The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI OKTOBER 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Majlis Amanah Rakyat, 2023-12-26 02:41:40

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI OKTOBER 2023

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI OKTOBER 2023

51 e-KOMPILASI OKTOBER 2023


52 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 Kolej Profesional MARA Bandar Penawar (KPMBP) ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila unggul menamatkan saingan sebagai juara keseluruhan Karnival Sukan Kolej Profesional MARA dan Kolej MARA (KASUKMA) XIII yang berlangsung selama empat (4) hari mulai 12 sehingga 15 Oktober 2023 bertempat di Kolej MARA Kulim. Lebih bermakna lagi, KPMBP turut melakar sejarah kerana ini merupakan kejuaraan kali ketiga berturut-turut dalam tiga edisi terakhir KASUKMA. Dalam KASUKMA XIII, KPMBP berjaya merekodkan pungutan 6 pingat emas, 1 perak dan 3 gangsa. Tempat kedua diraih tuan rumah, Kolej MARA Kulim menerusi pungutan 4 pingat emas, 2 perak dan 1 gangsa manakala Kolej Profesional MARA Indera Mahkota berada di kedudukan ketiga dengan meraih 3 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa. KPM BANDAR PENAWAR PERTAHANKAN KEJUARAAN KASUKMA XIII Sebanyak 17 pingat emas ditawarkan menerusi 9 acara yang dipertandingkan dalam KASUKMA edisi kali-13 ini melibatkan penyertaan seramai 630 orang atlet daripada 10 kontinjen Institusi Pendidikan MARA (IPMA). Selain acara bola sepak, turut dipertandingkan adalah acara bola jaring, bola tampar, badminton, petanque, boling, catur, ping pong dan merentas desa. Majlis penutupan KASUKMA XIII telah disempurnakan oleh Encik Razlan bin Haji Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA di Dewan Darulaman. Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Pahang turut diumumkan sebagai tuan rumah KASUKMA seterusnya pada tahun 2024. Dalam majlis tersebut, Encik Razlan turut melancarkan Hari Sukan Negara peringkat IPMA sebagai tanda sokongan terhadap usaha kerajaan menggalakkan budaya sihat dalam kalangan masyarakat Malaysia.


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 53 Turut hadir dalam menyerikan majlis ialah Encik Abd Manab Abdul Majid, Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi MARA, Dr. Nabilah Hashim, Pengarah Kolej MARA Kulim, Ts. Dr. Haji Shanusi Ahmad, Timbalan Presiden II MUAFAKAT Malaysia serta pengurusan IPMA.


54 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 KUALA LUMPUR, 17 Okt 2023 - Siri bual bicara “Building Leaders And Entrepreneurial Society - Bless Talk MARA” siri ke-4 telah diadakan hari ini secara fizikal di Anjung Korporat MARA dan secara maya di FB live serta You Tube Bless Talk mendapat sambutan menggalakkan. Kehadiran panel jemputan, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd merangkap Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera, menyemarakkan lagi isu kenaikan kos sara hidup impak daripada ketidaktentuan ekonomi dunia yang memberi kesan ke atas kos operasi perniagaan yang kian meningkat. BLESS TALK MARA SIRI KE-4 DAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN Datuk Ameer turut menerangkan fungsi Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) dalam membantu membangunkan ekosistem keusahawanan bumiputera. Siri bual bicara “Building Leaders And Entrepreneurial Society - Bless Talk MARA” ini merupakan satu platform terbaik untuk memberi pendedahan dan perkongsian pengalaman dari tokoh atau pemain industri yang boleh diaplikasikan dalam kerjaya masing-masing.


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 55


56 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 PULAU LANGKAWI, 16 Okt 2023 - Majlis Amanah Rakyat (MARA), menerusi Bahagian Industri Pengangkutan (BIP) telah mengadakan makmal ‘brainstorming’ pelan tindakan ‘MARA Green Innovation 2030’ (MGi2030). Makmal brainstorming itu merupakan sebahagian daripada proses awal yang akan bertindak sebagai penggerak kepada Polisi Tenaga Hijau yang sedang dibangunkan oleh MARA. Program yang diadakan selama empat (4) hari bermula 13 hingga 16 Oktober itu adalah untuk membincang serta menghasilkan program-program yang mampan (sustainability) di dalam kerangka MARA serta kumpulannya, termasuk mencadangkan inisiatif atau pelan tindakan MARA ADAKAN MAKMAL BRAINSTORMING PELAN TINDAKAN MARA GREEN INNOVATION 2030 yang akan memastikan kelancaran program ini dalam jangka masa pendek dan sederhana (2024 - 2030). Makmal ini telah menghimpunkan peserta daripada pelbagai lapangan industri dan teknologi hijau negara ini, bermula daripada penggubal dasar, sehingga ke pemain industri utama dan institusi pendidikan tinggi yang akan menyumbang secara kolektif di dalam pembangunan pelan tindakan yang komprehensif. Ianya merangkumi pembangunan bakat, latihan, program keusahawanan dan peluang pelaburan strategik di dalam industri mampan, semuanya direka untuk memperkaya ekosistem MARA.


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 57 Pembentangan berkaitan Perancangan Pelan Tindakan MGi2030 disampaikan oleh Pengarah Bahagian Industri Pengangkutan, Encik Rizal Effendi bin Razali. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MARA Liner Sdn Bhd En Zachary Ismail bin Zee Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Sdn Bhd Ts. Ahmad Hamdi bin Ibrahim dan pegawaipegawai MARA mewakili pelbagai sektor di MARA. Selain itu, wakil-wakil agensi turut dijemput hadir ke sesi makmal yang diadakan di Pulau Langkawi itu antaranya daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii), Suruhanjaya Tenaga (ST), Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), German Malaysia Insititut (GMI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kehadiran pemain industri ke makmal ini turut memberi input yang baik ke arah memantapkan pelan tindakan MGi2030 GSPARX Sdn Bhd, Tenaga Switchgear Sdn Bhd, SKS Coachbuilder Sdn Bhd, GOAUTO Group Sdn Bhd, HINO Motors Sales (M) Sdn Bhd, Protech Master Coach Sdn Bhd dan Bermaz Auto Berhad.


58 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 Bersempena dengan Sambutan Hari Psikologi KKDW 2023, MARA juga tidak ketinggalan bersama semua agensi dalam menyertai aktiviti pameran dan program yang dianjurkan bagi menyemarakkan sambutan pada tahun ini. Menariknya lagi, terbitan buku Teknik Biblioterapi MARA telah berjaya dihasilkan dan diikuti terbitan kedua bertajuk Bangkit & Berlari yang bernukilkan kisah benar insan dalam mengharungi ujian kehidupan. Buku yang dihasilkan adalah nukilan 23 orang warga MARA itu juga adalah sumber inspirasi penulisan YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA MARA TERBITKAN 2 KARYA KISAH BENAR DALAM MENGHARUNGI UJIAN SAMBUTAN HARI PSIKOLOGI KKDW 2023 ketika pandemik COVID-19. Penulisan buku tersebut turut menggalakkan warga MARA untuk menghasilkan sebuah karya yang memberi manfaat buat para pembaca. Pada pameran kali ini, YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun, Ketua Setiausaha KKDW telah melawat pempamer MARA untuk menandatangani buku kedua tersebut sebagai tanda kenangan serta ucapan tahniah di atas kejayaan warga MARA menghasilkan warkah berharga. Sambutan Hari Psikologi KKDW 2023 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun, Ketua Setiausaha KKDW hari ini di Dewan Seri Lestari, Aras


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 59 B1, KKDW yang turut dihadiri oleh Dato’ Sri Azhar Bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA. Sambutan ini berlangsung selama dua (2) hari bermula 17 hingga 18 Oktober 2023 dengan menyediakan segmen seperti bicara psikologi, forum, dan pameranpameran kepada para peserta.


60 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 Kontinjen MARA mengambil langkah berani dengan menetapkan sasaran 5 pingat emas, 3 perak dan 4 gangsa di Kejohanan Sukan Majlis Kebajikan dan Sukan KKDW (MAKSPEN) XIV Putrajaya yang akan berlangsung pada 19 hingga 22 Oktober 2023. Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah MARA, Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf ketika hadir ke Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen MARA di Auditorium Bangunan Pentadbiran, German Malaysian Institute (GMI), Bangi semalam. Sasaran ini dianggap realistik mengambil kira jumlah penyertaan seramai 184 orang atlet dan pegawai MARA dalam MAKSPEN kali ini. Dalam MAKSPEN edisi lepas, MARA berjaya merangkul 4 emas, 2 perak dan 3 gangsa sekaligus berada di kedudukan ketiga keseluruhan. MARA SASAR 5 PINGAT EMAS DI MAKSPEN XIV 2023 Sepak takraw antara acara yang menjadi sandaran utama MARA untuk memenangi emas selain acara boling, dart dan karom yang turut diletakkan harapan merangkul emas. Dalam majlis tersebut, Dato Sri Azhar turut mengingatkan atlet MARA agar sentiasa memiliki semangat kesukanan yang tinggi serta bijak mengawal emosi semasa bertanding. Beliau juga berharap agar kebajikan atlet-atlet MARA sentiasa diberikan perhatian oleh KSRM. Turut hadir, Puan Rohayah Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Pengurusan, Encik Yahaya Sani, Pengarah Kanan Pelaburan, Dr. Ahmad Sabri Kassim, Pengarah MARA Negeri Selangor serta ahli pengurusan dan subsidiari MARA.


61 e-KOMPILASI OKTOBER 2023


62 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 Bagi menzahirkan kecintaan warga MARA kepada Nabi Muhammad SAW, Badan Ugama dan Kebajikan MARA (BUKM) dengan kerjasama beberapa NGO MARA telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat MARA 2023/1445H bertempat di Anjung Korporat, Ibu Pejabat MARA. Dalam sambutan tersebut, panel rancangan “Assalamualaikum” TV Al-Hijrah, Al Fadhil Ustaz Sabran Jamil bin Ab Razak telah dijemput menyampaikan ceramah berkenaan sirah perjuangan Rasulullah SAW. Beliau turut menyentuh tema keusahawanan melalui sirah kehebatan Rasulullah ketika menguruskan perniagaan sehingga digelar Al-Amin. Sambutan Maulidur Rasul kali ini turut diserikan lagi dengan persembahan Qasidah Burdah daripada para pelajar Maahad NGO MARA SEMARAK RASA CINTA KEPADA RASULULLAH SAW Tahfiz An Noer, Janda Baik, Pahang. Selain itu, BUKM turut melancarkan “Tabung Infaq Untukmu Palestin BUKM” bagi menggalakkan warga MARA menyumbang sebagai tanda keprihatinan terhadap penindasan yang sedang melanda rakyat Palestin. Seramai 150 orang warga kerja MARA hadir di samping sambutan turut disiarkan secara langsung melalui platform Facebook Majlis Amanah Rakyat. Turut hadir Ts. Ahmad Fauzi Mohamed, Presiden Kesatuan PengawaiPegawai MARA (KPPM), Puan Siti Aishah binti Muhamad, Setiausaha BUKM dan Ustaz Hafiz, Mudir Maahad Tahfiz An Noer.


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 63


64 e-KOMPILASI OKTOBER 2023


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 65 Syabas dan Tahniah buat semua Pemenang MAKSPEN XIV 2023 !


66 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 Shah Alam, 20 Oktober 2023 - Perkhidmatan kaunseling kerjaya bantu pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA) tetap hala tuju. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA, Encik Razlan bin Haji Samsuri berkata, peranan perkhidmatan kaunseling kerjaya kini dilihat sebagai satu keperluan penting terutama dalam situasi masyarakat berhadapan dengan pelbagai tekanan dan cabaran semasa. “Peranan kaunselor tidak terhad dalam mengendalikan sesi bimbingan dan kaunseling sahaja malah perlu merangka strategi berkesan dalam melaksanakan program pembangunan kerjaya,” beliau berkata demikian ketika ditemui di Program Bright Futures: MARA Education Sector di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam. Program Bright Futures: MARA Education Sector berjaya mengumpulkan 122 kaunselor MARA seluruh Malaysia dan pegawai PERKHIDMATAN KAUNSELING KERJAYA BANTU PELAJAR TETAP HALA TUJU IPMA yang terlibat dengan pembangunan bakat bagi merancang dan mengukuhkan program pendidikan dan tajaan MARA yang melibatkan Bahagian Penganjuran Pelajaran, Bahagian Pendidikan Tinggi dan Bahagian Kemahiran Teknikal. Encik Razlan juga menyarankan Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA , Bahagian Sumber Manusia dan PEKAMARA merencana program strategik bersama kaunselor, State Training Officer (STO) dan AKRAB MARA seterusnya dijadikan sebagai acara tahunan. Turut hadir, Encik Abd Manab bin Abdul Majid, Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi dan Puan Siti Aminah binti Abdul Kadir, Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran.


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 67


68 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 KUANTAN, 19 Okt 2023 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) komited dalam memperkasa warga kerjanya melalui latihan, pertuturan, acquire knowledge dan sebagainya bagi meningkatkan kecekapan, berkemahiran, profesional dan cemerlang. Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA, Puan Rohayah Mohd Zain berkata, MARA akan terus melaksanakan Program Pementoran bagi meningkatkan kompetensi dan kemahiran warga kerjanya untuk terus menghasilkan perkhidmatan terbaik. “Proses perkongsian kepakaran dan kemahiran secara berstruktur dengan pegawai yang lebih berpengalaman dapat dilaksanakan bagi menyumbang kecemerlangan personel dan organisasi.” MARA PERTINGKAT KOMPETENSI WARGA KERJA Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Apresiasi Perkhidmatan MARA 2023 peringkat zon timur, di Hotel Zenith, semalam. Majlis itu meraikan 59 orang pesara bagi zon timur yang mewakili pusat-pusat di negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan. Hadir pada majlis, Pengarah Bahagian Sumber Manusia MARA, Encik Mohd Salleh bin Abdullah, Pengarah MARA Negeri Pahang, Encik Soffian bin Haji Mustafa, Pengarah MARA Negeri Kelantan, Encik Fazli Rizal bin Ismail, Pengarah MARA Negeri Terengganu, Encik Abdul Wahab bin Mustaffa serta barisan pengurusan MARA.


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 69


70 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Pengerusi MARA telah merasmikan Program MRSM Di Hati yang diadakan pada 21 Oktober 2023 bertempat di MRSM Pengkalan Hulu. Program ini telah dikendalikan oleh Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling MRSM Pengkalan Hulu sebagai satu program ‘Corporate Social Responsibility’ (CSR) bersama Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak. Seramai 338 pelajar B40 tahun enam dari sekolah rendah sekitar daerah tersebut terlibat dalam program itu. MAJLIS PERASMIAN PROGRAM MRSM DI HATI, MRSM PENGKALAN HULU Kesemua pelajar tersebut telah menghadiri program motivasi dan turut diberi peluang untuk mengisi borang kemasukan ke MRSM 2024 dengan bantuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) MRSM Pengkalan Hulu. Turut hadir ke majlis perasmian, Encik Faisalludin bin Mohamat Yusuff, Ketua Pegawai Eksekutif YPM dan Encik Mohd Rizalmi bin Dahaman, Pengetua MRSM Pengkalan Hulu.


71 e-KOMPILASI OKTOBER 2023


72 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 KUALA LUMPUR, 20 Oktober 2023 - Encik Yahaya bin Sani, Pengarah Kanan Pelaburan MARA, telah hadir ke FITEC Furniture Testing Center (FFTC) di Jalan Batu Caves, Mukim Batu, Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2023 diiringi Encik Mohd Halmishahril bin Ahmad Jamir, Pengarah Bahagian Pelaburan dan Pembangunan Subsidiari. Kehadiran Encik Yahaya telah disambut oleh Encik Kamarudin bin Haji Khalib, yang sedang memangku tugas Ketua Pegawai Eksekutif FITEC serta pegawai-pegawainya. Lawatan kerja ini adalah bagi meninjau operasi di Makmal Pengujian Perabot FITEC iaitu FITEC Furniture Testing Center (FFTC) WALKABOUT PENGARAH KANAN (PELABURAN) MARA KE FITEC FURNITURE TESTING CENTER (FFTC) yang menjalankan perkhidmatan pengujian ke atas perabot yang dibekalkan oleh vendor Bumiputera FITEC. Antara jenis pengujian yang dijalankan di FFTC ini adalah ujian keselamatan, ujian ketahanan, ujian kekuatan dan ujian kestabilan bagi menjamin kualiti sesebuah perabot. FITEC atau F.I.T Center Sdn Bhd merupakan Subsidiari milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang ditubuhkan pada 28 Januari 1994 berperanan untuk menyediakan kemudahan dalam bentuk latihan dan infrastuktur keusahawanan bagi mengangkat martabat industri perabot


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 73 Bumiputera untuk kekal berdaya saing bukan sahaja diperingkat tempatan tetapi juga di peringkat antarabangsa. MARA mengharapkan lebih ramai usahawan Bumiputera dapat menyertai pelbagai kursus yang ditawarkan oleh FITEC bagi melebarkan sayap terutamanya dalam industri perniagaan perabot.


74 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PASUKAN MERENTAS DESA DAN BADMINTON MARA DI KEJOHANAN MAKSPEN XIV 2023


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 75 SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PASUKAN MERENTAS DESA DAN BADMINTON MARA DI KEJOHANAN MAKSPEN XIV 2023


76 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 PUTRAJAYA, 22 Oktober 2023 - Kontinjen Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjaya mencapai naib johan keseluruhan dengan memperolehi pingat melebihi sasaran yang ditetapkan pada Kejohanan Sukan Majlis Kebajikan dan Sukan KKDW (MAKSPEN) XIV Putrajaya Tahun 2023 yang berakhir hari ini. MARA berjaya mendapatkan 6 pingat emas, 3 perak dan 5 gangsa yang membawa kepada capaian pingat keseluruhan berjumlah 14. MARA meraih pingat emas dalam acara-acara berikut, sepak takraw, merentas desa, mobile legend, ping pong, boling wanita dan bola sepak. MAKSPEN XIV yang berlangsung bermula 19 hingga 22 Oktober itu mempertandingkan 14 acara melibatkan 1,000 atlet yang mewakili 14 kontinjen dari semua agensi di bawah KKDW. MARA NAIB JOHAN MAKSPEN XIV 2023 Sementara itu, Ketua Pengarah MARA, Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf mengucapkan tahniah kepada kontinjen MARA di atas kejayaan mencapai 6 pingat emas melebihi sasaran pada MAKSPEN XIV 2023. “Alhamdulillah, kita bersyukur dengan kontinjen MARA yang telah mencapai pingat melebihi sasaran dan saya harap pencapaian ini akan dapat dikekalkan pada kejohanan-kejohanan sukan akan datang,” katanya. MAKSPEN XIV melabuhkan tirai dengan acara penutup yang diadakan di Hotel Marriott, Putrajaya dan di sempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 77


78 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PASUKAN BOLA JARING MARA DI KEJOHANAN MAKSPEN XIV 2023


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 79 Pasukan Sepak Takraw MARA menjuarai Kejohanan Sepak Takraw MAKSPEN XIV 2023 setelah menewaskan pasukan RISDA dalam perlawanan akhir di Gelanggang Serbaguna Presint 18, Putrajaya. SOROTAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MAKSPEN XIV 2023 Turut hadir memberi sokongan kepada pasukan MARA, Ketua Pengarah MARA, Dato’ Sri Azhar Abdul Manaf, Presiden Kelab Sukan & Rekreasi MARA (KSRM), Zairul Amri Adam dan ahli pengurusan MARA.


80 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PASUKAN SEPAK TAKRAW MARA DI KEJOHANAN MAKSPEN XIV 2023


81 e-KOMPILASI OKTOBER 2023


82 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menyertai Program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2023 di MITEC, Kuala Lumpur semalam dengan menyediakan informasi laluan pendidikan dan keusahawanan kepada anak-anak Sarawak khususnya di semenanjung Malaysia. Program tersebut dihadiri oleh hampir 6,500 orang pengunjung yang terdiri daripada pelajar universiti serta mereka yang berkhidmat di semenanjung. Sebanyak 61 booth pameran agensi dan kementerian disediakan serta pengisian lain seperti sidang siswa Sarawak, Dialog belia 60 tahun Sarawak, townhall Premier Sarawak dan pelbagai lagi turut diadakan. 2 syarikat dari Sarawak yang merupakan usahawan di bawah bimbingan MARA iaitu Joeyees Trading Sdn Bhd dan Pawada Food Industries Sdn Bhd turut terlibat dalam aktiviti jualan produk. MARA BERSAMA JAYAKAN PROGRAM LAN BERAMBEH ANAK SARAWAK 2023 Program LBAS yang bertemakan ‘Sarawak Maju Makmur’ bersempena Sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka itu disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi. YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak bersama YB Datuk Rubiah Binti Hj Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah juga hadir melengkapkan program ini. Encik A Razu Bin Abdul Razak, Pengarah MARA Negeri Sarawak dan Encik Timelow Anak Jauk, Pengarah Bahagian Pembiayaan Perniagaan MARA turut meluangkan masa menyantuni pengunjung yang datang ke ruang pameran MARA.


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 83


84 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 KUALA LUMPUR, 24 Oktober 2023 - Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA, Encik Yahaya bin Sani santuni usahawan di Karnival Usahawan Johor 2023 (Majestic Johor) yang berlangsung pada 24 hingga 26 Oktober 2023 bermula hari ini. Festival ini melibatkan 34 reruai (booth) merangkumi 29 usahawan Johor yang dibawa khas dari pelbagai kluster seperti makanan dan minuman (F&B) serta gaya hidup. Menurut Encik Yahaya, karnival ini adalah usaha MARA bagi mempromosi produk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) khususnya dari negeri Johor di Medan MARA, Kuala Lumpur. Karnival ini dapat membantu meningkatkan jualan usahawan selain menjadi platform PENGARAH KANAN (PELABURAN) MARA SANTUNI USAHAWAN DI KARNIVAL USAHAWAN JOHOR 2023 (MAJESTIC JOHOR) untuk meluaskan jaringan perniagaan dan mempromosikan produk. “Kita menyasarkan lebih tiga ribu pengunjung yang bakal hadir memeriahkan karnival ini untuk membeli pelbagai produk dan menikmati makanan yang enak dari Johor,”tambah beliau. Sementara itu, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang karnival ini berlangsung seperti persembahan kebudayaan, perkongsian teknik tatarias dan keterampilan diri, pertandingan menghias kek dan pastri, pertandingan solekan dan tutorial hijab. Turut hadir ke sesi walkabout, Puan Nor Uyon binti Shoib, Pengarah MARA Negeri Johor serta Ahli Pengurusan MARA.


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 85


86 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 LONDON, UNITED KINGDOM, 23 OKTOBER 2023 - Setibanya di London lewat petang tadi dari Kuala Lumpur, Dato’ Wira Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki sempat mengunjungi kepimpinan pelajar Badan Perhubungan Negara (BPN) United Kingdom yang bertempat di Med Salleh Kopitiam, Bayswater. Beliau turut mengadakan diskusi dan makan malam dengan menyentuh perkembangan pelajar-pelajar Malaysia dalam hal pembangunan kerjaya. Pengerusi MARA juga menekankan aspek kepentingan program berteraskan idealisme, intelektualisme dan aktivisme. PENGERUSI MARA KUNJUNGI KEPIMPINAN PELAJAR BADAN PERHUBUNGAN NEGARA (BPN) DI UNITED KINGDOM “Selamat maju jaya buat semua. Semoga generasi ini akan menjadi permata, pelapis kepimpinan buat negara pada masa akan datang.” ucap Dato’ Asyraf Wajdi. Turut bersama Dato’ Zulfikri Bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, dan Encik Noru Samsudin Muda, Pengarah MARA London.


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 87


88 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 KUALA LUMPUR, 25 Oktober 2023 - YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA amat berbesar hati dan menghargai kesudian sembilan (9) rakan strategik untuk menjalinkan kerjasama dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam beberapa bidang termasuk kebolehpasaran pelajar-pelajar MARA. Kolaborasi itu telah dimeterai dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) serta pertukaran perjanjian yang diadakan hari ini di Hotel Premiera. Ketua Pengarah MARA berkata, kerjasama itu secara tidak langsung dapat meningkatkan SEKTOR PENDIDIKAN MARA JALIN USAHASAMA BERSAMA SEMBILAN RAKAN STRATEGIK bakat-bakat tempatan terutamanya dalam sektor TVET (Technical and Vocational, Education and Training) dan STEM (Science Technology Engineering and Mathematics). “Kita berharap perkongsian teknologi dari industri akan memberi impak positif kepada Institusi Pendidikan MARA (IPMA) dalam memastikan taraf kualiti akademik selari dengan keperluan industri. “MARA juga mengharapkan sokongan berterusan dari industri dalam menggalas tanggungjawab membangunkan modal insan ke arah meningkatkan sosioekonomi masyarakat bumiputera,” katanya.


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 89 Syarikat-syarikat terkemuka dan pihak universiti yang terlibat dalam kerjasama ini adalah Alliance Steel (M) Sdn. Bhd, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Acson Malaysia Sales & Service Sdn. Bhd (ACSON), Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA), CIDB Technologies Sdn. Bhd, UMW Industries (1985) Sdn. Bhd, Sapura Energy Berhad, Jakel Trading Sdn. Bhd dan Universiti Malaya.


90 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 KUALA LUMPUR, 25 Oktober 2023- MARA melancarkan Tabung Infaq Untukmu Palestin sebagai tanda solidariti dan inisiatif membantu perjuangan rakyat Palestin. Ketua Pengarah MARA, YBhg Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf berkata, tabung itu bertujuan mengutip dana bagi meringankan penderitaan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kezaliman. “Saya menyeru seluruh warga MARA agar menyokong usaha ini dan memanjatkan doa kepada Allah supaya rakyat Palestin bertahan dan terpelihara daripada kekejaman,”kata beliau ketika ditemui semasa program Walkabout Karnival MARA LANCAR TABUNG INFAQ UNTUKMU PALESTIN, TANDA SOLIDARITI Usahawan Johor (Majestic Johor) hari ini yang berlangsung di Medan MARA Kuala Lumpur. Pelancaran program Tabung Infaq Untukmu Palestin ini menjadi acara kemuncak sebelum walkabout tersebut. Sementara itu, Karnival Usahawan Johor (Majestic Johor) mendapat sambutan hangat di hari kedua karnival itu berlangsung. Seramai 3,000 orang pengunjung telah hadir semalam bagi memeriahkan karnival tersebut untuk mendapatkan produk dan makanan dari Johor. Karnival Majestic Johor berlangsung pada 24 hingga 26 Oktober 2023.


91 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 Turut hadir ke sesi walkabout, Puan Rohayah binti Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), Encik Razlan bin Haji Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan), Encik Yahaya bin Sani, Pengarah Kanan Pelaburan, Puan Nor Uyon binti Shoib, Pengarah MARA Negeri Johor dan Ahli Pengurusan MARA.


92 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 Sekitar Walkabout YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, EXCO Keusahawanan Johor diiringi Puan Nor Uyon binti Shoib, Pengarah MARA Negeri Johor ke Karnival Usahawan Johor 2023 di Medan MARA, Kuala Lumpur yang berakhir pada hari ini. MAJESTIC JOHOR Karnival Usahawan Johor 2023 telah berlangsung pada 24 hingga 26 Oktober 2023 melibatkan 34 reruai (booth) merangkumi 29 usahawan Johor yang dibawa khas dari pelbagai kluster seperti makanan dan minuman (F&B) serta gaya hidup.


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 93


94 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 UNITED KINGDOM, 26 OKTOBER 2023 – YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki, Pengerusi MARA dalam lawatan rasminya sempat menyantuni 181 pelajar tajaan MARA di tiga buah universiti seperti University of Edinburgh, University Of Birmingham, dan University of Warwick. Dalam lawatan tersebut, delegasi MARA telah mengadakan perbincangan bersama wakil-wakil universiti yang memberi tumpuan kepada cadangan program kolaborasi antara MARA dan universiti tersebut. Antara yang dibincangkan adalah program ‘twinning’ antara MARA dan universiti bagi memberi lebih peluang kepada pelajarPENGERUSI KUNJUNGI PELAJAR TAJAAN MARA DI UNITED KINGDOM pelajar MARA untuk mendapat tempat di universiti terkemuka seterusnya mendapat ‘exposure’ dalam institusi pengajian tinggi di United Kingdom. MARA juga akan mengambil langkah strategik untuk memberikan keutamaan kepada pelajar menceburi bidangbidang penting seperti tenaga boleh baharu, teknologi kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber, dan lain-lain yang seiringan dengan keperluan dunia semasa. Selain itu, Pengerusi MARA juga menekankan aspek kepentingan memelihara kesejahteraan mental para pelajar di sana supaya pihak universiti bersama MARA


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 95 dapat mengambil tindakan dan intervensi sewajarnya untuk memastikan mereka dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang. Delegasi MARA turut dibawa melawat ke WMG The University of Warwick iaitu sebuah organisasi kolaborasi antara kumpulan penyelidik dan pendidik yang berpengkalan di United Kingdom. WMG berperanan dalam menawarkan beberapa program berkaitan TVET seperti program Apprenticeship dan kursus-kursus jangka pendek. Deligasi MARA yang turut disertai oleh Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA dan Encik Noru Samsudi Muda, Pengarah Pejabat MARA Luar Negara United Kingdom, telah mengadakan sesi libat urus bersama pelajarpelajar tajaan.


96 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 IPOH, 26 Oktober 2023 - Pesara MARA disaran agar merancang kehidupan selepas bersara serta celik pengurusan kewangan. Puan Rohayah binti Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA berkata, pesara harus bijak menetapkan matlamat kewangan jangka panjang dan sedar akan keperluan selepas bersara. Simpanan juga perlu menjadi keutamaan yang merupakan komponen penting dalam pengurusan kewangan mereka. “Persaraan bukanlah satu noktah kehidupan, kehidupan pasti di teruskan. Ambil peluang ini untuk melakukan apa sahaja yang tertinggal semasa kalian sibuk di fasa pekerjaan. Rebutlah peluang ini untuk menambah ilmu pengetahuan yang berguna, memberi kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain. RANCANG KEHIDUPAN SELEPAS BERSARA “Kepada pesara, saya mendoakan semoga kalian terus diberi rahmat kesihatan dan fizikal yang cergas. Jadikan hari-hari mendatang untuk kekal produktif. Lakukan pelbagai aktiviti sihat dan pengisian bermanfaat untuk kehidupan yang lebih bermakna.” kata beliau ketika ditemui di Majlis Apresiasi Perkhidmatan MARA 2023 bagi zon utara di Kinta Riverfront Hotel & Suites, Ipoh hari ini. Tahniah diucapkan kepada 66 pesara yang telah berjaya menggalas amanah dan tanggungjawab dengan cemerlang sepanjang perkhidmatan bagi memastikan MARA menjadi organisasi yang unggul. Semoga majlis ini akan menjadi memori terindah buat semua. Turut hadir ke majlis, Encik Mohd Salleh bin Abdullah, Pengarah Bahagian Sumber Manusia, Puan Lailatul Asmah binti Mohd


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 97 Tahir, Pengarah MARA Negeri Perak, Encik Norsiden bin Ahmad, Pengarah MARA Negeri Pulau Pinang, Encik Mohd Azam bin Jamaluddin, Pengarah MARA Negeri Perlis, Encik Kamarul Zaman bin Mohamad, Timbalan Pengarah MARA Negeri Kedah serta Ahli Pengurusan MARA.


98 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 UNITED KINGDOM, 27 OKTOBER 2023 – YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) dan Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki, Pengerusi MARA telah mengadakan pertemuan rasmi bersama Rushanara Ali, Ahli Parlimen juga Shadow Minisiter (Investment and Small Business) United Kingdom. Pertemuan tersebut turut membincangkan isu pendirian Malaysia membela nasib rakyat Palestin, kestabilan politik Malaysia yang PERTEMUAN RASMI TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN PENGERUSI MARA BERSAMA RUSHANARA ALI, AHLI PARLIMEN UK kukuh, usaha-usaha menarik minat pelabur UK ke Malaysia TPM turut memberi tumpuan perbincangan kepada cadangan kerjasama universiti antara dua negara melalui program pengajian berkembar, penerokaan bidang pendidikan TVET serta promosi produk-produk Halal menerusi program Gate to Global di bawah MARA dan Halal Development Corporation (HDC).


e-KOMPILASI OKTOBER 2023 99


100 e-KOMPILASI OKTOBER 2023 UNITED KINGDOM, 27 OKTOBER 2023 - YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) memberi saranan kepada MARA untuk memperluaskan pasaran produk usahawan Bumiputera di United Kingdom. YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi MARA telah mengadakan lawatan kerja ke syarikat Chuanglee Ltd UK iaitu sebuah syarikat milik Malaysia yang menawarkan perkhidmatan pembekalan TPM SARAN MARA PERLUAS PASARAN PRODUK USAHAWAN BUMIPUTERA DI UNITED KINGDOM produk kepada rangkaian restoren masakan Thai dan Cina di UK. Syarikat tersebut memiliki kredibiliti dan prestasi kejayaan yang tinggi sejak bertapak di UK pada tahun 1991. Potensi syarikat ini menarik perhatian Timbalan Perdana Menteri dalam lawatan tersebut yang memberikan saranan kepada MARA dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) untuk bekerjasama dengan syarikat Chuanglee supaya dapat menempatkan produk-produk usahawan Bumiputera di sana.


Click to View FlipBook Version