Sultan Salehuddin turut memainkan peranan penting dalam konteks perdagangan
bijih timah di Selangor. Sultan Salehuddin adalah seorang pengusaha bijih timah di
Selangor. Bijih timah yang diusahakan akan diperdagangkan ke seluruh NNM
terutamanya di Perak, Rembau dan Linggi. Kuala Selangor adalah pusat pelabuhan utama
dan perdagangan bijih timah yang terkenal di Selangor. Dalam pada itu, persaingan
antara Sultan Salehuddin dengan Belanda telah berlaku. Antaranya, isu kenaikan kadar
harga bijih timah yang diperdagangkan di NNM. Harga pasaran satu bahara bijih timah di
Kuala Selangor berjumlah 38 Rial Sepanyol manakala Belanda pula berjumlah 36 Rial
Sepanyol. Belanda tidak menyenangi harga pasaran yang ditentukan oleh Sultan
Salehuddin. Belanda meningkatkan harga pasaran ini kepada 36 Rial Sepanyol. Sultan
Salehuddin turut tidak menyenangi tindakan Belanda dan baginda meningkatkan harga
pasaran ini kepada 39 Rial Sepanyol.
Persaingan antara Sultan Salehuddin dengan Belanda menyebabkan Pembesar
tempatan Linggi, Rembau dan Perak tidak berpuas hati dengan peningkatan harga
pasaran tersebut. Belanda menuduh Sultan Salehuddin menghantar wakil baginda ke
Linggi, Rembau dan Perak membeli bijih timah dan membawa pulang ke Selangor.
tidak be1jaya menguasai seluruh Semenanj ung Tanah Melayu kerana SHTB hanya menguasai Bandar
Melaka sahaja. Keadaan ini adalah sama seperti Portugis menguasai Bandar Melaka pada tahun 1511-1641.
Untuk keterangan lanjut, lihat dalam Abdullah Zakaria bin Ghazali, "Johor dan Kepulauan Riau: Berlainan
Negara Tetapi Bersaudara", Malaysia Dari Segi Sejarah. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, Bil.
39, 2011, him. 85. Leonard Y. Andaya, The World of Ma/11k11: Eastern Indonesia in the Ear�y Modern
Period. Honolulu: University of Hawaii Press, 1993, him. 41, Dianne Lewis, Jan Compagnie in the Straits
of Malacca 1641-1795, Athens: Ohio University Center for International Studies. Monographs in
International Studies Southeast Asia Series No. 36 1995, him. 12-20, L. Y. Andaya, Kerajaan Johar 1641-
1728: Pemban gunan Ekonomi clan Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, him. 35-36,
Anthony Reid, Southeast Asia in the Age of Commerce 1450-1680, Volume Two: The Expansion and
Crisis, New Haven: Yale Univerisity Press 1993, him. 22-24, G. L. Koster "Of Treaties and Unbelievers:
Images of the Dutch in Seventeenth-and Eighteenth-Century Malay Historiography". JMBRAS, Kuala
Lumpur: MBRAS, Vol. 78, Part 1, 2005, him. 59-62 dan Nordin Hussin, Trade and Society in the Strai1s of
Me/aka: Dutch Me/aka and English Penang, 1780-1830, Copenhagen: N lAS Press. 2007. him. J l-28.
37
Namun begitu, tuduhan Belanda ini tidak berasas kerana Linggi, Rembau dan Perak
mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan Selangor. Sultan Salehuddin berhak
mengadakan hubungan perdagangan dengan Linggi dan Rembau kerana daerah ini adalah
di bawah pentadbiran Yamtuan Muda Riau (pada ketika itu, Yamtuan Muda Riau
disandang oleh adinda baginda yang bemama Raja Haji).
Dalam hal Perak, Sultan Salehuddin turut berhak mengadakan hubungan
perdaganga:n ini kerana baginda mempunyai hubungan diplomatik menerusi perkahwinan
dengan puteri Raja Muda Chulan. Sultan Salehuddin tidak menyenangi tindakan Belanda
dan baginda mengadakan hubungan diplomatik dengan SHTI. Sehubungan itu,
perdagangan dan perlombongan bijih timah di Melaka semakin kurang menggalakkan.
Belanda memberi amaran dan peringatan kepada Rembau dan Linggi tentang perjanjian
yang dilaksanakan pada tahun 1758.60
Sementara itu, dalam konteks Perajaan Selangor, Sultan Salehuddin
mengukuhkan konsep ini supaya dapat menunjukkan sebuah kerajaan yang mutlak dan
berdaulat. Pakaian lengkap Sultan Salehuddin adalah berwarna kuning dan mempunyai
beberapa alat kebesaran sepe11i mahkota dan keris. Namun begitu, kerajaan Selangor
tidak memiliki nobat sehinggalah tempoh pentadbiran Sultan Alae' ddin Suleiman Shah,
60 Pada bulan Disember 1757, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah berhasrat menyerahkan Linggi dan
Rembau kepada Belanda. Sultan Sulaiman bertindak sedemikian kerana kawasan tersebut tidak mentaati
baginda. Pada J Januari 1758, Daeng Kemboja, Raja Tua Klang dan Raja Adil mengadakan perjanjian
damai dengan Belanda di Kubu Filipina, Kuala Linggi. Dalam pe1janjian ini, Rembau dan Linggi
diwajibkan mengadakan hubungan perdagangan bijih timah dengan Belanda di Melaka. Untuk keterangan
lanjut, lihat dalam Buyong Adil, Sejarah Se/angor. him. 16 dan CO 882/3/4 Inclosure I in No. 12 Second
Continuation of Report on Proceedings of Government Relating to the Native States in the Malay
Peninsula.
38
Sultan Sela:ngor kelima (Sultan Suleiman) (1898-1938), menitahkan Raja Mahmud,
putera Tunku Panglima Raja Berkat, mendapatkan nobat dari Perak pada tahun 1903.61
Sultan Ibrahim, 1782-1826: Tahap Pengukuhan
Sebelum Sultan Ibrahim dilantik sebagai Sultan Selangor, baginda memegang jawatan
Raja Muda. Selepas kemangkatan Sultan Salehuddin, Raja Muda Ibrahim dilantik sebagai
Sultan Selangor oleh Raja Haji pada tahun 1782 dan bergelar Sultan Ibrahim.62 Dalam
pentadbiran diraja Selangor, Sultan Ibrahim meneruskan kesinambungan ayal1andanya.
Sultan Ibral1im turut be1jaya memperluaskan kerajaan baginda dan mengadakan
hubunga:n perdagangan yang begitu baik antara Selangor dengan NNM dan British.
Sultan Ibrahim turut mengusahakan perlombongan bijih timah di Selangor. Dalam
konteks pentadbiran diraja Selangor, Sultan Ibrahim dapat diangkat sebagai Ba.pa
Pembangunan.
Dalam konteks penjawatan diraja Selangor, Sultan Ibrahim melantik Raja NaJa
sebagai Raja Muda (1782) kerana putera baginda masih kecil.63 Pada tahun 1795, Raja
Muda Na.la terbunuh dalam peperangan di Aceh dan jawata:n Raja Muda tidak disandang
sehingga pada tahun 1815. Pada tahun 1815, Raja Abu Said dilantik dan diperkenankan
oleh Sultan Ibrahim sebagai Raja Muda. Selepas dua tahun Raja Abu Said menyandang
jawatan ini, beliau meninggal dunia dan tidak meninggalkan keturunan lelaki. Pada tahun
61 SP 95/A.93, Datuk H. F. 0. Brain Trail, Coronation of His Highness the Sultan of Selangor, 28 June
196 1.
62 CO 7 17/ 1 17, Memorial Presented on Behalf of His Highness Tungku Badar Shah, Tungku Panglima
Besar of Selangor, Concerning His Right and Claim to be Appointed Raja Muda of Selangor, 15 April
1936.
63 CO 7 17/l 17, Memorial Presented on Behalf of His Highness Tungku Badar Shah, Tungku Panglima
Besar of Selangor, Concerning His Right and Claim to be Appointed Raja Muda of Selangor, 15 April
1936.
39
1817, Raja Muhammad, putera tua Sultan Ibrahim selepas Raja Ismail dan Raja Abu
Said, dilantik dan diperkenankan oleh Sultan Ibrahim sebagai Raja Muda sehingga
baginda mangkat pada tahun 1826.64
Sepanjang tempoh 1782-1826, Sultan Ibrahim melantik dan menempatkan putera,
anak sepupu dan saudara baginda sebagai OBD di setiap sungai Selangor. Antaranya,
Raja Hassan, putera Raja Muda NaJa, di Sungai Bidor, Raja Muda Muhammad, Sungai
Lukut dan Sungai Bemam, Raja Jaafar, putera Raja Haji, di Sungai Klang dan Raja
Abdul Rahman, putera Raja Muda Nala, di Sempang.65
Dalam konteks perluasan kuasa dan pengaruh Selangor pula, Sultan Ibrahim
be1jaya memperluaskan kerajaan baginda meliputi Sungai Bernarn hingga Sungai Linggi.
Sultan Ibrahim mendapatkan Sungai Linggi daripada Raja Haji Raja Haji mewasiatkan
kepada Sultan Ibrahim untuk mentadbir Sungai Linggi pada tahun 1784. Sultan Ibrahim
menjelaskan kepada British bahawa Sungai Linggi adaJah di bawah pentadbiran
Selangor:
Tanah Linggi adalah milik beta dan diwaiiskan kepada beta
melalui keturunan beta...66
Perluasan kuasa ke Sungai Perak dilakukan apabila Sultan Ibral1im menyerang
kerajaan Perak pada tahun J 805. Sepanjang tahun 1805-1826, Sultan Ibrahim berselisih
64 CO 7 17/ 1 17, Memorial Presented on Behalf of His Highness Tungku Badar Shah. Tungku Panglima
Besar of Selangor, Concerning His Right and Claim to be Appointed Raja Muda of Selangor, 15 April
1936.
65 R. 0. Winstedt, "A History of Selangor", JMBRAS, Singapore: Printers Limited Vol. 7, Part 3 October
1934, him. 1 1.
66 Singapore Chronicle and Commercial Register, 4 June 1836. Untuk kenyataan penuh yang dibuat oleh
Sultan Ibrahim, lihat Lampiran A.
40
faham denggan tiga Sultan Perak; Sultan Ahmaddin Shah, Sultan Perak kelapan belas
(I 786-1806), Sultan Abdul Malik Mansur Shah, Sultan Perak kesembilan belas (1806-
1825) dan Sultan Abdullah Muadzam Shah, Sultan Perak kedua puluh (1825-1830).
Sultan Ibrahim berjaya mengalahkan kerajaan Perak pada tahun 1805. Hasil kejayaan ini,
Sultan Ibral1im menyatakan Sungai Perak diserahkan kepada baginda oleh Sultan
Ahmaddin. Namun begitu, Sultan Abdul Malik dan Sultan Abdullah tidak menyenangi
kenyataan Sultan Ibrahim. Mereka mempertahankan kerajaan Perak bebas daripada
pengaruh dan kuasa kerajaan Selangor.
Menurut surat Raja Kecil Muda Perak bertarikh 6 Jun 1825, Sultan Ibrahim
be1jaya mengalahkan Sultan Ahmaddin dan memperluaskan tanah jajahan baginda di
Sungai Perak pada tahun 1805. Raja Kecil Muda Perak menyatakan kenyataan yang
dibuat oleh Sultan Ibrahim dalam suratnya:
... dari Kuala Terns sehingga Sungai Perak adalah milik beta
dan beta menguasainya berdasarkan peperangan.67 •
Sultan Ibrahim turut menuntut Pulau Pangkor di bawah kerajaan baginda.68 Sultan
Abdul Malik tidak menunaikan tuntutan Sultan Ibrahim dan mereka berselisih faham
antara satu sama lain. Sultan Ibrahim berhasrat rnenyelesaikan perselisihan faham ini
dengan hanya memohon Kuala Bidor hingga Kuala Perak diserahkan kepada baginda.
Menurut kenyataan Sultan Ibrahim yang ditulis dalam surat Raja Kecil Muda bertarikh 6
Jun 1825 rnenyatakan:
67 Straits Settlements Records (SSR) Letter from the Native Rulers (LFNR)/F. 4/September 1824-August
18 2 6 , Translation of a Statement Chief of Perak Country to the Chao Phya ofLigore. 6 June 1825.
68 SSR Penang: Letters to London (PLTL)/B. 6/August 1820-November 18 2 2. From W. E. Phillips to the
Honoble East India Company, 1 July 1819.
41
...kita tidak perlu bergaduh lagi, kawasan daripada Kuala
Bidor hingga Kuala Perak sudah mencukupi beta.69
Sultan Abdul Malik tidak bersetuju dengan pennohonan Sultan Ibrahim. Dalam
surat Raja Kecil Muda bertarikh 6 Jun 1825 mencatatkan kenyataan yang dibuat oleh
Sultan Abdul Malik yang menyatakan "Sekiranya kamu (Sultan Ibrahim) tidak berpuas
hati, mari kita mendapatkan pandangan daripada Pemerintah di Negeri-negeri lain untuk
menyelesaikan pertelingkahan ini".70 Sultan Ibrahim bersetuju dan pulang ke Kuala
Selangor dan memberi dua pucuk meriam kepada Sultan Abdul Malik.
Hakikatnya, dari sudut kerajaan Selangor, Sungai Perak adalah di bawah
pentadbiran diraja Selangor. Sultan Ibrahim berjaya menguasai Sungai Perak dengan
menggunakan medium peperangan dan perkahwinan. Melalui perkahwinan, Raja Hassan
berkahwin dengan salah seorang puteri kerabat raja Perak dan dilantik sebagai OBD
Sungai Bidor. Menurut Sultan Ibrahim, berdasarkan perkahwinan tersebut, Sultan Abdul
Malik memperkenankan Raja Hassan dilantik dan ditempatkan sebagai OBD Sungai
Bidor.71
Untuk memperkuatkan kenyataan bahawa Sungai Perak di bawah pentadbiran
diraja Selangor, Sultan Ibrahim bersama-sama putera baginda terdiri daripada Raja Muda
Muhammad, Raja Abdullah, Raja Hassan dan Raja Husain serta angkatan tentera diraja
69 SSR LFNR/F. 4/September 1824-August 1826, Translation ofa Statement ChiefofPerak Country to the
Chao Phya ofligore, 6June 1825.
70 SSR LFNR/F. 4/September 1824-August 1826, Translation ofa Statement ChiefofPerak Country to the
Chao Phya ofligore, 6June 1825.
71 SSR LFNR/F. 4/September 1824-August 1826, Translation ofa Letter from Sultan Ibrahim Shah. Rajah
ofSalangore to the Honble Robert Fullerton, 30 August I 825.
42
Selangor menentang Siam di Perak. Perak telah dikuasai oleh Siam melalui penglibatan
kerajaan Kedah di bawah pentadbiran diraja Sultan Alunad Tajuddin II, Sultan Kedah
kedua puluh dua (1804-1843), pada tahun 1818.72 Rama I I, Maharaja Siam Dinasti
Chakri kedua, tidak dimaklumkan bahawa Sungai Perak telah menjadi sebahagian
pentadbiran diraja Selangor. Sultan Ibrahim tidak menyenang1 penguasaan ini dan
menentang kerajaan Siam yang berada di Perak.73
!S}72 Sultan Ahmad Tajuddin Il dilantik dan diperkenankan oleh Rama II sebagai Sultar( dah. Walaupun
demikian, Sultan Ahmad Tajuddin tidak memperaku kerajaan baginda di bawah pentadbiran Siam. Namun
begitu, arahan-arahan daripada Siam terpaksa dilaksanakan untuk kepentingan kerajaan dan penduduk
tcmpatan baginda di Kedah. Dalam proses penguasaan Perak, Siam mengeluarkan arahan pada tahun 1813,
1816 dan 1818. Akhirnya, pada tahun 1818, Sultan Ahmad Tajuddin terpaksa mengikuti arahan tersebut.
Pada tahun 1821, Kedah di erang dan dikuasai oleh Ligor. Namun begitu, Tengku Anum berjaya
membebaskan Kedah daripada pentadbiran Siam pada tahun 1842. Kesan daripada peperangan tersebut
mewujudkan kerajaan Perli pada tahun 1842. Kedah dan Perlis perlu menghantar Bunga-Emas dan Perak
kepada Siam tiga tahun sekali sehingga pada tahun 1909. Untuk keterangan lanjut, SSR LFNR/F. 1 /January
1817-March 1819, From the Rajah ofKedah to the Governor, JO March 1818, SSR LFNR/F. ]/January
1817-March 1819, From the Rajah ofKedah to the Governor, 12 September 1818, Kedah Secretariat File
(KSF) SUK 7/10, Raja Ligor Menyerah Balik Negeri Kedah Perwira Kedah Yang Pasti Diendahkan, SSR
Governor: Letters to Resident Councillors (GLRC)/U. 8/December 1841-September 1842, From S. G.
Bonham to the Resident Councillors ofPulo Penang, 24 Ogos 1842, SSR Governor: Miscellaneous Letters
Out (GMLO)/V. 1/September 1824-July 1826, Translation ofa Letter from the Chow Prya ofLigore to the
King of Kedah, October 1825, Pejabat Sultan Negeri Kedah (PSNK) ARK 4, Photostat Copies of
Correspondence Relating to the Gift ofthe "Bunga Ma "to the King ofEngland from the Sultan ofKedah
and the Raja of Perlis 1909, Pejabat Sultan Negeri Perlis (PSNPRLS) AR/R 1/1, Salasilah Ringka
Keluarga Diraja Jamalullail Yang Menjadi Raja-raja Negeri Perlis (1843-1967), SSR PLTL/B. 6/Augu t
1820-November 1822, From W. E. Phillips to the the Honorable the Court of Directors for the Affairs of
the United Company ofMerchants ofEngland Trading to the East Indies, London. 1 February 1822, The
Crawford Papers (TCP). From Hasting, Jas Stuart and .John Fendall to the Honorable the Court ofDirectors
for Affairs ofthe Honorable the United Company ofMerchants ofEngland Trading to the East Indies 26
January 1882, Kobkua Suwannathat-Pian, 'The Kedah Succes ion Crissis 1879-1882'", JMBRAS, Kuala
Lumpur: MBRAS, Volume 62, Part 2 1989 him. 81, Muhammad Hassan bin To' Kerani Mohd. Ar had.
Al- Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Jelutong Press, 1928, him. 138-139, Mohd. lsa Othman, Pengalaman
Kedah & Per/is: Zaman Penjajahan British, Kuala Lumpur: Utusan Publications & pistributors Sdn. Bhd.,
2001, him. 16, Mohammad Jsa Othman, Politik Tradisiona/ Kedah 1681-1942. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1990, him. 28, James Low, "An Account of the Origin and Progress of the British
Colonies in the Straits ofMalacca", J. R. Logan (Ed), Journal of the lndian Archipelago and Eastern Asia
(JJAEA). Singapore: G. M. Frederick. Vol. JV, 1850 him. 18 dan R. Bonney, Kedah 1771-1821: The
Search for Security and independence. Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1974, him. 156.
73 SSR LFNR/F. I /January 181'7-March 1819, From the Rajah ofKedah to Uknown. JO March 1818 dan
SSR Penang Consultations (PC)/A. 18/July 1823; June-July 1825, Translation of a Letter from the Chow
Piya ofLigore to the Honble the Governor ofPulo Penang, 2 June 1825.
43
Sultan Ibrahim tw-ut memainkan peranan penting dalam konteks diplomatik
dengan kerajaan luar. Sultan Ibrahim meneruskan kesinambungan hubungan dengan
British. Tujuannya adalah sarna seperti ayahandanya. Pada 22 Ogos 1818, British
mengadakan Pe1janjian Persahabatan dengan Sultan Ibrahim.74 Berkuat kuasa perjanjian
ini, J. Anderson dilantik sebagai Ejen Perdagangan Bijih Timah Perak dan Selangor.
Berkuat kuasa Artikel pe1iama, kedua, ketiga dan kelapan, British akan melindungi
Selangor da1ipada ancaman luar. Berkuat kuasa Aliikel keempat, Sultan Ibrahim tidak
dibenarkan rnemperbaharui perjanjian yang pemah dilaksanakan sebelum ini dan akan
datang dengan negara lain selain British. Berkuat kuasa Artikel kelima, keenam dan
ketujuh, Sultan Ibrahim hanya dibenarkan berdagang dengan British dan sebaliknya.
Sultan Ibrahim kerap berurusan dan menghantar surat kepada British di Melaka,
Pulau Pinang dan Singapura. Antara isu dalam surat tersebut adalah -mengenai
persempadanan Selangor dengan Perak, mengenai perdagangan antara Selangor dengan
Melaka, Pulau Pinang dan Singapura, mengenai perlindungan kerana dianca.m oleh Siam
dan Belanda dan mengenai pembunuhan serta aktiviti perlanunan di sekitar Selangor.75
74 SSR LFNRJF. ]/January 1817-March 1819, From the Rajah of Salangor Without Date, SSR Letters to
the Native Rulers (L TNR)/G. !/November 1817-August 1819, From the Governor to the Rajah ofSalangor,
1December 1818. SSR LFNRJF. 2. July 1818-August 1819, From the Rajah of Salangore to the Hon'ble
Governor, 22 August 1818, 8 September 1873. SSR LTNRJG.7. October 1867-February 1872. From Sultan
Perak to Governor Strait Settlements Penang Gazette of 19th April 1873 Treaties with Perak. No. XC,
Sessional and Parliamentary Papers by Command (C.) 1111 of 1874, Jnclosure J in No. 53. Old Treaties
with Salangor dan CO 439/4, Selangor Administration Report for the Year 1931.
75 SSR LFNRJF. J. January 1817-March 1819, From the Rajah ofSalangore to Major Farquhar, Resident of
Malacca, 11 September 18 J 8, SSR LFNRJF. 2. July J 818-August 1819, From the Rajah ofSalangore to the
Hon'ble Governor, 22 August 1818, SSR LFNRJF. 2. July 1818-August 1819, From the Rajah ofSalangore
to the Resident ofMalacca, September 1818, SSR LFNRJF. 2. July 1818-August 1819, From the Rajah of
Salangore to the Hon'ble the Governor WithoutDate, SSR LFNRJF. 2. July 1818-August 1819, From the
Rajah ofSalangore. 7 March 1819, SSR LFNRJF. 2. July 1818-August 1819, Translation of a Letter from
the Rajah of Salangore to the Hon'ble the Governor, 15 May 1819, SSR LFNRJF. 2. July 1818-August
1819, Translation ofa letter from the Rajah ofSalangore to the Hon'ble the Governor. 2 June 1819 SSR
LFNRJF. 2. July J818-August 1819, Translation ofa Letter from the King ofSalangore to the Hon 'ble the
44
Bagi British, mereka tidak berhasrat melibatkan diri dalam politik yang berlaku di
Selangor mahupun NNM yang lain. Namun begitu, perkara berkaitan dengan ekonomi
kerajaan, British perlu melindungi kepentingannya supaya hubungan ekonomi dengan
Selangor mahupw1 NNM yang lain tidak terjejas.76
Perselisihan faham antara Sultan Ibrahim dengan Perak dan Siam diselesaikan
oleh campur tangan British mel_alui beberapa Perjanjian: Perjanjian dengan Ligor (31
Julai 1825); Pe1janjian Anderson (20 Ogos 1825); dan Perjanjian Burney (20 Jun 1826).77
Dalam setiap pe1janjian ini, Raja Hassan dikehendaki meletakkan jawatan sebagai OBD
Sungai Bidor dan tidak dibenarkan tinggal di sini.78 Keputusan muktamad mengenai
Governor, 8 August 1819, SSR LFNR/F. 3. August 1819-November 1820 Translation ofa Letter from the
Rajah ofSalangore to the Hon' ble the Governer, 7 March 1820 SSR LFNR/F. 4. September 1824-August
1826, Translation ofa Letter from the King ofSalangore to the Hon'ble ofthe Governor, 24 March 1825,
SSR LFNR/F. 4. September 1824-August 1826, Translation ofa Letter from Sultan Ibrahim ShaA, Rajah of
Salangore to the Hon'ble Robert Fullerton, Governor of Pulo Pinang, 26 August 1825, SSR LFNR/F. 4.
September 1824-August 1826, Translation of a Letter from Paduka Sri Sultan Ibrahim, King of Salangore
to Mr. John Anderson, 18 September 1825, SSR LFNR/F. 4. September 1824-August 1826, Translation of
a Letter from Sri Sultan Ibrahim, King of Salangore to the Hon 'ble Robe11 Fullerton Governor of Pulo
Pinang, 15 October 1825, SSR LFNR/F. 4. September 1824-August 1826, Translation of a Letter from
Sultan Ibrahim, King ofSalangore to the Hon'ble Robe11 Fullerton ofPulo Pinang, 3 November 1825, SSR
LFNR/F. 4. September 1824-Augu t 1826, Translation ofa Letter from Sultan Ibrahim, King ofSalangore
to Mr. Anderson, Agent for Perak and Salangore, 3 November 1825 dan SSR LFNR/F. 4. September 1824-
August 1826, Translation of a Letter from Sultan Ibrahim, Rajah of Salangore to the Hon'ble of the
Governor.. 14 November 1825.
76 British turut be11indak menjaga Negeri-negeri Melayu Utara (NNMU) daripada dikuasai oleh Siam
kerana Siam menuntut NNMU di bawah pentadbirannya. Pelbagai perjanjian dilaksanakan untuk tujuan
tersebut. Untuk keterangan lanjut lihat dalam The Burney Papers (TBP), Volume ll, Part I, Memorandum
ofa Conversation Betvveen the Honoble the Governor ofPenang, and the Envoys from the Rajah ofLigor
on Friday the 18th February 1825 Foreign Office (FO) 69/242, Treaty Between Great Britain and Siam,
Respecting Quedah, 6 May 1869 dan FO 422/25, Memorandum Respecting the Control of Siam Over the
States ofTringganu and Kalantan, 21 March 1889.
77 CO 273/191, Siamese Influence in the Malay Peninsula, 22 June 1893, SSR PC/A. 14/November 1818-
July 1819, The Honble the Governor accords the Following Minute with Report from Mr. Ander on the
Agent for Tin ofhis Proceed at Perak and Salangore, 17 December 1818, SSR PC/A. 14/November 1818-
July 1819, The Hon. the Governor Before the Board the Following Letter from the Rajah ofSalangore, 27
May 1819 dan J. de V. Allen, A. J. Stockwell dan L. R. Wright, A Co/lee/ion of heaties and Other
Documents Affecting the States of Malaysia, 1761-1963, Volume II, London: Oceana Publications, Inc.,
1981, him. 309-319.
78 SSR LTNR/G. 3/August 1824-September 1826, Letter from Mr. Anderson to Rajah Hassan at Kuala
Bidor, 23 September 1825 dan TBP, Vol II, Part Ill, From R. Fullerton, W. A. Clubley and R. Ibbetson to
the Right Honorable William Pitt Lord Amherst, 4 August 1825.
45
sempadan Selangor dengan Perak diselesaikan dengan merujuk Sungai Bemam sebagai
persempadanan antara dua kerajaan ini. Menmut Pe1janjian Anderson 1825, sebelah kiri
Sungai Bernam kepunyaan kerajaan Perak manakala sebelah kanan sungai ini kepunyaan
kerajaan Selangor.79
Sultan Ibrahim tidak menyenangi keputusan tersebut dan berusaha mendapatkan
Sungai Perak kembali.80 Menurut Sultan Ibrahim, Sungai Perak adalah pusat
perlombongan bijih timah terkaya di Perak.81 Namun begitu, usaha tersebut gagal dicapai
kerana Sutltan Ibrahim mangkat pada bulan Oktober 1826. Perjuangan ini diteruskan oleh
Sultan Muhammad tetapi tidak beijaya.82 Walaupun demikian, beberapa kerabat raJa
Selangor menetap di beberapa tempat Hilir Perak. Antaranya di Kampung Kota dan
Chenderiang.
Sultan Ibrahim menghadapi cabaran daripada Belanda dalam bidang ekonomi
terutamanya bijih timah. Sultan Ibrahim mengusahakan perlombongan bijih timah di
setiap sungai Selangor. Sultan Ibrahim tidak menyenangi pentadbiran Belanda yang
berpusat di Melaka kerana penekanan Belanda dalam menjalankan aktiviti perdagangan
di NNM. Sultan Ibra11im didapati turut membenci Belanda kerana perselisihan faham
79 CO 882/2, lnclosure I in No. 84. Old Treaties with Salangor, SSF CS 2282/86. Enclose Copy ofArticle
2 of the Selangor Treaty of 1825, CO 882/4/10, Extracts from the Audit Report, Selangor-Revenue and
Expenditures for the Year 1877 dan C. 11 J I of1874, lnclosure l in No. 52, Preci ofPerak Affairs, by Mr.
Ski nner, 10 January 1874.
80 TBP, Vol II, Part l, Translation ofa Letter from the Chow Pya of Ligore to the Honorabl the Governor
ofPulo Penang, 6 June 1825.
81 SSR PLTL/B. 6/August 1820-November 1822, From W. E. Phillips to the Honoble East India Company,
1 July 1819 dan Patrick Sullivan Social Relations of Dependence in a Malay Stare: Nineteenrh Cenrwy
Perak, Kuala Lumpur: MBRAS, 1982, him. 20-22 dan 30.
82 Perjuangan ini dihentikan setelah diberi amaran oleh S. G. Bonham, Residen Konselor PuIau Pinang,
pada tahun 1837. Untuk keterangan lanjut, lihat dalam __, Kenangan Perrabalan Raja Kira ke-34, Perak:
Jawatankuasa "Panel Penulis Khas" dengan Ke1jasama Pejabat Orang Besar Jajahan Larut, Matang dan
Selama, 1986, him. 19.
46
antara Bugis dengan Belanda yang berlaku di Sulawesi Selatan pada abad ketujuh belas.83
Dendam ini berterusan seh:ingga ke zaman Sultan Ibrahim dan baginda berhasrat
mengusir Belanda daripada menguasai Melaka dan NNM.
Pada 29 Julai 1786, Sultan Ibrahim mengadakan perjanjian dengan Belanda.84
Dalam pe1janjian ini, Sultan Ibrahim dikekalkan sebagai Sultan Selangor. Sultan Ibrahim
83 Perang Makassar (I 666-1669) adalah perselisihan faham antara Sultan Hasanuddin, Sultan Goa keenam
belas, dengan Arung Palakka, Pangiran Bone yang beke1jasama dengan C. J. Spelman, Gabenor Belanda
keempat belas, di Sulawesi Selatan. Buton dan Tailo turut menjadi pakatan Belanda-Bone. Sehubungan itu,
Sultan lbrahim dan Raja Haji selaku orang Bugis menyimpan dendam terhadap Belanda yang
menyebabkan pergolakan berlaku di Sulawesi Selatan. Raja Haji tidak menyenangi pentadbiran Belanda di
alam Melayu. Raja Haji be1iindak sedemikian kerana Belanda menipu beliau dengan tidak menyerahkan
harta pampasan Kapa! Perdagangan British kepadanya. Pada tahun 1784, Raja Haji menjalinkan hubungan
dalam aspek politik dan ekonomi dengan British. Setelah Belanda mendapat tahu tindakan Raja Haji
tersebut, Belanda memberi amaran kepada beliau supaya tidak menjalinkan hubungan dengan British.
Namun begitu, Raja Haji berdegil dan meneruskan hubungan tersebut tanpa mempedulikan amaran
Belanda. Belanda tidak menyenangi dengan tindakan Raja Haji lalu menghantar dua puluh buah Kapa!
Perang yang mempunyai kelengkapan senjata ebanyak enam belas meriam ke pelabuhan Riau. Belanda
bertindak sedemikian untuk menyekat.aktiviti perdagangan di sini. Sultan Ibrahim turut berperang dengan
Belanda di Melaka. Sultan lbrahim bekerjasama dengan Raja Haji menentang Belanda di Melaka. Untuk
keterangan lanjut, lihat dalam SSFR G. 134/1752 -1802, Information f rom Captain Light in Respect to the
Late Attack of the Dutch in Rhio, the Attempts of the Malay Against Malacca and the Establishment of a
Factory a Pulo Penang, 10 April 1784, SSFR G. 134/1752-1802, From Thomas Forest to the Governor of
the Fort William, 15 April 1784, SSFR G. 134/1752-1802, From Francis Light to the Governor of the Fort
William, 15 February 1786, CO 882/2 , Inclosure 3 in No. 84, Continuation of Report on the Proceedings of
Government Relating to the Native States in the Malay Peninsula by T. Braddel, 18 February 1874, SP
212 /12 , Jeffrey Fine tone, Salasilah Keturunan Sultan, Waris dan Kerabat diraja Negeri Selangor Darul
Ehsan, Materials for a History of the Company Factory at Macassar from the Year 1613 to 1667 with Some
Resulting Incidents Until the Year 1674 (MHCFMRIUY 1674), Abstract-The Relation of the Most Notable
Passages in the Holland Great Victory Upon Macassar, by Their Armada Under the Command of the Lord
Cornelius Spelman on the Year 1666, MHCFMRIUY 1674, Admiral Spelman Operations, Dutch Narrative
of the Great Victory Upon Maca sar-Resumed. Without Date, MHCFMRIUY 1674, Further Contracts
Made with Radja Tello & Cranie Lynkis. 9 & 13 Mac 1668, Edward L. Poelinggomang dan Suriadi
Mappangara (Editor), Sejarah Sulawesi Se/atan, Ji/id 1, Sulawesi Selatan: Badan Penelitian dan
Pegembangan Daerah, 2004, him. 106-130. Susanto Zuhdi, Sejarah Blllon yang Terabaikan, Jakarta: P T
RajaGrafindo Persada, 20 I 0 , him. 163-18 0 dan Albert S . Bickmore, Travels in rhe East Indian
Archipelago, Singapore: Oxford University Press. 1991, him. 103.
84 Pada tahun 1782, Sultan Ibrahim mengambil peluang menyerang Belanda di Melaka. Pada 13 Februari
1784, Raja Haji dan angkatan tentera Johor tiba di Teluk Ketapang dan membina kubu di Tanjung Palas.
Sultan Ibrahim membawa seramai 1,500 angkatan tentera dan berkubu di Batang Tiga. Belanda memohon
bantuan daripada Terengganu dan Kedah tetapi permohonan tersebut ditolak. Akhirnya, Belanda
mendapatkan bantuan daripada Siak sahaja. Pada 14 Mei 1784, Raja Muhammad Ali bersama-sama Syed
Ali, anak saudara beliau, datang ke Melaka membantu Belanda. Pada bulan Jun 1784 sebanyak lima atau
enam buah angkatan Kapa! Perang Belanda tiba di Betawi untuk menentang pakatan Sultan Ibrahim dengan
Raja Haji di Melaka. Laksamana J. P. van Braam memimpin angkatan tersebut dengan menaiki Kapa!
Utrecht. Dianggarkan seramai 2,130 tentera Belanda dan 326 batang meriam digunakan untuk menentang
47
turut memperakukan kekuasaan Belanda di sini dan baginda perlu menjual bijih timah
kepada Belanda.85 Pada tahun 1790, Sultan Ibrahim menandatangani perjanjian bagi
memperbaharui perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1786.
Kemunculan Kapa1 Dagang British di Kuala Selangor menyebabkan hubungan
Sultan Ibrahim dengan Belanda semakin bmuk. Barang dagangan mereka adalah kain dan
candu. British pula membeli bijih timah di Kuala Selangor. Antara Kapa! Dagang British
adalah Junk Selang dikendalikan oleh J. Scott dan 171e Bloome dikendalikan oleh F.
pakatan tersebut. Dalam pertempuran tersebut, Raja Haji dibunuh di Teluk Ketapang. Pada bulan Julai
1784, Belanda dan Raja Muhammad Ali bersarna-sama angkatan tentera masing-masing menyerang Kuala
Selangor. Pada bulan Ogo 1784, Sultan lbrahirn gaga! mempertahankan Kuala Selangor dan baginda
rnengundurkan diri bersama-sama pengikut serta tentera baginda ke Hulu Selangor. Sultan lbrahim
mengundurkan diri ke Pahang untuk mernohon bantuan daripada Bendahara Abdul Majid, Bendahara
Pahang pertama ( 1777-1802 ). Belanda melantik Raja Muhammad Ali sebagai Pemangku Sultan Selangor
dan beliau dibantu oleh Syed Ali. Namun begitu, Raja Muhammad Ali berselisih faham dengan Belanda
dan beliau mengambil keputu an pulang ke iak. Syed Ali tetap tinggal di Selangor dan beliau
diisytiharkan ebagai Yang Dipertuan Selangor oleh Belanda. Pelantikan tersebut tidak disenangi oleh
penduduk tempatan Selangor walaupun dipujuk oleh Belanda. Penduduk tempatan menunjuk perasaan dan
menentang pelantikan tersebut dengan tidak menjual bijih timah kepada Belanda. Pada bulan Jun 1785,
Sultan lbrahim membawa seramai 2 ,000 angkatan tentera Selangor-Pahang ke Kuala Selangor. Sultan
Ibrahim melancarkan serangan terhadap pakatan Belanda di sini dan baginda be1jaya mengusir Syed Ali
dan Belanda. Syed Ali berundur ke Siak manalaka Belanda kembali ke Bandar Melaka. Sultan Ibrahim
menulis surat bertarikh 30 Jun 1785 kepada British supaya bersepakat dan bekerjasama menentang
Belanda. Sultan Ibrahim turut membenarkan British menjalankan aktiviti perdagangan di Selangor semula.
Belanda belum menyerah kalah dan mengepung Kuala Selangor dengan meletakkan dua buah Kapa!
Perang Belanda persisiran pantai untuk menghalang aktiviti perdagangan. Untuk keterangan lanjut, lihat
dalam SSFR G. 13411752-1802, From Unknown to Andrew Rofs. 15 September 1784, SSFR G. 134/1752 -
1802 , From Sultan lbrahim to the Governor of the Fort William, 30 Jun 1785, SSFR G. 134/1752 -1802,
From Francis Light to the Hon'ble John Macpherson, 25 January 1786, SSFR G. 134/1752-1802, From
Francis Light to the Governor ofthe Fort William, 15 February 1786, Pejabat Sultan Negeri Johor (PSNJ),
Family Tree Sultan of Johore and Bugis, Hasan Junus, Raja Ali Ha.Ji: Budayawan di Cerbang Abad XX,
Riau: UNRl Press, 2002, him. 9, Jan van der Putten, "Wanted", Jan van der Putten dan Mary Kilcline Cody
(eds), Lost Times and Untold Tales from the Malay World, Singapore: National University of Singapore
(NUS) Press 2009, him. 117 dan Haji Buyong Adil, Sejara/J Johor, him. 154.
8," CO 439/1, Annual Report ofthe State ofSelangor for the Year 1889, CO 439/4 Annual Report on the
Social and Economic Progres of the People of Selangor for the Year 1935 dan CO 882/2 , Inclosure 3 in
No. 84, Continuation of Report on the Proceedings of Government Relating to the Native States in the
Malay Peninsula by T. Braddel, 18 February 1874.
48
Light.86 Tujuan utama kedatangan mereka untuk mengusir Belanda di Selangor dan
NNM. Untuk itu, T. S. B. Raffles dipilih dan dih1gaskan melaksanakan arahan tersebut.87
Sultan Muhammad, 1826-1857, dan Sultan Abdul Samad, 1857-1874: Tahap Kukuh
Sebelum Sultan Muhammad dilantik sebagai Sultan Selangor, baginda memegang
jawatan Raja Muda pada tahun 1817. Kekanda-kekanda tua Raja Muda Muhammad iaitu
Raja Ismail dan Raja Abu Said meninggal dunia pada umur muda.88 Walaupun Raja Abu
Said pemah dilantik sebagai Raja Muda tetapi beliau tidak meninggalkan keturunan
lelaki untuk diwarisi. Oleh itu, gelarnn diraja ini dianugerahkan kepada Raja Muhammad
pada tahun 1817. Raja Muda Muhammad berhak mendapat jawatan Raja Muda
berdasarkan Adat Penggantian. Selepas kemangkatan Sultan Ibrahjm pada tahun 1826,
Raja Muda Muhammad dilantik dan ditabalkan sebagai Sultan Selangor serta bergelar
Sultan Muhammad.89
Dalam konteks pentadbiran diraja Selangor, Sultan Muhammad diangkat sebagai
Bapa Pertanian kerana baginda menekankan aktiviti perianian di seluruh daerah
Selangor.90 Sultan Muhammad turut memainkan peranan sebagai pengusaha bijih timah
86 Mohd. Yusoff Hashim. Dari L11w11' ke Dant! Ehsan: Kes11lta11an Selangor. Melaka: Surya Sdn. Bhd.,
2001, him. 93.
8; Menurut surat F. Light bertarikh 10 Januari I788, beliau menyatakan Sultan Ibrahim berhasrat
melepaskan kerajaan baginda daripada pengaruh Belanda dan baginda berharap SHTI dapat mengadakan
hubungan baik dengan Selangor. Untuk keterangan lanjut. lihat dalam SSFR G. 134/1787-1791, From
Francis Light to the Government ofthe Fort William, I0 January 1788, SSFR G. 134/1787-1791, From Mr.
Glafs to the Government ofthe Fort William, 29 April 1787 dan Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah
Perdagangan Bebas, him. 106-107.
88 Abdullah Zakaria Ghazali. "Institusi Kesultanan Selangor", Seri Alam, Shah Alam: Lembaga Muzium
Selangor, 2000, him. 63.
89 CO 7171117, Memorial Presented on Behalf of His Highness Tungku Badar Shah, Tungku Panglima
Besar of Selangor, Concerning His Right and Claim to be Appointed Raja Muda of Selangor, 15 April
1936.
90 The Malay Mail, 14 November 1902.
49
seperti ayahanda dan datuknenda baginda. Dalam pada itu, Sultan Muhammad
./
memainkan peranan penting dalam perkembangan pentadbiran Selangor (1826-1857).
Dalam konteks jawatan bergelar diraja Selangor, Sultan Muhammad
memperkenalkan jawatan Tengku Panglima Besar Selangor pada talrnn 1826. Menurut
kenyataan Raja Mahmud, kedudukan jawatan ini adalah ketiga tertinggi selepas Sultan
dan Raja Muda.91 Dalam tempoh pentadbiran Sultan Muhammad, jawatan ini disandang
oleh Raja Abdullah, putera Sultan Ibrahim, dan Raja Abdul Samad, putera Tengku
Panglima Besar Raja Abdullah.92
Dalam jawatan Raja Muda pula, Sultan Muhammad didapati tidak melantik
putera baginda untuk menyandang jawatan ini. Berdasarkan analisis yang diperoleh,
Sultan Muhammad tidak melantik jawatan Raja Muda kerana: Pertama, Raja Sulaiman,
putera pertama baginda, Raja Hassan dan Raja Unos, putera Raja Usoh, meninggal dunia
awal. Kedua, baginda mendapati tidak terdapat calon yang sesuai untuk menjawat
jawatan itu.
Ketiga, Raja Mahmud masih kecil dan didapati masih belum layak untuk
menyandang jawatan Raja Muda. Ketika Raja Suleiman, putera Raja Muda Musa, hendak
dicalonkan sebagai Raja Muda Selangor, beliau menyatakan umumya masih muda dan
masih belum layak untuk memegang jawatan setinggi itu. Oleh itu, berdasarkan
91 CO 273/380, to the Under Secretary ofState, 13 November 1911.
9� TSJ, Vol. 1., No. 5, History ofSelangor. 18 Novemher 1892.
so
kenyataan Raja Suleiman, umur dan pengalaman adalah penting untuk menjawat jawatan
Raja Muda.
Ini dapat dibuktikan dengan pelantikan Raja Muda Muhammad yang berumur
empat puluh tahun dan Raja Muda Musa yang berwnur tiga puluh tahun yang mana
menunjukkan umur dan pengalaman memainkan peranan penting dalam menyandang
jawatan kedua tertinggi ini. Namun begitu, umur Raja Ibrahim sebagai Raja Muda
Selangor adalah sepuluh tahun.93 Pelantikan ini disebabkan Raja Muda Ibrahim adalah
generasi pertama yang menjawat jawatan Raja Muda. Tambahan lagi, jawatan ini
dipercepatkan kerana Sultan Salehuddin berhasrat memulakan pentadbiran diraja
Selangor supaya be11ambah kukuh dengan terdapatnya jawatan bergelar dalam
pentadbiran baginda.
Keempat, Sultan Muhan1mad didapati seorang Sultan yang begitu alim dan warak.
Sehubungan itu, Sultan Muhammad pasti mengarnbil iktibar dan petunjuk daripada
---
sejarah Nabi Muhanlillad Sallallahu allaihi wassalam (S. A. W.) yang tidak meninggalkan
waris sebagai Pemerintah kepada sesiapa. Selepas Nabi Muhammad S. A. W. wafat,
baginda digantikan oleh Saidina Abu Bakar ebagai Khalifah pe11ama. Pelantikan ini
dilaksanakan berdasarkan seorang tokoh yang paling rapat dengan Nabi Muhammad S.
A. W. Sekiranya didasarkan kepada teladan Nabi Muhammad S. A. W., kerabat raja
Selangor perlu melantik Sultan Selangor baru berdasarkan jawatan yang paling dekat
dalam pentadbiran diraja Selangor.
93 CO 717/117, Memorial Presented on Behalf of His Highness Tungku Badar Shah Tungku Panglima
Besar of Selangor, Concerning His Right and Claim to be Appointed Raja Muda of Selangor. 15 April
1936.
51
Walaupun demikian, terdapat kemusykilan mengenai jawatan Raja Muda pada
zaman pentadbiran diraja Sultan Muhammad. Jawatan ini telah dipertikaikan sama ada,
Raja Mahmud menyandang jawatan Raja Muda Selangor atau sebaliknya. Namun begitu,
berdasarkan analisis daripada sumber-sumber primer dan sekunder yang dipero1eh,
sepanjang pentadbiran diraja Sultan Muhammad, tidak terdapat kekuatan yang
menunjukkan bahawa Raja Mahmud sebagai Raja Muda. Malahan, keputeraan Raja
Mahmud turut dipertikaikan sama ada beliau adalah putera Sultan Muhammad dengan
Tengku Ampuan Basik atau sebaliknya.
Sultan Muhammad pemah menyatakan bahawa baginda berhasrat melantik Raja
Mahmud sebagai Raja Muda tetapi baginda didapati tidak bertindak sedemikian
sehinggalah baginda mangkat pada tahun 1857. Menurut Raja Laut, Raja Mahmud
dilantik sebagai Raja Muda selepas lima hari kemangkatan Sultan Muhammad.94 Raja
Mahmud didapati diangkat oleh Tengku Ampuan Basik. Berdasarkan kenyataan ini,
jawatan Raja Muda yang disandang oleh Raja Mahmud adalah tidak sah kerana jawatan
ini memerlukan pelantikan dan perkenan daripada Sultan Muhammad. Berikutan itu,
sepanjang tempoh pentadbiran diraja Sultan Muhammad, jawatan diraja yang dilantik
hanyalah Tengku Panglima Besar Selangor.
Dalam konteks pentadbiran daerah pula, Sultan Muhammad menyeragamkan
pentadbiran ini dengan membahagikan lima batang sungai iaitu Sungai Bernam, Sungai
94 SSF NATIVE 407/77. Petition from Raja Laut Applying for Allowance or Pension With Connected
Correspondence.
52
Selangor, Sungai Klang, Sungai Langat dan Sungai Linggi.95 Menurut Raja Hitam, putera
Raja Unos, beliau menyatakan Raja Usoh, datuknenda beliau, dilantik dan diperkenankan
oleh Sultan Muhammad sebagai OBD Sungai Bemam yang berpusat di Kampung Kota.96
Kedudukan Kampung Kota adalah di sebelah kiri Sungai Bemam dan berkuat kuasa
bemrnla Perjanjian Anderson 1825, Low 1826 dan Burney 1826, kawasan di sebelah kiri
sungai ini adalah milik Perak.97 Namun begitu, bagi pandangan Sultan Muhammad dan
kerabat raja Selangor, kawasan tersebut adalah milik kerajaan Selangor.
Menurut Raja Abdullah, putera Raja Abbas, beliau menyatakan Sultan
Muhammad pemah melantik dan memperkenankan ayahandanya sebagai Pemangku
Sultan Selangor.98 Berdasarkan analisis, Raja Abbas, putera Sultan Ibrahim, sebenamya
dirujuk sebagai OBD Kuala Selangor walaupun beliau pemah memangku sebagai Sultan
Selangor. Pelantikan Raja Abbas ini diumpamakan sepe1ii Wizurai Selangor yang
disandang oleh Tengku Kudin pada tahun 1868 tetapi beliau tidak berkuasa sepenuhnya
dan sekadar dirujuk sebagai OBD Kuala Selangor sahaja.
Tengku Panglima Besar Raja Abdul Samad pula dilantik dan diperkenankan oleh
Sultan Muhammad sebagai OBD Hulu Selangor selepas beliau berkahwin dengan Raja
Atfah, puteri baginda, pada tahun 1844. Menurut Gullick, Tengku Panglima Besar Raja
95 C. 466 of 1872, IXX. 661, lnclosure 6 in No. 1, Memorandum by Mr. C. J. Irving Relative to the
Disturabances in the Territory of Selangor.
96 Oleh itu, kenyataan yang dibuat oleh Yusoff Hassan, Sabak Bernam dengan Sejarahnya, Kata Bharu:
Percetakan S. T. Sdn. Bhd., 2000, him. 13 mengenai Raja Unos pembuka Kampung Kata adalah tidak
tepat. Menurut Raja Hitam, Raja Usoh dilantik oleh Sultan Muhammad sebagai Orang Besar Daerah
(OBD) di Sungai Bernam yang berpusat di Kampung Kata. Untuk keterangan lanjut, lihat dalam SSF
MALAY MISCE LLANEOUS 3329/1894, Asks That Raja Mohamed bin Raja Cassim May Be Appointed
to Succeed the Late Raja Indot of Bernam.
97 SSF CS 19176, Re Raja Etam's Claim to Certain Territory on the Right Bank of the River Bernam.
98 SSF 493/82, Petition for a Reconsideration of His Application for an Allowance.
53
Abdul Samad adalah seorang tokoh pengusaha bijih timah yang kaya selepas Raja Jumaat
dan Raja Abdullah.99
Menurut Raja Budu, beliau menyatakan Raja Haji, ayahanda beliau, pemah
dilantik dan diperkenankan oleh Sultan Muhammad sebagai OBD Sungai Klang.100 Raja
Budu menyatakan anggaran Raja Haji mentadbir Sungai Klang adalah selama dua puluh
lima tahun. Selepas kemangkatan Raja Haji, Raja Sulaiman pula dilantik sebagai OBD
Sungai Klang. Ketika pentadbiran Raja Sulaiman, Sungai Klang mengalami kemerosotan
kerana beliau tidak mahir rnenjalankan aktiviti perlombongan bijih tirnah. Sultan
Muhammad sering berusaha rnemajukan kembali perlombongan bijih tirnah di Sungai
Klang dengan mendapatkan pinjaman kewangan daripada W. H. Read dan Tan Kim
Cheng tetapi gaga! (mereka adalal1 saudagar daripada Singapura).
Selepas kemangkatan Raja Sulaiman, beliau didapati meninggal dunia pada tahun
1850. Raja Abdullal1, putera Raja Jaafar dan kerabat raja Riau, dilantik dan
diperkenankan oleh Sultan Muhammad sebagai OBD Sungai Klang pada tahun 1850.101
Dalam konteks pentadbiran diraja Selangor, sepanjang tempoh pentadbiran Raja
Abdullah di Sungai Klang, sungai ini berada di tempoh kegemilangan kerana beliau
berjaya menaikkan kembali Sungai Klang sebagai sebuah pusat perdagangan bijih timah
terkenal di Selangor selepas Sungai Lukut.
99 J. M. Gullick, A History ofSelangor, 1766-1939, Kuala Lumpur: Falcon Press Sdn. Bhd., 1998 him. 37.
100
SSF NATJVE 168/81, Asking for an Allowance to be Given to Him.
101
SSF KL 65/82, Petition to the H. E. the Governor.
54
Sungai Klang meliputi dua hulu sungai iaitu Hulu Sungai Klang dan Hulu Sungai
Gombak. Pertemuan antara Sungai Klang dengan Sungai Gombak dikenali sebagai Kuala
Lwnpur. Kejayaan Raja Abdullah yang begitu memberangsangkan apabila beliau berjaya
menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat perdagangan bijih timah terkenal di NNM.
Dalam perusahaan perlombongan bijih timah, Raja Abdullah bukannya orang pertama
menjalankan perlombongan bijih timah di Kuala Lumpur. Apatah lagi, Sutan Puasa dan
Yap Ah Loy, mereka boleh dikatakan telah terkeJuar daripada senarai orang yang
pe1iama menjaJankan perJombongan maJrnpun membuka Kuala Lumpur.102
Menurut Anderson, Sungai Penaga, Sungai Petaling, Sungai Sirdang (Serdang),
Sungai Junjong, Sungai Pantai Rusa, Sungai Kuala Bulu (Buloh), Sungai Gua Bah1 dan
Sungai Lumpur telah diusahakan perlombongan bijih timah.103 Berdasarkan analisis
daiipada sumber-surnber p1imer dan sekunder, tempoh laporan Anderson dibuat pada
zaman pentadbiran diraja Sultan Ibrahim. Oleh itu, Sultan Ibrahim telah mengusahakan
perlombongan di Sungai Lumpur dengan menggunakan peranan OBD Sungai Klang.
102 Menurut Haji Abdullah Hukum, beliau menyatakan bahawa "Adapun Raja Selangor masa itu ialah
Almarhum Sultan Abdul Samad bersemayam di Bandar Langat (Kuala Langat). Di situlah tempat orang
besar menghadap atau menerima titah apa-apa yang hendak dibuat. Perkara meminta tanah hendaklah
dengan kebenaran Sultan dan jika ada apa-apa bicara seperti pergaduhan di situlah diputuskan atau diberi
amaran begitu jua pengaduhan-pengaduhan perkara rampas atau pembunuhan". Oleh itu, sesiapa sahaja
yang berhasrat membuka tanah perlu mendapat kebenaran daripada Sultan. Sutan Puasa dan Yap Ah Loy
didapati mendapat Surat Kuasa daripada pentadbiran diraja Sultan Abdul Samad. Sultan Selangor keempat.
Malah, Raja Abdullah telah mendapat Surat Kuasa daripada pentadbiran Sultan Muhammad, Sultan
Selangor ketiga, pada tahun 1850. lni bermakna Raja Abdullah merupakan orang pertama dalam konteks
memperkenalkan Kuala Lumpur kepada dunia luar mahupun yang membangunkan Kuala Lumpur (1857).
Sepanjang tahun 1850-1869, seluruh Sungai Klang (Hulu dan Hilir) adalah di bawah pentadbiran Raja
Abdullah (OBD Sungai Klang). Oleh itu, Sutan Puasa turut perlu mendapatkan kebenaran daripada Raja
Abdullah sekiranya berhasrat menetap di Kuala Lumpur. Untuk keterangan lanjut. lihat dalam Adnan Haji
Nawang, Kuala Lumpur dari Perspektif Haji A bdullah Hu/mm, Kuala Lumpur: Berita Publisihing Sdn.
Bhd., 1977, him. 7-8.
103 The Singapore Chronicle and Commercial Registers, 4 June 1836 dan John Anderson, Political and
Commercial Considerations Relative to the Malayan Peninsula and the British Se11lements in the Straits of
Malacca, Singapore: Malaysia Printed Ltd., 1965, him. 199.
55
Tambahan lagi, Sultan Ibrahim dan kerabat raja Selangor adalah pengusaha bijih timah
dan menjalankan aktiviti ini di kawasan yang ditetapkan. Namun begitu, dalam konteks
pengasas pembangunan dan pembukaan Kuala Lwnpur kepada orang luar, Raja Abdullah
adalah orang pertama dan paling berhak mendapat pengiktirafan tersebut.
Menmut Gullick, Tengku Panglima Besar Raja Abdullah dianugerahkan Sungai
Langat oleh Sultan Muhammad kerana beliau membantu baginda dalam. mendapatkan
takhta kerajaan Selangor. Oleh itu, Tengku Panglima Besar Raja Abdullah dirujuk
sebagai OBD Sungai Langat untuk memainkan peranannya di sini dalam membangunkan
politik, ekonomi dan sosial kerajaan Selangor. Selepas kematian Tengku Panglima Besar
Raja Abdullah, Tengku Panglima Besai· Raja Abdul Sainad, putera sulung beliau,
mendapat kedudukan tersebut berdasarkan adat dan warisan kesinai11bungan. Tengku
Panglima Besar Raja Abdul Samad menetap di sini sehinggalah beliau dilantik sebagai
Sultan Selangor keempat dan mangkat di Bukit Jugra pada 6 Februari 1898.104
Sungai Lukut didapati dimasukkan ke daJain pentadbiran diraja Selangor pada
tahun 1784. Sebelum Raja Hassan berhijrah ke Sungai Lukut, Sultan Ibrahim melantik
Raja Muda Muhammad sebagai Pemantau dan juga OBD Sungai Lukut. Dalam pada itu,
Sultan Ibrahim melantik Kapitan Cina untuk mengusahakan perlombongan di sini.
Selepas Raja Hassan dilucutkan jawatan beliau sebagai OBD Sungai Bidor, beliau
berhijrah bersama-sama pengikutnya ke Sungai Lukut untuk membangunkan
104 The Straits Times, 10 February 1898, SSF 1068/99A, Star of the Order of St. Michael and St. George of
the Late Sultan Abdul Samad, SSF 254A/1898, Death of His Highness Sultan Abdul Samad of Selangor
dan CO 439/2, Selangor Administration Report for the Year 1898.
56
perlombongan bijih timah di sini.105 Di bawah pentadbiran Raja Hassan, Sungai Lukut
bertambah maju dan kedatangan orang Cina sebagai tenaga buruh semakin meningkat.
Namun begitu, pada bulan September 1834, Raja Hassan dan keluarganya dibunuh
kerana berselisih fahan1 dengan orang Cina mengenai isu perlombongan bijih timah di
Sunga1. Lukut.106
Selepas Sungai Lukut kembali aman, Raja Jaafar bersama-sama Raja Jumaat dan
Raja Abdullah datang dari Riau berhijrah ke Selangor pada tahun 1835.107 Mereka
menghadap Sultan Muhammad terlebih dahulu untuk mendapatkan perkenan
mengusahakan kawasan perlombongan bijih timah di Sungai Lukut.108 Sultan
Muhammad memperkenankan permohonan itu. Raja Jaafar bersama-sama putera-
puteranya berusaha menaikkan kembali Sungai Lukut sebagai sebuah pusat perdagangan
bijih timah. Selepas kemangkatan Raja Jaafar, Raja Jumaat menggantikan dan
meneruskan kesinambungan ayahandanya. Raja Jumaat bersama-sama Raja Abdullah
membangunkan Sungai Lukut terutamanya dalam perlombongan bijih timah
menyebabkan sungai ini menjadi lebih terkenal daripada sebelumnya.109
105
L. D. Gammans, "The State of Lukut", JMBRAS, Singapore: Methodist Publishing House, Vol. III, Part
lil, December 1924. him. 291.
106
Khoo Kay Kim, Negeri-negeri Melay11 Pantai Baral 1850-1873: Kesan Perkembangan Dagang
Terhadap Po!itik Melayu, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.. 1984, him. 43.
107
Raja Hussin, putera Raja Jaafar, turut berhijrah ke Selangor. Raja Jumaat melantik Raja Hussin sebagai
OBD Sungai Raya. Untuk keterangan lanjut, Iihat dalam SSF MALAYS 2194-1909, Infonns of the Death
of Raja Daud and Prays That Some Allowance be Given to the Children and Relations dan MS, Raja
Norabidin Shah bin Raja Abdul Aziz, Daripada Raja Jumaat kepada Raja Hussin, 28 November 1859.
108
CO 273/98 From Government, House, Singapore, to the Colonial Office, 3 February 1879.
109
SSF NATIVE 2481/82, Raja Yahya of Lukut dan SSF 548/83, Petition from Rajah Jyahya With
Reference to His Claims on Some Selangor Raja's and for the Opening oflukut and Sungei Raya.
57
Sultan Muhammad mengalami masalah dalam bidang ekonomi menyebabkan
baginda berhutang dengan Read dan Tan Kim Cheng. Masalah ini berlaku kerana
pernsahaan bijih timah di Sungai Klang tidak menggala:kkan menyebabkan Sultan
Muhammad meminjam wang da:ripada Read dan Tan Kim Cheng untuk memba:ngunkan
kemba:li perusahaan tersebut.
Raja Jumaat menyelamatkan Sultan Muhammad daripada ditangkap oleh kerajaan
B1itish di Singapura. Raja Jumaat menyatakan beliau berjanji akan melunaskan hutang-
hutang Sultan Muhammad. Tindaka:n Raja Jumaat ini menyebabkan Sultan Muhammad
terhuta:ng budi dengan beliau. Sultan Muhammad mengahwinkan Raja Senai, puteri
baginda, dengan Raja Jumaat manakala Raja Abdullah dikahwinka:n dengan Raja Lijah,
puteri Raja Haji.110
Pada tahun 1846, Sultan Muhammad diugut oleh Read dan Tan Kim Cheng.
Selepas ugutan tersebut, Raja Jumaat melunaskan hutang-huta:ng Sultan Muhammad
seba:nyak $169,000.111 Untuk membalas jasa Raja Jumaat, Sultan Muhammad melantik
Raja Jumaat sebagai OBD Sungai Lukut pada 4 Ogos 1846.112 Selepas pelantikan itu,
dalam pentadbira:n Raja Jumaat, Sungai Lukut menjadi lebih maju berbanding dengan
1 1°
CO 717/117, Memorial Presented on Behalf of His Highness Tungku Badar Shah, Tungku Panglima
Besar of Selangor, Concerning His Right and Claim to be Appointed Raja Muda of Selangor, 15 April
1936.
111
CO 273/98, Memorandum Relative to the Seed of Gift Bestowing the District of Lukut on Raja Jumaat
His Heir and Successor; Executed by the Late Sultan Mohamed of Selangor, 4 August 1846.
112
CO 273/98, Memo on Raja Bot's Kuasa, 3 January 1879, CO 273/98, From Mr. Douglas to the
Governor Straits Settlements, 27 January 1879 dan CO 273/102, From Raja Bot to Colonial Secretary, 13
December 1879.
58
sungai-sungai lain di Selangor.113 Perkembangan ini berlaku kerana Raja Jumaat adalah
seorang yang berpandangan jauh dan bersistematik. Raja Jumaat turut mengadakan
hubungan diplomatik dengan B1itish terutamanya Kapten R. Macpherson, Residen
Kaunselor Melaka.114
Dalam konteks ekonomi pentadbiran diraja Sultan Muhammad amat menitik
beratkan aktiviti pe1ianian terutamanya padi.115 Menurut Gullick, Raja Bot pernah
menyatakan bahawa Sultan Muhammad, datuknenda beliau, menitikberatkan aktiviti
pertanian padi di Selangor.116 Pertanian padi diusahakan oleh kerabat raja dan penduduk
tempatan Selangor. Pokok buah-buahan turut diusahakan oleh kerabat raja dan penduduk
tempatan Selangor. Misalnya, pada tahun 1844, Batang Berjuntai mempunyai dusun
pokok drnian tetapi dusun ini ditinggalkan apabila berlaku Perang Klang (1866-1874).117
Sementara itu, dalam konteks Perajaan, Sultan Muhammad tidak memakai
Mahkota Lelang yang diperbuat daripada emas. Menurnt Sahibul Fadzillah Tuan Sheikh
113
Dalam perkembangan yang dilaksanakan oleh Raja Jumaat, beliau membina Kota Lukut dilengkapi
dengan askar-askar kulit hitam dan Melayu di sekeliling kota, kubu yang kukuh, askar berkuda dan meriam
di setiap penjuru. Raja Jumaat turut membina denai yang baik di sepanjang kaki bukit sehingga ke kota
beliau. Rumah Kedai turut dibangunkan di Sungai Lukut untuk menjalankan aktiviti harian penduduk
tempatan dalam membeli dan menjual barang dagangan eperti bijih timah, candu, makanan dan pakaian.
Untuk keterangan lanjut, lihat dalam Abdul Halim Nasir, Kota-kora Melay11, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1993, him. 189 dan SSF LANGAT 713/87. Official Journal for the Month of February 1887.
114
Untuk menjaga hubungan tersebut, Raja Jumaat membenarkan Kapten R. Macpherson membina Rumah
Api di Tanjung Tuan pada 20 Ogos 1860. Kapten Macpherson memohon Tanjung Tuan pada 8 Ogos 1860.
Untuk keterangan lanjut, lihat dalam MS, Raja Norabidin Shah bin Raja Abdul Aziz, Daripada Raja Jumaat
kepada Kapten Macpher on, 20 Ogos 1860 dan MS. Raja Norabidin Shah bin Raja Abdul Aziz. Daripada
Kapten R. Macpherson kepada Raja Jumaat, 8 Ogos 1860.
115
Mukim Kuala Selangor iaitu Api-api dan Kapar, didapati menjalankan aktiviti penanaman padi dalam
pemerintahan Sultan Muhammad. Untuk keterangan lanjut, lihat dalam The Singapore Chronicle and
Commercial Registers, 4 June I 836.
1 16 J. M. Gullick, "Economic Recovery in the Selangor River Valley in the Late Nineteenth Century"
JMBRAS, Kuala Lumpur: MBRAS, Vol. 81, Part I, 2008. him. 83 dan The Malay Mail, 14 November
1902.
1 17
CO 469/4, Notes, 2 February 1894 dan TSJ, Vol. IJ, No. 16, Notes of the Residents Visits to District in
Selangor, 1894, 20 April 1894.
59
Abdul Ghani, Mufti Selangor, mengha:ramkan pemakaian tersebut kerana dalam Islam
emas adalah haran1 dipakai oleh lelaki.t ts
Selepas kemangkatan Sultan Muhammad pada tahun 1857, Tengku Panglima
Besar Raja Abdul Samad dilantik sebagai Sultan Selangor berdasarkan jawatan yang
dipegang baginda selaku Tengku Panglima Besar Selangor sejak tahun 1844. Kedudukan
Sultan Abdul Samad sebagai Sultan Selangor keempat dipertikaikan sehingga ke hari ini..
Na.mun begitu, hakikatnya, Sultan Abdul Samad adalah Sultan Selangor yang sah dari
sudut adat, undang-undang dan pentadbiran diraja Selangor.
Pelantikan Sultan Abdul Samad sebagai Sultan Selangor adalah sah dan mutlak
kerana baginda memegang jawatan Tengku Panglima Besar Selangor yang merupakan
jawatan ketiga tertinggi selepas Sultan dan Raja Muda. t t9 Dalam pentadbiran diraja
Sultan Muhan1mad, jawatan Raja Muda tidak disandang oleh kerabat raja Selangor.
Na.mun begitu, hanya jawatan Tengku Panglima Besar Selangor yang terdapat dalan1
pentadbiran diraja Sultan Muhammad dan jawatan ini disandang oleh Raja Abdul Samad.
Menurut pandangan Raja Jumaat, pemilihan dan pelantikan Sultan Abdul Samad
ini adalah sah dari segi adat, peraturan dan pentadbiran diraja Selangor. Raja Jumaat dan
OBES mengadakan mesyuarat diraja untuk proses pelantikan Sultan Selangor yang baru.
1 18
Mahkota Kerajaan tidak dipakai sehingga zaman Sultan Alae'din Suleiman Shah (Sultan Suleiman),
Sultan Selangor kelima. Pemakaian Mahkota Kerajaan didapati bermula kembali pada tahun 1903. Untuk
keterangan lanjut, lihat dalam SP 95/A.93, Datuk H. F. 0. Brain Trail, Coronation of His Highness the
Sultan of Selangor, 28 June 1961.
1 19
The Straits Times, 8 February 1898 dan CO 439/4, Annual Report on the Social and Economic Progress
of the People of Selangor for the Year 1937.
60
Melalui perbincangan ini, sebulat suara telah memilih dan melantik Tengku Panglima
Besar Raja Abdul Samad sebagai Sultan Selangor yang barn. Daripada persetujuan itu,
satu analisis dapat diperlihatkan bahawa gelaran Tengku Panglima Besar yang
merupakan gelaran ketiga tertinggi dalam kedudukan pentadbiran diraja Selangor layak
dilantik sebagai Sultan seterusnya dan pelantikan ini sesuai dengan Adat Penggantian.
Pelantikan ini sah kerana tidak terdapat calon yang yang menyandang jawatan Raja Muda
Selangor sepanjang pentadbiran diraja Sultan Muhammad (1826-1857).
Kerabat raja Selangor seperti Tengku Ampuan Basik tidak menyenangi pelantikan
tersebut kerana beliau berharap Raja Mahmud dipilih dan dilantik sebagai pengganti
ayahandanya. Menurut petisyen Raja Laut bertarikh 18 Disember 1877 dan kenyataan
Raja Mahmud yang dipetik oleh F. A. Swettenham menyatakan beliau (Raja Mahmud)
dilantik sebagai Raja Muda bersama-sama Raja Abdul Samad sebagai Tengku Panglima
Besar selepas lima haii kemangkatan Sultan Muhammad.120 Dalam mesyuarat tersebut,
keputusan yang dicapai bersetuju melantik Raja Malmrnd sebagai Raja Muda, Raja Abdul
Samad sebagai Tengku Panglima Besar dan Raja Jumaat sebagai Pemangku Sultan.
Berdasarkan keputusan itu, Raja Mahmud akan dilantik dan ditabalkan sebagai
Sultan Selangor keempat apabila umur beliau layak memegang jawatan ini. Raja Laut
turut menyatakan bahawa Sultan Abdul San1ad memaksa OBES mengangkat baginda
sebagai Sultan Selangor keempat.121 Hakikatnya, pelantikan ini adalah tidak sah kerana
120 SSF N A T I V E 407/77 , Petitio n from Ra ja Laut Applyi ng fo r Allowa nce o r Pe nsio n With Co nnected
Correspo nde nce.
121 SSF N A T I V E 407/77 , Petitio n from Ra ja Laut Applyi ng fo r Allowa nce o r Pe nsio n With Co nnected
Correspo nde nce.
61
dilaksanakan selepas lima hari kemangkatan Sultan Muhammad dan tidak mendapat
perkenan daripada baginda.
Kenyataan Raja Laut dan Raja Mahmud didapati tidak berasas kerana jawatan
yang disandang oleh Sultan Abdul Samad dianugerahkan oleh Sultan Muhaimnad pada
tahun 1844 selepas baginda berkahwin dengan Puteri Atfah. Untuk membuktikan
kedudukan Sultai1 Abdul Sainad adalah Sultan Selangor yang sah: Pertama, Sultan Abdul
Samad dilantik dan diperkenankan oleh Sultan Muhammad sebagai Tengku Panglima
Besar Selangor yang diwarisi oleh Tengku Panglima Besai· Raja Abdullah, ayahandanya,
selepas baginda berkahwin dengan Puteri Atfah pada tahun 1844.122 Ini dapat dibuktikan
dengan kematian Tunku Panglima Raja Berkat pada Disember 1887 yang mewariskan
gelai·an diraja ini kepada Raja Mahmud pada tahun 1889. Pewai·isan ini diperkenankan
oleh Sultan Abdul Samad dan OBES.
Kedua, apabila Sultan Abdul Samad mangkat pada bulan Febrnari 1898, Raja
Muda Suleiman diangkat sebagai Sultan Selangor kelima. Sehingga tahun 1899, jawatan
bergelar Raja Muda tidak disandang oleh kerabat raja Selangor. Surat Raja Mahmud
bertarikh 19 Mac 1899 menyatakan Raja Laut layak menjadi Raja Muda SeJangor kerana
beliau adalah putera tua Sultan Muhainmad yang masih hidup. Oleh itu, sekiranya, Raja
Mahmud adalah Raja Muda Selangor pada tahun 1857, beliau rnesti mendapatkan
jawatan ini secara serius. Namun begitu, Raja Mahmud tidak memohon jawatan Raja
m CO 439/4, A n nual Repo rt o nthe Social a nd Eco nomic P rogress ofthe People ofSela ngo r fo rthe Yea r
1934, CO 7 17/117 , Memo rial P rese nted o n Behalfof His High ness Tu ngku Bada rShah, Tu ngku Pa nglima
Besa rofSela ngo .r Co ncerni ng His Right a nd Claim to be Appoi nted Ra ja Muda ofSela ngo r.1 5 Ap ril J936
da n TS J, Vol. I, No . l, H . H.S ulta n Abdul Samad, K. C. M. G.,at Home, 2 2 September 189 2.
62
Muda sebaliknya mencadangkan Raja Laut kerana beliau adalah putera tua Sultan
Muhammad.123 Seterusnya, Raja Laut menyandang jawatan Raja Muda Selangor pada
bulan Disember 1899.124
Ketiga, OBES yang berperanan penting dalam Adat Penggantian ini tidak
membantah pemilihan dan pelantikan Sultan Abdul Samad sebagai Sultan Selangor
keempat. OBES sendiri datang menghadap Sultan Abdul Samad di Kuala Langat dan di
bawa ke Kuala Selangor untuk dilantik dan ditabalkan sebagai Sultan Selangor.125
Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan penjelasan oleh Swettenham "Apabila Sultan
Abdul Samad dilantik, saya dimaklumkan bahawa tidak terdapat sebarang penentangan
yang berlaku". 126 Menurut Abdullah Zakaria, beliau menyatakan bahawa Nakhoda Omar
dan Che Tambah Hitam sahaja yang menyokong Tengku Ampuan Basik manakala OBES
menolak pennohonan yang dibuat oleh beliau.127 OBES turut menyokong kuat terhadap
pelantikan Sultan Abdul Samad sebagai Sultan Selangor keempat.
Keempat, Sultan Abdul Samad sahaja yang menyandang jawatan diraja Selangor
dalam pentadbiran diraja Sultan Muhammad. Sememangnya, Undang-undang Tubuh
Selangor masih belum wujud sepanjang pentadbiran diraja Selangor (1766-1950). Namun
begitu, berdasarkan Adat Penggantian, sekiranya terdapat calon yang tidak layak dalam
keluarga Sultan Selangor terutamanya Raja Muda, jawatan ini dapat disandang oleh
123SSF 1473/1 899 , Petition P raying That Raja Laut be Appointed Raja Muda ofSelango r.
-
C0 546 I I, Annual Repo rt fo r the Yea r 1899 on the Fede rated Malay States dan CO 46919.
P4
Appointments,1 5 Decembe r 1899 .
125 CO 273/ 594,F rom the High Commissione rto Si r Philip Gunliffe -Liste r. 10 August 1934.
126SSF 1473/1 899 , Petition P raying That Ra ja Laut be Appointed Ra ja Muda ofSelango r.
127 Abdullah Zaka ria bin Gha zali, "Kesultanan", Abdullah Zaka ria Gha zali ( Edito r), Sejarah Negeri
Selangor: Dari Zaman Prasejarah /-lingga Kemerdekaan. Shah Alam: Persatuan Seja rah Malaysia
Cawangan Selangor, 200 5,h mi . 136.
63