TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 44 Hipotesis Ha1= Terdapat perbezaan yang signifikan faktor aspirasi kerjaya dalam kalangan pekerja orang kurang upaya masalah pendengaran mengikut gender Ha2= Terdapat perbezaan yang signifikan faktor aspirasi kerjaya dalam kalangan pekerja orang kurang upaya masalah pendengaran mengikut kumpulan umur Metod Kajian Reka bentuk kajian yang digunakan untuk kajian ini ialah reka bentuk tinjauan (survey) dan menggunakan pendekatan kuantitatif. Pemilihan sampel kajian dilaksanakan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Pemilihan sampel kajian dibuat pada hari dapatan kajian dijalankan iaitu sampel yang memenuhi kriteria untuk menjawab soal selidik akan dipilih sebagai sampel kajian. Bilangan sampel yang memenuhi kriteria adalah seramai 421 orang (264 lelaki, 157 perempuan). Kesemua sampel yang terpilih ini telah menyatakan persetujuan secara sukarela untuk melibatkan diri sebagai sampel dalam kajian yang dilaksanakan. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengutip data dalam kajian ini adalah Skala Aspirasi Kerjaya (SAK). Instrumen ini mengandungi 10 item yang terbahagi pada dua subskala. Sub-skala yang pertama ialah kepimpinan dan pencapaian aspirasi yang menilai niat seseorang untuk mendapatkan promosi, mengurus dan melatih orang lain, dan menjadi pemimpin dalam bidang yang diceburi. Sementara sub-skala yang kedua ialah aspirasi pendidikan yang menilai rancangan seseorang untuk meneruskan pendidikan dan melanjutkan latihan siswazah. Skala Likert digunakan bagi sampel memberikan respons bagi setiap item SAK. Skala 0 membawa maksud langsung tidak benar dan skala 4 membawa maksud sangat benar. Pengiraan skor bagi sub-skala dilakukan dengan menjumlah setiap item bagi setiap subskala. Skor yang lebih tinggi menunjukkan skor bagi sub-skala. Namun dalam kajian ini, fokus utama ialah memperoleh skor keseluruhan bagi aspirasi kerjaya. Justeru kesemua item dalam sub-skala akan dijumlahkan. Skor yang tertinggi akan menunjukkan tahap aspirasi kerjaya yang tinggi (Gray & O'Brien, 2007). Dapatan dan Perbincangan Kajian Profil Demografi Pekerja orang kurang upaya masalah pendengaran Ciri-ciri demografi pekerja orang kurang upaya masalah pendengaran yang dibincangkan adalah gender, umur dan bilangan sampel mengikut negeri. Jadual 1 Profil demografi pekerja orang kurang upaya masalah pendengaran Ciri-ciri Demografi Frekuensi (n) Peratus (%) Gender Lelaki Perempuan 264 157 62.7 37.3
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 45 Ciri-ciri Demografi Frekuensi (n) Peratus (%) Umur 20-30 tahun 31-40 tahun 41-50 tahun 51 tahun dan ke atas 80 164 108 69 19.0 39.0 25.7 16.4 Negeri Negeri Sembilan 40 9.5 Melaka 26 6.2 Johor 34 8.1 Perak 29 6.9 Selangor 37 8.8 Kuala Lumpur 21 5.0 Terengganu 35 8.3 Kedah 49 11.6 Pahang 30 7.1 Pulau Pinang 19 4.5 Kelantan 101 24.0 Jumlah Keseluruhan 421 100.0 Berdasarkan Jadual 1, jumlah keseluruhan sampel yang menyertai kajian ini adalah sebanyak 421 orang merangkumi sebelas (n=11) buah negeri di Semenanjung Malaysia. 62.7% (n=264) adalah lelaki dan 37.3% (n=157) adalah perempuan. Kumpulan umur sampel yang berumur antara 31 hingga 40 tahun adalah paling tinggi iaitu sebanyak 39% (n=164), diikuti dengan kumpulan umur 41 hingga 50 tahun sebanyak 25.7% (n=108), diikuti kumpulan umur 20 hingga 30 tahun sebanyak 19% (n=80) dan diakhiri oleh kumpulan sampel berumur 51 tahun ke atas sebanyak 16.4% (n=69). Bagi kategori negeri pula, Kelantan merupakan bilangan sampel paling ramai iaitu sebanyak 24% (n=101), diikuti Kedah 11.6% (n=49), Negeri
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 46 Sembilan 9.5% (n=40), Selangor 8.8% (n=37), Terengganu 8.3% (n=35), Johor 8.1% (n=34), Pahang 7.1% (n=30), Perak 6.9% (n=29), Melaka 6.2% (n=26), Kuala Lumpur 5.0% (n=21) dan diakhiri oleh Pulau Pinang 4.5% (n=19) merupakan bilangan sampel paling sedikit. Hasil analisis ujian-t aspirasi kerjaya mengikut gender pekerja OKU masalah pendengaran Jadual 2 Tahap aspirasi kerjaya dalam kalangan pekerja OKU masalah pendengaran mengikut gender Gender Bilangan Min Sisihan piawai Nilai-t Tahap Signifikan Aspirasi Kerjaya Lelaki 264 33.26 7.48 -.19724 .059 Perempuan 157 33.45 6.50 Berdasarkan Jadual 2, didapati nilai-t bagi perbandingan tahap aspirasi kerjaya pekerja lelaki dan perempuan ialah t=-.19724 dan tahap signifikan p=.059. Tahap signifikan adalah lebih kecil daripada 0.05. Maka, Ha1: Terdapat perbezaan yang signifikan faktor aspirasi kerjaya dalam kalangan pekerja OKU masalah pendengaran mengikut gender adalah diterima. Menurut Gottfredson (1981) aspirasi adalah satu faktor penting yang menentukan sesuatu pencapaian dalam hidup seseorang. Kajian lepas menunjukkan golongan perempuan mempunyai aspirasi kerjaya yang lebih tinggi berbanding lelaki (Blackhurst & Auger, 2008; Nadeem & Khalid, 2018). Sebagai contoh, golongan perempuan lebih cenderung mencapai status tertinggi pekerjaan yang dikuasai oleh lelaki (Adragna, 2009; Feliciano & Rumbaut, 2005). Hasil analisis varians (ANOVA) aspirasi kerjaya pekerja OKU masalah pendengaran mengikut kumpulan umur Jadual 3 Skor aspirasi kerjaya bagi empat kumpulan umur Kumpulan umur Bilangan(N) Min Sisihan piawai 20-30 tahun 80 34.68 6.07 31-40 tahun 164 33.48 7.41 41-50 tahun 108 31.61 7.31 51 tahun dan ke atas 69 34.10 6.87
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 47 Jadual 4 Ujian ANOVA skor aspirasi kerjaya empat kumpulan umur Skor aspirasi kerjaya pekerja OKU masalah pendengaran Jumlah Kuasa Dua Darjah Kebebasan Min Kuasa Dua Nilai F Signifikan Antara Kumpulan 511.657 3 170.552 3.416 .017 Dalam Kumpulan 20822.120 417 49.933 Total 21333.777 420 Jadual 3 menunjukkan hasil analisis min dan sisihan piawai bagi pemboleh ubah aspirasi kerjaya dengan Kumpulan umur 20-30 tahun adalah M= 34.68 (sp= 6.07), Kumpulan umur 31-40 tahun adalah M= 33.48 (sp= 7.41), Kumpulan umur 41-50 tahun adalah M= 31.61 (sp=7.31) dan Kumpulan umur 51 tahun dan ke atas, M= 34.10 (sp= 6.87). Analisis ANOVA memperoleh nilai df=3,417,F=3.41, p<.001., adalah signifikan. Justeru, Ha2: Terdapat perbezaan yang signifikan faktor aspirasi kerjaya dalam kalangan pekerja OKU masalah pendengaran mengikut kumpulan umur adalah diterima. Analisis ANOVA (Jadual 4) menunjukkan nilai signifikan adalah 0.017 adalah lebih kecil daripada 0.05. Keputusan ujian ini menunjukkan hipotesis alternatif terdapat perbezaan yang signifikan aspirasi kerjaya mengikut kumpulan umur dalam kalangan OKU masalah pendengaran diterima. Maka, ujian Post Hoc perlu dilakukan seperti dalam Jadual 5 di bawah. Jadual 5 Ujian Post Hoc aspirasi kerjaya mengikut Umur OKU masalah pendengaran (I) 2. Umur (j) 2. Umur Mean Difference (I-J) Std. Error Sig. 95% Confidence Interval Lower Bound Upper Bound 20-30 tahun 31-40 tahun 1.19970 .96366 .671 -1.5052 3.9046 41-50 tahun 3.07639* 1.04236 .035 .1506 6.0022 51 tahun dan ke atas .58605 1.16096 .968 -2.6727 3.8448 31-40 tahun 20-30 tahun -1.19970 .96366 .671 -3.9046 1.5052 41-50 tahun 1.87669 .87568 .206 -.5813 4.3347 51 tahun dan ke atas -.61364 1.01397 .947 -3.4598 2.2325 41-50 tahun 20-30 tahun -3.07639* 1.04236 .035 -6.0022 -.1506 31-40 tahun -1.87669 .87568 .206 -4.3347 .5813 51 tahun dan ke atas -2.49034 1.08904 .158 -5.5472 .5665 51 tahun dan ke atas 20-30 tahun -.58605 1.16096 .968 -3.8448 2.6727 31-40 tahun .61364 1.01397 .947 -2.2325 3.4598
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 48 41-50 tahun 2.49034 1.08904 .158 -.5665 5.5472 *. The mean difference is significant at the 0.05 level. Ujian Scheffe digunakan kerana N bagi tiga atau lebih kumpulan adalah berbeza. Berdasarkan Jadual 5, terdapat perbezaan yang signifikan dari segi aspirasi di antara empat kumpulan umur. Analisis ujian Scheffe menunjukkan kumpulan umur 20 hingga 30 tahun adalah paling signifikan dengan aspirasi kerjaya berbanding dengan kumpulan umur yang lain. Jadual 6 Ujian Scheffe aspirasi kerjaya dan kumpulan umur orang kurang upaya masalah pendengaran Scheffea,b 2. Umur N Subset for alpha = 0.05 1 2 41-50 tahun 108 31.61 31-40 tahun 164 33.48 33.48 51 tahun dan ke atas 69 34.10 34.10 20-30 tahun 80 34.68 Sig. .12 .71 Jadual 6 menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara aspirasi dengan kumpulan umur sehingga menyebabkan hipotesis Ha2: Terdapat perbezaan yang signifikan faktor aspirasi dalam kalangan pekerja OKU masalah pendengaran mengikut kumpulan umur gagal ditolak. Hasil dari kajian ini menunjukkan kumpulan umur 20- 30 tahun mempunyai tahap aspirasi yang paling tinggi (F=34.68), manakala umur 41-50 tahun mempunyai tahap aspirasi yang paling rendah (F=31.61). Menerusi Teori Perkembangan Kerjaya Super, terdapat lima peringkat perkembangan kerjaya iaitu pertumbuhan (lahir–14 tahun), penerokaan (15–24 tahun), peneguhan (25–44 tahun), pengekalan (45–64 tahun) dan penurunan (65 tahun dan ke atas). Justeru, didapati umur antara 20 hingga 30 tahun berada dalam peringkat penerokaan (14-24 tahun) dan pengekalan (25-44 tahun). Kedua-dua peringkat ini merupakan detik yang penting dalam membina kerjaya mereka. Peringkat pertama ialah mengenalpasti bidang kerjaya yang ingin diceburi mengikut kesesuaian dan keupayaan diri. Setelah mendapat posisi yang sesuai, mereka berusaha untuk mendapatkan posisi awal dan mengejar peluang untuk memajukan diri. Pada peringkat ini, orang kurang upaya masalah pendengaran bekerja keras untuk mencapai aspirasi kerjaya yang membolehkan mereka mempamerkan kecekapan dan keupayaan diri dalam melaksanakan kerja yang dipertanggungjawabkan. Selain dari itu, pada peringkat umur 20 hingga 30 tahun merupakan peringkat dimana orang kurang upaya masalah pendengaran masih mempunyai kekuatan dan keinginan untuk memajukan diri dalam kerjaya yang diceburi. Kejayaan dalam memajukan diri dalam bidang kerjaya secara tidak langsung dapat menambahkan upah dan secara tidak langsung dapat memperbaiki prestasi kerjaya dan status sosio-ekonomi mereka (Staff, Harris, Sabates, & Briddell, 2010). Namun begitu, bagi golongan berumur 41-50 tahun, mereka berasa pada peringkat pengekalan dalam perkembangan kerjaya. Peringkat ini biasanya pekerja berada dalam fasa memperbaiki kedudukan diri dalam kerjaya dan persaingan dengan golongan yang lebih muda wujud pada peringkat ini. Di sebabkan wujud persaingan ini, ada yang tiada
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 49 pergerakan kemajuan diri dalam perkembangan kerjaya yang dimiliki sehingga menyebabkan aspirasi kerjaya menurun. Kesimpulan Sebagai kesimpulan, hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan faktor aspirasi kerjaya dalam kalangan pekerja orang kurang upaya masalah pendengaran mengikut gender dan kumpulan umur. Aspirasi kerjaya merupakan peranan yang penting dalam pembangunan kerjaya. Oleh yang demikian, kaunselor memainkan peranan yang penting bermula dari sekolah lagi untuk membentuk aspirasi dalam diri pelajar. Bimbingan kerjaya kepada para pelajar dapat menanam minat serta memberi kesedaran tentang kepentingan kerjaya pada masa akan datang. Selain itu, pihak majikan juga berperanan untuk memupuk semangat cintakan kerjaya kepada para pekerja terutamanya kepada golongan yang telah lama berkhidmat. Anugerah dan penghargaan kepada kumpulan ini turut membantu mereka untuk lebih setia dan kekal kepada organisasi pekerjaan. Penghargaan daripada pihak organisasi akan membantu pekerja yang telah lama berkhidmat untuk bersaing secara sihat dengan pekerja baru yang masih muda. Manakala pekerja yang baru pula akan bermotivasi untuk bekerja kerana melihat kebaikan organisasi tersebut. Situasi ini pasti akan meningkatkan aspirasi kerjaya dalam diri seseorang pekerja tanpa mengira gender mahupun tempoh perkhidmatan mereka. Penghargaan Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam kajian ini terutamanya Persatuan Orang Pekak Negeri yang membantu untuk menjayakan kajian ini Rujukan Adragna, D. (2009). Influences on career choice during adolescence. Psi Chi Journal of Undergraduate Research, 14(1), 3–7. Baruch, Y. (2004). Managing careers: Theory and practice. Harlow, UK: Pearson Education. Blackhurst, A. E., & Auger, R. W. (2008). Precursors to the gender gap in college enrollment: Children’s aspirations and expectations for their futures. Professional School Counseling, 11(3), 149–158. Dash, M. (2000). Education of exceptional children. New Delhi: Atlantic Publishers and distributors. Farmer, H. S. (1985). Model of career and achievement motivation for women and men. Journal of Counseling Psychology, 32, 363-390. doi:10.1037/0022-0167.32.3.363 Feliciano, C., & Rumbaut, R. G. (2005). Gendered paths: Educational and occupational expectations and outcomes among adult children of immigrants. Ethnic and Racial Studies, 28(6), 1087–1118. Gottfredson, L. S. (1981). Circumscription and compromise: A developmental theory of occupational aspirations. Journal of Counseling Psychology, 28(6), 545. Gray, M. P. & O'Brien, K. M. (2007). Advancing the Assessment of Women's Career Choices: The Career Aspiration Scale. Journal of Career Assessment, 15(3), 317–337. doi:10.1177/1069072707301211 Hellenga, K., Aber, M. S., & Rhodes, J. E. (2002). African American adolescent mothers’ vocational aspirationexpectation gap: Individual, social, and environmental influences. Psychology of Women Quarterly, 26(3), 200-212. doi:10.1111/1471-6402.00059 Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2022, Jun 28). Kategori OKU. Diperoleh dari https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/contentmenu&id=WjdtTnluUS9QY0ZpMTRnVXNI Z1lSZz09 Khallad, J. (2000). Education and career aspirations of Palestinian and U.S. youth. Journal of Social Psychology, 140, 789-792. doi:10.1080/00224540009600517 Maimunah Ismail, Efizah Sofiah Ramly & Roziah Mohd Rasdi. (2008). Career aspirations of R&D professionals in Malaysian organizations. Journal of Human Resource and Adult Learning, 4(1), 210-217.\ Nadeem, F., & Khalid, R. (2018). The relationship of gender role attitudes with career aspirations and career choices among young adults. Pakistan Journal of Psychological Research, 33(2), 455–471. Powell, G. N., & Butterfield, D. A. (2003). Gender, gender identity, and aspirations to top management. Women in Management Review, 18(1/2), 88-96. doi: 10.1108/09649420310462361
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 50 Rojewski, J. W. (1996). Occupational aspirations and early career-choice patterns of adolescents with and without learning disabilities. Learning Disability Quarterly, 19, 99-116. Schoon, I., & Parsons, S. (2002). Teenage aspirations for future careers and occupational outcomes. Journal of Vocational Behavior, 60(2), 262-88. doi:10.1006/jvbe.2001.1867 Sidek Mohd Noah. (2006). Perkembangan kerjaya: Teori dan praktis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Staff, J., Harris, A., Sabates, R., & Briddell, L. (2010). Uncertainty in Early Occupational Aspirations: Role Exploration or Aimlessness? Social Forces, 89(2), 659–683. doi:10.1353/sof.2010.0088 Watson, C. M., Quatman, T., & Edler, E. (2002). Career aspirations of adolescent girls: Effects of achievement level, grade, and single-sex school environment. Sex Roles. A Journal of Research, 46(9-10), 323-335. doi:10.1023/A:1020228613796 World Health Organization (2022, Julai 4). Deafness and hearing loss. Diperoleh dari https://www.who.int/newsroom/fact-sheets/detail/deafness-and-hearing-loss Zainuddin Ibrahim. (2017). Pembangunan modul pembelajaran seni reka grafik berasaskan teknologi dan gaya pembelajaran pelajar bermasalah pendengaran (Doctoral thesis). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 51 MASALAH BANTUT DALAM KALANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH DI MALAYSIA Anis Salwani Mahmood, Azizah Zain dan Nor Mashitah Mohd Radzi Abstrak Perkembangan dan tumbesaran adalah menjadi keutamaan dalam proses pembesaran khususnya kanak-kanak. Usia optimum berlakunya perkembangan terutamanya kognitif dan literasi adalah sewaktu kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun. Secara tidak langsung, proses perkembangan ini memerlukan perhatian yang khusus termasuk amalan pemakanan kanak-kanak bagi memastikan keperluan zat mencukupi untuk membantu perkembangan otak mereka. Pelbagai kesan boleh diakibatkan oleh pemakanan yang tidak seimbang di awal usia. Salah satu isu yang membimbangkan dan memberi impak yang besar terhadap perkembangan kanak-kanak adalah bantut. Masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak dilihat sebagai satu isu yang semakin serius. Kebimbangan masalah bantut memberi pelbagai kesan buruk terhadap kanak-kanak sehingga mereka meningkat dewasa. Pelbagai kajian dan usaha dilaksanakan dalam membantu menangani masalah ini. Oleh itu, kertas kerja ini menghuraikan secara konsep secara menyeluruh tentang masalah bantut, kesan serta faktor berkaitan dalam mengurangkan kebimbangan peningkatan masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak prasekolah di Malaysia. Kata Kunci: Masalah Bantut, Kanak-Kanak Prasekolah, Malaysia Pengenalan Kekurangan zat makanan kekal sebagai kebimbangan kesihatan awam utama di kebanyakan negara dunia dan punca asas kepada hampir separuh daripada kematian kanak-kanak. Kesan jangka panjang kekurangan zat makanan kanak-kanak adalah pelbagai termasuk pencapaian pendidikan yang lebih rendah, produktiviti ekonomi yang lebih rendah dan peningkatan risiko penyakit tidak berjangkit termasuk bantut (stunting). Kanak-kanak ditakrifkan sebagai terbantut jika ketinggian mengikut umur mereka melebihi dua sisihan piawai di bawah median Piawaian Pertumbuhan Kanak-kanak WHO (WHO, 2006; WHO et al., 2019). Masalah bantut merupakan salah satu daripada pelbagai bentuk kekurangan zat makanan dan ditakrifkan sebagai ketinggian mengikut umur z-skor (HAZ) kurang daripada -2 standard sisihan (SD) di bawah median a standard rujukan (WHO, 2006; WHO et al., 2019). Ia adalah penunjuk kekurangan zat makanan oleh kadar nutrisi kumulatif yang rendah dan keadaan kesihatan disebabkan oleh makanan ibu yang tidakmencukupi (Siti Fatihah et al., 2018). Isu ini semakin mendapat perhatian kerana ia menyumbang kepada pelbagai masalah serta kesan jangka panjang dan menjejaskan kehidupan seorang kanak-kanak sehingga dewasa jika ia tidak dibendung dari awal. Secara keseluruhannya, 149 juta kanak-kanak di bawah 5 tahun mengalami masalah bantut (Global Nutrition Report, 2020; Laureati, 2022). Pada 2020, diadapati jumlah keseluruhan kanak-kanak mengalami masalah bantut adalah seramai 149.2 juta (Petermann-rocha et al., 2022).
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 52 Masalah Kanak-Kanak Bantut di Malaysia Masalah bantut kanak-kanak baru-baru ini mendapat perhatian umum di Malaysia, tetapi masih terdapat kekurangan pemahaman umum mengenai isu ini (Kok, 2020). Beberapa laporan dan kajian telah membuktikan bahawa kadar peratusan masalah bantut kanak-kanak di Malaysia adalah tinggi. NHMS 2015 turut mencatatkan bahawa kelaziman kanak-kanak terbantut di Malaysia pada tahun 2015 13.4% (Bahtiar et al., 2021). Kajian lain yang dilaksanakan pada 2016 mendapati bahawa kelaziman kebangsaan kanak-kanak terbantut di Malaysia meningkat dengan pantas kepada 20.7% (Bahtiar et al., 2021). Dalam laporan oleh NHMS (Morbidity and National Health ) dicatatkan bahawa bantut (20.7%) berlaku sejak 2016 dalam kalangan kanakkanak Malaysia di bawah 5 tahun (Baharudin et al., 2019). NHMS yang dijalankan oleh Malaysian Pediatric Association (MPA) pula melaporkan bahawa kadar kanak-kanak terbantut meningkat daripada 17% pada 2006 kepada 20.7% pada tahun 2016 iaitu kira-kira 2 daripada 10 kanak-kanak di Malaysia (Baharudin et al., 2019). Pada tahun 2018, peratusan kanak-kanak Malaysia turut mengalami masalah bantut dicatatkan sebanyak 17.7% berbanding negaranegara Asia lain oleh UNICEF seperti dalam Rajah 1 (UNICEF Malaysia, 2018). Rajah 1: Kedudukan dan peratusan kanak-kanak Malaysia yang mengalami masalah bantut berbanding negara-negara Asia (UNICEF Malaysia, 2018) Peratus prevalensi masalah bantut kanak-kanak di Malaysia berbanding negara-negara berpendapatan sederhana (Kok, 2020) ditunjukkan dalam Rajah 2 di bawah. Menurut Kok (2020), prevalensi terbantut kanak-kanak di Malaysia jauh lebih teruk daripada Gaza (7.4%) dan setanding dengan kadar terbantut di Iraq (22.6%) pada penghujung pencerobohan Amerika pada tahun 2011 (Kok, 2020).
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 53 Rajah 2: Peratus prevalensi masalah bantut kanak-kanak di Malaysia berbanding negara-negara berpendapatan sederhana (Kok, 2020). Di antara negeri-negeri di Malaysia pula, dapat dilihat bahawa Kelantan (34%) menduduki tangga teratas dan paling rendah pula adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (11%) (UNICEF Malaysia, 2018). Rajah 3 menunjukkan peratusan prevalensi kanak-kanak terbantut di Malaysia mengikut negeri berdasarkan NHMS 2016 (Kok, 2020). Rajah 3 : Peratus prevalensi kanak-kanak terbantut di Malaysia mengikut negeri berdasarkan NHMS 2016 (Kok, 2020). Isu ini perlu dibendung pada awal usia melalui platform yang paling mudah untuk dicapai iaitu pendidikan. Kanak-kanak yang mengalami masalah bantut akan memulakan alam pendidikan mereka di prasekolah. Kanak-kanak wajar diberi pendedahan awal berkenaan bantut agar mereka mempunyai kesedaran tentang kesan terhadap potensi diri mereka.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 54 Faktor dan Kesan Bantut Terhadap Kanak-Kanak Prasekolah Peningkatan masalah bantut di Malaysia membimbangkan kerana ia akan memberi kesan negatif terhadap kesihatan serta mengganggu proses tumbesaran kanak-kanak. Di samping itu, ia turut memberi kesan terhadap perkembangan kognitif yang mengakibatkan kanak-kanak bermasalah dalam pembelajaran. Antara faktor yang menyumbang terhadap masalah ini adalah pemakanan keluarga serta celik pengetahuan tentang amalan pemakanan dan kesihatan (Bahtiar et al., 2021). Satu kajian telah membuktikan bahawa amalan pemakanan keluarga dan pengetahuan tentang pemakanan mempunyai hubungan dalam menyumbang kepada isu kekurangan zat makanan serta masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak (Bahtiar et al., 2021). Menangani celik kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah satu langkah yang penting dan mutlak diperlukan untuk memerangi bantut (Kok, 2020). Kesemua ini boleh dimulakan seawal usia iaitu di peringkat prasekolah. Faktor lain yang diperolehi daripada kajian-kajian lepas adalah termasuk kemiskinan dan sosioekonomi keluarga. Namun, kebantutan kanak-kanak bukan hanya terhad kepada mereka yang miskin kerana statistik menunjukkan semakin ramai keluarga berpendapatan sederhana juga turut terjejas disebabkan amalan pemakanan yang tidak seimbang. Apa yang merisaukan tentang bantut adalah kesannya terhadap perkembangan kanak-kanak terutamanya dari segi kognitif, literasi dan tumbesaran. Hal ini akan menjadi semakin serius apabila kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan. Sesetengah kajian turut membuktikan kanak-kanak mengalami perubahan yang paling dinamik dan optimum semasa umur 5-6 tahun atau ketika mereka berada di prasekolah (Brown, 2010; Welsh et al.; 2012). Amalan pemakanan yang betul dan pengambilan nutrien yang mencukupi adalah penting untuk meningkatkan fungsi otak dan meningkatkan pembelajaran (Ekholuenetale et al., 2020). Kanak-kanak terbantut juga didapati gagal mencapai potensi fizikal dan kognitif mereka. Kegagalan pertumbuhan linear pada peringkat awal kanak-kanak (terbantut) berfungsi sebagai penanda pelbagai gangguan patologi yang berkaitan dengan peningkatan morbiditi dan kematian, potensi pertumbuhan fizikal berkurang, penurunan fungsi saraf dan kognitif, kemerosotan kapasiti ekonomi dan peningkatan risiko penyakit metabolik dan kronik apabila meningkat dewasa (Kinyoki et al., 2020; Rafkhani et al., 2022). Kesemua aspek ini amat memainkan peranan dalam membantu kanak-kanak agar membesar dengan sempurna disamping mempunyai emosi yang stabil. Antara kesan lain masalah bantut terhadap kanak-kanak adalah peningkatan risiko kematian, peningkatan risiko penyakit, kelewatan perkembangan, pengurangan keupayaan untuk belajar dan penurunan pencapaian sekolah, dan pengurangan produktiviti sepanjang hayat. Bukti yang dijana melalui meta-analisis dalam negara berpendapatan rendah dan sederhana (LMIC) membuktikan terbantut boleh menyebabkan perkembangan kanak-kanak menjadi lemah, termasuk kemahiran motor atau fizikal, sosioemosi dan keupayaan untuk menguasai pembelajaran (Perkins et al., 2017). Selain itu, kanak-kanak yang mengalami masalah ini biasanya mempunyai daya ketahanan terhadap jangkitan yang sangat lemah, cenderung untuk mati akibat penyakit kanak-kanak biasa seperti penyakit cirit-birit, jangkitan pernafasan, gangguan pemakanan dan pertumbuhan (Ergin et al., 2007; Tan et al., 2020). Kajian Masalah Bantut Kanak-Kanak Prasekolah Di Malaysia Di Malaysia, kajian tentang masalah bantut khusus untuk kanak-kanak prasekolah masih belum diperhebat. Walaubagaimanapun, terdapat kajian-kajian lain yang berkaitan dengan isu ini dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah dan orang asli. Siti Fatihah et. Al., (2018) menjalankan kajian terhadap factor-faktor penyebab masalah bantut dalam kalangan kanakkanak prasekolah orang asli di Negeri Sembilan menunjukkan peratusan prevalensi masalah bantut adalah tinggi (Siti Fatihah et al., 2018). Kesimpulan dari kajian beliau adalah masalah
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 55 bantut masih menjadi kebimbangan kebimbangan kesihatan awam di kalangan kanak-kanak prasekolah orang asli dan mendapati pemakanan dan faktor persekitaran adalah aspek penting yang berkaitan dengan terbantut pada kanak-kanak prasekolah orang asli (Siti Fatihah et al., 2018). Satu lagi kajian yang berkaitan dengan masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak prasekolah telah dijalankan di Segamat, Johor (Partap et al., 2022). Kajian Pratap et al., (2022) adalah berkaitan Pencirian dan perkaitan masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak dan remaja Malaysia berumur 6–19 tahun. Kajian beliau bertujuan untukmenilai kelaziman terbantut dan meneliti taburan sosiodemografi risiko terbantut dalam kalangan kanak-kanak dan remaja dalam populasi Malaysia. Kajian berkaitan masalah bantut turut dijalankan tetapi melibatkan kanak-kanak sekolah rendah. Ia dijalankan di Sungai Berua, Terengganu terhadap kanak-kanak orang asli yang berusia 7 hingga 12 tahun turut menunjukkan bahawa kes terbantut (25.2%) dan terbantut kronik (40.8%) (Yee et al., 2021). Kesimpulan Perhatian khusus perlu diberikan kepada bagaimana cara untuk membantu mengurangkan masalah kanak-kanak terbantut khususnya di awal usia mereka iaitu bermula di prasekolah. Kanak-kanak terbantut akan mengalami impak yang besar terhadap proses perkembangan dan tumbesaran mereka. Amalan pemakanan yang sihat perlu dipupuk sejak awal usia sebagai usaha mengelak kanak-kanak daripada mengalami bantut sehingga dewasa. Kesedaran tentang masalah bantut perlu didedahkan kepada kanak-kanak agar mereka mempunyai pengetahuan tentang isu ini. Kajian-kajian juga perlu diperluaskan lagi bagi membantu membendung isu yang kian meruncing ini. Masalah bantut bukan sahaja mengganggu proses perkembangan kognitif dan literasi kanak-kanak malah menyebabkan pelbagai penyakit dan menjejaskan keadaan fizikal dan emosi kanak-kanak. Penghargaan Jutaan terima kasih kepada Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Ssultan Idris serta penyelia-penyelia atas sumbangan idea dalam penyelidikan ini Rujukan Baharudin, A., Man, C. S., Ahmad, M. H., Wong, N. I., Rusydi, M., Radzi, M., Ahmad, N. A., & Aris, T. (2019). iMedPub Journals Associated Factors to Prevalence of Childhood under Nutrition in Malaysia : Findings from the National Health and Morbidity Survey ( NHMS 2016 ) Data source. 1–9. https://doi.org/10.21767/1791-809X.1000627 Bahtiar, B. A., Ali, A., Yusof, H. M., & Kamarudin, K. S. (2021). Child Development and Nutritional Status of Children Under Five : A Cross-Sectional Study of a Fishermen Community in Terengganu , Malaysia. 16(28), 91–100. Ergin, F., Okyay, P., Atasoylu, G., & Beşer, E. (2007). Nutritional status and risk factors of chronic malnutrition in children under five years of age in Aydın , a western city of Turkey. 283–289. Global Nutrition Report. (2020). 2020 Global Nutrition Report: Action on equity to end malnutrition. Bristol, UK: Development Initiatives. Kinyoki, D. K., Osgood-Zimmerman, A. E., Pickering, B. V., Schaeffer, L. E., Marczak, L. B., Lazzar-Atwood, A., Collison, M. L., Henry, N. J., Abebe, Z., Adamu, A. A., Adekanmbi, V., Ahmadi, K., Ajumobi, O., AlEyadhy, A., Al-Raddadi, R. M., Alahdab, F., Alijanzadeh, M., Alipour, V., Altirkawi, K., … Hay, S. I. (2020). Mapping child growth failure across low- and middle-income countries. Nature, 577(7789), 231– 234. https://doi.org/10.1038/s41586-019-1878-8 Kok, D. (2020). Stunting In Malaysia:Costs,Causes & Courses For Action. JCI-JSC Working Paper, May 2019. Laureati, M. (2022). Determinants of Preference and Consumption of Healthy Food in Children. Foods 2022, 11(203). https://doi.org/https://doi.org/10.3390/foods11020203 Partap, U., Young, E. H., Allotey, P., Sandhu, M. S., & Reidpath, D. D. (2022). Characterisation and correlates of stunting among Malaysian children and adolescents aged 6 – 19 years. Global Health, Epidemiology and Genomics, 4(e2, 1–11). https://doi.org/https://doi.org/10.1017/gheg.2019.1
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 56 Petermann-rocha, F., Rao, N., Pell, J. P., Celis-morales, C., Wong, I. C. K., Ho, F. K., & Ip, P. (2022). Weightfor-Height , Body Fat , and Development in Children in the East Asia and Pacific Region. 5(1), 1–12. https://doi.org/10.1001/jamaFnetworkopen.2021.42458 Rafkhani, T., Maret, U. S., Nuhriawangsa, M. P., & Maret, U. S. (2022). The 2 nd International Nursing and Health Sciences Symposium (INHSS). December 2021. Siti Fatihah, M., Wan Ying, G., Norhasmah, S., & Zalilah Mohd, S. (2018). Factors associated with stunting among Orang Asli preschool children in Negeri Sembilan, Malaysia. Malaysian Journal of Nutrition, 24(2), 215–226. http://search.ebscohost.com/login.aspx?direct=true&db=cin20&AN=131105455&site=ehostlive Tan, E., How, C., Shahar, S., Robinson, F., Marsudi, A., Yusof, M., Jeffree, M. S., Sharizman, S., Abdul, S., & Sherin, A. (2020). Original Article Risk Factors For Undernutrition In Children Under Five Years Of Age In Tenom , Sabah , Malaysia. 20(March 2018), 71–81. UNICEF Malaysia. (2018). Kanak- kanak Pinggiran : Satu Kaji Selidik Mengenai Kemiskinan dan Penafian Hak Kanak-Kanak Bandar di Flat Kos Rendah di Kuala Lumpur. United Nations Childrens’ Fund, Malaysia., 22–48. WHO. (2006). WHO Child Growth Standards. WHO, UNICEF, & BANK, W. (2019). Levels and trends in child malnutrition. Yee, S. K., Ali, A., Zakaria, N. S., & Yusof, H. M. (2021). Nutritional Status of Orang Asli Children in Sungai Berua, Terengganu. Journal of Sustainability Science and Management, 16(6), 180–190. https://doi.org/10.46754/jssm.2021.08.016
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 57 HUBUNGAN ANTARA EFIKASI KENDIRI DAN KUALITI HIDUP DALAM KALANGAN PESAKIT KANSER Norsuraya Hassan, Nizuwan Azman, Siti Munirah Abdul Wahab, Norasma Bakar, Muhammad Amin Ahmad Zaki, Mazriyana Md Kasim dan Rusnani Ab. Latif Abstrak Penyakit kanser merupakan salah satu penyakit kronik yang amat digeruni kerana boleh menyebabkan kematian. Seseorang individu yang didiagnosiskan dengan penyakit kanser berkemungkinan berhadapan dengan pelbagai masalah psikososial disebabkan oleh proses penyakit dan juga intervensi medikal yang perlu dilaluinya. Hingga kini, penyakit kanser merupakan halangan kepada peningkatan kualiti kehidupan terutamanya bagi golongan wanita. Peranan efikasi kendiri pula telah dilaporkan secara meluas dalam bidang onkologi serta memainkan peranan penting dalam membantu pesakit kanser menghadapi pelbagai perubahan dan masalah rawatan. Justeru, melalui efikasi kendiri dan kualiti hidup yang baik, ianya mampu meningkatkan keupayaan pesakit kanser dalam menghadapi kehidupan seharian mereka. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka hubungan antara efikasi kendiri dan kualiti hidup dikalangan pesakit kanser. Data diperolehi daripada 150 orang pesakit kanser di hospitalhospital sekitar Pulau Pinang. Implikasi daripada kajian ini dapat memberi maklumat, pengetahuan asas dan halatuju penyelidik, pengamal perubatan dan kaunselor dalam membantu pesakit berhadapan dengan penyakit kanser ini. Kata Kunci: Efikasi Kendiri, Kualiti Hidup, Pesakit Kanser Pengenalan Mengikut statistik dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanser menyebabkan sebanyak 10 juta kematian di seluruh dunia pada tahun 2020. Seiring dengan pertambahan usia, kadar penyakit kanser meningkat bukan sahaja di Malaysia malahan di negara-negara maju lain seluruh dunia contohnya Amerika Syarikat. Menurut American Cancer Society (2002), setiap tahun lebih satu juta individu di Amerika Syarikat telah didiagnosis dengan penyakit kanser. Walaupun pelbagai kajian dan usaha lain telah dipergiatkan bagi mencegah penyakit ini, namun statistik pesakit yang didaftarkan terus meningkat saban tahun. Menurut Kementerian kesihatan Malaysia (2019) dalam Laporan Daftar Kanser Kebangsaan Malaysia (NCRM) pada tahun 2012-2016, sebanyak 115,238 kes baru telah didaftarkan. Ianya merangkumi 51,505 (44.7%) lelaki dan 63,733 (55.3%) perempuan. Pulau Pinang merupakan negeri ke empat tertnggi mencatatkan kes baru kanser pada tahun 2012-2016 iaitu sebanyak 16,613 kes. Manakala 10 kanser paling utama dilaporkan di Malaysia ialah kanser payudara, kolorektal, paru-paru, nasofarink, servik, limfoma, leukemia, prostat, ovari dan hati. Seseorang individu yang didiagnosiskan dengan penyakit kanser berkemungkinan berhadapan dengan pelbagai masalah psikososial disebabkan oleh progres penyakit dan juga intervensi medikal yang perlu dilaluinya. Kajian mendapati bahawa lebih satu pertiga daripada pesakit kanser yang sembuh dalam jangka masa panjang mengalami masalah penyesuaian diri dengan diagnosis dan rawatan perubatan, dan kekal sebegitu selama 6 tahun kemudian (Grassi & Rosti, 1997). Kebimbangan dan ketakutan terhadap rawatan yang dijalankankan serta kesan sampingannya turut merumitkan lagi keadaan pesakit. Masalah utama lain yang turut dihadapi
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 58 adalah berkaitan dengan sokongan sosial/ emosi, tabiat kesihatan, spiritual/ pandangan falsafah hidup dan kebimbangan imej diri (Casso et al., 2004; Dorval et al., 1998; Ganz et al., 2002; Kornblith et al., 2003). Perkara-perkara ini secara tidak langsung boleh menjejaskan kehidupan harian pesakit. Efikasi kendiri memainkan peranan penting dalam membantu pesakit kanser menghadapi pelbagai perubahan dan masalah rawatan. Menurut Bandura (1997), efikasi kendiri mengandungi kepercayaan-kepercayaan dan/ atau persepsi-persepsi dimana sesorang individu mempunyai potensi diri untuk untuk membangunkan apa-apa jenis aktiviti dengan syarat ia menjana hasil yang diingini. Menurut Molenaar et al., (2007) informasi rawatan adalah maklumat yang paling kerap dicari di kalangan pesakit kanser. Pesakit kanser payudara yang mempunyai maklumat rawatan yang memuaskan didapati dapat menghadapi rejim perubatan dengan lebih baik serta menunjukkan penerimaan psikologikal yang positif seperti peningkatan kualiti hidup dan dapat mengurangkan tekanan juga kebimbangan (Namkoong et al., 2010). Lev et al. (2001) dalam kajiannya menyatakan bahawa pelbagai intervensi telah direka bagi menggalakkan efikasi kendiri bagi meningkat kualiti hidup dan mengurangkan simtom tekanan semasa rawatan kemoterapi dikalangan pesakit kanser payudara. Bagi pesakit kanser kepala dan leher yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi pula, mereka mempunyai peluang untuk hidup lebih lama dan risiko penyakit berulang lebih rendah (De Boer et al., 1998). Kwan et al. (2009) dan Ramachandra et al. (2009) membuktikan bahawa efikasi kendiri merupakan salah satu faktor dalam meningkatkan kualiti hidup golongan yang mengidap kanser. Ini disokong pula oleh Rottman et al., (2010) yang menyatakan bahawa efikasi kendiri dikategorikan sebagai faktor kesejahteraan dalam kehidupan pesakit kanser. Keupayaan seseorang untuk berhadapan dengan penyakit kanser adalah berbeza bergantung kepada individu tersebut. Pelbagai konflik akan timbul susulan daripada perkara tersebut. Kajian sebelum ini mendapati bahawa pesakit kanser akan mengalami rasa putus harapan dan hilang kawalan diri menyebabkan pelbagai kesan negatif dari segi perlakuan, mood, dan juga fisiologi (Lefcourt, 1973; Lazarus & Folkman, 1984; Bandura, 1982). Menurut Namkoong (2010) pula, diagnosis kanser payudara boleh memberi impak yang buruk ke atas kesihatan mental pesakit, termasuk perasaan terasing dan kesunyian (Anderson, 1992), tertekan dan kebimbangan (Speigel, 1997). Semua di atas sedikit sebanyak boleh mempengaruhi kualiti hidup sesorang pesakit kanser. Bertan & Castro (2009) melaporkan terdapat peningkatan angka kajian empirikal terhadap isu yang berkaitan impak kualiti hidup terhadap penyakit dan juga rawatan kanser, termasuklah penderitaan psikologi. Disebabkan ia melibatkan dimensi psikologi, kualiti hidup juga telah dikaitkan dengan efikasi kendiri. Menurut Bandura (1997), efikasi kendiri adalah penting bagi memberi keputusan yang baik dalam kesihatan pesakit. Ini bermakna, efikasi kendiri memainkan peranan penting dalam meningkatkan keupayaan pesakit dalam menghadapi penyakitnya. Kreitler et al. (2006) berpendapat bahawa terdapat perkaitan yang positif antara efikasi kendiri dan kualiti hidup pesakit kanser dimana ianya dapat mengurangkan tekanan pesakit. Perkaitan antara dua variabel ini juga dapat dilihat mampu memperbaiki hubungan antara pesakit dan penjaga serta dapat meningkatkan aktiviti- aktiviti fizikal pesakit (Pekins et al., 2009). Walaupun terdapat banyak penyelidikan yang telah mengkaji perhubungan antara kualiti hidup serta efikasi kendiri pesakit kanser, namun di Malaysia didapati masih kurang penyelidikan yang melihat perkara ini. Maka, penyelidikan ini diharapkan dapat menangani kekurangan ini.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 59 Kajian Literatur Konsep Efikasi Kendiri Efikasi merupakan salah satu faktor psikologikal yang boleh mempengaruhi atau memberi kesan ke atas penerimaan sesorang ke atas sesuatu situasi yang berlaku ke atas dirinya. Satu kajian empirikal oleh Bandura (1977) menunjukkan bahawa terdapat perubahan terapeutik dalam perlakuan sesorang disebabkan perubahan efikasi kendirinya. Efikasi kendiri menurut Bandura (1997) merupakan kepercayan dimana seseorang boleh mengawal desakan persekitaran yang mencabar dengan melakukan penyesuaian. Schwarzer (1995) dalam kajiannya mendefinisikan efikasi kendiri sebagai keyakinan dalam kebolehan untuk menyempurnakan tugasan-tugasan yang mencabar atau untuk berhadapan dengan situasi-situasi yang rumit. Clark & Dodge (1999) pula berpendapat bahawa efikasi kendiri merujuk kepada kepercayaan dan keyakinan sesorang untuk melakukan sesuatu perlakuan yang yang membawa kepada hasil yang diingini dalam situasi tertentu. Keyakinan tersebut merupakan pra-syarat untuk prestasi sebenar penyesuaian bagi strategi pengawalan diri. Menurut Micheael et al., (2004), dalam teori kognitif sosial, sebahagian besar tingkah laku ditentukan oleh jangkaan hasil (outcome expectation) dan jangkaan keupayaan (efficacy expectation). Jangkaan hasil merujuk kepada persepsi-persepsi individu tentang samada tingkah lakunya akan membawa kepada sesetengah hasil yang diharapkan (contohnya, “Dengan bertanyakan soalan kepada doktor mengenai kanser, saya akan mendapat jawapannya”). Jangkaan keupayaan atau disebut juga sebagai efikasi kendiri merujuk kepada kepercayaan individu mengenai samada beliau berjaya melakukan tingkah laku berkenaan (contohnya, “Saya boleh bertanyakan doktor soalan”). Individu yang mempuyai keyakinan diri yang tinggi tentang sesuatu tugasan, kemahiran atau tindakan mungkin lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam tingkah laku tersebut. Dalam keadaan terdesak, seseorang yang mempunyai efikasi yang tinggi cenderung untuk berhadapan dengan cabaran dan tabah untuk mengatasi halangan-halangan yang ada. Namun, sesorang yang mempunyai tahap efikasi yang rendah sering mempunyai penilaian diri yang negatif yang boleh menjadi punca kesedihan dan kemurungannya serta cenderung mengelakkan keadaan yang mereka percaya melebihi keupayaan mereka (Bandura, 1997). Maciejewski et al. (2000) dalam kajiannya berpendapat bahawa usaha untuk mewujudkan dan mengekalkan tahap efikasi kendiri yang lebih tinggi boleh membantu membina ketahanan jangka panjang untuk menghadapi kemurungan masa hadapan. Efikasi Kendiri dan Kanser Efikasi kendiri merupakan salah satu faktor yang berkait rapat dengan penyesuaian diri pesakit terhadap kanser. Kemampuan efikasi kendiri pesakit untuk berhadapan dengan kesakitan, simtom-simtom dan fungsi-fungsi tertentu adalah sangat kritikal supaya dapat menguruskan cabaran fizikal dan psikologikal penyakit kanser tersebut (Porter et al., 2008). Dalam kajian terhadap individu dengan kanser, Manne et al. (2006) dan Loh & Quek (2011) mendapati bahawa terdapat kolerasi positif yang signifikan antara mental dan kebolehan menghadapi kanser serta kaitannya dengan aspek-aspek lain seperti efikasi kendiri dan intervensi psikologikal. Efikasi kendiri bertindak sebagai pelindung terhadap kekecewaan semasa tempoh yang begitu tertekan (seperti diagnosis kanser) dan menjadi rintangan terhadap keinginan bunuh diri (Chan et al., 2009; Johnson et al., 2010). Menurut Kuijer dan De Ridder (2003), efikasi kendiri yang tinggi dalam kalangan pesakit kronik adalah berkaitan dengan persepsi pesakit tentang kesihatan yan lebih baik. Lorig
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 60 et al. (1999) membuktikan bahawa peningkatan dalam efikasi kendiri adalah berkaitan dengan tanda-tanda seperti kawalan terhadap kelesuan, imitasi aktiviti dan menjalani pemeriksaan doktor. Efikasi kendiri juga juga menyebabkan peningkatan dalam penjagaan diri pesakit (Hammond & Freeman, 2001). Kajian mendapati bahawa efikasi kendiri merupakan aset yang penting dalam kalangan pesakit kanser kepala dan leher yang mengalami kecacatan muka bagi mengawal tekanan psikologikal yang dihadapinya (Hagedoorn & Molleman, 2006). Menurut Mystakidou et al. (2010) pula, wanita dengan kanser payudara menunjukkan kurang efikasi kendiri berbanding dengan wanita yang mengalami kanser urogenital. Ini kerana mungkin wanita dengan kanser payudara berhadapan dengan pelbagai tekanan lain serentak (Palesh et al., 2006). Konsep Kualiti Hidup Kualiti hidup adalah satu konsep yang sukar untuk diertikan dan diukur. Terdapat sejumlah besar penulisan yang membahaskan mengenai definisi dan pengukuran kualiti hidup (Tsay & Healstead, 2002). Kualiti hidup hanya boleh digambarkan oleh sesorang individu dan harus mengambil kira pelbagai aspek kehidupan. Calman (1984) dalam kajiannya menyatakan bahawa kualiti hidup dapat mengukur jurang antara harapan, impian dan cita-cita individu dengan pengalaman atau realiti sekarang. Ini akan meningkatkan motivasi sesorang untuk merapatkan jurang tersebut. Bowling (2005) mendefinisikan kualiti hidup sebagai perkaraperkara yang dianggap sebagai penting dalam hidup seseorang samada baik ataupun buruk. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mendefinisikan kualiti hidup sebagai persepsi ‘individu’ terhadap posisi hidupnya dalam kontek budaya dan sistem nilai di tempat mereka tinggal dan kaitaannya dengan matlamat, jangkaan, piawaian dan minat (Kuijer & De Ridder, 2003). Dalam perspektif kesihatan, Stewart et al. (1992) merujuk kualiti hidup tentang bagaimana seseorang individu berfungsi dengan baik dalam kehidupannya dan persepsinya terhadap kesejahteraan. Akin et al. (2008) pula menerangkan kualiti hidup merujuk kepada psikososial, emosi, dan hasil dapatan fizikal daripada rawatan penjagaan kesihatan dari sudut pandang pesakit sendiri. Parameter kualiti hidup adalah dinamik, dengan itu indeks kualiti hidup seharusnya dinilai semula secara berkala semasa tempoh penyakit dan rawatan berlaku (Bland, 1997). Kualiti hidup merujuk kepada “kesejahteraan global” yang mengandungi komponenkomponan fizikal, emosional, mental, sosial dan tingkah laku (Dekordi et al., 2009). Wade (1992) menjelaskan bahawa domain kualiti hidup harus merangkumi beberapa perkara iaitu fizikal, psikologikal, fungsi sosial dan kepuasan umum mengenai kehidupan. Selain itu ‘sensasi somatik’ (Schipper et al., 1996) dan ‘spiritual’/ kerohanian (WHO, 1995) juga sering dikaitkan dalam dimensi kualiti hidup. Kualiti hidup juga sering dikaitkan dengan motivasi individu dan keupayaan untuk memenuhi keperluan masing-masing. Menurut Hunt dan McKen-na (1992), keperluan yang menentukan kualiti hidup sesorang adalah seperti berikut: (a) makan, minum, tidur, aktiviti, seks, mengelakkan kesakitan; (b) kehangatan, keselamatan, tiada kebimbangan, kestabilan; (c) cinta, sentuhan fizikal, keintiman, berkomunikasi, berkongsi pengalaman masing-masing, berusaha ke arah matlamat; (d) rasa ingin tahu, meneroka dunia, kelulusan, hormat, perasaan kebergunaan, harga diri, profesionalisme, kuasa, berdikari, kebebasan; (d) aktualisasi diri. Kualiti Hidup dan Kanser Kualiti hidup sesorang individu mungkin akan terjejas akibat kurang pengetahuan tentang penyakit kronik yang dialaminya seperti kanser. Menurut Hydarnejad et al. (2011) Kanser
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 61 boleh menjejaskan kualiti hidup pesakit apabila ianya dikaitkan dengan jenis kanser dan peringkatnya, waktu mula didiagnosis, tahap penerimaan pesakit, keterukkan penyakit dan tahap tekanan psikologikal penjaga pesakit. Kebimbangan dan ketakutan terhadap rawatan dan kesan sampingannya memburukkan lagi keadaan ini (Fallowfield, 2002). Akin et al. (2008) mendapati terdapat hubungan antara kualiti hidup dan umur, status perkahwinan, pekerjaan, tahap pendapatan, status pekerjaan, BMI, peringkat penyakit, kemoterapi, protokol kemoterapi, dan jenis pembedahan payudara. Menurut Avis et al. (2005) pula, keseluruhan kualiti hidup dan dimensinya (kesejahteraan emosi, kesejahteraan fungsi dan kepentingan lain) akan lebih terjejas dalam kalangan pesakit yang lebih muda. Kajian lepas mendapati kualiti hidup yang rendah dan mood yang tertekan adalah berkait rapat dengan jangka hayat yang lebih pendek dikalangan pesakit kanser paru-paru dengan metastasis (Maione et al., 2005; Movsas et al., 2009). Kajian juga telah menunjukkan bahawa loya yang tidak terkawal, muntah-muntah dan berat badan mempunyai kesan negatif ke atas kualiti hidup wanita dengan kanser payudara yang menerima kemoterapi (Lev, 1997; Lev & Owen, 2000; Spagnola et al., 2003). Dalam kalangan pesakit kanser prostat pula, masalah lemah kawalan kencing sering berlaku dan menyebabkan mereka malu (Fowler, 1995). Disfungsi erektil, penurunan libido, dan perubahan lain yang memberi kesan ke atas seksualiti pula merupakan kesan sampingan rawatan kanser prostat yang kerap berlaku (Templeton, 2003). Ini akan mengakibatkan rendah estim kendiri yang seterusnya memberi kesan ke atas kualiti hidup pesakit. Longman et al. (1996, 1997, 1999) telah mendokumentasikan secara meluas tentang kemurungan dan kaitan negatifnya dengan keupayaan bantu diri, penyesuaian psikologi dan kualiti hidup berkaitan kesihatan. Menurut Spiegel (1997), terdapat kajian menarik yang membuktikan bahawa intervensi psikososial seperti diet, senaman, tidur, dan kepatuhan kepada rawatan perubatan boleh mempengaruhi aktiviti harian pesakit kanser dan boleh mempunyai kesan positif ke atas tekanan psikologi, termasuklah mengurangkan gejala kemurungan. Penjagaan paliatif memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser. Pertubuhan Kesihatan Kebangsaan (WHO, 1990) menyatakan bahawa matlamat utama penjagaan paliatif adalah untuk mencapai kualiti hidup yang terbaik untuk pesakit dan keluarganya. Ini disokong pula oleh kenyataan Buzgova et al. (2014), dimana pendekatan paliatif seharusnya memberi perhatian kepada dua perkara dalam kehidupan pesakit iaitu kualiti hidup dan keperluan fizikal, psikologikal, sosial serta spiritual mereka. Efikasi Kendiri dan Kualiti Hidup daripada Perspektif Kesihatan Ketidakupayaan pesakit untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu penyakit boleh membawa kepada kesan negatif seperti ketidakpatuhan rawatan dan kualiti hidup menurun (Meichenbaum & Turk, 1987). Campbell et al. (2004) menyatakan bahawa pesakit yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi untuk melakukan aktiviti fizikal dan menguruskan keterukan gejala serta gangguan lain dilaporkan mempunyai fungsi fizikal dan kesihatan mental yang lebih baik. Lev & Owen (1996) mendapati bahawa terdapat korelasi positif antara efikasi kendiri penjagaan diri dengan kualiti hidup dan juga korelasi negatif antara efikasi kendiri penjagaan diri dengan mood negatif pesakit yang menjalani hemodialisis dan menerima rawatan kemoterapi. Oleh itu, individu yang mempuyai efikasi kendiri penjagaan diri yang tinggi boleh mengawal penyakitnya dengan baik, berupaya mengurangkan tekanan emosi disebabkan penyakitnya, dan kualiti hidupnya meningkat (Tsay & Healstead, 2002). Kuijer & De Ridder (2003) menerangkan bahawa apabila seseorang mengalami percanggahan antara kepentingan matlamat dan kebolehcapaiannya pada sesuatu masa, ianya tidak akan menjejaskan kualiti hidupnya sekiranya beliau berasa yakin dalam menguruskan penyakit dan mencapai tahap
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 62 kesihatan yang diinginkan pada masa akan datang. Schwarzer & Fuchs (1996) pula yang menyatakan bahawa apabila sesuatu rintangan berlaku, individu dengan efikasi kendiri tinggi pulih dengan lebih cepat dan mengekalkan lebih komitmen kepada matlamatnya daripada individu yang mempunyai efikasi kendiri yang rendah. Metodologi Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dimana data di dalam kajian ini diperolehi dengan menggunakan borang soalselidik World Health Organization Quality of Life Assessment Instrument—short version (WHOQOL-bref) dan The Strategies Used by People to Promote Health (SUPPH). Kajian ini juga adalah berbentuk deskriptif yang menggunakan kaedah tinjauan hirisan rentas (cross-sectional surveys) dan juga merupakan kajian korelasi dimana ia menerangkan tahap hubungan beberapa pembolehubah kajian. Semua kaedah ini diaplikasikan untuk mengenalpasti tahap kualiti hidup dan efikasi kendiri pesakit kanser serta hubungan antara beberapa pembolehubah. Penyelidikan ini akan dijalankan di hospital-hospital sekitar Pulau Pinang yang memberikan perkhidmatan dan rawatan kepada pesakit kanser. Kaedah persampelan bukan kebarangkalian (non-probability) telah digunakan untuk kajian ini iaitu persampelan mudah (convenience sampling) akan digunakan. Sampel telah dipilih mengikut masa lapang mereka dan bersetuju untuk menjawab soal selidik yang diberikan. Dalam kajian ini, hanya 150 responden yang akan dipilih dimana 40 daripadanya akan digunakan untuk kajian rintis bagi ujian kesahan dan kebolehpercayaan. Semua data akan dianalisis menggunakan Statistical Program for Social Sciences (SPSS) versi terbaru. Ujian Chi-Square pula akan digunakan dalam menentukan hubungan antara dua kategori pembolehubah. Sebagai analisis lanjutan, beberapa ujian analisis seperti Independent t-test serta Ujian ANOVA Sehala akan digunakan bagi menilai perbezaan min atau purata terhadap pemboleh ubah kajian. Semua analisis akan merujuk kepada nilai p (kurang dari 0.05). Kesimpulan Kajian ini adalah bertujuan bagi menentukan hubungan antara efikasi kendiri dan kualiti hidup dalam kalangan pesakit kanser. Maka, dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat yang berguna kepada Kementerian Kesihatan Malaysia amnya dan staf kesihatan yang terlibat dengan pesakit kanser khususnya dalam memberi sokongan dan membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit. Kajian ini juga amat berguna bagi para kaunselor di Malaysia dalam membantu pesakit kanser dari sudut psikologi supaya dapat meningkatkan efikasi kendiri seterusnya dapat meningkatkan kualiti hidup mereka. Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat menjadi rintis kepada penyelidik lain di Malaysia supaya dapat terus mengkaji secara lebih terperinci memandangkan kajian tentang perkara ini adalah terhad di Malaysia. Penghargaan Penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang akan terlibat dalam kajian ini juga kepada Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pulau Pinang kerana menyokong kajian ini. Rujukan Akin, S., Can, G., Durna, Z., & Aydiner, A. (2008). The quality of life and self-efficacy of Turkish breast cancer patients undergoing chemotherapy. European Journal of Oncology Nursing 12, 449-456. Anderson, B. L. (1992). Psychological intervensions for cancer patients to enhance the quality of life. Journal of Consultation in Client Psychology 60, 552-568. Avis, N. E., Crawford, S., & Manuel, J. (2005). Quality of life among younger women with breast cancer. Journal of Clinical Oncology 23 (15), 3322-3330.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 63 Bandura, A. (1977). Toward a unifying theory of behavioral change. Psychological Review 84, 191-215. Bandura, A. (1982). Self-efficacy mechanism in human agency. American Psychology 37, 122-147. Bandura, A. (1986), Scope of self-efficacy theory. Journal of Social and Clinical Psychology 4, 359-373. Bandura, A. (1995). Self-efficacy. In Manstead, A. S. R, & Hewstone, M. Blackwell encyclopedia of social psychology, 453-454. Oxford: Blackwell. Bandura, A. (1997). Self-efficacy: The exercise of control. New York: Freeman. Bandura, A. (1999). A social cognitive theory of personality. In Pervin, L., & John, O. Handbook of personality 2 nd ed., 154-196. New York: Guilford Publications. Bandura, A. (2001). Social cognitive theory: an agentic perspective. Annual Review of Psychology 52, 1-26. Bertan, F. C., & Castro, E. K. (2009). Quality of life and cancer: A systemic literature review. Psico 40, 366-372. Bisschop, M. I., Kriegsman, D. M., Beekman, A. T., Deeg, D. J. (2004). Chronic diseases and depression: the modifying role of psychosocial resources. Social Science and Medical 59(4), 721-733. Bland, K. L. (1997). Quality-of-life management for cancer patients. CA: A Cancer Journal for Clinicians 47 (4), 194-197. Bowling, A. (1995). What things are important in people’s lives? A survey of the public’s judgements to inform scales of health related quality of life. Social Science and Medicine 41, 1447-1462. Buzgova, R., Hajnova, E., Sikorova, L., & Jarosova, D. (2014). Association between unmet needs and quality of life in hospitalised cancer patients no longer receiving anti-cancer treatment. European Journal of Cancer Care 23, 685-694. Campbell, L. C., Keefe, F. J., McKee, D. C., Edwards, C. L., Herman, S. H., Johnson, L. E., Colvin, O. M., McBride, C. M., & Donattuci, C. F. (2004). Journal of Pain and Symptom Management 28 (5), 433-444. Cancer facts and figures (2002). American Cancer Society. Atlanta: American Cancer Society. Casso, D., Buist, D. S. M., & Taplin, S. (2004). Quality of life of 5–10 year breast cancer survivors diagnosed between age 40 and 49. Health and Quality of Life Outcomes 2, 25. Chan, S., Miranda, R.,& Surrence, K. (2009). Subtypes of rumination in the relationship between negative life events and suicidal ideation. Architect Suicide Research 13(2), 123-35. Clark, N.M., & Dodge, J.A. (1999). Exploring self-efficacy as a predictor of disease management. Health Education & Behavior 26, 72–89. Cunningham, A. J., Lockwood, G. A., & Cunningham, J. A. (1991). A relationship between perceived selfefficacy and quality of life in cancer patients. Patient Education and Counseling 17(1), 71–78. Dehkordi, A., Heydarnejad M. S., & Fatehi, D. (2009). Quality of life in cancer patients undergoing chemotherapy. Oman Medical Journal 24 (3), 204-207. Dorval, M., Maunsell, E., Deschenes, L., Brisson, J., & Masse, B. (1998). Long-term quality of life after breast cancer: comparison of 8-year survivors with population controls. Journal of Clinical Oncology 16, 487- 94. Fallowfield, L. (2002). Quality of life: a new persprective for cancer patients. Nature Review 2, 873-879. Fowler, F. J., Barry, M. J., & Lu-Yao, G. (1995). Effect of radical prostatectomy for prostate cancer on patient quality of life: Results from a Medicare survey. Urology 45, 1007-1015. Ganz., P. A., Desmond, K. A., Leedham, B., Rowland, J. H., Meyerowitz, B. E., & Belin, T. R. (2002). Quality of life in long-term, disease-free survivors of breast cancer: A follow-up study. Journal of the National Cancer Institute 94, 39-49. Grassi, L., & Rosti, G. (1996). Psychosocial morbidity and adjustment to illness among long- term cancer survivors: a six-year follow up study. Psychosomatics 37, 523-532. Hagedoorn, M., Molleman, E., (2006). Facial disfigurement in patients with head and neck cancer: the role of social self-efficacy. Health Psychology 25, 643–647. Hydernejad, M. S., Dehkordi, H., & Dehkordi, S. (2011). Factors affecting quality of life in cancer patients undergoing chemotherapy. African Health Sciences 11 (2), 266-270. Johnson, J., Gooding, P. A., Wood, A. M., Tarrire, N. (2010). Resilience as positive coping appraisals: Testing the schematic appraisals model of suicide (SAMS). Behavior Research and Therapy 48(3), 179-186. Kuijer, R. G., & DeRidder, D. T. D. (2003). Discrepancy in illness-related goals and quality of life in chronically ill patients: The role of self-efficacy. Psychology and Health 18 (3), 313-330. Kreitler, S., Peleg, D., & Ehrenfeld, M. (2006). Stress, sel-efficacy and quality of life in cancer patients. PsychoOncology 4, 329-341. Kornblith, P., Wells, A., Gabrin, M. J., Piwowar, J., George, L. D., Ochs, R. L., & Burholt, D. (2003). Breast cancer-response rates to chemotherapeutic agents studied in vitro. Anticancer Research 23(4), 3405-11. Lazarus, R. S., & Folkman, S. (1982). Stress, Appraisal and Coping. New York: Springer. Lee, H. L., Ku, N. P., Dow, W. J., & Pai, L. (2001). Factors related to quality of life in breast cancer patients receiving chemotherapy. Journal of Nursing Research 9 (3), 57-68.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 64 Lefcourt, H. M. (1973). The functions of the illusions of control and freedom. American Psychology 28, 417-425. Lev, E. L. (1997). Bandura’s theory of self-efficacy: applications to oncology. Scholarly Inquiry for Nursing Practice 11 (1), 21-35. Lev, E. L. & Owen, S. V. (1998). A prospective study of adjustment to hemodialysis. American Nephrology Nurses’ Association 25 (5), 495-503. Lev, E. L. & Owen, S. V. (2000). Counseling women with breast cancer using principles developed by Albert Bandura. Perspectives in Psychiatric Care 36 (4), 131-138. Lev, E. L., Daley, K. M., Conner, N. E., Reith, M., Fernandez, C., Owen, S. V. (2001). An intervention to increase quality of life and self-care self-efficacy and decrease symptoms in breast cancer patients. Scholarly Inquiry for Nursing Practice 15 (3), 277-294. Loh, S. Y., & Quek, K. (2011). Cancer-behavior-coping in women with breast cancer. Effect of a cancer selfmanagement program 1(2), 84-88. Longman, A. J., Braden, C. J., & Mishel, M. M. (1996). Side effects burden in women with breast cancer. Cancer Practice 4, 1–7. Longman, A. J., Braden, C. J., & Mishel, M. M. (1997). Patterns of association over time of side-effects burden, self-help and self-care in women with breast cancer. Oncology Nursing Forum 24, 1155–1160. Longman, A. J., Braden, C. J., & Mishel, M. M. (1999). Side-effects burden, psychological adjustment and life quality in women with breast cancer: Patterns of association over time. Oncology Nursing Forum 26, 909–915. Lorig, K. R., Sobel, D. S., Stewart, A. L., Brown, B. W., Bandura, A., Ritter, P., Gonzalez, V. M., Laurent, D. D, Holman, H. R. (1999). Evidence suggesting that a chronic disease self-management program can improve health status while reducing hospitalization: a randomized trial. Medical Care 37(1), 5-14. Maciejewski, P. K., Prigerson, H. G., Mazure, C. M. (2000). Self efficacy as mediator between stressful life events and depressive symptoms: differences based on history of prior depression. British Journal of Psychology 176, 373-378. Maione, P., Perrone, F., & Gallo, C. (2005). Pretreatment quality of life and functional status assessment significantly predict survival of elderly patients with advanced non-small-cell lung cancer receiving chemotherapy: a prognostic analysis of the Multicenter Italian Lung Cancer in the Elderly Study. Journal of Clinical Oncology 23, 6865-6872. Manne, S. L., Ostroff, J. S., Norton, T. R. , Fox, K.,Grana, G.,Goldstein, L. (2006). Cancer-specific self-efficacy and psychosocial and functional adaption to early stage breast cancer. Annual Behavioral Medicine 31 (2), 145-154. Meichenbaum, D., & Turk, D. C. (1987). Facilitating Treatment Adherence: A Practitioners Guidebook. New York: Plenum Press. Mischel, W., & Shoda, Y. (1995). A cognitive-affective system theory of personality: Reconceptualizing situations, dispositions, dynamics, and invariance in personality structure. Psychological Review 10, 246–268. Ministry of Health Malaysia (2019). National Cancer Registery Report: Malaysia Cancer Statistics – Data and Figure. Malaysia: NCR MOH. Mystakidou, M., Parpa, E., Tsilika, E., Gogou, P., Panagiotou, I., Galanos, A., Kouvaris, I., Gouliamos, A. (2010). Self-efficacy, depression and physical distress in males and females with cancer. American Journal of Hospice and Palliative Medicine 27 (8), 518-525. Molenaar, S., Sprangers, M., Oort, F., Rutgers, E.,Luiten, E., & Mulder, J. Exploring the black box of a decision aid: what information the patients select from an interactive Cd-Rom on treatment options in breast cancer?. Patient Education and Counseling 65, 122-130. Movsas, B., Moughan, J., Sarna, L. (2009). Quality of life supersedes the classic prognosticators for long-term survival in locally advanced non-small-cell lung cancer: an analysis of RTOG 9801. Journal of Clinical Oncology 27, 5816-5822. Namkoong, K., Shah, D. V., Han, J. Y., Kim, S. C., Yoo, W., Fan, D., McTavish, F. M., & Gustafson, D. H. (2010). Expression and reception of treatment information in breast cancer support groups: How health self-efficacy moderates effect on emotional well-being. Patient Education and Counseling, 1-7. Lev, E. L. (2001). Definition, Measurement, Theoretical Basis, and Relationships Associated with Self-care Selfefficacy. Atlantic City, New Jersey: 13th Annual Scientific Sessions of the Eastern Nursing Research Association. Palesh, O. G., Shaffer, T., & Larson, J. (2006). Emotional self-efficacy, stressful life events, and satisfaction with social support in relation to mood disturbance among women living with breast cancer in rural communities. Breast Journal 12(2), 123-129.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 65 Pekins, H. Y., Baum, G. P., Taylor C. C., & Basen-Engquist, K. M. (2009). Effects treatment factors, comorbidities and health-related quality of life on self-efficacy for physical activity in cancer survivors. Psycho-Oncology 18, 1323-1326. Rottman, N., Dalton, S. O., Christensen, J., Frederiksen, K., & Johansen, C. (2010). Self-efficacy, adjustment style and well-being in breast cancer patients: a longitudinal study. Quality of Life Research 19, 827-836. Schipper, H., Clinch, J. J., & Olweny, C. L. M. (1996). Quality of life studies: definitions and conceptual issues. In Spilker, B. Quality of Life and Pharmacoeconomics in Clinical Trials, 11-23. Philadelphia: Lippincott-Raven Publishers. Schwarzer, R., Jerusalem, M., Generalized Self-Efficacy scale. (1995). In: Weinman, J., Wright, S., Johnston, M. Measures in health psychology: a user’s portfolio. Causal and control beliefs, 35-37. Windsor, UK: NFER-NELSON. Schwarzer, R., & Fuchs, R. (1996). Self-efficacy and health behaviours. In Connor, M., & Norman, P.Predicting Health Behaviour, 163-196. Buckingham, UK: Open University Press. Spagnola, S., Zabora, J., BrintzenhofeSzoc, K., Hooker, C., Cohen, G., & Baker, F. (2003). The Satisfaction with Life Domains Scale for Breast Cancer (SLDS-BC). Breast Journal 9 (6), 463-471. Spiegel, D. (1997). Psychosocial aspects of breast cancer treatment. Seminar on Oncology 24, 36-47. Thomas, C. L. (1997). Taber’s Cyclopedic Medical Dictionary. Philadephia: F. A. Davis Company. Templeton, H., & Coates, V. (2003). Informational needs of men with prostate cancer on hormonal manipulation therapy. Patient Education and Counseling 49, 243-256. Wade, D. (1992). Measurement in Neurological Rehabilitation. Oxford: Oxford University Press. WHOQOL Group (1995). The World Health Organization quality of life assessment: position paper from the World Health Organization. Social Science and Medicine 41, 1403-1409. Wolf, M. S., Chang, C. H., Davis, T., & Makoul, G. (2005). Development and validation of the Communication and Attitudinal Self-efficacy scale for cancer (CASE-cancer). Parient Education and Counseling 57, 333-341. World Health Organization (1990). WHO Expert Committee: Cancer pain Relief and Palliative Care. Geneva: World Health Organization. World Health Organization (2021). World Health Statistics 2020. France: World Health Organization.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 66 SISTEM PENDAFTARAN HAKMILIK STRATA : SOROTAN ISU DAN CABARAN DI PENTADBIRAN TANAH JOHOR Ungku Khalsom Sofia Ungku Yusoff Abstrak Era teknologi terkini memperlihatkan sistem ICT memainkan peranan penting di dalam urus tadbir sesebuah agensi bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Sejajar dengan itu, di peringkat Pentadbiran Tanah Johor (PTJ), aspek kecekapan dikategorikan sebagai perkara yang menjadi keutamaan dan memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada peningkatan kutipan hasil dan kebolehpercayaan orang awam dan pelanggan terhadap pengurusan tanah di Johor. Sistem e-Strata Johor merupakan suatu sistem yang dibangunkan untuk menggantikan proses kerja secara manual dan menambahbaik proses kerja permohonan dan pendaftaran hakmilik strata. Secara keseluruhannya, sistem e-Strata Johor telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam menyelesaikan isu kelewatan pendaftaran hakmilik strata. Walau bagaimanapun, terdapatnya masalah-masalah dalam pelaksanaan sistem e-Strata Johor yang menghalang kepada pengurusan permohonan dan pendaftaran hakmilik strata yang berkesan di mana tidak semua modul di dalam sistem e-Strata Johor dapat memenuhi keperluan pengguna sedia ada dan masih memerlukan orang awam untuk hadir berurusan di pejabat tanah. Apatah lagi, akses terhadap sistem telah dihadkan penggunaanya kepada server dalaman Kerajaan Negeri sahaja selaras dengan dasar keselamatan ICT Negeri Johor. Situasi ini benar-benar memberi kesan yang mendalam kepada semua pihak berkepentingan apabila negara berhadapan dengan krisis penularan wabak pandemik Covid-19 sehingga menjejaskan proses kerja harian. Natijahnya, adalah satu keperluan untuk mengkaji keupayaan sistem e-Strata Johor yang telah dilaksanakan bukan hanya dalam konteks pengurusan dan pendaftaran hakmilik strata tetapi kajian lanjut berkaitan penambahbaikan yang berpotensi untuk dilaksanakan bagi tujuan penggunaan sistem permohonan dan pendaftaran hakmilik strata yang lebih berkesan di samping memodenisasikan Pentadbiran Tanah Johor selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa. Kata Kunci: Pentadbiran Tanah Johor, Sistem Pendaftaran Tanah, Hakmilik Strata, Penyampaian Perkhidmatan Pengenalan Kemajuan pesat bidang teknologi maklumat dan telekomunikasi serta peningkatan pelaksanaan program perkomputeran di agensi-agensi sektor awam telah mewujudkan keperluan untuk berkongsi maklumat dan mengintegrasi sistem-sistem di kalangan agensi kerajaan. Kebanyakan pejabat tanah menggunakan komputer untuk membantu pekerjaan mereka memandangkan beban kerja urusan pentadbiran tanah semakin meningkat, khususnya di negeri-negeri yang pesat membangun. Dalam pelaksanaan teknologi komunikasi dan maklumat, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) di beberapa buah negeri telah memperkenalkan beberapa sistem yang dapat menampung keperluan dalam urusan pentadbiran tanah di pejabat tanah. Antaranya adalah seperti sistem Sistem Pendaftaran Hasil Tanah, e-MMKN, Sistem Permohonan Strata, dan eConsent (Adnan, 2008).
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 67 Menurut Zakariah (2022), sistem pendaftaran tanah di Semenanjung Malaysia telah dinaiktaraf daripada sistem pendaftaran manual kepada penggunaan komputer bagi mencapai keperluan semasa yang berteraskan teknologi maklumat. Seiring dengan arus pembangunan di negara ini, penggunaan teknologi di pentadbiran tanah merupakan satu usaha proaktif untuk memudahkan pengurusan hal ehwal tanah dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan dinamik (PTGWP, 2021). Bagi memastikan kejayaan sistem penyampaian perkhidmatan awam dalam pentadbiran tanah, data dan infastruktur maklumat mesti menyokong pembangunan ekonomi, pengurusan alam sekitar dan kestabilan sosial (Williamson, 2001). Evolusi pentadbiran tanah khususnya di Semenanjung Malaysia, bermula daripada sistem manual dan berkembang kepada sistem automatik atau berkomputer dan paling terkini, sistem pentadbiran tanah telah dinaiktaraf kepada sistem elektronik (Karim et. al., 2010). Umum mengetahui, pentadbiran tanah yang beroperasi secara manual mempunyai kekurangan dan telah memberikan impak negatif kepada perkhidmatan kerajaan. Antara aduan yang sering diterima adalah berkaitan perkhidmatan yang tidak cekap, tunggakan urusan tanah yang banyak, tidak mesra pelanggan dan sukar untuk memperoleh maklumat. Senario ini memperlihatkan keperluan untuk menambah baik sistem pengurusan pentadbiran tanah dengan menukar dari sistem manual kepada sistem pengkomputeran. Menurut Hashim et al. (2011), Kerajaan Persekutuan kini sedang rancak melaksanakan e-Tanah (Electronic Land Administration System), sebuah sistem pentadbiran yang komprehensif untuk kegunaan Pejabat Tanah dan Galian Negeri dan Pejabat Tanah di seluruh Semenanjung Malaysia. Sistem e-Tanah merupakan sebuah sistem pengurusan tanah secara digital dan sistematik bertujuan untuk membangunkan dan mendigitalkan sistem pentadbiran elektronik dalam meningkatkan ketelusan, integriti pentadbiran dan pengurusan tanah, membendung penipuan dan kebocoran hasil negeri. Sistem e-Tanah turut menyediakan perkhidmatan atas talian terus dengan memperhebatkan inisiatif perkhidmatan hujung ke hujung yang dipautkan dengan modul-modul utama e-Tanah merangkumi segala aspek ekosistem di dalam pentadbiran tanah. Pembangunan dan Pelaksanaan Sistem e-Strata Johor Ekosistem dan lanskap pembangunan yang sentiasa berubah menjadikan peranan dan fungsi agensi kerajaan dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat semakin mencabar. Salah satu agenda dalam menyeimbangkan hasrat pemain industri harta tanah adalah pengeluaran hakmilik strata. Peningkatan pendaftaran strata telah menunjukkan kepentingan perundangan strata dalam menyediakan asas bagi membolehkan transaksi dan pemilikan hartanah berstrata sekaligus mengembangkan ekonomi di Semenanjung Malaysia (Mahmood, 2018). Bagi menampung kepesatan pembangunan agar ianya tidak akan tersekat, usaha penambahbaikan telah dilakukan ke atas sistem penyampaian dan perundangan sedia ada melalui kuatkuasanya Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2013 [Akta A1450]. Akta Hakmilik Strata 1985 (AHS) telah diwujudkan untuk mengawal dan mentadbir urus sistem pecah bahagi tanah dan bangunan serta menjaga kepentingan bersama dalam tanah atau bangunan yang terlibat dalam skim strata. Akta Hakmilik Strata membolehkan hakmilik didaftarkan bagi petak/premis yang terdapat di dalam bangunan berbilang tingkat. Akta Hakmilik Strata 1985 (AHS) telah diperkenalkan dan mula berkuatkuasa pada 1 Jun 1985 bertujuan sebagai panduan dalam menyediakan peruntukan perundangan bagi permohonan dan pendaftaran hakmilik strata untuk setiap unit atau petak dalam mana-mana skim strata. Akta ini telah diseragamkan dalam Negeri-Negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor, Terengganu, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan (Azman, 2017). Bagi Sabah dan Sarawak, masing-
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 68 masing menggunakan undang-undang stratanya sendiri iaitu Enakmen Tanah Sabah (Hakmilik Subsidiari) 1972 dan Ordinan Hakmilik Strata 1995. Dalam konteks strata, masalah kelewatan pengeluaran hakmilik strata dan pendaftaran urusniaga strata sering dikaitkan dengan faktor-faktor berikut: i. Konsep pembangunan strata semakin menjadi tren dikalangan pemaju perumahan menyumbang kepada peningkatan jumlah hakmilik strata dan seterusnya menyebabkan kepada peningkatan jumlah urusniaga hakmilik strata. ii. Proses pendaftaran hakmilik strata dan urusniaga strata masih dilaksanakan secara manual. iii. Kekurangan tenaga kerja berbanding peningkatan jumlah permohonan dan urusan. Justeru, melalui dasar modenisasi dan pengkomputeran, pada tahun 2017 Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Johor telah beralih kepada sistem pengurusan hakmilik strata berkomputer melalui pembangunan sistem e-Strata Johor bertujuan untuk menggantikan pelaksanaan permohonan dan pendaftaran hakmilik strata secara manual seterusnya memudahkan urusan pengguna menguruskan permohonan dan pendaftaran hakmilik strata dengan lebih teratur dan berkesan. Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha menambah baik bagi memperkukuhkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan pentadbiran tanah kepada rakyat. Di samping itu, pelbagai sistem pengurusan di Pentadbiran Tanah Johor telah diwujudkan antaranya e-Consent, Sistem Hasil Tanah Johor 2.0 (SHTJ 2.0), e-RMKJ, dan JOHORPAY untuk membolehkan organisasi berhubung dengan pelanggan, pengurusan dan pekerja secara lebih pantas dan efisien (Berita Harian, 2017). Sistem e-Strata Johor merupakan inisiatif kerjasama di antara Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Johor dan ICT Johor. Sistem ini mengandungi empat (4) modul utama iaitu Modul Permohonan, Modul Pendaftaran, Modul Urusniaga dan Bukan Urusniaga dan Modul Laporan yang kemudiannya dipecahkan kepada 126 urusan meliputi pendaftaran, permohonan, urusniaga dan bukan urusniaga. Pembangunan sistem adalah selama 18 bulan bermula pada Mac 2015 sehingga Ogos 2016 dan go-live pada 1 September 2016. Sistem yang dibangunkan ini adalah berdasarkan kepada model Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) yang mematuhi Jadual 14 Kanun Tanah Negara 1965 serta Jadual Kelima Akta Hakmilik Strata 1985 (AHS), dan telah diaudit oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan), Putrajaya. Mengikut keperluan Seksyen 4A Akta Hakmilik Strata 1985, YB Menteri telah mewartakan tarikh permulaan penguatkuasaan sistem pengkomputeran hakmilik strata pada 1 Januari 2017, melalui pemberitahuan Warta Kerajaan Malaysia P.U (B)529 bertarikh 28 Disember 2016. Isu dan Cabaran Berdasarkan Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2014, Akta Hakmilik Strata memperuntukkan tiga (3) bentuk proses kerja pendaftaran hakmilik strata, iaitu pendaftaran secara manual, pendaftaran secara berkomputer dan pendaftaran secara elektronik. Selaras dengan pelaksanaan sistem e-Strata Johor, proses pendaftaran hakmilik strata dilaksanakan secara berkomputer di samping menjadikan proses pengeluaran hakmilik strata lebih cekap dan kemas dan seterusnya meningkatkan kecekapan anggota serta keberkesanan kualiti penyampaian perkhidmatan Pentadbiran Tanah Johor. Pendaftaran hakmilik strata berkomputer atau secara pentadbirannya dikenali sebagai SPTB-Strata yang diperuntukkan dalam Jadual Kelima AHS ini adalah bermaksud membuka Buku Daftar Strata manual bagi lot tanah di mana bangunan/ bangunan-bangunan/petak tanah skim strata itu didirikan. Kandungan buku ini adalah terdiri daripada Borang 2(K), Borang 3(K), Borang S(K), Borang 4(K) dan Borang 4A(K). Hakmilik strata ialah satu bentuk pemilikan merujuk kepada pecahan melintang
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 69 dan menegak bagi sesebuah bangunan, di mana tanah dan bangunan yang didirikan di atasnya akan dibahagikan kepada petak dan harta bersama (Maidin et. al, 2008). Pemilikan hakmilik strata ini sangat penting demi menjaga kepentingan hak pemilik petak serta memudahkan urusan urusniaga dan pembahagian harta pusaka (Ismail, 2014). Oyetayo & Igbinomwanhia (2019) dalam kajiannya menyatakan akses kepada maklumat tanah yang boleh dipercayai adalah keperluan asas untuk pentadbiran, pengurusan dan perancangan tanah yang berkesan dalam sesebuah pembangunan mampan di mana-mana negara. Namun begitu, banyak negara membangun yang masih berhadapan dengan sistem pentadbiran tanah yang tidak memenuhi keperluan dan tujuan ianya dibangunkan di mana dalam kebanyakan kes, sebahagian besar maklumat tanah masih tidak boleh diakses oleh orang ramai apabila diperlukan dengan segera. Isu ini turut berlaku dalam konteks pelaksanaan sistem e-Strata Johor, yang mana tidak semua modul di dalam sistem e-Strata Johor dapat memenuhi keperluan pengguna sedia ada (Laporan Penyelidikan dan Perundingan Fasa 1 Polisi Tanah Johor, 2021). Jika dilihat dalam konteks penggunaan sistem e-Strata Johor tidak semua modul yang dibangunkan menggunakan teknologi sepenuhnya yang mana terdapat sebahagian proses kerja secara manual masih diamalkan. Setakat ini, sistem e-Strata Johor hanya boleh diakses oleh pengguna di Pentadbiran Tanah Johor sahaja dan masih memerlukan orang awam ke pejabat tanah bagi menyerahkan dokumen dan pelan dalam bentuk salinan keras (Manual Pengguna e-Strata Johor, 2017). Penggunaan dua sistem yang berbeza dalam proses kutipan cukai, permohonan dan pendaftaran hakmilik memerlukan integrasi di antara sistem dilaksanakan. Sistem e-Strata Johor telah diintegrasikan dengan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB). SPTB merupakan projek rintis Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian yang berfungsi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada tahun 1990 dan bertujuan untuk memodenkan proses pendaftaran hakmilik dan urusan urusniaga tanah (Mariappan, 2006). Namun, ianya tidak boleh menjamin kelancaran sistem e-Strata Johor. Antara masalah utama yang dihadapi oleh pengguna apabila berlakunya gangguan capaian sistem SPTB sehingga menyebabkan urusan kemasukan permohonan di sistem e-Strata Johor tergendala dan mengakibatkan proses permohonan tidak dapat diteruskan sehingga kerjakerja pemulihan sistem selesai yang dijangka berlarutan dalam tempoh yang tidak diketahui. Selain itu juga, antara masalah yang timbul adalah berlakunya proses kerja yang berulangulang di dalam SPTB sebelum suatu proses itu dapat dilakukan di dalam sistem e-Strata Johor yang menyebabkan proses kerja menjadi panjang (MyPortfolio Bahagian Hakmilik Strata PTG Johor, 2020). Ini bermaksud proses kerja permohonan hakmilik strata tidak boleh dilakukan di dalam sistem e-Strata Johor sahaja. Terdapatnya proses kerja yang perlu dilakukan di dalam SPTB iaitu melakukan endorsan urusan Permohonan Pecah Bahagi Bangunan (PBBM) dan kelulusan Pecah Bahagi Bangunan (PBBL). Proses kerja ini perlu dibuat di dalam SPTB kerana notatanda tersebut hendaklah diendorskan pada hakmilik induk dan kesemua maklumat dan data hakmilik induk terdapat di dalam pangkalan data SPTB. Endorsan tersebut adalah sebagaimana keperluan yang diperuntukkan dalam Seksyen 9(3) Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318). Hasil daripada ini boleh dinyatakan bahawa integrasi sistem e-Strata Johor dan SPTB adalah berbentuk semi integrasi. Menurut Leek (1997), kekurangan maklumat dan pandangan yang berbeza di antara penyedia perkhidmatan dan pengguna tentang sistem maklumat pengurusan menyebabkan sistem yang dibangunkan gagal memenuhi spesifikasi pengguna. Kebiasaannya, maklumat perbincangan mengenai keperluan pengguna dalam membangunkan sesuatu produk atau sistem akan ditulis dan boleh menyebabkan terdapat maklumat yang tertinggal serta memberikan intepretasi yang berbeza dalam mentafisrkan sesuatu maklumat (Kraeling &
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 70 Tania, 2019). Ini dapat dilihat apabila Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Johor menerima perintah mahkamah bagi membatalkan hakmilik strata yang telah didaftarkan. Akan tetapi perintah ini tidak dapat diteruskan walau pun perintah tersebut telah difailkan akibat ketiadaan menu bagi urusan tersebut. Permasalah ini berlaku kerana keperluan utama ketika membangunkan sistem e-Strata Johor adalah untuk menukar proses kerja secara manual kepada sistem pengkomputeran sahaja tanpa melihat kepada konteks penambahbaikan yang lebih luas. Tidak dinafikan juga wujudnya halangan yang mengakibatkan proses kerja permohonan sehinggalah kepada pengeluaran hakmilik strata tidak dapat dilakukan terutamanya dalam tempoh wabak pandemik COVID-19 sedang melanda negara. Antara cabaran yang memberi kesan adalah penutupan jabatan, penerapan konsep bekerja dari rumah dan kawalan akses kepada sistem pentadbiran tanah telah dihadkan penggunaanya kepada server dalaman Kerajaan Negeri sahaja selaras dengan dasar keselamatan ICT Negeri Johor. Ini bermaksud, pengguna tidak boleh mengakses sistem e-Strata Johor dalam tempoh bekerja dari rumah sehingga menjejaskan proses kerja harian. Dalam era pandemik ini, pentadbiran tanah harus dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada program pemulihan pasca COVID. Manfaat ekonomi bukan sahaja boleh menjadi sangat besar, tetapi ia merupakan bahagian penting untuk menjadikan pemulihan inklusif, mampan dan berdaya tahan (World Bank, 2020). Berdasarkan isu dan cabaran, menjadi satu keperluan untuk mengkaji keupayaan sistem e-Strata Johor yang telah dilaksanakan bukan hanya dalam konteks pengurusan dan pendaftaran hakmilik strata tetapi kajian lanjut berkaitan penambahbaikan yang berpotensi untuk dilaksanakan bagi tujuan penggunaan sistem permohonan dan pendaftaran hakmilik strata yang lebih berkesan di samping memodenisasikan Pentadbiran Tanah Johor selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa. Kesimpulan Faedah pelaksanaan sistem e-Strata Johor secara tidak langsungnya telah meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan pentadbiran tanah dan mewujudkan budaya kerja yang produktif serta jabatan dapat mengenal pasti tenaga pakar yang mahir melalui pemindahan ilmu dan teknologi di antara penyedia perkhidmatan dan pengguna. Namun, sistem e-Strata Johor masih memerlukan penambahbaikan secara berperingkat dari aspek penawaran berorientasikan permintaan pelanggan dan kehendak industri iaitu perkhidmatan kerajaan kepada kerajaan, kerajaan kepada rakyat dan kerajaan kepada perniagaan. Kajian terhadap potensi prosedur kerja pendaftaran sedia ada wajar dilakukan supaya ditambahbaik kepada pendaftaran secara elektronik yang berteraskan perkhidmatan hujung ke hujung seiring dengan perkembangan teknologi. Bahkan, baru-baru ini negara telah melancarkan teknologi 5G yang merupakan ‘game changer’ yang mewujudkan banyak perkhidmatan pintar untuk memberi kesan langsung kepada gaya hidup yang lebih efisien dari sudut kerja dan pengurusan harian. Apabila pembaharuan ini tidak diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan perubahan, maka sistem sedia ada akan kekal berada di takuk lama. Dalam konteks ini, transformasi digital adalah satu keperluan bagi memastikan Pentadbiran Tanah Johor terus kekal relevan. Penghargaan Saya merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada penyelia Dr Salfarina binti Samsudin atas segala panduan, bimbingan, nasihat, dorongan dan komitmen yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan kertas kerja ini. Tidak lupa juga penghargaan kepada Kerajaan Negeri Johor yang memberikan peluang kepada saya untuk melanjutkan
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 71 pengajian di Universiti Teknologi Malaysia serta Pentadbiran Tanah Johor dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas kerjasama dan bantuan yang dihulurkan. Rujukan Adnan, N. (2008). Kajian Permasalahan Dalam Pelaksanaan Sistem E-Tanah Di Pentadbiran Tanah Pulau Pinang. Azman, N.A. (2017). Faktor Mempengaruhi Pengeluaran Hakmilik Strata. Berita Harian (2017). Teknologi memudahkan cara bekerja. Berita Harian, 18 September 2017 Hashim, Z., Mohd Ali, H., Mujani, M.K., Yaakub, N. I., A. Zainol, R.M.A.R.M.Z. (2011). Integrated Electronic Land Adminstration System (e-tanah) In Malaysia. - Proceedings 2011 4th Ieee International Conference on Computer Science and Information Technology Chengdu, China. Ismail, M.S. (2014). Akta Hakmilik Strata 1985- Evolusi dan Cabaran Masa Hadapan. Jurnal Pentadbiran Tanah, 4(1), 49-70. Karim, N. S. A., Nordin, Z. A., Maidin, A. J., & Ismail, M. S. (2010). Electronic land administration system in Malaysia: A proposed review from ICT and legal perspectives. Paper presented at the 2010 International Symposium on Information Technology. Kraeling, M., & Tania, L. (2019). Software Engineering for Embedded Systems (Second Edition). Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Johor (2021). Laporan Penyelidikan dan Perundingan Fasa 1 Polisi Tanah Johor. Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Johor (2021). Manual Pengguna e-Strata Johor. Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Johor (2020). MyPortfolio Bahagian Hakmilik Strata PTG Johor. Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (2021). Leek, C. (1997). Information systems frameworks and strategy, Industrial Management & Data Systems, 97(3), 86-89. https://doi.org/10.1108/02635579710173149 Mahmood, M.S. (2018). Evolusi Perundangan Strata dan Sumbangan Kepada Negara. Persidangan Pentadbir Tanah Malaysia Ke-24 pada 27 Julai 2018. Maidin, A.J. et al (2008). Principles of Malaysian Land Law. Malayan Law Journal Sdn Bhd: Malaysia. Malaysia. (1985). Akta Hakmilik Strata. Kuala Lumpur Malaysia. Malaysia. (1965). Kanun Tanah Negara. Kuala Lumpur. Mariappan, G. (2006). Isu-Isu Pengintegrasian Pangkalan Data Ukur Kadaster dan Sistem Pendafttaran Tanah Berkomputer. Oyetayo, S.B., & Igbinomwanhia, U. (2019). A web-based land information system, tool for online land administration in Akure Nigeria. Williamson, I.P. (2001). Land Administration Best Practise Providing the Infrastructure for Land Policy Implementation, Land Use Policy, 18, 297-307 World Bank. (2017). Enhancing Public Sector Performance: Malaysia’s Experience with Transforming Land Administration. Global Knowledge & Research Hub in Malaysia. Zakariah, Y. (2022). Penambahbaikan Proses dan Prosedur Pendaftaran Urusniaga Tanah Bagi Mengatasi Penipuan dan Pemalsuan.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 72 PROFIL DEMOGRAFI KAJIAN SINERGI KEPIMPINAN DISTRIBUTIF DAN KOMITMEN ORGANISASI TERHADAP PENARAFAN KECEMERLANGAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH Zahariah Ismail dan Wan Abd Aziz Wan Mohd Amin Abstrak Profil demografi dalam kajian ini mengandungi data para Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah negeri Kelantan yang mencakupi; nama Pejabat Pendidikan Daerah, lokasi, jantina, umur, bangsa, kelayakan akademik tertinggi, tempoh perkhidmatan dalam pendidikan, tempoh berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan gred perkhidmatan. Kesemua data profil tersebut dihuraikan melalui statistik deskriptif melalui kekerapan dan peratusan. Pendahuluan Kajian ini bertujuan secara khususnya untuk mengenalpasti sinergi kepimpinan distributif Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (KPPD) terhadap komitmen organisasi daripada Pegawai PPD sehingga dapat mencapai Penarafan Kecemerlangan Pejabat Pendidikan Daerah (PKPPD) di negeri Kelantan. Terdapat 10 buah PPD dalam Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dimana sebuah PPD ditempatkan di setiap daerah dengan diketuai oleh KPPD negeri Kelantan iaitu Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang. Kekuatan KPPD sebagai pemimpin barisan hadapan dalam Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan menjadi persoalan adakah praktis kepimpinan distribuf KPPD mampu meningkatkan komitmen organisasi sehingga membawa kepada kecemerlangan pengurusan PPD dalam verifikasi Penarafan Kecemerlangan PPD. Jadual 1 Peratus Responden Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kelantan Perihal Populasi Sampel Peratusan Kota Bharu 66 39 14.0 Pasir Puteh 45 27 9.7 Tumpat 45 27 9.7 Kuala Krai 46 23 8.3 Tanah Merah 47 27 9.7 Pasir Mas 51 33 11.9 Bachok 46 27 9.7 Machang 41 25 9.0 Jeli 41 25 9.0 Gua Musang 44 25 9.0 Jumlah 472 278 100.0 Jadual 1 di atas menunjukkan taburan responden iaitu Taburan Responden Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kelantan. Dapatan kajian data demografi menunjukkan majoriti sampel kajian yang terdiri daripada Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kelantan iaitu 14.0 peratus
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 73 (39) terdiri daripada Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah di Kota Bharu, manakala 11.9 peratus (33) Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah di Pasir Mas, kemudian diikuti oleh 9.7 peratus (27) Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah di Pasir Puteh, juga 9.7 peratus (27) Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah di Tumpat, 9.7 peratus (27) Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah di Tanah Merah, 9.7 peratus (27) Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah di Bachok, 9.0 peratus (25) Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah di Machang, 9.0 peratus (25) Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah di Jeli, 9.0 peratus (25) Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah di Gua Musang dan akhir sekali peratusan yang sedikit adalah 8.3 peratus (23) Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah di Kuala Krai. Lokasi Jadual 2 Taburan Responden Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kelantan Mengikut Lokasi. Perihal Kekerapan Peratusan Bandar 39 14.0 Luar Bandar 239 86.0 Jumlah 278 100.0 Jadual 2 di atas menunjukkan taburan responden iaitu Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kelantan mengikut lokasi. Dapatan kajian menunjukkan majoriti sampel kajian Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kelantan 86.0 peratus (239) mereka yang tinggal di luar bandar manakala selebihnya 14.0 peratus (39) Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah yang tinggal di bandar. Jantina Jadual 3 Taburan Responden Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kelantan Mengikut Jantina. Perihal Kekerapan Peratusan Lelaki 232 83.5 Perempuan 46 16.5 Jumlah 278 100.0 Jadual 1.3 di atas menunjukkan taburan responden iaitu Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kelantan mengikut jantina. Dapatan kajian menunjukkan majoriti sampel kajian 83.5 peratus (232) Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kelantan terdiri daripada kaum lelaki lebih ramai berbanding 16.5 peratus (46) terdiri daripada Penolong Pegawai perempuan.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 74 Umur Jadual 4 Taburan Responden Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kelantan Mengikut Umur. Perihal Kekerapan Peratusan kurang 40 tahun 40 14.4 41-45 40 14.4 46-50 85 30.6 51-55 81 29.1 56-60 32 11.5 Jumlah 278 100.0 Jadual 1.4 di atas menunjukkan taburan responden iaitu Penolong Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kelantan mengikut umur. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakkan sampel kajian Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kelantan 30.6 peratus (85) terdiri daripada mereka yang berumur lengkungan 46 hingga 50 tahun, manakala 29.1 peratus (81) mereka yang berumur antara 51 hingga 55 tahun, 14.4 peratus (40) pula mereka yang berumur kurang daripada 40 tahun juga peratusan yang sama mereka yang berumur antara 41 hingga 45 dan paling sedikit 11.5 peratus (32) mereka yang berumur antara 56 hingga 60 tahun. Bangsa Jadual 5 Taburan Responden Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kelantan Mengikut Bangsa Perihal Kekerapan Peratusan Melayu 274 98.6 Cina 3 1.1 India 1 .4 Total 278 100.0 Jadual 5 di atas menunjukkan taburan responden iaitu Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kelantan mengikut bangsa. Dapatan kajian menunjukkan majoriti sampel kajian Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kelantan 98.6 peratus (274) terdiri daripada kaum Melayu, manakala 1.1 peratus (3) kaum China, dan selebihnya 0.4 peratus (1) daripada kaum India.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 75 Kelulusan Jadual 6 Taburan Responden Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kelantan Mengikut Kelulusan Perihal Kekerapan Peratusan Diploma 18 6.5 Ijazah Sarjana Muda 212 76.3 Ijazah Sarjana 46 16.5 Ijazah Kedoktoran 2 .7 Jumlah 278 100.0 Jadual 1.6 di atas menunjukkan taburan responden iaitu Penolong Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kelantan mengikut kelulusan. Hasil kajian menunjukkan majoriti sampel kajian Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kelantan 76.3 peratus (212) terdiri daripada Penolong Pegawai yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda lebih ramai berbanding 16.5 peratus (46) mereka yang berkelulusan Ijazah Sarjana, 6.5 peratrus (18) berkelulusan Diploma, dan peratusan paling sedikit adalah 0.7 peratus (2) berkelulusan ijazah kedoktoran. Pengalaman dan Perkhidmatan Jadual 7 Taburan Responden Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kelantan Mengikut Pengalaman Perihal Kekerapan Peratusan Kurang 10 Tahun 17 6.1 11-15 32 11.5 16-20 40 14.4 21-25 82 29.5 26-30 69 24.8 Melebihi 30 Tahun 38 13.7 Jumlah 278 100.0 Jadual 7 di atas menunjukkan taburan responden Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kelantan mengikut pengalaman. Dapatan kajian menunjukkan majoriti sampel kajian Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kelantan 29.5 peratus (82) terdiri daripada mereka yang telah mempunyai pengalaman antara 21 hingga 25 tahun, manakala 24.8 peratus (69) mereka yang telah berpengalaman antara 26 hingga 30 tahun, 14.4 peratus (40) berpengalaman antara 16 hingga 20 tahun, seterusnya 13.7 peratus (38) mereka yang telah berpengalaman melebihi 30 tahun, 11.5 peratus (38) mereka yang telah berpengalaman melebihi 30 tahun dan paling sedikit 6.1 peratus (17) mempunyai pengalaman kurang daripada 10 tahun.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 76 Tempoh Perkhidmatan di Pejabat Pendidikan Daerah Jadual 8 Taburan Responden Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kelantan Mengikut Tempoh Perkhidmataan Di Pejabat Pendidikan Daerah Perihal Kekerapan Peratusan Kurang 5 Tahun 146 52.5 6-10 99 35.6 11-15 25 9.0 16-20 3 1.1 Melebihi 20 Tahun 5 1.8 Jumlah 278 100.0 Jadual 8 di atas menunjukkan taburan responden iaitu Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kelantan mengikut tempoh perkhidmataan di Pejabat Pendidikan Daerah. Dapatan kajian menunjukkan majoriti 52.5 peratus (146) terdiri daripada mereka yang mempunyai tempoh perkidmatan di Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kelantan kurang daripada 5 tahun, manakala 35.6 peratus (99) mereka yang telah berkhidmat antara 6 hingga 10 tahun, 9.0 peratus (25) telah berkhidmat antara 11 hingga 15 tahun, seterusnya 1.8 peratus (5) mereka yang telah telah berkhidmat melebihi 20 tahun dan akhir sekali peratusan yang paling sedikit adalah 1.1 peratus (3) mereka yang telah berkhidmat antara 16 hingga 20 tahun. Gred Perkhidmatan Jadual 1.9 Taburan Responden Penolong Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Kelantan Mengikut Gred Perihal Kekerapan Peratusan DG41/42 18 6.5 DG44 127 45.7 DG48 78 28.1 DG52 29 10.4 DG54 7 2.5 Lain-Lain Gred 19 6.8 Jumlah 278 100.0 Jadual 1.9 di atas menunjukkan taburan responden iaitu Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kelantan mengikut gred. Dapatan kajian menunjukkan 45.7 peratus (127) mereka yang berada dalam gred jawatan DG44, manakala 28.1 peratus (78) Penolong Pegawai yang berada dalam gred jawatan DG48, 10.4 peratus (29) gred DG 52, 6.8 peratus (19) lainlain gred, 6.5 peratus (18) gred DG 41/42 dan peratusan paling sedikit 2.5 peratus (7) gred DG54. Kesimpulan Kajian ini cuba membuktikan KPPD yang mampu menyokong, membuat pemantauan lebih rapat dan memberi bimbingan kepada organisasi dengan merapatkan jurang PPD dengan organisasi sekolah demi kecemerlangan dan keberhasilan PPD.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 77 Rujukan Mohamad Nor Mohamad Taib. (2000). Modul Guru Sebagai Penyelidik: Asas-Asas Menjalankan Kajian di Sekolah. Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Mohd. Salleh Abu dan Zaidatun Tsir. (2001). Pengenalan Kepada Analisis Data Berkomputer SPSS 10.0 For Windows. Kuala Lumpur: Venton Publishing. Mohd. Majid Konting. (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan, (2nd ed), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Morgan, D. L. (2007). Paradigms Lost and Pragmatism Regained: Methodological Implications of Combining Qualitative and Quantitative Methods. Journal of Mixed Methods Research, 1(1),48-76 Morrison, G., Ross, S., & Kemp. J. (2007). Designing Effective Instruction. Hoboken, NJ: Wiley Mathison, S. (1988). Why Triangulate?. Educational Researcher, 17(2), 40-49 Morse, J., & Niehaus, L. (2009). Mixed method design: Principles and procedures. Walnut Creek, CA: Left Coast Press Norman, E. G., & Robert, L. (1990). Measuremnet and Evaluation in Teaching.(6th ed),. New York: Mac Millan. Norris, G. (1978). The Effective University: A Management by Objectives Approach.London: Scientific Control System Ltd. Norusis, M.J. (1994). SPSS 6.1 Base System User’s Guide Part 2. SPSS, Inc, Chicago.O’Cathain, A.O., Murphy, E., & Nicholl, J. (2010). Three Techniques for Integrating Data in Mixed Methods Studies. BMJ, 341:c4587 Zaidatun Tasir dan Mohd. Salleh Abu. (2003). Analisis Data Berkomputer SPSS 11.5 for Windows. Kuala Lumpur: Vwnton Publishing (M) Sdn. Bhd.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 78 KAJIAN KEBERKESANAN LAMAN WEB VIDEO PEMBELAJARAN AMALI AUTODESK MAYA SECARA DALAM TALIAN DI KOLEJ KOMUNITI TELUK INTAN Mohd Shahrul Izwan Ibrahim Abstrak Kolej Komuniti Teluk Intan ( KKTI ) merupakan antara kolej komuniti terawal yang telah ditubuhkan di Malaysia dan yang pertama di negeri Perak. Kolej Komuniti Teluk Intan juga menawarkan 2 program sijil yang mampu melahirkan graduan-graduan sesuai dengan kehendak pasaran semasa. Salah satu daripadanya adalah program Sijil Animasi 3D. Terdapat beberapa perisian yang digunakan bagi penghasilan animasi dalam program ini. Perisian utama yang digunakan oleh pelajar iaitu perisian Autodesk Maya. Perisian Autodesk Maya ini merupakan sebuah perisian yang sering digunakan untuk mereka menghasilkan animasi 3d. Oleh itu, kajian ini untuk mengenalpasti keberkesanan laman web video pembelajaran amali Autodesk Maya secara atas talian di Kolej Komuniti Teluk Intan. Seterusnya bagi mendapatkan maklumbalas serta cadangan penambahbaikan pada masa akan datang. Pengumpulan data melalui tinjauan awal, diperolehi secara kaedah kuantitatif melalui edaran borang soal selidik dalam talian kepada 30 orang pelajar yang mengikuti program Sijil Animasi 3d di Kolej Komuniti Teluk Intan. Hasil soal selidik dikumpulkan dan dianalisa untuk mengenalpasti kadar keberkesanan laman-laman web video pembelajaran amali Autodesk Maya secara atas talian . Data-data yang telah diperoleh dari kajian telah dianalisa menggunakan kaedah statistik deskriptif bagi menjawab persoalan-persoalan kajian. Hasil kajian menunjukkan tahap keberkesanan laman web video pembelajaran amali secara dalam talian mencatatkan nilai yang tinggi iaitu (min 4.900) dan halangan yang dihadapi mencatatkan nilai yang sederhana iaitu (min 3.5133). Walaupun kita dapat melihat bahawa tahap keberkesanan laman web pembelajaran amali secara dalam talian adalah tinggi. Namun begitu , pihak-pihak berwajib wajar mengambil tindakan atas halangan - halangan yang dihadapi pelajar dan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keberkesanan laman web pembelajaran amali secara dalam talian di Kolej Komuniti Teluk Intan. Kata Kunci: Keberkesanan Laman-Laman Web Video Pembelajaran Amali Autodesk Maya 3D Secara Dalam Talian Pengenalan Perkembangan dunia teknologi dan digital pada hari ini secara tidak langsung telah mengubah sedikit sebanyak landskap pendidikan di negara kita . Kaedah pengajaran secara tradisional tidak lagi dilihat relevan untuk dipraktikkan kepada pelajar generasi kini. Ketika dunia dilanda pandemik virus COVID - 19 , kita dapat melihat pelbagai idea-idea baru tentang kaedah pembelajaran dan pengajaran telah mula dipraktikkan peringkat pra sekolah hingga ke peringkat universiti. Salah satu kaedah pembelajaran yang popular adalah kaedah pembelajaran melalui laman web. Para penyelidik telah mula membincangkan kaedah pembelajaran melalui laman web sejak beberapa dekat lalu. Sebagai contoh , Abtar ( 1998 ) telah mencadangkan rekabentuk
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 79 laman web untuk pembelajaran yang efektif. Selepas itu , Jamaludin (1999) telah mencadangkan teori konstruktivisme dan aplikasinya dalam rekabentuk berasaskan web . Ramai pengkaji seperti Joerg ( 1995 ) Day ( 1996 ) dan Hambric ( 1997 ) mendapati bahawa pembelajaran melalui web lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah tradisional. Kaedah pembelajaran secara tradisional merupakan kaedah pembelajaran yang menuntut para pelajar untuk meluangkan banyak masa bersama pensyarah yang menyampaikan kandungan silibus dan melakukan demonstrasi di dalam kelas. Kini pelajar boleh mengakses maklumat dan membuat ulangkaji dan mebuat latihan mengenai topik-topik yang dipelajari melalui laman-laman web video pembelajaran amali secara dalam talian tanpa mengira waktu. Pelbagai idea alat-alat bantu mengajar yang menggunakan sumber terbuka di lamanlaman web merupakan satu perubahan paradigma sesuai dengan keperluan para pelajar bagi menjamin keberkesanan proses pengajaran. Kaedah pengajaran menggunakan berasaskan web mampu memberikan pelbagai impak positif kepada para pelajar untuk meningkatkan proses pembelajaran berbanding kaedah pembelajaran tradisional (Collis 1996, Khan 1999 ). Pelajar boleh menggunakan program pembelajaran berasaskan web untuk berkomunikasi , berkolaborasi dan menerbitkan bahan peribadi dalam interaksi diantara guru dan rakan pelajar. Keadaan ini membolehkan pelajar akses kepada sumber pembelajaran yang lebih luas dan munasabah melalui pautan laman web dengan selesa. Pernyataan Masalah Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, para pensyarah juga perlulah sentiasa mencari idea-idea baru dan alternatif lain bagi memastikan proses pembelajaran sangat efektif dan berkesan. Pembelajaran amali merupakan kaedah pembelajaran yang sangat penting bagi program-program pendidikan yang berteraskan kemahiran. Justeru itu , kaedah pembelajaran amali ini perlu dilaksanakan secara bersemuka. Oleh itu, para pensyarah mempunyai banyak cabaran dan masalah sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Masalah yang paling kerap dihadapi oleh pensyarah adalah ketika para pelajar tidak memahami dan tidak dapat mengikuti kaedah pembelajaran amali di dalam kelas. Ini secara tidak langsung memerlukan pensyarah untuk mengulangi langkah-langkah amali secara berulang-ulang kali . Hal ini biasanya berlaku bila terdapat para pelajar yang kurang berkemahiran dan memahami masalah untuk memahami topik-topik yang berkonsepkan amali. Sehubungan itu , masalah seperti yang dinyatakan atas terbukti memberi kesan kepada para pensyarah dan juga suasana di dalam kelas sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Para pensyarah terpaksa membazirkan masa untuk mengulang semua langkah-langkah pembelajaran amali itu kepada pelajar-pelajar yang bermasalah tersebut. Pensyarah perlu memastikan para pelajar tersebut memahami dan mampu melaksanakan seperti yang ditunjukkan oleh para pensyarah di dalam kelas. Oleh yang demikian , masalah ini mampu ditangani jika para pensyarah berupaya menggunakan perkembangan teknologi sebagai salah satu medium untuk membantu para pelajar semasa dan selepas waktu kelas. Sejajar itu ,dirumuskan bahawa aman-laman web video tutorial pembelajaran amali Autodesk Maya secara dalam talian adalah sesuai sebagai medium pembelajaran bagi pensyarah dan pelajar. Dalam erti kata yang lain , video pembelajaran amali secara dalam talian wajar dijadikan sebagai salah satu alat bantu mengajar tambahan oleh para pensyarah. Kewujudan laman-laman web pembelajaran amali secara dalam talian membolehkan para pelajar untuk mengakses atau merujuk video-video amali pembelajaran tanpa mengira waktu di seluruh pelusuk dunia selagi mana para pelajar mempunyai capaian internet. Oleh hal yang demikian , kajian ini dilaksanakan bagi menilai
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 80 tahap keberkesanan laman web pembelajaran amali Autodesk Maya secara dalam talian terutamanya dalam kalangan para pelajar. Objektif Kajian Objektif kajian yang akan dicapai dalam kajian ini ialah: 1. Mengenalpasti tahap keberkesanan laman web pembelajaran amali Autodesk Maya secara dalam talian. 2. Mengenalpasti halangan-halangan yang dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan laman web pembelajaran amali secara dalam talian. Kajian Literatur Pembelajaran melalui laman-laman web telah berkembang secara mendadak di dalam sistem pendidikan Malaysia. Menurut Saiful et al., (2014) ia meningkatkan kemudahan mengakses maklumat untuk pembelajaran bagi pelajar. Penghasilan laman-laman web video pembelajaran amali berupaya mempercepatkan pengajaran dan membantu proses pembelajaran selepas waktu kelas berlangsung dengan lebih efektif. Beberapa kajian telah dilaksanakan mengenai peranan para pensyarah untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Perkembangan dunia semasa terutamanya dalam bidang pendidikan secara tidak langsung menuntut para pensyarah untuk memainkan peranan dan mengambil langkah yang lebih proaktif bagi memastikan negara kita mampu melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dan memenuhi kehendak pasaran. Elemen-elemen utama laman - laman web pembelajaran amali secara dalam talian ialah capaian dan akses yang tiada had. Sehubungan itu laman-laman web pembelajaran amali secara dalam talian mampu untuk menyokong pembelajaran - pembelajaran amalai yang dilaksanakan di dalam kelas Metodologi Kajian Rekabentuk kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk tinjauan yang melibatkan pelajar-pelajar semester 1 , 2 dan 3 bagi program Sijil Animasi 3d di kolej Komuniti Teluk Intan. Instrumen kajian dibahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Bahagian A mengandungi maklumat demografi responden, bahagian B mengandungi 5 soalan berkaitan tahap keberkesanan laman web pembelajaran amali Autodesk Maya secara dalam talian . dan bahagian C mengandungi 5 soalan berkaitan halangan-halangan yang dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan laman web pembelajaran amali secara dalam talian. Kajian kuantitatif yang berbentuk tinjauan ini mengumpulkan data berdasarkan kepada Google Form yang diedarkan dan dijawab oleh responden. Kertas soal selidik dalam talian yang digunakan mengandungi beberapa bahagian seperti berikut:
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 81 Jadual 1 Taburan Item dalam Soal Selidik Kajian Jadual 2 Skala Yang Digunakan Dalam Borang Soal Selidik Bahagian Pemboleh Ubah Yang Ingin Dikenal Pasti No Item Jumlah Item A Demografi ( Maklumat diri ) 5 1-5 B Tahap keberkesanan laman web pembelajaran amali Autodesk Maya secara dalam talian. 1. Tahap penguasaan ilmu semakin meningkat 6 1 2. Tahap penguasaan kemahiran semakin meningkat. 7 1 3. Tugasan-tugasan dapat disiapkan dengan tempoh masa yang lebih singkat. 8 1 4. Kualiti hasil tugasan adalah lebih baik. 9 1 5. Minat terhadap bidang yang dipelajari semakin meningkat. 10 1 C Halangan-halangan yang dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan laman web pembelajaran amali secara dalam talian. 1. Halangan gadget. 11 1 2. Halangan capaian internet. 12 1 3. Halangan bahasa yang digunakan. 13 1 4. Halangan topik-topik yang terhad 14 1 5. Halangan laman-laman web yang berbayar 15 1 Kenyataan/Skor Min Peringkat Skala Tahap Rendah 1.00 - 2.33 Sangat Tidak Setuju ( STS ) 1 Tidak Setuju ( TS ) 2 Tahap Sederhana 2.34 - 3.66 Tidak Pasti ( TP ) 3 Setuju ( S ) 4
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 82 Dapatan Kajian Dapatan kajian diperolehi daripada kajian kuantitatif berbentuk tinjauan yang melibatkan pelajar-pelajar semester 1 , 2 dan 3 bagi program sijil animasi 3D di kolej Komuniti Teluk Intan.. Instrumen kajian dibahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Bahagian A mengandungi maklumat demografi responden, bahagian B mengandungi 5 soalan berkaitan impak laman-laman web tersebut kepada para pelajar . dan bahagian C mengandungi 3 soalan berkaitan peningkatan penguasaan kemahiran pelajar. Kajian kuantitatif yang berbentuk tinjauan ini mengumpulkan data berdasarkan kepada Google Form yang diedarkan dan dijawab oleh responden. Dapatan kajian adalah seperti berikut. Bahagian A: Demografi (Maklumat Diri ) Jadual 3 Senarai Nama Responden Tahap Tinggi 3.67 - 5.00 Sangat Setuju ( SS) 5 1 MUHAMMAD AMIRUL FARHAN BIN ZAIDI 2 NUR IZZATI BINTI RAMLI 3 SIVSANGGARI A/P SINGARA VELOO 4 MUHAMMAD BAZLI SYAH BIN BAKRI 5 LIM PEI PEI 6 MUHAMMAD ARIF HAIKAL BIN SHARUDDIN 7 AIDIEL NAHAR BIN AZLAN 8 AHMAD FIRDAUS LUBIS BIN ZAINAL BAHRI 9 VIMALSEELAN A/L GUNASEELAN 10 VEGNESH TEVER A/L T POOBALAN 11 LUQMAN HAKIM MOHD ARIS 12 ADAM NAIM BIN MOHD ANUAR 13 AHMAD TAQIYUDDIN BIN AMAD INSA 14 HASAN AZHARI BIN AZAHAR 15 AHMAD EZZAT AFIFY AKMAL BIN ABD RASHID 16 AMIRUL AFIQ BIN ZAHARI 17 MUKHLISS BIN MOHD RAZALI 18 MUHAMMAD NUR IKRAM BIN AHMAD HUSSIN 19 SITI HAJAR MAISARAH BINTI AHMAD NORDDIN 20 NUR AMIN SYAZWAN BIN YUSOFF 21 MUHAMMAD AFIQ KHAIRI BIN AZEMI 22 MUHAMMAD ADAM MIKHAIL BIN SHAHARUL NIZAM 23 MOHAMAD FIRAS BIN NI AZNAN 24 HARSHINI A/P VASANTHA KUMAR
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 83 Rajah 1. Umur Responden Rajah 2. Jantina Responden 25 MUHAMMAD HAZIQ FITRI BIN MOHAMED ZAIDI 26 THIWYASRI A/P RAJENDRAN 27 MOHD SHAFIK IMAN BIN DAHALAN 28 NURZARITH NAIDA BINTI AHMAD 29 MUHAMMAD HUSNAIN HAIKAL BIN MOHAMED HUSSEIN 30 MUHAMAD ASHMAN BIN MOHAMAD KAMAL RUZMAN
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 84 Rajah 3. Bangsa Responden Rajah 4. Semester Pengajian Semasa
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 85 Bahagian B : Impak laman web video pembelajaran video pembelajaran amali Autodesk Maya secara atas talian. Rajah 5. Tahap penguasaan ilmu semakin meningkat Rajah 6. Tahap penguasaan kemahiran semakin meningkat
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 86 Rajah 7. Tugasan-tugasan dapat disiapkan dengan tempoh masa yang lebih singkat Rajah 8. Kualiti hasil tugasan adalah lebih baik.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 87 Rajah 9. Minat terhadap bidang yang dipelajari semakin meningkat Jadual 4 Analisis data deskriptif tahap Keberkesanan laman web pembelajaran amali Autodesk Maya secara dalam talian
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 88 Bahagian C: Halangan-halangan yang dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan laman web pembelajaran amali secara dalam talian. Rajah 10. Halangan gadjet. Rajah 11. Halangan capaian internet
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 89 Rajah 12. Halangan bahasa yang digunakan. Rajah 13. Halangan topik-topik yang terhad
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 90 Rajah 14. Halangan laman -laman web berbayar. Jadual 5 Analisis data halangan-halangan yang dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan laman web pembelajaran amali secara dalam talian.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 91 Jadual 6 Cadangan dan maklum balas responden Cadangan dan Maklum Balas Berdasarkan analisis data kajian yang diperolehi daripada pakar, terdapat beberapa komen dan cadangan yang telah dikemukakan.Antara cadangan yang dikemukakan adalah supaya pihak berwajib membangunkan satu laman web khas untuk para pelajar animasi untuk menonton video-video pembelajaran amali Autodesk Maya secara dalam talian. Pelajar akan lebih mudah memperoleh video-video rujukan di hanya satu laman web tanpa perlu ke laman–laman web yang lain. Selain itu, responden juga menyarankan bahawa agar pensayrah untuk menghasilkan video-video tutorial pembelajaran amali tersebut dalam bahasa bahasa melayu. Komen dan cadangan daripada responden akan diambil dan akan dibincangkan bersama pihak berwajib. Kesimpulan Secara kesimpulannya, melalui hasil yang diperolehi pengkaji dapat merumuskan bahawa laman-laman web video pembelajaran amali Autodesk Maya secara dalam talian dapat memberi kesan positif kepada para pelajar program Sijil Animasi 3D di Kolej Komuniti Teluk Intan. Laman-laman web video pembelajaran amali dalam talian merupakan satu alternatif yang dapat membantu para pensyarah untuk melaksanakan proses pembelajaran dengan lebih berkesan. Persepsi dan penerimaan oleh pelajar menunjukkan sebahagian besar pelajar menerima secara positif teknologi digital sebagai alat untuk tujuan Pendidikan. Tahap keberkesanan yang tinggi juga menunjukkan bahawa laman-laman web video pembelajaran amali dalam talian menyediakan peluang kepada generasi baharu dengan aktiviti pembelajaran yang lebih baik tanpa mengambil kira faktor masa dan tempat kerana boleh diakses pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, usaha sewajarnya perlu diambil oleh pihak berkepentingan (pihak universiti, akademik dan badan kerajaan) untuk meningkatkan kualiti pembelajaran sekaligus melahirkan graduan yang berkualiti dan mampu memenuhi kehendak pasaran. Rujukan Abtar Kaur, 1999 Designing WEB Pages For Effective Learning, Kertas Prosiding, Konvensyen Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, Kali ke 11: 1-9 , Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, Kuala
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 92 Lumpur: Abtar Kaur, 2001 Multimedia dan Internet Dalam Peningkatan Pemikiran Pelajar, http://mdc.um.edu.my:88/abtar/lamangeeo.insf, Universiti Malaya Jamaludin Mohaidin, 1999 Konstruktivisme: Aplikasinya dalam rekabentuk Pembelajaran berasaskan web, Teknologi Instruksi Dan Pendidikan Bestari: Persediaan Dan Cabaran Dalam Alaf Baru: 1-14, Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur Saiful, A. B., Lazim, A., Azwadi, A., & Hafiz, Y. (2014). Pemodelan Penerimaan Pelajar Terhadap Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE). Journal of Business and Social Development, 2(2), 36–47. https://doi.org/10.1160/TH12-05-0332 Guat, T. M. (2015). Pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Penyelidikan IPG KBL, 12, 1–23. https://doi.org/10.1016/j.procs.2014.02.024 Zompakis, N., Noltsis, M., Rodopoulos, D., Catthoor, F., & Soudris, D. (2017). Energy Efficient Adaptive Approach for Dependable Performance in the presence of Timing Interference. Proceedings of the on Great Lakes Symposium on VLSI 2017 - GLSVLSI ’17, 209–214.https://doi.org/10.1145/3060403.3060449 Zainoriah Kadri. (2014). Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Kreatif Dan Kritis Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Komsas Di Sekolah Menengah ( Learning of Literature Component in Secondary Schools Implementation of Critical and Creative Thinking Skills in the Teaching and ). Malay Language Education Journal – MyLEJ, 4(2), 2180–4842. https://doi.org/10.1145/1306813.1306843
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 93 PERMAINAN TRADISI ANYAMAN MENINGKATKAN KREATIVITI KANAKKANAK MENERUSI KONTEKS SOSIAL BUDAYA Rushana Sulaiman, Mat Redhuan Samsudin, Wan soliana Wan Md Zain, Nur Fatiyah Roslan, dan Siti Safura Zahari Abstrak Kertas kerja ini bertujuan membahaskan hasil kreativiti daripada permainan tradisi kanakkanak berdasarkan kaedah pembuatan dan penggunaan bahan menerusi nilai sosial budaya. Tujuan utama kajian adalah mengenal pasti jenis-jenis permainan tradisional kanak-kanak berbentuk anyaman sebagai warisan budaya yang perlu didokumentasikan. Kajian tentang hubung kait antara aspek formalistik seni dan sosial budaya dilakukan menerusi reka bentuk pembuatan permainan pada era 80 atau 90 an. Kebanyakan kanak-kanak zaman dahulu menghasilkan permainan tradisional menggunakan objek sekeliling mereka. Pola tingkah laku, persekitaran, nilai dan keperluan juga dilihat bagi membentuk ekspresi daripada kreativiti menerusi sistem sosial budaya. Metodologi pengumpulan data secara bertulis dan visual dalam kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif secara deskriptif. Kaedah dokumentasi, rakaman visual dan pemerhatian digunakan untuk mengumpul maklumat berkenaan kajian yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan bahawa permainan tradisional kanak-kanak sangat terkait dengan proses pembentukan nilai budaya menerusi pemikiran kreatif yang diperoleh secara informal. Proses ini berlaku ketika penghasilan reka bentuk permainan menggunakan alatan dan bahan yang didapati di persekitaran, kaedah permainan dan penjanaan kreativiti dalam kalangan para pemain atau penghasil yang terlibat. Implikasi kajian menunjukkan permainan tradisional kanak-kanak boleh dilihat dan dihayati dari sudut sosial budaya. Ianya dapat memberi impak yang positif terhadap pembinaan konsep kendiri generasi baru. Kata Kunci: Kreativiti, Permainan Tradisi, Anyaman, Nilai Sosial Budaya. Pengenalan Pemikiran kreatif bermaksud perlu berfikir, mencipta dan menghasilkan. Jika tidak wujud manusia yang berfikiran kreatif maka manusia hanya hidup bersandarkan material yang diberi oleh alam sahaja tanpa memanfaatkannya untuk faedah dalam kehidupan mereka. Kanak-kanak memiliki daya imaginasi dan kreativiti yang tinggi. Daya imaginasi ini yang membolehkan mereka mencipta hasil yang kreatif dan menakjubkan. Kanak-kanak yang kreatif mempunyai sifat kendiri yang baik, berkeyakinan suka mencuba dan sanggup menghadapi risiko (Siren, 1998). Kanak-kanak ada zaman dahulu sekitar tahun 70 dan 80 an, keinginan untuk bermain yang tiada batasan ini dihalang oleh kemudahan untuk mereka bermain. Dari segi material yang menyokong amat kurang. Jika terdapat peralatan tersebut, tetapi tidak mampu memilikinya kerana kehidupan keluarga yang kurang berkemampuan. Oleh itu, untuk memenuhi hasrat mereka untuk terus bermain, mereka menggunakan daya kreativiti mereka mencipta permainan mereka sendiri berdasarkan bahan yang ada di persekitaran mereka. Keinginan dan daya imaginasi menjadikan kanak-kanak boleh mencipta alat permainan mereka sendiri. Setiap yang dihasilkan adalah berdasarkan tindak balas reaksi luaran penghasil terhadap persekitarannya