e-KOMPILASI MAC 2023 51 Hadir menyempurnakan Career Crafting - Northern Chapter ini Ketua Pengarah MARA, Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, diiringi Encik Mohd Diah bin Abas, Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA, Datuk Dr. Roziah binti Omar, Presiden Unikl,Puan Siti Aminah binti Abdul Kadir, Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran, Encik Razak bin Aziz, Pengarah MARA Negeri Kedah, Ir Mohd Nizam bin Ahmad, Dekan UniKL MSI, Kulim, barisan pengurusan dan subsidiari MARA dan wakil-wakil industri.
52 e-KOMPILASI MAC 2023 Sedang berlangsung Sesi Walkabout YBhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Pengerusi MARA ke Program Gate to Global-PURE MARA di Malaysia’s Largest Travel Fair (MATTA FAIR) yang diadakan di MITEC, Kuala Lumpur. Buat julung kalinya 12 usahawan di bawah Program GTG - PURE, MARA akan menyertai MATTA FAIR yang berlangsung bermula 17 hingga 19 Mac 2023. MARA PERKENAL 12 PENGUSAHA RESORT SEMPENA PAMERAN MATTA 2023
e-KOMPILASI MAC 2023 53
54 e-KOMPILASI MAC 2023 KUALA LUMPUR, 17 Mac 2023 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi Program Gate To Global (GTG) –Pembangunan Usahawan Resort (PURE) memperkenalkan 12 pengusaha resort di bawah program tersebut melalui penyertaan dalam Pameran MATTA 2023 yang diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini. Pengerusi MARA, Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki berkata, Pameran MATTA boleh dijadikan sebagai platform terbaik buat MARA mengetengah dan meluaskan rangkaian promosi bagi tarikan dan keunikan destinasi pelancongan yang ditawarkan oleh pengusaha resort di bawah program GTG-PURE. MARA PERKENAL 12 PENGUSAHA RESORT SEMPENA PAMERAN MATTA 2023 Sementara itu katanya, penyertaan kali pertama MARA dalam pameran pelancongan nombor satu di Malaysia ini antara lain turut menyokong kepada pemulihan semula sektor pelancongan negara yang terjejas semasa pandemik di samping meningkatkan jualan dan mewujudkan jaringan perniagaan usahawan dalam industri pelancongan. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi hari ini meluangkan masa hadir ke pamerasn tersebut di samping bertemu dengan usahawan berkaitan. Beliau yang diiringi, Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan MARA, Dato’ Zulfikri Osman, turut menyaksikan majlis pertukaran Sijil Kerjasama antara En. Anuj Kumar, Pengarah Urusan MAGADH Travel & Tours Pvt. Ltd. New Delhi, India dengan enam (6) usahawan PURE iaitu TY Hotel (Terengganu), Warisan
e-KOMPILASI MAC 2023 55 Pahlawan Resort (Terengganu), Forest Paradise Inn (P.Pinang), Glamping Park Travel and Tour Sdn Bhd (Perak & W.P), Pangkor Village Beach Resort (Perak) dan Kulapuan Resort,(Sabah). Kerjasama ini dijangka meraih potensi jualan bernilai RM7.2 juta melalui penganjuran majlis perkahwinan dan event korporat, pakej percutian serta pelancongan yang ditawarkan oleh usahawan GTG – PURE. Program GTG – PURE yang dilaksanakan MARA pada tahun 2019, memberi tumpuan untuk membangun dan memperkasakan usahawan hotel, resort, chalet dan rumah inap supaya lebih berdaya saing dalam industri pelancongan negara. Program ini merangkumi aspek pengurusan, pemasaran, pendigitalan dan pensijilan daripada badan berautoriti seperti HALAL (JAKIM), BeSS (KKM), Muslim Friendly Hospitality (ITC & SIRIM), STAR Rating (MOTAC) dan lain-lain badan pengiktirafan. Sehingga kini, Program GTG – PURE telah membangunkan 184 usahawan yang akan merancakkan industri pelancongan negara.
56 e-KOMPILASI MAC 2023 KUBANG PASU, 17 Mac 2023 - YBhg. Dato’ Sri Azhar Bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA telah meluangkan masa mengadakan lawatan ke GIATMARA Kubang Pasu pada 16 Mac 2023 bagi meninjau Kursus Pemanduan Kenderaan Perdagangan (PANDU). Sepanjang lawatan, beliau sempat menguji simulator pemanduan kenderaan perdagangan yang digunakan dalam pembelajaran di sana. Antara Kursus lain yang ditawarkan di GIATMARA Kubang Pasu ialah Kursus Teknologi Kimpalan Dan Fabrikasi Logam, Teknologi Automotif, Teknologi Baikpulih Dan Mengecat Kenderaan Pemanduan Kenderaan Perdagangan (PANDU). LAWATAN KETUA PENGARAH MARA KE GIATMARA KUBANG PASU Turut hadir, Encik Mohd Diah Bin Abas, Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA, Encik Razak Bin Aziz , Pengarah MARA Negeri Kedah , Encik Mohd Azam Bin Jamaluddin, Pengarah MARA Negeri Perlis, Encik Zubir bin Yahya, Pengarah GIATMARA Negeri Kedah serta para pegawai dari Pejabat MARA Negeri Kedah dan Pejabat MARA Negeri PERLIS. Semoga GIATMARA akan terus melahirkan para pelajar yang berjaya dan kompeten dalam bidang TVET!
e-KOMPILASI MAC 2023 57
58 e-KOMPILASI MAC 2023 SUNGAI BESAR, 18 Mac 2023 - Seramai 70 pelajar B40 di Daerah Sungai Besar terima manfaat bantuan pendidikan di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Yayasan Pelajaran MARA (YPM). Usaha ini dilaksana bagi memastikan anakanak luar bandar terutamanya daripada golongan B40 tidak keciciran dalam pelajaran selain meringankan tanggungan ibu bapa. Sumbangan yang diberikan oleh YPM melibatkan sumbangan basikal dan bag sekolah kepada 30 pelajar dari sekolah sekitar Sungai Besar, antaranya SK Seri Makmur, SK Sungai Limau, SMK Sungai Besar, SMK Seri Bedena, Sekolah Menengah Agama Sungai Haji Dorani dan Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Jemaah. Manakala sumbangan awal persekolahan ‘Back to School’ (BTS) dan bag sekolah telah disampaikan kepada 20 pelajar daripada PELAJAR B40 DAERAH SUNGAI BESAR TERIMA MANFAAT BANTUAN PENDIDIKAN YPM Sekolah SK Seri Utama, SK Panchang Pedena dan SMK Seri Bedena. Sumbangan tunai serta bag sekolah pula diberikan kepada 10 pelajar MRSM Sungai Besar dan 10 pelatih GIATMARA Sabak Bernam dan Sungai Besar. Para penerima telah hadir dengan diiringi oleh ibu bapa masing-masing. Program CSR Pendidikan YPM ini merupakan kerjasama daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam. Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf. Hadir sama, barisan Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah Kanan Pelaburan, Pengurusan dan Subsidiari MARA, Pengarah MARA Negeri, Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam dan warga kerja MARA.
e-KOMPILASI MAC 2023 59
60 e-KOMPILASI MAC 2023 SUNGAI BESAR, 18 Mac 2023 - Sempena Sambutan Hari MARA ke-57, Kelab Sukan dan Rekreasi MARA dengan kerjasama Pejabat MARA Negeri Selangor telah menganjurkan Program Kayuhan MARA 57 @ Sungai Besar 2023 hari ini. Bagi menyemarak semangat perpaduan dan menyemai budaya hidup sihat, seramai 248 warga MARA termasuk subsidiari telah menyertai kayuhan ini. Kayuhan sejauh 25 kilometer itu turut disertai oleh Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf bermula dari MRSM Sungai Besar dan berehat seketika di Masjid Al-Mujahiddin, Bagan Terap seterusnya ke destinasi penamat Arked MARA Sungai Besar. SEMARAK HARI MARA DENGAN KAYUHAN MARA 57 @ SUNGAI BESAR 2023 Program kayuhan berlangsung dengan jayanya di mana semua peserta kayuhan kekal selamat ke destinasi penamat. Terima kasih diucapkan kepada pihak Majlis Daerah Sabak Bernam dan anggota polis yang berjaya mengekalkan keselamatan jalan raya juga peserta. Turut hadir, barisan Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah Kanan Pelaburan, Pengurusan dan subsidiari MARA, Pengarah MARA Negeri dan warga kerja MARA.
e-KOMPILASI MAC 2023 61
62 e-KOMPILASI MAC 2023 Pegawai Barisan Hadapan (PBH) KKDW yang terdiri daripada pegawai-pegawai aduan di peringkat Kementerian, Pejabat KKDW Negeri dan Agensi telah diraikan dalam Majlis Penghargaan dan Penyampaian Surat Pelantikan Pegawai Barisan Hadapan KKDW di Hotel Premiera pada 17 Mac 2023. Turut disampaikan surat pelantikan kepada mereka sebagai PBH bagi tahun 2023 oleh YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun, Ketua Setiausaha KKDW. MAJLIS PENGHARGAAN DAN PENYAMPAIAN SURAT LANTIKAN PEGAWAI BARISAN HADAPAN KKDW TAHUN 2023 PBH ini terdiri daripada Single Point Of Contact (SPOC) pegawai-pegawai pelbagai gred yang memahami dan mengetahui operasi atau dasar di bahagian dan agensi masing-masing. PBH yang dilantik perlu menangani aduan dan pertanyaan daripada pelanggan yang rata-rata adalah masyarakat luar bandar.
e-KOMPILASI MAC 2023 63
64 e-KOMPILASI MAC 2023 PROGRAM LIBAT URUS PENGERUSI MARA BERSAMA KETUA PUSAT PENTADBIRAN MARA KELANTAN DAN WARGA KERJA MRSM PENGKALAN CHEPA Sedang berlangsung Program Libat Urus Pengerusi MARA, YBhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki Bersama Ketua Pusat Pentadbiran MARA Kelantan Dan Warga Kerja MRSM Pengkalan Chepa di Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa. Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa ditubuhkan pada 30 Januari 1973 dan telah melahirkan beberapa tokoh korporat tanahair. MRSM itu kini, mempunyai 606 pelajar dan sentiasa bermatlamat melahirkan golongan pelajar yang cemerlang dalam akademik, rohani dan jasmani.
e-KOMPILASI MAC 2023 65
66 e-KOMPILASI MAC 2023 Sedang berlangsung Program CSR Pendidikan sempena sambutan Hari MARA ke-57 anjuran Yayasan Pelajaran MARA. Program ini disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Azhar Bin Abdul Manaf di Arked MARA Sungai Besar. PROGRAM CSR PENDIDIKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI MARA KE -57
e-KOMPILASI MAC 2023 67
68 e-KOMPILASI MAC 2023 Sedang berlangsung Program Kayuhan MARA 57 @ Sungai Besar sempena sambutan Hari MARA yang ke-57 di MRSM Sungai Besar, Selangor. Acara mingguan yang buat pertama kali diadakan di luar Kuala Lumpur ini adalah bagi mengeratkan ukhuwah dan membina kemesraan di kalangan warga kerja MARA termasuk Subsidiari MARA. Program anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi MARA (KSRM) ini turut mendapat kerjasama KAYUHAN MARA 57 @ SUNGAI BESAR dari MARA Negeri Selangor dan Pengurusan MRSM Sungai Besar. Program ini disertai oleh YBhg Dato’ Sri Azhar Bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA, barisan Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah Kanan Pelaburan, Pengurusan dan Subsidiari MARA, Pengarah MARA Negeri dan warga kerja MARA serta Subsidiari MARA.
e-KOMPILASI MAC 2023 69
70 e-KOMPILASI MAC 2023 IPOH, 20 Mac 2023 YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA telah mengadakan walkabout ke U.n.i KLINIK Ipoh, Perak bagi meninjau operasi klinik tersebut. U.n.i KLINIK Ipoh telah mula beroperasi sepenuhnya sejak 3 Februari 2022. Rangkaian U.n.i KLINIK menawarkan perkhidmatan premium dengan harga mampu milik. Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyediakan kemudahan di bawah Program Pembangunan Usahawan Profesional SOROTAN WALKABOUT TIMBALAN KETUA PENGARAH (KEUSAHAWANAN) MARA KE UNIKLINIK IPOH (ProSPEC) bagi membina jaringan klinik di bawah satu jenama iaitu U.n.i KLINIK. Turut hadir mengiringi YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Dr. Ahmad Abdul Hadi Mohamad Kamal, Resident U.n.i KLINIK Ipoh, Associate Professor Dr. Muhammad Hadhrami Mohd Hussain, Ahli Lembaga Pengarah U.n.i. KLINIK Ipoh merangkap pensyarah RCMP, Barisan Pengurusan U.n.i KLINIK Ipoh serta Ahli Pengurusan MARA.
e-KOMPILASI MAC 2023 71
72 e-KOMPILASI MAC 2023 KOTA BHARU, 20 Mac 2023 - Seramai 526 peserta lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam kalangan B40 telah sertai Get Ready For University Programme (Gear-Up! 2023) yang berlangsung selama tiga hari bermula 17 hingga 19 Mac 2023. Program Gear Up! 2023 merupakan inisiatif MARA dalam menyediakan platform dan persediaan sebelum menempuh kehidupan yang sebenar di universiti tidak lama lagi. Peserta program ini diberi pendedahan mengenai nilai kepimpinan, kemahiran berkomunikasi dan keyakinan diri, aspek keperibadian serta keterampilan diri. GEAR UP! 2023, PROGRAM PERSEDIAAN PELAJAR TEMPUH ALAM UNIVERSITI Kesedaran mengenai kepentingan Bahasa Inggeris juga ditekankan sebagai persediaan memasuki alam universiti kelak. Program ini diadakan serentak di empat lokasi yang berbeza iaitu Universiti Sains Malaysia Kelantan, Universiti Teknologi Petronas Perak, UCSI University Negeri Sembilan dan Multimedia Malaysia University Melaka. Para peserta terdiri daripada pelajar Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Sekolah Menengah Sains, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran, Sekolah
e-KOMPILASI MAC 2023 73 Agama Bantuan Kerajaan dan Sekolah Harian Biasa. Antara pengisisan modul adalah Life Compas, Team Building, Confidence Is A Skill, How To Write A Personal Statement, Public Speaking (Mastering Body Language and Emotion) dan juga Interview Etiquette. Kesemua peserta telah dibantu oleh fasilitator dalam kalangan staf dan pelajar di universiti tersebut. Modul yang disediakan kepada peserta meliputi kaedah berfikir, keyakinan diri, hala tuju, pengucapan awam dan etika berkomunikasi. Selain itu, program di bawah penyelarasan Bahagian Penganjuran Pelajaran merupakan salah satu usaha membantu pelajar lepasan SPM agar bijak memilih program yang bersesuaian dengan kelayakan dan minat mereka. Sementara itu, Majlis Penutupan Program Gear Up! 2023 telah diadakan di Universiti Sains Malaysia Kelantan yang disempurnakan bersama oleh Profesor Dato’ Gs. Dr. Narimah binti Samat, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa USM dan Tuan Haji Razlan bin Haji Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA. Turut hadir, Puan Siti Aminah binti Abdul Kadir, Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, Encik Fazli Rizal bin Ismail, Pengarah MARA Negeri Kelantan dan Profesor Dr. Shaharum bin Shamsuddin, Pengarah Kampus Kesihatan USM.
74 e-KOMPILASI MAC 2023 IPOH, 23 Mac 2023 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini merasmikan sebuah pusat servis kenderaan Is Tayar Maju Sdn Bhd di bawah program Pembangunan Usahawan Automotif MARA-PETRONAS (PUMP) yang pertama di negeri ini. Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Dato’ Zulfikri Osman berkata, pembukaan pusat servis itu adalah selari dengan objektif MARA dalam membangunkan komuniti usahawan automotif yang dinamik dan kompeten. Tambah beliau, “Sejak tahun 2021, MARA aktif memperkasa jenama perniagaan program PUMP dalam meningkatkan imej PUSAT SERVIS KENDERAAN PUMP DIBUKA DI IPOH dan menepati piawaian industri, seterusnya memperkukuhkan jenama program supaya ianya dilihat setara atau lebih baik daripada pesaing di pasaran.” “Peningkatan imej ini untuk penampilan imej pusat servis lebih segar, dinamik dan berani serta mampu menarik lebih ramai pelanggan berkunjung dengan rekaan luaran dan dalaman yang ceria, selesa dan bengkel penyelenggaraan dilengkapi kelengkapan moden,” katanya ketika perasmian Is Tayar Maju Sdn Bhd. Hadir sama, ahli Pengurusan dan Subsidiari MARA, wakil PETRONAS, pemain industri dan usahawan dalam bidang tersebut.
e-KOMPILASI MAC 2023 75 PUMP yang berkolaborasi bersama Petronas Lubricant Marketing Malaysia itu dilengkapi dengan modul latihan berstruktur yang komprehensif dan seterusnya usahawan akan melaksanakan proses pengubahsuaian premis bagi mewujudkan outlet di bawah jenama tersebut. Selain daripada latihan dan pengubahsuaian, usahawan yang terpilih turut akan menerima khidmat nasihat serta dibantu dengan kemudahan pembiayaan perniagaan bagi mereka yang layak. Proses pengubahsuaian dijangka mengambil masa selama 3 bulan. “MARA mensasarkan kepada usahawan yang ingin meningkatkan imej pusat servis serta menaiktaraf pusat servis kepada yang lebih baik. Selain itu, kami turut memberi galakan kepada lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta untuk menceburi atau menjalankan perniagaan dalam bidang Automotif,” katanya. “Pihak PETRONAS amat berbesar hati kerana dapat meneruskan kerjasama dengan MARA demi memperkasakan ekonomi para usahawan di Malaysia. Kami akan memberi sokongan penuh kepada seluruh jaringan PETRONAS AutoExpert terutama dari segi kemahiran teknikal, latihan, peralatan dan pemasaran, agar semua pengusaha PUMP mendapat nilai mampan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PLMMSB, Mohd Zameer B Mohd Zahur Hussain yang turut hadir di acara perasmian. Sehingga kini, sebanyak 20 outlet PUMP telah dibangunkan melibatkan peruntukan pembiayaan sebanyak RM10.3 juta. Usahawan di bawah program ini telah mencapai nilai jualan sebanyak RM15.85 juta. Pembukaan outlet Is Tayar Maju Sdn Bhd yang dimiliki oleh Ismail bin Ahmad, 42, secara tidak langsung dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan di samping mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
76 e-KOMPILASI MAC 2023 TAMBUN, 21 Mac 2023 – YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA telah mengadakan lawatan kerja ke MARA Halal Industrial (MHI) Tambun. MHI Park Tambun yang berkeluasan 10 ekar merangkumi 2 fasa yang mana fasa pertama telah dibina seawal tahun 1995 mengandungi 16 unit lot kilang berkeluasan antara 2,850 hingga 5,280 kaki persegi. Manakala, fasa kedua yang mula dibina pada tahun 2006 itu mengandungi 38 unit lot kilang itu berkeluasan 315 hingga 1,152 kaki persegi. 5 daripada lot kilang fasa 2 telah dilengkapi dengan infrastruktur Halal, Good Manufacturing Practice (GMP), Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) serta SOROTAN LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH (KEUSAHAWANAN) MARA KE MARA HALAL INDUSTRIAL (MHI) PARK, TAMBUN pensijilan lain bagi persediaan ke pasaran luar. Inisiatif ini merupakan satu fasiliti sokongan bagi memastikan usahawan Bumiputera yang mempunyai kapasiti pengeluaran bagi pasaran tempatan dan antarabangsa mempunyai infrastruktur lengkap bagi proses operasi pengeluaran produk mereka. Hadir sama Encik Zahari bin Aziz, Pengarah Bahagian Infrastruktur Komersial MARA, Encik Yahaya bin Sani, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA, Encik A Razu bin Abdul Razak, Pengarah Bahagian Pembiayaan Perniagaan MARA dan Puan Lailatul Asmah binti Mohd Tahir, Pengarah MARA Negeri Perak.
e-KOMPILASI MAC 2023 77
78 e-KOMPILASI MAC 2023 IPOH, 23 Mac 2023 – Sedang berlangsung Majlis Perasmian Outlet Is Tayar Maju Medan Jaya yang mendapat bimbingan di bawah Program Pembangunan Usahawan Automotif MARA Petronas (PUMP). Perasmian tersebut disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA di Ipoh, Perak. PUMP merupakan kerjasama antara MARA dan PETRONAS bagi memperkasakan usahawan Bumiputera dalam ekosistem industri automotif serta meningkatkan daya saing bengkel automotif Bumiputera. Sehingga kini, sebanyak 20 outlet di bawah PUMP telah berjaya dibangunkan. MAJLIS PERASMIAN OUTLET IS TAYAR MAJU MEDAN JAYA IPOH
e-KOMPILASI MAC 2023 79
80 e-KOMPILASI MAC 2023 Petikan ucapan YBhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki, Pengerusi MARA sempena Majlis Graduasi Universiti Kuala Lumpur - Japan Universities Programme.
e-KOMPILASI MAC 2023 81 KUALA LUMPUR, 21 Mac 2023 - YBhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki, Pengerusi MARA hadir menyempurnakan Majlis Graduasi Universiti Kuala Lumpur - Japan Universities Programme dengan menyampaikan sijil Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal kepada 127 graduan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. Program UniKL - JUP merupakan satu program ijazah berkembar Jepun serta laluan terbaik kepada pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM untuk melanjutkan pengajian peringkat tertinggi di negara Jepun khususnya dalam bidang kejuruteraan. Tempoh pengajian program ini mengambil masa selama 5 tahun iaitu 3 tahun pertama pelajar akan mengikuti pengajian peringkat SOROTAN MAJLIS GRADUASI UNIKL - JUP diploma di Universiti Kuala Lumpur- Malaysia France Institute ( UniKL MFI) manakala 2 tahun berikutnya di peringkat ijazah di 20 buah universiti awam atau swasta di Jepun berdasarkan senarai universiti Japan University Group (JUG). Seramai 93 pelajar dijangka akan melanjutkan pengajian ke Jepun pada 23 - 26 Mac 2023 di peringkat ijazah sarjana muda di Jepun. Turut hadir ialah YBhg. En Razlan Bin Haji Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Puan, Nagai Tomoko, Setiausaha Pertama Kedutaan Besar Jepun, YBhg. Dato’ Julainie Bin Mohd Salleh, CEO MARA CORPORATION Sdn Bhd, YBhg. Datuk Dr. Roziah Binti Omar, CEO UniKL, ahli pengurusan MARA dan subsidiari serta delegasi kedutaan Jepun.
82 e-KOMPILASI MAC 2023 PULAU PINANG, 22 Mac 2023 - Sedang berlangsung Majlis Perasmian Taklimat dan Temuduga Program Pembangunan Usahawan Automotif MARA - PETRONAS (PUMP) Zon Utara disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman di Bayview Beach Resort, Pulau Pinang. Program ini bertujuan untuk memilih usahawan automotif di bawah program PUMP dan melahirkan 20 usahawan automotif serta 20 outlet di bawah program PUMP pada tahun 2023 di seluruh Malaysia. Seramai 100 orang usahawan menyertai program pada hari ini. MAJLIS PERASMIAN TAKLIMAT DAN TEMUDUGA PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN AUTOMOTIF MARA - PETRONAS (PUMP) ZON UTARA
e-KOMPILASI MAC 2023 83
84 e-KOMPILASI MAC 2023 Morten Villa Melaka milik Suhairi bin Sulaiman, merupakan usahawan di bawah Program Khas Keusahawanan Gate to Global (GTG) - Program Pembangunan Usahawan Resort (PURE) MARA. PURE memberi tumpuan dalam membangun dan memperkasakan usahawan hotel, resort, chalet dan rumah inap dari aspek pengurusan, pemasaran, pendigitalan dan pensijilan supaya lebih berdaya saing dalam industri pelancongan negara. Villa dengan konsep ‘Rasai Suasana Kampung Dalam Bandar’ ini telah dibina sejak tahun 2019 dengan mempunyai kakitangan seramai tiga orang untuk memastikan villa ini sentiasa mencapai keselesaan pengunjung. Senibina rumah ini adalah gabungan tradisional dan moden dengan mengekalkan tangga rumah Melaka sebagai lambang keseniannya. Menariknya di Morten Villa, terdapat kafe di bawah kolong yang mana ruang makan berpangkin dan bermeja pastinya membuatkan suasana makan pengunjung bersama keluarga sangat meriah. Terdapat 9 bilik tidur yang dilengkapi tandas, pemanas air, penghawa dingin dan TV untuk memenuhi keselesaan rehat dan MORTEN VILLA MELAKA
e-KOMPILASI MAC 2023 85 tidur pengunjung. Pelbagai kemudahan juga turut disediakan seperti dewan serbaguna, bilik seminar @ kursus, ruang makan berhawa dingin, bilik karaoke keluarga dan juga surau. Untuk maklumat lanjut, hubungi 014- 6364636 atau terus ke Lot 41 & 42, Lorong Tun Mamat 3, Kampung Morten, 75300 Melaka.
86 e-KOMPILASI MAC 2023 Seluruh warga MARA menzahirkan ucapan tahniah di atas pelantikan YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Noor Azlan Ghazali mantan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga tokoh akademik dan pakar ekonomi tersohor di tanah air sebagai Ahli Majlis MARA berkuatkuasa hari ini. Semoga kepakaran YBhg. Prof. Tan Sri dapat membantu MARA khususnya dalam pembangunan sosio-ekonomi masyarakat di luar bandar. Seluruh warga kerja MARA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Tan Sri Muhammad bin Ibrahim, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia sebagai Ahli Majlis MARA yang berkuatkuasa hari ini. Semoga pelantikan ini memberi nilai tambah kepada MARA dalam mencorakkan hala tuju agensi ini agar terus kekal cemerlang dalam membangunkan ekonomi masyarakat Bumiputera.
e-KOMPILASI MAC 2023 87 Seluruh warga MARA menzahirkan ucapan tahniah di atas pelantikan YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Noor Azlan Ghazali mantan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga tokoh akademik dan pakar ekonomi tersohor di tanah air sebagai Ahli Majlis MARA berkuatkuasa hari ini. Semoga kepakaran YBhg. Prof. Tan Sri dapat membantu MARA khususnya dalam pembangunan sosio-ekonomi masyarakat di luar bandar. Seluruh warga kerja MARA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Tan Sri Muhammad bin Ibrahim, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia sebagai Ahli Majlis MARA yang berkuatkuasa hari ini. Semoga pelantikan ini memberi nilai tambah kepada MARA dalam mencorakkan hala tuju agensi ini agar terus kekal cemerlang dalam membangunkan ekonomi masyarakat Bumiputera.
88 e-KOMPILASI MAC 2023 PULAU PINANG, 22 Mac 2023 – YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Taklimat dan Temuduga Program Pembangunan Usahawan Automotif MARA - PETRONAS (PUMP) Zon Utara di Bayview Beach Resort pada 21 Mac 2023. Program ini merupakan kerjasama strategik antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) bersama PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (PLM) untuk memperkasakan usahawan Bumiputera dalam ekosistem industri automotif. Program hari ini disertai seramai 100 orang usahawan dan untuk tahun 2023, MARA mensasarkan untuk melahirkan 20 usahawan automotif serta 20 outlet di bawah program PUMP seluruh Malaysia. PUMP merupakan salah satu program khas di bawah Bahagian Infrastruktur Komersial yang bukan sahaja menyediakan latihan berstruktur, kemudahan pembiayaan perniagaan dan premis perniagaan malah khidmat nasihat berkala dan pemantauan oleh pihak MARA dan Petronas. PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN AUTOMOTIF MARA - PETRONAS (PUMP) DIPERLUAS KE UTARA
e-KOMPILASI MAC 2023 89 Selain itu, program ini dapat meningkatkan pemasaran bengkel dengan pengubahsuaian premis berkonsep meliputi penjenamaan, signage dan layout yang lebih moden. Setiap outlet juga akan dilengkapi dengan empat hingga sebelas bay, ruang menunggu, surau dan lain-lain kemudahan bagi keselesaan pelanggan. Sebanyak 20 outlet PUMP telah berjaya dibangunkan secara berperingkat melibatkan peruntukan pembiayaan sebanyak RM10.3 juta dan usahawan telah mencapai nilai jualan sebanyak RM15.85 juta. Hadir sama Encik Mohd Zameer bin Zahur Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd, Encik Zahari bin Aziz, Pengarah Bahagian Infrastruktur Komersial MARA, Encik Yahaya bin Sani, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA serta Ahli Pengurusan MARA.
90 e-KOMPILASI MAC 2023 KUALA LUMPUR, 22 Mac 2023 - YBhg. Dato’ Zulfikri Osman telah dijemput sebagai tetamu kehormat dalam Program Jaringan Perniagaan Pemain industri Automotif di Glasshouse pada 20 Mac 2023. Program yang dianjurkan oleh Syarikat GT Radial Malaysia berjaya menghimpunkan seramai 150 orang usahawan dalam industri Automotif ini bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama diantara pembekal dan pengedar tayar kenderaan jenama GT Radial yang berpengkalan di Jakarta, Indonesia. Program ini merupakan kesinambungan PROGRAM JARINGAN PERNIAGAAN PEMAIN INDUSTRI AUTOMOTIF KUKUH KERJASAMA DENGAN GT RADIAL, INDONESIA daripada kunjungan delegasi usahawan tayar bimbingan MARA ke Kilang GT Radial di Jakarta, Indonesia yang diketuai oleh Dato’ Zulfikri tahun lalu. Dato’ Zulfikri yang turut diberi penghormatan menyampaikan ucapan pada majlis itu menggesa agar usahawan yang hadir memanfaatkan peluang untuk menjadi pengedar tayar jenama GT Radial. Tambah beliau, MARA mempunyai ekosistem keusahawanan yang dapat membantu para usahawan bumiputera dalam bidang itu untuk melonjakkan kapasiti
e-KOMPILASI MAC 2023 91 perniagaan mereka ke tahap lebih tinggi melalui penawaran program- program keusahawanan berfokus yang dilaksanakan. Antara syarikat pemain industri yg terlibat dalam program ini ialah Syarikat PT Gajah Tunggal Indonesia, Syarikat Maxipura Sdn. Bhd, Kit Loong Group of Companies, Syarikat HR Teman Sdn. Bhd, Brembo Malaysia, wakil dari TNB, Proton dan Perodua serta Syarikat GT Radial Malaysia. Delegasi dari PT Gajah Tunggal Indonesia turut hadir ke program ini, diketuai oleh Mr Simon Hui, Director Sales & Marketing bersama Mr Andy Wu, Head of Export International Sales & Marketing. Hadir sama, Encik Yahaya Sani, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA serta beberapa pegawai dari bahagian tersebut.
92 e-KOMPILASI MAC 2023 KUALA LUMPUR, 23 Mac 2023 - Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Sri Azhar Abdul Manaf telah menerima kunjungan hormat dari Kedutaan Kingdom of Bahrain, TYT Rashad Farooq Al-Sheikh, Duta Bahrain ke Malaysia di Ibu Pejabat MARA pada 22 Mac 2023. Kunjungan tersebut diadakan bagi berkongsi pandangan dan cadangan mempelawa MARA untuk melihat peluang pelaburan berpotensi di negara tersebut. Bahrain mempunyai kelebihan dalam liberasi / kemudahan menjalankan perniagaan termasuk membenarkan pemilikan 100% kepada usahawan luar Bahrain. Usahawan dari luar Bahrain yang ingin melabur boleh memilih dari pelbagai sektor yang kompetitif seperti perkhidmatan kewangan, pembuatan, logistik, teknologi & KUNJUNGAN HORMAT TYT RASHAD FAROOQ AL SHEIKH, BAHRAIN KE MARA inovasi, pelancongan , hartanah, pendidikan dan penjagaan kesihatan. Manakala MARA mempelawa Bahrain untuk meninjau peluang melanjutkan pelajaran di universiti MARA iaitu Uuniversiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM). Turut sama semasa kunjung hormat ialah Tuan Haji Razlan bin Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Puan Siti Aminah binti Abdul Kadir, Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran, Encik Mohd Halmishahril bin Ahmad Jamir, Pengarah Bahagian Pelaburan dan Pembangunan Subsidiari, Encik Ahmad Zuriat bin Dato’ Tejuddin, Ketua Unit Penyelaras dan Puan Rahaa Hamatweh, Pegawai Kedutaan Bahrain.
e-KOMPILASI MAC 2023 93
94 e-KOMPILASI MAC 2023 KUALA LUMPUR, 23 Mac 2023 - Sedang berlangsung Sesi Libat Urus GIATMARA bersama YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA di Anjung Korporat, Ibu Pejabat MARA. Program ini melibatkan warga kerja GIATMARA seluruh negeri yang diadakan secara bersemuka dan dalam talian dengan tujuan mempersiapsiaga warga kerja GIATMARA ke arah memberi perkhidmatan yang terbaik. SESI LIBAT URUS GIATMARA BERSAMA KETUA PENGARAH MARA
e-KOMPILASI MAC 2023 95
96 e-KOMPILASI MAC 2023 JOHOR, 23 Mac 2023 - Mesyuarat Pasca Kabinet Jabatan Perdana Menteri memutuskan untuk melancarkan Pasukan Sukarelawan Penjawat Awam dari semua Kementerian / Jabatan / Agensi bagi menguruskan pasca banjir di kawasankawasan yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda beberapa negeri barubaru ini. MARA melalui MARA Emergency Response Team (MERT) telah bersama-sama Pasukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melaksanakan kerja-kerja sukarelawan yang melibatkan aktiviti-aktiviti AKTIVITI SUKARELAWAN ANGGOTA MERT BANTU MANGSA BANJIR DI BATU PAHAT, JOHOR pembersihan di beberapa lokasi di Batu Pahat, Johor pada 21 hingga 22 Mac 2023. Pasukan MARA diwakili oleh 5 pegawai iaitu dari Bahagian Kewangan, Bahagian Inovasi dan Teknologi Kreatif, Bahagian Penganjuran Pelajaran, Bahagian Pembangunan Usahawan dan Bahagian Industri Pengangkutan. Selain itu, warga kerja MARA Negeri Johor dari Pejabat MARA Negeri Johor, Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang, KKTM Sri Gading, Kolej Profesional MARA (KPM) Bandar Penawar dan GIATMARA Negeri Johor turut membantu kerja-kerja sukarelawan ini.
e-KOMPILASI MAC 2023 97
98 e-KOMPILASI MAC 2023 Seluruh warga MARA mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ahmad Ikmal bin Mohd Ridhuan (alumni MRSM Gemencheh) atas kejayaan yang membanggakan kerana telah dinobatkan sebagai Johan (Kategori Hafazan 1 hingga 30 Juzuk) dalam Majlis Tilawah & Hafazan Peringkat Negeri Johor 2023. Semoga dengan kejayaan ini memberi inspirasi buat anak-anak MRSM untuk menjaga kalamullah yang mulia. MARA akan terus melahirkan hufaz teknokrat terbilang yang akan menjadi kebanggaan negara. Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1444H kepada seluruh umat Islam.
e-KOMPILASI MAC 2023 99 Seluruh warga MARA mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ahmad Ikmal bin Mohd Ridhuan (alumni MRSM Gemencheh) atas kejayaan yang membanggakan kerana telah dinobatkan sebagai Johan (Kategori Hafazan 1 hingga 30 Juzuk) dalam Majlis Tilawah & Hafazan Peringkat Negeri Johor 2023. Semoga dengan kejayaan ini memberi inspirasi buat anak-anak MRSM untuk menjaga kalamullah yang mulia. MARA akan terus melahirkan hufaz teknokrat terbilang yang akan menjadi kebanggaan negara. Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1444H kepada seluruh umat Islam.
100 e-KOMPILASI MAC 2023 KUALA LUMPUR, 24 Mac 2023 - Pengerusi MARA, YBhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, hari ini meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama media di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. Majlis yang dimeriahkan dengan kehadiran wakil-wakil media tempatan ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama erat antara pihak MARA dan media yang merupakan medium penting untuk menyebarkan informasi terkini agensi ini. Turut hadir, barisan Pengurusan MARA. SOROTAN MAJLIS BERBUKA PUASA MARA BERSAMA MEDIA