The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI OKTOBER 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Majlis Amanah Rakyat, 2023-12-26 02:41:40

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI OKTOBER 2023

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI OKTOBER 2023

101 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 Usaha ini bakal direalisasikan melalui kekuatan dan ketersediaan lebih 100 jenis produk-produk usahawan MARA yang memiliki pensijilan antarabangsa untuk dipasarkan ke peringkat global di bawah program Gate to Global. Lawatan ini juga diiringi oleh Dato’ Zulfikri Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, pengurusan Pejabat MARA Luar Negara (PML) United Kingdom dan Ireland. Lawatan kerja ini bakal membuka peluang kepada usahawan MARA bagi mengembangkan potensi produk para usahawan di negara maju.


102 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 PUTRAJAYA, 30 Oktober 2023 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah berjaya memenangi kempen Cashless Boleh 3.0 anjuran Paynet dengan kerjasama MOF atas pencapaian Kadar Penggunaan Pembayaran Digital Tertinggi. Hadiah dan sijil penghargaan telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), Kementerian Kewangan Malaysia, YBhg. Datin Rashidah binti Mohd Sies, di Putrajaya hari ini. MARA telah menyertai kempen Cashless berlangsung mulai 1 Disember 2022 sehingga 31 Mei 2023 lalu dengan catatan 400,000 MARA MENANG HADIAH KEMPEN CASHLESS BOLEH 3.0 sehingga 3 juta transaksi seterusnya melayakkan agensi itu memenangi hadiah mengikut kategori Agensi masing-masing. MARA telah mengambil inisiatif pelaksanaan e-Pembayaran di semua pusat MARA selaras dengan aspirasi pendigitalan Kerajaan ke arah membentuk komuniti tanpa tunai bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Kerajaan melalui kaedah bayaran yang lebih mudah, efisyen dan selamat.


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 103


104 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 Anda rindu masakan kelantan? Atau, nak cari baju batik untuk dipakai pada hari khamis dan majlis-majlis rasmi. Jom serbu “Kelate Ngosek@MARA 2023” di ruang legar Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur bermula 1 hingga 3 November 2023. KUNJUNGI SHOWCASE KELATE NGOSEK@MARA 2023 DI IBU PEJABAT MARA KUALA LUMPUR! Kami bawakan 34 reruai usahawan yang akan mengubati rindu anda pada citarasa dan keunikan Kelantan. Pakat maghi belako deh!


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 105 www.fb.com/majlisamanahrakyat www.instagram.com/majlisamanahrakyat www.twitter.com/maragov www.youtube.com/c/mupdates t.me/majlisamanahrakyat www.tiktok.com/@majlisamanahrakyat


Click to View FlipBook Version