The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI JULAI 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Majlis Amanah Rakyat, 2023-08-11 04:15:44

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI JULAI 2023

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI JULAI 2023

MAJLIS AMANAH RAKYAT EDISI JULAI 2023 MEDIA SOSIAL & ADVERTORIAL e-KOMPILASI


PENERBIT EKSEKUTIF Adham Hatta Ab. Samad Pengarah PENERBIT Abdul Fareas Noew Hanzah Timbalan Pengarah EKSEKUTIF EDITOR Haryati Husin Muhd Fadhly Hamzah EDITOR Muhammad Akmal Mohamad Azlan Azilawati Mat Amin Zahemi Azul Islami Syamimi Kamarul Zaman Raja Elyna Zurin Raja Azli KREATIF Ernie Yusnida Mohamed Yunus Muhd Fadhly Hamzah JURUFOTO Mohd Irwan Shah bin Ahmad Norsuhaimie Musa Muhammad Akmal Syafiq Ahmad Tarmizi Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif TEKNIKAL & HEBAHAN Azrina Abdul Aziz Natrah On Puteri Khairul Anieza Che Kamarudin TENAGA SOKONGAN Warga Kerja BKOM Sidang Editor e-KOMPILASI berhak meminda mengubah dan menggarap manuskrip yang dihantar agar bersesuaian dengan garis panduan yang ditetapkan dan tidak mengubah isi asalnya. Semua manuskrip ini boleh digunapakai oleh pihak yang diberi kebenaran untuk masa-masa akan datang. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan atau komentar, surat-menyurat, rencana dan ulasan ke meja sidang Redaksi atau email ke: [email protected] Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan kepada: Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Tingkat 23, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur Tel: 03-2613 4600 Faks: 03-2692 7386 Emel: [email protected] Hak cipta terpelihara. PENERBIT : BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT MARA MAJLIS AMANAH RAKYAT Edisi Julai 2023 e-KOMPILASI KUNJUNGAN HORMAT DAN RAMAH MESRA 26 JEMAAH HAJI MARA KE MAKKAH


Makkah, 7 Julai 2023 - Sesi kunjungan hormat dan ramah mesra Jemaah Haji (JH) MARA bersama Ketua Rombongan Haji (KRH) Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman Al- Mufadhal telah berlangsung pada 6 Julai 2023 di Abraj AlJanadriyah (Ibu Pejabat Operasi Tabung Haji(TH) Makkah). Seramai 26 orang JH MARA yang terdiri daripada pesara, ahli pengurusan dari Ibu Pejabat dan Pejabat MARA Negeri, warga kerja dari pelbagai pusat MARA hadir bersama pasangan masing-masing menunaikan haji yang pastinya memberikan pengalaman luar biasa di kalangan jemaah haji disana. KUNJUNGAN HORMAT DAN RAMAH MESRA 26 JEMAAH HAJI MARA KE MAKKAH Dalam sesi kunjungan hormat dan ramah Mesra itu, YBhg. Dato’ Sri Syed Saleh yang juga Ikon Kejayaan Sistem Pendidikan MARA (ANSARA Kuantan) turut berkongsi perjalanan operasi haji musim 1444H selain mendengar pelbagai pandangan serta cadangan, termasuk kerjasama di antara MARA dan TH bagi penambahbaikan operasi haji pada musim-musim akan datang. Semoga semua Jemaah Haji MARA diberikan kesihatan yang baik dan dilindungi dalam setiap langkah mereka menunaikan rukun haji.


Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA, Puan Rohayah Binti Mohd Zain telah mengadakan walkabout ke Konvensyen Inovasi Sosial (KIS) 2023 semalam yang berlangsung di Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur. Seramai 33 pempamer telah menyertai Konvensyen yang berlangsung selama 3 hari bermula 4 Julai hingga 6 Julai 2023. Konvensyen Inovasi Sosial (KIS) 2023 dijalankan bagi mempromosikan Inisiatif MyIS dengan lebih meluas kepada inovatorinovator seluruh Malaysia, menggalakkan lebih ramai penyertaan pemegang taruh secara quadruple helix sebagai agen inovasi sosial dan mengiktiraf inovator sosial di Malaysia dalam penghasilan inovasi SOROTAN WALKABOUT TIMBALAN KETUA PENGARAH KHIDMAT PENGURUSAN MARA KE KONVENSYEN INOVASI SOSIAL 2023 (KIS) tempatan yang berasaskan Sains, Teknologi dan Ekonomi (STIE). Beliau turut diiringi Pengarah Bahagian Sumber Manusia, Encik Mohd Salleh Bin Abdullah, Pengarah Infrastruktur Komersial, Encik Zahari Bin Aziz dan ahli Pengurusan MARA yang lain.


SOROTAN WALKABOUT TIMBALAN KETUA PENGARAH KHIDMAT PENGURUSAN MARA KE KONVENSYEN INOVASI SOSIAL 2023 (KIS)


Pensyarah dan pelajar Institut Kemahiran MARA (IKMJB) yang telah memenangi pingat emas (Best Award) dan pingat perak di Pertandingan International Innovation ARSVOT Malaysia (IAM2023). Majlis pengumuman pemenang telah berlangsung pada 24 dan 25 Jun 2023 secara hybrid (online dan fizikal) di Corus Hotel Kuala Lumpur. Pingat emas & Best Award Nama Projek: Electro Egg Sorting 1. Norhatini binti Ibrahim 2. Syarifah binti Abdul Rahim 3. Mohamed Aiman bin Mohamed Zamri 4. Aiman Harith bin Mohd Azmi SYABAS DAN TAHNIAH Pingat perak Nama Projek: Motorcycle Recorder with App System 1. Tc. Muhammad Yusuf bin Rambeli 2. Mohd Haffis bin Abd Razak 3. Mohammad Fais bin Abdul Rahim 4. Nurhisyam bin Azman Pertandingan ini merupakan anjuran Association for Researcher of Skills and Vocational Training (ARSVOT). KEJORA ADAKAN LAWATAN KE DEPO DAN BENGKEL MARA LINER


LANGKAWI, 7 Julai 2023 – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) pada 5 Julai 2023 telah mengadakan lawatan ke Depo dan Bengkel MARA Liner di Pekan Kuah, Pulau Langkawi bagi meninjau ekosistem Kenderaan Elektrik (EV) yang merupakan projek rintis dilaksanakan MARA. Lawatan tersebut merupakan langkah awal dalam usaha agensi itu menggunakan kenderaan tersebut di kawasan dan wilayahnya. KEJORA juga bercadang untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur pengecasan EV yang luas, memperkenalkan insentif dan dasar untuk menggalakkan penggunaan EV, menjalankan kempen kesedaran awam serta melaksanakan sistem pemantauan dan penilaian yang mantap. KEJORA ADAKAN LAWATAN KE DEPO DAN BENGKEL MARA LINER Selain itu, KEJORA juga berhasrat untuk mewujudkan kemudahan stesen pengecasan pantas arus terus (DCFC) yang lebih bersih dan hijau sekaligus menyokong hasrat untuk menjadi negara rendah karbon pada masa hadapan. Turut hadir, Encik Mohd Diah Bin Abas, Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA, Ahli Pengurusan MARA dan Wakil dari KEJORA.


Norshazliana Binti Zainal Abidin, pelajar tajaan MARA di bawah Program Graduate Excellence Programme (GrEP) telah menamatkan pengajian dengan cemerlang dalam jurusan Master of Science in Engineering Project, University Of Manchester serta dianugerahkan Outstanding Academic Achievement for Best Taught Component Grade on Programme. Beliau turut ditawarkan peluang pekerjaan sebagai Graduate Constructions Planner di sebuah syarikat berpusat di Gloucester, United Kingdom. Terdahulu, anak kelahiran Pulau Pinang itu berjaya mencatatkan keputusan cemerlang SPM 8A pada tahun 2011 dan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Civil Engineering) di Universiti Teknologi PETRONAS pada tahun 2017 dengan memperoleh CGPA 3.75 (kelas pertama). Norshazliana kemudiannya mengorak langkah menyambung pengajian peringkat Sarjana di United Kingdom (UK) walaupun pada Ketika itu beliau telah bekerja sebagai Assistant Project. Norshazliana turut mememiliki pencapaian yang baik di luar bidang akademik antaranya diiktiraf sebagai Graduate Engineer oleh Board of Engineers Malaysia (2017), Graduate Member of the Chartered Institute of Building United Kingdom September 2022, Certified Project Management Professional (PMP) oleh Project Management Institute USA (Disember 2020) serta Project Engineer dan Assistant Project Manager di Top Glove Corp. Bhd (2018-2021). Pelajar tajaan MARA ini juga menanam iltizam dan hasrat untuk mengembangkan kepakarannya dengan memperoleh pentauliahan sebagai Chartered Project Manager pada masa hadapan. Sebagai anak jati Malaysia, beliau turut menyatakan impiannya untuk mencurahkan bakti di tanah air tercinta setelah memiliki pengalaman dan kepakaran di bumi UK sebagai tanda sumbangan balik kepada masyarakat dan negara. NORSHAZLIANA CEMERLANG DI UNITED KINGDOM


Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, YBhg. Encik Razlan bin Haji Samsuri meluangkan masa mengadakan Walkabout ke Karnival Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang sedang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar, Kedah. Beliau yang tiba di lokasi pada jam 11.00 pagi diiringi Encik Abd Manab bin Abdul Majid, Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi dan Ir. Nuriman bin Yusop, Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal, Haji Kamarul Zaman Mohamad, Timbalan Pengarah (Pembangunan) MARA Kedah serta Pengurusan dan Subsidiari MARA telah menyantuni para pengunjung dan pempamer di karnival tersebut. SOROTAN WALKABOUT TIMBALAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MARA KE KARNIVAL IPMA KEDAH Semasa sesi walkabout itu, Encik Razlan turut berkesempatan menyampaikan surat tawaran kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan. Apa yang lebih mengharukan, pengorbanan seorang bapa berstatus kurang upaya (OKU) sanggup hadir daripada Penaga, Pulau Pinang membuahkan hasil apabila anak beliau ditawarkan menyambung pengajian di IKM Sungai Petani, Kedah. Karnival IPMA di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar, Kedah itu berlangsung selama 2 hari bermula 7 hingga 8 Julai 2023 melibatkan seramai 35 pempamer terdiri daripada IPMA serta Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S).


Karnival IPMA bagi negeri Melaka dan Negeri Sembilan sedang berlangsung di AEON Bandaraya Melaka bermula pada 8 hingga 9 Julai 2023. YBhg. Dato’ Seri Hasan Malek, Ahli Majlis MARA telah meluangkan masa mengadakan walkabout diiringi oleh Ir. Mahzan bin Teh, Pengarah Bahagian Perancang Strategik MARA, Encik Nurul Azmi bin Johari, Pengarah Negeri Melaka, Encik Zaharail Affendy bin Mohamed, Pengarah MARA Negeri Sembilan dan Pengurusan serta Subsidiari MARA. SOROTAN WALKABOUT YBHG DATO’ SERI HASAN MALEK, AHLI MAJLIS MARA KE KARNIVAL INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (IPMA) MELAKA Semasa sesi walkabout, YBhg. Dato’ Seri telah menyampaikan sijil penyertaan kepada pempamer dan menyampaikan surat tawaran kemasukan ke IPMA kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan. Sebanyak 24 pempamer terdiri daripada IPMA serta Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) telah turut serta dengan sasaran 5 ribu pengunjung.


Sempena Minggu Keselamatan dan Kesihatan MARA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan mengadakan Pameran dan perkongsian maklumat sebagai salah satu cara memberi kesedaran tentang keselamatan kepada orang awam. Jom datang beramai-ramai ke Ruang Legar, Ibu Pejabat MARA bagi mengetahui dan menyaksikan pelbagai demonstrasi dan prosedur keselamatan di tempat kerja. MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN MARA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Tarikh : 10 hingga 12 Julai 2023 (Isnin hingga Rabu) Masa : 9.00 pagi - 3.00 petang Tempat : Ruang Legar, Ibu Pejabat MARA


KUALA LUMPUR, 10 Julai 2023 - Seramai 40 orang peserta telah menyertai Kursus Kompetensi Working Safely At Height dan NIOSH Tenaga Safety Passport yang diadakan di National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH), Bangi pada 3 hingga 5 Julai 2023. Kursus ini turut dihadiri oleh lima (5) usahawan MARA yang merupakan vendor kepada GSPARX Sdn. Bhd iaitu anak syarikat TNB yang mengendalikan pemasangan solar di Institusi Pendidikan MARA (IPMA). Selain memberi penekanan terhadap memberi penekanan terhadap kepentingan tanggungjawab pekerja dan majikan berkenaan Akta Keselamatan & Kesihatan 40 PESERTA PRO POWER DAN PRO SOLAR SERTAI KURSUS KOMPETENSI NIOSH Pekerjaan 1994, kursus ini juga menumpukan prosedur keselamatan bekerja di tempat tinggi dan mengenalpasti risiko bagi menyediakan persekitaran kerja yang selamat. Kursus tiga (3) hari itu juga sebagai salah satu syarat kepada setiap vendor sebelum memulakan kerja di tapak pemasangan solar atau kabel elektrik dan merupakan kesinambungan kursus kepada kumpulan yang sama menyertai Kursus Teknikal Pro Solar diadakan di Ladang Solar Gading Kencana, Ayer Keroh pada bulan Jun lalu. Pada masa yang sama, Timbalan Pengarah Bahagian Infrastruktur Komersial MARA, Encik Mohd Fakharadzi bin Idris, turut


meluangkan masa mengadakan sesi libat urus bersama peserta kursus. Turut bersama beliau, Pengurus Kanan Bahagian Latihan & Pendidikan NIOSH Certification Sdn Bhd, Encik Saupi Nazri Bin Mamat, dan Ketua Bahagian Perolehan dan Perniagaan GSPARX Sdn Bhd, Encik Ahmad Tarmizi Bin Mohd.


KUALA LUMPUR, 11 Julai 2023 - Majlis Perasmian Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MARA 2023 telah diadakan di Anjung Korporat, tingkat 24, Ibu Pejabat MARA. Objektif penganjuran program ini memfokuskan kepada pengetahuan dan pendedahan berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di samping berkongsi pengetahuan dengan agensi-agensi lain yang turut serta dalam program ini. Antara pempamer yang terlibat adalah dari agensi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan seperti Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MARA 2023 Kerajaan, Suruhanjaya Tenaga, Suruhanjaya Pengurusan Air Negara, Kualiti Alam Sdn Bhd, KPJ Seremban, ESW Engineering Sdn Bhd, Pusat Darah Negara dan CERT Academy. Turut berlangsung pada majlis yang sama Sesi Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pempamer, STRIM (Star Rating in MARA Institution), MQS (MARA Ecosystem Quality Standard), Sukarelawan Pasca Banjir Johor dan Watikah Pelantikan MERT 2023-2025.


Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA, YBhg. Puan Rohayah binti Mohd Zain merasmikan Program Pengukuhan dan Tadbir Urus Sektor Khidmat Pengurusan MARA 2023 di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu pada 10 Julai 2023. Program ini bertujuan memperkukuhkan tadbir urus sektor khidmat pengurusan bagi meningkatkan kecekapan operasi, kesedaran terhadap peraturan dan prosedur yang relevan serta memupuk semangat kepimpinan yang beretika dalam kalangan warga kerja MARA. SOROTAN MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PENGUKUHAN DAN TADBIR URUS SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN MARA TAHUN 2023 BAGI ZON TIMUR Puan Rohayah menyarankan agar warga kerja MARA mewujudkan persekitaran yang inovatif, proaktif, dan teratur dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat. Hadir sama Encik Salleh bin Abdullah, Pengarah Bahagian Sumber Manusia dan Encik Abdul Wahab bin Mustaffa, Pengarah MARA Negeri Terengganu.


ADAKAH ANDA Ingin menjadi usahawan berkaliber? Ingin menyambung pelajaran tapi tidak tahu di mana? Ingin menguruskan hutang dengan MARA dengan cara yang lebih berkesan? ATAU Ingin mengetahui kemudahan apa yang MARA tawarkan? Sekiranya YA, jangan lepaskan peluang untuk hadir ke HARI BERTEMU PELANGGAN MARA pada 17 dan 18 Julai 2023 (Isnin dan Selasa), jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang di Ruang Legar, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur dan semua Pejabat MARA Negeri.


ATAU Bagi mereka yang berada di Pulau Pinang, temui kami pada 15 dan 16 Julai 2023 (Sabtu dan Ahad) di Mydin Mall Bukit Mertajam, Perai. KAMI TUNGGU ANDA DI SANA!


Majlis Town Hall Kumpulan MARA Corporation pada 10 Julai 2023 telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA merangkap Ahli Lembaga Pengarah MARA Corporation di Hotel Premiera Kuala Lumpur. Dato’ Sri Azhar Bin Abdul Manaf telah menyampaikan amanat kepada hampir 200 warga kerja Kumpulan Pengurusan MARA Corporation yang hadir terdiri daripada barisan ahli pengurusan MARA Corporation dan anak-anak syarikatnya. Sejurus selepas majlis perasmian, YBhg. Dato’ Julainie Bin Mohd Salleh, Ketua SOROTAN MAJLIS TOWN HALL KUMPULAN MARA CORPORATION Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation telah membentangkan Pelan Strategik Kumpulan MARA Corporation 2023-2027. Pelaksanaan Pelan Strategik 2023-2027 MARA Corporation ini menitikberatkan tanggungjawab yang perlu digalas serta tindakan-tindakan strategik yang perlu diambil bagi memastikan matlamat penubuhannya tercapai.


Sedang berlangsung Walkabout Program Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MARA 2023 yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf di Ruang Legar, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur. Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MARA itu diadakan selama 3 hari bermula 10 hingga 12 Julai 2023.Turut hadir Encik Razlan Bin Haji Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA, Encik Mohd Diah Bin Abas, Pengarah Kanan Pelaburan MARA, Ir. Zamzurin Bin Maarof, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah , Perseketuan WALKABOUT PROGRAM MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MARA 2023 Kuala Lumpur, Encik Mohamad Shukri Bin Nawi, Pengarah Keselamatan Negeri MKN Wilayah Persektuan Kuala Lumpur, Encik Zanuddin Bin Kidman, Timbalan Presiden Malaysian Sicoety of Occupational Safety & Health (MSOSH) dan barisan pengurusan MARA yang lain.


MARA menawarkan pinjaman boleh ubah kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti terbaik dunia. ‘Program ini bertujuan melahirkan pemacu ekonomi profesional untuk meningkatkan bilangan tenaga kerja kompetitif yang TAWARAN PENAJAAN WORLD TOP UNIVERSITIES PROGRAMME (WTU) 2023 berdaya saing di peringkat antarabangsa. Syarat dan maklumat lanjut program: https://online.anyflip.com/shdgj/vdmf/ mobile/index.html Link permohonan: https://educationloan.mara.gov.my


TAWAU, 13 Julai 2023 - Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui Bahagian Sumber Manusia (BSM) telah melaksanakan program Jelajah Kelestarian Warga Kerja MARA bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kebajikan mereka di pelbagai Pusat seluruh negara. Jelajah Kelestarian Siri 7 dan 8 itu telah berlangsung di MRSM Tun Mustapha Tawau dan MRSM Semporna melibatkan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Tawau dan Semporna serta Cuepacs Care. Program bersiri ini juga telah dilaksanakan sebelum ini di IKM Kota Kinabalu, KKTM Rembau, IKM Kuala Lumpur, MRSM Transkrian, MRSM Balik Pulau, MRSM Pasir Salak Menerusi program ini, seramai 160 warga kerja MARA diberikan pendedahan mengenai skim kemudahan dan kebajikan JELAJAH KELESTARIAN TINGKAT TAHAP KESIHATAN DAN KEBAJIKAN WARGA KERJA MARA yang diberikan pihak MARA, kepentingan disiplin kerja dalam memastikan kelestarian serta kebajikan warga kerja terpelihara. Pada majlis yang sama, Bantuan Awal Persekolahan turut disampaikan oleh Yayasan Pelajaran MARA kepada warga kerja yang terpilih dan disampaikan oleh Encik Azar Hairussani Mohd Lud, Timbalan Pengarah BSM. Inisiatif ini diharap akan menjadikan warga kerja MARA terus bermotivasi, resilien dan mempamerkan prestasi kerja yang berkualiti dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.


PERLIS, 14 Julai 2023 - MARA Negeri Perlis telah menganjurkan Misi Perdagangan ke Thailand bagi membantu 20 usahawan dibawah program Gate To Global (GTG) menerokai peluang pasaran di negara tersebut dalam World Halal Products Exibition (HAPEX) 2023. HAPEX merupakan antara pameran perdagangan Halal terbesar Thailand yang diadakan di International Convention Centre Hatyai, Songkhla, Thailand bermula pada 13 hingga 16 Julai 2023. Usahawan lain yang turut menyertai expo ini datang dari negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi , Kuwait, Bahrain dan negara-negara ASEAN. Majlis perasmian HAPEX telah disempurnakan oleh Miss Sunee Lertphienthum, Chief USAHAWAN GTG MARA DI PENTAS WORLD HALAL PRODUCTS EXHIBITION (HAPEX), THAILAND 2023 Inspektor General, Ministry of Higher Education, Science, Research and Innovation Thailand. Beliau kemudiannya mengadakan walkabout ke Pavilion MARA bersama-sama dengan jemputan kenamaan dari Kuwait dan Arab Saudi. Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Dato’ Zulfikri bin Osman dan Pengarah MARA Perlis, Encik Mohd Azam bin Jamaluddin.


LAWATAN INDUSTRI MARA -”THEPTAI PRODUCT COMPANY LIMITED”


HATYAI, THAILAND, 15 Julai 2023 - Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, YBhg. Dato’ Zulfikri Bin Osman telah mengadakan lawatan industri ke syarikat Theptai Product Company Limited yang merupakan syarikat pengeluar ubat gigi terbesar di Thailand. Syarikat ini mengaplikasikan penggunaan teknologi mesin serta alatan terkini yang mampu mengeluarkan 100,000 SKU sehari bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan serta global seperti Negara Amerika Syarikat dan Jepun. Nilai eksport syarikat ini juga mencecah RM65 juta setahun. Turut mengiringi lawatan tersebut Encik Mohd Azam bin Jamaluddin, Pengarah MARA Negeri Perlis dan Encik Mohd Hafiz bin Mohd Puazi, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan beserta pegawai-pegawai MARA. LAWATAN INDUSTRI MARA -”THEPTAI PRODUCT COMPANY LIMITED”


Ahli Majlis MARA, YBhg. Profesor Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan bin Ghazali meluangkan masa mengadakan Walkabout ke Karnival Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang sedang berlangsung di Mydin Mall Meru, Ipoh, Perak. Setibanya di lokasi, YBhg. Tan Sri telah menandatangani plak karnival seterusnya menyampaikan bantuan persekolahan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) kepada pelajar terpilih daerah Kinta. Beliau turut berkesempatan menyerahkan surat tawaran pengajian UniKL RCMP dan KPTM Ipoh kepada pelajar yang berjaya. SOROTAN WALKABOUT AHLI MAJLIS MARA KE KARNIVAL IPMA PERAK Turut hadir Encik Abd Manab bin Abdul Majid, Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi, Encik Shahrizal bin Mohd Saderi, Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah, Encik Meor Mohd Khairy bin Meor Abdullah Zawawi, Pengarah Bahagian Kawalan Kredit, Puan Lailatul Asmah binti Mohd Tahir, Pengarah MARA Perak serta wakilwakil Subsidiari MARA. Karnival IPMA di Mydin Mall Meru berlangsung selama 2 hari bermula 15 sehingga 16 Julai 2023 melibatkan seramai 28 pempamer terdiri daripada IPMA serta Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S).


Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, YBhg. Encik Razlan bin Haji Samsuri meluangkan masa mengadakan Walkabout ke Karnival Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang sedang berlangsung di Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu Kelantan hari ini. Beliau yang tiba di lokasi pada jam 11.00 pagi diiringi Encik Fazli Rizal bin Ismail, Pengarah MARA Negeri Kelantan serta Pengurusan dan Subsidiari MARA telah menyantuni para pengunjung dan pempamer di karnival tersebut. Semasa sesi walkabout itu, Encik Razlan turut berkesempatan menyampaikan surat tawaran kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan serta bantuan cermin mata kepada pelajar B40 dan juga penyerahan laptop kepada pelajar UMK oleh Yayasan Pelajaran MARA (YPM). SOROTAN WALKABOUT TIMBALAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MARA KE KARNIVAL IPMA KELANTAN Pelbagai aktiviti turut diadakan bagi menarik pengunjung ke karnival tersebut. Antaranya pameran lukisan oleh pelajar MRSM Tumpat, pertunjukan silat seni tari oleh pelajar MRSM Kuala Krai, persembahan gamelan dari pelajar MRSM Pengkalan Chepa dan persembahan tari inang dari MRSM Jeli. Pelajar GIATMARA Kelantan juga turut mengadakan demonstrasi ‘make-up effect’ dan masakan pastri. Karnival IPMA di Mydin Mall Tunjong Kota Bharu Kelantan itu berlangsung selama 2 hari bermula 14 hingga 15 Julai 2023 melibatkan 40 pempamer terdiri daripada IPMA serta Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS).


Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf telah mengadakan walkabout ke Karnival Usahawan Desa (KUD) @ Sg. Petani pada 15 Julai 2023. Sebanyak 28 pempamer yang terdiri daripada usahawan MARA terlibat dalam program itu. Dato’ Sri Azhar kemudiannya menghadiri Majlis Perasmian Program Sentuhan Kasih Desa yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri. Turut menyertai sesi walkabout dan Majlis Perasmian itu ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA, Encik Yahaya bin Sani, Pengarah Bahagian Infrastruktur Komersial MARA, Encik Zahari bin Aziz serta barisan pengurusan MARA dan Subsidiari. SOROTAN WALKABOUT KETUA PENGARAH MARA KE KUD @ SG. PETANI


Pengerusi MARA, YBhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki telah mengadakan walkabout ke Karnival Usahawan Desa (KUD) @ Sg. Petani pada 15 Julai 2023. Sebanyak 28 pempamer yang terdiri daripada usahawan MARA terlibat dalam program itu. Seterusnya, Dato’ Asyraf turut menghadiri Majlis Perasmian Program Sentuhan Kasih Desa yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri. Pengerusi MARA, YBhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki telah mengadakan walkabout ke Karnival Usahawan Desa (KUD) @ Sg. Petani pada 15 Julai 2023. SOROTAN WALKABOUT PENGERUSI MARA KE KUD @ SG. PETANI Sebanyak 28 pempamer yang terdiri daripada usahawan MARA terlibat dalam program itu. Seterusnya, Dato’ Asyraf turut menghadiri Majlis Perasmian Program Sentuhan Kasih Desa yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri. Turut menyertai sesi walkabout dan Majlis Perasmian itu ialah Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf serta barisan pengurusan MARA dan Subsidiari. Turut menyertai sesi walkabout dan Majlis Perasmian itu ialah Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf serta barisan pengurusan MARA dan Subsidiari.


Ahli Majlis MARA, YBhg. Datuk Rosni binti Sohar meluangkan masa mengadakan Walkabout ke Karnival Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang sedang berlangsung di Mydin Mall Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini. Beliau yang tiba di lokasi pada jam 11.00 pagi diiringi Puan Razima binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah (Pembangunan) MARA Negeri Pulau Pinang serta Pengurusan dan Subsidiari MARA. Memulakan sesi walkabout pagi itu, YBhg. Datuk Rosni menandatangani plak sebagai simbolik penganjuran Karnival Institusi Pendidikan MARA 2023 dan menyampaikan 30 bantuan persekolahan dari Yayasan Pelajaran MARA(YPM). SOROTAN WALKABOUT AHLI MAJLIS MARA KE KARNIVAL IPMA PULAU PINANG Sepanjang sesi walkabout itu, beliau telah menyantuni para pengunjung dan pempamer di karnival tersebut. Sesi taklimat dan kuiz daripada pempamer turut diadakan bagi menarik pengunjung ke karnival tersebut. Karnival IPMA di Mydin Mall, Bukit Mertajam itu berlangsung selama 2 hari bermula 15 hingga 16 Julai 2023 melibatkan 34 pempamer terdiri daripada IPMA serta Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS).


SONGKLA, THAILAND, 16 JULAI 2023 - YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA bersama Tuan Sohaimi bin Ahmad, Konsul 3, Konsulat Jeneral Malaysia, Songkla, Thailand bersama Encik Mohd Azam bin Jamaluddin, Pengarah MARA Negeri Perlis telah menghadiri Majlis Ramah Mesra bagi meraikan 20 usahawan MARA yang terlibat dengan World Halal Products Exhibition (HAPEX) 2023. Turut hadir dalam majlis ini Konsul Muda, Konsulat Jeneral Malaysia, Songkla, Thailand Tuan Izzad bin Mustapha bersama dengan Pegawai - Pegawai MARA. SOROTAN MAJLIS RAMAH MESRA DELEGASI MARA BERSAMA KONSULAT JENERAL MALAYSIA, SONGKLA, THAILAND & USAHAWAN WORLD HAPEX 2023


TAHNIAH KKTM LENGGONG Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada dua pasukan inovasi daripada kolej ini yang telah berjaya meraih Pingat Emas dan Pingat Perak dalam pertandingan International Innovation and Invention Competition Through Exhibition, iCompEx 2023. Pasukan ini terdiri daripada para pensyarah dan pelajar KKTM Lenggong yang telah berjaya menghasilkan idea serta produk inovasi yang boleh dikomersialkan mengikut kriteria juga klasifikasi yang telah dipertandingkan.


KUALA LUMPUR, 18 Julai 2023 – Sistem Pendidikan MARA yang ditunjangi barisan pendidik yang berkualiti dan mempunyai kompetensi tinggi telah melahirkan 1.729 juta pelajar sejak tahun 1966 sehingga kini. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YAB Dato’ Seri Dr.Ahmad Zahid bin Hamidi berkata, sistem pendidikan MARA ini juga telah terbukti melahirkan ramai golongan bumiputera yang berjaya dalam pelbagai bidang kerjaya. “Sistem Pendidikan MARA yang cemerlang ini perlu dipertahankan dan diberi nafas baharu bagi mengekalkan kelestariannya agar sentiasa kekal relevan untuk satu tempoh masa yang lebih panjang lagi. Untuk itu, bagi memastikan tahap profesionalisme warga pendidik sentiasa berada pada tahap terbaik, MARA telah memperuntukkan sebahagian besar peruntukan untuk tujuan latihan dan pembangunan kompetensi warga pendidik 1,729 JUTA PELAJAR TERIMA MANFAAT SISTEM PENDIDIKAN MARA bagi memastikan kualiti tenaga pendidik Institusi Pendidikan MARA (IPMA) relevan dan setara dengan tahap pendidikan di negara-negara maju,” jelas Zahid.


Selari dengan peredaran teknologi digital dan kepakaran dalam kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) hari ini, pendigitalan PdP TVET MARA memberi fokus kepada pembangunan kandungan pembelajaran, kaedah penyampaian dan meningkatkan kompetensi pensyarah selari dengan konsep pembelajaran abad ke 21. Sebagai contoh, kandungan pembelajaran menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR) dapat memberi kefahaman kepada pelajar terhadap konsep teori mahu pun pelaksanaan secara amali. MARA akan terus menjadi antara penyumbang utama negara dalam melahirkan guna tenaga pakar dalam bidang kemahiran dan teknologi. Selain dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menjadi antara peneraju kepada pendiidkan kemahiran tinggi atau High TVET (HTVET). Bagi memperkasakan bidang-bidang profesional, seramai 135 orang pensyarah Kolej Profesional MARA (KPM) telah pun ditauliahkan dengan sijil-sijil profesional dalam pelbagai bidang.


Malahan melalui RMKe-12 dalam rolling plan kedua, kerajaan telah manyalurkan peruntukan sebanyak RM12.22 juta kepada MARA bagi mewujudkan program-program baharu seperti dwi sijil iaitu diploma dan profesional di Kolej Profesional MARA (KPM). MARA juga memberi penekanan tinggi terhadap program penajaan pendidikan sama ada di dalam mahu pun luar negara. Tahun ini, dengan peruntukan yang disalurkan kerajaan sebanyak RM2 bilion, MARA mensasarkan sebanyak 60,000 orang pelajar menerima manfaat kemudahan ini. Bukan itu sahaja, kekerapan lawatan kerja yang dilaksanakan oleh Pengerusi MARA juga merupakan antara inisiatif bagi manambah baik prasarana dan infrastruktur IPMA. Usaha ini jelas membuahkan hasil apabila para pelajar dan barisan pendidik IPMA mencapai pelbagai kejayaan cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Tahun ini, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) turut menerima penilaian sebagai “Universiti Cemerlang” Tier-5 oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang mengiktiraf UniKL sebagai sebuah universiti berkaitan kerajaan atau Government-Linked University (GLU) terbesar dalam negara berjaya mencapai kadar kemasukan pelajar melebihi angka 25,000 pelajar. Selain itu, Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTM) mencatat sejarah baharu apabila diiktiraf sebagai universiti penuh, kini dikenali sebagai Universiti PolyTech Malaysia (UPTM). Sementara itu, sambutan Hari Pendidik MARA tahun ini bertemakan “Pendidik Insani Pemangkin Generasi Madani”. Tema tersebut dipilih bertepatan dengan hasrat pihak kerajaan untuk mewujudkan golongan pendidik yang membentuk tenaga kerja manusia yang berilmu, beraklak dan berdaya tahan. Pada Majlis Anugerah Pendidk MARA 2023, Zahid turut menyampaikan anugerah kepada pendidik yang terpilih serta merakamkan ucapan penghargaan kepada 9,880 orang pendidik MARA yang bertugas di 342 IPMA seluruh negara. CERAMAH “PENDIDIK INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI”


Click to View FlipBook Version