA Sangat Memuaskan
5: Memuaskan
4: Sederhana
3: Kurang memuaskan
2: Sangat tidak memuaskan
1:

Bahagian ini mempunyai 50 item untuk dinilai. 10 dari bahagian Pengurusan, 10 dari Guru Tahun
Satu, 23 dari Murid-murid Tahun Satu dan 7 dari bahagian Fizikal Bilik Darjah.

Untuk menentukan tahap keberkesanan aktiviti, Penilai bolehlah menggunakan kebijaksanaan dan
budi bicara dalam membuat pemerhatian dan perbincangan berdasarkan Panduan Kriteria
Penilaian Mengikut Item di setiap bahagian untuk menentukan pencapaiannya sama ada di tahap
sangat memuaskan, memuaskan, sederhana, kurang memuaskan atau sangat tidak memuaskan.

Aktiviti-aktiviti yang ada seperti di panduan digabungkan dengan kebijaksanaan dan budi bicara
penilai melalui pemerhatian dan perbincangan, bolehlah dipertimbangkan untuk skala nombor 5 dan
begitulah seterusnya.

Status keberkesanan aktiviti yang dilaksanakan dilihat melalui peratusan (%) bagi setiap skala yang
dibulatkan. Peratusan(%) ini dikira melalui jumlah skala yang dibulatkan dibahagi dengan keseluruhan
item (40) dan didarabkan dengan 100.

Contoh , jika skala 5 ditanda sebanyak 40 oleh Penilai bermakna :

40 X 100 = 80 %
50

Dari sini % yang tinggi bagi skala 5 (sangat memuaskan) bererti keberkesanannya sangat
memuaskan. Jika % yang tinggi bagi skala 1 (sangat tidak memuaskan) bermakna keberkesananya
sangat tidak memuaskan.

Sebagai bahan perbincangan, Penilai boleh melihat aspek atau item mana yang perlu di
pertingkatkan melalui skala yang dibulatkan sama ada 1, 2 atau 3.

10-11

Modul 10 Tajuk 3
PENILAIAN UNTUK BAHAGIAN KETIGA

Dalam bahagian ketiga kaedah skala likert juga digunakan untuk menilai keberkesanan aktiviti.

Penilai dikehendaki membulatkan nombor berdasarkan penilaian yang diberikan mengikut seperti

berikut :

SKALA

5: Sangat Memuaskan

4: Memuaskan

3: Sederhana

2: Kurang memuaskan

1: Sangat tidak memuaskan

Bahagian ini mempunyai 12 item untuk dinilai. Semuanya untuk melihat pencapaian setiap murid
selepas aktiviti dijalankan.

Status pencapaian murid ini dilihat melalui peratusan (%) keberkesanan setiap item yang dinilai.
Peratusan (%) keberkesanan ini dikira dengan melihat jumlah skala yang yang dibulatkan dibahagi
dengan keseluruhan item (25) dan didarabkan dengan 100.

Contoh : jika Pelajar A mendapat 10 untuk skala 5 bermakna;

20 X 100 = 80.00%
25

Sebagai panduan, para penilai atau guru kelas boleh mengesan kategori murid yang mempunyai
pencapaian yang tinggi dan yang masih memerlukan perhatian melalui % keberkesanan pelajar ini
secara keseluruhan atau mengikut aspek atau item yang ada.

PANDUAN KRITERIA PENILAIAN MENGIKUT ITEM

1. Bahagian Pengurusan (10 item) :

1.1 Kertas Cadangan - ada kandungan seperti:

i. Tajuk, Pengenalan, Objektif, J/Kuasa, Tarikh dan tempat pelaksanaan.
ii. Perancangan aktiviti, pelan bertindak, personalia yang terlibat
iii. Kewangan - sumber dan perbelanjaan

1.2 Jawatan Kuasa Induk / Kerja

- Penasihat, Pengerusi, Naib/Timbalan, Setiausaha ( guru
Tahun Satu ), Bendahari, Ahli Jawatan Kuasa - bidang tugas
masing-masing.

- Melibatkan semua guru di sekolah-guru Tahun Satu, panitia
mata pelajaran dan sebagainya

1.3 Taklimat Untuk Guru / Kakitangan

- Melibatkan semua guru dan kakitangan
- Personalia yang menyampaikan taklimat - sepatutnya guru besar atau

guru kanan dengan bantuan guru Tahun Satu
- Persediaan dan bahan edaran.

10-12

Modul 10 Tajuk 3

1.4 Pelaksanaan aktiviti Pendaftaran

- Penubuhan AJK. kerja
- Persediaan yang terancang - jemputan, tempat, peralatan,

kebersihan, sambutan.
- Aktiviti khas yang sesuai untuk ibu bapa dan murid.

x Taklimat Ibu Bapa / Penjaga

- Penglibatan ibu bapa - kehadiran
- Personalia yang memberi taklimat
- Persediaan tempat dan peralatan penyampaian
- Bahan Edaran
- Kerjasama ibubapa / penjaga membantu aktiviti

Perancangan Aktiviti selepas Minggu Orientasi

- Perancangan aktiviti
- Personalia yang terlibat
- Penyediaan bahan mengikut tahap pencapaian murid
- Aktiviti penilaian

1.5 Pemilihan Guru Tahun Satu

- Cara pemilihan yang digunakan
- Atas dasar sukarela dan minat
- Komitmen guru terhadap aktiviti
- Persiapan yang disediakan
- Kerjasama dengan guru lain

1.6 Penilaian Berterusan

- Penilaian terhadap pelajar
- Penilaian terhadap aktiviti
- Penilaian terhadap keberkesanan aktiviti
- Sekurang-kurangnya 2 kali

1.7 Laporan Aktiviti 3 Bulan

- Disediakan dan dihantarkan untuk Sekolah, PPD. dan JPN.
- Kandungan laporan - keberkesanan aktiviti, kelemahan, penglibatan dan tahap

pencapaian murid, tindakan susulan.

10-13

Modul 10 Tajuk 3
1.8 Kerjasama dengan PIBG / Pihak lain yang terlibat

- Bentuk sokongan PIBG / pihak lain
- Penglibatan PIBG dalam perancangan & pelaksanaan aktiviti

2. Bahagian Guru Tahun Satu (10 Item):

2.1 Memahami Objektif Program Transisi

- Memahami tujuan pelaksanaan program
- Memahami tujuan pelaksanaan setiap aktiviti
- Memahami tujuan keceriaan kelas
- Memahami tujuan hubungan mesra dengan semua pihak yang

terlibat termasuk kanak-kanak

2.2 Memahami Kurikulum dan Budaya Prasekolah

- Ada kesinambungan aktiviti dari Prasekolah
- Tahu cara menceria dan kedudukan perabot di kelas
- Dapat membina hubungan mesra dengan murid-murid
- Faham corak pengajaran bertema, gabungjalin dan main sambil

belajar

2.3 Kesediaan Memahami Perbezaan Murid

- Ada cara membina hubungan dengan murid yang berbeza
- Penggunaan pendekatan kasih sayang dengan murid
- Ada unsur-unsur kemahiran melayan
- Menggunakan pelbagai teknik melayan kerenah murid

2.4 Kemesraan Terhadap Murid

- Ada sentuhan dan pujian
- Penglibatan semua murid dalam aktiviti
- Mempunyai pelbagai kaedah melayan
- Suara yang menyenangkan dalam percakapan dan teguran
- Riaksi riang, menyeronokkan di kalangan murid

10-14

Modul 10 Tajuk 3 Persediaan Menjalankan Aktiviti Transisi
2.5

- Perancangan awal setiap aktiviti
- Pemilihan aktiviti yang bersesuaian dengan pencapaian murid
- Alat bantu yang bersesuaian dan menarik
- Pemilihan tempat yang sesuai
- Bantuan rakan sekerja

2.6 Memahami Teknik Penyelesaian Masalah dan Teknik TOC

- Mengetahui beberapa teknik penyelesaian masalah
- Tahu menggunakan pendekatan 'TOC' - Teknik Awan, Sebab

dan Akibat, Mencita-citakan Kejayaan dan lain-lain
- Menggunakan teknik yang difahami dalam aktiviti pengajaran

dan pembelajaran

2.7 Memahami Pelaksanaan Aktiviti Tematik

- Memahami maksud dan matlamat pengajaran bertema
- Mengetahui tahap pendekatan tematik - tahap pemilihan tema,

penerokaan tema dan pelaksanaan.
- Keseragaman dengan guru mata pelajaran yang lain
- Menyediakan tema tertentu mengikut minggu

2.8 Personaliti dan Penampilan Guru

- Kesesuaian pemilihan pakaian yang dipakai
- Kekemasan guru
- Keceriaan perwatakan guru
- Penampilan keseluruhan

2.9 Kerjasama dengan guru yang lain

- Dapat dilihat bantuan dari rakan-rakan lain dalam pengajaran,
bahan dan persiapan kelas.

2.10 Usaha meningkatkan kemahiran

- Ada perbincangan dengan pihak pengurusan dan rakan dari
sekolah lain melalui pembacaan.

10-15

Modul 10 Tajuk 3

3. Bahagian Murid-Murid Tahun Satu (23 Item) :

3.1 Penyesuaian Diri

Penyesuaian diri dengan kawan
- Corak perhubungan dengan kawan-kawan
- Cara murid menghormati kawan-kawan lain
- Mengamalkan nilai-nilai murni dalam setiap situasi

Penyesuaian diri dengan guru
- Corak perhubungan dengan guru
- Cara murid menghormati guru
- Mengamalkan nilai-nilai murni dalam setiap situasi

Penyesuaian diri dengan persekitaran kelas
- Cara memelihara persekitaran kelas yang ceria
- Cara murid menjaga menghayati kebersihan dan keceriaan kelas
- Mengamalkan nilai-nilai murni dalam penggunaan setiap alat dan

sudut

3.2 Minat terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran

- Murid-murid nampak ceria, seronok dan gembira dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.

- Sentiasa aktif dan terkawal
- Mematuhi arahan guru dalam setiap aktiviti
- Melakukan aktiviti dengan penuh bersungguh-sungguh
- Melihatkan kerjasama di antara murid
- Saling bantu membantu dalam keadaan-keadaan tertentu

3.3 Penguasaan Kemahiran

Pratulisan
- Dapat menggunakan kemahiran motor halus – memegang

pensil, menulis dengan arahan, menyambung titik-titik hingga
membentuk huruf, dapat menulis huruf atau perkataan dengan
baik
- Dapat menuliskan beberapa perkataan atau ayat-ayat mudah
- Dapat membaca ayat-ayat mudah

Prabacaan
- Dapat mengenal dan menyebut huruf atau nombor yang awal
- Dapat menyambungkan huruf menjadi perkataan
- Dapat membaca perkataan-perkatan mudah

10-16

Modul 10 Tajuk 3

Pranombor
- Dapat mengawal dan menyebut nombor 1 digit
- Dapat menyambungkan titik nombor

Mewarna
- Dapat mengenal warna-warna asas
- Dapat mempelbagaikan warna dalam aktiviti yang diberikan
- Mampu mewarnakan gambar dalam ruangan yang disediakan

3.4 Kemahiran Berkomunikasi

Berinteraksi dengan rakan
- Berinteraksi dalam keadaan yang menyeronokkan
- Tidak menimbulkan kemarahan kawan yang lain
- Bermain dengan kawan-kawan

Berinteraksi dengan guru
- Berinteraksi dalam keadaan yang menyeronokkan
- Tingkah laku tidak timbulkan kemarahan guru
- Dapat mengikut arahan-arahan yang diberikan
- Membantu guru di situasi-situasi yang tertentu

Penglibatan dengan aktiviti menyanyi

- Dapat sama-sama terlibat dalam aktiviti nyanyian
- Dapat menggayakan senikata dengan perbuatan
- Sama-sama menampakkan kegembiraan bersama kawan

3.5 Keyakinan diri

- Berani tampil ke hadapan untuk melibatkan diri dalam sesuatu
aktiviti

- Boleh membantu guru dan rakan tanpa diberi arahan
- Dapat melakukan sesuatu aktiviti dengan baik dan berkesan
- Sentiasa awal dan mendahului kawan-kawan yang lain
- Semangat berlumba-lumba dalam menyiapkan sesuatu aktiviti

3.6 Pemupukan nilai murni

x Sentiasa mengucapkan salam kepada guru-guru atau kawan- kawan
x Sentiasa mengucapkan terima kasih
x Menghormati harta kawan-kawan
x Bersalam dengan guru sewaktu sampai dan balik
x Tidak berebut-rebut ketika membeli barangan
x Berbaris dengan baik sewaktu di perhimpunan, ketika masuk
x kelas atau bergerak ke sesuatu tempat

10-17

Modul 10 Tajuk 3 Kemajuan Murid Dalam Pendekatan Tematik
3.7

Mengambil bahagian secara aktif

- mengikut arahan dari masa ke semasa
- cepat melakukan sesuatu aktiviti
- memberi sumbangan idea dan tenaga dalam aktiviti berkumpulan
- seronok dalam pembelajaran

Berani mencuba sesuatu
- tidak teragak-agak dalam sesuatu aktiviti
- terus melakukan sesuatu yang diminta

Menunjukkan minat ingin tahu
- selalu bertanya dalam kelas
- menggunakan masa lapang meninjau maklumat di sudut pembelajaran
- sering berbincang dan bertanya kawan

Mampu mencari maklumat sendiri
- sering melawat sudut-sudut pembelajaran
- selalu meneroka dengan deria
- tidak banyak membuang masa

Penerokaan melalui deria
- mengkaji dan meneroka menggunakan deria
- melihat, mendengar, merasa, menghidu dan menyentuh
- Mengambil bahagian secara aktif
- Berani mencuba sesuatu
- Menunjukkan minat ingin tahu
- Mampu mencari maklumat sendiri
- Penerokaan melalui deria

3.8 Perkembangan Sosio-Emosi

Bertanggungjawab di atas tingkah laku sendiri
- berani mengaku kesilapan / kesalahan
- sanggup meminta maaf
- sedia menerima teguran guru dan rakan

Bekerjasama dalam penyelesaian masalah
- bekerja dalam kumpulan
- bersetuju dengan keputusan bersama
- bersama menjalankan sesuatu tugasan

10-18

Modul 10 Tajuk 3

Mampu menghadapi konflik yang mudah
- tidak menganggu kawan
- boleh berbincang dengan guru
- mampu menegur tingkahlaku kawan
- sanggup membantu kawan

Mampu membuat keputusan sendiri
- tekun membuat aktiviti individu
- berani memohon kebenaran keluar kelas
- membuat aktiviti 3M dengan sendiri

Sentiasa nampak ceria dan gembira
- mudah senyum
- mudah ketawa
- aktif terkawal
- melibatkan diri dalam aktiviti kelas

4. Bahagian Fizikal Bilik Darjah (7 Item)

4.1 Lokasi bilik darjah

- Kedudukan bilik darjah yang sesuai - tidak jauh dari kelas lain,
tidak terlalu hampir dengan jalan, sungai atau pintu pagar
sekolah.

4.2 Keceriaan bilik darjah

- Kebersihan setiap sudut dan ruang
- Pemilihan warna-warna yang menarik
- Mempunyai langsir yang bersih dan menarik
- Pameran bahan-bahan hasil kerja murid
- Susunan bahan bantu mengajar di setiap sudut
- Kebersihan dan keceriaan kerusi meja yang menarik
- Mempunyai ruang untuk aktiviti-aktiviti kumpulan kecil
- Pandangan keseluruhan yang menarik dari sudut pandangan

kanak-kanak

4.3 Pemilihan dan susunan perabot

- Saiz kerusi meja dan perabot yang bersesuaian
- Bilangan kerusi meja dan perabot yang mencukupi
- Susunan kerusi meja ikut kumpulan
- Susunan perabot-perabot lain yang kemas dan teratur

10-19

Modul 10 Tajuk 3
4.4 Penggunaan ruang / sudut
- Mempunyai susunan sudut-sudut mata pelajaran yang teratur
- Ada ruang aktiviti bacaan individu
- Ada ruang untuk aktiviti kumpulan besar
- Ada sudut-sudut untuk aktiviti kumpulan kecil
- Penggunaan ruang atau sudut sepenuhnya
4.5 Keceriaan Luar Bilik Darjah
- Dinding luar yang bersih dan menarik
- Mempunyai rak kasut (jika murid diminta menanggalkan kasut
sebelum masuk ke kelas)
- Susunan kasut yang memudahkan murid untuk memakai dan
mengenali kasut merka
- Ada sudut bacaan atau aktiviti murid sewaktu rehat

4.6 Hasil Kerja Murid
- Terdapat hasil kerja murid dipamerkan di sudut-sudut matapelajaran
- Hasil kerja itu silih berganti

4.7 Ada Kesungguhan/ Kreativiti
- Secara keseluruhan nampak kesungguhan dan kreativiti dalam
pengurusan fizikal bilik darjah

10-20

MODUL 11
PERANCANGAN STRATEGIK :

PROGRAM TRANSISI

Tajuk Perkara
1 Sumber Kewangan

2 Sumber Tenaga

3 Perancangan Menyeluruh

4 Pelan Tindakan Utama

PERANCANGAN PROGRAM

Beberapa pertimbangan penting perlu diambil kira sebelum pelaksanaan Program Transisi secara
menyeluruh pada tahun 2001. Antara pertimbangan tersebut ialah dari aspek :

x Sumber Kewangan
x Sumber Tenaga
x Perancangan Menyeluruh
x Pelan Tindakan Utama

Tajuk 1

Sumber Kewangan
Pada peringkat awal, satu peruntukan khas telah disediakan untuk membiayai aktiviti-aktiviti
persiapan awal seperti mengadakan perbincangan dengan wakil-wakil Bahagian Kementerian
Pendidikan, Jabatan Pendidikan negeri, Guru-guru Besar, Guru-guru Tahun Satu, Guru-guru
Prasekolah dan pihak swasta bagi mendapatkan input-input yang diperlukan.
Ini diteruskan dengan mesyuarat pembinaan dan pemurniaan Manual dan Kit Program Transisi.
Sebelum manual dan kit ini disebarluaskan, dengan sumber kewangan yang ada, satu kajian rintis
terhadap enam buah sekolah telah dijalankan. Latihan khas juga diberikan kepada semua kakitangan
sumber peringkat negeri dan daerah sebelum pelaksanaan secara menyeluruh dijalankan pada awal
2001.
Untuk perancangan seterusnya, adalah diharapkan agar pihak Jabatan Pendidikan Negeri dapat
membuat perancangan awal dengan mengambil kira aktiviti Program Transisi ini dalam penyediaan
peruntukan latihan bagi setiap negeri untuk tahun-tahun seterusnya.
Begitu juga dengan pihak pengurusan sekolah diharapkan dapat menjadikan aktiviti Program Transisi
ini sebagai salah satu aktiviti dalam panitia mata pelajaran agar keperluan kewangan dan bahan-
bahan dapat disalurkan melalui peruntukan yang sedia ada.

11-1

Tajuk 2
Sumber Tenaga

Kejayaan pelaksanaan Program Transisi ini juga banyak bergantung kepada kepakaran sumber
tenaga di peringkat negeri, bahagian, daerah dan sekolah.
Dalam hal ini satu jaringan kumpulan tenaga pakar telah dibina untuk setiap peringkat yang
ditetapkan. Di peringkat negeri, seramai empat orang personalia yang terdiri daripada seorang
Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri, seorang Guru Besar, seorang Guru Penolong Kanan dan
seorang Guru Tahun Satu telah dilatih oleh Pusat Perkembangan Kurikulum selama lima hari empat
malam.
Adalah diharapkan selepas latihan yang diberikan pihak Jabatan Pendidikan negeri pula akan dapat
melatih kakitangan sumber mereka di peringkat bahagian, daerah dan sekolah masing-masing.
Dengan adanya jaringan kakitangan sumber ini, pelaksanaan dan pemantauan program akan dapat
dilaksanakan secara menyeluruh bagi mencapai matlamat yang diharapkan

11-2

Tajuk 3

Perancangan Menyeluruh
Perancangan yang menyeluruh oleh semua pihak yang terlibat dalam Program Transisi ini akan
memastikan program ini mencapai kejayaan yang diharapkan. Antara perancangan yang perlu diberi
perhatian ialah :

x Penglibatan jawatankuasa secara menyeluruh sama ada di peringkat negeri, bahagian,
daerah dan sekolah

x Komitmen dan kerjasama yang jitu antara pihak pengurusan sekolah dengan semua guru di
sesebuah sekolah

x Persediaan awal yang perlu dilakukan oleh semua guru Tahun Satu dan panitia mata
pelajaran yang terlibat

x Perancangan dan pelaksanaan yang teratur bagi setiap peringkat sama ada di peringkat awal
pelaksanaan, semasa Minggu Orientasi, semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
yang menjuruskan kepada pendekatan tematik, main sambil belajar dan bersepadu.

x Latihan dan peningkatan ilmu yang berterusan untuk semua kakitangan sumber di peringkat
negeri, bahagian, daerah dan sekolah

x Pemantauan yang berterusan untuk melihat keberkesanan dan mengesan kelemahan yang
ada

x Membudayakan setiap aktiviti yang dirancang agar ia sebati dengan kehidupan seharian
murid dan guru sama ada di dalam atau luar bilik darjah

11-3

Tajuk 4

Pelan Tindakan Utama
Bagi memastikan pelaksanaan program ini berjalan lancar, satu Pelan Tindakan Utama sangat
diperlukan agar keseragaman aktiviti dapat diteruskan. Setiap aktiviti dalam pelan ini perlu dirancang
mengikut peringkat yang telah ditetapkan seperti :
Peringkat Perancangan Awal
Antara tindakan yang perlu dilakukan ialah :

x Penubuhan jawatankuasa di peringkat negeri, bahagian, daerah dan sekolah
x Mesyuarat perancangan dan pelaksanaan program di peringkat negeri, bahagian, daerah dan

sekolah.
x Pemilihan guru Tahun Satu yang bersesuaian
x Mengadakan kursus perkembangan staff di peringkat sekolah
x Persediaan fizikal di bilik darjah
x Majlis pendaftaran murid dan aktiviti suaikenal
x Kerjasama dari pihak pengurusan Prasekolah
x Taklimat kepada ibu bapa murid yang akan masuk ke Tahun Satu

Aktiviti Di Minggu Orientasi
Aktiviti minggu pertama orientasi bertujuan untuk menggalakan murid-murid berinteraksi dan
berkenalan antara satu dengan lain di samping mengurangkan rasa malu dan segan di kalangan
mereka yang datang dari latarbelakang budaya dan sosio-ekonomi yang berbeza.
Aktiviti minggu kedua orientasi bertujuan untuk meningkat dan memupuk semangat kerjasama secara
kolaberatif di kalangan murid agar dapat menceriakan bilik darjah mereka sebelum proses pengajaran
dan pembelajaran bermula secara formal

11-4

Aktiviti Selepas Minggu Orientasi
Aktiviti selepas Minggu Orientasi bermula pada minggu ketiga bulan Januari hinggalah ke akhir bulan
Mac. Dalam masa ini proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa. Penekanan
hendaklah dijuruskan kepada aktiviti main sambil belajar, pengajaran bertema (tematik) dan
bersepadu.
Dalam masa yang sama aktiviti-aktiviti pranombor, pratulisan, prabacaan dan melukis turut diberikan
perhatian. Diharapkan melalui aktiviti yang dirancang akan dapat mengesan potensi dan kelemahan
murid dalam bidang-bidang tertentu.

Penilaian Program
Satu format borang penilaian telah direkabentuk bagi kegunaan semua personalia yang terlibat.
Format penilaian ini boleh digunakan dengan mudah oleh semua pegawai yang bertanggungjawab
dalam pemantauan program seperti Pegawai dari Kementerian, Jemaah Nazir, Jabatan Pendidikan
Negeri, Bahagian dan Daerah serta Pihak Pengurusan Sekolah.

11-5

PENGHARGAAN

Semua Bahagian
Kementerian Pendidikan Malaysia

Semua Jabatan Pendidikan Negeri

Semua Ahli Pasukan
Program Transisi Prasekolah Ke Tahun Satu

Unit Prasekolah
Pusat Perkembangan Kurikulum

Persatuan Tadika Malaysia

SEKOLAH CONTOH
Sekolah Kebangsaan Singkir, Bidong, Kedah
Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Jeram, Perak
Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh, Perak

SEKOLAH RINTIS
Sekolah Kebangsaan Seksyen 20, Shah Alam, Selangor
Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur, W. Persekutuan
Sekolah Kebangsaan Dato' Shah Bandar Abu Bakar, Negeri Sembilan
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Ranggon, Kerteh, Terengganu
Sekolah Kebangsaan Permatang Badak, Kuantan, Pahang
Sekolah Kebangsaan Jeram Mengkuang. Bidor, Perak

Juru Teknik Pusat Perkembangan Kurikulum
En.Che Azman Bin Yusuf
En.Hamzah Bin Isa

Juru Taip Pusat Perkembangan Kurikulum
En. Johari Md. Zain

Pn. Malizala Bt. Rahmat


Click to View FlipBook Version