TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 94 (Husain, 2014). Ianya menyebabkan individu tersebut bertindak mentafsirkan dalam reka bentuk tersendiri. Oleh sebab ini, wujudnya permainan unik tersebut seperti permainan tradisi anyaman. Anyaman merupakan permainan kreatif daripada daun kelapa dan daun ubi kayu, ianya dapat memperkembangkan daya kreativiti kanak-kanak malahan mampu mengimbangkan psiko-emosi, sosial, kognitif dan fizikal kanak-kanak. Dalam usaha meneroka keunikan permainan kreatif, dedaun mampu membantu dalam pengembangan bakat kreativiti kanakkanak menerusi seni tradisi anyaman masyarakat. Usaha ini bagi memupuk nilai budaya sosial masyarakat dan mengembalikan tradisi anyaman dalam kalangan kanak-kanak generasi digital (Che Lah, 2018). Rohidi (2000) menjelaskan budaya adalah keseluruhan idea, tindakan dan hasil kerja manusia dalam rangka kehidupan masyarakat yang dijadikan milik sendiri dengan mempelajarinya. Sesebuah karya seni melibatkan seni pembuatan permainan dihasilkan melalui pemikiran yang dialami penghasil kerana kesan pengamatan dan seluruh sistem budaya yang dipelajari dalam kehidupannya. Tujuan Kajian Tujuan kertas kerja ini untuk menjelaskan secara visual kesenian reka bentuk permainan kanakkanak dalam konteks memahami sistem sosial budaya yang dimanifestasikan oleh penghasil dan pemain. Ianya dilihat dalam konteks nilai, persekitaran, keperluan dan perilaku yang tercermin dalam teknik pembuatan permainan seperti berikut: 1. Mengenal pasti jenis permainan tradisi anyaman zaman kanak-kanak era 80 atau 90 an. 2. Menganalisis perkaitan antara formalistik seni dalam permainan tradisi anyaman kanakkanak menerusi nilai sosial budaya. Rajah 1: Kerangka teori diadaptasi daripada konsep formalistik seni, sistem sosial budaya TEKNIK KEPERLUAN ESTETIKA FUNGSI PERILAKU PERSEKITARAN NILAI PERMAINAN TRADISI ANYAMAN BENTUK
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 95 Metodologi Kajian Pendekatan kajian berbentuk kualitatif deskriptif dengan pelaksanaan inter-disiplin. Terdapat tiga kaedah pengumpulan data yang digunakan iaitu pemerhatian, visual rakaman dan analisis dokumentasi bagi mendapatkan maklumat mengenai reka bentuk pembuatan permainan tradisional kanak-kanak dalam konteks apresiasi dan sosial budaya. Data dikumpul berasaskan kepada kerja lapangan secara empirikal data yang diperoleh ketika berada di lapangan. Data Analisis Permainan Tradisi Anyaman Anyaman Daun Kelapa Rajah 2. Anyaman daun Kelapa Serunai daun kelapa merupakan satu rekaan yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang dibesarkan di kawasan kampung sebagai salah satu alat permainan bagi mengisi masa lapang. Serunai ini dibentuk seperti tanduk dan ianya diperbuat daripada daun kelapa yang masih muda. Serunai Daun Kelapa adalah alat tiup berpipit. Serunai ini juga merupakan satu ciptaan yang terhasil daripada pemikiran masyarakat Melayu zaman silam yang perlu dirakamkan sebagai khazanah kerana berhubung dengan ilmu bunyi. (Nik Mohd Salleh, 1995). Manakala Aksesori daripada daun kelapa adalah antara reka bentuk pembuatan permainan yang paling digemari oleh kanak-kanak perempuan pada ketika dahulu. Mereka menghasilkan satu set perhiasan yang lengkap seperti cincin, gelang dan rantai. Senjata seperti keris daun kelapa pula merupakan permainan anyaman yang digemari kanak-kanak lelaki ketika kecil dahulu. Ini merupakan satu pengalaman hasil daripada pengaruh interaksi dengan alam sekeliling dan melahirkan ciptaan untuk memenuhi tuntutan rohani dan jasmani mereka Serunai daun kelapa Gelang daun kelapa Keris daun kelapa
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 96 Anyaman Daun Ubi Kayu Rajah 3. Anyaman daun Ubi Kayu Rantai leher ini dihasilkan menggunakan pelepah daun ubi kayu yang matang dan berukuran besar agar proses membuat kalung lebih mudah. Pelepah itu dipatahkan tanpa memutuskan keseluruhannya. Kulit luar dibahagikan dua dan empulur di dalamnya dibiarkan melekat pada salah satu kulit luar yang dibuat secara berselang seli. Ketelitian diperlukan supaya pelepah yang dipatahkan tidak terputus dua. Untuk menghasilkannya bukan memerlukan kemahiran, tetapi ketelitian dan kesabaran yang tinggi. Inilah antara aktiviti atau kemahiran yang sering diaplikasikan dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa ketika ada peluang untuk melakukannya. Selain itu daun ubi kayu juga boleh menghasilkan reka bentuk figura dan bunga-bungaan. Permainan tradisi anyaman sebagai Medium Sosial budaya Permainan kanak-kanak hasil rekaan mereka mempunyai pelbagai bentuk yang tersendiri. Walau bagaimanapun bentuk dan jenisnya, kanak-kanak tetap memainkan dengan penuh kepuasan dan kegembiraan (Azizah & Zainun, 2001). Permainan kanak-kanak terbahagi kepada dua jenis iaitu berbentuk material dan bukan material (Tukiman et al., 2009). Permainan material memerlukan peralatan dalam permainan mereka. Ianya boleh didapati dari alam sekeliling mereka sahaja seperti permainan daripada anyaman daun kelapa dan daun ubi kayu. Pokok kelapa dan pokok ubi kayu kebanyakannya terdapat di kawasan kampung dan bahan tersebut amat mudah didapati. Anyaman merupakan permainan daripada daun kelapa dan daun ubi kayu, ianya dapat memperkembangkan daya kreativiti kanak-kanak. Usaha ini bagi memupuk nilai budaya dan mengembalikan tradisi anyaman dalam kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang dilahirkan dan dibesarkan di kawasan kampung lebih tertarik dan kreatif kerana mereka menyedari bahawa bahan, alatan dan lokasi permainan wujud di persekitaran mereka. Umumnya permainan tradisional ini mempunyai kaedah dan corak permainan lebih mudah, ringkas dan berilhamkan alam semula jadi. Situasi ini membina nilai Rantai Daun Ubi Kayu Figura Daun Ubi Kayu Bunga Daun Ubi kayu
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 97 menghargai alam dalam diri kanak-kanak melalui proses kitar semula barangan terbuang dan dihasilkan sebagai alat permainan. Persekitaran yang dilalui oleh kanak-kanak mampu meningkatkan proses kematangan dalam berkarya. Ianya merupakan sebuah pengembaraan kehidupan yang diharungi dalam pelbagai bentuk, ruang dan masa. Pengalaman apabila menjadi seorang kanak-kanak yang dilahirkan di kawasan kampung, mencipta permainan sendiri daripada objek sekeliling dan bermain bersama kawan-kawan. Ianya merupakan daya tarikan daripada persekitaran bagi membentuk kepuasan dan keperluan peribadi (Hoing, 2006). Feldman (2000) menyatakan permainan kanak-kanak ini juga mempengaruhi perilaku kerana aktiviti melibatkan objek dan pergerakan otot. Teknik penghasilan permainan tradisional kanak-kanak ini datang daripada pemerhatian pemain ke atas perilaku individu yang lebih dewasa. Kemudian teknik dan kemahiran yang di perhati di aplikasikan mengikut kesesuaian dan keupayaan kanak-kanak tersebut dari segi penggunaan bahan dan alatan. Idea awal permainan ini juga boleh dikatakan pengaruh daripada media massa. Penggunaan dedaun tersebut juga sebagai medium untuk membantu kemahiran menulis dalam kalangan kanak-kanak. Anyaman merupakan asas kepada kemahiran motorik halus untuk memastikan kecekapan penulisan serta daya fokus. Ianya juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali dan mengalami keunikan anyaman sebagai permainan kreatif. Selain itu dapat mengekalkan sumber tradisi masyarakat dan mengoptimumkan sumber semula jadi sebagai bahan pembelajaran secara informal dalam kalangan kanak-kanak (Che Lah,2018). Pada era 70 dan 80 an apabila kanak-kanak meminta permainan, ibu bapa lebih suka menyediakan bahan dan mengajar mereka cara membuat permainan sendiri. Perjuangan besar kanak-kanak untuk mendapatkan hasil permainan itu, mestilah bekerja keras dan berusaha melalui proses pembuatan supaya ianya boleh digunakan. Bahan-bahannya agak mudah didapati di sekeliling mereka sahaja. Permainan tradisional yang dihasilkan daripada bahan persekitaran diperoleh tanpa mengeluarkan modal. Matlamat mereka hanya bermain dengan gembira bersama kawankawan. Ianya juga sebagai satu kaedah bersosial bersama rakan sebaya bagi memantapkan kemampuan berkongsi idea untuk menghasilkan permainan yang memberi kepuasan. Bagi kanak-kanak bermain adalah salah satu kaedah mereka berkomunikasi. Komunikasi merupakan proses sesuatu idea, nilai dan sikap yang dikongsi oleh seseorang individu dengan individu yang lain. Hubungan sesama manusia dan objek sekeliling itu mendatangkan kefahaman. Melalui permainan kanak-kanak boleh bertukar idea bagi memeriahkan lagi permainan. Pergaulan dalam kalangan kanak-kanak juga memperbaiki tingkah laku mereka. Nilai budaya yang boleh diterapkan dalam permainan kanak-kanak adalah menerusi kaedah penghasilan, teknik permainan, pemilihan lokasi dan penggunaan bahan dan alatan. Ianya diadaptasikan melalui sifat kesabaran, usaha berterusan, berani mencuba ketika melalui proses penciptaan permainan tersebut. Nilai ini terbina dalam diri pemain dan penghasil setelah proses berjaya tanpa disedari mereka. (Suyami,2006). Ketika proses bermain pula kanak-kanak memperoleh nilai kepatuhan, persahabatan, perancangan, kejujuran, semangat kesukanan, kerjasama dan hormat-menghormati (Hamid, 2015). Nilai hormat-menghormati adalah satu elemen penting yang perlu diterapkan sewaktu proses bermain kerana mengajar mereka lebih berdisiplin (Hussain, 2014). Nilai positif permainan tradisional ialah mewujudkan daya usaha kanak-kanak mencipta dan menghasilkan sendiri mengikut kreativiti mereka. Kesenian hadir hasil daripada keperluan serta kehendak manusia yang ingin melepaskan ekspresi keseniannya melalui pengucapan media, idea dan pengalaman kehidupan.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 98 Manusia yang berkesenian merupakan individu yang ingin memaparkan perasan dalam diri untuk dilepaskan bagi keperluan asas manusia. (Tjetjep,2000). Ciri yang penting dalam menghasilkan idea yang kreatif ialah melalui pengamatan dan kepekaan dalam menilai persekitaran, pengalaman dan kesungguhan untuk memenuhi keinginan. Kebolehan imaginasi manusia tidak terbatas bila bergabung dengan nilai kreatif dalam diri seseorang maka tercipta rekaan baru untuk memenuhi keperluan mereka. Setiap manusia mempunyai kehendak biologi iaitu suatu kehendak desakan naluri dan kehendak segi sosial yang meliputi jasmani dan rohani. Bagi memenuhi kehendak jasmani dan rohani manusia memerlukan alatan tertentu. Peralatan yang dihasilkan manusia merupakan hasil tingkah laku manusia yang berupa material/artifak iaitu alat yang dicipta seperti anyaman dari daun kelapa. Kesimpulan Kesenian dan permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia dan tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakat sehingga hari ini. Bagi menjalankan aktiviti dalam kehidupan, masyarakat tidak ketinggalan mengisi masa lapang dengan pelbagai kegiatan yang dapat menghiburkan hati antaranya menerusi permainan tradisional kanak-kanak yang dikaji. Permainan dihasilkan bertujuan untuk memupuk nilai bagi beradu kemahiran, menguji kecekapan, dan semangat kerjasama antara pasukan yang terlibat. Masyarakat mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai tingkah laku dan keturunan, Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh zaman kanak-kanak tersebut. Ianya juga mengukur tahap kemahiran yang diaplikasikan secara sistematik dalam pembuatan permainan yang terlibat yang terhasil daripada persekitaran pemain. Kanak-kanak adalah pewaris orang dewasa, sehubungan itu mereka perlu diterapkan dengan nilai dan Norma dalam budaya masyarakat agar mereka dapat mengisi tempat tersebut dan melaksanakan peranan yang diharapkan. Mempelajari budaya masyarakat tidak semestinya terbatas dalam ruang lingkup sekolah atau institusi pendidikan formal, sebaliknya boleh berlaku melalui permainan iaitu pendidikan secara informal (Abdullah, 2008). Rujukan Abdullah.F.et al. (2008). Dari Halaman Rumah ke Hadapan Layar: Pola Bermain dan Fungsinya Kepada Perkembangan Kanak-Kanak. Jurnal e-Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Azizah Lebai Nordin & Zainun Ishak. (2001). Pendidikan prasekolah untuk guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Che Lah,F.(2018). Mainan kreatif daun kelapa. Harian Metro. Hamid,Z.(2015). Pemikiran Visual dari permainan ‘kapai sabut nyoq’ berasaskan sistem sosial budaya. 4 th International Seminar of Nusantara Heritage Proceeding. Universiti pendidikan sultan Idris, Tanjong Malim. Honig, A. S. (2006). What infants, toddlers and preschoolers learn from play: 12 ideas. Montessori Life, 18(1), 16-21. Hussin, A. H. (2014).Seni, pendidikan dan kebudayaan. Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim. Isernberg, J. P., & Jalongo M. R. (2010). Creative Expression and Play in Early. Kassim Thukiman, Hamidah Abdul Rahman. (2009). Hubungan etnik di Malaysia: perspektif, teori dan praktik. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Nik Mohd Salleh, N.M.(1995). Alat Muzik Tradisional Dalam Masyarakat Melayu Di Malaysia. Siren, N.R. (1998). Kreativiti: melihat hubungan sosial kanak melalui permainan tradisional jawa. Jurnal pengajian media Malaysia. Rohidi,T.T.R.,(2000). Kesenian dalam Pendekatan Kebudayaan. Bandung:Accent Graphic Communication. Suyami. (2006). Kandungan Nilai Dalam Permainan Egtang dan Gobag sodor. Makalah Seminar Tevitalisasi Permainan Tradisional yang diselenggarakan oleh Jarahnitra.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 99 PEMBANGUNAN PAPAN LITAR BERCETAK BAGI EqR EDUKIT DAN MOBILE E-METER DI JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLIMAS Zulkefli Iberahim, Zainatul Azira Ismail dan Mohd Hairol Mizzam Haris Abstrak Di dalam cabaran pendidikan era pandemik ini, para pengajar perlu proaktif mengadaptasi segala keperluan pengajaran secara dalam talian ekoran daripada perintah kawalan pergerakan yang tidak membenarkan pengajaran secara bersemuka. Ini termasuklah alat bantu mengajar dan pelbagai kaedah penyampaian mengajar secara dalam talian supaya pelajar dapat menerima dan memahami ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya. Langkah ini bersesuaian dengan objektif strategik 4B, Teras 4, Pelan Strategik Politeknik iaitu menerajui sistem pendidikan melalui TVET 4.0 dengan meningkatkan keberkesanan mekanisme penyampaian. Begitu juga dengan kursus Electonic Equipment Repair yang terpaksa ditangguhkan pada sesi Jun 2020 di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah akibat daripada kurang alat bantu mengajar amali yang bersesuaian yang boleh digunakan oleh pensyarah politeknik yang mengajar pelajar di rumah masing-masing secara dalam talian. Antara pemasalahan lain, kurang perisian yang sesuai dan pelajar memerlukan kemahiran dan peralatan khas untuk mendiagnosis masalah pada peralatan elektronik dalam kursus Electronic Equipment Repair. Alat bantu mengajar yang sedia ada hanya sesuai digunakan di makmal politeknik dengan pantauan pensyarah secara bersemuka. Oleh itu, pengkaji menaiktaraf alat bantu mengajar tersebut yang dinamakan EqR Edukit dan Mobile E-Meter untuk pengajaran amali secara atas talian. Kedua-dua alat bantu mengajar ini meningkatkan pemahaman pelajar dan minat pelajar dalam kursus tersebut walaupun belajar jauh dari pensyarah dan makmal. EqR Edukit ini boleh digunakan di dalam empat kerja amali di dalam kursus tersebut dan Mobile E-Meter pula menggunakan dua teknologi tanpa wayar iaitu Bluetooth dan Wifi bagi memudahkan bacaan dari telefon pintar pelajar masing-masing. Sebagai kesimpulan, EqR Edukit dan Mobile E-Meter telah menyelesaikan masalah alat bantu mengajar yang bersesuaian bagi tujuan mengajar amali kursus Electonic Equipment Repair secara dalam talian. Kata Kunci: Papan Litar Bercetak, Elektronik, Internet of Things, Kit, Pengajaran dan Pembelajaran. Pengenalan Pendidikan tinggi adalah antara sektor yang menerima kesan signifikan daripada pandemik Covid-19 ini. Selain daripada isu gajet dan juga talian internet, cabaran yang terbesar adalah sejauh mana tahap keberkesanan penyampaian Pembelajaran dan Pengajaran Dalam Talian (PdPDT). Pelaksanaan projek ini juga mempunyai kaitan dengan keadaan dan ekosistem semasa. Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan perkara penting bagi memastikan para pelajar memahami dan mengikuti isi kandungan kursus yang disampaikan. Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Bagi kursus amali dan bengkel, beberapa kaedah pengajaran yang
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 100 boleh digunakan iaitu tunjuk cara, simulasi, projek, memberi arahan, latih tubi, sumbang saran, dan eksplorasi – penemuan. Di Politeknik Malaysia, setiap pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Diploma Kejuruteraan Elektrik Elektronik didedahkan dengan amalan praktikal Baikpulih Peralatan Elektronik dalam kursus amali dan bengkel pada setiap semester. Di antara kursus yang perlu diambil oleh pelajar pada semester 3 adalah kursus DEE30052 Electronic Equipment Repair. Namun kursus Electronic Equipment Repair yang terpaksa ditangguhkan pada sesi Jun 2020 di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah akibat daripada kurang alat bantu mengajar amali yang bersesuaian yang boleh digunakan oleh pensyarah politeknik yang mengajar pelajar di rumah masing-masing secara dalam talian. Antara pemasalahan lain, kurang perisian yang sesuai dan pelajar memerlukan kemahiran dan peralatan khas untuk mendiagnosis masalah pada peralatan elektronik dalam kursus Elecronic Equipment Repair. Alat bantu mengajar yang sedia ada hanya sesuai digunakan di makmal politeknik dengan pantauan pensyarah secara bersemuka. Kumpulan pengkaji telah mengenalpasti masalah berbangkit berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran Dalam Talian (PdPDT) Pasca Perintah Kawalan dan Pergerakan Covid-19. Seterusnya, projek inovasi EqR Edukit with Mobile E-Meter ini telah menaiktaraf dua projek inovasi yang dihasilkan sebelum ini iaitu Trainer Single Stage Amplifier (Zainatul et al 2019) dan Mobile Voltmeter (Siti Maryam et al 2020). Kedua-dua projek ini telah pun mendapat penganugerahan di peringkat jabatan dan juga kebangsaan. Kajian Literatur Pembangunan aplikasi kit pembelajaran “Wireless Serial Module with Anttena” ini dijalankan ke atas pelajar-pelajar semester tiga Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Relevan kit pembelajaran ini djalankan adalah untuk mencapai hasil pembelajaran yang digariskan oleh Jabatan Pengajian Politeknik. Bagi mencapai hasrat tersebut, penggunaan teknologi tanpa wayar dengan kelengkapan antena dibina bagi membantu pendekatan pembelajaran di dalam kelas lebih efektif. Satu projek berkaitan dengan Media Penghantaran diberikan, ia merangkumi Unguided Transmission Medium dan Antenna. Projek ini juga perlu memenuhi spesifikasi yang ditetapkan iaitu mempunyai penghantaran dan penerimaan. Secara keseluruhan projek ini telah dapat dibangunkan dan boleh dilakukan penambahbaikan terutamanya dalam susunatur reka letak dan cara pengunaan kit pembelajaran. ( Akma et al 2019) Single Stage Amplifier Trainer ini merupakan alat bantu mengajar yang digunakan ketika melakukan latihan amali dan ujian amali semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Menggunakan telefon pintar sediaada yang telah dimuatturun dengan BT Terminal Free, penguna boleh mengukur voltan litar dengan kadaran 0V-20V arus terus. Single Stage Amplifier Trainer Volmeter ini terdiri daripada Bluetooth HC-06, litar voltmeter, Arduino Uno, bekalan kuasa AC/DC, kipas pengalir haba beserta litar single stage amplifier bagi tujuan mengukur bacaan voltan. Single Stage Amplifier Trainer mengunakan Voltmeter via Bluetooth, Arduino UNO dan pengatucaraaan sebagai komponen utama produk. ( Zainatul et al 2019) Kursus Teknologi Elektrik merupakan satu kursus yang perlu dipelajari oleh pelajar Kejuruteraan Mekanikal dimana pelajar perlu memahami konsep-konsep asas elekrik yang digunakan di dalam mekanikal. Amali di makmal penting untuk menghasilkan graduan kejuruteraan yang berkemahiran tinggi. Walaubagaimanapun ianya selalu mendatangkan masalah kepada pelajar kejuruteraan Mekanikal kerana kelemahan dalam menguasai konsep, ini menyebabkan pelajar tidak dapat membuat penyambungan litar secara efektif seterusnya
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 101 tidak dapat menganalisis litar untuk mendapatkan bacaan nilai arus dan voltan. Akhirnya ia memberi kesan kepada tahap motivasi pelajar dalam melaksanakan kerja-kerja amali bagi kursus ini khasnya dan kursus-kursus berkaitan litar elektrik dan elektronik amnya. Bagi mengatasi masalah ini satu inovasi pengajaran dan pembelajaran telah dibangunkan. Inovasi ini dinamakan Kit Pembelajaran Litar Siri, Selari dan Siri-Selari. Kit ini mempunyai litar yang dicetak di atas permukaan lutsinar dan komponen ‘plug in’ dengan tujuan untuk memudahkan pelajar mengolah litar untuk tujuan pemahaman. Penggunaan kit pembelajaran ini dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajar seterusnya dapat menambahbaik jumlah markah yang diperolehi. ( Azyan et al 2019) Metodologi Dalam pembangunan papan litar bagi EqR Edukit dan Mobile E-Meter kaedah merebentuk dan fabrikasi adalah menggunakan Design Thinking. Didalam kaedah ini terbahagi kepada 5 fasa iaitu Mengenalpasti pengguna, Mengenalpasti keperluan, Percambhan Idea, Pembangunan Prototaip dan Pengujian. Fasa 1 : Mengenalpasti Pengguna Terdapat dua pengguna bagi projek ini iaitu Pelajar dan Pensyarah. Pelajar yang dimaksudkan adalah pelajar yang mengambil pelajar pada semester 3 adalah kursus DEE30052 Electronic Equipment Repair dan bagi Pensyarah pula adalah pensyarah kursus serta pembantu kepada pensyarah berkenaan. Fasa 2 Mengenalpasti keperluan Dalam fasa ini untuk merekabentuk papan litar bercetak (PCB) yang mempunyai elemen komponen dan fungsi tertentu perlulah terlbih dahulu mengenalpasti keperluan yang dikehendaki oleh pengguna. Berdasarkan silibus dan pengguna maka antara elemen utama yang dikenalpasti ialah 1. Alat pengukuran 2. Mampu melaksanakan amali 3. Elemen diukur iaitu voltan dan arus 4. Pematerian 5. Mengenalpasti kerosakan 6. Sambungan Bluetooth 7. Sambungan Internet-Wifi Fasa 3 Percambahan Idea Setiap keperluan di bincangkan bagi memnetukan apakah keperluan komponen dan peraltan bagi membina PCB bagi EqR Edukit dan Mobile E-Meter ini. 5 bahagian utama dibahagiakan bagi memudahkan pemilihan komponen dan peralatan 1. Kit Elektronik – Komponen, Pemasangan dan pematerian dan Sesi amali Praktikal 2. Medium Komunikasi – Internet dan Bluetooth 3. Pembelajaran Online – Pengukuran jarak jauh bagi nilai voltan dan arus 4. Pengurukan – Mekanisme pengukuran coltan, arus dan jenis probe 5. Paparan – Paparan yang diperlukan pada telefon pintar, liquid crystal display dan organik liquid display.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 102 Fasa 4 Pembangunan Prototaip Fasa ke empat dibahagikan kepada tujuh langkah pembangunan. Tujuh langkah ini diterangkan dalam Rajah 1 dibawah. Rajah 1 : Proses rekabentuk PCB Proses pertama iaitu rekabentuk litar merangkumi proses merekeabntuk litar skematik, merekabentuk papan litar bercetak, proses silkscreen, 3D modelling dan penjanaan fail gerber. Dalam proses rekabentuk litar pemilihan papan litar mikropengawal adalah sangat penting bagi menjami setiap komponen yang dipilih dapat di integrasikan bersama papan litar utama dan komponen-komponen lain yang telah dibincangkan sebelum ini. Papan litar mikropengawal yang dipilih perlulah mampu mempunyai teknologi sambungan wifi internet dan mempunyai bilangan pin masukan dan keluaran yang mencukupi bagi di sambung kepada komponen-komponen lain. Bagi board e-meter papan litar mikropengawal yang dipilih iaih WEMOS Mini D1 Board seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2 dibawah yang menggunakan 3.3V sebagai bekalan kuasa, mempunyai 11 pin masukan dan keluaran, satu pin analog, clock speed Clock Speed: 80MHz/160MHz, nilai Flash sebanyak 4M bytes, Panjang litar berukuran 34.2mmx25.6mm dan berat 10g. Ia juga mempunyai sokongan sambungan wifi 802.11 b/g/n, AP (Access Point), STA (Standalone), AP+STA dan menyokong WEP, CRC, CCMP, WPA/WPA2, dan WPS. Rajah 2: WEMOS Mini D1
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 103 Bagi menyokong sambungan Bluetooth pada papan litar e-meter, modul Bluetooth HC06 telah dipilih. HC-06 seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3 merupakan Tranceiver yang boleh berfungsi sebagai penyampai dan penerima. Ia mempunyai kemampuan sambungan sehingga 10 meter, menggunakan bekalan kuasa dari 3.3V hingga 6V dengan nilai arus 30~40mA semasa pairing dan ketika beroperasi mod biasa pada 8mA. Bluetooth module ini mempunya dimensi 27mm×13mm×2.2mm. Rajah 3: Bluetooth Module HC06 Pengukuran arus dan voltan merupakan elemen pengukuran utama bagi EqR Edukit dan Mobile E-Meter. Untuk membolehkan litar mengukur nilai parameter ini, projek ini menggunakan penderia voltan dan arus INA219 merujuk kepada Rajah 4 yang disambungkan menggunakan protokol I2C. Beroperasi pada nilai voltan 3.3V hingga 5V, kemampuan mengukur voltan bernilai hingga 26V dan arus bernilai 3.2A. Perngukuran arus beresolusi ±0.8mA dan papan litar penderia ini berukuran 0.9inci x 0.8inci
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 104 Rajah 4: INA219 Bekalan kuasa bagi papan litar EqrEdukit dan Emeter menggunakan beberapa sumber, iaitu DC 2.1mm adapter, terminal block dua hala 5mm dan USB micro female adapter. Bagi penggunaan terminal block bolehmenyokong dari 5V sehingga kepada 15V masukan menggunakan bateri atau sebarang sel kering. Proses melukis litar skematik bagi kedua dua litar ini adalah dengan menggunakan perisian Proteus. Litar skematik dilukis mengikut rajah dibawah. Kemudian proses rekabentuk PCB dibuat dengan berpandukan sambungan skematik. Komponen disusun supaya sesuai dengan keperluan yang telah ditetapkan. Susunan ini sangat penting bagi memastikan PCB dapat dimuatkan di dalam casing dan dapat mempunyai saiz yang sesuai serta mudah dipegang. Selepas proses menyusun komponen, PCB akan melalui proses routing dimana sambungan skematik akan ditukar kepada copper track. Sambungan track ini sangat penting bagi memastikan arus dapat mengalir dan data dapat dihantar serta diterima. Selesai proses routing, PCB akan dilabelkan dengan label yang sesuai. Label ini adalah seperti proses melabel polarity dan nama pin. Proses ini dipanggil Silkscreen, yang mana tulisan dan label akan di letakkan di lokasi yang sesuai bagi memudahkan pengguna board menggunakan PCB ini nanti selepas siap difabrikasi. Sebaik sahaja proses silkscreen selesai, paparan 3D dijana bagi membantu melihat pre result bagi PCB yang sedang direka. Paparan 3D ini juga dapat membantu kita menyemak clearance bagi setiap komponen yang telah diletakkan di atas board.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 105 Rajah 5: Rekabentuk litar skematik dan PCB Apabila proses rekabentuk selesai maka PCB tersebut akan ditukarkan kepada format Gerber. Gerber adalah fail format yang digunakan oleh industri dalam mengfabrikasi PCB menggunakan mesin CNC. Fail gerber yang telah dijana akan dihantar ke kilang dengan menggunakan tempahan atas talian melalui laman web kilang tersebut. Fasa 5 : Pengujian Dalam fasa kelima, papan litar yang telah siap di pasang dan dipateri akan melalui proses pengujian seperti yang Antara pengujian yang dilaksanakan adalah pengujian bekalan kuasa bagi masukan dan keluaran, boot-up papan litar WEMOS D1 Mini dan Bluetooth Module, dan pengujian sambungan internet dan Bluetooth. Sampel kod pengaturcaraan di muat naik dan kestabilan PCB dipantau dan keluaran di uji bagi memastikan litar berfungsi seperti yang ditetapkan dintunjukkan dalam Rajah 6.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 106 Rajah 6. Proses pengujian PCB bagi EqR Edukit dan Mobile E-Meter Hasil Dapatan Rajah dan Rajah menunjukkan hasil dapatan bagi pembangunan PCB bagi EqR Edukit dan Mobile E-Meter. Kedua dua PCB ini telah dibangunkan dan dilengkapkan dengan fungsi yang telah dikenalpasti bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Ciri ciri PCB bagi Mobile E-Meter adalah adalah seperti yang dipaparkan didalam Jadual 1 dan bagi EqR Edukit di dalam Jadual 2. Jadual 1 Spesifikasi e-Meter Perkara Spesifikasi Bekalan Kuasa 5V-12V Medium Komunikasi Bluetooth dan Internet Wifi Papan Litar Pengawal WEMOS D1 Mini Saiz Papan Litar 100mmx100mm
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 107 Jadual 2 Spesifikasi EqR Edukit Perkara Spesifikasi Bekalan Kuasa 9V Medium Komunikasi Papan Litar Pengujian Papan Litar Pengawal Tiada Saiz Papan Litar 100mmx100mm Kesimpulan Pembangunan papan litar bercetak bagi EqR Edukit dan Mobile E-Meter telah berjaya dicapai. EqR Edukit dan Mobile E-Meter berfungsi seperti yang telah ditetapkan iaitu pengukuran voltan dan arus, bacaan secara langsung menggunakan sambungan internet wifi dan bluetooth. Satu grafik pengantara muka juga diwujudkan bagi memudahkan pengawalan fungsi dan pembejalaran atas talian. Satu kajian keberkesanan akan dijalankan bagi menilai keberkesanan kedua dua papan litar ini.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 108 Rujukan Akma Che Ishak, Noor Indon Abdul Samad & Norsyira Zuraiza Omar. (2019). Aplikasi Kit Pembelajaran “Wireless Serial Module With Anttena” Bagi Kursus DEP3273 Asas Sistem Perhubungan. Azyan Md Zahri & Mohammed Isa bin Osman. (2019). Kit Pembelajaran Litar Siri, Selari Dan Siri-Selari. Journal Of Technical And Vocational Education, 1, 15-22. Hafizah Husain, Nasahruddin Zainal, Rizauddin Ramli, Noorfazila Kamal, Iskandar Yahaya, Mohd Faisal Ibrahim. (2018). Inovasi Melalui Arduino.Telaga Biru Sdn. Bhd. Mahizan M, Md Zain SN, Abd Hamid ND. (2017). Kajian Pembangunan dan Keberkesanan Eperational Amplifier Configuration Trainer Kit Sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) Untuk Kursus Electronic Circuit (DEE3043). e-Proceeding iCompEx17 Academic Paper, 159-169 Nor Mahani Md Rasidi, Mohd Fathurrahman Kamarudin, Mohd Hairol Mizzam Haris & Siti Nurnashiqa Abdul Kafor. (2021). Pembangunan Sistem Kawalan Menggunakan Aplikasi Blynk bagi Mesin Flip Vacuum Thermoforming, Journal on Technical and Vocational Education (JTVE), 6(3). Riley, P. C., & Gallo, L. C. (2000). Electronic Learning Environments: Designs And Considerations. Technological Horizons In Education, 28(6), 50-53. Steinberger, C. (2002). Wireless Meets Wireline E-Learning. Kertas kerja dibentangkan di 14th World Conference on Educational Multimedia, Hypermedia andTelecommunications (ED-MEDIA 2002). Zainatul Azira Ismail, Muhamad Fiqret Illysa Azahar &Ahmad Danial Aiman Afizi. (2019). Single Stage Amplifier Trainer. Advanced Journal of Technical and Vocational Education, 1 (2), 34-39
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 109 SOKET PINTAR DENGAN PERLINDUNGAN MENGGUNAKAN ESP32 Muhamad Kamal Yaakob, Amirul Ismail, Mohd Ridzuan Abd Hamid dan Sathiswaran A/L Mariyappa Abstrak Teknologi canggih memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kehidupan manusia. Perkembangan pesat teknologi canggih membolehkan kehidupan hari ini berkembang dengan cepat dan maju. Oleh itu, seiring dengan kepesatan teknologi ia membuka peluang untuk manusia memperluaskan pengetahuan berkaitan dengan teknologi terkini. Projek ini adalah untuk membangunkan sebuah alat yang dapat mengira pengunaan arus elektrik pada barangan atau peralatan elektrik di rumah. Pengguna dapat mengetahui penggunaan nilai arus elektrik semasa digunakan melalui paparan LCD dan kerana berdasarkan kajian yang telah dibuat menunjukkan penggunan arus elektrik yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya litar pintas , kerosakkan pada barangan atau perlatan elektrik dan sebagainya. Selain itu , pengguna juga dapat diberi amaran melalui bunyi buzzer lampu LED hijau , kuning , dan merah serta pesanan ringkas Telegram. Dengan adanya amaran ini , pengguna dapat mengetahui sekiranya arus elektrik yang digunakan telah melebihi daripada yang ditetapkan oleh pengguna sendiri. Alat ini menggunakan sebuah mikropengawal iaitu ESP32 dan ia dilengkapi dengan pengesan arus ACS712 , diprogramkan melalui konsep litar bersepadu bagi mengira pengguaan arus lalu dipaparkan di LCD dan pemberitahuan amaran melalui notifikasi Telegram. Pengawal mikro ialah komputer kecil pada satu litar bersepadu mengandungi satu atau lebih CPU (teras pemproses) bersama-sama dengan memori dan peranti input/output(Akbari and Roestam 2020). Hasil penelitian menunjukkan bahawa semakin tinggi penggunaan watt pada barangan atau peralatan elektrik semakin tinggi penggunaan arus digunakan. Secara keseluruhannya, alat ini mampu dimanfaatkan untuk kemudahan pengguna. Kata Kunci: ESP32, Telegram, ACS712, Peralatan Elektrik. Pengenalan Lebihan beban atau “overload” sering berlaku dalam sistem pendawaian elektrik.,Ia terjadi akibat daripada penyambungan yang melebihi beban pada sesuatu soket. Soket adalah tempat untuk memasang perkakasan elektrik memandangkan titik soket dalam isi rumah tidak akan berubah dan soket itu sendiri adalah lapisan paling luar sebelum tenaga elektrik dibekalkan kepada beban(Achparaki et al. 2012). Hal ini amat serius dan perlu diambil perhatian kerana ia boleh menyebabkan terjadi perkara yang tidak diingini seperti kebakaran dan letupan. Penggunaan alat ini dapat meningkatkan tahap keselamatan apabila kita menggunakkan soket untuk melakukan kerja yang menggunakkan bekalan elektrik. Alat ini dapat memberi amaran kepada orang sekeliling dengan membunyikan buzzer amaran sekiranya lebihan beban terjadi pada soket. Selain itu, ia dapat memberi notifikasi Telegram kepada pemilik premis menandakan amaran untuk pemilik mengambil langkah penyelesaian. Alat ini sangat sesuai digunakan pada rumah kediaman yang menggunakan kuasa bekalan elektrik yang tinggi. Sekiranya pengguna berada diluar dan berlaku lebihan beban pada soket alat ini juga membantu dengan memberi amaran melalui notifikasi Telegram kepada pengguna. Penggunaan alat ini mestilah diberi perhatian pada setiap pengguna. Oleh itu, bagi meningkatkan tahap keselamatan
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 110 kediaman rumah dan sebagainya pengguna seharusnya mengambil berat aspek keselamatan penyambungan pada sesuatu soket agar tidak berlakunya lebihan load. Kajian Literatur Tujuan proses pengumpulan data adalah untuk memastikan litar yang berkualiti dan selamat untuk digunakan dan yang paling penting litar yang digunakan adalah sesuai untuk projek ini. Sistem ini boleh dibangunkan dirumah. Seterusnya, ia boleh diwujudkan di sesebuah rumah yang memerlukan pendawaian elektrik. Jenis-jenis perlindungan i. Arus lebih Arus lebih disini bermaksud nilai arus dalam kiloampiar (kA-fault level current) dan sebabnya ialah litar pintas antara fasa ke fasa atau ke neutaral atau ke bumi. Arus yang lebih tidak boleh ditanggung oleh pemasangan walaupun seketika kerana nilai arusnya tersangat tinggi dan pemutus litar mestilah bertindak segera iaitu dalam masa kurang satu saat.kalau tidak dengan arus yang begitu tinggi pemasangan akan mengalami kerosakan. ii. Beban lebih Beban lebih akan menghasilkan kesan yang sama iaitu arus lebih tetapi nilai arus disini tidaklah setinggi seperti arus lebih yang menyebabka oleh litar pintas. Punca beban lebih adalah beban elektrik (kilowatt atau KVA) yang berlebihan dari sepatutnya ditanggung oleh sesuatu pemasangan.beban makanikal yang berlebihan juga boleh menyebabkan beban lebih elektrik. Beban yang lebih tidak berapa tinggi selalunya boleh ditanggung oleh pemasangan untuk beberapa ketika,hingga beberapa minit. Ia bergantung kepada berapa tinggi arus tersebut. Selalunya kita hadkan arus beban lebih kepada maksima 150 peratus sahaja daripada arus beban penuhnya .Ia pun untuk selama satu saat sahaja manakala beban lebih banyak sebanyak 120 peratus secara berterusan dihadkan selama maksima 5 minit sahaja. iii. Lampu panas Alatan elektrik akan menghasilkan haba bila beroperasi.bila tahap kepanasan melebihi daripada tahap normalnya ini akan merosakkan alatan tersebut dan kemungkinan berlaku kebakaran. Geganti lampu panas selalunya menggunakan prinsip bi metal strip dimana ia akan membengkok bila sampai kepada suhu tertentu.selalunya digunakan apabila nilai arus tidak begitu tinggi seperti thermal overload relay yang digunakan didalam pemula motor.Ada juga menggunakan prinsip perubahan rintangan terhadap haba.apabila rintangan berubah arus yang mengalir juga akan berubah dan apabila sampai tahap tertentu geganti akan bertindak.Penggunaan alat perlindungan lampu panas adalah terhad kepada peralatan yang banyak mengeluarkan haba serta mahal sahaja.contohnya motor,alatubah yang besar dan janakuasa. Metodologi Terkini konsep rumah pintar “Internet of Things” (IoT) bersama dengan modaliti pengkomputeran awan semakin popular sebagai metodologi pengkomputeran generasi akan datang(Santhosh et al. 2020). Dalam projek ini, soket pintar dengan ciri ciri perlindungan menggunakan ESP32 telah dibangunkan. Pengawal mikro ESP32 telah disepadukan sepenuhnya ke dalam automasi industri, terutamanya dalam penggunaan sistem benaman dengan pelbagai tugas IoT(Babiuch, Foltynek, and Smutny 2019). Papan ESP32 dihasilkan dalam reka bentuk prototaip boleh digunakan dalam aplikasi rumah pintar, automasi, aplikasi
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 111 audio, aplikasi IoT berasaskan awan dan banyak lagi. Terdapat pilihan kit pembangunan khusus atau mereka bentuk sistem benaman yang dibina pada mikropengawal ESP32(Jonathan and Wahyu Oktaviana Putri 2021). Pembangunan projek ini telah melibatkan 2 kaedah iaitu pembangunan perkakasan dan juga perisian. Rajah 1 menunjukkan gambarajah blok Soket Pintar. Projek ini menggunakan pengawal mikro ESP32 sebagai hati kepada sistem yang akan mengawal masukan dan juga keluaran. Terdapat satu masukan yang digunakan iaitu pengesan arus atau “current sensor” digunakan untuk mengesan jumlah arus yang digunakan oleh beban pada soket pintar ini. Pengesan arus ini adalah produk berasaskan chip ACS712 ( Allegro Microsystems,Worcester, MA, USA)(Mnati, Van den Bossche, and Chisab 2017). Rajah 1. Gambarajah Blok Soket Pintar Data dari pengesan arus akan dihantar kepada ESP32. Pengawal mikro tersebut seterusnya akan memproses data tersebut dan hasil akan dihantar kepada keluaran iaitu geganti, paparan LCD dan pembaz. Geganti bertindak sebagai suis yang disambungkan kepada tiga unit mentol 240VAU yang disambungkan secara selari.Rajah 2 merupakan carta alir pengoperasian soket pintar. Apabila mentol LED dihidupkan, pengesan arus akan mengesan arus dan menghantar bacaan kepada pengawal mikro. Sekiranya bacaan arus adalah kurang daripada 0.45A LED hijau akan bernyala. Apabila pengesan mengesan arus dari 0.56A sehingga 0.89A LED kuning akan bernyala. Sekiranya arus melebihi 1.34A LED merah akan bernyala dan pembaz akan berbunyi. Pada masa yang sama notifikasi dihantar kepada Telegram. Skala bacaan arus yang digunakan adalah kecil kerana ini adalah prototaip dan bukan skala yang sebenar. ESP32 juga menghantar data melalui internet kepada telefon pintar iaitu notifikasi pada aplikasi Telegram.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 112 Rajah 2. Carta Alir Sistem Operasi Soket Pintar Hasil & Perbincangan Soket pintar terdiri daripada tiga soket yang setiap satunya disambungkan kepada mentol sebagai beban. Terdapat juga paparan LCD untuk memaparkan nilai arus, voltan dan suhu. LED hijau menunjukkan penggunaan tenaga elektrik adalah rendah dan selamat. Manakala LED kuning merupakan indikator penggunaan tenaga elektrik yang agak tinggi dan perlu berjaga jaga. LED merah pula memberi amaran terhadap penggunaan arus yang terlalu tinggi dan berlakunya beban lebih. Rajah 3 menunjukkan Soket Pintar yang telah berfungsi menggunakan pengawal mikro ESP32. Rajah 3. Soket Pintar Yang Telah Berfungsi.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 113 Rajah 4. Notifikasi yang Dihantar Kepada Aplikasi Telegram. Untuk menambahkan ciri-ciri moden iaitu “Internet of Things” (IoT), Telefon pintar digunakan untuk menerima notifikasi yang menunjukkan arus lebih atau beban lebih.Rajah 4 memaparkan notifikasi yang dihantar pada aplikasi Telegram. Apabila pengguna mendapat notifikasi seperti dalam Rajah 4 tersebut tindakan sewajarnya boleh diambil untuk memastikan perkakasan elektrik yang disambungkan kepada soket dapat dilindungi. Kesimpulan Dalam projek ini Soket Pintar dengan perlindungan menggunakan ESP32 telah dibangunkan dengan berkesan.Tahap keselamatan terhadap pengguna soket ini dan barangan elektrik bertambah dengan adanya sistem perlindungan iaitu geganti akan memutuskan litar sekiranya arus elektrik ynag tinggi dikesan. Pengguna pula mendapat notifikasi ditelegram sekiranya berlakunya pemutusan litar disebabkan arus yang tinggi. Ini merupakan cici ciri keselamatan yang terdapat dalam projek ini iaitu untuk melindungi peralatan elektrik dan pengguna. Rujukan Achparaki, Maria, Elisavet Thessalonikeos, Heleni Tsoukali, Orthodoxia Mastrogianni, Eleni Zaggelidou, Fotios Chatzinikolaou, Nikolaos Vasilliades, Nikolaos Raikos, Moses Isabirye, D. V. .. Raju, M. Kitutu, V. Yemeline, J. Deckers, and J. Poesen Additional. (2012). We Are IntechOpen , the World ’ s Leading Publisher of Open Access Books Built by Scientists , for Scientists TOP 1 %. Intech 13. Akbari, Muhammad Daffa, and Rusdianto Roestam. (2020). Arduino Baby Monitoring With Telegram Bot and Wifi Connection. IT for Society 4(2),7–10. doi, 10.33021/itfs.v4i2.1183. Babiuch, Marek, Petr Foltynek, and Pavel Smutny. (2019). Using the ESP32 Microcontroller for Data Processing. Proceedings of the 2019 20th International Carpathian Control Conference, ICCC 2019 (March). doi, 10.1109/CarpathianCC.2019.8765944. Jonathan, Firdaus, and Tri Wahyu Oktaviana Putri. (2021). Prototype of Home Power Monitoring Tool for Electrical Outlet Using ESP32. 8th International Conference on ICT for Smart Society, Digital Twin for Smart Society, ICISS 2021 - Proceeding (August 2021). doi, 10.1109/ICISS53185.2021.9533189. Mnati, Mohannad Jabbar, Alex Van den Bossche, and Raad Farhood Chisab. (2017). A Smart Voltage and Current Monitoring System for Three Phase Inverters Using an Android Smartphone Application. Sensors (Switzerland) 17(4). doi, 10.3390/s17040872. Santhosh, Chella, S. V. Aswin Kumer, J. Gopi Krishna, M. Vaishnavi, P. Sairam, and P. Kasulu. (2020). IoT Based Smart Energy Meter Using GSM. Materials Today, Proceedings 46,4122–24. doi, 10.1016/j.matpr.2021.02.641.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 114 AMALAN MENYAMBUT KELAHIRAN DALAM KALANGAN ETNIK SULUK DI DAERAH KUDAT, SABAH MENURUT PERSPEKTIF ADAT DAN SYARIAT Habibah @ Artini Ramlie, Earnie Elmie Hilmi, Saifulazry Mokhtar dan Mohd Sohaimi Esa Abstrak Etnik Suluk merupakan salah satu etnik di Sabah yang mempunyai adat resam tersendiri. Menyambut kelahiran adalah antara adat yang masih diamalkan dan diwarisi sejak turun temurun. Sebahagian amalan dalam menyambut kelahiran tersebut melibatkan unsur kepercayaan tertentu. Sehubungan itu, objektif kajian ini adalah membincangkan tentang amalan menyambut kelahiran dalam kalangan etnik Suluk menurut perspektif adat dan syariat. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif menerusi kaedah temu bual. Walaupun etnik Suluk tertumpu di kawasan pantai timur Sabah, data kajian dikumpulkan berdasarkan maklumat sebelas orang informan dari kalangan etnik Suluk di daerah Kudat, Sabah untuk dapatan kajian yang lebih pelbagai. Hasil kajian mendapati bahawa sebahagian amalan menyambut kelahiran etnik Suluk di daerah Kudat adalah selari dengan syariat Islam manakala sebahagian lagi bercanggah dengan syarak. Justeru kajian ini diharap dapat membuka ruang untuk mengubahsuai adat tempatan khususnya dalam menyambut kelahiran agar selari dengan aspek kepatuhan syariat dan ajaran Islam. Kata Kunci: Adat Kelahiran, Syariat, Etnik Suluk, Kudat, Sabah Abstract The Suluk is an ethnic group in Sabah with its own cultural rites and traditions. Welcoming the birth of an infant is one such age-old tradition still observed by the community today. A part of this practice involves elements of certain beliefs. This study was therefore focused on examining the practice of welcoming birth among the Suluk community from the perspectives of tradition and Islam. This study adopted a qualitative approach using the interview method. Although the Suluk community is concentrated mainly in Sabah’s East Coast region, data was collected from the information provided by 11 informants from the community located in Kudat, Sabah to generate more diverse findings. The findings revealed that some parts of the welcoming birth practice as observed by the Suluk in Kudat were in accordance with Islamic law although some were contrary to Islamic teachings. It is hoped that this study will provide the opportunity to modify or amend local traditions especially in the aspect of welcoming birth so as to ensure compliance with Islamic law and teaching. Keywords: Birth Traditions, Islamic Law, Suluk Ethnic, Kudat, Sabah Pengenalan Etnik Suluk merupakan kelompok etnik di Sabah yang diklasifikasikan sebagai bumiputera dan diiktiraf sebagai peribumi Sabah (Maraining, Othman, Radzi & Abdul Rahim., 2018; Tarsat, 2007). Ia termaktub dalam Interpretation (Defitution of Native) Ordinance 1952 (Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah, 2021) yang menyatakan bahawa etnik Suluk adalah ‘Anak Negeri Sabah’ atau ‘Native of Sabah’. Kedudukan ini membolehkan etnik Suluk terlibat dalam pungutan suara bagi menyatakan persetujuan dalam hasrat membentuk Malaysia pada 1
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 115 September 1962 (Maraining et al., 2018). Dalam aspek kepercayaan, etnik Suluk menjadikan agama Islam berpandukan al-Quran dan al-Hadis sebagai pegangan hidup (Awang Long, Zainal & Cheang, 2018; Jakum, 2017; Thomas, 1968). Namun pada masa yang sama, etnik Suluk turut mengekalkan kepercayaan asal nenek moyang (Awang Long et al., 2018) terrmasuklah dalam adat menyambut kelahiran. Sebahagian amalan dan tatacara dalam menyambut kelahiran tersebut adalah selari dengan syariat manakala sebahagian lagi melibatkan unsur kepercayaan tertentu yang memerlukan penelitian dan penambahbaikan agar tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Situasi ini selaras dengan pandangan Wan Husin (2012) yang menyatakan bahawa amalan tradisi mana-mana etnik dianggap sebagai budaya bukan material yang mencerminkan budaya, identiti serta jati diri bangsa dan etnik tersebut yang disesuaikan mengikut kehendak komuniti tertentu. Kajian Literatur Islam telah menggariskan beberapa sunnah ketika menyambut kelahiran. Antaranya adalah berdoa ketika bayi baru sahaja dilahirkan. Sebaik sahaja bayi dilahirkan selepas dibersihkan, sunat mendoakan bayi dengan doa yang didoakan oleh ibu Maryam kepada anaknya Maryam, ibu Nabi Isa a.s iaitu ayat 36 dari Surah Ali Imran. Maksudnya : Dan aku melindungi dia dengan peliharaan-Mu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan). (Surah Ali ‘Imran, 3: 36) Setelah itu, sunat diperdengarkan azan kepada bayi agar pengaruh azan dapat meresap ke dalam diri bayi yang baru dilahirkan. Di samping berupaya mengusir syaitan yang memang menantikan kelahiran bayi, azan dan iqamat yang diperdengarkan kepada bayi adalah sebahagian dari manifestasi pendidikan tauhid dan akhlak. Meskipun terdapat khilaf berhubung status hadis berkenaan azan di telinga bayi yang baru lahir, hukum azan tersebut adalah sunat menurut mazhab al-Syafi’i agar bayi terhindar daripada gangguan syaitan (Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, 2021). Disunatkan juga menamakan anak ketika pagi hari selepas kelahiran anak dengan nama yang baik-baik seperti yang dilakukan oleh ibu Maryam ketika melahirkan Maryam seperti yang diceritakan dalam surah Ali ‘Imran. Dan bahawasanya aku menamakannya Maryam.. (Surah Ali ‘Imran, 3: 36) Manakala pendapat jumhur (majoriti) ulama’ dalam mazhab asy-Syafi’e, Hanafi, Maliki dan Hanbali menyatakan sunat menamakan bayi yang baru dilahirkan pada hari ketujuh kelahirannya (Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, 2019). Tahnik juga sunat dilakukan ke atas bayi yang baru lahir. Tahnik adalah mengunyah tamar atau selainnya kemudian disapukan kepada lelangit bayi, dan sebahagiannya lagi masuk ke dalam perut bayi Hukum mentahnik bayi sama ada bayi lelaki atau perempuan merupakan satu sunnah bahkan tahnik juga merupakan sesuatu yang masyhur di kalangan para sahabat. Namun ia tidaklah sampai ke tahap wajib dan jika seseorang itu meninggalkan perkara tersebut, tidaklah dikira berdosa. Seelok-eloknya orang yang mentahnik bayi itu adalah dari kalangan orang yang berilmu dan soleh. Nabi Muhammad s.a.w turut mentahnik bayi menggunakan tamar atau sesuatu yang manis seperti madu atau air. (Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, 2016a, 2018).
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 116 Selain itu, Islam turut mensunatkan sembelihan akikah sebaik bayi berumur tujuh hari dan mencukur kepala bayi sebagai tanda kesyukuran atas kelahiran bayi. Perbuatan mencukur keseluruhan rambut bayi di kepala boleh menguatkan dan merangsangkan sel-sel kepala. Hal ini kerana setelah rambut dicukur, liang-liang roma akan terbuka dan dengan mencukur rambut juga boleh menguatkan pancaindera seperti daya penglihatan, daya hidu dan daya pendengaran. Ia juga bertujuan untuk membuang rambut bayi yang terkena darah rahim ibu ketika dilahirkan kerana dikhuatiri boleh mendatangkan penyakit kepada si bayi tersebut. Rambut bayi yang dicukur kemudian ditimbang dan disamakan dengan nilai perak atau emas sebelum disedekahkan kepada fakir miskin (Idris, 2019). Apabila amalan menyambut kelahiran ini dibincangkan dalam aspek syariat dan adat, terdapat juga satu istilah yang disebut sebagai ‘urf. ‘Urf adalah perkara lazim yang dilakukan oleh masyarakat yang tidak dilarang oleh syarak sama ada perkataan, perbuatan atau larangan (Abu Islam, 1993). Ia terbahagi kepada dua kategori iaitu ‘urf yang selari dengan syariat Islam (‘urf ṣaḥiḥ) dan ‘urf yang bercanggah dengan syariat Islam (‘urf fasid) (Marinsah et al., 2018). Manakala definisi adat menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (2022) adalah peraturan yang sudah diamalkan sejak turun-temurun di dalam sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum atau peraturan yang harus dipatuhi) atau suatu cara yang sudah menjadi kebiasaan. Adat juga ditakrifkan sebagai perbuatan yang dilakukan oleh individu atau masyarakat secara kelaziman berasaskan rasional berulang kali tanpa bebanan (takalluf). Maka dalam hal, ini adat lebih bersifat umum daripada ‘urf. Ini membawa maksud bahawa secara umumnya, adat dan tradisi dalam sesebuah masyarakat yang telah menjadi kelaziman dalam masyarakat adalah diterima dalam Islam dengan syarat ia membawa kemaslahatan, tidak bertentangan dengan nas dan aqidah serta tidak menyebabkan kemudaratan (al-Zuhayli, 2010; al-Suyuti, 1998). Oleh itu, dalam amalan menyambut kelahiran dalam kalangan etnik Suluk, segala amalan yang harus dikategorikan sebagai ‘urf ṣaḥīḥ yang tidak berrtentangan dengan Islam manakala amalan yang haram pula dikategorikan sebagai ‘urf fasid iatu adat yang bercanggah dengan nas dan syariat Islam. Metodologi Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif menerusi kaedah temu bual berdasarkan garis panduan ditetapkan. Melalui kaedah ini, pengkaji memperoleh kefahaman yang meluas dan sempurna dengan cara mendalami sesebuah topik tertentu. Kaedah temu bual mampu menghasilkan data yang tidak terjangkau oleh informan kerana batasan masa yang sangat luas khususnya tentang masa lalu. Namun begitu, ketika berada di lokasi kajian, pengkaji mengalami kesukaran untuk mencari bidan kampung yang terlibat secara langsung dalam proses kelahiran. Rata-rata penduduk bersalin di hospital kerana kemudahan akses yang mudah untuk ke hospital berdekatan selain dari kegusaran untuk bersalin di rumah. Pengkaji juga menghadapi keterbatasan waktu dan tidak dapat melakukan pemerhatian dengan cara penglibatan penuh bersama ibu baru bersalin atau dalam pantang kerana semasa kajian lapangan dijalankan, Malaysia masih berada dalam situasi pandemik. Oleh itu, pengkaji menemubual beberapa orang informan yang terdiri dari orang-orang berpengalaman dalam adat resam etnik Suluk dari pelbagai latar belakang. Satu perkara yang dititikberatkan oleh pengkaji kerana pengkaji tidak mempelajari dan mengamati kejadian serta kegiatan yang ditanya secara langsung adalah kemungkinan berlakunya pemalsuan, penipuan, berlebih-lebihan dalam keterangan dan penyimpangan fakta. Hal ini terbukti apabila terdapat perbezaan besar antara yang makluman yang dimaklumkan oleh informan. Proses triangulasi data dengan analisis dokumen juga sedikit sukar untuk
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 117 dilakukan kerana pengkaji tidak menemukan kajian-kajian lepas tentang adat kelahiran etnik Suluk. Oleh itu, pengkaji mengatasi perkara ini dengan menemubual 11 orang informan dari pelbagai latar belakang walaupun kajian sebelum ini menyatakan jumlah informan kaedah temubual memadai seramai 3-5 orang sahaja bagi temubual yang tidak berbentuk temubual kumpulan fokus (Jasmi, 2012). Informan ditetapkan dari kalangan orang-orang yang berpengalaman dengan adat etnik Suluk berusia lingkungan 43 tahun sehingga 79 tahun yang boleh memberikan maklumat yang diperlukan untuk dapatan kajian ini. Pengalaman informan memungkinkan pengkaji mengenal subjek pengkajian secara akrab, melihat dunia melalui mata mereka dan masuk melalui pengalaman mereka. Perkara ini sebagaimana yang diterangkan oleh Jasmi (2012) yang menganjurkan pengkaji untuk menemubual orang yang akrab atau mengenal suatu topik atau peristiwa. Oleh itu, apa yang disebutkan oleh responden merupakan data penting kajian walaupun mungkin terdapat beberapa jurang maklumat kerana perbezaan pengalaman antara para informan. Segala butiran percakapan dan maklumat dalam temubual semasa kajian lapangan ini dijalankan juga adalah merupakan pandangan serta pengalaman para informan sepenuhnya. Ia tidak mewakili pandangan mana-mana pihak atau kepentingan tertentu. Perbualan sepanjang temubual adalah dalam loghat Sabah dengan lenggok etnik Suluk namun dapatan kajian ditranskripsi ke dalam Bahasa Melayu. Dapatan Kajian Adat menyambut kelahiran dalam kalangan etnik Suluk boleh dikategorikan kepada dua peringkat iaitu adat sebelum dan selepas kelahiran. Amalan adat-adat sebelum kelahiran lebih tertumpu kepada adat-adat penjagaan ibu dan bayi dan juga amalan agar mudah bersalin. Manakala adat-adat selepas bersalin yang sering diamalkan lebih memberi fokus kepada adatadat untuk pemulihan kesihatan ibu, penjagaan diri dan juga adat-adat lain. ‘Apabila usia kandungan cukup 7 bulan ke atas, acara melenggang perut akan diadakan. Banyak pantang-larang yang perlu dipatuhi oleh ibu mengandung. Contohnya seperti tidak boleh memakan makanan laut yang mengeluarkan warna hitam, tidak boleh melangkah tali perahu, dan tidak dibenarkan menyangkut tuala di bahu. Mengikut kepercayaan orang tua zaman dahulu, bayi akan susah untuk keluar dari perut si ibu jika tidak berpantang. Selepas 7 hari melahirkan, si ibu perlu berpantang dari segi makanan selama seminggu dan seterusnya sepanjang berpantang. Genap 7 hari, bayi tersebut akan dicukur rambut atau disebut sebagai ‘digunting umur’ – Informan 1 ‘Bagi yang beragama Islam terutamanya lelaki, kita akan mengazankan bayi tersebut. Jika perempuan, bayi akan diiqamatkan. Pada zaman dahulu, selang 3 hari kelahiran, bayi akan ‘digunting umur’ menggunakan kelapa muda. Tetapi tradisi ini tidak lagi diteruskan. Majlis akikah dan cukur jambul merupakan perkara biasa. Ia dilakukan mengikut kemampuan masing-masing’ – Informan 2 ‘Selepas bersalin, si ibu akan berpantang. Jika si ibu bersalin di kampung, prosesnya juga secara perubatan kampung. Pantang-larang semasa berpantang mesti dipatuhi contohnya tidak boleh memakan makanan yang pedas dan tidak boleh terkena hujan. Selepas bayi tersebut lahir, tali pusat bayi akan dipotong. Majlis cukur jambul akan diadakan apabila bayi telah genap 7 hari. Semasa berpantang, si ibu hendaklah sentiasa menjaga kesihatan diri’ – Informan 3
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 118 ‘Pada zaman dahulu, tiada fasiliti klinik ditubuhkan. Oleh sebab itu, khidmat bidan kampung amat diperlukan. Jika bayi tersebut lelaki, ia akan diazankan. Jika bayi perempuan, ia akan diiqamatkan. Si ibu akan berpantang seperti biasa selama 44 hari’ – Informan 4 ‘Pada zaman dahulu, apabila seseorang melahirkan, hanya satu atau dua bidan diperlukan. Mereka lebih mahir tentang penggunaan ubat dan tradisi kampung. Si ibu akan berpantang selama 44 hari. Ibu dan anak akan dijaga oleh bidan berkenaan sepenuhnya’ – Informan 5 ‘Tentang adat-adat kelahiran kaum Suluk, tidak terdapat banyak perbezaan dengan adat dan kaum yang lain. Jika semasa mengandung terkena gerhana bulan, si ibu akan diarahkan untuk mandi di lesung. Acara lenggang perut bertujuan untuk memudahkan proses bersalin menurut tradisi orang lama. Pada zaman dahulu, bidan kampung akan dipanggil untuk menjaga si ibu dalam waktu berpantang. Si ibu tidak boleh memakan makanan yang pedas dan tidak boleh keluar daripada rumah kecuali hal-hal yang terdesak sahaja. Ia bagi mengelakkan si ibu gila meroyan. Sama seperti lainnya, jika bayi lelaki akan diazankan. Jika perempuan, ia akan diiqamat. Selepas cukup 44 hari berpantang, bidan akan memandikan dan mengururt badan si ibu agar kembali sihat’ – Informan 6 ‘Selalunya jika mengikut adat istiadat ini tidak akan lari daripada norma-norma kehidupan Islam. Akikah akan dilakukan apabila bayi telah cukup 7 hari dengan menyembelih kambing jika berkemampuan. Kebiasaannya, majlis cukur jambul turut dijalankan sekali pada majlis akikah. Selepas itu, si ibu akan berpantang selama 44 hari. Apabila si ibu melahirkan anak pada bulan Safar, ibu dan anak akan ditimbang sehingga seimbang dengan barang-barang yang dibawa oleh penduduk kampung seperti buah-buahan, kayu api dan benda yang terdapat di kampung tersebut. Aktiviti ini akan dijalankan selepas majlis akikah selesai. Hasil timbangan akan diagihkan selepas imam mengetuai bacaan doa. Bayi akan dinamakan seperti biasa’ – Informan 7 ‘Si ibu tidak dibenarkan untuk memakan nasi pulut, durian, buah salak dan banyak lagi disebabkan pantang-larang turun-temurun. Si ibu tidak dibenarkan untuk baring melintang dan tidak boleh menyangkut tuala di leher serta suami juga tidak boleh melakukan perkara yang sama. Apabila bayi sudah dilahirkan, si ibu tidak dibenarkan memakan makanan yang pedas ataupun yang berminyak serta berlemak. Daging sapi serta ikan goreng juga perlu dielakkan. Ubi juga tidak dibenarkan makan jika baru bersalin. Jika bayi susah dikeluarkan, kelapa tua akan dibelah dua dan airnya akan digunakan untuk memandikan bayi tersebut. Semasa berpantang, si ibu hendaklah banyak memakan bubur dan pemilihan ikan perlu dilakukan dengan teliti. Selepas berpantang, barulah si ibu bebas untuk memilih makanan’ – Informan 8 ‘Seperti biasa, si ibu akan dimandikan selepas seminggu melahirkan dan berpantang selama 44 hari dengan khidmat bidan kampung. Majlis gunting rambut akikah turut diadakan.’ – Informan 9 ‘Jika bayi yang lahir adalah lelaki, ia akan diazankan. Jika perempuan, ia akan diiqamatkan. Sebelum menyusukan anak, bayi tersebut akan diberikan gula agar anak tersebut manis dan baik jika berkata-kata. Uri bayi akan dicuci mengikut adat istiadat Suluk. Ia akan dimasukkan ke dalam tin dan dicampurkan abu serta diikat menggunakan kain putih. Setelah itu, uri akan dikubur ke dalam tanah agar anak tersebut sentiasa sihat dan ceria serta tidak diganggu oleh benda-benda halus. Si ibu akan berpantang selama 44 hari. Dalam tempoh berpantang, si ibu tidak boleh keluar, marah atau menangis bagi mengelakkan penyakit meroyan. Cukup seminggu setelah dilahirkan, bayi akan digunting umur. Ia
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 119 dilakukan agar bayi tersebut dipanjangkan umur. Dalam upacara gunting umur, bayi akan diberi minum gula dan air kelapa. Majlis akikah juga dilakukan mengikut kemampuan’ – Informan 10 ‘Bidan kampung akan memandikan si ibu dan bayi berkenaan. Ubat kampung seperti akar akan diberikan pada si ibu untuk diminum agar segera pulih dan sihat seperti sediakala. Selepas seminggu, bidan akan datang untuk memandikan dan meneliti keadaan si ibu. Selesai berpantang 44 hari, si ibu akan dimandikan sekali lagi dan diurut badan agar peranakan tetap terjaga. Cendana akan disapu pada pusat bayi dan selepas seminggu ia akan kering dengan sendirinya’ – Informan 11 Berpandukan dapatan temubual, terdapat beberapa sistem nilai yang mendasari adat menyambut kelahiran dalam kalangan etnik Suluk. Antaranya adalah nilai agama yang berkaitrapat dengan rasa syukur menerima kelahiran cahayamata seperti mengazankan dan mengiqamatkan bayi, mencukur rambut bayi serta mengadakan akikah. Nilai kesihatan juga dititikberatkan kerana ibu baru bersalin tidak digalakkan memakan makanan yang pedas, memakan nasi pulut, durian, buah salak serta makanan-makanan lain yang mungkin dikhuatiri boleh mengganggu kualiti penghasilan susu ibu. Para ibu juga tidak boleh terkena hujan yang boleh mengakibatkan demam serta menangis atau bersedih untuk mengelakkan gangguan emosi postpartum (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2012) atau disebut sebagai ‘gila meroyan’ oleh masyarakat setempat. Secara keseluruhan, analisis dapatan kajian juga menunjukkan selain dari perkara-perkara yang tidak menyalahi syariat, terdapat beberapa adat etnik Suluk dalam amalan menyambut kelahiran yang bertentangan dengan syariat Islam. Antara adat yang tidak menepati syariat adalah : i. Acara melenggang perut akan diadakan bila usia kandungan cukup 7 bulan. ii. Tidak boleh melangkah tali perahu dan tidak dibenarkan menyangkut tuala di bahu. iii. Bayi akan ‘digunting umur’ menggunakan kelapa muda. Adat ‘gunting umur’ pada bayi dikenali juga sebagai adat ‘pagpapurut’ (Dino, 2018). iv. Jika berlaku gerhana bulan semasa mengandung, si ibu akan diarahkan untuk mandi di lesung. v. Apabila si ibu melahirkan anak pada bulan Safar, ibu dan bayi akan ditimbang sehingga seimbang dengan barang-barang yang dibawa oleh penduduk kampung seperti buahbuahan, kayu api dan benda yang terdapat di kampung tersebut. Adat ini juga dikenali sebagai adat ‘pagtimbang’ atau bertimbang (naik ayun) dengan tujuan untuk menghindari perkara tidak elok dari menimpa bayi. Bayi ditimbang dengan dimasukkan ke dalam kain yang dibentuk seperti ayunan dan diimbangi oleh sebiji kelapa (pangtusan) yang sudah tumbuh daunnya, semangkuk beras yang dibungkus, tebu yang dikerat empat dan diikat rapi serta seekor ayam muda. Bahan-bahan tersebut diletak di hujung kayu bagi mengimbangi bayi dalam kain itu. Setelah itu seorang lelaki yang dikenali sebagai imam akan memusingkan ayunan ke sebelah kanan sambil diiringi bacaan salawat dan doa-doa yang dipetik dari al-Quran (Dino, 2018). vi. Si ibu tidak dibenarkan untuk baring melintang dan tidak boleh menyangkut tuala di leher serta suami juga tidak boleh melakukan perkara yang sama. vii. Uri bayi akan dicuci, dimasukkan ke dalam tin dan dicampurkan abu serta diikat menggunakan kain putih sebelum dikubur.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 120 Manakala adat tidak menyalahi syariat adalah : i. Azan dan iqamat pada bayi. Cuma perlu dijelaskan bahawa ia tidak dibezakan mengikut jantina bayi. Bukan azan hanya pada bayi lelaki dan iqamat hanya pada bayi perempuan mengikut pemahaman beberapa orang responden. ii. Menjaga pemakanan dengan mengelak makanan yang boleh memudaratkan kesihatan. iii. Dijaga oleh bidan sepanjang berpantang. iv. Mengadakan kenduri akikah, mencukur rambut bayi dan menamakan bayi (Pejabat Mufti Wilatah Persekutuan, 2016b, 2020). Kesimpulan Rumusan keseluruhan menunjukkan etnik Suluk masih mengamalkan beberapa kepercayaan nenek moyang dalam menyambut kelahiran. Amalan penjagaan makanan yang tidak melampau adalah sesuatu yang boleh dipertimbangkan namun terdapat beberapa adat lain yang tidak selari dengan aspek kepatuhan syariah. Amalan yang dipegang tanpa asas dalam syariat Islam dikhuatiri menjerumuskan pengamalnya dengan perkara khurafat apabila mempercayai bahawa pengabaian amalan tertentu akan menyebabkan kemudaratan. Sehubungan itu, masyarakat perlulah berhati-hati dalam mengamalkan sebarang adat tradisi dan kepercayaan agar tidak terjerumus dalam perkara yang tidak selari dengan syariat Islam. Penghargaan Kajian ini merupakan sebahagian daripada hasil geran penyelidikan Skim Geran Akulturasi (SGA0079-2019) yang dibiayai Universiti Malaysia Sabah (UMS) bertajuk ‘Penelitian Pengaruh Amalan Tradisi Terhadap Sistem Nilai Patuh Syariah Dalam Kalangan Komuniti Etnik Suluk’. Penulis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang telah memberi peruntukan untuk membiayai penerbitan ini. Rujukan Abu Islām Muṣṭafā bin Muḥammad bin Salāmah. (1993). Uṣūl al-fiqh ‘alā ḍaw’i al-kitāb wa al-sunnah. Kaherah: Dār al-Ḥaramayn Li al-‘Ulūm al-Nāfi’ah, Al-Suyuti, Jalal al-Din ‘Abd al-Rahman bin Abi Bakr. (1998). Al-asybah wa al-naza’ir fi qawa‘id wa furu‘ fiqh al-Shafi‘iyyah. Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. Al-Zuhayli, Wahbah. (2010). Usul al-fiqh al-Islami. Damsyik: Dar al-Fikr. Dino, N. (2018). Budaya, sastera orang Suluk perlu dipertahankan. https://www.pressreader.com/malaysia/utusanborneosabah/20180128/282144996777323. Idris, I. N. (2019). Ketamadunan Islam dan adat resam: Kajian awal terhadap penerapan amalan-amalan sunnah dalam menyambut kelahiran bayi. Conference Proceeding ICONIMAD 2019. International Conference on Islam in Malay World IX, Krabi, Thailand. Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah (Sabah State Attorney-General's Chambers). (2021). State Of Sabah Interpretation (Definition Of Native) Ordinance (Sabah Cap. 64). https://sagc.sabah.gov.my/sites/default/files/law/Interpretation%28DefinitionOfNative%29Ordinance.p df. Jakum, R. (2017). Penglibatan pemimpin masyarakat Suluk dalam pembentukan Malaysia (1961-1966). Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sabah. Jasmi, K.A. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatitif. Dlm. Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 201. 28-29 Mac 2012. Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Negeri Johor Darul Ta'zim. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2012). Penyakit mental selepas bersalin. http://www.myhealth.gov.my/penyakit-mental-selepas-bersalin/ Marinsah, S.A., Ramli, M.A., Meerangani, K.A., & Sabdan, M.S. (2018). Pengambilkiraan ‘urf dan adat dalam fatwa semasa : Analisis terhadap adat kematian Bajau di Sabah. Journal of Fatwa Management and Research, 12(1), 73-91. https://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/19
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 121 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2016a). Kaedah tahnik anak yang baru lahir. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1320-al-kafi-367-kaedah-tahnik-anak-yang-barulahir Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2016b). Amalan cukur rambut bayi dalam Islam. https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1782-amalan-cukur-rambut-bayi-di-dalam-islam. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2018). Adakah tahnik bayi itu wajib? https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafili-al-fatawi/2833-al-kafi-935-adakah-tahnik-bayi-itu-wajib Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2019). Waktu terbaik untuk memberikan nama kepada bayi yang baru dilahirkan.https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3245-al-kafi-1179-waktu-terbaikuntuk-memberikan-nama-kepada-bayi-yang-baru-dilahirkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2020). Bolehkah cukur rambut bayi terlebih dahulu sebelum melakukan aqiqah?. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4590-al-kafi-1746-bolehkah-cukur-rambutbayi-terlebih-dahulu-sebelum-melakukan-aqiqah Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2021). Status hadis azan di telinga bayi yang baru lahir serta hukum melakukannya.https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/4907-irsyad-al-hadith-siri-ke-527-statushadis-azan-di-telinga-bayi-yang-baru-lahir-serta-hukum-melakukannya Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. (2022). Adat. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Adat Maraining, A., Othman, Z., Radzi, M., & Abdul Rahim, M. S. (2018). Komuniti Suluk dan persoalan migrasi: ‘Sirih pulang ke gagang’. Jurnal Kinabalu, 24, 35-55. https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/1678. Tarsat, M. (2007). Institusi pentadbiran pribumi: Satu kajian mengenai Ketua Anak Negeri di Sabah, 1946-1990. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sabah. Thomas, M.K. (1968). Institutionalized friendship and warfare among the Tausug of Jolo. Ethnology, 7 (3), 225- 244. https://www.jstor.org/stable/3772889. Wan Husin, W. N. (2012). Peradaban dan perkauman di Malaysia. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Temubual/Wawancara Wawancara bersama Informan 1 berusia 70 tahun pada 27 Julai 2021, bertempat di Kampung Limau-Limauan, Kudat. Wawancara bersama Informan 2 berusia 61 tahun pada 23 Julai 2021, bertempat di Kampung Limau-Limauan, Kudat. Wawancara bersama Informan 3 berusia 79 tahun pada 27 Julai 2021, bertempat di Kampung Limau-Limauan, Kudat. Wawancara bersama Informan 4 berusia 48 tahun pada 23 Julai 2021, bertempat di Kampung Limau-Limauan, Kudat. Wawancara bersama Informan 5 berusia 70 tahun pada 23 Julai 2021, bertempat di Kampung Limau-Limauan, Kudat. Wawancara bersama Informan 6 berusia 66 tahun pada 27 Julai 2021, bertempat di Kampung Limau-Limauan, Kudat. Wawancara bersama Informan 7 berusia 43 tahun pada 23 Julai 2021, bertempat di Kampung Milau, Kudat. Wawancara bersama Informan 8 berusia 50 tahun pada 04 Ogos 2021, bertempat di Kampung Tanjong Kapor, Kudat. Wawancara bersama Informan 9 berusia 71 tahun pada 04 Ogos 2021, bertempat di Kampung Perpaduan Gumpa, Kudat. Wawancara bersama Informan 10 berusia 53 tahun pada 04 Ogos 2021, bertempat di Kampung Pantai Bahagia Gumpa, Kudat. Wawancara bersama Informan 11 berusia 43 tahun pada 04 Ogos 2021, bertempat di Kampung Pengaraban, Kudat.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 122 SISTEM PEMANTAUAN DAN KAWALAN LAMPU DI KEDIAMAN MENGGUNAKAN APLIKASI INTERNET OF THINGS (IoT) Amirul Ismail, Mohamad Kamal Yaakob dan Nur Asikin Abd Halim Abstrak Projek yang diketengahkan ini merupakan satu projek yang telah dilaksanakan setelah membuat kajian serta penyelidikan dari sumber yang relevan. Projek ini bertujuan bagi menyelesaikan masalah yang seringkali dihadapi oleh ibubapa di kediaman.Antara masalah yang seringkali dihadapi ialah lampu yang tidak di matikan oleh anak-anak ketika keluar dari rumah. Selain itu ibubapa sendiri sering terlupa mematikan lampu ketika meninggalkan rumah untuk tujuan yang singkat atau lama. Situasi ini akan membawa kepada penggunaan lampu dengan tempoh yang lama. Hal ini akan menyebabkan berlakunya penggunaan tenaga elektrik yang tinggi dan perbelanjaan bil elektrik meningkat. Oleh itu projek ini dibangunkan bertujuan untuk melakukan sistem pemantauan serta kawalan lampu sebagai sistem yang lebih teratur di kediaman telah diperkenalkan. Penyelidikan yang lepas telah memberi tumpuan kepada kaedah di bangunan komersial dan penggunaan lampu LED.Kajian ini tertumpu kepada bagaimana untuk membangunkan sistem kawalan lampu menggunakan NodeMCU ESP32 sebagai mikropengawal utama supaya dapat mengawal lampu seterusnya dapat mengurangkan berlakunya pembaziran tenaga elektrik serta perbelanjaan bil elektrik dapat dikurangkan.Sistem yang mesra pengguna ini juga dapat memudahkan ibubapa memantau penggunaan lampu di kediaman hanya di telefon pintar melalui aplikasi Blynk.Inovasi ini juga mampu memberi manfaat kepada semua ketua keluarga di setiap rumah dalam mengurangkan kos perbelanjaan dan mengawal lampu serta dapat memajukan sistem kawalan lampu dalam negara. Kata Kunci: NodeMCUESP32, Sistem Kawalan dan Pemantauan Lampu, Interner Of Things Pengenalan Tenaga elektrik merupakan sumber kuasa yang amat penting untuk menghidupkan setiap peralatan elektrik dan pengoperasian sesebuah bangunan kediaman atau komersil(Karthik & Vennila, 2021).Internet of Things (IoT) ialah satu lagi inovasi kepada corak kemajuan yang diperkenalkan dengan projek ini. penggunaan tenaga elektrik yang tidak cekap boleh meningkatkan pemanasan global dan pencemaran alam sekitar(Ahmed et al., 2021). Penggunaan peralatan elektrik secara cekap dapat meyumbangkan penggunaan elektrik dengan lebih baik seterusnya memberikan pulangan kewangan daripada penjimatan bil penggunaannya(Priya & Devi, 2021). Metodologi Mikropengawal NodeMCUESP32 merupakan salah satu peranti dalam teknologi internet WiFi(Mahindar et al., 2018).Dalam projek ini, prototaip pemantauan dan kawalan penggunaan lampu di kediaman telah dibangunkan. Pembangunan projek ini telah melibatkan 2 kaedah iaitu pembangunan perkakasan dan juga perisian. Idea projek ini ialah mikropengawal NodeMCU disambungkan ke internet Wi-Fi, manakala aplikasi Blynkpada telefon pintar boleh mengawal signal daripada penderia yang telah diprogramkan dalam mikropengawal tersebut.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 123 pengaturcaraan untuk memprogramkan NodeMCU telah dihasilkan dengan menggunakan perisian Arduino IDE. Lakaran Projek Rajah 1: Lakaran Projek Prototaip ini hanya melibatkan penggunaan empat biji mentol mewakili beban bagi setiap ruang dan bilik di kediaman. Manakala tefon pintar android pula digunakan untuk aplikasi blynk bagi melihat status lampu dalam status bernyala ataupun sebaliknya.melalui aplikasi ini juga pengguna dapat mengawal terus lampu tanpa perlu menggunakan suis di dalam rumah. Gambarajah Blok Rajah 2: Gambarajah Blok
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 124 Komponen Perkakasan Untuk membangunkan projek ini beberapa komponen perkakasan telah digunakan. Perkakasan yang terlibat ialah a) seperti NodeMCU, b) Geganti 4 saluran, c) Mentol LED ESP32 Rajah 3: ESP32 ESP adalah cip mikropengawal (SoC) dilengkapi dengan Wi-Fi dan Bluetooth. Ini bermakna ia boleh mengawal dan memantau peranti dengan lebih mudah dari Wi-Fi dan Bluetooth. Malahan penggunaan ESP32 kos adalah lebih murah berbanding peranti yang lain. ESP32 telah ditambah dengan teras CPU, Wi-Fi lebih cepat, lebih banyak GPIO, dan menyokong Bluetooth 4.2 dan Bluetooth tenaga yang rendah. Selain itu, ESP32 dilengkapi dengan sensor sentuhan, sensor kebuk dewan terbina dalam dan sensor suhu. Bekalan kuasa diperlukan adalah sangat rendah iaitu 3.3V sahaja. ESP32 mampu beroperasi dalam persekitaran industri iaitu suhu diantara -400C hingga 1250C. Geganti 4-Channel Rajah 4. Geganti 4-Saluran. Rajah 3 menunjukkan geganti 4-saluran yang berfungsi sebagai suis yang dikendalikan secara elektrik. Penggunaan geganti ini adalah sesuai di mana ia dapat mengawal tahap kuasa rendah bagi arus terus AT atau arus ulang alik AU bagi sesuatu litar. Bagi setiap geganti ia terdiri daripada satu set terminal input untuk satu atau beberapa isyarat kawalan, dan satu set terminal hubungan operasi. Projek ini menggunakan modul geganti 4-saluran untuk
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 125 menghubungkan antara mikropengawal dengan empat mentol LED mewakili beban 240 Volts.Keluaran(output) maksimum bagi geganti ini ialah AT 30V/10A, AU 250V/10A dan bersaiz 75mm x 55mm x 19.3mm. Bekalan kuasa bagi geganti ini mestilah disambung pada input pin geganti yang berlabel VCC dan GND. Geganti diaktifkan dengan rendah kepada input IN1, IN2, IN3 dan IN4. Manakala modul output geganti menyediakan pin common(COM), normally open(NO) dan normally close(NC). Kendalian Mikropengawal Mikropengawal bertugas untuk menerima input, memproses maklumat yang diterima dan mengeluarkan output yang tepat. Sebuah mikropengawal boleh diberi arahan melalui pengaturcaraan untuk melakukan tugas secara pintar. Mikropengawal yang digunakan ialah Node MCU untuk mengawal signal input daripada pengesan dan juga signal output yang utk mengawal litar geganti yang dijadikan penghubung antara mikropengawal dan mentol LED. Manakala aplikasi Blynk dapat dihubungkan dengan NodeMCU melalui ID pengesahan setelah berjaya menghasilkan projek baharu dengan beberapa tetapan dibuat pada aplikasi tersebut. Rajah 5. Sistem pemantauan dan kawalan lampu
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 126 Operasi Sistem Rajah 6. Carta alir sistem pemantauan dan kawalan lampu Untuk mengendalikan operasi sistem ini, dua kaedah telah digunakan untuk mengawal mentol LED iaitu melalui aplikasi yang terdapat pada aplikasi blynk dan yang kedua secara manual menggunakan suis. Untuk membolehkan pengguna mengawal keluaran menggunakan aplikasi melalui telefon pintar, beberapa tetapan mesti dibuat seperti dalam Rajah 5. Pengguna perlu menghubungkan aplikasi blynk dengan Wi-Fi dengan menggunakan ID dan kata laluan yang betul. Sebagai tambahan kaedah ketiga adalah dicadangkan untuk mengawal mentol LED secara pintar iaitu dengan menggunakan pengesan pergerakan. Ia akan mengesan mengesan pergerakan dalam bilik dan sekiranya tiada berlaku pergerakan dalam masa yang lama pengesan pergerakan akan menghantar isyarat kepada mikropengawal dan memadam lampu di bilik. Hasil Dan Perbincangan Jadual 1 Hasil kawalan dan pemantauan mentol LE BILIK UTAMA BILIK 1 BILIK 2 BILIK 3 SWITCH 1 ON\OFF SWITCH 2 ON\OFF SWITCH 3 ON\OFF SWITCH 4 ON\OFF SWITCH ( ALL) ON\OFF ON\OFF ON\OFF ON\OFF Jurutera berperanan membuat inovasi bagi mengurangkan penggunaan kuasa(Arthireena et al., 2018). Hasil analisis mendapati terdapat perubahan dalam penggunaan tenaga elektrik setiap tahun di kediaman dari aspek jumlah dan kos penggunaan(Ahmed et al., 2021). Oleh itu sistem yang dibina ini dapat membantu pengguna memantau status mentol LED secara khusus dan peralatan elektrik yang lain secara amnya. Dari segi kawalan mentol LED, pengguna dapat menggunakan suis atau butang tekan yang terdapat pada aplikasi blynk di dalam telefon pintar
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 127 untuk menyalakan atau memadam mentol LED bagi setiap blok. Ia juga dikenali sebagai Industri 4.0 (IR4.0), merujuk kepada proses pembangunan yang berlaku dalam industri pembuatan dan pengeluaran rantaian(Jesani & Raval, 2017). IoT merupakan salah satu elemen penting yang diterapkan dalam IR4.0(Jasim & Akkar, 2013). Melalui dapatan atau hasil dari projek ini pengguna secara tidak langsung telah mengaplikasi IoT dalam kehidupan seharian. Dalam jarak yang jauh pengguna dapat mamantau dan mengawal peralatan elektrik dengan cepat dan efisyen. Kesimpulan Projek ini memberi impak yang positif dalam perlaksanaan pengawalan dan pemantauan lampu di kediaman. Dengan kawalan dan pemantauan yang berkesan ia dapat memberi penjimatan dan mengurangkan pembaziran tenaga elektrik yang berlebihan. Sebagai cadangan penambahbaikan sistem ini akan lebih efisyen sekiranya pengesan pergerakan digunakan bagi setiap bilik. Dengan ini sistem akan semakin pintar dan kawalan terhadap penggunaan tenaga elektrik dapat digunakan dengan lebih baik dengan harapan pembaziran sifar. Rujukan Ahmed, M. M., Qays, M. O., Abu-Siada, A., Muyeen, S. M., & Hossain, M. L. (2021). Cost-effective design of iot-based smart household distribution system. Designs, 5(3), 1–18. https://doi.org/10.3390/designs5030055 Arthireena, S., Shalini, V. K., & Annakamatchi, M. (2018). Energy Saving Outdoor Light Screening and Management System. Indian Journal of Science and Technology, 11(17), 1–8. https://doi.org/10.17485/ijst/2018/v11i17/122776 Jasim, N. A., & Akkar, H. A. R. (2013). Power Management of LED Lamp for Streets Lighting System Republic of Iraq Ministry of Higher Education Power Management of LED Lamp for Streets Lighting System. August. Jesani, P., & Raval, T. J. (2017). karishma A. Chaudhary,“A Review On IoT Based Smart Home Using Blynk Framework,.” Int. J. Adv. Res. Innov. Ideas Educ, 5, 624–632. Karthik, S., & Vennila, I. (2021). Power management in smart home based on iot application. International Journal of Nonlinear Analysis and Applications, 12(Special Issue), 1703–1712. https://doi.org/10.22075/IJNAA.2021.5857 Mahindar, R., Prakash, M., Ghosh, S., & Mukherjee, S. (2018). IoT-based home appliances control system using nodeMCU and blynk server. International Advanced Research Journal in Science, Engineering and Technology, 5(6), 16–22. https://doi.org/10.17148/IARJSET.2018.563 Priya, Ts., & Devi, Ms. (2021). 51 International Journal for Modern Trends in Science and Technology IOT Based Home Automation Using NodeMCU and Blynk Application. International Journal for Modern Trends in Science and Technology, 7(03), 151–153.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 128 PENGECAMAN SUARA UNTUK APLIKASI ROBOTIK DALAM FIRA MALAYSIA 2022 Muhammad Khairi Saad Abstrak Sektor robotik dilihat sebagai satu sektor yang kian membangun dengan pesat seiring perkembangan sains dan teknologi masa kini. Kepelbagaian jenis robot telah menarik minat ramai penyelidik dan pembangun sistem untuk meneroka bidang ini dengan lebih meluas lagi. Robot navigasi merupakan salah satu ciri robot yang semakin mendapat tempat di kalangan manusia. Tambahan pula, robot ini dapat dikawal menggunakan pelbagai cara termasuklah melalui butang, tanpa wayar, dan arahan suara. Dalam artikel ini, sistem arahan suara untuk aplikasi robot navigasi dalaman (indoor navigation) telah dibangunkan menggunakan robot Turtlebot3, Pocketsphinx Library, Robot Operating System (ROS) dan aturcara Python. Sistem ini membolehkan arahan diberikan kepada robot, ditafsirkan dan seterusnya robot Turtlebot3 akan bergerak menuju ke koordinat yang telah dipre-programkan. Beberapa siri ujilari telah dijalankan di Pertandingan Robotik FIRA Malaysia 2022 pada 24-28 Julai 2022 bertempat di Politeknik Ibrahim Sultan, Johor. Hasil ujilari mendapati robot Turtlebot3 berjaya menerima arahan suara dengan peratus ketepatan yang tinggi iaitu 95% seterusnya berjaya melakukan navigasi menuju ke koordinat yang telah ditetapkan. Kata Kunci: Robot Navigasi Dalaman, ROS, Arahan Suara, Turtlebot3. Pengenalan Bola sepak robot boleh digambarkan sebagai persaingan teknologi robot canggih dalam ruang tertutup. Ia menawarkan cabaran kepada generasi muda dan penyelidik untuk membangunkan sistem robotik mudah alih automatik. Dengan penganjuran FIRA, dikenali sebagai Piala Dunia Robot FIRA (atau ringkasnya Piala FIRA), yang bermula pada tahun 1996, merangkumi pelbagai kategori akan dapat membantu menjana minat dalam robotik untuk generasi muda. Melalui acara ini, FIRA telah membantu lebih ramai orang untuk memahami dan menghargai konsep saintifik dan perkembangan teknologi yang terlibat. Minat ini seterusnya akan menyemarakkan kemahiran saintifik dan kejuruteraan yang akhirnya berkembang menjadi hasil penyelidikan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada manusia dalam pelbagai bidang. Sejak penubuhannya, FIRA telah dianjurkan di serata dunia termasuklah Australia, Brazil, China, Perancis dan Korea. Telah mencapai kemajuan dalam beberapa tahun berturut-turut sejak 1996, Piala FIRA kini telah mendapat pengiktirafan dunia sebagai festival robot tahunan yang terbesar. Kajian Literatur Pengecaman pertuturan telah diimplementasikan kepada pengawal mikro ATmega162 untuk mengawal pergerakan robot mudah alih. Kaedah yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah Linear Predictive Coding (LPC) dan Hidden Markov Model (HMM). LPC digunakan untuk mengekstrak data perkataan daripada isyarat pertuturan. Manakala HMM digunakan untuk mengenali data pola perkataan, yang diekstrak daripada isyarat pertuturan (Thiang, 2009). Penggunaan Sunplus SPCE061A sebagai pengecaman suara untuk mengumpul, menganalisis,
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 129 mengenal pasti dan melaksanakan pertimbangan koresponden terhadap suara juga telah dikaji. Sebagai pemproses teras robot, AT89S52 mengumpul, menganalisis dan memproses pelbagai isyarat. AT89C2051 digunakan untuk menjadi cip pemacu motor servo lengan robot (Xing, Y. dan Chen, W., 2012). Pengecaman pertuturan automatik (ASR) memerlukan keupayaan pengiraan yang tinggi dan memori yang mencukupi, yang sukar untuk berfungsi dalam peranti terbenam (embedded device). Sistem pengecaman pertuturan tanpa pembesar suara telah dicipta dan boleh dibenamkan ke dalam robot mainan (Hong, Q. et al, 2007). Kajian juga dilaksanakan mengenai sistem keselamatan menggunakan robot humanoid dengan menggunakan pengecaman pertuturan menggunakan Raspberry Pi 3 dan Arduino UNO R3. Arahan yang diberikan oleh pembesar suara akan diberikan respon oleh robot menggunakan motor servo. Mel Frequency Cepstral Coefficients (MFCCs), delta, dan delta-delta digunakan sebagai pengekstrakan ciri yang disalurkan kepada pengelas, Gaussian Mixture Model (GMM) (Dadang, W. et al, 2019). Dalam sistem lain, sumber pertuturan yang bilangannya lebih daripada bilangan campuran dipisahkan oleh kriteria MMSE dan diiktiraf oleh pengecam pertuturan berasaskan HMM (Cho, J., et al, 2012). Faktor jarak juga mempengaruhi ketepatan pengecaman suara. Semakin jauh sumber suara, semakin kurang ketepatan pengecaman (Tambunan, M. H., et al, 2018). Apabila robot menggerakkan mana-mana bahagian terutamanya motor penggerak, ia pasti akan menghasilkan bunyi, dan bunyi tersebut dikenali sebagai bunyi ego. Bunyi ini disebabkan oleh pelbagai pergerakan motor serta kipas penyejuk untuk CPU dan lain-lain. Bunyi ini mudah ditangkap oleh mikrofon robot, kerana sumber hingar lebih dekat dengan mikrofon daripada sumber pertuturan sasaran dan menjejaskan pengecaman suara (Wang, J. et al, 2014). Metodologi Dalam kajian ini, satu sistem navigasi robot berasaskan arahan suara telah dibangunkan bagi memenuhi keperluan pertandingan FIRA Malaysia 2022 dalam kategori Aibot – voice command. Pembangunan sistem ini berdasarkan kepada kerangka robotik ROS, pengecaman pertuturan Pocketsphinx, nod utama yang ditulis menggunakan bahasa Python, platform robotik Turtlebot3, pemproses Raspberry Pi 4 dan USB mikrofon sebagai peranti input. Merujuk kepada Rajah 1, arahan suara akan diproses oleh pemproses setelah input diterima. Arahan Suara Pemprosesan Model Bahasa Model Akustik Kamus Perkataan ROS (nod utama) Turtlebot3 Pocketsphinx
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 130 Rajah 1. Gambarajah blok sistem yang dicadangkan Fasa 1: Pemetaan Robot Turtlebot3 telah dipilih secara ekslusif untuk digunakan di dalam kajian ini kerana ciriciri spesifik yang terdapat padanya. Ia mempunyai 360 Laser Distance Sensor (Lidar) yang membantu untuk proses pemetaan yang akan dilaksanakan. Jadual 1 menunjukkan spesifikasi terperinci robot Turtlebot3 keluaran syarikat Robotis dari negara Korea ini. Jadual 1 Spesifikasi robot Turtlebot3 Spesifikasi Ciri-ciri Berat 1.2 kg Saiz (Panjang x Lebar x Tinggi) 138mm x 178mm x 192mm Pemproses Mikropengawal 32-bit ARM Cortex®-M7 with FPU (216 MHz, 462 DMIPS) Penggerak XL430-W250 LDS(Penderia Jarak Laser) Penderia Jarak Laser 360 LDS-01 Bateri Lithium polymer 11.1V 1800mAh / 19.98Wh 5C Bekalan Kuasa Input : 100-240V, AC 50/60Hz, 1.5A @max Output : 12V DC, 5A Proses pemetaan dilakukan oleh robot Turtlebot3 dengan beberapa langkah mudah. Langkah pertama, pemacu robot (robot driver) dimulakan dan kemudian nod ROS yang bertanggungjawab untuk membina peta dihidupkan. Pakej perisian gmapping digunakan untuk membina peta ROS, yang disepadukan sepenuhnya dengan ROS. Pakej gmapping mengandungi pembungkus ROS (wrapper) untuk Gmapping OpenSlam. Pakej ini menyediakan SLAM (Penyetempatan dan Pemetaan Serentak) berasaskan laser, sebagai nod ROS yang dipanggil slam_gmapping. Menggunakan slam_gmapping, peta grid 2-D (seperti pelan lantai bangunan) dihasilkan daripada laser dan data posisi yang dikumpul oleh robot Turtlebot3.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 131 Rajah 2. Paparan pemetaan dari applikasi RVIZ Setelah selesai proses pemetaan, langkah seterusnya ialah menentukan koordinat bagi bilik 1, 2, 3 dan 4 dan seterusnya disimpan di dalam fail Python yang berkaitan untuk tujuan navigasi robot. Fasa 2: Pemprosesan Pemprosesan arahan suara dilakukan oleh Komputer Papan Tunggal (Single Board Computer) Raspberry Pi 4 Model B. Sistem ROS Kinetic dipasang di dalam memori kad Raspberry Pi untuk membolehkan pengoperasian navigasi robot Turlebot3. Jadual 2 Spesifikasi Raspberry Pi 4 Model B. Spesifikasi Ciri-ciri CPU 1.5GHz quad-core 64-bit ARM Cortex-A72 RAM 8 GB Port USB 2X USB 3.0, 2X USB 2.0 Ethernet Gigabit (full throughput) Bluetooth 5.0, BLE HDMI Dual HDMI, dengan output 4K Fasa 3: Pengecaman suara Suara merupakan salah satu cara untuk manusia berkomunikasi sesama manusia termasuklah juga kepada robot. Dalam kajian ini, Pocketxphinx library telah dipilih sebagai medium untuk memproses pengecaman suara disebabkan pelbagai faktor. Salah satu daripadanya ialah ia merupakan sumber terbuka (open source) yang disediakan secara percuma. Pocketsphinx adalah salah satu projek CMU Sphinx yang ditulis sepenuhnya dalam bahasa pengaturcaraan C. Kelebihan lain ialah ia tidak memerlukan sambungan internet dan boleh dijalankan secara bersendirian (standalone) tidak seperti sistem pengecaman suara yang lain. Majoriti sistem pengecaman suara yang lain memerlukan sambungan internet sepenuhnya untuk berfungsi.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 132 Seterusnya, audio yang telah diterima melalui mikrofon akan diproses oleh nod ROS yang bernama “recognizer.py”. Fail Python ini akan menukarkan audio tersebut kepada perkataan yang tersimpan di dalam kosa kata semasa (corpus). Pocketsphix memerlukan tiga komponen utama untuk membolehkannya berfungsi iaitu model bahasa, model akustik bahasa yang mengandungi beberapa fail utama dan kamus perkataan. Dalam kajian ini, beberapa perkataan telah dipilih untuk digunakan sebagai arahan suara kepada robot Turtlebot3. Perkataan itu ialah One, Too, See dan Try. Penggunaan perkataan dari bahasa Inggeris adalah kerana library Pocketsphinx buat masa sekarang hanya menyokong perkataan dari bahasa Inggeris, Sepanyol, Portugis, Mandarin, Jerman, Greek, Perancis, Belanda, Itali, Hindi, Kazakhstan dan Rusia sahaja. Perkataan One, Too, See dan Try telah ditukarkan kepada format kamus perkataan dan model bahasa melalui laman web Pocketsphinx berdasarkan kepada model Hidden Markov. Format kamus perkataan mempunyai sambungan fail dot dic (.dic) manakala model bahasa ialah dot lm (.lm). Sementara itu, model akustik yang digunakan adalah fail asal yang dibekalkan tanpa apa-apa perubahan. Fasa 4: Implementasi Pakej ROS Pakej ROS tb3_8gb telah dicipta untuk memudahkan pengurusan fail dan skrip pengaturcaraan. Pakej ini mengandungi empat elemen iaitu config, maps, launch, dan src. Dalam elemen config, fail yang diperlukan oleh “recognizer.py” untuk menganalisa proses pengecaman suara telah diletakkan di sini. Fail-fail tersebut ialah kamus (.dic), model bahasa (.lm) dan model akustik. Manakala elemen kedua iaitu maps pula mengandungi fail pemetaan kawasan yang telah dilakukan oleh robot Turtlebot3 untuk tujuan navigasi. Fail-fail ini mempunyai nama yang sama tetapi berbeza sambungan nama failnya. Ciri-ciri peta (map characteristics) (.yaml) dan peta hitam putih (.pgm). Elemen ketiga pula ialah launch yang mengandungi pelancar (launcher) untuk menjalankan nod “recognizer.py” dan “tb3_navvoice.py” dengan parameter masing-masing yang berbeza. Manakala elemen terakhir pula ialah src yang mengandungi nod utama “tb3_navvoice.py”. Nod ini bertanggungjawab untuk menerima arahan suara dari “recognizer.py”, membuat padanan perkataan dari suara kepada koordinat yang telah ditetapkan, dan menghantar koordinat tersebut kepada stack move_base untuk menggerakkan robot.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 133 Fasa 5: Program Utama Berdasarkan Rajah 3, empat koordinat lokasi telah dikenalpasti dan dilabel sebagai bilik 1, 2, 3 dan 4. Koordinat ini yang terdiri daripada nilai x dan y akan ditentukan semasa proses pemetaan oleh robot Turtlebot3 dan dipaparkan kepada topik ROS “/odom”. Koordinat ini seterusnya akan disimpan di dalam “tb3_navvoice.py” sebagai lokasi ke setiap bilik. Rajah 3. Spesifikasi padang pertandingan. Struktur utama nod adalah amat mudah. Pengendali robot akan menyebut perkataan yang telah ditetapkan mewakili lokasi ke mana-mana bilik. Perkataan tersebut akan ditafsirkan kepada bentuk koordinat yang telah disimpan di dalam fail Python dalam nilai x dan y. Seterusnya robot akan memberi respon kepada arahan suara tersebut dan sistem navigasi akan meminta service dari “MoveBaseAction” melalui nod “move_base”. Akhirnya nod “move_base” akan mengendalikan navigasi stack untuk menentukan laluan global dari kedudukan semasa robot menuju ke koordinat yang ditetapkan melalui perancang laluan global. Apabila laluan telah ditetapkan, robot akan digerakkan dengan bantuan perancang laluan setempat berserta dengan pengelak halangan di sepanjang laluan. Pengelak halangan ini berfungsi daripada sensor lidar 360 darjah yang berada di atas robot. Logik pengaturcaraan dapat digambarkan dalam Algoritma 1 di dalam nod utama “tb3_navvoice.py”.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 134 Algoritma 1 Koordinat x,y ditentukan dari proses pemetaan. Melanggan kepada topik /recognizer/output Melanggan kepada move_base dan navigation Menjalankan aturcara tb3_navvoice.py if voice_command = = “one” then Navigate Robot to Room 1 else if voice_command = = “too” then Navigate Robot to Room 2 else if voice_command = = “see” then Navigate Robot to Room 3 else if voice_command = = “try” then Navigate Robot to Room 4 Hasil dan Dapatan Sebanyak 10 institusi telah menyertai FIRA 2022 bagi kategori Aibot – voice command ini. Bagi kajian ini, 10 ujilari telah dilaksanakan semasa pertandingan dan didapati keputusan ujilari adalah seperti di Jadual 3. Jadual 3. Keputusan ujilari navigasi robot. Cubaan / perkataan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Peratus (%) One 100 Too ✘ ✘ 80 See 100 Try 100 Daripada 10 percubaan ujilari, perkataan “One”, “See” dan “Try” berjaya mendapat keputusan 100% iaitu robot Turtlebot3 memberi respon dan membuat navigasi ke koordinat yang telah ditetapkan. Manakala bagi perkataan “Too”, percubaan ke-4 dan ke-6 tidak berjaya. Hal ini kerana terdapat perkataan tambahan di dalam kamus Pocketsphinx iaitu “Zoo” telah menyebabkan sistem terkeliru antara dua perkataan yang hampir sama bunyinya ini. Walau bagaimanapun, peratus skor untuk perkataan “Too” masih lagi mencapai skor 80%. Secara keseluruhannya, purata skor adalah 95% bagi kesemua percubaan. Kesimpulan Dalam kajian ini, robot Turlebot3 telah diprogramkan untuk menerima input suara dari manusia dan seterusnya melakukan navigasi ke koordinat yang telah ditentukan. Hasil dapatan daripada 10 percubaan yang telah dilaksanakan menunjukkan peratusan ketepatan yang tinggi iaitu 95%. Peratus ketepatan ini boleh dipertingkatkan lagi dengan memastikan tiada perkataan yang hampir sama diprogramkan. Hal ini menunjukkan Library Pocketsphinx adalah amat sesuai diimplementasikan untuk meningkatkan prestasi pertandingan robotik. Kaedah ini juga sesuai kerana tidak memerlukan sambungan internet dan dapat bekerja secara offline.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 135 Rujukan Cho, J., Park H., & Yoo, C. D. (2012). Blind speech separation and recognition system for human robot interaction in reverberant environment. 9th International Conference on Ubiquitous Robots and Ambient Intelligence (URAI), 584-585. Dadang, W., Hikmarika, H., Hermawati, H., Suprapto, B. Y. & Dwijayanti, S. (2019). Security System Using A Robot Based On Speech Recognition. International Seminar on Research of Information Technology and Intelligent Systems (ISRITI), 25-29. Hong, Q., Zhang, C., Chen, X., & Chen, Y. (2007). Embedded speech recognition system for intelligent robot. 14th International Conference on Mechatronics and Machine Vision in Practice, 35-38. Tambunan, M. H., Martin, Fakhruroja, H., Riyanto & Machbub, C. (2018). Indonesian speech recognition grammar using Kinect 2.0 for controlling humanoid robot. International Conference on Signals and Systems (ICSigSys), 59-63. Thiang, D. W. (2009). Limited Speech Recognition for Controlling Movement of Mobile Robot Implemented on ATmega162 Microcontroller. International Conference on Computer and Automation Engineering, 347- 350. Wang, J., Zhang, J., Wei, J., Lu, W., & Dang, J. (2014). Automatic speech recognition under robot ego noises. The 9th International Symposium on Chinese Spoken Language Processing, 377-377. Xing, Y. & Chen, W. (2012). Design of Speech Recognition Robot Based on MCU. 4th International Conference on Intelligent Human-Machine Systems and Cybernetics, 253-256.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 136 KECENDERUNGAN PELAJAR JABATAN PERDAGANGAN DI POLITEKNIK MERSING, JOHOR TERHADAP KEUSAHAWANAN DIGITAL SEMASA PASCA COVID-19. Nor Aini Che Din Abstrak Keusahawanan digital merupakan salah satu tren pada masa kini dimana pembelian barang boleh dilakukan secara atas talian tanpa perlu bersemuka. Keusahawanan digital semakin berkembang pesat dikalangan pelajar institusi pengajian tinggi selaras dengan seruan kerajaan yang menggalakkan rakyat untuk menjadi usahawan. Dengan adanya ilmu pengetahuan keusahawanan digital ini, para pelajar dapat mengaplikasi ilmu tersebut supaya perniagaan yang dijalankan dapat dikembangkan sehingga ke peringkat global. Walaubagaimanapun, situati pandemik covid-19 yang melanda memberi impak yang besar kepada para peniaga kerana tidak dapat beroperasi seperti biasa sepanjang pandamik COVID-19 berlaku dan ramai dikalangan peniaga telah beralih kepada perniagaan atas talian. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kecenderungan pelajar Jabatan Perdagangan di Politeknik Mersing, Johor terhadap Keusahawanan Digital semasa pasca COVID-19 berlaku. Responden kajian ini terdiri daripada pelajar semester 4 dari program Diploma Pengajian Perniagaan (DPM) dan Diploma Sains Kesetiaushaan (DSK) yang mengambil subjek Keusahawanan Digital di Politeknik Mersing yang merupakan sampel kaji bagi menjawab soal selidik. Tinjauan kajian ini dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS 26. Kata Kunci: Keusahawanan Digital, Pasca COVID-19, Kecenderungan Pelajar Pengenalan Pada awal tahun 2020, negara Malaysia telah digemparkan dengan penularan wabak berjangkit Covid-19 yang berlaku begitu pantas sehingga menyebabkan kematian. Oleh yang demikian, kerajaan telah mengambil inisiatif sebagai langkah untuk memutuskan rantaian covid-19 dikalangan rakyat Malaysia dengan mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 sebagai usaha kerajaan bagi membendung wabak covid-19 terus berjangkit. Penularan penyakit berjangkit ini telah memberi kesan kepada para peniaga kerana semua premis terpaksa ditutup dan tidak dapat beroperasi seperti sediakala. Walaubagaimanapun, kemunculan covid-19 telah memberi impak positif kepada perniagaan atas talian yang melonjak ketara dimana aktiviti jual beli melalui transaksi atas talian menjadi tren masa kini serta merupakan inisiatif terbaru kepada peniaga ketika berhadapan dengan covid -19 ini (Harian Metro, 2021). Penggunaan internet di Malaysia telah meningkat sewaktu berlakunya pandemik covid19 dimana berjuta-juta rakyat Malaysia menghabiskan masa dengan melayari internet sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dijalankan (Nurul Ain et al., 2021). Justeru itu, selaras dengan perkembangan teknologi ke arah revolusi industri 4.0 telah menguasai gaya hidup usahawan supaya lebih maju dan bergerak pantas dengan perubahan teknologi ini yang turut mempengaruhi kepada pemikiran, sikap dan tingkah laku seseorang supaya dapat bertahan dengan lebih lama dalam pasaran (Nur Fardeana et al., 2020).
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 137 Keusahawanan Digital merupakan kursus teras wajib yang perlu diambil oleh pelajar semester 4 bagi program Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Sains Kesetiausahaan di Politeknik Mersing. Kursus ini mendedahkan kepada pelajar ilmu keusahawanan secara digital bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar terhadap perniagaan atas talian dengan pelbagai aplikasi media sosial bagi memasarkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara (2015-2025) bagi lonjakan satu (1) yang menekankan kepada graduan yang holistik supaya bercirikan keusahawanan dan seimbang supaya menjadi masyarakat yang sentiasa berdaya saing dan inovatif serta boleh mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat. Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kecenderungan pelajar terhadap Keusahawanan Digital yang paling dominan serta mengenalpasti faktor latar belakang keluarga, motivasi dan tahap pengetahuan yang mendorong pelajar kursus Keusahawan Digital semasa COVID-19. Kajian Literatur Keusahawanan Digital Penggunaan internet pada masa kini telah menjadi aktiviti harian kepada setiap individu dan memberi impak yang besar kepada kehidupan harian. Kemunculan pelbagai media sosial yang baru memudahkan pengguna untuk melayari internet seperti Instagram, Facebook, Twitter, Tik Tok dan sebagainya disebabkan perkembangan teknologi. Setelah berlakunya pandemik covid19 yang merebak ke seluruh negara, kehidupan masyarakat seharian telah berubah dengan penggunaan internet terutamanya mereka yang terlibat dengan bidang keusahawanan dan perkhidmatan (Faradillah & Nur Hafidhzah, 2021). Selain itu, usahawan digital juga telah melakukan kaedah baru dalam perniagaan yang memberi impak besar kepada seluruh dunia sejak dekad yang lalu seperti Google, Facebook, Microsoft dan Apple yang bukan sahaja mengubah dunia, malah membentuk cara komunikasi setiap individu dalam kehidupan seharian (Sascha Kraus et al., 2019). Minat Minat merupakan satu aspek yang penting didalam memulakan sesuatu aktiviti yang ingin diceburi. Ini kerana, jika seseorang mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu, maka hasilnya akan lebih berkesan. Oleh itu, dalam melibatkan diri didalam perniagaan atau bidang keusahawanan, minat memainkan peranan utama. Dengan adanya minat, dapat membentuk usahawan yang lebih optimis serta konsisten untuk berusaha bersungguh-sungguh didalam bidang tersebut (Mohammad Rezal Hamzah et al., 2009). Dengan pendidikan kursus Keusahawan Digital yang telah ditawarkan di Politeknik dapat dijadikan sebagai medium pembentukan minat pelajar ke arah keushawanan digital dengan pelbagai aplikasi pemasaran yang digunapakai sebagai kaedah untuk mempromosi produk dan perkhidmatan atas talian sewaktu pasca covid-19 Ini. Latar Belakang Keluarga Keluarga merupakan salah satu elemen penting yang mempengaruhi minat individu untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan digital. Justeru itu, bagi keluarga yang mempunyai latar belakang keusahawanan akan lebih mempengaruhi anak-anak mereka untuk melibatkan dalam perniagaan keluarga atau memulakan perniagaan mereka sendiri (Georgescu &Emilia, 2020).
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 138 Hasil dapatan kajian Muhammad et al., (2020) menunjukkan bahawa latar belakang keluarga yang melibatkan dalam bidang keusahawanan memberi hubungan yang positif melalui tingkah laku serta sikap individu itu sendiri terhadap pekerjaan tersebut. Motivasi Menurut Nadratun et al. (2017), terdapat dikalangan usahawan yang menjalankan keusahawanan digital untuk memenuhi keperluan dalam kehidupan mereka. Oleh yang demikian, motivasi merupakan aspek penting untuk melihat kecenderungan minat pelajar terhadap keusahawanan digital yang boleh memberi kesan kepada kejayaan individu. Selain itu, dalam kajian Iklima Husna et al. (2021) menyatakan bahawa motivasi merupakan aspek penting dalam kehidupan usahawan dengan menyenaraikan kepada responden bentuk motivasi seperti manfaat keusahawanan, sesi perbincangan bersama ushawan berjaya, pemberian modal awal dan sebagainya. Faktor-fator itu, dapat memberi idea dan minda pelajar berkenaan bidang keusahawanan ini. Kemudahan fasiliti dan Pembelajaran Kursus Keusahawanan Digital yang ditawarkan di politeknik kepada pelajar adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar dengan ilmu digital secara atas talian. Dalam kajian Nurazlinda dan Surendran (2021), menyatakan bahawa pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan berkaitan keusahawan dapat berfikir pada tahap yang tinggi serta kompleks dan sabar dalam mempelajari sesuatu. Ini juga turut dinyatakan oleh Siti Syuhada et al. (2015), bahawa seorang usahawan perlu melakukan penyelidikan dan kajian bagi mendapatkan makluman dan maklum balas pelanggan bagi memnuhi kepuasan pengguna. Oleh yang demikian, seorang usahawan perlu mempunyai kemahiran dalam mengumpul maklumat yang tepat bagi memperbaiki mutu perkhidmatan. Aktiviti keusahawanan yang dilakukan secara praktikal dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran seseorang pelajar dalam setiap tugasan yang diberikan sekaligus dapat meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam menguruskan aktiviti perniagaan (Suraiya Ishak et al., 2018). Selain itu, kemudahan fasiliti dari pihak politeknik juga amat perlu untuk pelajar menjalankan perniagaan atas talian terutama di musim covid-19 kerana terdapat banyak kekangan dikalangan para pelajar dari segi capaian internet yang dihadapi. Dalam kajian Nur Ain et al. (2021), menyatakan bahawa kerajaan, syarikat telekomunikasi dan universiti perlu membuat penambahbaikan dari segi infrastruktur internet supaya peningkatan dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Metodologi Dalam kajian ini, rekabentuk yang dijalankan secara kuantitatif deskriptif yang dilakukan menggunakan soal selidik sebagai intrumen kajian. Sampel kajian telah dipilih dikalangan pelajar Jabatan Perdagangan yang mengambil kursus Keusahawanan Digital di Politeknik Mersing. Secara khusus, soal selidik ini telah diedarkan kepada pelajar kursus Keusahawanan Digital yang terlibat sewaktu pasca covid-19. Seramai 41 responden yang menjawab soal selidik ini melalui borang google. Penyelidik telah menganalisis data-data yang diperolehi menggunakan perisisn SPSS 26. Kaedah skor min digunakan bagi melihat kecenderungan yang mendorong kepada keusahawanan digital dikalangan responden sewaktu pasca covid-19.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 139 Interpretasi diukur menggunakan skor min berikut: Interpretasi tahap berdasarkan skor min Skor min Interpretasi tahap 1.00 – 2.33 Rendah 2.34 – 3.66 Sederhana 3.67 – 5.00 Tinggi Sumber : Nur Hazwani & Jamalullail (2018) Analisis dan Dapatan Dalam kajian ini, sebanyak 41 responden telah menjawab soal selidik ini menggunakan borang google. Soal selidik dianalisis menggunakan kekerapan dan peratusan dalam perisian SPSS 26 bagi menganalisis demografi dan latar belakang responden dengan bilangan responden perempuan adalah melebihi responden lelaki. Seramai 38 orang iaitu 92.7% adalah pelajar perempuan manakala 3 orang iaitu 7.3% dari pelajar lelaki. Majoriti responden adalah dari umur 20 hingga 21 tahun iaitu 90.2% manakala dari segi taburan bangsa dan agama dipelopori oleh kaun Melayu dan Islam iaitu sebanyak 93% dan 97%. Majoriti responden mempunyai pengalaman dalam aktiviti keusahawanan digital semasa pasca covid-19 iaitu sebanyak 61%. Faktor Latar Belakang Keluarga Jadual 1 di bawah menunjukkan analisis terhadap kecenderungan latar belakang keluarga yang mendorong untuk menajalankan perniagaan atas talian sewaktu covid-19. Hasil dapatan responden menunjukkan keluarga yang menerapkan amalan positif serta mempunyai keluarga Yang tidak pernah memberi tekanan kepada responden dalam menjalankan perniagaan pada tahap tinggi iaitu skor min 4.24. Secara keseluruhannya, faktor latar belakang keluarga berada pada tahap sederhana dengan nilai purata skor min keseluruhan adalah 3.3 dalam memulakan perniagaan atas talian sewaktu covid-19. Jadual 1 Faktor Latar Belakang Keluarga N Minimum Maximum Mean Std. Deviation 1. Saya mempunyai ahli keluarga yang menjalankan perniagaan atas talian 41 1 5 2.44 1.361 2. Saya berminat untuk meneruskan perniagaan ahli keluarga saya 41 1 5 2.39 1.302 3. Ahli keluarga saya menggalakkan saya menceburi bidang perniagaan atas talian sewaktu pasca covid-19 41 1 5 3.41 1.095 4. Keluarga memberi sokongan modal sewaktu memulakan perniagaan atas talian semasa pasca covid-19 41 1 5 3.05 1.161 5. Saya mempunya keluarga yang menerapakan amalan berfikiran positif 41 1 5 4.24 .969 6. Keluarga saya tidak pernah memberi tekanan kepada saya untuk menceburi bidang perniagaan. 41 2 5 4.24 .830 Purata 3.295
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 140 Motivasi Berdasarkan Jadual 2 dibawah, menunjukkan faktor motivasi pelajar dalam melibatkan perniagaan atas talian sewaktu covid 19. Hasil analisis menunjukkan skor min pada tahap tinggi adalah pada julat skor min 3.83 dan ini membuktikan motivasi dari keluarga sangat penting kepada responden untuk memulakan perniagaan sewaktu covid-19. Ini diikuti juga julat skor min kedua tertinggi bagi faktor motivasi adalah skor min 3.66 dimana responden berminat dengan keusahawanan digital semasa covid-19 jika mempunyai peluang dan sumber yang diperlukan. Secara keseluruhannya, faktor motivasi memainkan peranan penting kepada responden untuk memulakan perniagaan atas talian. Jadual 2 Motivasi N Minimum Maximum Mean Std. Deviation 1. Bagi memulakan perniagaan atas talian dan mengekalkannya sewaktu covid-19 adalah mudah bagi saya 41 1 5 2.76 1.200 2. Kerjaya sebagai usahawan sama sekali TIDAK MENARIK MINAT saya 41 1 5 2.78 1.215 3. Saya mampu mengawal proses pembentukan sesuatu perniagaan yang baru sewaktu covid-19. 41 1 5 3.07 .932 4.Keluarga saya akan bersetuju dengan keputusan saya untuk memulakan perniagaan atas talian sewaktu covid-19. 41 2 5 3.83 .803 5. Saya berminat untuk memulakan perniagaan atas talian sewaktu covid-19 sekiranya diberi peluang dan sumber yang diperlukan 41 1 5 3.66 1.109 6. Saya berazam untuk menjalankan perniagaan atas talian di masa hadapan 41 1 5 3.61 1.115 Purata 3.285 Tahap Pengetahuan Berdasarkan jadual 3, menunjukkan tahap pengetahuan menjadi penyumbang utama kepada kecenderungan pelajar terhadap keusahawanan digital sewaktu covid-19. Ini kerana kesemua item yang diuji pada tahap pengetahuan telah mendapat julat skor tinggi pada julat 3.68- 5.00. Ini dapat dilihat apabila responden telah didedahkan dengan ilmu pengetahuan keusahawanan digital secara formal dan tidak formal di politeknik berjaya mendorong responden untuk melibatkan diri didalam keusahawanan digital dengan skor min 4.46. Selain itu, responden juga berpuas hati dengan pendedahan keusahawan digital secara formal dan tidak formal di politeknik sewaktu covid-19 pada skor min 4.39.
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 141 Jadual 3 Tahap Pengetahuan N Minimum Maximum Mean Std. Deviation 1. Saya telah didedahkan dengan ilmu pengetahuan keusahwanan digital secara formal dan tidak formal di politeknik. 41 2 5 4.46 .745 2. Saya pernah menghadiri program/ kursus keusahawanan digital yang dianjurkan oleh pihak dalam atau luar politeknik sewaktu pasca covid-19. 41 1 5 4.27 1.001 3. Saya berpuashati dengan pendedahan keusahawan digital yang saya terima secara formal dan tidak formal di politeknik sewaktu covid-19. 41 3 5 4.39 .737 4.Saya berpuas hati dengan pencapaian perniagaan atas talian saya sepanjang mengambil kursus DPU30013 41 1 5 4.15 .910 5. Saya mahir membina pages perniagaan di media sosial. (Cth: Facebook, Instagram, dan Tik Tok) 41 2 5 4.15 .760 6. Saya mahir menggunakan aplikasi media sosial (Facebook dan Instagram) untuk memasarkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan sewaktu covid-19 41 2 5 4.07 .787 Purata 4.248 Kesimpulan Berdasarkan kajian yang dilakukan, kecederungan pelajar pada keusahawanan digital masih pada tahap sederhana dimana latar belakang keluarga didalam perniagaan bukan penentu kepada individu itu untuk melibatkan diri dalam keusahawanan digital. Walaubagaimanapun, keusahawanan digital merupakan salah satu bidang penting yang menyumbang kepada ekonomi negara. Justeru itu, peranan semua pihak untuk membantu para pelajar samada institusi mahupun pihak kerajaan perlu supaya dapat melahirkan usahawan-usahawan muda yang berdaya saing serta memberi idea-idea baru yang dapat menyumbang kepada masyarakat dan komuniti setempat. Rujukan Nur Hazwani, Z., & Jamalul Lail, A. (2018). Tahap Kesediaan Komuniti Sekolah Terhadap Keberkesanan Program Pendidikan Asas Vokasional di Sekolah. Diperolehi daripada http://share.journals.unisel.edu.my/ojs/index.php/share/article/view/104 pada 20 Mei 2020 Siti Masayu & Fatimah (2020). Amalan dan Penglibatan Peniaga Kecil melalui Perniagaan Digital Semasa Pandemik COVID-19 di Malaysia. Geografi, 8(2), 1-20 Abdul Rashid, S. M. R., & Hassan, F. (2020). Amalan dan penglibatan peniaga kecil melalui perniagaan digital semasa Pandemik COVID-19 di Malaysia. Geografi, 8(2), 1-20. https://doi.org/10.37134/geografi.vol8.2.1.2020 Ahmad Sukry Musa & Siti Masayu (2021). Impak Pandemik COVID-19 Terhadap Ekonomi Pekebun Mikro Harumanis di Paya Kelubi, Perlis. Journal of Social Sciene and Humanities,18(5) Rofashihah Roslan & Nisrina (2021) . Cabaran E-Dagang dalam Kalangan Pelajar Keusahawnan Digital Jabatan Perdagangan. Internetional Journal of Entrepreneurship and Management Practices, 4 (13), 41-52
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 142 Kementerian Pendidikan Tinggi. (2015). Pelan Tindakan Keusahawanan Intitusi Pendiidikan Tinggi 2016-2020. Putrajaya: Kementerian Pendidikan. Masayu, I. (2019). Amalan Latihan Dalam Perkhidmatan di Politeknik Merlimau. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Life Long Learning, 3(1), 39-51.. Ratna Lindawati Lubis (2019). Digitaal Entrepreneurship in Academic Environment: Are We There Yet? Journal of Teaching and Education, 167-194 (2019) Sascha Kraus, Carolin P., Norbert K., Friedrich LK., and Jonathan S. (2019). Digital Entrepreneurship. A research agenda on new business models for the twenty-first century. International Journal of Entrepreneurial Behavior & Research. 25(2), 353-375. Nur Hafidhzah, Latifa Bibi & Faradillah Iqmar (2021). Kesan Penyertaan Digital Terhadap PemerkasaanUsahawan B40 semasa Pandemik Covid 19: Satu Kajian Rintis. Proceeding of 8th International Research Management and Inovation Conference, 24-33 Rima Abdul Rahman & Harifah Mohd Noor (2021). Kesan Pandemik Covid-19 Terhadap Perniagaan Makanan Tradisi Yang Diusahakan Oleh Usahawan Pks Dan Bantuan Kerajaan Yang Diperlukan Semasa Pandemik Covid-19 Di Kota Kinabalu, Sabah The Pandemic Effect Of Covid-19 On Traditional Food Businesses Operated By Sme Entrepreneurs And Currently Required Government Assistance Pandemic Covid-19 N Kota Kinabalu, Sabah. Jurnal Kinabalu, 27(1), 133-150 Mohammad Rezal Hamzah, Ku Amir, Narimah, Norizah & Norshahrizan (2009). Tahap Pengetahuan dan Minat Pelajar Universiti Malaysia Perlis Terhadap Bidang Keusahawanan: Sati Tinjauan ke Arah Pembentukan Teknousahawan. Diperolehi daripada ttps://www.researchgate.net/publication/287277641 Harian Metro (29 Mac 2021). Covid-19 Lonjak Jual Beli Dalam Talian. Harian Metro Online. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/03/689274/covid-19-lonjak-jual-beli-dalam-talian Georgescu, M. ., & Emilia Herman, (2020), The Impact Of The Family Background On Students’ Entrepreneurial Intentions: An Empirical Analysis. Sustainability (Switzerland), 12(11). https://doi.org/10.3390/su12114775
TEORI, AMALAN DAN INOVASI DALAM ORGANISASI DAN INDUSTRI 143 PERBANDINGAN PRESTASI, SERTA PARAMETER ELEKTRIK BAGI PANEL SOLAR STATIK RATA DAN SUDUT BOLEH LARAS Muhammad Masri Ahmad1 , King Diaw A/L Eh Sut2 dan Muhamad Reduan Abu Bakar3 1,2,3 Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Kangar, Perlis Abstrak Pada masa kini panel solar biasanya digunakan untuk mengumpul cahaya matahari supaya ia boleh menukar tenaga solar menjadi tenaga elektrik. Kuasa yang dijana oleh panel solar bergantung kepada jumlah cahaya matahari yang dikumpulkan pada solar panel. Kajian ini dijalankan bagi mengukur parameter elektrik bagi panel solar dalam keadaan statik dan sudut boleh laras serta membandingkan prestasi kedua-duanya. Kajian ini dijalankan dengan melihat, bagaimana perubahan sudut panel solar akan memberi kesan kepada jumlah tenaga elektrik yang dikumpulkan. Panel solar dilaraskan pada sudut 200 , 250 , 350 , 450 , 550 , 650 , 750 , 850 dan 950 mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pengaturcaraan yang telah diprogramkan menggunakan motor servo. Tenaga yang dikumpul kemudiannya dibandingkan dengan tenaga yang dikumpul oleh panel solar statik rata. Berdasarkan data yang diperoleh panel solar dengan sudut boleh laras berprestasi lebih baik berbanding panel solar statik rata. Kata Kunci: Panel Solar, Statik, Boleh Laras. Abstract Nowadays solar panels are usually used to collect sunlight so that it can convert solar energy into electricity. The power generated by solar panels depends on the amount of sunlight collected on the solar panels. This study was conducted to measure the electrical parameters of solar panels in static and adjustable angle conditions and compare the performance of both. This study was conducted by looking at how changing the angle of the solar panel will affect the amount of electricity collected. The solar panel is adjusted at an angle of 200 , 250 , 350 , 450 , 550 , 650 , 750 , 850 and 950according to the time set by the programming that has been programmed using the servo motor. The energy collected is then compared to the energy collected by a flat static solar panel. Based on the data obtained solar panels with adjustable angles perform better than flat static solar panels. Keywords: Solar Panel, Static, Adjustable. Pengenalan Kajian ini dijalankan dengan panel solar statik rata sebagai kawalan dan panel solar boleh laras yang boleh dilaraskan kepada sudut 200 , 250 , 350 , 450 , 550 , 650 , 750 , 850 dan 950 mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pengaturcaraan yang telah diprogramkan menggunakan motor servo. Perbandingan tenaga yang dikumpul antara dua jenis panel solar ini dibuat untuk mengkaji prestasi dan kecekapan. Jumlah cahaya matahari yang ditangkap oleh panel berbezabeza bergantung kepada kedudukan relatif matahari. Tenaga memainkan peranan utama dalam negara yang sedang pesat membangun terutama dari segi ekonomi. Dalam era moden ini, kebanyakan penjanaan tenaga melibatkan