The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI MAC 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Majlis Amanah Rakyat, 2023-04-09 20:44:02

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI MAC 2023

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI MAC 2023

e-KOMPILASI MAC 2023 101


102 e-KOMPILASI MAC 2023 Bagas Zakariah Orchard Lodge milik Ar Azim bin Abd Aziz, merupakan usahawan di bawah Program Khas Keusahawanan Gate to Global (GTG) - Program Pembangunan Usahawan Resort (PURE) MARA. PURE memberi tumpuan dalam membangun dan memperkasakan usahawan hotel, resort, chalet dan rumah inap dari aspek pengurusan, pemasaran, pendigitalan dan pensijilan supaya lebih berdaya saing dalam industri pelancongan negara. Orchard Lodge terletak di Kampung Lawan Kuda Gopeng, Perak berkonsepkan ‘Kampung Stay’. Di sini, terdapat tiga buah rumah yang cantik dengan identiti asli rumah kampung yang diuruskan oleh tujuh orang pekerja. Rumah kuning berusia 100 tahun yang dibina pada tahun 1920 dan di Bagas Zakariah merupakan tapak asalnya. Rumah Lenggong pula dibina pada tahun 1950 dan Rumah Lawan Kuda dibina pada tahun 2019. Untuk maklumat lanjut, hubungi 017- 5521920 atau terus ke No. 65, Lot 32804, Jalan Besar, Kg Lawan Kuda, 31600 Gopeng, Perak. BAGAS ZAKARIAH ORCHARD LODGE


e-KOMPILASI MAC 2023 103


104 e-KOMPILASI MAC 2023 KUALA LUMPUR, 27 Mac 2023 Sedang berlangsung Program Libat Urus Warga Kerja MARA bersama YBhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Pengerusi MARA di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. Beliau yang menyampaikan amanat pertamanya bersama warga kerja MARA bangga dengan pencapaian yang telah dicapai dan berharap momentum ini akan kekal bagi memantapkan agenda pembangunan ekonomi Bumiputera, Melayu, Islam seterusnya. PROGRAM LIBAT URUS DAN MAJLIS BERBUKA PUASA MARA Pengerusi MARA kemudiannya akan berbuka puasa bersama 350 orang warga kerja daripada pelbagai peringkat dan seterusnya mengimamkan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Terawih.


e-KOMPILASI MAC 2023 105


106 e-KOMPILASI MAC 2023 TY Hotel Kuala Terengganu milik Mohd Irham bin Mohd Yusoff, merupakan usahawan di bawah Program Khas Keusahawanan Gate to Global (GTG) - Program Pembangunan Usahawan Resort (PURE) MARA. PURE memberi tumpuan dalam membangun dan memperkasakan usahawan hotel, resort, chalet dan rumah inap dari aspek pengurusan, pemasaran, pendigitalan dan pensijilan supaya lebih berdaya saing dalam industri pelancongan negara. TY Hotel terletak berhampiran dengan pusatpusat pelancongan menarik di sekitar Kuala Terengganu seperti Muzium Negeri, Masjid TY HOTEL KUALA TERENGGANU Kristal, Pantai Batu Burok, Pusat Kebudayaan Kraf, Chinatown dan hanya 16 km dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Hotel yang mengutamakan keselesaan pengunjung ini mempunyai 16 orang pekerja secara keseluruhan termasuk menguruskan bilik-bilik hotel yang dilengkapi dengan alat penghawa dingin, televisyen, meja dan bilik mandi peribadi. Terdapat beberapa unit di hotel ini sering menjadi rebutan kerana menampilkan pemandangan bandar yang begitu cantik. Untuk maklumat lanjut, hubungi 013-9131284 atau terus ke alamat 4856, Jalan Sultan Mahmud, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu.


e-KOMPILASI MAC 2023 107


108 e-KOMPILASI MAC 2023 Hotel Agro Highlands milik Sharol Hafizi bin Jamaludin, merupakan usahawan di bawah Program Khas Keusahawanan Gate to Global (GTG) - Program Pembangunan Usahawan Resort (PURE) MARA. PURE memberi tumpuan dalam membangun dan memperkasakan usahawan hotel, resort, chalet dan rumah inap dari aspek pengurusan, pemasaran, pendigitalan dan pensijilan supaya lebih berdaya saing dalam industri pelancongan negara. Kedudukan Hotel Agro Highlands yang strategik di Pekan Brinchang berdekatan kawasan tarikan pelancong yang HOTEL AGRO HIGHLANDS mempunyai pelbagai pilihan kedai makan disekitarnya. Hotel ini juga menyediakan fasiliti yang berkonsep mesra muslim yang diuruskan oleh 15 orang pekerja secara keseluruhan. Selain itu, hotel ini menawarkan penginapan yang premium dan selesa dengan pilihan lima jenis bilik yang berlainan. Setiap bilik dilengkapi dengan fasiliti yang mempunyai tandas di dalam bilik. Untuk maklumat lanjut, hubungi 019- 6595744 atau terus ke alamat No. 19, Jalan Besar Brinchang, 39100 Brinchang, Cameron Highlands, Pahang.


e-KOMPILASI MAC 2023 109


110 e-KOMPILASI MAC 2023 TAHNIAH DAN SYABAS Pelajar & Alumni MRSM Gemencheh atas kejayaan dalam Majlis Tilawah & Hafazan Peringkat Negeri Melaka 2023 Johan : Muhammad Faris bin Noor Faizal (Alumni MRSM Gemencheh ) Kategori Hafazan 1 hingga 20 Juzuk Naib Johan: Adif Hawari bin Azmi (Pelajar Tingkatan 3) Kategori Hafazan 1 hingga 10 Juzuk


e-KOMPILASI MAC 2023 111 Muhammad Haleef Adam Bin Mohd Haniff, pelajar tajaan MARA dan siswa Bachelor in Earth & Environment telah menerima penganugerahan James B. Angell Scholar Award dalam Majlis Konvokesyen Ke-100 University of Michigan. Kecemerlangan beliau yang memperoleh A dalam semua subjek bagi 2 semester berturut-turut. Beliau juga berjaya mencatatkan GPA 3.50 dan ke atas untuk semester 2 iaitu Fall 2021, Winter 2022 dan Fall 2022 turut diberikan anugerah University Of Honours. Kelebihan Haleef Adam lebih menyerlah apabila fasih berbahasa Sepanyol serta mempunyai matlamat tinggi untuk menjadi pakar geologi terutama dalam industri geothermal energy, oil dan gas. Semoga kejayaan seperti ini memberi inspirasi kepada anak-anak Bumiputera khususnya pelajar tajaan MARA yang sedang belajar untuk terus melakar kejayaan di persada dunia. MUHAMMAD HALEEF ADAM TERIMA ANUGERAH SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-100 UNIVERSITY OF MICHIGAN TAHNIAH DAN SYABAS Pelajar & Alumni MRSM Gemencheh atas kejayaan dalam Majlis Tilawah & Hafazan Peringkat Negeri Melaka 2023 Johan : Muhammad Faris bin Noor Faizal (Alumni MRSM Gemencheh ) Kategori Hafazan 1 hingga 20 Juzuk Naib Johan: Adif Hawari bin Azmi (Pelajar Tingkatan 3) Kategori Hafazan 1 hingga 10 Juzuk


112 e-KOMPILASI MAC 2023 TAHNIAH DAN SYABAS Muhammad Aqiel Asyraf Bin Jusoh dari University of New South Wales, Sydney, Australia telah menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan mekanikal dengan kelas pertama dibawah Program World Top University (WTU). Pelajar yang berasal dari Dungun, Terengganu ini merupakan pelajar Malaysia pertama yang telah ditawarkan untuk menyertai Syarikat Kellogg Brown & Root (KBR, Inc) yang merupakan syarikat beribu pejabat di Amerika Syarikat dan berteraskan kepada kejuruteraan, sains dan teknologi. KUALA LUMPUR, 28 Mac 2023 - Satu Taklimat keselamatan bertajuk “Pelepasan Diri Semasa Kecemasan” telah diadakan di Institut Kemahiran MARA Kuala Lumpur sempena Sambutan Hari MARA yang ke-57 baru-baru ini. Kursus yang memberi pendedahan berkenaan prosedur pelepasan diri ketika berlaku sebarang kecemasan semasa berada di bangunan tinggi dan di rumah ini, dihadiri oleh lebih 50 peserta dari beberapa bahagian di ibu pejabat termasuk pusatpusat pentadbiran MARA berhampiran. Selain itu, kursus ini memberi tumpuan terhadap aspek mengenalpasti kawasan yang selamat untuk melepaskan diri dan cara menangani kebakaran kecil dengan menggunakan alat pemadam api (APA). TAKLIMAT KESELAMATAN KURANGKAN RISIKO KETIKA BERLAKU KECEMASAN


e-KOMPILASI MAC 2023 113 TAHNIAH DAN SYABAS Muhammad Aqiel Asyraf Bin Jusoh dari University of New South Wales, Sydney, Australia telah menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan mekanikal dengan kelas pertama dibawah Program World Top University (WTU). Pelajar yang berasal dari Dungun, Terengganu ini merupakan pelajar Malaysia pertama yang telah ditawarkan untuk menyertai Syarikat Kellogg Brown & Root (KBR, Inc) yang merupakan syarikat beribu pejabat di Amerika Syarikat dan berteraskan kepada kejuruteraan, sains dan teknologi.


114 e-KOMPILASI MAC 2023 Warga kerja MARA mengucapkan syabas dan tahniah kepada YBhg. Dato’ Seri Hasan bin Malek di atas pelantikan sebagai Ahli Majlis MARA yang baharu berkuatkuasa hari ini. Semoga YBhg. Dato’ Seri dapat bersama-sama MARA meneruskan agenda memperkasa serta mengekalkan kemampanan ekonomi masyarakat Bumiputera. TAHNIAH DAN SYABAS Seluruh warga MARA mengucapkan syabas dan tahniah kepada Muhammad Fahmi bin Bukhari (alumni MRSM Gemencheh) atas kejayaan yang membanggakan kerana telah dinobatkan sebagai Johan (Kategori Hafazan 1 hingga 30 Juzuk) dalam Majlis Tilawah & Hafazan Peringkat Wilayah Persekutuan 2023. Semoga dengan kejayaan ini memberi inspirasi buat anak-anak MRSM untuk menjaga kalamullah yang mulia. MARA akan terus melahirkan hufaz teknokrat terbilang yang akan menjadi kebanggaan negara.


e-KOMPILASI MAC 2023 115 Warga kerja MARA mengucapkan syabas dan tahniah kepada YBhg. Dato’ Seri Hasan bin Malek di atas pelantikan sebagai Ahli Majlis MARA yang baharu berkuatkuasa hari ini. Semoga YBhg. Dato’ Seri dapat bersama-sama MARA meneruskan agenda memperkasa serta mengekalkan kemampanan ekonomi masyarakat Bumiputera. TAHNIAH DAN SYABAS Seluruh warga MARA mengucapkan syabas dan tahniah kepada Muhammad Fahmi bin Bukhari (alumni MRSM Gemencheh) atas kejayaan yang membanggakan kerana telah dinobatkan sebagai Johan (Kategori Hafazan 1 hingga 30 Juzuk) dalam Majlis Tilawah & Hafazan Peringkat Wilayah Persekutuan 2023. Semoga dengan kejayaan ini memberi inspirasi buat anak-anak MRSM untuk menjaga kalamullah yang mulia. MARA akan terus melahirkan hufaz teknokrat terbilang yang akan menjadi kebanggaan negara.


116 e-KOMPILASI MAC 2023 MARA merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan Cikgu Ajar @ Siti Ajar binti Yasin sebagai Ahli Majlis MARA berkuatkuasa 27 Mac 2023. Warga MARA akan sentiasa memberi kerjasama dalam melaksanakan inisiatif membangun dan memajukan kesejahteraan masyarakat Bumiputera terutamanya di luar bandar.


e-KOMPILASI MAC 2023 117 ADVERTORIAL MARA merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan Cikgu Ajar @ Siti Ajar binti Yasin sebagai Ahli Majlis MARA berkuatkuasa 27 Mac 2023. Warga MARA akan sentiasa memberi kerjasama dalam melaksanakan inisiatif membangun dan memajukan kesejahteraan masyarakat Bumiputera terutamanya di luar bandar.


118 e-KOMPILASI MAC 2023 18 Sabtu, 4 Mac 2023 Sabtu, 4 Mac 2023 19 Nasional Kuala Lumpur: Majlis Amanah Rakyat (MARA) komited dalam meningkatkan pembabitan, kapasiti dan keupayaan usahawan Bumiputera melalui penyediaan ekosistem keusahawanan halal yang lengkap bagi menyokong usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab halal global. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau yakin strategi dan pelaksanaan program yang dirancang oleh MARA di bawah pembangunan industri halal itu membuka peluang luas untuk dimanfaatkan usahawan Bumiputera. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata MARA mempunyai ekosistem keusahawanan halal yang lengkap dan akan diperkukuh bagi melahirkan usahawan Bumiputera yang berdaya saing dalam merebut peluang pasaran halal global lebih besar. Katanya, ia bermula dengan penubuhan Inkubator Teknologi Makanan (INTEM) di Kepong, iaitu sebuah Pusat Latihan Pengilangan Industrial Cluster berasaskan makanan yang mana peserta akan terbabit secara amali dalam aktiviti pengilangan, bermula daripada bahan mentah untuk pemprosesan hingga peringkat produk s i ap. INTEM turut menyediakan perkhidmatan sokongan produk bermula dari teknik pengeluaran hingga pemasaran produk. “Selain itu, MARA juga mempunyai 122 lot kilang di MARA Halal Industrial Park (MHI Park) Kuala Lumpur, Tambun, Kuala Perlis, Demak Laut dan Pengkalan Che pa. “Daripada jumlah itu 91 peratus sudah disewakan kepada usahawan yang majoritinya terbabit dalam sektor pembuatan makanan dan minuman,” k at a nya . Lot di MHI Park ini dilengkapi kemudahan kilang merangkumi spesifikasi pensijilan dan pengiktirafan berkaitan seperti Amalan Pengilangan yang Baik (GMP), Analisa Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) dan Pensijilan Halal sebagai persediaan untuk ke pasaran tempatan dan global. Ahmad Zahid berkata, dalam memperkukuh keupayaan dan kemampuan usahawan dalam industri ini, MARA turut menyediakan pembiayaan perniagaan dalam pelbagai skim. “Tahun lalu, MARA sudah menyalurkan pembiayaan dalam industri halal berjumlah RM36.69 juta yang memberi manfaat kepada 663 usahawan. “Selain itu, MARA turut memberi fokus kepada pembangunan standard dan pensijilan halal. Malah, bagi membantu meningkatkan standardisasi, produktiviti dan transformasi syarikat, tahun lalu, sebanyak 479 permohonan syarikat/usahawan untuk mendapatkan pensijilan Halal, HACCP dan GMP diluluskan di bawah program Program Pensijilan Usahawan MARA - Business Enrichment, Standardization and Transformation (BEST) dengan jumlah perbelanjaan RM4.6 juta. “Pensijilan ini adalah bagi melengkapkan usahawan untuk bersedia menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa,” k at a nya . Bumiputera berpengetahuan Katanya, dalam meningkatkan pembangunan bakat halal, MARA melalui sistem pendidikan dan latihan memperkasakan pelbagai modul bagi melahirkan lebih banyak Bumiputera berpengetahuan dalam pelbagai bidang berkaitan halal. Universiti Kuala Lumpur Malaysia Institute of Chemical and Bioengineering Technology (UniKL MICET), Melaka dilantik dan diiktiraf oleh Halal Profesional Board (HPB) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai Penyedia Latihan Halal (PLH). Setakat Februari 2023, UniKL mempunyai tujuh tenaga pengajar halal yang masih berkhidmat dan seorang koordinator halal. “Sejak dilaksanakan, 252 peserta sudah menyertai program ini. Malah, MARA turut melahirkan 20 Eksekutif Halal dalam kalangan pegawai MARA tahun lalu. “Dalam menyokong usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab halal global, MARA, rantaian bekalan halal seperti sistem pengedaran atau logistik dan gudang penyimpanan yang mengutamakan ciri-ciri Halal turut diberikan tumpuan. “MARA turut memperkemas ekosistem keusahawanan halal dengan menyediakan platfom pemasaran produk usahawan di bawah bimbingannya melalui Program Pembangunan Peruncitan Halal Mart (HALMART),” k at a nya . Menggunakan konsep padanan perniagaan, pengeluar produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan memasarkan produk di rangkaian Halal Mart terpilih. Melalui program ini, bukan hanya PKS yang akan mendapat bimbingan dalam meningkatkan kualiti produk, malah pengusaha Halal Mart turut diperkasa melalui kemudahan keusahawanan berkaitan dalam meningkatkan kapasiti perniagaan masing-masing. Sejak dilancarkan tahun lalu, seramai 100 usahawan berjaya memasarkan produk di 14 Halal Mart membabitkan 256 stock keeping unit (SKU). Ahmad Zahid berkata, bagi akses ke pasaran global, MARA melalui Program Gate To Global (GTG) berjaya menembusi pasaran di lebih daripada 23 negara membabitkan 56 usahawan. Katanya, bagi memaksimumkan pendedahan jenama produk dan capaian pelanggan dengan lebih pantas, akses pasaran ini turut dikembangkan melalui platform online menerusi program Jananiaga bersama Shopee serta Desamall. Penjenamaan semula Halal Park MARA Melalui program pembangunan industri Halal yang dibangunkan MARA, tahun lalu, seramai 12,500 usahawan menerima manfaat kemudahan keusahawanan melalui latihan, geran peningkatan, pembiayaan perniagaan dan penyewaan premis. Usahawan ini berjaya menjana jualan tahunan lebih RM2 bilion dan mewujudkan lebih 15,000 peluang pekerjaan “MARA sentiasa komited menerokai dan memperluaskan akses pasaran produk halal bagi membantu usahawan Bumiputera menghadapi situasi ekonomi tidak menentu ketika ini,” k at a nya . MARA pada 28 Februari lalu melancarkan penjenamaan semula semua Halal Park di bawahnya, termasuk Kompleks Industri Makanan MARA (KIMAR) di bawah jenama MARA Halal Industrial Park (MHI Park). Penjenamaan ini selaras dengan fungsi dan peranannya sebagai penyedia ‘Ekosistem Keusahawanan Halal’ yang lengkap. MARA secara berterusan akan berusaha memantapkan kapasiti agensi agar dapat merealisasikan transformasi di semua MHI Park miliknya, termasuk membantu meningkatkan produktiviti dan jualan dalam usaha mengembangkan produk dan industri halal dalam kalangan usahawan Bumiputera. MARA sedia ekosistem keusahawanan halal tingkat kapasiti usahawan Strategi, pelaksanaan program buka peluang luas untuk dimanfaat Ruang pameran dan premis untuk usahawan yang disediakan di MHI Park Kuala Lumpur dikendalikan oleh Desamall. Proses pengeluaran di MHI Park. Proses pembungkusan di MHI Park. Nasional Ahmad Zahid melihat proses membuat makanan sejuk beku di kilang Fatihah Frozen Food ketika mengadakan lawatan di Kompleks Industri Makanan MARA, Batu Caves. (Foto Fathil Asri/BH)


e-KOMPILASI MAC 2023 119 18 Sabtu, 4 Mac 2023 Sabtu, 4 Mac 2023 19 Nasional Kuala Lumpur: Majlis Amanah Rakyat (MARA) komited dalam meningkatkan pembabitan, kapasiti dan keupayaan usahawan Bumiputera melalui penyediaan ekosistem keusahawanan halal yang lengkap bagi menyokong usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab halal global. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau yakin strategi dan pelaksanaan program yang dirancang oleh MARA di bawah pembangunan industri halal itu membuka peluang luas untuk dimanfaatkan usahawan Bumiputera. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata MARA mempunyai ekosistem keusahawanan halal yang lengkap dan akan diperkukuh bagi melahirkan usahawan Bumiputera yang berdaya saing dalam merebut peluang pasaran halal global lebih besar. Katanya, ia bermula dengan penubuhan Inkubator Teknologi Makanan (INTEM) di Kepong, iaitu sebuah Pusat Latihan Pengilangan Industrial Cluster berasaskan makanan yang mana peserta akan terbabit secara amali dalam aktiviti pengilangan, bermula daripada bahan mentah untuk pemprosesan hingga peringkat produk s i ap. INTEM turut menyediakan perkhidmatan sokongan produk bermula dari teknik pengeluaran hingga pemasaran produk. “Selain itu, MARA juga mempunyai 122 lot kilang di MARA Halal Industrial Park (MHI Park) Kuala Lumpur, Tambun, Kuala Perlis, Demak Laut dan Pengkalan Che pa. “Daripada jumlah itu 91 peratus sudah disewakan kepada usahawan yang majoritinya terbabit dalam sektor pembuatan makanan dan minuman,” k at a nya . Lot di MHI Park ini dilengkapi kemudahan kilang merangkumi spesifikasi pensijilan dan pengiktirafan berkaitan seperti Amalan Pengilangan yang Baik (GMP), Analisa Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) dan Pensijilan Halal sebagai persediaan untuk ke pasaran tempatan dan global. Ahmad Zahid berkata, dalam memperkukuh keupayaan dan kemampuan usahawan dalam industri ini, MARA turut menyediakan pembiayaan perniagaan dalam pelbagai skim. “Tahun lalu, MARA sudah menyalurkan pembiayaan dalam industri halal berjumlah RM36.69 juta yang memberi manfaat kepada 663 usahawan. “Selain itu, MARA turut memberi fokus kepada pembangunan standard dan pensijilan halal. Malah, bagi membantu meningkatkan standardisasi, produktiviti dan transformasi syarikat, tahun lalu, sebanyak 479 permohonan syarikat/usahawan untuk mendapatkan pensijilan Halal, HACCP dan GMP diluluskan di bawah program Program Pensijilan Usahawan MARA - Business Enrichment, Standardization and Transformation (BEST) dengan jumlah perbelanjaan RM4.6 juta. “Pensijilan ini adalah bagi melengkapkan usahawan untuk bersedia menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa,” k at a nya . Bumiputera berpengetahuan Katanya, dalam meningkatkan pembangunan bakat halal, MARA melalui sistem pendidikan dan latihan memperkasakan pelbagai modul bagi melahirkan lebih banyak Bumiputera berpengetahuan dalam pelbagai bidang berkaitan halal. Universiti Kuala Lumpur Malaysia Institute of Chemical and Bioengineering Technology (UniKL MICET), Melaka dilantik dan diiktiraf oleh Halal Profesional Board (HPB) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai Penyedia Latihan Halal (PLH). Setakat Februari 2023, UniKL mempunyai tujuh tenaga pengajar halal yang masih berkhidmat dan seorang koordinator halal. “Sejak dilaksanakan, 252 peserta sudah menyertai program ini. Malah, MARA turut melahirkan 20 Eksekutif Halal dalam kalangan pegawai MARA tahun lalu. “Dalam menyokong usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab halal global, MARA, rantaian bekalan halal seperti sistem pengedaran atau logistik dan gudang penyimpanan yang mengutamakan ciri-ciri Halal turut diberikan tumpuan. “MARA turut memperkemas ekosistem keusahawanan halal dengan menyediakan platfom pemasaran produk usahawan di bawah bimbingannya melalui Program Pembangunan Peruncitan Halal Mart (HALMART),” k at a nya . Menggunakan konsep padanan perniagaan, pengeluar produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan memasarkan produk di rangkaian Halal Mart terpilih. Melalui program ini, bukan hanya PKS yang akan mendapat bimbingan dalam meningkatkan kualiti produk, malah pengusaha Halal Mart turut diperkasa melalui kemudahan keusahawanan berkaitan dalam meningkatkan kapasiti perniagaan masing-masing. Sejak dilancarkan tahun lalu, seramai 100 usahawan berjaya memasarkan produk di 14 Halal Mart membabitkan 256 stock keeping unit (SKU). Ahmad Zahid berkata, bagi akses ke pasaran global, MARA melalui Program Gate To Global (GTG) berjaya menembusi pasaran di lebih daripada 23 negara membabitkan 56 usahawan. Katanya, bagi memaksimumkan pendedahan jenama produk dan capaian pelanggan dengan lebih pantas, akses pasaran ini turut dikembangkan melalui platform online menerusi program Jananiaga bersama Shopee serta Desamall. Penjenamaan semula Halal Park MARA Melalui program pembangunan industri Halal yang dibangunkan MARA, tahun lalu, seramai 12,500 usahawan menerima manfaat kemudahan keusahawanan melalui latihan, geran peningkatan, pembiayaan perniagaan dan penyewaan premis. Usahawan ini berjaya menjana jualan tahunan lebih RM2 bilion dan mewujudkan lebih 15,000 peluang pekerjaan “MARA sentiasa komited menerokai dan memperluaskan akses pasaran produk halal bagi membantu usahawan Bumiputera menghadapi situasi ekonomi tidak menentu ketika ini,” k at a nya . MARA pada 28 Februari lalu melancarkan penjenamaan semula semua Halal Park di bawahnya, termasuk Kompleks Industri Makanan MARA (KIMAR) di bawah jenama MARA Halal Industrial Park (MHI Park). Penjenamaan ini selaras dengan fungsi dan peranannya sebagai penyedia ‘Ekosistem Keusahawanan Halal’ yang lengkap. MARA secara berterusan akan berusaha memantapkan kapasiti agensi agar dapat merealisasikan transformasi di semua MHI Park miliknya, termasuk membantu meningkatkan produktiviti dan jualan dalam usaha mengembangkan produk dan industri halal dalam kalangan usahawan Bumiputera. MARA sedia ekosistem keusahawanan halal tingkat kapasiti usahawan Strategi, pelaksanaan program buka peluang luas untuk dimanfaat Ruang pameran dan premis untuk usahawan yang disediakan di MHI Park Kuala Lumpur dikendalikan oleh Desamall. Proses pengeluaran di MHI Park. Proses pembungkusan di MHI Park. Nasional Ahmad Zahid melihat proses membuat makanan sejuk beku di kilang Fatihah Frozen Food ketika mengadakan lawatan di Kompleks Industri Makanan MARA, Batu Caves. (Foto Fathil Asri/BH)


120 e-KOMPILASI MAC 2023 16 www . h m e tro . co m . my @ h m e tro my H ar i an M e tro @ h m e tro my Ju m a at 1 0.0 3.202 3 Harian Metro ‘‘ Disebabkan sudah terbiasa menggunakan mesin yang ada dan persekitaran industri yang lebih kurang sama dengan KKTM, semasa melakukan latihan industri ia memudahkan proses ‘p e m b e l a j a ra n sambil bekerja” Hood Haqqi l ok a l Oleh Suliati Asri s u l i a t i @ h m e t ro.c om . m y Kuala Lumpur Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi sektor pendidikannya berperanan penting menyumbang kepada sumber tenaga manusia negara yang bersifat holistik khususnya dalam bidang Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan profesional . Kurikulum pendidikan Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang mempunyai 25 buah institusi teknikal MARA iaitu 14 Institut Kemahiran MARA (IKM), 10 Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), sebuah MARA Japan Industrial Institute (MJII) dan enam (6) Kolej Profesional MARA (KPM) menjadi wadah latihan kemahiran dan profesionalisme seiring dengan perubahan teknologi industri. Sehingga kini, IPMA sudah melahirkan 213,278 graduan yang merangkumi 180,924 graduan TVET dan 32,354 graduan profesional dan separa profesional. Keupayaan dan kebolehan graduan turut dipacu bersama industri serta badan profesional bagi memberi pengiktirafan mengikut bidang kepada graduan seperti kolaborasi KPM bersama Association of Chartered Certified Accountants ( AC C A ), Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW), Chartered Institute of Logistics and Transport (CILT), Chartered Institute of Ma r k et i n g (CIM), Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan banyak lagi. Peningkatan kemahiran graduan TVET diperkasakan lagi melalui peranan (Industry Center of Excell en ce - ICOE) yang dilaksana - kan oleh MARA untuk menguasai pengajian berteknologi tinggi kepada graduan. MARA turut mengambil inisiatif jaminan peluang pekerjaan dengan memper - kasakan program latihan kemahiran kepada pelatih di bawah En - suring Employability Programme (EEP) menerusi tiga program iaitu Graduate Employability Training Scheme (GETS), Industry Boot Camp (IBC) dan dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana Kerjaya MARA). Langkah itu juga secara tidak langsung menjadikan graduan IPMA memenuhi kehendak industri. Graduan Diploma Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Pembuatan) KKTM Kuantan, Hood Haqqi Mohd Adzlan, 22, berkata, modul pembelajaran yang dilaksanakan di KKTM membabitkan 70 peratus praktikal dan 30 peratus teori. Menurutnya, kemudahan mesin-mesin disediakan di bengkel KKTM adalah terkini, sekali gus membuatkan dirinya tidak kekok untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari di lapangan. “Di KKTM, kami banyak didedahkan dengan latihan amali berbanding teori selain mesin yang digunakan adalah berteknologi baru seperti mana yang digunakan oleh pihak industri. “Disebabkan sudah terbiasa menggunakan mesin yang ada dan persekitaran industri yang lebih kurang sama dengan KKTM, semasa melakukan latihan industri ia memudahkan proses ‘pembelajaran sambil bekerj a’,” katanya ketika ditemui pada majlis Graduan IPMA 2023, baru-baru ini. Graduan IPMA penuhi ke he n d a k industri Sektor pendidikan MARA terbukti sumbang sumber tenaga manusia bersifat holistik dalam bidang TVET dan profesional TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan Anugerah Graduan Terbaik kepada Hood Haqqi di Majlis Konvokesyen Perdana IPMA 2023 di Dewan Merdeka, WTCKL. - Gambar NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN Sehingga kini, IPMA sudah m e l a h i r kan 213,278 graduan LIHAT MUKA 17


e-KOMPILASI MAC 2023 121 Harian Metro Ju m a at 1 0.0 3.202 3 @ h m e tro my H ar i an M e tro @ h m e tro my www . h m e tro . co m . my 17 Pada majlis itu, Hood Haqqi dianugerahkan sebagai Graduan Cemerlang TVET dan turut menerima tawaran biasiswa melanjutkan pengajian di Jerman pada hujung tahun ini. Hood Haqqi berkata, dia sama sekali tidak menyangka akan menjadi graduan terbaik dan diberi peluang menyambung pengajian di luar negara. “Cita-cita saya adalah ingin menjadi guru namun tidak kesampaian kerana keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak memenuhi kelayakan mengambil kos pendidikan. “Jadi, saya ambil TVET. Saya sangat tidak menyangka akan sampai ke tahap ini. Oleh itu, bagi rakan-rakan atau sesiapa saja yang masih tercari-cari hala tuju, ambillah bidang TVET yang ditawarkan di IPMA. “Selain menyediakan modul dan kemudahan yang seiring dengan industri, IPMA juga mempunyai banyak jalinan kerjasama yang pastinya memberikan banyak peluang kepada graduann y a ,” katanya. Bagi penerima Anugerah Khas Badan Profesional dari Institute Chartered of Accountants In England and Wales (ICAEW), Ahlam Syah Burhan, 21, berkata, Program Certificate of Finance, Accounting and Business (CFAB) yang diikuti itu sangat mencabar kerana ia mengikuti silibus dan undang-undang di United K i n gd om . Menurutnya, kebanyakan mereka yang mengambil ICAEW ini sudah mempunyai diploma atau sarjana muda berbanding dirinya dan juga rakan-rakan yang bermula dengan SPM saja. “Sepanjang tempoh pengajian, saya bersama rakan-rakan perlu bekerja keras dan bersyukur kerana tenaga pengajar di KPM yang berpengalaman banyak membantu. “Dari segi modul pula, sudah semestinya semua ilmu yang dipelajari dapat diaplikasikan bukan saja semasa membuat latihan industri semata tetapi juga di dalam ker j ay a . “Walaupun masih ada sedikit kelainan tapi asas itu ada. Jadi, mudah sedikit untuk memahami setiap proses yang dilakukan semasa latihan industri,” katanya. Ahlam Syah sangat menggalakkan graduan atau anak muda untuk menyertai Ipma kerana MARA adalah satu institusi yang sangat menjaga kebajikan dan membantu pelajarnya. “Saya tidak akan mampu untuk menyambung pengajian tetapi MARA menawarkan biasiswa untuk saya mengambil bidang ini. “Oleh itu, ini satu peluang yang Bumiputera perlu garap dan tidak mensia-siakannya kerana bukan semua orang dapat menyertai IPMA ini. Ia terpilih,” katanya. Sementara itu, Pengarah Urusan 3D Gens Sdn Bhd Dr Azhar Aziz berkata, kemahiran graduan IPMA mengendalikan mesin-mesin terbaru antara sebab syarikatnya tidak hanya mengambil pelajar untuk latihan industri, tetapi terus diserap sebagai pekerja. Menurutnya, IPMA terutama KKTM Kuantan misalnya selain modul pembelajaran yang sangat diperlukan industri kebanyakan mesin yang digunakan mereka adalah berteknologi canggih dan terkini. “Operasi syarikat kami banyak menggunakan teknologi pencetakan tiga deminsi (3D) yang terkini. “Jadi, apabila mereka sudah terbiasa dengan mesin yang digunakan di industri, ia bukan saja memudahkan pelajar tetapi juga kepada kami, pihak industri,” kata - nya. Dr Izhar berkata, sebagai pemain industri yang sudah menjalinkan kolaborasi bersama MARA sejak 2019, kerjasama erat antara industri dan institusi pengajian sangat perlu. “KKTM menyediakan mesin yang relevan dan terbaharu yang diperlukan oleh industri. Industri pula sentiasa memberi input terkini. “Jadi dengan adanya kerjasama dua hala ini, ia dapat wujudnya pusat pengajian yang sangat diperlukan oleh industri terutama industri IR4 .0,” katanya. Katanya, pihaknya juga akan berkolaborasi dengan IPMA khususnya KKTM Kuantan untuk sama-sama membangunkan modul terbaru dan juga dalam usahasama untuk menaik taraf kemahiran tenaga pengaj a r. “Kerjasama ini sangat baik kerana kami pihak industri bukan saja dapat memahami KKTM dan tenaga pengajar, tetapi juga memahami keperluan pelajar,” katanya yang berharap lebih ramai lagi belia menyertai TVET. DARI MUKA 16 Apabila mereka “ terbiasa dengan mesin digunakan di industri, ia bukan saja mudahkan pelajar tetapi juga kami, pihak industri Dr Azhar KURIKULUM pendidikan IPMA menjadi wadah latihan kemahiran dan profesionalisme seiring dengan perubahan teknologi industri. AHLAM Syah menjadi penerima Anugerah Khas Badan Profesional dari ICAEW. STATISTIK GRADUAN IPMA 2022 INFOGRAFIK Jumlah Keseluruhan Graduan Jumlah graduan bagi Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), dan MARA Japan Industrial Institute (MJII) 9,313 Jumlah graduan Kolej Profesional MARA (KPM) 2,829 12,142 graduan Kebolehpasaran pelajar KKTM, MJII dan IKM Kebolehpasaran pelajar KPM 92% 90%


122 e-KOMPILASI MAC 2023 8 www . h m e tro . co m . my @ h m e tro my H ar i an M e tro @ h m e tro my Khami s 1 6.0 3.202 3 Harian Metro l ok a l Oleh Hafiz Ithnin hafizithnin@mediapri - m a .c om . m y Kuala Lumpur Kolej Universiti Poly-Tech Mara Kuala Lumpur (KUPTM) melakar sejarah baharu apabila diiktiraf sebagai universiti penuh dan kini dikenali sebagai Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM). Pengiktirafan itu diterima pada 6 Januari lalu daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), sekali gus menjadi sebagai sebuah institusi pendidikan Mara kedua bertaraf universiti penuh. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata, pengiktirafan itu akan memacu UPTM ke arah membangunkan modal insan yang mahir dan profesional terutama dalam bidang perniagaan, perakaunan, pendidikan dan teknologi maklumat . “UPTM menawarkan program pengajian berkualiti yang mendapat permintaan tinggi dan sentiasa relevan dengan keperluan industri. “Kini UPTM menawarkan program akademik dari peringkat asasi hingga peringkat Doktor Falsafah dan menawarkan 28 program akademik iaitu dua program Ijazah Doktor Falsafah, lima program Ijazah Sarjana, 12 program Ijazah Sarjana Muda, dua program perakaunan profesional, empat program Diploma dan tiga program asasi,” katanya di majlis Pemasyhuran UPTM di sini, baru-baru ini. Turut hadir, Pengerusi Mara Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pengarah Mara Datuk Seri Azhar Abdul Manaf, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mara Corporation Datuk Julainie Mohd Salleh dan Naib Canselor UPTM Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman. Sementara itu, Prof Dr Abdul Rahim berkata, dalam tempoh lima tahun UPTM melihat penyelidikan menjadi asas penting terutama membabitkan pembangunan komuniti serta inovasi sosial terutama di luar band a r. “Dalam tempoh lima tahun ini juga kami memberi tumpuan kepada kebolehpasaran graduan. “Tahun lalu, kebolehpasaran graduan UPTM 86 peratus. Tahun ini meningkat 90 peratus. “Kami sasarkan dapat mencapai 95 peratus pada tahun depan atau 2025. Kebolehpasaran graduan ini tidak mudah kerana kita perlu memastikan pelajar diterima di pasaran menerusi program akademik yang rel e v a n ,” katanya. Jelasnya lagi, fokus program di UPTM adalah program perakaunan dan profesional yang sudah bertapak lebih 10 tahun dan meraih anugerah emas. UPTM juga ingin membina program profesional perakaunan kerana Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) sudah lebih sepuluh tahun dan kini bertaraf gold. “Kami ingin tingkatkan penarafan ACCA ini ke platinum dan ia memerlukan penambahbaikan dari segi kemudahan dan pengambilan pelajar,” katanya. Katanya, UPTM juga berhasrat untuk menarik minat pelajar antarabangsa bagi melanjutkan pelajaran bukan sahaja dalam bidang sarjana muda, malah Sarjana dan Doktor Falsafah terutama dari rantau Asean. “Ia sejajar dengan syarat ditetapkan KPT supaya universiti yang berdaftar mempunyai sekurang-kurangnya 10 peratus pelajar asing. “Kami menyasarkan dalam tempoh satu hingga lima tahun ini,” katanya. Tambahan, UPTM buat kali pertama mengambil pensyarah antarabangsa dan universiti itu sudah pun merekrut tenaga pengajar profesional berkenaan. Pada majlis sama, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPTM Nur Najwa Mohd Shaipudin berkata, dia berasa bangga dengan pencapaian UPTM memandangkan proses menaik taraf status dari kolej ke universiti bukan perkara yang mudah dan mengambil masa singkat. “Saya juga bersyukur kerana dapat melanjutkan pengajian di sini dan ia keputusan yang tepat bersesuaian kredibiliti pensyarah, pihak pengurusan dan kemudahan universiti amat b a i k ,” katanya. Lakar sejarah baharu apabila diiktiraf sebagai universiti penuh pada Januari lalu “ “ Kami ingin ti n g ka t ka n penarafan ACCA ini ke platinum Dr Abdul Rahim Kre d i b i l i ti p e n sya ra h , p e n g u r u sa n dan kemudahan amat baik Nur Najwa RUBIAH yang mewakili Timbalan Perdana Menteri melancarkan logo baharu UPTM sambil disaksikan tetamu kehormat pada majlis Pemasyhuran UPTM di Hotel Pre m i e ra , Kuala Lumpur. - Gambar NSTP/AIZUDDIN SAAD KUPTM kini dikenali UPTM


e-KOMPILASI MAC 2023 123 www.fb.com/majlisamanahrakyat www.instagram.com/majlisamanahrakyat www.twitter.com/maragov www.youtube.com/c/mupdates t.me/majlisamanahrakyat www.tiktok.com/@majlisamanahrakyat


Click to View FlipBook Version