e-KOMPILASI MAC 2023 1 MAJLIS AMANAH RAKYAT EDISI MAC 2023 MEDIA SOSIAL & ADVERTORIAL e-KOMPILASI
2 e-KOMPILASI MAC 2023 PENERBIT EKSEKUTIF Adham Hatta Ab. Samad Pengarah PENERBIT Abdul Fareas Noew Hanzah Timbalan Pengarah EKSEKUTIF EDITOR Haryati Husin Muhd Fadhly Hamzah EDITOR Muhammad Akmal Mohamad Azlan Azilawati Mat Amin Zahemi Azul Islami Syamimi Kamarul Zaman Raja Elyna Zurin Raja Azli KREATIF Ernie Yusnida Mohamed Yunus Muhd Fadhly Hamzah JURUFOTO Mohd Irwan Shah bin Ahmad Norsuhaimie Musa Muhammad Akmal Syafiq Ahmad Tarmizi Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif TEKNIKAL & HEBAHAN Azrina Abdul Aziz Natrah On Puteri Khairul Anieza Che Kamarudin TENAGA SOKONGAN Warga Kerja BKOM Sidang Editor e-KOMPILASI berhak meminda mengubah dan menggarap manuskrip yang dihantar agar bersesuaian dengan garis panduan yang ditetapkan dan tidak mengubah isi asalnya. Semua manuskrip ini boleh digunapakai oleh pihak yang diberi kebenaran untuk masa-masa akan datang. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan atau komentar, surat-menyurat, rencana dan ulasan ke meja sidang Redaksi atau email ke: [email protected] Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan kepada: Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Tingkat 23, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur Tel: 03-2613 4600 Faks: 03-2692 7386 Emel: [email protected] Hak cipta terpelihara. PENERBIT : BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT MARA MAJLIS AMANAH RAKYAT Edisi Mac 2023 e-KOMPILASI
e-KOMPILASI MAC 2023 3 Ekosistem Keusahawanan Halal merangkumi kemudahan latihan untuk membangunkan modal insan, pembangunan perniagaan yang meliputi keseluruhan sistem dalam perniagaan serta menyediakan kemudahan dalam bentuk fasiliti sokongan yang EKOSISTEM KEUSAHAWANAN HALAL MARA diperlukan oleh sesebuah perniagaan seperti inkubator, premis perniagaan yang menepati spesifikasi industri halal, logistik halal serta akses kepada pasaran domestik dan antarabangsa.
4 e-KOMPILASI MAC 2023 PETIKAN UCAPAN SEMPENA LAWATAN KERJA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEMAJUAN DESA & WILAYAH KE MARA HALAL INDUSTRIAL PARK SYABAS & TAHNIAH! Puan Noorhusaini binti Osman dan Encik Hafizi bin Yazid (Kolej MARA Kuala Nerang)
e-KOMPILASI MAC 2023 5 SYABAS & TAHNIAH! Puan Noorhusaini binti Osman dan Encik Hafizi bin Yazid (Kolej MARA Kuala Nerang)
6 e-KOMPILASI MAC 2023 Sorotan Majlis Bacaan Yasin Sempena Sambutan Hari MARA ke - 57. Majlis dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA, barisan Pengurusan MARA dan lebih 1,000 warga kerja yang turut sama membaca Surah Yasin melalui platform dalam talian. Semoga MARA terus mencipta kecemerlangan demi agama, bangsa dan negara. MAJLIS BACAAN YASIN SEMPENA SAMBUTAN HARI MARA KE-57
e-KOMPILASI MAC 2023 7
8 e-KOMPILASI MAC 2023 Sorotan Perasmian Safra Resources Sdn Bhd. oleh YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA. Safra Resources Sdn Bhd merupakan kontraktor lanskap yang juga merupakan penyewa premis perniagaan di Medan MARA Kuala Lumpur. Selain itu, usahawan ini juga merupakan penerima manfaat kemudahan pembiayaan perniagaan MARA. Turut hadir, Encik Yahaya bin Sani, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan, Encik Mohd Salleh bin Abdullah, Pengarah Bahagian Sumber Manusia, Encik A Razu bin Abdul Razak, Pengarah Bahagian Pembiayaan Perniagaan dan Encik Syed Saifuddin bin Syd Ahmad , Pengarah MARA Negeri Wilayah Persekutuan. PERASMIAN SAFRA RESOURCES SDN BHD OLEH DATO’ SRI KETUA PENGARAH MARA
e-KOMPILASI MAC 2023 9
10 e-KOMPILASI MAC 2023 Chalet Mamapapa Janda Baik merupakan usahawan di bawah Program Khas Keusahawanan Gate to Global (GTG) - Program Pembangunan Usahawan Resort (PURE) MARA. PURE dilaksanakan bertujuan untuk membangun dan memperkasakan usahawan hotel, resort, chalet dan rumah inap dari aspek pengurusan, pemasaran, pendigitalan dan pensijilan supaya lebih berdaya saing dalam industri pelancongan negara. Apa yang menarik mengenai chalet ini adalah ia terletak di tepi sungai Janda Baik. CHALET MAMAPAPA JANDA BAIK Kawasan yang luas beserta susunan chalet yang cantik menjadikan tempat ini sesuai untuk aktiviti hari keluarga. Pelbagai kemudahan turut disediakan seperti surau, ruang makan yang selesa, tempat letak kereta yang tidak jauh dari bilik, sungai yang bersih dan air yang tidak terlalu dalam menjadikan ia sangat sesuai bagi kanak-kanak. Untuk maklumat lanjut, hubungi 0193688594 atau terus ke alamat Kampung Orang Asli, Hulu Chemperuh, 28750 Bentong, Pahang.
e-KOMPILASI MAC 2023 11
12 e-KOMPILASI MAC 2023 Sedang berlangsung Majlis Konvokesyen Perdana IPMA 2023 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. Sidang Pertama disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Konvokesyen IPMA berlangsung dari 6 hingga 10 Mac 2023 meraikan 12,142 graduan tahun 2022. MAJLIS KONVOKESYEN PERDANA INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (IPMA) 2023
e-KOMPILASI MAC 2023 13
14 e-KOMPILASI MAC 2023 Sedang berlangsung Majlis Konvokesyen Perdana IPMA 2023 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. Sidang ketiga disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Azhar Bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA. Konvokesyen IPMA berlangsung dari 6 hingga 10 Mac 2023 meraikan 12,142 graduan tahun 2022. MAJLIS KONVOKESYEN PERDANA INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (IPMA) 2023
e-KOMPILASI MAC 2023 15
16 e-KOMPILASI MAC 2023 Setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah atas kesudian menyampaikan MAJLIS KONVOKESYEN PERDANA IPMA 2023 penganugerahan sijil dan diploma sempena Majlis Konvokesyen Perdana IPMA 2023 daripada Majlis Amanah Rakyat.
e-KOMPILASI MAC 2023 17 PETIKAN UCAPAN SEMPENA MAJLISKONVOKESYEN PERDANA IPMA 2023 OLEH YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH
18 e-KOMPILASI MAC 2023 Sedang berlangsung Majlis Konvokesyen Perdana IPMA 2023 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. Sidang keempat disempurnakan oleh YBhg. En Razlan Bin Haji Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA. Konvokesyen IPMA berlangsung dari 6 hingga 10 Mac 2023 meraikan 12,142 graduan tahun 2022. MAJLIS KONVOKESYEN PERDANA INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (IPMA) 2023
e-KOMPILASI MAC 2023 19
20 e-KOMPILASI MAC 2023 Majlis Amanah Rakyat mengambil inisiatif untuk memberi pendedahan berkaitan keusahawanan kepada alumni dan pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA) dalam Program Inspirasi Usahawan Belia (RISE) yang akan berlangsung pada 8 Mac 2023 di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. Seramai 300 orang peserta dijangka hadir untuk didedahkan dengan sesi ceramah mengenai keusahawanan, pameran program khas, pemeriksaan kesihatan, klinik usahawan, serta bicara santai bersama Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan MARA. PROGRAM INSPIRASI USAHAWAN BELIA (RISE)
e-KOMPILASI MAC 2023 21 SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN MRSM TINGKATAN 1 & 4 TAHUN 2023 Detik dan hala tuju pendidikan anda bersama MARA di MRSM bermula malam ini, pastikan anda tekan butang TERIMA jika anda antara yang BERJAYA.
22 e-KOMPILASI MAC 2023 Tahniah pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tempat di Maktab Rendah Sains MARA
e-KOMPILASI MAC 2023 23 Tahniah pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tempat di Maktab Rendah Sains MARA
24 e-KOMPILASI MAC 2023 Sedang berlangsung Majlis Konvokesyen Perdana IPMA 2023 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. Sidang kelima disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Azhar Bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA. Konvokesyen IPMA berlangsung dari 6 hingga 10 Mac 2023 meraikan 12,142 graduan tahun 2022. MAJLIS KONVOKESYEN PERDANA INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (IPMA) 2023
e-KOMPILASI MAC 2023 25
26 e-KOMPILASI MAC 2023 Sedang berlangsung Program Inspirasi Usahawan Belia (RISE) bersama YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. RISE berperanan memberi pendedahan berkaitan keusahawanan kepada alumni dan pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang telah menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan. Seramai 300 orang pelajar IPMA dari pelbagai bidang pengajian menyertai program kali ini. PROGRAM INSPIRASI USAHAWAN BELIA (RISE)
e-KOMPILASI MAC 2023 27
28 e-KOMPILASI MAC 2023 KUALA LUMPUR, 8 Mac 2023 - Program Inspirasi Usahawan Belia (RISE) anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA di Hotel Premiera. Program ini telah mendapat sambutan yang amat baik dengan penyertaan seramai 300 orang pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA). RISE bertujuan memberi pendedahan berkaitan ekosistem keusahawanan kepada para pelajar dan alumni IPMA serta usahawan belia yang telah menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan. RISE KE ARAH MELAHIRKAN USAHAWAN BELIA KREATIF, INOVATIF DAN PRODUKTIF
e-KOMPILASI MAC 2023 29 Selain itu, RISE juga menawarkan latihan keusahawanan merangkumi aspek spiritual, pengurusan perniagaan, pengurusan kewangan, pengurusan operasi, pemasaran serta teknologi maklumat dan komunikasi. Turut hadir Encik Yahaya bin Sani, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA, Encik Zahari bin Aziz, Pengarah Bahagian Infrastruktur Komersial MARA, Encik A. Razu bin Abdul Razak, Pengarah Bahagian Pembiayaan Perniagaan serta Ahli Pengurusan MARA. Program RISE diharap dapat membantu golongan belia untuk mendalami ilmu keusahawanan ke arah melahirkan lebih ramai usahawan belia yang kreatif, inovatif dan produktif.
30 e-KOMPILASI MAC 2023 Sedang berlangsung Majlis Konvokesyen Perdana IPMA (MKP IPMA) 2023 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. Sidang Kelapan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Zulfikri Bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA. MKP IPMA 2023 berlangsung dari 6 hingga 10 Mac 2023 meraikan 12,142 graduan tahun 2022. MAJLIS KONVOKESYEN PERDANA INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (IPMA) 2023
e-KOMPILASI MAC 2023 31
32 e-KOMPILASI MAC 2023 KUALA LUMPUR, 10 Mac 2023 - Pengarah Kanan Pelaburan MARA, Encik Mohd Diah Bin Abas melakukan kunjungan hormat ke atas Trade Commissioner, Pejabat Matrade Melbourne, Puan Azimatul Masriyah pada 8 Mac 2023. Pertemuan yang berlangsung itu adalah untuk memperluaskan hubungan dua hala antara MARA dan Pejabat Matrade Melbourne dalam pelbagai aspek terutamanya dalam bidang pelaburan dan keusahawanan. Jalinan kerjasama ini fokus dalam meneroka peluang pelaburan baharu bagi syarikat subsidiari dibawah MARA bersama syarikatsyarikat di Australia. Selain itu, Pejabat Matrade Melbourne juga akan membantu KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KANAN PELABURAN MARA KE PEJABAT MATRADE MELBOURNE usahawan di bawah MARA meluaskan rangkaian perniagaan dan pasaran produk ke negara tersebut di samping pertukaran ilmu dan teknologi yang boleh dimanfaatkan bersama. Dalam sesi lawatan kerja itu, Encik Mohd Diah dan delegasi berkesempatan membuat tinjauan ke Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Melbourne serta Pejabat Imigresen. Turut mengiringi beliau dalam kunjungan hormat tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif MARA Corp, Dato’ Julainie Bin Mohd Salleh dan Pengarah MARA Australia, Encik Mohamad Faizal Mohamad Zin. MAJLIS KONVOKESYEN PERDANA INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (IPMA) 2023 Setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih kepada YBhg. Dato’ Sri Ramlan Bin Dato’ Harun, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah atas kesudian menyampaikan penganugerahan sijil dan diploma sempena Majlis Konvokesyen Perdana IPMA 2023 daripada Majlis Amanah Rakyat.
e-KOMPILASI MAC 2023 33 MAJLIS KONVOKESYEN PERDANA INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (IPMA) 2023 Setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih kepada YBhg. Dato’ Sri Ramlan Bin Dato’ Harun, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah atas kesudian menyampaikan penganugerahan sijil dan diploma sempena Majlis Konvokesyen Perdana IPMA 2023 daripada Majlis Amanah Rakyat.
34 e-KOMPILASI MAC 2023 Sedang berlangsung Majlis Konvokesyen Perdana IPMA (MKP IPMA) 2023 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. Sidang Kesembilan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Ramlan Bin Dato’ Harun, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah. MKP IPMA 2023 berlangsung dari 6 hingga 10 Mac 2023 meraikan 12,142 graduan tahun 2022. MAJLIS KONVOKESYEN PERDANA INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (IPMA) 2023
e-KOMPILASI MAC 2023 35
36 e-KOMPILASI MAC 2023 MARA melalui anak syarikatnya Rural Capital Berhad (RCB) zahir keprihatinan menerusi pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menghulurkan sumbangan wang tunai berjumlah RM5,000 serta mengadakan aktiviti gotong-royong untuk Rumah Seri Kenangan (RSK), Kangar, Perlis. Langkah murni ini dilaksanakan dengan penglibatan 30 orang staf bagi menyantuni 107 warga emas serta bekerjasama mengecat, menghias, dan membersihkan sekitar kawasan rumah penghuni itu. SOROTAN PROGRAM SUBSIDIARI MARA, RURAL CAPITAL BERHAD PEDULI ASNAF SUMBANGAN WANG TUNAI DAN GOTONG ROYONG DI RUMAH SERI KENANGAN KANGAR Sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Haji Razali Bin Hassan, Naib Presiden Eksekutif Operasi & Khidmat Pengurusan RCB kepada Datin Fazilah Binti Abu Bakar, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat RSK serta disaksikan oleh Encik Mohammad Hassnan Hafiz Bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) Pejabat MARA Negeri Perlis.
e-KOMPILASI MAC 2023 37
38 e-KOMPILASI MAC 2023 Sedang berlangsung Program Kayuhan Jalinan Kasih MARA dan Rural Capital Berhad (RCB) di Kangar, Perlis disertai oleh YBhg. Dato’ Zulfikri Bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA bersama pengurusan MARA ibu pejabat dan Pejabat MARA Negeri Perlis, Rural Capital Berhad (RCB), GIATMARA, Petronas Lubricants Marketing Malaysia, jabatan dan agensi persekutuan negeri. PROGRAM KAYUHAN JALINAN KASIH MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) DAN RURAL CAPITAL BERHAD (RCB)
e-KOMPILASI MAC 2023 39
40 e-KOMPILASI MAC 2023 YAB Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi telah hadir menyampaikan ucaptama sempena Ekspo Huffaz 2023 anjuran Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan (PINTA) dengan kerjasama Pejabat YAB Timbalan Perdana Menteri serta kolaborasi bersama pelbagai agensi termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA). Ekspo yang mensasarkan penglibatan lebih 23,000 huffaz ini berlangsung selama 3 hari bermula 10 hingga 12 Mac 2023 ini. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan, antaranya SOROTAN MAJLIS HIMPUNAN 23,000 HUFFAZ MALAYSIA Karnival Jualan, Pameran Artifak Tamadun Islam, Klinik al- Fatihah, Forum dan pelbagai pertandingan. Turut hadir, YBhg. Dato’ Sri Azhar Bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA, YBhg. Encik Razlan Bin Hj Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Yg Berusaha Tuan Syed Saifuddin Bin Syed Ahmad, Pengarah MARA Wilayah Persekutuan serta pegawai-pegawai subsidiarI MARA.
e-KOMPILASI MAC 2023 41
42 e-KOMPILASI MAC 2023 PETIKAN UCAPAN YB DATUK HAJAH RUBIAH BINTI HAJI WANG, TIMBALAN MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH SEMPENA MAJLIS PEMASYHURAN UNIVERSITI POLY-TECH MALAYSIA (UPTM)
e-KOMPILASI MAC 2023 43 Seluruh warga kerja MARA mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah di atas pelantikan YBhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki sebagai Pengerusi MARA. Semoga pelantikan ini dapat memberikan aspirasi dalam memacu pembangunan ekonomi masyarakat Bumiputera ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju.
44 e-KOMPILASI MAC 2023 Majlis Pemasyhuran Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) yang disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. Majlis Pemasyhuran UPTM bertujuan memasyhurkan nama institusi yang telah didaftarkan sebagai universiti penuh dan secara rasminya diluluskan untuk mengguna pakai nama Universiti Poly-Tech Malaysia mulai 6 Januari 2023. SOROTAN MAJLIS PEMASYHURAN UNIVERSITI POLY-TECH MALAYSIA Turut hadir, Dato’ Sri Ramlan Bin Dato’ Harun, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YBhg. Dato’ Sri Azhar Bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA, Dato’ Julainie Bin Mohd Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, Prof Dr. Abdul Rahim Bin Abdul Rahman, Naib Canselor UPTM bersama pengurusan MARA dan universiti berkenaan.
e-KOMPILASI MAC 2023 45
46 e-KOMPILASI MAC 2023 Sedang berlangsung Majlis Perasmian Program Pembangunan Usahawan Teknikal Solar (ProSOLAR) yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Pengerusi MARA di Hotel Zenith, Putrajaya. ProSOLAR merupakan inisiatif dibawah Program Usahawan Teknikal (ProTeCH) bagi membangunkan usahawan teknikal terutamanya dalam bidang berteknologi tinggi. MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN TEKNIKAL SOLAR (ProSOLAR)
e-KOMPILASI MAC 2023 47
48 e-KOMPILASI MAC 2023 PETIKAN UCAPAN YBHG. DATO’ DR. ASYRAF WAJDI BIN DATO’ DUSUKI, PENGERUSI MARA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN TEKNIKAL SOLAR (PROSOLAR).
e-KOMPILASI MAC 2023 49 PMB INVESTMENT BERHAD RANGKUL 3 ANUGERAH PADA MAJLIS ANUGERAH DANA REFINITIV LIPPER 2023 TAHNIAH diucapkan kepada PMB Investment Berhad kerana berjaya merangkul tiga anugerah untuk dua dana pada Majlis Anugerah Dana Refinitiv Lipper 2023. Anugerah yang dimenangi ini jelas membuktikan dana-dana PMB investment berpontensi tinggi dalam membantu meningkatkan pendapatan para pelabur yang melabur bersama PMB Investment Berhad. Tahniah PMB Investment Berhad!
50 e-KOMPILASI MAC 2023 Lebih 1,200 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor menanti graduan serta pelajar tahun akhir Institusi Pendidikan MARA (IPMA) serta Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) di Karnival Kerjaya MARA Career Crafting – Northern Chapter yang diadakan di Universiti Kuala Lumpur - Malaysian Spanish Institute (UniKLMSI) bermula 16 hingga 18 Mac 2023. Siri Career Crafting anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang diadakan secara bersiri mengikut zon itu mendukung inisiatif kerajaan untuk menurunkan kadar pengangguran negara. Program ini juga merupakan manifestasi komitmen MARA dalam membantu graduan tajaannya mencari pekerjaan bersesuaian dengan kelayakan yang lebih menyeluruh demi pembangunan ekonomi yang mampan bagi memacu usaha pemulihan negara secara berstruktur, sekaligus menyumbang ke arah pengukuhan pasaran tenaga kerja negara. Antara syarikat terkemuka yang mengambil bahagian dalam siri Career Crafting kali ini ialah CTRM Aero Composite Sdn Bhd, Proton, KPJ Heathcare Bhd, PwC Malaysia, Alliance Steel (M) Sdn Bhd, Kulim Advance Technologies Sdn Bhd dan banyak lagi. Pelbagai pengisian menarik yang boleh memberi manfaat kepada mereka yang hadir antaranya, pameran oleh syarikat terlibat, sesi temuduga terbuka, forum, taklimat dan laluan kerjaya oleh industri diadakan sepanjang program ini berlangsung. MARA CAREER CRAFTING- NORTHERN CHAPTER TAWAR LEBIH 1,200 PELUANG PEKERJAAN