Pada 6 Jun 1 883, Swettenham menul i s surat kepada Pejabat Kolonia! bahawa
beliau membahagikan SeJangor kepada enam daerah. Enam daerah tersebut adalah: Kuala
Lumpur (Pusat pentadbiran British); Klang; Kuala Langat (Pusat pentadbiran diraj a
Selangor); HuJu L angat; Kuala Selangor; dan HuJu Selangor.112 Menurut Swettenham,
setiap daerah ditadbir oleh Pemun gut Cukai dan dibantu oJeh Penghul u di setiap mukim
yang ditetapkan.
Swettenham turnt memperkenalkan j awatan barn dalam pentadbiran British di
Selangor iaitu Ketua Maj i tret Kuala Lumpur ( 1 882), Penghulu ( 1 8 83 ) dan Ketua
Pemungut Cukai ( 1 884). Menurut Rodger, Pesuruhj aya Tanah SeJangor, dalam Laporan
Tanah tahun 1 8 83, menyatakan beberapa kerabat raj a SeJangor tidak menyenangi Orang
Bukan Berdarah Raja Selangor dilantik sebagai Penghulu. Namun begitu, isu ini tidak
memberikan kesan yang buruk kepada kerabat raja SeJangor kerana mereka didapati
berusaha untuk menerima Orang Bukan Berdarah Raj a Selangor memegang j awatan
Penghulu di mukim yang ditetapkan.
Pada akh i r tahun 1 882, Swettenham memperkenalkan dan mencadangkan
perkhidmatan kereta api Selangor kepada Weld dan cadangan ini dipersetujui pada tahun
1883.113 Landasan kereta api ini rnenghubungkan Bukit Kuda dengan Kuala Lumpur.114
Landasan ini dipilih kerana kemaj uan yang begitu mendadak dan memberangsangkan di
112
The Straits Time s Wee kly is s ue s 2 8 June 1883 dan Pejabat Daerah U lu Langat (PDUL) 1237/90, Plan
and Description of ProposedMukim Boundaries in the Kuala Lumpur District Forwards .
113
CO 275/29, Annual Financial Report on the State of Selangor for the Year 1883 .
1 14
CO 882/6/2, No . 8, Report Upon Railways Open, Under Con !ruction, and in Contemplation. 2
December 1898.
134