The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI OKTOBER 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Majlis Amanah Rakyat, 2023-12-26 02:41:40

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI OKTOBER 2023

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI OKTOBER 2023

1 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 MAJLIS AMANAH RAKYAT EDISI OKTOBER 2023 MEDIA SOSIAL & ADVERTORIAL e-KOMPILASI


2 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 PENERBIT EKSEKUTIF Adham Hatta Ab. Samad Pengarah PENERBIT Abdul Fareas Noew Hanzah Timbalan Pengarah EKSEKUTIF EDITOR Haryati Husin Muhd Fadhly Hamzah EDITOR Muhammad Akmal Mohamad Azlan Azilawati Mat Amin Zahemi Azul Islami Syamimi Kamarul Zaman Raja Elyna Zurin Raja Azli KREATIF Ernie Yusnida Mohamed Yunus Muhd Fadhly Hamzah JURUFOTO Mohd Irwan Shah bin Ahmad Norsuhaimie Musa Muhammad Akmal Syafiq Ahmad Tarmizi Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif TEKNIKAL & HEBAHAN Azrina Abdul Aziz Natrah On Puteri Khairul Anieza Che Kamarudin TENAGA SOKONGAN Warga Kerja BKOM Sidang Editor e-KOMPILASI berhak meminda mengubah dan menggarap manuskrip yang dihantar agar bersesuaian dengan garis panduan yang ditetapkan dan tidak mengubah isi asalnya. Semua manuskrip ini boleh digunapakai oleh pihak yang diberi kebenaran untuk masa-masa akan datang. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan atau komentar, surat-menyurat, rencana dan ulasan ke meja sidang Redaksi atau email ke: [email protected] Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan kepada: Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Tingkat 23, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur Tel: 03-2613 4600 Faks: 03-2692 7386 Emel: [email protected] Hak cipta terpelihara. PENERBIT : BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT MARA MAJLIS AMANAH RAKYAT Edisi Oktober 2023 e-KOMPILASI


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 3


4 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 KUALA LUMPUR, 3 Oktober 2023 - Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui Bahagian Pembangunan Usahawan komited membantu kerajaan memartabatkan industri halal dengan melaksanakan Program Eksekutif Halal: Certified Halal Executive Programmes (CHEP) di kalangan pegawai MARA dengan kerjasama Akademi Kecemerlangan MARA (AKM) dan Halal Development Corporation (HDC) CHEP yang dikendalikan oleh HDC iaitu penyedia latihan Halal yang berdaftar di bawah Majlis Profesional Halal itu telah berlangsung selama tujuh (7) hari mulai 21 hingga 27 September 2023 di HDC Training Centre Sdn. Bhd. MARA LAKSANA PROGRAM EKSEKUTIF HALAL DI KALANGAN KAKITANGAN Program yang melibatkan 15 orang Pegawai MARA Daerah itu juga merupakan inisiatif MARA dalam memantapkan sistem penyampaian fokus dalam Memperkasa Profesionalisme dan Integriti Modal Insan di bawah kursus “Subject Matter Expert (SME)”. Selain itu, CHEP turut memberi peluang dan pendedahan kepada pegawai MARA untuk bertindak sebagai Eksekutif Halal yang mampu membantu usahawan membimbing dan memberi nasihat berkaitan pensijilan halal kerana peserta telah dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran tersebut termasuk dari segi teori dan pembangunan dokumentasi.


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 5 Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan, Encik Yahaya bin Sani meluangkan masa menyantuni para peserta dan menyampaikan ucapan ringkas kepada peserta yang hadir. Untuk rekod, pada tahun 2022 seramai 20 orang pegawai MARA telah berjaya memperolehi Sijil Eksekutif Halal daripada Majlis Profesional Halal JAKIM.


6 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 Dengan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman anak muda terhadap cabaran rasuah masa kini dan memberikan platform yang tepat kepada anak muda dalam mengekpresi pendapat mereka berkaitan isu itu, Unit Integriti MARA dengan kerjasama Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) dan Bahagian Pendidikan Masyarakat (Penmas) SPRM telah mengadakan Kem Anti Rasuah IPMA Tahun 2023. Program 3 hari itu berlangsung dari 29 September hingga 1 Oktober 2023 di Institusi Perakaunan Negara (IPN) Sabak Bernam, Selangor. Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Encik Razlan Bin Haji Samsuri hari ini hadir menyempurnakan penutupan program di Auditorium Sekendi, IPN Sabak Bernam Selangor. Seramai 108 orang pelajar dari SOROTAN KEM ANTI RASUAH IPMA 2023 pelbagai Institusi Pendidikan MARA (IPMA) dan 45 orang kakitangan MARA yang terdiri daripada Unit Integriti (UI), Penmas dan SPRM telah menyertai kem itu. Antara IPMA yang terlibat adalah dari German Malaysian Institute (GMI), Mara Japan Institute (MJII), Kolej Profesional MARA (KPM), Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Kolej MARA Seremban (KMS), Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Kolej MARA Banting (KMB) telah menyertai kem ini. Semoga perhimpunan ini dapat mencapai matlamat utama dalam menyalur maklumat yang tepat kepada peserta dan masyarakat amnya dalam advokasi anti rasuah.


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 7


8 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 Program MARA Prihatin melalui - Jom Bisnes @ Pelangai Pahang yang berlangsung di Dewan Komuniti, Felda Sungai Kemahal Pelangai, Pahang pada hari ini telah disertai oleh MARA dan anak syarikatnya. Pameran keusahawanan dan pendidikan MARA serta kaunter informasi dibuka bagi menyalurkan maklumat yang tepat kepada masyarakat setempat tentang program dan kemudahan MARA. Selain itu, turut diadakan pemeriksaan kesihatan percuma oleh U.N.I Klinik, kursus pembaikan penyaman udara di Masjid Felda SOROTAN WALKABOUT PROGRAM MARA PRIHATIN - JOM BISNES @ PELANGAI PAHANG Sungai Kemahal serta penukaran minyak hitam motosikal secara percuma kepada penduduk sekitar Pelangai. Program ini mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran lebih 500 orang penduduk yang memeriahkan program Jom Bisnes @ Pelangai Pahang. Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA, Encik Yahya Bin Sani diiringi Pengarah MARA Pahang, Tuan Haji Soffian Bin Mustafa telah mengadakan lawatan ke reruai pameran.


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 9


10 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 Seramai 200 orang ahli-ahli KPPM telah hadir menjayakan Mesyuarat Agung (AGM) Kesatuan Pegawai-Pegawai MARA (KPPM) Ke- 49 yang diadakan di Hotel Grand River View, Kota Bharu, Kelantan. Mesyuarat ini adalah bagi pemilihan exco baharu serta membincangkan program/ aktiviti yang akan dilaksanakan KPPM. YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA telah hadir merasmikan mesyuarat pada Majlis Makan Malam yang diadakan sempena AGM itu. Turut hadir, Encik Aminudin bin Awang, Timbalan Presiden 1 Cuepacs, Puan Rohayah binti Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA, Encik Rosli bin Zakaria, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan, Negeri Kelantan dan Terengganu serta pengawal-pengawal pusat MARA Negeri Kelantan. Semoga dengan semangat dan komitmen ahli-ahli KPPM dapat mengukuhkan reputasi Kesatuan sebagai salah sebuah NGO yang aktif dalam memperkasakan warga kerja MARA ke arah mencapai kecemerlangan organisasi. SOROTAN MAJLIS PERASMIAN DAN MAKAN MALAM KPPM SEMPENA AGM KE-49


11 e-KOMPILASI OKTOBER 2023


12 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 Program MARA Prihatin melalui - Jom Bisnes yang berlangsung di Balai Raya Kampung Semerting, Pelangai, Pahang pada hari ini telah diserikan dengan kehadiran Ahli Majlis MARA, Datuk Rosni Binti Sohar. Program yang disertai oleh 200 orang peserta ini turut diwarnakan dengan program seperti pameran keusahawanan, pemeriksaan kesihatan dari U.n.i KLINIK Karak yang merupakan antara progrram keusahawanan yang telah dijalankan di MARA. Selain itu, GIATMARA turut mengadakan program latihan pembaikan penyaman SOROTAN WALKABOUT PROGRAM MARA PRIHATIN - JOM BISNES @ KAMPUNG SEMERTING, PELANGAI PAHANG udara yang disertai oleh 20 orang peserta dan servis minyak hitam motosikal percuma sebanyak 50 unit. Bagi menyokong inisiatif kerajaan dalam jualan Rahmah, sebanyak 500 unit pakej promosi ditawarkan dengan jualan ayam dan beras 5 kilogram berjumlah RM 15.00. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah MARA (Keusahawanan), YBhg. Dato’ Zulfikri Bin Osman, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), Encik Yahaya Bin Sani dan Pengarah MARA Negeri Pahang, Tuan Haji Soffian Bin Mustafa dan wakil dari anak - anak syarikat MARA.


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 13


14 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 Seramai 600 orang terdiri daripada siswa, pensyarah, staf dan ibu bapa hadir menyemarakkan Majlis Kecemerlangan dan Apresiasi Siswa (AKAS) yang telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Razlan bin Hj Samsuri pada 2 Oktober 2023 di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang. Sebanyak 214 Anugerah Akademik dan 24 Anugerah Apresiasi telah disampaikan bagi meraikan para siswa yang berjaya mencapai kecemerlangan sepanjang sesi pembelajaran di KKTM Ledang. SOROTAN MAJLIS KECEMERLANGAN DAN APRESIASI SISWA (AKAS) 2023 Turut hadir adalah Puan Fatimah binti Mat Ghani, Pengarah Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang. Semoga majlis ini dapat memberi inspirasi kepada para siswa yang lain untuk berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum pada sesi akan datang bagi mencapai misi dan visi MARA.


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 15


16 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 Seluruh warga MARA mengucapkan syabas dan tahniah buat pensyarah Institut Kemahiran MARA (IKM) Lumut, Encik Zairul Anuar bin Zamri, Encik Bahrin bin Buang dan Puan Syalila binti Mohd Arshad kerana berjaya dinobatkan sebagai Johan (Kategori Konseptual) dalam Pertandingan Agro Business Innovation Challenge 2023 sempena Perak Agro Fest 2023 dengan mempertaruhkan projek inovasi (Reusable Water Ablution For Irrigation System). IKM LUMUT JOHAN AGRO BUSINESS INNOVATION CHALLENGE 2023 Pemenang membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 serta Pinjaman Tanpa Faedah RM50,000 untuk mengkomersialkan produk. Pertandingan ini merupakan anjuran Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak dan USM.


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 17 Seluruh warga MARA mengucapkan syabas dan tahniah kepada Alumni Institut Kemahiran MARA Kuala Lumpur & Institut Kemahiran MARA Sungai Petani, Tc. Muhammad Anis Fakhri bin Mohd Nesfu atas kejayaan menerima anugerah Outstanding Personality Award (Leadership In Facilities Management) sempena Malaysia Education & TVET Awards 2023 yang telah disampaikan oleh YB Tuan Mustapha bin Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia. Beliau kini memegang JEJAK ALUMNI TVET jawatan sebagai Facility Manager (Facility Department) di Rapid Manufacturing (RPD MFG CONNECTIVITY SDN BHD).


18 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 ‘Berdamai Dengan Takdir’ merupakan satu perkongsian ilmu oleh Ustaz Elyas Ismail bagi menyuntik kefahaman tentang akidah dan keimanan untuk menerima takdir dengan tenang yang boleh diaplikasikan dalam pekerjaan bagi memastikan persekitaran perkhidmatan yang kondusif untuk menjamin kualiti warga kerja MARA. Program yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Bahagian Teknologi Maklumat itu telah diadakan di MARA Knowledge Centre, Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA pada 3 Oktober 2023 dan telah berjaya menarik 120 orang warga kerja MARA untuk turut serta. SOROTAN PROGRAM PENINGKATAN KUALITI PERKHIDMATAN WARGA KERJA MARA Sesi ini turut dihadiri, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA, Puan Rohayah binti Mohd Zain dan diiringi oleh Puan Mimi Mazlin binti Mohamad Yusof, Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat. Program seumpama ini diharap dapat membantu individu mengawal kestabilan emosi serta kebijaksanaan menangani tekanan dalam memelihara kualiti perkhidmatan.


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 19


20 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 Program MARA Prihatin melalui - Jom Bisnes yang berlangsung di Balai Raya Kampung Baris, Pelangai, Pahang pada hari ini telah diserikan dengan kehadiran Ahli Majlis MARA, Datuk Rosni Binti Sohar. Program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat yang telah hadir sekitar 400 orang dimana pelbagai program MARA seperti pameran keusahawanan dan pendidikan MARA bersama syarikat subsidiari MARA seperti UniKL, GIATMARA, Yayasan Pelajaran MARA, KPTM Kuantan, KKTM Kuantan dan Rural Capital Berhad. SOROTAN RAMAH MESRA PROGRAM MARA PRIHATIN - JOM BISNES @ KAMPUNG BARIS, PELANGAI PAHANG Dalam program latihan pembaikan penyaman udara yang dijalankan oleh GIATMARA, seramai 19 orang peserta telah telah terlibat dalam servis minyak hitam motosikal percuma sebanyak 50 unit. Dalam Jalan Rahmah yang berlangsung hari ini juga sebanyak 500 pakej unit mengandungi 5 kilogram beras dan ayam ditawarkan dengan harga RM 15.00. Turut hadir Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), Encik Yahaya Bin Sani dan Pengarah MARA Negeri Pahang, Tuan Haji Soffian Bin Mustafa dan wakil dari syarikat subsidiari MARA.


21 e-KOMPILASI OKTOBER 2023


22 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN TEKNIKAL ELEKTRIK (PROPOWER) Berhasrat untuk mempunyai kedai perkhidmatan elektrik sendiri? MARA bantu realisasikan impian anda. Ayuh sertai Program Pembangunan Usahawan Teknikal Elektrik (ProPower). Permohonan kini dibuka!


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 23 YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA telah menerima kunjungan hormat daripada MUAFAKAT MARA Malaysia (MUAFAKAT) di Ibu Pejabat MARA, Kuala Kumpur pada 3 Oktober 2023. Pihak MUAFAKAT diketuai oleh YBhg. Dato’ Sayed AlFeizal bin Sayed Ahmad selaku Presiden. MUAFAKAT adalah badan yang mendapat pengiktirafan MARA bagi mencari titik persamaan demi membina kemajuan dan kecemerlangan anak-anak di IPMA. SOROTAN KUNJUNG HORMAT MUAFAKAT MARA MALAYSIA KE ATAS KETUA PENGARAH MARA Presiden MUAFAKAT turut membentang perancangan dan hala tuju badan tersebut kepada MARA sepanjang sesi 2023/ 2025 yang memberi fokus dalam menjalinkan hubungan baik dan kerjasama serta menjadi jambatan penghubung di antara MARA dan ibu bapa. Turut hadir, Encik Razlan bin Haji Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) dan Encik Shahrizal bin Mohd Saderi Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah.


24 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 KUALA LUMPUR, 6 Oktober 2023 - Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menerima kunjungan hormat dari Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) di Ibu Pejabat MARA semalam. YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA telah menyambut kehadiran delegasi dari YAKEB yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Dr. Hj Noorul Ariffin bin Abdul Majeed selaku Pengerusi yayasan tersebut. Dalam pertemuan yang berlangsung lebih kurang 2 jam itu, kedua-dua pihak membincangkan soal kerjasama dua hala yang bakal terjalin antara MARA dan YAKEB dan membentangkan fungsi dan peranan masing-masing. MARA akan memberi tumpuan kerjasama melalui program pembangunan keusahawanan, peluang pendidikan untuk anak-anak atlet serta pembangunan modal insan iaitu peluang-peluang kerjaya yang boleh dimanfaatkan oleh ahli YAKEB. Turut hadir pada pertemuan itu, Pengarah Bahagian Sumber Manusia MARA, Encik Mohd Salleh bin Abdullah, Pengurus Besar YAKEB, Encik Zuhairi bin Abd Manaf, Pengurus Kanan Operasi YAKEB, Encik Aminuddin bin Mohd Nasir, wakil Kelab Sukan dan Reakreasi MARA, Encik Hady Suhairy bin Baseri serta beberapa orang bekas atlet negara. YAKEB merupakan yayasan yang menguruskan hal ehwal kebajikan bekas atlet dalam pelbagai aspek. MARA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT YAKEB


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 25


26 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 Program Pembangunan Usahawan Automotif MARA PETRONAS (PUMP) merupakan program khas yang dilaksanakan secara berstruktur meliputi ekosistem keusahawanan MARA. PUMP merupakan kolaborasi antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan PETRONAS Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM). Sejak PUMP dilaksanakan pada tahun 2020, sebanyak 29 bengkel telah beroperasi di beberapa negeri melibatkan peruntukan pembiayaan sebanyak RM12.55 juta dan telah membuka peluang pekerjaan kepada 202 orang penduduk setempat.


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 27


28 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 PUNCAK ALAM, 10 Oktober 2023 - Program Pembangunan Usahawan Automotif MARA – PETRONAS (PUMP) membuka sebuah lagi Pusat Servis Kenderaan di sini bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Dato’ Zulfikri bin Osman berkata, setakat hari ini MARA telah membangunkan 29 Pusat Servis Kenderaan yang telah beroperasi di beberapa buah negeri dan bilangan ini akan meningkat mengikut permintaan. PUMP menawarkan rangkaian perkhidmatan melalui kepakaran teknikal di bawah satu bumbung serta penjagaan yang lebih berkualiti kepada pengguna. Outlet PUMP Puncak Alam yang dimiliki oleh saudara Mohd Hafiz Bin Mohd Isa telah beroperasi sejak April 2023 dan mempunyai 6 orang pekerja yang berkemahiran dalam bidang berkaitan. Sejak mula beroperasi, pusat servis yang menyediakan kelengkapan terkini untuk servis kenderaan itu telah mencatatkan jualan yang memberangsangkan. “Melalui Program PUMP, MARA mahu melihat ada peningkatan ke atas imej pusat servis kenderaan yang dikendalikan oleh usahawan bumiputera termasuk susun atur bengkel yang menepati piawaian industri. “Peningkatan imej ini penting bagi memperkukuhkan jenama supaya ianya dilihat setara atau lebih baik daripada pesaing-pesaing di pasaran sekali gus dapat melonjakan kapasiti perniagaan usahawan,” katanya semasa lawatan kerja ke outlet PUMP Puncak Alam. PUMP BUKA PUSAT SERVIS KENDERAAN DI PUNCAK ALAM


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 29 PUMP merupakan program khas yang dibangunkan dengan kerjasama Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) dilaksanakan secara berstruktur merangkumi latihan keusahawanan dan hands on dengan konsep teaching factory, sokongan pembiayaan dan premis perniagaan, khidmat nasihat dan coaching serta pemantauan secara berkala.


30 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 SUBANG JAYA, 10 Okt 2023 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus memperluas dan memperkukuhkan kerjasama dengan pemain industri bagi Program Pembangunan Usahawan Teknikal Elektrik (ProPOWER) untuk fasa seterusnya. Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Dato’ Zulfikri Osman berkata, jalinan kerjasama itu akan dijadikan ruang perkongsian ilmu, pemantapan pengalaman dan platform dalam memberi nilai tambah kepada program ProPOWER. Kehadiran industri ke dalam programprogram keusahawanan MARA itu merupakan daya tujahan yang menarik dalam menggilap bakat para usahawan agar perniagaan mereka kekal berdaya saing dan menguntungkan kedua-dua pihak. MARA PERKUKUH KERJASAMA DENGAN INDUSTRI MANTAPKAN PROGRAM PROPOWER ProPOWER yang telah dibangunkan sejak tahun 2021 itu turut mendapat kerjasama dari Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM) dan anak syarikat TNB iaitu Allo Technology Sdn. Bhd. “Saya menggesa agar usahawan yang mengusahakan perniagaan perkhidmatan elektrik ini terutamanya bekas pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA) merebut peluang yang ditawarkan oleh MARA untuk membuka outlet ProPOWER. “MARA bukan sahaja memperluas dan memperkukuh kerjasama strategik dengan pemain industri malahan turut menyediakan latihan berstruktur, khidmat nasihat serta pembiayaan perniagaan bagi yang berkelayakan untuk mempersiapkan peserta bersaing di pasaran,” katanya.


31 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 Beliau berkata demikian pada majlis perasmian outlet pertama ProPOWER di Subang Jaya hari ini. Sehingga kini, MARA telah meluluskan pembiayaan kepada 8 orang usahawan program ProPOWER dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM2.86 juta. Usaha ini telah menghasilkan nilai jualan usahawan sebanyak RM33.27 juta dengan lebih 145 peluang pekerjaan telah diwujudkan dan dijangka lebih banyak lagi peluang pekerjaan dapat ditawarkan selepas ini. Apa yang lebih membanggakan, melalui kerjasama dengan TM dalam program pembangunan vendor bagi pemasangan kabel optik, seramai 6 peserta ProPOWER telah mendapat projek ini dengan nilaian kontrak RM10 juta. Manakala melalui kerjasama dengan TNB bagi penyediaan perkhidmatan telekomunikasi dan akses internet di IPMA, Allo Technology telah melantik 7 orang peserta sebagai vendor di bawah program Kontraktor Kerja Bumiputera (KKB) dengan nilai keseluruhan kontrak sebanyak RM21 juta. Sementara itu, pemilik Mega Advantech Sdn. Bhd. yang juga pemilik outlet ProPOWER, Saudara Nusi Omar, 47, berkata, selain meningkatkan bilangan usahawan bumiputera menerokai bidang ini, Program ProPOWER turut meningkatkan kompetensi dan keyakinan peserta membuka outlet sendiri melalui latihan keusahawanan, khidmat nasihat serta pembiayaan perniagaan yang disediakan oleh MARA.


32 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA telah mengadakan lawatan kerja di sekitar premis usahawan MARA Kota Samarahan pada 10 Oktober 2023. Sewaktu lawatan, Ketua Pengarah MARA telah merasmikan Kedai Emas Cintaku Zulaikha milik usahawan MARA serta menyampaikan Sijil HALAL kepada BNZ Enterprise iaitu usahawan pemprosesan produk berasaskan kelapa juga menyerahkan tawaran penyewaan kepada penyewa baru iaitu YRM Enterprise, usahawan pemprosesan makanan sejuk beku. Selain itu, Ketua Pengarah MARA turut meninjau kerja naiktaraf premis MARA serta melawat Pusat Inkubator MARA dan Pejabat MARA Daerah Kota Samarahan yang sedang diubah suai. SOROTAN LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH MARA KE PREMIS USAHAWAN MARA KOTA SAMARAHAN Premis MARA Kota Samarahan mempunyai 10 lot yang tersedia untuk disewa oleh usahawan Bumiputera kawasan tempatan. Buat masa ini, antara penyewa yang sedia menyewa adalah usahawan perhiasan emas, bakeri, memproses makanan sejuk beku, memproses produk berasaskan kelapa, pembuatan kerangka berasaskan aluminium, agen pelancongan dan umrah serta kontraktor pembekalan. Turut hadir adalah Ir. Mahzan bin Teh, Pengarah Bahagian Pembangunan Strategik MARA, Encik A. Razu bin Abdul Razak, Pengarah MARA Negeri Sarawak serta Ahli Persatuan Penyewa Serian (BAPAMAS).


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 33


34 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 Dengan bertemakan “Minda Madani MARA Harmoni’, Persatuan Kaunseling dan Psikologi MARA Malaysia (PEKAMARA), Bahagian Sumber Manusia dan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) telah menggerakkan usaha menghimpunkan 100 orang Kaunselor MARA dalam acara perasmian di Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 11 Oktober 2023. Majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan), Encik Razlan bin Hj. Samsuri itu adalah medan kepada wacana intelektual bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kecekapan dalam kemahiran pengurusan kaunseling ke arah membantu warga kerja meningkatkan daya tahan dan produktiviti kerjaya. SOROTAN SESI LIBAT URUS KAUNSELOR MARA SEMPENA SAMBUTAN BULAN KAUNSELING MARA 2023 DI PORT DICKSON Pada majlis yang sama, Encik Razlan turut melancarkan aplikasi ‘Caunselor Apps’ dan ‘House of CBT (HCBT)’ serta menyampaikan sijil penghargaan kepada Kaunselor yang terlibat dalam membangunkan aplikasi tersebut serta Jawatankuasa Eksekutif PEKAMARA. Beliau turut menyampaikan Anugerah Khas Inspirasi kepada Dr. Fatanah Mohamed yang telah banyak berkongsi idea dan terlibat dalam aktiviti yang dilaksanakan oleh PEKAMARA. Semoga dengan inisiatif yang dijalankan ini dapat memberikan manfaat bukan sahaja kepada semua Kaunselor MARA bahkan kepada seluruh warga kerja terutamanya dalam menguruskan emosi dan memberi motivasi dalam dunia pekerjaan.


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 35


36 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 KELANTAN, 12 Oktober 2023 – Seramai 100 orang usahawan yang terlibat dalam bidang perkhidmatan elektrik menghadiri taklimat dan pemilihan peserta Program Pembangunan Usahawan Teknikal Elektrik (ProPOWER) Zon Timur yang telah diadakan pada hari ini di Hotel Perdana, Kota Bharu. ProPower merupakan program teknousahawan dalam bidang teknikal elektrik yang akan mewujudkan komuniti usahawan yang bakal membuka premis perniagaan berkonsep serta memberi perkhidmatan elektrikal secara bergerak. Melalui program yang disediakan, peserta terpilih bukan sahaja diberi bimbingan dan latihan, namun mereka yang layak juga akan menerima kemudahan pembiayaan perniagaan daripada MARA. 100 0RANG USAHAWAN ZON TIMUR SERTAI TAKLIMAT PROGRAM PROPOWER Program ini turut mendapat Kerjasama daripada pihak Telekom Malaysia (TM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memberi lebih banyak peluang pekerjaan dalam industri. Untuk rekod, setakat hari ini, seramai 33 usahawan telah terpilih untuk menyertai program ProPower dan sebanyak lapan (outlet telah mula beroperasi dan dua (2) outlet dalam proses ubahsuai. Sejak beroperasi pada bulan Mei 2022 sehingga September 2023, usahawan-usahawan ini telah berjaya mencapai nilai jualan sebanyak RM32 juta dan telah membuka peluang pekerjaan kepada 145 orang. Sesi taklimat dan pemilihan peserta itu telah disempurnakan oleh En Fazli Rizal Bin Ismail, Pengarah MARA Negeri Kelantan.


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 37


38 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 Arked Astana merupakan bangunan 3 tingkat yang terdiri dari 33 lot ruang sewa komersial dan satu tingkat pejabat pentadbiran MARA Negeri Sarawak. Semua penyewa arked adalah terdiri daripada usahawan sekitar daerah Kuching dan pengambilan kumpulan pertama penyewa telah dibuat pada tahun 2008. Buat masa ini, penyewa-penyewa di arked tersebut menjalankan perniagaan daripada kluster makanan dan minuman, gaya hidup, perkhidmatan dan lain-lain. Lot ruang niaga di Arked Astana itu sentiasa mendapat permintaan tinggi daripada usahawan tempatan khususnya usahawan baharu. SOROTAN LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH MARA KE ARKED ASTANA, KUCHING Ketua Pengarah MARA, YBhg Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, hari ini mengadakan lawatan kerja bagi menyantuni para penyewa, meninjau prestasi perniagaan dan kemudahan infrastruktur arked tersebut. Beliau diiringi oleh Pengarah Bahagian Perancangan Strategik MARA, Ir Mahzan bin Teh dan Pengarah MARA Negeri Sarawak, Encik A Razu bin Abdul Razak.


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 39


40 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama semua Pegawai MARA Daerah di negeri Sarawak sempena lawatan kerja beliau ke Kuching hari ini. Semasa sesi libat urus tersebut, Dato’ Sri telah menyampaikan amanat serta berkongsi pengalaman bersama Pegawai MARA Daerah (PMD) yang hadir. PMD yang disifatkan sebagai petugas barisan hadapan berperanan dalam menyampaikan maklumat sekaligus menjadi fasilitator pembangunan keusahawanan dan pendidikan masyarakat Bumiputera di daerah masing-masing. Tambah beliau lagi, untuk memastikan tanggungjawab dan peranan itu dapat dilaksanakan dengan baik, setiap PMD SOROTAN SESI LIBAT URUS KETUA PENGARAH MARA BERSAMA PEGAWAI MARA DAERAH (PMD) DI SARAWAK perlu sentiasa berilmu, berfikiran dinamik dan proaktif dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Beliau juga memohon semua warga kerja untuk menerapkan budaya kerja berintegriti dan mengekalkan prestasi kerja yang cemerlang. Turut hadir, Ir. Mahzan bin Teh, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik MARA, Encik A Razu bin Abdul Razak, Pengarah MARA Negeri Sarawak, Pengawal-pengawal Pusat serta pegawai-pegawai MARA di negeri Sarawak.


41 e-KOMPILASI OKTOBER 2023


42 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 Pasukan bola sepak UniKL FC mencatatkan sejarah dalam IPTS apabila berjaya menjuarai Piala Menteri Pendidikan Tinggi dengan menewaskan UKM FC 1-0 dalam perlawanan akhir malam tadi. UniKL FC mencapai kegembiraan berganda apabila Kapten UniKL FC, Muhammad Darwisy Abdullah, mahasiswa UniKL Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI) dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir. Kategori penjaring terbanyak pula disandang oleh Youssouf Chaibou Issoufou dari UniKL Malaysian Institute of Information Technology (UniKL MIIT) dengan jumlah 8 gol sepanjang perlawanan diadakan. SOROTAN UNIKL FC PECAH REKOD PERTAMA IPTS MENJULANG JUARA PIALA MENTERI PENDIDIKAN TINGGI UniKL beraksi dengan cemerlang menewaskan 13 buah pasukan bola sepak IPTS yang bertanding dalam Kejohanan Piala Menteri Pendidikan Tinggi. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan UniKL FC atas sumbangan dan kerja keras untuk menyumbang gelaran juara!


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 43


44 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 Pelajar Poly-Tech MARA (KPTM) Alor Setar melakar sejarah apabila menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) melalui penulisan esei di bawah air yang pertama di Malaysia pada 12 Oktober 2023 bertempat di Pusat Akuatik Negeri Kedah. Ahmad Fudhail bin Ahmad Kenedi merupakan pelajar semester enam, Diploma in Office Management KPTM Alor Setar nekad melakukan selaman sambil menulis esei. Idea ini tercetus apabila beliau berhasrat untuk mengharumkan nama kolej tersebut. Dengan tajuk “Kepentingan Pembangunan Personaliti Kepada Graduan” yang telah diberi secara rawak, Fudhail berjaya menulis PELAJAR KOLEJ POLY-TECH MARA ALOR SETAR LAKAR SEJARAH TERSENARAI MALAYSIA BOOK OF RECORDS esei pada buku khas kalis air dalam tempoh 1 jam 30 minit sambil menyelam pada kedalaman lima meter. Menurut Fudhail, beliau bersyukur diberikan kekuatan untuk melaksanakan selaman sambil menulis karangan walaupun berdepan masalah kesejukan. Penyelam telah dipantau meggunakan kamera “endoscopic’ daripada permukaan air. Tahniah dan syabas atas keberanian dan usaha Ahmad Fudhail demi mengharumkan nama MARA


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 45


46 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 KUCHING, 13 Oktober 2023 - Sophia Taha Holding Sdn. Bhd. merupakan syarikat pengeluar produk kosmetik pertama di Sarawak yang memiliki pensijilan yang mematuhi piawaian Good Manufacturing Practises (GMP). Syarikat itu turut menawarkan perkhidmatan pembuatan kontrak atau OEM kepada usahawan tempatan, selain turut menyediakan perkhidmatan konsultasi perniagaan kepada usahawan-usahawan yang berminat dalam bidang pembuatan produk yang berkaitan. PRODUK KOSMETIK KELUARAN SOPHIA TAHA HOLDING PATUHI PIAWAIAN GMP Semalam, Sophia Taha Holding turut menerima kunjungan daripada Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf yang turun padang bagi melihat sendiri perkembangan perniagaaan usahawan dalam industri gaya hidup itu. Beliau berpeluang melihat sendiri proses pembuatan dan pembotolan minyak wangi serta proses pembuatan beberapa produk kosmetik dan kesihatan lain.


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 47


48 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 Program penajaan pengajian tertiari (tesp) 2023 kini dibuka! MARA mengalu-alukan pelajar lepasan asasi/STPM/STAM dan Diploma yang ditawarkan pengajian peringkat ijazah pertama dalam kursus dan Institusi Pengajian Tinggi terpilih di dalam negara untuk memohon Program Penajaan Pengajian Tertiari atau Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP).


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 49 Selamat Menyambut Hari Sukan Negara 2023


50 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2023 - Sempena Hari Sukan Negara (HSN) tahun ini, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah mengatur pelbagai acara sukan dikalangan warga kerjanya di semua pusat-pusat MARA bagi menyokong usaha kerajaan untuk membudayakan sukan menerusi amalan gaya hidup sihat. Antara yang diberi tumpuan sempena HSN hari ini adalah penganjuran Karnival Sukan Kolej Profesional MARA dan Kolej MARA (KASUKMA). Sukan tahunan itu telah diadakan selama 4 hari bermula 12 hingga 15 Oktober di Kolej MARA Kulim melibatkan 10 MARA SEMARAK HARI SUKAN NEGARA MELALUI KASUKMA DAN GURKA pasukan daripada Kolej Profesional MARA (KPM) dan Kolej MARA (KM) di seluruh Malaysia. Sementara itu pada hari yang sama, MARA turut menganjurkan Karnival Sukan Guru dan Kakitangan MRSM (GURKA) peringkat zon Utara di MRSM Sultan Azlan Shah. GURKA melibatkan 22 pasukan termasuk kontinjen dari Bahagian Pelajaran Menengah (BPM) dan Pejabat MARA Negeri (PMN) Perak. Sebanyak 16 acara sukan dipertandingkan antaranya, futsal padang, bola tampar, bola jaring, petanque, tenis dan lain-lain.


Click to View FlipBook Version