The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEORI AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbitan PMS, 2023-02-22 21:40:06

TEORI AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 1

TEORI AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 1

TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI i


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI ii TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI Disunting oleh: Nurul Fadly Habidin Tuan Waheda Tuan Chik Ummu Aiman Muhamad Penerbit Kaizentrenovation Sdn Bhd Tanjung Malim 2022


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI iii Cetakan September 2022 Hakcipta © 2022 Nurul Fadly Habidin, Tuan Waheda Tuan Chik dan Ummu Aiman Muhamad Penerbit : Kaizentrenovation Sdn Bhd (1167478-D) Alamat : No A10-1 & A10-2, Gemilang Avenue, Jalan Pulai 1, Proton City, 35900 Tg Malim, Perak Emel : [email protected] Laman Web : https://kaizentrenovationpublishing.com Facebook : Kaizentrenovation Bookstore Tel : 017-5716705 Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan menyalin mana-mana bahagian e-book, ilustrasi dan isi kandungan e-book ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekali pun sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit dan penulis. eISBN 978-967-2892-07-6


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI iv ISI KANDUNGAN Halaman PRAKATA KESAN ELEMEN PEMBUNGKUSAN, SIKAP PENGGUNA DAN KEPUTUSAN PEMBELIAN TERHADAP MEE KAMPUA SEGERA DI SIBU, SARAWAK Emelda anak Robert, Sharon Yong Yee Ong, Nurul Fadly Habidin, Nursyazwani Mohd Fuzi , Ummu Aiman Muhamad, dan Tuan Waheda Tuan Chik 1 KEBERKESANAN PENGGUNAAN DETECTOR STORAGE WITH SENSOR SYSTEM (DESS) KEPADA PENGGUNA BENGKEL KAYU, POLITEKNIK MELAKA Siti Salbiah Ahmad Shariff, Suzana Wati Adna, dan Munirah Abdul Rahim 5 CERMIN SISI ANTI TITIK BUTA Razis Othman, Muhammad Khoirudin Zakaria dan Eliza Shamsudin 23 MODEL AUTONOMOUS LANE DEPARTURE UNTUK SISTEM LOGISTIK Sharudin Hassan, Mohd Azhari Abdullah dan Feroz Shah Zainordin 29 KETIDAKPADANAN KOMPETENSI KERJA KE ARAH REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0 (4IR): SOROTAN MENGGUNAKAN STRUKTUR KANDUNGAN KAJIAN (RCS) Nurul Afizah Adnan dan Abdullah Azraai Hasan 31 ASPIRASI KERJAYA PEKERJA ORANG KURANG UPAYA MASALAH PENDENGARAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA Norhafisah Abd Rahman, Mohamad Hashim Othman, Noradila Mohamed Faudzi dan Nor Hamizah Ab Razak 42 MASALAH BANTUT DALAM KALANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH DI MALAYSIA Anis Salwani Mahmood, Azizah Zain dan Nor Mashitah Mohd Radzi 51 HUBUNGAN ANTARA EFIKASI KENDIRI DAN KUALITI HIDUP DALAM KALANGAN PESAKIT KANSER Norsuraya Hassan, Nizuwan Azman, Siti Munirah Abdul Wahab dan Norasma Bakar Muhammad Amin Ahmad Zaki, Mazriyana Md Kasim dan Rusnani Ab. Latif 57


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI v SISTEM PENDAFTARAN HAKMILIK STRATA : SOROTAN ISU DAN CABARAN DI PENTADBIRAN TANAH JOHOR Ungku Khalsom Sofia Ungku Yusoff 66 PROFIL DEMOGRAFI KAJIAN SINERGI KEPIMPINAN DISTRIBUTIF DAN KOMITMEN ORGANISASI TERHADAP PENARAFAN KECEMERLANGAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH Zahariah Ismail dan Wan Abd Aziz Wan Mohd Amin 72 KAJIAN KEBERKESANAN LAMAN WEB VIDEO PEMBELAJARAN AMALI AUTODESK MAYA SECARA DALAM TALIAN DI KOLEJ KOMUNITI TELUK INTAN Mohd Shahrul Izwan Ibrahim 78 PERMAINAN TRADISI ANYAMAN MENINGKATKAN KREATIVITI KANAK-KANAK MENERUSI KONTEKS SOSIAL BUDAYA Rushana Sulaiman, Mat Redhuan Samsudin, Wan Soliana Wan Md Zain, Nur Fatiyah Roslan, dan Siti Safura Zahari 93 PEMBANGUNAN PAPAN LITAR BERCETAK BAGI EQR EDUKIT DAN MOBILE E-METER DI JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLIMAS Zulkefli Iberahim, Zainatul Azira Ismail & Mohd Hairol Mizzam Haris 99 SOKET PINTAR DENGAN PERLINDUNGAN MENGGUNAKAN ESP32 Muhamad Kamal Yaakob, Amirul Ismail, Mohd Ridzuan Abd Hamid dan Sathiswaran Mariyappa 109 AMALAN MENYAMBUT KELAHIRAN DALAM KALANGAN ETNIK SULUK DI DAERAH KUDAT, SABAH MENURUT PERSPEKTIF ADAT DAN SYARIAT Habibah @ Artini Ramlie, Earnie Elmie Hilmi, Saifulazry Mokhtar dan Mohd Sohaimi Esa 114 SISTEM PEMANTAUAN DAN KAWALAN LAMPU DI KEDIAMAN MENGGUNAKAN APLIKASI INTERNET OF THINGS (IoT) Amirul Ismail, Mohamad Kamal Yaakob dan Nur Asikin Abd Halim 122 PENGECAMAN SUARA UNTUK APLIKASI ROBOTIK DALAM FIRA MALAYSIA 2022 Muhammad Khairi Saad 128 KECENDERUNGAN PELAJAR JABATAN PERDAGANGAN DI POLITEKNIK MERSING, JOHOR TERHADAP KEUSAHAWANAN DIGITAL SEMASA PASCA COVID-19 Nor Aini Che Din 136 PERBANDINGAN PRESTASI, SERTA PARAMETER ELEKTRIK BAGI PANEL SOLAR STATIK RATA DAN SUDUT BOLEH LARAS Muhammad Masri Ahmad, King Diaw A/L Eh Sut dan Muhamad Reduan Abu Bakar 143


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI vi PRAKATA Artikel dalam ebook ini disumbangkan oleh penyelidik-penyelidik yang telah menjalankan penyelidikan berkaitan teori, amalan dan inovasi dalam organisasi dan industri. Artikel berkaitan dengan isu-isu yang merangkumi bidang penyelidikan: kesan elemen pembungkusan, sikap pengguna dan keputusan pembelian terhadap mee kampua segera di Sibu, Sarawak, keberkesanan penggunaan detector storage with sensor system (DESS) kepada pengguna bengkel kayu, politeknik Melaka, cermin sisi anti titik buta, model autonomous lane departure untuk sistem logistik, ketidakpadanan kompetensi kerja ke arah revolusi perindustrian 4.0 (4IR): sorotan menggunakan struktur kandungan kajian (RCS), aspirasi kerjaya pekerja orang kurang upaya masalah pendengaran di semenanjung Malaysia, masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak prasekolah di Malaysia, hubungan antara efikasi kendiri dan kualiti hidup dalam kalangan pesakit kanser, sistem pendaftaran hakmilik strata : sorotan isu dan cabaran di pentadbiran tanah Johor, profil demografi kajian sinergi kepimpinan distributif dan komitmen organisasi terhadap penarafan kecemerlangan pejabat pendidikan daerah, kajian keberkesanan laman web video pembelajaran amali autodesk maya secara dalam talian di kolej komuniti teluk intan, permainan tradisi anyaman meningkatkan kreativiti kanak-kanak menerusi konteks sosial budaya, pembangunan papan litar bercetak bagi EqR Edukit dan mobile E-Meter di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, POLIMAS, soket pintar dengan perlindungan menggunakan ESP32, amalan menyambut kelahiran dalam kalangan etnik suluk di daerah Kudat, Sabah menurut perspektif adat dan syariat, sistem pemantauan dan kawalan lampu di kediaman menggunakan aplikasi Internet of Things (IoT), Pengecaman Suara untuk Aplikasi Robotik dalam FIRA Malaysia 2022, kecenderungan pelajar jabatan perdagangan di Politeknik Mersing, Johor terhadap keusahawanan digital semasa pasca COVID-19, perbandingan prestasi, serta parameter elektrik bagi panel solar statik rata dan sudut boleh laras. Penyusunan artikel dalam "Teori, Amalan Dan Inovasi Dalam Organisasi Dan Industri" dapat menyumbang kepada literatur terhadap perkembangan inovasi dalam kepelbagaian industri di Malaysia. Daripada Penyunting


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 1 KESAN ELEMEN PEMBUNGKUSAN, SIKAP PENGGUNA DAN KEPUTUSAN PEMBELIAN TERHADAP MEE KAMPUA SEGERA DI SIBU, SARAWAK Emelda anak Robert1 , Sharon Yong Yee Ong2 , Nurul Fadly Habidin3 Nursyazwani Mohd Fuzi4 , Ummu Aiman Muhamad5 , dan Tuan Waheda Tuan Chik6 1,2 Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan, Fakulti Kemanusian, Pengurusan dan Sains, UniversitiPutra Malaysia Kampus Bintulu, 97008 Bintulu, Sarawak, Malaysia. 3 Jabatan Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia, 4Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Johor Bahru, Johor, Malaysia, 5Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia, 6 Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia Abstrak Mee kampua merupakan produk makanan lokal bagi penduduk di Sibu, Sarawak. Antara aspek penting produk adalah pembungkusan yang baik. Hal ini kerana, ia merupakan satu medium bagi produk dalam menyampaikan maklumat kepada pengguna. Penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti kesan elemen pembungkusan, sikap pengguna, dan keputusan pembelian terhadap mee kampua segera. Penyelidikan ini mendedahkan hubungkait antara elemen pembungkusan, sikap pembeli dan keputusan pembelian terhadap mee kampua segera. Maka, terdapat beberapa kajian lepas yang menyatakan teori dan pemahaman mengenai pembungkusan produk. Populasi kajian menfokuskan kepada penduduk yang tinggal di Sibu, Sarawak. Instrumen kajian borang soalselidik digunakan untuk mendapatkan data dan maklum balas daripada responden. Alat analisis data yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu pengusaha-pengusaha produk tempatan untuk meningkatkan lagi mutu pembungkusan produk agar dapat mencapai kehendak pasaran sasaran dan keperluan pengguna. Kata Kunci: Elemen Pembungkusan, Sikap Pengguna, Keputusan Pembelian, Penjenamaan Semula, Mee Kampua Segera, Sibu, Sarawak. Pengenalan Mee kampua merupakan produk makanan lokal bagi penduduk di Sarawak dan Sibu, Sarawak merupakan lokasi pengeluar mee kampua segera yang terbesar di negeri Sarawak. Mee kampua merupakan makanan keselesaan yang memberikan penghiburan atau perasaan kesejahteraan kepada penduduk setempat di Sibu, Sarawak. Kajian Manggie dan Musa (2018) menyatakan makan mee kampua di kedai kopi dianggap sebagai nikmat atau memberi perasaan kesejahteraan. Justeru, mee kampua merupakan makan yang penting bagi penduduk di Sibu, Sarawak. Semasa pandemik COVID-19 setiap aspek kehidupan telah mengganggu rutin harian dengan adanya perintah 'duduk di rumah' dan perintah berkurung yang panjang (Barcaccia, D’Agostino, Zotti, & Cozzi, 2020; Khan, Razzaq, Yu, Shah, Sharif & Janjua,


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 2 2022) telah menghadkan pergerakan dan terdapat peningkatan minat dalam makanan keselesaan (Filimonau, Beer, & Ermolaev, 2021). Justeru, mee kampua segera memainkan peranan yang penting dalam memberi perasaan kesejateraan kepada peminat makanan mee kampua perintah ‘berkurung’dan juga kepada perantau yang duduk jauh dari Sibu, Sarawak. Dalam meniti arus kemodenan ini, daya saing antara pengusaha mee kampua semakin meningkat dan ia memberikan satu cabaran bagi perusahaan dalam membangunkan strategi untuk bersaing dengan produk mee segera yang lain di pasaran. Tujuan penyelidikan adalah untuk mengenalpast kesan elemen pembungkusan, sikap pengguna dan keputusan pembelian terhadap mee kampua segera di Sibu, Sarawak. Secara khususnya, penyelidikan ini boleh mengetahui sikap pengguna terhadap pembungkusan mee kampua segera di Sibu dan penjenamaan semula terhadap produk tempatan bertujuan memberi kesan positif terhadap jenama mee kampua segera di Sibu. Secara khususnya, objektif kajian seperti berikut: i. Mengkaji kesan elemen pembungkusan terhadap keputusan pembelian mee kampua segera di Sibu, Sarawak. ii. Mengenalpasti kesan sikap pengguna terhadap keputusan pembelian mee kampua segera di Sibu, Sarawak. Kajian literatur Pembungkusan merupakan salah satu faktor kritikal dalam proses membuat keputusan semasamembuat pembelian barang. Oleh itu, setiap usahawan yang mengeluarkan produk haruslah menepati elemen pembungkusan bagi menarik minat setiap pengguna terutamanya produk keluaran tempatan agar dapat meningkatkan kadar belian produk tempatan di negara kita. Ciridan ciri reka bentuk pembungkusan akan menggambarkan dan mengukuhkan kualiti produk yang tersendiri dan asli. Melalui hubungan dan tumpuan yang positif, pembungkusan yang direka dengan baik mempromosikan produk. Pembungkusan adalah salah satu faktor kritikal dalam proses membuat keputusan kerana ia berkomunikasi kepada pengguna (Estiri, asangholipour, Yazdani, Nejad, & Rayej, 2010). Pembuatan keputusan dianggap sebagai proses kognitif yang berterusan dalam pemilihan tindakan antara beberapa alternatif dalam persekitaran untuk membuat pilihan terakhir. Dalamteori membuat keputusan, niat untuk membeli bergantung pada tahap di mana pengguna mengharapkan produk itu memenuhi keperluan dan keinginan mereka apabila mereka mengambilnya. Dalam proses membuat keputusan sebelum membeli, pengguna mempertimbangkan faktor seperti produk itu sendiri, pembungkusan, kedai dan kaedah pembelian. Dalam kajian ini penekanan akan diberikan kepada elemen pembungkusan. Elemen pembungkusan telah meningkat dengan pesat dalam keadaan pasaran yang kompetitif walau bagaimanapun situasi produk tempatan tidak menggambarkannya (Rahman, Harun, & Johari, 2020) seperti bahan pembungkusan, pelabelan pembungkusan dan pensijilan produk tidak dinyatakan pada pembungkusan. Dalam pembungkusan mi kampua segera di Sibu kebanyakan produk masih lagi menggunakan bahan pembungkusan plastik lut sinar. Seterusnya, masalah pelabelan dan pensijilan pada pembungkusan juga tidak kelihatan pada mi kampua segera di Sibu. Hal ini demikian, pelabelan pembungkusan meningkatkan kesedaran pengguna dan mempengaruhi keputusan pembelian pengguna (Raof, Othman, Noor, & Marmaya, 2017). Pelabelan pembungkusan meningkatkan ketelusan produk kerana ia memberikan maklumat. Kajian ini juga disokong dengan teori yang berkaitan iaitu Model Afective, Behavior and Cognitive (ABC) atau dikenali juga sebagai Model Sikap: Kesan, Tingkah Laku &


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 3 Kognisi. Model ini dibangunkan oleh Albert Ellis sebagai cara untuk memahami pemikiran pesimis dan melepasinya. Model ini juga dikenali sebagai model tiga pihak. ABC terdiri daripada tiga komponen, afektif, tingkah laku, dan kognitif (van Harreveld, Nohlen, & Schneider, 2015). Afektif merujuk kepada cara seseorang merasakan sesuatu situasi atau objek tertentu. Tingkah laku melibatkan cara orang bertindak apabila mereka terdedah kepada peristiwa afektif seperti terdedah kepada sesuatu yang membuatkan seseorang berasa marah atau sedih. Kognitif merujuk kepada cara seseorang berfikir tentang sesuatu objek. Kaedah kajian Populasi kajian menfokuskan kepada penduduk yang tinggal di Sibu, Sarawak. Pengkaji memilih Kawasan bandar Sibu kerana “kampua” merupakan makanan lokal di Sibu dan terdapat pengusaha-pengusaha tempatan mengeluarkan produk mee kampua segera. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, populasi d Sarawak pada 2020 ialah 2,907,500. MenurutTinjauan Populasi Dunia (2021), penduduk Sibu dianggarkan seramai 198,239 orang. Krejci dan morgan (1970) mencadangkan untuk populasi lebih daripada 100000 saiz sampel 385 akan sesuai untuk sampel statistik perwakilan dalam penyelidikan empirikal. Oleh itu, sampel untuk kajian ini adalah seramai 385 orang responden yang pernah membeli mee kampua segera di Sibu, Sarawak. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan data dan maklum balas daripada responden. Alat analisis data yang akan digunakan dalam penyelidikan ini ialah Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Kerangka Kajian Kerangka konsep kajian bertujuan bagi menjelaskan keseluruhan pembolehubah yang digunakan. Kerangka konsep kajian ini dihasil berlandasan Model ABC Sikap: Kesan, Tingkah Laku & Kognisi. Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian Kerangka konsep ini dilampirkan bagi menjelaskan hubungan antara elemen pembungkusan terhadap keputusan pembelian dan sikap pengguna terhadap keputusan pembelian. Bahan Pembungkusan Pelabelan Pembungkusan Pensijilan Pembungkusan Elemen Pembungkusan Sikap Pengguna Kepuasan Pembelian H1 H2


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 4 Kesimpulan, Limitasi, dan Cadangan Kajian Secara keseluruhannya, kajian ini adalah berkaitan dengan kesan elemen pembungkusan, sikap pengguna terhadap keputusan pembelian terhadap Mee Kampua Segera di Sibu, Sarawak. Melalui kajian ini diharap dapat meningkatkan lagi mutu pembungkusan agar dapat menarik minat para pengguna terutamanya dalam pembelian produk tempatan. Manakala, limitasi kajian adalah kajian ini masih berada di peringkat kerangka konsep penjenamaan semula produk lokal di Sibu, Sarawak. Oleh itu, kebolehgeneralisasian juga terhad. Justeru, pada kajian yang akan datang penyelidik akan mengumpul data dan menganalisi hubungan antara ketiga-tiga elemen. Rujukan Bahida, M. R. A (2017). Mi kampua Sibu digemari masyarakat berbilang kaum. Sarawak Voice diakses pada 29 jun 2022 di https://sarawakvoice.com/2017/12/31/mi-kampua-sibu-digemari-masyarakat-berbilangkaum/ Barcaccia, G., D’Agostino, V., Zotti, A., & Cozzi, B. (2020). Impact of the SARS-CoV-2 on the Italian agri-food sector: An analysis of the quarter of pandemic lockdown and clues for a socio-economic and territorial restart. Sustainability, 12(14), 5651. Estiri, M., Hasangholi, T., Yazdani, H., Nejad, H., & Rayej, H. (2010). Food Products Consumer Behaviors: The Role of Packaging Elements. Journal of Applied Sciences, 10(7), 535–543. https://doi.org/10.3923/jas.2010.535.543 Filimonau, V., Beer, S., & Ermolaev, V. A. (2021). The COVID-19 pandemic and food consumption at home and away: An exploratory study of English households. Socio-Economic Planning Sciences, 82(A), 101125. https://doi.org/10.1016/j.seps.2021.101125 Gunaratne, N. M., Fuentes, S., Gunaratne, T. M., Torrico, D. D., Francis, C., Ashman, H., Gonzalez Viejo, C., & Dunshea, F. R. (2019). Effects of packaging design on sensory liking and willingness to purchase: A study using novel chocolate packaging. Heliyon, 5(6), e01696. https://doi.org/10.1016/j.heliyon.2019.e01696 Johnson, M. A. (2022). Pandemic Comfort Food. Popular Culture Studies Journal, 10 (1), 74-91. Khan, S. A. R., Razzaq, A., Yu, Z., Shah, A., Sharif, A., & Janjua, L. (2022). Disruption in food supply chain and undernourishment challenges: An empirical study in the context of Asian countries. SocioEconomic Planning Sciences, 82, 101033. Manggie, R. A., & Musa, M. F. (2018). The Quest for Self-Actualization in Iban Motivational Novel. Borneo Journal of Social Sciences & Humanities,2(2), 1-25. https://doi.org/10.35370/bjssh.2020.2.2-01 Poslon, S., Kovačević, D., & Brozović, M. (2021). Impact of packaging shape and material onconsumer expectations. Journal of Graphic Engineering and Design, 12(2), 39–44. https://doi.org/10.24867/jged2021-2-039 Rahman, P. N. A. A., Harun, R., & Johari, N. R. (2020). The Effect Of Packaging Design Elements On Youth Purchase Intention Of Junk Food. Jurnal Bisnis, Manajemen Dan Perbanka, 6(1), 25-38. Raof, R. A., Othman, N., Noor, M., & Marmaya, N. H. (2017). Consumer’s Purchase Decision towards Canned Pineapple Products in Malaysia. International Journal of Business and Social Science, 8(9), 69–78. Silayoi, P., & Speece, M. (2004a). Packaging and purchase decisions. British Food Journal,106(8), 607–628. https://doi.org/10.1108/00070700410553602 van Harreveld, F., Nohlen, H. U., & Schneider, I. K. (2015). The ABC of ambivalence: Affective, behavioral, and cognitive consequences of attitudinal conflict. In Advances in experimental social psychology (Vol. 52, pp. 285-324). Academic Press.


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 5 KEBERKESANAN PENGGUNAAN DETECTOR STORAGE WITH SENSOR SYSTEM (DESS) KEPADA PENGGUNA BENGKEL KAYU, POLITEKNIK MELAKA. Siti Salbiah Ahmad Shariff, Suzana Wati Adnan, dan Munirah Abdul Rahim Abstrak Kajian ini tertumpu kepada tahap keberkesanan penggunaan produk inovasi bertajuk Detector Storage With Sensor System (DESS) di bengkel Kayu Politeknik Melaka. Masalah kehilangan alatan tangan adalah masalah yang sering berlaku dalam sesi kerja amali di bengkel. Antara faktor yang menyebabkan Kehilangan alatan tangan adalah seperti sikap ambil mudah dan kelalaian. Kesan situasi ini menyebabkan kehilangan dan kerugian. Sehubungan dengan itu, DESS dibangunkan untuk membantu pengurusan alatan di dalam bengkel melalui sesi kerja amali. Objektif DESS yang pertama adalah menjalankan kajian berkaitan dengan tahap keberkesanan tempat penyimpanan alatan tangan (DESS) sebagai alat bahan bantu pengurusan dan P&P di bengkel/makmal. Kedua bagi mengetahui tahap keberkesanan DESS bagi fungsi alat pengesan untuk mengurangkan masalah kehilangan /tersalah letak bagi peralatan di bengkel/makmal. Objektif yang terakhir ialah untuk mengetahui keberkesanan tentang kesedaran melalui pengetahuan dan sikap pelajar tentang kepentingan peraturan bengkel/makmal terhadap pengurusan keselamatan dan kesihatan di bengkel/makmal melalui penggunaan DESS. Kesemua objektif berjaya dicapai melalui data yang diperolehi dari 74 responden menggunakan perisian excel. Kajian ini memberikan impak kepada pelajar, penyelia, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Politeknik Melaka. dan Kesimpulannya kajian ini akan dijadikan rujukan kepada pihak pengurusan bengkel akan kepentingan menggunakan DESS sebagai medium pengurusan alatan tangan, demi menjamin kualiti hasil kerja amali. Kata Kunci: Pengurusan, Alatan Tangan, Kehilangan, Kecuaian, Kerja Amali Pengenalan Seringkali isu yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan menjadi aspek yang sangat penting terutamanya yang melibatkan kerja-kerja berisiko tinggi sama ada di sektor pembinaan, perkilangan dan industri lain yang melibatkan penggunaan bahan kimia dan mesin. Ini tidak terkecuali di institusi-institusi pengajian tinggi yang ada menawarkan kursus-kursus kejuruteraan sains dan teknologi. Kursus-kursus kejuruteraan sains dan teknologi ini banyak menggunakan bengkel kejuruteraan dalam pengajaran dan pembelajaran contohnya seperti di Politeknik Merlimau Melaka. Seiring dengan perkembangan teknologi industri yang semakin maju, negara memerlukan lebih banyak pekerja mahir dan arif dalam penggunaan dan pengendalian peralatan dan mesin yang canggih. Oleh itu, golongan pelajar adalah generasi akan datang memainkan peranan penting ke arah merealisasikan penghasilan teknologi berasaskan peralatan mesin dan automasi yang canggih dan moden. Bagi bidang pendidikan Teknik dan Vokasional, ia sebenarnya telah menyediakan platform alternatif yang terbaik bagi para pelajar dalam merealisasikan potensi mereka. Di platform ini, Rancangan Malaysia ke 10 dikhususkan untuk mempertingkatkan latihan dan pendidikan yang berbentuk teknikal dan latihan vokasional, kemudahan pendidikan teknik dan latihan vokasional, (Rancangan Malaysia Ke - 10).


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 6 Pelajar perlu dilatih untuk mempunyai sikap dan disiplin kerja yang betul serta mempunyai nilai positif seperti berdedikasi dan tekun sebagai persiapan untuk melatih dan membentuk tenaga kerja yang diperlukan ke arah negara perindustrian. Peningkatan industri yang berteknologi adalah memerlukan tenaga kerja yang berdisiplin lengkap dengan asas kemahiran yang sangat luas dan mempunyai budaya dan etika kerja yang positif. Latar belakang Kajian Untuk melahirkan tenaga manusia yang berkemahiran dan berpengetahuan serta taraf sosio ekonomi melalui program pendidikan TVET yang fleksibel dan mudah akses, Politeknik menawarkan pelbagai program amali kepada para pelajar seperti kursus amali perkayuan Diploma Kejuruteraan Awam, kursus konkrit, kerja bata dan lain-lain lagi. Sebagai contoh, para pelajar Kursus amali perkayuan akan terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bengkel kayu seperti membuat perabot, baik pulih perabot, dan lain-lain lagi. Secara umumnya, para pelajar akan terlibat dengan penggunaan pelbagai jenis mesin, peralatan tangan, peralatan elektrik, bahan mudah terbakar dan sebagainya. Perkara-perkara ini akan mendedahkan pelajar kepada risiko kemalangan. Kebiasaannya, punca kemalangan ini berlaku akibat dari pengamalan keselamatan bengkel yang tidak selamat. Dalam melakukan kerja-kerja amali di bengkel, setiap tenaga pengajar akan menekankan aspek keselamatan bengkel. Kebiasaannya, sebelum kerja amali dijalankan, tenaga pengajar akan memberikan penerangan terhadap amalan keselamatan kerja amali dan langkah-langkah kerja. Pelajar akan diingatkan dari masa ke semasa supaya mereka dapat membentuk budaya kerja yang selamat untuk diri sendiri, orang lain, alatan dan mesin serta persekitarannya. Walaupun beberapa usaha telah dibuat, namun kemalangan bengkel masih lagi berlaku terutamanya ketika menjalankan kerja-kerja amali di bengkel-bengkel. Kemalangan yang terjadi biasanya boleh mengakibatkan kesan luka, kecacatan anggota dan kehilangan nyawa. Ini akan menjadikan institusi latihan kemahiran yang pada mulanya untuk menimba ilmu dan kemahiran tidak menjamin keselamatan pelajar. Untuk memastikan Politeknik menjadi salah sebuah institusi yang selamat bagi para pelajar di sepanjang menimba ilmu dan menjalani kemahiran, satu kajian mestilah dilakukan untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan dan pengamalan amalan keselamatan bengkel yang dipraktikkan oleh pelajar-pelajar tersebut ketika melakukan kerja-kerja amali di bengkel. Di samping itu, pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan pihak Politeknik Melaka mestilah sentiasa mengemaskini kelemahan dan perlaksanaan amalan keselamatan bengkel yang sedia ada. Pernyataan Masalah Masalah kehilangan alatan tangan adalah masalah yang sering berlaku dalam kalangan pelajar mahupun masyarakat. Kehilangan alatan tangan ini berlaku disebabkan sikap ambil mudah dan kelalaian dalam kalangan segelintir pengguna sehingga menyebabkan alatan tangan tidak disimpan di tempat yang betul selepas digunakan. Di samping itu, sesetengah alatan tangan yang tidak disimpan di tempat yang betul boleh menyebabkan kerosakan. Ini kerana ia tidak diselenggara dengan baik. Alatan tangan perlu sentiasa diselenggara dengan baik kerana ia memberi impak kepada keputusan akhir projek. Apa yang lebih digusarkan lagi ialah kehilangan alatan tangan ini kan menyebabkan kerugian kepada pemilik. Alatan tangan yang baru perlu dibeli untuk menggantikan alatan tangan yang telah hilang. Berdasarkan fenomena yang berlaku ini, kajian ini bertujuan melihat pengetahuan dan pengamalan keselamatan bengkel di kalangan pelajar Diploma Kejuruteraan Awam PMK


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 7 ketika menjalankan kerja-kerja amali di bengkel kayu. Fokus kajian ini adalah mengenai keberkesanan penggunaan DESS Objektif Secara keseluruhannya kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif berikut: i. Menjalankan kajian berkaitan dengan tahap keberkesanan tempat penyimpanan alatan tangan (DESS) sebagai alat bahan bantu pengurusan dan P&P di bengkel/makmal, ii. Mengetahui tahap keberkesanan DESS bagi fungsi censor untuk mengurangkan masalah kehilangan /tersalah letak bagi peralatan di bengkel/makmal, iii. Mengetahui keberkesanan tentang kesedaran terhadap pengurusan keselamatan dan kesihatan di bengkel/makmal melalui penggunaan DESS Metodologi Kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan dan permerhatian. Seramai 74 responden yang terlibat dalam kajian ini, terdiri daripada pelajar semester 2, Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Melaka. Responden adalah merupakan pengguna produk DESS semasa menjalankan kerja amali Kerja Kayu di Bengkel Kayu, Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Melaka. Pemilihan subjek ini adalah disebabkan kajian ini tertumpu kepada untuk mengetahui tahap keberkesanan penggunaan produk DESS di kalangan pengguna bengkel kayu. Pemilihan responden adalah disebabkan oleh hanya pelajar semester 2 yang terlibat dengan perlaksanaan kerja amali di bengkel kayu. Kajian yang dijalankan adalah merekod masa dan pemerhatian tindakbalas ke atas aktiviti mengurus alatan tangan menggunakan produk DESS. Responden akan menggunakan DESS bagi mengurus alatan tangan di bengkel. DESS akan memberikan peringatan melalui alat penggera jika situasi kehilangan dan kesilapan posisi alatan tangan berlaku selepas selesai menjalankan kerja amali. Instrumen kajian adalah terdiri daripada produk DESS, bengkel kerja kayu, borang soal selidik dan temubual responden. Kepentingan Kajian Kajian ini adalah bertujuan mengkaji sejauh mana tahap keberkesanan penggunaan DESS di dalam makmal/bengkel kejuruteraan di Politeknik Melaka (PMK). Antara kepentingan kajian ini adalah seperti berikut: i. Pendekatan ini secara tidak langsung dapat menyemai sikap, sifat dan rasa tanggungjawab pelajar terhadap kepentingan amalan keselamatan semasa dan selepas menjalani amali di bengkel. Bukan itu sahaja amalan keselamatan bengkel ini kelak diharap dapat dibawa sehingga ke alam pekerjaan. ii. Memberi panduan kepada pihak Politeknik di dalam memperbaiki atau menyelaraskan peraturan amalan keselamatan bengkel bagi mengelakkan kemalangan atau kejadian yang tidak diingini berlaku di bengkel. Di samping itu, pengkaji mengharapkan agar kajian ini mendapat perhatian pihak Politeknik untuk dipertimbangkan dapatannya dan dijadikan panduan yang berguna kepada pihak Politeknik dalam merancang dan memastikan pelajar peka dan faham tentang amalan keselamatan semasa di bengkel. iii. Memberi panduan kepada pihak Politeknik di dalam memperbaiki atau menyelaraskan peraturan amalan keselamatan bengkel bagi mengelakkan kemalangan atau kejadian yang tidak diingini berlaku di bengkel. Di samping itu, pengkaji mengharapkan agar kajian ini mendapat perhatian pihak Politeknik untuk dipertimbangkan dapatannya dan dijadikan panduan yang berguna kepada pihak Politeknik dalam merancang dan memastikan pelajar peka dan faham tentang amalan keselamatan semasa di bengkel.


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 8 iv. Kajian ini diharapkan dapat mewujudkan kesedaran pihak tenaga pengajar tentang amalan keselamatan bengkel sama ada dari pengetahuan, pemahaman dan aplikasi dari aspek kelengkapan, pengurusan dan juga persekitaran yang terdapat sedia ada. Keselamatan perlu diutamakan oleh tenaga pengajar kerana sebarang kemalangan yang berlaku di dalam kawasan bengkel adalah di bawah tanggungjawab pihak tenaga pengajar dan juga pengurusan bengkel. v. Kajian yang dijalankan ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pihak JPPKK dalam memantau dan menambah baik amalan keselamatan di bengkel. Dengan kajian ini juga pihak JPPKK dapat mengetahui sejauhmana peraturan keselamatan bengkel diamalkan oleh para pelajar semasa melakukan kerja amali di bengkel dan kepentingan mengamalkannya bagi menghadapi cabaran dunia kerja yang kian mencabar pada masa kini. Diharapkan juga agar pihak JPPKK dapat membantu dalam mencari pendekatan yang lebih sesuai dengan keadaan semasa bagi mengatasi masalah amalan keselamatan bengkel. Oleh itu, dengan adanya kajian ini, dapat menarik pihak-pihak yang terlibat seperti Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Politeknik dan para pensyarah yang mengajar amali dalam merealisasikan bengkel kejuruteraan yang sempurna demi kecemerlangan pelajar. Skop Kajian a) Rekabentuk Kajian yang dijalankan adalah berbentuk ekperimental yang diwakili satu (1) kumpulan populasi. Kajian ini melibatkan 3 item ujian pengurusan alatan tangan menggunakan produk DESS. Ianya melibatkan kemahiran menguruskan alatan tangan. b) Sampel kajian Subjek mewakili keseluruhan populasi. Subjek terdiri daripada satu (1) kumpulan pelajar semester 2, Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Melaka. Seramai 74 orang pelajari terlibat dalam kajian ini. Di samping itu juga, subjek yang terpilih telah mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan Jabatan kejuruteraan Awam, Politeknik Melaka untuk menggunakan produk DESS di bengkel Kerja Kayu. c) Instrumen kajian Alat yang digunakan dalam kajian ini ialah produk DESS, bengkel kerja kayu, borang Soal Selidik dan kelengkapan alat komputer. Kaedah temubual juga dijalankan bagi mendapatkan maklum balas pengguna DESS. Ujian ini dijalankan kepada pelajar semester 2, Jabatan Kejurteraan Awam, Politeknik Melaka. Ujian yang dijalankan adalah berdasarkan item masa untuk mengurus alatan tangan, termasuk situasi kehilangan dan kesilapan perletakan peralatan tangan selepas kerja amali selesai dijalankan. Kajian Literatur Bengkel/makmal merupakan tempat berlakunya sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi program berbentuk amali perkayuan, konkrit sama ada secara teori mahupun amali. Menurut Samsul (2001), kerja-kerja amali ini merupakan sebahagian daripada isi kandungan pengajaran yang hendak disampaikan kerana ianya adalah penterjemah kepada teori dan formula yang disampaikan di dalam sesi pengajaran secara teori. Bagi memastikan pelajar dapat


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 9 menggunakan bengkel dengan selesa, amalan pengurusan ruang kerja bengkel ini harus dilakukan kerana ia bertujuan untuk memastikan peralatan, mesin, bahan dan bangunan sentiasa berada dalam keadaan yang sempurna serta memberi jaminan keselamatan kepada penggunanya. Ia juga akan memberi kesan kepada keupayaan peralatan atau mesin itu sendiri, sekaligus ini akan dapat mencegah berlakunya kecederaan mahupun kemalangan yang serius (Yahya, 2005). Ketua Panita selaku personel yang bertanggungjawab memastikan bengkel berada dalam keadaan sempurna dan berupaya untuk pelaksanaan PdP sewajarnya mempunyai asas pengetahuan terhadap pengurusan ruang kerja bengkel dari segi kebersihan dan keceriaan, inventori dan stok, alatan dan mesin serta keselamatan. Menurut Rubai’ie (2015), pengurusan Pengurusan Ruang Kerja Bengkel Menurut, kajian yang dibuat oleh Hazlani et.al (2016), pengurusan ruang kerja bengkel ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana skopnya terlalu banyak dan luas. Di antaranya termasuklah pengurusan kebersihan dan keceriaan ruang kerja, inventori dan stok, alatan tangan dan mesin serta keselamatan di ruang kerja. Terdapat 5 jenis pengurusan iaitu: i) Pengurusan Kebersihan dan Keceriaan ii) Pengurusan Inventori dan Stok - Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 (2007) menyatakan bahawa aset-aset kerajaan hendaklah dikendalikan dengan cekap, mahir dan teratur bagi tujuan: a. Mengurangkan pembaziran b. Menjimatkan kos c. Mencapai jangka hayat d. Mencegah penyalahgunaan aset e. Mengelakkan kehilangan aset iii) Pengurusan Alatan Tangan dan Mesin Menurut Sharifah et.al (2013), menjadi tanggungjawab ketua penyelaras dan penyelia untuk memastikan pengurusan dan penyelenggaraan alat tangan dan mesin sentiasa diutamakan kerana alatan dan mesin di bengkel akan digunakan oleh pensyarah dan pelajar untuk menjalankan kerja amali. Pengetahuan dan kemahiran pensyarah dan penyelia makmal/bengkel terhadap tugas-tugas mengurus dan menyelenggara pelbagai alatan dan mesin mudah alih adalah merangkumi tugas-tugas seperti mengendali dan membaik pulih alatan dan mesin, menyusun atur dan mengemas alatan dan mesin, menyimpan dan sebagainya. Di dalam kajian oleh Yahya (1989), penyelenggaraan adalah satu proses yang perlu dilakukan terhadap peralatan dan mesin bagi menentukan jangka hayatnya selain daripada selamat digunakan. Ini bermakna setiap alatan dn mesin yang digunakan di bengkel KHB seharusnya diperiksa secara berjadual kerana kesemua alatan dan mesin ini boleh membawa kepada kemalangan jika tidak dikendalikan dengan betul dan sesuai. Dapatan kajian yang dijalankan oleh Asnul & Nurul (2011) dan Samsul (2001), berkenaan aspek pengurusan peralatan dalam sesebuah bengkel mendapati pengetahuan seseorang pengurus tentang keadaan peralatan termasuk dari segi kuantiti, penyelenggaraan, cara mengendalikan dan cara penyimpanannya termasuk tatacara merekod di dalam buku atau kad-kad stok agar sentiasa dalam keadaan sempurna dan selamat sangat penting dikuasai oleh Pengurus Bengkel dalam usaha menjadikan bengkel sebuah tempat yang kondusif untuk PdP.


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 10 Peralatan yang tidak sempurna akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel. iv) Pengurusan Keselamatan Keselamatan bengkel dilihat sebagai perkara utama yang harus dititik beratkan oleh pensyarah dan pelajar. Kebanyakan kes-kes kemalangan yang berlaku dibengkel adalah disebabkan oleh faktor manusia dan faktor fizikal. Hasil dapatan dari kajian yang dijalankan oleh Azizi (2007) di dalam Kharni (2013), kemalangan yang berlaku di tempat kerja akan melibatkan berlakunya kecederaan yang tidak terduga akibat dari kecuaian atau ketidaksengajaan pekerja semasa melakukan tugasan yang diarahkan. Kajian yang dilakukan oleh Oborne (1995) dalam Kharni (2013), juga menyatakan bahawa kebanyakan kemalangan dan kecederaan yang berlaku di bengkel adalah disebabkan mangsa terjatuh semasa bekerja. Ini boleh dikaitkan dengan keadaan lantai bengkel yang mungkin berminyak dan licin serta tidak diselenggara dengan baik selepas sesuatu aktiviti amali dijalankan. Kesedaran terhadap peraturan keselamatan bengkel seharusnya dipertingkatkan di kalangan pensyarah dan pelajar yang berada di dalam bengkel khususnya ketika melaksanakan kerja amali. Menurut Hassan et al., (1977) dalam Sharifah, et al, (2013) seseorang guru mestilah merancang pengalaman pembelajaran yang sejajar dengan keselamatan murid-murid dan menyediakan peluang untuk mereka membina sikap-sikap yang wajar terhadap keselamatan. Menurut Yusof & Azri (2012), keselamatan bukan hanya untuk dibaca atau diamalkan hanya ketika tertentu sahaja. Keselamatan perlu diberi perhatian serius pada setiap masa dan ketika walau di mana juga kita berada. Justeru, penyediaan arahanarahan keselamatan khasnya bagi penggunaan mesin-mesin elektrik serta peralatan khusus harus diberi perhatian oleh pengurus bengkel. Ini termasuklah penyediaan garisan merah sebagai had kawasan bahaya dan garisan kuning pada lantai sebagai laluan kecemasan ketika menghadapi sebarang kejadian atau situasi yang berlaku seperti kebakaran. Seterusnya, Yusof & Azri (2012) juga menyatakan bahawa keselamatan di bengkel adalah merangkumi semua aspek yang mempunyai hubung kait dengan kesihatan fizikal, mental, persekitaran, harta benda serta tempat bekerja yang bebas dari bahaya. Menurut mereka lagi, kemalangan yang berlaku di bengkel boleh menyebabkan kecederaan terutamanya pada anggota badan yang terdedah kepada bahaya seperti tangan, mata dan kepala. Jelas di sini menunjukkan betapa pentingnya keselamatan bengkel diberi perhatian sewajarnya oleh Pensyarah lebih-lebih lagi keselamatan terhadap pelajar. Tambahan pula, jika sesuatu kemalangan yang melibatkan pelajar berlaku ketika mereka berada di bengkel, sudah tentu ia akan merumitkan lagi keadaan. Menurut Unit Kesihatan Pekerjaan (2008), aspek kompetensi manusia menjadi salah satu faktor yang penting dalam konsep pencegahan kemalangan di tempat kerja. Kesedaran terhadap elemen pengurusan dan keselamatan di bengkel/makmal Memandangkan mesin dan peralatan tangan perlu digunakan untuk menjalankan sesuatu kerja amali, kemahiran menggunakannya sahaja tidak memadai. Sebaliknya mesin dan alat-alat tangan tersebut mestilah boleh berfungsi dengan baik bagi menghasilkan kerja amali yang berkualiti. Kesemua mesin dan peralatan tangan wajib diselenggarakan secara berkala. Penyelenggaraan ini bagi tujuan untuk mengurangkan kadar kerosakan mesin dan peralatan tangan. Berdasarkan situasi semasa kerja amali yang dijalankan, pelajar tidak mahir dalam mengendalikan dan menyelenggara mesin dan alatan tangan. Oleh itu adalah perlu pihak yang


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 11 berwajib yang menguruskan bengkel menyediakan kemudahan penyelenggaraan berkala. Ianya bagi menjamin keselamatan bengkel secara umum. Menurut Yahya (1989), penyenggaraan perlu dilakukan oleh orang yang mahir kerana aktiviti itu bertujuan untuk memastikan peralatan, mesin, bahan dan bangunan sentiasa berada dalam keadaan yang membolehkan proses tersebut dijalankan dengan baik dan berkesan. Menurut Ibrahim dan Ramudaram (1990), kebanyakan kemalangan berlaku kerana sikap cuai dan tidak mengambil berat untuk melindungi pancaindera semasa bekerja, memakai pakaian yang tidak sesuai dan bergurau senda dengan rakan-rakan. Memakai barang-barang perhiasan atau barang-barang kemas seperti jam tangan, cincin dan rantai juga boleh menyebabkan kemalangan kerana barang-barang tersebut boleh tersangkut pada mesin atau alat-alat lain yang akan menjejaskan keselamatan di bengkel yang terlibat. a) Isu Pengurusan Bengkel/Makmal Bengkel/makmak perlu diuruskan dengan baik dan bersistematik bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Perkara ini bersesuaian dengan proses PdP itu sendiri yang mana disebabkan kerja-kerja berbentuk amalan amali yang dilakukan di dalam bengkel merupakan komponen utama dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan sains, teknik dan kemahiran (Newable dan Canon, 1989). Oleh yang demikian, tanggungjawab seorang pensyarah bukan sahaja sekadar melaksanakan proses PdP di tetapi kena sentiasa mempertingkatkan prestasi pencapaian pelajar-pelajar di bawah bimbingan dan tunjuk ajarnya. Pada dasarnya dapatlah disimpulkan bahawa pengurusan bengkel yang teratur dan terancang. Ini kerana aktiviti PdP amali bersandarkan kepada aktiviti di dalam bengkel. Menurut Sharifah, et. al., (2013), pengurusan dan penyelenggaraan alat tangan dan mesin merupakan aspek utama yang harus dikuasai oleh Penyelia bengkel. Ini kerana di bengkel sudah pastinya mempunyai alatan tangan dan mesin yang akan digunakan oleh pensyarah dan pelajar. Pengetahuan dan kemahiran terhadap tugas-tugas mengurus dan menyelenggara pelbagai alatan tangan dan mesin merangkumi kerja seperti mengendali membaikpulih alatan dan mesin, menyusun atur dan mengemas dan sebagainya. Mesin dan alatan tangan perlu disusun dengan kemas, bersih dan teratur bagi menjamin tidak berlakunya kehilangan alatan tangan. Penyusunan alatan tangan hendaklah berhampiran dengan station kerja bagi memudahkan penggunanya mengemas alatan tangan selepas tamat sesi kerja amali dijalankan. Pelajar tidak akan dibenarkan meninggalkan bengkel sehingga semua alatan tangan di letakkan ditempat asal dengan sifat fizikal yang sempurna. Keadaan bengkel yang berselerak dan tidak kemas akan menjejaskan kualiti kerja amali yang akan datang. Banyak masalah yang akan timbul, seperti isu keselamatan dan kualiti alatan tangan yang akan digunakan. Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa mengira mangsa. Secara keseluruhannya jika kemalangan yang berlaku ianyan akan menjejaskan PdP di dalam bengkel tersebut. b) Elemen yang mempengaruhi keberkesanan pengurusan alatan tangan di bengkel/makmal Terdapat pelbagai elemen yang mempengaruhi keberkesanan pengurusan alatan tangan di bengkel. Antara elemen yang mempengaruhi keberkesanan pengurusan alatan tangan di bengkel adalah seperti pengetahuan, sikap dan pembudayaan. Pelajar perlu dilatih dengan sifat “kepunyaan” yang tinggi melalui pengukuhan ilmu pengetahuan. Sifat ini wajar diterapkan kepada pelajar pada peringkat awal di alam persekolahan lagi.


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 12 Apabila pegetahuan kemahiran telah wujud, maka sifat “kepunyaan” atau sayang kepada semua kemudahan yang ada termasuk mesin dan alatan tangan akan terbit dengan sendirinya. Sifat ini akan terus menjadi budaya kerja yang akan menjurus untuk penghasilan kerja yang lebih berkualiti. Ini juga sebahagian dari perancangan ke arah Negara perindustrian, maka pelajar kita perlu dilatih supaya mempunyai sikap kerja yang betul dan nilai–nilai positif seperti berdisiplin, tekun dan dedikasi. Hal ini kenan Industri yang berteknologi adalah memerlukan tenaga kerja yang berdisiplin, lengkap dengan asas kemahiran yang lebih luas serta mempunyai budaya dan etika kerja yang baik. Data Analisis Bab ini melaporkan hasil dapatan kajian berdasarkan daripada maklumbalas yang diberikan oleh responden terhadap soal selidik yang dijalankan. Semua hasil keputusan yang diperolehi dibentangkan dalam bentuk jadual, carta pai dan graf. Hasil dapatan kajian yang dikemukakan di dalam bab ini adalah untuk menghuraikan jawapan kepada beberapa persoalan kajian iaitu untuk mengetahui tahap keberkesanan produk DESS dalam pengurusan alatan tangan di bengkel/makmal Politeknik Melaka. Data yang diperolehi diproses menggunakan Microsoft Office Excel. Ianya menghasilkan jadual berikut dan graf seperti dibawah. a) Latar Belakang Responden i. Jantina Jadual 1 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina. Hasil daripada analisis yang dibuat menunjukkan seramai 33 orang responden (45%) adalah pelajar lelaki dan 40 responden (55%) adalah pelajar perempuan. Jadual 1: Taburan Jantina Responden: Bilangan dan Peratusan Jantina Bilangan responden Peratusan (%) Lelaki 33 45% Perempuan 41 55% Jumlah 74 100% Rajah 1: Taburan responden mengikut jantina


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 13 ii. Umur Jadual 2, memaparkan bilangan dan peratusan responden mengikut umur iaitu dari 18 sehingga 24 tahun. Berdasarkan jadual 2, sebanyak 2 orang responden ataupun 3% berumur 18 tahun, manakala sebanyak 45 orang responden ataupun 62% yang berumur 19 tahun, seramai 3 orang ataupun 4% terdiri daripada umur 20 tahun, seramai 22 orang responden (30%) terdiri daripada pelajar berumur 21 tahun dan hanya 1 orang sahaja (1%) terdiri daripada umur 21 tahun ke atas. Jadual 2 Umur Responden Umur Bilangan responden Peratusan (%) 18 tahun 2 3% 19 tahun 45 62% 20 tahun 3 4% 21 tahun 22 30% Lebih 21 tahun kurang dari 25 tahun 1 1% Jumlah 74 100% Rajah 2: Taburan Responden mengikut umur iii. Sekolah terdahulu Elemen sekolah terdahulu bagi setiap responden adalah dianggap sama seperti pengalaman responden ketika menjalankan amali/eksperimen di makmal/bengkel di sekolah masingmasing sebelum melanjutkan pelajaran ke Politeknik Melaka. Jadual 3 menunjukkan sekolah terdahulu bagi responden.


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 14 Jadual 3 Sekolah terdahulu bagi responden Jenis Sekolah Bilangan responden Peratusan (%) Sekolah Harian Biasa 62 84% Kolej Vokasional 1 1 % Sek Men Teknik 6 8% Sekolah Berasrama Penuh 1 1 % Lain-lain 4 6 % Jumlah 74 100% Rajah 3.Taburan Responden mengikut Sekolah Terdahulu b) Pengurusan PdP di bengkel/makmal i. Aktiviti penyediaan peralatan untuk persediaan amali Sebelum memulakan sesuatu kerja amali, pensyarah akan memberikan taklimat keselamatan dan taklimat penjelasan kerja untuk memastikan pelajar tahu dan faham peralatan yang diperlukan. Jadual 4 menunjukkan masa yang diperlukan oleh responden untuk mencari peralatan di bengkel/makmal. Didapati, sebanyak 33.8% responden memerlukan kurang dari 1 minit untuk mencari peralatan, 56.8% responden memerlukan masa di antara 1 hingga 5 minit untuk mencari peralatan, dan sebanyak 1.4% responden menyatakan tidak dapat menjangka tempoh masa yang diperlukan dan 1.4% lagi menyatakan tempoh masa mencari adalah mengikut peralatan/barang.


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 15 Jadual 4 Bilangan dan peratusan responden mengikut tempoh masa yang diperlukan untuk mencari peralatan tangan Tempoh masa yang diperlukan untuk mencari peralatan tangan Bilangan responden Peratusan (%) Kurang dari 1 minit 25 33.8 % Melebihi 1 minit kurang 5 minit 42 56.8 % Antara 5-10 minit 5 6.8 % Tidak dijangka 1 1.4 % Ikut Peralatan/barang 1 1.4 % Jumlah 74 100% Rajah 4: Bilangan dan peratusan responden mengikut tempoh masa yang diperlukan untuk mencari peralatan tangan ii. Susunan peralatan di bengkel/makmal Seperti yang kita sedia maklum, sebelum memulakan kerja amali, Sebelum memulakan sesuatu kerja amali, dan pelajar akan diberi masa untuk mencari dan menyediakan peralatan yang diperlukan sebelum memulakan kerja amali. Jadual 5 di bawah memaparkan hasil maklumbalas responden terhadap keadaan penyimpanan peralatan di bengkel/makmal yang mempengaruhi tempoh masa mereka dalam proses mencari peralatan yang diperlukan. Jadual 5 Bilangan dan peratusan responden terhadap susunan peralatan tangan Susunan peralatan tangan Bilangan responden Peratusan (%) Tersusun rapi 45 60.8 % Tersusun tapi agak sukar untuk mencari 21 28.4 % Tidak tersusun 3 4.0 % Tersusun tetapi tidak berada di tempatnya 5 6.8 % Jumlah 74 100%


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 16 Didapati, sebanyak 60.8% responden menyatakan tempat peralatan adalah tersusun rapi, 28.4% responden menyatakan tersusun tapi agak sukar untuk mencari, sebanyak 4% responden menyatakan tidak peralatan tidak tersusun selebihnya, 6.8% responden menyatakan susunan peralatan adalah tersusun tetapi terdapat peralatan yang tidak berada di tempatnya. Ini menyebabkan mereka perlukan masa yang lebih untuk mencari peralatan tersebut. Rajah 5: Bilangan dan peratusan responden terhadap susunan peralatan tangan iii. Peralatan yang hilang. Jadual 6 menunjukkan tindakan responden apabila terdapat peralatan yang hilang. Hasil keputusan menunjukkan, seramai 68 orang responden menyatakan mereka akan melaporkan pada pensyarah/penyelia bengkel tentang peralatan yang hilang. Seramai 31 orang menyatakan bahawa mereka akan merekodkan pada buku laporan kerosakan alat. Di sini kita dapati bahawa pelajar sangat-sangat memahami dan tahu tentang tindakan sewajarnya yang perlu mereka buat jika ada peralatan yang hilang. Manakala, seramai 24 orang (32%) lagi mempunyai tahap kesedaran yang rendah dan tidak memahami kepentingan untuk melaporkan sekiranya terdapat peralatan yang hilang. Jadual 6 Tindakan responden apabila terdapat peralatan yang hilang Tindakan responden apabila terdapat peralatan yang hilang Bilangan responden Peratusan (%) Membiarkan sahaja peralatan rosak itu dan mengambil peralatan lain 1 1 % Melaporkan pada pensyarah/penyelia bengkel 68 4 % Merekodkan pada buku laporan kerosakan alat 31 42 % Melaporkan pada pengarah PMK 12 16 % Terus menggunakan peralatan rosak tersebut kerana tiada peralatan lain lagi 11 15 % Jumlah 74 100%


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 17 iv. Peralatan yang tersalah letak Jadual 7 menunjukkan tindakan responden apabila terdapat peralatan yang hilang. Hasil keputusan menunjukkan, seramai 45 orang bertindak akan memulangkan alatan ke tempat asal, dan 29 orang responden menyatakan mereka akan melaporkan pada pensyarah/penyelia bengkel tentang peralatan yang hilang. Jadual 7 Tindakan responden apabila terdapat peralatan yang tersalah letak. Tindakan responden apabila terdapat peralatan yang tersalah letak Bilangan responden Peratusan (%) Melaporkan pada pensyarah/penyelia bengkel 29 39 % Memulangkan di tempat asal 45 61 % Jumlah 74 100% Perbincangan Keberkesanan DESS terhadap pengurusan peralatan di bengkel/makmal adalah seperti berikut: i. Menjimatkan Masa Dalam Pencarian Alatan Tangan Jadual 8 di bawah menunjukkan perbandingan sebelum dan selepas penggunaan DESS bagi elemen keperluan tempoh masa untuk mencari peralatan yang diperlukan. Jadual 8 Perbandingan sebelum dan selepas penggunaan DESS ketika mencari peralatan dari sudut masa Sebelum guna DESS Selepas guna DESS Jimat masa 25 (34%) 63 (85%) Perlu masa lebih lama 49 (66%) 11 (15%) Jumlah 74 (100 %) 74 (100 %) Hasil dapatan dari kajian menunjukkan peningkatan sebanyak 51% responden bersetuju DESS menjimatkan masa dalam mencari peralatan tangan. ii. Pengurusan Penyimpanan Peralatan Jadual 9, menunjukkan bahawa perbandingan sebelum dan selepas penggunaan DESS bagi elemen untuk kesukaran dalam mencari peralatan di bengkel. Hasil dapatan dari kajian menunjukkan peningkatan sebanyak 27% responden bersetuju bahawa DESS telah memudahkan mereka dalam mencari peralatan tangan. Peningkatan ini menunjukkan bahawa DESS dapat memudahkan pelajar dalam mencari peralatan yang diperlukan untuk kerja amali. Hasil dapatan (jadual 8 dan 9) membuktikan bahawa dengan penggunaan DESS, telah membantu menjimatkan masa responden dalam mencari peralatan tangan disebabkan oleh keadaan peralatan tangan yang terletak tersusun rapi dan mudah dikenalpasti kerana tersusun rapi, kemas, mudah dicapai dan dilabelkan dengan baik.


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 18 Jadual 9 Perbandingan sebelum dan selepas penggunaan DESS ketika mencari peralatan dari sudut tahap kesukaran Sebelum guna DESS Selepas guna DESS Mudah 45 (61%) 65 (88%) Sukar mencari peralatan 29 (38%) 9 (12%) Jumlah 74 (100 %) 74 (100 %) iii. Pembudayaan pengurusan alatan tangan yang baik Jadual di bawah (Jadual 10), menunjukkan perbandingan sebelum dan selepas penggunaan DESS di bengkel. Sebelum penggunaan DESS, didapati sebanyak 74% pelajar mengakui mereka akan memulangkan peralatan dengan kadar segera dan melaporkan pada pensyarah. Manakala, seramai 19 (26%) orang pelajar lagi hanya membiarkan sahaja. Jadual 10 Perbandingan tindakan pelajar bagi sebelum dan selepas penggunaan DESS apabila didapati terdapat peralatan yang hilang atau tiada di tempatnya Sebelum guna DESS Selepas guna DESS Memulangkan peralatan dengan kadar segera dan melaporkan pada pensyarah 55 (74%) 65 (87.5%) Mematikan suis penggera 0 7 (9.5%) Membiarkan sahaja 19 (26%) 2 (3%) Jumlah 74 (100%) 74 (100%) Selepas suis penggera DESS diaktifkan, sekiranya peralatan DESS tidak cukup dan tiada di tempatnya, bunyi penggera akan berbunyi. Didapati terdapat peningkatan dalam tindakan pelajar sebanyak 14% untuk memulangkan peralatan dengan kadar segera dan melaporkan pada pensyarah. Seramai 9.5% responden bertindak untuk mematikan suis bagi menghentikan bunyi bising penggera. Manakala daripada 26%, didapati berkurang sehingga 3% orang yang memilih untuk tidak bertindak apa-apa. Ini disebabkan oleh kesan bunyi penggera yang bising dan kuat, membuatkan pelajar secara automatik bertindak untuk mencari semula alatan tangan yang hilang untuk diletakkan kembali di tempat asal. Ini membuktikan bahawa penggunaan DESS di bengkel/makmal telah merangsang pelajar dalam meningkatkan tahap kesedaran akan kepentingan dalam pengurusan peralatan tangan yang betul. Kesimpulan Hasil dapatan bagi kajian mengenai tahap keberkesanan penggunaan Detector Storage with Sensor System (DESS) kepada pengguna bengkel kayu, Politeknik Melaka. Objektif kajian ini pertamanya adalah untuk menjalankan kajian berkaitan dengan tahap keberkesanan tempat penyimpanan alatan tangan (DESS) sebagai alat bahan bantu pengurusan dan P&P di bengkel/makmal. Kedua, mengetahui tahap keberkesanan DESS bagi fungsi pengesan bagi mengurangkan masalah kehilangan /tersalah letak bagi peralatan di bengkel/makmal. Ketiga, kajian ini bertujuan untuk mengetahui keberkesanan tentang kesedaran melalui pengetahuan dan sikap pelajar tentang kepentingan peraturan bengkel/makmal terhadap pengurusan keselamatan dan kesihatan di bengkel/makmal melalui penggunaan DESS. Responden bagi kajian ini adalah terdiri daripada kalangan pelajar kejuruteraan yang belajar di Politeknik


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 19 Melaka (PMK). Seramai 74 orang responden telah dilibatkan sebagai responden dalam kajian ini. Rumusan Dari Hasil Keputusan Berdasarkan penyelidikan yang telah dijalankan, satu kesimpulan dapat dinyatakan iaitu tujuan, objektif dan persoalan kajian telah tercapai. Antara kesimpulan dalam kajian ini adalah: i. Menjalankan kajian berkaitan dengan tahap keberkesanan tempat penyimpanan alatan tangan (DESS) sebagai alat bahan bantu pengurusan dan P&P di bengkel/makmal. Hasil dapatan adalah seramai 78.1% responden sangat bersetuju jika DESS digunakan dibengkel/makmal (Rujuk rajah 6). Rajah 6: Peratusan responden yang bersetuju dengan penggunaan DESS di bengkel/makmal ii. Mengetahui tahap keberkesanan DESS bagi fungsi pengesan bagi mengurangkan masalah kehilangan /tersalah letak bagi peralatan di bengkel/makmal. Hasil dapatan menunjukkan (Jadual 11) perbandingan sebelum dan selepas penggunaan DESS di bengkel. Sebelum penggunaan DESS, didapati sebanyak 74% pelajar mengakui mereka akan memulangkan peralatan dengan kadar segera dan melaporkan pada pensyarah. Manakala, seramai 19 (26%) orang pelajar lagi hanya membiarkan sahaja. Jadual 11 Perbandingan tindakan pelajar bagi sebelum dan selepas penggunaan DESS apabila didapati terdapat peralatan yang hilang atau tiada di tempatnya Sebelum guna DESS Selepas guna DESS Memulangkan peralatan dengan kadar segera dan melaporkan pada pensyarah 55 (74%) 65 (87.5%) Mematikan suis penggera 0 7 (9.5%) Membiarkan sahaja 19 (26%) 2 (3%) Jumlah 74 (100%) 74 (100%) Selepas suis penggera DESS diaktifkan, sekiranya peralatan DESS tidak cukup dan tiada di tempatnya, bunyi penggera akan berbunyi. Didapati terdapat peningkatan dalam tindakan pelajar sebanyak 14% untuk memulangkan peralatan dengan kadar segera dan melaporkan pada pensyarah. Seramai 9.5% responden bertindak untuk mematikan suis bagi


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 20 menghentikan bunyi bising penggera. Manakala daripada 26%, didapati berkurang sehingga 3% orang yang memilih untuk tidak bertindak apa-apa. Ini disebabkan oleh kesan bunyi penggera yang bising dan kuat, membuatkan pelajar secara automatik bertindak untuk mencari semula alatan tangan yang hilang untuk diletakkan kembali di tempat asal. Ini membuktikan bahawa penggunaan DESS di bengkel/makmal telah merangsang pelajar dalam meningkatkan tahap kesedaran akan kepentingan dalam pengurusan peralatan tangan yang betul. iii. Mengetahui keberkesanan tentang kesedaran terhadap pengurusan keselamatan dan kesihatan di bengkel/makmal melalui penggunaan DESS. Daripada dapatan yang diperoleh, kajian ini mendapati bahawa terdapat keberkesanan tentang kesedaran terhadap pengurusan keselamatan dan kesihatan di bengkel/makmal melalui penggunaan DESS tercapai Impak Kajian Kajian ini telah memberikan impak kepada pihak berkaitan seperti berikut: a. Pelajar i. Pelajar dapat mengenali nama alatan tangan sebelum memulakan sesi amali melalui label di DESS. ii. Pelajar dapat melihat dan merasa sifat alatan tangan dengan sempurna melalui taklimat yang diberikan oleh pensyarah kursus sebelum memulakan sesi amali. iii. Pelajar dapat mengetahui fungsi alatan tangan sebelum memulakan sesi amali melalui taklimat yang diberikan oleh pensyarah kursus. iv. Pelajar menggunakan alatan tangan dengan lebih selamat. v. Pelajar dapat menggunakan alatan tangan dengan betul dan sempurna bersesuaian dengan fungsinya vi. Pelajar dapat menyimpan dan meletak dan menyusun alatan tangan dengan betul. vii. Pelajar dapat menyemai sifat “kepunyaan” alatan tangan agar ianya selamat dan sempurna untuk digunakan pada sesi kerja amali seterusnya. b. Penyelia i. Membantu penyelia untuk menyelesaikan masalah kehilangan dan tersalah letak alatan tangan di bengkel ii. Membantu penyelia untuk mengasingkan dan mengenalpasti alatan tangan yang rosak. iii. Memudahkan penyelia untuk menjalankan semakan inventori alatan tangan dari masa ke semasa iv. Memudahkan penyelia untuk memastikan keselamatan alatan tangan terjamin bagi semua pengguna bengkel v. Memudahkan penyelia untuk memastikan kesempurnaan alatan tangan terjamin bagi semua pengguna bengkel. vi. Memudahkan penyelia untuk mengenalpasti jika berlakunya kehilangan dan tersalah letak alatan tangan selepas tamat sesi amali. vii. Memudahkan penyelia untuk menyimpan, meletak dan menyusun alatan tangan dengan lebih sistematik dengan bantuan alat penggera.


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 21 c. Pensyarah i. Memudahkan pensyarah untuk menjalankan sesi PdP dengan lebih sempurna berpandukan kepada kurikulum yang sedang berkuatkuasa. ii. Memudahkan pensyarah untuk memperkenalkan alatan tangan kepada pelajar sebelum sesi kerja amali bermula. iii. Memudahkan pensyarah untuk menerangkan fungsi alatan tangan kepada pelajar sebelum sesi kerja amali bermula. iv. Memudahkan pensyarah untuk memantau ketiaadan dan tersalah letak alatan tangan selepas kerja amali selesai. v. Memudahkan pensyarah untuk mengenalpasti alatan yang rosak selepas kerja amali selesai. vi. Memudahkan pensyarah untuk meningkatkan kefahaman kepada pelajar berkaitan keselamatan penggunaan alatan tangan sebelum sesi kerja amali bermula. vii. Pensyarah mudah sifat “kepunyaan” alatan tangan kepada pelajar bagi mengelakkan masalah kehilangan dan tersalah letak alatan tangan viii. Pensyarah dapat memastikan alatan tangan yang digunakan pada sesi kerja amali tersebut selamat dan sempurna digunakan pada sesi kerja amali yang akan datang. d. Jabatan kejuruteraan awam, Politeknik Melaka i. Dapat mengurangkan kos membeli alatan tangan di bengkel ii. Dapat memudahkan kerja audit inventori antara jabatan bagi bengkel yang berkaitan. Cadangan/Penambahbaikan Kajian ini perlu penambahbaikan bagi memudahkan pengurusan alatan tangan. Antara penambahbaikan yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut: i. Ujian keberkesanan DESS di luaskan kepada bengkel-bengkel Jabatan induk yang lain di Politeknik Melaka. ii. Menambah alatan tangan di dalam produk inovasi DESS. iii. Menggantikan bahan kayu sebagai bekas utama dengan bahan lain yang lebih murah dan tahan lama serta ringan. Penghargaan Sekalung ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Melaka atas kesudian menjadi responden utama bagi menjalankan kajian ini. Sehubungan dengan itu diharapkan kajian ini boleh dijadikan rujukan dalam inovasi pengurusan alatan tangan di bengkel bagi menjamin kualiti kerja yang akan dihasilkan. Rujukan Norzainariah Abu Hassan. (2004). Kebolehgunaan Kit Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Meningkatkan Prestasi Pelajar: Satu Tinjauan Di Kuittho, Aszoura Binti Mohame Salleh. (2007). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer (Penggunaan Perisian Power Point Interaktif) Terhadap Peningkatan Penguasaan Konsep Sains dalam tajuk Sel Untuk sains Tingkatan 1 Ngin Wei Haw. (2009). Keberkesanan Penggunaan Powerpoint Terhadap Penguasaan Konsep Sains Bagi Murid Tahun 5 Nurhanim Saadah Abdullah, Ramlan Zainal Abidin dan Suhaimi Mohamad. (2002). Kesan Penggunaan Kit Pengajaran Bersepadu Magnetik-PLC terhadap kefahaman konsep asas kawalan magnet dan PLC.


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 22 Charlie Anak Unggang. (2008). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kemahiran Asas Membaca di Kelas Pemulihan: Kajian Kes di Lima Buah Sekolah Daerah Serian, Jurnal Penyelidikan IPBL,8, Fadzli Dahalan. (2010). Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Di Kalangan Guru-Guru Ketua Panitia Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Daerah Kulim Bandar Baharu, Zainudin Abu Bakar, Huszaifah Mohd Husnan. (2010). Kepentingan Kemahiran Pengajaran Amali Dalam Pengajaran, Abdul Rahim Hamdan, Hayazi Mohd Yasin. (2010). Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor, Yahya Othman. (2009). Keutamaan Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu pada Sekolahsekolah di Selangor Darul Ehsan, Malaysia, Hazlani Abu Talib dan Muhammad Sukri Saud. (2016). Amalan Pengurusan Ruang Kerja Bengkel Kemahiran Hidup Sekolah Menengah Dalam Kalangan Ketua Panitia Khb Di Negeri Melaka Sharifah Shafie, Suhaida Abdul Kadir, Soaib Asimiran. (2013). Pengetahuan Pengurusan Bengkel Dalam Kalangan Guru Kemahiran Hidup Bersepadu. Seminar Pasca Siswazah Dalam Pendidikan. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia: 366-372. Unit Kesihatan Pekerjaan, Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja., Kementerian Kesihatan Malaysia. 2008. Daripada http://www.dph.gov.my/ohu Yahya Abd Hamid. (1989). Pengurusan Workshop. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 23 CERMIN SISI ANTI TITIK BUTA Razis Othman, 1 Muhammad Khoirudin Zakaria2 dan Eliza Shamsudin 2 ¹Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak Abstrak Penggunaan cermin sisi berbantukan kamera dalam kenderaan bermotor seperti kereta, van, MPV adalah trend semasa yang semakin berkembang sehingga hari ini. Namun penggunaannya dalam motosikal masih lagi kurang dan mungkin tidak diberikan perhatian. Cernin sisi pada motosikal hari ini tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan tertinggi dan penunggang sentiasa terdedah kepada bahaya yang dating dari arah belakang tanpa disedari, bahaya ini boleh menyebabkan kemalangan yang lebih serius apabila melibatkan kenderaan yang lebih besar daripada motosikal. Inovasi ini adalah dibuat untuk meningkatkan lagi keselamatan penunggang motosikal. Inovasi ini adalah gabungan antara cermin sisi dan penderia yang dapat mengesan sebarang kehadiran objek dari belakang penunggang motosikal. Penderia akan mengesan objek dan seterusnya memberikan isyarat kepada penunggang dalam bentuk visual atau bunyi bergantung kepada tetapan penunggang motosikal tersebut. Kata Kunci: Cermin Sisi, Titik Buta, Penderia, Kemalangan dan Motosikal Pengenalan Pada era teknologi ini yang kian berkembang pesat hari ini kita dapat melihat begitu banyak inovasi yang telah dilakukan bertujuan untuk memudahkan kegiatan manusia dalam kehidupan seharian. Banyak permasalahan yang telah ditemukan jalan penyelesaiannya yang mendorong kepada pelbagai penciptaan produk-produk serta reka bentuk yang baharu. Namun begitu setiap produk yang telah dihasilkan semestinya akan mempunyai sedikit permasalahan. Sebagai contohnya seperti cermin pandangan sisi ia membantu penunggang untuk melihat kenderaan yang datang dari arah belakang. Namun begitu terdapat juga titik buta yang tidak dapat dilihat oleh penunggang melalui cermin pandangan sisi.Seperti apa yang kita tahu, Sistem BST (BlindSpot Technologies) terbahagi kepada dua, detection dan nondetection.Dalam detection, sistem komputer yang akan mengesan sendiri kehadiran kenderaan lain di kiri dan kanan kenderaan manakala non-detection pula, ia mengandungi fungsi kamera dan meluaskan lagi pandangan cermin pandang sisi kenderaan.Tambahan pula, penunggang akan dapat melihat kenderaan dan mengesan kehadiran di sisinya. Oleh sebab itu, penyelidik menghasilkan projek yang diberi nama ANTI-BLINDSPOT SIDE MIRROR atau nama singkatannya ANBLIS. ANBLIS diwujudkan bagi meningkatkan lagi pandangan pada cermin pandang sisi yang sedia ada sekarang. ANBLIS menggunakan sistem non-detection dimana ia dilengkapi dengan kamera bertujuan untuk meluaskan lagi pandangan cermin pandang sisi dan skrin pemantau agar membolehkan penuggang dapat melihat kehadiran kenderaan dengan lebih luas.


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 24 Latar Belakang Kajian Kajian ini adalah bertajuk Anti-BlindSpot Side Mirror. Tujuan utama Anti-BlindSpot Side Mirror dihasilkan adalah kerana untuk mengurangkan statistik kemalangan yang tertinggi kebanyakkan dikalangan penunggang motorsikal yang berpunca dari pelbagai sebab dan salah satu daripadanya adalah melibatkan titik buta motorsikal. Titik buta adalah dua kawasan kiri dan kanan kenderaan yang terlindung dari pandangan mata pemandu kenderaan. Titik Buta ataupun Blind Spot, merupakan kawasan sekeliling kenderaan yang tidak dapat dilihat secara langsung oleh penunggang. Ia merupakan salah satu punca berlakunya kemalangan jalan raya. Setiap kenderaan mempunyai kawasan titik buta yang tersendiri di mana pemandunya tidak dapat melihat kenderaan lain yang mengikutinya dengan terlalu rapat ataupun sedang memotong. Hal ini disebabkan oleh rekabentuk kenderaan tersebut dan juga penglihatan penunggang yang terbatas. Seperti yang sedia maklum cermin pandangan sisi terdapat di setiap motorsikal tidak kira motorsikal berkuasa tinggi mahupun motorsikal berkuasa rendah. Fungsi cermin pandangan sisi adalah untuk melihat kenderaan di belakang dan kenderaan yang berada di kiri kanan. Dengan membangunkan sistem ini sekaligus dapat mengurangkan lagi statistik kemalangan yang disebabkan titik buta. Fokus utama penyelidik adalah untuk memudahkan penunggang motosikal untuk melihat cermin pandang sisi sekarang adalah agak terbatas tanpa ada halangan. ANBLIS menggunakan bantuan kamera dan skrin LCD bagi memperluaskan lagi pandangan yang terbatas. Kamera dan skrin lcd akan di letakkan di cermin spandangan sisi bagi mengantikan dan memperbaharui cermin pandangan sisi yang terdahulu bagi membantu masalah penunggang. Projek ini dibangunkan dengan menggunakan Adruino UNO disamping dilengkapi dengan penderia untuk mengesan kenderaan yang berada berhampiran dan dibantu dengan Led sebagai satu tanda amaran buat penunggang agar lebih berjaga-jaga. Bagi mengelak masalah kemalangan yang melibatkan motorsikal semakin berleluasa maka terhasil la projek ini. Rajah 1: Titik buta motosikal


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 25 Objektif Kajian Masalah pada kenderaan motosikal seperti titik buta boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya berlaki. Hal ini boleh di tangani dengan bantuan Anti-BlindSpot Side Mirror (ANBLIS) yang boleh memperlihatkan kawasan di jalan raya dengan lebih meluas termasuk tempat yang berada di zon titik buta dan sekali gus dapat memberitahu dan memberi amaran awal kepada penunggang untuk berjaga-jaga terhadap kenderaan sama ada motorsikal, kereta, lori dan sebagainya yang berada berdekatan tidak kira disebelah mahupun berada di belakang dengan jarak yang penyelidik telah tetapkan pada projek ini. Ia jugak bagi menyelesaikan masalah titik buta yang sering dialami oleh penunggang motosikal sewaktu membawa di atas jalan raya tidak kira berada di mana-mana. Oleh hal yang demikian kebanyakan kemalangan berpunca daripada titik buta yang tidak disedari oleh penunggang motosikal dan ada terdapat juga penunggang yang menyedari punca kemalangan ini terjadi tetapi sikap tidak tanggungjawab dan sikap tidak ambil peduli mengakibatkan kemalangan ini semakin berleluasa.Objektif untuk kajian ini adalah : i. Membangunkan reka bentuk cermin pandang sisi yang meningkatkan lagi pandangan pada cermin pandang sisi yang sedia ada. ii. Untuk membangunkan dan menguji penderia pada sistem ANBLISS dan cermin pandangan sisi yang di bantu kamera kecil dan skrin LCD . Kajian Literatur Pengesanan terhadap perubahan objek yang bergerak dalam jujukan imej yang sama yang ditangkap pada selang yang berbeza adalah salah satu bidang yang penting dalam pengimejan komputer. Penggunaan kaedah ini amat meluas digunakan dalam pelbagai disiplin bidang seperti video pengawasan, diagnosis dan rawatan perubatan, penderiaan jauh, penderiaan bawah air dan sivil infrastruktur (B. Han, 2007) . Secara amnya, kamera digunakan sebagai system pengimejan pada kenderaan untuk menangkap pandangan dalam status pemandu atau pandangan luar status kenderaan, dan ia mengumpul serta menghantar isyarat kenderaan untuk memberikan amaran kepada pemandu (Chen & Chen, 2009). Sistem Penghindaran Perlanggaran adalah keselamatan sistem automobil untuk mengurangkan kerosakan besar dan mengurangkan kesan kemalangan. Ia juga dikenali sebagai sistem Pra-crash; sistem ini lebih banyak menggunakan radar atau penderia Ultrasonik dan juga pada masa kini teknologi LIDAR juga digunakan untuk melaksanakan sistem tersebut. Semua skim keselamatan boleh diletakkan di bawah sistem penghindaran perlanggaran. Sistem ini boleh digunakan dalam teknik Blind spot. Apabila kenderaan memasuki kawasan buta, maka penderia mengesan rintangan dan data digunakan untuk memberi amaran atau memanipulasi kenderaan untuk langkah keselamatan. Versi penambahbaikan pemantauan Blind Spot telah digunakan dalam Sistem Maklumat Blind Spot, dikembangkan dan dilaksanakan di kelas Volvo S80 Sedan pada tahun 2007 (Ajay & Ezhil, 2016). Kereta ini dipasang dengan dua lensa yang dipasang untuk memeriksa kawasan Blind Spot untuk perlanggaran yang akan berlaku. Setelah halangan dikesan ia dihantar ke unit pemprosesan dan kemudian memberi amaran kepada sistem. Sistem ini dipadankan dengan papan mikrokontroler Arduino Mega 2560, setelah halangan dikesan, data yang diperolehi oleh penderia digunakan untuk memproses jarak dan kemudian digunakan untuk mengendalikan empat motor Dc yang disambungkan ke empat roda kenderaan individu. Motor dipacu oleh IC motor L293D menggunakan maklumat warna dan pandangan tepi untuk mengesan kehadiran objek yang mendekati kenderaan dari imej tunggal, yang mempunyai keupayaan mengesan kenderaan atau objek yang hampir dengan penderia.


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 26 Metodologi Metodologi merupakan teknik mereka bentuk, mengumpul, mengkaji dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian. Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik itu digunakan. Kaedah ini juga menerangkan cara sesuatu masalah itu dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik itu digunakan. Kaedah ini menentukan bahan mana yang terbaik untuk menjadi pilihan untuk menghasilkan Anti-BlindSpot side mirror.Dalam kajian ini antara perkasasan yang digunakan adalah Arduino Microcontroller, penderia ultrasonic, kamera, buzzer, LED, LCD monitor, dan peralatan sokongan lain seperi kabel, bateri dan lain-lain. Pengujian paling penting untuk projek ini adalah dengan menguji bateri yang disambungkan pada LCD dan ADRUINO yang akan dipilih adalah seimbang dan tidak melebihi voltan yang telah ditetapkan agar tidak berlaku sebarang bahaya seperti meletup atau terbakar akibat bateri dan komponen yang disambungkan melebihi daripada voltan dari yang telah ditetapkan. Voltan yang digunakan haruslah tidak melebihi 12v. Projek ini juga akan menguji sejauh mana jarak yang boleh dikesan oleh penderia semasa berada di atas jalan raya. Penyelidik akan menguji jarak mana yang bersesuaian bagi mengesan kehadiran kenderaan. LED yang akan dipasang pada projek ini juga akan di uji bagi membolehkan LED tersebut berkelip secara laju mahupun perlahan pada jarak yang akan penyelidik tetapkan semasa menetapkan atau memprogramkan jarak pada komputer melalui adruino. Selain menguji penderia dan LED pengujian tahap sudut pandangan pada kamera agar dapat memberikan pandangan yang jelas kepada penunggang. Pengujian bagi komponen yang diguna pakai pada projek ini adalah kalis air mahupun tidak agar memastikan tidak berlaku masalah dalam membangunkan projek tersebut. Keputusan Dan Perbincangan Cermin sisi anti titik buta ini dapat berfungsi pada jarak kurang daripada 2.5 meter. Sekirang objek tersebut berada pada lingkungan 2.5 meter kebawah, penderia akan mengesan dan menghantar isyarat kepada LED dan buzzer akan menghasilkan bunyi. Kod program bertulis daripada perisian IDE digunakan dalam ujian simulasi sama ada semua komponen yang terlibat boleh berfungsi dengan program pengekodan dalam untuk lulus ujian sebelum dimuat naik ke pengawal Arduino ditetapkan. Sistem ini mula berfungsi apabila bekalan kuasa daisambung kan dengan bekalan bateri motorsikal (12V) penderia ultrasonik memancarkan gelombang ultrasound dalam lingkungan jarak tertentu.Hasil daripada penderia tadi akan dipindahkan ke unit pemprosesan pengawal. Sementara itu, LED (berkelip) dan Buzzer (berbunyi) sekiranya terdapat tindakbalas berbeza dengan tingkah laku yang berbeza contohnyya jika terdapat objek atau halangan yang bergerak dalam julat penderiaan iaitu sejauh 2.5meter , seperti yang dikawal oleh pemproses berasaskan pada nilai jarak yang dikira atau ditetapkan. Proses ini akan berulang-ulang secara berterusan sehingga sistem dimatikan. Cermin sisi ini juga akan memancarkan imej objek yang akan dipancar melalui LCD monitor. Cara cermin sisi berfungsi : i. Kamera akan mengesan kenderaan yang berada di kawasan titik buta dan akan dipaparkan pada skrin. ii. Kenderaan yang berada di titik buta akan dikesan oleh penderia ultra sonic dan menghantar isyarat kepada LED dan buzzer di mana ia berfungsi sebagai pemberi maklumat kepada penunggang.


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 27 Jadual 1 Jadual keputusan kajian Penderia Ultra sonic (jarak/m) Hasil <2.5 meter LED akan menyala dan buzzer berbunyi >2.5 meter LED tidak menyala dan buzzer tidak berbunyi Rajah 2. Pemasangan komponen Anti-BlindSpot Side Mirror pada motosikal Rajah 3: Anti-BlindSpot Side Mirror siap dipasang. Kesimpulan Kajian ini telah berjaya menyelesaikan masalah titik buta yang melibatkan penunggang motosikal dengan rekabentuk yang dikehendaki dan berfungsi mengikut objektif yang ditetapkan iaitu dapat mengesan kawasan titik buta dan kemudian mengawal dengan menghantar isyarat kepada penderia apabila terdapatnya objek yang menghampiri pada jarak


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 28 2.5 meter seterusnya dapat memberi isyarat awal terdapat halangan yang hadir.Diharap, selaras dengan sistem seperti ini dibangunkan, kemalangan yang membabitkan penunggang motosikal sedikit sebanyak boleh menurunkan statistik kemalangan jalanraya. Rujukan Ajay, T. S., & Ezhil, R. (2016). Detecting Blind Spot By Using Ultrasonic Sensor. International Journal of Scientific & Technology Research, 5(05), 5. www.ijstr.org Chen, C. T., & Chen, Y. S. (2009). Real-time approaching vehicle detection in blind-spot area. IEEE Conference on Intelligent Transportation Systems, Proceedings, ITSC, 24–29. https://doi.org/10.1109/ITSC.2009.5309876B. Han, et al., "Motion-segmentationbased change detection," SPIE Defence & Security Symposium 2007, pp. 65680Q-65680Q, 2007.


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 29 MODEL AUTONOMOUS LANE DEPARTURE UNTUK SISTEM LOGISTIK Sharudin Hassan, Mohd Azhari Abdullah dan Feroz Shah Zainordin Abstrak Lane departure warning system merupakan satu aspek keselamatan yang perlu ada pada setiap kenderaan di Malaysia. Model sistem keselamatan ini berfungsi dengan mengesan dan mengkoordinasikan kenderaan pada kedudukan selamat ketika pemanduaan. Model kajian awal dijalankan bagi mengenalpasti keupayaan peisian Arduino Uno R3 (ATMEGA328) berintergrasi dengan sensor infra merah dan module motor pacuan L298N pada model dengan laluan yang ditetapkan. Susunan dua sensor infra merah digunakan bagi mengesan laluan dan mengkoordinasikan model pada kedudukan yang betul. Motor arus terus (DC) untuk mengawal kelajuan roda pada model yang dibangunkan. Walau bagaimanapun, sistem pengesanan mengalami kegagalan bagi laluan yang kurang jelas, kedudukan pancaran sudut matahari yang rendah (matahari terbit, matahari terbenam) dan faktor persekitaran yang lain. Kata Kunci: Sistem Pengurusan Kesihatan, Lean, Industri Kesihatan, Malaysia Pengenalan Sistem autonomous pada kenderaan telah mengubah konsep pengangkutan di seluruh dunia. Kajian oleh Piao, elt (2016), mendapati sistem ini membolehkan kenderaan mengesan dan menavigasi persekitaran di dalam laluan tanpa mendapat input pemandu. Manakala, Hassan dan Al Mamum (2012) , mendapati model kenderaan autonomous dibangunkan di awal tahun 2010 oleh pemacu gergasi industri ICT seperti Google dan Toyota. Sistem autonomous dibangunkan pada model kenderaan mereka bagi mengkaji keupayaahan sistem ini.. Ini diikuti oleh Tesla dengan membangunkan sistem Autopilot Tesla dan Uber. Model kajian ini dibangunkan berdasarkan keperluan mengautonomouskan sistem logistik di pelabuhan di Malaysia pada masa hadapan. Kajian Literatur Ledakan teknologi memberi impak yang besar di alam industry automotif dunia. Menurut kajian Kementerian Pengangkutan Malaysia (2019) terdapat minat yang mendalam di dalam industrI automotive dalam memperkenalkan kenderaan autonomous (AV) di Malaysia. Teknologi AV telah berkembang dan rakyat Malaysia harus bersedia bagi mengendalikannya pada masa depan. Menurut kajian pendapat awam oleh KPMG International (2019), menunjukkan bahawa seluruh negara bersedia mengunakan AV sebagai kenderaan penduduk Malaysia pada masa depan. Menurut Mustafa (2012), Malaysia perlu bersedia dan meningkatkan penggunaan teknologi seperti AV menjelang tahun 2020. Menurut Taeihagh dan Lim (2018), penentuan cara-cara mentadbir teknologi baru perlu ada di dalam menangani impak teknologi ini ke atas system pengangkutan sesebuah negara. Menurut Rudin dan Parker (2004), Autonomous Cruise Control System (ACCS) adalah sistem kawalan pelayaran digunapakai pada kenderaaan di atas jalan raya. Ianya berfungsi dengan menyesuaikan kelajuan kenderaan dalam mengekalkan jarak yang selamat dengan kenderaaan di hadapan. Ia diperkenal pada kereta Audi A8 pada hujung tahun 2002.


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 30 Menurut Kumar dan Pathak (2012), ACCS diaktifkan oleh pemandu dan menetapkan kelajuan kenderaan yang dikehendaki melalui pelayar (server) dan dinyahaktifkan melalui kawalan butang. ACCS ini dilengkapi dengan sistem amaran untuk memberi amaran sekiranya sistem gagal atau tidak membrek dalam masa yang ditetapkan dan memerlukan input manual. Menurut, Ohno (2001), Rudin-Brown dan Parker (2004), pemandu bertindak balas secara perlahan-lahan apabila membrek dalam situasi kritikal dan telah mengurangkan keupayaan mengawal kenderaan berbanding kenderaan yang menggunakan ACCS. Metodologi Model kajian ini berpandukan konsep CDIO bagi memastikan ianya dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan. Tatacara kerja utama perlaksanaan model kajian adalah seperti berikut: i. Memikirkan (Concieve) – Applikasi model kajian pada sistem logistik pelabuahan di Malaysia. ii. Merekabentuk (Design) – Mengaturcara bahasa programming Arduino IDE berdasarkan kepada pergerakkan kenderaan di pelabuhan. iii. Melaksana (Implement) – Memasang komponen utama sistem pada model sedia ada. iv. Mengendali (Operate ) – Pengujian input arahan pengaturcaraan ke dalam Arduino Uno seperti yang dikehendaki. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, model kajian yang dihasilkan dapat mengesan laluan dan mengubah arah pergerakan mengikut arahan yang diprogramkan di dalam Arduino IDE. Ianya perlu dipertingkatkan tahap keupayaannya bagi membolehkan ianya diapplikasikan pada industri logistik pelabuhan seperti di Port Rotterdam, Belanda. Rujukan Hasan, K. M., & Al Mamun, A. (2012). Implementation of autonomous line follower robot. In 2012 International Conference on Informatics, Electronics & Vision (ICIEV) (pp. 865-869). IEEE Kementerian Pengangkutan Malaysia. (2019) - Pengumpulan dan Pemantauan Data Kemalangan Jalan Raya. Diambil daripada: https://www.mot.gov.my/my/land/safety/road-accident-and-facilities Kumar, R., & Pathak, R. (2012). Adaptive cruise control-towards a safer driving experience. International Journal of Scientific and Engineering Research, 3(8), 3-7. Mustafa, M. N. (2005). Overview of current road safety situation in Malaysia. Highway planning Unit, Road Safety Section, Ministry of Works, 5-9. Ohno, H. (2001). Analysis and modeling of human driving behaviors using adaptive cruise control. Applied Software Computing, 1(3), 237-243 Piao, J., McDonald, M., Hounsell, N., Graindorge, M., Graindorge, T., & Malhene, N. (2016). Public views towards implementation of automated vehicles in urban areas. Transportation Research Procedia, 14, 2168 – 2177. Rudin-Brown, C. M., & Parker, H. A. (2004). Behavioural adaptation to adaptive cruise control (ACC): implications for preventive strategies. Transportation Research Part F: Traffic Psychology and Behaviour, 7(2), 59-76.


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 31 KETIDAKPADANAN KOMPETENSI KERJA KE ARAH REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0 (4IR): SOROTAN MENGGUNAKAN STRUKTUR KANDUNGAN KAJIAN (RCS) Nurul Afizah Adnan dan Abdullah Azraai Hasan Politeknik Muadzam Shah,Pahang Abstrak Ketidakpadanan kompetensi kerja mengikut keperluan dan kehendak industri sering menjadi pendebatan sejak tahun 1980an lagi. Pelbagai usaha serta kajian dilaporkan bagi mendapatkan kaedah terbaik dalam memastikan graduan yang dihasilkan oleh penyedia pendidikan mengikut kehendak industri. Dalam usaha ke arah transformasi revolusi perindustrian 4.0 perkara ini dilihat sebagai satu perkara kritikal. Oleh itu penyelidikan ini telah menggunakan kaedah Struktur Kandungan Kajian dalam menjelaskan berkaitan dengan isu, bukti, masalah, faktor dan juga penyelesaian yang boleh dilaksanakan. Struktur Kandungan Kajian atau Research Content Structure (RCS) merupakan satu kaedah sorotan isu yang diperoleh secara menyeluruh dan boleh digunakan sebagai panduan dalam menghasilkan satu proses penyelidikan yang empirik dan terarah. Matlamat akhir penyelidikan akan membangunkan satu kerangka set kompetensi kerja ke arah 4IR yang bersesuaian dalam bidang yang dikaji untuk memahami keperluan yang boleh menampung ketidakpadanan kompetensi pekerja. Kata Kunci: Ketidakpadanan Kompetensi Pekerja, Struktur Kandungan Kajian, Memenuhi Kehendak Industri Pengenalan Menghasilkan graduan yang berkualiti mengikut keperluan dan kehendak industri sering menjadi pendebatan sejak tahun 1980an lagi. Pelbagai usaha serta kajian dilaporkan bagi mendapatkan kaedah terbaik dalam memastikan graduan yang dihasilkan oleh penyedia pendidikan mengikut kehendak industri. Dalam usaha ke arah transformasi 4IR, dasar pendidikan negara telah dimurnikan bagi menghadapi era perubahan ekonomi baru sebagai salah satu usaha dalam meningkatkan kualiti dan kerelevanan sistem pendidikan pada masa akan datang. Ini telah disasarkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 -Pendidikan Tinggi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015). Salah satu tumpuan utama kementerian dan IPT adalah terhadap penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih holistik bagi melengkapkan graduan dengan pengetahuan, kemahiran dan asas etika yang mantap bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan penawaran pekerjaan masa depan. Ini menyebabkan makluman berkenaan dengan penguasaan kompetensi yang relevan dengan perkembangan semasa dan akan datang, diperlukan oleh graduan dengan merujuk kepada keperluan industri di Malaysia. Di samping itu, situasi ini menyebabkan graduan yang dihasilkan tidak mencapai kualiti dan kesediaan untuk bekerja yang memerlukan keperluan kepada reskilling dan upskilling kompetensi sebelum diambil bekerja. Oleh itu, pengkaji berpendapat satu kajian penerokaan sorotan kajian menggunakan Struktur Kandungan Kajian atau Research Content Structure (RCS) telah dilaksanakan bagi mendapatkan gambaran keseluruhan kajian yang dilaksanakan. Dapatan kajian ini dijangka akan membangunkan kerangka set kompetensi kerja yang boleh menyalurkan maklumat berkaitan keperluan


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 32 kompetensi graduan yang bersesuaian dengan kehendak industri bagi kegunaan Politeknik Malaysia Sorotan Kajian Menggunakan RCS Menghasilkan graduan yang berkualiti mengikut keperluan dan kehendak industri sering menjadi pendebatan sejak tahun 1980an lagi. Pelbagai usaha serta kajian dilaporkan bagi mendapatkan kaedah terbaik dalam memastikan graduan yang dihasilkan oleh penyedia pendidikan mengikut kehendak industri. Dalam usaha ke arah transformasi 4IR, dasar pendidikan negara telah dimurnikan bagi menghadapi era perubahan ekonomi baru sebagai salah satu usaha dalam meningkatkan kualiti dan kerelevanan sistem pendidikan pada masa akan datang. Ini telah disasarkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 -Pendidikan Tinggi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015). Salah satu tumpuan utama kementerian dan IPT adalah terhadap penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih holistik bagi melengkapkan graduan dengan pengetahuan, kemahiran dan asas etika yang mantap bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan penawaran pekerjaan masa depan. Ini menyebabkan makluman berkenaan dengan penguasaan kompetensi yang relevan dengan perkembangan semasa dan akan datang, diperlukan oleh graduan dengan merujuk kepada keperluan industri di Malaysia. Kajian oleh Graduan institusi pendidikan tidak memenuhi kehendak pasaran semasa (Dobbs&Magdavkar, 2014). Ini kerana, situasi semasa ini menyebabkan graduan yang dihasilkan tidak mencapai kualiti dan kesediaan untuk bekerja yang memerlukan keperluan kepada reskilling dan upskilling kompetensi sebelum diambil bekerja. Ia berupaya membantu institusi menggariskan keperluan industri yang paling relevan mengikut persepsi keperluan industri serta graduan yang telah menamatkan pengajian di Politeknik. Ini membolehkan institusi pendidikan khususnya politeknik membuat perkaitan dengan penguasaan set kompetensi ke arah revolusi perindustrian 4IR yang perlu diberi penekanan dalam mewujudkan kesediaan pekerja yang memenuhi keperluan industri akan datang. Ini boleh meningkatkan kualiti dan keupayaan graduan politeknik dalam memenuhi kriteria yang diperlukan oleh industri seiring perkembangan teknologi yang sentiasa berubah. Perkembangan revolusi sangat berkait dengan pembentukan modal insan, ini adalah satu keperluan penting dalam perkembangan bidang pekerjaan dan perkara yang perlu dipertimbangkan dalam kemajuan pendidikan. Pada awal revolusi melibatkan perindustrian pertama, Goldin (2014) menyatakan perkembangan modal insan masih belum bermula. Ini kerana pada revolusi ini hanya melibatkan salah satu keperluan sahaja sama ada teknologi atau kemahiran sahaja. Apabila revolusi perindustrian kedua tercetus, kedua-dua teknologi dan kemahiran diperlukan dalam pembentukan modal insan. Pada masa itu, modal insan yang diperlukan adalah mereka yang berkeupayaan menggunakan teknologi berkaitan elektrik. Menurut Reis (2004) proses perkembangan modal insan mula berlaku pada revolusi perindustrian kedua. Ia menjadi revolusi terpenting dalam menyaksikan transformasi melibatkan pembangunan modal insan, namun hanya melibatkan kemahiran yang berkaitan langsung dengan bidang pekerjaan yang popular pada masa tersebut sahaja. Pada ketika revolusi perindustrian kedua ini, kemahiran melibatkan numerasi dan literasi mula diaplikasikan secara formal oleh kebanyakan sekolah. Didapati kemahiran yang diterapkan adalah terbatas setakat kemahiran praktikal yang berkisar tentang pengalaman kerja. Seiring dengan perkembangan revolusi yang berlaku, Peinado et al. (2018) menyatakan keperluan penggantian modal insan bagi tujuan melatih tenaga kerja tidak mahir kepada tenaga kerja mahir perlu dilaksanakan mengikut perubahan revolusi yang berlaku. Oleh itu dalam menuju transformasi 4IR, kebanyakan negara perlu melaksanakan langkah yang efektif untuk memperlengkapkan modal insan di negara mereka dengan


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 33 kemahiran yang sewajarnya. Reis (2004) turut menyatakan bahawa kemahiran perlu digabungkan dengan perubahan revolusi bagi mewujudkan permintaan terhadap kemahiran yang berbeza dalam proses perindustrian. Secara tidak langsung memerlukan pembentukan pembangunan modal insan dengan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi yang diperlukan oleh sebuah negara dengan memiliki kemahiran sejajar dengan perkembangan revolusi yang berlaku. Seterusnya, tercetusnya perkembangan revolusi ketiga dan keempat, di mana ia mula melibatkan perlaksanaan teknologi, internet, mesin dan perkembangan modal, ia membentuk satu keperluan mendesak dalam mendapatkan satu set kompeten baru yang berbeza dan bersesuaian, yang memungkinkan pekerja mengikuti perubahan terhadap sektor pengeluaran dan kemajuan yang berlaku. Menurut Goldin & Katz (1998) bersetuju bahawa ketika teknologi berkembang, kemahiran juga dijangka akan berkembang. Perkembangan hasil revolusi ini didorong kepada keperluan dalam memerlukan bidang pekerjaan yang memberi pada penyelenggaraan dan pemasangan dalam proses yang berlaku mengikut transformasi sesuai dengan pendekatan yang berkaitan pada revolusi tersebut. Kajian oleh Mokyr, (1997) menjelaskan tenaga mahir dan teknologi baru akan saling melengkapi melalui perubahan transformasi yang berlaku. Menurut beliau lagi transformasi pada zaman sebelum tahun 1850-a tidak menunjukkan permintaan terhadap tenaga mahir dan tiada penawaran berkaitan kemahiran yang diperlukan pada zaman tersebut. Beliau mendakwa bahawa kefahaman berkaitan dengan kemahiran tidak merangkumi kemahiran yang diperlukan oleh pemilik kilang pada abad ke-19, yang mana mereka hanya menggariskan kepada elemen tingkah laku seperti ketepatan masa, kesopanan dan keperluan untuk mengikut apa yang diperlukan. Apa yang dijelaskan oleh Mokyr (1997) menunjukkan kemahiran kurang penting untuk pekerjaan sebelum revolusi industri kedua. Seterusnya, Schwab, (2016) juga menjelaskan perkembangan revolusi perindustrian keempat memerlukan kepelbagaian kemahiran makin bertambah dan diperlukan. Namun begitu, menurut Schwab (2016) lagi bermula dari revolusi perindustrian ketiga hingga ke revolusi perindustrian keempat berkisar kepada kemuncak dan penumpuan teknologi yang berkembang pesat. Perkembangan ini, membuka peluang dari segi penawaran dan permintaan ekonomi yang berubah. Secara umumnya, perkembangan berkaitan dengan revolusi industri baru ini yang mula diaplikasikan dalam perindustrian dan menyebabkan pertumbuhan ekonomi serta memerlukan pembentukan modal insan berkemahiran tinggi melalui pengembangan seiring dengan keperluan kemahiran abad ke-21. Menurut Loi, (2015) menyatakan pembentukan kemahiran tinggi yang diperlukan oleh modal insan menunjukkan bahawa kesan perubahan teknologi yang diperlukan di tempat kerja semakin berubah. Keperluan untuk mengembangkan kemahiran abad ke-21 yang diperlukan dalam pembangunan modal insan perlu dipertingkatkan seiring dengan keperluan kemahiran yang diperlukan (Plomp, 2013). Kemahiran ini akan menghasilkan jurang kompeten yang meningkat dan perlu diatasi melalui gabungan penambahbaikan antara pendidikan dan teknologi. Schwab (2016) menyatakan gabungan antara pendidikan dan teknologi jika diterapkan secara efektif akan mengurangkan peningkatan pengangguran di mana perubahan teknologi yang berlaku mampu mewujudkan kemahiran baharu yang diperlukan dalam kalangan pekerja. Loi (2015) dan disokong oleh Hodgson (2016) menjelaskan bahawa perkembangan teknologi menyebabkan peningkatan permintaan untuk set kompeten kerja yang lebih sesuai dengan perubahan yang berlaku. Menurut kajian itu lagi, pekerja yang terlibat dengan perubahan 4IR perlu melengkapkan diri sebagai modal insan yang berketerampilan dalam menghasilkan pekerja berkemahiran yang boleh memenuhi set kemahiran yang bersesuaian.


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 34 Perkembangan teknologi seiring dengan 4IR adalah melibatkan sistem fizikal-siber yang merupakan trend semasa automasi dan pertukaran data dalam teknologi pembuatan yang mewujudkan "kilang pintar". Ini digambarkan apabila mesin disambungkan dengan web dan kepada satu sistem yang boleh menunjukkan keseluruhan rantaian pengeluaran serta mampu membuat keputusan dengan sendiri (Prifti, 2017). Schwab (2016) mendefinisikan Revolusi Industri Keempat (RI 4.0) sebagai penyatuan teknologi yang berkembang pesat yang secara efektif menggabungkan teknologi dunia digital dan fizikal. Teknologi fizikal merangkumi percetakan 3D, kenderaan autonomi dan robotik canggih manakala dunia digital tertanam dalam ekonomi berdasarkan permintaan, menggunakan Internet of Things (IoT). Teknologi baru ini mempunyai hubung kait yang mendalam terhadap kebanyakan ekonomi dan industri di seluruh dunia. Ia mampu menghubungkan berbilion pengguna ke web, meningkatkan kecekapan perniagaan dan meningkatkan pengurusan aset di samping membantu menjana semula kerosakan persekitaran. Selain itu, 4IR adalah puncak kemajuan teknologi dan inovasi yang merangkumi dua dekad yang lepas. Ia merangkumi kemunculan teknologi melibatkan kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT), nano teknologi, robotik, kenderaan autonomi, percetakan 3D dan bioteknologi (Schwab, 2016). Menurut Deloitte (2015), perkembangan ini bukan satu yang baharu, namun, disebabkan oleh perkembangan pengkomputeran dan pengurangan kos yang berlaku ia menjadi lebih jelas dan sesuai untuk kegunaan industri. Dalam menjelaskan berkaitan 4IR pada mulanya adalah apa yang disebut sebagai sistem fizikal siber. Perkembangan kepada 4IR semakin berkembang serta menjadi tujuan eksplisit dalam perubahan teknologi melibatkan penggabungan perkakasan, perisian, dan tahap kemahiran modal insan dalam menyelesaikan pekerjaan dengan lebih produktif. Secara tidak langsung, ia melibatkan pendigitan industri tradisional kepada pengembangan Perkhidmatan Pintar dan IT Hijau. Menurut Grzybowska dan Łupicka (2017) menyatakan bahawa konsep asas Industri 4.0 merangkumi "Smart Factory",melibatkan penggunaan sensor, pelaku dan sistem autonomi dalam proses pembuatan. Müller dan Hopf (2017) menyatakan bahawa sebelum penggunakan istilah Industri 4.0 banyak istilah digunakan terutamanya disebut sebagai Pembuatan Digital pada tahun 1970-an dan Pembuatan Bersepadu Komputer (CIM) pada tahun 1990-an. Namun, bermula tahun 2000, penggunaan istilah Digital Factory mula digunakan. Pada tahun 2005 istilah Factory 2.0 pula mula digunakan bermula dari tahun 2007 sehingga pada tahun 2014 ke atas istilah Smart Factory pula semakin digunakan. Ini menunjukkan bahawa konsep Schwab (2016) berkaitan perkembangan 4IR dan Industri 4.0 adalah bersesuaian dengan perkembangan teknologi ketika ini. Baldassarre, Ricciardi, dan Campo, (2017) menyatakan bagi sebuah smart factory yang terlibat industri’ yang melaksanakan 4IR perlu melalui komponen berikut: (i) Kewujudan teknologi pintar, di mana semua sumber pertukaran maklumat dalam cara automatik dan proses pengeluaran bersifat autonomi dan bebas. (ii) Melalui aktiviti perniagaan, berdasarkan integrasi sistem komunikasi antara pembekal, pelanggan, pengeluar, untuk menukar data dengan nyata. (iii) Melibatkan produk pintar, yang mampu menyampaikan maklum balas kepada maklumat sensor bersepadu dan pemprosesan; (iv) Melibatkan pelanggan, yang mungkin memerlukan produk dengan sebarang fungsi dan mengubahsuai pesanan mereka pada bila-bila masa dalam tempoh proses pengeluaran. Bahrin, et al. (2016); Rüßmann, et al. (2015) menyatakan bahawa Transformasi 4IR ini berdasarkan kepada sembilan tonggak yang terdiri daripada penggunaan robot automasi, simulasi integrasi sistem, internet segalanya, keselamatan siber, pengkomputeran awan,


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 35 pembuatan bahan tambahan, realiti diperkukuhkan, analisis data besar, serta integrasi sistem menegak dan melintang. Sembilan tonggak tersebut boleh dihuraikan seperti berikut: (i) Tonggak Pertama adalah Internet Segalanya (Internet of Things) yang menerangkan tentang penggunaan perangkaian dan penyambungan peranti pintar untuk membolehkan pengumpulan dan pertukaran data diterapkan dalam operasi (ii) Tonggak kedua adalah Integrasi Sistem (Horizontal and vertical System Integrations) yang memerlukan kerjasama industri dalam membentuk kesepaduan syarikat yang lebih komprehensif dengan penerapan sistem, membolehkan rangkaian integrasi data mendatar dan menegak bagi tujuan menyediakan rangkaian nilai yang benar-benar automatik. (iii) Tonggak ketiga adalah berkaitan dengan Simulasi (Simulation) yang mana ia merupakan penggabungan entiti fizikal dan maya untuk model, reka bentuk, mensimulasikan, memantau dan melindungi proses fizikal dalam persekitaran maya. (iv) Tonggak keempat adalah melibatkan Realiti Semula (Augmented Reality) yang perlu mendedahkan pengetahuan superimposing imej yang dihasilkan oleh komputer digabungkan dengan pengiktirafan objek kepada pandangan pengguna dunia sebenar, memberikan pandangan hibrid interaktif. (v) Tonggak kelima berkaitan dengan Pembuatan Tambahan (Additive Manufacturing) yang merupakan data reka bentuk digital digunakan untuk membuat objek tiga dimensi di mana lapisan bahan dibentuk di bawah kawalan komputer. (vi) Tonggak keenam iaitu Data Besar (Big Data and Analysis) yang berkaitan dengan set data yang boleh dianalisis dengan menggunakan kemahiran komputer untuk mendedahkan prestasi atau ketidaksediaan proses yang tidak konsisten dalam mevisualisasikan hasil yang diperoleh. (vii) Tonggak ketujuh adalah Pengkomputeran Awan (The Cloud) yang merupakan perisian pelayan jauh dan perkhidmatan perkakasan yang digunakan untuk menyimpan, mengurus, memproses dan mevisualisasikan data dan bukan pelayan tempatan. (viii) Tonggak kelapan adalah Robot Autonomi (Autonomous Robot) yang berkaitan dengan objek / proses yang boleh mendapatkan maklumat tentang persekitaran, menyesuaikan diri dan membuat keputusan tanpa memerlukan campur tangan manusia. (ix) Tonggak seterusnya, adalah Keselamatan Siber (Cybersecurity) yang melibatkan perlindungan sistem komputer daripada kecurian atau kerosakan kepada perkakasan, perisian atau maklumat dan daripada gangguan perkhidmatan yang disediakan. Oleh itu, kesemua tonggak yang telah digariskan merupakan elemen utama dalam perkembangan revolusi ini. Perubahan ini dijangka dapat meningkatkan pendapatan global dan meningkatkan kualiti hidup penduduk di seluruh dunia. Impak 4IR sama ada positif atau negatif terhadap kerajaan, perniagaan, mahupun masyarakat dan kemanusiaan, ianya masih lagi dalam proses perbincangan, perancangan dan pelaksanaan bagi kebanyakan negara di dunia (Qin et al., 2016). Seiring dengan Transformasi 4IR, Bermudez & Juarez (2017) menyatakan bahawa setiap negara perlu bersedia menerima perubahan industri yang berlaku ini bagi mendapatkan kelebihan persaingan yang baru. Keperluan ini penting untuk membangunkan inovasi dan teknologi yang lebih produktif serta mampu untuk meningkatkan produktiviti sesebuah negara. Menurut Chromjakova, et al. (2017) bahawa sesebuah negara perlu memikirkan kaedah yang


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 36 betul dalam menghadapi perubahan industri terutama dalam menguruskan transformasi 4IR supaya perubahan ini mampu memberi impak kepada peningkatan ekonomi negara. Ini kerana perubahan yang berlaku dalam 4IR ini dijangka akan mencipta banyak pengetahuan dan kemahiran baharu dalam setiap proses kerja pada masa akan datang. Malaysia perlu bersedia kerana menjelang tahun 2030 dijangka hampir semua industri dari perbankan sehingga ke proses pembuatan akan mengintegrasikan teknologi automasi dan digital robotik akan diaplikasikan secara menyeluruh termasuk di Malaysia (MITI, 2018). Jangkaan terhadap bidang pekerjaan pada masa depan banyak menggunakan aplikasi teknologi. Ini dapat dicontohkan melalui kerja yang telah diambil alih oleh teknologi robot yang dijangka akan menyebabkan berlakunya kepada pengangguran dan hilang pekerjaan. Oleh itu, graduan sewajarnya menyediakan diri untuk meneroka bidang pekerjaan baharu yang dikatakan menjadi bidang yang diperlukan dalam menghadapi integrasi perubahan 4IR ini. Bidang pekerjaan ini merangkumi bidang berikut: (i) Mahir dalam data penganalisis dan saintifik (ii) Menguasai Artificial Intelligence (AI) dan pakar pembelajaran mesin perakaunan (iii) Mahir dalam pengurusan operasi (iv) Mahir teknologi baru (v) Mahir pembangunan organisasi (vi) Mahir perkhidmatan teknologi maklumat Merujuk kepada RCS juga turut digariskan antara akibat yang boleh berlaku sekiranya masalah tidak diselesaikan. Menurut Fletcher dan Harrington (2018) serta Tomasson Goodwin et al. (2019) menyatakan, masalah utama yang menyebabkan pengangguran dikatakan disebabkan oleh kekurangan kemahiran kebolehkerjaan graduan yang merupakan antara perkara yang menjadi masalah dalam kalangan PPT khususnya. Selain itu, graduan dikatakan tidak memiliki kompetensi yang diperlukan oleh industri menyebabkan mereka tidak di ambil bekerja (Mahazir et al., 2019). Situasi ini secara tidak langsung, ia menunjukkan trend pengangguran graduan yang semakin meningkat di seluruh dunia (Dania et al., 2014; C. Spencer, 2014). Merujuk kepada Laporan di Malaysia dalam National Graduate Employability Blueprint (2012-2017) telah menggariskan bahawa antara punca masalah pengangguran dalam kalangan belia, hasil sumber daripada Jobstreet.com terdapat 14 masalah yang diutarakan oleh majikan terhadap graduan baharu yang diambil bekerja yang perlu diberi perhatian. Merujuk kepada Rajah 0. dapat dikenal pasti bahawa aspek yang mempunyai masalah tertinggi yang sering diperkatakan adalah melibatkan aspek kompetensi kerja yang boleh dikategorikan tinggi merangkumi aspek kelemahan sikap, karakter dan personaliti dengan peratusan sebanyak 37.4%, aspek kemahiran yang tidak sepadan 30.2% dan aspek pengetahuan melibatkan kemahiran yang tidak mendalam sebanyak 23.8%. Masalah-masalah lain yang dinyatakan adalah merangkumi graduan yang meminta gaji yang lebih tinggi dari kelayakan yang sepatutnya, memilih dalam melaksanakan kerja serta tidak pandai menyelesaikan masalah (Ministry of Higher Education Malaysia, MOHE, 2017). Berdasarkan statistik yang tersebut, aspek kompetensi yang terdiri dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap graduan merupakan antara masalah yang menjadi isu utama antara majikan dan graduan dalam memenuhi kehendak industri di Malaysia.


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 37 Sumber: Jobstreet.com Rajah 0. Masalah yang dihadapi oleh majikan terhadap graduan baharu dari tahun 2012-2017 Seterusnya, hubungan industri dan institusi penyedia pendidikan TVET merupakan antara isu yang masih menjadi cabaran kepada banyak negara di dunia (G. Malik & Venkatraman, 2017). Hubungan institusi TVET dan industri masih lagi lemah dan memerlukan ruang, masa dan peluang untuk dipertingkatkan atas faktor kekurangan pengetahuan mengenai peluang dan peranan yang perlu dibuat oleh kedua-dua pihak. Watisin et al. (2017) dalam kajiannya menjelaskan hubungan antara industri dan sektor pendidikan perlu sentiasa diperkukuhkan tanpa mengira bidang apa industri tersebut supaya mampu mewujudkan jalinan hubungan dalam meningkatkan kepentingan untuk membekalkan prasaran dan latihan sepadan kepada pelajar TVET. Masalah ini turut menyukarkan usaha memupuk kesepakatan antara kedua-dua pihak tentang kemahiran yang kritikal yang perlu dikuasai pelajar bagi memenuhi kehendak industri serta menjadikan jaringan kerjasama dengan sektor awam dan swasta sukar dikembangkan. Kajian oleh Azmi et al.(2018) mendapati majikan di Malaysia berpendapat bahawa graduan TVET mempunyai kemahiran teknikal yang mencukupi namun set kompeten yang bersesuaian dengan kehendak industri pada masa hadapan perlu diberi penekanan. Melalui dapatan kajian ini juga didapati, kebanyakan majikan menyatakan bahawa keperluan kepada kemahiran melibatkan teknikal, komunikasi, interpersonal, pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan kemahiran keusahawanan perlu sentiasa dikuasai kerana ia merupakan antara kemahiran kebolehpasaran yang tidak dikuasai dalam kalangan graduan TVET ini. Baygin et al. (2016) menyatakan, ini mendorong ke arah keperluan mengetahui jenis peningkatan kemahiran yang berbeza dan kemahiran semula tenaga kerja. Agenda kerajaan terutama kementerian yang bertanggungjawab perlu memberi penekanan dalam mengenal pasti keperluan pengetahuan saintifik dan kemahiran teknikal jangka pendek dan jangka panjang yang perlu diberi. 55.80% 37.40% 33.00% 30.20% 27.70% 25.90% 23.80% 14.40% 13.20% 7.80% 1.90% 1.30% 1.10% 0.70% 7.90% Lemah berbahasa Inggeris Lemah dalam sikap,karakter dan personaliti Meminta gaji dan kelebihan yang tidak realistik Ketidakpadanan kemahiran Memilih dalam melaksanakan kerja Tidak pandai menyelesaikan masalah Pengetahuan kemahiran yang tidak mendalam Tidak bersedia ketika temuduga Pengetahuan yang rendah Tidak berminat pada pekerjaan yang dipohon Tidak bekerja dalam jangka yang lama Graduan wanita Lemah berbahasa Mandarin Lemah berbahasa Melayu Lain-lain


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI D 1. Graduan institusi pendidikan tidak memenuhi kehendak pasaran semasa (Dobbs&Magdavkar, 2014) 2. Kompetensi pelajar yang akan berubah atas permintaan terhadap sistem robotik dan automasi (Motyl, 2017) 3. Transformasi 4IR yang mewujudkan situasi tidak menentu (Marope et.al 2017) 4. Set Kompeten Kerja yang tidak bersesuaian dengan teknologi terkini(Azmi et.al, 2018) 5. Kurikulum sedia ada tidak selari(PPPT 20182025) Punca/ Faktor 1: Pelajar Masalah 1: Aspek pengetahuan yang rendah Masalah 2: Aspek kemahiran yang tidak mendalam Masalah 3: Aspek tingkahlaku yang perlu diberi perhatian Masa Aspek tran industri 4IR berubah Punca /Faktor Kompetensi Pensyarah STRUKTUR PEMBUKTIAN Masalah yang disebabkan oleh aspek keperluan kompetensi kerj tidak memenuhi keperluan industri masa depani MATLAMAT KAJIAN: Kerangka Set Kompetensi Kerja Ke Arah 4IR bagi Politekni kehendak industri


DAN INDUSTRI 38 KETIDAKPADANAN SET KOMPETENSI KERJA KE ARAH REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0 alah 4: nsformasi R yang 2: Punca/Faktor 3: Penglibatan Industri Punca/Faktor 4 : Penyedia TVET Punca/Faktor 5: Kurikulum AKIBAT 1. Kadar graduan yang tidak bekerja akan meningkat 2. Pelajar tidak bekerja dalam bidang pengkhususan yang diambil 3. Motivasi pelajar untuk bekerja selepas tamat pengajian akan merudum 4. Lambakan program pengajian yang tidak diperlukan industri semasa 5. Pembaziran sumber tenaga berharga negara 1.Sampel : Industri terpilih Penggubal kurikulum Pakar akademik Pelajar Politeknik yang sedang menjalani Latihan Industri Graduan Politeknik yang sudah bekerja di Industri 2.Lokasi : Politeknik Malaysia 3. Fokus : Program Kejuruteraan Mekanikal R KANDUNGAN KAJIAN (RCS) ja yang ik Malaysia dalam memenuhi


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 39 Metodologi Oleh itu, pengkaji berpendapat satu kajian melibatkan penerokaan berjujukan secara campuran perlu dilaksanakan bagi membangunkan kerangka yang bersesuaian ini. Kerangka ini penting bagi tujuan mendapatkan gambaran keperluan set kompetensi yang relevan yang diperlukan dari persepsi graduan yang sudah selesai menjalani Latihan Industri. Graduan yang sudah tamat pengajian tentunya boleh memberi maklumbalas yang paling baik dalam memberi input berkaitan dengan keperluan set kompetensi yang diperlukan ini. Secara tidak langsung, kerangka yang dibangunkan, boleh menjadi rujukan pelajar serta graduan lain dalam menilai kompetensi yang mereka peroleh dalam bidang yang dikaji sebelum mereka bekerja di industri. Selain itu, matlamat kajian adalah untuk meneroka elemen set kompetensi yang diperlukan oleh pendidikan dan industri dalam memenuhi keperluan pasaran akan datang. Elemen set kompetensi yang digariskan industri akan diteruskan dengan meneroka konstruk yang refleksi kepada set kompetensi tersebut yang perlu diberi penekanan. Merujuk kepada kerangka teori yang ingin digunakan oleh pengkaji akan menggunakan teori yang berkaitan yang akan dijadikan kepada sandaran kajian iaitu teori modal insan (Swanson dan Holton III,2013), teori pembelajaran yang terdiri daripada Teori Kognitivisme (Vygotsky, 1960), Teori Behaviorisme (Slavin, 2000) dan Teori pembelajaran sosial (Albert Bandura, 2001). Ia juga mengambil kira teori connectivism (Siemens, 2005). Rajah 2.2 menunjukkan rangkuman teori dan model yang digunakan dalam kajian ini. Selain dari teori yang telah dinyatakan, penyelidikan juga merujuk kepada beberapa model yang digunakan berkaitan dengan aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap yang telah dijadikan sebagai rujukan. Ia terdiri dari Model SCANS 1991, Model Kompetensi Iceberg 1993 dan Model Kompeten Kerja Aspek Pengetahuan, Kemahiran dan Tingkahlaku dalam memenuhi kehendak industri Teori Modal Insan (Swanson dan Holton III,2011), Teori Pembelajaran (Vygotsky, 1960, Slavin 2002, Albert Bandura, 2001), Teori Connectivism (Siemens, 2005), Model Kompeten Kerja (Fabian, 2017, Wan Seman 2007) , Model SCANS 1991 (Wellington, 1993) Model Kompetensi IceBerg (Spencer dan Spencer 1993)


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 40 Kesimpulan Pembangunan RCS sebagai rujukan dan makluman awal dalam melaksanakan kajian akan membantu pengkaji untuk melaksanakan satu kajian yang sistematik dan data yang empirik boleh diperolehi. Berbalik kepada tujuan kajian ini, ia adalah penting bagi mendapatkan gambaran keperluan set kompetensi yang relevan yang diperlukan bagi kepentingan graduan masa depan. Secara tidak langsung, kerangka yang dibangunkan ini boleh dijadikan rujukan pensyarah, pelajar serta graduan lain dalam menilai kompetensi yang mereka peroleh dalam bidang yang dikaji sebelum mereka bekerja di industri. Selain itu, matlamat kajian adalah untuk meneroka elemen set kompetensi yang diperlukan oleh pendidikan dan industri dalam memenuhi keperluan pasaran akan datang. Elemen set kompetensi yang digariskan industri akan diteruskan dengan meneroka konstruk yang refleksi kepada set kompetensi tersebut yang perlu diberi penekanan. Ini bertujuan menggariskan keperluan industri yang paling relevan mengikut persepsi pelajar yang telah menamatkan pengajian di Politeknik. Secara tidak langsung, ia membolehkan Jabatan Kejuruteraan Politeknik membuat perkaitan dengan penguasaan set kompetensi yang perlu diberi penekanan dalam mewujudkan kesediaan pelajar politeknik bagi memenuhi keperluan industri akan datang. Secara tidak langsung, ia boleh meningkatkan kualiti dan keupayaan graduan politeknik dalam memenuhi kriteria yang diperlukan oleh industri khususnya yang melibatkan bidang yang dikaji seiring perkembangan teknologi. Dapatan kajian ini dijangka akan menyalurkan maklumat berkaitan keperluan kompetensi graduan yang bersesuaian dengan kehendak industri, politeknik, pelajar serta pihak berkepentingan yang lain bagi tujuan penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran, bahagian sumber serta latihan, penilaian kurikulum sedia ada dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap graduan program di Politeknik Malaysia. Rujukan Bahrin, M. A. K., Othman, M. F., Azli, N. H. N., & Talib, M. F. (2016). Industry 4.0: A review on industrial automation and robotic. Jurnal Teknologi, 78(6–13), 137–143. https://doi.org/10.11113/jt.v78.9285 Bermudez Milagros Diaz, & Juarez Benito Flores. (2017). Competencies to adopt Industry 4 . 0 for operations management personnel at automotive parts suppliers in Nuevo Leon. Proceedings of the International Conference on Industrial Engineering and Operations Management Bogota, Volombia, 736–747. Campo, R., Ricciardi, F., & Baldassarre, F. (2017). the Advent of Industry 4.0 in Manufacturing Industry: Literature Review and Growth Opportunities. DIEM : Dubrovnik International Economic Meeting, 3(1), 632–643. Goldin, C. (2014). Human capital, schooling and health. In Handbook of Cliometrics (Vol. 23, Issue 2, p. 42). https://doi.org/10.1016/S1570-677X(03)00035-2 Goldin, C., & Katz, L. F. (1998). The origins of technology-skill complementarity. Quarterly Journal of Economics, 113(3), 692–732. https://doi.org/10.1162/003355398555720 Grzybowska, K., & Łupicka, A. (2017). Key competencies for Industry 4.0. Economics and Management Innovations (ICEMI), 1(October), 250–253. https://doi.org/10.26480/icemi.01.2017.250.253 Hodgson, G. M. (2016). The Future of Work in the Twenty-First Century. Journal of Economic Issues, 50(1), 197–216. https://doi.org/10.1080/00213624.2016.1148469 Loi, M. (2015). Technological unemployment and human disenhancement. Ethics and Information Technology, 17(3), 201–210. https://doi.org/10.1007/s10676-015-9375-8 MITI. (2018). Trade Performance For June 2018 And The Period Of January- June 2018 June Exports Rose. 2018(7), 1–22. Mokyr, J. (1997). Are we living in the middle of an industrial revolution? Economic Review-Federal Reserve Bank of Kansas City, 82(2), 31. Müller, E., & Hopf, H. (2017). Competence Center for the Digital Transformation in Small and Medium-Sized Enterprises. Procedia Manufacturing, 11(June), 1495–1500. https://doi.org/10.1016/j.promfg.2017.07.281 Peinado, J., Graeml, A. R., & Vianna, F. (2018). Operations management body of knowledge and its relevance to manufacturing and service organizations. Revista de Gestão, 25(4), 373–389. https://doi.org/10.1108/rege-


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 41 03-2018-0049 Plomp, T. (2013). Preparing education for the information society: the need for new knowledge and skills. International Journal of Social Media and Interactive Learning Environments, 1(1), 3. https://doi.org/10.1504/ijsmile.2013.051651 Prifti, L., Knigge, M., Kienegger, H., & Krcmar, H. (2017). A Competency Model for “Industrie 4.0” Employees. 13th International Conference on Wirtschaftsinformatik, 46–60. Qin, J., Liu, Y., & Grosvenor, R. (2016). A Categorical Framework of Manufacturing for Industry 4.0 and beyond. Procedia CIRP, 52, 173–178. https://doi.org/10.1016/j.procir.2016.08.005 Reis, J. (2004). Human capital and industrialization: The case of a latecomer - Portugal, 1890. Technology and Human Capital in Historical Perspective, 22–48. https://doi.org/10.1057/9780230523814 Schwab, K. (World E. F. (2016). The Fourth Industrial Revolution. In World Economic Forum. https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004 Bahrin, M. A. K., Othman, M. F., Azli, N. H. N., & Talib, M. F. (2016). Industry 4.0: A review on industrial automation and robotic. Jurnal Teknologi, 78(6–13), 137–143. https://doi.org/10.11113/jt.v78.9285 Bermudez Milagros Diaz, & Juarez Benito Flores. (2017). Competencies to adopt Industry 4 . 0 for operations management personnel at automotive parts suppliers in Nuevo Leon. Proceedings of the International Conference on Industrial Engineering and Operations Management Bogota, Volombia, 736–747. Campo, R., Ricciardi, F., & Baldassarre, F. (2017). the Advent of Industry 4.0 in Manufacturing Industry: Literature Review and Growth Opportunities. DIEM : Dubrovnik International Economic Meeting, 3(1), 632–643. Goldin, C. (2014). Human capital, schooling and health. In Handbook of Cliometrics (Vol. 23, Issue 2, p. 42). https://doi.org/10.1016/S1570-677X(03)00035-2 Goldin, C., & Katz, L. F. (1998). The origins of technology-skill complementarity. Quarterly Journal of Economics, 113(3), 692–732. https://doi.org/10.1162/003355398555720 Grzybowska, K., & Łupicka, A. (2017). Key competencies for Industry 4.0. Economics and Management Innovations (ICEMI), 1(October), 250–253. https://doi.org/10.26480/icemi.01.2017.250.253 Hodgson, G. M. (2016). The Future of Work in the Twenty-First Century. Journal of Economic Issues, 50(1), 197–216. https://doi.org/10.1080/00213624.2016.1148469 Loi, M. (2015). Technological unemployment and human disenhancement. Ethics and Information Technology, 17(3), 201–210. https://doi.org/10.1007/s10676-015-9375-8 MITI. (2018). Trade Performance For June 2018 And The Period Of January- June 2018 June Exports Rose. 2018(7), 1–22. Mokyr, J. (1997). Are we living in the middle of an industrial revolution? Economic Review-Federal Reserve Bank of Kansas City, 82(2), 31. Müller, E., & Hopf, H. (2017). Competence Center for the Digital Transformation in Small and Medium-Sized Enterprises. Procedia Manufacturing, 11(June), 1495–1500. https://doi.org/10.1016/j.promfg.2017.07.281 Peinado, J., Graeml, A. R., & Vianna, F. (2018). Operations management body of knowledge and its relevance to manufacturing and service organizations. Revista de Gestão, 25(4), 373–389. https://doi.org/10.1108/rege03-2018-0049 Plomp, T. (2013). Preparing education for the information society: the need for new knowledge and skills. International Journal of Social Media and Interactive Learning Environments, 1(1), 3. https://doi.org/10.1504/ijsmile.2013.051651 Prifti, L., Knigge, M., Kienegger, H., & Krcmar, H. (2017). A Competency Model for “Industrie 4.0” Employees. 13th International Conference on Wirtschaftsinformatik, 46–60. Qin, J., Liu, Y., & Grosvenor, R. (2016). A Categorical Framework of Manufacturing for Industry 4.0 and beyond. Procedia CIRP, 52, 173–178. https://doi.org/10.1016/j.procir.2016.08.005 Reis, J. (2004). Human capital and industrialization: The case of a latecomer - Portugal, 1890. Technology and Human Capital in Historical Perspective, 22–48. https://doi.org/10.1057/9780230523814 Schwab, K. (World E. F. (2016). The Fourth Industrial Revolution. In World Economic Forum. https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 42 ASPIRASI KERJAYA PEKERJA ORANG KURANG UPAYA MASALAH PENDENGARAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA Norhafisah Abd Rahman1 , Mohamad Hashim Othman2 , Noradila Mohamed Faudzi1 dan Nor Hamizah Ab Razak1 Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia1 Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia2 Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor aspirasi kerjaya dalam kalangan orang kurang upaya masalah pendengaran yang bekerja di Semenanjung Malaysia. Seramai 421 sampel (lelaki 264, perempuan 157) yang terlibat dalam kajian ini. Pemilihan sampel kajian dilaksanakan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Satu set borang soal selidik yang diedar adalah Skala Aspirasi Kerjaya (SAK). Maklumat data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS Version 23.0 (Statistical Package For Social Science) dan hasil dapatan kajian ini dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang merangkumi taburan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai serta analisis inferensi yang menggunakan ujian t dan ANOVA untuk melihat tahap perbezaan aspirasi kerjaya dalam kalangan pekerja OKU masalah pendengaran berdasarkan gender dan kumpulan umur. Terdapat perbezaan yang signifikan faktor aspirasi kerjaya dalam kalangan pekerja orang kurang upaya masalah pendengaran mengikut gender dengan nilai t=-.19724 dan tahap signifikan p=.059. Manakala analisis ANOVA juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan faktor aspirasi kerjaya dalam kalangan pekerja orang kurang upaya masalah pendengaran mengikut kumpulan umur dengan memperoleh nilai df=3,417,F=3.41, p<.001. Kata Kunci: Aspirasi Kerjaya, Pekerja, Orang Kurang Upaya Masalah Pendengaran, Gender, Kumpulan Umur Pengenalan Kerjaya merupakan satu keperluan penting bagi mencapai kesejahteraan diri dan mencorakkan kehidupan seseorang (Sidek, 2006). Individu yang mempunyai kerjaya mampu mengubah nasib dan taraf hidup untuk menikmati kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. Kecemerlangan dalam bidang kerjaya juga dapat memberi keselesaan dan kepuasan kepada individu apabila menjelang hari tua. Aspirasi kerjaya adalah salah satu faktor dalam pembangunan kerjaya. Schoon dan Parsons (2002) menekankan bahawa aspirasi pekerjaan memberi pengaruh yang besar dalam perkembangan kerjaya kerana setiap individu mempunyai motivasi, cita-cita dan keinginan untuk melakukan yang terbaik dalam pekerjaan mereka demi kegemilangan pada masa hadapan (Powell & Butterfield, 2003). Aspirasi kerjaya bukan sahaja wujud kepada golongan normal, malah golongan orang kurang upaya juga mempunyai minat, hasrat, aspirasi dan impian setanding dengan insan normal yang lain sekiranya mereka diberi ruang, peluang dan hak yang sama. Aspirasi kerjaya sangat penting dalam diri seorang pekerja kerana boleh mempengaruhi nilai, norma, kepercayaan diri dan memberikan kejayaan dalam sesebuah kerjaya (Baruch, 2004) serta membentuk nilai-nilai asas seperti etika, sikap, motivasi, identiti, ciri-ciri yang mendorong seseorang untuk memilih atau kekal dalam kerjaya, pekerjaan dan gaya hidup (Maimunah Ismail, Efizah Sofiah Ramly & Roziah Mohd Rasdi, 2008).


TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 43 Kajian Literatur Aspirasi Kerjaya Aspirasi kerjaya merupakan satu aspek penting dalam kehidupan seseorang yang boleh mempengaruhi kemajuan dan pencapaian hidup serta kerjaya seseorang individu dan menjadi daya penarik kepada seseorang untuk menceburi sesuatu pekerjaan (Gottfredson 1981). Aspirasi kerjaya individu merujuk kepada keinginan seseorang individu mempunyai pekerjaan pada masa hadapan (Powell & Butterfield, 2003) dan mempengaruhi pencapaian dan kegigihan seseorang dalam kerjaya (Farmer, 1985). Aspirasi kerjaya mewakili impian bahawa individu perlu memiliki kerjaya yang sesuai untuk diri sendiri (Farmer & Chung, 1995). Dalam erti kata yang lain, aspirasi kerjaya memberikan maklumat berkaitan minat dan harapan yang membelenggu realiti kehidupan (Hellenga, Aber & Rhodes, 2002; Rojewski, 1996). Selain itu, aspirasi kerjaya dipengaruhi oleh faktor- faktor seperti jantina, status sosioekonomi, bangsa, pekerjaan ibu bapa dan tahap pendidikan, dan harapan serta jangkaan ibu bapa terhadap anak- anak (Khallad, 2000; Watson, Quatman & Edler, 2002). Orang Kurang Upaya Masalah Pendengaran Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (2022) terdapat tujuh kategori orang kurang upaya yang diiktiraf dan dipertimbangkan sebagai layak untuk didaftarkan sebagai orang kurang upaya, iaitu: i) kurang upaya pendengaran; ii) kurang upaya penglihatan; iii) kurang upaya pertuturan; iv) kurang upaya fizikal; v) masalah pembelajaran; vi) kurang upaya mental dan vii) kurang upaya pelbagai (multiple disabilities). Namun begitu, kajian ini memfokuskan terhadap golongan kurang upaya pendengaran. Golongan ini terdiri dalam kalangan orang yang tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran (Dash, 2000). Terdapat empat tahap yang boleh dikategorikan sebagai orang kurang upaya masalah pendengaran (Dash, 2000; Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2022), iaitu: i) minimum, ii) sederhana, iii) teruk dan iv) sangat teruk. Menurut World Health Organization (2022) seseorang individu dewasa yang menghadapi daya pendengaran melebihi 40 dB (desibel) serta kanak-kanak melebihi 30 dB dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran kerana daya pendengaran individu normal adalah 0 sehingga 25 dB. Golongan kurang upaya masalah pendengaran seringkali menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan disebabkan oleh tidak mempunyai kemahiran diri, gagal untuk berkomunikasi dengan baik dan tidak mempunyai kelayakan yang diperlukan oleh majikan sesebuah organisasi (Zainuddin Ibrahim, 2017). Persoalan Kajian 1. Apakah profil demografi pekerja orang kurang upayaa masalah pendengaran dari segi aspirasi kerjaya mengikut gender? 2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan faktor aspirasi kerjaya dalam kalangan pekerja orang kurang upaya masalah pendengaran mengikut gender? 3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan faktor aspirasi kerjaya dalam kalangan pekerja orang kurang upaya masalah pendengaran mengikut kumpulan umur?


Click to View FlipBook Version