The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Disertasi berjudul "Perkembangan Pentadbiran Selangor, 1874-1895", melihat perjalanan
dan perkembangan pentadbiran British di Selangor sepanjang tempoh yang dinyatakan.
Persoalan kajian disertasi ini melihat sejauh manakah reaksi golongan raja Selangor
terhadap perubahan yang dilaksanakan oleh British sepanjang tahun 1874-1895? Untuk
merungkaikan persoalan tersebut dengan menggunakan metodologi sejarah, penggunaan
sumber primer seperti Colonial Of
free
(CO), Minutes of Selangor State Council (MSC)
dan Selangor Secretariat Files (SSF) adalah penting dalam kajian ini. Kaedah analitikal
dan diskriptif digunakan dalam kajian ini bagi memenuhi ketetapan sesebuah disertasi.
Kesimpulan daripada kajian ini didapati golongan raja Selangor memberikan kerjasama
dan memainkan peranan mereka secara berperingkat-peringkat dalam perkembangan
pentadbiran Selangor (1874-1895). Namun begitu, penentangan oleh golongan raja
Selangor turut berlaku tetapi didapati tidak begitu ketara dan dapat diselesaikan dengan
baik. Dalam pada itu, penglibatan golongan raja Selangor adalah tunjang kepada
perkembangan pentadbiran Selangor (1874-1895). Kesimpulan ini dapat menyangkal para pengkaji terdahulu seperti E. Sadka, J. M. Gullick, R.
J. Wilkinson dan R. O. Winstedt yang tidak begitu menonjolkan penglibatan golongan raja Selangor dalam
pentadbiran British menyebabkan golongan ini seolah-olah tidak memainkan peranan dan
tidak memberikan sumbangan dalam perkembangan pentadbiran Selangor. Satu tafsiran
baru telah dilakukan untuk diperkenalkan dalam perkembangan dunia akademik.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Meja 1206, 2022-08-11 23:56:42

Perkembangan Pentadbiran Selangor 1874-1895

Disertasi berjudul "Perkembangan Pentadbiran Selangor, 1874-1895", melihat perjalanan
dan perkembangan pentadbiran British di Selangor sepanjang tempoh yang dinyatakan.
Persoalan kajian disertasi ini melihat sejauh manakah reaksi golongan raja Selangor
terhadap perubahan yang dilaksanakan oleh British sepanjang tahun 1874-1895? Untuk
merungkaikan persoalan tersebut dengan menggunakan metodologi sejarah, penggunaan
sumber primer seperti Colonial Of
free
(CO), Minutes of Selangor State Council (MSC)
dan Selangor Secretariat Files (SSF) adalah penting dalam kajian ini. Kaedah analitikal
dan diskriptif digunakan dalam kajian ini bagi memenuhi ketetapan sesebuah disertasi.
Kesimpulan daripada kajian ini didapati golongan raja Selangor memberikan kerjasama
dan memainkan peranan mereka secara berperingkat-peringkat dalam perkembangan
pentadbiran Selangor (1874-1895). Namun begitu, penentangan oleh golongan raja
Selangor turut berlaku tetapi didapati tidak begitu ketara dan dapat diselesaikan dengan
baik. Dalam pada itu, penglibatan golongan raja Selangor adalah tunjang kepada
perkembangan pentadbiran Selangor (1874-1895). Kesimpulan ini dapat menyangkal para pengkaji terdahulu seperti E. Sadka, J. M. Gullick, R.
J. Wilkinson dan R. O. Winstedt yang tidak begitu menonjolkan penglibatan golongan raja Selangor dalam
pentadbiran British menyebabkan golongan ini seolah-olah tidak memainkan peranan dan
tidak memberikan sumbangan dalam perkembangan pentadbiran Selangor. Satu tafsiran
baru telah dilakukan untuk diperkenalkan dalam perkembangan dunia akademik.

Keywords: pentadbiran,selangor,thesis,kertas kerja

PERKEMBANGAN PENTADBIRAN SELANGOR, 1874-1895

AHMAD FARHAN BIN ABDULLAH@ZAKARIA
AGB 080046

DISERTASI INI DISERAHKAN BAGI MEMENUHI KEPERLUAN
IJAZAH SARJANA SASTERA

JABATAN SEJARAH

I

FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL
UNIVERSITI MALAYA
2012

UNIVERSITI MALAYA
PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

Nama: AHMAD FARRAN BIN (No. K.P/Pasport: 851214-14-5703)

ABDULLAH@ZAKARIA

No. Pendaftaran/Matrik: AGB080046

Nama ljazah: IJAZAH SARJANA SASTERA

Tajuk Kertas Projek/Laporan Penyelidikan/Disertasi/Tesis ("Hasil Kerja ini"):

"PERKEMBANGAN PENTADBIRAN SELANGOR, 1874-1895"

Bidang Penyelidikan: SEJARAH MALAYSIA

Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa:

(1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini;

(2) Hasil Kerja ini adalah asli;
(3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah

dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa

petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana
hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan
secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulisnya
telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini;

(4) Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu

bahawa penghasilan Hasil Kerja ini m,elanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain;
(5) Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di dalam

hakcipta Hasil Kerja ini kepada Universiti Malaya ("UM") yang seterusnya mula dari
sekarang adalah tuan punya kepada hakcipta di dalam Hasil Kerja ini dan apa-apa
pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa juga cara
sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari UM;

(6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah

melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya,
saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana
yang diputuskan oleh UM.

Tandatangan Calon

Tarikh:

Nama DR. SUFFIAN MANSOR
Jawatan
Ketua

Jabatan Sejarah

Fakulti Sastera Dan Sains Sosial

Universiti Malaya

50603 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Dise1iasi be1judul "Perkembangan Pentadbiran Selangor, 1874-1895", melihat perjalanan
dan perkembangan pentadbiran British di Selangor sepanjang tempoh yang dinyatakan.
Persoalan kajian dise1iasi ini melihat sejauh manakah reaksi golongan raja Selangor
terhadap perubahan yang dilaksanakan oleh British sepanjang tahun 1874-1895? Untuk
merungkaikan persoalan tersebut dengan menggunakan metodologi sejarah, penggunaan
sumber primer sepe1ii Colonial Office (CO), Minutes of Selangor State Council (MSC)
dan Selangor Secretariat Files (SSF) adalah penting dalam kajian ini. Kaedah analitikal
dan diskriptif digunakan dalam kajian ini bagi memenuhi ketetapan sesebuah disertasi.
Kesimpulan daripada kajian ini didapati golongan raja Selangor memberikan kerjasama
dan memainkan peranan mereka secara berperingkat-peringkat dalam perkembangan
pentadbiran Selangor (1874-1895). Namun begitu, penentangan oleh golongan raja
Selangor turut berlaku tetapi didapati tidak begitu ketara dan dapat diselesaikan dengan
baik. Dalam pada itu, penglibatan golongan raja Selangor adalah tunjang kepada
perkembangan pentadbiran Selangor (1874-1895). Kesimpulan ini dapat menyangkal
para pengkaji terdahulu seperti E. Sadka, J. M. Gullick, R. J. Wilkinson dan R. 0.
Winstedt yang tidak begitu menonjolkan penglibatan golongan raja Selangor dalam
pentadbiran British menyebabkan golongan ini seolah-olah lidak memainkan peranan dan
tidak memberikan sumbangan dalam perkembangan pentadbiran Selangor. Satu tafsiran
baru telah dilakukan untuk diperkenalkan dalam perkembangan dunia akademik.

ABSTRACT

This dissertation titled "Development of the Administration of Selangor, 1874-1895",
traces the evolution and development of British administration in Selangor in the period
stated. The disse1iation seeks to answer the question of the reaction of the Selangor
royalty to changes brought about by the British during 1874-1895? To answer this
question using the historical methodology, use of primary sources such as Colonial
Office (CO), Minutes of Selangor State Council (MSC), and Selangor Secretariat Files
(SSF) is important to this study. An analytical and description method is used in this
study to fulfil the requirement of a disse1iation. This study found the Selangor royal
family provided cooperation and gradually fulfilled their role in the development of
Selangor administration ( 1874-1895). Opposition did occur among the Selangor royalty,
but it was not substantial and was amicably settled. It seems the involvement of the
Selangor royalty served as backbone of the development of Selangor administration
(1874-1895). This finding challenges views of previous scholars such as E. Sadka, J. M.
Gullick, R. J. Wilkinson, and R. 0. Winstedt that do not highlight the role of the Selangor
royalty in British administration, as if this group did not contribute to the development of
Selangor administration. A new interpretation is put forward to be introduced in the
development of academia.

PENGHARGAAN
Dise1iasi berjudul "Perkembangan Pentadbiran Selangor, 1874-1895" ini adalah salah
satu pe1jalanan kehidupan yang perlu diketahui dan pelbagai usaha telah dijalankan untuk
menyiapkan dise1iasi ini. Sebagai seorang manusia yang dicipta oleh Allah
Subhanawataala (S. W. T.), perkara yang paling penting dan mustahak untuk saya adalah
mengucapkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada-Nya. Allah S. W. T. memberikan
rezeki dan pertolongan yang tidak terhingga untuk rnenyiapkan disertasi ini. Begitu juga,
Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wa Salam (S. A. W.) yang mendoakan umat baginda
supaya memohon pertolongan daripada Allah S. W. T. untuk sentiasa berjaya dalam
kehidupan seharian kita. Sokongan dan dorongan oleh kedua ibu bapa, adik-beradik,
pasangan hidup, penyelia dise1iasi, Ketua Jabatan Sejarah, Dekan Fakulti Sastera dan
Sains Sosial, kawan-kawan dan Pegawai-pegawai di Arkib Negara, Public Record Ofif ce
(PRO), Perpustakaan Universiti Malaya, Perpustakaan Universiti Kebangsaan Singapura
(NUS) dan Institute ofSoutheast Asian Studies (ISEAS) turut memainkan peranan dalam
menyiapkan disertasi ini.

Saya amat be1ierima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu Abdullah Zakaria bin
Ghazali dan Wan Mastura binti Wan Napi kerana memberikan sokongan dan dorongan
yang tidak terhingga kepada saya. Tanpa mereka, dise1iasi ini tidak dapat disiapkan
dengan baik. Bapa saya telah memberikan tunjuk ajar dengan begitu banyak. Di samping
itu, beliau turut memberikan sumbangan kewangan yang tidak terhingga serta sokongan
beliau kepada saya amat dihargai. Begitu juga dengan ibu saya, turut memberikan
dorongan dan sokongan supaya disertasi ini dapat disiapkan. Adik-beradik saya: Ahmad

iii

Fadhli, Ahmad Syafiq, Ahmad Syauqi, Afiqah Najihah, Athirah Nabihah dan Amirah
Nabilah, turut memberikan sokongan dan dorongan kepada saya. Pasangan hidup saya,
Shahirah binti Mu taffa, yang banyak memberikan kekuatan, dorongan dan sokongan
kepada saya untuk menyiapkan dise1iasi ini yang mengharnngi pelbagai cabaran, dugaan
dan liku-liku kehidupan.

Dr. Ahmad Kamal Ariffin bin Mohd. Rus (Dr. Kamal), Penyelia Disertasi saya,
memberikan tunjuk ajar, sokongan dan dorongan kepada saya. Segala penat lelah dan
tungkus lumu yang dilakukan olehDr. Kamal s panjang pengajian amat dihargai. Begitu
juga, Puan Nurhannah binti Ahmad Zainy (Kak Hana), isteri Dr. Kamal, turut
memberikan sokongan dan dorongan supaya disertasi ini dapat disiapkan. Saya h1rut
rnengucapkan terima ka ih kepada pensyarah-pensyarah di Jabatan Sejarah Universiti
Malaya yang membe1ikan tunjuk ajar dalarn 'Candidature Defence dan juga melalui
perbincangan ecara peribadi. Jasa dan sumbangan yang diberikan olehDr. Zulkanain bin
Abdul Rahman adalah amat dihargai kerana beliau memberikan peluang kepada saya
untuk mengetahui 'dunia yang penuh disimpan dengan rekod-rekod ber ejarah' iaitu di
PRO, Kew Garden London England. Saya turut mengucapkan terima kasih kepada
Ketua-ketua Jabatan sepanjang pengajian saya iaitu Dr. Zulkanain, Dr. Arba'iyah binti
Mohd Noor ( PemangkuKetua danKetua),Dr. Kamal ( PemangkuKetua) danDr. Suffian
Mansor kerana memberikan kerjasama dalam menjalankan urusan pembelajaran di
Jabatan Sejarah. Begitu juga dengan ProfesorDato' Dr. Mohammad Redzuan Othman,
Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, kerana meluluskan biasiswa, geran dan sumber
kewangan untuk kemudahan dan kegunaan seseorang pelajar Saijana. Tidak lupa juga,

iv

rakan-rakan sepe1juangan yang mendaftar sebagai pelajar Sarjana, yang sudah siap atau
dalam pro es penyiapan. Pegawai-pegawai di Arkib Negara Malaysia dan cawangan-
cawanga1mya, PRO, Perpustakaan Universiti Malaya, Perpustakaan NUS dan ISEAS
turut membantu dan memberikan sw11bangan kepada saya.

Terima kasih saya ucapkan dan jasa kalian semua amat dihargai.
Ahmad Farhan bin Abdullah@Zakaria
Jabatan Sejarah
Fakulti Sastera dan Sains Sosial
Universiti Malaya
25 September 2012

v

I Si KANDUNGAN

ABSTRAK HAL AMAN

i

ABSTRACT II

PENGHARGAAN Ill

SENARAI JADUAL Vlll

SINGK ATAN K ATA x

PENGENAL AN 1
2
Pendahuluan 3
PersoalanKajian 3
ObjektifKajian 4
SkopKajian 9
Kajian Lepas 10
MetodologiKajian
Struktur Bab

BAB l L ATAR BEL AK ANG, 1262-1874

Pendahuluan 14

Kerajaan, Sultan, Pembesar dan 15
18
Perajaan Sepintas Lalu 19
25
Sungai-sungai di Selangor Sepintas Lalu 32
Sebelum PentadbiranDiraja Selangor 1262-1766 39
PentadbiranDiraja Selangor, 1766-1874
49
Sultan Salehuddin, 1766-1782: Tahap Permulaan 85
Sultan Ibrahim 1782-1826: Tahap Pengukuhan
Sultan Muhammad, 1826-1857 dan
Sultan Abdul Samad, 1857-1874: TahapKukuh
Kesimpulan

BAB2 PENTADBIRAN RESIDEN BRITISH, 1874-1895

Pendahuluan 87
88
Perkembangan Pentadbiran Residen Sepintas Lalu,
1874-1895 l 09
132
Pentadbiran British di Selangor, 1874-1895 149
J. G.Davidson, 1874-1875, dan W. B.Douglas,
1875-1882: Tahap Permulaan
F. A. Swettenham, 1882-1889: Tahap Pengukuhan
W. E. Maxwell, 1889-1892, dan W. H. Treacher
1892-1896: TahapKukuh

vi

Kesimpulan 170

BAB3 PENTADBIRAN MAJL IS MESYUARAT 171
172
N EGERI, 1877-1895
188
Pendahuluan 198
Perkembangan Pentadbiran Majlis Mesyuarat Negeri 218
Selangor Sepintas Lalu, 1874-1895 228
Pentadbiran British di Selangor, 1874-1895
230
Perjalanan Majlis Mesyuarat Negeri Selangor, 231
1877-1882: Tahap Pennulaan 237
Perjalanan Majlis Mesyuarat Negeri Selangor, 245
1882-1889: Tahap Pengukuhan 277
Pe1jalanan Majlis Mesyuarat Negeri Selangor, 318
1889-1895: TahapKukuh
Kesimpulan 320
321
BAB4 PEN TADBIRAN JABATAN , 1875-1895 333
345
Pendahuluan 364
Perkembangan Pentadbiran Jabatan 380
Sepintas Lalu, 1874-1895 382
Pentadbiran British di Sclangor, 1874-1895 387
407
Pentadbiran Jabatan, 1875-1882: Tahap Permulaan
Pentadbiran Jabatan, 1882-1889: Tahap Pengukuhan
Pentadbiran Jabatan, 1889-1895: TahapKukuh

Kesimpulan

BABS PENTADBIRAN DAERAH, 1875-1895

Pendahuluan
Perkembangan PentadbiranDaerah
Sepintas Lalu, 1874-1895
Pentadbiran British di Selangor, 1874-1895

PentadbiranDaerah, 1875-1882: Tahap Permulaan
PentadbiranDaerah, 1882-1889: Tahap Pengukuhan
PentadbiranDaerah 1889-1895: TahapKukuh

Kesimpulan

K ESIMPUL AN

BIBL IOGRAFI

L AMPIRAN

vii

SENARAI JADUAL HAL AMAN
27
TAJUK JADUAL 31
92
Jadual 1: Kedudukan Hierarki GelaranDirajaDalam 143
PentadbiranDiraja Selangor
. 190
Jadual 2: Orang BesarDaerah Selangor, 1766-1874 204
215
Jadual 3: Kedudukan Hiera.rki Pentadbiran British 227
di Negeri-negeri Melayu Lindungan British, 1875-1895 228
236
Jadual 4: Keputusan Pengundian Raja Muda Selangor 243

Jadual 5: Bayaran Gedung Raja AbdullahDan Elaun 249
Kepada Putera-puteranya 250
251
Jadual 6: Kerabat Raja Selangor YangDilantik Sebagai
Penghulu Mukim YangDitetapkan

Jadual 7: ElaunKerabat Raja Selangor Pacla Tahun
1886 dan 1887

Jadual 8: Peningkatan ElaunKerabat Raja Selangor

Jadual 9: Peningkatan Elaun Raja Abdul RahmanDan
Abang-abangnya

Jadual l 0: Hierarki Organisasi Pentadbiran JabatanDalarn
Pentadbiran Selangor, 1875-1895

Jadual 11: Perkembangan Bijih Timah YangDieskpo1i
Daripada Selangor (1878-1882)

Jadual 12: Jumlah Pemajakan, Perjanjian Pemajakan,
Sijil Hak Milik, Gadai JanjiDan Tanah Pindah Untuk
Pe1ianian, PernbangunanDan Lain-lainDi Selangor Pada
Tahun 1883

Jadual 13: Jumlah Pemajakan, LesenDanKonsesi
PerlombonganDi Selangor Pada Tahun 1883

Jadual 14: PerkembanganKeluasan Ekar Pe1ianian
Di Selangor (1883-1889)

viii

Jadual 15: Perkembangan Pikul Bijih Timah Yang 254
268
Dieksport Daripada Kuala Lumpur, Hulu Selangor 268
273
Dan Hulu Langat (1883- 1889) 280
285
.Tadual 16: Bilangan Pesakit Yang Dirawat Di Setiap 289
Ho pita! Di Selangor ( 1883-1889) 304
305
.Tadual 17: Bilangan Pesakit Yang Mendapat Rawatan Di 306
Di pensari Selangor ( 1886- 1889) 309
310
Jadual 18: Perkembangan Ahli-ahli Jabatan Polis Dari
Tahun 1883 Hingga 1888

.Tadual 19: .Jumlah Geran Dan Sijil Hak Milik Tanah
Pada Tahun 1893

Jadual 20: Hasil Pendapatan Jabatan Perlombongan
Pada Tahun 1895

.Tadual 2 1: Paip-paip Yang Terdapat Di Selangor Pada Tahun 1894

.Tadual 22: Peke1ja-peke1ja Dalam Jabatan Ke ihatan
Di Selangor Pada Tahun 1890

Jadual 23: Bilangan Pesakit Yang Dirawat Di Setiap Hospital
Di Selangor Sepanjang Tahun 1889-1895

.Jadual 24: Bilangan Pesakit Yang Dirawat Di Dispensari
Selangor Sepanjang tahun 1889- 1895

Jadual 25: Ahli-ahli Dalam .Jabatan Polis (1889- 1895)

Jadual 26: Polis Selangor Yang Dihantar Ke Pahang
Pada Bulan Disember 1891

ix

c. SINGKATAN KATA
co
Sessional and Parliamentary Papers by Command
DO Colonial Office
DYMM Dominion Office
FO Duli Yang Maha Mulia
GLRC Foreign Office
GMLO Governor: Letters to Resident Councillor
INF Governor: Miscellaneous Letters Out
JAS Infonnation Office
JIAEA The Journal ofAsian Studies
JMBRAS Journal ofthe Indian Archipelago and Eastern Asia
Journal of the Malay ian Branch of the Royal Asiatic
JPM Society
JRAS Jabatan Perdana Menteri
JSBRAS Journal ofthe Royal Asiatic Society
JSEAH Journal ofthe Straits Branch ofthe Royal A iatic Society
KL Journal ofSoutheast Asian History
KS Kuala Lumpur
KSF Kuala Selangor
LFNR Kedah Secretariat Files
LGT Letters from Native Rulers
LK Langat (Kuala)
LKHL Lembaga Kesihatan
LK H S Lembaga Kesihatan Hulu Langat
LKK Lembaga Kesihatan Hulu Selangor
LKKL Lembaga Kesihatan Klang
LTNR Lembaga Kesihatan Kuala Lumpur
MAS Letters to Native Rulers
MBRAS Modern Asian Studies
MHCFMRIUY 1674 Malaysian Branch ofthe Royal Asiatic Society
Materials for a History of the Company Factory at
MHCO
MISC Macassar from the Year 16 13 to 1667 with Some Resulting
MMNSMBLN Incidents Until the Year 1674
MMNSU
MMNPHG Malaya High Commissioner Office
M MNPRK Miscellaneous
MMNS Majlis Mesyuarat Negeri Sembilan
MS Majlis Mesyuarat Negeri Sungai Ujong
MSC Majlis Mesyuarat Negeri Pahang
NNM Majlis Mesyuarat Negeri Perak
NNMB Majlis Mesyuarat Negeri Selangor
NNMLB Manuskrip
Minutes of State Council
Negeri-negeri Melayu
Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Negeri-negeri Melayu Lindungan British

x

NNS Negeri-negeri Selat
NSSF Negeri Sembilan Secretariat Files
OBD Orang Besar Daerah
OBES Orang Besar Empat Suku
PC Penang Consultations
PDBP Pejabat Daerah Batang Padang
PDUL Pejabat Daerah Ulu (Hulu) Langat
PLTL Penang: Letters to London
pp Pe1janjian dan Persetiaan
Pejabat Perbendaharaan Negeri Selangor
PPNS Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Selangor
PPUNS Pejabat Sultan Negeri Johor
PSNJ Pejabat Sultan Negeri Kedah
PSNK Pejabat Sultan Negeri Perlis
PSNPRLS Pejabat Sultan Negeri Selangor
PSNS Pejabat Tanah Jajahan London
PT.TL Pejabat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
PYDPNS Public Work of Department
PWD Syarikat Hindia Timur Belanda
SHTB Syarikat Hindia Timur Inggeris
SHTI Surat Persendirian
SP Selangor Secretariat Files
SSF Straits Settlements Factory Records
SSFR Straits Settlements Records
SSR Semenanjung Tanah Melayu
STM The Burney Papers
TBP The Crawfurd Papers
TCF The Selangor Jow-nal
TSJ
us Ulu (Hulu) Selangor
Vereenigde Oost-Indische Compagnie
voe Warta Kerajaan Negeri-negeri Selat
Warta Kerajaan Negeri Selangor
WKNNS War Office
WKNS
WO

xi

PENG EN ALAN
Pendahuluan

Bermula bulan Oktober 1874, British menempatkan Residen dan Penolong Residen di
Selangor. Bermulanya pada tarikh itu, Residen memainkan peranan yang penting dalam
perkembangan pentadbiran Selangor sepanjang tahun 1874 hingga 1895. Namun begitu,
penglibatan golongan raja Selangor; Sultan, Raja Muda, Tengku Panglima Besar dan
kerabat raja Selangor turut diambil kira kerana mereka memainkan peranan penting dan
memberikan sumbangan yang begitu menggalakkan dalam perkembangan pentadbiran
Selangor (1874-1895).

Sepanjang tahun 1874 hingga 1895, Residcn memperkenalkan Majlis Mesyuarat
Negeri Selangor (MMNS) (1877), Jabatan-jabatan kerajaan (1875) dan Pegawai Daerah·
Pemungut Cukai (1875) dan Penghulu (1875) dalam pentadbiran Selangor. Pentadbiran
Residen, MMNS dan Jabatan-jabatan kerajaan mewakili peringkat pusat manakala
Pegawai Daerah mewakili peringkat daerah. Kebanyakan golongan raja Selangor yang
dipilih dan layak dilantik sebagai ahli MMNS Penghulu dan berkhidmat dalam Jabatan­
jabatan kerajaan. Mereka diiktiraf sebagai Pegawai Kerajaan dalam pentadbiran
Selangor. Penglibatan golongan raja Selangor didapati mengalami beberapa ta.hap kerana
mereka berada dalam proses menyesuaikan diri dalam pentadbiran yang dibentuk ol h
British sepanjang tahun 1874-1895.

Untuk meneliti disertasi be1judul "Perkembangan Pentadbiran Selangor 1874-
1895", satu persoalan kajian telah dikemukakan. Berikutan itu, tiga obj ktif kajian

1

dinyatakan untuk merungkai persoalan tersebut. Dalam pada itu, skop kajian, ulasan
literatur, metodologi kajian dan struktur bab akan dijelaskan dan dinyatakan untuk
memperkemaskan serta memperkukuhkan jawapan yang akan dirungkaikan berdasarkan
persoalan kajian.

Persoalan Kajian

Persoalan utama yang menjadi fokus kajian ini ialah melihat sejauh manakah reaksi
golongan raja Selangor terhadap perubalrnn yang dilaksanakan oleh British sepanjang

tahun 1874 hingga 1895? Persoalan ini dipilih kerana ingin meneliti reaksi golongan raja

Selangor: Sultan; Raja Muda; Tengku Panglima Besar; dan kerabat raja Selangor sama
ada ber ifat positif atau sebaliknya dalam perkembangan pentadbiran Selangor. Selain
itu, kajian ini merungkai sama ada golongan raja Selangor memainkan peranan yang
penting dalam pentadbiran Selangor atau boneka semata-mata. Sumbangan golongan raja

elangor h1rut dirungkaikan sama ada mereka mernberikan kerjasarna atau sebaliknya.

Golongan raja SeJangor dibahagikan kepada dua nasab: nasab bapa; dan nasab
ibu. Golongan raja Selangor menerusi nasab bapa adalah keturunan da1ipada Sultan
Salehuddin, Sultan Selangor pertama. Misalnya, susur galur Sultan Abdul Samad adalah
daripada Tengku Panglima Besar Raja Abdullah bin Sultan Ibrahim bin Sultan
Salehuddin. Golongan raja Selangor menerusi na ab ibu puJa adalah keturunan daripada
kerabat raja Riau atau kerabat raja lain (Perak, Sungai Ujong, Kedah dan Inderagiri) yang
berkahwin dengan anak perempuan daripada susur galur Sultan SaJehuddin. MisaJnya,

2

Raja Bot daripada keturunan Raja Jumaat, kerabat raja Riau, yang berkahwin dengan
Raja Senai, puteri Sultan Muhammad, Sultan Selangor ketiga.

Objektif Kajian
Bagi menjawab persoalan yang dikemukakan, kajian ini difokuskan kepada tiga objektif.
Objektif pertama adalah meneliti peranan yang dimainkan oleh Residen British Selangor.
Objektif kedua adalah mengkaji pe1jalanan pentadbiran Selangor dalam M MNS, jabatan­
jabatan kerajaan dan pentadbiran daerah. Objektif ketiga adalah mengenal pasti golongan
raja Selangor yang terdiri daripada Sultan, Raja Muda, Tengku Panglima Besar dan
kerabat raja Selangor terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perkembangan
pentadbiran Selangor.

Skop Kajian
kop kajian dise11asi ini dimulakan pada tahun 1874 dan diakhiri pada tahun 1895.

British menempatkan Residen dan Penolong Residen di Selangor pada bulan Oktober
1874. Bennula pada tarikh itu, Residen memainkan peranan dalam perkembangan
pentadbiran Selangor. Pada rnasa yang sama, Selangor dikenali sebagai Negeri-negeri
Melayu Lindungan B1itish (NNMLB). Rujukan ini diberikan kerana British mempunyai
hubungan dengan Selangor berdasarkan perkhidmatan Residen untuk bekerjasama
dengan golongan raja Selangor dalam membangunkan nege1i ini berasaskan aspek
politik, ekonomi dan sosial. Disertasi ini diakhiri pada bulan Jun 1895 kerana pada bulan
ini Selangor dimasukkan ke dalam Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) yang
dikuatkuasakan pada bulan Julai 1896.

3

Kajian Lepas

Ulasan Literatur diperlukan untuk mengukuhkan, menambah baikkan dan menyangkal
fakta-fakta yang dinyatakan dalam karya-karya yang berautoriti terutamanya dalam
bidang pentadbiran British di Negeri-negeri Melayu (NNM), campur tangan British
dalam pentadbiran NNM dan sejarah negeri Selangor. Bidang-bidang ini mempunyai
kaitan yang rapat denga.n disertasi berjudul "Perkembangan Pentadbiran Selangor, 1874-
1895". Antara tokoh yang terkemuka dalam bida.ng pentadbiran British di NNM adalah
E. Sadka dan J. M. Gullick. Selai.n menulis dalam pentadbiran British di NNM, Gullick
turut menulis karya-karya yang berautoriti mengenai sejarah .negeri Selangor. Untuk
bidang campur ta.ngan British dalam pentadbiran NNM, antara tokoh yang terkemuka
adalah C. D. Cowan, C. N. Parkinson, Khoo Kay Kim, N. Tarling dan K. G. Tregon.ning.

Emily Sadka, The Protected Malay States, 1874-1895, Kuala Lumpur: University
of Malaya Press, 1968, membincangkan perjalanan dan perkembangan pentadbiran
British di NNMLB iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang sepanjang tempoh
1874 hingga 1895. Tulisan Sadka merupakan tunjang utama disertasi ini. Sadka
menjelaskan dengan begitu terperinci mengenai pentadbiran di NNMLB yang dijalankan
oleh Pegawai British terutamanya daJam pentadbiran Residen, Majlis Mesyuarat Negeri
dan daerah. Namun begitu, karya Sadka didapati mempunyai kemusykilan yang perlu
dirungkaikan dan dinyatakan kerana beliau tidak menonjolkan p nglibatan golongan raja
khususnya dalam perkembangan pentadbiran Selangor.

4

Tulisan Sadka seolah-olah menunjukkan bahawa penglibatan golongan raJa
khususnya Selangor tidak memainkan peranan dalam pentadbiran Selangor. Hak.ikatnya,
berdasarkan sumber-sumber p1imer seperti Colonial Ofif ce (CO), Minutes of State
Council (MSC) dan Selangor Secretariat Files (SSF), golongan raja Selangor didapati
memainkan peranan yang amat penting dalan1 perkembangan pentadbiran Selangor
( 1874- 1895). Penglibatan golongan raja Selangor dapat dilihat dan diteliti terutamanya
dalam pentadbiran MMNS, Jabatan-jabatan dan daerah. Mereka menyampaikan pendapat
dalan1 MMNS, memainkan peranan dan memberikan sw11bangan dalam perkhidmatan
Jabatan-jabatan terutamanya dalam Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Tanah. Dalam pada
itu, penglibatan mereka sebagai Penghulu di mukim yang ditetapkan adalah paling
menggalakkan dan memberangsangkan. Tidak dilupakan juga, golongan raja Selangor
turut terlibat dalam Lembaga Kesihatan di Kuala Lumpur (LKKL), Klang (LKK) dan
Hulu Langat (LKHL) ( 1890- 1895).

J. M. Gullick, A Hi tory of Selangor 1766-1939, Kuala Lumpur: Falcon Press
Sdn. Bhd., 1992 rn mbincangkan perkembangan pentadbiran diraja Selangor daripada
bermulanya Kesultanan Selangor pada tahun 1766 hingga tempoh akhir pentadbiran
British sebelum dikuasai oleh Jepun pada tahun 194 1. Gullick membincangkan peranan
Sultan Selangor dalam mentadbir kerajaan masing-masing dengan baik dan teratur.
Gullick turut membincangkan mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di Selangor
yang berkait rapat dengan kerabat raja Selangor seperti Perang Klang, Perlanunan dan
kemerosotan ekonomi. Namun begitu, Gullick tidak begitu menonjolkan penglibatan
golongan raja Selangor dalam pentadbiran British di sini. Gullick turut tidak menonjolkan

5

pentadbiran British seperti mana Sadka tonjolkan dalam tulisannya berjudul The

Protected Malay States 1874-1895.

Sepatutnya, Gullick perlu menggarap dengan teliti mengenai jawatan ahli MMNS
dan Penghulu yang dipegang oleh kerabat raja Selangor tetapi beliau tidak berbuat
demikian. Pendapat ini dinyatakan kerana golongan raja Selangor banyak memainkan
peranan dan memberikan sumbangan yang begitu memberangsangkan dari semasa ke
semasa terutamanya dalam MMNS, LKKL, LKHL dan Penghulu. Selajn itu, Gullick
berpendapat bahawa pentadbiran diraja Selangor adalah lemah sejak pentadbiran Sultan
Muhammad dan diteruskan oleh Sultan Abdul Samad. Pendapat ini dituliskan dalam
tulisan J. M. Gullick, s; tern Po/it;k Bum;putera Tanah Melayu Baral, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972.

Pendapat ini turut dinyatakan oleh pengkaji-pengkaji lain iaitu R. 0. Winstedt, "A
History of Selangor", Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society,
Singapore: Printers Limited, Vol. 7, Part 3, October 1934 dan R. J., Wilkinson, A History
ofthe Peninsular Malays with Chapter on Perak & Selangor, Singapore: Kelly & Walsh
Limited, 1923. Namun begitu, pendapat mereka didapati tidak begitu tepat dan
mempunyai kemusykilan kerana dalam rekod-rekod sumber primer mencatatkan
golongan raja Selangor memainkan peranan yang penting dalam pentadbiran diraja
Selangor mahupun pentadbiran British di Selangor (walaupun mereka melihat daripada
konteks yang berbeza). Di samping itu, golongan raja Selangor turut memberikan
sumbangan yang begitu memberangsangkan dari semasa ke semasa. Oleh itu, pentadbiran

6

lernah yang dikatakan oleh rnereka tidak sesuai digunakan kerana pentadbiran diraja
Selangor mernpunyai pentadbiran yang sisternatik dan teratur.

J. M. Gullick, Rulers and Resident: Inlf uence and Power in the Malay States,
1870-1920, Singapore: Oxford University Press, 1992, rnernbincangkan perjalanan
carnpur tangan British dalarn politik NNM sehingga berjaya rnenempatkan Residen
B1itish. Kemudiannya, British be1jaya mempengaruhi dan menguasai politik, ekonomi
serta sosial di NNM untuk mendapatkan kepentingan ekonorni yang menguntungkan
terutan1anya dalam perdagangan bijih timah. Dalam pada itu, Residen bertindak
mengadakan hubungan dengan pemerintah-pemerintah NNM untuk menjalankan dasar
British dengan baik sehingga tahun 1920 di mana pada ta.bun ini Perang Dunia Pertama
telah ta.mat.

Gullick membincangkan tulisan ini dengan begitu baik, kemas dan teliti. Na.mun
begitu, tulisan ini dapat dipersoalkan kerana Gullick tidak begitu menonjolkan
penglibatan golongan raja khususnya Selangor. Kemusykilan tulisan Gullick ini adalah
sama seperti mana tulisan Sadka. Hakikatnya, golongan raja dan pemerintah-pemerintah
NNM yang menjayakan pentadbiran British dengan memberikan kerjasama yang baik
demi menjaga hubungan antara satu sama lain. Di samping itu dapat membangunkan
politik, ekonomi dan sosial di negeri masing-masing.

C. D. Cowan, Nineteenth-century Malaya: The Origins of British Political
Control, London: Oxford University Press, 1962, membincangkan penglibatan British

7

terhadap politik di NNM sehingga berjaya menempatkan Residen British pertama di
Perak (1874), Selangor ( 1874) dan Sungai Ujong (1875). Cowan menyimpulkan bahawa
British menjalankan dasar campur tangan kerana mereka takut kehadiran kuasa Eropah
lain seperti Jemrnn menguasai NNM di Semenanjung Tanah Melayu (STM). Pendapat ini
berbeza dengan tulisan C. N. Parkinson, British Intervention in Malaya 1867-1877,
Singapore: University of Malaya, 1960, yang turut membincangkan perkara utama seperti
Cowan. Namun begitu, Parkinson menyimpulkan bahawa British menjalankan dasar
campur tangan kerana mereka berha rat menyelesaikan dan memulihkan keadaan anarki
yang berlaku di Perak, Selangor dan Sungai Ujong.

Sekiranya, pandangan Cowan dan Parkinson digabungkan, perkataan 'Ekonomi"
akan terbentuk kerana kedua-dua pendapat ini bertujuan untuk mendapatkan kepentingan
ekonomi di NNM terutamanya dalam perdagangan bijih timah. Oleh itu, British
menjalankan dasar campur tangan terhadap NNM demj menjaga kepentingan ekonomi
mereka daripada dijejaskan atau dikuasai oleh kuasa Eropah barat yang lain. Pandangan
mengenai ekonomi telah disokongkan oleh pengkaji-pengkaji tersohor seperti Khoo Kay
Kim, "The Origin of British Administration in Malaya'', Journal ofthe Malaysian Branch
of the Royal Asiatic Society (JMBRAS) Singapore: Malaysian Branch of the Asiatic
Society (MBRAS), Vol. 39, Part 1, 1966, N. Tarling, 'B1itish Policy in the Malay
Peninsula and Archipelago 1824-1871'·, JMBRAS, Singapore: MBRAS, Vol. 30, P art 3
1957 dan K. G. Tregonning, A HistOJy of Modern Malaya, London: Eastern Universities
Press Ltd. , 1964.

8

Metodologi Kajian
Metodologi kajian dise11asi ini bersifat sejarah dan sumber-sumber primer adalah amat
penting untuk dibincangkan serta dinyatakan dalam disertasi ini. Disertasi ini
menggunakan kaedah kronologi kerana berdasarkan tajuk disertasi yang berjudul
"Perkembangan Pentadbiran Selangor, 1874-1895". Dengan merujuk tajuk disertasi ini,
tiga tahap dikemukakan untuk dijadikan struktur kajian supaya Jawapan yang
dirungkaikan bersesuaian dengan persoalan yang ditetapkan. Tahap-tahap ini adalah
Tahap Permulaan Pentadbiran British di Selangor, 1874-1882, Tahap Pengukuhan
Pentadbiran British di Selangor, 1882-1889, dan Tahap Kukuh Pentadbiran British di
Selangor, 1889-1895. Untuk melihat tahap-tahap ini secara terperinci, dua pendekatan
digunakan iaitu pendekatan pentadbiran peringkat pusat dan pendekatan pentadbiran
peringkat daerah.

Sumber-sumber primer yang digunakan untuk merungkaikan persoalan "sejauh
manakah reaksi golongan raja Selangor terhadap perubahan yang dilaksanakan oleh
British sepanjang tahun 1874-1895?" adalah menerusi rekod-rekod rasmi British seperti
Colonial Office (CO), Selangor Secretariat File (SSF), Foreign Office (FO), Dominion
Office (DO), War Office (WO), Cabinet Papers (CAB), Information Office (INF), Pejabat
Daerah Hulu Langat (PDHL), Pejabat Daerah Batang Padang (PDBP), Minutes of
Selangor Council (MSC), Strait Settlements Records (SSR), Straits Settlements Factory
Records (SSFR), Parliamentary Papers, Negeri Sembilan Secretariat Files (NSSF),
Kedah Secretarial Files (KSF), Kelantan Secretariat Files (KLTNSF) dan Malaya High
Commissioner Ofif ce (MHCO). Rekod-rekod ini boleh didapatkan di Arkib Negara

9

Malaysia di Kuala Lumpur, Public Record Ofif ce (PRO) di London, Perpustakaan
Universiti Malaya di Kuala Lumpur, Perpustakaan Universiti Kebangsaan Singapura
(NUS) di Singapura dan Institute ofSoutheast Asian Studies (ISEAS) di Singapura.

Rekod-rekod primer lain turut boleh dilihat seperti yang terdapat dalam Pejabat
Sultan Negeri Selangor (PSNS), Pejabat Sultan Negeri Johor (PSNJ), Pejabat Sultan
Negeri Kedah (PSNK), Pejabat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan (PYDBNS),
Pejabat Sultan Nege1i Kelantan (PSNKLTN), Pejabat Perbendaharaan Negeri Selangor
(PPNS), Pejabatan Undang-undang Negeri Selangor (PUNS), Kemente1ian-kementerian
di Malaysia, Jabatan-jabatan di Malaysia, Surat Persendirian (SP) dan Manuskrip­
manuskrip (MS). Rekod-rekod ini boleh didapati di Arkib Negara Malaysia dan
Perpustakaan Univer iti Malaya. Swnber-sumber sekunder seperti buku-buku dan artikel­
artikel turut digunakan sebagai garis panduan untuk membuat perbandingan antara satu
sama lain, untuk menambah baikkan fakta dan untuk menyangkal sesuatu fakta yang
dianggap kurang sesuai. Dengan menggunakan sumber-sumber ini, kaedah analitika1 dan
diskriptif akan digunakan untuk merungkai persoalan yang dikemukakan supaya jawapan
yang dinyatakan adalah bertetapan dengan persoalan disertasi ini.

Struktur Bab
Selepas persoalan, objektif, skop, ulasan literatur dan metodologi kajian dibincangkan
dan dinyatakan, struktur bab adalah langkah terakhir untuk memperlihatkan pe1jaJanan
sesebuah disertasi berdasarkan persoalan yang akan dirungkaikan. Disertasi ini
merangkumi Iima bab: Bab pe1tama, Latar Belakang, 1262-1874; Bad kedua Pentadbiran

10

Residen British, 1874-1895; Bab ketiga, Pentadbiran Majlis Mesyuarat Negeri, 1877-
1895; Bab keempat, Pentadbiran Jabatan, 1875-1895; dan Bab kelima, Pentadbiran
Daerah, 1875-1895. Setiap bab disertasi ini dibincangkan dengan menggunakan kaedah
kronologi yang dinyatakan dalam metodologi kajian.

Dalam bab pertama, Latar Belakang, 1262- 1874, membincangkan pentadbiran
Selangor sebelw11 pentadbiran British yang bermula pada bulan Oktober 1874. Konsep
kerajaan, Sultan, Pembesar danPerajaan serta sungai-sungai di Selangor akan dijelaskan
secara sepintas lalu.Pentadbiran Selangor sebelum tahun 1766 turut dibincangkan dan
menjelaskan balrnwa Selangor pema11 di bawah pentadbiran diraja Melaka dan Johor.
Pada bulan November 1766, Kesultanan Selangor ditubuhkan dan dikenali sebagai
pentadbiran diraja Selangor. Bermula pada ta11un itu, Sultan memainkan peranan penting
sebagai Ketua Kerajaan dan memperkembangkan pentadbiran berdasarkan keupayaan
masing-masing sehingga British berjaya menempatkan Residen di Selangor pada bulan
Oktober 1874. Penglibatan Sultan dan Orang Besar Daerah (OBD) sekaligus
menunjukkan negeri Selangor mempunyai sistem pentadbiran yang baik dan tidak lemah
seperti mana yang dinyatakan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu.

Dalam bab kedua, Pentadbiran Residen B1itish, 1874-1895, mernbincangkan
perkembangan pentadbiran Residen yang berkuat kuasa secara rasminya pada bulan
Januari 1875 hingga Jun 1895. Antaranya, Residen memperkenalkan MMNS, Jabatan­
jabatan kerajaan, Pegawai Daerah, dasar-dasar baru: Peraturan Tanah 1882; dan

11

Peraturan Kod Tanah Barn 1891 dan menjaga hubungan dengan: Sultan; Raja Muda;
TengkuPanglima Besar; dan kerabat raja Selangor.

Sepanjang tempoh tersebut, lima Residen yang dilantik: J. G. Davidson (1874-
1875), W. B. Douglas (1877-1882), F. A. Swettenham (1883-1889), W. E. Maxwell
(1889-1892) dan W. H. Treacher (1892-1896). Sekiranya Residen bercuti atau dilantik
oleh Gabenor Negeri-negeri Selat (NNS) untuk menjalankan tugas khas, Pegawai British
yang layak akan memangku jawatan ini sehingga mereka kembali memegang jawatan
tersebut. Mereka adalah Douglas (1875-1877), J. Innes (1877-1878), Swettenham (1882-
1883), J.P. Rodger (1884-1886, 1887, 1891, 1894-1896), H. C. Belfield (1889), F. G.
Penney (1892) dan E. W. Birch (1892). Dalarn pada itu, reaksi golongan raja Selangor
akan ditonjolkan sama ada bersifat positif atau sebaliknya dalam perkembangan
pentaabiran Residen (1874-1895).

Dalam bab ketiga Pentadbiran Majlis Mesyuarat Negeri, 1877-1895,
membincangkan penubuhan, fungsi, ahli dan peranan mesyuarat ini untuk diaplikasikan
dalam perkembangan pentadbiran Selangor.Perbincangan bab ini bermula pada bulan
April 1877 dan diakhi1i pada bulan Mac 1895. Sepanjang tempoh itu, perbincangan,
penerimaan dan penentangan akan ditonjolkan untuk memperlihatkan bahawa golongan
raja Selangor sememangnya memainkan peranan dalam persidangan MMNS. Peranan
mereka ini dapat menyangkal terhadap kenyataan-kenyataan pengkaji-pengkaji terdahulu
yang menyatakan ahli MMN yang berdarah raja tidak memainkan peranan dan
sumbangan dalam mesyuarat yang diadakan.

12

Dalam bab keempat, Pentadbiran Jabatan, 1875-1895, membincangkan
penubuhan dan fungsi Jabatan-jabatan yang ditubuhk:an untuk diaplikasikan dalam
perkembangan pentadbiran Selangor. Antara jabatan yang ditubuhkan adalah Jabatan
Kerja Raya, Jabatan Perubatan, Jabatan Kereta Api, Jabatan Pos dan Telegraf, Jabatan
Tanah, Jabatan Perlombongan, Jabatan Polis dan Jabatan Pendidikan. Dalam setiap
jabatan ini, golongan raja Selangor memainkan peranan penting dan memberikan
sumbangan yang menggalakkan sama ada secara langsung atau sebaliknya dalam aspek
politik, ekonomi dan sosial di S langor. Sekaligus dapat menyangkal terhadap kenyataan­
kenyataan pengkaji-pengkaji terdahulu yang seo1ah-o 1ah menyatakan kerabat raja
Selangor tidak memainkan peranan dan sumbangan daJam perkernbangan pentadbiran
Selangor.

Diilam bab kelima, Pentadbiran Daerah, 1875-1895, membincangkan perjalanan
dan perkembangan pentadbiran daerah yang terdi1i daripada Pegawai Daerah dan
Penghulu. Rantaian ke1jasan1a antara Pegawai Daerah dengan Penghulu amat diperlukan
untuk membangunkan sesebuah mukim yang ditetapkan. Dalam pada itu, peranan dan
sumbangan golongan raja Selangor dalam menjawat jawatan Penghulu jelas kelihatan
bahawa mereka sememangnya membe1ikan reaksi yang positif dan mereka adalah
tunjang dalam perkembangan pentadbiran Selangor. Namun begitu, terdapat beberapa
Penghulu berdarah raja Selangor yang memberikan reaksi negatif tetapi tidak begitu
ketara. Kerabat raja Selangor sememangnya memainkan peranan penting dalam peringkat
daerah dan memberikan sumbangan yang amat menggalakkan untuk perkembangan
negeri Selangor maJrnpun daeraJ1 masing-masing.

13

BABl
LATAR BELAKANG, 1262-1874
Pendahuluan

Sebelum pe1tengahan abad kelapan belas, Selangor dirnjuk sebagai jajahan kerajaan
Melaka (1262-1528) dan Johor (1528-1824). Pada bulan November 1766, kerajaan
Selangor diasaskan oleh Sultan Salehuddin, Sultan Selangor pertama, dan baginda
membentuk sebuah entiti politik tersendiri pada tahun itu. Selepas kerajaan Selangor
ditubuhkan, Kesultanan Selangor dilaksanakan dalam pentadbiran di sini dan dikenali
sebagai pentadbiran diraja Selangor. Kesultanan Selangor terdi1i daripada Sultan,
Pembesar, Kerajaan dan Perajaan yang diadaptasikan dari kerajaan Melaka, Johor dan
Luwu. Sepanjang tahun 1766-1874, Sultan Selangor adalah tunjang utama dalam
pentadbiran baginda. Dalam pada itu, Sultan Selangor berperanan membangunkan dan
memperkembangkan kerajaan baginda berasaskan politik ekonomi dan sosial dari
semasa ke semasa. Pembesar yang dikenali sebagai Orang Besar Daerah (OBD) turut
memainkan peranan dan sumbangan yang penting dalam membangunkan dan
memperkembangkan negeri Selangor.

Persoalan kajian bab ini melihat sejauh manakah perkembangan pentadbiran
diraja berdasarkan peranan yang dimainkan oleh golongan raja Selangor sepanjang tahun
1766-1874? Persoalan ini dipilih kerana untuk rnelihat perkernbangan dalam pentadbiran
diraja Selangor dan peranan yang dimainkan oleh golongan raja Selangor sehingga
menyebabkan kuasa Eropah berusaha untuk menguasai kerajaan baginda sepanjang tahun
1766-1874. Dalam pada itu, persoalan yang dinyatakan adalah untuk membidas

14

pendapat-pendapat yang dibuat oleh E. Saclka, J. M. Gullick, R. J. Wilkinson dan R. 0.

Winstedt yang menyatakan bahawa pentadbiran diraja Selangor seolah-olah lemah dan

tidak bersistematik. Untuk menjawab persoalan ini, sebanyak tiga tahap pentadbiran

dikemukakan untuk diteliti iaitu Sultan Salehuddin, 1766-1782: Tahap Permulaan, Sultan

Ibrahim, 1782-1826: Tahap Pengukuhan dan Sultan Muhammad, 1826-1857, clan Sultan

Abdul Samad, 1857-1874: Tahap Kukuh.

Kerajaan, Sultan, Pembesar dan Perajaan Sepintas Lalu

Menurut kajian yang ditulis oleh D. Parret, A. C. Milner clan S. C. Smith, definisi

kerajaan dapat disimpulkan sebagai sebuah entiti politik tersendiri yang memiliki sistem
pentadbiran lengkap. 1 Kerajaan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu ( ST M) merujuk
sungai sebagai persempadanan sesebuah entiti politik yang berpusat di Kuala atau Hilir.2

Sebuah sistem pentadbiran yang lengkap memerlukan seorang Sultan berkuasa mutlak,

dibantu oleh Pembesar diumpamakan sebagai Pegawai Kerajaan dan memiliki Perajaan
tersendi1i untuk membuktikan kekuasaan serta kedaulatan sesebuah kerajaan.3 Dengan

terdapatnya Sultan, Pembesar clan Perajaan, sesebuah kerajaan dapat dibentuk secara

Untuk keterangan lanjut, lihat dalam, Daniel Parret, "Konsep "Negeri" dalam Sumber Melayu Lama
Berunsur Sejarah dan Hukum'". Wan Ha him Wan Teh dan Daniel Perret (Penyusun), Di Sekitar Konsep
Negeri, Kuala Lumpur: Ecole Francaise D'Extreme-Orient (EFEO), 1999, him. 1-26, A. C. Milner.
Kerajaan: Malay Political Culture on the Eve ofColonial Rule, Arizona: The Uni er ity of Arizona Pres ,
1982, him. 113 dan Simon C. Smith. "Piloting Princes: Hugh lifford and the Malay Ruler " . Journal of
the Royal Asiatic Society (JRAS), Third Series, ambridge University Press, Vol. 11, No. 3, November
2001. him. 363.
2 Pusat pentadbiran di Kuala Sungai dipilih kerana ia merupakan pintu masuk sesebuah kerajaan. Untuk
keterangan lanjut, lihat dalam Surat Persendirian (SP) 7/11, S. P. H. T. Pagden, The Administration of
Malaya by Sir George Maxwell, SP 12/116, Sir Frank Athelstane Swettenham, British Malaya. The
Administration of Malaya by Sir George Maxwell, April 1943 dan David Joel Steinberg (Editor), Jn Search
ofSouteast Asia: A Modern Histo1y, Kuala Lumpur: Oxford University Pres , 1975. him. 73.
3 Richard Winsted!, "Malaya". Annals of the American Academy of Political and Social Science.
Southeastern Asia and the Philippines, Vol. 226 March 1943, him. 99.

15

mutlak. Sistem ini diamalkan oleh kerajaan Melaka dan diadaptasikan dengan corak

tersendi1i ke seluruh tanah jajahan baginda di STM.4

Kedudukan Sultan adalah paling tinggi dalam sistem hierarki kerajaan.5 Sultan

memainkan peranan utama dalam aspek politik, ekonomi clan sosial. Dalam aspek politik,

Sultan berperanan sebagai Ketua Kerajaan dan berkuasa mutlak dalam menjalankan dasar

kerajaan.6 Dalam aspek ekonomi, Sultan selaku Ketua Kerajaan berhak mendapatkan

4 Kcrajaan Melaka diasaskan pada tahun 1262 dan sebuah kerajaan Melayu yang agung dalam aspek
politik, ekonomi dan sosial ehingga menyebabkan kuasa Eropah berhasrat menguasai Melaka. Untuk
keterangan lanjut, lihat dalam Mardiana binti Nordin "Politik dan Pentadbiran", Mohd. Yusoff bin Haji
Hashim (Ketua Editor), Empayar Me/aka Tradisi Agung Melayu, Melaka: Perbadanan Muzium Melaka,
2010, him. 25, Abd. Rahman Ismail, Penga asan Kerajaan Melayu Melaka 1262: Penemuan Fakta Terkini,
Seminar Melaka Merentas Zaman (1262-2010) pada 17 Oktober 201I di Auditorium Seri Negeri, Ayer
Keroh, Melaka, Anthony Milner, The Malays, We t Su sex: Blackwell Publishing Ltd.. 2011 him. 49,
Suzana Hj. Othman, Jnstitusi Bendahara Permata Me/ay11 Yang Hifang: Dinasti Bendahara Johor-Pahang,
Kuala Lumpur: Pustaka BSM Enterprise 2002, him. 28 Ahmad Jelani Halimi. Perdaganga11 dan
Perkapalan Melay11 di Se/at Me/aka Abad ke-15 Hingga ke-18, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
2006. him. 22-33, Luis Filipe Ferreira Rei Thomaz, "The Malay Sultanate of Melaka , Anthony Reid
(Editor). So11thea t A ia in the Early Modern Era: Trade, Power, and Belief, London: Cornell University
Press. 1993, him. 69-90, J. V. Mill , "Concerning Malacca and its District', Jo11rna/ ofthe Malayan Branch
of the Royal Asiatic Society (JMBRAS), Vol. Ill, Singapore: The Malaysian Branch of the Royal Asiatic
Society (MBRAS), 1930, him. 16-17, Sarnia Hayes Hoyt. Old Malacca New York: Oxford University
Press. 2001, him. I-2 Mohd Yu offHashim (Diselenggarakan), Paramesivara Pengasas E111payar Me/aka,
Selangor: Unique Communications Sdn. Bhd., 2005. him. 1-I16. Muhammad Yusof Hashim. "Sultan­
sultan Melaka: Suatu Tinjauan Semula", Khoo Kay Kim (Disunting), Me/aka dan Sejarahnya, Kuala
Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka, Bangunan Stadthuys. Melaka, 1982, him. 1-14,
Mohd. Jamil bin Mukmin, Me/aka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara, Melaka: Jn titut Kajian Sejarah
dan Patriotisme Malaysia, 2004, him. 44-47, Buyong Adil, The Histo1y of Malacca: D11rina the Period of
the Malay Sultanate. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974, him. 1-14, M. Rajantheran. Sejarah
Me/ay11: Kesan Hubungan Keb11dayaan Melayu clan India, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1999. Benard H. M. Vleke Nusantara (Sejarah Indonesia) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1967. him. 83-88 dan Laurent Metzger "Kola Melaka Melalui Pandangan Orang Peranci Pada Abad 17.
18 dan 19". Jurna/ Jnstitut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (JKSEP), Melaka: Jurnal IKSEP, Jilid
I, 1998, him. 49-55.
5 Colonial Office (CO) 273/207, Notes by Mr. Bramston, 27 Augu t 1895, SP 7/1 I, S. P.H. T. Pagden, The
Administration of Malaya by Sir George Maxwell dan SP 12/1J6, Sir Frank Athelstane Swettenham,
British Malaya, The Adminish·ation of Malaya by Sir George Maxwell April 1943.
6 CO 273/675, Draft of Memorandum Which Sir Harold MacMichael Will Hand to the Malay Rulers in
Explaining to the H. M. G's Intentions As Regards the Future of Malaya.

16

hasil ekonomi dalam tanah jajahan baginda. Dalam aspek sosial, Sultan adalah Ketua
Agama dan Adat Istiadat dalam kerajaan baginda.7

Kedudukan Pembesar adalah kedua tertinggi dalam sistem hierarki kerajaan.

Pembesar berperanan sebagai Pegawai Kerajaan dan penasihat Sultan dalam aspek

politik, ekonomi dan sosial. Dalam aspek politik, Pembesar berperanan sebagai Ketua

Daerah yang ditempatkan oleh sultan. Dalam aspek ekonomi, Pembesar berperanan

dalam mengutip cukai di kawasan mereka dan menyerahkan sedikit keuntungan kepada
Sultan selaku Ketua Kerajaan.8 Dalam aspek sosial, Pembesar berperanan dalam

mempersetujui dan menabalkan pelantikan sultan baru berdasarkan adat sesebuah

kerajaan.

Dalam konteks Perajaan pula mencakupi konsep Daulat dan Derhaka, Adat

Penggantian dan AJat Kebesaran dalam sesebuah kerajaan diraja. Menurut Muhammad

Yusoff Hashim, sejak kerajaan Melaka, konsep Daulat dan Derhaka telah wujud dan
diamalkan dalam kerajaan baginda.9 Daulat bermaksud mempunyai kuasa mutlak daJam

sesebuah pemerintahan. Derhaka pula bennaksud seseorang yang menentang Sultan

berdaulat akan mendapat tulal1 daripada baginda.

7 Untuk keterangan lanjut. lihat dalam Noah Gadot. "Ulil Amri: Takrif dan Kon ep". Abdul Monir Yaacob

dan Suzalie Mohamad (Penyunting). Konsep da11 Peranan Ulil Amri di MMaallaayyssiaia Kuala Lumpur: lnstitut

Kefahaman Islam Malaysia, 2004, him. 3-13.
8 CO 273/176. From J. P. Rodger to the Hon'ble the Colonial Secretary 3 October 1891 dan W. E.
Maxwell, "The Law and Customs of the Malays with Reference to the Tenure of Land" Journal of the
Straits Branch ofthe Royal Asiatic Society (JSBRAS), Singapore: The Government Printing Office, 1884,
him. 110.
9 Muhammad Yusoff Hashim menjelaskan konsep daulat dan derhaka dengan begitu terperinci. Untuk
keterangan lanjut, lihat dalam Muhammad Yusoff Hashim, ""Daulat" Dalam Tradisi Budaya dan Politik
Kesultanan Melayu Abad Ke-15 dan Awai Abad Ke-16: Antara Mitos dan Realiti", Sejarah. Kuala
Lumpur: Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya. No. 3, 1994-1995. him. 215-236.

17

Sejak kerajaan Melaka, Adat Penggantian dilaksanakan dan diamalkan dalam

setiap kerajaan Melayu di STM. Adat Penggantian bennaksud seorang putera sulung atau

putera lain Sultan yang bergelar Raja Muda akan dilantik sebagai pengganti Sultan
sebelum ini.10 Alat Kebesaran adalah a.mat penting kerana dengan memiliki alat tersebut

menunjukkan sesebuah kerajaan itu memiliki identiti tersendiri. Antaranya adalah warna

pemakaian Sultan adalah kuning, warna pemakaian kerabat raja adalah putih, memiliki

Mahkota Diraja, memiliki Alat Muzik Diraja sepe1ii nobat, na:firi, gendang dan seruling

serta memiliki Senjata Diraja seperti keris dan tombak.

Sungai-sungai di Selangor Sepintas Lalu
Selat Melaka adalah selat yang terpenting dan strategik di alam Melayu.11 Kebanyakan

sungai di sebelah barat STM berpunca dari Selat Melaka dan dikenali sebagai

Kuala/Hilir. Banjaran Titiwangsa adalah tunjang belakang STM dan memainkan peranan

1° CO 537/1590, From R. J. G. Derran to Me Hewitt, 3 June 1946.
11 Selat Melaka adalah laluan pusat perdagangan antara Timur dengan Baral dan sejarah erta kepentingan
selat ini dibincangkan dalam Se/at Me/aka di Persimpangan A ia. Menurut Claude Guillot menyatakan
Selat Melaka adalah tempat pertemuan antara kapal Par i dengan Cina pada akhir abad kesembilan.
Menurut Claudine Salmon menyatakan Selat Melaka adalah laluan yang digunakan oleh kerajaan Srivijaya
ke Cina dan sebaliknya pada abad kesepuluh hingga kedua belas. Menurut Jean Aubin. dan Luis Filipe F.
R. Thomas, mereka menggunakan risalah dalam bahasa Latin untuk membincangkan perebutan Melaka
oleh Portugis, menyatakan Melaka adalah ebuah pusat pelabuhan kerajaan lslam yang terkenal di dunia
dan mengawal perdagangan antara Timur dengan Barat. Berikutan peranan yang dimainkan oleh kerajaan
Melaka, Portugis menyerang dan menakluk kerajaan ini pada tahun 1511. Untuk keterangan lanjut. lihat
dalam Claude Guillot. "Parsi dan Dunia Melayu: Hubungan Perdagangan dan Intelektual'', Daniel Perret
(Pente1jemah), Mohd Azmi Mohd Yusof. dan Abd Karim A. Bakar (Penyelaras Bahasa), Se/at Me/aka di
Persimpangan Asia. Mel aka: EFEO. 2010, him. 30, Claudine Salmon, "Srivijaya, China, dan Peniaga­
peniaga Cina", Daniel Perret (Pente1jemah) Mohd Azmi Mohd Yusof, dan Abd Karim A. Bakar
(Penyelaras Bahasa), Se/at Me/aka di Persimpangan Asia, him. 55-69, Jean Aubin, dan Luis Filipe F. R.
Thomaz, "Sebuah Risalah Dalam Bahasa Latin Tentang Perebutan Melaka oleh Orang Portugis, Yang
Dicetak di ltali Pada Tahun 1514". Daniel Perret (Pente1jemah), Mohd Azmi Mohd Yusof, dan Abd Karim
A. Bakar (Penyelaras Bahasa), Se/at Me/aka di Persimpangan Asia, him. 115-125, Muhammad Hanafis,
Perjalananan lbnu Battuta, Kuala Lumpur: Penerbitan Seribu Dinar Sdn., Bhd. 2010, him. 297 dan Ron L.
Andrews. dan Colin S. Freestone, A Geography of lndonesia, Malaysia, Singapore. Hawthorn: George
Philip & O'Neil Pty Ltd., 1976, him. 18.

18

penting daJam aspek geografi di sini.12 Dalam konteks pentadbiran diraja Negeri-negeri
Melayu (NNM), sepanjang sungai (hulu-hilir) adalah dimiliki kerajaan masing-masing.13

Menurut D. D. Daly, Penguasa Jabatan Ke1ja Raya, Tanah dan Juru Ukur
Selangor, Hulu Sungai adalah punca utama pengaliran sungai ke Hilir Sungai.14
Be1ikutan kedudukan geografi ini, sungai-su:ngai utama dalam lingkungan Selangor
sepanjang taJmn 1766-1895 adalah Sungai Perak (1805-1825), Sungai Bemam (di bawah
pentadbiran British di Perak pada tahun 1879-1886), Sungai Selangor, Sungai Klang,
Sungai Langat dan Su:ngai Linggi (1784-1878). Dalam lingkungan Selangor, terdapat
beberapa sungai yang bukan diklasifikasikan sebagai sungai utama. Antaranya adalah
Sungai Tengi, Sungai Buloh, Sungai Sepang, Su:ngai Lukut (1766-1878) dan Sungai Raya

(1766-1878).

Sebelum Pentadbiran Diraja Selangor, 1262-1766

Menurut Sejarah Melayu, Su:ngai Bemam, Sungai Selangor Sungai Klang, Sungai
Langat dan Sungai Linggi ditadbir oleh kerajaan Melaka.15 Menurut Tuhfat al-Nafis dan
Salasi!ah Me/ayu clan Bugis, kesinambungan kerajaan Melaka iaitu kerajaan Johor

1" N. Mark Collins ( Editor), The Conservation Atlas of Tropical Forest Asia and the Pacific . London:
Simon & Scnuster, 1991, him. 183.
13 The Straits Times. 19 June 1875 dan T. N. Harper 'The Politics of the Fore t in Colonial Malaya,
Modern Asian Studies (MAS), Vol. 31, No. J, 1999, him. 2.
14 D. D. Daly. "Surveys and Explorations in the Native States of the Malayan Peninsula, 1875-82",
Proceedings of the Royal Geographical Society and Monthly Monthly Record of Geography, Blackwell
Publishing, Vol. 4, No. 7, July 1882, him. 395.
15 C. C. Brown, Malay Annals, Selangor Darul Ehsan: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society
2010, him. 193, Virginia Matheson Hooker dan M. B. Hooker, John Leyden's Malay Annals, Selangor
Darul Ehsan: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 2010, him. 120-121 dan Cheah Boon Keng
(Disusun) dan Abdul Rahman 1-:laji lsmail ( Dirumikan), Sejarah Melay11: The Malay Annals. Selangor
Darul Ehsan: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 2010, him. 135.

19

menguasai sungai tersebut sehingga pada tahun 1766.16 Selepas ditadbir oleh kerajaan

Melaka dan Johor, baginda melantik Pembesar bergelar Mandulika dan Penghulu

mentadbir di sungai tersebut.17

Ketika pentadbiran diraja Melaka, Tun Perak mentadbir Sungai Klang (abad

keempat belas), 18 Paduka Seri Cina mentadbir Sungai Selangor (abad kelima belas) dan

16 Abdullah Zakaria bin Ghazali, "Kesultanan Johor, 1528-1885", Abdullah Zakaria bin Ghazali dan Zainal
Abidin Borhan (Editor), Johar Dah1.t!11 dan Sekarang, Kuala Lumpur: Per atuan Muzium Selangor, 1994
him. 19, Raja Ali Haji ibn Ahmad, Tlte Precious Ci.ft (Tuhfat a/-Najis), Kuala Lumpur: Oxford University
Press, 1982, him. 17, Virginia Matheson Hooker, Ahmad Fauzi Basri (Penterjemah), Tuhfat a/-Najis:
Sejarah Melay11-lsla111 Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, him. 136-137, Mohd. Yusof Md.
Nor (Diusahakan), Sa/asilah Me/ayu dan Bugis, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1984, him.
29-30 dan CO 717/117, Memorial Pre ented on Behalf of His Highnes Tungku Badar Shah, Tungku
Panglima Besar of Selangor, Concerning His Right and Claim to be Appointed Raja Muda of Selangor, 15
April 1936.
17 Jurai keturunan Sultan kerajaan Melaka dan Johor adalah daripada I kandar Zulkarnain. Keturunan
Iskandar Zulkarnain adalah daripada susur galur Nabi Sulaiman Alaihimsalam dan kisahnya dinyatakan
dalam al-Quran. lskandar Zulkarnain adalah raja yang memiliki empayar meliputi bumi timur dan barat.
Menurut beberapa riwayat sejarah lskandar Zulkarnain, mi alnya Sejarah Melayu, keturunan beliau adalah
dari daerah Yunani (Rom lama), menjelajah ke negeri Asia Barat, China dan seterusnya sampai ke daerah
Palembang di sebuah tempat yang dikenali sebagai Bukit Seguntang yang terdapat Sungai Melayu.
Menurut Afareez Abd Razak Al-Hafiz, beliau memilih Cyrus yang Agung, Raja Parsi, sebagai calon yang
sesuai. Namun begitu. menurut Muhammad Alexander, beliau membuktikan Alexander yang Agung ialah
Iskandar Zulkarnain. Untuk keterangan lanjut, lihat dalam Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd. Dain Di
Sudut Kalb11: Postscript Keduapulult Tiga Dewa Zeus, Raja Melay11, dan Bang a Me/ayu Raja
Mukhtaruddin bin Raja Mohd. Dain 1990, him. 1-143, Muhammad Alexander, Yakj11j dan Makj1u· Bencana
di Sebalik g1111111ia, Kuala Lumpur: BS Print Sdn. Bhd., 2010, him. 39-114, Afareez Abd Razak Al-Hafiz,
Benarkah lskandar B11kan Z11/qarnain: Membongkar Kew11judan dan Rahsia Sebenar Pejuang Aa1111g,
Kuala Lumpur: BS Print Sdn. Bhd., 2010, hlm. 107-161. Muhammad Alexander, Alexander adalah
Zulkarnain. PTS Islamika Sdn. Bhd., 2010, him. 209-259 dan Khalid Hussain (Diusahakan), Hikayat
lskandar Zu/karnain. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa, dan Pustaka, 1967, him. 3, 43, 65, dan 365.
18 Selepas kemangkatan ayahandanya, Tun Perak tidak dilantik ebagai Bendahara Melaka kerana didapati
masih belum layak. Tun Perak berhasrat menimba pengalaman dan pengetahuan di Sungai Klang. Setelah
Tun Perak tiba di Sungai Klang, penduduk tempatan menyenangi kedatangan beliau ke sini. Selepas lima
bulan Tun Perak menetap di Sungai Klang, penduduk tempatan berhasrat melantik beliau sebagai pengganti
Toh Ibrahim. Penghulu Klang. Menurut penduduk tempatan, peranan Toh Ibrahim sebagai Penghulu tidak
memua kan. Penduduk tempatan menyatakan Tun Perak lebih sesuai dilantik sebagai Penghulu mereka.
Selepas penduduk tempatan bersetuju dengan pelantikan tersebut, mereka menghantar tiga orang penduduk
tempatan menghadap Sultan Muzaffar Shah. Selepas Sultan Muzaffar Shah mendengar ha rat mereka.
baginda memperkenankan Tun Perak sebagai Penghulu Sungai Klang yang baru. Menurut Sejarah Melay11
Tun Perak digambarkan seperti berikut "Syahdan Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang
bijaksana. kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya: pertama, Majapahit, kedua. Pasai.
ketiga, Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, tiga orang bijaksana: Pateh Aria Gajah Mada (Majapahit);
Orang Kaya Kanayah (Pasai); dan Bendahara Paduka Raja (Melaka)". Untuk keterangan lanjut, lihat
dalam, Muhd. Yusof Ibrahim, Tun Perak: Pence/us Wawasan Empayar Me/aka, Kuala Lumpur: Tinta
Publishers, 2009, him. 54-57, Mubin Sheppard, Tun Perak, Kuala Lumpur: Longmans Malaysia Sdn., Bhd.,

20

Tun Malmmd mentadbir Sungai Selangor (abad keenam beJas).19 Ketika pentadbiran

diraja Johor pula, Seri Akar Raja mentadbir Sungai Selangor hingga Sungai Klang (abad

keenam belas),20 Datuk Engku Pinang Setunggal mentadbir daerah Klang yang

merangkumi Sungai SeJangor hingga Sungai Ujong (abad ketujuh belas),21 Arung Pasarai

mentadbir Sungai Selangor ( 1700- 1723),22 Raja Sitti mentadbir Sungai Selangor ( 1723-

1743) dan Raja Lumu ( 1743- 1766) mentadbir Sungai Selangor hingga Sungai Langat.23

1969, him. 21 dan Sivane Phillipson "Toward an Under tanding of a Malay Conception of Giftedness",
Shane N. Phillipson dan Maria McCann (Eds), Conceptions of Giftedness: Socio Cultural Perspectives,
New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates, Inc, 2007, him 259-261.
19 Dalam pentadbiran diraja Sultan Mansur Shah, Paduka Seri Cina dilantik sebagai Pembesar Sungai
Selangor. Paduka Seri Cina berpusat di Jeram. Untuk keterangan lanjut, lihat dalam Tun Seri Lanang,
Sula/al a/-Salatin, Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, him. 106 dan
CO 439/4, Selangor Administration Report for the Year 1927. Dalam pada itu mengenai Tun Mahmud
pula; ketika Bandar Melaka dikuasai Portugis pada tahun 1511 Sultan Mahmud Shah berpusat di Bintan
dan menjalankan pemerintahan kerajaan baginda di sini. Sultan Mahmud Shah menitahkan Tun Isap
Berakah dan Tun Mahmud ke Beruas. Apabila mereka dalam perjalanan pulang dari Beruas ke Bintan, Tun
Isap Berakah melantik Tun Mahmud sebagai Pembesar Sungai Selangor. Untuk keterangan lanjut, lihat
dalam Royal Academy of Lisbon Science , Malacca Historical Events and the Moves of Sultan
Muhammad, Documents on Malacca History and the Moves of Sultan Muhammad (1516-1520), The
Portuegese in Malacca 1511-1580 and Letters from Alfon o de Albuqurque, him. 10, Buyong Adil, Sejarah
Se/angor, Pulau Pinang: Percetakan Ber atu Prai, 1981. him 4-5 dan SP 16/4/3 Dudley Francis Amelius
Hervey, List of Kings of Malacca.
20 Selepa Sultan Mahmud Shah mangkat di Kampar pada tahun 1528, Sultan Alauddin Riayat Shah, putera
baginda (1528-1564), memindahkan dan meneru kan kesinambungan kerajaan ayahandanya di Johor.
Kesinambungan kerajaan Melaka ini dikenali sebagai kerajaan Johor dan berpu at di Johor Lama. Ketika
pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah Sungai Selangor dan Klang ditadbir oleh Seri Akar Raja.
Untuk keterangan lanjut, lihat dalam Yu off Iskandar, "Sultan Mahmud Syah (Marhum Kampar):
Penelitian Interpretatif dari 'Sejarah Melayu'. Abdul Latiff Abu Bakar (Diselenggarakan), Sejarah di Se/at
Me/aka, Melaka: Persatuan Sejarah Malay ia awangan Negeri Melaka 1984, him. 62.
21 Datuk Engku Klang adalah putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV dengan Puteri Mayang Selida.
Namun begitu, Datuk Engku Klang tidak dilantik sebagai Pembesar Klang. Sultan Abdul Jalil Riayat Shah
IV melantik Datuk Engku Pinang Tunggal, cucu baginda, sebagai Pembesar Sungai Klang pertama yang
dikenali sebagai Datuk Engku Klang. Pengaruh Datuk Engku Pinang Tunggal meliputi Sungai Selangor,
Sungai Klang, Sungai Langat dan Sungai Ujong. Pusat pentadbiran Datuk Engku Pinang Tunggal adalah di
Petaling. Untuk keterangan lanjut, lihat dalam SSF 98/81. A sistance from Government Applies For,
Manusk.rip (MS) 109, Salasilah dan Perkara Berkenaan Datuk Engku Kelang dan Buyong Adil, Sejarah
Negeri Sembilan, Kuala Lumpur: Dewan Baha a dan Pustaka, 1981. him. 12.
22 Arung Pasarai dan Raja Sitti, adinda beliau, adalah putera La Ma'darammang Opu Na Pakokoa Paduka
Sultan Salleh dari kerajaan Bone berhijrah ke kerajaan Johor. Mereka memilih dan menetap di Sungai
Selangor kerana di sini kebanyakan dihuni oleh orang Bugis-Bone, Bugis-Makasar dan Bugis-Mandar.
Selepas kedatangan mereka pada tahun 1700, Dato' Engku Naga Mengulor, Dato' Engku Klang keempat,
melantik Arung Pasarai sebagai Yamtuan Selangor pertama untuk mengetuai orang Bugis dalam
pentadbiran beliau di sini. Selepas pelantikan tersebut, Arung Pasarai menjalankan pusat pemerintahannya
di Kuala Selangor. Untuk keterangan lanjut, Iihat dalam MS l 09, Salasilah dan Perkara Berkenaan Datuk
Engku Kelang, CO 7171117, Memorial Presented on Behalf of His Highness Tungku Badar Shah, Tungku
Panglima Besar of Selangor, Concerning His Right and Claim to be Appointed Raja Muda of Selangor, 15

21

Selcitar tahun 1730-an, Daeng Chelak, putera Daeng Rilekkek dan Yamtuan Muda

Riau kedua (1728-1745), dan Raja Lumu, putera Daeng Chelak, berhijrah dan menetap di
Sungai Selangor.24 Selepas kemangkatan Raja Sitti pada tahun 1743, Raja Lumu dilantik

sebagai Yamtuan Selangor ketiga dan meneruskan kesinambungan saudara beliau di sini.

Sepanjang pentadbiran Raja Lumu di Selangor (1743-1766), beliau memakai dua gelaran

iaitu Yan1tuan Selangor (1743) dan Tengku Raja Selangor/Raja Selangor/Yang dipertuan

Selangor (1743-1766).25

Sepanjang tahun 1743-1766, Raja Lumu memainkan peranan penting dalam

pentadbiran beliau. Raja Lumu memilih dan meneruskan kesinambungan pusat

pentadbiran di Kuala Selangor. Kawasan pentadbiran Raja Lumu didapati merangkumi

Sungai Selangor, Sungai Klang dan Sungai Langat terutamanya di bahagian hilir kerana

sungai-sungai ini kebanyakannya dihuni oleh orang Bugis-Luwu, Bugis-Mandar, Bugis-
Makasar dan Bugis-Bone.26 Begitu juga Sungai Linggi, kebanyakan dihuni oleh orang

April 1936 dan SP 79/2, Mahidin bin Mohd Rashad, Sejarah Dato' Ungku Kelang Dengan Negeri
Selangor.
23 Selepas kemangkatan Arung Pasarai pada tahun 1723, Raja Sitti dilantik sebagai Yamtuan Selangor
kedua pada tahun tersebut dan meneruskan kesinambungan kekandanya di sini. Untuk keterangan lanjut,
lihat dalam T. J. Newbold, Political and Stati tical Account of the British Settlements in the Straits of
Malacca, Volume Two, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 197 1 him. 31.
24 Mereka adalah kerabat raja Bugis-Luwu dan mempunyai ikatan darah dengan kerabat raja Bugi -Bone.
Menurut 1 La Caligo dan Tuhfat al-Nafis, jurai keturunan kerabat raja Bugi adalah daripada abi
Sulaiman, Raja Yahudi kedua, dengan Siti Balki . Untuk keterangan lanjut, lihat dalam Raja Ali Haji.
T11hfat al-Nafis, Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998, him. 24-25, R.
A. Kern, 1 La Caligo, Jakarta: Gadjah Mada University Press 1993. him. 1-19, Mohd. Yusof Md. Nor
(Diusahakan), Salasilah Melayu dan 811gis. him. 8-9, N. Noorduyn, "The Bugis Genealogy of the Raja
Muda Family of Riau-Johor", JMBRAS, Kuala Lumpur: MBRAS, Volume LXI Part 2, December 1988,
him. 86-87 dan Christian Pelras, The B11gis. Oxford: Blackwell Publishers Ltd, 1996, him. 3-17.
25 Barbara Watson Andaya, "The lnstallation of the First Sultan of Selangor in 1766", JMBRAS, Kuala
Lumpur: MBRAS, Vol. 74, Part. 1., 1974, him. 54
26 Kawasan Hulu dipegang oleh Datuk Engku Klang sehingga Kesultanan Selangor diasaskan pada tahun
1766. Untuk keterangan lanjut, lihat dalam The Selangor Journal (TSJ), Vol. l l l, No. 23. The Sultanates of
the Peninsula, 26 July 1895.

22

Bugis tetapi sungai ini ditadbir oleh Yamtuan Muda Riau.27 Untuk mengukuhkan

kedudukan pentadbiran di sini, Raja Lumu mendapatkan bantuan dan sokongan daripada

Daeng Chelak, Suliwatang, Datuk Engku Klang Pinang Sehmggal dan penduduk

tempatan terutamanya orang Bugis supaya pentadbiran dapat dijalankan dengan baik.

Pada tahun 1743, perselisihan faham antara kerabat raJa Perak telah berlaku

kerana merebut takhta kerajaan. Daeng Chelak selaku Yamtuan Muda Riau bersama-

sama Raja Lumu membantu Raja Muda Bisnu merampas takhta kerajaan Sultan Muzaffar

Shah III, Sultan Perak ketiga belas (1728-1752). Namun begih1, usaha mereka gagal

dalam merampas takhta tersebut. Walaupun mengbadapi kegagalan, Daeng Chelak tetap

melantik Raja Muda Bisnu ebagai Sultan Perak keempat belas. Raja Muda Bisnu

memakai gelaran Sultan Muhanm1ad Shah (1744-1750) dan berpusat di Pulau Tiga, Hilir
Perak.28 Sebagai balasan, Sultan Muhammad Shah melantik, memperkenankan dan
mengiktirafkan Raja Lumu sebagai Raja Selangor pada tahun 1743.29

27 Penghijrahan orang Bugis ke Sungai Linggi digarap dengan baik oleh Norhalim. Untuk keterangan
l anjut. lihat dalam Norhalim Hj. lbrahim. Sejarah linggi: Pintu Gerbang Sejarah Pembangunan Negeri
Sembi/an, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1998, him. 21-32.
28 SP 79/3, Mahidin bin Mohd. Rashad, Memorial Presented on Behalf of His Highness Tungku Badar
Shah. Tungku Panglima Be ar of Selangor, Concerning Hi Right and Claim to be AppointedRaja Muda of
Sel angor, Pejabat Duli Yang Maha Mulia ( DYMM) Sultan Perak, Salasilah Raja-raja Negeri Perak dan
Pejabat DYMM Sultan Perak, Salasilah Keturunan Raja-raja Pemerintah Negeri-negeri Tanah Melayu
Malaysia.
29 Daeng Chelak memilih Sultan Perak untuk menabalkan dan menobatkan Raja Lumu ebagai Raja
Selangor kerana Sultan Perak adalah keturunan kerajaan Melayu Melaka yang sah dan kuat. Untuk
keterangan lanjut, CO 439/4, Annual Report on the Social and Economic Progress of the People of
Selangor for the Year 1936, SP 79/3, Mahidin bin Mohd. Rashad, Memorial Presented on Behalf of His
Highness Tungku Badar Shah, Tungku Panglima Besar of Selangor, Concerning HisRight and Claim to be
Appointed Raja Muda of Selangor dan SP 368/21, Haji Raja Amzah bin Raja Sohot, Coronation of His
Highness Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah, Sultan and
SovereignRuler of the State and Territory of Selangor and All lts Dependecies and Her Highne-s Tengku
Rahimah binte Al-Marhum Sultan Abdul Aziz Tengku Ampuan Selangor. in the Throne Room, Istana
Alam Shah, Klang on Wednesday, 28th June 1961.

23

Sepanjang tahun 1745-1766, Raja Lurnu berusaha membebaskan Selangor

da1ipada kerajaan Johor. Raja Lumu bertindak sedemikian kerana kecewa terhadap
pelantikan Yamtuan Muda Riau ketiga tidak diwarisi kepadanya.30 Menurut Raja Lurnu,

ayahandanya adalah Yamtuan Muda Riau kedua, berdasarkan Adat Penggantian, beliau

berhak mewarisi jawatan itu. Namun begitu, selepas kematian Daeng Chelak pada 19 Mei

1745, Raja Lumu tidak dilantik sebagai pengganti ayahandanya kerana beliau masih

muda dan jawatan ini diserahkan kepada Daeng Kemboja, sepupu beliau dan putera
Daeng Parani.31 Selepas pelantikan tersebut, Raja Lumu tidak menyenangi dan kecewa

se11a berhasrat membebaskan Selangor daripada kerajaan Johor.

Walaupun Raja Lumu mendapatkan pengiktirafan sebagai Raja Selangor pertama,

Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Sultan Johor kedua daripada keturunan Bendahara

(1722-1760), dan Daeng Kemboja, Yamtuan Muda Johor-Riau ketiga (1745-1777), tetap
mengaku bahawa Selangor di bawah pentadbiran diraja Johor.32 Pengakuan tersebut

menyebabkan hubungan Raja Lumu dengan Daeng Kemboja menjadi renggang. Daeng

Kemboja bersikap sedemikian kerana menyatakan bahawa Selangor amat bemilai dari

segi ekonomi kerajaan Johor.

30 Mohd. Yusoff bin Haji Hashim. "Negeri Selangor, Ke inambungan dan Perubahan Sebuah Kesultanan
Melayu Malaysia". Prosiding Seminar Antarabangsa Ke 11/tanan Me!ayu Nu antara: Sejarah dan
Warisan. Bangi: Lembaga Muzium Negeri Pahang dan lnstitut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malay ia (UKM), 2005. him. 164.
31 Buyong Adil. Sejarah Johar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1980. him. 123. Dalam buku
ini menyatakan bahawa kemangkatan Daing Chelak digelar sebagai Mar/11.11u Mang/wt di Kata. Selain itu,
lihat dalam Raja Adnan Salman (diselenggarakan), Warisan Khazanah Riau Gabungan Yayasan Mar/111m
M11rshid, Singapura: 1988, him. 11, 33 dan 34 dan Pejabat DYMM Sultan Perak, Salasilah KeturunanRaja­
raja Pemerintah Negeri-negeri Tanah Melayu Malaysia.
32 SP 368/21, HajiRaja Amzah binRaja Sohot, The Dynasty ofRajahs ofRhio an Salangore Descended
from theRajah ofBugis. Country Loo-'Ok,RajahBot benRajah Jama'at; Taken f rom the History ofRhio
and Salangore. Menurut SP 212/35/54, Jeffrey Finestone, Melayu dan Bugis 12 Disember 1990,
menyatakan bahawa Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah l adalah anak kepada Bendahara Paduka Seri
Maharaja Tun Habib Abdul Majid yang bergelar Sultan Abdul JalilRiayat Shah JV pada tahun 1699.

24

Kedudukan Raja Lumu sebagai Raja Selangor menjadi tidak kukuh kerana Sultan

Muhammad Shah menyerahkan kembali pemerinta11an baginda di Pulau Tiga kepada

Sultan Muzaffar Shal1 pada tahun 1750. Tindakan Sultan Muhammad Shah menyebabkan

Raja Lumu berhasrat mendapatkan pengiktirafan semula dan berusaha membebaskan
Selangor daiipada tuntutan kerajaan Johor.33 Menurut Misa Melayu, pada bulan

November 1766, Raja Lumu dinobatkan dan mendapat pengiktirafan daripada Sultan
Mahmud Shah, Sultan Perak keenain belas ( 1765- 1773).34 Sehubungan itu, Raja Lumu

menjadi Sultai1 Selangor pe1iama yang sa11 dan berdaulat. Dalam pada itu Selangor telah

bebas daripada pentadbirai1 diraja Johor dan Raja Lumu memakai gelaran Sultan
Salehuddin. 35

Pentadbiran Diraja Selangor, 1766-1874

Pada bulan November 1766, kedudukan Raja Lumu sebagai pentadbir Selangor yang sah

dan berdaulat diperkenankan serta diiktiraf oleh Sultan Mahmud Shah. Menurut Daeng

Chelak, pengiktirafan daripada keturunan kerajaan Melaka adalah perlu supaya

kedudukan sebagai Sultan menjadi lebih kukuh dan sah dari segi Undang-undang dan

33 WalaupunRaja Lumu dan Daeng Kemboja berseli ih faham. namun begitu, pada awal tahun 1756,Raja
Lumu membantu Daeng Kemboja menyelamatkan Raja Haji daripada dibunuh oleh Belanda dan
Terengganu. Untuk keterangan lanjut. lihat dalam E. Netscher. Belanda di Johar dan Siak, 1602-1865,
Siak: Yayasan Arkeologi dan Sejarah "Bina Pustaka". 2002, him. 143-146.
34 Nama tubuh Sultan Mahmud Shah (1765-1773) ialahRaja Kimas dan dilantik ebagaiRaja Muda Perak
ketika pentadbiran diraja Sultan Iskandar Zulkarnain. ayahandanya ( 1752-1765). Selepa kemangkatan
Sultan Iskandar Zulkarnain pada tahun 1765, Raja Kimas dilantik sebagai Sultan Perak keenam belas
bergelar Sultan Mahmud Shah. Sultan Mahmud Shah melantik dan memperkenankanRaja Lumu sebagai
Sultan Selangor pertama. Untuk keterangan lanjut, lihat dalam Raja Chulan Raja Abdul Hamid, Misa
Melay11, Kuala Lumpur: Yayasan Penataran Ilmu, 1994, him. 44-45, Raja Chulan, Misa Melayu, Kuala
Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1991, him. 180-182 dan CO 43911, Annual Report of the State of
Selangor for the Year 1889.
35 CO 439/1, Annual Report of the State of Selangor for the Year 1889, SP 368/21 HajiRaja Amzah bin
Raja Sohot, The Dysnasty ofRajahs ofRJ1io and Sal angore, Descended from theRajah of Bugis, Country
Loo-'Ok,Rajah Bot benRajah Jama'at; Taken from the History ofRhio and Salangore, B. W. Andaya dan
L. Y. Andaya, A History of Malaysia, London: MacMillan Press Ltd. 1982. him. I 02 dan Emily Sadka, The
Protected Malay States, 1874-1895, Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 1968, him. 5.

25

Adat Diraja. Bermula pada tarikh tersebut, pentadbiran diraja Selangor dikendalikan oleh
kerabat raja Selangor yang turut dikenali sebagai Anak Negeri.

Dalam pentadbiran diraja Selangor terdapat dua pendekatan pentadbiran yang
digunakan iaitu pendekatan pentadbiran pusat dan daerah. Pentadbiran pusat tertumpu
kepada Sultan manakala pentadbiran daerah pula tertumpu kepada OBD. Kebanyakan
pengkaji barat seperti J. M. Gullick, R. 0. Windstet, R. J. Wilkinson dan E. Sadka
menyatakan pentadbiran diraja Selangor menjadi lemah sejak pemerintahan Sultan
Muhammad dan Sultan Abdul Samad.36 Namun begitu, kenyataan tersebut didapati tidak
sesuai kerana setiap Sultan Selangor memainkan peranan dan memberikan sumbangan
yang sangat penting dalam pentadbiran diraja.

Unriki membidas kenyataan para pengkaji tersebut, satu penelitian yang teliti
berdasarkan sumber-sumber p1imer dan sekunder yang diperoleh menunjukkan bahawa
Selangor mempunyai sistem pentadbiran yang baik bermula dari Sultan Salehuddin
hingga Sultan Abdul Samad. Sepanjang tahun 1766-1874, pentadbiran diraja Selangor
dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap pennulaan, tahap pengukuhan dan tahap kukuh.

Di peringkat pusat, Sultan Selangor adalah pemerintah yang berkuasa mutlak
dalam semua aspek politik, ekonomi dan o ial.37 Di peringkat dearah pula, Sultan

36 J. M. Gullick, A History o.f Selangor 1766-1939, Kuala Lumpur: Falcon Press, 1998, him. 33, J. M.
Gullick, Sisten1 Po/itik Bumip11tera Tanah Melayu Baral, Kuala Lumpur: Dewan Bahasan dan Pustaka,
1972 him. 22 dan E. Sadka, The Prolected Malay States 1874-1895, him. 13-14.
37 CO 273/207, Notes by Mr. Bramston, 27 August 1895, SP 7/I 1, S. P.H. T. Pagden, The Administration
of Malaya by Sir George Maxwell dan SP 12/116. British Malaya, The Administration of Malaya by Sir
George Maxwell, April 1943.

26

menyeragamkan pentadbiran daerah supaya ditadbir secara sistematik dan pelantikan
OBD sebagai Pegawai Daerah ditugaskan mendapatkan sumber kewangan untuk
disalurkan kepada pentadbiran pusat iaitu di Kuala Selangor (1766-1857) dan Kuala
Langat (1857-1874).

Sepanjang tempoh pentadbiran diraja Selangor (1766-1874), terdapat tiga jawatan
bergelar iaitu Sultan, Raja Muda dan Tengku Panglima Besar Selangor.38 Dalam tempoh
ini, kedudukan hierarki Sultan Selangor adalah yang pertama, Raja Muda Selangor pula
berada di kedudukan kedua dan kedudukan ketiga adalah Tengku Panglima Besar
Selangor (JaduaJ 1):

JaduaJ 1: Kedudukan hierarki gelaran diraja dalam pentadbiran diraja Selangor
Sultan Selan or

Ra· a Muda Selan or
Ten ku Pan lima Besar Selan or

Sumber: Colonial Offices (CO) 469, Annual Report of the State of Selangor for the Year
1889 dan CO 273/380, to the Under Secretary of State, 13 November 1911.

Sepanjang tempoh pentadbiran diraja (1766-1874), seramm empat Sultan
Selangor yang dilantik iaitu Sultan Salehuddin ( 1766-1782), Sultan Ibrahim, Sultan

38 CO 717/117, Memorial Presented on Behalf of Hi Highness Tungku Badar Shah, Tungku Panglima
Besar of Selangor, Concerning His Right and Claim to be Appointed Raja Muda of Selangor 15 April
1936.

27

Selangor kedua (1782-1826), Sultan Muhammad, Sultan Selangor ketiga (1826-1857),
dan Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor keempat (1857-1898).39

Untuk gelaran diraja Raja Muda Selangor pula seramai lima kerabat raja Selangor

yang dilantik iaitu Raja Muda Ibrahim, Raja Muda pertama (1746), Raja Muda Na.la,

Raja Muda Selangor kedua (1782), Raja Muda Abu Said, Raja Muda Selangor ketiga

(1815), Raja Muda Muhammad, Raja Muda Selangor keempat (1817), dan Raja Muda
Musa, Raja Muda Selangor kelima (1874).40

Sementara itu, w1tuk gelaran diraja Tengku Panglima Besar Selangor, serama1

tiga kerabat raJa S langor yang dilantik iaitu Tengku Panglirna Besar Raja Abdullah,

Tengku Panglima Besar Selangor pertama (1826), Tengku Panglima Besar Raja Abdul

Samad, Tengku Panglima Besar Selangor kedua (1844), dan Tengku Panglima Besar

Raja Berkat (Tunku Panglima Raja Berkat), Tengku Panglima Besar Selangor ketiga
(1857).41

39 CO 717/117. Memorial Presented on Behalf of His Highne s Tungku Badar Shah, Tungku Panglima
Besar of Selangor. Concerning His Right and Claim to be Appointed Raja Muda of Selangor. 15 April
1936.
4° CO 717/117, Memorial Presented on Behalf of His Highness Tungku Badar Shah, Tungku Panglima
Besar of Selangor, Concerning His Right and Claim to be Appointed Raja Muda of Selangor. 15 April
1936.
41 Tengku Panglima Besar Raja Berkat (Tunku Panglima Raja Berkat) menggunakan panggilan jawatan
diraja bergelar dengan cara tersendiri iaitu sebagai Tunku Panglima Raja. Untuk makluman, Tunku
Panglima Raja ini adalah ringkasan daripada panggilan jawatan diraja bergelar iaitu Tengku Panglima
Besar Selangor. Panggilan ini khususnya dipakai oleh Tunku Panglima Raja Berkat sahaja. Namun begitu
pada 20 Januari 1920, jawatan bergelar diraja baru dibentuk iaitu Tengku Panglima Raja yang disandang
oleh Tengku Alam Shah, putera ketiga tua Sultan Suleiman. Untuk keterangan lanjut, lihat dalam SSF
SECRETARIAT SELANGOR 4379/1919, Raja Haji Mahmud M. C.-Personal Name of His Father dan SSF
SECRETARJAT SELANGOR 91/1920, Raja Muda of Selangor-lnstallation of Raja Musa Udin, Tunku
Mahkota.

28

Sepanjang tempoh pentadbiran diraja Selangor (1766-1874), didapati terdapat dua

pusat pentadbiran iaitu pusat pentadbiran utama dan pusat pentadbiran kedua. Pusat

pentadbiran utama adalah di Kuala Selangor (1766-1857) dan Kuala Langat (1857-1874).

Pusat pentadbiran kedua pula adalah di Klang. Pusat pentadbiran utama di Kuala

Selangor dipilih kerana meneruskan kesinambungan pentadbir terdahulu dan pusat ini

telah kuk:uh dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dalam pada itu, Kuala Selangor

merupakan pusat pelabuhan yang terkenal di Selangor.

Pada tahw1 1857, pusat pentadbiran ditukarkan ke Kuala Langat kerana Sultan

Abdul Samad berhasrat menetap dan menjalankan pentadbiran diraja baginda di sini.

Sultan Abdul Samad be1tindak sedemikian kerana Sungai Langat adalah sungai yang
diwarisi oleh ayahandanya, Tengk:u Panglima Besar Raja Abdullah.42 Tindakan ini adalah

wajar dilakukan kerana-sungai-sungai di Selangor adalah diwarisi dari turun temurun dan

keturunannya berhak menjaga dan mentadbir sungai yang telah ditetapkan.

Selain Sultan Abdul Samad, Raja Hitam, putera Raja Unos, dan Raja Bot, putera

Raja Jumaat, turut bertindak seperti baginda kerana mereka adalah waris keturunan yang

dilantik dan diperkenankan oleh Sultan Muhammad untuk mentadbir sungai yang

42 Sebelum tahun 1876, Sultan Abdul Samad bersemayam di Bandar Terna ya yang dibuka dan dia askan
oleh baginda pada tahun 1866. Pembukaan Bandar Temasya menunjukkan Sultan Abdul Samad adalah
seorang Sultan yang berpandangan jauh kerana pemilihan \ersebut didapati strategik. Seterusnya, Sultan
Abdul Samad berpindah ke Jugra sekitar tahun 1875. Kemudiannya, W. B. Douglas, Residen British
Selangor kedua, dan D. D. Daly, Pengua a Jabatan Ke1ja Raya. Tanah dan Ukur, menyatakan tempat ini
kurang sesuai untuk baginda bersemayam. Oleh itu, mereka mencadangkan istana Sultan Abdul Samad
dibina di Bukit Jugra pada tahun 1876 dan didapati siap sepenuhnya pada tahun 1881. Akhirnya, Sultan
Abdul Samad bersemayam di Bukit Jugra pada tahun 1881 sehingga baginda mangkat pada 6 Februari
1898. Untuk keterangan Ianjut Ii hat dalam Mohd. Jais@Jais bin Sarfan, "Bandar Temasya dan Jugra'',
Khoo Kay Kim, Abdullah Zakaria Ghazali, Mohamad Abu Bakar dan Adnan Haji Nawang (Disunting)
Selangor: Dahulu dan Sekarang Kuala Lumpur: United Selangor Press Sdn. Bhd.. 1985, him. 15-16, CO
469/8, Notes, 25 Februari 1898 dan CO 469/8. Report of the District Officer. Kuala Langat for February
] 898.

29

ditetapkan. Begitu juga Raja Mahadi, putera Raja Sulaiman, turut bertindak mendapatkan
haknya sebagai waris keturunan di Sungai KJang walaupun Surat Kuasa telah diserahkan
kepada Raja Abdullah, putera Raja Jaafar, pada tahun 1850. Selain itu, putera-putera Raja
Abdullah turut membuat tuntutan seperti Raja Mahadi tetapi tidak berjaya. Namun
begitu, Raja Hassan ditempatkan di KJang dan dilantik sebagai Penghulu KJang dalam
pentadbiran British pada 13 September 1883.43

Dalam konteks OBD, jawatan ini memainkan peranan penting dalam pentadbiran
diraja Selangor (1766-1874). OBD dilantik, diperkenankan dan diberi titah kuasa oleh
Sultan. Kebanyakan OBD terdiri daripada kerabat raja Bugis-Selangor tetapi terdapat
juga beberapa kerabat raja Bugis-Riau yang dilantik untuk menjawat jawatan ini.44 OBD
be1tugas sebagai kakitangan dalam mentadbir sungai (dari hilir ke hulu) yang ditetapkan,
menjalankan sistem kerah -dan mengutip cukai untuk diserahkan kepada Sultan.45 OBD
dibantu oleh Penghulu masing-masing bagi melicinkan pentadbiran diraja Selangor.
Namun begitu dalam tempoh ini (1766-1874), peranan Penghulu didapati tidak begitu
menonjol dalam pentadbiran diraja Selangor.

Sepanjang tempoh pentadbiran diraja (1766-1874), berdasarkan sungai-sungai
yang ditetapkan iaitu Sungai Bemam, Sungai Selangor, Sungai KJang, Sungai Langat dan
Sungai Linggi, OBD yang dilantik telah diperkenankan oleh Sultan Selangor. Untuk
keterangan lanjut, lihat dalam jadual 2:

43 SSF MISC 1445/83, Appointment of Raja Hassan as Penghulu of Klang.

-14 CO 717/117, Memorial Presented on Behalf of His Highness Tungku Badar Shah, Tungku Panglima
Besar of Selangor, Concerning His Right and Claim to be Appointed Raja Muda of Selangor, 15 Ap1il
1936.
45 CO 273/J 76, From J. P. Rodger to the Hon ble the Colonial Secretary, 3 October 1891.

30

Jadual 2: Orang Besar Daerah Selangor, 1766-1874

Sultan Orang Besar Daerah
Selangor
Sultan Sungai Sungai Sungai Sungai Sungai Sungai
Salehuddin Perak Bemam at
Sultan Raja Muda Raja Abdul
Ibrahim Raja Muhammad Raja Rahman
Hassan Raja Usoh Muda
Sultan (Sungai Raja Unos Ibrahim Raja Muda
Muhammad Bidor) Raja Muhammad
Raja Hitam Jaafar (Sungai
Sultan Lukut)
Abdul Raja Raja Haji Tengku Raja Jumaat
Samad Abbas Raja Panglima (Sungai
(Kuala Sulaiman Besar Lukut)
Selangor) Raja Raja
Abdullah Abdullah Raja Ali
Tengku (Sungai
Panglima Raja Tengku Rembau)
Besar Abdullah Panglima
Raja Raja Besar Raja Jumaat
Abdul Mahadi Raja (Sungai
Samad Abdul Lukut)
(Hulu Samad
Selangor) Raja Bot
Raja Ali Raja (Sungai
(Sungai Musa Lukut)
Jeram)
Raja Raja Hussin
Raja Kahar (Sungai
Musa Raya)
(Kuala Raja
Selangor) Yaakob

Raja
Yaakob
(Kuala

Sumber: CO 7171117, Memorial Presented on Behalf of His Highness Tungku Badar
Shah, Tungku Panglima Besar of Selangor, Concerning His Right and Claim to be
Appointed Raja Muda of Selangor, 15 April 1936, Selangor Secretariat Files (SSF) CS
219/76, Re: Raja Ismail's Claim to Property (Godown) at Klang, SSF MALAY
MISCELLANEOUS 3329/1894, Asks That Raja Mohamed bin Raja Cassim May Be
Appointed to Succeed the Late Raja Indot of Bemam, SSF 493/82, Petition for a

31

Reconsideration of His Application for an Allowance, R. 0. Winstedt, "A History of

Selangor", Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (JMBRAS),

Singapore: Printers Limited, Vol. 7, Part 3, October 1934, hlm. 11 dan A. Samad Ahmad

(Diselenggarakan), Kerajaan Johor-Riau, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

1985, him. 16.

Sultan Salehuddin, 1766-1782: Tahap Permulaan
Dalam konteks pentadbiran diraja Selangor, Sultan Salehuddin diangkat sebagai Bapa
Kemerdekaan kerana baginda membebaskan Selangor daripada kerajaan Johor.
Bermulanya bulan November 1766, pentadbiran diraja Selangor berada di bawah tahap
permulaan kerana Sultan Salehuddin berusaha membentuk sebuah kerajaan yang
mempunyai sistem pentadbiran yang lengkap.

Sultan Salehuddin memainkan peranan penting dalam pentadbiran diraja baginda.
Sultan Salehuddin memilih KuaTa Selangor sebagai pusat pentadbiran utama. Hasil
pungutan OBD akan diserahkan kepada kerajaan pusat di Kuala Selangor untuk menjana
ekonomi di seluruh Selangor.46 Sultan Salehuddin turut meletakkan Sungai Klang sebagai
pusat pentadbiran kedua kerana sungai ini mempunyai hasil bijih timah yang begitu
lumayan.

Sultan Salehuddin menyatu dan mengukuhkan kedudukan sungai-sungai

dalam lingkungan Selangor untuk membentuk pentadbiran diraja.47 Menurut adat

kerajaan Melayu, sesebuah kerajaan menguasai seluruh batang sungai yang bemrnla dari

46 CO 273/176, From J. P. Rodger to the Hon'ble the Colonial Secretary, 3 October 1891.
47 CO 717/117, Memorial Presented on Behalf of His Highness Tungku Badar Shah, Tungku Panglima

Besar of Selangor, Concerning His Right and Claim to be Appointed Raja Muda of Selangor. 15 April
1936.

32

hilir ke hulu atau sebaliknya sebagai persempadanan sesebuah kerajaan. Sungai-sungai

utanrn dalam lingkungan Selangor adalah Sungai Bernam, Sungai Selangor, Sungai
Klang dan Sungai Langat.

Sultan Salehuddin membentuk jawatan diraja dalam pentadbiran baginda.

Tujuannya adalah untuk membantu dan menyeragamkan sistem pentadbiran diraja

Selangor supaya dapat dijalankan dengan baik. Sultan Salehuddin membahagikan

jawatan diraja kepada dua bahagian untuk disandangkan kepada kerabat raja Selangor

dan bukan kerabat raja Selangor. Untuk kerabat raja Selangor, Sultan Salehuddin
mewujudkan jawatan-jawatan seperti Raja Muda dan OBD. Bagi yang bukan kerabat raja

Selangor pula, Sultan Salehuddin mewujudkan beberapa jawatan iaitu Orang Besar

Empat Suku (OBES) yang terdi1i daripada Datuk Aru, Datuk Engku Klang, Datuk
Penggawa Tua (Permatang Pasir) dan Datuk Penggawa Muda (Jeram).48

balam pentadbiran diraja Selangor, jawatan Raja Muda adalah kedua tertinggi
selepas Sultan. Raja Muda dipilih dan dilantik oleh OBES dan Sultan.49 Selepas
kemangkatan Sultan, Raja Muda secara mutlaknya dilantik dan ditabalkan sebagai Sultan
baru.50 Sepanjang tempoh pentadbiran diraja Sultan Salehuddin, Raja Ibrahim, putera

Sultan Salehuddin yang sulung, dilantik sebagai Raja Muda Selangor pertama pada 1746.

48 CO 717/117, Memori al Presented on Behalf of His Highness Tungku Badar Shah. Tungku Panglima
Besar of Selangor, Concerning His Right and Claim to be Appointed Raja Muda of Selangor, 15 April
1936.
49 CO 273/130, Governor House, Singapore, to Colonial office, 9 October 1884. CO 537/1585, Extract
from 3rd Enclosure to Federated Malay States Despatch Addressed to the Colonial Office Dated J 7th May
1934 dan CO 717/105, From the High Commi sioner to P. Gunliffe-Lister, 17 May J 934.
so CO 537/1585, Extract from Letter from His Highne s the Sultan of Selangor to the Colonial Of fice Dated
22nd March 1937, CO 537/1585, Extract from Letter from Sir Shenton Thomas to Mr. Ormsby Gore of the
Colonial Of fice Dated 3rd May 1937, CO 717/100, From T. S. Adam to Raja Muda Musa Eddin, 24 April

33

Sultan Salehuddin mewujudkan jawatan OBD sebagai Pegawai Kerajaan baginda

untuk mentadbir sungai-sungai di Selangor. OBD ditugaskan sebagai Ketua Daerah,

mentadbir, menjaga dan melaporkan hal ehwal penduduk tempatan kepada Sultan,

menjalankan sistem kerah dan serah dan memungut hasil daerah yang ditetapkan untuk
disalurkan ke Perbendaharaan Negeri.51 Sepanjang tempoh pentadbiran Sultan

Salehuddin, antara OBD yang dilantik adalah Raja Muda Ibrahim yang ditugaskan untuk

mentadbir Sungai Klang.

Sultan Salehuddin mewujudkan jawatan OBES sebagai pegawai dalam istana

baginda. OBES ditugaskan sebagai Penasihat Sultan, ahli mesyuarat kerajaan Selangor
dan memilih, melantik dan menabalkan Sultan, Raja Muda dan Tengku Panglinrn Besar.52

Dalam kedudukan OBES, jawatan Datuk Arn adalah yang tertinggi. Sultan Salehuddin
melantik Datuk Akhir, putera Megat Seri Rama, sebagai Datuk Arn.53 Datuk Arn

dianugerahkan kuasa sebagai Penguasa/Penghulu di Selangor kecuali Klang dan

persisiran pantai.

1933 dan War Office (WO) 203/5635A, Malay Sultans, June 45-Jan 46, Interview with H. H. The Sultan of
Selangor, 14th September 1945.
51 CO 273/176, From J.P. Rodger to the Hon'ble the Colonial Secretary. 3 October 1891.
52 CO 717/117, Memorial Presented on Behalf of Hi Highnes Tungku Badar Shah. Tungku Panglima
Besar of Selangor, Concerning His Right and Claim to be Appointed Raj a Muda of Selangor 15 April
1936.
53 Nama tubuh Megat Seri Rama adalah Wan Abdul Rahman. Beliau mendapat gelaran Megat Seri Rama
setelah berjaya menguasai Pulau Tuj uh dan Linggi. Untuk keterangan lanj ut, lihat dalam M. A. Fawzi
Basri, Warisan Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, 1983, him. 39, CO 882/2,
Inclosure 3 in No. 84, Continuation of Report on the Proceedings of Government Relating to the Native
States in the Malay Peninsula by T. Braddel, 18 February 1874, Khoo Kay Kim, "Raj a Lumu/Sultan
Salehuddin: The Founding of the Selangor Dynasty", JMBRAS. Kuala Lumpur: MBRAS, Volume 58, Part
2, 1985, him. I 0 dan SSF 5310/1903, Petition Thal the Title of Datu' Aru. Selangor. May Be Conferred on
One Abdul Rahman.

34

Jawatan Datuk Engku Klang diwujudkan sejak pentadbiran diraja Johor. Sultan
Salehuddin meneruskan jawatan Datuk Engku Klang dalam pentadbiran diraja Selangor
dengan melantik jawatan ini sebagai ahli OBES. Datuk Engku Klang dianugerahkan
kuasa sebagai Penguasa/Penghulu dalam lingkungan Sungai Klang. Sultan Salehuddin
juga mewujudkan jawatan Datuk Penggawa Tua dan Datuk Penggawa Muda dalam
pentadbiran diraja Selangor dan menempatkan jawatan ini sebagai ahli OBES.54 Datuk
Penggawa Tua dan Datuk Penggawa Muda dianugerahkan kuasa sebagai
Penguasa/Penghulu di kawasan persisiran pantai Selangor.55

Dalam pemilihan, pelantikan dan penabalan Raja Muda dan Tengku Panglima
Besar Selangor, keempat-empat pemegang jawatan ini diwajibkan hadir kerana mereka
memainkan peranan penting dalam proses tersebut. Mereka akan berbincang antara satu
sama Iain dengan Sultan Selangor dalam mesY'uarat diraja untuk melantik putera baginda
yang layak atau kerabat raja Selangor yang sesuai sebagai Raja Muda atau Tengku
Panglima Besar Selangor.56

Dalam konteks mengadakan hubungan dengan kuasa luar pula, Sultan Salehuddin
mengadakan hubw1gan diplomatik dengan Johor, Perak dan British iaitu Syarikat Hindia
Timur Inggeris (SHTI).57 Sultan Salehuddin mengadakan hubungan diplomatik dengan

54 Menurut Haji lsmail dalam suratnya yang bertarikh 25 September l 898 menyatakan Encik Nekbar
sebagai Dato' Penggawa pertama dan menetap di Kampung Permatang. Untuk keterangan lanj ut, SSF
432911898, Applies for Post as Dato Penggawa Selangor dan SSF 960/98, Petitions That the Title of Dato
Penggawa be Conferred on Him.
55 The Straits Times Overland Journal, 29 July l 871.
56 CO 537/1585, Extract from Federated Malay States Confidential Despatch to Mr. J. H. Thomas, 7'11 April
1936.
57 SHTl ditubuhkan dan diperkenankan oleh Ratu Elizabeth pada 3 l Di ember l 600. SHTJ berperanan
dalam menjalankan aktiviti perdagangan dengan kerajaan luar daripada Eropah. Untuk keterangan lanjut,

35

Johor dan Perak kerana baginda berhasrat rnengukuhkan tali persaudaraan dengan Daeng

Kemboja dan Sultan Perak; Sultan Mahmud Shah dan Sultan Alauddin Mansur Shah

Iskandar Muda (1773-1786).

Hubungan Sultan Salehuddin dengan Daeng Kemboja tidak begitu baik kerana

perselisihan faham sebelurn ini iaitu rnerebut jawatan Yarntuan Muda Riau dan

pembebasan Selangor daripada kerajaan Johor. Untuk mengadakan hubungan diplomatik

dan mengukuhkan tali persaudaraan tersebut, Sultan Salehuddin mengahwinkan Raja

Muda Ibrahim dengan Raja Andak, puteri Daeng Kemboja. Dalam ha! Perak, Sultan

Salehuddin berkahwin dengan puteri Raja Chulan untuk merapatkan dan mengukuhkan

hubungan antara satu sama lain.

Sultan Salehuddin mengadakan hubungan diplomatik dengan British kerana

baginda berhasrat mengadakan hubungan perdagangan dan mendapatkan perlindungan
daripada ancaman Belanda iaitu Syarikat Hindia Timur Belanda (SHTB).58 Pentadbiran
Belanda di Melaka bersikap agresif terhadap Negeri-negeri Melayu (NNM) di STM.59

Kebanyakan hubungan ekonomi antara Belanda dan NNM dilaksanakan secara terpaksa.

lihat dalam Straits Settlements Factory Records (SSFR) G. 134/1753-1802, For the East India Company
Respecting a Proposal Establishment at the Island of Penang Now Called Prince of Wale's Island in the
Straits of Malacca at the East Indies, 20 February 1805, SSFR G. 134/1752-1802. From Captain of
Engineer to the Governor of the Fort William, I September 1787. Sivachandralingam Sundara Raja,
Sejarah Perdagangan Bebas, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2005. him. 5 dan Karl Hack with
Tobias Rettig, "Imperial Systems of Power, Colonial Forces and the Making of Modem Southeast Asia",
Tobias Rettig and Karl Hack (Edited), Colonial Armies in Southeast Asia, London: Routledge, 2009, him.
6.
58 SSFR G. 134/1752-1802, From Francis Light to the Hon'ble John Macpherson, 25 January 1786 dan
SSFR G. 13411752-1802, From Francis Light to the Governor of the Fort William, 15 February 1786.
59 SHTB ( Vereenigde Oost-lndische Compagnie!VOC) ditubuhkan pada 20 Mac 1602. SHTB menjelajah
ke alam Melayu untuk mengadakan aktiviti perdagangan di sini. SHTB berpusat di beberapa tempat di
Kepulauan Melayu. Antaranya, Ambon, Banten, Betawi dan Makassar. Pada 14 Januari 1641, SHTB
berjaya menguasai Bandar Melaka daripada Portugis dan mengadakan aktiviti perdagangan di sini. SHTB

36


Click to View FlipBook Version